Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mujurlah ada BR1M walau diberi 3 kali setahun

Posted: 10 Oct 2014 09:38 PM PDT



HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Satu-satunya yang dianggap menarik daripada Bajet 2015 hanyalah kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM650 kepada RM950 bagi yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan kenaikan daripada RM450 kepada RM750 bagi yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000.

BR1M bagi orang bujang pula dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Demikian ulasan penulis Shahbudin Husin dalam blognya berhubung bajet yang tekah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, petang semalam.

Ketika memberikan reaksinya mengenai kenaikan harga minyak baru-baru ini, Najib menjelaskan kerajaan terpaksa mengambil langkah tidak popular itu demi kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang.

Namun dengan terus menaikkan jumlah pemberian tunai melalui BR1M, tidak lain ia adalah langkah untuk terus popular yang diambil kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menurut Shahbudin, dengan menjadikan pemberian itu sebanyak tiga kali setahun, kerajaan seolah-olah cuba meletakkan pergantungan yang berterusan antara rakyat kepada kerajaan.

"Adalah diyakini menjelang tahun-tahun akan datang di mana tarikh pilihan raya umum semakin dekat, dengan jumlah bayaran BR1M ini terus ditambah, tiada lain yang diharapkan kerajaan selain mahu terus popular dan disanjung rakyat.

"Sekurang-kurangnya, walau dalam kehidupan yang semakin sukar dan kos hidup kian meningkat, rakyat dipaksa mengingati kerajaan yang dianggap murah hati memberikan mereka wang tunai sebanyak tiga kali setahun," tulisnya.

Dalam masa yang sama, bagi beliau dengan bertambahnya jumlah BR1M bermakna lebih banyak subsidi yang melibatkan petrol, diesel, gula, tepung dan barangan pengguna lainnya akan terus ditarik dan dikurangkan daripada semasa ke semasa.

"Jika tidak, bagaimanakah kerajaan mahu menampung pertambahan jumlah pemberian tunai melalui BR1M ini?

"Atau mungkin juga bertambahnya pemberian tunai ini akan menyebabkan hutang negara terus meningkat tahun demi tahun," ujarnya.

Nampaknya, tambah beliau sejak beberapa tahun lalu dan akan datang, hanya BR1M inilah satu-satunya senjata Najib untuk terus meraih populariti di kalangan rakyat. - 

Azmil bawa anak-anak ke Syria untuk dalami Islam

Posted: 10 Oct 2014 05:17 AM PDT





Azmil Mustapha masih lagi mendapat tawaran lakonan meskipun tidak lagi aktif di bidang tersebut.

PETALING JAYA: Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke negara Syria kira-kira tujuh tahun lalu bukanlah kerana merajuk dengan industri seni negara.

Sebaliknya, Azmil, 62, berkata, dia ke negara itu membawa bersama-sama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, 24, Nor Amalia Batrisya, 23, Mohd. Bazli Zhafri, 19, dan Nur Alia Iman, 13, ke negara itu adalah untuk mencari ilmu bagi menambah pengetahuan agama Islam.

"Ketika mula mendalami agama, hati saya masih lagi berasa kosong. Kemudian saya membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan saya diberi petanda untuk ke Syria.


"Saya membawa keempat-empat anak ke negara itu dengan poket kosong. Tetapi, Alhamdulillah perjalanan dan kehidupan kami di sana dipermudahkan.

"Jadi tidak ada istilah saya merajuk dengan dunia seni atau tidak. Cuma saya ingin mencari ilmu ke jalan Allah. Itu sahaja," katanya.

Azmil yang kini duda turut mempunyai seorang anak iaitu Nur Syamira, 28, hasil perkahwinannya yang pertama.

Tambah Azmil, selepas lima tahun di negara itu, dia berhijrah ke Pattani, Thailand untuk membangunkan sekolah agama, namun hasratnya itu tidak tercapai kerana undang-undang tidak membenarkan warga asing memiliki sebarang tanah di negara itu.

Gambar saat popular Azmil.

Hal tersebut membuatkan pelakon yang popular dengan filem Ali Setan itu  membuat keputusan untuk kembali ke tanah air.

Kata Azmil, sejak pulang ke Malaysia, dia menerima pelbagai tawaran lakonan namun menolaknya kerana menganggap ia tidak bersesuaian dengan dirinya sekarang.

"Kali terakhir saya berlakon adalah pada tahun 2005 menerusi filem Puteri Gunung Ledang, itupun tidak ramai yang menyedarinya.

"Dan kemudian, saya tidak mahu lagi berlakon. Tetapi masih lagi ada penerbit menawarkan watak pada saya. Bukannya apa, mengenai kerja-kerja lakonan, banyak perkara yang saya perlu lihat, daripada segi watak, skrip serta cara kerja produksi. Semua itu penting bagi saya," ujarnya.

Sementara itu, Azmil berkata, dia kini sedang melibatkan diri dengan sebuah stesen televisyen baharu iaitu Halal TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi saluran itu, Azmil menjadi penerbit program dan pengacara bagi programSelebritillah yang menampilkan Janet Jackson, Yusuf Islam dan beberapa selebriti muallaf antarabangsa.

Selain itu, Azmil turut menerbitkan program lain iaitu Tic Tech Tric (mengenai dunia elektrik) dan Sufi Seeker.

Semasa era kegemilangannya Azmil berjaya mencipta nama menerusi filem Mekaniksebagai pelakon utama pada 1983 arahan Othman Hafsham yang berjaya mencecah kutipan Boxoffice.

Nama Azmil terus menjadi sebutan apabila filem kisah percintaannya sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Ali Setan dan Ali Setan 2 masing-masing pada tahun 1985 dan 1986 menjadi satu fenomena ketika itu yang dilakonkannya bersama Ogy Ahmad Daud.


Ada 29 Adegan Berunsur Fitnah, Kami Mahu Tuntut Hak - Adlin

Posted: 10 Oct 2014 02:40 AM PDT


Adlin bersama ibunya, Ruminah Sidek serta abang-abangnya, A.R Badul, (berdiri dari kiri) Arman, Amran Tompel, peguam Mohd Khairul juga Bekas Penasihat Karyawan, Datuk Zainal. Kredit foto Suhaizul IzharAdlin bersama ibunya, Ruminah Sidek serta abang-abangnya, A.R Badul, (berdiri dari kiri) Arman, Amran Tompel, peguam Mohd Khairul juga Bekas Penasihat Karyawan, Datuk Zainal. Kredit foto Suhaizul Izhar
Pelakon Adlin Aman Ramli, 41, memberitahu terdapat 29 perkara atau adegan yang dipaparkan di dalam telefilem 'Saloma Biopic' (bahagian 1 dan 2), yang mengaitkan tentang kisah bapanya Allahyarham A.R Tompel disifatkan berunsur tohmahan, fitnah menjatuhkan maruah sekaligus memberikan    persepsi yang buruk terhadap imej seniman itu
Bercakap dalam satu sidang media khas waris-waris Allahyarham AR Tompel berhubung telefilem tersebut, Adlin bagaimanapun berkata perkara-perkara tersebut tidak akan didedahkan buat masa ini. Namun beliau serta ahli keluarga lain bertegas mahu tayangan telefilem arahan Melissa Saila itu dihentikan serta-merta.
"Setelah berbulan-bulan notis yang kami hantar tidak diendahkan oleh pihak Astro, jadi tujuan sidang media ini diadakan hari ini bagi mendapatkan perhatian mereka.
"Berdasarkan penelitian saya, ada 29 babak dan perkara dari segi konteks penulisan dan pengarahan berunsur prejudis, fakta yang tidak pasti kesahihannya, tohmahan dan fitnah terhadap arwah bapa saya dipaparkan dalam telefilem itu.
Ia sangat menyinggung perasaan kami sebagai anak-anak dan waris arwah. Sekaligus ia juga memberi impak psikologi kepada kami. Jadi kami bertegas mahu pihak Astro menghentikan tayangan telefilem itu", katanya pada sidang media yang diadakan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), semalam.
Turut hadir bekas isteri Allahyarham yang juga merupakan ibu Adlin iaitu Ruminah Sidek (Mak Mah), dua abang-abang Adlin iaitu AR Badul dan Amran Tompel, peguam dari Azam & Co, Mohd Khairul Azam Aziz, Bekas Penasihat Karyawan Datuk Zainal serta beberapa waris dan ahli keluarga.
Tambah Adlin lagi, setakat ini pihaknya tidak akan mengambil tindakan saman terhadap stesen tersebut. Tetapi sekiranya pihak Astro mahu membawa pekara itu ke mahkamah dan dengan cara itu saja usaha untuk menghentikan telefilem itu hanya dapat dilakukan pihaknya tidak teragak-agak untuk membawa hal itu ke peringkat undang-undang.
"Buat masa ini kami tidak fikir atau menyebut soal saman. Tetapi jika mahu membawa perkara ini ke mahkamah dan kalau itu lah saja saja caranya untuk menghentikan tayangan tersebut, kami tidak teRagak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat undang-undang.
Demi maruah ayah kami akan tegakkan kebenaran. Menang atau kalah, itu perkara lain. Yang penting arwah ayah kami tidak terus dieksploitasi. Kami hanya mahu hak kami", katanya dengan nada tegas.
Kesal dan terkilan dengan hal tersebut, Adlin juga menyifatkan penulisan dan pengarahan biopic itu juga sebagai tidak bermoral,  tidak bertanggungjawab dan melulu.
"Bagi saya, penulis skrip, pengarah, penerbit eksekutif dan penerbit telefilem ini terlalu ghairah membawa projek khas mereka ini untuk tontonan umum sehingga mereka lupa AR Tompel bukanlah sebatang kara, bukan tidak berzuriat, bukan beliau tak ada reputasi, bukan beliau tak diiktiraf. Allahyarham juga banyak menyumbang kepada industri perfileman tanah air.
"Apa yang kami kesalkan, keadaan yang berlaku sekarang. Bertapa tidak bermoral, tak bertanggungjawab dan tak berakidahnya mereka. Dalam 29 adegan yang telah saya teliti itu, ada niat tersirat dari segi aspek penulisan skrip, dari segi pengarah dan bagaimana mereka potreykan subjek (iaitu AR Tompel) dan terjemahkan kepada bentuk gambar hanya berdasar sumber tunggal", ujarnya.
Dedahnya lagi, beberapa bulan sebelum penggambaran dijalankan, dia ada menghubungi pihak Astro berhubung tentang projek tersebut. Namun pihak penerbit seperti tidak memerlukan bantuan daridapa pihaknya untuk menjayakan karya tersebut. Bagaimanapun, dia ada diundang oleh penulis skrip telefilem itu untuk sesi preview, namum pihak penulis skrip membatalkan sesi previu tersebut di saat akhir.
"Sebelum penggambaran lagi, kami sudah mengambil berat tentang projek yang mereka mahu jayakan ini tetapi hak kami seperti diketepikan. Dan saya juga sebenarnya ada diundang oleh Megat Fauzi (penulis skrip) untuk sesi previu tapi sesi tersebut dibatalkan oleh pihaknya. Saya tak tahu apa masalahnya.
"Malah bekas isteri Armali (Armali ialah anak hasil perkahwinan Saloma dan AR. Tompel) ada diundang untuk tayangan previu, tetapi saya difahamkan ia bukan tayangan penuh dan tidak pula ada adegan-adegan seperti yang dipertontonka pada umum sekarang", katanya.
Sementara itu, peguam yang mengendalikan kes berkenaan, Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz, pihaknya juga telah menerima makluman balas mengenai tuntutan anak guamnya daripada Astro pada 8 Oktober.
"Saya baru saja menerima surat maklum balas mengenai notis tuntutan yang pihak kami hantar pada 26 September lalu. Tapi buat masa ini saya tidak boleh dedahkan kandungan makluman balas surat tersebut. Kami perlu meneliti makluman itu dari pelbagai sudut perundangan," katanya.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Siapa dapat apa untuk Bajet 2015 ....

Posted: 10 Oct 2014 08:06 PM PDT





Takkan PTPTN nak ditugaskan collect hutang berniaga?

Posted: 10 Oct 2014 05:48 PM PDT


Pihak yang beri hutang seperti Bank atau institusi yang memberi hutang patut ditanggungjawabkan.

Adakah patut Rafizi sebagai ahli Parlimen mencadangkan peminjam PTPTN supaya tidak membayar hutang hanya atas spekulasi bahawa ada mereka yang dianggap kroni tidak ada duit untuk bayar hutang untuk perniagaan atau seterusnya?

Tak bertanggungjawab dan tak logik.

Ia seolah2 PTPTN harus tuntut hutang yang konon berbillion itu untuk bank dan institusi pinjaman sebelum boleh PTPTN menjalankan proses tuntut pjnjaman PTPTN.

Tuntutan hutang untuk peminjam demikian adalah jauh lebih kompleks dan makan masa yang lama.

Adakah usaha PTPTN untuk dapatkan balik dana untuk.pjnjamkan balik ke orang lain patut tergendala?

Cuba Rafizi kasi data dan detail sapa yang tak bayar millions of ringgit. Satu dua kes tak cukup.

Pasti si lembu ini main tuduh ikut sedap mulut.   persatu mana

Kerajaan Penang tolak 15 projek rumah murah sebab politik rasis

Posted: 10 Oct 2014 07:26 AM PDT


Respon pengerusi MTPNg PPinang kpd kenyataan akhbar Jagdep Singh Exco Perumahan mengenai perumahan yg dilaksanakan oleh PERDA dan JKP di PPinang.

Kenyataan Media
 

Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang
9 Oktober 2014


Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Projek-projek Perumahan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd: Menjawab Kenyataan Media Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pukau Pinang pada 7 Oktober 2014

1. Di bawah Kerajaan Persekutuan, beberapa agensi diamanahkan untuk menyediakan perumahan untuk rakyat. PERDA ditubuhkan untuk fungsi kemajuan wilayah khusus bagi negeri Pulau Pinang untuk menaikkan taraf kehidupan Bumiputera di Pulau Pinang; fungsi menyediakan pelbagai jenis perumahan bagi rakyat adalah salah satu dari matlamat penubuhannya. Begitu juga dengan JKP Sdn Bhd. Berbeza dengan PR1MA yang ditubuhkan khusus untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan bandar dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pula menyediakan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

2. Sebagaimana Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), PERDA dan JKP Sdn Bhd membangunkan pelbagai jenis perumahan termasuk bangunan komersial untuk memenuhi permintaan perumahan/hartanah setiap lapisan rakyat di Pulau Pinang. Oleh itu projek-projek pembangunan hartanah yang dilaksanakan kedua-dua agensi akan merangkumi pelbagai komponen perumahan (mixed development) sebagai memenuhi permintaan semasa pasaran.

3. Sejak 2012 sehingga kini, sejumlah 15 permohonan Pelan Kebenaran Merancang (12 di kawasan Seberang Perai dan 3 di kawasan Pulau) mengandungi 9444 unit perumahan dikemukakan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd belum diluluskan oleh pihak berkuasa negeri. Ini termasuk pemajuan rumah kos rendah (jenis teres dan pangsapuri) yang ditawarkan pada harga RM35000 dan RM42000 seunit sebanyak 2447 unit (25.9% dari 9444 unit).

4. Rakyat Pulau Pinang turut kesal dan kecewa kerana pada masa ini Kerajaan Negeri sendiri sudah tidak lagi menawarkan rumah kos rendah pada harga RM42000 seunit untuk golongan berpendapatan rendah. Rumah mampu milik Kerajaan Negeri paling murah adalah pangsapuri berharga RM72000 seunit.

5. Dari 9444 unit perumahan yang dicadangkan 48.1% adalah pada harga dibawah RM250,000 (di kawasan Seberang Perai) dan 16.1% pada harga di bawah RM400,000 (di kawasan Pulau). Peratusan keseluruhan jumlah rumah di bawah siling harga mampu milik kerajaan negeri pula adalah pada 64.21% dari keseluruhan permohonan. Rumah-rumah yang ditawarkan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd pada harga melebihi siling harga rumah mampu milik Kerajaan Negeri (RM250k di kawasan Seberang dan RM400k di kawasan Pulau) adalah rumah-rumah jenis teres "landed properties" dan bukannya berkonsepkan pangsapuri/rumah bertingkat seperti yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Adalah tidak wajar menyamakan atau membandingkan harga rumah teres "landed properties" dengan harga rumah bertingkat/pangsapuri. Manakala peratusan rumah yang dicadangkan pada harga tawaran melebihi RM500,000 adalah amat kecil berbanding jumlah rumah kos rendah sebanyak 2447 unit yang ditawarkan.

6. Harga rumah-rumah selain rumah Kos Rendah yang dimajukan oleh JKP dan Perda dipastikan berada 20%-30% lebih rendah dari harga pasaran bagi jenis rumah serupa yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju swasta. Purata unjuran kadar keuntungan hanya 10% bagi projek-projek Perda & 7% bagi projek-projek JKP Sdn Bhd. Keuntungan yang akan diperolehi adalah untuk kegunaan projek-projek di masa hadapan sebagai "rolling capital" seperti membeli tanah-tanah baru. PERDA dan JKP tidak mengaut untung besar dalam projek-projek yang dimajukan sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Exco Perumahan Pulau Pinang. PERDA dan JKP Sdn Bhd hanya merekodkan keuntungan purata RM 1-2 juta setahun sejak 15 tahun lalu dan boleh disemak melalui Penyata Tahunan Kewangan kedua-dua agensi berkenaan.

7. PERDA dan JKP tidak boleh hanya menawarkan jenis perumahan kos rendah, kos sederhana rendah atau yang dikategorikan mampu milik sahaja kepada Bumiputera di Pulau Pinang. Ini kerana adanya permintaan daripada golongan Bumiputera yang memerlukan unit perumahan yang lebih luas dan selesa. Cadangan pembinaan beberapa unit-unit banglo dalam 2 dari 15 projek yang dipohon adalah untuk memenuhi permintaan Bumiputera tempatan yang berkemampuan memiliki banglo-banglo berkenaan.

8. Kerajaan Negeri juga meluluskan projek-projek perumahan bercampur oleh PDC. Adalah tidak adil sekiranya Kerajaan Negeri menghadkan PERDA dan JKP Sdn Bhd untuk hanya menawarkan rumah-rumah kategori mampu milik sahaja kepada Bumiputera Pulau Pinang dan tidak mengenakan syarat sama ke atas PDC.

9. Menurut Piagam Pelanggan OSC Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan Pelan Kebenaran Merancang akan diproses dan diberi jawapan dalam tempoh 6 bulan sahaja. Namun begitu permohonan yang dikemukan sejak September 2012 sehingga kini masih juga belum mendapat maklum balas.

10. Bakal-bakal pembeli unit rumah dalam projek-projek ini berpandangan bahawa Kerajaan Negeri dengan sengaja mencari alasan untuk tidak meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Kelewatan memberikan jawapan kepada permohonan-permohonan ini adalah tindakan yang tidak menasabah.

11. Saya melalui surat bertarikh 18 Ogos 2014 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah memohon untuk bersekemuka dan memberi taklimat berhubung permohonan projek-projek perumahan ini, namun sehingga kini belum mendapat jawapan. PERDA dan JKP Sdn Bhd ingin  bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menyediakan perumahan kepada rakyat. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri juga bersedia dan terbuka untuk meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh kedua-dua agensi berkenaan. Permasalahan ini tidak patut dibiarkan berterusan. Ia seharusnya dibincangkan dan dirundingkan secara bersekemuka dan bukannya melalui media.

12.Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang berharap kerajaan negeri akan menggunakan budibicara mereka dalam mempertimbangkan kelulusan permohonan projek-projek oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd supaya program menyediakan perumahan untuk rakyat Pulau Pinang dapat dijayakan dengan kerjasama agensi-agensi Persekutuan sekaligus menyempurnakan keinginan rakyat untuk memiliki rumah yang mereka impikan.

Terima Kasih.


Sepintas Lalu Bajet 2015:

Posted: 10 Oct 2014 03:58 AM PDT


Asas penggubalan Bajet menekankan keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat: PM Najib

Bajet 2015: Pertumbuhan ekonomi dijangka terus kukuh di antara 5% dan 6% manakala defisit fiskal terus berkurangan kepada 3% daripada KDNK: PM

Bajet 2015: RM273.9 bilion yang diperuntukkan, iaitu peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding 2014: PM Najib

Bajet 2015: Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan berjumlah RM235.2b, peningkatan sebanyak RM10.2b dari 2014: PM Najib

Bajet 2015: Dengan pelaksanaan GST pada tahun depan, hasil kerajaan dianggarkan sebanyak RM23.2b: PM

Bajet 2015: RM4.9 bilion pendapatan GST disalurkan kembali kepada rakyat melalui progs bantuan seperti BR1M, jumlah akhir adalah RM690m

Bajet 2015: Pantai Timur landasan kereta api bersama-sama Gemas & UML; CMentakab, Jerantut & UML; CSungai Yu dan Gua Musang & UML; CTumpat dinaik taraf: PM Najib

Bajet 2015: Bajet ini akan menjadi sentuhan penamat kepada semua 10 Rancangan Malaysia: PM Najib

Bajet 2015: 3 Projek LRT, menghubungkan Bandar Utama ke Shah Alam dan Klang, pada anggaran kos sebanyak RM9 bilion, akan dilaksanakan

Bajet 2015: RM50 juta akan diperuntukkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan India yang akan memberi manfaat kepada 5,000 usahawan India: PM

Bajet 2015: RM50m diperuntukkan bagi Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional untuk manfaat 5,000 wanita profesional

Bajet 2015: Antara item tambahan yang dikecualikan daripada GST: Buah-buahan, roti putih dan gandum, serbuk kopi, habuk teh, mi, membaca perkara

Bajet 2015: Individu kadar cukai pendapatan yang akan dikurangkan sebanyak 1 hingga 3% mata; 300,000 pembayar cukai individu tidak lagi akan membayar cukai pendapatan.

Bajet 2015: Pembayar cukai dengan keluarga dan pendapatan RM4,000 sebulan tidak akan mempunyai liabiliti cukai

Bajet 2015: PM Najib menggariskan 6 projek infrastruktur utama untuk tahun 2015, termasuk pembinaan lebuh raya baru dan landasan kereta api

Bajet 2015: Kerajaan memperuntukkan RM3b untuk menaja pendidikan; yang RM1.9b adalah untuk JPA, Min Pendidikan RM759m, Kesihatan Min RM258m

Bajet 2015: Kerajaan bagi menyediakan pinjaman mudah RM50 juta kepada usahawan IKS Cina dan RM30 juta untuk penjaja dan peniaga kecil: PM Najib

Bajet 2015: RON95, diesel dan LPG akan dikecualikan daripada GST: PM Najib

Bajet 2015: Kerajaan akan membina 12 buah sekolah baru di seluruh negara; 7 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan 2 sekolah berasrama penuh: PM Najib

Bajet 2015: Kerajaan mencadangkan rebat 10% kepada PTPTN peminjam yang terus membuat pembayaran balik selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015

Bajet 2015: Kerajaan merancang untuk melatih 125 pengarah wanita yang berpotensi untuk mengisi jawatan sebagai ahli lembaga GLC dan sektor swasta

Bajet 2015: Kerajaan akan membangunkan mekanisme baru untuk menyediakan subsidi petroleum yang akan diumumkan tidak lama lagi: PM Najib

Bajet 2015: Skim Perumahan Belia menawarkan 20,000 unit untuk pasangan muda berkahwin yang berpendapatan tidak lebih daripada RM10k: PM Najib

Bajet 2015: Kerajaan memperuntukkan RM30m untuk menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan untuk belia India: PM Najib

2015: Kerajaan memperuntukkan RM660m untuk meningkatkan keselamatan di Esszone dan Esscom: PM Najib

Bajet 2015: Kerajaan akan memperuntukkan RM45.4m untuk menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit yang menjalani hemodialisis kronik dan akut: PM Najib

Bajet 2015: Penggunaan elektrik tidak dikenakan GST meningkat daripada yang pertama 200 unit kepada 300 unit; akan memberi manfaat kepada 70pc isi rumah

Bajet 2015: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM650 kepada RM900 untuk keluarga berpendapatan RM3k ke bawah

Bajet 2015: BR1M untuk belia yang berpendapatan RM 2,000 dan kurang akan dinaikkan kepada RM350 daripada RM300

Bajet 2015: Ahli-ahli Parlimen akan dinaik taraf ke tahap Jusa C, senator dinaik taraf kepada btwn Gred 54 dan Jusa C

Bajet 2015: peruntukan RM50m kepada NGO yang boleh dipercayai, termasuk badan-badan beruniform yang terlibat dalam kebajikan sosial, kesihatan dan keselamatan: PM Najib

Budget 2015 expectation, and Rafizi's lembu suggestion!!!

Posted: 10 Oct 2014 12:29 AM PDT


Salam 1Malaysia!

Setelah beberapa bulan tempoh penyediaan dan pengumpulan maklumbalas daripada rakyat Malaysia, pembentangan #Bajet2015 akhirnya akan dibentangkan esok, 10 Oktober 2014.

Isu-isu seperti Kos Sara Hidup, Perumahan, Kehidupan Bandar dan pelbagai lagi adalah antara intipati #Bajet2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak di Parlimen.

Kerajaan ingin memastikan Pembentangan #Bajet2015 dapat diikuti oleh segenap lapisan rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada. Beberapa platform telah disediakan agar anda dapat mengikuti pembentangan #Bajet2015, antaranya:

Siaran Langsung secara atas talian (online streaming) di www.NajibRazak.com atau www.treasury.gov.my

Sesi Live Tweet di www.twitter.com/PMOMalaysia

Rumusan Pembentangan di www.twitter.com/NajibRazak

Anda turut boleh mengikuti laman Facebook Dato' Sri Najib Razak untuk perkembangan terkini #Bajet2015.

Jumpa anda di salah satu saluran ini!




Juga ....

Nantikan Siaran Langsung "Pembentangan #Bajet2015 ", pada pukul 3.00 petang ini di Tv1 | TV2 | myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile . Anda juga boleh layari streaming rtmparlimen.rtm.gov.my dan bajet2015.rtm.gov.my . Kongsikan sebarang komen dan pandangan anda dengan menggunakan #RTMBajet2015


What to watch for in Budget 2015

Targeted fuel subsidy scheme

Najib could announce reform of the fuel subsidy regime in order to move away from a blanket subsidy for all consumers in favour of a system that benefits lower to middle-income earners. Minister in the Prime Minister's Department Abdul Wahid Omar has said private firms have submitted proposals for fuel prices to be charged based on income levels, vehicle types and engine capacities.

Futher subsidy cuts

The government may look to reduce subsidies on essential food items, such as flour and cooking oil, as well as household gas, said RHB Research.

New exemptions from goods and services tax (GST)

The GST will be implemented in April at a rate of 6%. Fresh food, public transport, education fees and healthcare are currently exempted. Maybank Investment Bank Research expects the government to announce an amended list that may include more exemptions. Maybank reckons GST revenues could decline to RM2.4 billion from RM4 billion for the April to December period, and RM7 billion for 2016 from the initial projection of RM9 billion.

Operational expenses

The Fiscal Policy Committee may introduce measures to contain the size of the civil service and limit the portion of total operating expenses that salaries take, said RHB Research.

Cash aids, higher minimum wage

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), a programme to hand out cash assistance to households earning less than RM4,000 a month and individuals earning less than RM2,000, could be increased by RM300, said AmResearch. The expansion in BR1M will likely cost the government RM7.5 billion in 2015, up from RM4.6 billion last year, the bank added.

The minimum wage may be raised, accompanied by measures to enhance productivity, said Hong Leong.

Property market

Exemptions on stamp duty for first-time house buyers may be extended, said Alliance DBS Research. The current incentive saves buyers 50% of stamp duty costs on residential properties below RM400,000, and is due to expire at the end of this year.

Real property gains tax (RPGT) may be raised further this year, to curb speculation, said Kenanga Research. The RPGT rate was increased in 2013 to 30% for properties held for less than three years. For disposals within the holding period up to four and five years, the rates rose to 20% and 15%.

Strong measures to curb property speculation still risk slowing down consumption and domestic demand, said Affin Investment Bank.

A GST rebate may be introduced on building materials used in the construction of medium to low cost properties, MIDF Research said in an interview with Business Times.

Lower corporate, personal taxes

Corporate taxes may be lowered by more than the 1% cut announced for 2016, as Malaysia's tax rates are still higher than regional peers, said Kenanga Research. Other banks predict that the government is more likely to bring forward the cut in corporate taxes rather than increase the amount of the cut.

New tax reliefs for households may be announced, to further alleviate the cost of living, said Alliance DBS.

Infrastructure spending

More funds may be allocated to improve the country's railway infrastructure and network. This includes ongoing work in Kuala Lumpur, and the planned commuter train linking Singapore to Johor Baru, said Maybank.

The government may allocate more development funds for states in eastern and northern Peninsular Malaysia, said Kenanga Research. Sarawak could also receive more funds, mainly for its rail network and the Sarawak Corridor of Renewable Energy, said Maybank.

Higher oil royalties

The states of Sabah, Sarawak and Terengganu may be awarded higher royalties on oil production than the current 5% rate, said Maybank. In May, Sarawak requested that the rate be raised to 20%. Other states would expect the same treatment, said Maybank.

Islamic finance

Tax incentives could be offered to promote Islamic bonds in foreign currencies, Maybank said. Non-ringgit sukuk account for less than 10% of all issuances.

FDI

More incentives may be offered to attract higher value-added export oriented foreign direct investment (FDI), said RHB Research.


In the meanwhile, Rafizi is trying to pretend to be smart to propose CGT instead of GST. Read comment here.

Read this cow mooing here.




Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AHLI PARLIMEN MALAYSIA MEMALUKAN DI TV LUAR NEGARA

Posted: 10 Oct 2014 05:46 AM PDT

KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA NYENYAK TERLENA
TERSEBAR DI SELURUH DUNIA, AMAT MEMALUKAN 






PETROL KENA GSTLAH...KATA RAPUSSY...MUAHAHAHA

Posted: 10 Oct 2014 03:44 AM PDT


Itulah percaya cakap Rafizi, ibarat hulur kepala dalam kandang rimau, percaya bulat-bulat dengan sembang pemimpin fuckatan macam Rafizi ibarat mendengar wahyu keramat.

Berapa kali kita nak kena kencing dengan pemimpin sejambu Rapussy ni wei? 


Berapa kali para pencacai PR nak tetap jadi jadi bangang percayakan dengan manusia musibat yang idea Langkah Kajang tu gagal dan menipu.

Tapi kalau kita sembang dengan para pencacai PR, mereka tetap percaya dan anggap Rafizi ini sebagai pemimpin terhebat yang digroom oleh Anwar kerana berjaya membongkar isu NFC.

Patutlah Bang Non berbulu dengan Rafizi sekarang, kah kah..

Memang betul kata ramai orang nak jadi macai PR wajib bodoh dan percaya pada fitnah muahahaha.



Bang Non sedap tidur...buat banyak ibadah malam Jumaat tadi kot?


Ke pening fikir macamana nak spin dan kutuk Bajet kerajaan?
bajet 2015 diumumkan ds najib tadi ni petrol, diesel dan lpg tak dikenakan GST...

ULIL ABSHAR KRITIK JOKOWI KATANYA TIDAK KONSISTEN

Posted: 10 Oct 2014 02:30 AM PDT

Republika/Erik PP
REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA - Ketua DPP Partai Demokrat Ulil Abshar Abdalla mengkritik sikap Jokowi yang tidak konsisten. Di beberapa kesempatan, Jokowi menilai hak rakyat dirampas dengan diadakannya pilkada lewat DPRD. Jokowi bahkan mengajak aktivis untuk melakukan demo kalau pilkada langsung benar-benar dihilangkan.

Menyikapi itu, Ulil mengingatkan Jokowi atas visi misi yang disetorkannya ke KPU ketika mendaftar capres 2014 lalu. Dalam tautan yang dibagikan Ulil melalui akun Twitter, @ulil, Jokowi menyoroti tiga masalah pokok bangsa.

Solusi dari masalah itu merujuk pada dihelatnya pilkada langsung yang jelas mendorong pelemahan institusi negara. "Ternyata visi-misi Jokowi yg disetor ke KPU mendukung Pilkada tak langsung? Betulkah?"

Menurut Ulil, visi misi politik Jokowi yang disetor ke KPU mengandung filosofi yang lebih dekat ke sistem pilkada via DPRD (halaman 17-18). "Apakah Jokowi paham visi-misi yg dia setorkan sendiri ke KPU atau tidak,wallahu alam?"

Yang jelas, kata dia, budaya di PDIP yang memperjuangkan ideologi proklamator Sukarno lebih condong ke pemilihan melalui wakil rakyat. "Sebenarnya Kultur politik PDIP yang mewarisi Sukarnoisme sebetulnya lebih dekat ke sistem demokrasi tak langsung dan pilkada lewat DPRD."

SUMBER REPUBLIKA INDONESIA

ULIL MARAH PEMERINTAH INDONESIA KERANA KETEPIKAN PLURALISME

Posted: 10 Oct 2014 02:12 AM PDT

TEMPO.CO Jakarta:Tokoh Jaringan Islam Liberal Ulil Abshar Abdalla menilai pemerintah tidak tegas dalam menangani ihwal yang menyangkut kebebasan beragama. "Khususnya masalah kaum minoritas seperti Ahmadiyah," ujar dia, Ahad 5 Mei 2013.

Pernyataan Ulil menanggapi keputusan Pemerintah Kota Bekasi yang menyegel secara permanen Masjid Al Misbah, yang menjadi tempat peribadatan jemaah Ahmadiyah di Bekasi, Jawa Barat. Ulil juga hadir di sela kunjungan Istri Gus Dur, Shinta Nuriyah Abdurrahman Wahid, ke masjid tersebut, siang tadi.

Ulil juga menyinggung Menteri Agama Suryadharma Ali yang mempunyai visi kurang mendukung kemajemukan beragama. Padahal, kata dia, masalah kebebasan beragama kaum minoritas jelas menjadi tugas Kementerian Agama. "Tapi visi keagamaannya yang kurang mendukung pluralisme di Indonesia," katanya.
Lebih lanjut, kata dia, kedatangannya mengunjungi jemaah Ahmadiyah di Bekasi atas dasar kekaguman terhadap komunitas ini. Menurutnya, Ahmadiyah merupakan kelompok yang taat kepada hukum di negara manapun tempat mereka berada.

Jemaah Ahmadiyah di Kota Bekasi juga diklaim tidak pernah melakukan kekerasan. Ini dibuktikan dari sikap jemaah setempat yang tidak memberontak dari penyegelan yang dilakukan pemerintah daerah. "Karena itu, saya berharap pemerintah (Pemkot Bekasi) segera membuka segel ini," kata dia.


SUMBER TEMPO INDONESIA

UNIVERSITI ISLAM NEGERI INDONESIA PUN TOLAK ULIL

Posted: 10 Oct 2014 01:49 AM PDT

Mahasiswa UIN Tolak Pemikiran Liberal "Ulil"


Konsistensi umat Islam di Indonesia dalam penolakan terhadap pemikiran-pemikiran liberal terus berlanjut. Setidaknya hal tersebut terlihat saat sekolompok massa menolak kehadiran Ulil yang berencana menjadi salah satu pembicara dalam seminar "Demokrasi Di Negara-negara Muslim" yang diselenggarakan oleh Himpunan Mahasiswa Jurusan (HMJ) Ilmu Hukum, 

Fakultas Syariah UIN Suska Pekanbaru Riau pada hari Senin (20/10/2013).
Penolakan massa yang sebagian besar merupakan mahasiswa UIN Suska Pekanbaru tersebut juga didasarkan atas fatwa MUI Pusat yang telah mengharamkan pemikiran sekulerisme-pluralisme-liberlisme sebgaimana ditegaskan kembali oleh anggota Komisi Ukhuwah MUI Riau, Ir. Muhammadun,

"Kita menolak pemikiran-pemikiran liberalnya itu, yang oleh MUI tahun 2005 sudah ada  fatwa bahwa pemikiran sekularisme, liberalisme dan plurarisme itu bertentangan dengan Islam. Kalau mengundang dia, berarti akan mensosialisasikan pemikiran-pemikiran dia 'kan."

Walaupun dekan Fakultas Syariah tidak memberi izin untuk menghadirkan Ulil Abshar pada acara tersebut karena dikhawatirkan akan menimbulkan konflik, Ulil Abshar Abdalla tetap hadir jelang acara, namun panitia akhirnya tidak memperkenankannya untuk berbicara di depan audien.

".. Ini kabar buruk bagi "Kebebasan Akademik", kicau Ulil dalam akun tweeter-nya karena kecewa tiba-tiba dilarang jadi pembicara di seminar tersebut.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kenapa Azmin elak ulas festival arak?

Posted: 10 Oct 2014 12:17 AM PDT


Dakapan?

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terus mengelak apabila diminta mengulas isu penganjuran pesta arak secara besar-besaran atau lebih dikenali sebagai Oktoberfest.

Pihak media yang 'mengejarnya' sejak pagi ini gagal mendapatkan sebarang komen daripadanya yang dilihat cuba melarikan diri.

Terdahulu, ketika ditemui dalam program ibadah korban anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada pukul 8 pagi, Mohamed Azmin berjanji kepada wartawan akan mengeluarkan kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri selepas itu.

Bagaimanapun, sejak menunggu dari pukul 10 pagi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sehingga 1 petang, pihak media belum mendapat kenyataan akhbar seperti dijanjikan oleh Mohamed Azmin.

Pada kira-kira 2 petang, Mohamed Azmin mempengerusikan pula mesyuarat berkaitan sampah-sarap dan selesai pukul 4 petang namun kenyataan akhbar belum diperoleh.

Sekumpulan wartawan hanya berjaya mendapatkan kenyataan dan ulasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu negeri, Ean Yong Hian Wah pada kira-kira pukul 6 petang.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad mendedahkan kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran Oktoberfest.

Menurut Iskandar, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu, jelasnya, dakwaan Oktoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Berani PAS Selangor Berhadapan Dengan Dua Wanita Ini?

Posted: 10 Oct 2014 09:47 AM PDT



Anwar Ibrahim Tidur Semasa #Bajet2015 Dibentang

Posted: 10 Oct 2014 04:15 AM PDT

Strategi Ketujuh:Mensejahtera Rakyat #Bantuan #Sekolah #Rm100 #PendapatanRendah #BB1M #RM250 #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 03:22 AM PDT

Strategi Keenam: Membangun Program Transformasi Belia Negara #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 02:40 AM PDT




Strategi Kelima: Memartabat Peranan Wanita #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 02:36 AM PDT


Strategi Keempat : Memperkasa Agenda Bumiputera #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 02:27 AM PDT





Strategi Ketiga : Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 02:20 AM PDT

Strategi Kedua : Memantap Tadbir Urus Fiskal #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 02:01 AM PDT






Strategi Pertama #Bajet2015 : Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi

Posted: 10 Oct 2014 01:52 AM PDT



 







Ekonomi Keperluan Rakyat : (Tujuh Strategi)-Pertama, Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 01:40 AM PDT



 


7 Strategi Utama #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 01:33 AM PDT



 Bajet Ekonomi Keperluan Rakyat menggariskan tujuh strategi utama: 

1) Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi;
2) Memantap Tadbir Urus Fiskal;
3) Mengupaya Modal Insan & Keusahawanan; 
4) Memperkasa Agenda Bumiputera; 
5) Memartabat Peranan Wanita;
6) Membangun Program Transformasi Belia Negara; 
7) Mensejahtera Rakyat

Imbangi Polisi "Populist" Dengan "Based On Economic & Financial Imperatives" #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 01:26 AM PDT

 

Ekonomi Berasaskan Pengetahuan & Inovasi Menuju 2020 #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 01:20 AM PDT



Mukadimah Dato Seri @NajibRazak Dalam #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 01:13 AM PDT


Prestasi KDNK Malaysia Berada Pada Tahap Terbaik Sejak 4 Tahun Lepas #Bajet2015

Posted: 10 Oct 2014 01:05 AM PDT


Jangan Benarkan Pesta LGBT Pula Dianjur Di Selangor

Posted: 10 Oct 2014 12:02 AM PDT





Inilah kebimbangan rakyat Selangor sekarang. Tindakan Azmin Ali yang mahu menuding kepada pihak lain dalam penganjuran program di Selangor mula meresahkan rakyat. 

MB Selangor mahu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan dalam kes pesta arak, bukannya kepada Majlis Agama Islam Selangor.

Nampaknya MB baru Selangor ini mahu pilih jalan selamat, memberi komen yang "grey" bermakna kalau tersepit ada dua maksud. Ia bahasa guaman "saya tidak bermaksud itu" bila nanti tersepit. (baca selanjutnya)