Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


GAMBAR YANG BERBICARA

Posted: 09 Oct 2014 11:33 AM PDT

Tak nak kata apa memadailah dengan tenguk gambar saja....
Berfikirkah cara Positif atau Negetif..





Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah Azmin yang luluskan Octoberfest?

Posted: 09 Oct 2014 06:59 AM PDT


Kerajaan ne­geri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran festival minuman keras, Octoberfest.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu jelasnya, dakwaan Octoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

"Terdapat tuduhan Octoberfest diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid dan empat Exco Pas. Ini adalah tidak benar.

"Ia tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Exco," katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.


Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor merupakan salah seorang daripada empat Exco daripada parti itu yang terus setia bersama Abdul Khalid selepas pemecatan enam Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kemelut jawatan Menteri Besar sebelum ini.

Tiga lagi Exco Pas terbabit ialah Sallehen Mukhyi, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Dr. Halimah Ali.

Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu pada 23 September lalu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Semalam, UMNO Selangor melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri membenarkan papan tanda mempromosikan Octoberfest dipamerkan secara terang-terangan di bandar raya ini.

Pesta arak tersebut bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Pemimpin pembangkang makin gelabah nasib Anwar?

Posted: 09 Oct 2014 12:34 PM PDT


Menjelang tarikh rayuan terakhir kes liwat Anwar Ibrahim pada 28 Oktober yang kini berbaki 19 hari, para pemimpin pembangkang kelihatan semakin 'gelabah' seolah-olah yakin Ketua Pembangkang itu akan ke penjara.

Tidak cukup dengan usaha Anwar melobi sokongan antarabangsa, para 'panglima' Ketua Pembangkang itu turut menggunakan Dewan Rakyat untuk memberi 'amaran' kepada mahkamah supaya jangan menjatuhkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

Dimulakan dengan Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), pembangkang bertindak seolah-olah keadilan hanya hak milik eksklusif Anwar seorang, manakala keadilan orang ramai khususnya mangsa liwat, Mohd. Saiful Bukhary Azlan seperti tiada nilai.

"Ini untuk ingatkan manusia yang tahu dosa pahala, yang tahu amanah, yang sedar setiap amal buat kita akan dinilai, insya-Allah akan dibayar 'cash on delivery' (tunai) di dunia ini. Kalau nanti Anwar dijatuhkan hukum lagi selepas perbicaraan 28 Oktober nanti.

"Saya hendak mengingatkan tuan-tuan semua. Ahli Berhormat semua ada 'cash on delivery' dari Allah (jika Anwar dipenjara)," katanya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No.2) 2014, di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Mac lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd. Saiful dan beliau dijatuhkan hukum penjara selama lima tahun.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful iaitu bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dalam pada itu, Teresa Kok (DAP-Seputeh) turut membangkitkan isu kemungkinan Anwar dipenjara selain turut mengaitkan ketegasan pihak berkuasa mendakwa pihak-pihak yang bertindak menghasut kononnya sebagai cubaan untuk memenjarakan pembangkang.

"Yang Berhormat, sekarang ini bukan sahaja Permatang Pauh mungkin dipenjara tapi semua didakwa di bawah Akta Hasutan hanya kerana tulis kenyataan di Facebook," katanya sebelum ditegur Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mungkin Shahidan perut besar, IQ kurang tapi Anwar munafiq setuju gaji tambah

Posted: 09 Oct 2014 10:41 PM PDT


Padahal antara alasan yang Anwar una untuk jatuhkan Tan Sri Khalid adalah kenaikkan gaji untuk MBB, Exco, Sppeaker dan ADUN.

Sebaik saja Azmin dilantik sultan jadi MB, Anwar yang arah dan robotnya Azmin setuju untuk kaji balik gaji tersebut.

Oleh itu, jangan saja merintih dengan Shahidan saja .... Merintih juga dengan kepura-puraan dan hipokrasi Anwar.




Maafkanlah Shahidan, dia memang perut besar dan kadang-kdang bercakap macam orang kurang IQ




SUARAM sendiri akui Azmin bakal mengamal korpusi

Posted: 09 Oct 2014 05:18 PM PDT



Article berikut dipetik dari Malaysian Insider:

Azmin, please have open government policies – C4

Published: 23 September 2014

The Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4) congratulates Mohamed Azmin Ali over his appointment as the new Menteri Besar of the State of Selangor.

While the appointment today ends more than eight months of undesired political upheaval, uncertainty and mud slinging in trying to resolve the protracted crisis of the replacement of the menteri besar, an unfortunate outcome is that Selangorians have grown disillusioned, frustrated and deeply disappointed, wondering if the whole episode was necessary at all.

Much time and public confidence has been lost with this political imbroglio, leaving Azmin with no comforts of a honeymoon period. He must hit the ground running in administering the nation's wealthiest state with utmost integrity, competency and accountability.

Azmin must show what he can do better than the previous menteri besar and put urgent plans forward to win back the hearts of the people of Selangor with competent, credible and clean administrative policies.

Its back to work and we have urgent recommendations for the new Menteri Besar's serious consideration.

1. Clean, transparent, accountable administration

Uphold a clean, transparent and accountable administration. This is all the more crucial for Azmin as he steps into the top job, carrying an unflattering reputation by many quarters of not abiding by good governance policies, given his leadership style, Umno politician background and tendency to build supporters through crony politics.
Reversing this perception by using the high chair of the menteri besar must be a top priority for him. Furthermore, abounding and unresolved allegations of wrongdoing against him, must be responded to urgently, to dispel any doubts that could tarnish his good name.

2. Open government partnership

Subscribe to an open government partnership, where government and civil society's work to push for greater accountability must be an important part of his day-to-day administration. This includes proper conduct of state government-linked companies (GLCs), from transparent appointments to making public financial statements, as well as efficient and competent running of local councils.

3. Public participation

Ensure public participation as a cornerstone of the administration, paying heed to public consultations and dialogues as a key strategy of shaping public policy. We certainly would NOT want a repeat of the previous administration mistakes over Kidex and other big infrastructure projects carried out without sufficient notice and knowledge to the people.

4. Prudent financial administration

There has been much concern and worry about whether the whole change of Menteri Besar was about breaking the RM3 billion Selangor coffers saved during the tenure of Tan Sri Khalid Ibrahim. The usage of these funds must be carried out in the most transparent manner to ensure no abuse and mismanagement.

5. Freedom of information policies to be the pillar of administration

Put to active use the principles of "the right to know" as enshrined in the Freedom of Information Act, by promoting access to information of all important projects undertaken by the state.

6. Local elections, please

Bring back local elections as promised. The appointment system of local councillors have been tainted over the last five years of administration, with power struggles and factions of political parties dominating the appointment process, leading to inadequately qualified councillors tasked with making decisions they are incapable of. The only way to ensure public funds are administered well is to ensure that the people vote in their representatives at the local government level.

7. Open tenders, procurement and contracts

Revamp system of awarding contracts and strengthen public procurement measures by upholding system of open tenders, ensuring effective systems of awarding contracts based on capability and not based on secret crony deals, systems to blacklist errant contractors, and make the public the eyes and ears of an efficient public service delivery system.

8. Public service ombudsman for good governance

The most important of our proposals is to implement a public service ombudsman for good governance, an independent oversight mechanism that is tasked to oversee and manage better public services in the State. Administering internal investigations of public sector complaints as an independent body, will show the willingness of Selangor to be open to scrutiny and strengthen its governance systems, while developing a solid whistleblower protection mechanism to encourage public sector staff to report wrong doings. This is essential in ensuring a corrupt-free state.

The change of the CEO of the state could very well be a new opportunity at better governance in Selangor. This task now lies in the hands of Azmin.

* C4 is the Centre to Combat Corruption and Cronyism.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
---------------------------

Persoalannya kenapa C4 yang merupakan suara bawah SUARAM menegur Azmin Ali?

Sebelum ini C$ hanya mahu memfitnah kerajaan dan Dato Najib serta Datin Seri Rosmah tentang pembelian kapalselam Scorpene dan kematian altantunya.

Kita sedia tahu SUARAM adalah NGO yang rapat dengan Tian Chua, SIvarasa, ELizabeth Wong dll
Adakah Azmin dilihat puak ini sebagai 

DAP rezoned Kg SIam but blame Gerakan

Posted: 09 Oct 2014 08:30 AM PDT

| October 3, 2014 
Gerakan's Oh Tong Keong says it was PR and not BN that re-zoned the heritage village into commercial land.

GEORGE TOWN: Penang Gerakan secretary Oh Tong Keong said today that it was the Pakatan Rakyat state government that sub-divided the Siamese-Burmese village land in Pulau Tikus and earmarked the settlement as a commercial zone in December last year.

"So the allegation that the previous BN government under Gerakan re-zoned the village into a commercial area was a lie," Oh told newsmen at the Gerakan office here today.

He said both Chief Minister Lim Guan Eng and Pulau Tikus assemblywoman Yap Soo Huey had misled the villagers by saying otherwise.

Oh said under the state Heritage Enactment 2011, the state government had the powers to gazette the area as a heritage zone.

"If the state government does not have the power, how did it reject a developer's application for planning permission to demolish and redevelop the village twice, in 2009 and 2010?" he asked.

He pointed out that the Penang Island Municipal Council had also rejected developer Airmas Development Sdn Bhd's application for planning permission in 2008.

"If the state government was sincere and honest, it could easily gazette the village as a heritage site," said Oh.

Oh also explained that all the previous Barisan Nasional government did was re-zone the land in 1996 as a religious-cultural and commercial zone to mirror the development of the area then.

He said the 5,457sq metre village land was sub-divided to lots 10029 and 10030 under a micro-zoning process last year.

The village has an open space, a Burmese trust building and a row of shophouses.

After the sub-division exercise, Lot 10029 comprised the village and shophouses and Lot 10030, the Burmese trust building and open space.

FMT

Tony Pua forgot that DAP is Developer Association of Penang!!

Posted: 09 Oct 2014 05:31 AM PDT

tony pua PJ plan

The following report on Tony Pua's comment against PJ local authority is both hypocritical and hilarious:

Is mayor pushing for plan to please developers?

| October 4, 2014

Tony Pua wants to know why Alinah Ahmad refuses to listen to councillors about revoking the PJ Local Plan draft.

PETALING JAYA: DAP Selangor Chairman Tony Pua wants to know why Mayor Alinah Ahmad has refused to abide by the City Council's decision to revoke the draft of the Petaling Jaya Local Plan.

He asked, "Is there a reason why the plan must be immediately amended to allow developers to benefit from higher densities without strict guidelines in place?"

Pua asked this in response to the Mayor's insistence to push for the draft of the Local Plan despite the City Council's decision to have it revoked due to various controversial amendments that could severely affect the city's sustainability and liveability.

He also took issue with Alinah's explanation that councillors could revoke a Local Plan but were powerless to revoke a draft proposal process.

Calling it a "recalcitrant retort", Pua added, "If the councillors have no powers to amend their own draft, other than the state government itself, who else would have such powers?"

Pua who is also the MP for Petaling Jaya Utara reasoned, "City Council is and should be the originating body to propose any changes to the Local Plan for approval by the state government."

Accusing Alinah of acting independently, Pua said she had ignored all earlier requests resulting in a Special Full Board meeting petitioned by the councillors two days ago.

Explaining that Alinah would refer the matter to Menteri Besar (MB) Azmin Ali, Pua expressed his confidence that the MB would "make the right decision to protect the interests of the people".

------------------------

Nampak cara dia serang YDP PJ itu sementang dia Melayu. Tiada pemimpin PR dari DAP atau PKR Sedia pertahankan pegawai kerajaan ini.

Padahal apa yang Tony Pua kata adalah sesuatu yang DAP amalkan.

DI Pulau Piang, DAP begitu rapat dengan Pemaju dan apa saja kehendak Pemaju dilayan. Selain itu, DAP banyak mendapat imbuhan dari Pemaju.

DI Selangor pun, berlaku projek seperti melibatkan Tropicana yang ada jari jemari DAP melalui Theresa Kok dan ia berkait dengan Pemaju Ivory Property, kroni DAP di Pulau Pinang.

Adakah Tony Pua benar mengkritik YDP PJ kerana rapat dengan Pemaju atau sebab tak ikut arahan bantu Pemaju pilihan DAP?

Ini hanya 'smokescreen" DAP untuk cover line.... 

Kalau bantah pasaraya caj beg plastik 20 sen, lagi ramai datang demo SAMM kah kah kah

Posted: 09 Oct 2014 02:30 AM PDT


Melampau-lampau kempen negeri2 Pakatan tentang No plastic. Sampai beg plastic harga 1 sen dijual 20 sen!!!!


Patut SAMM buat demo di Penang dan Selangr bantah profiteering oleh supermarket beralasan nak jaga alam sekitar. Sejak bila cina kapitalis peduli pasal alam sekitar?

Otak mereka hanya RM ....



Rasanya kalau SAMM turun demo untuk sesuatu yang bukan tujuan politik, tidaklah sampai dikatakan demo bantah GST dan minyak tak ramai datang.... 50 orang saja. Baca SINI.

Orang tahu demo dan bantah ini semua hanya permainan politik. Game begini dah basi....



Penjelasan Najib tentang 1MDB di Parlimen

Posted: 08 Oct 2014 11:30 PM PDT



Dato Kadir Jasin ada membuat kritikan terhadap 1MDB dan berkemungkinan ianya disambut oleh Tun Dr Mahathir.


Kritikan dan persoalan yang ditimbulkan boleh dibaca di SINI. 1MDB turut ditimbulkan DAP di Parlimen.

Dato Najib jelaskan persoalan yang ditimbulkan .....

1MDB Punya Aset Bernilai RM 44.67 Bilion – PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Nilai aset terkumpul 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditubuhkan kerajaan pada 2009, berjumlah RM44.67 bilion pada 31 Mac tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata agensi itu yang ditubuhkan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara dan menerbitkan bon, turut menerima pinjaman daripada institusi kewangan domestik dan antarabangsa.

"1MDB mempunyai pinjaman sebanyak RM5.8 juta yang dijamin kerajaan, namun tidak menerima jaminan kerajaan bagi bon atau pinjaman lain.

"RM5 bilion ialah jaminan yang diberikan untuk bon-bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) 30 tahun yang diterbitkan oleh 1MDB dan RM800 juta bagi pinjaman 1MDB," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) mengenai kaedah 1MDB mengumpul dana, jumlah dana terkini serta pencapaian 1MDB sejak ditubuhkan.

Sementara itu, Najib berkata 1MDB menerajui projek jangka panjang untuk memanfaatkan pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi pelaburan yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi dan inovasi.

Beliau berkata antara projek yang sedang dijalankan ialah Projek Bandar Malaysia, yang sebahagiannya membabitkan pembangunan rumah mampu milik, khusus untuk golongan eksekutif muda.

Perdana Menteri berkata projek Bandar Malaysia, projek pembangunan bersepadu memajukan semula Lapangan Terbang Sungai Besi, akan menjadi ikon kepada kelestarian kehidupan di bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, Najib berkata 1MDB juga memberi tumpuan ke atas sektor tenaga dengan membeli aset-aset tenaga Tanjong Energy Holdings, Genting Sanyen dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd. Ini bagi memenuhi aspirasi kerajaan untuk memastikan jaminan tenaga mampan dalam jangka panjang, katanya.

"Konsortium 1MDB-Mitsui juga memenangi Projek 3Boleh Suruhanjaya Tenaga yang akan melibatkan pembinaan dan operasi 2000 megawatt loji arang batu bersebelahan loji jana kuasa Jimah di Negeri Sembilan," katanya.

Justeru, 1MDB kini merupakan pengeluar tenaga bebas (IPP) kedua terbesar di Malaysia dari segi kapasiti pengeluaran tenaga.

Selain itu projek Tun Razak Exchange yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan masa depan, mempunyai matlamat untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan ibu kota ini sebagai bandar raya global.

Projek berkenaan yang dijangka memakan masa pembinaan selama 15 tahun, dikenal pasti oleh kerajaan sebagai projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi untuk mencapai pendapatan per kapita lebih dua kali ganda menjelang 2020, kata Najib.

"Perjanjian yang ditandatangani 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan Lend Lease ini dijangka menarik sehingga US$1 bilion (RM3.2 bilion) dalam bentuk pelaburan langsung asing ke Malaysia," kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Najib berkata penubuhan 1MDB mengikut Akta Syarikat 1965 bertujuan menerajui inisiatif strategik pembangunan ekonomi jangka panjang yang mampan dan menggalakkan pengaliran masuk pelaburan asing ke dalam negara.

"1MDB ditubuhkan untuk memacu pembangunan ekonomi mampan jangka masa panjang yang berimpak tinggi bagi Malaysia dan untuk menjalin perkongsian strategik global dalam menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia yang memberi fokus utama kepada sektor tenaga, hartanah dan hospitaliti," katanya.

– Bernama

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LAPORAN POLIS TENTANG FORUM ULIL ABSHAR

Posted: 09 Oct 2014 07:16 PM PDT



Satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung penganjuran program 'Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad ini' di ibu negara pada 18 Oktober.

Ia dibuat oleh dua aktivis iaitu bekas Ahli Parlimen Kulim, Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bersama Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Menurut Zulkifli, program yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) dengan kerjasama Global Movement of Moderates (GMM) itu dijangka dirasmikan oleh Pengerusi GMM, Datuk Saifudin Abdullah dan ucaptamanya disampaikan oleh pemimpin Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla.

Mereka menuntut agar pihak berkuasa menghalang penganjuran program itu kerana didakwa membawa fahaman liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyelar Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah supaya lebih bertanggungjawab dan bukannya menggunakan badan itu sebagai platform untuk meraih populariti dalam kalangan orang muda dengan membawa ideologi politik baharu secara tidak tepat

Menurutnya lagi, tindakan Saifuddin bersetuju membawa Ulil Abshar telah tersimpang jauh daripada idea asal penubuhan GMM yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kesederhanaan yang diperjuangkan Perdana Menteri bukan bermaksud memperkenalkan Islam liberal.

"Ulil Abshar ini bukan sahaja tokoh liberal melampau tetapi juga merupakan penyokong kuat golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Beliau juga menyokong ajaran Ahmadiah yang difatwakan sebagai sesat bukan sahaja di Indonesia tetapi oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Malah Ulil Abshar juga pernah menyifatkan kejadian mukjizat Nabi Musa membelah laut sebagaimana diceritakan dalam al-Quran sebagai dongeng. Sedangkan al-Quran itu wahyu Allah yang wajib dipercayai. Apakah tokoh begini yang GMM mahu perkenalkan kepada rakyat Malaysia khususnya anak muda?.

"Kalaupun hendak meraih populariti dalam kalangan anak muda dan mahu memperkenalkan konsep politik baharu bukan begini caranya. Jangan kita membuka pintu-pintu kepada orang yang mahu menggugat persoalan akidah," katanya kepada Utusan Malaysia


PEGAWAI BANK NEGARA MALAYSIA DAFTAR AHLI DAP

Posted: 09 Oct 2014 09:24 AM PDT

Ahli Baharu DAP Dari Bank Negara Malaysia
Semalam dalam satu program di Kuala Lumpur anjuran DAP, mereka turut membuat kempen menambah keahlian DAP di kalangan anak-anak Melayu. Walaupun bicara mereka banyak kepada menghentam Bajet 2015 yang belum pun dibentangkan oleh Kerajaan, mereka sudah menghentam membabi buta tuli seolah-olah mereka tahu segalanya.

Mereka turut membentang Bajet DAP yang kebanyakannya enak didengar sahaja. Usaha mereka untuk mendahului pembentangan Bajet 2015 oleh Kerajaan nampaknya sia-sia sahaja, kerana seperti biasa Bajet impian mereka itu akan hanya tinggal bicara kosong yang akan ditiup angin sahaja.

Sesi seterusnya ialah pendaftaran ahli baharu DAP. Nampaknya, Bank Negara Malaysia, cawangan Islamic Banking tiada halangan pegawai Melayu Islam mereka menjadi ahli DAP. Walaupun hanya seorang sahaja Melayu Islam yang tersesat ini, namun menjadi fardu kifayah kepada kita untuk menyedarkannya. Sesungguhnya DAP adalah musuh Islam yang sebenar. DAP tidak mahu negara Islam yang menjadi perjuangan parti UMNO dan PAS.

PERSELINGKUHAN DAN MUT'AH DAP + KUTU UMNO? NAK PERLI PAS LE TUH...

Posted: 09 Oct 2014 05:58 AM PDT


Jeng...jeng...jeng virus kanser dan simptom hapak Anwariyun wal Juburian dah semakin membengkak dan membusuk dalam batang tubuh UMNO.

Dan ia disokong oleh chauvinist rasis DAP. 

Kekadang kita perlu rasa syukur atas hikmah yang Allah taala berikan kepada UMNO dengan kekalahan Si Pudin New Politic ini di Parlimen Temerloh.

Bayangkan kalau dia menang hari tu dan berperangai macam sekarang ni. 

Rasanya ada ada orang Melayu akan terjun sungai Temerloh...

Hanya orang jahat perangainya yang akan sokong orang yang jahat hatinya untuk tujuan jahat...

Rujuk juga;


Bukti Akibat Ditekan PKR dan DAP, PAS Mula Bekerjasama Dengan PERKASA?

Posted: 08 Oct 2014 11:30 PM PDT

Gambar ini dirakam semalam.

PAS dan PERKASA bersama-sama membantah Oktoberfest
Dalam isu Oktoberfest, PAS bukan sahaja ditekan oleh DAP dan PKR, malah hero-hero PASMA juga menekan PAS dari dalam supaya tidak membantah Oktoberfest.

Inilah yang ditakuti oleh kaum cauvinis iaitu melihat umat Islam bersatu. Lihatlah bagaimana PKR dan DAP menggasak PAS apabila PAS senada dengan UMNO untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Itu cerita Oktoberfest. Berikutnya adalah luahan pemimpin PAS mengenai tekanan yang dibuat oleh DAP kepada PAS.


Saya telah sebutkan sebelum ini dan hari ini terbukti serangan DAP ke atas PAS masih berterusan.The Star Online melaporkan bahawa Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang masih lagi ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) namun beliau telah dikeluarkan dari menganggotai beberapa jawatankuasa dalam MPPP iaitu Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Pelesenan.
Ahli EXCO Kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin turut menjelaskan bahawa peruntukkan kewangan Iszuree turut dibekukan dan disalurkan ke ahli majlis PAS yang lain.Sementara itu portal senget sebelah, TMI melaporkan Ketua Menteri PP Lim Guan Eng sebagai berkata bahawa:

"He had made that lie against the Pakatan Rakyat state government. He had made the attack and he had made a lie."

Kononnya Iszuree berbhong berkenaan kerajaan PR pulau Pinang ketika berucap dalam Muktamar PAS baru-baru ini dan bahawa Lim menganggap kritikkan Iszuree itu sebagai satu serangan dan pembohongan.

Setiausaha Agung DAP menghukum seorang pemimpin negeri PAS yang mengkritik kerajaan pimpinannya dalam satu forum, mesyuarat agung tahunan parti. Kerana menyentuh dan mengkritik kerajaannya, Lim begitu tersinggung dan menggunakan kuasanya menyentap apa saja kuasa yang ada pada Iszuree selaku ahli majlis, tinggallah beliau berjawatan tetapi tiada kuasa.

Dulu ketika Pairin Kitingan menang sebagai calon Bebas di Tambunan, tahuan 1980an (sebelum kemudiannya menubuhkan PBS), Datuk Haris Salleh yang ketika itu Ketua Menteri BN Sabah telah bertindak menarik balik status Tambunan sebagai sebuah pentadbiran daerah menjadi sebuah daerah kecil (sub district). Menghukum rakyat kerana mengundi Pairin.

Jahat sungguh Harris ketika itu. Itulah perangai BN, malah di Kelantan, di Terengganu hingga kini dan hari ini kita lihat perangai jahat BN menghukukm seumpama itu turut ditauladani oleh Guan Eng.

Sudahkah Iszuree diberi hak untuk didengar (right to be heard), saya difahamkan perwakilan di muktamar turut mempertikaikan tentang tiadanya perbincangan tertinggi peringkat PR di Pulau Pinang yang kerap dan berjadual.

Sepatutnya Lim berjiwa besar, jika Iszuree benar seperti makna dakwaan beliau telah berbohong berkenaan kerajaannya, mengapa Lim sebagai ketua pentadbir negeri tidak memberikan penjelasan, penerangan dimana Iszuree silap.

Sebagaimana ketika beliau ditegur oleh ahli Parlimen Temerloh dan AJK PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan, berkenaan pemberian projek terowong Pulau Pinang. Mengapa tidak berjiwa besar dengan menjelaskan dimana Nasaruddin silap, mengapa perlu saman?

Sejak bila DAP lebih mengambil pendirian melenting dan menyerang balas bila ditegur. Kalau ia pun ianya datang dari kawan-kawan, kalau silap sila betulkan, mengapa mesti menghukum? Atau barangkali di sana ada sekelumit kebenaran atau bagaimana?

Dalam laporan TMI itu Lim terus menyerang PAS dengan mendakwa terdapat dua aliran dalam PAS, satu yang mahu terus bekerjasama dengan PR manakala satu lagi mahu bekerjasama dengan Umno, kata beliau:

"You want to work with Umno, you go and work with Umno. You want to work with PR, you come out and show your sincerity you are working with PR."

Bagi saya ini satu kenyataan yang jahat yang cuba menggambarkan bahawa PAS sudah mahu keluar PR bahawa PAS sudah mahu berbaik dengan Umno.

Benarlah bahawa DAP memang sedang merancang untuk menendang PAS keluar dari PR. DAP mahu dilihat "champion", DAP mahu menang besar dalam PRN Sarawak. Bagi mereka PAS ini liabiliti, PAS ini satu bebanan. Lupa sudah PAS lah yang dahulu bekerja kuat membawa PR disenangi dan diterima rakyat. Tenaga dan kudrat ahli-ahli PAS dignakan sepenuh-penuhnya untuk memperkenalkan PR, hari ini bila habis madu, maka PAS lebih baik disepak keluar sahaja.Sekurang-kurangnya begitulah yang kita lihat DAP hari ini atau bagaimana?

Sumber : http://n32.blogspot.com/2014/10/dap-terus-menyerang-dan-menghukum-pas.html

Sampai bila PAS boleh bertahan apabila maruahnya dipijak-pijak oleh rakan mereka?


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bagaimana kelab ini masih boleh dibuka hingga pukul 4 pagi? Apa yang Dewan Bandaraya lakukan?"

Posted: 09 Oct 2014 09:59 PM PDT

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 8:09 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Kehidupan atau aktiviti malam di Bukit Bintang berjalan seperti biasa, kira-kira 18 jam selepas berlakunya letupan bom yang membunuh seorang joki dan mencederakan 12 yang lain.

Walau bagaimanapun, terdapat penduduk tempatan di lorong-lorong belakang berhampiran Kompleks Sun masih diselubungi raa takut terhadap tindakan balas oleh samseng.

Polis percaya kejadian dua bom tangan yang dilemparkan di hadapan kompleks adalah sebahagian daripada konflik yang membabitkan samseng.

Perniagaan berjalan seperti biasa di hadapan Kompleks Sun pukul 8.30 malam dengan kelab malam dan kedai kopi di belakang Hotel Royale Bintang masih dibuka. Kira-kira 20 pelanggan dilihat sedang makan malam di kedai kopi tersebut.

Lalu lintas di kawasan itu juga tetap sibuk.

Walau bagaimanapun, penduduk di sana masing-masing mengunci mulut.

"Jika wajah saya muncul dalam surat khabar, saya 'mesti kena'. Saya tidak boleh bercakap. Mereka akan datang cari saya selepas itu," kata seorang pengawal keselamatan apabila didekati oleh The Star.

Dia adalah salah seorang daripada orang ramai yang berdiri di luar kawasan pengawasan polis, untuk melihat pegawai forensik memeriksa kawasan itu bagi mendapatkan petunjuk.

Terdahulu, bom tangan kedua telah diletupkan oleh polis, menyebabkan asap berkepul ke udara.

Selepas polis meninggalkan tempat kejadian kira-kira pukul 2 petang, beberapa perniagaan di kompleks itu mula dibuka, dengan penduduk tempatan pergi menghampiri tempat kejadian jenayah dan mengambil gambar.

Seorang wanita berkata dia sedang tidur apabila dia mendengar letupan pertama pada pukul 4.25 pagi Khamis.

"Saya berada di rumah flat saya, sedang tidur. Saya hanya dengar letupan," katanya.

Dia berlalu pergi ketika ditanya dengan lebih lanjut mengenai perkara ini sambil menarik tangan suaminya.

Seorang perempuan tua berkata dia memiliki sebuah kedai ubat berhampiran kelab malam Cherry Blossom.

"Tingkap kedai saya retak, tetapi barang-barang semua okay. Saya rasa ia (keadaan sekitar) akan menjadi baik," katanya.

Ditanya jika pergaduhan menjadi perkara biasa di kawasan itu, dia berkata ini adalah kali pertama dia mendengar tentang perkara itu.

"Saya rasa ini hanya satu perkara peribadi," katanya.

Ahli perniagaan tempatan U. Thamotharon, 48, berkata, pondok polis berhampiran telah dibiarkan kosong sejak tiga atau empat tahun lalu, yang juga pernah menjadi sarang pelacur.

"Tetapi jika mereka (polis) berada di sini, bagaimana kelab ini masih boleh dibuka hingga pukul 4 pagi? Apa yang Dewan Bandaraya lakukan?"

"Ini merupakan pusat bandaraya KL. Ini perlu dihentikan," katanya.

Wanita bersekedudukan hingga lahir lima orang anak

Posted: 09 Oct 2014 07:31 AM PDT

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menahan seorang wanita berusia 31 tahun di Pulau Besar di sini kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang lelaki sehingga melahirkan lima orang anak.
Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata, wanita itu ditahan ketika sedang tidur bersama semua anaknya berusia antara satu hingga 11 tahun di dalam sebuah khemah di tepi pantai pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi. 
Katanya, JAIM percaya lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pasangan wanita itu berada di pulau berkenaan tetapi melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.


"Siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sijil perakuan nikah manakala semua anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran dan mereka sebelum ini tinggal di Masjid Tanah (Alor Gajah, Melaka) sebelum berpindah ke pulau itu kira-kira dua bulan lepas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rahimin berkata, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mendakwa telah berkahwin dengan lelaki itu di Thailand pada tahun 2002.

Beliau berkata, wanita itu turut mendakwa empat anaknya lahir di Melaka manakala anak bongsunya lahir di Seremban, Negeri Sembilan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersedudukan.

Sementara itu Rahimin berkata, JAIM sering melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan berunsur khurafat yang dijalankan di kawasan kubur di pulau berkenaan.

"Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama

ARTIS: Sharifah Sakinah bertunang 25 Oktober

Posted: 09 Oct 2014 05:10 AM PDT

Pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa apabila membaca berita ini. Sharifah Sakinah telah pun mengesahkan yang dirinya bakal bergelar isteri kepada Aliff Adha pada Mac tahun depan. Untuk makluman,Sharifah Sakinah mula berkenalan dengan Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang pada awal tahun ini. Jadi ini bermakna mereka akan berkahwin selepas hampir lebih kurang setahun bercinta.
sharifah sakinah
Pada 25 Oktober ini, Sharifah Sakinah dan Aliff Adha akan mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Kata Sharifah Sakinah menerusi Berita Harian:-
Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan. Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi.
Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama. Dia tak banyak hal, jenis tak kecoh. Pendek kata dia selamba. Malahan tak ambil tahu langsung fasal industri seni.
sharifah sakinah
Jutaan tahniah diucapkan kepada Sharifah Sakinah dan Aliff Adha atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Tak sabar nak tengok Sharifah Sakinah di atas pelamin kelak. Pasti cantik berseri-seri bak bidadari. Tahniah!!!

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Perjuangan Islam PAS sudah di tewaskan oleh DAP dan PKR ..........?

Posted: 09 Oct 2014 08:35 PM PDT

'TAK ADA MASALAH DENGAN PESTA ARAK, CUMA PENGANJUR KENA MOHON KEBENARAN' - AZMIN

SHAH ALAM 9 Okt. - Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.......

Atuk peratikan PAS di Selangor ni bukan lagi disifatkan 'seperti lemukut ditepi gantang', tatapi PAS dah jadi lemukut terkeluar dari gantang.

Sekarang PAS sudah terpakse 'halalkan' arak di Selangor demi menjage hati rakan sekutu nye iaitu DAP dan PKR. Atuk tak boleh bayangkan jikesekire nye PAS bersikap demikian dikale same2 memerintah negare Malaysia ini.

Sikap PAS yang kunun nye pembele agama Islam ni pasti akan menghancurkan umat Islam di negare ini kerane terpake mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaje.

...... mendidih darah atuk tenguk klip video ni....

Posted: 09 Oct 2014 08:20 PM PDT




WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Isu Oktoberfest Satu Pembohongan ISMA?Sila rujuk laman FB calrberg.

Posted: 09 Oct 2014 01:41 AM PDT



 ISMA mendakwa iklan di bawah ini telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam:


Tapi, iklan sebenar adalah seperti berikut:


Adakah ISMA telah meletakkan diri mereka setaraf dengan cybertrooper upahan UMNO?

Islam tidak mengharamkan arak kepada bukan Islam pun.









Kalau merujuk kepada laman FB Calrsberg, semua lokasi sambutan Oktoberfest diberikan di situ seperti dalam imej di bawah.

Ada dua lokasi sambutan yang terletak di Kuala Lumpur namun tiada cadangan dari Nasruddin  and the gang untuk menghantar memo protes kepada DBKL.

Adakah ini kerana DBKL terletak di bawah UMNO???

Apa jawapan Nasrudin Hassan At Tantawi dan Ust Mohd Khairuddin At-Takiri agaknya?

Kalau dah machai ISMA tu machai jugak la



Kredit foto Haji Abu AlHafiz





Ni dia muka ahli  ISMA dalam PAS. Yang herannya takda pun ISMA sibuk nak hantar memorandum.
Tu yang dapat gelaran machai sebab berlagak lebih sebuk dari ISMA.
Lagi satu Oktoberfest ni di KL pun buat tapi takda pun pergi DBKL untuk protes.
Adakah kerana DBKL letak bawah UMNO?




TULANG BESI

Agen Yahudi: Nik Abduh anak murid Mahathir?

Posted: 09 Oct 2014 12:38 AM PDT

 OLEH: AMIRULMUKMININ



Nik Abduh menegaskan sekali lagi tuduhannya terdapat konspirasi antarabangsa yang cuba menjatuhkan Presiden PAS Hadi Awang dan memencilkan Majlis Syura Ulama daripada mendominasi parti dan Pakatan Rakyat.

Namun kali ini Nik Abduh menyertakan sekali unsur Yahudi yang menyusup masuk ke dalam parti PAS.

"Sama ada sedar atau tidak sedar itu yang saya tegaskan, ahli PAS mesti mempunyai kesedaran yang tinggi, kadang-kadang kita fikir ini baik, tetapi kita tidak sedar ia dirancang, seperti disebutkan (wujud) gerakan antarabangsa (konspirasi Yahudi) sekiranya dirancang dan diberi sokongan pemikiran seperti ini, jadi ia akan mengubah PAS," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno Utusan

Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya mendengar konspirasi Yahudi disebut oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Bagi Mahathir semua yang buruk berlaku dalam negara adalah disebabkan Yahudi walaupun beliau adalah pemimpin yang aktif bekerjasama dengan usahawan dan pemimpin pro Yahudi/Zionis di peringkat antarabangsa.

Mahathir Yahudi

Umum masih ingat tuduhan Mahathir ke atas Anwar sebagai agen Amerika dan di belakangnya konspirasi Yahudi menghuru-harakan kewangan negara untuk menjajah Malaysia. Salah satu alasan menyingkirkan Anwar dari kerajaan pada 1998 adalah kerana Anwar dianggap agen CIA dan agen Yahudi.

Kini Nik Abduh pula menggunakan alasan sama ke atas musuh politik puak UG dalam PAS. Adakah Nik Abduh mahu membina persepsi wujud ancaman Yahudi secara besar-besaran mahu menggulingkan kepimpinan ulama? Dengan kata mudah sesiapa yang mengkritik ulama adalah sama ada diupah atau menjadi penyokong Yahudi.

Nik Abduh AJK PAS Pusat dan dikenali sebagai jurucakap Majlis Syura Ulama. Telah didedahkan oleh beberapa paksi dalam PAS, kumpulan ulama UG sedang cuba mengambil alih kebanyakan kuasa daripada golongan profesional

Konspirasi Yahudi tentu sekali adalah 'hint' yang menunding ke arah penglibatan 'orang-orang' Anwar Ibrahim dalam PAS sebagaimana plot konspirasi yang dirancang Mahathir bagi menjatuhkan musuh politiknya dalam Umno.

Persoalan yang mengganggu kini adakah benar desas desus puak ulama sedang bersiap sedia untuk memecat sebilangan pemimpin PAS profesional sebagaimana yang diperbincangkan dalam kalangan pemimpin profesional PAS sejak dua bulan kebelakangan ini.

Pergolakan Harakah


Penamatan kontrak editor Harakah Datuk Tarmizi Mohd Jam lewat kontroversi whatsapp beliau yang mengkritik ulama mungkin menjadi petanda awal. Spekulasi kemudiannya menyebut Saari Sungip dan Hansul Baharuddin yang menyokong Dr Wan Azizzah sebagai MB baru Selangor merupakan pemimpin gelombang kedua yang akan dipecat oleh PAS pada 10 Oktober ini.

Tentulah gelombang ketiga jauh lebih besar membariskan nama-nama pemimpin profesional pro PR yang menjawat AJK PAS Pusat.

Apabila tuduhan penyusupan pengaruh Yahudi dibuat maka PAS dengan mudah akan memecat mereka dan mengindoktrinasikan ahli-ahlinya tentang perpecahan yang dirancang Yahudi.

Apatah lagi professional PAS seperti Dr Dzulkifly, Dr Hatta, Datuk Kamarudin Jaafar, Khalid Samad dll sejak sekian lama digelar puak Erdogan, yang bermakna penyokong Anwar di dalam jemaah.

Maka sekiranya mereka diambil tindakan, ahli biasa tidak akan membantah demi mempertahankan parti daripada pengaruh Anwar dan Yahudi. Sekiranya pembersihan ini benar-benar berlaku sedikit masa lagi maka PAS akan bergerak daripada parti yang toleran kepada pelbagai idea kepada parti jumud dan tertutup.

Kultus PAS

Kini, beberapa NGO Cina dan Melayu yang pro PR mula mengeluarkan pendapat PAS telah bertukar daripada parti politik kepada pergerakan kultus yang memuja pemimpin.

Mukatamar ke 60 menyaksikan pengikut PAS begitu ekstrem melindungi ulama mereka. Pada satu tahap Hadi boleh menghina pemimpin PR tetapi satu kritikan pun tidak boleh dilempar ke atas belaiu.

Ini adalah tragedi kepada parti yang berusia lebih 50 tahun. Apabila kewarasan mula tidak diedahkan dan kultus mengambil tempat.

Tiada seorang pun yang tidak boleh dikritik di dunia kecuali para rasul dan nabi. Tetapi dengan budaya baru dalam PAS, para ulama besar mereka juga tidak boleh dikritik.

Panglima perang PAS seperti Tantawi pula kelihatan menerima polisi Isma yang membela Umno. Polisi agama Isma amat jelas, iaitu sekiranya Umno melakukan apa sahaja maka ia tidak salah dalam pandangan Islam termasuk korupsi, menindas, menangkap secara zalim tetapi apa sahaja yang dilakukan PR walau pun mengikut sunnah adalah bercanggah dengan Islam dan wajib ditentang.

Octoberfest misalnya ditentang Isma, tetapi bukankah pada zaman BN memerintah Selangor masyarakat Cina dibenar mengadakan upacara 'makan besar' dalam kalangan komuniti mereka? Arak dihidang pada setiap meja dan penganjuran bukan di kawasan tertutup sebaliknya di tapak letak kereta.

Sekiranya polisi Isma diamalkan oleh ulama PAS maka perjuangan politik mereka berakhir. Bukan  sahaja orang Cina tidak akan mengundi parti itu tetapi juga orang Melayu tidak akan bekerjasama dengan parti yang tidak memikirkan kaum lain kecuali Melayu. Malaysia dibina atas persetujuan berbilang bangsa, sekiranya ia mahu ditumpukan ke atas satu bangsa maka kekacauan akan tercetus.