Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


RBA ptut viralkan, Rafizi buat PC terhadap kereta Hammer RM2.3 juta Guan Eng

Posted: 07 Oct 2014 09:30 PM PDT

Teringat dulu Rafizi buat PC berkenaan kereta hammer yang dikatakan dipandu oleh anak Dato Nazri Aziz. BAru pandu belum tahusiapa punya. Mungkin bapak mertuanya, mungkin orang punjam seperti dikatakan Rafizi adalah dipunyai seorang bernama Michael.

Kali ini, tersebar Guan Eng sudah punya kereta Hammer terbaru model IV berharga RM2.3 juta. Adakah Rafizi akan bising? Adakah RBA akan bising?




Jawab dan sebarkan kereta Guan Eng wahai RBA... jangan sibuk kereta orang lain. Developer mana sudah tolong kasi bayar????

Hairan kenapa Guan ENg mahu kereta yang macam untuk perang ...


Mungkin sebab ...


 

Keselematan diri pasal banyak bersalah!!!

Arab mana Anwar bawa untuk halalkan meliwat

Posted: 07 Oct 2014 07:26 PM PDT

Sesat di atas dibawa masuk oleh rakan sepemikiran Anwar, Saifuddin Abdullah ...BACA MIK SINI

Khabarnya menjelang rayuan akhir Anwar pada hujung bulan ini untuk kes meliwat jantan. Anwar sudah panggil beberapa Arab untuk majlis ilmu di rumahnya di Bukit Segambut Dalam
Hebat ... jika hakim liberal mana-mana tak di xxx kan (takut hina mahkamah), Anwar sudah tidak ada hujah untuk rayu dari kes meliwat, tapi masih sempat nak majlis ilmu. Tak lain tak bukan Anwar mesti cuba mencari nyawa. 

Buat masa ini Anwar sedang cuba menimbulkan kemarahan rakyat dari rasionalisasi minyak.  nak masuk penjara. Dari apa yang difahamkan, Anwar telah menjemut Maulana Ihsan Hendrick serta Dr. Sheikh Tareq Mohammed Al-Suwaidan.

"Maulana Ihsaan Hendrick yang kini merupakan Presiden Muslim Judicial Council. Tokoh gerakan Islam tersohor Afrika Selatan ini juga turut menyandang jawatan Pengarah Yayasan Al-Quds Afrika Selatan merangkap Ketua Pasukan Konvoi Kemanusiaan Afrika Selatan ke Gaza, Palestin.

Dr. Tareq Mohammed Al Suwaidan merupakan tokoh terkemuka Kuwait yang juga memimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait. Merupakan CEO Gulf Innovation Groups dan Pengerusi AWARE (Advocates for Western-Arab Relations & Exchange Majlis), beliau merupakan jurubicara terkenal di Kuwait dan peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang pengurusan dan perancangan strategik. Dr Tareq turut sebagai penulis terkenal yang telah menulis lebih daripada 30 buah buku."

Jika Yusof Qardawi ditipu Anwar untuk percaya dia telah dianiayakan dan ketika Qardawi bercakap di SUbang Jaya, kata-kata Qardawi disalah terjemah oleh penterjemah PKR, apa pula trick Anwar nak kelentong Arab-Arab.

Takut Arab-Arab ini adalah Arab Islam Liberal yang kata Iqraha FIddeen memboleh orang Islam murtad.

Usah tunjuk bodoh, elok SAMM hantar memo pada Azmin Ali!!!

Posted: 07 Oct 2014 05:21 PM PDT


Khabarnya Chegu Bard dan kumpulan SAMM akan berkumpul dan parlimen untuk serahkan memo bantahan. Harapan mereka untuk bina wave penentangan rakyat terhadap kenaikan minyak dari rasionalisasi subsidi. 

Entah berapa yang mahu hadhir lagi demo-demo dan serah-serah memo begini.
 
Orang dah jelak ... nak marah atau sokong kerajaan, tunggu pilihanraya. Sambil itu, cubalah SAMM yang hanya proksi PKR guna otak dan hujah beri idea selesaikan masaalah RM23 billion subsidi?
 
Itu kalau SAMM ni pejenis udak pass pekriksa dan bukan calus tahun pertama kedua di Universiti atau GPA bawah 2.0 kikiki ....

Setakat yang kami ingat, PKR hanya boleh guna tipu helah untuk selesaikan masaalah sedemikian. Teringat cara buku Jingga nak biayai pembangunan dan perbelanjaan menggunakan "penjimatan" dari belanjawan. 
 
Apa punya auta???

Cukup-cukuplah buat kerja bodoh Badrul. Selesaikan dulu masaalah Anwar brahim yang dapat sebat RM15 juta walaupun kata gaji dia sebagai Punai yang Sihat adalah RM1 sebulan. 


Selain itu, Chegu Bard patut pantau lakunan Azmin Ali nak lakukan lakunan penyapu baru untuk periksa lori sampah dan tong sampah. Bukan kami tak tahu Azmin nak samun RM3 billion duit MB Inc. 
 
 
Sedang menunggu, nak sapu projek Datum Jelatek. 

Ghani Yassin nak nafi tak punyai Penthouse Pavillion RM14 juta ke?

Posted: 07 Oct 2014 05:31 AM PDT


Begini agaknya rupa pandangan dari Penthoouse Pavillion Residences di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Ini kerana di sini merupakan satu pandangan yang lazim buat Ghani Yassin, Pengerusi SLDB yang disiasat SPRM dan sepatutnya di dakwa.

Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Dato Ghani Yassin yang juga Pengerusi SLDB mengaku disiasat SPRM tapi menafikan dia terlibat. Hujahnya kenapa dia seorang yang disiasat saja? Mesti ada pihak lain.

Baca laporan portal pembangkang FMT SINI yang menyokong amalan rasuah dengan mempolitikkan untuk politik Sabah berkocak.

Jika ramai lain juga terlibat, eloklah tapi tak bererti Ghani patut lepas. FMT mungkin tidak tahu bahawa SLDB Settler's Compensation Fund hilang sebanyak RM200 juta dan ini terserlah dalam buku akaun.

Selain punya Penthouse berharga RM14 juta di Pavillion Bukit Bintang Kuala Lumpur, Ghani dikatakan punya berdozen kereta berkenama dan mewah.


Melainkan Ghani boleh buktikan dia adalah ahli keluarga Sultan Brunei yang mana ada beradik Sultan brunei punya gudang di merata Bandar Seri bengawan untuk menyimpan kereta-kereta mewah dan mainan mereka, bagaimana Ghani boleh mampu dengan hanya gaji sebagai Chairman SLDB.


RM200 juta yang hilang bukan duit kepunyaan syarikat tapi dana untuk dibayar pada peneroka ... maknanya duit yang dicuri adalah duit rakyat miskin!!!!

Rahman Dahlan berkenaan 20 point agreement dan Carbotage

Posted: 07 Oct 2014 02:30 AM PDT


"Many Way To Skin A Cat" antara hujah Dato Rahman Dahalan dalam forum dan dialog antara beliau dengan Ahli Parlimen Penampang- Darel Leiking pada Sabtu petang di Kota Kinabalu.

Forum dan Dialog yang bertajuk "Sabah dalam atau luar Malaysia" menurut Rahman, adalah "tajuk" yang agak provokasi; atas sebab beliau dan Leiking, hadir sebagai panel, tidakpun terfikir untuk membincangkan keadaan itu, kerana, tiada data atau hujah yang boleh mendokong hujah, kalau Sabah berada di Luar Malaysia; data atau fakta yang ada hanya Sabah berada dalam Malaysia untuk tempoh lebih setengah abad.

Menurut Rahman mereka tidak mahu terperangkap dengan ilusi, khayalan, andaian sepertimana hujah dua tiga ketul pemimpin Sabah yang cuba menggambarkan keadaan "apabila" Sabah di luar Malaysia.

Salah seorang cendikawan yang duduk sepentas dengan Rahman dan Leiking, Dr Ramzah Dambul daripada Universiti Sabah (UMS) yang bertindak sebagai pengulas daripada sudut akademik, menganalogkan keberadaan Sabah dalam Malaysia, sebagai sebuah perkahwinan; untuk itu, beliau melihat apakah perkahwinan selama lebih 50 tahun itu bahagia kah tidak. Menurut beliau, kebahagian tidak boleh diukur daripada segi material sahaja, tetapi dalam aspek psikologis juga.

Menurut ahli akademik itu, isu yang diwar-warkan oleh berbagai pihak, termasuk kadar kemiskinan di Sabah, kajian menunjukan, bahawa kemiskinan di Sabah, bukanlah merujuk kerana Sabah berada di Malaysia; sebaliknya banyak faktor lain termasuk sifat rakyat itu sendiri, tofografi dan sumber pendapatan serta kadar pengetahuan atau pendidikan.

Rahman dalam hujahnya, untuk menjawab hujah segelitir rakyat atau pemimpin di Sabah berkaitan "royalty minyak" menjelaskan bahawa sebenarnya Petronas membayar purata hampir RM1bilion setiap tahun kepada Sabah, kerana hasil minyak Sabah. Sebesar amaun itu juga dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Rahman memberi data, bahawa saban tahun, kerajaan persekutuan menyalurkan kewangan kepada Sabah, rata-rata 3 kali ganda jumlahnya berbanding kutipan percukaian daripada negeri itu. Sebagai contoh pada tahun 2013, kutipan cukai sebesar RM4.2bilion, namun peruntukan yang disalur kepada Sabah sebesar RM11bilion.
Dalam forum hari ini, Rahman dan Leiking memang mengakui kebaikan Sabah berada dalam Malaysia, antara lain, perkhidmatan keselamatan, kesihatan, pendidikan adalah di bawah tanggungjawab Persekutuan. Tiga sektor tersebut merupakan sektor yang memperlukan peruntukan besar.
Baca seterusnya di Apa Yang Tersirat SINI. Laporan mengenai majlis semasa di FMT SINI

Rahman Dahlan turut menyentuh mengenai polisi Carbotage. 

Baca juga MI SINI

DAP akui rancangan dapatkan undi Gen Y Melayu

Posted: 06 Oct 2014 11:30 PM PDT


Dalam satu majlis makan malam pada Oktober 4hb lepas di Sg Buloh, DAP akui rancangan untuk ketepikan PAS dan PKR untuk dapatkan sendiri undi Melayu Gen Y.  Majlis digunakan untuk menyanjungi Saari Sungip tapi hal yang disampaikan oleh Dyana Sofea dan Liew Chin Tong perlu diketahuio ramai.

Dyana Sofea, menceritakan mengenai Impian Sabah dan Impian Sarawak yang merupakan ide bersama YB Tony Pua dan Teresa Kok untuk cara memenangi hati rakyat pendalaman dengan HANYA memasang paip air ke kawasan pendalaman tertentu Sabah dan Sarawak yang ada kepentingan politik DAP.

Dia turut cuba memainkan isu seolah-olah wanita ditindas oleh parti-parti politik dan menuduh BN sebagai parti rasis yang memecahbelahkan rakyat. Ini hanya helah biasa DAP yang akan tuduh pihak lain untuk menutup salahlaku mereka sendiri.

Hujah wanita tertindas dan rasisma bakal diguna Dyana dan DAP untuk memecahkan undi anak muda Melayu. Katanya, tumpuan adalah pada mereka yang berumur 18-19 tahun, dimana menjelang PRU akan datang mereka akan menjadi sejumlah 5 juta pengundi baru.

Sementara itu, Liew Chin Ting berkata DAP sudah berjaya menawan kawasan bandar dengan 40-50% undi melayu di PRU lepas.

 Mereka masih belum berjaya diluar bandar dengan hanya memperolehi 30% undian Melayu. Jikalau tidak, sudah tentu selepas PRU yang lepas DAP sudah tentu dapat membentuk kerajaan baru.

Kalau hendak menang, pemuda-pemudi Melayu diperlukan mengundi kepada DAP dan kerjasama semua pihak diperlukan baik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Kalau Melayu tak sedar diri. memang bodoh tahap gabanlah Melayu ni.

Dalam ucapan oleh pemimpin lain, nampak sangat mereka bermain isu yang boleh menimbulkan marah rakyat seperti kenaikkan minyak, tarif elektrik, dan harga barang tapi sebenarnya menjaga kepentingan kaum cina seperti menggagalkan GST.

DIbelit hujah kurangkan jumlah belanja subsidi sebagai isu rasuah, kerajaan habis wang, Ada juga disebut cukai yang membebankan kaum cina.

Kebanyakkan penceramah bercakap dalam bahasa cina dan hanya bendera PKR dan DAP kelihatan, tiada bendera PAS walaupun Saari Sungip hadhir. Saari disanjung sebagai penyelamat kerajaan PR Selangor dan hanya dapat hadiah buluh


Kah kah kah ... bingai punya aktivis Islam!



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


'Imam Rock' dari Batu Feringghi cetus fenomena

Posted: 07 Oct 2014 08:39 PM PDT

Oleh Gaddafi Musli
Kuala Lumpur: "Rock macamana pun kita, Allah jangan lupa bro." Itu pegangan bintang rock Facebook (FB), Mohd Azlan Ahmad, 33, atau lebih dikenali sebagai Alen Castello yang mencetus fenomena apabila videonya menyanyikan lagu 'She's Gone' menjadi viral selepas dimuat naik di laman FB Harian Metro (HM) pada 10 September lalu.
Lebih membanggakan, selain memiliki vokal hebat, Azlan juga adalah seorang imam di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi sejak dua tahun lalu.
Terbaru, dia memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di masjid berkenaan Ahad lalu.

Setakat ini video berkenaan yang turut dimuat naik di laman FB HM mendapat 17,592 likes, 177,379 tontonan dan 2,263 kongsian.
Foto
MOHD Azlan Ahmad yang juga dikenali sebagai Alen Castello. FOTO NSTP
"Syukur Alhamdulillah, apabila video yang dipaparkan HM sebelum ini menjadi viral usaha saya berdakwah menjadi lebih mudah kerana semakin ramai pengguna FB mengenali saya," kata bapa kepada tiga anak itu.
Jelasnya disamping berhibur, dia turut menggunakan akaun FB untuk berdakwah dengan menyelitkan nasihat keagamaan dan semakin hari ramai pengguna memberi respon yang baik.

"Bagi saya genre muzik seperti rock jika diselitkan dengan unsur dakwah dan nasihat boleh memikat hati pendengar khususnya di kalangan generasi muda," jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Lazimnya dia bertugas sebagai imam pada siang hari iaitu pada waktu solat Zohor dan Asar, dan kemudian memulakan perniagaan char kuetiau di Batu Ferringhi selepas waktu Maghrib.

"Saya juga menjadi imam solat Jumaat dua kali sebulan, dan kadang kala bertugas menjadi bilal jika diperlukan jemaah masjid," katanya yang mengaji sekolah pondok sejak berusia 13 tahun.

Pada mulanya dia khuatir jika video yang menjadi viral memberi imej yang tidak baik kerana tugasnya sebagai seorang imam namun jemaah masjid memberi sokongan kepadanya kerana beranggapan ia adalah kaedah yang baik untuk menarik orang muda mendekati agama.

"Setakat ini mereka (jemaah masjid) tiada masalah untuk saya teruskan tugas sebagai imam malah mereka memberi kata-kata semangat," katanya lagi.


Azlan ketika menyampaikan khutbah Aidiladha baru-baru ini


Azlan @ Alen Castelo ketika menyampaikan lagu She's Gone 

Rakan diperkosa depan mata

Posted: 07 Oct 2014 04:37 AM PDT

Oleh Abd Rahman Adam
Miri: "Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya," kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap.
Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu.

Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.
Foto
YULIDA menunjukkan tempat kejadian.

"Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya.

Facebook beli WhatsApp AS$19 bilion

Posted: 07 Oct 2014 12:53 AM PDT


Laman sosial Facebook semalam menyelesaikan pengambilalihan AS$19 bilion aplikasi komunikasi WhatsApp.

Menlo Park, syarikat berpangkalan di California mengumumkan rundingan itu pada Februari.

Facebook membayar AS$12 bilion dalam bentuk saham dan AS$4 bilion tunai.

Rundingan itu termasuk tambahan AS$3 bilion saham Facebook untuk pengasas dan pekerja WhatsApp.



Bagaimanapun, nilai saham Facebook meningkat sejak Februari, menjadikan rundingan itu bernilai kira-kira AS$21.8 bilion.

WhatsApp sebelum ini dilapor akan diurus secara berasingan daripada Facebook.

Antara semua aplikasi pesanan mesej, WhatsApp mengungguli tempat teratas dengan 600 juta pengguna di seluruh dunia, berdasarkan Suruhanjaya Eropah, badan eksekutif Kesatuan Eropah.

Ia popular di Eropah, Amerika Latin dan tempat-tempat tertentu di Asia.

Graduan Mesir pula bantah pesta Carlsberg

Posted: 07 Oct 2014 12:00 AM PDT


Bantahan terhadap penganjuran Octoberfest Carlsberg terus mendapat bantahan, kali ini daripada graduan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Dalam kenyataannya, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berkata, ia "terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam".

Malah, dakwa ILMAM, program itu secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia beragama Islam yang sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.



"Meskipun Islam tidak melarang bukan Muslim meminum arak namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan," kata presidennya Syed Abdul Kadir Aljoofre.

ILMAM berhujah, tempoh penganjurannya yang panjang juga akan membawa keruntuhan moral dan kerosakan jati diri para belia, sekali gus bertentangan dengan agenda kerajaan untuk membina generasi bermaruah.

Semalam, anggota parlimen PAS bagi kawasan Temerloh Nasrudin Hassan menyeru semua pihak menentang Octoberfest yang akan berakhir pada 12 Oktober ini dan menyifatkannya sebagai budaya munkar.

Walaupun dilakukan dalam ruang bangunan tertutup, ulama muda PAS itu berkata, mempromosikannya secara besar-besaran mencabar sensitiviti umat Islam.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Masjid Dhirar, masjid orang munafik yang dihancurkan di zaman Nabi

Posted: 07 Oct 2014 10:38 AM PDT


Tiba-tiba Harakahdaily keluar cerita macam ni  ...tertanya-tanya apa halnya pulak...
Ini dalam zaman Nabi ada golongan dalam jamaah islam yang tindakkanya membawa kemusnahan islam..

Adakah dalam Jamaah Islam PAS juga ada ciri-ciri macam ini ??????..........
Hentikanlah kerja yang bersifat negetif terhadap Islam.. ..  Kita terlalu banyak musuh dan rintangan dari luar.. bekerjalah kerana Allah ..jangan kerja kerana nak bayar sewa rumah..atau nak bayar ansuran kereta ...
Kerja kerana Allah akhirat dapat ..kereta dan rumah pun dapat bayar...
Foto: Tapak Masjid Dhirar yang dimusnahkan
"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemUdharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah9: 107)

Sebab turun ayat (asbabun nuzul) ini adalah pemberitahuan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bahawa orang munafik membina masjid dengan niat menghancurkan Islam.

Ibnu Mardawaih rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Ishaq rahimahullah yang berkata, "Ibnu Syihab az-Zuhri menyebutkan dari Ibnu Akimah al-Laitsi dari anak saudara Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu. Dia mendengar Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu (dia termasuk yang ikut baiat kepada Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam pada hari Hudaibiyah) berkata,

"Telah datang orang-orang yang membina masjid dhirar kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, pada saat beliau bersiap-siap akan berangkat ke Tabuk. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, kami telah membina masjid buat orang-orang yang sakit maHupun yang mempunyai keperluan pada malam yang sangat dingin dan hujan. Kami senang jika engkau mendatangi kami dan solat di masjid tersebut.

"Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab," Aku sekarang maHu berangkat membuat perjalanan, insya Allah Azza wa Jalla setelah kembali nanti aku akan melawat kalian dan solat di masjid kalian. "Kemudian dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berehat di Dzu Awan (jaraknya ke Madinah kira-kira setengah hari perjalanan). Pada waktu itulah Allah Azza wa Jalla memberi khabar kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang masjid tersebut yang mereka niatkan untuk membahayakan kaum muslimin dan sebagai bentuk kekafiran. "Lubabun Nuqul fi asbabin nuzul hal. 111, Darul Maktabah Ilmiyyah, syamilah

Kaum munafik membina dengan niat yang buruk

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Masjid Dhirar dibina dengan niat yang buruk.  Mereka adalah orang munafik dan tujuan mereka adalah:

1. Menyaingi dan membahayakan masjid Quba, oleh kerana itu dinamakan Masjid dhirar (ertinya: membahayakan, dan masjid ini dibina hampir bersamaan dengan masjid yang pertama kali iaitu masjid Quba, pent).

2. Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran / pengingkaran kerana yang membinanya adalah orang munafik

3. Memecah belah kaum muslimin

4. Untuk mengintip (kaum muslimin) bagi mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya. Ada seorang laki-laki fasik pergi ke Syam yang bernama Abu 'Amir (ia selalu memerangi kaum muslimin dan kalah, kemudian ke syam untuk meminta bantuan kepada Raja Rom, pent). Kemudian ia bersurat kedapa kaum munafik (di Madinah) agar mereka membina Masjid, maka kaum munafik membina masjid (Dhirar) atas petunjuk darinya. Mereka berkumpul untuk mewujudkan keinginan mereka untuk membuat makar dan tipu daya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat beliau (mereka beralasan membina masjid untuk orang yang sakit dan orang tua, pent). "Majmu' Fatawa wa Rasail 6/226-227

Perintah agar tidak solat di masjid tersebut dan agar menghancurkannya

Allah Ta'ala berfirman, "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. "(QS. At Taubah: 108)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata, "Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (masjid dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."


Maka keduanya pun berangkat dengan segera. Malik bin Dukhsyum mengambil api (pelepah kurma) dari rumahnya. Mereka bertolak lalu membakar dan menghancurkannya.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar & DAP Hanya Tunggu Masa Singkir Hadi?

Posted: 07 Oct 2014 08:59 PM PDT



Dari perhitungan logik berasaskan fakta perkembangan yang berlaku sebelum muktamar Pas 2011 hingga kini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidaklah berada pada kedudukan yang mantap dan bermaruah dalam Pas dan dalam pakatan pembangkang.

Keadaan ini lebih jelas apabila berlaku krisis dalam pakatan tersebut yang bermula daripada 'Langkah Kajang' yang membawa kucar-kacir kepada kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan ini Abdul Hadi tidak mendapat dokongan sepenuhnya daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang terbentuk oleh grand design dalam kalangan politik bukan ulama dalam parti itu yang bertunjangkan kekuatan kewangan yang tidak lagi mementingkan prinsip dan ideologi tetapi dipandu oleh keperluan politik semasa.

Beberapa hari sebelum Muktamar Pas 2011 yang menyingkirkan ulama progresif Nasharudin Mat Isa, Astora Jabat seorang penulis agama yang terkemuka dan saya bertembung dengan Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Hotel Kuala Lumpur. Mengetahui Mat Sabu sebagai pencabar kepada Timbalan Presiden saya mengesyaki suatu konfrastasi sedang berjalan.

Saya percaya hal ini berlaku dengan rastu Abdul Hadi sendiri yang melihat masa depan Pas bergantung kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang termasuk harapan pimpinan Pas sebagai Perdana Menteri dan hanya dengan kerjasama ini dapat menggulingkan kerajaan BN.

Pegangan ini mendorongkan Pas untuk membuang seorang inteletual Islam yang dihormati untuk digantikan dengan tokoh yang kekuatannya bergantung kepada aksi dan kontroversi serta membuang dokumen negara Islam yang menggerunkan bukan Islam untuk digantikan kepada Negara Berkebajikan.

Dengan pengumuman itu dalam ucapannya di muktamar Pas 2011 maka Abdul Hadi meletakkan hala tuju baharu yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada Mat Sabu yang mencabar Nasharudin untuk menggerakkan Pas ke arah dasar baru itu dan menghapuskan imej tradisi Pas sebagai parti agama.

Di bawah dasar tahaluf siyasi yang membolehkan kerjasama dengan semua pihak termasuk parti bukan Islam dan orang bukan Islam demi untuk menegakkan sebuah kerajaan eutophian yang bersih, adil dan amanah untuk menggantikan UMNO yang kata Abdul Hadi "Telah menjahilkan Melayu Islam di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan".

Tidak ada sesiapa yang dapat disalahkan apabila tahaluf siyasi itu akhirnya mele­takkan kepimpinan Pas tidak lagi berada di tangan ulama malah kedudukan Abdul Hadi sendiri sebagai Presiden Pas tidak lagi pasti yang jelas terserlah dalam krisis pakatan pembangkang sekarang.

Dalam keadaan ini, tidak mustahil kepimpinan ulama Pas sekarang akan tersingkir atau diketepikan. Abdul Hadi akan menerima nasib yang sama dengan pemimpim agama nasionalis seperti Datuk Asri Muda dan lain-lain lagi untuk digantikan oleh pimpinan ulama yang diketuai oleh beliau sendiri.

Kini giliran Abdul Hadi pula akan disingkirkan oleh pemimpin liberal, sekular, profesional dan tidak berideologi dan bukan terdiri daripada barisan ulama yang tidak realis.

Pergantungan pucuk pimpinan Pas kepada kekuatan Majlis Syura Ulama dipandang kecil oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan juga beberapa orang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas kerana mereka tidak mempunyai legal authoriti dan kuasa mereka boleh dibatalkan oleh Pas pusat yang dipilih oleh muktamar Pas pada bila-bila masa menerusi proses demokrasi.Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika telah sah kekuatan berada di tangan mereka.

Bukti bahawa Pas sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang yang mewakili orang Melayu dan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelum bersama pakatan tersebut diakui Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz apabila beliau menegaskan, Pas menjadi mangsa buli parti sekutunya dalam pakatan pembangkang malah dalam kenyataan terakhirnya beliau meminta ahli ahli Pas bertahan kerana sedang diserang dari dalam (oleh team Anwarinas?).

Serangan dari luar menampakan keangkuhan mereka untuk demoralised kepimpinan Abdul Hadi yang berpaksikan kepada wahyu dan emosi. Dengan menyingkirkan orang Pas daripada kedudukan penting yang berada di bawah kuasa mereka. Umpamanya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyingkirkan Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). (Berapa banyak elaun tetap dan pendapatan yang hilang?)

DAP juga memberikan penghormatan kepada dua orang ADUN Selangor daripada Pas yang dianggap barua oleh Presiden Pas dan membalas kecaman pedas Abdul Hadi dengan kecaman yang keras yang menunjukan keberanian DAP untuk menghadapi apa keadaan pun sekalipun Pas meninggalkan pakatan. DAP memerlukan ini untuk tidak terlihat sebagai dibuli oleh parti Islam dan Melayu. Mereka tahu bahawa hubungan Pas dengan pakatan berada dalam keadaan dibuang mati anak dan ditelan mati emak.

Lebih memburukkan lagi moral pimpinan Pas apabila dalam keadaan tercabar ini, Abdul Hadi hanya nampak mundar mandir dalam permainan politik, tidak dapat membuat keputusan yang tegas atau sekeras apa yang diucapkannya kerana beliau seniri tidak berada dalam keyakinan diri tentang sokongan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas dan juga tentang kekuatan Pas dalam kerajan Selangor.

Kecaman pedas Abdul Hadi terhadap dua ADUN tersebut tidak diikuti dengan tindakan pantas kerana beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuatan dan sokongan kepada kepimpinannya.

Hal ini menampakkan kepada musuh bahawa beliau lebih bergantung kepada kekuatan "lidah" sebagai kuasa tanpa lebih dahulu mengukur kekuatan sebenar yang dimilikinya dan bila tidak dapat bertindak sekeras ucapannya maka semakin terhakis aura kepimpinannya sendiri.

Keceluparan mulut tanpa memperhitungkan keupayaan bertindak menyebabkan Abdul Hadi tidak terlihat sebagai pemimpin yang rasional, berkaliber dan berkualiti.

Cara politik lama dengan menggunakan autoriti agama untuk memburuk-burukkan musuh dengan mengecap mereka sebagai kafir atau barua sudah tidak lagi menggempar atau menggerunkan musuh malah dilihat oleh umum dan ahli-ahli Pas yang terpelajar dan profesional bahawa kata-kata itu tidak wajar digunakan oleh seorang pemimpin besar parti politik di negara ini.

Dengan itu Abdul Hadi menyamai taraf­nya dengan seorang imam yang meng­imamkan sembahyang hajat beramai-ramai di sebuah padang tidak lama dahlu yang mendokakan agar UMNO K.O , K.O UMNO.

Anwarinas dalam Pas dari sejak awal lagi secara bijak dan halus berusaha untuk menghakiskan imej kepimpinan Abdul Hadi dengan berbagai cara yang halus dan pintar. Selain daripada tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada Abdul Hadi dalam berita yang boleh memperkukuhkan dan meningkatkan imej, Abdul Hadi juga menggambarkan beliau hanya layak menjadi seoarang nelayan.

Umpamanya dalam Harakah Daily menjelang muktamar Pas yang lalu telah menyiarkan gambar Abdul Hadi sedang menjala ikan dengan keterangan gamabr bahawa beliau mahu kembali menjadi nelayan.

Ternyatalah perhitungan Abdul Hadi untuk selamat dengan dikelilingi oleh Anwarinas dan bukannya daripada gulongan terpelajar dan modenis Islam merupakan perhitungan yang salah. Sebenarnya beliau menggali kuburnya sendiri dari sejak muktamar Pas 2011.

Strategi beliau untuk menyelamatkan Pas dengan mengorak langkah radikal dan dinamik samalah dengan langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dengan tujuan untuk menyelamatkan masa depan UMNO daripada ditelan oleh Pas tetapi akhirnya Dr. Mahathir hampir ditelan oleh Anwar tetapi beliau bernasib baik dalam keadaan lemas ada anggota Majlis Kerja Tertinggi yang sanggup menyelamatkannya.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim daripada UMNO setelah dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998, jika tidak kerana tindakan pantas Datuk Ibrahim Ali mungkin usia Dr. Mahatir sebagai Perdana Menteri telah berakhir pada malam itu juga.

Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi telah meminta pemecatan itu dibuat menerusi undi sulit tetapi Ibrahim segera membantah keras dan terus bertanya siapakah yang bersetuju supaya Anwar dipecat yang mendorongkan majoriti bersetuju termasuk mereka yang sedang berura-ura untuk mencari jalan selamat.

Apakah ada orang seperti Ibrahim dalam Jawatan Kerja Pas Pusat yang sanggup berkorban untuk Abdul Hadi bagi menyelamatkan beliau dan masa depan Pas sebagai satu satunya parti Islam yang terkuat di Malaysia?

Abdul Hadi telah mengorbankan dokumen negara Islam Pas, mengorbankan imej agung Pas sebagai parti yang mahu menegakkan negara Islam, memperkenalkan tahaluf siyasi untuk bekerjasama dengan golongan bukan Islam bagi menegakkan sebuah negara berkebajikan yang bebas rasuah, bersih dan amanah tetapi akhirnya Abdul Hadi dan Pas terpaksa bersekongkol untuk menolak sebuah kerajaan di Selangor dan terpaksa bertolak ansur dengan pemimpin-pemimpin yang moral mereka disyaki demi untuk mengekalkan kuasa.

Pas sekian lama membiarkan dirinya dimanipulasi oleh Anwar yang disingkirkan oleh UMNO kerana masalah peribadi tetapi diterima oleh Pas sebagai pimpinan besar pakatan pembangkang untuk menegakkan negara bersih dan membunuh UMNO.

Hukuman hudud dan negara Islam mimpi Pas tinggal retorik yang amat memedihkan perasaan penyokong-penyokong Pas yang fanatik, jumud dan ekstrem. Dalam keadaan sekarang DAP dan PKR melihat Pas tidak lagi mempunyai peluang ntuk kembali kepada kekuatan asalnya malah sedang mencari jalan untuk survival dan bukannya untuk memulihkan kekuatan. Pas sekarang berada dalam keadaan cedera parah.

DAP dan PKR hanya menunggu untuk melihat tindak-tanduk Abdul Hadi yang lebih membuka peluang kepada mereka untuk menolak beliau ke dalam jurang yang lebih dalam dan melemaskannya. Bila perlu mereka akan menunjukan keberanian yang lebih besar dan bukannya menunjukkan kerjasama atau kompromi yang akan memberi laluan kepada tahaluf siyasi.

Kepada umum amat jelas bahawa Pas sedang menggali kuburnya sendiri menerusi tahaluf siyasi.

Oleh : Zainudin Maidin

Suara Politik
Belantan

Azmin terus 'lanyak' Khalid Ibrahim?

Posted: 07 Oct 2014 08:13 AM PDT


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali seolah-olah mengambil kesempatan untuk melunaskan dendam politik secara berterusan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diibaratkan banyak pihak sebagai musuh tradisinya dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Dalam serangan terbaharunya, Mohamed Azmin menempelak Abdul Khalid kerana dikatakan gagal mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa khas untuk memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau mendakwa, Abdul Khalid telah berjanji untuk mengumumkan hasil siasatan dalam tempoh dua minggu selepas jawatankuasa yang terdiri daripada barisan Exco kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu ditubuhkan pada 12 Februari lalu.

Menurut Mohamed Azmin, sebarang tindakan yang bakal diambil adalah bergantung kepada hasil siasatan agar adil kepada para pegawai dan kakitangan PKNS yang terlibat.

"Saya perlu tahu apa hasil siasatan kerana telah terlalu lama, dijanjikan dahulu dalam tempoh dua minggu.

"Sekarang sudah lebih enam bulan, jadi saya perlu lihat apa hasil siasatan tersebut," katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidiladha anjuran beliau di padang bola sepak AU2, Keramat di sini hari ini.

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Abdul Khalid itu bertujuan menyiasat dana perbelanjaan bagi pasukan bola sepak PKNS FC sebanyak RM9 juta setahun, program pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dan perbelanjaan tanggungjawab sosial korporat sebanyak RM30 juta setahun.


Mohamed Azmin digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS pada 10 Januari lalu dan sebelum itu, beliau agak lantang mengkritik dasar-dasar yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti kenaikan elaun anggota pentadbiran kerajaan negeri dan pengurangan peruntukan pembangunan.

PKNS juga pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi lain termasuk penukaran dua pegawai kanan PKNS iaitu Pengurus Besarnya, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutifnya, Norita Mohd. Sidek ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor serta penamatan khidmat 30 kakitangan bertaraf kontrak.

Sebelum ini, Mohamed Azmin telah mengkaji semula dan membatalkan satu persatu tindakan atau keputusan yang dibuat ketika kerajaan negeri di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

Tindakan-tindakan yang diambil beliau adalah membatalkan kenaikan kadar elaun Menteri Besar, Exco, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), melantik semula Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor serta mengkaji semula perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan dan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR memberitahu, pentadbirannya belum membuat sebarang keputusan tentang isu 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS ) dalam serbuan di pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya pada Januari lalu.

"Saya belum dapat penjelasan daripada JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Itu perkara yang kita akan bincang disebabkan yang kita tumpu minggu lepas adalah soal air," ujarnya.

Beliau mengakui tidak mempunyai maklumat tentang isu tersebut dan menyatakan, tindakan lanjut adalah tertakluk kepada perbincangan dengan JAIS.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAHNIAH RAKYAT SELANGOR, KEKALAHAN PERTAMA GANDINGAN AZMIN-ANWAR

Posted: 07 Oct 2014 07:39 PM PDT



 Tidak sampai 24 jam selepas Kosmo! mendedahkan mengenai penganjuran pesta mabuk arak di Selangor, pihak yang terlibat dengan acara Oktoberfest mula takut apabila bertindak menurunkan papan iklan gergasi di Jalan Subang, Seksyen U2, Shah Alam.

Tinjauan semula wartawan Kosmo! di lokasi tersebut mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang sebelum ini didakwa telah dipasang sejak hujung bulan lalu telah digantikan dengan iklan promosi makanan secara bufet sebuah hotel di Shah Alam.
Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad mendakwa, siasatan awal pihaknya mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang mencetuskan kontroversi itu telah dipasang tanpa kebenaran MBSA.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
Semalam Kosmo! pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta jualan arak Oktoberfest diadakan di negeri ini sejak bulan lalu tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Menurut mereka, sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku.
Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.
Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.
Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, kebenaran bagi pemasangan papan iklan Oktoberfest di sekitar bandar raya Shah Alam seolah-olah menggalakkan orang Islam di Selangor menyertai aktiviti mempromosi minuman keras terbabit.
Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dilaporkan Malaysiakini menafikan wujudnya papan iklan pesta arak Oktoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg yang diluluskan MBSA.

Sebaliknya, Khalid mendakwa, papan iklan tersebut hanya direka oleh tentera siber Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) atau Umno yang sengaja membesarkan isu pesta arak itu.
"Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard (papan iklan) sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA.
"Saya yakin ia kerja cybertrooper ISMA atau Umno (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini," tulis Khalid yang juga AJK PAS Pusat dalam blognya.

 


Selain itu, menurut Khalid sebelum ini tiada pihak yang tahu tentang kewujudan pesta arak itu memandangkan ia tidak diiklankan akhbar atau kawasan yang didiami orang Islam.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, isu itu kini menjadi popular selepas ISMA "mengiklankan" pesta yang mula diadakan pada 24 September lalu.
"Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekiranya ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?" soalnya.
Pesta Oktoberfest tahun itu mula diadakan di hotel Subang dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.
Sambutan akhir dijadual di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.


THAMRIN GHAFAR BABA KELUAR PAS

Posted: 07 Oct 2014 06:34 PM PDT



Shahbudin Husin – Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini?


BARAT ARAH ANWAR MATIKAN POLITIK HADI

Posted: 07 Oct 2014 06:41 AM PDT

Persiden PAS (dua dari kiri) duduk semeja dengan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (bertanda bulat). Turut kelihatan Mr Recai Kutan (Presiden, Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial), Prof. Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party), dan Dr Rashid Ghanoushi, Parti An-Nahdah, Tunisia
PAS melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Almarhum Dr Necmettin Erbakan dari Parti Saadat, Turki dan bukannya, Recep Tayyip Erdogan dari Parti AK (Parti Keadilan dan Pembangunan), Turki, dakwa facebook pro ulama, El Haraki.
Perkara sama turut diakui oleh menantu Abdul Hadi, Zaharudin Muhammad yang berkata hubungan akrab bersama Erbakan itu sudah lama terjalin.
"Sudah agak sekelian lama TGHH mempunyai hubungan rapat dengan Turki khususnya keakraban TGHH dengan Al Marhum Erbakan.
"Pernah di hadapan saya TGHH mendapat panggilan langsung daripada Erbakan untuk hadiri ijtimak Parti Refah (sekarang Saadat Party). Awalnya TGHH dah maklum bahawa tidak dapat datang sebab ada urusan lain. Apabila Erbakan tahu yang TGHH tak dapat datang akhirnya beliau sendiri menelefon.
"Hubungan keduanya seperti anak dan ayah.
"Jadi tidak hairanlah jika jentera parti Saadat menyatakan TGHH adalah guru kami sebagaimana kami anggap Erbakan guru kami," katanya.
Selepas Erbakan kembali ke rahmatullah pada tahun 2011, Abdul Hadi menghantar perutusan khasterhadap ahmarhum.
Katanya, Erbakan adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
El Haraki berpendapat, berdasarkan jaluran Abdul Hadi bersama Erbakan dan bukannya Erdogan, maka tidak hairan Presiden PAS tidak dienangi oleh pihak Barat.
"Peranan peranan yang dimainkan oleh TGHH di peringkat antarabangsa ini menimbulkan ketidaksenangan oleh dasar Barat dan Amerika. Amerika cuba menyekat pergerakan TGHH melalui pelbagai cara. Namun, oleh kerana TGHH terkenal dengan cara politik Muwajahah Silmiyyah dalam melawan barat, mereka tidak dapat mengaitkan TGHH dengan sebarang aktiviti keganasan.
"Oleh itu, Barat menerusi dialog dan wacana intelek, cuba membawa kembali metode serangan kepada Dunia ISLAM yang dikepalai TGHH dengan cara lama, cara penyusupan ke dalam Gerakan ISLAM. Cara yang pernah digunakan untuk meruntuhkan empayar ISLAM Turki Uthmaniyyah.
Di Mesir, kita melihat Kamal Helbawy, yang dulu pernah jadi presiden WAMY dan wakil Ikhwan di UK, telah berpaling tadah kepada regim As Sisi. Dalam banyak perkara, gerakan gerakan ISLAM di seluruh dunia ditanam pertembungan dalaman melalui rancangan yang jahat dan sudah lama dirancang.
"Oleh kerana di Arab Saudi, parti politik dan Ikhwan Muslimin di haramkan, USA dapat menjalankan hubungan baik dengan Saudi. Namun begitu, hubungan dinamik, Iran, hizbullah, saudi, Mesir, Syria dan lain lain memeningkan semua pihak. Kedinamikan ini banyak tidak difahami melainkan diterangkan satu persatu oleh TGHH kepada pimpinan gerakan ISLAM sedunia.
"Sebab itu, kalau kita meneliti pergerakan Syeikh Yusuf Al Qardawi, bukankah sebelum ini beliau lantang menentang syiah dalam Kes Syria? Kenapa akhir akhir ini, beliau tidak lagi cuba mencampuri isu Syiah-Syria? Dan kenapa pula TGHH diterima senang hati sebagai Naib Presiden Ittihad Ulama sedunia ? Semua ini bukan kebetulan semata mata seperti mana yang difahami kebanykan orang," dedah El Haraki.