Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nik Abduh akui Pas diserang dari dalam, tetapi tak berani dedahkan dalangnya?

Posted: 06 Oct 2014 10:51 PM PDT


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti itu sekarang sedang diserang dari dalam oleh pihak yang tidak mahu Pas muncul sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga merupakan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, usaha melemahkan Pas itu ada kaitan dengan gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tindakan memperlekeh Majlis Syura Ulama.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli dan pendokong Pas agar berada dalam kesedaran tinggi bagi memastikan usaha pihak terbabit untuk melemahkan parti berkenaan dari dalam tidak membuahkan hasil.

"Pas mesti diserang dan dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam pakatan. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang sedia menolak seruan ke arah syariat Islam.

"Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama yang didokong oleh para ulama dalam memimpin Pas. (Justeru) ahli dan pendokong Pas mestilah dalam kesedaran yang tinggi," kata Nik Mohamad Abduh menerusi Facebooknya hari ini.


Minggu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengakui secara terbuka bahawa Pas menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka agar membenci parti tersebut.

Kenyataan itu dibuat beliau sejurus wakil Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor dikurangkan kepada tiga berbanding empat dan penyingkiran Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Mohamad Abduh walaupun mengakui Pas cuba dilemahkan dari dalam, tidak pula berani tampil mendedahkan pemimpin Pas yang menjadi tali-barut sehingga menyebabkan parti berkenaan bergoncang baru-baru ini.

Sebaliknya seperti biasa, beliau cuba berdalih dengan menggunakan alasan kononnya kehadiran Pas sebagai pemain utama dalam pakatan cukup merimaskan pihak tertentu termasuk musuh politik utama pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN).

Suara Politik
Belantan

Azmin terus persoal kapasiti kuasa Faekah?

Posted: 06 Oct 2014 07:08 AM PDT


Seolah-olah tercabar dengan pemecatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terus mempersoalkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berbuat demikian.

Azmin berkata, Faekah tidak berhak bertindak sedemikian berikutan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu.

"Dia (Faekah) siapa? Tanyalah dia.

"Saya pertikai berdasarkan minit mesyuarat MMKN pada 22 September lalu yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid, bukan Faekah," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini hari ini.

Pada 23 September lalu, Faekah mengeluarkan satu kenyataan yang mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Berdasarkan arahan MMKN, jelas Faekah, pihaknya dimaklumkan bahawa keputusan itu dibuat atas perkiraan mengurangkan kos tidak mustahak yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri melibatkan perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimanapun, tindakan Faekah itu seolah-olah tidak disenangi Mohamed Azmin yang mengkritiknya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu.

Suara Politik
Belantan

Gagal dapat 'talian hayat', Anwar kritik kerajaan Australia?

Posted: 06 Oct 2014 01:07 AM PDT


Kerajaan Australia menjadi mangsa kritikan terbaharu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.

Portal berita `The Sydney Morning Herald' (http://www.smh.com.au) hari ini melaporkan, Anwar yang kini berada di Jakarta, Indonesia cuba mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.

Anwar mendakwa, bekas Perdana Menteri Australia, John Howard merupakan satu-satunya pemimpin tertinggi negara itu yang pernah membela beliau pada 1998.

"Kita berharap pelbagai negara, negara-negara Islam, Barat, Australia, bersikap konsisten dan koheren dalam menyatakan pendirian berhubung dasar luar mereka, bukannya berbelah bahagi, bukannya selalu bercanggah.

"Anda tidak boleh bercakap tentang kebebasan dan demokrasi di Afghanistan sedangkan anda tidak sedar langsung tentang realiti di negara-negara jiran," katanya.


Anwar dilaporkan berada di Jakarta untuk berbincang dengan Senator Australia, Nicholas Xenophon bagi melancarkan kempen mendapatkan sokongan di peringkat antarabangsa sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut gagal dalam rayuan terakhir kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar setelah beliau didapati bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.

Pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan apabila Anwar menerusi peguamnya, Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 10 Mac lalu.

Anwar turut menjelaskan, dua bekas Menteri Luar Australia, Kevin Rudd dan Stephen Smith yang ditemuinya beberapa tahun lalu cuma menyatakan mereka memantau perkembangan kes tersebut dan memberi pandangan melalui saluran diplomatik.

"Lebih daripada itu, mereka (kerajaan Australia) bersikap membisu," katanya.

Suara Politik
Belantan

Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


Email Your Interest!

Posted: 01 Oct 2014 03:25 PM PDT

1st October, 2014

Dear Friend,

RE: PARTNER WITH ME

Happy New Month and I am Mr. Paul Yong, an independent non-executive director of HSBC Bank, United Kingdom and a late customer have the same LAST NAME as yours, He made a numbered fixed deposit of USD $ 16,000,000.00 (SIXTEEN MILLION UNITED STATE DOLLARS) in my branch in United Kingdom.

I will appreciate your willingness to handle this with maturity as I contacted you based on sincere trust and mutual benefit. I will give you all the details you need to know regarding this pending Project/Transaction as we proceed, it is 100% Legal and Risk Free.

Please be informed several notifications were sent to my late customer but to no avail. My bank management later found out that his family died several years ago in a car accident which leave him without a Next of Kin. After further investigation it was also discovered that he did not declare any next of kin in his official papers including the paper work of his bank deposit. And he also confided in me the last time he was at my office that no one except me knew of his deposit in my bank. So, Sixteen Million United States Dollars is still lying in my bank and no one will ever come forward to claim it. What bothers me is that according to the laws of England at the expiration of seven years & six months the funds will revert to the ownership of the British government if nobody applies to claim the funds.

Be informed that the fact that you are a foreigner gives you the privilege to stand in as my deceased customer beneficiary as my deceased had no relation, all his families died with him during the car accident and I cannot use my relation because it's not accepted here in United Kingdom. Also I am very confident that we will be able to establish the trust that is needed to complete this deal and all that I need for the time being is your willingness and commitment so that we can end this pending funds transaction in the next ONE WEEK.

Basically, I am Interested to invest in these areas (Real Estate Management/Construction, Land and Multifamily Housing, Library Equipment's, Hospital/Laboratories Equipment's, Agricultural Equipment's and other Lucrative business) kindly advice on which you can, as you will assist me to handle it.

Please simply let me know if you are really interested so that I can give you further instructions on what to do and for a start kindly send any form of identification (I.D, Driver's license or passport) to show your interest and if interested kindly call my personal mobile on: +44-746-614-4494 or reply with your private email to: paaulyong@aol.co.uk

I contacted you sincerely and mutual trust which will eventually benefit both of us and I look forward hearing from you shortly.

Best Regards,

Paul Yong.
paaulyong@aol.co.uk
+44-746-614-4494

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Harap dengan kata sek. kebangsaan keluarkan rasis, sokongan cina kembali ke MCA dan Ti Lian Ker

Posted: 06 Oct 2014 07:29 PM PDT


Terasa Kok kritik suara satu Bahagian UMNO menimbulkan isu SRJKC.

Datuk Ti Lian Ker pula bersuara dalam mempertahankan hak sekolah cina dengan menyerang pemimpin DAP sebagai hasil sekolah Inggeris dan sekolah kebangsaan. Maknanya dia kata semua yang keluar dari sekolah kebangsaan adalah rasis dan hasil sekolah cina tidak.

BAca di rakyat Post SINI.

Turut dikatakan MCA hanya anjing setia masyarakat cina. Baca Ti Lian Ker (Thinking Aloud): MCA Anjing Setia Masyarakat Cina - Dap Musang Licik !
http://tilianker.blogspot.com/2011/09/mca-anjing-setia-masyarakat-cina-dap.html?m=1


Pemimpin MCa dan gerakan turut mengingatkan bahawa adalah satu kesalahan hasutan untuk timbulkan isu sekolah cina sedangkan ramai pemimpin dan kaum cima mahu akta itu dihapuskan supaya mereka boleh bersuara dengan lebih lantang.




DAP terang-terang mahu supaya mereka bokeh persoal dengan lebih terbukan tentang kedudukan Sultan, hak keistimewaan Bumiputera, Islam sebagai ugama persekutuan dan lain-lain perkara pokok perlembagaan.


Maklumlah MCA hanya mempertahankan hak kaum cina dari konteks hak kerakyatan yang tak patut dipersoalkan.

Mudah-mudahan sokongan cina kembali kepada MCA dan gerakan, lalu mereka tak perlu jual maruah bangsa mereka untuk tanding di kawasan majoriti Melayu lagi dan hidup berdasarkan subsidi politik dari UMNO.
Sesuai dengan kaum peniaga cina menentang subsidi sebagai anti pasaran bebas. Sudah sampai masa pun untuk MCa dan gerakan tanding di kawasan majoriti cina sebab mereka hanya pertahankan kaum cina saja. Kawasan majoriti Melayu wajar di tandingi calom melayu saja.

Pasal bila nak tanding kawasan Melayu, susah nanti bila orang Melayu akan tanya kenapa MCA tak buat laporan polis dan sokong dikenakan akta hasutan terhadp pelakun pornografi Alvin Tan. Dia telah melakukan penghinaan terhadap sultan, ugama islam dan melayu. Kini mereka persendakan polis sebagai instutusi kerajaan.

Elok Bar Council dan SUARAM bantu Alvin Tan, si pondan yang tinggalkan girlfriend di mahkamah, untuk dapatkan suaka politik di USA dan bantu tanggung hidupnya di sana. 
Tak mungkin dengan panjang sebanyak itu dia boleh berjaya sebagai pelakun pono dalam industeri filem porno USA. Tak mungkin dia boleh dapat suaka politik melainkan kalau USA ada agenda tak baik terhadap Malaysia secara terang-terang.
MCA perlu terus terang sebab seorang professor cina akui cina menolak identiti Melayu....

 BUKAN MELAYU ENGGAN DUKUNG IDENTITI MELAYU, KATA AHLI AKADEMIK PROFESOR DATUK DR TEO KOK SEONG.

Konsep yang diamalkan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berjaya mewujudkan perpaduan kaum dari segi bahasa dan pendidikan.

Namun, ia masih gagal diterapkan di Malaysia ekoran keengganan kaum bukan Melayu mendukung identiti Melayu, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, kaum Baba dan Nyonya sudah membuktikan yang walaupun mereka identifikasi diri mereka dengan budaya Melayu, identiti asal mereka tetap terpelihara.

"Inilah bentuk perpaduan sempurna, mereka mendukung identiti Melayu tanpa merasa kehilangan identiti asal mereka," katanya di dalam laporan itu hari ini.

"Namun apa yang berlaku sekarang, kaum bukan Melayu tidak sanggup mendukung identiti Melayu, mereka hanya mahukan identiti mereka sahaja. Bukan tidak boleh. Negara kita dibina atas asas kemajmukan, sebab itu kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran.

"Perlu ada perimbangan, tidak bolehlah hendak mendukung jati diri ektnik mereka sahaja sehingga bahasa kebangsaan pun tidak mahu dipelajari," .

Umno Bahagian Petaling Jaya Utara semalam menyarankan perwakilan parti itu membahaskan dalam perhimpunan agung tahunan akan datang isu sama ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu dikekalkan atau dimansuhkan kerana ia didakwa dijadikan alat menabur sentimen anti-kerajaan.

Timbalan ketua bahagian, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata perhimpunan itu ialah platform sesuai membahaskan perkara itu dan sama ada pengambilan murid serta tenaga pengajar Melayu dan India perlu ditingkatkan ke tahap 60%.

"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran.

"Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja," katanya.

Teo berkata sistem persekolahan peringkat awal di Malaysia terdedah kepada 7 aliran iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah persendirian Cina yang tidak tertakluk kepada sukatan pelajaran ditetapkan kerajaan, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan belajar di rumah.

Katanya dengan pelbagai aliran berkenaan akan wujud generasi akan datang yang mempunyai jati diri yang berbeza-beza dan gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik.

"Apa erti kerakyatan mereka jika hendak dibandingkan dengan pendatang asing yang baru beberapa bulan menetap di sini tetapi sudah boleh menguasai bahasa Melayu?

"Bila tidak boleh berbahasa Melayu, maka kita rasa ada yang tidak kena sebab mahu atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa ini adalah negara Melayu," tegasnya.

Katanya apabila menyebut tentang perpaduan yang sempurna, semua rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini perlu ada rasa berkongsi dan saling mempercayai.

"Lebih baik lagi, orang-orang bukan asal iaitu bukan Melayu dapat identifikasi diri mereka dengan orang asal iaitu orang Melayu," katanya.

Inilah bukti bahawa PAS tersalah hitung berbuat baik dengan DAP sehingga PAS takut kepada DAP didalam Pakatan.

PAS hanya berani sesama Melayu sampai pecat Dato Hassan Ali yg memperjuangkan agama Islam TAPI  kecut telur mereka serta merta kosong apabila berhadapan dengan puak-puak kafir DAPigs.

Isu pemakaian songkok dalam pakaian istiadat di Dewan Undangan Negeri pun PAS terketar-ketar untuk membuat kenyataan kepada Cinabeng2 yg kurang ajar ni.

PAS sepatutnya cakap dekat muka Lim Kit Siang "Hello Tokong Lim, Di mana Bumi Di Pijak Di Situ Langit Di Junjung". Kalau Lim tak faham suruh dia buka kamus.

Itulah susah kalau puak2 ini dari aliran Sekolah Cina memang semangat cinta pd Malaysia Zero. Nak harap pegang senjata pertahan Malaysia? ????.

Kalau Malaysia huru hara Cinabeng2 ni lah orang pertama yang akan terbang keluar Malaysia utk selamatkan diri. Masaalah nya bila Malaysia dah selamat, mereka lah org pertama yg akan masuk balik ke Malaysia sebab Malaysia ni lubuk emas.

Jadi, apa yang boleh kita harapkan kepada PAS untuk mentarbiahkan kafir DAP seperti yang didakwa oleh Hadi Awang sebelum ini? Kalau dalam hal-hal adat serta agama sendiri pun PAS tak mampu bersuara dengan tegas, macam mana PAS hendak mengawal kafir-kafir ini nanti jika mereka diberikan amanah untuk menjaga negara?

Dan bagaimanalah nanti agaknya kalau ditakdirkan Tuhan, puak-puak ini dapat mentadbir Malaysia? Tak mustahil agama rasmi negara dan sekolah2 pondok pun akan mereka tukarkan dengan alasan kebebasan beragama juga. Inilah yang PAS buta tentang kafir-kafir DAP yang sedang mereka peluk se erat eratnya.

Kerjasama mereka dengan DAP sekaligus membuka ruang untuk kafir-kafir HARBI tersebut memijak-mijak Bangsa Melayu dan juga Agama Islam. PAS tak peduli semua itu sebab mereka teah dilanda penyakit kemarukkan kuasa.




Polisi Idris Jala utamakan biznesman, Tak peka sejarah sosiopolitik dan sosioekonomi

Posted: 06 Oct 2014 05:30 AM PDT

....... Malaysia itu mempunyai makna yang jauh lebih mendalam daripada sudut perlembagaan, jati diri, sejarah dan impian?

Di sinilah letaknya kelemahan agensi ekonomi negara seperti PEMANDU ketika melaksanakan ETP dan GTP, di mana CEOnya berusaha menjadi pelari marathon mengejar impian berpendapatan tinggi tetapi tidak peka kepada sejarah sosiopolitik dan sosioekonomi negara dengan mata sejarah.
CEO dan pasukannya kelihatan kesuntukan masa dalam merealisasikan program transformasi ekonomi negara, tetapi kelihatan CEOnya tidak menerapkan nilai kenegaraan (negarawanan) yang kukuh. Buktinya, rakyat marhaen, rakyat di kampung-kampung, rakyat pertengahan melihat pendekatannya membunuh kegembiraan hidup mereka. Janganlah bertanya kepada bisnesman kerana sudah tentu mereka suka dengan polisi-polisi yang memberi keuntungan kepada mereka.

Apabila kita mengurus ekonomi negara, anugerah pengurus ekonomi singkat terbaik sama ada di syarikat antarabangsa seperti Exxon atau Mobil, ataupun dalam negara seperti MAS tidak boleh digunapakai untuk mengurus ekonomi rakyat Malaysia yang berskala besar.
....

Baca sepenuhnya di Azhari Siddiz SINI

Pandangan Isham Rais tentang korban

Posted: 06 Oct 2014 02:30 AM PDT


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS SELAR PEMIMPIN PAKATAN AMAL NEPOSTISME

Posted: 06 Oct 2014 11:00 PM PDT

Pakatan Rakyat di mata rakyat

Krisis jawatan Menteri Besar Selangor menunjukkan wajah sebenar parti dalam Pakatan.

Rakyat melihat bahawa Pakatan Rakyat tidak sebaik yang cuba digambarkan. Belum lagi memerintah Malaysia sudah bercakaran sesama sendiri berebut jawatan. Belum lagi memerintah Malaysia sudah amal nepotisme dan kronisme. Belum lagi memerintah Malaysia sudah terbit belang dan angkuh. Belum lagi memerintah Malaysia sudah mula pertikai ulamak.

Jangan lupa bahawa kekalahan teruk Umno-BN pada 2008 adalah suara hati rakyat terhadap sebuah keangkuhan. Mungkin ada yang sudah lupa bahawa ketika rakyat disuruh berjimat cermat, pada masa yang sama pemimpin dilihat berbelanja mewah. 

Perkara yang sama akan menimpa Pakatan Rakyat. Ketika mereka dihidangkan dengan keburukan kronisme dan nepotisme, pemimpin Pakatan melakukan nepotisme dan kronisme. 
Jangan marahkan rakyat jika tidak memilih Pakatan lagi dalam PRU yang akan datang!  HARAKAHDAILY 1/10/2014


Baca lanjut di Harakahdaily.

CERITA RAYA QURBAN: MINYAK NAIK 20 SEN...ADA YANG JADI SEWEL, MEROYAN DAN SAKIT MENTAL?

Posted: 06 Oct 2014 09:00 PM PDT


Bebaru ni Teman balik le ke Perak untuk sambut raya qurban di kampung.

Jalan jem giler sebabnye ada eksiden berhampiran Terowong Menora, dekat laluan Ipoh ke Kuala Kangsor. Teman ikut jalan lama, pun gitu juga...sesak bebenor.

Tapi akhirnya sampai juge Teman di kampung.

Nasib baik Teman pakai kete kecik jer. Minyak naik pun tak rase sangat.

Adik lelaki keempat Teman baru jer bertuko kete Perodua Axia, EEV tu, lagi jimat minyak.  

Semua adik beradik Teman pulang beraya kat Kuale, cuma adik perempuan kami nombor tiga tak balik sebab raya kat KL jer.

Bila tanya kenapa miker tak balik, katanya suami tak nak balik sebab ada majlis qurban di KL.

Teman beradik tanye; itu majlis qurban orang, di kampung ni majlis qurban untuk arwah ayah, abang long anak beranak, Long chik, angah dan keluarga Mak Long. 

Semuanya tiga ekor lembu akan tumbang. keluarga Uda Mat pun joint akikah sekor kambing cadang nak buat BBQ sempena kesyukuran kelahiran bayi perempuannya.

Miker semua nak tahu roper-ropernya adik pompuan kami bergaduh dengan si suami yang tak nak balik kampung di Perak sebab harga minyak naik 20sen katanya nak save bajet.

Malah keluarganya di Pantai Timur pun diberi alasan sebegitu roper. Tak nak balik Kelantan sebab jalan jem nanti habih banyak duit untuk minyak dan tol jer. 

Tak pa la kot raya haji tahun lepas dan raya puasa lepas dia dah balik beraya kampung sendiri dan mertua.

Tapi Teman adik beradik tetap geleng kepala. Kerana 20 sen ada manusia hilang waras sanggup lupakan keluarga, lupa mak bapak dan sedara mara di kampung.

Teringat Teman waktu kecik dulu, mak bapak sanggup jual getah lantun di musim hujan dengan harga yang murah semata-mata nak membeli beras dan makanan...nak bagi anak-anak makan.

Sanggup cari 20 sen untuk belikan sebatang aiskrim potong yang terpaksa dikongsi kami lima adik beradik.

Tapi sekarang kerana 20 sen ada manusia yang sanggup tak nak balik kampung atas alasan minyak naik 20 sen.

Bukan nak mengumpat, tapi terpaksa mengata juga. Adik ipar lelaki kami ni orang pantai timur, kerja sebagai kakitangan awam. Duduk di kuarters dapat banyak kemudahan. Adik perempuan kami pula guru sekolah menengah.

Gaji tiap-tiap tahun naik, bonus kerajaan pun dapat.

Tapi kadangkala kami tengok perangai mereka macam orang yang tak berpendidikan. kurang bersyukur dengan nikmat selalu merungut kerajaan tak betul, kerajaan salah, kerajaan lemah, tak islamik ntah apa lagi...

Di kereta Honda Civicnya ada logo R. Ntah apalah yang nak sangat diperjuangkan? 

Kalau bab berhujah memang tak nak kalah...kata orang, kalau datang time gedebenye cakap apa dia buat dek jer, bantah sokmo.

Nak kata tak cukup makan sebab harga barang mahal, tak juga. Dulu masa mula kawin badan adik ipar lelaki kami ni kurus melidi...al maklumlah sport men. Tapi kini macam gerabak keretapi! 

Mungkin kerana isterinya tak masak dia selalu makan kedai mamak. Siang malam melantak...mampu dan berduit pulak. 

Rokok tak boleh lekang dari mulut, Kereta Honda Civicnya dah macam racing car. Dah pasang dua ekzos chrome, sport rim berkilat siap ada spoiler berkepak macam nak terbang.

Kereta Honda City bininya baru awal tahun beli, berkilat polish tiap minggu, skirting loaded modified macam race car. Kalah kawan-kawan sekolahnya.

Setiap beberapa bulan mesti ada jer yang bertukar. Kalau tak aksesori kereta mesti handphone atau handbag. kalau tak Couch mesti MK...katanya trend cikgu sekolah sekarang

Walaupun kerja sebagai cikgu sekolah tapi ternyata adik perempuan kami ini tak kalah macam pensyarah...gayanya mak aiii kalah mak datin!

Memang patutlah Allah dah tetapkan jodoh adik kami dengan lelaki sepesen dengan dia. Sama-sama naik.

Tapi abang kesal kerana 20 sen miker tak balik ke rumah mak, setidak-tidak pun balik ler ke rumah mertua miker. Nak bagi alasan 20 sen pun agak-agak ler. 

Abang dan adik beradik yang lain kerja sendiri dan swasta pun mampu. Anak pun ramai jugak. Setakat 20 sen tu apalah sangat sampai tak nak balik kampung, jadi tak tentu hala macam langit nak runtuh!

Berapa banyak minyak yang miker laki bini gunakan sekarang. Honda miker isi full tank katakan RM100. Boleh tahan 5 ke 7 hari.

Dengan harga RM 2.10 seliter dulu, jumlah RM100 miker dapat 47.6 liter

Sekarang kalau harga RM2.30 seliter,  isi RM100 miker dapat 43.5 liter

Beza 4 liter sesajer. Maknanya beza RM 9.00 jer. 

Kalau penggunaan minyak sebulan 250 liter sebiji kereta, maknanya miker belanja RM525 (harga minyak RM2.10) dan RM575 (harga minyak RM2.30).

Ertinya peningkatan kos hanya RM50 sebulan. Kalau miker bijak menguruskan perbelanjaan, kurang atau berhenti merokok, jimatkan penggunaan eletrik dan air, masak sendiri dah boleh berjimat cermat.

Lagi pun anak-anak miker tadika pun kerajaan dah tanggung hantar di nursery di pejabat jer.

Tapi bab membazir miker berdua macam gaji berpuluh ribu. Tak cukup duit, kad kredit miker sebat. Bila hutang lebat kerajaan pula dituduh musibat.

Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. 

Miker tak mati pun bila harga minyak naik 20 sen.

Nikmat kesihatan, nikmat dapat perubatan percuma, boleh beli barang makanan, nikmat dok di kuarters, dah mampu beli rumah tunggu siap saja, kereta dua bijik, anak-anak kecik lagi...tu kira nikmat dah. 

Bayangkan jika semua itu tiada, 20 sen pun korang sanggup berbunuh-bunuhan macam di negara asing lain.

Kekadang kami adik beradik bertanya sesama sendiri mungkinkah ini dugaan ke atas keluarga kami. Kerana 20 sen ada manusia sanggup renggangkan silaturrahim?

Mungkin kerana tak sebulu dengan kami, maka adik kami laki bini itu takut nak balik kampung nanti kena basuh cukup-cukup dengan Abang Long, Angah, Ateh dan Uda...mungkin akan luruh janggut dan kopiahnya nanti.

Sementara mak bapak masih hidup baliklah kampung jangan bagi alasan bodoh minyak naik 20 sen miker tak nak balik kampung, konon nak tunjuk gedebe boikot kerajaan.

Korang nak maki hamun kerajaan yang suap mulut miker anak beranak tu sampai bila?

Itu cerita adik-adik kami yang jadi kakitangan awam, dapat sebegitu banyak kemudahan tapi masih perangai roper tu. Sapalah yang tarbiyah demer berdua sampai jadi roper gitu? Tak tahulah kalau orang lain...

Alahai dunia...




MESEJ ANWAR KEPADA PAS, SILA KELUAR PAKATAN

Posted: 06 Oct 2014 07:00 PM PDT

Satu cabaran paling berani dikemukakan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia terus mewujudkan konflik dalaman sesama parti berkenaan.

Cabaran itu dikemukakan dalam memorandum 3 halaman yang dikemukakan kepada Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur, 30 September.
Telah didedahkan sebelum ini, perkaitan LENSA, SMM, PASMA dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selanjutnya, sila baca,"Ulama Mula Beri Perhatian Penetrasi Anwar Terhadap Kader-Kader PAS."
Facebook 'Kami Semua Fadil' berkata perdebatan Ustaz Fadil dengan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang telah membuka satu rahsia tentang 'tangan ghaib' di belakang NGO itu.
"Pengorbanan besar Us Fadil ialah mempertaruhkan nama baik dan reputasinya di Shah Alam untuk mempertahankan PAS dari serangan konspirasi yang melibatkan LENSA, PASMA dan tangan tangan ghaib di belakang mereka.
"Tindakan Us Fadil telah membongkarkan siapa LENSA dan hubungamnya dengan pemimpin pemimpin tertentu. Sekarang semua orang mengenali siapa sebenar Safwan Anang dan rakan rakan beliau.
"Safwan Anang boleh mengadakan perjumpaan tertutup bersama Anwar Ibrahim dan beberapa kerat Pimpinan PAS. Namun, kepelikan pula tidak dapat menyuarakan pendapatnya.
"Amat malang, Safwan Anang membawa suara suara ahli wacana, forum LENSA kpd PAS dan TGHH. Malah dalam memo 3 helai tersebut, terang terang menyalahkan TGHH, Nik Abduh, Us Nasaruddin Tantawi, Dr Zuhdi dan menyembunyikan kesalahan oramg lain seperti hanipa maidin, lim guang eng, khalid samad, saari sungip, hasnul baharuddin.
"Jadi, suara siapa Safwan Anang dan LENSA wakili?
"Mudahnya…. suara yang mahu menjatuhkan TGHH," dakwanya.

LIM KIT SIANG MENGELUH APAKAH PAKATAN MASIH RELEVAN?

Posted: 06 Oct 2014 05:00 PM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta "mesyuarat tergempar" Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengetahui sama ada pakatan itu "masih relevan sebagai harapan dan jangkaan rakyat Malaysia".

Beliau mencadangkan mesyuarat itu boleh diadakan semasa waktu rehat pada sesi parlimen yang bermula esok,lapor FMT.
Kit Siang tidak menafikan bahawa kontroversi Menteri Besar Selangor telah menyebabkan PR mengalami krisis yang paling teruk dan kehilangan keyakinan orang ramai yang paling serius sejak penubuhan gabungan pembangkang itu enam tahun lalu.
"Orang ramai masih memerhati sama ada PR boleh memulihkan" sebelum pilihan raya umum ke-14, katanya.
Beliau berkata PR bernasib baik kerana Barisan Nasional Selangor adalah terlalu lemah untuk mengeksploitasi keadaan. "Tetapi masa yang akan datang," Kit Siang memberi amaran, "PR tidak akan bernasib baik."
Ki Siang berkata majlis kepimpinan PR telah "hampir lumpuh" semasa krisis MB dengan pecahan prinsip konsensus itu.
Beliau berkata mesyuarat yang dicadangkan itu perlu mengesahkan, "Komitmen dan pematuhan kepada dua prinsip asas PR. Mendukung rangka kerja polisi PR yang sama dan mematuhi prinsip operasi PR secara konsensus"

ANWAR KOMPLEN KEPADA AMERIKA HADI AWANG SEORANG TERRORIS, DAN SIASAT DR. YUSOF QARADAWI

Posted: 06 Oct 2014 07:09 AM PDT

Benarkah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melapor kepada pihak barat bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang 'teroris' kerana dilantik sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia, badan yang dipimpin oleh Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
Pertanyaan ini dibuat berdasarkan pendedahan facebook 'Kami Semua Fadil' yang melaporkan tentang perancangan antarabangsa untuk menjatuhkan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS yang didalangi perisikan antarabangsa.
"Baru baru ini ketokohan Tuan Guru Haji Hadi terus diiktiraf dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia membantu Dr Yusuf Qardhawi..
"Nama TGHH juga pernah mengemparkan dunia apabila ada majalah antarabangsa mendakwa beliau adalah Setiausaha Ihkwan antarabangsa. Beliau juga pernah dituduh sebagai pemimpin pengganas oleh majalah Barat yang akhirnya majalah tersebut meminta maaf.
"Semua rentetaan itu menunjukkan TGHH sentiasa menjadi perhatian dunia. Semua mengetahui bahawa rangkaian ahzab gabungan Yahudi, Eropah dan Freemeson antarabangsa takkan diam dengan kebangkitan Islam dunia. Oleh kerana TgHH kini adalah pemimpin dunia Islam… beliau juga mesti dihalang.
"Aku sangat berkeyakinan, untuk membunuh karektor seseorang, ia bermula di rumahnya.. Jadikan rumahtangganya porak poranda agar beliau hilang fokus… Untuk menyekat TgHH… porakporandakan jamaah pimpinannya… alasannya… jamaah sendiri tak boleh jaga. macam mana nak pimpin dunia Islam…
"Melalui pelbagai rangkaian rahsia, aku sangat yakin , mereka sudah berada di dalam PAS atau gabungan PAS. Paling tidak, pemikiran mereka serta cita cita mereka sudah ada dalam sebahagian pemimpin atau pendokong PAS.
"Jika CIA berjaya menyusupkan Shah Masud di dalam Mujahididin Afghan di ambang kemenangan… yang akhirnya menggagalkan penyatuan Hekmatyar dan Rabbani untuk membentuk daulah Islam… Dalam PAS yang dilihat sedang menuju kemenangan juga mustahil rangkaian musuh antarabangsa ini duduk diam apatah lagi pemimpin PAS adalah tokoh Islam dunia…
"Ringkasnya apa yang nak aku bagi tau… Gelombang menghalang dan menjatuhkan kepimpinan TgHH adalah gelombang yang digerakkan oleh perisikan rahsia antarabagsa musuh Islam kerana beliau adalah tokoh utama dunia Islam. Malangnya sebahagian ahli PAS sendiri tak sedar akan gelombang ini. Di Malaysia…mereka hanya bercita cita mahu menyekat TGHH memimpin rakyat ke Putrajaya, namun di belakang mereka, perisikan antarabangsa ingin menyekat TGHH memimpin Umat Islam antarabangsa.
"Usaha menjatuhkan kepimpinan TGHH sebagai Presiden PAS sedang di lakukan secara tersusun. Ia dirancang dengan teliti dan halus…Serangan peribadi beliau tidak hanya kepada dirinya malah kepada orang yang mendampinginya," dedahnya.
Pada tahun 2005, Azmin Ali dalam wawancara dengan Agendadaily mengakui bahawa bosnya, Anwar Ibrahim pernah menyiasat Dr Yusof Al Qaradawi selama lima jam di Qatar di atas dakwaan mengeluarkan fakwa yang berbentuk ekstrimis Islam.
ANWAR MENYIASAT DR. YUSOF QARADAWI

KERAJAAN AUSTRALIA BENGONG KATA ANWAR IBARHIM

Posted: 06 Oct 2014 06:58 AM PDT

Kerajaan Australia menjadi mangsa kritikan terbaharu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.
Portal berita `The Sydney Morning Herald' (http://www.smh.com.au) hari ini melaporkan, Anwar yang kini berada di Jakarta, Indonesia cuba mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.
Anwar mendakwa, bekas Perdana Menteri Australia, John Howard merupakan satu-satunya pemimpin tertinggi negara itu yang pernah membela beliau pada 1998.
"Kita berharap pelbagai negara, negara-negara Islam, Barat, Australia, bersikap konsisten dan koheren dalam menyatakan pendirian berhubung dasar luar mereka, bukannya berbelah bahagi, bukannya selalu bercanggah.
"Anda tidak boleh bercakap tentang kebebasan dan demokrasi di Afghanistan sedangkan anda tidak sedar langsung tentang realiti di negara-negara jiran," katanya.
Anwar dilaporkan berada di Jakarta untuk berbincang dengan Senator Australia, Nicholas Xenophon bagi melancarkan kempen mendapatkan sokongan di peringkat antarabangsa sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut gagal dalam rayuan terakhir kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar setelah beliau didapati bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.
Pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan apabila Anwar menerusi peguamnya, Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 10 Mac lalu.
Anwar turut menjelaskan, dua bekas Menteri Luar Australia, Kevin Rudd dan Stephen Smith yang ditemuinya beberapa tahun lalu cuma menyatakan mereka memantau perkembangan kes tersebut dan memberi pandangan melalui saluran diplomatik.
"Lebih daripada itu, mereka (kerajaan Australia) bersikap membisu," katanya- Utusan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Gabungan NGO Berarak Ke Parlimen, Serah Memorandum Bantahan Pada Rabu

Posted: 06 Oct 2014 09:31 PM PDT

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 12:07 PM

KUALA LUMPUR: Beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu bantahan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan 20 sen harga petrol RON95 dan diesel menjelang pembentangan Bajet 2015.

Pengarah penerangan dan penganjur bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata pada Selasa, lebih kurang 100 orang dijangka akan berarak ke Jalan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan minyak.

Kumpulan tersebut dijangka akan berkumpul di Tugu Negara pada pukul 10 pagi Rabu sebelum berarak ke bangunan Parlimen.

"Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak akan membentang Bajet 2015, dan kami mahu menyerahkan memorandum ini agar beliau membatalkan pelaksanaan CBP dan mengurangkan harga petrol, yang membebankan taraf hidup rakyat," katanya.

Minggu lepas, harga baharu petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 dan RM2.20.

Walaupun mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pemilik kenderaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menekankan bahawa bahawa Bajet 2015 akan mengimbangi kenaikan harga dengan "meningkatkan BR1M", antara langkah-langkah lain.

Malah orang ramai juga khuatir dengan pelaksanaa CBP bermula 1 April ini akan meningkatkan lagi harga barangan serta cukai dikenakan pada setiap pengeluaran dan pengedaran barang-barang terpilih.

Dalam pada itu, Najib berkata kadar CBP 6 peratus adalah yang terendah di Asia Tenggara berbanding 7 peratus di Singapura dan 10 peratus di Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menggesa kumpulan ini agar mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan bantahan ini.

"Walau bagaimanapun, kami tetap memantau dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya.

Oktoberfest : Tiada agama yang menggalakkan ‘kemabukan

Posted: 06 Oct 2014 08:40 PM PDT

Pandangan bahawa ia perlu dibenarkan kerana ia merupakan hak warga yang bukan Islam adalah kurang tepat dan mengelirukan.
beer-girlKUALA LUMPUR: Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menyatakan bantahan terhadap promosi penggunaan arak yang dilakukan oleh segelintir pihak dengan menganjurkan program 'Oktoberfest'.
"Untuk perhatian masyarakat, asal usul 'Oktoberfest' ini adalah dari negara Jerman. Ia merupakan satu pesta meraikan perkahwinan diraja," lapor portal rasmi PAS.
Katanya, pandangan bahawa ia perlu dibenarkan kerana ia merupakan hak warga yang bukan Islam adalah kurang tepat dan mengelirukan.
"Wujudkah agama yang membenarkan penganutnya hidup di bawah pengaruh alkohol atau pun membenarkan penganutnya mabuk?" tanya beliau dalam satu kenyataan.
Ujar beliau lagi, sama ada Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama mahukan penganutnya hidup dengan penuh kesejahteraan.
"'Kemabukan' yang bermakna hilangnya fungsi akal adalah amat-amat dilarang dalam mana-mana agama," katanya.
Ujarnya lagi, justifikasi yang mengatakan bahawa ia perlu dibenarkan bagi mereka yang bukan beragama Islam adalah tidak berasas sama sekali.
Begitu juga, katanya apabila mudarat arak ditinjau dari sudut sains, kesihatan, keselamatan mahu pun sosial.
Tegasnya, ia jelas mengundang lebih banyak mudarat dari manfaat yang boleh diperolehi masyarakat.
Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber alam jika diurus dengan penuh amanah tidak perlu bergantung dengan hasil cukai dari jualan arak.
ABIM juga merakamkan kekesalan apabila pihak penganjur beria-ia menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan pembelian arak yang boleh menjurus kepada kemudaratan.
Tambahnya, penganjuran 'Oktoberfest' ini jelas datang dari mereka yang terjajah pemikirannya dengan acuan Barat yang cuba membawa pengaruh buruk budaya kehidupan Barat secara membuta tuli tanpa keupayaan menyaring yang betul dan baik.
"Keadaan ini memberi gambaran bahawa wujud ketempangan dalam pertimbangan pemimpin, ahli politik, penganjur dan mereka yang terlibat sebagai peserta," ujarnya.
Beliau menegaskan, ABIM membantah penganjuran majlis ini bukan sahaja dari sudut Islam sebagai agama kesejahteraan, tetapi juga atas nilai manusia sejagat yang seharusnya menjunjung tinggi 'kewarasan' akal dan membenamkan segala usaha mempromosi gaya hidup yang tidak wajar dalam kalangan masyarakat.

SEMUA TUJUH ANGGOTA TLDM DAN BOT SELAMAT

Posted: 06 Oct 2014 04:59 AM PDT

Selepas lebih 24 jam hilang dalam cuaca buruk...semua tujuh anggota TLDM bersama bot tempur CB 204 ditemui selamat berhampiran KOM Sinar Sakti sebentar tadi.
Menurut Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kira-kira jam 3.00 petang tadi salah satu kapal yang menyertai misi SAR KD Ganas menerima panggil kecemasan.
"Bos (CB 204) hadapi masalah enjin dan streering gear. Bot berada 20nm SE Stn Uniform... KD Ganas dan KD Lekiu sedang menuju ke posisi Bot untuk menyiasat. Bot berada 7 nm drpd KD Ganas. Tolong doakan Bot selamat." katanya dalam satu tweet sebentar tadi.
Pada Ahad tujuh anggota itu yang berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.
Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.
Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.
Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.
Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.-6/10/2014

Turunkan BN untuk turunkan harga minyak

Posted: 06 Oct 2014 03:02 AM PDT

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang mengalami kemerosotan harga minyak, satu-satunya negara yang tetap menjual minyak pada harga yang tinggi ialah Malaysia.

Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, tidak cukup dengan itu, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tanpa segan silu menaikkan harga minyak sebagai 'hadiah' istimewa kepada rakyat selepas mereka memenangi PRK Pengkalan Kubor.

"Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, tambah menyedihkan rakyat, ketika perayaan hari raya korban ingin disambut meriah, dicemari pula dengan jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh pimpinan kerajaan, termasuklah perdana menteri.


"Saya ingin tegaskan pengurangan subsidi minyak, bukan sahaja langkah yang tidak popular, malah ia adalah langkah yang amat menyeksa rakyat dan juga status ekonomi negara," ujarnya lagi.

Menurutnya, peningkatan inflasi yang akan berlaku bukan hanya memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan rakyat, malah aliran ekonomi negara juga akan terjejas.

Katanya lagi, negara berpendapatan tinggi tidak sepatutnya dinilai pada kocek pimpinan atau peti simpanan wang negara.

"Apalah erti kekayaan negara jika rakyat terus terhimpit dan hidup menderita," katanya.

Bahkan, ujarnya kocek dan tabung yang tiris itu tidak akan penuh sekali pun diisi dengan semua harta rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, melalui respons yang diberikan oleh pimpinan negara dalam isu harga minyak ini, menunjukkan mereka bukan sahaja sampai hati menindas rakyat, malah mereka juga sampai hati merendah-rendahkan pemikiran rakyat marhaen.

Justeru, tegasnya mesej yang jelas ialah jika mahu turunkan harga minyak, Umno BN perlu diturunkan terlebih dahulu. -HARAKAHDAILY 6/10/2014

'Ninja bogel' ganggu pelajar perempuan UiTM Puncak Alam

Posted: 05 Oct 2014 11:32 PM PDT

Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu 'ninja bogel'.
'Ninja bogel' yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.
Dalam beberapa kes, 'ninja bogel' itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. 'Ninja bogel' itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.
Semasa kemunculan 'ninja bogel' yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, 'ninja bogel' itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.
'Ninja bogel' itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan, lapor Kosmo.
Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu 'ninja bogel' itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).
Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, 'ninja bogel' itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan.
UiTM puncak alam merupakan antara kampus paling moden terletak antara Sungai Buloh dan Bukit Cerakah.
Kampus tersebut siap dibina pada tahun 2009, ia terletak betul-betul atas bukit kerana itu dipanggil Puncak Alam dengan jarak dari Pekan Meru lebih kurang empat kilometer.
Keseluruhan warga UiTM Puncak Alam adalah lebih dari 12,000 orang dengan lebih separuh daripadanya mengikuti pengajian perinkat ijazah manaka lebih kurang 4,000 pelajar asasi dan diploma.-6/10/2014