Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


HUKUM KORBAN ( RINGKASAN )

Posted: 04 Oct 2014 11:16 PM PDT

Hukum berkaitan daging korban

1. Korban yang sunat adalah disunatkan untuk dimakan tidak melebihi satu pertiga untuk mendapat keberkatan darinya manakala yang wajib pula wajib disedekahkan kesemuanya dan haram dimakan.
2. Mengikut pendapat yang paling kuat (Al-asoh) di sisi mazhab Syafie daging korban adalah wajib disedekahkan walaupun sedikit kepada faqir miskin sekalipun seorang sahaja. Paling baik disedekahkan semuanya dan dimakan sedikit sahaja oleh tuan empunya korban.
3. Mazhab Hanafi dan Hanbali dan pandangan muktamad dalam mazhab syafie pula berpandangan sunat membahagikan daging korban kepada 3 bahagian. Satu bahagian dimakan sendiri, satu bahagian lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu bahagian terakhir dihadiahkan kepada mereka yang berada atau kaya.
4. Haram menjual kulit binatang korban, daging, anggotanya, kepalanya dan lain-lain samada korban wajib atau sunat.
5. Tidak harus memberikan tukang sembelih kulit atau daging korban sebagai UPAH kepadanya namun sekiranya disedekahkan kepadanya atas dasar orang miskin atau berhajat maka dibenarkan.
6. Haram memindahkan daging korban yang dikorbankan di sebuah negeri ke negeri yang lain.
7. Dibenarkan untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
8. Ulama berbeza pendapat dalam hal memberi sedekah daging korban kepada orang kafir, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedeqah wajib. Sekiranya korban wajib maka ia adalah haram di sisi mereka. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

Wallahu 'Aalam

Rujukan:
1. Fiqhul Islami Wa Adillatuhu
2. Kasyful Litham 'An Masalatil Anaam-jawi
3. Sabilul Muhtadi-jawi
4. Hasyiah Al-Baijuri
5. Al-Iqna' Fi Halli Alfaz Abi Syuja'
6. Web www.zaharuddin.net



"Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi s.a.w. bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu'" (HR. Muslim)

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (al-Hajj : 37)



Maka kesimpulannya ialah :

1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.

2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.

3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.

Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya

sumber : http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/membuang-tulang-lebihan-korbanaqiqah.html


oooooooooooooooooooooooooooooOOOOOOOOOOOoooooooooooooooooooooooooo


Haiwan yang disukai dan lebih utama untuk dikorbankan
Hendaknya haiwan yang dikorbankan adalah haiwan yang gemuk dan sempurna. Dalilnya adalah firman Allah ta'ala yang ertinya, "…barangsiapa yang mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah maka sesungguhnya itu adalah berasal dari ketakwaan hati." (Qs. Al Hajj: 32)
Berdasarkan ayat ini Imam Syafi'i rahimahullah menyatakan bahawa orang yang berkorban disunnahkan untuk memilih haiwan korban yang besar dan gemuk. Abu Umamah bin Sahl menyatakan, "Dahulu kami di Madinah biasa memilih haiwan yang gemuk dalam berkorban. Dan memang kebiasaan kaum muslimin ketika itu adalah berkorban dengan haiwan yang gemuk-gemuk." (HR. Al-Bukhari secara mu'allaq namun disampaikan dengan kalimat tegas dan disambungkan sanadnya oleh Abu Nu'aim dalam Al Mustakhraj, sanadnya hasan)
Di antara ketiga jenis haiwan korban maka menurut majoriti ulama yang paling utama adalah berkorban dengan unta, kemudian lembu kemudian kambing, jika belanja perbelanjaan masing-masing ditanggung satu orang (bukan perkongsian). Dalilnya adalah jawapan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ketika ditanya oleh Abu Dzar radhiallahu 'anhu tentang hamba yang lebih utama. Beliau bersabda, "Iaitu hamba yang lebih mahal dan lebih bernilai dalam pandangan pemiliknya."(HR. Al-Bukhari dan Muslim). (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/374)

Manakah yang lebih baik, ikut bergabung korban lembu atau korban satu kambing?
Sebahagian ulama menjelaskan korban satu kambing lebih baik daripada ikut berkongsi lembu atau unta, kerana tujuh kambing manfaatnya lebih banyak daripada seekor lembu (lih. Shahih Fiqh Sunnah, 2/375, Fatwa Lajnah Daimah no. 1149 & Syarhul Mumthi' 7/458). Disamping itu, terdapat alasan lain diantaranya:
Korban yang dilakukan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah sentiasa satu ekor, baik kambing, lembu, mahupun unta, bukan 1/7 lembu atau 1/10 unta.
Kegiatan menyembelihnya menjadi lebih banyak. Lebih-lebih jika hadis yang menyebutkan keutamaan korban di atas statusnya shahih (lih. Hadis pada perbahasan keutamaan berkorban). Hal ini juga sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh penulis kitab Al MuhadzabAsy syirozi As Syafi'i. (lih. Al Muhadzab 1/74).
Terdapat sebahagian ulama yang melarang perkongsian dalam berkorban, diantaranya adalah Mufti Negeri Saudi Syaikh Muhammad bin Ibrahim (lih. Fatwa Lajnah 11/453). Namun larangan ini didasari dengan qiyas (analogi) yang bertentangan dengan dalil sunnah, sehingga jelas salahnya. Akan tetapi, berkorban dengan satu ekor binatang, setidaknya akan mengeluarkan kita daripada perselisihan ulama.
Apakah mesti jantan?
Tidak ada ketentuan jenis jantina haiwan korban. Boleh jantan mahupun betina. Dari Ummu Kurzinradhiallahu 'anha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Aqiqah untuk anak lelaki dua kambing dan anak perempuan satu kambing. Tidak jadi masalah jantan mahupun betina." (HR. Ahmad 27900 & An Nasa'i 4218 dan dishahihkan Syaikh Al Albani). Berdasarkan hadis ini, As Syirozi As Syafi'i menyatakan: "Jika dibolehkan menggunakan haiwan betina ketika aqiqah berdasarkan hadis ini, menunjukkan bahawa hal ini juga boleh untuk berkorban." (Al Muhadzab1/74)
Namun umumnya haiwan jantan itu lebih baik dan lebih mahal dibandingkan haiwan betina. Oleh kerana itu, tidak wajib haiwan jantan namun diutamakan jantan.

Larangan bagi yang hendak berkorban
Orang yang hendak berkorban dilarang memotong kuku dan memotong rambutnya. Yang dilarang untuk dipotong kuku dan rambutnya di sini adalah orang yang hendak korban bukan haiwan korbannya. Dari Ummu Salamah dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda, "Apabila engkau telah memasuki sepuluh hari pertama (bulan Dzulhijjah) sedangkan diantara kalian ingin berkorban maka janganlah dia menyentuh sedikitpun bahagian dari rambut dan kulitnya." (HR. Muslim)
Larangan tersebut berlaku untuk cara apapun dan untuk bahagian kuku mahupun rambut manapun. Ertinya mencakup larangan mencukur botak atau mencukur sebahagian saja, atau sekadar mencabutinya. Baik rambut itu tumbuh di kepala, kumis, sekitar kemaluan mahupun di ketiak (lihat Shahih Fiqih Sunnah II/376).
Apakah larangan ini hanya berlaku untuk kepala keluarga ataukah berlaku juga untuk semua anggota keluarga shohibul korban?
Jawab: Larangan ini hanya berlaku untuk kepala keluarga (shohibul korban) dan tidak berlaku bagi anggota keluarganya. Ini kerana 2 alasan:
Zahir hadis menunjukkan bahawa larangan ini hanya berlaku untuk yang mahu berkorban.
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam sering berkorban untuk dirinya dan keluarganya. Namun belum ditemukan riwayat bahawasanya beliau melarang anggota keluarganya untuk memotong kuku mahupun rambutnya. (Syarhul Mumti' 7/529)

Waktu penyembelihan
Waktu penyembelihan korban adalah pada hari Iedul Adha dan 3 hari sesudahnya (hari tasyriq). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Setiap hari taysriq adalah (hari) untuk menyembelih (korban)." (HR. Ahmad dan Baihaqi) Tidak ada perbezaan waktu siang ataupun malam. Baik siang mahupun malam sama-sama dibolehkan. Namun menurut Syaikh Al Uthaimin, melakukan penyembelihan di waktu siang itu lebih baik. (Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, hal. 33).
Kemudian, para ulama sepakat bahawa menyembelih korban tidak boleh dilakukan sebelum terbitnya fajar di hari Iedul Adha. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat Ied maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri (bukan korban). Dan barangsiapa yang menyembelih sesudah solat itu maka korbannya sempurna dan dia telah menepati sunnahnya kaum muslimin." (HR. Al-Bukhari dan Muslim) (lihat Shahih Fiqih SunnahII/377)

Tempat penyembelihan
Tempat yang disunnahkan untuk menyembelih adalah tanah lapangan tempat solat ied diselenggarakan. Dianjurkan untuk menyembelih korbannya di lapangan dalam rangka memberitahu kepada kaum muslimin bahawa korban sudah boleh dilakukan dan sekaligus mengajari tata cara korban yang baik. Ibnu 'Umar menyatakan, "Dahulu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam biasa menyembelih kambing dan unta (korban) di lapangan tempat solat." (HR. Al-Bukhari 5552)
Akan tetapi, dibolehkan untuk menyembelih korban di tempat manapun yang disukai, baik di rumah sendiri ataupun di tempat lain. (Lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/378)

Siapakah yang menyembelih korban?
Dianjurkan bagi shohibul korban untuk menyembelih haiwan korbannya sendiri jika mampu menyembelih dengan baik. Namun boleh diwakilkan kepada orang lain. Syaikh Ali bin Hasan menyatakan: "Saya tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama' dalam masalah ini." Hal ini berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu di dalam Shahih Muslimyang menceritakan bahawa pada saat korban Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah menyembelih beberapa unta korbannya dengan tangan beliau sendiri kemudian sisanya diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib radhiyallahu 'anhu untuk disembelih. (lih. Ahkaamul Idain, 32)

Tata cara penyembelihan
Sebaiknya pemilik korban menyembelih haiwan korbannya sendiri jika mampu menyembelih dengan baik.
Apabila pemilik korban tidak boleh menyembelih sendiri maka sebaiknya dia ikut datang menyaksikan penyembelihannya.
Hendaknya memakai alat yang tajam untuk menyembelih.
Haiwan yang disembelih dibaringkan di atas sisi kirinya dan posisi kaki-kakinya ke arah kiblat.
Leher haiwan diinjak dengan telapak kaki kanan penyembelih, sebagaimana yang dilakukan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian pisau ditekan kuat-kuat supaya cepat putus.
Ketika akan menyembelih disyari'akan membaca bismillaahi wallaahu akbar ketika menyembelih. Untuk bacaan bismillah (tidak perlu ditambahi Ar Rahman dan Ar Rahiim) hukumnya wajib menurut Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad, sedangkan menurut Imam Syafi'i hukumnya sunnah. Adapun bacaan takbir – Allahu Akbar – para ulama sepakat kalau hukum membaca takbir ketika menyembelih ini adalah sunnah dan bukan wajib. Kemudian diikuti bacaan:
– haza minka wa laka. (HR. Abu Dawud 2795) Atau
– haza minka wa laka 'anni atau 'an fulan (disebutkan nama shahibul korban). atau
– Berdoa agar Allah menerima korbannya dengan doa, Allahumma taqabbal minni atau min fulan (disebutkan nama shahibul korban) (lih. Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, hal. 92)
Catatan: Tidak terdapat do'a khusus yang panjang bagi shohibul korban ketika hendak menyembelih. Wallahu a'lam.

Bolehkah mengucapkan selawat ketika menyembelih?
Tidak boleh mengucapkan selawat ketika hendak menyembelih, kerana 2 alasan:
Tidak terdapat dalil bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengucapkan selawat ketika menyembelih. Sementara beribadah tanpa dalil adalah perbuatan bid'ah.
Boleh jadi orang akan menjadikan nama Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam sebagai wasilah ketika korban. Atau bahkan boleh jadi seseorang membayangkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ketika menyembelih, sehingga sembelihannya tidak murni untuk Allah. (lih.Syarhul Mumti' 7/492)

Memanfaatkan hasil sembelihan
Bagi pemilik haiwan korban dibolehkan memanfaatkan daging korbannya, melalui:
Dimakan sendiri dan keluarganya, bahkan sebahagian ulama menyatakan shohibul korban wajib makan bahagian haiwan korbannya. Termasuk dalam hal ini adalah berkorban kerana nazar menurut pendapat yang benar.
Disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
Dihadiahkan kepada orang yang kaya.
Disimpan untuk bahan makanan di lain hari. Namun penyimpanan ini hanya dibolehkan jika tidak terjadi musim kebuluran atau krisis makanan.
Dari Salamah bin Al Akwa' dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,"Barangsiapa di antara kalian yang berkorban maka jangan sampai dia menjumpai subuh hari ketiga sesudah hari raya sedangkan dagingnya masih tersisa walaupun sedikit." Ketika datang tahun berikutnya maka para sahabat menyatakan, "Wahai Rasulullah, apakah kami mesti melakukan sebagaimana tahun lalu?" Maka beliau menjawab, "(Adapun sekarang) Makanlah sebahagian, sebahagian lagi berikan kepada orang lain dan sebahagian lagi simpanlah. Pada tahun lalu masyarakat sedang mengalami kesulitan (makanan) sehingga aku berkeinginan supaya kalian membantu mereka dalam hal itu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut majoriti ulama perintah yang terdapat dalam hadis ini menunjukkan hukum sunnah, bukan wajib (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/378). Oleh sebab itu, boleh mensedekahkan semua hasil sembelihan korban. Sebagaimana diperbolehkan untuk disedekahkan seluruhnya kepada orang miskin dan sedikitpun tidak diberikan kepada orang kaya. (Minhaajul Muslim, 266).

Bolehkah memberikan daging korban kepada orang Kafir?
Ulama mazhab Malikiyah berpendapat makruhnya memberikan daging korban kepada orang kafir. Imam Malik menyatakan: "(diberikan) kepada selain mereka (orang kafir) lebih aku sukai." Sedangkan Syafi'iyah berpendapat haramnya memberikan daging korban kepada orang kafir untuk korban yang wajib (misalnya korban nazar, pen.) dan makruh untuk korban yang sunnah. (lih.Fatwa Syabakah Islamiyah no. 29843). Al Baijuri As Syafi'i menyatakan: "Dalam Al Majmu' (Syarhul Muhadzab) disebutkan, boleh memberikan sebahagian korban sunnah kepada kafir dzimmi yang miskin. Tapi ketentuan ini tidak berlaku untuk korban yang wajib." (Hasyiyah Al Baijuri 2/310)
Lajnah Daimah (Majlis Ulama' saudi Arabia) ditanya tentang hukum memberikan daging korban kepada orang kafir.
Jawapan Lajnah:
"Kita dibolehkan memberi daging korban kepada orang kafir Mu'ahid [1] baik kerana statusnya sebagai orang miskin, kerabat, tetangga, atau kerana dalam rangka menarik simpati mereka… namun tidak dibolehkan memberikan daging korban kepada orang kafir Harb, kerana kewajipan kita kepada kafir harbi adalah merendahkan mereka dan melemahkan kekuatan mereka. Hukum ini juga berlaku untuk pemberian sedekah. Hal ini berdasarkan firman Allah, yang ertinya:
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Qs. Al Mumtahanah 8)
Demikian pula Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memerintahkan Asma' binti Abu Bakrradhiallahu 'anhu untuk menemui ibunya dengan membawa harta padahal ibunya masih musyrik." (Fatwa Lajnah Daimah no. 1997)
Kesimpulannya, memberikan bahagian haiwan korban kepada orang kafir dibolehkan kerana status haiwan korban sama dengan sedekah atau hadiah. Dan kita diperbolehkan memberikan sedekah mahupun hadiah kepada orang kafir. Sedangkan pendapat yang melarang adalah pendapat yang tidak kuat kerana tidak berdalil.

Larangan memperjual-belikan hasil sembelihan
Tidak diperbolehkan memjual-belikan bahagian haiwan sembelihan, baik daging, kulit, kepala, bulu, tulang mahupun bahagian yang lainnya. Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu menyatakan,"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan aku untuk menguruskan penyembelihan unta korbannya. Beliau juga memerintahkan saya untuk membahagikan semua kulit tubuh serta kulit punggungnya. Dan saya tidak diperbolehkan memberikan bahagian apapun darinya kepada tukang jagal." (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Bahkan terdapat ancaman keras dalam masalah ini, sebagaimana hadis berikut:
من باع جلد أضحيتهفلا أضحية له
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang menjual kulit haiwan korbannya maka ibadah korbannya tidak ada nilainya." (HR. Al Hakim 2/390 & Al Baihaqi. Syaikh Al Albani menyatakan: Hasan)
Tetang haramnya pemilik haiwan menjual kulit korban merupakan pendapat majoriti ulama, meskipun Imam Abu Hanifah menyelisihi mereka. Namun mengingat dalil yang sangat tegas dan jelas maka pendapat siapapun mesti ditolak.
Catatan:
Termasuk menjual-belikan bahagian haiwan korban adalah menukar kulit atau kepala dengan daging atau menjual kulit untuk kemudian dibelikan kambing. Ini kerana hakikat jual-beli adalah tukar-menukar meskipun dengan selain wang.
Transaksi jual-beli kulit haiwan korban yang belum dibahagikan adalah transaksi yang tidak sah. Ertinya penjual tidak boleh menerima wang hasil penjualan kulit dan pembeli tidak berhak menerima kulit yang dia beli. Hal ini sebagaimana perkataan Al Baijuri: "Tidak sah jual beli (bahagian dari haiwan korban) disamping transaksi ini adalah haram." Beliau juga menyatakan: "Jual beli kulit haiwan korban juga tidak sah kerana hadis yang diriwayatkan Hakim (baca: hadis di atas). (Fiqh Syafi'i 2/311).
Bagi orang yang menerima kulit dibolehkan memanfaatkan kulit sesuai keinginannya, baik dijual mahupun untuk pemanfaatan lainnya, kerana ini sudah menjadi haknya. Sedangkan menjual kulit yang dilarang adalah menjual kulit sebelum dibahagikan (disedekahkan), baik yang dilakukan pihak yang menguruskan korban mahupun shohibul korban.

Nasihat & Solusi untuk masalah kulit
Satu penyakit kronis yang menimpa ibadah korban kaum muslimin bangsa kita, mereka tidak boleh lepas daripada 'fiqh praktis' menjual kulit atau mengupah tukang sembelih mahupun pelapah dengan kulit. Memang kita akui ini adalah jalan pintas yang paling cepat untuk melepaskan diri daripada tanggungan menguruskan kulit. Namun apakah jalan pintas cepat ini menjamin keselamatan???
Bertaqwalah kepada Allah wahai kaum muslimin… sesungguhnya ibadah korban telah diatur dengan indah dan rapi oleh Si Peletak Syari'ah. Jangan cuba-cuba untuk keluar dari peraturan ini kerana boleh jadi korban kita tidak sah. Berusahalah untuk sentiasa berjalan sesuai syari'at meskipun jalurnya 'kelihatannya' lebih panjang dan sedikit menyibukkan. Jangan pula terkecoh dengan pendapat sebahagian orang, baik ulama mahupun yang ngaku-ngaku ulama. Ini kerana manusia yang berhak untuk ditaati secara mutlak hanya satu iaitu Nabi kita Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam. Maka semua pendapat yang bertentangan dengan hadis beliau mesti dibuang jauh-jauh.
Tidak perlu bingung. Bukankah Ali bin Abi Thalib t pernah menguruskan korbannya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang jumlahnya 100 ekor unta?! Tapi tidak ada dalam catatan sejarah bahawa Ali bin Abi Thalib radhiyallahu 'anhu bingung dalam menguruskan kulit dan kepala. Demikianlah kemudahan yang Allah berikan bagi orang yang secara penuh mengikuti aturan syari'at. Namun bagi mereka (baca: pihak pengurusan korban) yang masih merasa bingung menguruskan kulit, boleh dilakukan beberapa solusi berikut:
Kumpulkan semua kulit, kepala, dan kaki haiwan korban. Pilih sejumlah orang miskin sebagai sasaran penerima kulit. Tidak perlu dihantar ke rumahnya, tapi cukup hubungi mereka dan sampaikan bahawa pihak pengurusan siap menjualkan kulit yang sudah menjadi hak mereka. Dengan demikian, status pihak pengurusan dalam hal ini adalah sebagai wakil bagi pemilik kulit untuk menjualkan kulit, bukan wakil dari shohibul korban dalam menjual kulit.
Serahkan semua atau sebahagian kulit kepada yayasan islam sosial (misalnya pusat asuhan atau pondok pesantren). (Terdapat Fatwa Lajnah yang membolehkan menyerahkan bahagian haiwan korban kepada yayasan).

Larangan mengupah tukang sembelih dengan bahagian haiwan sembelihan
Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu bahawa "Beliau pernah diperintahkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menguruskan penyembelihan untanya dan agar membahagikan seluruh bahagian daripada sembelihan unta tersebut, baik yang berupa daging, kulit tubuh mahupun pelana. Dan dia tidak boleh memberikannya kepada penyembelih barang sedikitpun." (HR. Al-Bukhari dan Muslim) dan dalam lafaz lainnya beliau berkata, "Kami mengupahnya dengan wang kami pribadi." (HR. Muslim). Dan ini merupakan pendapat majoriti ulama (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/379).
Syaikh Abdullah Al Bassaam menyatakan, "Tukang sembelih tidak boleh diberi daging atau kulitnya sebagai bentuk upah atas pekerjaannya. Hal ini berdasarkan kesepakatan para ulama. Yang diperbolehkan adalah memberikannya sebagai bentuk hadiah jika dia termasuk orang kaya atau sebagai sedekah jika ternyata dia adalah miskin…" (Taudhihul Ahkaam, IV/464).
Pernyataan beliau semakna dengan pernyataan Ibn Qosim yang menyatakan: "Haram menjadikan bahagian haiwan korban sebagai upah bagi tukang sembeli." Perkataan beliau ini dikomentari oleh Al Baijuri: "Kerana hal itu (mengupah) semakna dengan jual beli. Namun jika tukang sembelih diberi bahagian dari korban dengan status sedekah bukan upah maka tidak haram." (Hasyiyah Al Baijuri As Syafi'i 2/311).
Adapun bagi orang yang memperoleh hadiah atau sedekah daging korban diperbolehkan memanfaatkannya sekehendaknya, boleh dimakan, dijual atau yang lainnya. Akan tetapi tidak diperkenankan menjualnya kembali kepada orang yang memberi hadiah atau sedekah kepadanya (Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, 69)
Menyembelih satu kambing untuk makan-makan organisasi? Atau pihak pnegurusan dapat bahagian khusus?
Status pihak pengurusan mahupun tukang sembeli dalam pengurusan haiwan korban adalah sebagai wakil dari shohibul korban dan bukan amil[2]. Ini kerana statusnya hanya sebagai wakil maka pihak pengurusan korban tidak diperkenankan mengambil bahagian dari haiwan korban sebagai ganti daripada jasa dalam menguruskan haiwan korban. Untuk lebih memudahkan boleh diperhatikan ilustrasi kes berikut:
Adi ingin mengirim wang RM 1 juta kepada Budi. Oleh kerana merek tidak boleh bertemu langsung langsung maka Adi mengutus Rudi untuk menghantarkan wang tersebut kepada Budi. Oleh kerana mesti ada belanja tambang dan belanja lainnya maka Adi memberikan sejumlah wang kepada Rudi. Bolehkah wang ini diambil daripada wang RM 1 juta yang akan dikirimkan kepada Budi?? Semua orang akan menjawab: "TIDAK BOLEH KERANA BERERTI IA MENGURANGKAN WANG BUDI." Status Rudi pada kes di atas hanyalah sebagai wakil Adi. Demikian pula korban. Status pihak pengurusan hanya sebagai wakil pemilik haiwan, sehingga dia tidak boleh mengambil bahagian korban sebagai ganti daripada jasanya.
Oleh kerana itu, jika menyembelih satu kambing untuk makan-makan tukang sembelih mahupun tukang lapah, atau pengurusan dapat bahagian khusus sebagai ganti jasa dari kerja yang dilakukan pihak pengurusan maka ini tidak diperbolehkan.
Namun hal ini bukan bererti bahawa pihak pengurusan tidak mendapat bahagian daripada haiwan korban. Yang tidak boleh adalah ketika pihak pengurusan mendapatkan bahagian lebih dalam pembahagian haiwan korban, baik itu bentuknya sudah matang mahupun daging mentah, sebagai ganti daripada jasa mereka yang telah menguruskan haiwan korban. pihak pengurusan tetap mendapatkan bahagian korban namun bahagian mereka sama dengan bahagian yang diberikan kepada warga lainnya.
Agar tidak meninggalkan kekeliruan, kita perhatikan dua contoh cara pembahagian korban yang dibolehkan dan pembahagian yang terlarang, sebagai berikut:
Contoh cara pembahagian yang dibolehkan: warga desa kampung A berkorban 5 ekor lembu & 13 ekor kambing. Setelah dihitung, masing-masing kepala keluarga mendapat bahagian 2 Kg daging lembu dan ½ kg daging kambing. Semua merata tanpa memperhatikan status, baik pihak pengurusan mahupun bukan pihak pengurusan.
Contoh cara pembahagian yang terlarang 1: warga desa kampung A berkorban 5 ekor lembu & 13 ekor kambing. Setelah dihitung, masing-masing kepala keluarga mendapat bahagian 2 Kg daging lembu dan ½ Kg daging kambing. Khusus untuk pihak pengurusan mendapat bahagian tambahan masing-masing ½ Kg daging lembu sebagai ganti jasa mereka yang telah menguruskan haiwan korban. Dalam keluarga Pak Ahmad ada 4 orang yang terlibat sebagai pihak pengurusan, iaitu Pak Ahmad, Bu Ahmad, dan 2 puteranya. Sehingga keluarga Pak Ahmad mendapat bahagian 4 Kg daging lembu dan ½ Kg daging kambing. Keluarga Pak Ahmad mendapat kelebihan bahagian 2 Kg lembu kerana anggota keluarganya yang terlibat 4 orang x ½ Kg = 2 Kg.
Contoh cara pembahagian yang terlarang 2: Sebagai bentuk membalasa jasa bagi pihak pengurusan korban maka takmir mengambil 1 ekor kambing untuk disembelih sebagai jamuan makan bersama bagi pihak pengurusan. Di samping itu, pihak pengurusan juga mendapat bahagian yang sama dengan warga lainnya. Dengan demikian, pihak pengurusan mendapat tambahan bahagian pembahagian korban yang mereka jadikan sebagai menu makan bersama.

Berkorban di kawasan luar
Mengirim sejumlah wang untuk dibelikan haiwan korban di tempat tujuan (di luar daerah pemilik haiwan) dan disembelih di tempat tersebut? Atau mengirimkan haiwan hidup ke tempat lain untuk di sembelih di sana?
Pada asalnya tempat menyembelih korban adalah daerah orang yang berkorban. Ini kerana orang-orang yang miskin di daerahnya itulah yang lebih berhak. Sebahagian syafi'iyah mengharamkan mengirim haiwan korban atau wang untuk membeli haiwan korban ke tempat lain – di luar tempat tinggal shohibul korban – selama tidak ada maslahat yang menuntut hal itu, seperti penduduk tempat shohibul korban yang sudah kaya sementara penduduk tempat lain sangat memerlukan. Sebahagian ulama membolehkan secara mutlak (meskipun tidak ada tuntutan maslahat). Sebagai jalan keluar dari perbezaan pendapat, sebahagian ulama menasihatkan agar tidak mengirim haiwan korban ke selain tempat tinggalnya. Ertinya tetap disembelih di daerah shohibul korban dan yang dikirim keluar adalah dagingnya. (lih. Fatwa Syabakah Islamiyah no. 2997, 29048, dan 29843 &Shahih Fiqih Sunnah, II/380)
Kesimpulannya, berkorban dengan model seperti ini (mengirim haiwan atau wang dan bukan daging) termasuk korban yang sah namun menyelisihi sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallamkerana tiga hal:
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat radhiallahu 'anhu, tidak pernah mengajarkannya.
Hilangnya sunnah anjuran untuk disembelih sendiri oleh shohibul korban.
Hilangnya sunnah anjuran untuk makan bahagian dari haiwan korban.
Wallaahu waliyut taufiq.
Demikian yang boleh kami sajikan. Sebagai pelengkap kami sarankan untuk membaca buku: Tata Cara Korban Tuntutan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang diterjemahkan Ustadz Aris Munandar hafizhahullah dari ringkasan Kitab Ahkaam Udh-hiyah wadz Dzakaah karya Syaikh Al Uthaimin rahimahullah. Semoga risalah yang ringkas sebagai pelengkap untuk tulisan saudaraku Abu Muslih hafizhahullah ini bermanfaat dan menjadi amal yang diterima oleh Allah ta'ala, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, serta seluruh pengikut beliau yang setia.Alhamdulillaahi Rabbil 'aalamiin.
Yogyakarta, 1 Dzulhijjah 1428
***

Footnote:
[1] Kafir Mu'ahid: orang kafir yang mengikat perjanjian damai dengan kaum muslimin. Termasuk orang kafir mu'ahid adalah orang kafir yang masuk ke negeri islam dengan izin resmi dari pemerintah. Kafir Harby: orang kafir yang memerangi kaum muslimin. Kafir Dzimmi: orang kafir yang hidup di bawah kekuasaan kaum muslimin.
[2] Sebahagian orang menyamakan status pihak pengurusan korban sebagaimana status amil dalam zakat. Bahkan mereka meyebut pihak pengurusan korban dengan 'amil korban'. Akibatnya mereka beranggapan pihak pengurusan memiliki bahagian khusus dari haiwan korban sebagaimana amil zakat memiliki bahagian khusus dari harta zakat.
Yang benar, amil zakat tidaklah sama dengan pihak pengurusan pengurus korban. Ini kerana untuk boleh disebut amil, mesti memenuhi beberapa persyaratan. Sementara pengurus korban hanya sebatas wakil dari shohibul korban, sebagaimana status sahabat Ali radhiallahu 'anhu dalam menguruskan korban Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan tidak ada riwayat Ali radhiallahu 'anhumendapat bahagian khusus dari korbannya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
***
Penulis: Ammi Nur Baits



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Peperangan' berterusan - Pas serang balas ke atas DAP!

Posted: 03 Oct 2014 11:32 PM PDT


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan bertindak menyerang balas Lim Kit Siang dengan meminta Penasihat DAP itu agar menilai terlebih dahulu kekalahan DAP yang lebih teruk di Parlimen Teluk Intan, sebelum membuat congakan dengan membayangkan bahawa Pas akan tumbang di Kelantan.

Nasruddin yang dilabelkan sebagai panglima Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun Pas kalah dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tetapi penurunan sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Balingian serta DAP di Teluk Intan lebih buruk iaitu 33 dan 27.3 peratus.

"Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan Pas di Pengkalan Kubor adalah isyarat BN (Barisan Nasional) akan merampas Kelantan. Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" soalnya menerusi Facebook sambil melampirkan analisis perbandingan keputusan ketiga-tiga pilihan raya kecil itu.

Ahad lalu, Kit Siang memberi amaran bahawa jika berlaku penurunan 4.5 peratus ke atas di semua DUN di Kelantan, pakatan pembangkang hanya akan memenangi 20 kerusi manakala BN bakal menguasai 25 kerusi, sekali gus menyaksikan Pas yang menguasai negeri itu sejak 1990 akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor pada 25 September lalu, Mat Razi Mat Ail berjaya memastikan kerusi tersebut kekal dalam gengaman BN apabila mengalahkan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari dengan majoriti 2,635 undi selepas berjaya memperoleh sebanyak 9,961 undi.


Pilihan raya tersebut juga menjadi bukti nyata bagaimana retaknya hubungan antara Pas dengan PKR dan DAP, berikutan kemelut isu perlantikan Menteri Besar Selangor sehingga menyaksikan kedua-dua sekutu parti Pas itu bertindak memboikot kempen di Pengkalan Kubor sebagai tindak balas terhadap ketegasan Abdul Hadi.

Mengulas isu berkenaan, Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, Pas tidak sedikit pun berasa tersinggung dengan ketiadaan pimpinan tertinggi PKR dan DAP untuk tampil membantu calon mereka, Wan Rosdi, sewaktu tempoh berkempen di pilihan raya kecil Pengkalan Kubor berlangsung.

Beliau yang sebelum ini bertelagah dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sehingga membawa kepada tindakan saman menambah, Pas sudah bersedia dari segi mental dan spiritual untuk menghadapi kemungkinan menang atau kalah dalam setiap pilihan raya.

"Kalah tidak membuatkan Pas mengalah sebagaimana menang tidak membuatkan Pas senang. Kalah dalam pilihan raya kecil tetapi Pas boleh memenanginya semula pada pilihan raya umum. Begitulah pasang surut pilihan raya. Analisis pilihan raya menjadi panduan untuk Pas bangkit atau mengekalkan prestasi kemenangan," katanya.

Suara Politik
Belantan

Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted: 04 Oct 2014 03:00 PM PDT


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Umat Islam..

Sahabat handai dan keluarga sekalian...

Semoga Aidil Adha kali ini dapat memberi kesedatan kepada kita diatas kepentingan pengorbanan untuk yang memerlukan ....

Mohd Razlan Muhammad Rafii

PAS YANG BODOH, UMNO JUGA DISALAHKAN

Posted: 04 Oct 2014 02:56 PM PDT


Akibat ketamakan kuasa dan rela diperkudakan oleh 'teman sebantal', pemimpin PAS terus akur walaupun masyarakat melihat parti itu terus dibuli dan dicabuli hak tertentu mereka dalam Pakatan.
 
Baru-baru ini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan UMNO adalah parti yang membuli PAS paling lama sebenarnya dan bukan rakan mereka dalam Pakatan. Kenyataan tersebut boleh diibaratkan seumpama kurang akal atau mungkin hanya kenyataan daripada budak hingusan yang suka-suka meletakkan kesalahan kepada UMNO akibat daripada kealpaan dan kesilapan pemimpin mereka. Ayat tersebut terlalu klise kerana Nik Abduh masih lagi mahu menjaga hati PKR dan DAP yang digeruni selama ini.
 
UMNO bukanlah pembuli PAS sebaliknya PAS sudah memusuhi UMNO sekian lama dalam arena politik tanah air. Pastinya di setiap kerusi yang ditandingi PAS, UMNO akan turun bertanding menentang. Maka istilah pembuli tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara antara UMNO dan PAS.
 
"Tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain".
 
Itu satu ungkapan yang selalu kita baca, dengar selama ini dan sering kali dilontarkan kepada Pakatan Pembangkang bukanlah satu omong kosong. Ianya adalah perkara yang jelas kelihatan walhal dalam perjuangan mereka pun sudah terdapat tanda-tanda mereka telah gagal membentuk dasar yang mereka bakal laksanakan.
 
DAP membuli PAS di Pulau Pinang semenjak mendapat kuasa di sana bukan perkara baru dan realitinya sudah lama orang Melayu sedar akan perkara ini namun kepimpinan PAS Pusat mahupun negeri sanggup pekakkan telinga, butakan hati dan menyalahkan UMNO atas kegagalan mereka mendapat tempat di sana.
 
Banyak orang bercakap pemimpin PAS tidak akan sesekali berpaling daripada parti 'Islam' tersebut namun hari ini ada pemimpin mereka sudah berani mengumumkan tidak akan teragak-agak bertanding atas tiket DAP jika kepimpinan parti mengambil tindakan menggantung keahlian beliau. Sejarah silam dan perjuangan parti komunis DAP yang mengamalkan sekular sudah jelas tersimpang jauh daripada landasan perjuangan Islam.
 
Pemimpin PAS mudah lupa.
 
Begitu hebatnya rasa kebencian yang ditanam PAS sebelum ini kepada ahlinya sehingga mereka bertindak melawan kepimpinan PAS sedia ada kerana bernafsukan kepada pangkat dan jawatan. Kegagalan PAS mengawal ahli-ahli mereka terutama berhaluan Anwarinas adalah sesuatu perkara perkara yang amat mendukacitakan dan ini adalah tanda-tanda PAS semakin tiba di penghujung perjuangannya.
 
PAS kena ingat bahawa DAP bukannya membuli PAS sebaliknya mereka mempunyai ketetapan mempertahankan Perlembagaan parti mereka dan tidak akan berganjak walau seinci pun dalam menentukan hala tuju parti mereka.
 
Lihat contoh kes Kalimah Allah. Dasar Perlembagaan DAP, mereka memperjuangkan hak kebebasan secara total. Apa saja yang menghalang, pasti DAP akan tetap teruskan juga waima dengan cara apa sekali pun sehingga memperkudakan NGO-NGO dan pemimpin mereka bagi mendesak kerajaan.
 
Begitu juga dengan isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah ketika PAS memegang tampuk kepimpinan negeri tersebut di mana DAP mengumumkan keluar daripada Pakatan hanya kerana Allahyarham Ustaz Azizan (Menteri Besar) bertegas menutup pusat tersebut walaupun tapak baru telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).
 
Isu DYMM Sultan Selangor juga mereka (DAP) tidak lari dari Perlembagaan parti apabila mereka terus kekal mempertahankan perkara 1 (satu) sistem parlimen berperlembagaan dan bukan Raja berpelembagaan. Dari isu sekecil-kecil zarah sehingga sebesar gunung, DAP tidak pernah lari dari perjuangan mereka walhal PAS yang mempergunakan Agama lari lintang pukang kerana mahu memikat hati kekasih hati mereka, walaupun kekadang tingkah laku PAS seolah-olah sudah terkeluar dari Islam.
 
Kepada pemimpin PAS, sedar dan peganglah pada pendirian parti bukannya rakan dalam Pakatan. Bukan kami hendak mengajar tetapi sekadar ingatan jangan pandai menyalahkan UMNO jika kesilapan tersebut datang daripada sendiri. PAS jangan mengaku berjuang berlandaskan Agama jika Iman dalam jiwa tiada rasa kasih kepada Islam.
 
Kejayaan UMNO hari ini mempertahankan majoriti kerusi kawasan orang Melayu sudah jelas menunjukkan parti keramat ini tidak pernah lari daripada mempertahankan dasar Parti yang memperjuangkan kepentingan Agama, Bangsa & Tanah Air.
 
Namun kejayaan PAS hari ini adalah membantu kempen DAP dan PKR bagi memberi kuasa rakan dalam Pakatan menambah buli & derita kepada PAS.
 
 
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

30 September 2014

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Jom layan buskers @ KL Bukit Bintang n Sogo and Bazar Karat JB

Posted: 04 Oct 2014 05:29 AM PDT

PRM: Najib juga boleh 'dinyah' seperti Pak Lah

Posted: 04 Oct 2014 03:38 AM PDT


Parti Rakyat Malaysia mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bahawa perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur kerana gagal menunaikan janji.

Oleh itu, BN perlu memenuhi janji pilihan raya untuk tidak menaikkan harga bahan api sekiranya perdana menteri itu tidak mahu mengalami nasib yang sama, katanya.

"PRM hendak mengingatkan bahawa bekas perdana menteri,  Abdullah Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat.



"Oleh itu (Abdullah) mendapat peratusan kerusi parlimen yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

"Tetapi selepas pilihan raya, beliau tidak membawa  perubahan yang dijanji, tidak menghiraukan kesusahan kehidupan rakyat, sebaliknya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme, mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak dengan mendadak.

"Akibatnya harga barangan melambung naik, inflasi berlaku, akhirnya beliau dinyah oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12," kata Koh.

Tambahnya, kejayaan BN dalam pilihan raya umum 2004 – dengan kemenangan di 198 dairpada 220 kerusi parlimen – adalah berdasarkan keyakinan rakyat kepada Abdullah untuk menjalankan agenda perubahan.

"Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum, beliau tidak membawa perubahan yang dijanjikan," kata Koh dalam kenyataannya.

Koh turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menaikkan harga RON97 dan hanya menaikkan harga RON95 dan diesel.

"RON95 untuk pengguna berpendapatan pertengahan dan RON97 diguna oleh mereka yang kaya berkereta besar.

"Lagi pun berapa warga asing yang berada di Malaysia menikmati subsidi minyak RON 95?," soalnya.

Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada 2 Oktober, menjadikan harga masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Selamatkah rumah untuk balik raya bila Google Street siar rumah kita?

Posted: 04 Oct 2014 09:34 PM PDT


Pengumuman oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman peta Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi di Facebook Astro AWANI.

Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

"Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah," tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, "Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak."

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

"Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini," tulis beliau.

Baca sepenuhnya di Malaysia Instinct SINI

Selamat Aidil Adha

Posted: 04 Oct 2014 03:56 PM PDT


اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 
 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
....人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_  ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║ 

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Dzahir dan Batin.

Dah sampai masa PEMANDU tubuh Makmal Politik pula ...

Posted: 04 Oct 2014 01:40 AM PDT






Semalam di Alor Setar, di dataran stadoim SSMIV berhadapan hospital Sultanah Bahiyah, ada flashmob bantah kenaikkan harga minyak 20 sen dari penurunan subsidi pada pukul 5 petang.


Seramai 15 orang ahli PKR Cabang Tg Karang mengadakan bantah flashmob hari ini. Kalau ada PAS, lagi gempaq... sayang.


 Di Kota Kinabalu pun ada.


Manakala GAMIS dikesan menyebarkan risalah Tragedi Oktober membantah hal sama di Padang merdeka Karamunsing KK pukul 10.30 pagi tadi.


Apa yang perlu BN buat sekarang?

Pastinya PEMANDU sudah fikir impak ini semua. Mereka punya konsultan yang dibayar berjuta-juta untuk fikir dan strategikan tindakbalas. Semua reaksi sudah dijangka dan ada skrip dah sedia ...

Malah elok juga PEMANDU laburkan dua tiga juta lagi untuk perkenalkan Makmal Politik untuk dapatkan respons orang ramai bagi menjangka satu gerak kerja menghadapai gerakan subversif Anwar Ibrahim yang tak henti-henti untuk PEMANDU jaga kepentingan KORPORAT Malaysia. 

Nampaknya ramai superblogger lama-lama akan penat. Eloklah sebab kerajaan dah belanja ratusan juta dengan konsultan asing dan pasukan pemikir serta penjawab-penjawa professional. Baca Rocky SINI.

Nak terus terang untuk selamatkan parti nanti ada pasukan penyokong kata Unspinners dibayar orang tertentu untuk serang orang tertentu. Nak bantu jawab untuk kerajaan dan dapatkan feedback ada pula kata ini blog puak pro kerajaan pengampu.

Apabila orang tengah marah, mereka tak mahu dengar jawapan dan alasan atau hujah. Oleh itu, apa jawapan mereka tak mahu dengar.

Eloklah pro-pro hebat berpengalaman pulohan tahun dalam ceyberwar yang mutakhir ini ramai wanita dan konon dapat jutaan kontrak buat kerja. Kita-kita ni tak sehebat mereka yang satu-satunya bantu BN hingga menang banyak di Pengkalan Kubor.

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Melayu, Islam dalam bahaye...........

Posted: 03 Oct 2014 11:00 PM PDT

Serah memo kepada PM agar mansuh Akta Hasutan

HARAKAHDAILY | 03 Oktober 2014.

PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.

Menurut satu kenyataan mereka hari ini, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.

Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco. - Bernama

Pade pandangan atuk, Akta Hasutan masih di perlukan di negare Malaysia yang berbilang kaum ini. Tambahan pule kite nampak semakin jelas bahawe puak2 dari kaum 'pendatang' ni dah menjadi semakin biadap dan kurang ajar terhadap bangse dan agama kite.

Walaupun Akta Hasutan ini masih berkuat kuase namun setiap hari kite terjummpe kaum ini emakin biadap menghine, mengutuk dan mempersendekan bangse melayu dan agama Islam kite di laman2 web. Cube kite bayangkan jike Akta Hasutan ini di hapuskan, sudah tentu mereke2 ni bertambah berani dan angkuh terhadap kaum dan agama kite.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:23 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Salam Aidiladha Buat Semua Umat Islam

Posted: 04 Oct 2014 05:00 PM PDT


Sallehin Mukhyi Tidak Setuju Anwar Ibrahim Dilantik Semula Penasihat Ekonomi Selangor?

Posted: 04 Oct 2014 09:30 AM PDT


Banjir Pulau Pinang, Di Mana Janji Guan Eng?

Posted: 04 Oct 2014 06:43 AM PDT



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sweden iktiraf negara Palestin

Posted: 04 Oct 2014 04:48 PM PDT

STOCKHOLM 4 Okt. - Perdana Menteri baharu Sweden semalam mengumumkan bahawa negara ini mengiktiraf kewujudan Palestin, sekali gus menjadi negara pertama di barat Eropah berbuat demikian.
Pemimpin Parti Sosial Demokrat, Stefan Loefven yang memenangi pilihan raya umum lalu berkata, Sweden menyokong supaya konflik antara Palestin dan Israel ditamatkan segera.
"Penyelesaian konflik antara Palestin dan Israel memerlukan pengiktirafan secara bersama dan kemahuan daripada kedua-dua belah pihak untuk mewujudkan keamanan.
"Perkara seperti ini perlu dilakukan bagi menghormati tuntutan rakyat Palestin dan Israel yang berhak menentukan nasib dan keselamatan mereka," jelas Loefven ketika berucap di Parlimen.
Tindakan Sweden mendapat reaksi negatif daripada Washington yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai 'tidak matang', manakala Palestin menyifatkan pendirian Sweden sebaga satu tindakan 'berani' dan menggesa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain mengikut jejak langkah Sweden itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pas diserang dari dalam - Nik Abduh

Posted: 04 Oct 2014 04:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti itu sekarang sedang diserang dari dalam oleh pihak yang tidak mahu Pas muncul sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Beliau yang juga merupakan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, usaha melemahkan Pas itu ada kaitan dengan gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tindakan memperlekeh Majlis Syura Ulama.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli dan pendokong Pas agar berada dalam kesedaran tinggi bagi memastikan usaha pihak terbabit untuk melemahkan parti berkenaan dari dalam tidak membuahkan hasil.
"Pas mesti diserang dan dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam pakatan. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang sedia menolak seruan ke arah syariat Islam.
"Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama yang didokong oleh para ulama dalam memimpin Pas. (Justeru) ahli dan pendokong Pas mestilah dalam kesedaran yang tinggi," kata Nik Mohamad Abduh menerusi Facebooknya hari ini.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengakui secara terbuka bahawa Pas menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka agar membenci parti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan Agung UMNO dicadang bahas mansuh SJKC

Posted: 04 Oct 2014 04:46 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung November ini dicadangkan supaya membincangkan dengan teliti sama ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu diterus atau dimansuhkan.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata, ini kerana ramai berpendapat SJKC sekarang telah diperalat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.
Katanya, perhimpunan agung tersebut merupakan platform terbaik untuk membahaskan sama ada perlu atau tidak pengambilan murid serta tenaga pengajar Melayu dan India ditingkatkan ke tahap 60 peratus, selain aspek pemansuhan itu sendiri.
"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran. Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ini bukan kali pertama saranan meminta agar kerajaan mengkaji semula pembinaan SJKC, tetapi suara tersebut telah banyak dan berulang kali dilaungkan pihak-pihak yang mahu melihat perpaduan di negara ini diperkasakan.
Read More / Baca Lagi >>

Hubungan Solat & Haji Dalam Kehidupan - Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz

Posted: 04 Oct 2014 04:23 PM PDT

Bajet 2015: Kenaikan kos, simpanan kurang takutkan warga tua

Posted: 04 Oct 2014 04:21 PM PDT

Kenaikan kos kehidupan merupakan kebimbangan utama warga emas dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menjejaskan pendapatan isi rumah dan simpanan mereka. Permintaan utama mereka sempena Bajet 2015 supaya Putrajaya melakukan lebih untuk mereka daripada hanya memberikan bantuan berbentuk "one-off", dan ramai memberitahu The Malaysian Insider mereka takut akan kenaikan kos kehidupan dan bimbang jika terpaksa mencari pekerjaan sampingan. Semasa Bajet 2014, golongan pencen menerima bantuan kewangan RM250 untuk mengurangkan beban kenaikan kos kehidupan sementara isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 menerima pembayaran one-off RM650 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). 

 Kerajaan mengatakan BR1M akan diteruskan dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini. Terdapat lebih kurang 2.69 juta warga emas (berumur 60 tahun ke atas) di negara ini, iaitu 8.9% daripada jumlah keseluruhan populasi negara menurut angka daripada Jabatan Statistik pada 2014. Pelan jangka panjang diperlukan untuk membantu golongan tua T James, 64, dari Ipoh mengatakan dengan peningkatan harga barangan selepas GST dilaksanakan, beliau menjangka akan menggunakan 50% lebih daripada simpanannya setiap bulan untuk barang makanan dan membayar bil. "RM5 sekarang belum tentu boleh beli barang sama tahun akan datang. Saya mungkin terpaksa mengurangkan perbelanjaan 'mewah' seperti langganan siaran televisyen berbayar Astro, makan luar, dan penggunaan penghawa dingin," katanya.

Beliau berkata 2015 akan menjadi tahun mencabar buat golongan pesara sepertinya memandangkan kenaikan harga minyak petrol memberi kesan kenaikan berganda, apatah lagi kesan GST. Bagi James yang bersara tiga tahun lepas selepas anak bongsunya tamat pengajian di universiti dan mula bekerja, bantuan one-off RM650 hanya memberi kesan yang kecil kepada perbelanjaan bulanan RM3,000 ditanggungnya, termasuk makanan, bil utiliti, Astro, petrol dan bekalan perubatan. "Tidak banyak yang boleh dinikmati warga emas seperti kami melainkan hanya sumbangan kecil wang untuk menampung kenaikan kos.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir guna ISA, Najib guna akta hasutan

Posted: 04 Oct 2014 04:12 PM PDT

SUBKY LATIF

SAYA juga selalu menegur dan menyindir istana, tapi tidak setegas Dr. Aziz Bari ketika dia mengulas mengenai derhaka dan hubungannya dengan jenayah dalam forum  PasMa di KL.
    
Apabila saya terbaca beritanya, saya terasa Dr. Aziz hendak mencari susah. Pertama ia boleh menyempit jalan bagi jadi Menteri Besar pada masa akan datang. Kedua, kemungkinan dia akan dipanggil polis.
    
Dugaan saya tepat.  Pakar undang-undang itu sudah pun dipanggil polis  mengikut peruntukan akta hasutan yang kini memburu banyak orang.
   
Dr. Aziz adalah ahli ilmuwan  yang kedua menjadi sasaran akta hasutan. Yang pertama kurang dari sebulan lalu iaitu seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya. Anwar Ibrahim juga sudah dipayahkan oleh akta ini apabila dicari polis tentang penyertaannya dalam satu perhimpunan di Gombak sekitar tiga tahun lalu.
    
Akta hasutan ini sudah biasa digunakan sebelum ini. Tetapi mengikut  bahasa P. Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang tindakan itu, 'Jarang, jarang.' Buat tempoh beberapa bulan kebelakang ini kuat kuasa akta hasutan ini macam menyolok mata. Tidak sampai beratus. Tetapi dikira banyak/berlebihan buat satu masa yang pendek.
   
Ia seolah-olah  seperti menyalahkan ulasan  Tun Musa Hitam atas tempelak Dr. Mahathir  terhadap PM Najib. JusteruNajib dikatakan lemah, Mahathir pun menarik sokongannya kepada  PM. Komen Tun Musa kira-kira masa Najib ini dia tidak banyak  orang yang ditangkap.
   
Lepas itu banyak pula orang jadi sasaran  akta hasutan. Sekarang ia seolah-olah satu wabak pada  masyarakat kita.
  
Sindiran Musa itu adalah menggambarkan masa sebelum Najib Piem-Piemnya  banyak menggunakan ISA bagi menangkap dan memenjarakan orang tanpa bicara.
 
Umum mengira, ISA itu digunakan bagi  menakutkan orang dan menindas pembangkang/pengkritik pemimpin dan kerajaan. Mangsa ISA yang menyolok mata ialah penangkapan besar dalam Operasi Lallang dan peristiwa berdarah Memali. Malah Mahathir juga memenjarakan Timbalan Perdana Menterinya , Anwar Ibrahim yang mengancam politiknya.Read More / Baca Lagi >>

ISIL pushes forward on besieged Syrian town

Posted: 04 Oct 2014 03:57 PM PDT

Growing anger on Syrian-Turkish border about ISIL advance

Posted: 04 Oct 2014 03:55 PM PDT

Turkey's Erdogan demands apology from Biden over Syria comments

Posted: 04 Oct 2014 03:54 PM PDT

Counting the Cost - Feature - Occupy Hong Kong

Posted: 04 Oct 2014 03:53 PM PDT

Hong Kong protesters told to leave by Monday

Posted: 04 Oct 2014 03:53 PM PDT

Rival protesters face off in Hong Kong

Posted: 04 Oct 2014 03:52 PM PDT

Tensions high in Hong Kong protests

Posted: 04 Oct 2014 03:51 PM PDT

Rival protesters face off in Hong Kong

Posted: 04 Oct 2014 08:36 AM PDT

School teacher speaks out on HK protests

Posted: 04 Oct 2014 08:35 AM PDT

Hong Kong gives protesters a deadline

Posted: 04 Oct 2014 08:34 AM PDT

Hong Kong violence video: Pro-, anti-Occupy Central protesters clash

Posted: 04 Oct 2014 08:16 AM PDT

No one came for petrol price hike protest

Posted: 04 Oct 2014 08:14 AM PDT


20 sen: Semua barang naik harga..!!

Posted: 04 Oct 2014 08:12 AM PDT

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN – SAIFUL NANG

Posted: 04 Oct 2014 07:56 AM PDT


Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat.
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu. Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi…rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah….
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp….babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Read More / Baca Lagi >>

Pengkalan Kubor: Kemelut PR punca kekalahan Pas - Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Posted: 04 Oct 2014 07:41 AM PDT

WALAUPUN bahang PRK Pengkalan Kubor kini mula reda, pelbagai provokasi kekalahan Pas masih lagi tidak berkurangan malah turut melibatkan parti komponennya, DAP dan PKR. Bagi mengulas isu tersebut lebih mendalam, ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Siti Fatihah Awang bersama penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Apakah faktor menyebabkan kekalahan Pas di PRK Pengkalan Kubor baru-baru ini?

Pada pandangan saya, di dalam mana-mana PRK pun, BN punya kelebihan dari segi jentera, dana dan media tetapi pada PRK Pengkalan Kubor yang menyaksikan kekalahan teruk calon Pas ini, banyak faktor besar lain turut berperanan, antaranya calon Pas terlalu biasa, tiada kewibawaan dan keistimewaan boleh ditonjolkan.

Calon Pas ini mungkin tidak akan memberikan terlalu banyak masalah jika ini adalah PRU tetapi ini adalah PRK. Mana-mana kekurangan calon akan kelihatan jelas kepada masyarakat disebabkan tumpuan media.

Paling memberikan masalah besar kepada Pas ialah dakwaan calon Pas terlibat mensabotaj calon PKR pada PRU13 dan agak kurang mesra PR menyebabkan penyokong yang mesra PR tidak mengundi beliau kali ini.

Selain itu, Pas memandang mudah kepentingan PRK ini. Pucuk pimpinan Pas dalam era terdahulu akan menunda Muktamar Tahunan bagi memberikan ruang kepada pemimpin dan ahlinya menumpukan perhatian mereka kepada PRK yang disertai oleh Pas tetapi dalam era sekarang, Pas dilihat menganggap penundaan ini tidak perlu, menyebabkan moral petugas tempatan merudum bila kempen mereka tidak disertai pemimpin besar.

Lebih memburukkan keadaan, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 pada 18, 19 dan 20 September memarakkan lagi pertikaian dalaman antara golongan yang mesra dan kurang mesra PR, ini menyebabkan jentera Pas tidak mendapat dorongan padu seluruh pemimpin utama mahupun daripada PKR dan DAP, sekali gus menyebabkan BN mendapat senjata baharu menyerang Pas (contohnya penggunaan pemidang memuatkan ucapan Presiden Pas yang menyebut istilah barua dan broker).


Adakah pengundi atas pagar turut menyumbang kepada kekalahan Pas kali ini?

Pengundi muda dan pengundi atas pagar khususnya, jelas bosan dengan pertikaian dalaman yang tidak berkesudahan di dalam Pas Kelantan, Pusat serta hubungan antara parti komponen.

Sebelum ini mereka melihat PR menjanjikan harapan baharu ke arah mewujudkan satu Malaysia yang lebih baik tetapi dengan segala kemelut, pertikaian dan permasalahan berlaku di dalam PR sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka kecewa dengan PR yang dilihat tidak seindah rupa, sekali gus mendorong mereka beralih kepada BN yang dilihat lebih stabil dan lebih berwibawa.
Read More / Baca Lagi >>

I joined DAP to champion the people's cause - veil-wearing Melati tells of threats to BEAT & RAPE her

Posted: 04 Oct 2014 06:34 AM PDT

DAP's niqab-wearing activist Jamila Rahim, better known as Melati, believes there is no conflict between her faith and the party she has joined, despite its socialist and secularist ideology.
I joined DAP to champion the people's cause - veil-wearing Melati tells of threats to BEAT & RAPE her"I was attracted to DAP because it rejects racist politics and focuses on justice and welfare.
"The main thrust of Islam revolves around welfare and being humane," she said.
The 22-year-old activist braved a storm of criticism over the week after it was discovered she had joined DAP, with one Malay blogger even saying she was better off as a prostitute.
To her detractors, Melati has this answer: "Allah has never given anyone the right to insult others."
The activist and novelist told The Malaysian Insider she did not expect such backlash after joining DAP.
"Just because I wear the niqab (veil), people assume I should limit my actions. But I have the right to do whatever I want, and I don't think joining DAP is wrong," she said.
"I joined a party. I didn't sell out my religion. I didn't convert. I'm still a Muslim."
A blogger calling himself "KuntaKinte Malaysia" said Melati's decision to join DAP was akin to selling herself and her religion for the riches offered.
"A prostitute who sells herself would not decay the position of Islam in the country, but those who join the DAP are helping them destroy Islam in Malaysia.
"The reality is, it is more noble to be a prostitute who sells herself for a mouthful of rice, than being those in tudung and purdah who 'sell themselves' to DAP for the riches of the world until it weakens Islam," he said in www.mykmu.net.

The irony of the blogger's insults was not lost on Melati.
"They're questioning my faith in Islam, but they themselves aren't doing the right thing by insulting me. Islam never taught us to insult others like that," she said.
She described the criticism as a baptism of fire but said it has not made her regret joining DAP or donning the niqab.
"In Islam, wearing the niqab is not compulsory – it is sunnah (commendable). And I made the decision to wear it because I believe it is my right to do so."
Melati sees religion as a personal matter and, unlike PAS, which seeks to turn Malaysia into an Islamic state and implement hudud, she takes a more pragmatic stance over such issues.
"Religion is an individual's personal right. We can't force other people to become like us, and we can't force people to do what we want.
"If we look at Tunku Abdul Rahman's statement, he said that Malaysia is a secular country, but Islam is its official religion.
"I am a Muslim, and hudud is mentioned in the Quran. I do not reject it. But to implement it in a multiracial, multi-religious country…
"It's like what (former Perlis mufti) Dr Mohd Asri Zainul Abidin said, we have to champion other issues first, such as stamping out corruption."
Born to a family with seven children, Melati graduated from Universiti Selangor with a diploma in Teaching English as a Second Language in 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Melati Move – Langkah ‘ninja’

Posted: 04 Oct 2014 06:25 AM PDT


1610802_10152645974466670_6593898426931090581_nLangkah novelis Pelacur Kelas Pertama Melati Rahim menyertai DAP secara senyap-senyap hampir sahaja mengabsahkan perawakan separa ninja yang dibawanya. Ya, Melati gadis berpurdah. Tutup semua, sehingga yang kelihatan hanyalah dua biji matanya.
Langkah ninja Melati disusun melalui cerpennya di Roketkini, yang menyelitkan di hujung tulisan bahawa Melati ini ahli DAP. Dengan harapan, ada mana-mana media yang mengutip maklumat tersebut. Ternyata ada, boleh baca di sini.
Gadis Melayu berpurdah masuk DAP bukan perkara biasa. Malah ada yang di dalam DAP sendiri masih terkejut dengan "Melati Move" ini. Sebenarnya, Roketkini sudah dudukkan Melati dan bertanyakan tujuan menyertai DAP secara bertentang mata.
Adakah sebab banyak orang menghalang-halang Melayu dari mendekat dengan DAP maka kau pun macam 'ahhh.. aku nak masuk DAP lah'
Tak tak tak.. Aku masuk DAP bukan sebab tu. Aku tengok Perlembagaan DAP dan aku perhatikan sikap beberapa orang wakil rakyat DAP. Aku pergi rumah mereka ni… rumah mereka sangat biasa. Membuatkan aku rasa 'alahai normal betul'.
Ada yang cakap pada aku 'Kalau nak masuk parti, jangan fikir nak jadi YB. Kita kena fikirkan perjuangan dan perjuangan kita adalah untuk rakyat'. Benda ini aku tak nampak pada parti lain.
10491094_10152573152226670_4940395592181349998_nSepanjang empat tahun aku beraktivisme, aku perasan bahawa apa sahaja suara dan aktiviti yang aku buat, orang tak peduli pun, keselamatan aku tak terjamin dan aku tak ada sokongan. Jadi aku masuk parti sebagai wakil aktivis yang tidak masuk parti, aku mahu jadi wakil suara aktivis.
Jadi sebelum ni kau seorang yang 'apolitikal' dan memilih untuk meninggalkan 'prinsip' tu kerana?
Aku rasa suara aktivis ni suara yang agak minoriti. Tak semua mahu dengar suara aktivis. Kalau tak orang parti bersama mereka, siapa lagi yang nak bersama mereka? Jadi sekurang-kurangnya ada dari kalangan aktivis yang menyertai parti politik yang boleh sampaikan suara mereka.
'Suara' ni suara apa sebenarnya? Apa yang 'suara' ni mahukan?
Banyak isu yang aktivis suarakan. Isu Ali Abd Jalil contohnya (yang ditahan 20 hari untuk siasatan di bawah Akta Hasutan), dan isu-isu wanita, anak-anak kurang upaya. Aku sekarang kerja di sebuah rumah amal yang tempoh hari dapat jemputan sambutan hari raya, tetapi terang-terang ditulis di situ jemputan untuk anak-anak normal. Apa anak-anak kurang upaya ni tak berhak sambut hari raya? Sedangkan mereka pun berpuasa.
Dan sebagai aktivis yang buat kerja-kerja amal, ada masanya kami perlukan bantuan dan mobilisasi tenaga kerja. Parti politik ada sumber-sumber ini, untuk membantu para aktivis.
Rumah amal? Cuba cerita sikit.
Read More / Baca Lagi >>

Guru wanita rugi RM10,760 tertipu skim cabutan bertuah

Posted: 04 Oct 2014 06:18 AM PDT

Guru wanita rugi RM10,760 tertipu skim cabutan bertuah
IPOH: Seorang guru wanita disyaki mengalami kerugian RM10,760 selepas tertipu kononnya dia memenangi hadiah bagi cabutan bertuah permata Cartier.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shahron Anuar Abdul Latif berkata mangsa yang berusia 35 tahun itu membayar wang tersebut sebagai wang jaminan dan bayaran keahlian syarikat berkenaan.

Beliau berkata mangsa diminta mendeposit RM5,760 ke dalam satu akaun dan RM5,000 lagi dalam satu lagi akaun bulan lalu.

"Namun mangsa tidak pernah menyertai peraduan dengan syarikat Miilai Hong Kong berkenaan atau membeli apa-apa produk daripada mereka.

"Semakan juga mendapati laman web www.millai.com adalah sama dengan laman web www.meimeimall.com yang turut menawarkan hadiah cabutan bertuah," katanya.

Shahron Anuar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di talian 05-3664322 atau Insp Mohd Suhadi di talian 05-3629222 sambungan 9083 atau talian 012-5217752.

Aidiladha: Berlaku adil sesama manusia

Posted: 04 Oct 2014 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berkorban memerlukan takwa dan takwa agak sukar diperolehi tanpa sifat tadhiah (pengorbanan) khususnya dalam menegakkan suruhan Allah.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, seseorang muslim yang sebenar hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan sesama manusia.

Bahkan kata beliau, wajib berlaku adil sesama manusia walaupun dari golongan yang tidak sehaluan dan ini merupakan syarat-syarat ketakwaan yang sempurna.

"Kehidupan hari ini kita menyaksikan bagaimana wujudnya pihak yang sewenang-wenangnya bertindak melanggar perjanjian dan tidak berlaku adil semata-mata kerana tidak mahu memberikan hak kepada pihak yang tidak disenangi dan dianggap musuh politik mereka.

"Hasil mahsul bumi diangkut sewenang-wenangnya tanpa sebarang faedah kepada penduduk setempat sekalipun sudah wujud perjanjian yang jelas," katanya dalam prutusan khas Aidiladha hari ini.
Read More / Baca Lagi >>