Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Apa hak Google 'skodeng' rumah anda?

Posted: 03 Oct 2014 11:33 PM PDT

Google Malaysia secara rasminya mengumumkan Street View, sebahagian dari fungsi Google Maps yang memaparkan gambar sebenar tempat di dalam peta, kini boleh mula digunakan di Malaysia. Usaha ini dimulakan Google Malaysia hampir setahun lalu dengan memandu kereta Street View untuk merakamkan gambar-gambar d Malaysia.
Google menyatakan ia kini menerbitkan hampir 90 peratus imej-imej pemandangan yang didapati disepanjang jalan-jalan di Semenanjung Malaysia,termasuk lebuhraya-lebuhraya utama dan jalan-jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Imej itu juga turut menunjukkan kawasan-kawasan bukan jalan utama (offroad) yang diambil oleh 'Street View Trekker' menggunakan sistem kamera diletakkan di beg sandang.
Di kawasan terdapat 'Street View', imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga 'Pegman' kebahagian sebelah kanan peta, ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps baharu, orang ramai juga boleh mencari destinasi tempatan dan di mana terdapat akses kepada imej Street View dari karusel imej (imagery carousel) terdapat di bawah skrin.
Antara fungsi yang ada pada Street Maps ialah, melihat gambar-gambar berbeza yang telah diambil sebelum ini. Ini kerana kereta Google Street View akan terus memandu dan merakam gambar walaupun ia telah melalui kawasan tersebut, terutama sekali di dalam bandar. Dengan ini, pengguna boleh membandingkan gambar yang dirakam tahun lepas, dengan gabar yang dirakam tahun ini. Google mungkin akan menyimpan gambar di tempat yang sama setiap tahun, jadi pengguna boleh melihat perkembangan atau perbezaan di tempat itu.
Google juga memastikan privasi di Google Maps akan dijaga dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View ini. Google telah membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengkaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalang mereka di kenal pasti. Sebagai tambahan, Google juga dapat menunaikan permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View dengan menghantar permintaan tersebut melalui "Report a problem" yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps.
Namun persoalan timbul kerana tentang kebenaran merakam foto terlebih dulu sebelum meminta izin daripada tubuh badan atau pemilik rumah.
Dalam tinjauan Google Street View tersebut, sangat jelas kebanyakan kawasan perumahan yang bukan apartmen JELAS dirakam dalam kamera yang boleh mengundang kepada pelbagai perkara termasuk kegiatan jenayah.
Dari lokasi pintu, pagar, tingkap, jenis kenderaan yang ada dalam kompaun rumah, berapa luas kawasan rumah, beranda dan macam-macam lagi sangat JELAS dipamerkan dalam Google Street View.
Ingin ditegaskan, kita bukanlah menentang teknologi. Sebelum ini, banyak pun khidmat Google yang digunakan tanpa masalah. Cuma seakan ia agak melampaui batas dengan menangkap gambar tanpa keizinan.
Meskipun ada pilihan untuk 'request' membuang gambar atau blur tetapi perumpamaannya begini, bayangkan ada orang ambil gambar anda, sebarkannya di internet. Kemudian selepas beberapa lama baru anda perasan gambar anda di internet. Sebagai mangsa, anda pula perlu meminta gambar anda diturunkan. Dalam masa sama, sudah berapa banyak printscreen yang diperoleh berbilion manusia?
Siapa yang memberi kebenaran kepada Google untuk menangkap gambar sesuka hati? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM ke? Adakah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke?
Secara peribadi, Google Street View ini adalah inovasi yang menarik jadi cadangan saya, kalau Google mahu meneruskannya, blur kan saja SEMUA kediaman peribadi atau rumah siap-siap. Kalau anda mahu rumah anda terpampang di internet, barulah request ke Google.
P/S: sejak bila Google kisah tentang data peribadi pengguna?  

PKR, DAP tinggalkan PAS dalam buat keputusan...

Posted: 03 Oct 2014 09:18 PM PDT

Selepas krisis jawatan Menteri Besar Selangor mulai reda dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali, PAS kini menuntut agar PKR dan DAP tidak melampaui perjuangan bersama di dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, konsep tahaluf siyasi yang dimeterai sejak 2008 lalu tidak harus dicemari dengan unsur khianat di antara satu sama lain.

"Tahaluf siyasi kita ini bersyarat. Jangan khianat rakan-rakan kita sendiri. Jangan berkata yang bukan-bukan. Jika berpakat buatlah cara berpakat. Kita baru bertunang, belum kahwin lagi.


"Bila memaksa kita (ikut kemahuan PKR dan DAP), kita merasa payah sangat. Rasa macam tak usahlah bernikah. Kalau mahukan kita, tolong jangan buat perangai negitu lagi. Tolong, raikan pandangan kita walaupun berbeza," katanya pada satu forum PAS di Tebuk Pulai, Sabak Bernam.

Khairuddin turut merujuk kepada tuduhan 'pengkhianat' yang dilemparkan DAP kepada empat bekas exco PAS yang bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam tempoh peralihan kuasa sebulan yang lalu.

Katanya, PAS terkilan dengan kenyataan itu sedangkan parti Islam itu melihat kepada skop yang lebih luas berbanding perjuangan politik peribadi dan kepartian sahaja.

Forum berkenaan diadakan untuk merungkai kekusutan ahli-ahli PAS terhadap kemelut politik semasa di Selangor yang kebelakangan ini menyaksikan serangan terbuka terhadap ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Menjelaskan isu berkaitan Khairuddin menyelar sikap penting diri PKR dan DAP dalam membuat kebanyakan keputusan, dan segera melabelkan ia sebagai 'keputusan majoriti'.

Sebagaimana pendirian Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, Khairuddin meluahkan rasa kecewanya apabila presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sentiasa disisihkan.

"Hadi buat keputusan untuk mengekalkan Khalid (selepas PRU-13). Ini adalah ijtihad Hadi sebagai seorang presiden meskipun kita tak buat mesyuarat. Dan selepas kita adakan mesyuarat, PKR-DAP-PAS setuju untuk pilih Khalid (MB Selangor PRU-13).
  
"Jadi apabila tiga parti setuju, tiba-tiba kalau nak gugur Khalid pula kaedahnya bagaimana? Kena dapatkan persetujuan ketiga-tiga parti jugalah. Mana boleh dua parti sahaja," tambahnya sambil membidas keputusan gopoh PKR dan DAP yang dibuat dahulu untuk menyingkirkan Khalid.

Walaupun sentiasa melaungkan sikap kebersamaan di dalam Pakatan, PKR dan DAP daripada awal lagi gagal menerapkan 'konsensus Pakatan Rakyat' yang sering dilaungkan dua parti itu sebelum ini, katanya.

Langkah Kajang yang diusulkan untuk menjatuhkan Khalid diteruskan walaupun tanpa 'restu' dari PAS, tambahnya.

"Mereka minta pandangan PAS, tapi tak sempat buat keputusan DUN Kajang sudah kosong. Itu bukan tanya untuk mendapatkan pandangan, itu paksaan.

"Selepas menang PRK Kajang sehinggalah kepada bulan Ramadan lalu, mereka terus memaksa untuk tukar Khalid. Kita ajukan apa hujah untuk tukar? Majlis Syura PAS dan presiden mahu Khalid dikekalkan. Adakah apa yang disebut Hadi itu di luar keputusan mesyuarat? 

"Tidak, kerana Hadi membawa keputusan bersama 6 Januari lalu. Namun akhirnya Hadi diserang dengan mengatakan ia sebagai pandangan peribadi," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu lagi.

Maka tegasnya, sejak dari awal lagi PAS berpegang kepada kaedah untuk menggugurkan Khalid perlu melalui kaedah tertentu dan sekiranya beliau disabitkan dengan isu integriti.- 4/10/2014

Rakyat tidak lagi tertipu dengan ‘rasionalisasi subsidi’

Posted: 03 Oct 2014 06:59 PM PDT

Rakyat tidak lagi tertipu dengan 'rasionalisasi subsidi'
Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen semalam dan bersembunyi disebalik alasan rasionalisasi subsidi kononnya memperlihatkan betapa rasionalnya tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api tersebut. Namun, rakyat tidak lagi tertipu dengan penggunaan frasa 'rasionalisasi subsidi' yang digunakan pihak kerajaan kerana ia tidak pernah menunjukkan suatu tindakan yang rasional dengan mengurangi subsidi tersebut.
Saya merasa musykil dengan kenaikan harga bahan api yang dilakukan pihak kerajaan semalam sedangkan beberapa hari yang lalu, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) mengalami penurunan 4% susulan daripada penurunan sebanyak 3.3% pada awal minggu lepas. Trend penurunan harga minyak juga berlaku di beberapa negara yang lain.
Laporan daripada US Energy Information Administration menunjukkan Malaysia di antara negara pengeksport minyak terbesar di kalangan negara-negara dunia dan di Asia Tenggara. Malah, Malaysia juga adalah negara penyimpan minyak (oil reserve) yang keempat terbesar di Asia Pasifik dibelakang China, India dan Vietnam. Keadaan ini menunjukkan Malaysia sepatutnya tidak terlalu terkesan dengan perubahan harga minyak dunia. Ironinya, Malaysia sebagai pengeksport utama minyak (net oil exporter) dan penyimpan minyak (oil reserves) berbanding negara Thailand, Singapore dan Indonesia menyaksikan kenaikan harga minyak semalam.
Saya mengecam tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Dalam keadaan kos sara hidup rakyat hari ini yang semakin menghimpit, beban kewangan rakyat pula semakin bertambah. Apatah lagi dengan pengenalan kepada sistem pencukaian regresif dan bersikap meluas seperti GST yang sememangnya akan memberikan suatu bentuk tekanan kepada kehidupan rakyat di bawah. Tindakan mengurangkan subsidi bahan api ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk mengurangkan defisit dalam perbelanjaan negara di samping bebanan hutang kerajaan (government debt) yang semakin kronik. Persoalan saya, adakah ini sahaja cara bagi kerajaan berjimat?
Lebih menghairankan lagi, kerajaan memohon Penambahan Perbelanjaan (Supplementary Budget) setiap tahun. Walaupun sedar bebanan hutang awam yang ada sepatutnya menjadikan kerajaan lebih teliti dan cermat dalam pengurusan bajet. Namun, meskipun berlaku penambahan perbelanjaan, subsidi tetap juga dipotong pihak kerajaan.
Tambahan pula, subsidi kerajaan bukan hanya pada bahan api semata-mata, malah kerajaan juga memberikan subsidi kepada pihak lain seperti TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang berselindung disebalik nama insentif, geran dan sebagainya. TNB menunjukkan keuntungan berbilion ringgit, mengapa tidak dikurangkan subsidi ke atasnya jika pengurangan subsidi ini disifatkan sebagai suatu tindakan yang mustahak?
Jelas kenaikan harga minyak ini tidak menguntungkan rakyat sama sekali malah ia akan memberikan kesan berantai yang akan meningkatkan kadar inflasi dalam negara. Ditambah lagi dengan perlaksanaan GST yang turut akan memberi kesan kepada kenaikan inflasi kelak. Ini akan menyebabkan beban kewangan rakyat terus bertambah dan kerajaan terus memekakkan diri!
Realitinya pemborosan dan kegagalan kerajaan menguruskan kewangan dan fiskal negara telah memangsakan subsidi minyak rakyat yang dinikmati sekian lama. Sekiranya kerajaan berjaya menguruskan fiskal negara dengan baik pasti subsidi tersebut akan dapat terus dinikmati.
Saya menyeru kerajaan untuk mengembalikan hak rakyat untuk menikmati subsidi minyak. Renunglah firman Allah
وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ ﴾(النور: 33)
Maksudnya: "dan berikanlah kepada mereka daripada harta Allah yang Dia berikan kepada kamu" surah an-Nuur ayat 33.
Renunglah juga firman Allah
آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ
Maksudnya: "Berimanlah kamu dengan Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah daripada apa yang Allah jadikan kamu sebagai penjaga amanahnya"
Surah al-Hadid ayat 7
Jumaat 8 Zulhijjah 1435 H bersamaan 3 Oktober 2014
Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus. -HD

#Naik20Sen : Bukan Benci Kerajaan, Luah Pengguna Facebook

Posted: 03 Oct 2014 05:21 AM PDT


..KUALA LUMPUR: Topik kenaikan harga petrol RON95 dan diesel kini antara yang menjadi bualan hangat tidak kira di medium sosial mahupun kedai kopi.
Pelbagai reaksi dapat dilihat ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen yang diumum oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuat kuasa lewat tengah malam, 2 Oktober semalam.
Dengan ini, harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Ekoran itu, perasaan kesal, marah, terkejut serta tidak kurang yang mengeluarkan kata-kata kesat terus dilontarkan kepada barisan kepimpinan kerajaan terutamanya melalui media sosial.
Rata-rata dilihat mencemuh kerajaan dengan beranggapan bahawa kerajaan tidak seharusnya mengurangkan subsidi minyak dalam keadaan kos hidup yang semakin tinggi serta dengan harga bahan api dunia yang dilaporkan sedang menurun, baharu-baharu ini.
Bagaimanapun, disebalik cemuhan itu, luahan perasaan seorang pengguna sosial, Facebook, menggunakan nama, Zyra Zakaria disifatkan luahan tulus daripada seorang rakyat marhaen.
Status yang dimuat naik oleh beliau semalam kini mula menjadi viral dan disukai oleh rata-rata pengguna media sosial tersebut.
Berikut luahan hati Zyra Zakaria yang ditulis dilaman mikro miliknya:
"Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi.. Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Hanya 20 sen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki?
Ya.. Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si Sarjana Muda. Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
"Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda. Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka? Kalau itu sistem kehidupan. Aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan".
Pic:Facebook Zyra ZakariaPic:Facebook Zyra Zakaria
Namun, adakah luahan hati ini hanya akan tinggal luahan semata-mata tanpa ada sebarang perubahan dan tindakan yang bakal di ambil oleh pucuk pimpinan?
Segalanya mungkin akan terjawab dalam Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober nanti. 

Kedudukan Anwar di Selangor: Azmin perang mulut dengan Faekah lagi

Posted: 03 Oct 2014 12:30 AM PDT

Walaupun jawatannya kini hanya pembantu khas kepada ADUN Pelabuhan Klang, namun Faekah Husin tetap menjadi 'duri' pada Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Umum tahu, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu adalah orang paling kedepan 'pukul' Azmin and the gang dalam isu membabitkan bosnya.
Ini termasuk kenyataan terbaru Faekah yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dipecat dari jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Tidak puas hati dengan kenyataan Faekah, Azmin pada Jumaat mempersoalkan, SIAPA FEAKAH untuk mempersoalkan status kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi.
Menurut Azmin, kenyataan media yang dibuat Faekah mengenai Anwar tidak boleh diambil kira.
Azmin berkata, ini kerana, keputusan beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan menteri besar.
"Siapa Faekah? Dia siapa...tanya dialah.
"Saya (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim...bukan Faekah Husin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang diduduki Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi juga ditamatkan.
Faekah dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan khidmat Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat Penasihat Ekonomi berada di bawah MBI.
Jawatan terakhir Faekah dalam pentadbiran Abdul Khalid di Selangor adalah CEO MBI
Mesyuarat exco yang dipengerusikan Khalid bertindak demikian di hari terakhir beliau memegang jawatan MB sebelum diganti oleh Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Menurut kenyataan rasmi MBI ketika itu, tindakan menamatkan khidmat Anwar diambil setelah pelantikan beliau menimbulkan pelbagai tafsiran negatif kepada kerajaan negeri pimpinan Khalid selain untuk menjimatkan kos dan mengelak pertindihan kerja.

Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 setelah ibu pejabat PKR merasakan Khalid meminggirkan parti dalam keputusan-keputusan penting kerajaan negeri yang membabitkan kebajikan rakyat.-3/10/2014

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Isu minyak akan diguna si laknatullah untuk selamatkan diri dari Sungai Buloh

Posted: 03 Oct 2014 09:32 PM PDT


Tulisan Zulkifli Nordin berikut bagus direnung... 

Saya mengenali Anwar & pembangkang ini lebih 12 tahun. Saya duduk dlm inner circle dia dan insyallah boleh baca gerak fikir dia.

Anwar tahu 29 Okt dia akn naik landrover polis ke Sg Buloh. Dia sdg mencari2 isu utk menimbulkan kebencian rkyt trhdp PM & UMNO/BN dan dia sbg hero.

Dia dh sangkut sbb kesan perbalahan isu MB Sgor & PAS-DAP! Dia dh ada Krjn Sgor, dia dh ada dana berbillion, tp xde isu.

Tiba2 para penasihat & pakar strategi PM memberi dia talian hayat dgn isu kenaikan minyak.

Saya cukup yakin pmbkg akn mnggunakan semaksimum mgkn isu ini sbg built up kpd 29 Okt utk memburuk &; memperlekeh PM.

1. Mrk akan beri label - Black 29!

2. Anwar & pmbkg akan guna sidang Parlm mulai mnggu dpn utk hentam PM semaksimum mgkn. Nanti mrk akan spin Anwar pasti dipenjara utk menutup mulut dia memprjuangkn nsb rkyt yg dizalimi BN;

3. Mrk akn mula atur demo kecil2an mulai mnggu ini utk built up;

4. Hari PM bentang bajet, mrk akan atur demo dpn Parlm utk malukan PM;

5. Masa PM nak bentang bajet, MP pmbkg akn pasang kain rentang & placard kutuk PM. Mrk akan buat kecoh. Ini akn disiar di CNN, BBC, Aljazeera. TV Sgor akn pancarkn secara langsung melalui internet TV;

6. Akhbr SlangorKu akan disebar sebanyak mungkin di seluruh Masjid & surau serta tempat2 awam memainkan isu petrol ini, disamping Red Bean Army & para cybertroopers pmbkg akan serang PM habis2an;

7. Saya tidak akn trkejut kalau MP pmbkg stage walk out masa PM bentang bajet;

8. DUN Sgor dbawah MB baru akan panggil sidang khas DUN mengutuk & menolak kenaikan harga petrol ini;

9. Setelah proses pembencian ini berlaku, mrk akn atur demo besar2an pd hari Jmt 24 Okt atau Sabtu 25 Okt di Dataran Merdeka, kemudian bergerak ramai2 ke KLCC HQ Petronas; saya yakin dgn dana yg banyak mrk kuasai skrg mrk mampu membuat sit-in demo mgkn hingga hari bicara Anwar.

10. Pd 28-29 Okt, mrk akn buat demo besar2an dpn Istana Kehakiman Putrajaya memaksa Anwar dibebaskan.

Semua ini yang minggu lepas nampak mustahil sudah boleh menjadi realiti krn kesan kenaikan harga minyak ini!

Anwar sudah diberi nyawa baru!

Sebab itu pada saya para penasihat & pakar strategi keliling PM ini samada terlalu naif, atau na'uzubillh sbg pengkhianat kpd PM.

Saya tahu ada mrk dlm grup ini akan terasa & mungkin juge mencebik bibir & exit drpd grup ini. Itu saya tidak boleh halang. 

Ttp sbg org yg benar2 mengenali Anwar, saya tahu bagi Anwar 29 Okt inj ialah "do or die battle". Pada unur 67 tahun, kena penjara lagi 5 tahun adalah paku terakhir keranda politik dan impian dia nak jadi PM.

Kita sedang berdepan dgn harimau tua yang cedera menunggu maut. Tiba2 kita bagi daging mentah fresh dgn darah masih menitik2 utk dia lapah!

Pasti dia akan terkam semau mungkin. Saya cukup yakin dlm otak Anwar skrg, daripada aku mampus, baik ngkorang yg mampus.

Bagi TYT, YAB, anggota kabinet, YB2, ahli MT, para pakar strategi & penasihat PM, dgrlh peringatan saya ini. Jgn nanti kata tuan1 budiman tidak diberi peringatan.

Tuan2 budiman sudah saya beri peringatan. Allah menjadi saksi yg saya telah sampaikan!

Wallahua'lam!

Adios amigos!

Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Zulhijjah 1435
03 Okt 2014

Doakan Mat Sabu lebih utama, dari nahi mungkar pesta arak bagi Khalid Pasma

Posted: 03 Oct 2014 05:40 PM PDT


BANGI- Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak 'Oktoberfest' anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.
Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.


Baca sepenuh di AIDC SINI 

Nampaknya Khalid lebih risau Mat Sabu sakit denggi dari orang Islam minum arak.





Begitulah orang PASMA


Agenda reformasi PR hanya akan musnahkan pemikiran anak muda Islam. BAca AIDC SINI

Pudin, Jo Bedul balik ke UMNO ATAU game Azmin tendang mereka???

Posted: 03 Oct 2014 08:30 AM PDT


Satu gerakan sedang dilakukan untuk membawa masuk dua pemimin kanan PKR menyertai semula UMNO. Gerakan terancang ini akan dilakukan secara besar-besaran untuk melumpuhkan PKR dan memalukan Ketua Umum rentetan krisis di Selangor. Ia melibatkan seorang saudara kepada pemimpin kanan PKR dan di pihak PKR diketuai oleh rakan mantan Abimnya ... 

Baca MyMassa SINI

MESEJ YG SEDANG TERSEBAR DI KALANGAN PEMIMPIN2 PKR 》》》

Satu gerakan sdg dilakukan utk membawa masuk Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan sekumpulan ketua/ajk cabang ke dlm umno. Gerakan terancang ini akan dilakukan secara besar2an. 

Tujuan melumpuhkan PKR dan memalukan Ketua Umum rentetan krisis di Selangor. Di pihak umno gerakan ini diketuai oleh Shahlan Nasution Ismail (supol najib@abg saif). 

Di pihak PKR diketuai oleh Johari Abdul. Beberapa pegawai BTN menjadi org pengantara termasuk menyediakan habuan utk mereka. 

Saif dan Joe telah dijanjikan jawatan tertentu dlm BN. Kita berharap agar lembaga disipilin PKR dpt mengambil tindakan segera memecat mereka sebelum mereka melakukan pengkhianatan kpd parti. 

Mohon semua ahli forward mesej ini kpd ketua umum dan presiden utk memberi tekanan kpd mereka agar kes ini diberi perhatian segera.



Apa ke jadahnya shahlan nak deal. Umno tak hbs2 ke nak bagi ruang kpd pengkhianat ?!


P/S adakah ini game Azmin nak tendang Pudin Jerawat Batu dan Joe Bedul kluar PKR????

Takut pada TSKI, Anwar lepas dendam dengan arah Azmin TINDAS WARGA TUA???!!!

Posted: 03 Oct 2014 05:30 AM PDT


Bukankah Azmin hanya "robot remote control" oleh Anwar ....?

Faekah Husin dah panas apabila bossnya kena usik... Rakyat Selangor dah boleh beli Pop Corn dan air Coke, enjoy the movie yang dah bermula sejak semalam. Akan ada banyak lagi adegan adegan menarik dijangkakan selepas ini.



Petikan dari Utusan Online;


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan bank supaya membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar itu.

Arahan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu.
Seterusnya di MIK SINI.


Hairan ... baru beberapa hari lepas, Anwar umum Khalid akan disiasat dan Azmin pun bagai di 'remote control' disambut. Sebaik saja Khalid kata dia sedia disiasat SPRM, Anwar terus tarik brake dan betulkan kenyataan lalu terus terikut-ikut cara PAS untuk U Turn.

Agaknya Anwar takut bila melihat Khalid terlalu yakin. Dia sedar Khalid masih ada peluru-peluru dituju ke arah PKR dan ramai pemimpin-pemimpin yang tersalah tuduh Khalid.

Nampaknya Anwar takut nak lepaskan dendam terhadap Khalid lalu dia lepaskan dendam dengan menindas orang tua-tua. Lupa Anwar bahawa dia pun tua dan bakal lagi tua bila keluar penjara kelak.

Syed Ali, dia dah cermin dirinya sikit tu ....


Hehehe ... baca kenyataan Faekah sepenuh berikut: 

RABU, 1 OKT 2014

ARAH BEKU AKAUN SMUE BTR DAN P. KLANG: AZMIN MULAKAN KARIER DENGAN  LANGKAH SUMBANG


Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang mantan Menteri Besar, YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Arahan yang dikeluarkan  atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, YAB Mohamed Azmin Ali.

Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah DYMM Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Ternyata segala jasa-jasa YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim selama lebih enam tahun menerajui Negeri Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh  Menteri besar baharu.

YAB Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.  Budaya ini amat berbeza  di bawah pentadbiran YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai  budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi.

Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah  bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama  berputik dan semakin merebak  semenjak bermulanya 'Langkah Kajang'.

FAEKAH BT HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA
ADUN PELABUHAN KLANG

Sudahkah Idris Jala dan Omar Ong kira berapa UNDI NAJIB boleh dapat?

Posted: 03 Oct 2014 12:30 AM PDT


Unspinners terkejut membaca posting Gelagat anwar tentang Idris Jala. Kami memetik berikut:

Ikut sifir Idris Jala, 2019 kita ini akan bankrap. Ada GST ke tak ada GST. Bankrap.

Cina laknat Bario ini peduli apa dia bankrap. Duit dia waktu di Shell pun banyak lagi. Duit komisen menjahanam MAS pun tak habis makan. Idris Jala, kalau nak pindah Australia pun bila-bila dia boleh pergi. Confirmed lepas. Apa lagi Idris Jala nak buat selepas ini?

Dalam mesyuarat PEMANDU, Idris Jala kata:-

- WAJIB naikkan HARGA MINYAK setiap 6 Bulan. Wajib. Wajib Dengung. 
- WAJIB naikkan HARGA GAS MEMASAK sebanyak 20 % setiap tahun.
- WAJIB naikkan TARIF ELEKTRIK setiap 6 bulan. Wajib. 
- WAJIB naikkan TOL setiap 6 bulan
- WAJIB naikkan HARGA TEPUNG; RM0.20 setiap 6 bulan
- WAJIB naikkan HARGA GULA: RM0.20 setiap 6 bulan
- WAJIB naikkan HARGA MINYAK MASAK; 15 % untuk tahun pertama; 5 % untuk tahun-tahun berikutnya;


Idris Jala dah kira, kalau kita buat macam ini, Kerajaan akan JIMAT, RM103 bilion dalam masa 5 tahun. Sebelum PRU14, Kerajaan boleh bagi BR1M kepada setiap keluarga. Undi Najib akan kekal.


Sifir Idris Jala/PEMANDU/KHAZANAH/Jamaluddin Jarjis ini memang superb. Campur dengan keuntungan GST; rasanya GOMEN boleh kumpul banyak bilion.


Soalnya NAJIB boleh jadi PM lagi. Rakyat masih mahu Najib kah?

Petikan dari Gelagat Anwar SINI

----------------------------------

Rasionalisasi minyak ada asasnya untuk dilakukan tapi caranya yang buat ramai rakyat marah. Mungkin ada yang tidak peduli apa gomen buat masih akan dikritik tapi ada sebabnya. Adakah implikasi politik diambilkira????

Suatu mesej yang tersebar berbunyi berikut:


Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu ada Menteri Kabinet yang tidak tahu pun pasal keputusan menaikkan harga minyak pagi ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib terlalu mendengar kata-kata beberapa orang penasihat walaupun ada Menteri Kabinet yang membantah keputusan ini sudah berminggu minggu.

KSP dan beberapa penasihat dan NAJIB RAZAK inginkan kenaikan ini berlaku.

Bukan keputusan ini dibuat semalam. Sudah lama ia dibincangkan. Kita semua tahu atas keborosan kerajaan dan saya juga pernah banyak kali menegur beliau yang mentadbir negara ini seperti mentadbir sebuah syarikat yang inginkan keuntungan berganda.

Kerajaan memerlukan duit segera. Tambahan pula bajet akan diumumkan selepas ini.

Kononnya rakyat akan gembira lepas BR1M akan dinaikkan sehingga RM900 tahun hadapan.

Itu yang KSP fikir. KSP hanya tahu cash kena ada kat tangan kerajaan. Jadi cara paling cepat ialah subsidi ditarik.

KSP ni juga pernah jaga LHDN. Jadi mungkin terikut cara urus LHDN (untuk dapatkan cukai) dan perbendaharaan negara.                 

Mereka ini tidak boleh dikritik. Mereka akan kata pada zaman saya memerintah, harga minyak juga dinaikkan. Betul, saya juga naikkan harga minyak tapi pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat. Harga yang dinaikkan tidak melebihi sepuluh sen dan tidak setiap tahun.

Penarikan subsidi 20 sen ini adalah besar dan akan memberi kesan kepada rakyat. Kadar inflasi akan meningkat kerana kuasa beli rakyat semakin berkurangan malah hutang negara akan terus meningkat. Saya agak bimbang dengan keadaan ini dan tidak mustahil Malaysia bangkrap lebih awal. Rasanya wawasan 2020 yang diilhamkan oleh saya tidak akan menjadi realiti kerana 20 sen ini.

Saya perhatikan malam tadi beratus-ratus orang memenuhi stesen minyak dek kerana 20 sen ini. 20 sen ini besar kesannya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jangan pula nanti ada pemimpin yang menyindir kalau tidak suka harga minyak naik, sila keluar dari Malaysia. Kerana sindiran ini akan membuatkan kalangan rakyat yang cerdik pandai akan keluar berhijrah ke negara maju lain khususnya New Zealand dan Australia yang mengalu- galukan kalangan cerdik pandai ini untuk berkerja di negara mereka. Kesannya negara kita akan kehilangan sumber manusia dan kekal hanya sebagai sebuah negara membangun.
                                                                                     
Dan kesannya Barisan Nasional akan ditolak oleh rakyat pada pilihanraya nanti. Mungkin pada masa itu saya sudah tiada lagi di dunia ini.

-----------------------

Unspinners difahamkan Idris Jala memandai naikkan tiba-tiba tanpa bincang dengan Kabinet atau Menteri-Menteri besar diberitahu. Sensitiviti politik langsung tidak diambilkira.

Entah ... mungkinkah sebab Idris Jala tinggal beberapa bulan maka dia mudah dijadikan kambing hitam? Tapi dia memang memandai ---- suka komen luar bidang seperti isu kalimah allah, TPPA, Azmi Shahrom dlll ...

Pandai ke dia?

------------------------

Satu lagi komen:


Jika dulu ramai yang kata Dato Elis Nor penasihat PM patut letak jawatan kerana memberi nasihat yang tak berguna. Walaupun bukan keputusan dari Elis Nor beliau sanggup letak jawatan kerana tidak mahu YAB PM terus ditekan oleh golongan politikus sarkas dalam UMNO. Dato Elis Nor letak jawatan lepas PRU. Jadi sekarang ni siapa pula yang memberi nasihat kepada YAB PM?

Tanya Idris Jala, tanya Omar Ong. Kalau bukan mereka berdua ni yang menghuru harakan kerajaan dengan nasihat yang tak berguna ni siapa lagi? Dah lama dah mereka berdua memberikan nasihat yang tak berguna. Nasihat yang tak berapa membantu YAB PM.

Omar Ong & Idris Jala wajar dipecat dari terus menjadi penasihat kepada YAB PM. Politikus UMNO patut sedar yang Omar Ong dan Idris Jala ni dah lama bersarang di Pejabat Perdana Menteri merosakkan kepimpinan YAB PM dan Kerajaan.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


IDRIS JALA, MELANGKAH TIDAK MEMIJAK TANAH

Posted: 03 Oct 2014 05:36 AM PDT

DATUK SERI IDRIS JALA
Soalan pertama saya, apakah makna Malaysia? Adakah hanya sebuah persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak sahaja? 

Atau Malaysia itu ialah orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi?

Atau Malaysia itu mempunyai makna yang jauh lebih mendalam daripada sudut perlembagaan, jati diri, sejarah dan impian?

Di sinilah letaknya kelemahan agensi ekonomi negara seperti PEMANDU ketika melaksanakan ETP dan GTP, di mana CEOnya berusaha menjadi pelari marathon mengejar impian berpendapatan tinggi tetapi tidak peka kepada sejarah sosiopolitik dan sosioekonomi negara dengan mata sejarah.

CEO dan pasukannya kelihatan kesuntukan masa dalam merealisasikan program transformasi ekonomi negara, tetapi kelihatan CEOnya tidak menerapkan nilai kenegaraan (negarawanan) yang kukuh. Buktinya, rakyat marhaen, rakyat di kampung-kampung, rakyat pertengahan melihat pendekatannya membunuh kegembiraan hidup mereka. Janganlah bertanya kepada bisnesman kerana sudah tentu mereka suka dengan polisi-polisi yang memberi keuntungan kepada mereka.

Apabila kita mengurus ekonomi negara, anugerah pengurus ekonomi singkat terbaik sama ada di syarikat antarabangsa seperti Exxon atau Mobil, ataupun dalam negara seperti MAS tidak boleh digunapakai untuk mengurus ekonomi rakyat Malaysia yang berskala besar. Sudah pasti akan ada kecacatannya, terutama jika kita terlepas pandang sentimen rakyat jelata.

Tun Dr. Mahathir secara ringkasnya berkata lebih baik mengurangkan kos daripada memotong subsidi. Semasa di dalam MAS, dua langkah yang diperkenalkan oleh CEOnya ialah mengurangkan pekerja dan menjual bangunan MAS. Kalau itulah kehebatannya, semua orang boleh melakukannya dan kemudian meninggalkannya.

Dalam jangka masa panjang, langkah itu nampaknya tidak berguna pun. MAS tidak dapat menikmati keuntungan daripada polisi-polisi singkat. Kerugian 5 tahun tidak sepatutnya diselamatkan dalam 3 tahun, sebaliknya kerugian 5 tahun barangkali boleh diselesaikan dalam jangka masa 10 tahun. Isunya ialah pelan pemulihan tidak mungkin boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat!

Jika kita menggunapakai teori ekonomi Barat seperti Adam Smith, ianya sangat-sangat tidak sesuai dengan kondisi sosiopolitik negara kita. Anda tidak boleh mengejar sesebuah wawasan dengan sebuah pakej ekonomi berukuran 5 tahun ataupun 10 tahun. Rakyat akan merana dan kerajaan akan kehilangan sokongan (undi).

Tun Dr. Mahathir tidak menyebut dalam Wawasan 2020 bahawa rakyat Malaysia akan mencapai pendapatan setinggi USD15,000 setahun. Jika ianya hendak dicapai dengan berlari 3 langkah walhal kemampuan kita  hanya 1 langkah sahaja, ianya benar-benar idea gila dan menjerat diri sendiri! 

Sebab itulah, ketua pelari marathon ini tergesa-gesa dan melanggar apa sahaja di depannya, melanggar hukum ekonomi dunia, melanggar ketidakseragaman pendapatan rakyat, melanggar sistem sosial malah melanggar masa hadapan politik negara. Janganlah memandang remeh hal-hal yang kelihatan remeh, kerana di timur tengah dengan hanya satu 'tweet' sahaja menyebabkan berlakunya Arab Spring sehingga menjatuhkan ramai pemimpin mereka.

Kepada CEO ini, dia tidak akan berasa rugi apa-apa, kerana dia boleh pergi selepas selesai misinya, sama ada misi nasional mahupun misi peribadi. Yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata yang tidak mampu mengejar larian itu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden SBJ Indonesia, Lee Hsien Leong Singapura dan sebagainya tidak pun tergolong dalam 50 individu paling berpengaruh dalam dunia, kerana mereka tidak mencari anugerah peribadi, mereka semua mencari anugerah rakyat iaitu dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.

Polisi ekonomi yang lemah ialah polisi yang memberi kesan negatif kepada rakyat, merombak kehidupan aman mereka, merobek kesenangan harian mereka yang akhirnya menghasilkan kesan yang lebih buruk seperti rasuah dan kes-kes  jenayah yang lain.

Tiada siapa mahu melihat DS Najib jatuh dan dijatuhkan sama ada melalui politik atau ekonomi. Kita telah mempertahankan DS Najib dan kerajaan dengan cara yang sangat luar biasa. 

Kita mahu mempertahankan kerajaan sedia ada, tetapi mempertahankan dengan cara membiarkan kelemahan berleretan suatu ketidakadilan kepada DS Najib. Mengkritik dengan niat membetulkan keadaan lebih baik daripada berdiam diri.

Kalau begitu, wajarkah Datuk Seri Idris Jala meletak jawatan? Saya tidak boleh menjawab sms itu kepada mereka yang bertanya, kalau anda boleh memberi pandangan, saya akan terbitkan. Saya tidak percaya negara kita tidak mempunyai pakar ekonomi yang lebih sesuai dan berjiwa Malaysia yang sebenar. 

Terima kasih.

Sumber

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN

Posted: 03 Oct 2014 04:48 PM PDT

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah....
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.
Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.
Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".
Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.
Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.
Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.
Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.
Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.
Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.
Bertimbang taralah...
Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.
Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.
Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.