Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PENGURUS FELDA BELASAH IMAM CERITA DARI FACEBOOK DAN AKBAR HARAKAHDAILY ??

Posted: 02 Oct 2014 10:27 AM PDT


Peneroka Felda Lakum Lanchang merangkap tok imam masjid kene belasah dgn pengurus technoplant dlm kebun sendiri semasa nk mengeluarkn hasil..apa cerita ni..betul ka ?

 Kalau sapa yg tau kebenaran tolong bgtau..exkiss me
Nak tau cite mai dtg bkt damo ...koi tngu koi ade at bkt damo...bleh borak2 pnjang smbil ngeteh...te...
Apa guna fb bro..crita ja dlm ni..nk tutup semua fitnah..yg penting ambil yg jernih buang yg keruh..
[29/09 10:42 PM] SH5 Hj Isa: Saya dah kena langgar sempat mengelak cuma betis luka sikit. Yang langgar saya t u imam bkt damar? Jalal kenal tu..esok dengar pembohong hj shafie dalam sinar. Hasil sawit lot peneroka diurus oleh ftp hilang sejak april tapi x dpt kesan siapa yang curi,jadi isu dlm mesyuarat jkkr..pd 25 sept terserempak dgn imam sdg punggah lot tersebut,berlaku tikam lidah antara saya dgn dia,dia hilang sabar lalu cabut parang panjang disisi motor dan cuba melibas saya,saya sempat memaut leher dia tujuan utk mempertahan diri dan driver dan penyelia rampas parang dari tanganya dan buang parang panjang tersebut jauh jauh. Imam guna geng,saya tinggalkan imam kuatir ada yg hilang sabar lagi..tapi dlm perjalanan balik kaki pukul hj shafie seramai 3 orang halang kembara saya.saya turun dari kembara,salah seorang kaki pukul hj shafie marah saya dgn suara yang tinggi mengapa pukul imam saya(hj shafie call mereka)saya jawab saya cuma mempertahankan diri sebab dia nak libas saya dgn parang panjang..tiba2 haji shafie memecut motor laju dari arah belakang dan melanggar saya,mujur sempat mengelak cuma betis kanan luka.kemudian haji shafie terbabas dan jatuh tertiarap atas motor sendiri.dia bangun dan arah kaki pukul dia pukul saya.
 Imam curi buah ker? Kuikui... klu nk kata pngrus pukul imam org bkit dmar pn x cayo... smua org tau sapo imam... kuikui...
 Kata nya imam pajak ldg ni. Tp tuan punya ldg dah meninggal. Jd waris tak bg imam dah ambil hasil
Dari segi hukum pajak kebun ni mcm mna ye?
 He2. yg jd staff x bijak yg jd mangsa pula x sabar. dlm isu ni mcm x ada undang2 yg ada.
k terbaik..ambik ikhtibar..yg selebihnya selesai cara elok supaya x jd barah dlm felda..win2..
Kalau guna budibahasa mungkin hj shafie tak hilng sabar..
Pajak2 slow sikit sebut... terasa FGV nnti
Dari segi hukum macam mana Pemburu Bayang pajak ni? Tanah pajakan 99 tahun pula dikira macam mana hukumnya.. ladang plantation dipajakkan ke fgv macam mana pula hukumnya?
Hasil keuntungan pajakan ladang kepada fgv diagihkan kepada peneroka nak dikira bagaimana pula...

Betul atau fitnah??.. kalau betul dah jadi mengumpat..kalau tak betul dah jadi fitnah..dua2 perkara ru menyebabkan berdosa...ada berani ?????
Mungkin kedua2 belah ada kesilapan masing2..eloklah berdamai..imam ngan pengurus orang kuat rancangan..( kes ni bukan pengurus FTP )
Pgurus dh nk pencen dh pun... tnya pak imam la tu la HH sbb dia yg pajak ladang peneroka... hehe...
len kali ambil video dan gambar...gi umah tok imam tu interview...baru post....baru lah gempak
Yg mana betul..imam ke pengurus tekno
Pngrus felda.... hj isa namanya...
Hehehe..bila kena ke pengurus..pandai pulak kira dosa pahala..

Yg atas tu kata pengurus tecno..
Bukan pengerusi felda.. tu yg bercanggah.. mungkin kot tak boto dah tak taulh.. sbb post diateh tu nk tanyo boto ko..
tnoplant pengurusan ladang yg bersama felda felda pengurusan drancangan felda kedua2 memantau pengeluaran hasil
Kes ni melibatkan pngurus felda bukan pngurus technoplant..
Maaf ckp..tpt sy penah jd tp xda touch body..bukan kehendak pengurus tp kena cucuk hidung dgn org kepentingan d felda sy..last skali pengurus kena tukar..paham2 sudah la..x dgr radio karat..

tuan haji isa memang nak tukar tapi kami tak nak dia tukar kami masih lagi memerlukan perhidmatan n bimbingan beliau lagi



Dibawah ini pula cerita dari akbar harakahdaily

KESAL KES PUKUL BEKAS QARI KEBANGSAAN
Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan melahirkan rasa kesal di atas tindakan kekerasan oleh pihak pengurusan Felda Lakum terhadap imam masjid Ustaz Shafii Lebai Hanafiah yang dipukul beramai-ramai di ladangnya di sini.
Katanya, tidak sepatutnya seorang pengurus atau kakitangan Felda menyelesaikan masalah dengan bertindak melulu menggunakan kekerasan apa lagi imam berkenaan mengambil hasil tanaman di atas tanahnya yang sah.
Serentak dengan itu beliau mencadangkan supaya Shafii mengambil tindakan mahkamah sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

"Setelah saya melihat kepada semua dokumen dan fail-fail yang ditunjukkan, saya yakin kes ini berpihak kepada kepada tuan imam kerana tidak melakukan kesalahan, jadi kenapa dihalang dan dipukul? Jadi saya cadang dibawa kes ini ke mahkamah supaya lepas ini tidak timbul masalah lagi.
"Jika tidak, akan datang akan timbul lagi isu-isu lain pula. Jadi kes kekasaran ke atas tuan imam ini mestilah dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika melawat Shafii di rumahnya.
Shafii ialah Qari kebangsaan pada tahun 2006 pada Majlis Tilawah al-Quran dan mendapat tempat ketiga peringkat antarabangsa pada tahun yang sama.
Beliau yang juga guru al-Quran, pernah mewakili negeri Pahang sebanyak 8 kali di majlis tilawah tersebut.
Dalam kejadian Khamis minggu lalu, Shafii mendakwa beliau telah dipukul beramai-ramai di ladangnya di lot 8053 Felda Lakum, Lanchang. Tanah tersebut telah dibeli daripada seorang peneroka bernama Yusof (telah meninggal dunia) yang merayu untuk menjualnya kepada Shafii kerana tidak ada anak pada tahun 2003.

Bagaimanapun, Shafii hanya mengusahakan pengeluarannya bermula 2013, apabila semua proses mahkamah selesai. Bagaimanapun, Felda telah mengeluarkan dokumen bahawa beliau 'mencuri' buah sawit di ladangnya itu.
Menceritakan kejadian kekasaran yang berlaku, Shafii berkata mula masuk ke ladang jam 8 pagi melihat pekerja memotong buah sawit di tanahnya yang dibelinya dari arwah Yusof, peneroka di Felda yang sama. Kemudiannya pukul 10 sawit tersebut dimasukkan ke dalam lori untuk dipunggah ke kilang.
Kira-kira pukul 10.30 pagi penyelia ladang Felda Technoplant datang dan kejadian pertengkaran dan kekasaran berlaku jam 11 pagi apabila pengurus dipanggil datang.
"Pada mulanya penyelia itu kata tak boleh ambil buah sawit di ladang yang saya beli itu. Saya kata saya dah tanya hakim mahkamah, tanah ini saya dah bayar habis, dah sah milik saya jadi saya boleh ambil hasillah di tanah saya.
"Tak lama kemudian pengurus technoplant tiba. Bila dia sampai saya pun hidupkan motosikal untuk beredar balik. Ketika itu dia menjerit ke arah saya bertanya mana geran (sebagai bukti tanah itu milik saya).
"Saya jawap geran ada di rumah, takkan nak bawa ke ladang. Setelah seketika bertengkar saya diterkam dan dipegang oleh penyelia dan drebar. Kemudian lima buah motosikal lagi datang mengugut saya dan menghalang tak bagi balik. Saya pecut motor nak lari balik dan merempuh sehingga sama-sama jatuh," ceritanya.
Shafii berkata, selepas itu beliau menerima rawatan bengkak-bengkak di klinik akibat jatuh dan dipijak-pijak dan turut membuat laporan polis.
Shafii berkata, beliau membeli tanah berkenaan pada tahun 2003 dan telah diselesaikan bayaran mengikut undang-undang, jadi tidak sebab Felda mengaku tanah tersebut milik mereka.

Beliau juga tidak menolak kekasaran terhadapnya mungkin juga akibat dendam berdasarkan fitnah-fitnah terhadapnya oleh pihak tertentu.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Marah Gomen pun ... harap ambilkira kata2 Nabi tentang kenaikkan harga barang

Posted: 02 Oct 2014 10:32 PM PDT


Sedikit perkongsian dan pengetahuan
 

Apa Yang Nabi saw Buat Apabila Ada Orang Mengadu Harga Barang Mahal?

Hadis ini menunjukkan ketika zaman Rasulullah saw juga berlaku kenaikan harga barang-barang.

Anas bin Malik berkata:

"Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami".

Jawab Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta".

(Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

1. Hadis ini menunjukkan harga "tinggi" atau "mahal" tidak menjadi kesalahan dalam Islam. Sekiranya wujud arahan mengehadkan harga dan untung dalam Islam sudah pasti Nabi Muhammad melakukannya sama seperti melarang umat Islam meminum arak, mengambil riba dan berzina.

2. Nabi saw juga tidak membuat kawalan harga dalam pasaran.

3. Nabi saw juga menyebut harga & keuntungan bisnes merupakan sesuatu yang berada dalam kekuasaan Allah dan adat dalam bisnes ada masa rugi dan ada masa untung.

4. Prinsip ini terpakai dalam semua jenis bisnes, sama ada dalam operasi perbankan Islam, menjual barangan asasi mahupun sebiji karipap

Jgn risau2...rezki Allah dah sukat cukup2 keperluan kita sampai Malaikat Maut dtg menjemput.

P/S terpulang kepada anda untuk mengambilkira. Ketika Zaman rasulullah pun harga barang naik.

Penjelasan rasionalisasi tak memuaskan? Beri FEEDBACK dan cadangan anda

Posted: 02 Oct 2014 05:25 PM PDT


Dato Ahmad Maslan memberi penerangan berikut:


Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.


1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

--------------------------------------

Dato Hasan Malek memberi penjelasan berikut:


PENERANGAN MENGENAI ISU RASIONALISASI SUBSIDI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi baru-baru ini. 


1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni? 

Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?

Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk.

Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana? 

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan.

Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar.

Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakkan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun.

Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi.

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macamana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini.

YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavalli pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal.

Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?


Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.

8. Kesan terhadap harga barangan? 

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan cost past through yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihanraya ke? 

Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular.

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran.

Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negarac.

Dpd :
Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 


-------------------------------

Adakah anda puashati? Jika tidak, dimana dan dalam aspek apa yang anda kurang puashati?

Berdasarkan masaalah yang kerajaan hadapai, adakah anda punya pandangan cadangan yang lebih baik untuk kerajaan patut lakukan?

Paling penting, adakah cara yang lebih baik untuk selesaikan defisit perbelanjaan dan keterlaluan banyak bajet subsidi negara?

Suarakan pandangan anda dengan jelas. Terima kasih.

DAP justification to demolish Kg Siam exposed as a lie

Posted: 02 Oct 2014 07:30 AM PDT


GEORGE TOWN: Penang Gerakan challenged DAP's Pulau Tikus assemblywoman Yap Soo Huey today to show proof that the Siamese-Burmese village was re-zoned from cultural to commercial land in 1996.

Penang Gerakan secretary Oh Tong Keong said he had documents to prove that the 169-year-old village was not re-zoned in 1996. Oh wants Yap to produce documents to prove her claims that the village had been re-zoned in 1996.

"We have evidence to prove that she had misrepresented the facts and is not sincere on the issue."

"But the onus is on her to produce evidence first since she started to point fingers at us," said Oh at a press conference here today. On Monday, Oh gave Yap a 24-hour ultimatum to tell the truth about the Siamese village land conversion.

Last week, Yap claimed that the village land was converted from a cultural zone to a commercial zone in 1996 under the previous Barisan Nasional administration. She had demanded that Gerakan, then the ruling party, explain the conversion.

Read on in FMT HERE

Ong Kian Meng pula reka cerita tentang logi sisa

Posted: 02 Oct 2014 05:35 AM PDT



Pada 24 September 2014, Ahli Parlimen Serdang YB Ong Kian Ming telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa saya untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender berkenaan cadangan pembinaan sebuah loji sisa kepada tenaga (WtE) di Kepong.

Menurut YB Ong Kian Ming, sekiranya saya gagal berbuat demikian, saya akan dianggap sebagai 'penipu' kerana beliau mendakwa saya telah berjanji untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender itu ke pengetahuan umum.

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak pernah berjanji di Dewan Rakyat mahupun kepada YB Ong Kian Ming sendiri. Untuk memperkukuhkan kenyataan saya ini, saya menyiarkan semula salinan-salinan Hansard terbabit....

Baca di Mat Kilau Pulai Pinang SINI

DAP tak bina rumah rakyat dan robohkan rumah rakyat TAPI fitnah pusat tak tolong

Posted: 02 Oct 2014 02:30 AM PDT


Pengerusi UMNO Pulau Pinang telah membidas kerajaan DAP Pulau Pinang apabila mereka mendakwa peratusan kelulusan projek-projek TP1M untuk Negeri Pulau Pinang terlalu kecil berbanding jumlah permohonan yang dibuat. 

Realitinya, jumlah peruntukan yang diluluskan KPKT di bawah skim TP1M untuk Negeri Pulau Pinang adalah lebih daripada 18% dari jumlah keseluruhan peruntukan RM 40 juta untuk seluruh negara. 

Dan tidak adil untuk meminta peruntukan lebih besar bagi Pulau Pinang dan menafikan hak negeri-negeri lain di Malaysuia untuk mendapat peruntukan dari TP1M.

Inilah masaalahnya apabila kerajaan negeri dilihat hanya memikirkan diri mereka sahaja tanpa mahu memikirkan hak negeri-negeri lain di negara ini. Sikap ini mengingatkan kita kepada tindakan Lim Guan Eng DAP yang didakwa memburuk-burukkan negeri Johor di Singapura sebelum ini.

Baca seterusnya di MiM SINI

Kenapa hak rakyat dinafikan.. sudahlah sejak memerintah perumahan rumah pangsa tidak dibaik pulih oleh kerajaan negeri.Apabila kerajaan pusat mengeluarkan bantuan difitnah pula..
image

Apa masaalahnya hingga regim Dap fitnah kerajaan pusat BN mahu bantu rakyat? Mana perginya wang kerajaan negeri yang kononnya surplus setiap tahun ?

Wang kerajaan negeri tidak digunakan untuk kepentingan rakyat sebaliknya membazir contohnya membayar gengster PPS jutaan ringgit..cuba perhatikan seluruh Pulau Pinang.. lanskap tidak dijaga..jalan berlubang dan tidak diturap..

Pulau Pinang ditadbir seperti sebuah syarikat..ingatlah wang kerajaan negeri yang tidak dibelanjakan untuk infra prasarana rakyat bukti regim Dap sebagai kerajaan yang tidak amanah dan culas!

Baca Pisau SINI

Dalam kedua-dua link ada tersenarai panjang projek-projek kerajaan pusat untuk bantu perumahan rakyat. apa kerajaan negeri buat?

Bak kata Dato Chua Soi Lek suatu masa, DAP tidak pernah buat sebiji pun rumah mampu milik untuk bantu perumahan rakyat!!!

DAP usah sibuk hal UMNO Sabah disiplinkan pemimpin taik judi ...

Posted: 01 Oct 2014 11:30 PM PDT


..... pemilihan CEC DAP pun menipu dua kali

Di atas adalah gambar Kelab Venetian di Jalan Lintas, Kota Kinabalu. Di dalamnya ada pelbagai kemudahan riadah untuk ahli-ahli seperti restaurant, gym, sauna, bar karaoke dan termasuk permainan slot machine.

Menurut satu email yang diterima, di sini adalah antara tempat di mana Ketua Bahagian Persiangan, Dato Ghani Yassin mengumpulkan hutang berjuta-juta ringgit. email tersebut berbunyi berikut:


Saudara Unspinners

Saya membaca posting blog anda berjodol Kaki judi 'slot machine' dan perasuah tiada kredibiliti nak jatuhkan Musa Aman hari ini. Ada pembetulan dan lain-lain maklumat saya ingin kongsi.

Kawan saya bekerja di Kelab Venetian di Jalan Lintas Kota Kinabalu. Dia pernah menceritakan tentang Dato Ghani yang merupakan pelanggan iasa di situ. Ketagihannya bermain slot machine bukan setakat rugi hingga RM30 ribu semalam tapi boleh kalah semalaman sampai RM300 ribu. 

Dia bermain slot machine dari petang hingga ke pagi esok hari. Begitu juga dengan ramai taik-taik judi dikalangan sesetngah pemimpin UMNO Sabah yang merupakan antara 8 nama yang mahu memberontak menentang Ketua Menteri.

Saya ada juga diberitahu rakan-rakan dalam UMNO sabah bahawa Ketua Bahagian UMNO Penampang, John Ambrose begitu ketagihan main slot hingga tidak boleh tinggalkan mesin judi untuk jalankan mesyuarat.

Mesyuarat UMNO Penampang dikatakan telah dipindahkan ke Kelab Judi Slot seperti Venetian sebab John Ambrose tak boleh berenggang dari slot machine.

Jika ada pihak penguatkuasa seperti SPRM atau lain-lain pihak mahu siasat, hanya minta saja video keselamatan di kelab-kelab sedemikian dan nampaklah Ghani dan lain-lain Ketua Bahagian UMNO yang taik judi ini. Pasti rekod hutang mereka pun ada pada kelab-kelab ini.

Harap Dato Musa Aman usah ditakutkan dengan ugutan konspirasi mereka ini dan terus bersihkan kerajaan dari anasir sedemikian. 

Scott Guntingan

------------------------

Eloklah pihak kerajaan negeri ambil tindakan yang patut untuk bersihkan nama baik UMNO dari pemimpin sedemikian. DAP tak usahlah nak kecuhkan tentang komen Dato Jumat di SINI.

Rasuah Lim Guan Eng dan Developer-Developer hingga menghalau rakyat jelata pun DAP tak diambil peduli dan berdiam saja. Tambah lagi, penipuan CEC DAP mereka boleh pertahankan dan mahu saman pihak penguatkuasa.

DAP sendiri tiada rasa bersalah melakukan rasuah dan salahguna kuasa untuk menipu ahli biasa mereka.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


POLIS : Jangan sertai protes harga minyak esok - SABTU 4 PTG DATARAN MERDEKA

Posted: 02 Oct 2014 09:49 PM PDT

Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.
"Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan.
"Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas dan kita juga pantau perkara  ini dari masa ke semasa,"katanya-3/10/2014

Dahlan Zainuddin Kekok Dengan Gelaran Datuk Yang Diterima

Posted: 02 Oct 2014 07:53 PM PDT


..
Penyanyi era 70-an, Dahlan Zainuddin bersyukur kerana dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Beliau yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) adalah antara 180 penerima darjah kebesaran.
"Boleh dikatakan kawan seperjuangan saya yang lain sudah menerima pangkat ini. Biar saya menerimanya lambat, saya tetap bersyukur. Terima kasih kepada yang memberi dan mengingati saya," katanya.
Mengakui kekok dengan gelaran itu, beliau tidak kisah jika ada yang memanggilnya dengan panggilan nama seharian.
"Kalau ada yang panggil saya abang, pakcik, atau Del, Lah mahupun Dahlan sekalipun saya ok. Tetapi saya terima gelaran Datuk ini dengan hati yang lapang. Pemberian pangkat ini sebagai ganjaran di atas apa yang saya lakukan selama ini di arena seni," katanya.
Dahlan mula menyanyi pada 1969 tetapi mula menyerlah pada 1975 selepas memenangi Juara Bintang RTM.
Pada usianya kini, beliau masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menyanyi.

Isu Minyak: Penerima Sanggup BR1M Dihapuskan

Posted: 02 Oct 2014 07:01 PM PDT

Gambar hiasanGambar hiasanKEMAMAN – Kebanyakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah ini lebih sanggup bantuan tersebut dihentikan, berbanding harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan kerana kenaikan bahan api itu meningkatkan lagi kos sara hidup.
Adnan Mohamad, 45, berkata, kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan, seterusnya menjadikan perbelanjaan harian termasuk keperluan dapur setiap keluarga meningkat.
"Sebagai penerima BR1M, saya akui bantuan ini sangat berguna, namun kalau berjimat sekalipun, bantuan ini bertahan beberapa bulan sahaja.
"Sedangkan kenaikan harga bahan bakar ini pula beri kesan secara menyeluruh, bahkan kalau nilai BR1M dinaikkan lagi sebanyak RM300 seperti diumumkan baru-baru ini, ia tetap tidak setimpal sebab rakyat perlu berhadapan dengan harga barang dan perkhidmatan yang lebih mahal berbanding sebelum ini," katanya.
Justeru, kata Adnan, jika diberi pilihan, dia lebih sanggup tidak menerima BR1M asalkan kerajaan tidak mengurangkan subsidi bahan bakar itu.
Menurut Mohd Zainal Ramli, 39, pula, langkah kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel di saat umat Islam bakal menyambut Aidiladha beberapa hari sahaja lagi, menunjukkan kerajaan tidak bertimbang rasa.
"Apa gunanya kerajaan laungkan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kalau tindakan diambil langsung tidak selari umpama cakap tak serupa bikin? Rakyat marhaen mohon pimpinan negara turun sendiri ke peringkat bawah dan cuba hidup sebagai 'orang biasa' selama sehari.
"Hapuskanlah BR1M kalau begini cara kerajaan ambil semula bantuan ditabur itu. Saya penyokong Umno dan BN, tapi sangat kecewa dengan tindakan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen ini kerana kerajaan mempunyai pilihan lain, selain daripada kurangkan subsidi bahan bakar ini," katanya.
Bagaimanapun, seorang penerima BR1M, Che Wan Zawawi Che Wan Jusoh, 49, tidak bersetuju bantuan itu dihentikan, sebaliknya dia menyarankan agar kerajaan mengurangkan subsidi barang kawalan lain.


--Sinar Harian

Harga Barang Naik..'Kerajaan Sayang Rakyat!' - Ustaz Azhar Idrus [video inside]

Posted: 02 Oct 2014 04:34 AM PDT

Rocker penyamun

Posted: 02 Oct 2014 03:10 AM PDT

Oleh Ibrahim Isa
Muar: Vokalis kumpulan rock terkenal era 90-an yang pernah ditahan atas kesalahan jenayah sebelum ini, sekali lagi ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Muar Lama di sini, Isnin lalu.
Kali ini, penyanyi berusia 40-an itu ditahan bersama lima lelaki lain dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 53 tahun di rumah yang dipercayai dijadikan stor menyimpan pelbagai barangan curi.
Ketua Polis daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pada mulanya pihaknya menerima maklumat rumah itu dijadikan markas pengedaran dan melepaskan ketagihan dadah menyebabkan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melakukan risikan.

"Pemeriksaan dalam serbuan pada jam 12 tengah hari membawa kepada penemuan 0.75 gram heroin di dalam rumah itu," katanya pada sidang media di IPD Muar.
Foto
AZMAN (dua dari kiri) menunjukkan barangan dirampas.

Minyak dunia turun, apa lagi alasan kerajaan? – Mahfuz

Posted: 02 Oct 2014 12:21 AM PDT

mahfuz-omar2-aug2KUALA LUMPUR 2 OKT: PAS kesal dengan tindakan kerajaan BN menaikkan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen bermula hari ini sedangkan harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan mendadak.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan BN sebelum ini sering memberi alasan harga minyak dunia naik sebagai punca harga minyak Malaysia juga terpaksa dinaikkan.
"Namun dalam keadaan minyak dunia turun hari ini, apa pula alasan kerajaan. Atas pertimbangan apa harga petrol dinaikkan hari ini," soal beliau dipetik Harakahdaily.
Harga minyak dunia semalam pada USD90.73 setong, iaitu jatuh mendadak berbanding harga pada bulan Julai iaitu USD103 setong. Menurut Mahfuz, dengan penurunan harga minyak dunia, pengguna seluruh dunia sepatutnya menerima berita gembira.
Namun sebaliknya kata beliau, rakyat Malaysia terus menerus menerima berita buruk yang menghimpit kehidupan mereka. Beliau juga mempersoal kenapa diesel di Malaysia (Euro 2) yang tidak mencapai standard antarabangsa (Euro 5), dijual dengan harga mahal.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu kerajaan memberi penjelasan, apa punca sebenar kekalutan ini berlaku, sehingga rakyat terus menerus dibebankan.
"Adakah negara sedang mengalami masalah kewangan yang teruk," soal beliau lagi.
Beliau juga yakin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan  Bajet 2015 yang akan dibentang bulan ini untuk memujuk rakyat.
Katanya, Najib akan terus mengumpan rakyat dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bonus, supaya rakyat lupa segala kenaikan yang berlaku.
"BR1M dan bonus, setahun sekali. Tapi harga barang naik tiap-tiap hari," ujar beliau.
Beliau turut mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa harga barang akan naik 1.8 peratus bila laksana GST tahun hadapan.
Katanya, dengan kenaikan harga petrol hari ini, harga barang terus akan naik, dan jika ditambah dengan kenaikan selepas GST, maka rakyat bakal menerima kenaikan berganda.
"Rakyat perlu celik politik. Kerajaan sedang buli rakyat termasuk kepada yang setia kepada mereka. Ahamd Mazlan kata kerajaan tampung belanja rakyat tiga bulan. Tapi sekarang apa lagi yang tinggal. Semuanya bohong belaka," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63191

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kenapa dan Mengapa Rasionalisasi Subsidi Untuk Rakyat Malaysia.

Posted: 02 Oct 2014 06:40 PM PDT

PENERANGAN MENGENAI ISU RASIONALISASI SUBSIDI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi baru-baru ini. 


1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni? 

Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel. 

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?

Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk.

Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini. 

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana? 

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan.

Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar.

Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan. 

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakkan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun.

Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi. 

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macamana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini.

YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan. 

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavalli pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal.

Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan. 

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?


Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800. 

8. Kesan terhadap harga barangan? 

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan cost past through yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan. 

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihanraya ke? 

Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular. 

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran.

Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negarac.

Pejabat Menteri 
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 

*Zaman dulu harga minyak murah, kereta tak sebanyak sekarang, setahun RM2 billion untuk subsidi. Sekarang ni, kos subsidi sebulan dah sampai RM2billion.


JOM KITA JADI CERDIK SIKIT DENGAN BELAJAQ ILMU EKONOMI.

Posted: 02 Oct 2014 05:45 PM PDT


Di ceruk negara dunia manapun, bila harga bahan api naik, kebiasaanya bahan-bahan mentah lain juga turut naik.

Ia adalah perkara biasa dalam mana-mana sistem perekonomian dunia.

Harga barang tak mungkin akan naik dan pengguna akan masih menikmati harga yang rendah sekiranya sesebuah kerajaan menyekat kenaikan harga tersebut dengan menyuntik subsidi wang.

Dengan kata yang lain harga sesebuah produk itu dibeli sebahagian harganya oleh wang subsidi itu oleh dana kerajaan, manakala selebihnya ditentukan oleh mekanisme pasaran.

Katakan harga satu produk RM1.00, dana subsidi diberikan 50% maka harga akan turun menjadi RM0.50 sahaja. Kerajaan telah menampung subsidi RM0.50. 

Namun harga tersebut akan berubah menjadi lebih tinggi apabila melalui rantaian atau proses penjualan dari satu peringkat ke satu peringkat. Ini dinamakan spekulasi dan manipulasi harga. 

Ia dilakukan oleh para peniaga untuk mengaut keuntungan bagi menampung kos operasi mereka. 

Namun ada juga segelintir peniaga sengaja meletakkan harga yang tinggi untuk tujuan-tujuan negatif yang lain seperti mensabotaj ekonomi.

Harga juga boleh berubah menjadi lebih tinggi dari sepatutnya apabila para peniaga sengaja sembunyikan produk untuk demand harga yang lebih tinggi. 

Mereka boleh gunakan produk yang sepatutnya untuk kegunaan rakyat negara ini dengan menyeludup keluar ke negara asing yang menawarkan harga yang lebih tinggi.  

Namun harga sesuatu produk tidak boleh berubah jika kerajaan tegas menetapkan harga kawalan atau harga siling yang menyekat kenaikkan harga melebihi apa yang ditetapkan.  

Itulah mekanisme pasaran bebas.

Selama ini harga minyak kekal pun ada peniaga sengaja menaikkan harga barang. Apatah lagi bila harga bahan api naik mereka turut akan menaikkan harga barang. 

Jangan harap mereka akan turunkan harga barang jika harga minyak turun walaupun kerajaan berikan banyak insentif atau kempen turun harga barang.   

Kalau mereka turunkan harga, itupun kadangkala setelah diberikan beberapa insentif oleh kerajaan seperti pengecualian cukai, suntikan modal perniagaan atau kerana tanggungjawab sosial korporat (CSR). 

Tak apalah asalkan harga rendah dan rakyat suka.

Ok mari kita lihat bagaimana mekanisme harga ditentukan oleh tangan-tangan peniaga di semua peringkat dan proses pengeluaran.


Harga ikan contohnya. Proses penjualan bermula sejak di atas kapal nelayan sendiri sebelum berlabuh di jeti. Tu belum masuk lagi kes ada segelintir nelayan yang jual di tengah-tengah laut.

Setiap proses aktiviti macam foto di atas harga akan akan mark-up (ditambah-tambah). Akhirnya dari RM 4.00 sekilo jenis spesis ikan kembung, sardin, pelaling dan seumpamanya akan menjadi mahal apabila tiba di kedai runcit dan restoran.

Namun rakyat kata ia salah kerajaan juga kerana naikkan harga ikan, walhal peniaga yang menetapkan harga di setiap peringkat penjualan.

Kalau sesapa yang nak murah, maka bolehlah pergi sendiri beli ikan di jeti atau bela, pancing, jala dan pukat ikan sendiri.

Harga ayam pun macam tu juga. Kalau nak murah elok kita jadikan belakang rumah kita sebagai ladang ternak atau bina reban sendiri. 

Kita tak boleh halang rakyat dari makan ayam jika harga ayam mahal.


Sayur pun macam tu juga. Apa kata kalau nak harga murah kita jadikan laman rumah, balkoni atau belakang rumah kita sebagai kebun sayur. 

Cara penanaman hidroponik juga mudah diusahakan. Cara paling senang tanam pokok tougeh, 2 ke 3 hari dapat hasilnya...


Harga daging lembu juga ditentukan oleh mekanisme harga bebas dan jenis daging yang kita kehendaki. Harga perut berbeza dengan harga tulang. 

Harga daging batang pinang tak sama dengan harga daging cincang. 

Harga daging import tak sama dengan harga daging tempatan. Harga rendang daging tak sama dengan harga daging stek.

So apa kata kita buat sistem pawah lembu beli dan bela lembu dari kecil dah cukup dua tiga tahun boleh sembelih dan buat stok setahun dalam freezer.


Akhir sekali, kalau harga minyak mahal apa kata kita pakat-pakat naik bot pergi ke tengah-tengah laut dan cari gali minyak sendiri. Mungkin kita akan dapat banyak minyak di dasar lautan itu. 

Tak pun apa kata kita lebih kreatif gunakan minyak masak terpakai ke, air hujan ke atau solar ke untuk dijadikan bahan bakar kenderaan kita. Energy Efficient Vehicle (EEV) tu... 

DUA PEMIMPIN KANAN PKR BERTIUP KENCANG MENYEBERANG KE UMNO

Posted: 02 Oct 2014 09:37 AM PDT

Gambar Hiasan
Satu gerakan sedang dilakukan untuk membawa masuk dua pemimin kanan PKR menyertai semula UMNO. Gerakan terancang ini akan dilakukan secara besar-besaran.

Tujuannya untuk melumpuhkan PKR dan memalukan Ketua Umum rentetan krisis di Selangor. Di pihak UMNO gerakan ini diketuai oleh seorang saudara kepada pemimpin kanan PKR itu. Di pihak PKR diketuai oleh rakan mantan seAbimnya itu. 

Dakwaan dalam sms itu lagi, beberapa pegawai sebuah agensi menjadi orang pengantara termasuk menyediakan habuan untuk mereka. 

Dua orang pemimpin kanan PKR telah dijanjikan jawatan tertentu dlm BN. Kita berharap agar lembaga disipilin PKR dpt mengambil tindakan segera memecat mereka sebelum mereka melakukan pengkhianatan kpd parti. 

Mohon semua ahli forward mesej ini kepada Ketua Umum dan Presiden untuk memberi tekanan kepada mereka agar kes ini diberi perhatian segera.

Mesej yang tersebut di atas telah berlegar kencang sejak beberapa jam yang lalu. 

IKLANEKA: MEROYAN MEMANJANG TAK GUNA... NAK HEMAT BERBELANJA, CER CUBA CARA INI.

Posted: 02 Oct 2014 07:56 AM PDT






Aplikasi ini bukan spam, ia sudah dibangunkan sejak tahun 2010 lagi dan ia sebagai salah satu cara bagaimana untuk mendapatkan point dan diskaun dengan mengguna MyKad kita. 

Mungkin ia berguna kepada sesiapa yang ingin berjimat di waktu gawat akibat kenaikan kos sara hidup.

Beberapa buah syarikat penjual telah berdaftar bawah aplikasi My Kad ini. 

So tak perlu guna pelbagai kad untuk membeli-belah macam Bonuslink, Kad Mesra Petronas dan sebagainya. 

Malaysia negara pertama di ASEAN menggunakan cara ini. Indonesia pun berminat mendapatkan kepakaran aplikasi ini. Malah aplikasi ini pernah memenangi Anugerah Perniagaan Cemerlang ASEAN 2013.



Untuk maklumat lanjut anda boleh layari:
http://mykadsmart.wordpress.com/page/2/
http://ahmadfaizal.com/2013/07/16/apa-itu-mykad-smart-shopper/

Manakala Aplikasi Smart Shopper Malaysia boleh dimuat turun menggunakan aplikasi android di HP pintar kita untuk mengetahui harga semasa barang-barang di pasaraya hypermarket yang disenaraikan antaranya Aeon Big, Tesco, Giant, Econsave dan sebagainya.

Jadi kita boleh merancang pembelian dengan harga berpatutan sesuai dengan bajet kita.

Layari:   https://play.google.com/store/apps/details?id=com.chimou.smartshopper&hl=en

So apa kata kita try survey dan dah puas hati kita guna aplikasi-aplikasi ini untuk membantu kehidupan kita menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Sekurang-kurangnya kita mencuba sesuatu ilmu dan teknologi yang baru ini. 

Merungut dan melalak saja tiada gunanya. Cer try dulu, then berkongsilah cerita dengan kami.