Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Sidang Media isu penamatan Sdr Iszurie Ibrahim, Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulai Pinang

Posted: 30 Sep 2014 09:41 AM PDT


 Sidang Media isu penamatan Sdr Iszurie Ibrahim, Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulai Pinang dari Jawatankuasa Tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang di Dewan JKKK Batu Uban petang ini.
Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Halehwal Orang Asal PAS Pusat menggesa Ketua Menteri PP, YAB Lima Guan Eng campur tangan bagi menarik balik pemecatan tersebut.

Gesaan juga dibuat agar isu2 yang menyangkut kepentingan rakyat termasuk orang melayu jangan di salah anggap oleh Kerajaan Negeri. Isu ini rentetan dari zaman BN lagi. Di senaraikan di bawah ini antara kampung2 rakyat khususnya melayu yang telah lenyap angkara dasar kapitalis pro pemaju:-
1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala
3. Kg Pokok Assam, Jelutong
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal
6. Kg Batu Uban
7. Kg Tanjung Tokong
8. Kg Bagan Dalam
9. Kg Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kg Pulau Jelutong
12.Kg Lima Kongsi, Sungai Bakap
13. Kg Teluk Kumbar
14.Kg Dalca
15.Kg Sungai Nibong Kechil
16.Kg Tengah Jelutong
17.Kg Terang Balik Pulau
18.Kg Genting,Balik Pulau
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kg Gagah, Bagan
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kg Selut Sg Pinang
25.Kg Siam, Pulau Tikus.
Sidang Meja Bulat Isu Melayu Pulau Pinang akan diadakan pada 2 Nov ini untuk mengumpul lebih banyak input dari Ngo, Ahli Akademik, pengamal Undang2 dll mengenai polisi tanah yang lebih adil untuk seluruh rakyat. Resolusi dari Sidang Meja Bulat akan diserah kepada Ketua Menteri.
Ahli Parlimen PAS pula akan mengemukakan Usul di Parlimen Oktober ini untuk penambahbaikan mengenai Tanah Rezab Melayu dan pemuliharaan Kg Tradisi di bandar termasuk polisi Setinggan/Peneroka Bandar.
Majlis PR Pulau Pinang di saran mengadakan Konvensyen segera bagi menggarap isu tanah dan perumahan agar sebarang pembangunan mengambil kira kepentingan rakyat. Persaingan terbuka yang menyebabkan perkampungan tradisi di musnahkan oleh pemaju kapitalis atas nama pembangunan mesti di semak semula. Perkampungan melayu yang paling teruk menerima kesannya.

Akhirnya, orang melayu merempat di atas tanahair sendiri.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar dan Baru Bian perlu kutuk tindakan Linda Soo buat petision ke UN

Posted: 30 Sep 2014 09:30 PM PDT


Petisyen Lina Soo, President SAPA diperakui diterima Bangsa Bersatu. SAPA yang diketahui adalah parti yang menuntut pemisahan Sarawak dari Malaysia.

Suatu masa DAP menafikan dan Anwar Ibrahim pun menafikan terlibat sebagai dalang mahukan Sarwak keluar dari Malaysia.


Padahal merekalah dalangnya ...



Kalau benar mereka menolak golongan pemisah, sila buat kutukan dan bantahan terhadap tindak tanduk mereka ini. Jangan pulak guna alasan hak bersuara.

Samada mereka sedar atau tidak, tindakan mahu keluar ini bodoh dan hanya pendekatan nak buat rakyat marah pada kerajaan dan langsung jatuhkan BN.

Agaknya kalau buat referendum macam di Scotland, rakyat mahukah?

Menurut laporan BBC SINI, Scotland votes 'No' to independence

Sebelum nak buat referendum, kena ada asas dahulu untuk diterima UN. Sebab UN juga yang lakukan Cobbold Commission pada tahun 1962. SAPA mewakili berapa "people"?

Linda Soo pun sebenarnya bingung. Baca DSKL SINI

Kaki judi 'slot machine' dan perasuah tiada kredibiliti nak jatuhkan Musa Aman

Posted: 30 Sep 2014 06:31 PM PDT


Dilaporkan 8 Ketua Bahagian yang diketuai oleh Jumat Idris Ahli Parlimen Sepanggar yang juga Ketua Bahagian Sepanggar telah membawa rombongan berjumpa Najib pada 10 Julai lalu. 

Dalam pertemuan tersebut kumpulan 8 budak hitan ini mendesak agar Najib segera mewujudkan pelan peralihan kuasa bagi menggantikan Musa Aman...!

Kumpulan 8 budak hitam tersebut asalnya terdiri daripada...

Jumat Idris - Sepanggar, John Ambrose - Penampang, Sairin Karno - Keningau, Ghani Yasin - Pensiangan, Rubin Balang - Tenom, James Ratib - Beluran, Bolkiah Ismail - Kudat dan Wetrom Bahanda - Kota Marudu.
Untuk tahu motif dan kisah seterusnya, baca di Putera Merdeka SINI.

Baru saja nak buat langkah, James dan Bolkiah sudah menafikan terlibat lalu tinggal 6 jahanam. 

Semalam timbul berita Ghani Yassin ditahan SPRM. Posting Apa Yang Tersirat berikut:

Bayaran Kompensi Tanah: Punca Ketua Bahagian Umno Pensiangan Ditahan

KETUA Bahagian Umno Pensiangan Sabah, Datuk Abdul Ghani Yassin, ditahan SPRM kerana didakwa melakukan amalan rasuah membabitkan pembayaran kompensasi tanah milik Kerajaan Negeri.
Ghani ditahan pada Jumaat, sebaik sahaja beliau datang untuk memberi kenyataan beramaran. 
Laporan sebelum ini, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebenar ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya.
Laporan sebelum ini, termasuk laporan Harian Express, surat khabar tempatan Sabah, Ghani ditahan atas sebab pecah amanah (CBT) membabitkan RM300 juta.
Pihak SPRM mengeluarkan kenyataan lewat petang Selasa, Ghani disiasat di bawah Seksyen 17(a) kerana menerima rasuah.
--------------------------

Sebenarnya, semua yang konon nak berontak menentang Ketua Menteri Dato Musa Aman dan membina wave untuk jatuhkan Musa adalah mereka-mereka yang punya masaalah.

Malah antara mereka ini sudah diberitahu tidak akan dicalunkan untuk pilihanraya akan datang disebabkan masaalah mereka. 

Seperti Dato Lajim Ukin sebelum ini, mereka punya masaalah judi 'slot machine'. Ini bukan sedikit punya main- suka-suka tapi sekali main boleh kalah sampai RM30 ribu.

Bla hutang judi sudah banyak, ia hanya timbulkan masaalah untuk membayar kembali dan fokus untuk jaga kawasan sudah tiada lagi.



Bila Dato Jumat bersuara dalam tone sedemikian, hmmm ... mana ada kredibiliti kaki slot machine nak pimpin revolusi tumbangkan Ketua Menteri? Ada seorang lagi dipercayai bakal kena berhubung hal tanah juga.

Eloklah kalau fail Sepangar diangkut. Apa akan jadi pada bajet Sabah yang sebesar sekurang-kurangnya RM3 billion setahun jika orang bermasaalah pegang tungak kerajaan?

Dah tiada modal, Ambiga yang sentiasa tak konsisten serang BTN

Posted: 30 Sep 2014 07:30 AM PDT


Ambiga hari ini memfitnah BTN dengan mengatakan modul BTN membasuh otak peserta Kem Bina Negara supaya menjadi rasis dan samseng.

Kita nak tanya Ambiga, adakah model yg BERSIH laksanakan mengajar rakyat memaki hamun polis, merosakkan harta awam, menendang dan memukul polis, serta menebalikkan kenderaan polis sambil melompat2 atas kereta peronda tersebut macam beruk adalah modul yang lebih baik dari BTN.

Sudahlah, rakyat bukan bodoh. Kenapa Ambiga tak komen apa PR buat di Selangor utk Letak bini Anwar sebagai MB?

DOUBLE STANDARD!

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kem-btn-untuk-basuh-otak-melayu-jadi-samseng-dan-rasis-kata-ambiga#sthash.8tNvcY6s.dpuf

Ambiga memang sentiasa tidak konsisten. Memanggil orang rasis tapi rakan seperjuangannya pun sama rasis.

Dia pun amalkan 'selective prosecution' serta tidak 'consistent' dalam menimbulkan isu.

Padahal BTN punya peranan sendiri....



Ambiga berhujah mengenai 'human rights' tapi diam terhadap penindasan kuasa besar yang jauh lebih dahsyat.




Banyak laporan dan video tentang kekejaman ISIL di Syria keluar. Sekarang US mula mengebom Syria atas alasan ISIL. Malah meminta bantuan negara lain.

Mungkinkah ianya hanya rekaan untuk menjustifikasikan mereka memasuki Syria dan menghancurkan rejim yang ada? Teori ini pernah muncul dalam filem Wag the Dog

Semantara itu, timbul pula berita: 

28/9 Hong Kong police fire tear gas on thousands of protesters outside government headquarters bringing parts of central district to a standstill/STAR

Dengan pelbagai hal yang lebih ganas dan tidak peri kemanusian berlaku di luar negara dari di Malaysia, kenapa Ambiga, Bar Council dan SUARAM berdiam saja tanpa menyuarakan pendirian???

Where was anti-Lynas enviromentalist when Paya Terubung need you?

Posted: 30 Sep 2014 05:30 AM PDT




Kumpulan anti Lynas anjuran DAP kuat berdemo menentang penapis rare earth di Gebeng, Kuantan dan menuntut kekalkan alam sekitar Pengerang yang sudah dicemar oleh Singapura.

Where is DAP's anti Lynas when Penang need them most against destructive development by unscrupulous developers?



There could be truth that DAP stands for Developers Association of Penang.

Kg Siam tiada kepentingan cina macam Chew Jetty untuk DAP kekal guna alasan warisan

Posted: 30 Sep 2014 02:30 AM PDT


Pada 24 Sep 2014 lepas, suatu tunjuk perasaan telah diadakan di kawasan rumah kedai, Jalan Pulau Tikus dan dihadapan rumah no 3, Lorong Burma (Belakang Balai Pulau Tikus).

Seramai lebih kurang 20 orang peniaga/penduduk dan wartawan hadir bagi menyatakan bantahan terhadap pengambilan tanah di kawasan Pulau Tikus untuk tujuan pembangunan. 







Kawasan tersebut di kenali oleh penduduk tempatan sebagai Kampung Siam. Mereka menuntut tempat tersebut diiktiraf sebagsi kawasan warisan orang Siam untuk dikekalkan.

Janganlah nak berharap.

Berapa banysk Kampong Melayu diroboh atas sebab pembangunan dan kegelojohan pemaju krobi DAP? Bukankah Kampong Melayu lebih layak dikekalkan untuk sebagai tapak warisan?

Sebab tiada kepentingan cina seperti Chew Jetty, janganlah harap hati degil dan dengki DAP nak berasa kasihan.



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMBANGKANG SAKIT MENTAL BILA HIDUP ASYIK SALAHKAN KERAJAAN JER....

Posted: 30 Sep 2014 08:10 PM PDT


Di Malaysia ni bagi pembangkang @ Pakatan Rakyat kalau hidup tanpa berpolitik mengutuk-ngutuk kerajaan umpama makan nasi kosong. 

Tak dak lauk, tak da kuah, tak da sambal budu, tak da sayur...macam duduk di sebuah negara yang papa kedana.

Seolah-olah kerajaan Malaysia sekarang ni terlalu menzalimi rakyatnya kerana terlalu lama memerintah. Jadi ia perlu ditukar dan diubah kepada sebuah kerajaan yang baharu.

Tak boleh cara demokrasi, kena buat cara reformasi dan revolusi. Tuh dia...sampai baling kerusi...tak pa!

Harga ikan naik...salah kerajaan...konon kerajaan buat untung atas kesusahan nelayan...

Harga getah turun...salah kerajaan...konon kerajaan tak pedulikan rakyat lepas menang pilihanraya.

Lembu bertenggek atas jalan, berak merata dan menyebabkan kemalangan...salah kerajaan tak tangkap lembu...

Longkang tersumbat depan rumah, salah kerajaan juga sebab tak bersihkan longkangnya.

Bini sendiri termengandung pun disalahkan kerajaan tak bagi alat pencegahan elak kehamilan.

Bini sendiri beranak setiap tahun hingga perbelanjaan rumah sendiri bertambah tinggi pun dia masih nak salahkan kerajaan...salah sendiri terlajak 'tak tarik brek', dia tak nak mengaku pulak.

Kalau Melayu dan Islam maju dituduh kerajaan diskriminasi dan rasis. 

Tapi kalau Melayu mundur bertukar jadi terroris mengamuk ganyang puak-puak chauvinist... adakah itu bagus? 

Itulah sikap manusia terutamanya yang dok sokong pembangkang siang malam. Semuanya salah kerajaan. 

Tapi apa yang mereka buat untuk atasi kesusahan rakyat...duit kutip siang malam lepas ceramah tapi mana perginya?



Anwar Berahim dan pakatan pembangkang dok tipu sana sini pun dianggap seperti kata-kata wahyu keramat yang tak boleh diengkari, semuanya betul-betul belaka.

Akibatnya ramai yang mengikut pembangkang senang diperbodohkan, fitnah berleluasa... negara jadi huru-hara.

Tapi apa yang rakyat dapat? 

Adakah kita masih mahu memberikan amanah pemerintahan negara ini kepada puak-puak yang rumah tangga dan parti sendiri huru-hara?  

Nahi,,,nahi,  katakan tak nak pada DAP, PKR dan PAS.

Orang tak berjaya sebijik setepek perangainya macam pembangkang pimpinan Nuar Berahi.


EKONOMI BUMIPUTERA MENJUNAM DI P. PINANG KATA PAS

Posted: 30 Sep 2014 06:47 PM PDT


Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang hari ini mengingatkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yg menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang supaya memikirkan semula tindakan melucutkan semua jawatan Bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam Jawatankuasa Tindakan Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bendahari PAS itu dipecat daripada semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mengkritik kredibiliti dan ketelusan pentadbiran Lim Guang Eng dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP (secara total) dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini. Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah merobohkan lebih 25 buah kampung kerana melaksanakan pembangunan dengan membina perumahan elit yang berharga jutaan ringgit.

PAS Pulau Pinang secara jelas dinafikan hak bersuara oleh Lim Guang Eng yang hanya melantik seorang EXCO PAS sahaja dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan majoriti EXCO yang lain adalah kaum Cina daripada DAP dan PKR. Selain daripada itu, pimpinan PAS yang dilihat tidak bersefahaman dan mengkritik pemerintahan Lim Guang Eng akan dikenakan tindakan keras seperti nasib Bendahari PAS Pulau Pinang ini!

Selain daripada itu segala peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya bertumpu di kawasan elit yang dikuasai kaum Cina manakala hanya 1.5% sahaja peruntukan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diperuntukkan di kawasan kampung-kampung yang majoritinya daripada kampung Melayu.

Mengikut kajian Ekonomic GRP Center bermula daripada tahun 2010 ekuiti kedudukan ekonomi Bumiputera di Pulau Pinang jatuh merundum dan hanya 0.7% sahaja pemilikan aset di Pulau Pinang seperti pemilikan bangunan, rumah dan perniagaan milik bumiputera, 0.9% dikuasai kaum India manakala 98.4% sumber ekonomi Pulau Pinang dikuasai oleh kaum Cina.

PAS PEROSAK PAKATAN RAKYAT KATA LIM KIT SIANG

Posted: 30 Sep 2014 05:00 PM PDT

LKS : HADI PEROSAK PAKATAN RAKYAT
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perosak Pakatan Rakyat (PR).
Kit Siang dilaporkan Sinar Harian berkata PAS telah merosakkan prinsip konsensus PR apabila Abdul Hadi enggan mematuhi konsensus dicapai Majlis Pimpinan PR dalam mesyuarat pada 23 Julai dan 17 Ogos.
"Bagaimana PR dan Majlis Pimpinan PR hendak berfungsi jika konsensus tidak dijadikan prinsip untuk panduan operasi PR?
"PR perlu kaji bagaimana kerjasama ini boleh diteruskan dan saya cadangkan pembentukan jawatankuasa kerja merangkumi tiga atau empat wakil dari setiap parti komponen untuk membuat kajian dan cadangan," katanya.
Kit Siang turut mengakui PR menghadapi kerosakan teruk akibat krisis berpanjangan Menteri Besar Selangor, yang diheret lebih 45 hari daripada yang sepatutnya selepas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR pada 9 Ogos lalu.
Beliau mengakui, selepas kejayaan PR memenangi 52 peratus undi popular dalam PRU13 lalu, soalan yang mula timbul dalam minda rakyat adalah sama ada PR akan terus wujud sebagai pakatan untuk bertanding dalam PRU14.
Menyifatkan krisis terbaharu itu sebagai terburuk dalam sejarah PR, Kit Siang berkata, penegasan semula dasar bersama PR dan prinsip konsensus akan mengembalikan keyakinan rakyat dan menyelamatkan PR daripada menjadi pakatan yang hanya bertahan untuk satu PRU.
Kit Siang turut mengulangi senario yang mungkin berlaku jika sokongan terhadap PR terus menurun, seperti yang dikatakannya semasa majlis makan malam DAP Petaling Jaya di Bukit Gasing, Sabtu lalu.
Katanya, jika keputusan PRK Pengkalan Kubor di Kelantan baru-baru ini diunjurkan bagi semua kerusi Dun di Kelantan, BN mampu merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS.

DAP KATA PARTI PAS PUN PARTI SEKULAR !

Posted: 30 Sep 2014 08:15 AM PDT

Facebooker Hamba Archidea Cronixx mendakwa salah satu kepakaran Ketua Umum (Ketum) PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menyebarkan 'perang saraf' secara terbuka dengan mendedahkan keburukan orang lain untuk melindungi keaibannya.
Ia merujuk kepada perang saraf Anwar secara berterusan yang berusaha membina persepsi umum bahawa bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang pemimpin korup.
Semalam, Antarapos melaporkan Anwar telah menggunakan Universiti Selangor (Unisel) untuk memburuk-burukkan Khalid berkaitan dengan yuran pengajian di produk kerajaan Negeri Selangor.
Taktik Anwar yang menggunakan pentas umum untuk membuat tuduhan tanpa bukti itu juga turut dibangkitkan Dewan Pemuda PAS Gombak sebelum ini. Selanjutnya, baca Kes Pemecatan Iszuree : Pemuda PAS Gombak Tempelak Alasan Anwar
16 tahun lalu, ketika Anwar dipecat daripada UMNO, disebar satu perang saraf di kalangan pengikutnya bahawa 'Anwar dipecat kerana untuk menghalang projek Islamisasi dalam UMNO.'
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini mendedahkan Anwar dan parti yang diterajuinya bukan sebuah parti Islamik sebaliknya parti sekular yang sama seperti DAP.
"Tempoh hari, ada yang marah-marah apabila kononnya Tuan Guru Haji Hadi melabelkan DAP dan PKR sebagai sekular.
"Nah, Ahli Parlimen DAP mengesahkannya hari ini, DAP dan PKR mengamalkan dasar sekular," ulas Dewan Pemuda PAS Gombak.
Pemuda PAS Gombak merujuk kepada pengakuan ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dilaporkan The Malaysian Insider.
"Tindakan pihak berkuasa terhadap ideologi sekular dan liberal adalah sebahagian daripada taktik Putrajaya untuk mempastikan BN terus kekal dominan.
"DAP amalkan sosial sekular, PKR amalkan sekular pragmatik manakala PAS laksanakan kedua-dua Islam dan juga sekular," kata Zairil dalam Simposium "Islam, Demokrasi dan Sekularisme" di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur, 27 September.
"Kebebasan mutlak tidak membawa kepada ancaman atau masalah kepada Islam. Tetapi Putrajaya takut apa yang kebebasan sekular dan liberal akan bawa.
"Tanpa monopoli ideologi mereka terhadap rakyat, BN akan hilang kesahan politik dan selepas itu, kuasa mereka," katanya.
Zairil berkata, sekularisme dan liberalisme sebenarnya falsafah yang boleh mengukuhkan Islam, tetapi sebaliknya BN memberikan aspek negatif terhadapnya.

DAP HALAU PAS SLOW - SLOW

Posted: 30 Sep 2014 12:59 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Gombak menyedari DAP mutakhir ini sengaja cari pasal dengan PAS untuk menimbulkan perbalahan di antara kedua parti itu dan menendang PAS daripada Pakatan Rakyat (PR)


Rentetan ini bermula pada 21 September lalu, apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai nyanyuk dan diikuti dengan pemecatan Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan dalam Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 25 September.

"Kemudian, 26 September Pemuda DAP Sarawak mengeluarkan kenytaan tamatkan kerjasama dengan PAS di Sarawak.

"Tidak cukup dengan itu, 27 September pula dua Adun PAS yang mengkhianati PAS Selangor diangkat sebagai "hero" dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di Selangor.

"Kami yakin akan ada lagi tindak-tanduk DAP yang sedang mabuk KetUm untuk mendesak dan menekan PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat," kata Pemuda Gombak.




Kenyataan penuh :

DAP Mabuk KetUm, Sengaja Cari Pasal Dengan PAS

Dalam tempoh seminggu selepas muktamar PAS, beberapa insiden yang sengaja dicetuskan oleh DAP terhadap PAS untuk memercikkan api perbalahan.

Lihat sahaja status FB Tony Pua pada 21 September yang lepas, "dah nyanyuk ke" yang ditujukan kepada Presiden PAS sehari selepas tamat Muktamar PAS.

Sebenarnya ia bermula sebelum itu lagi apabila pimpinan DAP langsung tidak kelihatan untuk turun membantu PRK Pengkalan Kubor.

25 September pula, Kerajaan Negeri Plau Pinang pimpinan DAP pula memecat bendahari PAS Pulau Pinang daripada Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mengkritik kerajaan negeri dalam muktamar lepas.

Kemudian, 26 September Pemuda DAP Sarawak mengeluarkan kenytaan tamatkan kerjasama dengan PAS di Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, 27 September pula dua Adun PAS yang mengkhianati PAS Selangor diangkat sebagai "hero" dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di Selangor.

Kami yakin akan ada lagi tindak-tanduk DAP yang sedang mabuk KetUm untuk mendesak dan menekan PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ia dipercayai susulan daripada muktamar yang lalu apabila Presiden PAS menegaskan akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Mereka sedang mabuk KetUm untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Memang ada grand-design dari dalam dan luar PAS untuk menekan dan menolak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, dengan PasMa sebagai pengganti.

Tulisan ini akan dilabel sebagai pemecah belah PR dan tidak berakhlak oleh konon-kononnya penyokong PAS dan PR, dalam masa sama hanya menutup mata melihat DAP yang sedang mabuk KetUm.

Apalah sangat sekadar mengatakan DAP mabuk KetUm jika dibandingkan dengan DAP yang menuduh nyanyuk, dan tamatkan kerjasama dengan PAS.


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas boleh keluar daripada pakatan pembangkang - Lensa macai KETUM Anwar?

Posted: 30 Sep 2014 09:35 PM PDT


Selepas Pas menerima tamparan hebat termasuk kehilanggan satu kerusi Exco di Selangor serta pemecatan anggotanya sebagai ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang, parti itu hari ini diberi kata dua oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) sama ada kekal atau keluar daripada pakatan pembangkang.

Lensa yang dianggotai bekas mahasiswa propembangkang termasuk bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang, yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan, mempertikai kepimpinan Pas dan menuduh parti itu sebagai punca konfik berpanjangan di Selangor dan ketegangan pakatan pembangkang.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Pas di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini hari ini, Lensa memberi amaran kepada Pas agar mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan atau keluar dari pakatan pembangkang.

Koordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, krisis Selangor yang berpanjangan menunjukkan Pas membelakangkan semangat setiakawan dengan tidak menyokong calon Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR

Pas juga didakwa lambat bertindak serta beberapa kali membuat keputusan yang dilihat sebagai pusingan-U dalam kemelut berkenaan dan mengkritik secara terbuka calon Menteri Besar yang dipilih, katanya.


"Contohnya Ahli Parlimen Temerloh melabelkan Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru.

"Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melabelkan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor," kata Ekhsan.

Memorandum empat muka surat itu turut memetik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz sebagai pencetus ketegangan.

"Presiden Pas dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Pas Ke-60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang menyokong Dr. Wan Azizah. Beliau juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah kerana tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka.

"Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dan DAP," kata Ekhsan.

Memorandum itu turut mengemukakan cadangan bagi memulihkan permuafakatan pembangkang termasuk menggesa Pas keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya gagal bertindak terhadap kelompok dalam parti itu yang mewujudkan konflik dengan DAP dan PKR.

"Lensa menyarankan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli mahupun pemimpimnya yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang.

"Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok yang berterusan mewujudkan konflik dalam pakatan pembangkang, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah berundur," tegas Ekhsan.

Suara Politik
Belantan

Kenyataan media Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) macai KETUM Anwar dan PKR?

Posted: 30 Sep 2014 08:32 AM PDT


Pas perlu henti cetus ketegangan.

Lensa berpendirian sistem politik dwi-parti merupakan mekanisme yang sangat berkesan dalam mewujudkan pentadbiran berimbang. Sebagai satu-satunya pakatan pembangkang di Malaysia, pakatan pembangkang perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN). Pakatan pebangkang yang kuat akan melahirkan Kerajaan yang lebih perihatin dan telus dalam pemerintahan.

Sebaliknya, jika pakatan pembangkang lemah, maka Kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekaligus berpotensi untuk menindas rakyat. Sebagai contohnya , dalam tempoh masa pakatan pembangkang terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut telah digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan. Lensa melihat pakatan pembangkang begitu longlai dalam menangani keghairahan Kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama pakatan pembangkang sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

Lensa juga ingin mengingatkan pemimpin pakatan pembangkang bahawa mereka sedang membawa harapan 52% rakyat Malaysia yang telah memberi undi popular kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 yang lalu. Perkara ini merupakan bukti signifikan yang menunjukkan pakatan pembangkang tidak sekadar dianggap sebagai musuh tradisi kepada Kerajaan Barisan Nasional, tetapi juga telah diterima sebagai alternatif baru untuk Malaysia.

Oleh itu Lensa menyeru setiap komponen pakatan pembangkang untuk berkongsi tanggungjawab memperkukuh pakatan pembangkang, demi menjunjung harapan rakyat yang menimpikan reformasi berlaku dalam negara.


Sikap Pas mengeruhkan lagi keadaan.

Lensa telah menganjurkan empat forum sepanjang krisis politik Selangor berlaku. Keempat-empat forum ini telah membincangkan mengenai punca kemelut, faktor yang menyebabkan kemelut ini berpanjangan dan langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menyelesaikan konflik ini.

1. Pas Belakangkan Setiakawan.
Lensa melihat Pas menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir lima bulan. Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telahpun dipersetujui secara bersama oleh PKR dan DAP.

2. Pas Lewat Bertindak, Tidak Konsisten.
Walaupun diadakan terlalu lewat, mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya sudah mampu menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun selepas mesyuarat tersebut, Pas beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu. Walaupun pada 17 Ogos mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang sepakat menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor, namun selepas mesyuarat tersebut Pas berkeras untuk tidak menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

3. Pas Menyerang Kawan Sendiri Tanpa Asas Yang Jelas.
Konflik menjadi lebih parah apabila terdapat pemimpin Pas yang secara terbuka mengkritik calon MB yang dipilih oleh rakan komponen. Lensa tidak menolak hak individu mahupun organisasi untuk mengkritik dan bersuara, namun dalam isu ini, terdapat kritikan yang berbentuk serangan peribadi terhadap pemimpin parti kawan. Sebagai contohnya Ahli Parlimen Temerloh melabelkan Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru. Selain itu, Presiden Pas sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melabelkan Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor.

Lensa percaya kenyataan-kenyataan ini dibuat bertujuan untuk memberi justifikasi terhadap pendirian Pas yang berbeza dalam krisis politik Selangor. Namun hakikatnya kenyataan-kenyataan ini hanya menjadikan konflik semakin tegang.

4. Karenah Pas, Akhirnya Demokrasi Dicabuli.
Lensa menjadi lebih terkilan setelah sikap Pas ini menyebabkan perinsip demokrasi tercemar apabila pemilihan MB Selangor hari ini tidak dipilih berdasarkan lunas-lunas demokrasi. Walaupun menghormati MB yang telah dipilih, Lensa beranggapan menafikan hak individu yang mendapat sokongan majoriti untuk dipilih menjadi MB merupakan pencabulan demokrasi secara jelas.

5. Kenyataan Berterusan Pemimpin Pas Yang Menimbulkan Ketegangan.
Lensa juga melihat hubungan sesama komponen pakatan pembangkang menjadi tidak tentu apabila terdapat beberapa pemimpin Pas yang berterusan mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang merugikan pakatan pembangkang.


Berikut merupakan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan pemimpin Pas:

1. Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dan DAP. Kenyataan beliau itu disiarkan portal berita The Malaysian Insider dan beberapa akhbar bercetak.

2. Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin pula dalam satu wawancara yang dikendalikan Sinar Harian pada 25 September lalu mengeluarkan kenyataan bahawa Pas bersedia untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tiba masa untuk berbuat demikian.

3. Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke 60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang memberi sokongan kepada Dr. Wan Azizah. Dalam kenyataan yang sama, Presiden Pas juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah sebagai calon MB adalah kerana beliau tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka akibat tersalah memilih pemimpin. Kenyataan Presiden Pas ini disiarkan banyak akhbar termasuk Malaysiakini bertarikh 20 September.

4. Dr. Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, melalui tulisan bertajuk ‘Di mana salahnya Akta Hasutan’ di laman Facebook beliau pada 19 September secara terbuka mempertikai usaha melawan Akta Hasutan sedangkan pakatan pembangkang sendiri secara prinsip telah mendesak agar akta drakonian tersebut dimansuhkan.

5. Presiden Pas juga pada 5 September, seperti yang dilaporkan Malaysiakini telah mengkritik kebolehan Dr. Wan Azizah dan menyifatkan beliau sebagai lemah serta tidak layak untuk memimpin Selangor.

6. Ahli Parlimen Pas Temerloh pada 30 Ogos mengeluarkan kenyataan yang disiarkan Malaysiakini mendakwa Anwar Ibrahim mengamalkan politik nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB yang baru menggantikan Khalid Ibrahim

7. Dr. Zuhdi Marzuki juga dalam kenyataan yang disiarkan Malaysiakini bertarikh 8 Ogos mendakwa Anwar Ibrahim melakukan serang hendap terhadap Presiden Pas.

8. Dr. Zuhdi Marzuki melalui satu tulisan dalam aplikasi Whataspp yang terdedah pada 29 Julai lalu telah mengeluarkan satu analisis yang berbaur rasis dan mencadangkan kerjasama antara Pas dan UMNO di Selangor untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Pakatan pembangkang bakal hilang sokongan rakyat.

Lensa khuatir sekiranya pertembungan dalaman pakatan rakyat ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada pakatan rakyat dan secara khususnya kepada Pas. Ini berikutan tanggapan umum terhadap Pas yang dilihat membelakangkan semangat pakatan pembangkang seterusnya menyebabkan krisis menjadi semakin rumit.

Dalam empat siri forum yang telah dijalankan, Lensa menganggarkan seramai 700 orang telah hadir sebagai penonton. Daripada empat forum tersebut, 33 soalan telah diajukan oleh penonton kepada para panelis. Soalan tersebut telah dikumpulkan untuk dianalisis. Hasilnya, 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap Pas dalam krisis Selangor. Analisis itu juga menunjukkan semua soalan yang diajukan oleh penonton bukan Islam mempertikaikan sikap Pas sepanjang konflik berlaku.

Bertindak segera atau keluar pakatan pembangkang.

Melihat kepada perlunya tindakan segera bagi memulihkan permuafakatan dalam pakatan pembangkang, maka Lensa mengemukakan cadangan berikut kepada pihak Pas:

1. Lensa menyarankan agar Pas perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudharatkan hubungan sesama rakan pakatan. Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen Pakatan Rakyat memperkukuh semula permuafakatan.

2. Lensa menyarankan agar Pas perlu menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang. Hal ini penting bagi membuktikan ketelusan Pas bersama pakatan pembangkang sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam Pas. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, Lensa yakin kepercayaan masyarakat umum kepada Pas akan dapat dikembalikan.

3. Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam Pas yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah untuk berundur daripada pakatan pembangkang.

Sekian.

Ekhsan Bukharee,
Koordinator
Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)

Suara Politik
Belantan

Pas ambil keterangan Hasnul dan Saari langgar 'baiah'?

Posted: 30 Sep 2014 01:42 AM PDT


Dua wakil rakyat Pas yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menghadap Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Kedua-dua mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Bagaimanapun menurut Hasnul, perjumpaan tersebut hanya untuk mengambil keterangan sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Pas bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, perjumpaan itu berlangsung pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sekadar gambar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati

"Saya dan Saari hanya diambil keterangan, seterusnya perkara ini dibawa kepada Pas pusat.

"Setakat ini, tiada perjumpaan dengan Lembaga Displin lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 ADUN daripada DAP dan 13 ADUN PKR menyokong Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid sebelum Pas membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Pas ke-60 mengecam tindakan kedua-dua ADUN itu dengan gelaran 'broker' dan 'barua'.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Keruntuhan Moral Yang Makin Parah - Dua Beradik 12 dan 14 tahun Bikin Seks

Posted: 30 Sep 2014 08:16 PM PDT


 -Foto webberita-Foto webberitaBUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
"Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
"Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini," katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
"Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
"Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa," katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi 'wabak' yang sukar dikawal.

Pulihkan Imej, Elak Kekalahan Pakatan

Posted: 30 Sep 2014 07:46 PM PDT

Pakatan RakyatPakatan RakyatPakatan Rakyat (PR) - baik PAS, PKR dan DAP akan kecundang dalam Piliihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekiranya tidak membaiki hubungan antara satu sama lain, mengakhiri krisis dalaman, membetulkan kembali imej dan persepsi PR itu sendiri.
Ini ingatan jelas bukan saja daripada para penganalisis dan pemerhati politik, bahkan rakyat jelata di mana pandangan ini mesti diberi perhatian serius, membuang keangkuhan pemimpin dan pengikut parti masing-masing, juga elakkan balas dendam serta prejudis atas pelbagai sebab.
Mulai sekarang, menurut mereka, pimpinan tiga parti komponan PR mestilah menyelesaikan perselisihan ini dan jangan sama sekali cuba menafikan kewujudan perselisihan ini, walau sekecil manapun. Jangan hanya mempamerkan senyum dam berdakapan di depan umum atau di sidang media, tetapi bergeseran di belakang tabir. Ertinya jangan lagi berlakon kerana rakyat tahu.
Menurut pemerhati lagi, setiap pemimpin parti mesti duduk semeja, berusaha menyelesaikan sengkita ini dan jangan berkhayal untuk bertanding sendirian dalam PRU akan datang justeru itu hanya mimpi ngeri.
Jangan menafikan, setiap parti dalam komponan PR menghadapi ketidaksefahaman dalaman - bergantung kepada saiznya, besar, sederhana atau kecil. Masing-masing parti pula memang wujud golongan pelampau dan fanatik parti.
Sudah diketahui umum ada kecenderungan pemimpin PAS, DAP mahupun PKR melemparkan kritikan, tuduhan, malahan kata-kata yang menghina antara satu sama lain. Juga ada yang saling memperkecil, malah memperlekeh sejak beberpa waktu ini, terutama berhungan dengan krisis politik di Selangor.
Tidak perlu diulang lagi butir krisis tersebut, kerana hampir semua pihak sudah mengetahuinya menyebabkan rakyat kecewa dan meluat. Bagaimanapun ada beberapa petanda terkini krisis itu nampaknya berterusan. Umpamanya di Pulau Pinang, seorang ahli majlis kerajaan tempatan daripadaPAS, Iszuree Ibrahim dipecat serta merta setelah mengkritik kerajaan negeri di Muktamar PAS.
Di Sarawak, Pemuda DAP menyifatkan PAS sudah tidak ada dalam PR di negeri itu dan Ahli Jawarankuasa PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz pula mendakwa PKR dan DAP meminggirkan PAS.
Sementara itu di Selangor, rakyat sedang memerhatikan kepimpinan menteri besar baharu, Azmin Ali bagaimana ia memberi layanan kepada ketiga-tiga komponan dalam PR.  Menurut saya, ini ujian paling mencabar buat Azmin di mana pelbagai pihak mahu Azmin benar-benar berlaku adil dalam layanannya kepada semua komponan.
Sebarang rasa tidak puas hati, jika ada, di antara komponan, maka Azmin dan pasukan kerjanya perlu mengatasi segera atas nama menteri besar PR, bukan semata-mata sebagai menteri besar daripada PKR. Saya kira, Azmin orang yang faham erti keadilan dan amanah dalam Islam kepimpinan seseorang akan diadili di akhirat kelak.
Sebarang jurang tidak puas hati perlu diselesaikan segera, walaupun tentunya begitu sukar dan ini memerlukan pengorbanan serta tolak ansur semua pihak.
Hentikanlah memandang serong dan prejudis, atau memandang hina antara satu sama lain dalam PR, tetapi berusahalah memulihkannya dengan segera. Jika tidak dapat diselesaikan, maka saya khuatir Pakatan Rakyat hanya akan hanya tinggal sejarah dalam politik tanah air selepas PRU akan datang.
Jangan berkhayal untuk bertanding bersendirian dalam PRU kerana pelbagai bukti sudah terserlah betapa tidak mampunya sesuatu parti dalam Pakatan bertanding secara bersendirian.
Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur di Kelantan, di mana PAS kalah di kawasan majoriti Melayu, membuktikan PAS tidak boleh bersendirian, walaupun kekalahan itu juga disebabkan beberapa faktor lain.
Begitu juga parti lain dalam PR. Ada laporan menyatakan anak muda, generasi baru, tidak keluar mengundi kali ini di Pengkalan Kubur. Maka itu, pemimpin PAS, khususnya di Kelantan perlu membuat kajian mengapa hal ini terjadi. Adakah anak muda sudah menolak PAS?
Krisis antara komponen PR, seperti saya katakan tadi, mesti diakui dan diselesaikan segera, tidak boleh berlengah-lengah lagi, kerana ia membawa akibat paling buruk kepada PR seluruhnya.
Jangan berfikir jika PR berpecah, hanya PAS kononnya akan menerima akibatnya.  Ini pandangan yang salah sama sekali. Oleh itu, jika PR berpecah, maka PKR dan DAP juga akan menerima kesan buruknya.
Yang penting sekarang ialah supaya PAS, PKR dan DAP memulihkan kembali imej dan persepsi PR dan hanya dengan berbuat demikian, kewibawaan PR akan kembali pulih.
Jangan biarkan perpecahan dalam PR disebabkan keangkuhan pimpinan masing-masing, saling merasakan hebat, berpengaruh dan berkuasa menenentukan jalannya politik PR.
Dalam PRU ke-12 dan 13 yang lalu, rakyat pelbagai kaum sudah memberikan sokongan besar kepada PR hingga Umno Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga. Keputusan ini mesti dipertahankan dalam PRU akan datang.
Sebelum krisis di Selangor berlaku, rakyat pelbagai kaum mengundi calon komponen PR dan ini memberi isyarat PR sudah berjaya mengatasi polarisasi kaum dalam pengundian, memberikan tanda cerah PR berjaya mengenepikan unsur perkauman dalam pengundian.
Tetapi sejak 7 bulan yang lalu, sejak tercetusnya kriris politik di Selangor oleh projek Langkah Kajang PKR, maka krisis politik di Selangor berlanjutan, merosakkan imej dan persepsi terhadap PR seluruhnya.
Kesimpulannya, rakyat menuntut pelaku politik dalam PR segera berlapang dada, tidak membalas dendam, tidak hinna menghina. Segera membuang segala keangkuhan peribadi di mana merasakan partinyalah yang besar dan penting dalam PR di mana boleh menentukan segalanya.
PRU akan datang hanya kira-kira 3 tahun lagi, atau mungkin kurang daripada itu, sebab itu nasib PR bergantung kepada pemulihan daripada krisisnya, kalau tidak pulih, rakyat akan menghukum PR. - TMI 1/10/14

Ada usaha singkir Pas daripada PR - Zuhdi Marzuki

Posted: 30 Sep 2014 02:05 AM PDT

Ada usaha singkir Pas daripada PR - Zuhdi Marzuki
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.
Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.
"Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.
"Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.
Menurut Mohd Zuhdi, ketegasan yang disuarakan Pas terutama dalam isu Menteri Besar Selangor menyebabkan rakan dalam PR mula membenci parti itu.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Namun beliau menolak pendapat bahawa Pas kelihatan dibuli atas sebab parti itu sendiri lambat membuat keputusan sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Pas secara berhati-hati cuba membuat keputusan yang terbaik.
"Dalam isu Menteri Besar Selangor, Pas hendak jaga hati perlbagai pihak, termasuk kakitangan Kerajaan Selangor dan rakyat Selangor, yang memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan (buat keputusan) semata-mata (berdasarkan) rakan dalam PR.
"Kita tidak mahu gelojoh dalam buat keputusan. Mereka (DAP dan PKR) mahu keputusan yang cepat dengan bagi kata dua kepada kita selain tidak beri ruang yang luas untuk berbincang dalam PR," katanya.
Beliau juga menyifatkan pimpinan PKR dan DAP hanya mementingkan agenda parti sendiri apabila mendesak Pas segera membuat keputusan dalam sebarang isu yang membabitkan kesepakatan parti itu.
Menurut Mohd Zuhdi, buat masa ini semua ahli dan pimpinan Pas perlu ikut semua nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pas perlu ikut apa yang ditegaskan oleh presiden (Pas). Dalam ucapan semasa Muktamar Tahunan Pas ke-60 (baru-baru ini), Abdul Hadi telah buat satu penegasan bahawa Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam PR.
"Apa yang Pas mahukan sekarang adalah persefahaman dan kerjasama yang baik daripada rakan kita dalam PR. Keluhan hati kecil saya, Pas perlu bina kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada sokongan parti lain," katanya. -SH