Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?

Posted: 28 Sep 2014 08:59 PM PDT

Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?
PERMATANG PAUH - Dendam politik Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ternyata tidak berkesudahan apabila beliau mengarahkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan berkenaan.
Ketika menyampaikan ceramah di sini, malam tadi, Anwar juga mengambil kesempatan mendedahkan satu persatu kesalahan yang didakwa dilakukan bekas Menteri Besar Selangor itu.
"Pada hari terakhir, beliau sempat memecat saya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun elaun yang layak diterima untuk jawatan berkenaan tidak dibayar sedangkan saya bekerja dan pergi ke luar negara untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Selangor," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, antara perkara yang akan didedahkan Azmin termasuklah perjanjian air yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan, pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang didakwanya menguntungkan pihak ter­tentu sahaja.
"Azmin dan Exco baharu yang dilantik akan meneliti semula perjanjian yang ditandatangani sebelum ini. Abdul Khalid telah membuat beberapa keputusan dan tidak berbincang dengan kita walaupun saya sudah berkali-kali menegurnya," katanya.
Anwar berkata, beliau juga mahukan Azmin mengkaji semula kenaikan elauan yang diterima Menteri Besar seperti diumumkan Abdul Khalid dan kenaikan cukai pintu yang mendapat rungutan pelbagai pihak.
Sementara itu, Anwar mahukan pentadbiran Azmin tidak mengulangi sikap kedekut Abdul Khalid yang tidak membelanjakan wang rizab negeri yang mencecah RM3 bilion.
"Baguslah jika ada wang banyak tetapi saya pernah beritahu dia (Abdul Khalid), jalan raya di Shah Alam masih berlubang dan kenapa tidak guna wang itu untuk membaikinya. Dalam hal ini, Pulau Pinang mengambil pendekatan berbeza dengan membelanjakan semua duit berkenaan untuk selenggara jalan," katanya.
Beliau berkata, walaupun ada pihak yang mungkin berasa kurang senang dengan arahan supaya pendedahan berkenaan dibuat, beliau mahu ia dilaksanakan untuk kepentingan rakyat Se­langor.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak mahu bercakap lanjut tentang krisis Menteri Besar Selangor yang berlaku baru- baru ini kerana ia akan 'menguris' rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.
Sementara itu, kepulangan Anwar ke kubu kuatnya sempena sesi ceramah Hapuskan Akta Hasutan di sini malam tadi dengan harapan akan disambut ribuan penyokong tidak kesampaian apabila jumlah yang hadir terlalu sedikit.
Anwar yang tiba kira-kira pukul 10 malam di Tapak Pasar Seberang Jaya kelihatan tidak ceria sejurus turun dari kereta selepas menyedari kehadiran penyokong yang mengecewakan walaupun cera­mah berkenaan turut menampilkan ramai 'tokoh besar' pembangkang seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer.
Anwar yang sebelum ini sibuk 'menyelesaikan' isu kemelut Menteri Besar Selangor kali terakhir pulang ke kawasan Parlimennya pada 31 Ogos lalu bagi menghadiri program di Guar Perahu ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila secara terbuka menegur PKR Cabang Permatang Pauh supaya lebih agresif membuat hebahan tentang program melibatkan beliau.
Katanya, kehadiran penyokong yang rendah iaitu sekitar 200 orang pada program berkenaan mengecewakan kerana banyak isu penting yang mahu dijelaskannya.
"Di sini saya mahu tegur jentera supaya selaraskan promosi program kerana difahamkan penyokong di Guar Perahu dan kawasan sekitar tidak tahu mengenai program kita pada malam ini," katanya. 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Untung jadi barua ... tak dibuli tapi disanjung DAP

Posted: 28 Sep 2014 09:30 PM PDT



Memetik MyMAssa SINI, "Kami disambut sebagai Hero oleh DAP. Dalam PAS kami digelar Pengkhianat, Barua, Broker, kalau macam itu elok kami ke majlis-majlis DAP, kami dijulang sebagai Hero."

Kedua-dua Saari Sungip dan Hasnul bakal dihadapkan ke Majlis Disiplin PAS. Takpe DAP sedia terima mereka untuk tanding sebagai calun di kawasan Melayu.

Undi Melayu split antara UMNO dan PAS, DAP yang akhirnya menang dengan kudakan Melayu! Cukup masa bila pembangunan deras masuk kawasan Melayu, cina pula boleh tanding.

Azmin bakal digugur atau memang dirancang?

Posted: 28 Sep 2014 07:24 PM PDT


Kenapa perlu Sinar Harian guna istilah desak untuk melaporkan peintaan Anwar supaya dikaji balik beberapa urusan kerajaan? Bukankah Anwar boleh bisikkan saja kepada Azmin tanpa suarakan secara terbuka? Baca komen anwar tentang Iszuree SINI

Dalam hal air, Anwar pun nampak macam mengarah-arahkan Azmin. Baca Mkini SINI

Menurut RPK di SINI, usaha untuk mengguling Azmin telah bermula. Jika tidak, kenapa tun Mahathir meminta ADUN-ADUn menyokong Azmin. [Baca The Star di SINI]

Ini hanya mengingatkan kembali kepada TS Khalid yang dipecat kerana tidak akur arahan PKR mahukan Azizah jadi MB! Azmin juge tidak akur arahan yang sama tapi dia akhirnya jd MB! 

Adakah bateri 3A masih hidup? Adakah kita semua dah kena kencing? Apa plan sebenarnya?Ikuti kupasan terkini di www.zul4kulim.blogspot.com bertajuk "Sandiwara-2A". 

Jika ia berterusan hingga lepas Oktober 28 dan 29, boleh pendik umur 2A di DUN bulan November.  

Nampak macam "one big happy family"

Posted: 28 Sep 2014 05:30 PM PDT


Rupanya bersatu untuk ...


Sementara itu, konon nak dedahkan penyamun. Mkini SINI laporkan Anwar kata MB akan dedah siapa dapat kontrak air.

Manakala Khalid kata dan dilaporkan Mkini SINI, sebarang semakan jangan sampai rakyat kena bayar lebih. Ingat balik isu nak pulun RM2.25 billion di SINI

Hanya 300 datang dengar Anwar menghasut

Posted: 28 Sep 2014 08:16 AM PDT


Kah kah kah .... baik masuk Sg Buloh cepat-cepat sebelum anak beranak saja yang masih tinggal untuk dengar dan layan Anwar.

Rakan seperjuangan sudah lama tinggalkan Anwar. Yg bela macam Tan Sri.Khalid Ibrahim dikencingkan. Yang bantu bela macam PAS, dihina dan diketepikan. Tinggal saja pengampu dan opportunis.

Baca kisah ceramah nak hasut yang tiada hadirin di Bulletin Sengal SINI

Arahan baru ke atas pembeli asing tak terpakai untuk Datum Jelatek

Posted: 28 Sep 2014 12:43 AM PDT



Dulu Saari Sungip lantang menentang pembangunan ini. Tiba-tiba senyap dan pasti terus senyap.

Sudah tentu kawasan Gombak yang tidak berapa kaki dari Datum Jelatek, kenapa Azmin tidak kenakan syarst sama seperti di kawasan Gombak?

Macam ada orang yang untung bila projek Datum dijual ke orang asing....

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Polis akan buru Alvin hingga ke lubang cacing?

Posted: 28 Sep 2014 04:10 PM PDT


"Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun."

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.


Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.

Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.

Suara Politik
Belantan

Titah Ucapan Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah di Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor. pada 26 September 2014

Posted: 28 Sep 2014 05:19 AM PDT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat 'Kajang Move'-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wataala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Di samping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta khuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Ke manakah hala tuju, dan ke manakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wataala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini di dalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.

Sekian.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CARA DAP

Posted: 28 Sep 2014 08:01 PM PDT



Kita Hanya Melihat Rumah Milik Kita diROBOHkan?

Jangan Jadi Dayus!

Dap sedang mencucuk jarum kedalam masyarakat dgn permainan rasis yg bahaya. Memecah belahkan masyarakat Malaysia dgn isu perkauman tanpa batasan, sedang cuba membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Itu semua plan jahat nak hancurkan negara.

Tidak kah kita sedar semua ini.

Tapi apa yang kita buat? Maki dalam FB atau hanya tengok sambil mengeleng kepala tanpa berusaha menyatukan semula masyarakat kita yg makin rapuh.

Patutnya kita jadi doktor utk mengubati penyakit, kita jadi pawang utk menghalau hantu-hantu ini dari terus memporak-perandakan keadaan.

Namun kita hanya jadi penonton dan pemerhati melihat pengkhianatan mereka?

Sedarkah kita mereka itu sebenarnya merancang utk meroboh rumah yg kita berteduh, rumah yg memayungi kita ketika panas atau hujan, rumah yg menjadi tapak kita membesar hingga beranak pinak.

Sekarang ni memanglah kita tak nampak sebab rumah kita ada 14 tiang. Tiga tiang (Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang) dah kena kerat, sekarang ni depa cuba kerat lagi dua tiang rumah yg agak besar (Sabah dan Sarawak).. jika dua tiang ni dikerat, rumah kita akan senget dan tak stabil, kemungkinan besar hampir roboh kerana tiang-tiang yg lain pun sudah berjaya digergaji dan tunggu masa nak patah.

Takkan kita nak tengok saja?

Sebagai tuan rumah yg memegang kunci dan masih bergelar penjaga yg sah, waktu sekarang adalah waktu yg paling tepat utk bertindak (walaupun dah agak lambat) takkan kita nak tunggu rumah dah roboh baru kita terhegeh-hegeh nak tahan dan bina balik?

Kalau sampai waktu tu, rasanya dah lambat, puak ni akan cuba curah minyak petrol dan bakar rumah tersebut sekali dgn tuan rumah yg sedang menahan rumah dari roboh.

Sedarlah sahabat sedarlah bangsaku, sedarlah rakyat Malaysia. Tidak ada sesiapa nak bantu kita jaga rumah kita, kecuali kita sendiri. Bersatulah menjadi pendinding dan pelindung, kerana rumah dan tanah ini bakal didiami oleh anak, cucu dan cicit kita pulak.

Jangan sampai dah merempat baru kita nak menyesal.. kalau dah jadi macam tu..rasanya anak, cucu dan cicit kita akan maki sumpah seranah kita kerana gagal mempertahankan rumah yg dijaga baik oleh keturunan kita terdahulu.

Nak ka kita jadi mcm tu?

Melayu Islam Berani!

Pemimpin PAS Mengaku DAP dan PKR Buli Partinya

Posted: 28 Sep 2014 06:43 PM PDT



PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.


Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.

Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS.

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..

Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah..

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP?

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..

Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan.

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

*Better late than never. Ubah sebelum parah!

APA ADA PADA PAS, BAIK MASUK DAP KAMI DISANJUNG HERO

Posted: 28 Sep 2014 04:50 PM PDT







Kami disambut sebagai Hero oleh DAP. Dalam PAS kami digelar Pengkhianat, Barua, Broker, kalau macam itu elok kami ke majlis-majlis DAP, kami dijulang sebagai Hero.






YB BROKAR DAN BARUAH (BB) BUKTIKAN MAKAN BABI DENGAN DAP BEGITU SEDAP DAN MENYELERAKAN...

Posted: 28 Sep 2014 06:44 AM PDT


Dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin kini benar-benar membuktikan bahawa mereka memang benar-benar 'broker' dan 'baruah' (BB) sepertimana yang dilafazkan oleh Presiden PAS; Dato' Abdul Hadi Awang.

Kedua-duanya didapati melanggar baiah dan arahan parti kerana menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong perlantikan Jijah Kipas sebagai Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Dan broker dan baruah PAS itu dianggap sebagai 'wira' penyelamat Pakatan Rakyat (PR)...sedangkan 13 lagi rakan-rakan mereka di kalangan ADUN PAS sebagai pengkhianat...fuyoo tererrnya!


Maka dengan penuh takzimnya dan wala'nya, DAP pun meraikan kedua-duanya dalam satu majlis makan malam besar-besaran bersama penyokong Cina DAP bagi menghargai jasa-jasa mereka.

Jasa kerana sanggup menjadi 'barua' kepada PKR dan jasa memecahbelahkan PAS. 

Beberapa pemimpin DAP ketika berucap dalam majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 500 penyokong DAP, telah menggelarkan kedua-duanya sebagai 'Penyelamat Pakatan Rakyat'.

Sebelum ini, Presiden PAS itu dalam satu ucapannya di Muktamar PAS kali ke 66 di Batu Pahat baru-baru ini telah menggelarkan kedua-dua Adun partinya itu sebagai 'broker' dan 'barua' kepada PKR dan Anwar Ibrahim kerana cuba menghasut beberapa Adun PAS lain supaya menyatakan sokongan terhadap perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Dek kerana teruja dengan sokongan DAP Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang sendawa kekeyangan itu telah menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU14 akan datang atas tiket DAP sekiranya beliau dipecat atau dikenakan tindakan disiplin oleh pimpinan PAS Pusat

Malah dalam hati si Senul ni sekarang kalau ada peluang pun beliau sanggup keluar PAS dan bersedia untuk menjadi wakil rakyat kepada DAP. Fuyoooo... 

Apa yang dizahirkan oleh si Hasnul dan Saari itu jelas membuktikan semua dakwaan Hadi Awang sebelum ini terhadap mereka yang memang dah jadi 'barua' apatah lagi setelah mereka yamseng dengan makanan-makanan yang dihidangkan DAP malam itu.


So apa kelas baiah-baiah ni, semuanya boleh ubah...bak kata ularmak PASMA; nak batalkan baiah senang jer...sembelih sekor kambing...kira settle.

Hebatkan tarbiyah DAP...yam seng!

Hadi uu ada telorkah mau pecat ini dua ekor BB?


Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Kajian Usaha Orientalis Cuba Burukkan Hadis Nabi

Posted: 28 Sep 2014 03:13 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Tidak Ikut PasMa Rugi, Yang Ikut PasMa "Ada Masyuk"?

Posted: 28 Sep 2014 09:10 PM PDT


Siapa "Syaitan" Yang Dimaksudkan Oleh Nik Abduh?

Posted: 28 Sep 2014 03:22 PM PDT



Nasrudin Tantawi Balun Kit Siang Di Twitter

Posted: 28 Sep 2014 09:17 AM PDT



Inikah Wajah Calon DAP Bakal MB Selangor Nanti?

Posted: 28 Sep 2014 06:45 AM PDT

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Inilah keturunan bangse melayu yang sudah lupe diri...........

Posted: 28 Sep 2014 05:00 PM PDT


Atuk sedikit pun tak marah atau nak menyalahkan kumpulan manusie jenis ni. Sebalik nye atuk berase sangat bersimpati terhadap kumpulan manusie jenis ini. Mereke ni nampak nye sangat2 terlalu suke dan terlalu seronok menyokong parti DAP yang 100% diterajui oleh orang kafir.

Sebenar nye mereke ni tidak mengtahui sikap dan perangai sebenar kaum kafir ni terhadap Islam. Mereke tidak mengetahui bagaimane kaum kafir telah membunuh ratusan ribu umat Islam setiap hari di serate bumi yang di kasai oleh kafir.

Contoh yang paling baik negara kafir yang menzalami umat Islam hari ini ialah Myanmar. Setiap hari mereke membunuh umat Islam ikut sesuke hati mereke. Umat Islam di India, Thailand dan lain2 negare bukan Islam di tindas dengan sewenang nye.

Malang nye di Malaysia ini orang islam pule nampak ney telah meng agung2 kan kaum kafir. Mereke sanggup pule menyokong kaum kafir untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh Islam. Pade pandangan atuk kumpulan ini lah yang se benar2 nye musuh Islam.

"1Malaysia kena Tipu" - Perlantikan Azmin Kemuncak Perancangan Langkah Langkah Kajang............

Posted: 28 Sep 2014 06:00 AM PDT


(1MALAYSIA KENA TIPU) Pelantikan Azmin Kemuncak Perancangan Lengkap Langkah Kajang, kata Lee Chin Cheh, Bekas Adun Kajang


Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meletakkan jawatannya untuk mencetuskan Langkah Kajang sehingga membawa kepada kebuntuan isu menteri besar Selangor berpendapat pelantikan Mohamed Azmin Ali adalah kemuncak kepada perancangan yang lengkap.

Bekas Adun Kajang itu percaya Langkah Kajang bukan satu kegagalan kerana PKR Selangor sejak mula lagi mahu Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita mahukan selama ini, walaupun ia berlaku secara tidak sengaja berpusing-pusing," katanya.

Lee berkata, pemimpin PKR negeri bertemu kepimpinan tertinggi parti dua hari selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas, mencadangkan agar Azmin mengambil alih jawatan menteri besar, kerana mereka ragu-ragu dengan kesesuaian Khalid untuk terus menerajui Selangor.
Tetapi cadangan itu ditolak.

"Saya diberitahu kita tidak mempunyai kata sepakat daripada rakan-rakan Pakatan," katanya, merujuk kepada DAP dan PAS yang mahu Khalid untuk terus kekal menerajui negeri terkaya di Malaysia itu untuk penggal kedua.

"Mereka tidak memahami pertembungan kami dengan Khalid dalam PKR dan kita tidak boleh memaksa mereka untuk mempercayainya," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemubual di firma guamannya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Lee yang juga seorang peguam berkata, beliau tidak tahu mengapa kedua-dua pihak dalam pakatan itu memilih Khalid tetapi mengakui Azmin sering "disalah faham" ramai orang.
"Orang yang tidak mengenal dia selalu melabel beliau sebagai tamak, rasuah dan gila kuasa tetapi itu tidak benar.

"Beliau menunjukkan kebolehan kepimpinan yang besar, berkarisma sebagai pemimpin dan mempunyai kualiti untuk menggerakkan kami," kata Lee, yang pernah bekerja rapat dengan Azmin selaku ketua PKR negeri ini.

Beliau berkata, Langkah Kajang juga berjaya menggantikan Khalid, walaupun ia mengambil masa 8 bulan dalam huru-hara yang mendedahkan keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan mungkin memberi kesan kepada sokongan terhadap pakatan pembangkang daripada pengundi.

PKR mendakwa Langkah Kajang dan keputusan untuk meletakkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu adalah untuk mengukuhkan keupayaan pakatan pembangkang.

Pada masa itu, Lee, 43, berharap Anwar akan menarik Azmin menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran negeri. "Jadi bagi saya, Azmin berkaitan dengan langkah itu," katanya.
Bagaimanapun, keputusan itu gagal ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, yang menyebabkan PKR meletakkan isteri Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kerusi itu.

Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil Kajang dan pilihan tunggal PKR dan DAP untuk jawatan MB itu, satu langkah yang ditentang pemimpin sekutu mereka iaitu PAS, yang merasakan beliau tidak layak.

Ini mencetuskan ketegangan dalam parti Islam itu dan juga dengan PKR dan DAP.
Awal minggu ini, Sultan Selangor melantik Azmin yang juga timbalan presiden PKR sebagai MB, mengakhiri kekalutan negeri untuk beberapa bulan.

Lee berkata, beliau lega krisis berakhir dan tumpuan untuk Azmin sekarang adalah pengurusan negeri yang berkesan dan membawa ketiga-tiga pihak untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang menjelang 2018.

"Terdapat lebih banyak kerja yang perlu dilakukan pada masa akan datang tetapi saya percaya ada peluang baik sekarang untuk dasar parti dilaksanakan dengan lebih berkesan dalam pentadbiran," katanya.

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Apa makna semuanya ini? .. Ada apa-apa ka ni..

Posted: 28 Sep 2014 05:22 AM PDT

Dizaman Tan Sri Khalid jadi MB aku tak pernah dengar Mahathir bersuara menyokong beliau sebagai MB.... Tapi bila Azmin Ali punya giliran lain macam pula Dr Mahathir.. ada apa-apa ka ni...





Macai-macai Anwar boleh tolong jawab,,, apakah ini sebahagian dari permulaan KONSESUS NATIONAL ... 

Atau pun memang ada cerita kisah lama...



Lakonan Anwar dah Kantoi.. Terjawab sudah..

Posted: 28 Sep 2014 12:50 AM PDT

Aku dikecam kononnya berminat dengan umno,, bila aku duk pertikai Anwar Ibrahim, woii tolonglah,, Anwar tu pun sama juga dengan perangai umno, sebab jiwanya masih jiwa umno, itu pasal aku gerodek.. 


Tolong baca berita ni... 

Azmin was Selangor PKR's first choice for MB, says former Kajang rep - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/azmin-was-selangor-pkrs-first-choice-for-mb-says-former-kajang-rep#sthash.hae5CijM.dpuf
Azmin was Selangor PKR's first choice for MB, says former Kajang rep - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/azmin-was-selangor-pkrs-first-choice-for-mb-says-former-kajang-rep#sthash.hae5CijM.dpuf
Azmin was Selangor PKR's first choice for MB, says former Kajang rep - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/azmin-was-selangor-pkrs-first-choice-for-mb-says-former-kajang-rep#sthash.hae5CijM.dpuf
Azmin was Selangor PKR's first choice for MB, says former Kajang rep - 

BY EILEEN NG
Published: 28 September 2014 | Updated: 28 September 2014 8:13 AM
Former Kajang assemblyman Lee Chin Cheh says Selangor PKR leaders had approached the party's top leadership days after the general election last year to have Azmin Ali takes over as the menteri besar but the proposal was shot down. – The Malaysian Insider pic by Afif Raiezal, September 28, 2014.
Former Kajang assemblyman Lee Chin Cheh says Selangor PKR leaders had approached the party's top leadership days after the general election last year to have Azmin Ali takes over as the menteri besar but the proposal was shot down. – The Malaysian Insider pic by Afif Raiezal, September 28, 2014. - 

For Lee Chin Cheh, whose resignation triggered the Kajang move that led to the Selangor menteri besar impasse, the appointment of Azmin Ali as menteri besar is the culmination of a plan that has come full circle.

The former Kajang assemblyman believes the Kajang move was not a failure as the state PKR had initially wanted Azmin to replace former MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"What's happening now is the sum of what we had wanted all this while, although it happened accidentally in a roundabout way," he said.
Lee said the state leaders had approached the party's top leadership two days after the May 5 general election last year, proposing that Azmin take over as menteri besar, as they had qualms about Khalid's suitability to continue helming Selangor.
But the proposal was shot down.
"I was told that we do not have the consensus from the other Pakatan partners," he said, referring to DAP and PAS who wanted Khalid to run Malaysia's wealthiest state for the second term.
"They did not understand our run-ins with Khalid within PKR and we couldn't force them to believe it," he told The Malaysian Insider at his law firm in Petaling Jaya.
The lawyer said he did not know why the two Pakatan parties preferred Khalid but conceded that Azmin was often "misunderstood" by people.
"People who don't know him had painted him as greedy, corrupt and lusting for power but that is not true.
"He has demonstrated great leadership abilities, is a charismatic leader and has the qualities to propel us further," said Lee, who had worked closely with Azmin, who is the state PKR chief.
He said the Kajang move had also succeeded in replacing Khalid, although it took eight tumultuous months that revealed cracks within Pakatan Rakyat and might have cost the opposition pact support from the electorate.
PKR had claimed the Kajang move and the subsequent decision to field opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in the mixed seat was to strengthen the opposition coalition's ability to serve the urban electorate as well as to defend Selangor from Umno's attacks.
At that time, Lee, 43, had hoped that Anwar would rope in Azmin to be part of the state administration.
"So, to me, Azmin was relevant to the move," he said.
However, that plan was stymied by the Court of Appeal's decision that Anwar was guilty of sodomising his former aide, which left PKR settling for Anwar's wife, PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah won the Kajang by-election and was the sole choice of PKR and DAP for the MB post, a move that was resisted by conservative leaders in ally PAS, who felt that she was not qualified.
This triggered tension within the Islamist party as well as with PKR and DAP.
Earlier this week, the Selangor Sultan appointed PKR deputy president Azmin as the MB, ending the imbroglio that has dogged the state for months.
Lee is relieved that the crisis is over and said the focus now for Azmin should be on managing the state effectively and to bring together all three parties to prepare for the next general election, which has to be called by 2018.
"There is a lot more work to be done in the future but I believe there's a good opportunity now for party policies to be gelled with more effectively with the administration," he said.
Under Khalid, the common complaint among PKR leaders was his tendency to act unilaterally and not brief the party of his plans.
Despite the drama of the past eight months, Lee does not regret his decision to step down, despite knowing he will not be eligible to stand in the next general election.
"I know Khalid would never go unless the pressure or surrounding circumstances were great enough.
"Some might say the Kajang move is a disaster but to me, it has served its purpose and brought the desired result." – September 28, 2014.

Link  - Klik Sini   

Persoalannya kenapa dibuatnya Langkah Kajang dengan berbagai cerita kartun dengan membodohkan perlbagai pihak sehingga Parti Pas berantakan, bergaduh sesama sendiri,,, sebabnya utamanya Presiden Pas tolak Wan Azizah,,,  ni apa cerita ... akhirnya sesama makan kek merayakan perbuatan mereka... memang membusukkan.. 






Kenapa nak buat SD, ambik ahli Adun Pas 2 org suruh sokong Wan Azizah,, bagi cukup 30 org majoriti,, Azmin pun berjanji tak mau jawatan MB, tetap kpd Azizah,, akhirnya cerita lain,,, semua kena tipu... kerusi Exco Pas dari 4 dah tinggal 3, ini rupa parti yang mengaku keadilan,,, kwak pthuihhh.. .