Followers

Nuffnang

The Unspinners

1

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP komunis penipu, Mana ada kebebasan bersuara?

Posted: 27 Sep 2014 06:48 PM PDT


Mahukah mereka yang menentang Akta Hasutan mengkritik.DAP yang menindas kebebasan bersuara?

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh

Posted: 27 Sep 2014 10:58 PM PDT


Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 1:10 PM
Nik Abduh Nik Aziz
 
PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.

"Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor.

"Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama.

"Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP.

"PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli.

"Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka.

Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP.

Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan.

Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.

"PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya.

Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu.

"DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati.

"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur.

"PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS

Anwar Ibrahim dan Sang Siput

Posted: 26 Sep 2014 11:56 PM PDT

Walau cerdik dan sebijak mana pun seseorang politikus, perjuangan untuk kekalkan status quo politiknya akan dicuba dikekalkan walau dengan apa cara sekalipun hatta melacurkan demokrasi itu sendiri.
COMMENT
Dari Edwin Michael
siput
Tersebutlah sebuah alkisah tentang Sang Kancil yang sering merasakan dirinya cerdas, cerdik dan pintar dan tiada haiwan lain yang mampu menandinginya. Maka, pada suatu hari, ketika Sang Kancil sedang berjalan-jalan menyusuri sebatang sungai, Sang Kancil bertemu dengan Sang Siput.
Sang Siput lalu bertanya sebab Sang Kancil kelihatan sangat gembira pada hari itu. Lalu Sang Kancil dengan angkuhnya menjawab bahawa dialah penghuni hutan yang cerdas, cerdik dan pintar. Sang Siput tidak bersetuju kerana baginya dialah penghuni hutan yang layak digelar sedemikian. Dengan ketawa bernada ego, Sang Kancil bertanya bagaimana Sang Siput mampu menjadi cerdas dan tangkas sedangkan tubuhnya sudahlah kecil, berjalan pula teramat perlahan.
Sang Siput marah lalu mencabar untuk menguji siapa yang paling cerdas, tangkas dan bijak. Lalu satu pertandingan lumba lari diatur pada keesokan harinya. Sang Kancil bersetuju. Pada sebelah malam, Sang Kancil telah bertemu dengan Sang Tikus Mondok untuk membantu mengatur strategi buatnya. Strategi Sang Tikus Mondok adalah mudah iaitu berlari selaju yang boleh. Sang Kancil dan Sang Tikus Mondok berpendapat bahawa Sang Siput tidak boleh mengejarnya. Sedangkan Sang Siput pula telah mempersiapkan strateginya dengan meminta tolong kawan-kawannya untuk bersembunyi disepanjang laluan lumba lari lalu dan perlu membalas teriakan Sang Kancil.
Pagi yang cerah dan sekalian penghuni hutan sudah bersedia menonton perlumbaan antara Sang Kancil dan Sang Siput. Pertandingan dimulakan dan Sang Kancil berlari dengan kencang sekali. Beberapa saat kemudian, Sang Kancil berteriak bertanya dimanakah Sang Siput dan lalu Sang Siput menjawab bahawa dia berada dihadapannya. Sang Kancil bertambah panik lalu berlari kencang lagi dan apabila yakin telah memintas Sang Siput, Sang Kancil akan berhenti dan berteriak dan Sang Siput akan membalas teriakkan bahawa dia berada dihadapan Sang Kancil.
Sampai pada satu selekoh, Sang Kancil berteriak tetapi tiada sebarang balasan daripada Sang Siput. Menyangkakan bahawa Sang Siput telah ketinggalan dibelakang dan rasa penat yang teramat sangat, maka Sang Kancil berhenti berehat seketika sebelum memulakan semula perlumbaan. Akibat penat dan tiada pula suara balasan daripada Sang Siput, Sang Kancil berjalan perlahan-lahan dan ketika beberapa langkah sampai ke garisan penamat, Sang Siput duduk diatas batu memerhatikan Sang Kancil yang sebenarnya telah pun tewas. Strategi Sang Tikus Mondok nyata gagal. Sang Kancil dimalukan sebegitu hebat oleh Sang Siput.
Tewasnya Anwar Ibrahim
Perlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baru adalah satu tamparan hebat buat Anwar Ibrahim yang selama ini degil untuk meletakkan isterinya sebagai MB yang baru. Anwar Ibrahim yang selama ini terkenal sebagai pakar propaganda politik yang cekap dan pandai memainkan sentimen rakyat agar terus beranggapan bahawa dialah penyelamat Malaysia akhirnya ditewaskan oleh anak didiknya sendiri. Strategi Rafizi Ramli iaitu Langkah Kajang bukan sahaja satu kegagalan tetapi juga satu malapetaka kepada politik Pakatan Rakyat (PR). Langkah Kajang ini hanya mendedahkan wajah-wajah sebenar setiap pemimpin PR termasuk Lim Guan Eng yang secara terbuka menyelar PAS sebagai pengkhianat kerana tidak menyokong 'nepotisme halal' yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim.
Apabila Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak disenaraikan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) maka untuk apa pilihanraya kecil Kajang ini diadakan sebenarnya? Untuk memenuhi nafus politik siapa? Mengapa rakyat diheret dalam perebutan kuasa oleh Anwar Ibrahim ini? Keegoan Anwar terus dicalar apabila dipecat daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor oleh Khalid Ibrahim pada hari terakhirnya sebagai MB Selangor.
Istana Selangor vs Anwar Ibrahim
Sepanjang krisis MB Selangor ini umum ketahui bagaimana Anwar Ibrahim mengheret pihak Istana dalam cubaan untuk meletakkan isterinya sebagai MB. Malah, ada juga pemerhati dan politikus pro Anwar Ibrahim mencabar pihak Istana kerana enggan melantik Wan Azizah sebagai MB yang dikatakan mempunyai sokongan 30 ADUN. Serangan ke atas istana diperhebat lagi oleh penganalisis dan pakar perlembagaan yang menjadi pengikut setia Anwar Ibrahim.
Namun semua diam dan senyap apabila pihak Istana melantik Azmin Ali dan perlantikkan itu pula akhirnya terpaksa dipersetujui oleh suami isteri iaitu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Konco-konconya pula perhebatkan serangan terhadap Istana kerana melantik Azmin Ali sebagai MB. Dan paling bahaya apabila terdapat unsur agar rakyat pertikaikan hak Sultan Selangor dalam perlantikkan MB.
Halatuju Politik Anwar Ibrahim
Seseorang ahli politik tidak pernah dan tidak akan berhenti daripada berpolitik selagi apa yang diimpikannya tidak tercapai. Biar tewas sekalipun, otaknya akan ligat mencari sebab musabab yang lain untuk digerakkan agar agenda peribadinya dapat dicapai. Anwar yang kini berdepan dengan siasatan dibawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan dengan keputusan kes liwatnya yang akan didengari pada 28 Oktober nanti, adalah mustahil untuk melihat cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai. Paling sedih, cita-citanya untuk meletakkan isterinya sebagai MB juga digagalkan oleh Azmin Ali dengan strategi liciknya. Namun bagi seorang manusia yang sentiasa mendakwa bahawa hanya dialah penyelamat Malaysia, belum tentu dia akan menyerah kalah.
Strategi semestinya sudah dipasang untuk menjadikan Azmin Ali sebagai MB yang paling pendek khidmatnya. Dan dengan DAP yang berdiri teguh dibelakang Anwar Ibrahim, adalah beronak laluan buat Azmin Ali untuk memastikan tiada gangguan dalam pentadbirannya nanti.
Namun, mahu tidak mahu harus diakui bahawa kecerdikan dan ketangkasan Azmin Ali memintas secara senyap strategi Langkah Kajang ini adalah sesuatu yang tidak harus dipandang sepi. Dipihaknya, tentu strategi sedang dirangka untuk memastikan kekal berkuasa.
Kegagalan Langkah Kajang petanda matinya reformasi seperti matinya kesombongan Sang Kancil pada Sang Siput sementara Sang Tikus Mondok pula menghilangkan diri kerana strategi yang bertukar menjadi tragedi.

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Tiada Lagi Jalan Pintas ke Syurga

Posted: 27 Sep 2014 09:56 PM PDT

Kenyataan anak Nik Aziz ini agak keras, sekali gus membuktikan dakwaan UMNO selama ini bahawa PAS hanyalah kuda tunggangan DAP adalah benar dan tepat. Dalam sejarah tahaluf siyasi PAS, inilah tahaluf siyasi yang paling merugikan PAS. PAS sekadar pernah ditendang keluar oleh BN, manakala S46 dan Hamim pula pernah mengetuk kepala PAS. Tetapi, DAP dan PKR melakukan pengkhianatan terhadap PAS jauh lebih zalim daripada UMNO dan S46 lakukan. Janggut dan serban PAS tidak hanya dijerut dan dibuang, bahkan tengkuk PAS juga telah diikat sehingga PAS tidak mampu berbuat apa-apa..terpekik dan melolonglah dalam muktamar..tetapi tiada makna..yang berkuasa tetap PKR dan DAP. Baca berita di bawah:
 
KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PAS hari ini mendakwa partinya kini menjadi mangsa buli sekutunya, DAP dan terdapat usaha bagi membakar sentimen penyokong Pakatan Rakyat supaya membenci PAS. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata adalah menjadi satu kerugian besar kepada Pakatan Rakyat andai DAP yang menyokong PKR terus membuli PAS.

"Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila PAS tukar angin, PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. "Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setia kawan dalam kehidupan. Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP," katanya menerusi entri terbaru dalam laman Fecebooknya yang dimuat naik awal pagi ini.

Nik Abduh mendakwa ada pemimpin DAP yang menyatakan bahawa PAS akan dihukum rakyat berikutan isu Selangor yang sehingga kini masih tidak menentu. Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menempelak sekutunya yang seolah-olah terlalu gembira dan megah bila mendapat kuasa. "Gembira dan megah sangat bila sudah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli sudah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu," katanya. Biarpun PAS sentiasa dibuli, katanya, parti itu tetap berjaya dalam hidupnya serta memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. Beliau menjelaskan PAS juga parti yang tidak akan terkubur kerana nyawa dan ideologinya adalah Islam, malah sehingga kini masih belum kelihatan pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan PAS. Kenyataan Nik Abduh itu merujuk kepada beberapa keadaan malang yang ditimpa PAS termasuk isu pengurangan jawatan EXCO Selangor yang diberi kepada PAS serta penggantungan tugas seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang juga Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


AKHIRNYA USTAZ ZAHARUDIN MUHAMAD AHLI MAJLIS SYURA ULAMAK PAS BERSUARA DALAM ISU FITNAH KERETA DAN SAHAM

Posted: 27 Sep 2014 05:23 AM PDT


Pada 13 September 2014 saya dah tulis dalam timeline saya bahawa saya dapat maklumat daripada kawan yang masuk dalam mesyuarat NGO Politik pertama di Malaysia yang merancang menguasai kepimpinan PAS dan cuba menjatuhkan orang-orang tertentu dengan fitnah. Waktu itu, saya tak nampak fitnah apa yang mereka nak buat terhadap saya. Ternyata selepas itu, sewaktu muktamar baru-baru ini fitnah ini bertalu-talu diratib dengan mengimejkan saya sebagai mewah dengan disebarkan gambar BMW 7 series berwarna merah yang harga pasaran lebih setengah juta. Fitnah ini ditambah lagi dengan isu saham ESOS.
Saya tergelak apabila membaca sebaran yang diforwardkan oleh rakan-rakan kepada saya kerana melihat penyebar-penyebar ini terlalu dangkal dan jahil tentang kereta dan saham. Saya yakin tak sampai 5% rakyat Malaysia yang mahir tentang jenis kereta, harga kereta, design kereta dan cara mendapatkan kereta dan spare part murah secara sah di pasaran global. Tidak melampau jika saya kata tak sampai 3% rakyat Malaysia yang betul-betul mahir tentang selok belok saham ESOS dan saham-saham lain di pasaran terbuka seperti IPO.
Asalnya saya tak nak jawab dan layan dengan sebaran ini justeru ianya terlalu dangkal dan melucukan di samping kesibukan tugas dan tanggungjawab. Tapi bila saya dapati ia semakin tersebar dan cuba mengaitkan parti, jemaah, golongan Ustaz, Ulama dan Majlis Syura, maka saya bimbang ia akan berlarutan. Justeru itu saya akan jawab secara ringkas, kerana kalau nak terangkan detail, 10 muka surat masih tak mengcukupi.
Berkaitan isu kereta, memang saya mempunyai syarikat jual beli kenderaan motor dan kereta yang didaftarkan sebagai Al-Faqeeh Trading. Fokus perniagaan ialah mendapatkan kereta-kereta murah dan dimodifikasi semula supaya selesa dan sedap mata memandang. Oleh itu, saya mampu memperolehi kereta dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran biasa. Saya telah menjual kereta BMW 730i sebelum ini dengan margin sebuah sekitar RM20-RM40 ribu. Sekarang masih ada 1 biji Myvi yang masih dalam pembikinan semula, 1 Myvi 2013 dan motor Z100 2011 yang sedang tunggu payment bank. Stok masih ada ialah Mercedes CLS350 dan E240 milik bekas duta dan pegawai kedutaan Saudi yang dah balik kampong.
Kereta-kereta yang dijual termasuk kereta yang saya pakai sendiri sebagaimana yang disebarkan dengan tujuan negative. Ia adalah kereta lama dengan pendaftaran JMB2003, dicustome/modifikasi dan dimakeup semula. (lihat gambar dari store sehingga ke jalan raya). Harga asal kereta yang saya pakai ialah RM64,500 sahaja (pembelian daripada CIMB), jauh lebih murah berbanding Exora baru yang berharga RM89,000 (Jenis Prime Premium 1.6 cc) (Rujuk Purchaser invoice yang saya lampirkan) Iaitu mahal sedikit berbanding Myvi 1.5 extreme full spec.
Harga pasaran pada waktu itu lebih kurang RM100,000. Margin yang saya dapat daripada pembelian dan jualan semula kereta BMW 7 series ialah RM40,000. 2 buah saya jual, dapat free sebiji. Paling murah jenis 7 Series 2005 (735i model E65 ialah RM45,000) pada tahun lepas di mana harga pasaran ialah RM110,000.
Dengan lampu belakang depan 7 series model terkini yang saya masukkan, menjadikan kereta tersebut dilihat model terkini dan ekslusif, bahkan lebih mantap dengan sport rim terpilih dan fender yang diubahsuai sehingga menaikkan nilai pasarannya kepada RM150,000. Tidak menjadi kesalahan Puspakom jika modifikasi melibatkan lampu dan fender yang lengkap. Kos lampu baru BMW 7 series terbaru di Malaysia lebih kurang RM6,000, maka anda akan kata kos modifikasi sangat tinggi. Walhal, apabila saya dapat keluar daripada monopoli ini pasaran ini melalui import direct lampu terpakai daripada USA, maka kos lampu depan dan belakang hanya sekitar RM1000 lebih sahaja termasuk penghantaran. Kos korporat untuk shipment hanya RM0.70 (70 sen) sahaja (DHL) sekilogram apabila Al-Faqeeh Trading berdaftar sebagai importer korporat dengan syarikat DHL justeru syarikat saya juga terlibat dengan import motor (Recond) daripada USA menggunakan shipment udara (kapal terbang) sekitar 400kg sebiji motor.
Automotive designing ini memang bidang kepakaran dan minat saya justeru ini bukan kereta pertama yang saya design semula. Tangan saya sendiri yang melakar bentuk kereta tersebut daripada kereta usang di dalam store bank berubah menjadi kereta terkini yang selesa, kuat dan laju. Besi yang diguna pakai setebal 0.8mm berbeza dengan kereta jepun biasa sekitar 0.6mm manakala besi kereta Malaysia sebahagiannya 0.4mm+- sahaja. Sebab tu bila anda tekan bodi kereta tempatan, dia akan masuk ke dalam macam telur. 0.8 mm takkan kemik walau anda tendang dengan kasut besi sekalipun. Ini seni kereta yang saya miliki, di mana jika anda tidak memilik seni ini, dengan RM64,500 anda hanya mampu mendapatkan sebuah kereta tempatan berbesikan 0.4mm bodinya, enjin 1.3 liter tanpa horse power. Penggunaan spacer tayar 3.5mm menjadikannya stabil apabila di selekoh, tiada dalam kelebihan kereta Exora yang lebih mahal daripada kereta 'mewah saya yang disebarkan'.
Oleh itu, persoalan yang perlu dijawab oleh penyebar-penyebar fitnah:

1. Di mana salahnya jika saya membeli kereta untuk diniagakan semula dengan harga yang lebih murah daripada kereta Exora? Di sini berlaku penjimatan dan pembelian mampu sebagaimana firman Allah swt bermaksud: Hendaklah orang yang mampu berbelanja (berbelanja) menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia berbelanja dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu) –(At-Tolaq: 7). Para sahabat memiliki Humr An-Niam (unta merah) yang nilainya pada zaman itu 2000 dinar (RM1.4 juta pada hari ini).
2. Di mana salahnya memakai kereta yang selesa? Banyak hadis yang di taqrirkan (diiktiraf) oleh nabi SAW sehingga menjadi galakan kepada orang Islam memiliki kenderaan yang selesa. Antaranya ialah sabda nabi SAW: Empat kebahagian (di atas dunia): isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang saleh dan kenderaan yang selesa. Empat perkara yang menjadikan seseorang itu kesempitan: isteri yang teruk, jiran yang jahat, kenderaan yang jengkel dan kediaman yang sempit. – (Hadis Sahih, riwayat riwayat Al-Haakim).
3. Di mana salahnya jika saya mengguna pakai kereta ini sehingga saya mampu melakukan perjalanan 1400 km dalam masa 2 hari untuk kerja-kerja parti? Hari pertama daripada KL ke Ayer Kuning Perak (250+-km). Lepas zohor bertolak ke penang (115+- km). Malamnya di Alor Star (115+- km). Lepas subuh bertolak ke Kuala Terengganu (460+-km). Petang bertolak ke KL untuk usrah selepas Isya di sana (450km+-). Jarak sekitara 1400 KM dalam masa 2 hari yang pernah saya tempuhi sewaktu PRU13 sangat sukar ditempuhi dengan menggunakan kereta biasa dengan memandu seorang diri.
4. Di mana salahnya jika mengikuti jejak langkah sahabat yang memiliki kenderaan yang bukan sahaja selesa tetapi kuat untuk berjihad menyampaikan dakwah seperti mereka memiliki Humr Niam dan kuda-kuda yang kuat. Abdul Rahman bin Auf memiliki 100 ekor kuda sewaktu beliau meninggal. Zubair bin Al Awwam, salah seorang antara 10 sahabat yagn dijamin syurga dan terkenal sebagai seorang yang zuhud, memiliki sebanyak 20 ekor kuda.

Berkenaan saham ESOS pula, apa yang disebarkan adalah palsu apabila cuba menggambarkan saya memperolehi setengah juta ringgit kerana kroni kepada Presiden dan MB. Lucunya, orang yang sebarkan berita ni tak tahu maksud ESOS dan bagaimana ia berlaku dan dikira. Ringkas cerita, saham ni bukan parti yang tentukan. Bukan MB yang tentukan. Apatah lagi presiden PAS. Ia berlaku 'by law', diluluskan melalui Bursa dan akta, dilaksanakan melaluli mandat pemegang saham dan dipantau oleh Option Committee. Ia bukan bermula pada tahun 2008 sewaktu PR ambil Selangor, ia bukan di luluskan waktu saya masuk tahun 2011, tetapi ia telah diluluskan oleh AGM (bukan parti politik) pada tahun 2004 lagi.

ESOS ni wujud di syarikat-syarikat korporat. Jika mereka tak pakai ESOS, mereka pakai LTIP (Long Term Incentive Plan) sebagaimana syarikat lama saya dulu (saham di UK). ESOS tertakluk kepada Bursa kerana Perangsang di bawah BURSA justeru ia adalah syarikat Listed Company.

Waktu ESOS dibuka, harga ESOS kepada staf ialah RM1,00, market value (Harga pasaran di Bursa) RM.080 manakala fair value ialah RM1.20+-. Maknanya, kalau saya beli pada waktu itu, saya akan rugi RM0.20 sen setiap saham. Tapi setiap orang boleh beli saham tu hatta kalau nak beli 1 juta unit saham sekalipun boleh melalui open market dengan harga RM0.80 sebab dia disenaraikan di open market di Bursa. Maknanya kalau anda beli saham tu di open market, harganya RM0.80 tapi kalau anda beli melalui ESOS, maka harganya RM1. ESOS ni bukan dapat tiap-tiap tahun dan bukan saya dan Sabki je dapat, semua staf dapat hatta eksekutif biasa sekalipun. Lagi satu, angka jumlah ESOS yang disebarkan itu adalah tidak betul.
Lebih melucukan apabila si penyebar fitnah sebut: "offer pada tahun 2012 (RM1) dan jual pada 2014 (RM1.80). Maka untungnya setengah juta". Nampak sangat tak tahu bab saham ESOS yang expired hanya sekitar 6 bulan sahaja.

Kalau benda tu salah, saya cabar mana-mana pihak buat aduan SPRM atau aduan ke Bursa. Kalau tak percaya kepada SPRM maka report ke Bursa supaya diblock kumpulan Perangsang daripada senarai. Bursa adalah badan berautoriti, telus dan responsif jika berlaku perlanggaran peraturan dalam pengurusan Listed Company di Malaysia.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Exco baharu Selangor : Pas hilang satu kerusi, angkara siapa?

Posted: 27 Sep 2014 06:17 AM PDT


Hanya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas kekal dilantik semula sebagai Exco Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali.

Tiga ADUN terbabit, masing-masing ialah ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan keputusan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin dalam satu sidang akhbar khas di tingkat 22, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Jumlah Exco Pas itu dilihat berkurangan satu kerusi berbanding sebelum yang menyaksikan Pas mempunyai empat kerusi Exco.

Sebaliknya, PKR kali ini telah meletakkan empat wakil mereka sebagai Exco dengan melantik semula ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong; ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi selain melantik dua muka baharu iaitu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.

Pada masa sama, Azmin turut memaklumkan bahawa DAP masih mengekalkan tiga Exco sebelum ini untuk dilantik semua di bawah pentadbirannya iaitu ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim; Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan ADUN Kota Alam Shah, V. Ganabatirau.

Sebelum itu, Sultan tidak perkenan Exco?

Senarai calon barisan Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, dipercayai belum mendapat perkenan daripada baginda.

Ini kerana sehingga malam semalam, perbincangan di antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan masih berjalan berhubung pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu itu.


Malah Mohamed Azmin dalam akaun Twitter miliknya turut mengakui laporan media berhubung pembahagian komposisi barisan Exco kerajaan negeri iaitu 4-3-3 adalah tidak tepat.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya dalam akaun Twitter lewat petang ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi mengesahkan pihak istana belum memuktamadkan senarai calon Exco kerajaan negeri yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin.

Menurutnya, perkara itu mungkin hanya dapat diselesaikan pagi esok sebelum majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri dijadual pada sebelah petang.

Mohamed Azmin hari ini menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 3 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon Exco kerajaan negeri yang baharu di Istana Mestika di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu telah mempersembahkan 10 nama untuk dipertimbangkan dan diperkenankan oleh baginda sebagai Exco kerajaan negeri.


Sebaik sahaja keluar dari pekarangan istana tersebut, beliau memaklumkan kepada pihak media bahawa komposisi 4-3-3 barisan Exco kerajaan negeri sebelum ini iaitu empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, tiga ADUN PKR dan tiga lagi daripada DAP akan dikekalkan.

Bagaimanapun, kira-kira empat jam kemudian, beliau menyatakan dalam Twitter bahawa laporan media berhubung pengagihan kuota Exco terbabit adalah tidak tepat.

Mohamed Azmin dikatakan berdepan dilema untuk melantik barisan Exco kerajaan negeri ekoran wujud suara-suara daripada pemimpin PKR sendiri supaya kerusi Exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kepada tindakan bekas empat Exco parti Islam itu sebelum ini yang menyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DAP sendiri menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara terang-terangan turut melabelkan empat Exco Pas iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi yang menyokong Abdul Khalid sebelum ini sebagai pengkhianat kerana mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam pakatan pembangkang.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Ceramah Anwar Ibrahim Hanya 300 orang Penonton vs Ribuan Sertai Selawat Perdana.

Posted: 27 Sep 2014 09:38 PM PDT

Blogger Penang, GPB melaporkan hanya 300 orang hadir ceramah Anwar Ibrahim (http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/09/pelancaran-mahsuhaktahasutan-permatang.html?m=1)


Ceramah Pelancaran Mahsuh Akta Hasutan di Tapak Pesta Seberang Jaya malam ini  pastinya memalukan ANWAR  IBRAHIM yang juga Ahli Parlimen Pmtg Pauh .

Apa tidaknya pelancaran sesuatu gerakan besar seperti Mahsuh Akta Hasutan sepatutnya dihadiri ribuan penyokong mereka dan lokasinya pulak kubu kuat PKR sendiri iaitu Permatang Pauh .

Di manakah silapnya ia tidak mendapat sambutan penyokong dan rakyat khusunya Permatang Pauh walaupun menampilkan ramai pemimpin terkenal dalam Pakatan seperti Mat Sabu , Tian Chua , Dr Afif Bahardin , Rayer serta Adam Adli .

Dianggarkan  300 orang sahaja menurut maklumat rakan GPB  yang hadir di ceramah berkenaan dan ia memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR .

Baca seterusnya di sini : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/09/pelancaran-mahsuhaktahasutan-permatang.html?m=1

Jika masih tak percaya, anda boleh lihat lihat di blog CTS (http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/pelancaran-ceramah-mansuhkan-akta.html)


Sumber : (http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/pelancaran-ceramah-mansuhkan-akta.html

Manakala blogger Parpu pula melaporkan ribuan yang hadir ke majlis selawat perdana anjuran Yayasan Perdana Ummah.



Sumber : http://parpukari.blogspot.com/2014/09/ya-hanana-puluhan-ribu-turun-di.html

Walaupun kedua-dua program berjalan di tempat yang berlainan namun secara kasar boleh dirumuskan bahawa rakyat sebenarya sudah muak dengan mainan politik parti-parti siasah. Mereka kini lebih tertumpu kepada majlis-majlis agama dan ilmu daripada mendengar retorik pemimpin politik. Kita tidak boleh menolak bahawa negara ini sedang dilanda gelombang islamisasi yang mana rakyat lebih berminat dengan perkara-perkara berkaitan Islam. Usaha-usaha NGO-NGO dan Yayasan mesra Kerajaan menganjurkan program-program sebegini amatlah baik dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat setempat.

Selain itu, Anwar mungkin lupa bahawa selama ini yang memenuhi ceramah-ceramahnya adalah penyokong-penyokong Ulama dalam PAS. Geng professional mana ada penyokong yang ramai. Ketika UMNO dan PAS terus menerus menganjurkan program-program agama, Anwar dan PKR pula sibuk menghasut dan menyebarkan fahaman liberal.

*Cukup-cukuplah pak sheikh.....pilihan raya lambat lagi. Daripada asyik tambah kontroversi, lebih baik tingkatkan prestasi kerajaan negeri yang pakatan pegang. Jika betul perjuangkan rakyat, kenapa Pak Sheikh tak perjuangkan rumah mampu milik yang makin pupus di Penang?

6 SEBAB PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT

Posted: 27 Sep 2014 05:21 PM PDT

PERKEMBANGAN-PERKEMBANGAN yang berlaku di dalam parti PAS akan hubungan politiknya dengan PKR dan DAP nampaknya banyak merugikan parti PAS dan ahli-ahlinya.

Kemelut di Selangor baru-baru ini menguji kematangan politik PAS dalam hubungan tahalul siyasi mereka. Pendirian PAS tidak dihormati oleh rakan-rakan mereka malah lihatlah kesan buruknya kepada PAS:-

1. Jumlah Exco PAS telah dikurangkan daripada 4 kepada 3. Rujuk

2. Sebelumnya 2 Wakil Rakyat PAS sudah tidak lagi wala' dan bai'ah kepada Presiden. Rujuk

3. PAS kalah dalam PRK Pengkalan Kubor di mana BN menang majoriti yang lebih besar. PKR dan DAP tidak begitu membantu atau langsung tidak membantu. Rujuk

4. Ahli Jawatankuasa Tetap MPPP telah dikeluarkan hanya kerana ucapannya semasa Muktamar PAS di Batu Pahat. Rujuk

5. Wakil Rakyat PAS tidak menolak kemungkinan menyaman Presiden PAS. Rujuk

6. DAP pula memutuskan 4 Wakil Rakyat PAS sebagai Pengkhianat walaupun telah dijelaskan oleh mereka bahawa ianya suatu pengorbanan mereka untuk mengelak mantan MB TS Khalid Ibrahim daripada terpaksa melantik Exco dari parti lain. Rujuk

Berdasarkan rentetan tindakan DAP dan PKR ke atas PAS itu, kita dapati mereka sudah tidak lagi menghormati PAS. Malah mereka tidak lagi memandang PAS sebagai kawan mereka. Malahan mereka tidak segan silu menghukum PAS tanpa memikirkan sumbangan PAS selama ini.

Sebagai pemerhati politik, saya mencadangkan supaya PAS tidak perlu menunggu keadaan lebih parah dan merugikan PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan sebagai sebuah gerakan Islam. Tanda-tanda yang sedang berlaku menunjukkan adalah lebih baik PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri sendiri sebagai sebuah parti dan gerakan Islam yang bermaruah dan dihormati.

JIKA SAYA JADI CALON PAS? 
PAS tidak perlu bergabung dengan UMNO, kerana kewujudan PAS sangat penting untuk memberi check and balance kepada pemerintah. Walaupun dari sudut sejarah parti PAS itu lahir daripada tulang rusuk UMNO, tidaklah menghalang ahli-ahlinya daripada bekerjasama dengan parti UMNO. 

Sekarang pun ramai ahli-ahli PAS bekerjasama dan rapat dengan kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO, contohnya mantan Timbalan Presiden PAS dan ramai lagi. Mereka membantu kepimpinan DS Najib dalam hal-hal yang berkaitan Islam, dia tidak pun dipecat sebagai ahli PAS.

Begitu juga, apabila Tun Dr Mahathir keluar sekejap dari UMNO semasa era Pak Lah, pada masa itu TG Nik Aziz mempelawa Tun Dr. Mahathir menyertai PAS. 

Baca sambungan di sini




SAARI SUNGIP AKAN SAMAN HAJI HADI

Posted: 27 Sep 2014 03:12 PM PDT

Sambil mengakui label'broker,' 'barua,' 'dicuri' dan 'dibeli' yang dilemparkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kesat, namun ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib mengakui beliau tidak menutup pilihan mahu menyaman Presiden PAS itu.
"Walaupun ramai rakan-rakan pimpinan menyatakan benda ini tidak akan selesai sehinggalah menghantar (saman) membersihkan melalui proses mahkamah.
"Saya tidak menutup pilihan tersebut, tetapi saya menganggap satu perkara yang perlu saya buat pada masa ini,"katanya dalam satu wacana bertajuk 'PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?' 25 September di Restoren Amjal, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Selain Saari, wacana anjuran LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia) turut membariskan Ir. Izham Hashim – Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya dan Ustaz Ridzwan Abu Bakar – Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah.
Ir. Izham dalam ceramahnya menempelak Abdul Hadi yang tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
"Mesyuarat (PR) tak nak pergi, lepas tu buat keputusan sendiri," katanya
Namun, katanya, ia telah memberi satu hikmah bahawa PAS parti bermasalah.
"Dia kata, PKR ni buat taik, kita yang bermasalah. Kalau PKR buat taik, kau pergi main buat apa, sekarang terpalit semua orang.
"Tapi saya rasa PKR bukan buat taik, dia ada masalah betul, (sepatutnya) kita tolong dia selesaikan."katanya.
Ir. Izham mendakwa PAS berkeras mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kerana parti itu mempunyai kawalan yang kuat terhadap GLC Selangor.
"Kawalan yang kuat melalui Raja Idris di GLC Selangor. Di kalangan pegawai-pegawai kerajaan, disebut Raja Idris sebagai 'Timbalan Menteri Besar Selangor.'
"Raja Idris ini orang kepercayaan rapat Tuan Guru Presiden PAS," katanya lagi

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Melayu masih perlukan Akta Hasutan

Posted: 27 Sep 2014 08:55 PM PDT

Permatang Pauh malam ini memalukan Anwar !!

Ceramah Pelancaran Mahsuh Akta Hasutan di Tapak Pesta Seberang Jaya pastinya memalukan KETUM yang juga Ahli Parlimen Pmtg Pauh .

Apa tidaknya pelancaran sesuatu gerakan besar seperti Mahsuh Akta Hasutan sepatutnya dihadiri ribuan penyokong mereka dan lokasinya pulak kubu kuat PKR sendiri iaitu Permatang Pauh .

Di manakah silapnya ia tidak mendapat sambutan penyokong dan rakyat khusunya Permatang Pauh walaupun menampilkan ramai pemimpin terkenal dalam Pakatan seperti Mat Sabu , Tian Chua , Dr Afif Bahardin , Rayer serta Adam Adli .

Dianggarkan 300 orang sahaja menurut maklumat rakan GPB yang hadir di ceramah berkenaan dan ia memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR .


Atuk yakin rancangan jahat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan Akta Hasutan pasti akan gagal. Rakyat Malaysia terutame nye kaum melayu/Islam tahu dan sedar bahawe Akta Hasutan ini sangat perlu untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negare yang penduduk nye berbilang kaum.

Negare pasti akan jadi huru-hare dan kacai-bilau jike akta ini di mansuhkan. Akta ini sangat diperlukan untuk mengawal dan mengekang individu2 yang berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah negare. 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Amnesty terima aktivis Ali sebagai ‘Banduan Teraniaya’, desak henti Akta Hasutan

Posted: 27 Sep 2014 09:03 PM PDT

Amnesty International terima aktivis Ali Abd Jalil sebagai Banduan Teraniaya (PoC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.Amnesty International terima aktivis Ali Abd Jalil sebagai Banduan Teraniaya (PoC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.Badan hak asasi antarabangsa, Amnesty International menerima aktivis rakyat Malaysia Ali Abd Jalil sebagai Banduan Teraniaya (Prisoner of Conscience - PoC) selepas Putrajaya menekannya dengan pendakwaan Akta Hasutan, mengatakan ia sebahagian usaha untuk memastikan beliau tidak terus dihukum atau berdepan pendakwaan terpilih.
Pengarah eksekutifnya, Shamini Darshni berkata mereka bimbang terhadap ketidakadilan yang dihadapi aktivis muda tersebut serta menegaskan kesnya perlu mendapat tumpuan pihak antarabangsa.
Kumpulan hak asasi manusia itu juga mengaktifkan tindak balas segera di peringkat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Putrajaya supaya berhenti menafikan hak kebebasan bersuara dan pendapat selepas siri siasatan serta pendakwaan ke atas beberapa individu mengikut Akta Hasutan.

"Amnesty International menganggap Ali sebagai sebagai Banduan Teraniaya hanya kerana pandangannya dalam media sosial dan hukuman ke atasnya. "Kami percaya mana-mana individu tidak boleh didakwa hanya kerana menyatakan pandangan mereka, khususnya perkara yang tidak menggesa ke arah keganasan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Amnesty memberi takrifan "PoC" sebagai seseorang yang dipenjara hanya kerana luahan keamanan atas kepercayaan mereka.
Menurut pertubuhan itu, PoC juga merujuk kepada individu yang dipenjara kerana kaum, agama, warna, bahasa, orientasi jantia, kepercayaan atau gaya kehidupan, selagi ia tidak digunakan ke arah keganasan.
Ali yang didakwa menghasut pada 8 September melalui satu posting Facebook dalam laman Facebook yang dikenali sebagai "Kapitalis Bangsat" melalui tiga komen berasingan, didakwa memperkecilkan kesultanan Johor dan menyeru agar ia dimansuhkan.
Read More / Baca Lagi >>

Penyelamat PR Selangor: Dua Adun PAS dapat sambutan wira dari DAP

Posted: 27 Sep 2014 08:56 PM PDT

Digelar pengkhianat oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.

Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai "penyelamat Pakatan Rakyat".

"Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat," kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

"Jika tidak keraja mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno," katanya.

Exco: Zaidy dapat motivasi Presiden PAS

Posted: 27 Sep 2014 08:55 PM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun dihimpit di segenap penjuru, bermula isu perlantikan Menteri Besar Selangor sehingga kepada pengurangan jumlah kuota exco, PAS tetap meletakkan komitmen tinggi demi sebuah amanah.

Adun PAS Taman Templer  Zaidy Abdul Talib, muka baru yang dilantik sebagai exco berkata, beliau bersemangat untuk berkerja lebih-lebih lagi selepas mendapat motivasi dari Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Cukup terharu dan bersemangat bila mendapat doa dan kata-kata motivasi dari Tuan Guru Presiden atas takhlifan amanah ini.

"Terima kasih Tuan Guru," katanya dalam satu tulisan di Facebook yang turut memuat naik gambar beliau bersama Ustaz Abdul Hadi.

Kelmarin, Menteri Besar baharu Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco PAS dikurangkan dari empat ke tiga.

Selain Zaidy, dua lagi Adun PAS yang dilantik semula sebagai exco adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor belum putus terima jawatan Timbalan Speaker

Posted: 27 Sep 2014 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS belum memutuskan sama ada menerima atau tidak jawatan Timbalan Speaker Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad  berkata, pertemuan exco dan bekas exco PAS dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi belum memutuskan pendirian berhubung perkara tersebut.

"Pada pertemuan Exco dan mantan Exco PAS dengan Presiden malam, tadi belum diputuskan sama ada PAS akan terima Timbalan Speaker," katanya dalam satu tulisan ringkas di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin kini pemimpin PKR paling berkuasa, kata Utusan dengan rasa tidak puashati..!!

Posted: 27 Sep 2014 08:49 PM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengiringi Sultan Selangor menontot perlawanan bola sepak pasukan Selangor menentang Singapura, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 September, 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengiringi Sultan Selangor menontot perlawanan bola sepak pasukan Selangor menentang Singapura, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 September, 2014.Menteri besar Selangor yang baru dilantik Mohamed Azmin Ali kini dianggap pemimpin yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam PKR, meninggalkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, lapor media rasmi Umno Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar itu mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar membuat pusingan U dengan memberikan kek kepada Azmin selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar minggu lalu.
Menggunakan nama samaran "Awang Selamat" dalam edisi Ahad akhbar itu, Mingguan Malaysia, editor akhbar tersebut berkata isteri Azmin, Shamsidar Tahrin, tidak hadir pada majlis memotong kek itu.

"Awang tertanya-tanya, adakah majlis memotong kek yang hanya pertunjukan politik Wan Azizah kepada Azmin?" tulis Awang Selamat dalam ruangan mingguannya. "Realitinya kini Azmin menjadi pemimpin PKR paling berkuasa dan berpengaruh. Anwar dan isteri tiada pilihan selain menjaga hati Azmin bagai menatang minyak penuh," katanya.
Awang Selamat juga mendakwa keputusan Sultan Selangor melantik Azmin menyebabkan lawannya dalam PKR khususnya penyokong Dr Wan Azizah kurang senang.
Read More / Baca Lagi >>

Bangsawan Samseng

Posted: 27 Sep 2014 07:26 PM PDT

Oleh DrMAZA
Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati.

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut. Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam.
Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:
"Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Forest City: Penduduk Kg Ladang dakwa MB Johor enggan temui mereka

Posted: 27 Sep 2014 07:21 PM PDT

PERSATUAN Nelayan Kampung Ladang mendakwa Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan bertemu golongan nelayan yang terjejas akibat aktiviti penambakan di perairan Selat Johor sehingga menimbulkan kemarahan mereka.
 
Sehingga isu projek pembangunan Forest City didedahkan, Menteri Besar Johor itu didakwa tidak pernah turun padang untuk melihat dan mendengar luahan nelayan.
 
Seorang nelayan Nasir Jaafar berkata, pihaknya pernah ke pejabat Menteri Besar pada bulan Mei lalu untuk mengadu masalah serta membawa surat bantahan terhadap projek pembangunan Forest City.
 
Katanya, mereka mempertaruhkan nasib ke pejabat Khaled selepas beberapa percubaan untuk menemui beliau secara rasmi gagal.
 
Nasir Jaafar 
 
"Ketika kami tiba dimaklumkan beliau ada tetapi Khaled enggan menemui kami atas alasan sedang bermesyuarat.
 
"Kami boleh tunggu dia habis mesyuarat tetapi kami dimaklumkan dia tidak mahu berjumpa. Kami memang marah dengan beliau.
 
"Kalau kami tidak boleh mengadu nasib kepada beliau, siapa lagi yang boleh kami harapkan atau beliau memang tidak suka dengar rintihan rakyat. Mungkin juga dia (Khaled) hanya pentingkan projek, bukan jaga kepentingan rakyat lagi?," katanya kepada Malaysia Gazette.
Read More / Baca Lagi >>

Pengkalan Kubor cerminan PAS tanpa Pakatan

Posted: 27 Sep 2014 07:12 PM PDT


Kekalahan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding 1,736 undi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu memberikan isyarat parti Islam itu tidak mustahil akan hilang Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengapa selepas lebih 20 tahun memerintah Kelantan PAS masih gagal merampas Pengkalan Kubor? Mengapa rakyat Pengkalan Kubor tidak terpengaruh dengan Islam yang dibawa kerajaan negeri? Apakah rakyat Kelantan tidak mahu royalti minyak diberikan kepada mereka?
Ini juga merupakan gambaran yang bakal berlaku jika PAS mengikut perjuangan "mullah-mullah muda" untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP serta keluar dari Pakatan Rakyat (PR).
Pemimpin-pemimpin utama PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamed Azmin Ali, Lim Guan Eng dan ramai lagi tidak kelihatan untuk membantu PAS di Pengkalan Kubor.
Mungkin terlalu sibuk untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor ataupun mereka sengaja tidak turun memberikan sokongan untuk mengajar beberapa pemimpin PAS yang bersungguh-sungguh mahu menamatkan kerjasama dengan PR semasa muktamar baru-baru ini.
Ini menyebabkan PAS terpaksa membawa bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah uzur untuk membantu kempen mereka.
Sampai bila PAS mahu bergantung kepada Nik Aziz? Apakah kerajaan Kelantan yang sedia ada begitu lemah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yakob?
Sebelum PRK Pengkalan Kubor, PAS begitu yakin mampu memenangi kerusi tersebut dengan "sifir" oleh kerana kerusi Parlimen Tumpat dikuasai mereka, tidak mustahil mereka mampu memenanginya berbanding PKR yang sudah kalah pada 2013 dan 2008.
Namun apabila keputusan PRK Pengkalan Kubor diumumkan, majoriti calon BN lebih besar terhadap calon PAS berbanding pada PRU13 apabila melawan calon PKR.
Read More / Baca Lagi >>

DAP beri sambutan wira untuk dua 'broker, barua' PAS

Posted: 27 Sep 2014 07:05 PM PDT


MB Selangor: Isu selesai, masa untuk bekerja

Posted: 27 Sep 2014 07:00 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa semua pihak agar menghentikan sebarang spekulasi berhubung isu kerusi Exco Pas yang dikurangkan kepada tiga kerana sekarang adalah masa untuk Exco yang telah dipilih untuk bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.

Tegas Mohamed Azmin, isu berkenaan sudah dianggap selesai kerana semua Exco Selangor sudah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan telah pun mengangkat sumpah kelmarin.

"Hentikan sajalah isu ini (Exco), saya hormat pandangan mereka tetapi bagi saya... perbincangan sudah pun dijalankan dan konsultasi pun dibuat secara bermuafakat.

"Saya bagaimanapun memahami perasaan pimpinan negeri tetapi keputusan sudah pun dibuat, sekarang ini adalah masa kita untuk bekerja keras. Ini fokus kita dan kita mesti bergerak ke hadapan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Perbandaran Subang Jaya, semalam.

Kelmarin, Pas Selangor dilaporkan menafikan parti itu bersetuju supaya bilangan Exco dari Pas dikurangkan kepada tiga berbanding empat dalam pentadbiran sebelum ini.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman dipetik sebagai berkata, tindakan berkenaan bukan satu permulaan yang baik bagi pentadbiran Mohamed Azmin.

Khamis lalu, Mohamed Azmin mengumumkan menambah seorang anggota dari PKR dan mengurangkan seorang wakil Pas dalam barisan baharu 10 Exco Selangor.

Beliau mengekalkan tiga kerusi Exco untuk DAP selain menamakan tiga muka baharu, iaitu Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Adun Batu Caves, Amirudin Shari (PKR) dan Adun Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib (Pas).
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh: Pas dan kisah bulinya

Posted: 27 Sep 2014 06:57 PM PDT


Nik Abduh Nik Abdul Aziz 

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya Pas dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah Pas diminta tolong. Waktu senang, Pas ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum Pas ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan.

Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal Pas dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh Pas hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli Pas. Sejarah Umno buli Pas ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak Umno macam nak berkawan dengan Pas, orang Pas memang susah nak percaya.

Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli Pas. Sehinggakan Pas kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci Pas. Pas ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun Pas dibuli sentiasa, Pas tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. Pas memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. Pas juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, Pas kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar Pas kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, Pas hidup, membesar dan maju. Pas tak berubah apa pun.

Pas hari ini adalah Pas yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruhagamanya, Pas akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata Pas akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan cakap soal gabung PAS - Umno selagi Nik Aziz hidup, kata penganalisis

Posted: 27 Sep 2014 06:52 PM PDT

Ketika isu penggabungan Umno dan PAS hangat dibincangkan semula ekoran krisis di Selangor, seorang penganalisis politik mencadangkan lebih baik ia tidak dibincangkan kerana ia termasuk dalam perkara mustahil terutama selagi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat masih ada.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Ahmad Sunawari Long (gambar sebelah) berkata, lebih baik isu penggabungan ini tidak dibincangkan kerana ia perkara mustahil terutama kepada Nik Aziz.
Beliau berkata demikian dalam satu perbincangan melalui Facebook yang dianjurkan seorang pengkaji politik Malaysia Kelantan, Dr Mustapha Ahmad.

Mustapha meminta rakan-rakannya mengulas secara ilmiah  persoalan "Perlukah Umno dan PAS bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan (UG) tanpa merujuk kepada sejarah lampau?" melalui akaun Facebooknya. Turut menyertai perbincangan itu adalah penganalisis politik termasuk pensyarah, ahli politik veteran dan juga mereka yang masih aktif dalam politik.
Persoalan ini dibangkitkan ketika sesetengah pemimpin PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ia semakin memuncak apabila kouta exco PAS di Selangor dikurangkan daripada empat kepada tiga saja selepas Selangor mendapat menteri besar baru iaitu Mohamed Azmin Ali beberapa hari lepas.
Usaha sesetengah pihak untuk bergabung dengan Umno ini melahirkan satu NGO  baru, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang melobi agar PAS terus kekal dan diperkasakan menerusi PR.
"Kalau kita ikhlas ingin melihat perpaduan Melayu-Islam, maka Umno dan PAS perlu bergabung. Tetapi jika penggabungan berlaku, maka tiada manis lagi dalam alam politik Melayu Malaysia," kata Sunawari dalam ulasannya.
Read More / Baca Lagi >>

"Budak-budak Bangsar": Sahabat Adam Adli ambil alih tugas, ikrar bermatian demi hak asasi manusia

Posted: 27 Sep 2014 06:50 PM PDT

Tidak terjejas dengan sabitan bersalah dan hukuman penjara yang dikenakan terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dalam dakwaan hasutan besar-besaran Putrajaya, rakan seperjuangannya berjanji untuk meneruskan pertempuran menegakkan hak asasi manusia walaupun diancam pendakwaan mengikut undang-undang zaman penjajah itu. Ashraf Zulkifli dan Seth, kedua-duanya pelajar di universiti awam tidak akan berganjak daripada perjuangan mendapatkan hak asasi manusia lebih baik di Malaysia walaupun Adam dipenjarakan. "Kami tidak akan berhenti. Kami tidak akan mudah berputus asa dan tunduk kerana takut kepada pihak berkuasa," kata Ashraf kepada The Malaysian Insider

 Kedua-duanya menyertai dengan kumpulan aktivis yang menggunakan nama "Budak-Budak Bangsar", yang menjalankan kelas falsafah dan politik, serta menganjurkan dapur jalanan dan tuisyen untuk kanak-kanak di kawasan kejiranan itu sebagai sebahagian aktiviti mereka. "Apa yang kami lakukan sekarang ialah menyedarkan masyarakat. Kita mahu masyarakat di mana mereka tahu hak masing-masing dan ia memerlukan pendidikan," kata Ashraf, 22. Mereka mengakui sudah meyakinkan ibu bapa masing-masing mereka tidak akan terbabit dalam apa-apa yang "merbahaya" sehingga selepas tamat pengajian. "Jujurnya, saya lebih takut menghampakan ibu bapa saya daripada takut kepada kerajaan atau pihak berkuasa lain," kata Seth, 21, pelajar jurusan fotografi. "Itu adalah cabaran saya untuk tidak menghancurkan hati mereka. Kebanyakan aktivis pelajar yang saya kenal juga takut perkara itu.

"Tetapi ibu bapa tahu apa yang saya buat. Dan mereka juga menyokong niat saya. Mereka sebenarnya yang mendedahkan kepada saya isu hak asasi manusia hingga saya berada di sini," katanya. Ashraf, pelajar jurusan Sejarah dan Tamadun Islam berkata, sabitan Adam terhadap kesalahan hasutan tidak mengubah apa-apa. "Ibu bapa saya tahu saya tidak buat salah. Jadi buat masa sekarang, saya tahu apa yang saya boleh buat," katanya. Adam, yang turut hadir dalam temubual itu berkata Putrajaya silap jika menyangka pendakwaan yang dikenakan terhadapnya akan menghalang aktivis pelajar yang lain untuk terus memperjuangkan hak asasi manusia dihormati, keadilan dan menghentikan penindasan.

Read More / Baca Lagi >>

Pelajar marah keputusan percubaan SPM tidak diterima program pra-universiti, kata laporan

Posted: 27 Sep 2014 06:47 PM PDT

Pelajar tingkatan 5 tidak boleh lagi menggunakan keputusan ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka untuk memasuki proram asas atau pra-universiti, lapor The Sunday Star hari ini. Ramai yang memberitahu akhbar itu mereka tidak faham mengapa keputusan peperiksaan percubaan sekolah mereka tidak lagi boleh diterima, sedangkan amalan tersebut dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran selama beberapa dekad. Mereka berkata, rancangan mereka kini terganggu kerana terpaksa menunggu 3 bulan untuk mendapat keputusan SPM sebenar sebelum boleh memohon untuk menyertai program itu.

"Ini benar-benar mengganggu rancangan saya. Saya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat program matrikulasi di Australia pada Januari dan belajar di Australia di mana pengambilan adalah pada Februari," kata M Raju, seorang pelajar tingkatan 5 kepada The Star. Peperiksaan SPM diadakan untuk pelajar tingkatan 5 setiap November, manakala keputusan hanya dikeluarkan pada Mac tahun berikut. Menurut Sunday Star, Kementerian Pelajaran mengedarkan surat pekeliling memaklumkan institusi pendidikan tinggi swasta yang keputusan percubaan tidak dapat diterima sebagai kelayakan kemasukan. Persatuan Kolej Swasta Malaysia dilaporkan merayu keputusan ini dikaji semula. Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan berkata cadangan itu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. "Kami sedang mengkaji," katanya yang dipetik sebagai berkata.

The Sunday Star melaporkan setiap tahun, kira-kira 30,000 pelajar mendaftar untuk program pra-universiti yang bermula Januari menggunakan keputusan percubaan SPM mereka. "Ia mengecewakan apabila terpaksa membazirkan 3 bulan menunggu keputusan," kata Gabrielle T, seorang pelajar, yang dipetik daripada akhbaritu.. "Saya tidak faham mengapa kita tidak boleh menggunakan keputusan percubaan apabila senior kita boleh. Ia tidak adil," katanya. Pelajar memberitahu The Sunday Star keputusan peperiksaan percubaan mencerminkan keputusan SPM mereka, jadi tidak perlu menunggu lama untuk membuat keputusan. "Soalan sekolah kami benar-benar soalan yang sukar bagi menyediakan kami untuk peperiksaan sebenar," J Nate dipetik sebagai berkata.
Read More / Baca Lagi >>

Pelantikan Azmin pelengkap Langkah Kajang, kata Lee Chin Cheh

Posted: 27 Sep 2014 06:05 PM PDT

Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh ketika ditemubual The Malaysian Insider di Petaling Jaya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 28 September, 2014.Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh ketika ditemubual The Malaysian Insider di Petaling Jaya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 28 September, 2014.Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meletakkan jawatannya untuk mencetuskan Langkah Kajang sehingga membawa kepada kebuntuan isu menteri besar Selangor berpendapat pelantikan Mohamed Azmin Ali adalah kemuncak kepada perancangan yang lengkap.
Bekas Adun Kajang itu percaya Langkah Kajang bukan satu kegagalan kerana PKR Selangor sejak mula lagi mahu Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita mahukan selama ini, walaupun ia berlaku secara tidak sengaja berpusing-pusing," katanya.

Lee berkata, pemimpin PKR negeri bertemu kepimpinan tertinggi parti dua hari selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas, mencadangkan agar Azmin mengambil alih jawatan menteri besar, kerana mereka ragu-ragu dengan kesesuaian Khalid untuk terus menerajui Selangor. Tetapi cadangan itu ditolak.
"Saya diberitahu kita tidak mempunyai kata sepakat daripada rakan-rakan Pakatan," katanya, merujuk kepada DAP dan PAS yang mahu Khalid untuk terus kekal menerajui negeri terkaya di Malaysia itu untuk penggal kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Adam Adli: Penjara akan jadi universiti ketiga saya

Posted: 27 Sep 2014 05:32 PM PDT

Amalkan apa yang kamu cakap, kata pengguna media sosial kepada Najib

Posted: 27 Sep 2014 05:01 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta melaksanakan apa yang diucapkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menentang segala keganasan golongan pelampau Isis di Syria dan Iraq di negara sendiri. Melalui laman sosial Twitter, mereka menyifatkan Najib gagal di negara sendiri dalam mengekang keganasan dan tindakan tidak adil. Pengarah Eksekutif Peguam Untuk Kebebasan, Eric Paulsen melalui Twitternya menulis @NajibRazak berkata yang betul di PBB tetapi gagal sepenuhnya di negara sendiri Malaysia.

 "Umno, Isma, Perkasa, Utusan, Jakim, Jais adalah contoh pelampau yang dilihat oleh semua orang." Beliau menambah: "Di PBB @Najib Razak mencadangkan kedamaian & kesederhanaan tetapi tidak ada sikap sebegitu di Malaysia- semuanya diuruskan menggunakan Akta Hasutan." Ia diikuti oleh respon dari pengikut Twitter beliau, People Power yang menggunakan akaun @peoplepowerr yang menulis: "Dia jaguh dunia tetapi bukan jaguh kampung." Seorang lagi pengguna Twitter, Hafiz Noor Shams mengingatkan Najib tentang kenyataan beliau sebelum ini dengan menggunakan akaun @_earth: "Najib di PBB, Kami anti Isis. Najib bersama Umno: Kita patut contohi keberanian Isis."

Najib ketika meraikan majlis makan malam 25 tahun penubuhan Umno Cheras Jun lalu meminta ahli partinya mencontohi pertubuhan yang memanggil sendiri Isis kerana mereka berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun jumlah mereka jauh lebih kecil. Sementara itu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya juga menggunakan Twitter hari ini dengan berkata: "Najib menggesa masyarakat global untuk mengalahkan keganasan & sikap tidak bertoleransi agama - hello? Ada kenal Isma & Perkasa?", merujuk kepada kedua-dua kumpulan hak Islam dan Melayu di Malaysia. Bekas de facto menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim juga menulis melalui Twitter @zaidibrahim: "PM dengan wajah manis; bercakap tentang idea-idea yang berbahaya meresapi dunia Islam di New York.

Read More / Baca Lagi >>

PRK N.01: Tiada undi protes daripada PKR kata Pas Terengganu

Posted: 27 Sep 2014 04:49 PM PDT

Ariffin Deraman 
KUALA TERENGGANU – Tiada undi protes daripada PKR, sebaliknya faktor jumlah pengundi luar dan pengundi muda yang pulang mengundi merosot adalah punca utama Pas gagal mengatasi majoriti undi diperoleh BN pada PRK Dun Pengkalan Kubor, Khamis lalu.

Keadaan itu turut menyebabkan strategi PR meletakkan calon Pas bukan sahaja tidak menjadi, malah memperlihatkan keputusan undi diperoleh Pas lebih merosot dalam PRK ini berbanding PRU13 lepas.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, Pas sebenarnya telah membuat telahan mengenai perkara itu dan jangkaan undi Pas merosot telah dijangka dari awal sekiranya jumlah pengundi luar yang pulang berkurangan.

"Jumlah pengundi luar dan pengundi muda yang pulang mengundi adalah kecil dan mereka ini banyak menyumbang kemenangan kepada kita pada PRU13 lalu.

"Bagaimanapun, mungkin dengan sambutan hari raya Aidiladha yang dekat dengan tarikh PRK menyukarkan mereka untuk pulang mengundi.

"Kita telah membuat andaian sebelum ini, kalau peratusan keluar mengundi merosot, ia akan beri kesan yang besar dan meningkatkan kekalahan kepada kita," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Dunia moden perlukan tafsiran baharu murtad, kata ulama

Posted: 27 Sep 2014 04:45 PM PDT

Seorang ulama Islam terkemuka dari Amerika Syarikat (AS) berhujah umat Islam masakini perlukan tafsiran baharu tentang murtad untuk mencerminkan kebebasan beragama dan hak asasi manusia. Profesor Dr Nader Hashemi berkata tafsiran arus perdana Islam, murtad dianggap sebagai kesalahan yang serius dan boleh dihukum bunuh. "Orang Islam berfikir hanya satu tafsiran murtad dibenarkan tetapi mereka gagal untuk mengambil kira faktor tertentu, termasuk kebebasan beragama," katanya di Kuala Lumpur semalam.

Nader adalah pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan profesor madya di Sekolah Pusat Kajian Pengajian Antarabangsa Josef Korbel, di Universiti Denver. "Apabila murtad pertama kali ditulis dalam Al-Quran dan Hadis, masyarakat Islam sangat kecil dan masih berkembang. "Oleh itu, apabila seorang mukmin meninggalkan agama Islam atau memeluk agama lain, orang yang murtad itu dihukum dengan hukuman mati," katanya pada Simposium Islam, Demokrasi dan Sekularisme. Bagaimanapun, ketika dunia berubah dan Islam berkembang secara beransur-ansur selama berabad lamanya, Nader berkata sudah tiba masanya untuk ulama Islam kontemporari menerima tafsiran baharu. Beliau berkata, sarjana Islam diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa dan menafsirkan semula Al-Quran dan Hadis dan bukannya secara membuta tuli mengikut ajaran zaman dulu. "Islam dilihat banyak pihak sebagai agama zaman pertengahan dan kejam dan bercanggah dengan hak asasi manusia, kerana tafsirannya tidak berubah dengan masa.

Read More / Baca Lagi >>

Projek mewah kerajaan Bn, rakyat berang

Posted: 27 Sep 2014 04:36 PM PDT

Keadilan Johor mendesak kerajaan negeri mendedahkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEAI) dan menjelaskan kepada rakyat Johor mengapa projek itu diluluskan.
projek Forest City
Keadilan Johor mendesak kerajaan negeri dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang mempunyai pegangan projek Forest City melalui anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) mengambil sikap bertanggungjawab dan memberi jaminan setiap keluarga yang terkesan daripada projek itu diberi pembelaan sewajarnya.
Naib Pengerusinya, Hassan Karim berkata, pihaknya mendesak kerajaan negeri mendedahkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEAI) dan menjelaskan kepada rakyat Johor mengapa projek itu diluluskan.
"Keadilan akan membantu kumpulan penduduk mewujudkan sebuah kumpulan pendesak bagi memastikan kebajikan mereka terbela dan mengadakan pertemuan serta dialog dengan wakil-wakil penduduk bagi kawasan yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Sebelum ini, Keadilan Johor telah menghantar beberapa orang wakil untuk turut serta dalam sesi pendengaran awam bagi projek Forest City yang diadakan pada 21 September lalu oleh pemaju Country Garden Pacificview Sdn. Bhd (CPGSB) di Kampung Pok, Tanjung Pelepas.
Read More / Baca Lagi >>

Kuching dalam ketakutan.....

Posted: 27 Sep 2014 04:21 PM PDT

Majoriti mangsa memutuskan untuk tidak membuat laporan polis. Mereka mengadu bahawa ia mengambil masa yang sangat lama untuk membuat laporan, dan ini amat menggusarkan lagi mangsa.

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik Sarawak (DAP) mendakwa bahawa Kuching, dan kemungkinan besar bahagian lain Sarawak juga, berada dalam genggaman gelombang jenayah yang disebabkan oleh kekurangan pekerjaan, kemahiran dan peluang pekerjaan.
MP Stampin Julian Tan mahu polis mengesahkan bahawa Kuching tidak bertukar menjadi mini Las Vegas dengan perjudian haram, sarang pelacuran dan penyalahgunaan dadah berleluasa.
Criminal sarawak"Maklum balas yang saya terima dari rakyat ialah mereka bimbang akan kadar jenayah yang semakin meningkat," kata Tan dalam satu kenyataan. "Polis mesti menjelaskan gelombang jenayah jika mereka sedang berkuat kuasa."
"Jelas sekali, sesuatu perlu dilakukan dengan serta-merta, kerana keadaan akan menjadi lebih teruk jika tiada apa-apa dilakukan dengan cukup pantas."
Beliau mendakwa bahawa orang-orang di Kuching hidup dalam ketakutan dirompak siang malam. Peragut boleh terlepas, katanya, dan beliau menyifatkan ini kepada ketidakberkesanan pasukan polis. "Ini menyebabkan penjenayah menjadi lebih berani dan berkeliaran mencari mangsa walaupun di siang hari."
"Oleh kerana rakyat hilang keyakinan dengan keupayaan polis untuk menangani keadaan, penjenayah sendiri mendapat keyakinan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tangan Inilah Yang Drafkan Akta Petroleum – Tun Salleh

Posted: 27 Sep 2014 04:19 PM PDT

"Nasib baiklah Tuhan lanjutkan umur saya untuk memberitahu hakikat sebenarnya," kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara yang juga Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas Kerajaan Negeri Terengganu.
Itulah kenyataan beliau ketika menceritakan sejarah sebenar bagaimana Akta Pembangunan Petrolia 1974 digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.


Akta inilah yang telah dijadikan asas terhadap perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu yang antara lain menyatakan kerajaan negeri Terengganu akan dibayar royalti minyak sebanyak lima peratus dari hasil keluaran minyak di negeri ini.
"Tangan inilah yang membuat draf akta tersebut," katanya.
Screenshot (287)Tun Salleh menceritakan perkara ini di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Terengganu yang berhimpun di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada malam 16 September, 2000, bagi mendengar ceramah perdana dan solat hajat isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.
Beliau berkata demikian dalam suasana hujan renyai-renyai yang kemudiannya oleh Naib Presiden yang kini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam ceramah yang sama sebagai air mata rakyat Terengganu.
Berdasarkan fakta sejarahnya, kata Tun Salleh, adalah bohong sama sekali peruntukan lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu itu adalah wang ehsan dari Petronas semata-mata kerana Terengganu sebuah negeri yang miskin.
Kata Tun Salleh, perjanjian yang dibuat antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dan juga lain-lain negeri di negara ini dengan jelas menyebut royalti berdasarkan kerajaan negeri Terengganu memberikan hak sepenuhnya kepada Petronas untuk mengeluarkan minyak dari negeri ini.
"Bukan Terengganu sahaja, kerajaan Pusat juga mendapat lima peratus dari hasil tersebut," katanya ketika memberikan ceramah! tersebut.
Menurut Tun, sebelum Akta Pembangunan Petrolium digubal, kerajaan Pusat menghadapi masalah dengan kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung dengan hak minyak di negeri masing-masing sehingga sampai ke peringkat ugutan mahu keluar dari Malaysia.
IMG_20140925_160852"Atas usaha orang inilah (Tun Salleh) yang berbincang dengan Tun Razak, Perdana Menteri pada ketika itu, akta ini didraf dan kemudiannya diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak," katanya.
Menurutnya, oleh kerana minyak ditemui di Terengganu kemudian dari penggubalan akta itu, maka ianya telah digunapakai oleh Petronas dan kerajaan negeri Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Keputusan dua Adun Pas demi tanggungjawab - Ronnie Liew

Posted: 27 Sep 2014 03:56 PM PDT

PETALING JAYA - Bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liew menyifatkan keputusan yang diambil dua Adun Pas iaitu Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib menyokong lantikan Datuk Seri Dr Wan Aziziah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor merupakan satu tindakan yang bertanggungjawab.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dilakukan semata-mata untuk kepentingan hubungan PR.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan kandungan perbualan antara beliau dan Shaari yang dibuat melalui panggilan telefon.

"Dia (Shaari) sendiri buat panggilan dan bercakap dengan saya...
Read More / Baca Lagi >>

Kalau bukan kerana mereka, Khalid mungkin masih MB

Posted: 27 Sep 2014 03:53 PM PDT

Kalau bukan kerana mereka, Khalid mungkin masih MB
PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

Read More / Baca Lagi >>

PAS perlu perluas pemahaman Islam, kata Dr Dzulkefly

Posted: 27 Sep 2014 03:52 PM PDT

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata PAS tidak akan dianggap sebagai sebuah parti yang kurang Islamik jika mereka melangkaui sempadan dan fokus untuk membawa mengenai pemahaman Islam yang lebih luas. Beliau berkata, kelompok Islamis terlalu bimbang dan terkongkong dalam kuasa serta politik di mana mereka gagal untuk menyampaikannya dengan jelas. "Saya yakin dengan mesej dan penyampaian yang jelas, parti pasti akan dapat memberi pemahaman yang jelas dan mendapat sokongan baik.

 "Penyampaian tidak semestinya mengenai kuasa dan politik, tetapi mengenai sivil dan aspek pembangunan Islam, seperti membantu mereka yang tertindas dan menangani rasuah," katanya. Dzulkefly berkata, rakyat perlu memahami mengenai perjuangan dan matlamat yang mereka cuba sampaikan. "Jika PAS mahu fokus kepada membawa pemahaman lebih luas mengenai Islam, mereka tidak akan dianggap parti kurang Islamik," katanya. Dzulkefly berkata, Al-Quran menyatakan kekayaan negara tidak seharusnya berada dalam tangan golongan elit saja dan mereka yang kaya raya. "Al-Quran mengajar mengenai pembahagian yang sama rata, tetapi rakyat tidak pernah dengar mengenai perkara ini daripada kumpulan Islamis kerana mereka bercakap mengenai hal lain," katanya.

Read More / Baca Lagi >>