Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PAS nak kekal dalam PR, tapi PKR, DAP tak datang tolong

Posted: 25 Sep 2014 09:30 PM PDT


Jampi Tok Guru palsu "fail"... Pengundi tak buta, Pengikut tetap buta hati

Posted: 25 Sep 2014 07:25 PM PDT


Bukti kukuh PAS beli undi di PRK P Kubor!!!!

Posted: 25 Sep 2014 04:38 PM PDT


Ekoran kekalahan teruk PAS di Pengkalan Kubor, pasti macam isu seperti pengundi dwi IC yang ditangkap PAS yg akan dimainkan untuk salahkan UMNO dan SPR.

Kalau sana kata game not over, sini perlu jawab. PAS perlu jawab gambar di atas.

Seorang Tok Lebai muda yang berkemungkinan hasil dari tadika dan pondok anjuran PAS  di dikesan sedang memberi wang pada pengundi-pengundi di PDM Kedai Geting.

Sudah calun pun pengamal kronisma. Nak buat macam mana?


Sementara itu, PAS menyebarkan gambar orang ramai kendung microwave oven pulang seolah-olah UMNO merasuahkan pengundi.


Itu hanya pemenang cabutan nombor bertuah yang mana hadiah di sponsor UMNO Pahang. Kalau salah, sila lapor ke SPR.

Kita pun banyak gambar-gambar bukti program cabutan nombor bertuah anjuran PAS.

PAS hanya mimpi, BN dijangka mene besa

Posted: 25 Sep 2014 05:21 AM PDT


KEPUTUSAN AWAL PRK
N.01 PENGKALAN KUBOR


PENGKALAN KUBOR :   
BN: 1,033 (67.03%)
PAS: 476 (30.89%)
BEBAS : 5 (0.32%)
MAJ : 557

KG KETIL :   
BN: 1,015 (49.25%)
PAS: 1,012 (49.10%)
BEBAS: 4 (0.19%)
MAJ : 3

KG TEBING :  
BN: 502 (44.11%)
PAS: 609 (53.51%)
BEBAS: 2 (0.18%)
MAJ : -107

KG GETING :   
BN: 1,019 (40.66%)
PAS: 1,327 (52.95%)
BEBAS : 3 (0.12%)
MAJ : -308

SIMPANGAN :  
BN: 878 (76.48%)
PAS: 263 (22.91%)
BEBAS : 6 (0.52%)
MAJ : 615

TUJOH : 
BN: 1,081 (51.57%)
PAS: 971 (46.33%)
BEBAS : 6 (0.29%)
MAJ : 110

KG TELAGA BATA: 
BN: 722 (53.92%)
PAS: 607 (45.33%)
BEBAS: 0
MAJ : 115

KG BUNOHAN :  
BN : 783 (70.35%)
PAS: 315 (28.30%)
BEBAS: 3 (0.27%)
MAJ : 468

JUBAKAR DARAT : 
BN : 754 (89.87%)
PAS: 77 (9.18%)
BEBAS: 1 (0.12%)
MAJ : 677

BENDANG PAK YONG : 
BN : 1,108 (54.93%)
PAS: 878 (43.49%)
BEBAS: 5 (0.25%)
MAJ : 231

TELUK JERING :  
BN : 424 (79.55%)
PAS : 107 (20.26%)
BEBAS : 1 (0.19%)
MAJ : 316

KEDAI GETING :   
BN : 532 (43.01%)
PAS: 671 (54.24%)
BEBAS: 2 (0.16%)
MAJ: -139

UNDI AWAL/POS
BN: 96 (91.43%)
PAS: 8 (7.62%)
BEBAS: 0
UNDI ROSAK: 1
MAJ: 88 

Jumlah pengundi : 24,039
Turn out : 17,674 (73.52%)
Undi BN :  9,948 (56.28%)
Undi PAS:  7,322 (41.43%)
Undi BEBAS:  38 (0.21%)
MAJORITI : 2,626 (14.86%)

PAS tangkap pengundi dwi-IC Thai? Apa helah PAS?

Posted: 25 Sep 2014 02:55 AM PDT

Bandar Tak Bai kelihatan dari Pengkalan Kubor


Seorang pengundi, Nawang Che Wil 670109-71-5257 yang didakwa mempunyai dua kerakyatan ditahan JUHAM (Jbtn Hak Asasi & Undang2 PAS) di PDM Kampong Bendang Pak Yong. Dipercayai pengundi tersebut dituduh mengundi Barisan Nasional.

Ketika ditahan, beliau telah mengemukakan Kad Pengenalan, Passport dan dokumen Cabutan Butir-butir Daftar Kad Pengenalan dari JPN. Kini dia berada dalam kawalan Polis (PDM Kg Bendang Pak Yong).

PAS yang jelas mendapat sokongan pengundi dwi-IC dari Thai dan dari awal lagi pemimpin PAS Tumpat sudah temui dan memberi wang transport masuk tapi mereka yang tangkap. INi sesuatu yang anih dan pastinya ada satu helah.

Jika pengundi tersebuut benar adalah orang Thai, ianya bukan mudah untuk didakwa. DOkumen yang diveri adalah sah. BUkan senang untuk cari dan siasat kedudkan rakyat Thainya.

Nampaknya ini hanya satu helah untuk membuat satu tuduhan baru terhadap BN. Jika massa PRU, BN dituduh import Bangla. Kali ini mereka mahu tuduh import pengundi Thai.

Kemungkinan besar mereka menjangka kalah sebab lubuk-lubuk mereka 'turnout' rendah dari masa PRU. ''Turnout' kawassan putih BN tinggi dan amat meyakinkan. Kemungkinan besar mereka mahu buat petisyen untuk batalkan PRK ini!!!

Melayu Thai terima Yaasin berwang di dalam untuk baiah undi PAS

Posted: 25 Sep 2014 12:02 AM PDT

Negara Thai hanya semberang sungai seminit

Unspinners selalu kata bila Pakatan Rakyat tuduh Barisan Nasional di atas sesuatu tuduhan pelik, kemungkinan besar ianya tidak betul dan salahlaku pelik itu mereka sendiri yang lakukan.

Begitulah juga dengan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa UMNO mengimport Bangla Desh sebagai pengundi haram ketika PRU13 yang berakhir dengan anwar sendiri menafikan sendiri..

Hal ini dingatkan sebab PAS Tumpat kuat import pengundi dua IC dari Thai. Sebagaimana yang diketahui, Melayu Kelantan dan Melayu Thai adalah kaum yang sama dan bercakap bahasa sama. Mereka punya keluar di dua-dua belah bahagian sempadan - Kelantan dan Daerah Selatan Thai.

Melayu yang duduk dikedua-dua belah sempadan keluar masuk negara jiran macam kamping sendiri. Dengan hanya seberang sungai, mereka masuk ke Malaysia. Ada kala penternak lembu belah Malaysia akan pergi potng rambut jerami belah Thai untuk dibawa sebagai makanan kepada binatang ternakan.

Ramai dari Melayu Thai lahir dan daftar kelahiran di kedua-dua belah negara dan punya kewarganegaraan kedua-dua negara. Ini sebagai insuran ke selamatan jika ada apa-apa berlaku mereka mudah lari ke Kelantan.

Bila mereka ke mari, mereka hanya seberang sungai dan tinggal kad pengenalan Thai mereka. Mereka guna kad pengenalana Malaysia.

DIfahamkan mereka ini turut mengundi dan adalah penyokong PAS. DIperccayai ahli Parlimen PAS Tumpat Dato Kamaruddin Jaafar sudah ke sana untuk kawtim dengan Ringgit Malaysia dan jumpa dengan pengundi Melayu Thai di seberang.

Oleh sebab mereka takut pengundi ini lari untuk undi BN, maka mereak serahkan duit dalam surah yaasin. Mereka diminta baiah guna surah Yaasin berjanji mesti undi PAS. Entah laku lagi ke baiah PAS.

Nak masuk, simpan beberapa hari dan mengundi itu satu hal. Yang mereka takuti adalah bagaimana jika pihak Thai tangkap mereka dengan jari berlumur dakwat kekal?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ORANG MISKIN SENANG PUNCA PAS TERSUNGKOR DI PENGKALAN KUBOR...BAGUIH PUNYA HAMPASS

Posted: 25 Sep 2014 08:50 PM PDT

Kata worang la...sudah kalah kalu jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri.

Kenapa PAS kalah pada BN dengan majoriti yang lebih besar sedangkan mereka menurunkan begitu besar bala tentera dan jentera kerajaan Negeri semasa PRK Pengkalan Kubor itu.

Semasa post mortem dibuat oleh PAS berkaitan kekalahan mereka di PRK ini, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa bantuan kerajaan terhadap rakyat miskin di Pengkalan Kubor menjadi punca utama PAS kalah!

Aik...? Memberi bantuan pada manusia, mengeluarkan mereka dari kemiskinan, kepapaan dan kejahilan itu satu perbuatan salah ke?

Memang betul tekaan ramai bahawa PAS adalah sebuah parti khawarij yang suka melihat rakyat hidup susah, dibelenggu kemiskinan dan kejahilan. 

Senang nanti mereka diperbodohkan terus-menerus dengan dakyah dan fitnah.

Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda bahawa kefakiran itu akan memudahkan seseorang itu terjerumus kepada kekufuran?


Dulu bila kerajaan BN memberi BR1M, Nik Ajiz memperlecehkan bantuan itu seperti memberi makan kepada haiwan ternakan. Namun selama 23 tahun diperintah regim Nik Ajiz dan PAS adakah rakyat Kelantan mendapat nikmat hidup senang?

Berapa ramai yang terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di luar Kelantan hingga ke Singapura.

Mereka di luar ini hidup senang lenang. Mereka diperantauan tidak menghiraukan kesusahan mak ayah dan saudara mara mereka di Kelantan.

Tak da air...

Tak da peluang pekerjaan...

Tapi banyak penyakit denggi dan jenayah...

Yang tak kurang adalah ceramah-ceramah retorik dan binaan batu-batu asas semata, projek tak da langsung. Rakyat yang tak da kerja kekal susah...tapi adakah PAS kisah?

Tuan Ibrahim juga merumuskan pengundi luar tak balik Kelantan punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.

Tapi adakah mereka diperantauan kisah kesusahan mak ayah mereka di negeri ini? 

Mereka inilah yang sentiasa menzalimi penduduk Kelantan jika balik mengundi tetap nak pangkah PAS. 

Merekalah yang meninggalkan bala kepada penduduk Kelantan. Sedangkan mereka hidup bersenang lenang di luar sana. 

PAS Kelantan hanya tahu setiap kali mereka adakan ceramah, maka itulah peluang mereka mengutip wang rakyat seberapa banyak yang boleh. Tapi duit itu entah ke mana...sedar-sedar pemimpin yang bertambah buncit.

Islam tak ajar pemimpin menyeksa rakyat.

Sebab itulah bila PAS kalah teruk dalam PRK ini, ramai dikalangan rakyat Kelantan dan penyokong PAS sendiri yang kata padan muka.


Mungkin ini caranya nak ajar pemimpin PAS Kelantan supaya jangan bongkak dan takbur dengan kuasa dan kehebatan berkepiah dan berjubah litup ke hulu ke hilir.

Mungkin ini juga kifarah yang diturunkan oleh Allah di atas kelancangan mulut seorang manusia tua kutuk yang sentiasa mendoakan laknat kepada manusia lain, kini doa laknatnya memakan diri sendiri.

Ke hulu ke hilir jalan pun dah tak larat, terpaksa dipapah dan dikendong hingga kencing menceceh namun masih lagi belum insaf. 

Mungkin sengaja Allah simpan manusia terkutuk ini untuk memperbanyakkan lagi kerosakkan kepada jemaah songsang ini.

Apa pun kita ucapkan terima kasih kepada orang tua itu kerana tanpa doanya tak mungkin BN dapat majoriti lebih besar dan bergaya dalam PRK ini. 

Kepada pengikut dan penganut PAS, tinggalkan perjuangan songsang kamu itu, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar berjuang bersama UMNO-Barisan Nasional demi kemuliaan agama, bangsa dan negara kita.

Tahniah kepada jentera BN dan sahabat-sahabat BN yang bersama-sama berjuang hingga kita menang di Pengkalan Kubor ini. 

Teruskan perjuangan... jangan mabuk dengan kemenangan. Tugas kita masih banyak dan panjang.

  

Gambar PKR Bergumbira Ketika PAS Berkempen Keseorangan?

Posted: 25 Sep 2014 06:08 PM PDT

PAS kata rakan dalam Pakatan sedang sibuk, sebab tu la tak boleh nak tolong berkempen.

Betul ke mereka sibuk?



Kesian betul dengan PAS. Kena tipu hidup-hidup dengan rakan setahaluf mereka.

Jika Guan Eng kata PAS pengkhianat, rasanya pengkhiantan mereka lebih besar daripada PAS.

*Kalau tak sedar lagi, tak tau lah....

ISU BAHASA ASING DI DANGA BAY, SIAPA SALAH PBT ATAU DBP?

Posted: 25 Sep 2014 04:30 PM PDT

BAGAIKAN BERADA DI NEGARA ASING
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti berikut:
  • untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
  • untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
  • untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
  • untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
  • untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan
  • untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Sumber kuasa DBP ialah  Perlembagaan Persekutuan dan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan 1995).

Visi DBP ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dalam dunia ini. Namun perkara yang berlaku di Danga Bay, Johor Bahru sangat mengejutkan saya. Sebagai sebuah negara yang merdeka dengan mempunyai undang-undang bahasa, saya amat terkejut mengapa di dalam negara sendiri Bahasa Melayu diketepikan dengan begitu tragis, menyedihkan dan memalukan. Ianya pula berlaku di negeri Johor, yang disebut-sebut dengan bangganya sebagai ibu budaya kepada negara kita.

Misi DBP pula ialah meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu. Ianya suatu yang amat lucu apabila di dalam negara sendiri Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipulihara, dikuatkuasa penggunaannya dan paling malang ianya seolah-olah tidak bernilai.

Wawasan DBP pula dinyatakan hendak menjadi peneraju utama pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam pembinaan negara bangsa. Dengan perkembangan terbaharu di Danga Bay, jelas membuktikan DBP tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melaksanakan wawasan mereka. Pada pandangan saya, kesilapan yang berlaku di Danga, Bay di atas perlu diambil tindakan segera oleh pihak DBP sebagai pemegang teraju utama dalam pengembangan bahasa kebangsaan negara kita. Yang jelas bahasa China, bahasa Mandarin, bahasa Inggeris bukan bahasa Kebangsaan negara kita walau apapun alasannya hatta alasan ekonomi.

Manakala Falsafah DBP ialah 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Jika bahasa kebangsaan tidak digunakan di tempat awam di dalam negara sendiri, sebaliknya bahasa asing boleh pula diletakkan dengan megah, cantik dan menarik, apakah ertinya sebuah kata-kata 'Bahasa Jiwa Bangsa' itu?
TIADA SATU PUN PERKATAAN BAHASA KEBANGSAN
Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita mesti menyelesaikan isu ini dengan segera. Janganlah kita berdiam diri dan berpeluk-tubuh sahaja kerana jika kita berdiam diri, kelak ianya akan menjadi perkara lumrah, dan kesannya generasi akan datang sudah tidak lagi melihat bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama, bahasa perhubungan dan bahasa perpaduan. Bagaimana hendak bercakap hal nation building jika hal bahasa kebangsaan pun tidak mampu ditangani.

Saya merayu Parlimen Malaysia melakukan sesuatu untuk memulihara martabat bahasa Kebangsaan di dalam negara sendiri. Barangkali DBP tidak ada kekuatan untuk menerobos isu ini. Amat sedih untuk berkata DBP tidur atau mati. Bangunlah.

Sumber MERDEKA

Keputusan Rasmi #PRKPengkalanKubor : BN Menang Majoriti 2635. Terima Kasih Para Pengundi

Posted: 25 Sep 2014 06:34 AM PDT

Keputusan rasmi PRK Pengkalan Kubor:



Terima kasih pengundi PRK Pengkalan Kubor kerana memilih calon Barisan Nasional.










Terkini #PRKPengkalanKubor : BN Menang Dengan Majoriti 2625 Undi

Posted: 25 Sep 2014 04:57 AM PDT


Laporan langsung dari KLXPress memaklumkan Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN N.01 Pengkalan Kubor dengan 2625 undi.

Klik di sini untuk maklumat lebih terperinci : http://klxpress.com.my/?p=18405

*Tahniah untuk semua jentera yang bertugas. Hadiah untuk Hari Jadi Tok Pa pada hari ini (25 September) yang sungguh bermakna.

#PRKPengkalanKubor : BN Menang Majoriti Lebih Besar?

Posted: 25 Sep 2014 04:24 AM PDT


Ada maklumat kata BN menang PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar daripada sebelum ini.

Itu maklumat tidak rasmi. Berikut keputusan mengikut peti undi yang dilaporkan oleh KLXPress.

7.20pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG BENDANG PAK YONG BN 1099 PAS 878 & BEBAS 5BN MENANG MAJORITI 221
7.17pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM BUNOHAN BN 783 PAS 315 & BEBAS 3BN MENANG MAJORITI 468
7.15pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TELAGA BATA BN 722 PAS 607 & BEBAS 0BN MENANG MAJORITI 115 
7.10pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM JUBAKAR DARAT BN 754 PAS 77 & BEBAS 1BN MENANG MAJORITI 677
7.05pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TUJOH BN 1082 PAS 971 & BEBAS 6BN MENANG MAJORITI 111
7.00pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM PENGKALAN KUBOR BN 1033 PAS 476 & BEBAS 3BN MENANG MAJORITI 557
6.30pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TELUK JERING BN 424 PAS 108 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 316
6.00pm – RASMI: Jumlah keluar mengundi ialah 23,929 @ 73%. Terus ikuti bersama kami untuk mengetahui keputusan terkini PRK N.01 Pengkalan Kubor.

Baca selanjutnya di sini : http://klxpress.com.my/?p=18405

*Terima kasih portal KLXPress kerana memberi laporan secara langsung dari Pengkalan Kubor.

GEMPAR! PAS Kantoi Bawa Pengundi Hantu #PRKPengkalanKubor ?

Posted: 25 Sep 2014 01:37 AM PDT

Apabila nak kalah, PAS mula memikirkan taktik kotor apa lagi yang mereka boleh lakukan.

Maka terciptalah ala-ala taktik ala-ala pengundi Bangla masa PRU 13 dan black out di Bentong. Cuba perhatikan berita yang disebarkan oleh puak PAS.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS, Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya mengesan kehadiran pengundi yang didakwa itu di Unit Peti Undi Bendang Pa' Yong, di sini.
"Juham menerima aduan daripada petugas pilihan raya PAS di UPU Bendang Pa'Yong tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.

"Peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan untuk menyoal pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta pasportnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Juham, Khamis.


Noorazmir mendakwa, pengundi terbabit pada mulanya dikesan diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa' Yong.

"Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi berkenaan," ujarnya.

Cuba tengok perkataan yang dibesarkan. PENGHULU. Negeri Kelantan siapa yang perintah? Siapa yang boleh lantik penghulu kalau bukan Kerajaan PAS Kelantan.

Kat situ dah kantoi. Sebenarnya pendedahan mengenai pengundi hantu ini dah dibuat lebih awal oleh MyMassa di sini :

Semalam, seseorang yang tidak mahu dikenali telah menyerahkan kepada kami senarai nama pengurus pengundi hantu PAS dari Thailand untuk didedahkan. Menurut sumber tersebut, senarai itu adalah nama-nama individu yang akan menguruskan kemasukan pengundi DUA IC dari Thailand yang akan mengundi PAS. Menurutnya lagi, individu-individu dalam senarai tersebut juga bertindak pemegang MyKad rakyat Thailand yang mempunyai dwi kerakyatan.

Baca seterusnya di sini :  http://mymassa.blogspot.com/2014/09/prkpengkalankubor-panas-strategi-pas.htm


Kalau betul PAS tak buat, kenapa masa mengundi baru kecoh sedangkan MyMassa dan blogger BN lain dah dedah perkara ini lebih awal?

Ini bukan kali pertama Pakatan Rakyat tuduh pengundi mereka sebagai pengundi hantu. Pada PRU 13, PKR telah menangkap seorang pengundi yang dituduh sebagai pengundi hantu.


Tetapi selepas disiasat, rupa-rupanya pemuda tersebut adalah penyokong PKR!

Taktik mereka mudah, tuduh kemudian minta maaf.

Gambar-gambar Menarik #PRKPengkalanKubor

Posted: 24 Sep 2014 11:30 PM PDT

Antara gambar menarik yang dikirimkan oleh pembaca MyMassa.






Dan yang paling menarik.....


*Kempen-kempen juga tapi takade la sampai bermusuh.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Arkitek, Juruteknik Antara Tiga Suspek Jihad Ditahan

Posted: 25 Sep 2014 07:06 PM PDT



Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 7:30 AM

EKSKLUSIF
KUALA LUMPUR: Seorang arkitek, juruteknik dan peniaga merupakan tiga suspek jihad warganegara Malaysia terbaru yang ditahan selepas negara membuat pendirian tegas dengan melabelkan Kumpulan Negara Islam (IS) sebagai 'pertubuhan pengganas'. 
Ketiga-tiga suspek ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke Turki. Difahamkan kumpulan berkenaan juga akan ke Syria untuk menyertai IS.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman pada pukul 8.55 pagi semalam.

Pada hari yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menggesa negara-negara lain membendung aktiviti keganasan yang semakin menular di Iraq dan Syria.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di mesyuarat UNSC di New York, berkata Malaysia akan memperkukuhkan undang-undang sedia ada dan keupayaan memerangi keganasan.

Sementara itu, pihak polis berkata arkitek tersebut berasal dari Pahang sementara juruteknik berkenaan dari Perlis yang mana kedua-dua mereka berusia 26 tahun.
Suspek ketiga yang merupakan pemilik kedai serbaneka, berusia 42 tahun itu dipercayai berasal dari Kelantan dan telah berkahwin serta memiliki enam orang anak.

"Siasatan awal mendapati suspek merancang untuk menaiki pesawat untuk ke Istanbul, dan transit di Doha," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan , pada Khamis.

"Dari Turki, mereka akan bergerak ke Syria untuk menyertai kumpulan IS  di sana."
Beliau berkata sebelum ditahan, polis telah menyerbu rumah suspek tanpa pengetahuan mereka. Dalam serbuan tersebut polis menemui bukti antara lain, bendera IS. 
"Kami percaya mereka ini diambil menjadi ahli oleh kumpulan militan Malaysia, melalui media sosial seperti Facebook.

"Suspek juga turut mempunyai hubungan dengan seorang pejuang jihad warga Malaysia yang kini berada di Syria."

Pihak polis kini sedang berusaha mengesan individu yang merekrut lelaki berkenaan.

Dengan penahanan terbaru ini menjadikan jumlah militan Malaysia yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism kini meningkat kepada 22 orang sejak 28 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji Bahagian Counter Terrorism atas kejayaan mereka menahan suspek.

Polis kini sedang memburu lima suspek militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berasal dari Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Abu Hanadzlah) dan pemilik kedai serbaneka, Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun dipercayai merupakan ketua kumpulan militan tempatan yang melatih dan menghantar ahli mereka berjuang di Syria dan Iraq.

Sumber berkata pihak berkuasa percaya dua suspek lelaki tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru turut menguruskan perjalanan empat orang rakyat Malaysia yang dihantar ke Syria pada 5 Mac lalu termasuk Ahmad Tarmimi Maliki, yang merupakan pakar pembuat bom pertama warga Malaysia

Ahli ketiga yang berjaya dikenalpasti ialah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, yang lebih dikenali sebagai Abu Nur, 39.

Dua lagi suspek yang dicari ialah ahli kumpulan Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30, kedua-dua mereka berasal dari Tawau.

Sumber turut mendedahkan kedua-dua lelaki berkenaan telah menjalani latihan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005.

Khalid menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau bahagian counter terrorism di talian 03-2266 7010 atau 011-2104 6850 . Anda juga boleh menghantar e-mel kepada CTD.E8M@gmail.com.

Al-Fatihah - Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia

Posted: 25 Sep 2014 09:55 AM PDT

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pengarah veteran, Datuk Jamil Sulong yang telah disahkan meninggal dunia. Allahyarham meninggalkan kita pada usia 88 tahun di kediaman salah seorang anaknya di Bukit Utama, Damansarapada pukul 9.35 malam ini.
jamil sulong meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik selepas solat Jumaat esok. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Rakyat tanggung menteri 12 bulan setahun – Tengku Zulpuri

Posted: 25 Sep 2014 02:49 AM PDT


tengku_zulpuri
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membidas kenyataan angkuh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan, kononnya kerajaan 'menanggung' hidup rakyat selama tiga bulan dalam setahun.
Ketika berucap sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sana semalam, Ahmad Maslan berkata hidup rakyat ditanggung tiga bulan dalam setahun melalui subsidi dan bantuan yang disampaikan kerajaan.
"Campur BR1M, bantuan persekolahan, subsidi minyak, tepung.. tiga bulan kehidupan kita ditaja kerajaan BN dalam setahun. Sembilan bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja yang kita ada," kata Ahmad Maslan menurut The Malaysian Insider.
Mengulas dakwaan itu, Tengku Zulpuri menyifatkannya sebagai pembohongan memandangkan rakyat adalah penyumbang utama pendapatan negara melalui cukai.
"Setiap tahun, rakyat membayar cukai pendapatan dan pelbagai cukai lain. Malah gaji menteri sendiri dibayar melalui kutipan itu.
"Rakyat yang menanggung (gaji) menteri dua belas bulan, bertahun-tahun lamanya," katanya ketika dihubungi Roketkini.
Kata Ketua Pembangkang DUN Pahang itu, kenyataan Ahmad Maslan menghina rakyat yang terpaksa bekerja keras bagi menanggung kos sara hidup yang meningkat.
"Ia cukup menghina. Seorang menteri tidak boleh keluarkan kenyataan yang tak cerdik – macam orang tak sekolah.
"Bukankah itu tugas pemimpin – menaikkan taraf hidup dan mengurangkan beban rakyat?" soalnya lagi.
Beliau turut membidas Ahmad Maslan yang tidak berkata apa-apa berhubung subsidi yang diberikan kerajaan kepada syarikat, antaranya kepada kroni penjana tenaga bebas (IPP) berjumlah RM20 bilion setahun, serta terbaru RM6 bilion bagi menyelamatkan Malaysia Airlines System (MAS). – Roketkini.com

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama

Posted: 25 Sep 2014 01:14 AM PDT

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama
Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahan lama di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.
Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.
"Mungkin boleh bertahan hingga November saja dan bila sidang DUN diadakan, kemungkinan besar ADUN akan membuat undi tidak percaya terhadap Azmin.
"Jika senario ini berlaku, Pakatan Rakyat juga harus disalahkan kerana suka membuat onar di Selangor," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada Selasa lalu dan beliau dijangka mengumumkan senarai exconya hari ini. -M'kini

Ini semua konspirasi Najib

Posted: 24 Sep 2014 11:43 PM PDT

 | September 25, 2014
Keseluruhan proses ini tidak lain dan tidak bukan adalah satu konspirasi oleh Najib Razak untuk menghilangkan saya dari persada politik dengan sekali lagi berusaha untuk memenjarakan saya.
Najib Anwar MahkamahPETALING JAYA: Ketua Umum Parti Pakatan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak muktahir ini telah menghalang daripada beliau daripada mendapatkan penghakiman yang adil di dalam rayuan kesnya yang akan datang.
Menurut Anwar, pada 19 dan 28 Ogos yang lalu, peguambelanya yang merupakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran telah didakwa dua kali di bawah Akta Hasutan, dan kedua-dua dakwaan ini berkait langsung dengan kes rayuan beliau.
"Keseluruhan proses ini tidak lain dan tidak bukan adalah satu konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghilangkan saya dari persada politik dengan sekali lagi berusaha untuk memenjarakan saya.
"Oleh itu saya nyatakan bahawa saya tidak mempunyai kepercayaan bahawa keadilan akan ditegakkan dalam perbicaraan ini walaupun pasukan pembelaan telah berusaha bersungguh-sungguh," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, sepertimana yang pernah beliau sebutkan sebelum ini, ini bukanlah satu perbicaraan jenayah. Ini adalah satu sandiwara yang dipentaskan pemerintah untuk memastikan beliau tidak aktif dalam politik demi kelangsungan kekuasaan mereka.
"Pada 1998, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan perkara ini dan tindakan 'Machiavellian' beliau menggunakan seluruh jentera kerajaan telah memastikan saya dipenjarakan selama 15 tahun di atas kesalahan-kesalahan yang tidak pernah saya lakukan.
"Inilah kezaliman dan ketidakadilan yang telah diperlakukan terhadap saya dahulu. Ini juga kezaliman dan ketidakadilan yang diteruskan hari ini," jelasnya.
Katanya, Najib telah melakukan perkara yang sama seperti mentornya, iaitu dengan mengerahkan keseluruhan jentera termasuk media, polis, Peguam Negara dan badan kehakiman untuk memastikan keadilan tidak ditegakkan dan saya dibuang dari persada politik tanah air.
"Mengapa menjadi satu kesalahan jenayah untuk peguambela saya menyatakan hujah pembelaan saya?
"Kenyataan-kenyataan peguam saya untuk membela saya kini dijadikan asas pendakwaan jenayah terhadap beliau. Ini satu penganiayaan. Ia jelas dilakukan untuk menakut-nakutkan pasukan pembelaan saya dan menghalang mereka dari melakukan tugas-tugas profesional serta mencabul hak saya dibawah perlembagaan untuk mendapat khidmat guaman yang baik," ujarnya.
Jelasnya, rayuannya akan terjejas dan akan bersifat tidak adil dari saat ia dimulakan.
"Pendakwaan-pendakwaan terhadap N Surendran ini hanya mengesahkan dakwaan konspirasi terhadap saya dan mengukuhkan kepercayaan bahawa pihak kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memenjarakan saya," katanya.
Anwar juga merujuk rayuannya terhadap sabitan kes Fitnah II yang akan didengar Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober 2014.
"Dakwaan kedua berkait kenyataan N Surendran yang telah bercakap kepada media selepas pengurusan kes rayuan saya bahawa wujud satu konspirasi dalam dakwaan-dakwaan terhadap saya. Sekali lagi saya nyatakan bahawa dakwaan konspirasi adalah salah satu hujah pembelaan saya di mahkamah," ujarnya. - FMT