Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Terdesak hingga bayar RM500 seorang pengundi?

Posted: 24 Sep 2014 10:12 PM PDT


PAS menjaja mereka sebagai parti Islam. Konon memperjuangkan nilai dan wadah negara Islam. Sambil itu, mereka menuduh parti pemerintah tak Isslamik dan memberi rasuah. Di Pengkalan Kubor, mereka menuduh UMNO rasuah kerana menyumbang kepada kebajikan rakyat. 

Dalam diam-diam dan sorok-sorok, tukang kempen PAS yang tertewas pada permintaan pengundi kawasan PAS yang suka memeinta-meminta wang di kubu kuat mereka di Kg Geting.

Seorang yang dikenali sebagai Pok Su Tok Ngulu Geting telah berkata pada Wanita UMNO Jeli, "Mu dok mano. Gedebe sangat ko mu?

Dia memberitahu akan masuk ke kawasan Telaga Bata untuk membeli undi sebab BN menang di situ. Tak dapat malam tadi, dia akan beli semasa meraih undi.

Memang jelass PAS terdesak. Khabarnya ada pasukan PAS dari Kubang kerian dan Terengganu dah pulang kecewa. Ada kata ini usaha sabtaj. Maka untuk menjaga maruah kepimpinan ulamak PAS, maka pengikut sanggup beli pengundi untuk memastikan kemenangan.


Sampai juga perkhabaran sebuah kereta WKH 3563 Kenari Kuning telah memasuki kawassan PDM Bendang Pak Yong yang diakui calun PAS sebagai tempat asalnya.

Kereta itu dikhabarkan memasuki kampong untuk mengenallpasti dan membeli pengundi-pengundi atas pagar. Dua pengikut fanatik PASbernama Mohd Nawi Sulaiman dan Zulkarnay Zakaria dari Kg Sebidang Pengkalan Kubor yang menemui pengundi-pengundi seccara senyap-senyap.

Seorang pengundi BN telah memeritahu ditawarkan RM500 seorang.untuk undi PAS. Dia kata dia  ikut kata Nik Aziz untuk terima duit itu tapi undi tetap BN.


Buat masa ini, kedua-dua pihak percaya parti masing-masing boleh menang banyak!!!




Mana satu Idaman Kalbu pengundi Pengkalan Kubor

Posted: 24 Sep 2014 05:13 PM PDT


Calun


Minyak



Pusat zalim?



Janji






Parti










Undi UMNO undi Islam, Undi PAS undi puak liberal dan kafir harbi!!!

Posted: 24 Sep 2014 07:30 AM PDT


Sebabnya mudah:
  • Pretasi BN sejak 2004
  • Latarbelakang baik calun
  • Anak tempatan dan mesra rakyat
  • Berkhidmat sebbagai pendidik membuat calun fahami denyut nadi rakyat
  • Bawah PAS, Kelantan banyak masaalah dadah, daun ketum, HIV, dan denggi
  • Kemenangan PAS tak jejas pentadbiran negeri dan BN boleh pengimbang
  • PAS sekarang tak stabil dan ada isu dalaman
  • Guru-guru pondok fatwakan sekutu PAS adalah kafir harbi dan haram
  • Kemenangan UMNO kemenangan Islam, kemenangan PAS kemenangan puak liberal dan kafir harbi

Selama ini PAS anaktirikan Pengkalan Kubor

Posted: 24 Sep 2014 05:07 AM PDT


Sebabnya 'simple':
  • Bukan anak tempatan; lahir Kedah, mak ayah Tanah merah
  • Proksi Anwarinas
  • Rekod perkhidmatan tak cemerlang; hanya kontraktor binaan
  • Hubungan tak stabil dan bunuh membunuh dalam PR
  • Tiada agenda, misi dan visi - PAS hanya tabut janji dan hanya pandai lancar batu asas 
  • Selama ini PAS anaktirikan Penkalan Kubor


PAS Tumpat pasti dah dengar slogan "1 undi untuk Wan Rosdi, 1 untuk kroni"

Posted: 23 Sep 2014 11:46 PM PDT


Orang PAS ingat ketika pemilihan PAS kawasan ada slogan berbunyi "I undi untuk Wan Rosdi, 1 undi untuk kroni". Ini bukan UMNO yang reka-reka tapi orang PAS sendiri yang sebut.

Malah ada kain-kain rentang yang berbunyi sedemikian. Orang PAS juga yang serang calun PAS sedemikian rupa dengan banner sedemikian.





Oleh itu, jangan pula ingat banner-banner di atas adalah dari orang BN. Ianya mungkin dari orang PAS yang tak langsung berkenan dengan perangai kuat berkroni Wan Rosdi.

Malah budaya kroni ini sedang disebarkan kerana dia perlu jadikan seramai kroni buat dirinya menang. Maka, itu yang blog Perigi Timur SINI berjaya dapatkan gambar-gambar permainan rasuah politik yang berkait rapat dengan kroni dilaksanakan Wan Rosdi.


Aspirasi Bangsa SINI mendengar cerita berikut:


Adakah PAS akan membeli pengundi di akhir kempen di PRK Pengkalan Kubor... Ada cakap-cakap di sini PAS telah memberi pemuda-pemuda di sini antara RM 50 hingga RM 200. Jadi siapa yang dapat rm 50 tu malang le.. patut minta kat PAS tu sekurang-kurangnya rm 200.00
Itu saja setakat kroni pengundi PAS merasa. Kroni sebenar yang lumayan.




MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PRK Pengkalan Kubor: Ramai pengundi luar pulang mengundi

Posted: 24 Sep 2014 09:09 PM PDT


SALMAH MAT HUSAIN & MOHD NOR YAHYA | .
TUMPAT: PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja.

"Mereka tidak mahu ketinggalan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih biar pun terpaksa mengambil cuti," katanya ketika ditemui semasa meninjau suasana pilihan raya di Sekolah Kebangsaan Teluk Jering.

Beliau juga berkata, suasana tempat mengundi di Teluk Jering agak tenang biar pun didapati ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

"Suasana tenang, tiada masalah perayu undi di antara kedua-dua pihak. Lagi pun suasana molek kerana cerah cuaca pada sebelah pagi," katanya.

Turut berada di tempat mengundi tersebut Adun Bukit Tuku, Abdul Rasul Mohamad dan petugas dari Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa.

Teluk Jering merupakan kubu tradisi Umno sejak dahulu lagi. Bagaimanapun strategi undi senyap menjadi pilihan kalangan pengundi muda.

Harapan penduduk untuk mendapatkan jambatan baru menggantikan jambatan lama yang sempit akan menjadi kenyataan tidak lama lagi selepas kerajaan negeri meluluskan peruntukan membinanya.

Teluk Jering merupakan kawasan sempadan dengan Dun Wakaf Bharu. Jalan dari Cabang Empat Tok Mek Ngah ke sempadan Dun Pengkalan Kubor jem teruk sejak pagi lagi.

Manakala di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah suasana tempat pengundi pun agak tenang biar pun perayu undi PAS dari Bachok dan Selangor mendominasi tempat tersebut.

Laluan ke tempat pengundian agak sempit menyebabkan perayu undi PAS dan BN berada bercampur antara satu sama lain.

Turut menyertai rayuan undi PAS Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, timbalanya, Dr Mariah Mahmod, naib ketua, Mumtaz Mohd Nawi dan isteri Mursyidul Am, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Suasana meriah juga dapat dilihat di tempat mengundi di Sekolah Menengah Rendah Sains Mara. Jalan dari Pantai Sri Tujuh ke Pengkalan Kubor jem teruk.

Sementara itu jentera pilihan raya PAS mengesan petugas SPR melipat empat kertas undi sehingga menyebabkan ruang tempat pangkah bulan berlipat.

"Kesannya menyebabkan ramai pengundi warga emas susah hendak pangkah bulan kerana terpaksa membetulkan lipatan terlebih dahulu," kata mereka.

- HARAKAHDAILY 25/9/2014

Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir

Posted: 24 Sep 2014 03:48 PM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

"Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan," katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.



"Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa," katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lip Eng (kanan) membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Desakan supaya tokoh BN itu disiasat turut dibuat Kit Siang hari ini yang tidak puas hati terhadap kenyataannya Mahathir ketika beliau bertanding di Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.

Kit Siang mendakwa Mahthir berkata, beliau bertanding kerusi itu keana mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor "menolak bekerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu" selain "membenci orang Melayu".

'Pemimpin mesti tegas'

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahathir sebagai berkata, seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan
yang dibuat tidak popular.

"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," beliau dipetik sebagai berkata dalam ucap utama bertemakan "Kepimpinan dan Pengurusan Krisis" pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur.

Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.

"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia campur tangan dan menghapuskan amalan buruk dan ia menuntut kepimpinan kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan. - mkini

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin

Posted: 24 Sep 2014 02:32 AM PDT

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin
SHAH ALAM – "Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat."
Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
"Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.
"Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.
Menurut Ummi, tugas Mohamed Azmin kini bukan sahaja kepada rakyat, tetapi cabaran buatnya adalah untuk membersihkan segala kontroversi yang melanda PKR.
"Dia ada kredibiliti sebagai pemimpin dalam membuat sebarang keputusan. Cuma saya berharap dia tidak menjadi 'remote control' kepada (Ketua Umum PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya.
Katanya, menjadi tanggungjawab Mohamed Azmin untuk membuktikan kepada rakyat bahawa segala keputusan yang dibuatnya selepas ini bukan arahan dari pihak tertentu.
Menurut Ummi, kerusi Menteri Besar Selangor secara tradisinya dikenali sebagai kerusi 'panas' dan beliau tidak mahu melihat Mohamed Azmin jatuh seperti bekas-bekas menteri besar sebelum ini. -SH

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TU DIA...UMNO PUNYA TERRER SAMPAI BLOGGER SEKS PUN MINTAK NYAWA DARI AMERIKA!

Posted: 24 Sep 2014 09:00 PM PDT


Blogger seks tersohor pujaan DAP dan Anwar; Alvin Tan, 26 kini dilaporkan berada di California, Amerika Syarikat melarikan diri memohon jaminan suaka politik dari US kononnya untuk mendapatkan perlindungan politik dari parti kuku besi UMNO.

"Saya sedang sibuk memulakan kehidupan baru di sini (U.S.A), sementara menanti keputusan suaka saya. Saya berada di sini untuk mendapatkan perlindungan politik daripada parti kukubesi, UMNO," katanya kepadanya Channel News Asia ketika ditemuramah menerusi Facebook.

Alvin Tan, 26 dan pasangannya, Vivian Lee, 25, telah dibicarakan tahun lepas untuk tiga pertuduhan di bawah Akta Tapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya yang dikenali sebagai Alvivi, masih lagi berhadapan dengan dua tuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'Ucapan Ramadhan' yang telah disiarkan di blog mereka tahun lepas.

Posting tersebut mengandungi perkataan, 'SELAMAT BERBUKA PUASA (DENGAN BAK KUT TEH... WANGI, ENAK, MENYELERAKAN)' dan telah diletakan di atas imej-imej pornografik mereka.



Sebelum ini, bekas kekasihnya telah menawarkan diri untuk menjadi peneman berbayar pada harga RM1300 sejam. (gersang le teww...)

Alvin Tan cukup yakin, dia akan status suaka politik dari Amerika Syarikat.

"Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengeluarkan laporan Hak Asasi ke atas Malaysia pada 2014 yang turut menyentuh kes saya sebagai pencabulan hak kebebasan bersuara Internet," katanya lagi.

Eloklah cinabeng ini berambus dari Malaysia dari pendakwaannya asyik bertangguh-tangguh.

Pihak Kementerian Dalam Negeri, Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara sila pastikan cinabeng ini dilucutkan hak kewarganegaraannya. Mohon batalkan pasport rasminya, mansuh dan nyahtarafkan kad pengenalan birunya.

Pihak Kedutaan dan Perwakilan Malaysia di Washington, New York dan Los Angeles sila pastikan cinabeng ini tidak melaporkan diri di Kedutaan dan Perwakilan sebagai rakyat Malaysia semata-mata untuk mendapatkan hak mengundi sebagai rakyat Malaysia.



Cinabeng ini tiada lagi semangat cintakan Malaysia....lebih baik dia berambus ke negara yang dia boleh bebas melakukan aksi seks tunggang terbaliknya.

SPR sila batalkan kelayakkannya sebagai pengundi berdaftar setelah dia dilucutkan hak kewarganegaraannya.

SKMM pun tolong block facebook dan blog cinabeng ini dari terus memasuki Malaysia dan merosakkan rakyat di negara ini.

Biarkan cinabeng ini di sana. Tak payah sibuk-sibuk nak balik Malaysia lagi.

Tak perlu nak suruh pihak Interpol buru cinabeng lahanat ni. Buang masa nak bawa balik ke Malaysia. Lucutkan saja kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia. Biar dia menjadi pelarian 'persona non grata' di Amerika tu.

Lagi elok kalau cinabeng ini mengoyakkan sendiri pasport Malaysianya dan membuang kerakyatan seperti yang dilakukan oleh 'rakan-rakan cinabengnya' di Taiwan, Australia, Amerika, New Zealand, United Kingdom dan Kanada.

Balik Malaysia pun nanti kena hukum, tak boleh bogel-bogel ngeseks bebas lagi. Lebih baik dok kat Amerika.

Cinabeng bertopengkan iblis ini pernah menghina agama Islam pada bulan Ramadhan, bulan paling suci untuk umat Islam dan kemudian menyalahkan UMNO!!!

Makahai lu...

Ini semua hasil ajaran DAP dan Anwar Ibrahim.

Kedua-duanya minah 'gersang' cuba menghancurkan negara dengan idea bebas mereka
Sumber:

Portal Pro Pembangkang Pun Boikot #PRKPengkalanKubor ?

Posted: 24 Sep 2014 08:25 PM PDT

Agak pelik untuk PRK Pengkalan Kubor. Bukan sahaja PKR dan DAP 'memboikot' kempen dalam PRK kali ini, malah portal pro pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini pun tidak memberikan laporan secara eksklusif perkembangan proses pengundian.

Sebaliknya, portal seperti KLXPress lebih terkehadapan memberi laporan kedudukan terkini di PRK tersebut. Berikut adalah laporan dari KLXPress:

10.50am – PDM Kampung Teluk Jering mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 68.22% dan PDM Kedai Geting mencatatkan  peratusan terendah iaitu 23.29%.

10.35am - TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi bagi setiap PDM ialah Simpangan 616 @ 40.03%, Tujoh 1,026 @ 36.16%, Pengkalan Kubor 574 @ 23.88%, Kampung Ketil 1,004 @ 31.39%, Kampung Tebing 605 @ 39.83%, Kampung Genting 1,295 @38.60%, Telaga Bata 719 @ 42.05%, Bunohan 410 @28.63%, Jubakar Darat 458 @46.26%, Kampung Bendang Pak Yong 1,195 @ 43.05%, Kampung Telok Jering 438 @68.22% dan Kedai Genting 355 @ 23.29%.

10.30am - TIDAK RASMI. Jumlah Keluar Mengundi ialah 8,572 @ 35.82%.

10.10am – Pengundi paling tua, Eh Puang a/l Chau Chan, 105 antara yang menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Neting.
10322681_1551593711725873_6321503972758534826_n

9.45am -Perayu undi berkumpul berhampiran Sekolah Menengah Geting dekat Pengkalan Kubor. Suasana dilaporkan terkawal walaupun kedudukan antara dua penyokong parti berdekatan.

10687180_1551587391726505_515843535037606869_n

9.32am – Kehadiran YB Datuk Seri Mustapha Mohamad di PDM Bunohan untuk meninjau suasana hari pengundian. Untuk rekod PDM ini merupakan PDM putih yang dimenangi BN pada PRU ke-13.
999633_1551584141726830_4532320677570359805_n

9.30am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi ialah 4,433 atau 18.88%.

9.15amTIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di PDM Kampung Ketil 505 @ 15.79%, PDM Kedai Genting 187 @12.27%, Kg Telok Jering 159 @ 24.77%, PDM Kg Bendang Pak Yong 422 @ 15.20%, PDM Jubakar Darat 283 @ 28.59%, PDM Bunohan 384 @ 26.82%, PDM Telaga Bata 313 @ 19.30%, PDM Simpangan 244 @ 15.85%, PDM Kg Geting 629 @18.75% dan PDM Kg Tebing 370 @ 24.36%.

9.10am – PDM Kg Geting jumlah keluar mengundi 629 @ 18.75%. Sehingga kini tidak rasmi peratusan jumlah keluar mengundi ialah 9.89%.

9.05am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di PDM Kg Tebing sehingga jam 9.00am ialah 350 @ 23.04%. PDM Tujoh 448 @ 17.79%. PDM Ketil 505 @ 17.79% dan PDM Pengkalan Kubor 340 @ 14.12%.

9.00am – Calon PAS,Wan Rosdi Wan Ibrahim menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong, PDM Kg Bendang Pak Yong.
10698523_1551578555060722_3217169187189085205_n

8.50am – Calon BN, Tn Haji Mat Razi Mat Ail diiringi penyokong Barisan Nasional mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan.
10629866_1551576435060934_7529783585755335051_n

8.45am – Seorang pengundi OKU di Lokaliti Telaga Bata Barat, PDM Telaga Bata selesai membuang undi.
Suasana di PDM tersebut terkawal dan kedua-dua penyokong parti giat merayu undi.
740104711_7336361046596233107

8.34am – Calon PAS Wan Rosdi melawat Pusat Pengundian Teluk Jering dengan di sambut sorokan penyokong yang berkumpul sejak jam 7.30 pagi.

8.00am – Sebelas Pusat Mengundi telah di buka dan cuaca dilaporkan cerah. Namun SPR menyeru para pengundi datang awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
740104072_4723024732768273110


Jadi kepada pembaca yang mahukan laporan terkini PRK Pengkalan Kubor, boleh lawati :
http://klxpress.com.my/?p=18405

*Teruk PAS kena boikot kali ni ek.


DAP SENADA PKR BAHAWA PAS PENGKHIANAT TAK BOLEH BERI MUKA LAGI

Posted: 24 Sep 2014 06:30 PM PDT

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan pengkhianat itu merupakan pendirian bersama parti dan bukan pandangan peribadinya.
"Ia adalah usul tergempar yang diluluskan dalam mesyuarat jawatan kuasa eksekutif pusat (CEC). Ia bukan pandangan peribadi saya," katanya di Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Sallehin Mukhyi yang mengatakan dirinya mementingkan diri sendiri dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Sebelum ini, Lim pada Isnin mengeluarkan kenyataan tersebut setelah selesai mesyuarat CEC berkenaan jawatan menteri besar Selangor.
Lim pada ketika itu berkata 4 ahli exco PAS, Sallehin, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali secara jelas mengkhianati demokrasi dan solidariti terhadap 6 ahli exco lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor.

ZURAIDA - PAS PARTI PENGKHIANAT TAK PERLU BERI EXCO

Posted: 24 Sep 2014 04:50 PM PDT

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berpendapat komposisi pembahagian kerusi Exco Selangor perlu dinilai semula kerana PAS dianggap khianat, tidak menyokong PKR dan DAP semasa krisis politik negeri itu.
"Saya secara peribadi berperdirian (bahawa) kerusi Exco perlu dinilai semula.
"Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku," kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti hari ini, lapor KiniTV.
Astro AWANI turut melaporkan berdasarkan mesyuarat Biro Politik PKR semalam beberapa nama telah diketengahkan untuk menjawatan jawatan Exco.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan tersenarai dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali, lapor portal itu.
Sumber dalaman PKR memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik pada Selasa, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco kerajaan Selangor atas kapasitinya sebagai Ketua AMK.
Sementara Naib Presiden PKR, Nuruk Izzah Anwar pula mahu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dikekal sebagai exco kerajaan Selangor.
"Azmin dijangka akan menerima cadangan yang dikemukan oleh Anwar yang mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco atas kapasiti sebagai ketua AMK.
"Tetapi beliau (Azmin) tidak akan memilih Elizabeth sebaliknya akan melantik Adun Rawang, Gan Gan Pei Nei sebagai pengganti," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Selain Nik Nazmi, nama Adun Taman Medan, Haniza talha disebut-sebut akan mengisi jawatan exco menggantikan Rodziah Ismail makanala Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi akan dikekalkan.
Bagi jawatan exco mewakili kaum India, ramai yang menjangkakan Azmin akan melantik Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar tetapi tidak mustahil Adun DAP akan mengisi jawatan tersebut.
Ini kerana, Azmin mahu memberi peluang kepada DAP untuk menamakan calon exco mewakili kaum India dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
"Adun Kota Alam Shah, V. Ganabathirau berkemungkinan akan dipilih menjadi exco mewakili kaum India biarpun Xavier dikatakan orang kuat Azmin," kata sumber itu lagi.
Dua penyokong setia Azmin, Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) tidak ada dalam senarai exco.
"Mungkin mereka akan diberikan jawatan lain," kata sumber itu lagi.

#PRKPengkalanKubor : Selamat Mengundi

Posted: 24 Sep 2014 04:08 PM PDT

Selamat mengundi kepada pengundi di kawasan DUN N.01 Pengkalan Kubor.


Diharapkan agar PRK kali ini berjalan lancar tanpa insiden kekecohan dan elemen sabotaj.

Yang nak keluar mengundi, jangan lupa bawa kad pengenalan anda.

*Marilah mari.....pergi mengundi.....

Jasa-jasa Arwah Dato' Di Khas Untuk Pengundi @PRKPengkalanKubor

Posted: 24 Sep 2014 07:00 AM PDT

Jasa-jasa Arwah Datuk Di yang mungkin ada pengundi yang tak perasan.







*Alfatihah. Semoga kecemerlangan khidmat Dato' Di akan diteruskan oleh Ustaz Haji Mat Razi.

DOA KAMI UNTUK PERJUANGAN...SEMOGA ALLAH MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL #PRKPengkalanKubor

Posted: 24 Sep 2014 04:52 AM PDT


Sama-samalah kita berdoa dan bertawakkal setelah puas berusaha....kepada Allah s.w.t jua kita harapkan keredhaan dan kemenangan BN esok @ PRK Pengkalan Kubor.

Insya Allah...amin

#PRKPengkalanKubor : Video Yang Anda Patut Tengok dan Sebarkan

Posted: 24 Sep 2014 03:00 AM PDT

Video kempen calon BN.



Mohon ditonton dan disebar-sebarkan.

* #BN4N01.

HAK ROYALTI KELANTAN AKHIRNYA TERJAWAB

Posted: 23 Sep 2014 11:49 PM PDT


Pemimpin Tertinggi PAS Kelantan Dedah Penyelewengan Kerajaan Negeri? #PRKPengkalanKubor

Posted: 23 Sep 2014 11:30 PM PDT

Sejak tidak dilantik menjadi Exco, berikut adalah beberapa 'serangan' Husam Musa ke atas Kerajaan Negeri.




*Wow! Banyak juga yang tak kena dengan Kerajaan PAS ni ek.