Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Azmin 'seteru politik' Abdul Khalid, kini Menteri Besar?

Posted: 22 Sep 2014 11:29 PM PDT


Mohamed Azmin Ali, yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 pada Selasa adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Abdul Khalid dipecat daripada jawatannya.

Mohamed Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin pakatan rakyat yang membantah keras pelantikan semula Abdul Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka telah mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta para penyokong masing-masing.

Krisis antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid memuncak apabila Mohamed Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Disember tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.


Permusuhan itu berlanjutan apabila Abdul Khalid memutuskan untuk menentang Mohamed Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas. Pada Selasa, Mohamed Azmin secara rasminya menggantikan Abdul Khalid, Menteri Besar Selangor sejak 2008.

Kini tiba masanya Mohamed Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Abdul Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, anak kelahiran Singapura itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur, Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 1982, Mohamed Azmin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota dan Sarjana Pendidikan ( Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.


Penglibatan awal Mohamed Azmin dalam politik bermula sekitar 1987 apabila Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad membuka peluang kepada beliau untuk membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Okt 1987 sehingga 1998.

Kesetiaan Mohamed Azmin kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr. Mahathir memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.

Insiden pemecatan Anwar juga merupakan permulaan kepada kekeruhan hubungan Mohamed Azmin dengan Dr. Mahathir yang dianggap sebagai bapanya sendiri, malah Mohamed Azmin merupakan antara yang paling lantang mengkritik bekas Perdana Menteri itu.

Mohamed Azmin merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.



Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013 dan mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.

Pada PRU Ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin yang mewakili Parti Keadilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.

Pada PRU Ke-12, 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-UMNO Haslinda Mohd. Zerain dengan majoriti 1,381 undi. Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU Ke-13.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau tidak pernah lepas daripada kontroversi, antaranya beliau pernah ditahan selama tujuh hari berhubung siasatan mengenai harta pendapatan di antara tahun 1992-1995.

Mohamed Azmin juga menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah, antaranya pada 2001 apabila beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu Ezam Mohamed Noor didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ketika pilihan raya kecil DUN Lunas, Kedah - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Pas bukan jenis 'palahap' semua - Hadi?

Posted: 22 Sep 2014 09:12 AM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, isu kerusi Menteri Besar Selangor tidak boleh diselesaikan melalui hukum akal semata-mata sebaliknya terdapat hukum-hukum syariat yang perlu dipatuhi.

Atas sebab itulah, tegas beliau, walaupun parti tersebut mempunyai kelebihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak membuat sebarang perjanjian bertulis dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, namun Pas tidak berebut atau pelahap' dengan jawatan tersebut.

"Walaupun Pas ada 15 kerusi, PKR ada 13 dan DAP 15, mengikut perlembagaan negeri Selangor, Menteri Besar mesti Melayu Islam, Pas tak rebut jawatan Menteri Besar, tetapi dalam hal ini ada hukum syaraknya, jangan hukum akal sahaja. Kita tak boleh biarkan di negeri dan rajanya, kita ada peranannya dan tidak boleh berdiam diri," katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60, di sini hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin dan perwakilan ketika berucap di muktamar tersebut mendesak Pas menolak jawatan Menteri Besar Selangor jika sultan membuat keputusan menyerahkan kepada ADUN daripada Pas.

Mereka berpendapat, tindakan perlu dilakukan bagi menjaga integriti Pas yang sudah berjanji bahawa jawatan berkenaan milik PKR.

Abdul Hadi berkata, walaupun Pas tidak mahu jawatan tersebut, menyedari tanggungjawab dalam perkara itu, Pas mesti campur tangan untuk menyelesaikan kemelut tersebut sebagai satu amanah.

"Saya tidak rela mengheret ahli Pas ke dalam neraka jahanam. Oleh kerana itu, kita perlu campur tangan dalam masalah ini dan jangan pandang ringan, jangan pandang mudah, nak beri begitu sahaja," katanya sambil disambut laungan takbir oleh perwakilan dan pemerhati.


Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengecam tindakan dua ADUN Pas di Selangor yang menyokong Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan PKR dan DAP bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan `barua'.

"Ini ada pula, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita, inikah etika kita bertahaluf? Kita tidak akan memandang ringan dua wakil rakyat kita yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua," katanya sambil menegaskan bahawa semua wakil rakyat parti itu telah berbaiah dan menandatangani surat aku janji.

Menurut beliau, tindakan pemimpin dan ahlinya yang tidak wala' ataupun taat kepada pemimpin parti adalah bertentangan dengan prinsip berjemaah dalam pati itu dan wala' kepada pihak lain adalah haram dalam sebuah jemaah Islam begitu juga dengan tindakan membocorkan rahsia mesyuarat parti serta membawa agenda pihak lain dalam parti.

"Wala' dengan pihak lain diharamkan, kita kena pegang kepada jati diri Islam," katanya.

Beliau berkata, ahli Pas bukan sahaja perlu taat, malah mesti menjaga adab dalam berjemaah dan tidak menjadikan parti sebagai alat untuk mencapai kepentingan peribadi.

"Jangan berkeras dalam benar, jangan tubuh jemaah dalam jemaah. Adat berjemaah perlu dipelihara, jangan ikut munafik.

Beradab dalam berbeza pendapat, jangan kacau parti rakan kita dan apabila kita tidak kacau, rakan pula jangan kacau kita," katanya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Suko peleceh orhe, Atur program orhe tok maghi

Posted: 22 Sep 2014 11:00 PM PDT


Akibat sikap bongkak cakap besar yang suka perkecilkan program wanita yang diadakan ditempat sama oleh wanita umno semalam, kini program yang diatur oleh pegawai tinggi PENERANGAN tersebut tidak dihadiri sesiapa.

Dengan yakin sekali, dia perleceh program Wanita sebagai bukan kepada pengundi dan hal ini mahu dibawa ke mesyuarat.

Mana dia tahu bukan pengundi? Dia dah check ke IC hadhirin dengan senarai SPR? Dengsn hanya datang-datang tengok gitu, dah boleh simpulkan begitu?

Program itu adalah program susulan yang berperanan sebagai finishing untuk menambat terus hati pengundi.

Agaknya program yg dia buat dan dihadiri beberapa kerat itu dihadiri pengundi dan garentikan undi ke?

Belum lagi komen jahat yang menuduh blogger2 bukan-bukan?

Dia boleh pula ngaku dia ketuai satu pasukan blogger tapi tak boleh sebut satu pun nama blog pun. Blogger tahu siapa dengan siapa, jangan nak kelentong.

Jangan kami dedahkan penipuan pihak-pihak tertentu guna nama blogger dan diakui cara tipu sebagai dalam senarai bawah jagaan mereka tanpa diketahui blogger untuk pura2 buat kerja pada boss mereka.

Kalau adalah blogger dan sosial media, ranking yang sudah luar pemantuan awam dan lawan hingga tidak langsung efektif. Blogger2 tahu ada orang tertentu dalam agensi dan jabatan tertentu ambil peruntukan guna senarai palsu.

Selalu orang lari-lari takut jawab tu rasa bersalah. Lagi takut kalau cerita dok sebat kontrak catering kadi kursus.




3 petugas PAS, budak Husam ditahan balaipolis sebab cantas poster BN

Posted: 22 Sep 2014 08:41 PM PDT

PAS tak faham bahawa rakyat tempatan Pengkalan Kubor membenci budaya politik yang tak matang dan penggunaan taktik kotor seperti cantas mencantas poster.

Malam tadi dikhabarkan 3 sabotageur PAS ditangkap orang BN dan dibawa ke balai. Berita blog dari Kelantan:








Terkini 2 sepanduk BN telah ditoreh dipercayai menggunakan pisau di Kg Bunohan . Kejadian  ini berlaku sekitar pukul 2.00 Pagi . Mengikut cerita orang kampung yang meronda di kawasan ini semasa kejadian berlaku mereka ternampak 1 kereta telah berhenti di depan Poster ini di pasang dan keluar seorang pemuda menoreh sepanduk  dengan menggunakan pisau dan lari masuk dalam kereta menuju ke tempat lain. Orang kampung mengejar kereta tersebut , namun kereta tersebut berhenti di hadapan Rumah Pas Kubang Kerian dan turun masuk ke Rumah tersebut.

Tiga petugas ini adalah petugas dari bilek gerakan pas kubang kerian. DIjangka mereka cuba cantas banner yang memetik kata-kata Dato Husam Musa di DUN Kelantan.




Mereka juga sasarkan



Salahkah calun BN kahwin dua? Baca dulu skandal pemimpin2 PAS Kelantan??!!!

Posted: 22 Sep 2014 05:30 PM PDT

ADUN KElaboran Zaki Ibrahim yang digossip dengan Abby Abady

PAS sudah mula membuat serangan peribadi. Kali ini dia memfitnah Haji Mat Razi skandal dengan budak sekolah. Kahwin kedua itu betul tapi tambah-tambahnya belaka. Kita tunggu dulu dan dengar kisah-kisah pemimpin-pemimpin PAS di Tumpat dan Kelantan jugo.



Kalau mahu cerita pasal skandal, paling hebat adalah kisah ADUN PAS untuk Kelaboran, Tumpat mempunyai hubungan sulit yang jijik lagi menjijikkan. Ini bukan hal gossip ADUN yang disebut, Zaki Ibrahim mengahwini Abby Abadi yang tidak jadi. [baca SINI]

Abby akhirnya kahwin dengan seorang yang lebih muda tapi hanya kekal setahun dan cerai bila di cekaunya. 

Zaki Ibrahim telah mengurat isteri rakanya sendiri, Ustaz Zainurin Mohamed. Zaki di tangkap basah berkali-kali dengan isteri kawannya hingga akhirnya Ustaz Zainurin pun ceraikannya. Lalu Zaki mengahwininya untuk janda kawannya untuk menjadi isteri kedua. BAca SINI

Cerita ini tak habis. Zaki menggunakan alasan isterinya yang pertama gila. Mana tidak gila jika asal gaduh saja, Zaki akan lafazkan talak. Hal ini berlaku berkali-kali hingga isteri tersebut jatuh gila akibat tekanan perasaan tidak tahu kedudukan perkahwinannya.

Elok kalau dapatkan Ustaz Zainurin ceramah.


Oleh itu, apalah sangat dengan Haji Mat Razi kahwin bekas penuntut sekolah. Dia kahwini penuntut itu selepas dia habis belajar. Pernikahan itu dibuat di Siam dan didaftarkan di sini.

Malangnya jodoh mereka tidak berpanjangan. Dalam setahun, mereka bercerai secara baik. Bekas  penuntut itu berkahwin lain dan secara kebetulan, suami barunya itu kawan dengan Haji Mat Razi.

Tiada isu langsung.

Semuanya dibuat secara sah dan bersopan. Jika kahwin lebih dari satu itu satu kesalahan, ADUN PAS untuk Wakaf Baru lebih bersalah kerana dia punya tiga isteri.

Berapa banyak wakil rakyat PAS yang kahwin selepas menjadi YB. Wan Hassan kahwin isteri keduanya selepas menang PRU 2008. Mana pula kisah skandal ADUN Selinsing, Saiful Bahri (PAS). Datuk Wan Rahim yang turun naik mahkamah sebab tak isytihar isteri. ADUN Melor, Wan Ismail yang kahwin dan cerai gadis Kemboja. Seorang lagi Exco Pas, Che Abdullah.

Dato Takiyuddin itu pun dikatakan kahwin jirannya. Orang yang rapat dengan isterinya.

Apahal pun Mat RAzi tidak lakukan perbuatan yang sehina Dato Mustaha Ali yang berzina dengan perempuan simpanan dan Mat Sabu berzina dengan isteri orang yang berinya tempat berteduh.

Dah molek-molek denge BN, sanggupkan dicapati PAS?

Posted: 22 Sep 2014 07:05 AM PDT


PASMA biar PAS diperguno DAP kafir harbi... Tolak Wan Razi calun PASMA

Posted: 22 Sep 2014 05:00 AM PDT




DI Telok Intan, PAS maghi tolong walaupun akhirnya dihalau oleh DAP.



Tapi di Pengkalan Kubor PKR dan DAP tak datang tolong. Walaupun calun dan utusan PRK Pengkalan Kubor diurus PASma, tak juga PKR dan DAP bantu. Malah mereka mahu sabotaj.

Usahlah buang masa undi PASMA!!!

Pandai ngato PUSAT tapi Husam sendiri ngato mace-mace

Posted: 22 Sep 2014 02:00 AM PDT


Husam pun turut mengungkit isu-isu penyelewengan balak dan ugama di Kelantan.




Tapi dia yang sibuk sedang seleweng fakta tentang mintak ....


 Di atas adalah rumah PAS Kubang kerian. Husam juga yang mengetuai R


oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Azmin tidak layak duduki jawatan MB?

Posted: 22 Sep 2014 09:33 AM PDT


Jika krisis politik berpanjangan di Selangor sudah dianggap sebagai zaman kelam sistem demokrasi berikutan perebutan jawatan Menteri Besar, pemilihan Azmin Ali untuk mengisi kedudukan tersebut pula jika menjadi kenyataan akan menjerumuskan terus negeri termaju di Malaysia itu ke dalam bencana.

Bagi beberapa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah sama-sama berjuang dengan Azmin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu bukan sahaja tidak layak dari segi moralnya untuk memimpin negeri Selangor tetapi pemilihannya ibarat 'lari daripada mulut harimau, terjun ke dalam mulut buaya'.

Menurut mereka, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR tiada bezanya dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana kedua-duanya merupakan boneka ciptaan Anwar Ibrahim dan jika terpilih, taat setianya diragui sama ada untuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atau dicurah kepada Ketua Pembangkang.

Mursyidul Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, bagaimana seorang yang pernah menghina Sultan Selangor sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 2012, boleh bermimpi mahu memegang jawatan Menteri Besar.


Dakwanya, Azmin juga merupakan salah seorang perancang utama kepada siri demonstrasi jalanan yang bertujuan mahu menggulingkan kerajaan menerusi Bersih 1.0, Bersih 2.0 serta Bersih 3.0 dan adalah cukup berisiko tinggi meletak kepercayaan mengenai untung nasib rakyat, bangsa serta agama kepada pemimpin sebegitu.

Sehubungan itu, beliau memohon budi bicara Sultan Sharafuddin untuk tidak melayan sebarang cubaan melobi Ahli Parlimen Gombak tersebut selain usah memperkenankan Azmin yang kini disebut-sebut sebagai antara calon pilihan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Lupakah kita dari segi moral, Azmin dianggap sebagai lelaki dayus kerana sehingga kini takut untuk melafazkan sumpah laknat meskipun dakwaan yang dilemparkan cukup besar iaitu menghalalkan isterinya sendiri untuk menjalinkan hubungan sulit dengan Anwar. Azmin juga terpalit dengan isu skandal bersama wanita dalam jamban.

"Anak emas Anwar ini juga dikaitkan dengan jenayah kolar putih sewaktu berkhidmat dengan Anwar semasa Ketua Pembangkang menerajui Kementerian Kewangan sehingga dia dan isterinya boleh memiliki saham bernilai jutaan ringgit walaupun hanya bergaji kurang RM3,000 sebulan. Dakwaan ini juga gagal dinafikan oleh Azmin.


"Malah dalam akuan bersumpah bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengenai RM3 bilion yang diseleweng juga mengaitkan nama isteri Azmin. Akuan bersumpah ini tidak pernah dicabar di mana-mana mahkamah oleh Anwar mahupun Azmin," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin; bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong serta bekas Exco AMK, Abdul Ghani Harun dan Azwanddin Hamzah.

Azmin adalah antara calon yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selain ADUN Chempaka serta Sijangkang dari Pas iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr. Ahmad Yunus Hairi, dengan pengumuman rasmi mengenainya dijangka Isnin ini sebelum disusuli upacara angkat sumpah pada Selasa.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pemilihan Azmin akan menyebabkan berlakunya pertembungan antara pejabat Menteri Besar dengan Istana Selangor terutamanya dalam isu kalimah Allah kerana Timbalan Presiden PKR berkenaan bersetuju kalimah suci tersebut digunakan pihak Kristian sedangkan Sultan Sharafuddin jelas menolaknya.


"Pendirian Azmin dalam isu kalimah Allah tidak pernah berubah dan dia tidak pernah menarik balik sokongan untuk digunakan pihak Kristian. Jadi selain penghinaan Azmin yang menyentuh batang tubuh baginda sendiri semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong, isu kalimah Allah adalah indikator penting untuk menolak Azmin," katanya.

Hal sama turut dibangkitkan Lum Yong apabila berkata, sebagai anak jati Selangor, beliau tidak sanggup untuk melihat semasa hayatnya negeri itu rosak gara-gara tersilap perhitungan dalam memilih Menteri Besar kerana jelasnya, ramai lagi yang lebih berkemampuan dalam pembangkang untuk menerajui Selangor berbanding Azmin.

Sementara itu, Abdul Ghani pula memberitahu, dengan isu moral yang membelit Azmin, adalah satu malapetaka bagi rakyat Selangor jika bukti-bukti lain membabitkan pelbagai skandal Timbalan Presiden PKR tersebut didedahkan musuh politiknya sewaktu beliau bergelar Menteri Besar Selangor.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Isu Menteri Besar Selangor Selesai Tetapi DAP Tetap Serang PAS #PRKPengkalanKubor

Posted: 22 Sep 2014 10:30 PM PDT

DAP menyokong penuh pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetapi menyelar pengkhianatan empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS kepada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Lim Guan Eng, keputusan menyokong Azmin dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi sebaik sahaja menerima berita daripada pihak Istana Selangor.
"Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 memutuskan untuk menyokong kenyataan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan menteri besar Selangor berikutan titah Sultan Selangor melantik Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor baharu," kata setiausaha agung DAP itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Lim berkata, keputusan DAP selari dengan pendirian jawatan menteri besar Selangor mesti diserahkan kepada PKR.
"Keputusan beliau (Dr Wan Azizah) untuk menyokong Azmin juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa MB Selangor seharusnya memiliki sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," katanya.
"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor."
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan pada hari ini pada jam 10.30 pagi di Istana Alam  Shah, Klang.
Spekulasi sebelum ini mengatakan Azmin akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru, namun tiada pengesahan daripada pihak Istana hingga surat pelantikan tersebut didedahkan semalam. – 23 September, 2014.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-sokong-azmin-mb-selangor-selar-pembelotan-4-exco-pas#sthash.YgjciVC4.dpuf

*Sudahlah tidak bantu PAS berkempen di Pengkalan Kubor walaupun PAS bersungguh-sungguh membantu DAP semasa PRK Teluk Intan, sekarang ni DAP masih lagi serang PAS? Di mana maruah PAS selepas dihina macam ni?


Pemuda PAS Perak Anggap Ahli PASMA Seperti Golongan Murtad? #PRKPengkalanKubor

Posted: 22 Sep 2014 08:30 PM PDT


Kenyataan Pemuda PAS Perak

GERAK KERJA MUNAFIK MENJATUHKAN RASULULLAH SAW

Oleh : Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil

1. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, apa sahaja yang berkaitan dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pasti dihentam membabi buta. Apabila temuramah tersiar dalam TV3 dituduh UG. Apabila ikut permintaan Sultan dituduh khianat setiakawan. Apabila berpegang dengan prinsip Islam dikatakan tak lihat realiti. Dan bermacam macam lagi.

2. Mungkin kita boleh baca sejarah bagaimana peranan munafik dalam perjuangan apabila bertindak menjatuhkan Rasulullah SAW sebagai pimpinan gerakan Islam, antaranya :

a. Merancang untuk tidak menjayakan misi Uhud yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sehingga menyebabkan 300 orang menarik diri daripada misi tersebut.

b. Merancang satu skandal untuk membunuh kerekter Rasulullah SAW dengan tuduhan fitnah terhadap Saidatina Aisyah RA seusai operasi Bani Mustaliq.

c. Seramai 80 orang menarik diri daripada Perang Tabuk serta 8 orang kumpulan rahsia merancang pembunuhan Rasulullah SAW. 

d. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, muncul kumpulan murtad yang diketuai oleh Musailamah al Kazzab mengaku nabi, dan memansuhkan beberapa syariat dengan "pandangan peribadi"nya.

e. Pada zaman Saidina Abu Bakar RA kumpulan munafik menjayakan agenda pemansuhan syariat dengan manghapuskan sistem zakat dalam Islam, lantas diperangi oleh Saidina Abu Bakr RA.

f. Merancang pembunuhan Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar RA.

g. Merancang pembunuhan Saidina Uthman dengan memainkan isu bagi membangkitkan kemarahan rakyat Iraq terhadap Saidina Uthman sehingga kewafatannya dibunuh oleh kelompok munafik.

h. Melaga-lagakan pimpinan Islam dengan menyemarakkan perselisihan faham, sehingga berlakunya Perang Jamal.

i. Sekali lagi melaga lagakan sesama pimpinan Islam antara Saidina Muawiyah dan Saidina Ali KAW sehingga menyebabkan Perang Siffin.

j. Mewujudkan kelompok kelompok pecah dalam gerakan Islam, antaranya Khawarij dan Syiah.

k. Dan banyak lagi.

3. Semoga senarai kejahatan dan perancangan munafik ini menjadi pengajaran bagi kita agar tidak terjerumus ke dalam kumpulan mereka tanpa sedar, lantas bimbang menjayakan objektif jahat mereka.

Penulis adalah :

Exco Dewan Pemuda PAS Perak
Timbalan Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis PAS Perak
AJK Lajnah Tarbiah PAS Pera


*Wow! Berat sungguh dosa geng PASMA @ Anwarinas sampai digelar macam tu.

PAS TERUS TANGGUNG DOSA BILA RAKYAT SELALU DIPERBODOHKAN DAN DIKHIANATINYA.

Posted: 22 Sep 2014 07:15 PM PDT


Buat sekian kalinya lagi minda rakyat Kelantan diperbodohkan lagi oleh parti PAS.

Sejak 23 tahun lalu Kelantan dibelenggu dengan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

PAS tanpa rasa bersalah mengatakan ini semua akibat kezaliman kerajaan BN, parti UMNO dan kerajaan Pusat yang menganiaya penduduk Kelantan.

Samada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia amnya sedar sejak 13 tahun lalu kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan lebih dari RM1.528 bilion untuk kerajaan PAS Kelantan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri itu.

Bantuan ihsan ini diberikan kepada kerajaan negeri dalam bentuk geran sebanyak RM634 juta dan pinjaman RM894 juta.

Ambo nak kecek la, RM1.528 juta adalah satu jumlah yang begitu besar diserahkan oleh kerajaan pusat terus masuk akaun perbendaharaan negeri.

Tapi ke manakah perginya wang ini...dimanakah projek bekalan air yang sepatutnya dibelanjakan dan dibangunkan?

Sekali lagi amanah rakyat dikhianati, janji kerajaan negeri nak beri air bersih untuk rakyat telah dicapatikan.


1.5 juta anak negeri Kelantan hidup dibayangi pembohongan kerajaan negeri kononnya Kerajaan Pusat zalim tak mahu bantu dan menganaktirikan rakyat Kelantan.

Yang selalu menjadi mangsa cacian dan fitnah berguni-guni adalah Kerajaan Pusat, BN dan UMNO setiap kali anak-anak perantauan Kelantan pulang ke negeri apabila tiba musim cuti perayaan, cuti persekolahan atau cuti hujung minggu.

Gangguan bekalan air bersih setiap hari hingga menyusahkan aktiviti harian. Nak berwuduk untuk solat pun jenuh, apatah lagi nak mandi junub...larat ke nak beristinjak selalu? 

Di Tumpat terutamanya di Pengkalan Kubor kalau tidak kerana jasa Allahyarham Dato' Zahidi dan BN membuat Projek Penapisan Air 1 Malaysia mungkin rakyat di situ masih lagi terpaksa minum air kotor berkeladak.


Projek bernilai RM200 ribu telah dimulakan pada 10 Ogos 2012 dan telah siap sepenuhnya pada 22 November 2012 lalu mampu membekalkan air bersih kepada lebih 500 penduduk Kg Tualang dan Kg Dedap di Pengkalan Kubor. 

Fikirlah dengan molek wahai penganut-penganut PAS...adakah usaha memberikan air bersih kepada rakyat itu bukan merupakan sebahagian dari jihad fisabilillah yang dituntut oleh Islam?

Hok mano yang dikatakan kerajaan BN itu zalim, menolak Islam dan mengabaikan pembangunan rakyat?

Mu jawab sendiri!




SAARI SUNGIP DEDAH TOPENG DIRI SEBENAR, BERWAJAH PAS BERHATI PKR

Posted: 22 Sep 2014 06:30 PM PDT

Facebook pro ulama, El Haraki menyifatkan Saari Sungip menunjukkan wajah sebenar apabila mula mengangkat muka mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut El Haraki, PAS mula mencurigai Saari sejak kemasukan beliau ke dalam parti itu pada tahun 1987, namun ketika itu kesannya masih belum melebar berbanding dengan sekarang ini.
"Saari Sungip merupakan Presiden JIM yang melakukan infiltrasi ke dalam PAS.
"Tahun 1987, Saari pernah meminta jawatan dan tugas daripada Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang ketika itu diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
"Pernah ditawarkan jawatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (Sekarang PKR) pada tahun 1999, dia kata "nanti dulu, saya nak bergerak dalam PAS dulu."
"Merupakan perancang Grand Design HIS untuk menguasai PAS setebal 57 m/s yang mempunyai lebih kurang 5.0 point besar. (El-Haraki ada menyimpan bukti dan dokumen Grand Design yang bocor ini)
"Saranan El-Haraki agar Saari keluar daripada PAS ataupun bertaubat kepada Allah kerana telah melanggar Baiah atas nama Allah dan Rasul,"dedah facebook itu.

Gempar! Dalang Koyakkan Banner Kempen BN Ditangkap? #PRKPengkalanKubor

Posted: 22 Sep 2014 04:21 PM PDT

Peristiwa berlaku sekitar awal pagi tadi. Ikuti pendedahan eksklusif dari blog Kelateloni.






Terkini 2 sepanduk BN telah ditoreh dipercayai menggunakan pisau di Kg Bunohan . Kejadian  ini berlaku sekitar pukul 2.00 Pagi . Mengikut cerita orang kampung yang meronda di kawasan ini semasa kejadian berlaku mereka ternampak 1 kereta telah berhenti di depan Poster ini di pasang dan keluar seorang pemuda menoreh sepanduk  dengan menggunakan pisau dan lari masuk dalam kereta menuju ke tempat lain. Orang kampung mengejar kereta tersebut , namun kereta tersebut berhenti di hadapan Rumah Pas Kubang Kerian dan turun masuk ke Rumah tersebut.

Penduduk kampung yang ditemui awal pagi tadi berpendapat suspek cuba melaga-lagakan penyokong UMNO dan PAS tempatan dan usaha menjadi batu api tersebut gagal. Ini kerana penyokong UMNO dan PAS di Pengkalan Kubor boleh makan semeja dan lebih mementingkan perpaduan dalam komuniti melebihi pegangan politik.

Jika ada maklumat terbaru, akan dikongsikan dengan pembaca.

*Bukan sesuatu yang mengejutkan jika ada golongan sentiasa mahu melihat sesama Melayu bertelagah dan berpecah.

RESOLUSI TIDAK IKHLAS PENUH KEBENCIAN-DENDAM-KESUMAT

Posted: 22 Sep 2014 08:50 AM PDT

RESOLUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN BERHUBUNG PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada hari ini, 22 September 2014 berikutan perkembangan terbaru perlantikan Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:

1. MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.

2. MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

3. Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

4. Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat.

5. Makanya, MPP telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau menarik diri dari dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Berikutan itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu adalah dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi.

6. Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan.

MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

22 September 2014

Kempen PAS Kurang Ajar. Gambar Arwah Datuk Noor Zahidi Pun Sanggup Dibuat Macam Ni #PRKPengkalanKubor

Posted: 22 Sep 2014 07:21 AM PDT

Lihatlah bagaimana tindakan petugas kempen PAS.


Sumber FB.

Tidakkah mereka hormat kepada orang yang banyak berjasa kepada penduduk Pengkalan Kubor. Di sini disenaraikan jasa-jasa arwah kepada penduduk DUN ini.


*Al fatihah untuk arwah Datuk Noor Zahidi dan takziah kepada keluarga beliau.

Surat Pelantikan Azmin Ali Sebagai Menteri Besar Selangor Yang Baru Tersebar?

Posted: 22 Sep 2014 03:57 AM PDT

Tahniah kepada rakyat negeri Selangor kerana mendapat Menteri Besar yang baru.



Apa tindakan PKR selepas ini?

Adakah apa yang terkandung dalam satira ini akan jadi nyata?


Anda Pasti Terkejut Dengan Kempen Belia #PRKPengkalanKubor

Posted: 22 Sep 2014 02:00 AM PDT

Semangat Ketua Pemuda Tumpat dalam menghadapi PRK N.01.


Diperhatikan banyak program-program belia semasa tempoh berkempen dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tanpa sokongan semua pihak dan penglibatan belia kawasan ini sendiri, program-program tersebut tidak akan berjaya.





Selain daripada aktiviti sukan, aktiviti lain turut dilaksanakan.





Sumber : https://www.facebook.com/pemudatumpat

Selain daripada dianjurkan oleh Pemuda Bahagian, usaha-usaha belia Negeri Kelantan yang membantu kempen kali ini juga tidak dapat dinafikan.




Beginilah kuasa beliau sekiranya diurus dengan baik di bawah kepimpinan terbaik.

*Bagaimana pula kempen belia PAS? Nampak macam PAS kini lebih 'kehadapan' dengan penglibatan beliawanis dan slogan PAS FOR ALL!



SYUKUR... TANPA EHSAN BN, MUNGKIN PENJAWAT AWAM KELANTAN TUTOH PAS.

Posted: 22 Sep 2014 12:30 AM PDT


Dalam hidup kita perlu banyak bersyukur dan berterima kasih.

Bersyukur pada nikmat Allah dan berterima kasih kepada pihak yang memberi.

Di Kelantan sekian lama rakyatnya disorok dengan fakta bahawa gaji kakitangan awamnya dibayar dengan duit keuntungan hasil masyul negeri tersebut.

Kononnya ia hasil keuntungan dari perbelanjaan penuh berhemah berkat doa dan kepimpinan tok guru Nik Ajiz.

Hakikatnya, kerajaan Pusat telah memberi RM590,155,478 kepada kerajaan Kelantan sejak sembilan tahun lalu. Tanpa wang ini dah pasti Kerajaan Kelantan akan jatuh muflis dan rakyat akan bangkit mogok besar-besaran.

Kelantan adalah penerima tertinggi pemberian kerajaan Pusat untuk menampung kos pengurusan di negeri ini walaupun kerajaan negeri tak menyumbang balik kepada kerajaan Pusat kerana hasilnya amat rendah. 

Dengan kata lain, akaun kerajaan negeri adalah defisit hingga terpaksa ditampung oleh kerajaan Pusat.


Tetapi ada juga kakitangan awam yang jadi pemakan gaji duit kerajaan pusat ini tidak tahu bersyukur. Sebaliknya mulut-mulut mereka terus kufur menghambur fitnah pada kerajaan Pusat sambil tangan-tangan mereka menyuap mulut anak bini dan mak bapak mereka dengan gaji yang mereka dapat.

Bahkan PAS Kelantan terus menfitnah Kerajaan Pusat menyekat bantuan kewangan dan enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Sebab tu 'rakyat Kelantan' kononnya terpaksa menubuhkan NGO 'R' untuk tuntut royalti minyak dari kerajaan Pusat bagi membangunkan Kelantan.

Hakikatnya, NGO 'R' ditubuhkan hanya semata-mata untuk dijadikan platform bagi puak-puak Husam Musa menonjol dalam arena politik di Kelantan. Khabarnya Husam disebut-sebut akan menjadi Menteri Besar Kelantan jika Nik Ajiz berundur.

Malangnya percaturan Husam Musa tak jadi, Banyak projek pembangunannya hanya tinggal janji bahkan beliau disingkir dari menjawat jawatan Exco Kelantan pada 2013 lalu.


NGO 'R' hanya dijadikan platform kepada anak-anak muda PAS yang jumud dan liberal untuk berpolitik. 

Platform 'R' digunakan untuk mengutip sebanyak mungkin wang-wang rakyat kononnya untuk mengupah lawyer-lawyer kroni ternama menyaman kerajaan Pusat, sambil-sambil masuk poket sendiri... 

Sebaliknya banyak hasil kutipan digunakan untuk menampung perbelanjaan NGO 'R' berjalan-jalan serata negeri. 'R' hanya jadi pelengkap mencacai dan bertenggek di setiap program anjuran Pakatan Rakyat.

Kalau tidak kerana keprihatinan kerajaan Pusat dah lama rakyat dan kakitangan awam di Kelantan hidup merempat tanpa gaji dan pembangunan . 

Peruntukkan tahunan yang diberikan telah menampung kehidupan rakyat negeri ini. Itulah tanda bahawa Kerajaan BN tak zalim seperti mana yang sering difitnah oleh puak-puak "R".

Sebab itulah Allah s.w.t tak pernah berkat hidup puak-puak 'R' ni. Sepanjang kempen di PRK Pengkalan Kubor saja dah banyak pembohongan dan fitnah ditaburkan. Sudahlah dijunjungnya pocong semasa penamaan calon, tidakkah itu syirik namanya? 

Royalti: Kalau bukan hak kita dan kalau kita memang tak layak, jangan kita tuntut dan membohongi rakyat
Di bawah Zon Ekonomi Ekskusif (ZEE), kawasan yang berada di 3 hingga 200 batu nautika terletak dibawah kuasa kerajaan Pusat. Jika dibawa ke mahkamah pun, Kelantan memang tak layak menuntut royalti kerana faktor jarak dan kawasan ini juga dituntut secara berindih oleh kerajaan Thailand dan Vietnam. Puak-puak 'R' masih mengharapkan royalti sedangkan Wang Ehsan diberi untuk pembangunan Kelantan bagi elak ia diselewengkan puak-puak PAS.
Puak 'R' hanya tahu menuntut royalti yang sememangnya bukan hak mereka. Mereka terpaksa melakukannya bagi menanam kebencian berterusan pada kerajaan Pusat selain untuk spin ketakutan mereka kepada fakta royalti minyak.

Kini ramai yang sedar bahawa NGO 'R' hanya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mempamerkan kebebalan pengikut-pengikut PAS terutamanya dari pantai timur.

Tak pasal-pasal yang tak terlibat pun terpalit dengan najis yang dibawa puak-puak 'R' ini.

Sebab itu apabila kita nampak sticker 'R' pada mana-mana kenderaan, maka yakinlah pemiliknya itu adalah seorang yang jumud, pemalas, gedebe, penyebar fitnah, semua barang kalau boleh nak free dan memang jenis kurang ajar di jalan raya.   

Puak-puak beginikah yang mahu dijadikan pemimpin kita di masa hadapan? Punoh parok wei...


Pengkalan Kubor - BN sokmo-sokmo la adik, abe, mek, awe, kakok, mokcik....

PKR KATA HAJI HADI TIDAK BERAKHLAK SEMASA BERUCAP

Posted: 22 Sep 2014 12:01 AM PDT



Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa sesi penggulungan Tahunan parti itu ke-60 sebagai melampau dan dan tidak mencerminkan akhlak seorang ulama.

"Apa yang dilakukan oleh dua ADUN PAS ialah semata-mata melaksanakan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bertarikh 17 Ogos 2014 iaitu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan mencalonkan dua nama, Wan Azizah dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB Selangor.

"Justeru, melabelkan kedua-dua mereka sebagai 'barua' PAS tentunya mengiyakan pepatah Melayu – "Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri," katanya kepada Astro AWANI semalam.





Pada Sabtu, Abdul Hadi mendakwa ada pihak yang menjadi 'broker' dan 'barua' yang mencuri dua ADUN partinya, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnol Baharuddin (Morib) di Selangor untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu di negeri itu.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Abdul Hadi menegaskan, 2 ADUN itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Abdul Hadi.

The Malaysian Insider mengulas ucapan Abdul Hadi itu sebagai berita buruk terhadap Pakatan Rakyat :

Kemarahan itu, seperti juga isi kandungan ucapannya, bukan petanda baik untuk PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tiga hari lepas, ucapan dasar Hadi penuh dengan keterbukaan dan belas ehsan terhadap semua, baik penyokong mahu pun pengkritik.

Sebaliknya, kenyataannya pada hari terakhir muktamar yang penuh dengan rungutan dan kemarahan itu ialah tentang bagaimana beliau akan memastikan PAS ikut rentaknya sendiri apabila berhadapan isu dasar dan tadbir urus, walaupun ia sebahagian daripada sebuah gabungan.

Beliau tidak cuba membentuk kesepakatan antara dua puak bersaing dalam PAS, iaitu golongan konservatif dan golongan progresif. Sebaliknya, Hadi mempertahankan puritanisme yang mempengaruhi cara puak konservatif dalam partinya beroperasi.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan. Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan.

"Ahli PAS mesti faham ada perbezaan. PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti," katanya dalam ucapan penggulungannya.

Walaupun beliau tidak menyatakannya secara khusus, Abdul Hadi sudah cukup membayangkan yang PAS akan menerima jawatan menteri besar Selangor sekiranya dipilih Sultan.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar. Walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar, walaupun tiada perjanjian bertulis, tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri."

Abdul Hadi merujuk keputusan yang dibuatnya menghantar tiga nama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor ke istana, salah seorangnya Adun PAS.

Keputusan itu disokong Majlis Syura Ulama yang besar kuasanya, tetapi tidak dipersetujui Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

AJK PAS Pusat memihak kepada rakan dalam Pakatan, iaitu PKR, dan mahu nama presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dihantar kepada Sultan bersama dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

Abdul Hadi pernah menyebut sebelum ini yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.

"Ucapannya agak beremosi. Seolah-olah selama ini beliau memendam rasa di dalam dan akhirnya ia pecah keluar tiba-tiba," kata seorang AJK PAS Pusat selepas muktamar berakhir.

Menurut pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan itu, tidak seperti ucapan dasar Abdul Hadi, ucapan penggulungannya seperti melepaskan kemarahan kepada pengkritiknya dalam AJK Pusat.

"Beliau tidak langsung mengiktiraf sesiapa pun di antara kami, kecuali mungkin seorang," katanya.

Ucapan presiden semalam dikatakan tidak cuba mendekatkan ahli PAS dari golongan konservatif dan golongan progresif. Abdul Hadi secara jelas menyatakan beliau berhak membuat keputusan sebelah pihak yang difikirkannya sendiri walaupun bertentangan dengan kemahuan AJK Pusat.

Beliau juga menekankan parti itu mesti dipandu ajaran Al-Quran dan Sunnah mengikut tafsiran Majlis Syura.

Ini bertentangan dengan pendirian AJK Pusat yang mengatakan hujah agama mesti diseimbangkan dengan fikiran yang logik dan rasional.

Bagaimanapun, sesetengah pemimpin PAS seperti Nasrudin Hassan dari golongan "ulama" mengalu-alukan ucapan Abdul Hadi.

"Tujuannya ialah untuk memperkuatkan kita dari dalam, supaya kita ada pendirian sendiri apabila berurusan dengan Pakatan.

"Ini akan bantu kita mempertahankan diri dari tuduhan yang PAS hanya menjadi pak turut kepada rakan parti dalam Pakatan."