Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Betoi ka Mat Sabu tiada niat nak jatuhkan Haji Hadi?

Posted: 21 Sep 2014 09:43 PM PDT


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tiada niat sama sekali untuk menjatuhkan Presiden Pas itu.

Katanya, semua kenyataan yang dikeluarkan terutamanya dalam isu melibatkan kerusi Menteri Besar Selangor dibuat hasil daripada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan beliau hanya mengetuai sidang akhbar yang diadakan pada 17 Ogos.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tiada perubahan dilakukan dalam setiap perkataan yang dibacakan dalam sidang akhbar itu yang ditandatangani oleh Abdul Hadi.

"Saya nak sebut sekali lagi, apa yang saya cakap depan wartawan pada 17 Ogos itu adalah hasil mesyuarat. Tuan Guru (Abdul Hadi) mempunyai hal lain ketika itu, lalu saya mengetuainya dan saya baca kesemua yang ditandatangani Presiden tanpa ubah sedikit pun.

"Sama juga dalam sidang akhbar pada 7 September lalu, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, saya tidak memandai-mandai," katanya dalam sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60, di sini hari ini.


Sepanjang muktamar selama tiga hari sejak Khamis lalu, Mohamad menjadi sasaran kecaman perwakilan apabila didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Abdul Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor.

Mohamad berkata, biarpun dalam sesetengah perkara beliau boleh menandatangani perkara tertentu ketika ketiadaan Presiden, namun rujukan tetap dilakukan termasuk kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali.

"Kalau dia kata jangan tandatangan lagi, saya tak lakukannya walaupun masa itu Presiden tiada dan saya yang patut tandatangan, ertinya kami bersama-sama dalam membuat keputusan.

"Tetapi dalam tuduhan-tuduhan dibuat, kita ni orang dan bukannya plastik yang menyebabkan kadang-kadang tu terasa kecil hati juga, balik ke rumah pun termenung," katanya yang menegaskan akan tetap menyokong kepimpinan Abdul Hadi.

Suara Politik
Belantan

Mahfuz The Mr.Bean akui imej hamPas tercalar teruk?

Posted: 21 Sep 2014 04:08 PM PDT



Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar The Mr.Bean mengakui imej Pas tercalar berikutan krisis dalaman yang berlaku dalam parti tersebut.

Sehubungan itu, tegas beliau adalah satu pembohongan jika terdapat pihak yang mengatakan imej parti tersebut tidak tercalar dan mengakui pihaknya menghadapi kesukaran untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita berharap selepas tamatnya muktamar ini, Pas dapat menjalankan pelbagai program untuk mendekatkan parti itu dengan rakyat dan menggunakan segala kreativiti di semua peringkat bagi menggilap semula imej parti,'' katanya dalam sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60, di sini hari ini.

Sementara itu, Pas mempertahankan tindakan pemimpin parti itu memasuki gereja atas alasan memenuhi gerakan keperluan silang budaya.



Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa pula berkata, wujud suara yang menyatakan tindakan itu sebagai mahu menggadai agama dan mengikut kehendak penganut Kristian.

Beliau berkata, ahli perlu jelas tentang perkara berkenaan dengan mengetahui hala tuju parti selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunah.

"Atas kesedaran ini kita sudah menggerakkan keperluan silang budaya dengan mengadakan dialog bersama pelbagai pihak. Dalam isu kalimah Allah ketika berada di kemuncak, kita mengambil sikap untuk berdialog dengan arahan dan persetujuan Jawatankuasa Pas Pusat serta menyatakan pendirian,'' katanya.

"Ini bukan soal kita nak terlibat dalam isu kalimah Allah dari segi akademik, tetapi nak mengatakan Pas bersedia dan terbuka untuk berbincang,'' katanya.

Mujahid berkata, Pas mengambil pendirian yang cukup besar dalam soal berkenaan dan memberi impak khususnya kepada pihak gereja.

"Kita sudah beberapa kali diminta berucap mengenai dasar Pas dalam gereja oleh pihak gereja,'' katanya.

Lantaklah labu...!!!

Suara Politik
Belantan

Pas sudah kaji ke video seks yang dikatakan Anwar?

Posted: 21 Sep 2014 12:54 AM PDT


Tetapi siapa pula lelaki ini...!!! Pas sudah kaji ke juga?



Lelaki ini nampak macam sama dengan lelaki diatas atau pelanduk dua serupa?


Macam pernah ku nampak lelaki ini, tapi di mana ya?


Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


18 tahun dulu MAT YAACOB NIPU RAKYAT denge projek Bandar Baru P Kubor!!!

Posted: 21 Sep 2014 11:02 PM PDT




Kalau Azmin jadi MB ...adakah Anwar ke Pengkalan Kubor bawa hati?

Posted: 21 Sep 2014 08:48 PM PDT


... dialah MB yang punya gambar dalam keadaan tidak bermoral. MB pilihan Sultan Selangor adalah seorang yang suka dimakan aiskrim.

Semantara tu, Mursyidul Am Zahid Md Arip turut la persoalkan moral Azmin. Baca MIK SINI


Kumpulan sama juga timbulkan mengenai bagaimana Azmin mampu punya jutaan saham ketika hanya bekerja sebagai pegawai di pejabat Anwar Ibrahim semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.


PKR dan DAP tidak kira apa nak jadi jadilah. Walaupun telah memohon ampun dari DYMM Sultan, mereka tetap berdegil mahukan Wan Azizah.Baca Selangor Chronicles SINI.

Malangnya ...


Elemen paksaan pun sedang dicuba terhadap Azmin supaya menolak. Baca SINI.


Kalau betullah Azmin, adakah Anwar akan turun ke Pengkalan Kubor membawa hati? Markas PKR kosong saje ...


Tak mahukah Anwar bersama rakan-rakan PASma yang dikritik teruk oleh Hadi di Pengkalan Kubor???





Kalau tak pergi, betullah PKR sabotaj PAS di Pengkalan Kubor. [Baca SINI.] Acara perhimpunan besar-besaran sedang dirancang PAS pada 23hb esuk. Datang atau termalu nak datang?






Pura-pura sakit?


Betul kata Tun M, mana Anwar pergi dia bawa masaalah. Baca FLying Kick SINI

Takkan 1MDB, TH bodoh sangat? 120 tolak atau 170 nyatakan sokongan???

Posted: 21 Sep 2014 05:30 PM PDT




Tidak banyak informasi yang diberikan oleh blog Outsyed the box melainkan "suatu andaian Najib terbang ke USA untuk Sain...????" Huuuh ????? Bior betol ..... Ambe tak fikir ianya suatu cerita betul tapi ambe yakin dan percaya ianya suatu gosip liar yang disebarkan bagi tujuan dan agenda tertentu.

Anihnya, ramai pulop Gred A sibertropa BN boleh menerima berita berkenaan tanpa soal jawab yang panjang. Ada kemungkinan ceritanya tak sebegitu. Tapi sejak akhir-akhir ini, terdapat perkabaran yang seperti memberi tekanan kepada Najib.

Kemungkinan LTH ada merisik kabar untuk meminang pelaburan hartanah di Detroit memandangkan reganya sedang menurun. Tapi untuk LTH terus sain sebarang komitmen bertulis dan ditandatangani oleh Najib... tu macam cerita dongeng 1001 malam lar.

Keadaan di Detroit pun kita tidak ketahui dengan sebenarnya. Jika hanya bergantung kepada sumber-sumber YOUTUBE sebagai otoriti muktamad, ambe fikir ianya bukanlah suatu amalan analisa terbaik.
Baca sepenuh di JAS Salleh SINI

Sementara itu, cerita 120 Ketua Bahagian tolak Najib yang ditulis pun fakta salah.

Yang pergi pertemuan dengan Dato Najib adalah 170 Ketua bahagian. Ia diatur oleh Dato Ismail Sabri. Yang hadhir nyatakan sokongan pada Najib tetapi tak bising sebab memberi penghormatan pada Tun Mahathir.

Asal orang cakap main tulis! Fakta tak check langsung. Kadang-kadang tak mahu dengar langsung maklumat yang sumber asli.

Dah hilang sentuhan kot.

Di Sgor PKR beli 'barua" PAS ... Di Pengkalan Kubor, PKR arah undi BEBAS!!!

Posted: 21 Sep 2014 06:27 AM PDT


"PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor namun tidak senang dengan layanan PKR kepada Pas diibaratkan mencuci segala kekotoran mereka", kata Hadi

"PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, jadi pengkhianat, semua ada. Haji Hadi mendedahkan kumpulan Anwarinas telah membeli dua Adun Pas supaya menjadikan Wan Azizah sebagai majoriti untuk menjadi MB Selangor. Berapa banyak yang telah dijanjikan oleh kumpulan Anwarinas ini kepada 2 Adun Pas telah dirahsiakan.


Sepenuh di Sg Rapat Online SINI  dan baca juga analisa MiM SINI 

Di Pengkalan Kubor, pengundi diingatkan akan kejahatan Pasma ...

 
Orang PKR main pula di belakang ...


PKR akan guna calun bebas unuk bunuh pAS dari belakang sebagai menunjukkan kepada Ulamak PAS bahawa tanpa undi PKR, PAS tak boleh menang.


Calun bebas tak turun langsung pun tapi hanya poster dilihat sana sini. Sentuhan poster adalah sentuhan PKR ...


Banner jawab tuduhan zalim ekoran kempen UMNO Kelantan dikritik lembab!!!

Posted: 21 Sep 2014 01:34 AM PDT



Setelah kempen BN dikritik oleh beberapa blogger yang berada di Kelantan sebagai lemab, jentera BN baru naikkan spenaduk-panduk dan banner. Baca ABITW, Flying Kick dan MIK antara lain.

Takkanlah kempen pilihanraya tak buat ceramah, tak boleh kasi risalah, tak boleh berucap, inisiataif buat program ditahan-tahan dan diputuskan oleh seorang, dan tak boleh up banner. 

Orang datang jauh-jauh semua tak boleh macam-macam seperti Ku Li atas takhta di Galas suatu masa dahulu. Ramai balik akibat sikap UMNO Kelantan yang berlagak!

Mana ada kempen yang tidak bawa mesej politik dan serang menyerang. Takkan kempen macam pondan cuma bakar ayam dan dengar tape dikir barat. 

Di Pengkalan Kubor, sumber utama penyebaran bukan media perdana (orang tak beli paper). Cara menyebar utama adalah ceramah, risalah yang straight to the point dan mesej mudah, dan kempen rumah ke rumah. 

Belah PAS dok membedil hingga peribadi calun pun dipermainkan. Padahal ini merosakkan perkahwinan wanita tersebut yang telah kahwin balik malah suami yang ada dan calun bersahabat.

Antaranya isu yang perlu dijawab adalah tuduhan kerajan pusat menzalimi Kelantan. Malah sebenarnya kerajaan Kelantan adalah kerajaan bankrup yang gagal tadbir kewangan dengan baik dan banyak berlaku ketirisan:

Baru malam tadi dinaikkan banner.




Tuduh BN seleweng tapi mereka pula buat. Nampak sah taktik Anwar buat satu penyelewengan tapi  tuduh BN ata spenyelewengan sama.


Mereka dok asyik main isu ugama seolah-olah cara mereka ISlam sebenar, tapi cakap asyik berbohong, buat cerita dan fitnah. Lihat Husam sendiri komen tentang Hudud.


Baca apa komen Harun Din.


Isu banyak tapi UMNO tahan brake. Macam tak mahu menang. Agaknya untung pembangkang pegang kerusi. Apa ssaja ketua-ketua UMNO bahagian mintak dari ICU semua masyukkk!!!

Harap Dato Najib tutup ICU. Hanya ketirisan dana....

Taukeh balak DAP masuk bantu PAS, pengundi dok DUIT! DUIT! DUIT!

Posted: 20 Sep 2014 11:34 PM PDT


DAP sudah mula mengatur beberapa orang pemimpinnya termasuklah Setiausaha Sulit Lim Guan Eng yang didatangkan ke Pengkalan Kubor untuk berkempen dengan menjanjikan rasuah dan pulangan kepada para pengundi yang mengundi PAS.
Berpusat di Markaz Besar PAS di Geting, salah seorang daripada pendana yang juga merupakan taukeh balak besar, turut membolehkan operasi berjalan antara jam 3:00 sehingga 5:30 pagi dengan menggunakan SUV bercermin gelap yang turut membawa beras seludup.

Operasi PAS dibahagikan kepada beberapa zon dan masa. Kaum Muslimat PAS biasanya bergerak pada sebelah siang, manakala Pemuda pula bergerak pada awal subuh. Rasuah dan pemberian dibuat secara berleluasa. 

Dan sama seperti UMNO, PAS juga berhadapan dengan ancaman dan ugutan daripada para pengundi menjadikan kaedah berkempen ditukar kepada BENTUK KEWANGAN dan PEMBERIAN BARANGAN. 

Jangan pandang selekeh kempen di PRK Pengkalan Kubor kerana isu di sini ialah DUIT, DUIT, DUIT!!!

Petik dari Flying Kick SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Harakah Tayang Gambar Haji Hadi Runsing, Dedah Rancangan Guling Presiden PAS Di Youtube.

Posted: 21 Sep 2014 08:24 PM PDT

Dalam Harakah edisi yang terbaru, jelas menunjukkan rupa wajah Tuan Guru Haji Hadi sedang runsing.


Tindakan Harakah mengeluarkan gambar ini memang tak sepatutnya berlaku. Tetapi mungkinkah kerunsingan Presiden PAS tersebut berpunca daripada rancangan PASMA untuk menggulingkan beliau telah tersebar di Youtube. Sama-sama kita teliti butir perbincangan rancangan jahat PASMA.




*PASMA sudah ke fasa merancang dan tunggu masa untuk gulingkan Presiden. Apa pula rancangan penyokong Presiden dan Ulama PAS?

Selepas Hampir 20 Tahun MB Kelantan Dihantui Janji-janjinya Kepada Rakyat #PRKPengkalanKubor

Posted: 21 Sep 2014 07:33 PM PDT

Malang tak berbau bagi PAS, pemimpin yang pernah berjanji kepada rakyat Pengkalan Kubor kini menjadi Menteri Besar Kelantan. Apa janji pemimpin tersebut kepada rakyat DUN ini?


Lihatlah kesan janji PAS hampir 20 tahun yang lepas.


*Janji tinggal janji, bukankah itu sifat orang munafik?

DUN SELANGOR BUBAR JIKA AZMIN DIPILIH

Posted: 21 Sep 2014 05:00 PM PDT

AZMIN DAN AZWAN
Azmin Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu.
"Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat," katanya.
"Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun," kata Chua.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata parti tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.
Beliau petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.
Saifuddin turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.
Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain," katanya.

PERBUALAN BROKER DIDEDAH @sprm

Posted: 21 Sep 2014 09:30 AM PDT

BERAPA & APA ANWAR TAWAR MEREKA? SIAPA BROKER MEREKA? PRESIDEN SUDAH DEDAH @sprm
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, "Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?
"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya. 
"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?
"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.
Presiden PAS sudah dedahkan ada broker sudah tentulah ada tawar-menawar !!! Jangan dok bangga bertaraf dunia, hal depan mata pun tidak boleh buat!
Kalau tak faham apa itu kerja broker, macam ini lebih kurang contohnya:
Broker : Uar, ini dua ekor sangat mahal, kalau u mau kena pahamlah?
Uar      : Berapa hang letak? 100k, 500k, 1Juta...taik gigi jer? Jim i boleh beli more than 3Juta lah..
Broker : Ok sebelum sign itu letter, kena bayar dulu...
Uar      : Set...
Itulah contoh-contoh perbualan broker dalam broking bisnes. @sprm lebih faham.



Video Panas! Haji Hadi Ucapan Barua, Broker & Batas Tahluf (Bukan Bahalol) #PRKPengkalanKubor

Posted: 21 Sep 2014 08:19 AM PDT


Untuk sesiapa yang masih tidak percaya perkataan-perkataan ini keluar dari mulut Presiden PAS, mari kita tonton video ini.



Mungkin wakil rakyat PAS sudah tidak percaya kepada baiah di atas nama Allah tetapi lebih percayakan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh KETUM.

Itu bukan lagi berTAHALUF tapi BAHALOL namanya!

#PRKPengkalanKubor : Untuk Yang Belum Kenal

Posted: 21 Sep 2014 07:18 AM PDT





Calon Barisan Nasional untuk PRK Pengkalan Kubor. Sememangnya calon anak tempatan dan mesra rakyat.

Sumber :
https://www.facebook.com/PRKPengkalanKuborNews

https://www.facebook.com/pilihanrayakini

*Jangan lupa like page ini untuk dapatkan info terkini.


PERUBAHAN FIZIKAL MAT SABU JADI TANDATANYA PERWAKILAN, KENAPA SEMAKIN BUNCIT?

Posted: 21 Sep 2014 12:19 AM PDT

2014 : RAMBUT SEMAKIN KEMAS, PERUT SEMAKIN TERBOROI BUNCIT, MATA SEMAKIN SEPET
2011 : SELEKEH, PERUT KURANG BUNCIT, PIPI SEDIKIT CENGKUNG
2012 : SELEKEH SEMAKIN KURANG, PERUT MASIH KURANG BUNCIT, PIPI NAIK SEDIKIT
2013 : SEMAKIN RAPI, MENUTUP PERUT BUNCIT, PIPI SEMAKIN KEMBANG

Salam pembaca semua ahli PAS,

Nampaknya, Mat Sabu tiada ketakutan untuk menyanggah Presiden PAS. Walaupun Haji Hadi dah khabar tak mahu Azizah, Mat Sabu tak reti taat dan bai'ahnya kepada Presiden. 

Mat Sabu tiada peduli, barangkali dalam hatinya berkata PAS bukan ada beri apa-apa elaun besar. Barangkali Mat Sabu sokong DAP kerana Lim Guan Eng beri kepadanya elaun ahli lembaga pengarah di Pulau Pinang khabarnya semua orang tahu tidak kurang RM15,000 sebulan. Sebulan itu tidak termasuk kemudahan hospital dan lain-lainnya. Itu belum lagi aktiviti melancongnya yang diketahui umum suka sangat ke Medan.

Sebab itulah agaknya perut Mat Sabu bagaikan nak pecah, bagai nak terburai dah kerana kenyang sangat dengan elaun-elaun yang diberi oleh DAP. Mata pun semakin sepet kerana terlalu gemok, leher pun dah semakin gemok. 

Apabila perwakilan PAS mendoakan betapa kebodohan Mat Sabu kerana mengikut ekor DAP dan Anwar, bukannya taat kepada Presiden PAS, Mat Sabu menyindir kita pula katanya "lepas ini buatlah talkin pulak".

Untunglah engkau wahai Mat Sabu, nasib baik Tok Guru Nik Aziz menyelamatkan mu tahun 1995 dulu, kalau tidak, tiadalah mu seuntung hari ini.

Pemerhati PAS Terengganu,
Muktamar PAS di Batu Pahat.

---------------------------------------------
*Kiriman emel di atas telah dihantar oleh seorang ahli PAS bernama Pemerhati PAS Terengganu.