Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Memang 'hentam' Presiden Pas - Pasma?

Posted: 20 Sep 2014 07:50 PM PDT


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) mengakui terdapat suara yang mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berundur dalam pertemuan bersama ahlinya di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Ogos lalu.

Presiden Pasma, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, desakan itu dibuat atas alasan mahu memperkukuh pakatan pembangkang yang dilihat kian rapuh akibat krisis Menteri Besar di Selangor.

Namun katanya, desakan itu bukan pendirian rasmi Pasma sebaliknya hanya disuarakan oleh ahlinya yang juga merupakan ahli Pas di peringkat bawahan.

"Saya tak nafikan memang ada (desakan berundur). Tetapi itu bukan pendirian Pasma dan desakan itu bukannya datang daripada kepemimpinan parti di mana-mana peringkat, sebaliknya disuarakan oleh ahli Pas atas nama individu yang tidak memegang apa-apa jawatan.


"Memang mereka 'hentam' Presiden Pas tetapi bagi saya itu perkara biasa dalam politik. Semua yang hadir dalam pertemuan itu adalah penyokong pakatan pembangkang yang bertaraf ahli biasa tanpa jawatan. Jadi, mereka cuma boleh bersuara sahajalah," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam laman Facebooknya mendedahkan pertemuan Pasma itu sarat dengan perbincangan dan kritikan untuk menjatuhkan pucuk pimpinan Pas terutamanya Abdul Hadi.

Menyifatkan pertemuan itu sebagai majlis 'membelasah' pimpinan Pas, Nasrudin mendakwa menerima maklumat terdapat individu yang menyebut Jawatankuasa Pas Pusat sedia ada boleh menurunkan Abdul Hadi tanpa perlu menunggu muktamar.

Suara Politik
Belantan

Adam Adli mendahului Anwar dipenjara 12 bulan kerana kenyataan menghasut?

Posted: 20 Sep 2014 07:24 AM PDT


"Walaupun tiada sebarang keganasan terjadi disebabkan kenyataan tertuduh, dia terlibat secara lantang dalam mengajak orang ramai menjatuhkan kerajaan sedia ada. Itu secara tidak langsung boleh menggugat perpaduan negara."

Demikian penegasan seorang pendakwa raya sebelum Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berusia 25 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas sebelum itu turut memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dengan sewenang-wenangnya.

"Latar belakang tertuduh sebagai mahasiswa juga membuktikan tertuduh adalah golongan terpelajar dan seharusnya lebih berhati-hati membuat sebarang kenyataan," ujarnya.

Terdahulu, peguam Latheefa Koya yang mewakili tertuduh meminta mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja terhadap Adam Adli dan mengetepikan hukuman penjara kerana anak guamnya itu masih muda dan menuntut di sebuah kolej swasta dalam jurusan perundangan.

Menurutnya, tertuduh juga sentiasa memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dengan menghadiri setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan.

Beliau juga mendakwa tindakan anak guamnya tidak mengakibatkan masalah terhadap negara dan sebarang kejadian tidak diingini seperti keganasan berlaku dalam kalangan orang awam sehingga sekarang.


Peguam N. Surendran yang turut mewakili tertuduh pula membangkitkan bahawa tiada bukti kukuh yang boleh membuktikan bahawa Adam Adli membuat kenyataan yang mengajak orang ramai menukar kerajaan secara tidak sah.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kemeja putih disematkan reben biru sebagai tanda solidariti didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1 Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara lima tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dengan mengekalkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. -UMO

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Khalid enggan ulas rancangan baharu PKR?

Posted: 20 Sep 2014 09:43 PM PDT


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pendirian tidak mahu terlibat dan ambil tahu mengenai rancangan terbaharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilaporkan mahu menghadap Sultan Selangor bagi memastikan Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipilih menggantikan beliau.

Abdul Khalid ketika ditemui selepas merasmikan program Cycling in the city di Dataran Kemerdekaan, di sini berkata, beliau tidak akan memberi apa-apa ulasan mengenai rancangan PKR itu sehinggalah istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar baharu yang dijadualkan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang selesai diadakan Selasa ini.

"Saya tidak boleh buat apa-apa ulasan. Sebarang isu mengenai jawatan Menteri Besar hanya akan diumumkan selepas Selasa," katanya ringkas kepada pemberita di sini.


Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan yang dilaporkan menerusi protal berita propembangkang, malaysiakini.com menyatakan hasrat parti itu menghadap Sultan Selangor selain menegaskan sokongan mereka yang tetap mahukan Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

Dalam pada itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi laporan Mingguan Malaysia hari ini menyatakan pengumuman mengenai siapa yang bakal menduduki jawatan Menteri Besar yang baharu dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 22 September ini.

Menurut Mohamad Munir, tarikh tersebut bagaimanapun belum dimuktamadkan memandangkan sebarang perkembangan terbaharu mengenai soal pemilihan dan pelantikan Menteri Besar adalah bergantung kepada kata putus daripada Sultan Selangor.


Namun, beliau menegaskan bahawa pengumuman mengenai pemilihan dan pelantikan jawatan itu hanya akan dibuat oleh pihak Istana Selangor sama ada menerusi sidang akhbar atau melalui kenyataan akhbar.

Setakat ini, ADUN Bukit Antarabangsa dan ADUN Cempaka iaitu Azmin Ali dan Iskandar Abdul Samad merupakan dua nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pendek Istana Selangor untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.

Selain Azmin dan Iskandar, ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi turut disebut-sebut sebagai calon yang mungkin dipilih untuk mengisi jawatan berkenaan.

Wasabi Oyabun..

Tindakan Mat Sabu memalukan?

Posted: 20 Sep 2014 01:50 AM PDT



Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyanggah kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu dikritik secara terbuka pada hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60, di sini hari ini.

Wakil Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari tanpa berselindung menyifatkan tindakan Mohamad atau Mat Sabu itu sebagai memalukan dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi.

"Presiden membuat keputusan, Timbalan Presiden sanggah secara terbuka. Saya hormat Timbalan Presiden dan sangat jauh tahap saya untuk menegur beliau di medan seperti ini tetapi kita sedih dengan apa disebut.



"Apabila Presiden membuat kenyataan tentang isu Menteri Besar Selangor yang berpegang kepada keputusan asal Majlis Presiden (pakatan pembangkang) bahawa Langkah Kajang bukan bertujuan menukar Menteri Besar dan Pas kekal dengan keputusan asal, Timbalan Presiden menyatakan ini keputusan peribadi Presiden," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar itu.

Ahmad Fadhli berkata, perbezaan pandangan dalam isu berkenaan tidak salah, tetapi jangan disebut secara terbuka kerana ahli-ahli keliru dengan apa yang berlaku di peringkat pucuk kepimpinan parti.



Beliau percaya Abdul Hadi berlapang dada dengan perkara itu, tetapi kenyataan terbuka Mohamad yang bertentangan dengan kenyataan Presiden Pas itu amat memalukan.

"Kata pepatah Arab, sesungguhnya tangisan hati itu lebih dahsyat daripada tangisan mata dan betapa banyak mata yang tidak menangis tetapi hati menangis kerana apa yang berlaku. Saya bimbang ini yang berlaku kepada Presiden," katanya.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Rakyat ditipu dengan impian BANDAR BARU P. KUBOR selama 17 tahun!!!

Posted: 20 Sep 2014 08:27 PM PDT


Seawal memerintah negeri Kelantan lebih 5,000 penduduk sekitar Bandar Pengkalan Kubur dekat Tumpat,Kelantan dijanjikan Projek Pembangunan Mega oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan.

Projek ini dinamakan Bandar Baru Pengkalan Kubur kononnya akan dilaksanakan dikawasan 7.200 hektar dengan kos kira-kira RM2.3 billion.

Pengumuman projek yang dianggap terbesar diKelantan itu mengembirakan penduduk yang kira-kira 90% adalah golongan petani dan nelayan. Mereka mengambarkan kawasan yang selama ini sakit mata memandang tiba-tiba bertukar wajah daripada mundur kepada ceria dan maju.


Mereka menganggarkan jika kerajaan negeri berminat mengambil tanah itu untuk projek yang dimulakan pada ogos 1997 sekurang-kurangnya mereka akan menerima pampasan antara RM50.000 hingga ke RM150.000 setiap hektar.

Mereka yang mempunyai anak disekolah menengah pula membuat perkiraan untuk menghantar anak mereka belajar ke Institusi pengajian Tinggi yang bakal diwujubkan dikawasan berkenaan.

Impian semangkin menjadi kenyataan apabila satu Majlis memeterai perjanjian persefahaman (MOU) diadakan antara kerajaan negeri dengan MJS Partners Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat swasta dari pulau pinang disebuah hotel Kota Baru pada 22 Disember 1996.

Turut menyaksikan MoU itu Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat.





Beliau diberi taklimat mengenai projek berkenaan yang antara lain mengandungi Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4.000 unit penempatan dalam zon kediaman,kawasan perindustrian,pasar borong,masjid dan institut pengajian tinggi.

UNTUK MENGETAHUI APA TERJADI PADA PROJEK INI, SILA KE BLOG TILIK PIKIR SINI


Projek ini dijuarai oleh Menteri Besar yang ada, Dato Mat Yaacob yang ketika itu adalah exco yang bertanggungjawab. 

Dialah penipu Gunakan PRK ini untuk ajar PAS!!!!

Banner isu Royalti Minyak patut dicantas; Lapor polis yang hina mahkamah

Posted: 20 Sep 2014 05:27 PM PDT


Ekoran kenyataan PAS di atas, elok benar SPR cantas mana-mana banner atau sepandok R berhubung isu royalti minyak. Malah SPR harus cantas mana-mana banner atau sepanduk PAS yang main isu royalti minyak yang bercanggah dengan keputusan mahkamah.

Hanya sepanduk ini saja yang jelas menyebut keputusan mahkamah.


Disampiang itu, peru diteruskan laporan polis terhadap phak yang terus menghina mahkamah termasuk Dato Nasruddin Daud dan Dato Husam Musa yang merupakan dalang isu Royalti minyak dan R.


Kelantan tiada hak, PAS guna R main isu royalti minyak

Posted: 20 Sep 2014 05:55 AM PDT

Hari pertama mereka guna R buat demo tolak Akta 750. Kemudian mereka tabur dalam ceramah, risalah dan banner fitnah isu minyak.

Bila Tan Sri Muhyiddin mahu jelaskan Takiyuddin kata tak boleh jawab sebab hina mahkamah kes masih di mahkamah. Bila letak papan tanda besar-besar yang jelas, begitu juga helah Takiyuddin. Baca FMT SINI

Malam semalam Dato Nasaruddin Daud, exco negeri masih mainkan isu tersebut yang kini adalah hal pendaratan gas di Kota Baru [Unspinners sudah jawab SINI] dan royalti minyak [ada laporan polis hina mahkamah SINI].

Dato Husam Musa yang jelas adalah tangan disebalik isu Royalti minyak dan kumpulan R kata tak ada kena mengena antara R dan PAS. Oleh itu, SPR patut tarik banner R.

MMI SINI ada buat penjelasan dan kami petik berikut:

Kerajaan Kelantan sememangnya tidak layak untuk menerima royalti sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Mengikut peraturan perairan Negara, kawasan kosong hingga tiga batu nautika adalah tertakluk di bawah bidang kuasa atau hak kerajaan negeri, manakala tiga batu nautika hingga 200 batu nautika adalah di bawah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

Sebenarnya ada 2 sebab penting, kenapa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak ;

1) Isu Jarak - Memang tuntutan royalti tak boleh sebab terlebih jarak.
2) Isu Lokasi - Kawasan tersebut turut dituntut Thailand dan Vietnam.

Ini dia peta lokasi untuk rujukan ;

Peta ini cukup jelas memberitahu Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya, dan Thailand juga adalah pelabur dalam pembangunan kawasan JDA ataupun MTJDA (Malaysia Thailand Joint Developement Area).
Sesuatu yang harus kita faham adalah tindakan PAS ini seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat dengan mengajak mereka membuat tuntutan secara membabi buta sedangkan undang-undang sudah menyatakan dengan jelas dan menjawab persoalan kenapa Kelantan tidak mendapat royalti tersebut.

Pengundi kecewa UMNO tak tuntut janji Bandar Baru Pengkalan Kubor dari PAS

Posted: 20 Sep 2014 02:06 AM PDT


Sepanjang seminggu tempoh berkempen berlalu di Pengkalan Kubor menyaksikan pasukan kempen BN tidak begitu agresif menyerang PAS. Dalam bahasa mudah pasukan kempen BN berkempen dalam kedaaan yang begitu 'sopan dan lembut'.

Sebaliknya pasukan kempen PAS lebih agresif menyerang BN/UMNO. Situasinya menjadi terbalik sedangkan di Kelantan PAS adalah sebuah kerajaan dan BN adalah pembangkang. Sepatutnya pembangkang yang menyerang kerajaan. Bukannya kerajaan yang menyerang pembangkang.

Dipendekkan cerita, BN lebih banyak membuang masa menjawab serangan PAS baik dalam isu royalti atau GST.  Yang saya tidak faham kenapa begitu susah untuk pemimpin-pemimpin BN menyerang PAS diatas kegagalan-kegagalan mereka menunaikan janji secaranya khususnya di  Pengkalan Kubor serta Tumpat dan di Kelantan secara amnya ?

Salah satu pembohongan besar PAS yang melekat dalam diri rakyat Pengkalan Kubor ialah pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan 18 tahun lalu. 

Selain pembohongan itu, PAS juga turut berbohong untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu serta pembohongan PAS untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat.


Tanggal 26.Oktober.1996 MB sekarang, YAB Datuk Ahmad Yakub yang ketika itu selaku Exco Perdagangan dan Perindustrian yang begitu hebat seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Tahun demi tahun rakyat menunggu projek berkenaan berjalan. Kini 18 tahun telah berlalu, jangan kata rumah , sebatang cerucuk pun belum nampak lagi. Rakyat Pengkalan Kubor ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kata orang Kelantan, kena tipu atas darat.

Itu baru satu projek. Kerajaan Pas pernah berjanji untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Sampai hari ini satu dermaga pun belum nampak lagi.

Begitu juga dengan Jambatan Palekbang. Menjelang pilihanraya 1995 Kerajaan Pas umumkan akan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu.

Tahun 1996 mereka membawa Sultan Kelantan turun mencemar duli untuk meletak batu asas projek berkenaan. Tetapi hingga kini batu asas masih tegak terpacak di sana dan sebatang besi pun belum nampak lagi untuk membina jambatan berkenaan.

Itu antara pembohongan PAS yang dekat dengan masyarakat Pengkalan Kubor dan Tumpat. Tidak perlu untuk saya huraikan satu persatu pembohongan PAS di Kelantan. Perkara yang saya nyatakan diatas pun sudah cukup untuk BN gunakan bagi menyerang PAS.

Sebab semuanya sudah terbukti di depan mata masyarakat Pengkalan Kubor dan dekat dihati mereka. Apabila dekat dengan mereka maka senang untuk meyakinkan mereka bahawa PAS adalah pembohong. Tetapi sayangnya isu ini belum digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menyerang PAS.

Bukan niat saya untuk mengajar pemimpin-pemimpin BN, tetapi sekadar mengingati. Jika peluru sudah ada mengapa perlu disimpan. Sebaliknya sibuk menepis peluru yang dilepaskan musuh.

Sekian

Pengundi Pusat Daerah Mengundi Kg Geting

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Haji Hadi Marah PKR dan DAP, Ada Barua Dan Broker Nak Hancurkan PAS.

Posted: 20 Sep 2014 07:11 PM PDT


Kalau MyMassa letak berita yang bersumberkan akhbar perdana, nanti ramai MACAI KETUM tak percaya. Jadi kalau letak berita dari Malaysian Insider, adakah MACAI KETUM akan percaya?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.
"Mereka curi wakil rakyat kita.  Inikah etika kita bertahaluf?
"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.
Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.
"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?
"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.
Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.
"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.
"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.
Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti.
"PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.
"Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya.
PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor.
"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis.
"Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak.
"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri.
"Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi.
Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing.
"Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya.
"Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi.
Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS.
"Jangan tubuh jamaah dalam jamaah lain. Jangan tubuh parti dalam parti." – 20 September, 2014.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/broker-barua-curi-2-adun-pas-tandatangan-sd-sokong-wan-azizah-kata-hadi#sthash.OJh8MDpk.dpuf

*Ketum oh Ketum.....kau memang pakar penghancur parti sendiri dan parti orang lain.

#PRKPengkalanKubor : Video Doa Laknat PAS Kepada UMNO ada Version Kedua?

Posted: 20 Sep 2014 05:00 PM PDT


Kalau sebelum ini PAS mendoakan yang tak baik kepada UMNO...


Kini...



Mereka gunakan doa yang sama untuk  melaknat ahli PAS, PKR dan DAP yang buat Langkah Kajang!

*Ironi....

Gempar! Program Ustaz Kazim Kena Boikot #PRKPengkalanKubor ?

Posted: 20 Sep 2014 09:19 AM PDT

Mula-mula terperanjat juga bila ada pembaca di Pengkalan Kubor menghantar gambar ini.


Kelihatan program BN yang menjemput Ustaz Kazim memberi ceramah agama (bukan politik) kurang mendapat sambutan. Tetapi bila dilihat lain-lain gambar yang dikirim oleh pembaca yang sama baru lah sedar bahawa gambar tersebut diambil di bahagian skrin. Tetapi bila dilihat pada gambar di pentas utama....






Tu dia..... Ramai sungguh yang datang sehingga penganjur terpaksa membuka skrin untuk penonton yang tidak dapat masuk ke kawasan utama.

Tahniah kepada BN kerana selain meletakkan calon 'ustaz', pendekatan di sini juga lebih islamik.

Lainlah PAS yang terpaksa memilih calon kontraktor walaupun terdapat ramai lagi ulama dan ustaz PAS yang lebih layak.

*Mungkin PAS kini menggunakan slogan ABU (Asal Bukan Ulama) sebagai kriteria calon kot.


#PRKPengkalanKubor : PAS Parti Sampah @ Parti Bawa Sampah?

Posted: 20 Sep 2014 06:44 AM PDT

Wah....meriah sungguh ceramah PAS di Pengkalan Kubor.


Cuba tengok apa yang meriah bila siang tiba.




Meriah dengan sampah.

Nak kata tiada pengurusan sampah, calon PAS sendiri bekas ahli Majlis Daerah Tumpat.

Takkan tak cakna kot?

*Maklumat dan gambar hasil kiriman pembaca.

3 CALON MB SELANGOR DITEMUDUGA DYMM SULTAN

Posted: 20 Sep 2014 03:20 AM PDT

Tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.
Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa).
Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu.
Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan.
Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan.
Dimaklumkan dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor.
Menurut sumber lagi, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra.
Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin.
Menurut sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit'.
Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah' – bertentangan dengan dakwaan bahawa PKR dan DAP akan meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih.
Kedua-dua calon PAS ini adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar.
Pihak istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang

#PRKPengkalanKubor : Mana Pergi Berbillion Ringgit Projek dan RM12 juta Untuk Rakyat Pengkalan Kubor?

Posted: 20 Sep 2014 02:00 AM PDT


Sambungan mengenai Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor bernilai RM2.3 billion yang dijanjikan oleh PAS kepada warga Pengkalan Kubor & Tumpat.

Sidang DUN Kelantan 22 Oktober 1996 bukti kewujudan projek tersebut :

1. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan & Sumber Manusia YB Ahmad Yakub (kini MB Kelantan) berkata - projek Bandar Baru Pengkalan Kubor membuka 6,000 peluang pekerjaan selepas dilaksanakan - menjawab soalan YB Hassan Mahmood (PAS Tawang).

2. Sebahagian besar penduduk yang terlibat telah bersetuju dengan kehadiran projek berkenaan - menjawab soalan tambahan YB Nawawi Mat Jusoh (BN Pengkalan Kubor)

TIGA SEBAB KEGAGALAN :

1. Penduduk kampung Kebun, kampung Tanjung, kampung Serkom & kampung Mentua menolak tawaran naik taraf kawasan tersebut kerana tiada sebarang pampasan dijanjikan kepada mereka.

2. Syarat kerajaan negeri tidak menyakinkan penduduk menyerahkan tanah antara syarat ialah penduduk dikehendaki membayar terlebih dahulu secara bulanan untuk rumah yang akan dibina.

3. Selain mengenakan bayaran RM1 bagi setiap borang tawaran - penduduk juga tidak diberi atau dijanjikan pampasan bagi setiap hektar tanah yang diambil kerajaan negeri.

Sekarang wang RM12 juta yang telah dilaburkan oleh MSJ Partners Sdn Bhd lesap entah ke mana projek entah ke mana.


 Persatuan Gasing Kelantan

*Sumber : https://www.facebook.com/yuseriyusoff

Bukti-bukti Video PAS Makin Mengarut #PRKPengkalanKubor

Posted: 19 Sep 2014 11:54 PM PDT


Kepada pembaca yang belum menonton video ini, sila saksikan apa yang berlaku dalam parti PAS sekarang ini.










*Inilah jadinya bila fanatik KETUM ada dalam parti.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Muktamar Paling Buruk & Paling Buang Masa..

Posted: 20 Sep 2014 07:27 PM PDT

Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang 'paling membuang masa dalam sejarah terdekat'.

Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP).

"Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC," kata Wan Saiful di dalam laman Facebooknya.

Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang lebih penting.

"Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

"Setakat ini Hadi merupakan seorang pemimpin yang baik tetapi, sejak beberapa bulan yang lepas, beliau seolah-olah telah mencapai tahap maksima kebolehan beliau.

"Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius untuk menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang. Gagal. Lemah. Lembik," katanya.

Beliau berpendapat, untuk melangkah ke hadapan, mereka yang berperangai seperti Hadi dan penyokongnya perlu ditukar dengan mereka yang lebih berwawasan dan lebih faham gaya politik zaman moden.

"Seperti yang saya pernah katakan sejak 2011 lagi, Hadi seharusnya tidak mempertahankan lagi jawatannya dan harus megumumkan yang beliau tidak akan bertanding dari sekarang lagi, supaya PAS boleh bersedia untuk peralihan kuasa," katanya.

Muktamar PAS akan berakhir semalam.

Ulasan GB

Meminjam liputan dari seorang sahabat:



Yang melukis kartun itu, yang mengulas panjang mengenai muktamar itu adalah orang-orang yang sayangkan PAS, kalau tak sayang pun mereka telah mengikuti PAS sejak sekian lama. Mereka kecewa apa dengan yang berlaku pada PAS kini di bawah kepimpinan Haji Abd Hadi Awang.

Apa nak jadi kepada PAS? Hanya Allah Yang maha Tahu dan Maha Menentukan.

Hadi luah perasaan dihari terakhir muktamar

Posted: 20 Sep 2014 07:24 PM PDT

BATU PAHAT - Setelah lama berdiam diri, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya meluahkan segala yang terbuku di hatinya berhubung masalah berpanjangan yang dihadapi parti itu dan pakatan pembangkang.

Menggunakan pentas Muktamar Tahunan Pas ke-60 yang berakhir semalam, Abdul Hadi membidas pihak yang 'mencuri' dua Adun Pas bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pada sesi penggulungan ucapan itu, Abdul Hadi mendakwa terdapat 'broker' dan 'barua' yang mencuri dua Adun Pas itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR itu untuk jawatan tersebut.

Beliau dalam nada tegas berkata, tindakan berkenaan seolah-olah mengkhianati tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalin dalam PR.

"Curi wakil rakyat kita, adakah ini etika kita bertahaluf? Kita tidak pandang ringan apabila ada dua wakil rakyat kita yang sanggup menyeberang, jadi broker, jadi barua.

"Bukankah setiap wakil rakyat kita sudah berbaiah semasa jadi calon? Mana lebih besar, baiah atau surat akujanji?," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan.

Beliau merujuk kepada tindakan dua Adun Pas Selangor iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharudin yang bersama-sama Adun PKR dan DAP menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa mendapat persetujuan pimpinan Pas yang pada masa itu masih belum membuat sebarang keputusan rasmi.

Beliau turut berkata, Pas tidak ingin merebut jawatan Menteri Besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut tetapi pada masa yang sama mengakui, usaha PKR untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu tidak disenanginya.

"Pas tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Tiada perjanjian bertulis siapa yang (patut) jadi menteri besar, walaupun Pas dapat 15 kerusi, PKR 14 kerusi dan DAP 15 kerusi (di Selangor). Ikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mesti Melayu Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: Siapa untung? Siapa rugi? Siapa menang? Siapa kalah?

Posted: 20 Sep 2014 06:24 PM PDT

Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 telah melabuhkan tirainya pada petang Sabtu dengan berbagai cerita yang masih diperkatakan.

Buat pertama kali, Muktamar PAS diadakan di Johor, sebuah negeri yang dianggap kubu kuat musuh tradisi parti Islam itu, UMNO.

Seperti biasa, ramai yang mengikuti Muktamar PAS kali ini kerana ia berlangsung ketika kemelut politik di Selangor belum ada kesudahan, ketika teka-teki apakah parti Islam itu akan menerima jawatan menteri besar atau tidak belum terjawab.

Ramai menjangkakan muktamar kali ini akan 'panas' dengan isu jawatan Menteri Besar Selangor dan juga isu perbezaan pandangan beberapa pemimpin PAS dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama (MSU).

Paling teruk menjadi mangsa serangan perwakilan ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) kerana beliau merupakan pemimpin yang dilihat sering membuat kenyataan berbeza dengan pendirian Abdul Hadi dan MSU.

Ternyata, perwakilan yang terdiri dari kumpulan pro-ulama menggunakan pentas muktamar untuk 'melepaskan geram' terhadap Mat Sabu dan beberapa pemimpin lain yang dikatakan kumpulan profesional.

Biarpun pemimpin PAS mengatakan apa yang berlaku di muktamar kali ini merupakan perkara biasa tetapi mereka tidak boleh menolak kenyataan bahawa apa yang berlaku ini merupakan yang paling teruk.

Ahli dan pemimpin PAS tidak kira dari kumpulan pro ulama atau pro profesional tidak boleh menolak bahawa sebaik selesai muktamar ini, ada yang menang, ada yang kalah, ada yang untung dan ada yang rugi.

Yang Menang - kumpulan pro profesional

Kumpulan ini terutama pemimpinnya, yang juga diberi gelaran kumpulan Erdogan, mendapat kritikan paling teruk dari perwakilan. Malah ada ketikanya, bila pemimpin dari kumpulan ini berucap, perwakilan mencemuh.

Tetapi, biarpun dikritik dan dicemuh, kumpulan ini boleh dianggap menang dalam pertarungan berdasarkan hujah-hujah yang diberikan ketika sesi pergulungan.

Perwakilan mempertikaikan kumpulan ini berdasarkan kenyataan mereka terutama Mat Sabu dalam isu Menteri Besar Selangor. Hujah perwakilan, kumpulan ini membuat kenyataan membelakangi keputusan presiden dan MSU.

Tetapi, kumpulan profesional ini memberikan hujah, pandangan-pandangan yang mereka berikan bukan bermaksud menentang presiden atau MSU, sebaliknya dibuat kerana berpegang kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai peranan dalam menentukan dalam hal-hal eksekutif manakala MSU pula berperanan dalam hal-hal dasar, iaitu dasar PAS yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

Oleh yang demikian, biarpun kumpulan profesional ini dicemuh tetapi dari segi hujah dan pandangan yang diberikan, mereka boleh dianggap kukuh.

Yang Kalah - kumpulan pro ulama

Kumpulan ini mungkin mendapat tepukan gemuruh dan laungan takbir yang paling kuat dari perwakilan dan pemerhati muktamar.

Tetapi teriakan takbir yang kuat tidak bermakna memperolehi kemenangan mutlak. Ketika muktamar mungkin merekalah wira tetapi selepas muktamar, apakah tepukan kuat mampu untuk berdepan politik baharu.

Kumpulan ini terpaksa menerima hakikat bahawa sikap mereka membuatkan pengundi atau pihak diluar PAS melihat bahawa tidak ada ruang untuk golongan profesional dalam parti Islam itu.

Biarpun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa golongan ulama dan profesional mempunyai peranan yang sama penting tetapi, rakyat melihat kumpulan pro ulama sedang berusaha untuk menjadikan parti itu eksklusif kepada golongan agamawan sahaja.

Jika golongan profesional mahu bersama PAS, mereka perlu mempunyai aliran pemikiran yang sama seperti kumpulan pro ulama. Jika tidak, tempat untuk mereka hanyalah sebagai ahli biasa.

Yang untung - seteru PAS

Yang mendapat keuntungan dari Muktamar PAS kali ini ialah seteru mereka kerana apa yang berlaku sejak bermulanya muktamar Pemuda PAS Malaysia, boleh dijadikan senjata untuk menyerang parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jalan yang hak itu berduri-duri, jalan yang bathil itu dipenuhi keju dan roti yang enak

Posted: 20 Sep 2014 06:18 PM PDT

Aspan Alias
 
Tok Guru Haji Hadi Awang (TGHA) dalam ucapan penggulungan Muktamar partinya berkata beliau tidak dapat mengikut tindakan DAP dan PKR dalam isu Menteri Besar Selangor kerana jika diikuti, PAS terpaksa mengorbankan banyak prinsip perjuangan parti.
PAS telah melalui waktu yang pahit dalam menghadapi isu Menteri Besar Selangor kerana PAS mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu ini. TGHA berkata apabila kita ada Raja yang mengetuai Agama Islam dan berkaitan dengan Melayu, PAS tidak boleh berpeluk tubuh dan terpaksa membuat pendirian.
Pendirian itu sejajar dengan prinsip perjuangan partinya sambil bekerjasama dengan dua parti lain, iaitu DAP dan PKR yang mempunyai prinsip yang berbeza diantara satu parti dengan parti yang lain. TGHA telah bertegas untuk tidak mahu lagi partinya dijadikan sebagai 'alat dan kenderaan' bagi parti-parti lain untuk mencapai matlamat dan tujuan yang terlalu berbeza dengan matlamat PAS itu sendiri.
TGHA juga melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan dua orang ADUN dari PAS yang dengan tergesa-gesa menandatangani akuan bersumpah untuk memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Sikap tidak bertanggungjawab dua ADUN itu tidak dapat diterima oleh TGHA dan beliau beranggapan mereka sebagai pemimpin yang boleh dijual beli dalam perjuangan mereka. TGHA bertanya, mana yang lebih kuat bai'ah atau akuan bersumpah?
TGHA menambah yang beliau tidak sanggup mengenepikan asas dan prinsip parti itu semata-mata kerana hendak mendapat kuasa. Lain-lain makna kata-kata TGHA itu ialah kita tidak boleh mengambil pendirian tindakan menghalalkan cara dalam mendapat kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

PAS akui sukar berdakwah di Selangor jika kemelut MB berlarutan - Husam

Posted: 20 Sep 2014 06:14 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa melahirkan kebimbangan parti itu bakal berdepan kesukaran menyebarkan dakwahnya di Selangor jika kemelut jawatan menteri besar negeri berkenaan berlarutan sehingga memaksa pilihan raya negeri diadakan.
Husam berkata beliau bimbang penyebaran dakwah di Selangor tidak dapat diteruskan jika kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kerusi di negeri itu.
"Apa jadi kalau kemelut tidak berkesudahan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terbubar? Adakah PAS pada masa itu boleh menanggung beban? Adakah kita mampu mengekalkan 15 kerusi, menambah atau kerusi akan berkurangan.
"Sekarang ini, sembilan kerusi kita menang dengan tipis, kita bimbang takut-takut hilang kerusi itu. Kalau kita kehilangan kerajaan Selangor, maka kita akan kehilangan dakwah dan bukannya pangkat," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja hari ini.
Oleh itu, beliau berkata kemelut berhubung isu menteri besar Selangor amat penting untuk diselesaikan demi menjaga hati dan harapan pengundi di negeri berkenaan yang menyokong PAS selama ini.
Seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula meminta seluruh anggota parti tidak terlalu memikirkan kemelut jawatan menteri besar Selangor sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti untuk diselesaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Bila Presiden Sebut "Barua" Dalam Muktamar....

Posted: 20 Sep 2014 04:26 PM PDT

Broker', 'barua' curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.

Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan penggulungan Hadi berita buruk buat Pakatan

Posted: 20 Sep 2014 04:20 PM PDT

Pemerhati dan pihak media pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam dikejutkan dengan kemarahan yang ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya. Kemarahan itu, seperti juga isi kandungan ucapannya, bukan petanda baik untuk PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tiga hari lepas, ucapan dasar Hadi penuh dengan keterbukaan dan belas ehsan terhadap semua, baik penyokong mahu pun pengkritik. Sebaliknya, kenyataannya pada hari terakhir muktamar yang penuh dengan rungutan dan kemarahan itu ialah tentang bagaimana beliau akan memastikan PAS ikut rentaknya sendiri apabila berhadapan isu dasar dan tadbir urus, walaupun ia sebahagian daripada sebuah gabungan. Beliau tidak cuba membentuk kesepakatan antara dua puak bersaing dalam PAS, iaitu golongan konservatif dan golongan progresif. Sebaliknya, Hadi mempertahankan puritanisme yang mempengaruhi cara puak konservatif dalam partinya beroperasi. "Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan. Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. "Ahli PAS mesti faham ada perbezaan. PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti," katanya dalam ucapan penggulungannya. Walaupun beliau tidak menyatakannya secara khusus, Hadi sudah cukup membayangkan yang PAS akan menerima jawatan menteri besar Selangor sekiranya dipilih Sultan. "PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar. Walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar, walaupun tiada perjanjian bertulis, tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja. "Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri." Hadi merujuk keputusan yang dibuatnya menghantar tiga nama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor ke istana, salah seorangnya Adun PAS. Keputusan itu disokong Majlis Syura Ulama yang besar kuasanya, tetapi tidak dipersetujui Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. AJK PAS Pusat memihak kepada rakan dalam Pakatan, iaitu PKR, dan mahu nama presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dihantar kepada Sultan bersama dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali. Hadi pernah menyebut sebelum ini yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor. "Ucapannya agak beremosi. Seolah-olah selama ini beliau memendam rasa di dalam dan akhirnya ia pecah keluar tiba-tiba," kata seorang AJK PAS Pusat selepas muktamar berakhir. Menurut pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan itu, tidak seperti ucapan dasar Hadi, ucapan penggulungannya seperti melepaskan kemarahan kepada pengkritiknya dalam AJK Pusat. "Beliau tidak langsung mengiktiraf sesiapa pun di antara kami, kecuali mungkin seorang," katanya.Hadi secara jelas menyatakan dia berhak membuat keputusan sebelah pihak yang difikirkannya sendiri walaupun bertentangan dengan kemahuan AJK Pusat. Beliau juga menekankan parti itu mesti dipandu ajaran Al-Quran dan Sunnah mengikut tafsiran Majlis Syura. Ini bertentangan dengan pendirian AJK Pusat yang mengatakan hujah agama mesti diseimbangkan dengan fikiran yang logik dan rasional. Bagaimanapun, sesetengah pemimpin PAS seperti Nasrudin Hassan dari golongan "ulama" mengalu-alukan ucapan Hadi.
Read More / Baca Lagi >>

KANTOI !!!.. TPM MUHYIDDIN PEMBOHONG LAGI..

Posted: 20 Sep 2014 04:17 PM PDT

UPSR: Pengarah dan timbalan LPM tidak pernah digantung tugas

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad. "Sebaliknya mereka diberikan tugas lain yang tidak berkaitan dengan Lembaga ‎Peperiksaan. "Ia bukanlah satu hukuman. Mereka tidak dihukum," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini. Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kedua-dua mereka digantung tugas serta-merta pada 12 September apabila berlakunya kes kebocoran kertas soalan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini. Penggantungan tugas mereka bagi membolehkan satu jawatankuasa bebas menjalankan siasatannya. Sehubungan itu, beberapa siri tangkapan dilakukan oleh pihak polis setelah menerima laporan mengenainya. Menurut Madinah, pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan guru yang terlibat dalam kes ini. Mereka akan dikenakan tindakan tatatertib dan jika didakwa di mahkamah, mereka akan digantung buat sementara waktu daripada perkhidmatan dengan gaji dikurangkan sebanyak 50%. "Jika sabit kesalahan dan dihukum, kami akan meneruskan dengan proses tatatertib di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)," katanya kepada pemberita di Putrajaya. Kementerian menetapkan 30 September untuk pelajar UPSR menduduki semula peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. ‎ Sehingga hari ini, 22 orang sudah dipanggil untuk memberikan kenyataan mereka, termasuk enam pegawai LPM, 13 orang guru, seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.

Hadi Kesal Tindakan Ahli PAS Serang Parti Sendiri

Posted: 20 Sep 2014 03:56 PM PDT

Jangan guna profesional, ulamak jatuhkan orang

Posted: 20 Sep 2014 03:55 PM PDT

Hadi Enggan Heret Ahli Pas Ke Neraka Jahanam

Posted: 20 Sep 2014 03:54 PM PDT

Mat Sabu Nafi Cuba Jatuhkan Abdul Hadi

Posted: 20 Sep 2014 03:52 PM PDT

Bakal Pilihanraya Jika MB Selangor Untuk PAS

Posted: 20 Sep 2014 03:51 PM PDT

"Musuh PAS Ialah UMNO, Bukan Istana"

Posted: 20 Sep 2014 03:51 PM PDT

Taktik baru perbahasan melalui doa, lepas ni talkin?

Posted: 20 Sep 2014 03:50 PM PDT

MB: Kalau Istana Beri Kepada Pas, PKR Kena Terima

Posted: 20 Sep 2014 03:49 PM PDT

Tahaluf Siyasi Berakhir Jika Langgar Syarat

Posted: 20 Sep 2014 03:49 PM PDT

PRK N.01- Lebuhraya Adalah di Bawah Tanggungjawab Kerajaan Pusat

Posted: 20 Sep 2014 03:47 PM PDT

PRK N.01- Isu Royalti, Jangan Hina Mahkamah

Posted: 20 Sep 2014 03:46 PM PDT

PRK N.01- Undilah Calon PAS Isyarat Tolak Umno dan GST

Posted: 20 Sep 2014 03:45 PM PDT

PRK N.01- Sebab Kenapa Perlu Undi Wan Rosdi

Posted: 20 Sep 2014 03:44 PM PDT

PRK N.01- PAS Dapat Kerjasama Semua Rakan PR

Posted: 20 Sep 2014 03:43 PM PDT

PRK N.01: Umno Ni Nak Pelawok Siapa..!!!

Posted: 20 Sep 2014 08:42 AM PDT


 
 

TG Haron Din mengaku bimbangkan Mat Sabu difitnah, tapi beliau 'cool'

Posted: 20 Sep 2014 07:45 AM PDT

Post Pic
BATU PAHAT: Timbalan Musyidul Am PAS Datuk Haron Din mengaku beliau bimbang bagaimana Mohamad Sabu berdepan dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya kebelakangan ini.
 
Bagaimanapun timbalan presiden parti itu ternyata tenang dalam menjawab segala tohmahan yang disasarkan kepada beliau, ujar Haron.
 
"Saya risau bagaimana dengan sikap beliau untuk jawab masalah-masalah ini. Tetapi beliau 'cool', berikan penjelasan yang tidak nampak ia satu permusuhan.
 
"Tetapi media yang merosakkan keadaan," katanya di dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Muktamar PAS, petang tadi.
 
Muktamar PAS kali ke-60 yang bermula sejak Selasa lalu dijadikan medan bagi sebilangan besar perwakilan dan ahli-ahli parti itu menghentam dan mengkritik Mat Sabu.
 
Mat Sabu sebelum ini dilaporkan meminta ulama dalam PAS tidak terlalu menonjolkan imej 'keislaman' demi menghalalkan segala tindakan mereka.
 
Kenyataan itu menyaksikan Mat Sabu menjadi sasaran sidang Muktamar PAS sejak hari pertama persidangan itu membuka tirai, Selasa lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Islam, Pas tetap baik walau ahlinya tidak - N Bala Subramaniam

Posted: 20 Sep 2014 07:36 AM PDT

BATU PAHAT - Islam tetap baik, Pas juga tetap baik namun hanya segelintir ahli dalam parti Islam itu yang tidak baik, demikian kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N Bala Subramaniam.

Beliau berkata, sikap kurang sopan ahli terhadap pemimpin Pas perlu dielakkan dan ditangani segera kerana dikhuatiri akan menjejaskan kepercayaan bukan Islam khususnya DHPP terhadap Pas.

"Bukan senang untuk mendapatkan kepercayaan kaum dan agama lain terhadap perjuangkan Pas.

"Sebelum ini, kami (DHPP) sudah biasa dengan parti di mana pemimpinnya tidak menepati janji, maka jangan ia wujud dalam parti Islam ini.

"Kami juga sudah biasa dengan sikap kurang sopan ahli kepada pemimpin dengan baling kerusi, maka jangan ada sikap ini dalam Pas," katanya ketika menggulungkan ucapan dasar Presiden Pas pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan jika Pas gagal menyelesaikan masalah dalaman dengan baik sebagaimana Islam itu sendiri adalah jalan penyelesaian, keupayaan parti itu untuk menjadi kerajaan akan dipersoalkan dan diragui.

"Islam itu jalan penyelesaian, maka buktikan Islam mampu menyelesaikan masalah dalam Pas sekrang.

Read More / Baca Lagi >>