Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


LEBIH DARI 1500 ORANG DI JERMAN MENGUCAPKAN SYAHADAT

Posted: 18 Sep 2014 09:38 AM PDT

More than 1500 People in Germany enter Islam
Subhanallah, Gemuruh takbir menghantar ribuan non muslim mengucapkan syahadat dalam waktu dekat.
Street Da'wah Muallaf jerman yang dimotori Piore Vogel menggelar presentasi publik selama seminggu tentang agama islam, apa itu Diinul Islam,apa itu tauhid dan lain sebagainya.
Rakyat jerman yang terkenal etos kerja yang giat dan pola fikirnya yang cerdas tertarik dengan Diinul islam yang masuk akal,mudah dan logis, merekapun berbondong bondong meninggalkan ajaran lamanya, kebanyakan dari mereka umat kristen yang meninggalkan ajaran pagan buatan paulus.
Voice Of Muallaf - Piere vogel di dampingi rekannya yang juga muallaf kaliber dunia "Bilal Philip", membimbing satu,dua,tiga hingga puluhan dan mereka bertambah dan bertambah,mereka naik ke panggung meminta vogel membimbing mereka Ber'syahadat,
Ada yang menarik dalam momen ini,seorang aktifis yahudi jerman yang bersedia untuk meninggalkan ajaran lamanya dan untuk mengimani islam, sambutanpun bertambah, teriakn takbir menggema dan vogel memeluk erat serta mencium keningnya yang disambut bilal philip memeluk pria tersebut.
Sahabat Voice Of Muallaf

Jika pertolongan Allah dan kemenangan tiba, dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. …Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima tobat (QS an-Nashr [110]: 1-3).






The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sejak menjanda, Nurul geli-geli dgn orang PAS plak... Geli tak Shida jadi isteri MB?

Posted: 18 Sep 2014 10:33 PM PDT


Wah Nurul geli-geli dengan orang PAS. Sejak menjanda, macam-macam Nurul. Eh ... dengar ada kes Sekim Mesra Usia Emas - Fasa II.

Baca kisah Nurul geli-geli oleh Sayuti Omar:


Baca komen Semut Hitam SINI.

Hah ... nak tahu pula, Nurul geli-geli tak Shamidar, kekasih ayah baal jadi isteri MB pada madu jantan ayah?



Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan Selasa ini pada jam 10.00 pagi. Beliau turut berkata, majlis itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan siapa yang bakal dilantik sebagai menteri besar yang baharu itu. Antara nama yang telah dicalonkan adalah Presiden PKR/bini Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.


Sg Rapat 

Orang PKR pun sudah mula kompang bakal MB sebagai Azmin. Anwar pun sudah minta maaf sekali lagi dengan Sultan setelah ditegur. 

Dia pun tak berani bercakap sejak lebih 60% pandangan awam menyalahkannya. BAca AIDC SINI.


Ada ura-ura Wan Azizah meminta Khalid kembali ke PKR sebab dia tak mahu Azmin jadi MB tapi tak lojik khabar angin ini.Mungkin Anwar lakukan untuk Azmin.

Namun begitu, macam-macam kemungkinan lagi. Ada Dr Yunos, Iskandar, dan lain-lain dari PAS. DAP pun tak kata setuju kalau Azmin. Baca BNBCC SINI

Cikgu Pa dah minta PKR dan DAP terima pilihan Sutan. Iskandar kah? Sapa pula akan geli hati akhirnya???

Tipu helah seludup pengundi Siam dan kerajaan hutang nelayan wang

Posted: 18 Sep 2014 08:30 PM PDT


Menjelang PRK, sumber dari dalam PAS difahamkan akan seludup pengundi dari Siam khususnya mereka yang ber IC dua - Malaysia dan Thailand. Nama kakinya di atas.

Kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan di kawasan pantai bagi membendung pengundi Siam ini  masuk secara haram melalui pantai di Kedai Geting. Dalam PRU yang lalu kawalan ttidak menyeluruh. APMM dan angensi penguatkuasa yg lain perlu membantu.

Secara keseluruhan 70% drpd pengundi Siam yang masuk secara haram ini dipercayai mengundi PAS. Namun jumlah sebenar mereka yang akan masuk tidak dapat dipastikan.

Selain kisah pengundi asing datang untuk mengundi PAS, ada sebahagian nelayan membantu PAS menabur fitnah.


Pengerusi Persatuan Nelayan tempatan adalah pro Pas. DIa telah mainkn isu bantuan one-off kepada nelayan RM200 dengan mendakwa bahawa jumlah bantuan seebnarnya RM800. Perikanan masih berhutang RM600 kepada setiap nelayan kononnya.

Sebbut dapat duit mudah, mulalah ada nelayan yang terpengaruh dengan dakyah begini.

TERDEDAH!!! Ngah kaya melalui Lee Chee Seng!!!

Posted: 18 Sep 2014 05:27 PM PDT

dari kiri: Nga, Aw How Cheong, Lee Chee Seng.

Selepas PRU 2008 dan PR menang di Perak, ramai cukong-cukong di Perak berubah kem. Kalau dulu depa sokong BN, tapi lepas PRU 2008, ramai pakat-pakat kalih kepada PR. Sapa menang...depa sokong. Tak kisah la Vincent Tan ka, YTL ka..kalau dulu depa jadi kroni BN, sekarang depa jadi kroni PR. Dan kemudian, cukong-cukong inilah yang menjadi warlord kepada ahli politik dan kemudiannya mencatur politik negeri atau negara.

Salah sorang cukong di Perak yang beralih kepada DAP ialah Lee Chee Seng. Dia ni merupakan pemaju perumahan dan juga beberapa stesyen minyak di Perak. Masa BN memerintah Perak, dia adalah orang kuat Gerakan tapi bila PR menang, dia jadi orang kuat DAP.

Nak kenal sapa Lee Chee Seng ni, boleh tengok video kat sini

http://www.youtube.com/watch?v=7nAI_pziLww

Lee Chee Seng menjadi funder kepada DAP dan dia menggunakan Nga Kor Ming untuk memudahkan dia mendapat projek. Dalam masa yang singkat, dia menjadi Ketua Cawangan DAP Taman Kaya, Ipoh manakala isterinya pula menjadi Ketua Wanita DAP Ipoh Barat.

Nasib tak baik, Pakatan Rakyat Perak jatuh ketangan BN pada Februari 2009. Tapi penyokong PR termasuk aku percaya, BN boleh ditewaskan balik sekiranya diadakan PRU semula.

Lee Chee Seng juga percaya macam aku percaya. Dan dia mula melabur dengan mengikat Nga Kor Ming menerusi bisnes.

Ketika rakyat Perak sibuk dengan "Kembalikan Hak Rakyat Perak", sampai ada yang sanggup berguling atas jalan, Nga Kor Ming melancarkan restoran barunya bernama Restoran Michellin Star bersama Lee Chee Seng di Sitiawan.

Restoran Michellin Star di Sitiawan

Wong Siew Ching adalah isteri Nga Kor Ming.

Dalam ceramah, kita di bagitau oleh Nga Kor Ming tentang macam mana teruknya BN dan pemimpin-pemimpnnya, tapi dalam masa yang sama, dia bersama dengan pemimpin BN melancarkan restorannya.

Paling best, pelancaran restoran turut dihadiri oleh Au How Cheong, taiko Gerakan Perak. Manakala restoran tersebut disewa dari MCA Lumut.

Untuk tahu lagi terperinci pendedahan mengenai Nga Kor Meng, baca di Fling Kick di SINI 

Nga tak jelaskan sumber wang. Konar ke serangan peribadi dan privasi

Posted: 18 Sep 2014 08:00 AM PDT


Sejak didedahkan blog-blog, Nga Kor Meng dilaporkan beli penjelasan tapi persoalan yang ditimbulkan gambar di atas tak terjawab:

IPOH - Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat.

Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.

Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu.

"Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya.

"Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya," katanya.

Menurut Kor Ming, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

"Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

"Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta," katanya.

Kor Ming berkata, isu berkenaan tidak melibatkan kepentingan awam malah beliau mendakwa rumah pemimpin-pemimpin BN lagi besar dan mewah lapor Sinar Harian

--------------------

Blog PR kata Anak Sungai Derhaka kata cina selalu  dah berjaya berniaga sebelum masuk politik.

Business apa yang dia berjaya lakukan hingga rumah dan kereta begitu banyak???

Kalau bukan RM10 juta, berapa harga rumah ketika dibeli, tahun beli, hutang bank berapa dan berapa bayar bulanan???

Jika Hadi tolak Wan Azizah, PAS patut juga tolak Wan Rosdi

Posted: 18 Sep 2014 05:05 AM PDT



"Rakyat di N.01 Pengkalan Kubor hendaklah memilih calon pemimpin yang memiliki ciri-ciri tertentu, sebagaimana yang digariskan oleh Al-Qur'an, iaitu yang memiliki Quwwah (kekuatan, kelayakan, kemampuan serta kemahiran dalam menjalankan tugas)  dan amanah (Surah Al-Qasas 28 : 26 dan Surah Yusuf 12 : 54).

Ternyata calon PAS N.01 TIDAK LAYAK untuk menjadi pemimpin kerana selama 3 penggal menjadi Penyelia DUN PENGKALAN KUBOR hanya mementingkan PROJEK untuk kroninya malah, "KEKUATAN dan KESUFIAN" yang ingin  ditunjukkan, retorik semata-mata..."

Sama seperti Datin Seri Wan.Azizah yang dikatakan Haji Hadi, sebagai.tak boleh bercakap.dalam Dewan, tak boleh bercakap dengan orang, dan tak menyakinkan, PAS pun patut tolak WAN ROSDI

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Hasil Kajian : Anwar Ibrahim Punca Kemelut Politik Selangor?

Posted: 18 Sep 2014 07:27 AM PDT


SHAH ALAM – Rata–rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata hasil kaji selidik pihaknya di 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 2,138 responden berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang pada Mac lepas, yang sengaja dicetuskan PKR, adalah punca berlakunya krisis itu.

"Melalui kaji selidik responden di beberapa kawasan DUN termasuk di Semenyih, Damansara dan Sekinchan, sebanyak 44.5 peratus bersetuju bahawa Anwar mewujudkan satu keadaan iaitu menukar menteri besar Selangor melalui pilihan raya kecil Kajang atau 'Langkah Kajang'.

"Bermula dengan Langkah Kajang, beliau digambarkan mempunyai kecenderungan untuk melebarkan kuasanya dengan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan cukup mudah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum 'Kemelut Politik Selangor: Angkara Siapa?' anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, Khamis.

Ismail yang juga pensyarah kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata selain Anwar, responden turut menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut politik itu.


Beliau berkata rakyat Selangor berpendapat tindakan Abdul Hadi, yang sentiasa berdolak-dalik dalam membuat keputusan berhubung calon menteri besar baharu, menyebabkan kemelut tersebut berpanjangan.

"Hasil kaji selidik menunjukkan sebanyak 17.9 peratus reponden mengakui tindakan Abdul Hadi yang lemah dalam membuat keputusan menyebabkan krisis ini berlaku, manakala 15.2 peratus bersetuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail patut dipersalahkan sementara selebihnya berpendapat Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) sebagai punca," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemelut pertukaran menteri besar Selangor, Ismail berpendapat percaturan yang dibuat PKR untuk menukar menteri besar pada ketika ini adalah tidak tepat.

Beliau berkata sekiranya Abdul Khalid dianggap lemah oleh PKR dalam menerajui Selangor, Abdul Khalid sepatutnya tidak dicalonkan menduduki kerusi menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

"PKR sendiri mendakwa Abdul Khalid lemah. Kalau Abdul Khalid lemah, kenapa calonkan beliau sebagai menteri dan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang.

"Apa yang saya lihat, kaedah yang digunakan Anwar dan PKR untuk menukar menteri besar pada waktu ini adalah tindakan yang tidak tepat," katanya. -Bernama

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS KELANTAN SONGLAP DUIT PERUNTUKKAN JALAN, TAPI TUTOH SALAH UMNO WEH...

Posted: 18 Sep 2014 07:56 PM PDT


Kalau tak bohong rakyat bukan PAS namanya...

Walaupun ramai pemimpin dan pengikutnya berjubah, berkepiah lebai dan berjanggut, namun kalau berjanji 10 perkara 15 tak boleh pakai.

Dah berjanji tak tahu nak tunaikan janji. Lepas tu tuduh kerajaan BN zalim.

Rakyat Kelantan selalu dimomokkan PAS kononnya kerajaan BN zalim kerana menafikan hak rakyat. Rakyat ditindas dan peruntukkan di sekat.

Mitos-mitos dan dongengan Israeliyat mengenai 'kekejaman' BN dimainkan oleh para penceramah PAS setiap kali ceramah disusuli dengan impian untuk menawan Putrajaya...sambil-sambil tin-tin milo dan supik-supik beredaran menagih derma rakyat.

Hakikatnya siapa yang zalim sebenarnya?

Laporan Ketua Audit Audit Negara 2011 sebelum ini menegur Kerajaan PAS Nik Aziz kerana hanya menggunakan 42.9% atau RM111.32 juta daripada RM259.73 juta pemberian bajet penyelenggaraan kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan untuk tempoh 2009 -2011. 

Selebihnya disimpan untuk ditonjolkan kepada rakyat kononnya kerajaan Nik Aziz berjaya menjimatkan wang kerajaan, hasil bumi kononnya bertambah maka hasil perbendaharaan pun bertambah...

Rakyat melopong melihat 'kehebatan' kepimpinan ulama. Walhal itu semua pembohongan dan taqiyah semata-mata.


Untuk rekod, pada tahun 2010, Kelantan menerima peruntukkan sebanyak RM87 juta, tahun 2011 (RM101 juta), 2012 (RM133 juta) dan 2013 (RM179 juta). Kesemuanya untuk projek penyelenggaraan jalan raya. 

Tapi kemanakah perginya kesemua peruntukkan tersebut sedangkan banyak jalan di daerah-daerah masih berlubang-lubang?

Belum sempat tampal jalan, dah sibuk lancarkan lebuhraya rakyat. Duit rakyat dikutip lagi tanpa diaudit. 

Tetiba baru-baru ini dirasmikan lagi lebuhraya yang pernah dilancarkan dahulu...duit rakyat ditagih lagi. 

Huh hebat sandiwara, rakyat kena tipu lagi. Duit ntah ke mana sedar-sedar pemimpin bertukar kereta baru, bini baru, rumah baru...  


Kini demi memenangi PRK Pengkalan Kubor PAS buat sekian kalinya menabur janji baru untuk membina sebuah jambatan dua lorong di kampung Teluk Jering yang dituntut penduduk sejak 40 tahun lalu. 

Disalahkan juga kerajaan Pusat dan wakil BN sebelumnya kononnya tak memberi peruntukkan walhal 24 tahun PAS memerintah, berjuta ringgit wang peruntukkan boleh diambil dari kewangan negeri namun gagal dilaksanakan pemerintahan PAS.

Sebab apa PAS gagal bina sebelumnya?...Sebab tak amanah, duit lari ke tempat lain.

Peringatan Rasulullah s.a.w antara sifat-sifat munafik itu ialah apabila bercakap ia bohong, apabila berjanji ia mungkir, apabila dia berbalah dia melampaui batas dan apabila diberi amanah ia khianat.

Ciri-ciri ini banyak dalam jiwa pemimpin-pemimpin PAS. Maka perlukah rakyat di Pengkalan Kubor memberikan amanah dan kedudukan kepada parti dan pemimpin sebegini?



AMOI BIADAP BANYAK BAYAR CUKAI DAKWA DIROGOL KERAJAAN DAN BENCI LAGU NEGARAKU

Posted: 18 Sep 2014 08:42 AM PDT



Inilah perangai anak-anak muda puak pendatang Ah Beng yang nenek moyangnya dahulu merempat mengharapkan belas kasihan orang-orang Melayu.

Bila dah besar dan hidup kaya raya mereka semakin kurang ajar. Kononnya mereka terlalu banyak membayar cukai pada kerajaan. Jadi mereka bebas untuk melakukan apa saja.

Mungkin generasi ini tidak pernah mengenal kesusahan bangsanya terpaksa merangkak meminta simpati orang-orang Melayu dan pribumi semasa zaman pendudukan Jepun, zaman Darurat, Insiden 13 Mei 1969 di Malaysia atau sekurang-kurangnya Tragedi 15 Mei 1998 di Indonesia. 

Habis mahu diganyang bangsa-bangsa pendatang ini kerana kebiadapan mereka pada negara yang mereka berteduh. Hingga menyebabkan mereka bertempiaran lari bermigrasi ke Singapura, Australia dan Eropah bahkan ke Amerika Syarikat!

Mungkin kerana ketiadaan ISA dan Ordinan Darurat mereka begitu berani bersikap kurang ajar. 

Mungkin juga kerana mereka yakin bahawa bangsa mereka akan memerintah negara ini apabila adanya Melayu-Melayu PAS dan PKR yang bodoh dan boleh dipergunakan hanya dengan menyumbat mulut-mulut mereka dengan sejumlah wang lalu dibacakan beberapa surah Al Quran.

Mereka fikir mereka hebat sangat dengan tidak berdiri semasa nyanyian Lagu Negaraku itu.

Mereka fikir mereka banyak samseng dan lawyer Pakatan yang boleh mereka bayar untuk mencabar undang-undang?

Mereka fikir duit mereka terlalu banyak bayar cukai pada negara yang mereka tumpang ini?

Mereka fikir mereka dah cukup bijak dan pandai sampai pihak kerajaan dan pihak keselamatan boleh dipermain-mainkan?

Mereka mahu kerajaan Malaysia meletakkan darjat dan martabat yang terlalu tinggi kepada mereka hanya kerana mereka membayar cukai pada negara ini.

Mereka fikir hanya wang cukai mereka saja negara ini dapat membangun, sedangkan orang lain tidak menyumbang apa-apa? 

Inilah hasil didikan sekolah vernakular yang langsung tidak mencerminkan budaya dan nilai kesopanan.




Mereka fikir mereka berpendidikan tinggi, cantik dan muda mereka boleh buat apa saja?

Ternyata mereka silap...kalau PDRM tak cari mereka, takut-takut orang lain yang akan cari mereka untuk ajar cara hidup bersopan-santun sebagai pendatang dan mematuhi peraturan serta undang-undang di negara ini.

Lagi pun PJ tak besar mana...

Nak kata lu punya account kena hack?



#PRKPengkalanKubor : Selepas @KhairyKJ , @AzwanBro dan @JamawiJaafar terus terajui PEMUDA bagi memastikan BN KEKAL di #PengkalanKubor ! @NajibRazak

Posted: 18 Sep 2014 05:30 AM PDT


Agak berbeza berbanding PRK sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO dilihat lebih serius dan gigih dalam membantu calon BN untuk memenangi PRK. Tahniah kepada kepimpinan Pemuda yang dilihat lebih kuat bekerja untuk mendekati dan membantu rakyat kali ini. 

Semoga kerja keras Pemuda ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada kemenangan BN tangggal 25 September kelak, bahkan apa yang penting ianya diharap dapat diterjemahkan kepada pull factor untuk lebih ramai anak muda berganding bahu bersama-sama BN dalam merealisasikan agenda transformasi Negara menuju Wawasan 2020.  

Insya Allah kita yakin.













#PRKPengkalanKubor : PANAS! Strategi PAS import pengundi hantu didedahkan! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro @TunFaisal @PDRMsia

Posted: 18 Sep 2014 02:00 AM PDT


Semalam, seseorang yang tidak mahu dikenali telah menyerahkan kepada kami senarai nama pengurus pengundi hantu PAS dari Thailand untuk didedahkan. Menurut sumber tersebut, senarai itu adalah nama-nama individu yang akan menguruskan kemasukan pengundi DUA IC dari Thailand yang akan mengundi PAS. Menurutnya lagi, individu-individu dalam senarai tersebut juga bertindak pemegang MyKad rakyat Thailand yang mempunyai dwi kerakyatan.

Tindakan ini adalah sebahagian dari strategi PAS untuk memenangi PRK dan merampas Pengkalan Kubor dari BN melalui apa cara sekali pun. Sebab itulah, mereka dan pakatan pembangkang begitu suka memainkan isu pengundi hantu sebelum ini. Rupa-rupanya ia sebagai taktik untuk memburuk-burukkan lawan bagi menutup kejijiikan sebenar yang mereka sendiri selalu amalkan!

Kami harap Suruhanjaya Pilihanraya dan Kementerian Dalam Negeri tidak berdiam diri dalam perkara ini. Tindakan tegas bagi menghalang kemasukan rakyat Thailand untuk mengundi dalam PRK Pengkalan Kubor perlu dilakukan. Adalah menjadi satu kesalahan besar dari sisi Perlembagaan Negara bagi rakyat asing untuk mengundi dalam mana-mana pilihanraya di negara ini selain memiliki dwi kewarganegaraan!

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Jatuhnya UMNO Kerana Banyaknya Kuantiti Pembodek Dari Kualiti?

Posted: 18 Sep 2014 04:09 PM PDT


Kalau dilihat kepada polisi dan gerak kerja Perdana Menteri kita sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak terlihat cacat celanya. Dan kalau ada pun hanyalah terguran-teguran membangun, yang dilihat ketidakpuasan hati dan kegusaran rakyat terhadap kerisauan, kekeliruan dan isu-isu kesamarataan yang berani disentuh oleh sesetengah pihak?

Apa yang lebih merimaskan dan memualkan sekarang terlalu ramai 'pengampu dan pembodek' yang berada disekeling Perdana Menteri? Malah dalam ketidak beranian bersuara sesetengah pihak, malu melihat gelagat-gelagat pengampu yang diberi kepercayaan untuk memimpin atau kerja, lebih sudu dari kuah.

Spesis yang hanya bersandar kepada glamor dan kroni-kroni tertentu, keterlihatan tidak ada 'Kuantiti Kerja Yang Membantu PM' sebaliknya boleh merosakkan imej dan krebiliti PM sendiri, seperti lakonan 'syok sendiri' atau kaki kipas yang hanya untuk menempa nama dan tumpang glamor?.

Memberi gambaran hanya yang baik-baik sahaja oleh pengampu-pengampu itu lah yang berlaku sekarang. Kalau semuanya baik, kita bukanlah dinamakan manusia yang sering melakukan kesalahan. Kalau memang semuanya baik, tidak mungkin Umno hilang banyak kerusi dan majoriti 2/3 pada Pru12 dan Pru13?

Tidak mungkin sukarnya mendapatkan kembali negeri yang telah tewas yang dahulunya kubu kuat BN. Dua (2) yang dirampas kembali pun kerana bandingan jumlah kerusi yang tidak jauh bezanya.

Budaya membodek pemimpin secara berlebihan ini bukan sahaja keterlihatan politik yang tidak matang tetapi cara berlebih-lebihan, bermusim, berekor dan menonjol tanpa peranan yang besar, seolah-olah 'Kualiti' tidak perlu asalkan ungkapan 'terbaik' sentiasa dibibir.

Kalau dilihat kepada sikap PM kita ini, beliau bukanlah seorang yang cepat melenting? Sebaliknya biasalah dengan sikapnya yang lebih suka diam, senyap dan lambat memberi respon. Mungkin dia tidak suka menjatuhkan maruah dan menghampakan hati orang lain?

Tukang-tukang kipas, bodek dan ampu ini satu virus yang boleh merosakkan pemimpin kita dan membiarkan ketegangan di luar sana, seolah-olah menambahkan lagi tekanan yang tidak diluahkan oleh rakyat dan mereka-mereka yang berbulu mata melihatnya?.

Hentikanlah mempertahankan pemimpin hingga setiap persoalan dibangkitkan tidak mampu dijawab, selain dari terus memuji, memuja dan mengaburi mata rakyat hingga kempen UMNO pun mahu dikipas?

Akhirnya pemimpin dibekalkan dengan hidangan dan laporan semua yang baik-baik, tetapi hakikatnya dibelakang berpeluh dan penuh kepalsuan?.

Suara Politik
Belantan

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan?

Posted: 18 Sep 2014 07:03 AM PDT


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi "suasana politik yang gawat" pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

"Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.


"Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.

"Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah," katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.

"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,"katanya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Perwakilan baca doa kutuk Mat Sabu, dua ADUN

Posted: 18 Sep 2014 10:37 PM PDT



dikemaskini Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan "nila setitik yang merosakkan susu sebelanga".

"Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun," katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa," katanya lagi

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?

"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.

"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.

Kata-katanya itu turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang dewan tersebut.

Pengerusi tetap seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang.

"Tenang muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas.
 

Angkat Sumpah MB Selangor Baharu: Pilihan Mungkin Azmin Atau Iskandar

Posted: 18 Sep 2014 07:26 PM PDT




Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 8:01 AM

Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu? Azmin atau Iskandar?

PETALING JAYA: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi apabila Istana Selangor dijangka mengumumkan nama menteri besar yang baharu awal minggu depan.
Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan, yang disahkan kebenarannya oleh para pegawai Istana, memaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah jawatan itu pada pukul 10 pagi Selasa.
Istana enggan mengulas mengenai siapa yang akan menjadi menteri besar tetapi pilihan yang disenarai pendek adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Exco negeri dari PAS, Iskandar Samad.
Azmin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa manakala Iskandar adalah Adun Chempaka.
Kedua-dua mereka merupakan pengerusi parti masing-masing di peringkat negeri.
Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai Adun Kajang pada Mac lalu mungkin tidak akan mendapat jawatan itu.
Perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar akan berkuat kuasa sebaik sahaja angkat sumpah menteri besar yang baharu.
Dengan majlis angkat sumpah pada Selasa depan, ini bermakna Sultan tidak akan lagi menunggu nama-nama yang akan diserahkan oleh PKR dan DAP yang mengambil masa panjang oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.
Kedua-dua parti hanya mencalonkan Dr Wan Azizah walaupun terdapat arahan yang jelas daripada Istana supaya mencadangkan lebih dua nama.
Istana turut memaklumkan bahawa Sultan mungkin akan memilih menteri besar yang baharu berdasarkan senarai tiga nama yang diserahkan oleh PAS atau satu nama tiada dalam senarai.
Timbul kontroversi menerusi dua kenyataan tegas daripada Istana. Pertama, Sultan menitahkan bahawa DAP dan PKR adalah tidak setia atau derhaka kerana keengganan mereka untuk mengemukakan nama-nama lain, dan baginda menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang biadap.
Kenyataan kedua pula dikeluarkan pada Khamis apabila Istana menegur Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyebabkan kekeliruan dengan maklumat yang salah mengenai amalan yang dilakukan Istana dalam mengesahkan jawatan menteri besar.
Anwar mendakwa bahawa amalan mencalonkan hanya satu nama untuk jawatan menteri besar telah dilakukan sejak kemerdekaan negara.
Difahamkan juga terdapat banyak pengumuman palsu mengenai majlis angkat sumpah apabila pegawai Istana menerima banyak panggilan telefon yang bertanyakan mengenai jemputan yang diterima mereka adalah benar.
Sementara itu, di Muktamar PAS di Batu Pahat, Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatan menteri besar itu adalah milik PKR. Tetapi beliau menambah sekiranya Sultan menawarkannya kepada PAS, semua parti harus menerima keputusan tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak jawatan itu kerana ia menjadi satu perlantikan tersebut tidak akan bertahan lama tanpa persetujuan DAP dan PKR.

Pilihan anda . . . Proton Iriz atau Perodua Axia?

Posted: 18 Sep 2014 02:14 AM PDT


Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model terbaharu mereka selang beberapa hari sahaja iaitu pada semalam atau 15 September untuk Axia dan Kereta Kompak Proton (PCC) pada 25 September ini.

Tetapi mungkin tidak mengejutkan jika ada yang beranggapan bahawa PCC atau Proton 'Iriz' (nama untuk PCC mengikut tekaan blog automotif) dilancarkan untuk menyaingi Perodua Axia.

PCC seperti yang ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, adalah kereta kompak dalam segmen B dengan kapasiti enjin di antara 1.3 liter dan 1.6 liter.

Berbanding dengan Perodua Axia, ia juga merupakan kereta kompak tetapi dalam kategori segmen A dengan enjin 1.0 liter.

Oleh itu, agak sukar untuk mengaitkan pelancaran Axia ataupun PCC walaupun dalam bulan yang sama adalah untuk menyaingi antara satu sama lain.

PCC dilahirkan untuk memberi alternatif kepada pasaran segmen B iaitu Perodua Myvi, Honda Jazz, Kia Rio, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Mitsubishi Mirage, Suzuki Swift dan Peugeot 208.

Ketepikan dahulu Honda Jazz, Kia Rio, Ford Fiesta dan lain-lain kerana PCC dilihat akan 'berentap' dengan Myvi yang merupakan pendahulu pasaran untuk segmen tersebut.

Jualan keseluruhan kenderaan penumpang didominasi oleh Perodua iaitu pengeluar kereta kompak terkenal dengan 196,071 buah bagi tempoh Januari hingga Disember 2013. Proton pula menduduki tempat kedua dengan 138,753 buah pada tempoh yang sama dan sedikit jatuh berbanding 141,120 buah pada tahun 2012.

Faktor ini mungkin menyebabkan Proton perlu melakukan sesuatu supaya mereka boleh terus bernafas dalam industri automotif yang semakin berdaya saing dan ditambah dengan Dasar Automotif Negara 2014 yang mengalu-alukan kedatangan pelabur untuk kenderaan cekap tenaga (EEV).

Tetapi sebenarnya program PCC telah dimulakan pada 2010 dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. Dengan kata lain, Proton telah lama mempunyai hasrat untuk menghasilkan kereta kompak memandangkan kereta kompak semakin menjadi pilihan terutamanya bagi pembeli di bandar.

Dengan jangkaan kos sara hidup yang meningkat, pengguna terpaksa berjimat dalam semua segi dan antaranya pemilihan kenderaan yang sesuai dengan dompet mereka.

Bagi Perodua, mereka mengutamakan kenderaan 'entry level' iaitu dengan memperkenalkan produk pada harga yang murah dan berpatutan untuk pembelian kereta pertama mengikut piawaian Daihatsu, iaitu rakan baik mereka yang merupakan pengeluar kereta kompak untuk eksport.

Perodua kini mengutamakan penjimatan kos untuk menjadikan produk mereka mampu milik yang dicetuskan daripada kilang terbaharu mereka yang bertaraf dunia melalui penggunaan robot.

Manakala Proton, mereka mengutamakan keselamatan dengan menampilkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti sistem brek antikekunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) bantuan brek (BA) hill-hold assist (HHA) dan sistem penyaluran brek (EBD).

Kilang Proton di Tanjung Malim juga menggunakan robot bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti produk.
Keseluruhan PCC adalah dibangunkan oleh pereka dan jurutera rakyat tempatan, rakyat Malaysia yang merupakan satu antara 14 buah negara di dunia yang mampu membuat kereta.

Dengan kata lain, PCC dibangunkan mengikut cita rasa tempatan yang dilahirkan dengan ciri-ciri reka bentuk dan keselamatan yang setaraf dengan kereta buatan Jepun dan Eropah.

Pada akhirnya, pengguna akan membuat keputusan dalam memilih produk Proton atau Perodua dan faktor harga tidak boleh diketepikan sama sekali.

Siri dakwaan hasutan Putrajaya bangkitkan rasa takut dan benci rakyat

Posted: 18 Sep 2014 12:52 AM PDT

Siri dakwaan hasutan oleh Putrajaya baru-baru ini terhadap pembangkang berjaya membelengu rakyat Malaysia daripada bersuara terutama mengenai isu yang dianggap sensitif, kata pemerhati, susulan penganjur forum awam semalam minta media tidak buat liputan.
Mereka berkata, ketakutan ini bertepatan mengapa Akta Hasutan 1948 perlu dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih adil kepada semua.
Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau tidak terkejut dengan permintaan penganjur forum berkenaan, namun kecewa ia sampai ke tahap di mana orang ramai kini bimbang untuk bersuara dan membincangkan isu penting secara terbuka.
"Siri pendakwaan baru-baru ini berjaya mewujudkan suasana takut di kalangan orang ramai.
"Malah, saya kini berhati-hati apabila menulis kenyataan atau menjawab soalan, dan cuba mencari cara terbaik untuk mengatakan sesuatu tanpa benar-benar mengatakannya," kata ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu.
Bagaimanapun, katanya, hikmah kepada semua kejadian ini ialah mengukuhkan tekad orang ramai untuk melihat pemansuhan Akta Hasutan yang mula diwujudkan sejak era penjajah itu.
"Lebih ramai orang takut bersuara, lebih kuat keinginan mereka untuk ia dihapuskan," katanya.
Pada forum semalam, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi daripada Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang mempengerusikan majis itu berkata, kejadian yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang malang dan banyak menghasilkan kedudukan yang sukar.
"Kita masih mempunyai Akta Hasutan, dan kadang-kala orang cenderung membuat tafsiran. Saya tahu wartawan akan melaporkan berdasarkan apa yang anda dengar dan lihat, tetapi pembaca mungkin tidak memahaminya, dan kemudian tiba-tiba beberapa orang mendapat masalah kerana apa yang dikata sedangkan dia berniat baik," katanya berhubung keputusan meminta media untuk tidak membuat liputan terhadap prosiding itu.
Siri tangkapan berkaitan hasutan oleh Putrajaya terhadap pemimpin pembangkang, wartawan, ahli akademik, aktivis dan dua pendakwah Islam, mewujudkan kritikan terhadap usaha mendiamkan perbezaan pendapat.
Pengkritik mempersoalkan mengapa kumpulan sayap kanan tertentu dan ahli politik yang membuat lebih banyak kenyataan berunsur hasutan pada masa lalu terlepas daripada dakwaan ini.
Penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee berkata Malaysia menghampiri situasi di mana suara perkauman dan fanatik agama boleh terlepas sewenang-wenangnya – sering sehingaa ke tahap menghasut keganasan kaum manakala yang sederhana dikenakan walaupun kenyataan atau ucapan yang tidak keterlaluan.
"Ini seperti mempermainkan keadilan yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik kita. Ia juga tanda hitam yang tetap akan membinasakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," kata pengarah Pusat Dasar Inisiatif itu.
Lim berkata, kebanyakan rakyat Malaysia cuba bersikap betul dalam pandangan politik mereka dan dihalang di khalayak ramai apabila menyentuh mengenai isu sensitif manakala media sosial menyebabkan beberapa kenyataan emosi, yang tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghalang sesiapa daripada pembangkang atau yang tidak dilihat sebagai anti kerajaan.
Merujuk kepada permintaan penganjur forum agar tiada liputan media mengenai program, itu, Dr Lim berkata ia adalah satu gambaran suram keadaan wacana awam di negara ini.
"Ia menunjukkan tahap penindasan politik terutama daripada orang yang dikira pandangan mereka menentang kerajaan.
"Malah, kita boleh lihat 'double standard' berlaku di mana fanatik agama dan kaum, bebas berekspresi dalam penerbitan vernakular tanpa takut didakwa di bawah Akta Hasutan," katanya.
Pengerusi pergerakan masyarakat sivil Negara-ku Zaid Kamaruddin berkata, beliau memahami permintaan penganjur yang mungkin bimbang peserta mendapat masalah dengan undang-undang, langkah itu mengukuhkan suasana ketakutan .
"Kita sebagai rakyat tidak boleh diperbodohkan dan harus terus melaksanakan hak kita untuk menunjukkan kesilapan dan kelemahan kerajaan dan sistem itu.
"Kita tidak boleh membina Malaysia yang lebih baik dengan menutup mulut kita," katanya.
Sejak Putrajaya masih belum membuat keputusan untuk memansuhkan akta hasutan, Zaid berkata rakyat Malaysia lebih teliti terhadap undang-undang itu untuk memahami apa yang perlu dan tidak patut dianggap menghasut.
"Setiap undang-undang yang baik boleh disalah guna, tidak ada penyelesaian yang mudah. Saya mencadangkan sudah sampai masanya mempertimbangkan agar peguam negara bertanggungjawab kepada Parlimen," katanya.
Pada masa ini, peguam negara adalah seorang penjawat awam dan hanya bertanggungjawab kepada perdana menteri dan Kabinet. – TMI 18 September, 2014.