Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pondok PAS ajar pakai serban ikut Nik Aziz bukan amalan Nabi???!!!

Posted: 16 Sep 2014 09:29 PM PDT


Jika semalam didedahkan permainan wang dan trick jahat PAS di Pengkalan Kubor, itu masih tak seburuk taktik menyalahgunakan ugama untuk berkempen bagi calun mereka.

Exco kerajaan negeri, Dato Hj Nasaruddin Daud berceramah di Kg Telaga Batu pada malam pertama mendakwa BN tolak ajaran islam walaupun calonnya memakai serban.

Semacam dia risau caun UMNO pakai serban dan pengaruhi penyokong PAS, dia sebut isu pakaian bercirikan islam tak mempengaruhi pengundi pas.

Lalu calon BN dipanggl sebagai Ustaz Jadian.


Sambil lalu di perlecehkan juga calon BN yang memulakan pondok di Pengkaan Kubor. Dia menceritakan sejarah pondok sebagai tempat menimba ilmu agama. Semua urusan pembelajaran perlu dirujuk kepada pondok.

Katanya, BN memperlekehkan institusi pondok. Dia sengaja lupa bagaimana BN kuat membela pondok-pondok di Kedah. Cuma di Kelantan,, PAS menghasut pondok-pondok untuk menolak bantuan kerajaan pusat. Nak kasi kena melalui mereka untuk diberikan pada pondok kroni mereka.

Seolah-olah memperlecehkan ilmu Haji Mat Razi, dia kata amalan tak berdasarkan ilmu akan ditolak dan tak diterima Allah swt

Rupanya tak cukup kata nesta malam pertama, lalu disambung esuknya di PDM Telaga Lanas. Kali ini, Dato Nasruddin berkata dia  terkejut calon UMNO memakai serban, jubah dan dipanggil ustaz. Lalu dia dakwa UMNO melawan perintah Allah dan tidak berguna sekiranya calon UMNO memakai sebegitu.

Katanya, UMNO pernah meletakkan calon bekas kadi di Pasir Mas tetapi ditolak oleh rakyat 4,000 lebih undi. Nampak dia bercanggah kerana dia suruh menilai seseorang dari ilmu tapi dia menilai seseorang dari segi undi.

DIa turut memperlekehkan calon umno mengajar bacaan al quran (surah yassin) hingga diberi liputan oleh Utusan Malaysia dan RTM. Ada disebut calon UMNO mengikut-ngikut Nik Aziz untuk berserban dan dipermainkan poster calon UMNO kelihatan berdoa. 

Sejak bila sunnah pakai serban itu diturunkan oleh Nik Aziz? Bukankah itu sunnah Nabi dan kita digalakkan ikut sunnah Nabi???

Apa komen PAS?

Itulah mentaliti dan pemahaman cetek Islam PAS.

Dato Abdullah Yaacob ADUN Air Lanas memuji plan pembangunan bercirikan islam yang dilakukan oleh tuan guru nik aziz di Kelantan sejak tahun 1990.

Dibanggakan Nik Azi hanya ada Tesco Kota Baru, pajak gadai islam, cuti 2 hari seminggu, dan cuti bersalin 60 hr.

Adakah Tesco itu saja pembangunan Islam?

DI PDM Telaga Lanas, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fazli cuba memainkan isu hukum hudud.

Dia menimbulkan speaker DUN Terengganu menolak usul hukum hudud dan menuduh UMNO pura-pura jaguh hudud di negeri selangor, lupakah dia PAS ketepikan agenda negara Islam dan hukum hudud untuk negara kebajikan?

Malah Kelantan yang kononnya tiada maksiat pun pernah didedahkan ada kisah penjualan dadah dan disco. negara.

Konon kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan besar uutuk sekolah agama tapi banyak yang dalam keadaan daif.

Timbalan YDP Pasir Mas, Hj Abdul Halim ABdul Rahman mengulang tuduhan UMNO gagal jalankan hukum tuhan.

DIa merujuk kepada hudud lah tu.

Tapi adakah hudud saja tanggungjawab seorang kerajaan. 


Nampak sangat orang PAS ni kurang ilmu dan hanya ingat hudud saja cara hukum dalam Islam. Lagi dia tak faham bila hukum hudud sesuai dijalankan.



Macam-macam imej Haji Mat Razi

Dia juga dakwa kuasa mahkamah syariah terlalu kecil tapi dia tak sedar bahawa usaha UMNO yang pertingkatkan hukum syariah dari "inferior law" seperti dikatakan peguam pro Pakatan Rakyat untuk dinaikkan ke tahap sama dengan hukum sivil.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkata pemilihan calon PAS adalah berdasarkan syarak dan kemampuan untuk pikul amanah. Iya ke?

TUNGGU NANTI KITA BOGELKAN LEPAS INI!!!




Kalau TAK protes dan HANYA ke tandas, masuk asar; kenapa tak berenti solat!!!

Posted: 16 Sep 2014 07:20 PM PDT


Respons Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada tndakan beberapa perwakilan pemuda keluar dewan ketika dia berucap,  "Biasa je bila orang keluar dewan, lagi pun tadi sudah masuk waktu Asar dan mungkin mereka ingin ke tandas.

"Saya tidak nampak ia sebagai protes."

Kenapa dah masuk asar, kenapa Mat Sabun tak berhenti berucap untuk hormati masuk waktu asar atau berhenti solat dulu?

Kalau ke tandas sebab masuk asar, kenapa Din Puduraya  dilaporkan Harakah Daily menganggapkan tindakan itu tidak wajar?


Mat Sabu memang boleh tebalkan muka menghadapi tindakan memalukan terhadap dirinya. Ini bukan kali pertama dia dimalukan tapi tidak dari ahli PAS sendiri dalam keadaan di Muktamar PAS.

Ini berlaku di pembukaan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 semalam.


Menurut seorang pemerhati, ianya bukan perkara biasa

Sejarah tercipta dlm Muktamar Agung Pemuda PAS;

Tindakan perwakilan yg paling tegas dlm muktamar kali ini.

Sebaik Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mohanad Sabu mulakan ucapan perasmian (4:42pm 16/9) majoriti perwakilan Pahang yg pakai jaket khas "Kami Bersama Presiden dan MSU" bangun keluar dewan muktamar.... disusuli sbhgn lain perwakilan T'ganu, Pahang, Selangor, Wilayah etc.

Satu signal tegas ditunjukkan hari ini oleh ahli jamaah gerakan Islam PAS kepada Timbalan Presiden yang dilihat tidak bersama Presiden dalam banyak isu...

- Pemerhati Kampar -

Baca juga BNBBC SINI


Reaksi sebahagian Pemuda PAS terbit dari usaha Pasma untuk menentang Presiden dan lebih utamakan rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP dari agenda dan kepentingan PAS sendiri.

Ketika perasmian Pasma Kedah tempoh hari, Dato Phahrolrazi dilaporkan berkata, "Sepatutnya kita dah nak sampai ke putrajaya sebab dah dapat undi popular hanya kurang kerusi. Tiba tiba kita nampak seolah mahu undur balik sepatutnya kita maju ke hadapan.

"Masalah kita adalah doktrin kita tak boleh duduk bersama PKR dan DAP."

Boleh baca Malay Mail Online SINI.

Ia juga memberi interpretasi kepada Pemuda PAS penyokong Hadi bahawa puak Anwarinas dalam PAS mengutamakan kuasa hingga mengetepikan perjuangan PAS oleh sebahagian Pemuda PAS. Pasma menyokong ideolog Pakatan Rakyat dari ideologi PAS.

Ini baru puak PASma.

Puak lain dalam PAS apa pula agenda masing-masing...... Ngaku sajalah bahawa PAS adalah parti poltik dan Islam hanya facade atau permukaan luar saja. Seperti mana-mana parti poltik, objektif mereka adalah kuasa!!!

Bezanya, bila dapat kuasa, PAS gagal mentadbir dengan baik dan paling cepat terikut gejala tak baik seperti makan rasuah dan salahguna kuasa. Contoh salahguna kuasa terbaik adalah oleh Nik Aziz yang memutarbelit proses mahkamah syariah untuk lepaskan Mat Sabu dari dihukum khalwat di bilik 121 Hotel Perdana Kota Baru.

SSKM tiada sokongan, Hanya tangan subversif bantu PR

Posted: 16 Sep 2014 05:20 PM PDT


Baca Lawas ke Semantan SINI untuk tahu dalangnya di Sarawak. 

MEreka yang membantu mereka adalah mereka yang beroperasi dari luar negara dan dalam negara menjalankan kerja subversif membakar rakyat Prbumi sabah dan sarwak.



Harap pihak berkuasa jalankan tugas dengan bijak. Ahli politik harus serahkan kepada mereka. AG perlu jalankan kerja.


Lupo nak ucapke ...

Posted: 16 Sep 2014 08:37 AM PDT




PELIK!!! BN kempen serupo kerajae, PAS serang serupo pembangkang???

Posted: 16 Sep 2014 05:30 AM PDT


PAS menyerang UMNO kononnya UMNO tak perjuangkan Islam. Padahal PAS hanya mengamalkan Islam yang jumud dan sempit.

Pemerintahan Islam PAS tidak menyeluruh. Dalam aspek politik dan pentadiran, PAS wujud sebagai parti politik. Namun mereka gagal sebagai pentadbir dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan. Mereka gagal daam mencerminkan Islam yang progresif.

Hal ini sepatutnya UMNO serang secara sopan dan berbudi menggunakan fakta tapi nampaknya PAS yang parti pemerintah pula yang menyerang. UMNO yang merupakan parti pembangkang pula yang menjawab dan bertahan.

Dalam hal kewangan dan ketelusan,, banyak penyelewengan dan ketidak tulusan berlaku dalam kerajaan Kelantan. Mereka banyak meniipu rakyat dengan pelbagai program yang dilancar seolah-olah akan berlaku tapi akhirnya dibatal sebaik saja habis pilihanraya.

Dalam hal pembangunan, setelah dibantu dengan banyak oleh kerajaan persekutuan, kerajaan PAS kelantan gagal membangunkan dan menaikkan ekonomi negeri mahu pun tempatan. Mereak menuduh kerajaan pusat zalim tapi sebenarnya mereka gagal.

Malah banyak kisah duit yang diberikan kerajaan pusat untuk menyelenggara jalanraya dan air pun dipesungkan kerajaan Kelantan ke tempat lain termasuk untuk tujuan politik.

Dalam hal perkhidmatan rakyat, majlis tempatan pun gagal untuk maintain perkhidmatan dan fasiliti yang dibangunkan kerajaan pusat.

Banyak point-point yang boleh diguna tapi kempen BN serpa macam mereka kerajaan di Kelantan dan PAS dilihat sebagai pembangkang untuk serangan mereka dijawab. Sepatutnya sebagai pembangkang, BN patut menyerang dan meletakkan kerajaan Kelantan untuk bertahan.

PAS pun patut diserang supaya janji dan ideologi ugama yang mereka jaja itu dihalusi dan dipersoalkan konsistensi dan praktiknya.

Majlis tempaatan yang terletak bawah kerajaan negeri patuut disoal siasat dan kerajaan negeri patut dibuat menjawab.

Sepatutnya setiap kali PAS menyoal BN, kita patahkan segera dengan hujah PAS adalah kerajaan negeri patut mereka yang jawab. Kenapa mereka gagal ini dan itu. Kalau tak upaya jalankan tanggungjwab, mereka patut berhenti mentadbir.

Ini kerajaan pusat pula disoal PAS seolah-olah ini kerusi parlimen yang direbut!!!

Bangunlah!!!

Kenapa kereta Singapura iringi calun PAS?

Posted: 16 Sep 2014 04:34 AM PDT


Sekarang ini banyak kenderaan luar berada di Pengkalan Kubor. Sebahagian besarnya adalah petugas dan penyokong parti. Sebahagian lagi adalah pasukan keselamatan dan agensi kerajaan. Tetapi sebahagian yang lain adalah kumpulan anarki dan subversif yang diupah khas untuk melakukan provokasi agar berlaku pertumpahan darah dan mengganggu keamanan di Pengkalan Kubor.

Pada 14 September lalu, sebuah kereta yang bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengekori calon PAS di mana-mana sahaja kempen dilakukan. Kedua-dua lelaki yang menaiki kereta tersebut, kelihatan sangat bergaya. Kedua-duanya dipercayai merupakan 'UTUSAN PAP' yang didatangkan oleh DAP untuk melihat apa yang berlaku di Pengkalan Kubor.

Sepanjang malam tadi, beberapa berita telah diterima membabitkan kenderaan-kenderaan luar yang didatangkan khas untuk tujuan-tujuan anarkis.

Petikan dari The Flying Kick SINI 

Politik dunia ke 3 PAS untuk cabut bendera, tahan bekalan air!!!

Posted: 16 Sep 2014 02:54 AM PDT


Dalam lebih kurang pukul 12 tengahhari hari ini, sebuah kenderaan dikesan memasuki kawasan kampong Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubor dan pemandu kenderaan diberitahu orang kampong menyuruh menyuruh budak-budak muda membuang bendera BN. 
Orang kampong mengambil butiran kereta dan didapati kepunyaan seorang dari Pahang seperti berikut:

No.Pendaftaran : BGU 8181
Nama : MOHAMAD SAKRAN bin SAPIE
Alamat : DR 84-A, KAMPUNG KUALA PAHANG, 26600 PEKAN, PAHANG
No.Kpt : 780918-06-5423

Takkan orang BN suruh buang bendera BN????

Manakala lebih kurang pukul 2 ke 3 petang tadi, 5 orang Pemuda penyokong PAS telah mencabut bendera BN di Jalan Besar berhampiran Sekolah Kebangsaan Bunohan. Perbuatan mereka disedari oleh jentera keselamatan BN PDM Bunuhan dan mereka berjaya ditangkap.

Mereka dilepaskan selepas diberi amaran supaya tidak mengwujudkan suasana tidak baik di situ.

Dlama lebih kurang masa sama, penduduk PDM SImpangan merungut bekalan air paip telah disekat sejak hari penamaan calun. Mereka percaya ianya tindakan kerajaan PAS Kelantan untuk menahan bekalan air untuk kawasan yang sokong pada BN.

Matanglah sedikit PAS, game gini pun ornag kampong menyampah. Bukan membantu menambah undi pun malah boleh menyebabkan orang menyampah dan tidak undi PAS.

PAS konon kecek menentang Akta Hasutan, ISA dan lain-lain akta untuk menuntut lebih kebebasan bersuara serta mahu perjuangkan demokrasi. 

Macam mana nak lebih kebebasan bila sudah bebas pun tak tahu bertanggungjawab hingga nak tahan air untuk rakyat hidup? 

Ini sama zalim dengan perbuatan PKR dan DAP yang dikatakan berlaku zalim pada Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah ianya lebih zalim. Paling zalim pada mereka yang berfikiran dunia ketiga!!!

Calun BN buat Anwarinas terpaksa "beli cikit sini, beli cikit sana"

Posted: 15 Sep 2014 11:30 PM PDT


Dah tentu Saifuddin nak sabo PAS dan ada ahli PAS yang mahu ajar kumpulan Anwarinas dalam PAS, pihak PAS melihat perlunya satu rangka strategi untuk mengimbangi kekuatan calun UMNO.

Boleh dengar dalam ceramah, PAS risau dengan keperibadian calun UMNO yang bekas guru, orang yang disukai masyarakat dan parti, dan guru ugama serta Imam yang dihormati masyarakat dengan menghina pakaiannya dan permainkan dengan menggelarnya ustaz..


PAS meramalkan persaingan hebat untuk memenangi kubu kuat BN di Pengkalan Kubor dan kemenanga mana-mana pihak dilihat dengan majoriti sedikit. Mereka menggunakan taktik beli cikit sini dan beli cikit sana dengan harapan beberapa inci sana sini boleh menjadi cukup panjang untuk memberikan kemenangan.

Dikhabarkan PAS sudah menemui pihak belah Siam untuk membeli undi orang-orang Melayu Selatan Siam yang dilahirkan di sini dan punyai dua warganegara. Jumlah mereka tidak seberapa tapi ini sebahagian dari usaha nak dapatkan undi sikit sana sini. Mereka dibayar duit transport dan wang saguhati.

PAS juga sedang berusaha untuk dapatkan undi Orang Tak Berupaya (OKU). Sasaran mereka ialah untuk mendapatkan dalam 50 undi OKU. Diharap undi OKU dapat menarik 5 undi seorang dan ini boleh diterjemahkan menjadi 250 orang.

Jentera PAS juga dikatakan sedang mensasarkan Pemuda Cawangan dan PDM.

Taktik psikologi mereka adalah untuk mempersoalkan keupayaan calun BN meneruskan legasi arwah Dato Norzaidi. Pemuda juga di ugut sekiranya tuntutan royalti diperolehi, kawasan BN tidak akan menerima apa-apa. perasan macam boleh menang....harap tiada Pemuda tertipu.

Khabarnya ada usaha untuk mem"beli" pemimpin Pemuda pada kadar antara RM2,000 ke RM5,000 untuk tarik pengundi muda. Dalam hal ada melihat PAS tak ambil pot dengan kerusi Pengkalan Kubor, puak Anwarinas telah ketepikan sejumlah RM500,000 ke RM750,000.

Jika ada Pemuda yang ditawarkan hanya berapa ratus, itu maknanya ahli PAS itu telah kebas sekurang-kurangnya RM1,000.

Bagi yang mudah dipermainkan ugama seperti holongan wanita, Dewan Muslimat dan Bridged Muslimat sedang menyerang rumah-rumah ke rumah untuk fokus golongan ibu tunggal, fakir miskin dan OKU dengan menjajakan slogan 'Untuk Akhirat'.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nik Aziz dihalang bercakap tentang kemelut Pas?

Posted: 16 Sep 2014 10:48 PM PDT


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dihalang oleh petugas parti itu untuk memberi sebarang ulasan mengenai kemelut dalaman yang dikatakan melanda Pas walaupun beliau kelihatan ingin berbuat demikian.

Selepas selesai ber-kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kampung Surau Lama, dekat sini hari ini, wartawan cuba meminta reaksi beliau mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, sebelum sempat beliau mengulas, petugas yang juga pengacara majlis itu mencelah meminta wartawan berhenti bertanya dan beredar.

"Cukup, cukup," katanya kepada para petugas media sebelum membisikkan sesuatu kepada Nik Abdul Aziz.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar mene-gaskan, Pas tetap menggunakan perkara berkaitan tuntutan royalti petroleum sebagai isu utama dalam siri kempennya sepanjang kempen PRK DUN Pengkalan Kubor.

Beliau mengakui, Kerajaan Persekutuan selama ini telah menyalurkan sejumlah peruntukan yang dipanggil wang ihsan kepada Kelantan.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan negeri tidak pernah menerima walau satu sen pun kerana wang tersebut disalurkan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Terengganu tidak ada JPP, Sarawak tidak ada JPP, kenapa Kelantan mesti ada JPP. Mengarut semua itu, apakah dia tidak percaya kita dan pegawai kerajaan negeri pun masuk universiti juga," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam meminta Pas berhenti menfitnah kerajaan berhubung royalti minyak dan mencabar parti itu mengemukakan bukti spesifik terdapat tunggakkan sebanyak RM12 bilion yang belum dibayar kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menghadiri majlis sama berkata, UMNO dan BN tidak boleh menentukan isu apa yang hendak dibangkitkan Pas ketika berkempen dalam PRK DUN Pengkalan Kubor.

Beliau dikawal ketat pengawal peribadi dan mengelak untuk bertemu wartawan sekadar berkata: "Dia (UMNO) tak boleh paksa kita (bangkitkan isu apa)".

Suara Politik
Belantan

Pemimpin 'anai-anai' rosakkan Pas?

Posted: 16 Sep 2014 09:05 AM PDT

Beberapa ahli Pas menunjukkan tanda bantahan kepada segelintir pemimpin Pas yang menentang golongan ulama dalam parti tersebut di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

Pas kini berdepan ancaman dalaman yang amat berbahaya kepada kelangsungan parti itu kerana terdapat beberapa pemimpinnya mengikut telunjuk pihak luar dan menjadi 'anai-anai' yang merosakkan parti berkenaan.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamed Nordin Mohd. Nor berkata, tindakan beberapa pemimpin parti itu yang secara terbuka menyanggah keputusan pucuk pimpinan yang diterajui golongan ulama dalam beberapa isu kebelakangan ini merupakan permulaan kepada kerosakan serius yang bakal berlaku jika tidak dikawal.

Sambil memberi sokongan padu kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamed Nordin mencabar pemimpin-pemimpin berkenaan supaya keluar parti jika mereka tidak menghormati suara ulama yang memimpin Pas sejak dahulu lagi.

"Mereka merupakan individu yang sering memberi kenyataan bercanggah dengan pendirian ulama dan melanggar walaq (taat setia) kepada perjuangan parti.


"Kumpulan ini memperlekehkan golongan ulama yang selama ini menjadi teras kepimpinan Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Kalau sudah tidak hormat prinsip perjuangan Pas, saya cabar mereka keluar parti dan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamed Nordin yang menyertai Pas pada 1982 dan menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri pada 1991 dan 1992 berkata, Pas negeri sudah lama menyedari kehadiran kumpulan 'anai-anai' dalam parti itu iaitu sejak 2005 dan pernah membangkitkan isu berkenaan dalam Muktamar Pas.

Ketika itu jelas beliau, Pas mula dipengaruhi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli akar umbi turut melihat kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi iaitu untuk melemahkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Sementara itu, Mohamed Nordin berkata, ahli Pas terutama di negeri ini turut kecewa dengan sikap Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad atau Mat Sabu yang tidak konsisten dengan perjuangannya.

"Dulu Mat Sabu yang ajar kami supaya sentiasa taat setia kepada parti, tetapi hari ini beliau membuat pusingan U apabila tidak senada dengan keputusan ulama.

"Malah, beliau juga pernah menyatakan jawatan dalam Pas bukan hak eksklusif golongan ulama sedangkan kepimpinan ulama telah diterima sejak dahulu lagi," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRKPengkalanKubor : Panas! Video 'pertempuran' dua kabilah PAS?!! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro @TunFaisal

Posted: 16 Sep 2014 11:00 PM PDT


Saksikan sendiri bagaimana buruknya perpecahan yang berlaku dalam PAS kini, angkara anasir Anwarinas dan DAP. Seharusnya Presiden Pas dan Majlis Syura mengkaji secara serius TAHALUF SIYASI yang mereka adakan bersama dua parti sekular tersebut yang kini bukan sahaja dilihat merugikan PAS, bahkan lebih buruk lagi orang Islam itu sendiri. PAS kini seharusnya mempertimbangkan secara serius usaha pembersihan etnik dalaman demi masa depan pasti itu sendiri.


Selain bilik gerakan PKR yang dibuka hanya bagi mengaburi penyokong PAS, dipercayai anwarinas ini juga telah membuka beberapa pos PAS yang sengaja dibiarkan terbiar dan menandakannya dengan bendera asal PAS TERBALIK yang bertunjangkan warna Melayu. Ini semua dilakukan bagi membuktikan bahawa mereka adalah pendukung fahaman Liberalisma yang menolak ketuanan Melayu Islam dan menolak sekeras-kerasnya usaha perpaduan UMMAH!!!



Lebih menyakitkan hati, golongan anwarinas ini juga tidak teragak-agak untuk mempergunakan ulama' di dalam PAS demi kepentingan diri mereka. Perkara ini kami telah dedahkan sebelum ini di artikel tersebut ---> http://mymassa.blogspot.com/2014/09/panas-gambar-puak-anwarinas-aka-pasma.html.

Ramai yang melihat PAS kini benar-benar berada di persimpangan penentuan. Apa yang akan berlaku dan diputuskan di muktamar PAS bukan sahaja akan menentukan nasib ulama' selepas ini, bahkan ia juga menentukan untung nasib orang Melayu Islam di negara ini. Untuk itu, kami mengajak para pengundi Pengkalan Kubor, terutamanya penyokong PAS untuk mempertahankan ulama' dengan menolak calon anwarinas ini secara total demi memastikan ROH Islam dalam PAS itu tidak mudah ditalkinkan oleh PKR-DAP! 


#PRKPengkalanKubor : PAS kian terdesak. Rasuah berleluasa di #PengkalanKubor !!! @NajibRazak @SPRMMalaysia @KhairyKJ @AzwanBro

Posted: 16 Sep 2014 07:01 PM PDT


Setelah ketandusan isu yang hendak dibawa, selain melihat sokongan rakyat Pengkalan Kubor yang semakin merosot, PAS kini kelihatan sangat terdesak untuk menang. Walaupun hakikatnya jika menang sekali pun, ianya tidak memberikan sebarang makna kepada kedudukan Kerajaan Negeri. Namun bagi puak PASMA/Anwarinas, mereka mahu membuktikan bahawa pengaruh mereka masih lagi relevan di dalam PAS.

Kerana itulah, jentera Anwarinas kini giat menabur goodies kepada penduduk Pengkalan Kubor. Harapan mereka dengan 'gula-gula' pilihanraya tersebut, rakyat akan melupakan semua janji dan batu asas mereka sebelum ini.



Kami mendapat maklumat bahawa Kopi Mahkota Dewa ini membuktikan Kerajaan PAS Kelantan adalah sebuah Kerajaan Langit yang menjanjikan SYURGA buat penyokong mereka. 


Persoalan besar juga timbul apabila Urusetia Belia dan Sukan menabur wang tunai dan kain batik/pelikat kepada penduduk Pengkalan Kubor, sedangkan mereka sendiri tidak berminat untuk memajukan SUKAN Kelantan. 


Adakah gejala rasuah undi yang berleluasa ini berlaku kerana calon anwarinasnya seorang tauke BALAK yang berjaya?!! Yang juga secara kebetulannya ahli Majlis Daerah Tumpat yang paling lama memegang jawatan?!!


PAS juga kini nampaknya sedar taktik BATU ASAS mereka selama ini mulai dihidu rakyat Kelantan. Kerana itulah, mereka upgrade setakuk strategi janji kosong mereka dengan meratakan tanah pula. Mungkin dengan menjanjikan sebuah padang bola sepak di DUN Pengkalan Kubor, ianya akan dapat menaikkan taraf hidup rakyat dan menyelesaikan semua permasalahan mereka.

Cuma kami harap para pengundi tidak mudah lagi termakan dengan semua rasuah dan janji-janji hamPAS ini. Lagi pun rasuah itu HARAM. SPRM sila ambil perhatian.

Tetapi kalau hendak ambil juga, pesan kami satu sahaja:

"PAS beri duit, kain, kopi atau biskut, AMBIL. Tapi UNDI nanti beri ke BN!" 

TUHAN TUNJUK JALAN BERSIHKAN PAS, BAWA KE MAHKAMAH HARAMKAN & DAFTAR BAHARU

Posted: 16 Sep 2014 04:23 PM PDT

AIR MATA MELIHAT KEHANCURAN DAN PERPECAHAN DEPAN MATA, BERGADUH-GADUHAN KERANA DUNIAWI
Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda PAS Kamal Ashaari berkata beliau sendiri akan membawa laporan daripada perwakilan Pemuda Puchong yang mendakwa terdapat perwakilan lima kawasan dari Johor yang tidak dipilih dalam mesyuarat tahunan mereka tetapi hadir pada Muktamar Pemuda PAS tahun lalu.

Perwakilan lima kawasan itu turut didakwa terlibat dalam pemilihan dalam persidangan tahun lalu selepas dibangkitkan segelintir perwakilan kali ini yang bimbang PAS bakal diharamkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika laporan tahunan tahun  ini disahkan. 
*PERINGATAN, UMNO DIHARAMKAN PADA TAHUN 1988 KERANA KES YANG SAMA IAITU TERDAPATNYA PENGUNDI HANTU. PERKARA YANG SAMA BERLAKU KEPADA PAS.SEKIRANYA BEBERAPA AHLI PAS MEMBAWA PENIPUAN INI KE MAHKAMAH, PAS AKAN MENERIMA NASIB MALANG SEPERTI UMNO, IAITU AKAN DIHARAMKAN.
TAPI ELOK JUGA DIHARAMKAN TERLEBIH DAHULU, KETIKA ITULAH BOLEH BUANG MUSUH-MUSUH DALAM SELIMUT SEPERTI KUMPULAN ANWARINAS DAN LAHIRLAH SEMULA PAS YANG ORI.
MUNGKINKAH INILAH PETUNJUK DARIPADA ALLAH SWT.
"Saya menerima laporan ini. Muktamar tidak ada autoriti
(menubuhkan) satu jawatankuasa untuk menyiasatkan (laporan ini) yang dikemukakan malam ini.

"Muktamar (Pemuda) tidak ada jawatankuasa untuk menyiasat laporan ini, jadi saya memohon untuk membawa laporan ini diputuskan pihak beraurotiti atau Majlis Syura Ulama.

"Saya minta mandat dibawa di peringkat atas yang ada jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini," kata Kamal sambil majoriti perwakilan kemudiannya bangun memberi mandat kepadanya untuk membawa laporan itu diputuskan oleh pihak atasan.

Kamal juga menangguhkan perbahasan mengenai laporan tahunan selama 10 minit bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak atasan parti.

Selepas itu, majoriti perwakilan mengesahkan laporan tahunan Muktamar Pemuda PAS tahun ini melalui undian, tetapi status pengesahan kehadiran perwakilan dari lima kawasan itu - yang ada dalam laporan tahunan kali ini - diserahkan kepada pihak atasan untuk menyiasat dan memutuskan.

Kemudian, terdapat seorang perwakilan bangun membangkitkan rasa
tidak berpuas hati - selepas ia disahkan dan memberi mandat - cuba menjelaskan situasi yang berlaku di beberapa kawasan di Terengganu pada 2009.

Berlinangan air mata

Bagaimanapun, suasana bising tercetus apabila ramai perwakilan lain menjerit dan melaungkan supaya perwakilan itu menghentikan tindakannya dan kemudiannya melaungkan takbir, "Hidup Islam dan Hancur Taghut".

Susulan itu juga seorang perwakilan lain cuba menenangkan keadaan dengan meminta perwakilan menghormati keputusan yang dibuat oleh pengerusi tetap sebelum itu.

"Dua kali pengerusi beri peluang (kepada kita untuk selesai masalah ini). Saya minta hormat kepada pengerusi tetap," katanya dan suasana dewan ketika itu menjadi gamat dan riuh rendah.

Hal demikian kemudiannya, menyebabkan Kamal Ashaari mencelah
dengan meluahkan rasa kesalnya nada yang sebak dengan air mata berlinangan.

"(Jika tidak sah) muktamar (dan pemilihan) tahun lalu, muktamar khas boleh diadakan untuk mengadakan pemilihan semula. Kita nak tolak, kita tidak ada autoriti untuk buat keputusan.

"Saya faham, kamu sayang kepada parti. Saya tidak mahu PAS diharamkan... Tolong beri mandat. Saya janji saya serah sendiri," katanya dalam nada sebak dan tersekat-sekat.

Selepas itu, beberapa minit selepas insiden itu selesai, Timbalan Pengerusi Tetap Riduan Mohd Nor memberitahu perwakilan bahawa Kamal dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

PARTI ISLAM DI MALAYSIA (PAS) HINA PARTAI ISLAM INDONESIA SANGAT LEMAH, TAK BERUPAYA & MERUGIKAN ISLAM INDONESIA

Posted: 16 Sep 2014 06:38 AM PDT

MUKTAMAR PEMUDA PAS HARI INI MENGKRITIK PARTAI-PARTAI ISLAM INDONESIA SEBAGAI LEMAH, TIDAK BERUPAYA DAN MERUGIKAN
UCAPAN UTAMA PEMIMPIN PARTI ISLAM DI MALAYSIA
Partai-partai Islam yang terkenal di Indonesia seperti Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Nahdhatul Ulama (NU), Partai Muslimin Indonesia (Parmusi), Partai Syarikat Islam Indonesia (PSII) dan Partai Islam PERTI (Persatuan Tarbiyah Islamiyah) dan terdapat banyak lagi parti yang memperjuangkan Islam di Indonesia dikritik sangat keras oleh parti Islam di Malaysia.

Hari ini, parti PAS yang sedang mengalami konflik dalaman paling terok dalam sejarah mereka telah mengkritik partai-partai Islam di Indonesia dengan maksud utama bahawa tidak pandai bersatu, suka berpecah-belah, susah diatur sehingga menyebabkan partai-partai Islam di Indonesia rugi besar kerana tidak ada kemampuan untuk menjadi Calon Presiden Indonesia (Capres).

Dalam ucapannya, pemimpin tertinggi PAS itu berkata,

"Mengulas lanjut Mohamad berkata, ahli PAS perlu menjadikan Indonesia sebagai contoh sekiranya lebih banyak parti politik berteraskan Islam ditubuhkan kerana ia hanya akan merugikan perjuangan parti itu bersama Pakatan Rakyat.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita lihat rakan kita di Indonesia (tidak persefahaman). Ada banyak parti-parti Islam, tetapi nak hantar calon presiden pun tidak berupaya.

"Bukan kita menolak mereka...tidak. Tapi supaya ia dijadikan pengajaran kepada kita di sini," katanya."

Sumber di sini  juga di sini  dan di sini


85% PERWAKILAN KELUAR DEWAN TINGGALKAN MAT SABU

Posted: 16 Sep 2014 06:01 AM PDT


Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat bangun meninggalkan dewan sebaik sahaja Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu (Mat Sabu) mahu memulakan ucapan perasmian sayap parti itu hari ini, lapor El Haraki.


"Hari ini dalam sejarah Muktamar Dewan Pemuda PAS apabila sebilangan besar perwakilan daripada beberapa buah negeri keluar dewan ketika ucapan perasmian oleh Mat Sabu.
"Ia sebagai protes atas tindakan Mat Sabu sebelum ini yang pernah mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan Kepimpinan Ulamak dan langsung tidak membantu Tuan Guru Presiden. Bagi saya selaku perwakilan yang dipilih untuk menyertai muktamar merasakan tindakan ini satu amaran kepada beliau yang langsung tidak membantu TGHH dalam menghadapi sebarang krisis.
"Bahkan beliau dilihat lebih mesra bersama puak Sosialis dan kelompok-kelompok lain. Mungkin ini signal awal dari pemuda PAS bahawa Mat Sabu bakal dibuang dari kerusi Timbalan Presiden tidak lama lagi," lapor El Haraki.
Mat Sabu dalam ucapan perasmiannya dilaporkan Mstar berkata beliau merestui penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh ahli PAS jika asas penubuhannya bertujuan memantapkan Pakatan Rakyat.
"Beza pandangan macam mana pun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam.
"NGO tak apa…tubuhlah mana-mana NGO untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi di Kota Tinggi, Selasa.
Kenyataan Mat Sabu itu dilihat merujuk kepada penubuhan sebuah NGO baharu – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diterajui pimpinan PAS.
PasMa juga didakwa dianggotai golongan 'Anwarinas' iaitu kumpulan dalam PAS yang tidak menyenangi kepada kepimpinan konservatif pimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, Mat Sabu memeri amaran agar jangan menubuhkan parti lain yang berteraskan Islam kerana ianya merugikan Pakatan Rakyat.
"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita lihat rakan kita di Indonesia (tidak persefahaman). Ada banyak parti-parti Islam, tetapi nak hantar calon presiden pun tidak berupaya.
"Bukan kita menolak mereka…tidak. Tapi supaya ia dijadikan pengajaran kepada kita di sini," katanya.
Tambah Mat Sabu, ahli PAS tidak perlu meragui perjuangan parti itu terutamanya mengenai khabar angin bahawa kemungkinan wujud kerjasama parti itu dengan Umno.
"Umno tetap musuh, jangan cuba kenyit mata dengan kami. Jangan cuba hulurkan tangan, kami akan tampar kamu itu.
"Yang bersama NGO, pimpinlah, beri pandangan dan tegurlah kami. Jangan sampai merugikan saf PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

PKR PARTI LEMAH KATA PAS, TIADA GUNA BERGANTUNG KEPADA PKR

Posted: 16 Sep 2014 01:45 AM PDT

Penulis veteran PAS, Subky Latif berpendapat DAP sepatutnya bersama PAS berbanding dengan PKR kerana PAS mempunyai akar umbi berbanding dengan PKR yang hanya bergantung kepada satu individu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya masih kata, DAP masih releven buat PAS. Ia masih dapat bertahan lama sekalipun setelah tiada Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng jadi warga emas. Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
"Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar? Sokongan orang Melayu kepada Anwar dan PKR banyaknya adalah daripada PAS. Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar. Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?, "soalnya.
Tulisan penuh Subky Latif :
Masa depan Pakatan, PAS dan DAP
SUBKY LATIF | 15 September 2014.
TELAH saya berfikir untuk menyatakan masa depan Pakatan Rakyat atau lebih jelasnya pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP. Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR terutama Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya.
Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi.
Lama sebelum wujudnya Langkah Kajang, saya sudah mendengar PKR tidak senang dengan Khalid Ibrahim. Saya dapatkan pandangan akar umbi DAP kemungkin giliran PAS pula sebagai Menteri Besar. Maklum balasnya, ia boleh terima jika ganti itu Dr. Rani, ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.
Saya pernah bayangkan hal itu dalam tulisan saya. Kemudian Langkah Kajang pun meledak dan Pakatan Rakyat bergelora, DAP solid bersama PKR untuk membuang PAS. Saya tidak tahu politik apa yang DAP guna, tidak mengambil apa-apa langkah bagi mengendurkan ketegangan antara PAS dan PKR.
Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR. PAS sekarang huduh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri.
Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi oleh Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP. PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya.
Saya masih kata, DAP masih releven buat PAS. Ia masih dapat bertahan lama sekalipun setelah tiada Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng jadi warga emas. Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar? Sokongan orang Melayu kepada Anwar dan PKR banyaknya adalah daripada PAS. Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar. Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?
Jawapannya ialah DAP bukan saja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian. PAS dan DAP telah ada sejarah dan pengalaman baik di Perak. DAP amat senang dengan Menteri Besar PAS, Nizar Jamaluddin. PAS tidak pernah mengira apa yang dicapainya di Perak adakah hak dan kepintarannya. Tapi yang terjadi itu adalah atas kerjasama dan kerelaan DAP. Orang PAS terus mahu perlu memerlu antara satu dengan lain seperti di Perak itu perlu disambung.
Ramai di luar Pakatan mahu PAS menggantikan Khalid, tetapi PAS suka ia dikekalkan untuk PKR kerana ia menjaga hati PKR dan hati DAP. Sekalipun Sultan menerima PAS jadi Menteri Besar tidak banyak PAS bertahan kalau DAP tidak bersedia jadi seperti Perak dulu. PAS tentu tidak mahu mengambil kesempatan daripada sokongan DAP saja kerana ia akan dikira tidak berlaku adil kepada PKR.
Kalau DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka daripada istana, ia mesti membuat keputusan untuk menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS. Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP adalah lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting.