Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Jangan lupa hari ini adalah sambutan 7 Tahun Pembohongan Anwar Ibrahim?

Posted: 15 Sep 2014 06:53 PM PDT


Hari ini, 16 September merupakan cuti umum sambutan Hari Malaysia, namun dalam masa sama ulang tahun ke-7 pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008.

Detik-detik 'cemas' janji Anwar mahu merampas Putrajaya dari 14 April hingga 16 September 2008 dirakam dalam video di bawah :



Sumber : AIDC

Suara Politik
Belantan

Wan Azizah enggan dedah kandungan surat kedua PKR kepada Istana Selangor?

Posted: 15 Sep 2014 05:43 AM PDT


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.

Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respon Istana.

"Hari ini saya jumpa (anggota PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama (Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok) Dr Idris Ahmad, (bekas Exco kerajaan Selangor) Elizabeth Wong, (Anggota Parlimen Subang) R. Sivarasa dan Anggota Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri penyampaian sijil program bacaan Bahasa Inggeris dan penyerahan wang bantuan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), di sini.


Selasa lepas, PKR dan DAP masing-masing menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor susulan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan kedua-dua parti itu yang hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu.

Selain menghantar surat kedua itu, pada hari yang sama PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Selangor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Saifuddin balas balik Hadi kerana sabo di Selangor

Posted: 15 Sep 2014 09:30 PM PDT


Setiausaha Agung PKR meangkap bekas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah melancarkan kempen malukan Hadi Awang dan PAS untuk membalas dendam setelah Hadi Awang terus bertegas dan mempertahankan Khalid Ibrahim selain enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor sepertimana yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.

Daripada maklumat beberapa orang pemimpin PKR setempat sendiri yang enggan nama mereka disiarkan, Saifuddin Nasution telah memberikan arahan kepada sanak saudara dan para penyokong PKR di Pengkalan Kubor agar menguburkan PAS dengan memberikan undi kepada calon BEBAS.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memalukan Hadi Awang dan PAS. Menurut Saifuddin Nasution, sekiraya calon BEBAS dapat undi lebih berbanding semasa PRU alu, maknanya PAS aan tahu bahawa itu adalah suara akar umbi PKR yang menyanggah penghinaan Presiden PAS kepada Presiden PKR.

Melihat kepada perkembangan kempen di Pengkalan Kubor pun, PKR nampaknya langsung tidak membantu sebaliknya banyak maklumat yang memperkatakan tentang bantuan-bantuan senyap yang diberian oleh PKR kepada calon BEBAS termasuklah kewangan dan kempen!

Bulletin Sengal

Sebenarnya Saifuddin patut arahkan PKR undi saja BN, mudah dia beritahu boss kejayaan dia sabotaj PAS yang pernah memberi nyawa politik kepadanya hingga menjadi ahli dan diberi tempat untuk tanding di machang Kelantan.

Jika PAS kalah di Pengkalan Kubor, a satu tamparan pada puak Anwarinas dan PKR. Ada ahli PAS yang menyampah dengan kewujudan Pengarah Pilihanraya Anwarinas di Pengaklaan Kubur lalu mengarah anak-anak buah untuk usah memilih PAS.

Sao menyabo tak kena gaya.

Apa BN buat? Ustaz Rafaei lupo sapa pegang kerajaan negeri???

Posted: 15 Sep 2014 05:44 PM PDT


Malam tadi di Telaga Nanas, PAS mengadakan ceramah kelompok, Pengerusi serta wakil calon Ustaz Rafaie bertanya apa yang BN buat selama 3 penggal di Pengkalan Kubor?

Nak kata bengong, tapi kononnya Ustaz, Nak kata pandai, takkan kata sebegitu? Siapa yang memegang tampuk kerajaan negeri selama lebih 20 tahun???

Projek yang menjadikan Pengkalan Kubor terkenal sebagai pusat membeli belah bebas cukai dan merupakan saah satu penjana ekonomi utama Tumpat tu usaha kerajaan PAS ke?

Harap malam ini Ustaz Rafaei tunjukkan senarai projek dan bantuan untuk bangunkan Pengkalan Kubor supaya rakyat ada gaji dan pendapatan serta kehidupan ekonomi yang lebih baik.

Walaupun bukan kerajaan di negeri, BN lah yang telah bangunkan Pengkaan Kubor sedikit sebanyak, Kami senarai projek yang memberi impak tinggi kepada eknomi Pengkalan Kubor yang diperjuangkan arwah Dato Norzaidi, berikut:


~Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek      - 67.0 Juta
Lokasi              - Tujoh
Tarikh Mula    - 25 September 2006
Tarikh Siap     - 26 Ogos 2009
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang
                         - Bil.Guru 59 Orang
                         - Bil.Bukan Guru 31 Orang
                         - Bil.Kelas 28

~Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 58.6 Juta
Lokasi               - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula     - 12 September 2004
Tarikh Siap      - 10 Mac 2007


~Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 12.3 Juta
Lokasi               - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula     - 1 April 2006
Tarikh Siap      - 15 Ogos 2010
Impak Projek  -  Pungutan Cukai Jan-Sep 2014
Rm 1,571,597.63


~Pusat Pengumpulan,Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC)  Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek        - 5.06 Juta
Lokasi                - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula      - 15 September 2011
Tarikh Siap       - 29 November 2012
Impak Projek.  - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.
~Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.
Kos Projek         - 3.0 Juta
Lokasi                 - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula       - 1 Januari 2006
Tarikh Siap        - 27 Disember 2010
Impak Projek    - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.

~Masjid Kubang Sawa.
Kos Projek         - 1.6 Juta
Lokasi                 - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula       - 28 Januari 2010
Tarikh Siap        - 31 Mac 2011
Impak Projek    - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

~Projek Penapis Air 1 Malaysia.
Kos Projek         - 0.2 Juta
Tarikh Mula       - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap        - 22 November 2012
Impak Projek    - Memberi bekalan air bersih kepada 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap

Memang projek taklah macam projek berbillion yang PAS boleh bawa ke Pengkalan Kubor... tapi senaraikanlah.... dari asyik konar baring berhelah tak habs-habis.

Harapkan PAS, mampuh nelayan di Pengkalan Kubor

Posted: 15 Sep 2014 08:05 AM PDT


Di pantai Geting, Pengkalan Kubur, kerajaan pusat ada membina pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkussan produk hasil pertanian. Maka dengan adanya pusat demikian, produk dan hasil orang kampung dapatlah di pasarkan dalam packaging yang lebih moden.

Banyak juga industri berkaitan perikanan di Pengkalan Kubur. Berikut gambar-gambar industri kecil pembuatan budu, ikan kering dan udang kering.





Sekitar Kg Tujoh, boleh kelihatan usaha kerajaan pusat membina industeri ternakan ikan siakap dalam sangkar.





Macam-macam usaha lain seperti menternak ikan keli, ikan talapia, lembu, kambing dll, semua diusahakan oleh kerajaan pusat. Kalau harap kerajaan PAS nak mulakan inisiatif, mampuh nelayan dok pergi kelaut ketika tengkujuh untuk hidup.

Dalam bab berjanji, PAS boleh berjanji berbillion-billion dan lancar melancar belaka, tapi akhirnya batal atau kerajaan pusat saja diharap selamatkan projek demi rakyat.

Bina fasiliti pelancungan tapi PBT PAS tak jaga ... Penyelaras buat apa?

Posted: 15 Sep 2014 05:30 AM PDT



Kegiatan ekonomi hampir tiada di kawasan Pengkalan Kubor jika tidak kerana usaha kerajaan pusat. Contoh utama bantuan kerajaan pusat ke kawassan sempadan Thai ini adalah pusat bebas cukai Pengkalan Kubor.

Dari situ, kerajaan bantu bina lain-lain kegiatan pelancongan tempatan seperti Pantai Tujuh.  Yaang menyedihkan, kerajaan pusat sudah bina tapi penyelenggaraan dibawah kuasa majlis tempatan dan  kerajaan negeri cukup menyedihkan.

Kawasan peranginan pantai itu kelihatan kotor dan tak terjaga. Pemandangan yang cantik dicemari oleh sampah sarap. Tong sampah pun tidak disediakan untuk pengunjung. Jalanaraya dan infrastruktur langsung tidak mahu diusahakan.










Pantai dan tasek pun keliahatan kotor dan tak terjaga.








Yang nampak lawa dibina iaitu surau pun macam tak terjaga.



Aset alam semulajadi cantik yang lebih kurang sama di Port Dickson, Kuantan dan Lumut boleh membantu menaikkan ekonomi tempatan dan menambahkan pendapatan untuk peniaga, penusaha chalet, restoren dan perniagaan runcit lain.




Diberi atas dulang emas pun tak jadi apa bila kasi PAS.Sepatutnya Majlid tempatan bawah kerajaan negeri jagalah kebersihan dan baiki pemandangan dan tarikan pelancung.

Tapi, apa yang kerajaan negeri PAS buat? Ceramah sana sini salahkan kerajaan pusat BN tapi tadbbir negeri hancur.

Rafizi spin biila Anwar meleleh Khalid nak "sign" perjanjian air

Posted: 15 Sep 2014 02:30 AM PDT


Isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor menyerlahkan lagi bahawa PKR punya kepentingan terhadap transaksi berkenaan.

Sebelum ini Rafizi Ramli mendedahkan keengganan Khalid membayar RM2.25 bilion kepada Splash dan sebaliknya berdegil pada harga tawaran RM250 juta. Baca kenyataan awal Rafizi di bawah:-
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Dalam kenyataan terbaru Rafizi berhubung reaksinya terhadap permetraian Perjanjian Utama penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dilaporkan oleh Malaysia Chronicle, Pengarah Strategik PKR itu mendakwa Khalid telah bersetuju dengan tawaran terakhir kepada Splash RM1.851 bilion.

Kita melihat bahawa 2 kenyataan Rafizi adalah begitu kontradik, bila kenyataan menyebut sebagai "Khalid tidak melayan Splash", tetapi kenyataan Rafizi hari ini menyebut sebagai "Khalid bersetuju dengan RM1.851 bilion".
Akar Umbi

Sebabnya Anwar mahu sapu duit tu. Melelehlah dia lalu disuruh Rafizi spin.

Sungai urusan kerajaan negeri tapi BN juga dipersalahkan

Posted: 14 Sep 2014 11:30 PM PDT



Malam tadi, Wan Rosdi berkempen dalam satu rancangan ceramah di Kg Telaga Batu di rumah seorang aktivis PAS bersama-sama penceramah dan pemimpin PAS.

Dalam ceramah tersebut, tiga dari penceramah menimbulkan isu bajir di Pengkalan Kubor. Ketiga-tiga mereka memberitahu bajir disebabkan kerja-kerja benteng banjir dan timbus sungai di Thailand.


Wakil calun, Ustaz Rafaie yang memulakan ceramah bermula dengan memperkenalkan calun sebelum menimbulkan masaalah banjir yang katanya tidak diurus dengan baik berbanding dengan Thailand.


Isu yang sama dikembangkan lagi pula oleh exco kerajaan negeri Kelantan, Dato Haji Nasarauddin Dauh.

Katanya isu benteng banjir dan timbus sungai di Thailand telah berlaku sejak 10 tahun yang lalu. Ini telah menyebabkan hakisan di sebelah Malaysia lalu menjejaskan penduduk Pengkalan Kubor.

Langsung dia menuduh kerajaan pusat bertindak zalim kerana tidak urus banjir dengan baik hingga bencana ini banyak merugikan penduduk pengkalan kubor.

Bukankah urusan tanah, sungai dan taliair jatuh di bawah kuasa kerajaan negeri? Di mana pulak zalimnya kerajaan Pusat BN?  Tak tahu jaga, sila serahkan pada BN.

Kata Haji Hadi apabila mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah jangan berlaku zaliam. Tapi PAS berlaku zaliam untuk menyalahkan pihak lain di atas ketidak tanggungjawab mereka. 

ADUN Air Lanas pun menimbulkan isu sama dengan mukadimahnya memuji  plan pembangunan bercirikan islam yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan sejak tahun 1990. Katanya pihak BN banyak meniru ussaha-usaha Nik Aziz.

Tujuan ditimbulkan isu ini disebut oleh sama penceramah untuk menafikan isu pembangunan BN yang sering dibawa oleh BN untuk memujuk undi.

Tapi apa pembangunan yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri jika tidak dibantu oleh kerajaan pusat.


ADUN Air Lanas menimbulkan isu keperluan lebuhraya tapi tak mahu diberitahu kerajaan negeri menghalang dengan tidak membantu penyelesaian urusan tanah.

PAS cakap besar mahu bina lebuhraya dengan guna duit derma dari rakyat tapi akhirnya terpaksa terima bantuan dari usaha Dato Mustpaha Mohamaed juga untuk siapkan.

PAS mudah tuduh kerajaan pusat anak tiri Kelantan, berlaku zalim kepada rakyat Kelantan dan guna wang dan pembangunan untuk meraih undi. Sebenarnya mereka yang menzalimi diri sendiri dan rakyat dengan pembhongan dan politik tak henti-henti yang tidak fikir kebajikan rakyat.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi

Posted: 15 Sep 2014 08:50 PM PDT


  • Status upacara pengebumian Mohd Lotfi yang dikemas kini rakannya melalui Facebook.Status upacara pengebumian Mohd Lotfi yang dikemas kini rakannya melalui Facebook.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib.

"Sepatutnya jenazah dijangka tiba esok (hari ini), Alhamdulillah tiba lebih awal dari jangkaan. Jasadnya masih lagi berpeluh dan darah terus mengalir dari kesan-kesan luka walaupun selepas sehari syahid. Ketika jenazah diturunkan ke liang lahad, azan Isyak berkumandang," katanya.

Seorang lagi rakannya yang turut berada di Syria, Ahmad Salman Abdul Rahim turut memuat naik status berhubung urusan pengebumian Mohd Lotfi.

"Kelewatan urusan pengebumian berlaku kerana beberapa proses dokumentasi dan sebagainya yang perlu diselesaikan di Hospital Antarkia, Turki, sebelum dibawa masuk ke Syria.

Namun syukur pengurusan Ajnad Al Sham khususnya bertungkus lumus menjaga dan menguruskan proses rawatan di Turki sehinggalah kembali ke Syria," katanya.

Beberapa gambar ketika urusan pengebumian Mohd Lotfi turut dirakamkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kafr Zatay, berdekatan pusara sahabatnya, yang terkorban dalam kejadian serang hendap itu, Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, atau diberi gelaran Abu Muhajir.

Kejadian terbaharu ini menjadikan tiga rakyat Malaysia terkorban di Syria setelah menyertai kumpulan Ajnad Al Sham memerangi tentera Bashar al-Assad.

Sebelum ini, dalam kejadian 20 Ogos lalu, Zainan Harith, 52, atau dikenali Mat Soh dengan gelaran Abu Thurab meninggal dunia selepas dibedil kereta kebal tentera al-Assad.

'Anwarinas' semakin berkuasa?

Posted: 15 Sep 2014 07:47 PM PDT

'Anwarinas' semakin berkuasa?
KUALA LUMPUR  - Kemelut dalaman Pas yang menyaksikan barisan kepemimpinan utamanya bertelagah secara terbuka rentetan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah sesuatu yang malang bagi parti itu.
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, walaupun Pas telah mengharungi pelbagai ujian sejak penubuhannya pada 1951, masalah yang berlaku sekarang lebih parah kerana berpunca daripada penyusupan sekumpulan pemimpin pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau tidak perlu menamakan siapa pemimpin berkenaan kerana identiti mereka bukanlah satu rahsia bagi mana-mana rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik pembangkang.
"Kiblat politik pemimpin ini dipamerkan secara terbuka apabila berlakunya kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sehingga sanggup menyanggah pendirian Presiden parti mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui media dan ceramah.
"Inilah bukti Anwarinas semakin berkuasa dalam Pas hasil penyusupan berbelas tahun lalu sehingga berjaya menduduki jawatan strategik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sejak kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tercetus, terdapat pemimpin kanan Pas membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian Abdul Hadi walaupun Presiden Pas itu sebenarnya telah bertindak mengikut kelulusan Majlis Syura Ulama yang menjadi pembimbing hala tuju politik parti berkenaan.
Abdul Hadi yang secara terbuka menegaskan isteri Anwar, Datin Seri Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudiannya dikecam secara terbuka oleh sekutu pembangkang, PKR dan DAP.
Dalam pada itu, Nallakaruppan menyatakan simpati kepada Abdul Hadi yang diserang bertubi-tubi kerana mempertahankan pendiriannya yang tidak mahu memenuhi cita-cita politik Anwar.
Katanya, masalah di Selangor juga bukan disebabkan oleh parti Islam itu tetapi dicipta oleh PKR namun kesan negatifnya ditanggung oleh Pas, iaitu parti terawal yang mendukung Anwar selepas dia dipecat daripada jawatan dalam kerajaan Pusat pada 1998.
"Dalam banyak ceramah, saya selalu cakap Pas akan terima akibat jika berkawan dengan Anwar dan sekarang hal itu berlaku. Apa nilai setiakawan bagi Anwar, dahulu saya jadi mangsa, sekarang Khalid dan Pas yang mengalaminya," katanya.
Nallakaruppan berkata, kemelut jawatan Menteri Besar Selangor juga adalah kemuncak sikap besar kepala PKR terhadap Pas yang selama ini bersabar dan lebih banyak berkorban berbanding DAP.
Malah katanya, selama ini pun PKR menumpang kekuatan Pas khasnya di peringkat akar umbi dan tidak keterlaluan jika dikatakan separuh daripada kekuatan PKR sebenarnya disumbangkan oleh jentera parti Islam itu.
Sementara itu, beliau berharap ahli Pas menilai kenyataannya berkaitan perkembangan semasa parti itu secara berlapang dada kerana masalah lebih besar akan berlaku jika Abdul Hadi tidak disokong secara mutlak oleh akar umbi. -

PRK Pengkalan Kubor: Dua 'Rahsia' Kemenangan

Posted: 15 Sep 2014 05:12 AM PDT





Dari kiri Mat Razi, Wan Rosdi dan Izat Bukhary calon yang berentap pada PRK Pengkalan Kubor.
ANALISIS
SATU hakikat yang tidak mampu disangkal tiga calon yang telah masuk ke gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor yang dibuka secara rasmi pada 13 September lalu adalah kualiti bekas wakil rakyatnya.
Tidak kiralah calon itu mewakili lambang dacing, bulan atau pen (lambang dipilih oleh calon Bebas), mahu atau tidak, 'trio' bertanding ini perlu akur terhadap realiti bahawa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar bukanlah calang-calang pemimpin.
Disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, jasa wakil rakyat tiga penggal di Pengkalan Kubor ini tidak 'terkubur' bersama jasadnya.
Menjelang pemilihan 25 September ini, poster-poster calon bertanding di sana-sini telah 'dinaikkan' di setiap pelosok kampung dan pekan yang dipisahkan oleh Sungai Golok dengan Thailand.
Di sebalik kesibukan menghadapi pilihan raya kecil, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai 'Datuk Di' tetap menjadi sebutan. Kemesraannya jadi kenangan dan jasanya abadi sebagai sanjungan.
Sedikit cerita tentang Pengkalan Kubor, orang PAS atau orang Barisan Nasional (BN) di sini boleh dikatakan tidak berbalah sesama sendiri, sebaliknya mereka saling menghormati. Kalau ada pun mungkin beberapa kerat sahaja.
Barangkali, mereka telah terikut-ikut teladan yang ditunjukkan bekas wakil rakyat tiga penggal mereka yang sering menghulurkan bantuan tanpa mengira perbezaan ideologi politik.
Menurut cerita penduduk, Allahyarham yang faham dan fasih berbahasa Thailand ini tidak hanya muncul di 'majlis suka-ria' atau kenduri-kendara sahaja.
Tiba musim banjir, beliau tiba dulu sebelum ketibaan bantuan rasmi. Andai ada penduduk yang sakit, beliau beli ubat dan tak lupa menziarah.
Satu perkara lagi yang sering diberitahu penduduk; Allahyarham lebih suka jika penduduk memanggilnya 'abe'(abang).
Cerminan kepimpinan Noor Zahid terdahulu, maka tidak hairanlah kawasan Pengkalan Kubor dilihat cukup tenang dan meriah dengan hubungan komuniti yang cukup erat.
Percaya atau tidak, ada penduduk yang memberikan Gred A+ terhadap tugas dan khidmat bakti Allahyarham.
Rahsia Kemenangan
Tiga calon bertanding, Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary bagaimanapun tidak perlu terlalu gusar dengan 'sejarah' manis yang telah ditinggalkan Allahyarham kepada penduduk di Pengkalan Kubor.
Namun, tidak dinafikan, tidak mudah untuk mereka menyambung tugas seorang pemimpin yang disenangi dan disayangi rakyat.
Tetapi, sekurang-kurangnya tiga calon anak kelahiran Kelantan ini tidak perlu 'pening kepala' memikirkan isu-isu berat atau mencongak apa sebenarnya yang dimahukan oleh 24,039 pengundi di Pengkalan Kubor.
Dengan menoleh ke belakang, merenung sejenak faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan Datuk Di dahulu, ketiga-tiga calon ini sebenarnya sudah boleh 'nampak' rahsia untuk mereka memenangi hati rakyat, seterusnya menang di hari mengundi kelak.
Mereka sebenarnya sudah punya petunjuk jelas dan menemui dua rahsia untuk menang!
Penduduk faham setiap pemimpin membawa identiti dan pendekatan kepimpinan dengan cara tersendiri.
Sebab itulah mereka tidak minta pemimpin seterusnya menjadi 'Datuk Di ke-2'. Mereka tahu itu mustahil!
Apa yang penduduk harapkan adalah - melihat tampilnya seorang YB (Yang Berhormat) yang sebaik atau setaraf, atau yang lebih baik daripada wakil rakyat mereka terdahulu.
"Apa yang perlu diusahakan calon-calon sekarang ialah mengatur strategi sebaik mungkin, turun padang dan mendekati rakyat dan paling penting jangan sesekali melakukan sesuatu yang dilihat 'jengkel' di mata pengundi," kata seorang 'pak cik' tua yang ditemui di sebuah kedai kopi.
Faktor Calon
Di Pengkalan Kubor, jika berbicara tentang peluang calon untuk menang, tidak wujud istilah kecundang sebelum bertanding seperti di sesetengah kawasan yang calonnya disokong kerana kekuatan parti.
Di sini juga jarang-jarang sekali kedengaran orang bercakap tentang 'parti mana yang lebih kuat', kerana jawapannya memang tidak ada!
Dikatakan bahawa, penduduk di Pengkalan Kubor yang terletak di Parlimen Tumpat ini sedikit berbeza dengan masyarakat di tiga lagi kawasan di bawah Parlimen sama iaitu Wakaf Baru, Pasir Pekan dan Kelaboran yang dikatakan lebih 'setia' kepada parti.
Tiga DUN tersebut diakui didominasi oleh PAS.
Mungkin faktor kedudukan geografinya yang terletak paling hujung dalam peta Kelantan, bersempadan dengan Thailand, sering berdepan masalah banjir dan ramai penduduk bergantung hidup dengan hasil laut, maka penduduk di Pengkalan Kubor sudah tidak kisah tentang parti.
Mereka lebih gemar melihat calon yang mampu memberikan mereka lebih perhatian dan membela nasib.
"Kami di sini lebih pentingkan calon, tak pentingkan parti sangat. Calon mana yang tawarkan khidmat terbaik, kami akan pilih dia.
"Calon-calon kali ini saya tengok lebih kurang sama sahaja latar belakang mereka. Walaupun anak tempatan, bila tengok muka di poster macam pernah nampak, tapi tak kenal.
"Kalau sebut nama sahaja, ramai yang kata tak kenal," kata seorang peniaga kedai makan di Pengkalan Kubor yang hanya mahu dikenali sebagai Lan.
Lan berkata ramai penduduk mengharapkan individu yang menggantikan Datuk Di akan dapat berkhidmat sebaik beliau atau lebih baik lagi.
"Kami tahu memang susah nak dapat yang sama, tapi itulah yang kami harapkan. Beliau bantu semua, tak kira orang BN atau PAS," katanya.
Ismail, 60, yang akan keluar mengundi pada 25 September ini, berkata tidak ada pemimpin yang sempurna, tetapi usaha untuk sentiasa membantu dan membela nasib rakyat perlu ada dalam diri seorang wakil rakyat.
"Saya fikir calon perlu beri lebih beri perhatian kepada nasib nelayan.
"Saya bukan nelayan tapi saya tahu nelayan-nelayan di sini ada banyak masalah yang memerlukan bantuan kerajaan," katanya dalam dialek Kelantan.
Mengakui wakil rakyat terdahulu wajar dicontohi, beliau bagaimanapun tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi terhadap mana-mana calon selagi mereka tidak turun padang bertemu pengundi.
Jumie, 32, penduduk tempatan yang berkerja sendiri berkata masih terlalu awal untuk menilai tiga calon yang bertanding.
Katanya, agak sukar membuat pilihan kerana berpandangan kesemua calon kurang berpengaruh dan kurang dikenali walaupun merupakan calon tempatan.
"Mungkin sedikit masa lagi mereka akan jadi orang berpengaruh," katanya.
Pengaruh Parti
Namun, walau sehebat mana pun seseorang calon itu, harus diingat bahawa mereka tidak boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain atau jentera parti.
Calon BN nyata sekali mempunyai kelebihan dari segi kewangan dan bantuan jentera kerajaan Pusat. Setiap hari, ada sahaja pimpinan tertinggi hadir untuk sama-sama berkempen dengan calon.
Bagi calon PAS, mereka juga punya kelebihan hampir sama. Kekuatan jentera kerajaan Negeri tidak perlu dipertikaikan dan nampaknya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru yang menjadi kesayangan rakyat Kelantan juga sering turun padang dalam pilihan raya kali ini.
Begitu juga calon Bebas yang sebelum ini mendapat 65 undi. Mungkin pengalaman bertanding pada PRU-13 dapat dijadikan indikator, walaupun bukan untuk menang tetapi sekurang-kurangnya untuk meraih lebih banyak undi. 

Kelantan isytihar 25 Sept cuti peristiwa

Posted: 15 Sep 2014 04:04 AM PDT



HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat mengisytiharkan bahawa tarikh 25 September 2014 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kelantan Darulnaim," kata Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Ini, katanya kerana rakyat di negeri Kelantan yang menetap di Pengkalan Kubor, Tumpat akan membuat pemilihan calon wakil rakyat pada pilihan raya kecil N.01 Pengkalan Kubor yang akan berlangsung pada hari Khamis 30 Zulkaedah 1435 bersamaan 25 September 2014.

"Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi," ujarnya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, undi hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat yang sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kepada kesukaran-kesukaran yang bakal dilalui oleh kakitangan awam dan swasta.

Justeru, beliau mengisytiharkan cuti peristiwa itu setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, maka pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.

"Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pembuangan undi pada hari tersebut," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 15/9/2014

Bapa Paksa Anak Lakukan Seks Oral Diberkas

Posted: 15 Sep 2014 03:29 AM PDT

JASIN - Perbuatan keji seorang bapa yang memaksa anaknya melakukan seks oral terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana mengalami sakit tekak.
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospoital Jasin oleh ibunya pada Khamis lalu selepas dia menangis dan mengadu sakit mulut ketika menelan makanan.
Ketika doktor melakukan pemeriksaan dan bertanya punca kesakitan yang dialaminya, kanak-kanak itu secara spontan menceritakan perbuatan yang dilakukan oleh bapa kandungnya berusia 37 tahun itu.
Mendengar pengakuan anaknya, ibu mangsa yang berusia lewat 20-an membuat laporan di Balai Polis Bemban di sini pada Jumaat lalu berhubung kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai perbuatan seks oral seorang bapa terhadap anak perempuannya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis menahan bapa mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai peralatan rumah di rumahnya di Asahan dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.
"Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada hari sama dan direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan," katanya.

Pemuda Pas dakwa Nik Nazmi cuba keruhkan keadaan

Posted: 14 Sep 2014 11:53 PM PDT




KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan hasil pertemuan antara AMK dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai cubaan mengeruhkan kembali keadaan.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pertemuan antara ketua sayap Pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR) yang bertujuan untuk mendamaikan keadaan dan suasana tidak seharusnya dihangatkan dengan pendedahan tidak sepatutnya.
"Saya terkejut apabila membaca kenyataan dikeluarkan Ketua AMK semalam, yang mendakwa Presiden Pas menyuarakan hasrat untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam pertemuan dengan Ketua Pemuda PKR minggu lalu.
"Apa yang diketahui, ia pertemuan tertutup dan tidak sepatutnya didedahkan kepada umum, lebih-lebih lagi di saat isu Menteri Besar Selangor ini memasuki fasa terakhir," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, Pemuda Pas Kelantan kesal dengan pendedahan yang dibuat walaupun yakin dan menghormati komitmen rakan di dalam AMK yang begitu komited menjaga keutuhan PR.
"Kehadiran Nik Nazmi bersama kepimpinan AMK di Pengkalan Kubor tiga hari lalu cukup memberikan semangat kepada Pemuda meneruskan agenda perjuangan PR, khususnya Pas yang diberikan laluan pada PRK ini.
"Bagaimanapun kenyataan terbaharu Nik Nazmi ini saya sifatkan akan mengeruhkan kembali keadaan kerana tidak semua pandangan yang dikongsi dalam pertemuan tertutup seperti itu didedahkan kepada umum, lebih-lebih jika ia tidak mendatangkan faedah," katanya. -SH