Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PengkalanKubor: Alamak... Calon PRK PAS Adalah Pengikut Anwarinas Songsang?

Posted: 11 Sep 2014 02:38 PM PDT


Ntah sengaja atau tidak sengaja belum lagi bermula kempen PRK Pengkalan Kubor PAS telah membuat satu kesilapan besar...

Bukan saja calon PAS adalah seorang kroni Anwarinas tetapi juga pengikut budaya songsang dan sesat di sisi Islam. Buktinya menjadi pengikut gerakan R yang mempunyai unsur-unsur sesat!

Rakyat mula mempersoalkan apakah jadahnya calon PAS; Wan Rosdi Wan Ibrahim mengikut perangai puak-puak R yang di belakangnya adalah Husam Musa?

Simbol R bertentangan dengan syiar Islam. Nampak sangat ada pengaruh Anwarinas, Comango dan PASMA dalam pemilihan calon PAS Pengkalan Kubor.

Bukankah Husam Musa seorang Anwarinas yang amat-amat tidak disukai oleh sebahagian besar pengikut pro ulama PAS dan juga istana Kelantan?

Bukankah si Husam Musa dan pengasas R dikenali sebagai puak-puak gedebe yang malas kerja, buat projek selalu terbengkalai, selalu buat kacau berdemo sana sini, banyak berjanji tetapi habuk pun tak dak. Yang mereka tahu hanya bagaimana nak kedarah duit free dari royalti minyak yang sememangnya bukannya hak mereka!

Ore lagu ni nak dijadikan pemimpin Pengkalan Kubor???

Nyata sah spesis Wan Rosdi ini adalah spesis Che Long bekas calon PAS Kuala Besut yang juga merupakan kroni si Husam Musa Pantalon. Dok tau buak kijo hanyo menurut arahe Husam sokmo...


Ya... memang betul juga Anwar telah meletakkan seorang Anwarinas aka Juburian untuk menjadi calon PAS di Pengkalan Kubor. 

Menteri Besar Dato' Ahmad Yaakob nampaknya terpaksa akur dengan kehendak Anwarinas aka Juburian sebagai galang ganti merestui tindakan PKR merasuah PAS di Kelantan demi memberikan laluan dan sokongan kepada bini Anwar menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. 

Saja nak tanya selama jadi Penyelia PAS di Tumpat berapa banyak duit Abe Dee gunakan untuk memakmurkan syiar Islam dan rakyat di Tumpat? 

Ternyatalah tepat sangkaan dan ramalan bahawa Anwar dan DAP melalui pengaruh Anwarinas iaitu Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat; Dr Kamaruddin Jaafar telah meletakkan agennya dengan harapan jika menang nanti boleh merosakkan pemikiran ADUN-ADUN PAS yang lain dalam pentadbiran negeri Kelantan.

Nyata Anwar, Husam dan segala Anwarinas sedang merancang mengambil alih kepimpinan ulama di Kelantan...hebatkan perancangan Anwar?

Muko Abe Dee mase sokmo...guano?
Sekali lagi nampaknya PAS Kelantan telah menjadi keldai tunggangan pihak lain secara sedar....mana maruah mu PAS?

  









   

#PengkalanKubor: Temberang dan Tembelang Anwar Pecah Lagi

Posted: 11 Sep 2014 04:02 AM PDT


Apabila UMNO-BN meletakkan Cikgu Mat Razi, seorang yang dikenali dan disenangi ramai penduduk Tumpat, sudah pasti Anwar dan juak-juak juburian panas bontot tak senang duduk.

Memang Anwar tahu PKR tak mampu nak menang kerusi DUN Pengkalan Kubor. Malah jentera PKR hanya tumpang tuah semangkuk dari jentera PAS...tapi tu pun kalah 3 penggal berturut-turut. 

PAS pun berangin merengek nakkan kerusi tersebut. Apatah lagi Parlimen Tumpat dan tiga DUN lagi dalam parlimen sama dimenangi PAS.

Tawaran PKR untuk memberikan laluan kepada PAS dalam PRK Pengkalan Kubor tidak lain dan tidak bukan hanya helah dan mainan Anwar demi ketaatan pada tuhan politiknya iaitu DAPig..!

Pertamanya, adalah untuk melunakkan hati dan perasaan tidak puas para keldai tunggangan PAS di Pengkalan Kubor dalam isu MB Selangor..!

Keduanya, untuk terus menyemarakkan lagi api permusuhan politik antara orang Melayu dan Islam UMNO dan PAS kerana Anwar dan DAPig memang takut dengan perkembangan baik hubungan antara UMNO dan PAS. 

Ya...orang-orang Melayu perlu dipecahkan agar mudah ikut telunjuk DAPig.

Puak-puak PKR Tumpat memang tak puas hati dengan keputusan Anwar ini. Apa lagi kelentong yang akan digunakan oleh Anwar untuk meneruskan niat menabalkan bininya yang gagap dan gian mengipas ke hulu hilir itu menjadi MB Selangor.

Anwar dan DAPig mungkin juga tak akan berdiam diri.

Anwar dah berkira-kira untuk meletakkan calon PAS Anwarinas melalui pengaruh Ahli Parlimen Tumpat: Kamaruddin Jaafar. Sedangkan MB Kelantan yang juga ADUN Pasir Pekan yang berjiran dengan DUN Pengkalan Kubor berkeras meletakkan calon ustaz pro ulama bagi menandingi calon Ustaz UMNO

Seperti biasa duit-duit haram bisnes DAP akan bertaburan di PRK ini sebagai imbuhan melembutkan hati PAS Kelantan agar calon Anwarinas dipilih atau dimenangkan dalam PRK ini. 

Rakyat terutamanya pengundi Pengkalan Kubor wajib meneruskan legasi perjuangan UMNO sejak tiga penggal lalu.

Sudah terbukti banyak khidmat dan jasa UMNO membangunkan Pengkalan Kubor di bawah Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

PAS dan Pakatan Rakyat nak tuduh UMNO tolak hudud di Kelantan?...Rasanya Anwar sebagai pemimpin PR lantikan sendiri silap besar kalau membohongi rakyat bab-bab hudud ni. 12 ADUN UMNO Kelantan sendiri menyokongnya di DUN Kelantan. Tapi yang kuat menentang adalah komunis DAPig dan para juburian PKR.  

Calon UMNO-BN untuk PRK Pengkalan Kubor bersama dengan Pondok Simpangan yang diasaskannya...Calon BN ni Ustaz, Muda dan Profesional... 

Nak kata UMNO-BN gagal memerintah negara dengan baik...PR lagi teruk. Belum habis bab baling membaling kerusi dah mula kurang ajar dengan sultan sendiri. Nak uruskan parti sendiri huru-hara bagaimana nak uruskan negeri atau negara?
    
Rakyat di Pengkalan Kubor nak melihat kawasan mereka aman damai, ekonomi membangun hingga boleh memakmurkan hidup mereka. 

Mereka inginkan jaminan keselamatan tatkala di seberang sempadan kawasan mereka sentiasa bergolak dengan konflik agama dan isu penyeludupan.   

Mereka tak nak ADUN (PAS dan PKR) yang hanya pandai bercakap tentang agama dan berjanji itu dan ini tetapi akhirnya menjadi kuda tunggangan kepada pihak lain.

Tapi semua itu tak akan ada dan tak akan dapat jika mereka memilih calon bukan dari UMNO-BN yang telah terbukti berjaya sejak dulu.
 



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


'Saya tak akan balik Malaysia'

Posted: 11 Sep 2014 10:52 PM PDT


  • Jenazah Mohammad Fadhlan disemadikan di bumi SyriaJenazah Mohammad Fadhlan disemadikan di bumi Syria
 1 / 1 
ALOR SETAR - "Saya tak akan balik ke Malaysia," itu kata-kata, Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir, setelah menjejakkan kaki ke Syria untuk bersama sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sana, menyertai perjuangan Ajnad As Syam.
Ketegasan itu seiring dengan niatnya untuk berjihad selain bersedia berdepan apa jua keadaan, walaupun berdepan kematian.

Mohammad Fadhlan antara kumpulan kecil yang berhijrah ke Syria bersama puluhan rakyat negara ini untuk memerangi tentera Bashar al Assad, yang berpusat di Kafr Zayta, Hamah.

Mereka yang menganggotai kumpulan itu diberi gelaran seakan nama penduduk tempatan dan dia digelar Abu Muhajir.

Mohammad Fadhlan yang masih bujang itu, turut aktif mengemas kini aktivitinya di Syria melalui laman Facebook dan kali terakhir Allahyarham berbuat demikian pada 23 Ogos lalu.

Anak muda berusia 21 tahun dari Kulim, Kedah ini sanggup meninggalkan ahli keluarga tercinta demi mengejar 'jihad' di bumi Syam (Syria).

Dia dilaporkan meninggal dunia pagi kelmarin, setelah kumpulan yang dianggotainya, Ajnad As Syam yang memerangi tentera Bashar al-Assad di Syria diserang hendap.

Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian itu, manakala Mohd Lotfi Ariffin masih tidak sedarkan diri serta seorang lagi, Abu Afghan cedera di kedua belah kakinya.

Mereka adalah antara sebahagian rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, memilih jalan berjihad dan berani mati dalam mempertahankan saudara Islam daripada terus ditindas kerajaan Bashar.

Sebelum terkorban, Mohammad Fadhlan sempat berkongsi pandangannya mengenai jihad yang ingin dicapai serta perjalanannya ke Syria.

Temubual eksklusif ini dibuat melalui laman Facebook kira-kira sebulan lalu.

Mohammad Fadhlan berkata, di Malaysia tidak ramai yang mengambil berat mengenai jihad kerana kurang pendedahan.

"Niat untuk berjihad sudah lama ada, cuma tidak tahu caranya. Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi saya peluang mendalami agama sebelum berangkat ke Syria. Semuanya ada hikmah," katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia bertanya pada rakan-rakan yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah, namun tiada maklumat diperoleh untuk membolehkan dirinya berjihad.

"Apabila saya dimaklumkan, Mohd Lotfi berada di Syria, saya menghubungi dia melalui Facebook. Dia maklumkan apa yang perlu untuk saya buat persediaan ke sana, selain pesan, jangan tinggalkan solat sunat hajat, agar diberikan hidayah," katanya.

Tambah Mohammad Fadhlan, bukan mudah untuk dirinya berhijrah ke luar negara, kerana berdepan pelbagai kesukaran.

"Kesukaran tu ada, sebab saya perlu sediakan belanja perjalanan, bukan sedikit jumlahnya.

"Alhamdulillah, bila kita niat nak buat benda elok, Insya-ALLAH, akan mendapat pertolongan.

"Berbekalkan belanja tu, saya beli tiket dan uruskan semuanya, susah juga sebab maklumlah selama ini tinggal di kampung sahaja, mana tahu semua tu tapi dipermudahkan," katanya.

Ditanya sama ada wujud aktiviti merekrut ahli dari Malaysia, diketuai Mohd Lotfi, seperti didakwa, Mohammad Fadhlan tegaskan, ianya tidak wujud.

"Tidak ada aktiviti rekrut ahli, cuma ALLAH SWT gerakkan hati saya, untuk cintakan jihad. Tambahan pula selepas lihat saudara Islam di sini diseksa, dibunuh, ditanam hidup-hidup tanpa sebab hanya kerana berlainan fahaman," katanya.

Tambahnya, insiden itu menimbulkan keinsafan pada dirinya kerana pembunuhan berlaku setiap hari di bandar-bandar didiami saudara Islam.

"Tentera Bashar sengaja sasarkan tempat orang ramai, selalunya di masjid pada hari Jumaat dan hospital.

"Bunyi bom barmil dan bom kimia menjadi lumrah. Susah payah di sini tak terasa sangat, sebab sejak kecil hidup sederhana. Penduduk pula terima kami macam ahli keluarga, rasa seperti berada di Malaysia," katanya.

Mengulas segelintir pihak yang melabel rakyat Malaysia yang berjihad di Syria sebagai militan, Mohammad Fadhlan berkata, tidak dinafikan berasa sedih dengan tuduhan itu.

"Sedih juga bila orang panggil kami macam tu, tapi saya tak kisah. ALLAH SWT tahu apa yang kami buat. Rasulullah SAW pun banyak menyertai peperangan, Baginda cintakan jihad. Takkan kita yang cintakan Rasulullah nak tinggalkan jihad?," katanya.

Empat Sekeluarga Sertai Militan Di Syria

Posted: 11 Sep 2014 07:50 PM PDT



Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 9:34 AM

Kanak-Kanak antara mangsa kekejaman perang di negara bergolak Syria.

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang baharu bernikah mengambil keputusan meneruskan kehidupan sebagai penjuang militan di Syria bersama 40 rakyat Malaysia lain.

Lelaki berusia 37 tahun yang mengahwini janda berusia 47 tahun itu turut membawa bersama dua anak tirinya, iaitu anak isterinya menerusi perkahwinan terdahulu yang berusia 18 dan 14 tahun.

Wanita berkenaan serta anak perempuan dan lelakinya itu adalah warganegara Singapura, manakala lelaki berkenaan dilahirkan di Pulau Pinang.


Sumber berkata, keluarga berkenaan ke Syria pada November lalu, bagaimanapun tidak menetap di lokasi yang sama.

"Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra, manakala anak tiri lelakinya pula bergiat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Isterinya pula bekerja sebagai tukang masak, sementara anak perempuannya mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak pejuang lain di Syria," kata sumber itu.

Antara lokasi yang mungkin didiami keempat-empat ahli keluarga berkenaan secara berasingan itu adalah timur Hama, dimana kumpulan militan dipercayai menempatkan pangkalan operasi mereka.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang memantau rapi pergerakan keluarga terlibat bagi mengetahui bagaimana mereka boleh terpengaruh untuk ke Syria.

Dipercayai bekas suami wanita terbabit juga berperanan dalam memastikan keluarga berkenaan ke negara bergolak itu, kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, The Star melaporkan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara rakyat negara ini yang menyertai IS.

Mereka termasuk bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang cedera dalam pertempuran yang meragut nyawa militan rakyat Malaysia paling muda, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21 pada Selasa.

Pengerusi MyWatch Menang Saman Tuduhan Tembak Diri Sendiri

Posted: 11 Sep 2014 05:09 AM PDT

alt

PETALING JAYA 11 Sept - Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan menyatakan bahawa beliau telah memenangi kes saman terhadap seorang individu yang telah memfitnahnya di laman sosial.

Menurutnya, saman fitnah itu telah difailkan oleh Datuk Sri Edmund Santhara terhadap seorang individu bernama Yuktesvaran dan pihak mahkamah telah memutuskan Yuktesvaran bersalah dan harus membayar wang sebanyak RM60,000 serta RM10 kepada Edmund dalam masa 21 hari.

"Sekiranya gagal, kami akan memfailkan bankrapsi kepada beliau," ujarnya dalam satu kenyataan media.


Jelasnya lagi, seharusnya, kes ini harus menjadi pengajaran buat Yuktesvaran bahawa memfitnah merupakan amalan keji dan seharusnya beliau tidak mengulanginya lagi.

"Semoga kes ini mejadi iktibar kepada semua pihak," katanya.

Sebelum ini, FMT turut melaporkan bahawa Yuktesvaran Malaipan telah ditangkap oleh pihak polis dan dituduh di Mahkamah Sesyen Majisteret Kajang.

Ekoran daripada itu, pihak mahkamah telah menghantar Yuktesvaran ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemerhatian selama sebulan disebabkan beliau telah membuat kecoh di dalam mahkamah.

Beliau didakwa atas kesalahan membuat fitnah dan menyebarkan maklumat palsu di laman sosialnya dengan menuduh Sanjeevan telah menembak dirinya sendiri yang mengakibatkannya koma selama 35 hari.

"Sebelum ini polis tidak dapat menangkap Yuktesvaran kerana dipercayai telah bersembunyi dan menyukarkan pihak polis untuk mengesannya," ujarnya.

Chegubard dakwa Azmin punca kemelut MB Selangor...

Posted: 11 Sep 2014 03:25 AM PDT


Ini kisah pemimpin PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin aka Chegu Bard yang dalam tulisan di blog peribadinya mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai punca kemelut Mb Selangor.
Chegubard yang diketahui umum bukan 'regu' Azmin mendakwa krisis MB Selangor yang melibatkan PKR disebabkan lobi Azmin untuk menjadi Menteri Besar.
"Lobi Azmin yang nak jadi MB (Menteri Besar) akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana.
"PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan istana, malah sahabat (rakan sekutu) sendiri," katanya.
Beliau berkata situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun dalam masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.
"Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri mengadap Datuk SeriAnwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.
"Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap ke media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri DR) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi dibelakang ia terus melobi termasuk ke istana," katanya.

Menyifatkan PKR kini berada dihujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat ke Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar Selangor mengantikan Abdul Khalid.
"Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat ke Istana nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.
"Jangan hanya di media saja tetapi hantar 'signal' berbeza di Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu ialah 'plan B' nya," katanya.-11/9/2014

PKR letak calon bebas di Pengkalan Kubor?

Posted: 11 Sep 2014 01:55 AM PDT

Desas-desus bertiup kencang di Pengkalan Kubor mengatakan akan ada calon bebas masuk bertanding dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor Sabtu ini.
Calon bebas tersebut mewakili ahli-ahli PKR kawasan tersebut yang kecewa selepas pemimpin PKR pusat memberikan kouta mereka kepada PAS.
Kumpulan tersebut difahamkan mendapat sokongan daripada pemimpin utama PKR Pusat untuk masuk bertanding sebagai calon bebas.
"Matlamat mereka bukan menang tapi mahu PAS 'berunding' dengan lebih sopan, bukannya memperbesarkan soal jentera PKR tak kuat berbanding jentera PAS di Pengkalan Kubor.
"Dengan calon bebas ini masuk... kita boleh tengok jentera siapa yang kuat..." ujar sumber yang layak dipercayai kepada Agendadaily.
Penamaan calon untuk PRK Pengkalan Kubor pada Sabtu dan hari pengundian pada 25 September ini.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor adalah kerusi PKR sejak tahun 2004 lagi, ia diketegorikan kawasan hitam bagi PAS kerana hanya pernah menang sekali sahaja di situ iaitu pada tahun 1972.
Selain itu setiap PRU, BN menang kecuali tahun 1990, dimenangi oleh parti Semangat 46.
PKR baru-baru ini menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS selepas diasak kononnya mereka tidak cukup 'kuat' bertanding di kawasan sempadan tersebut.
PAS dalam pada ini akan mengumumkan calon mereka dalam satu majlis khas Khamis malam di Kampung Geting Pengkalan Kubor.
Untuk rekod BN semalam juga mengumumkan calon mereka di Kampung Geting. Adalah dipercayai, Kampung Geting merupakan kawasan penting untuk 'ditawan' bagi menentukan siapakan pemenang PRK Pengkalan Kubor.
Mengenai cakap-cakap siapa calon PAS, risik-risik Agendadaily di Pengkalan Kubor mendapati sekurang-kurangnya ada tiga individu yang disebut-sebut layak jadi calon PAS selepas Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar menolak untuk bertanding DUN.
Kamaruddin Jaafar menolak pencalonan beliau dan mahu calon tempatan diberi peluang.
"Asalnya memang PAS Tumpat namakan Datuk KJ (Kamaruddin Jaafar) sebab dalam PRU13, biarpun calon PKR kalah di DUN Pengkalan Kubor tetapi Datuk KJ menang 400 undi.
"Sebab itu PAS Tumpat namakan dia untuk jadi calon, tapi Datuk KJ tolak dan cadangkan supaya pimpinan di Dun Pengkalan Kubor diberi peluang.
"Jadi setelah dinilai, Wan Rosdi merupakan calon terbaik sebab dia mesra dengan penduduk setempat dan merupakan anak tempatan," kata sumber tersebut dipetik Awani.
Difahamkan nama penyelia PAS DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim merupakan calon utama PAS selepas Datuk KJ.
Selain Wan Rosdi, tauke station minyak di Kampung Geting dan seorang ahli majlis PBT Tumpat disebut-sebut antara yang disenarai pendek.
DUN Pengkalan Kubor adalah salah satu daripada empat DUN yang terletak dalam Parlimen Tumpat.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, PAS menang di DUN Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru selain turut menang kerusi Parlimen Tumpat.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor ditandingi oleh PKR dalam dua pilihan raya umum sebelum ini.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.
Noor Zahidi mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada PRU 13 lalu dengan majoriti 1,736 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.-11/9/2014

Langkah Kajang ... sebuah kegagalan ... bukan lagi sate Kajang

Posted: 10 Sep 2014 11:49 PM PDT


Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi komen sinis dengan menyatakan nama Kajang tidak lagi diingati mengenai keenakan satenya tetapi membayangkan maksud "sebuah kegagalan".


Sindiran tokoh agamawan itu dipercayai merujuk 'Langkah Kajang' yang dicatur PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudiannya mencetuskan krisis pentadbiran dan pergeseran dalam Pakatan Rakyat.  

"Pantasnya dunia berubah... turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama... Dahulu apabila disebut perkataan Kajang maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan...sate Kajang...

"Hari ini apabila disebut Kajang entah mengapa terbayang sebuah kegagalan... Kajang..," tulis beliau di laman Facebook beliau, DrMAZA.com semalam.

Kenyataan itu tersebut mendapat hampir empat ribu "Like" dalam tempoh dua jam pertama dan mengundang pelbagai komen mahupun kritikan daripada pengunjung Facebooknya.

Akaun bernama 'Musafir Lalu' menyatakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum gagal sebaliknya perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu belum selesai.

Manakala 'Ahmad Toha Samsudin' pula bersependapat dengan 'Musafir Lalu' sambil menyatakan kejayaan bakal menanti dalam Langkah Kajang ini.

"Hanya yg berfikiran pendek saja mengatakan ianya kegagalan sedangkan sejarah melakar dan tarbiah mengajar bahawa setiap kegagalan ada kejayaan menunggu."

Sementara itu beberapa pengguna mempertahankan kenyataan Dr Mohd Asri itu.

Nasrul Hakim menulis: "Saya sokong Dr MAZA. Tak pilih bulu. Tegur mana yg tak betul...".

Mohd Khairil pula menyindir mereka yang naik berang dengan kenyataan Asri tersebut. 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Azmin jangan mimpi nak jadi MB

Posted: 11 Sep 2014 08:25 PM PDT



Ekoran dari pergaduhan tempuh hari [baca SINI] antara Azmin Ali dengan KETUAM serta KIPAS, budak-budak Azmin begitu gembira dan yakin Wan Azizah akan diketepikan untuk Azmin dicadang dan dia bakal MB Selangor.

Maklumlah ikut konvensi mana ada MB yang dari orang lelaki. Hehehe ... lucu Husin Lempoyang. Baca SINI.

Di situ Azmin perasan hingga tak mahu dengar feedback. Sebenarnya Azmin ingat orang tak tahu kes penglibatannya dalam projek PKNS Datum Jelatek.

Ketika PRU12, dia gunakan isu flat Jelatek untuk meraih undi tapi sebaik penduduk merayu bantuannya lepas PRU, Azmin langsung tak bantu.



Khabarnya Azmin terlibat untuk ambil potongan dari duit pampasan untuk penduduk. Itu yang pampasan untuk penduduk agak terlalu dan terlampau tinggi.



Akibat dari komisyen yang diambil Azmin dan Teresa Kok, selaku exco yang mendapatkan pelabur dari China, projek Datum Jelatek gagal.

Kos terlalu tinggi tapi model perniagaan untuk jual salah satu bangunan kepada pelabur China dah tak menjadi. Kawasan itu yang majoriti Melayu yang susah untuk dijual dengan harga premium.

Projek Datum bbleh dianggap terbengkalai!!!


Jika kami tahu, ingat istana tak tahu? Takkan Sultan akan lantik seorang yang diketahui tidak amanah menjadi MB. Selangor ada sejarah MB yang tak amanah hingga terpaksa di benrhentikan.


Lepas umum calun, jentera PAS seludup beras untuk rasuah pengundi!!!

Posted: 11 Sep 2014 05:37 PM PDT



Gambar di atas begitu jelas menunjukkan PAS melakukan rasuah pilihanraya.

 
 

Lain pula dengan calun BN, malam tadi dia mengetuai tahlil buat arwah mantan ADUN Pengkalan Kubur. Orang ada ugama ...

Andrew Khoo berpengaruh hingga atur Angola hina negara di UN

Posted: 11 Sep 2014 05:26 AM PDT


Ramai tak berapa mengenali Andrew Khoo yang merupakan Pengerusi Jawatankausa Bar Council dalam hal Human Rights. Di United Nation, dia seperti kenal hampir macam-macam orang.

Dia merupakan sebahagian dari Coalition of Malaysian NGOs for the United Nation's Human Rights Council Universal Period Review process atau COMANGO. Di Bangsa Bersatu, kerja dia adalah untuk mengkritik Malaysia atas tuduhan bukan-bukan hingga negara Afrika macam Anggola boleh kritik record Human Rights nagara kita.


NGO ISlam dari Malaysia kena dapatkan kebenaran Security Check untuk masuk premis di UN yang  banyak sekatan tapi COMANGO macam ada lesen besar di UN untuk senang dapat pass. Malah UN bagi mereka accreditation.

Dalam satu incident terbaru, ANdrew menunjukkan kuasa dan pengaruhnya:

 Lawyer Andrew Khoo denied entry to Vietnam

7:00PM Sep 8, 2014

Bar Council human rights committee co-chairperson Andrew Khoo was denied entry into Hanoi, Vietnam today, shortly after landing.

Khoo (below) said he was escorted back onto the plane he arrived on and was not given a reason why he was denied entry.

He said that he was told informed of this by when he was sent to the airport's immigration office after his passport was stamped.

"People busily ran around filing forms, making phone calls and photocopying my passport several time.

"After about 20 minutes I was informed that I was denied entry into Vietnam, my entry stamp was cancelled and I was escorted back on to the same Malaysian Airlines MH753 plane that brought me here," he said in Facebook post.

He was also issued a "standard letter", which states that he is barred according to Article 8 of the Ordinance of Entry, Exit and Residence of Foreigners in Vietnam.

Natinal security

The Ordinance states that one can be denied an entry visa for making a false declaration or forging travel documents, breacing Vietnamese laws in previous entries or if one is a carrier or infected with an epidemic disease.

A foreigner can also be barred "for the reasons of protecting national security" or other "special reasons" decided by the minister of public security.

Khoo could not be reached for comment.

Malaysiakini has contacted the Vietnamese embassy in Kuala Lumpur on the matter and is awaiting a reply.

Khoo was travelling to Hanoi to attend a two-day workshop starting tomorrow to present a paper on peace and security at the invitation of the Vietnam Peace and Development Foundation.


--------------

Berita di atas menunjukkan betapa bahaya dan berpengaruh Andrew ini untuk menjatuhkan nama baik mana-mana negara hingga ditahan masuk Vietnam.

Serupa Anwar si Saifuddin tak sabar nak berkuasa

Posted: 11 Sep 2014 02:30 AM PDT



Daripada posting FB Datuk Abdul Rahman Dahlan

Saya kurang bersetuju dengan sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Global Movement of Moderates yang dipetik berkata bahawa rang undang undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara dan dibantu oleh Majlis Peguam Malaysia, bakal menganti Akta Hasutan. Beliau dan Majlis Peguam Malaysia juga didapati telah mendedahkan kandungan deraf itu kepada umum.

Pertamanya, Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak pernah diberi mandat oleh kerajaan untuk mengumumkan kandungan deraf itu kepada umum. Mereka hanya diberi mandat untuk mendengar dan membincangkan cadangan-cadangan dan buah fikiran pihak-pihak yang berkepentingan dalam perbincangan tertutup dan selepas itu, mereka dikehendaki untuk menyerahkan rumusan mereka kepada pihak kerajaan untuk diteliti, diperhalusi dan dibincang.

Adalah salah bagi mereka untuk mengatakan bahawa rang undang-undang yang ditulis oleh NUCC yang dibantu oleh Majis Peguam itu adalah dokumen rang undang-undang yang akan diangkat ke parlimen.

Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi.

Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menderaf rang undang-undang itu untuk diangkat ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi.

Yang keduanya, sebagai anggota jemaah menteri, saya boleh sahkan bahawa setakat artikel ini ditulis, rang undang-undang Harmoni Nasional belum lagi dibentang dalam mesyuarat kabinet. Oleh sebab itu. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak boleh membicarakan isi kandungan deraf rang undang-undang mereka itu di dalam media.

Itu tidak adil dan salah dari segi prosedur. Ia juga boleh mengelirukan rakyat dan boleh dianggap tidak beretika kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk meluahkan isi kandungan cadangan mereka itu kepada umum melalui media massa.

Saya amat berharap agar Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam berhenti untuk merujuk kononnya cadangan mereka itu sebagai dokumen terakhir yang akan diangkat ke parlimen. Yang akan menentukan bentuk terakhir dokumen rang undang-undang itu ialah jemaah menteri. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak boleh mendahului kabinet Malaysia.

Terima kasih.
------------------------------
Baru jadi Timbalan Menteri Penajian Tinggi dah ranap pensyarah dan budak-budak Universiti hingga berdemo menentang kerajaan di atas dakwaan kesalahan menghasut Dr Azmi Shahrom. 
Mereka anggap Azmi yang sering memberi pendapat bukan berdasarkan ilmu atau kepakarannya dalam undang-undang sebagai memberi pandangan akademik. Padahal Azmi sering bercakap mengikut pandangan aktivis yang mutakhir ini tidak menghormati undang-undang.

Setelah kalah di Temerloh pada PRU dan pemilihan UMNO, Dato Najib kasi jawatan kasihan untuk Saifuddin Abdullah sebbagai Pengerusi Global Moderate. Nampaknya baru ada sedikit kuasa dah nak tunjuk esar kepala nak rangka undang-undang dan paksa kerajaan terima. 

Betul macam beruk yang dibela untuk panjat kelapa yang tak tahu hargai bunga yang diberi.

PKR serahkan pada PAS tapi ada terselit seekor Pas Ma ... kah kah kah

Posted: 11 Sep 2014 12:36 AM PDT


Bukan sibuk tapi takut kalah ...


Ada pulak terselit satu Anwarinas puak PAS Ma...

PAS baru pahe PKR kianat? Dah bengong toksoh tadbir kerajaae

Posted: 11 Sep 2014 12:19 AM PDT



Presiden PAS Putuskan, PKR Dan DAP Tidak Perlu Lagi Diajak Berunding – Nik Abduh

Posted on September 10, 2014 by Editorial

NIk Abduh Nik Aziz
Oleh: Nik Mohamad Abduh Nik Aziz

Kuala Lumpur – Kemelut pentadbiran yang melanda negeri Selangor dilihat semakin parah apabila parti yang bergabung di bawah pakatan rakyat saling menyalahkan antara satu sama lain.

Para penyokong PAS mendakwa ia berpunca dari sikap PKR sendiri yang sengaja mencipta masalah dengan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata untuk membolehkan Datin Seri Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sehingga menyebabkan kemelut ini semakin berpanjangan.

Di pihak PKR dan DAP pula mendakwa, tindakan PAS yang dilihat bertegas mahu menyokong Abdul Khalid Ibrahim telah merumitkan keadaan.

Terbaharu kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang mengkritik secara lansgung kebolehan Wan Azizah dilihat semakin mengeruhkan keadaan.

Ikuti pandangan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung isu ini.

Siapa Pengkhianat?

Presiden PAS dituduh khianati Pakatan Rakyat (PR) kerana namakan calon Menteri Besar (MB) daripada PAS.

Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;

1) 2 pengkhianat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) yang Majlis Syura Ulama PAS (MSU) putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden?

Ada 2 pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU.

Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!


Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam!

Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.

Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu akaun bersumpah (SD) timbul.

13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!

PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..

Saksikan..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Wan Azizah tiada ketokohan, bukan masa raih simpati? ( Video pembohongan Anwar didalam )

Posted: 11 Sep 2014 08:55 PM PDT


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai ketokohan untuk menjadi pemimpin politik sebaliknya beliau lebih layak dipuji sebagai isteri yang taat kepada suaminya yang juga Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, sekarang bukanlah masa untuk meraih simpati rakyat seperti pada tahun 1998, sebaliknya Selangor memerlukan seorang pemimpin yang mampu mentadbir negeri termaju di Malaysia itu sebagaimana dilakukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, teguran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Wan Azizah berhubung jawatan Menteri Besar Selangor adalah untuk menyelamatkannya daripada digelar sebagai boneka kepada suaminya.

"Selangor akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali sebagai Malaysia mini.


"Seluruh rakyat mahu melihat bagaimana kehebatan, ketelusan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang Menteri Besar daripada komponen pakatan pembangkang menerajui Selangor yang telah diletakkan piawai cukup tinggi oleh Abdul Khalid sebelum ini," katanya dalam status laman sosial Facebook beliau.

Sebelum ini, Wan Azizah menyifatkan teguran Abdul Hadi bahawa beliau tidak mempunyai kebolehan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sebagai satu serangan peribadi.

Beliau juga mengakui tergores dengan serangan peribadi berkenaan tetapi mendakwa tidak timbul kemarahan dan menerimanya sebagai satu teguran.



Sementara itu, Mohd. Zuhdi berkata, meskipun Wan Azizah bukan seorang pemimpin yang baik, namun beliau boleh diibaratkan sebagai isteri mithali kerana kesetiaannya berada di sisi Anwar untuk bersama-sama berdepan dengan pelbagai asam garam politik.

Menurut beliau, perkara tersebut turut diakui oleh setiap musuh dan lawan politik suaminya malah sesetengah mereka tetap menghormati Wan Azizah dan simpati dengan nasib yang menimpanya.

"Tidak kedengaran kutukan dan kritikan terhadap Kak Wan daripada mereka yang mengutuk dan mengkritik Anwar. Saya sendiri yang kini menjadi pengkritik Anwar, tidak ada apa-apa yang boleh saya lakukan untuk mengkritik Kak Wan dari sudut itu," katanya.

Suara Politik
Belantan

Azizah anggap kenyataan Hadi serangan peribadi?

Posted: 11 Sep 2014 01:16 AM PDT


Presiden Parti Keadilan Rak­yat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kenya­taan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau tidak mempunyai kebolehan untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sebagai satu serangan peribadi.

Beliau juga mengakui terguris dengan serangan peribadi berkenaan tetapi mendakwa tidak timbul kemarahan dan menerimanya sebagai satu teguran.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun menghormati pendapat Abdul Hadi mengenai kebolehan dan kemampuan saya,'' katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi dalam Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Semasa di Marang, Terengganu baru-baru ini menjelaskan penolakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor antara lain kerana syarat hukum Islam mesti seorang yang layak dan mampu untuk memikul jawatan ketua kerajaan.


Katanya, Presiden PKR itu tidak layak dari awal lagi dan penolakan tersebut bukan disebabkan beliau seorang wanita...!!!

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz berkata, Hadi Awang telah mengkhianati dan mendurhakai kepercayaan Pakatan Rakyat kerana keputusan flip-flopnya dalam isu Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, Presiden PAS itu benar-benar mengecewakan PKR apabila turut menghasut ahli-ahli parti dan memperkecil-kecilkan usaha PKR untuk menggulingkan Khalid Ibrahim.

Kepercayaan telah dikhianati, kata Azura. Seorang pemimpin menurutnya, perlu patuh kepada kata-katanya sendiri agar orang di bawah lebih menghormatinya. Namun Hadi Awang gagal berbuat demikian.

PKR jelas terkejut dengan tindakan last minute PAS membuat U-Turn dan kemudian cuba menghalalkan tindakannya dengan memberikan pelbagai alasan.

"Mana integritinya sebagai Presiden parti politik yang berasakan Islam?" tanya Azura.

Sebelum itu, pada Khamis lalu, Hadi di hadapan ahli-ahli PAS menerangkan, keputusan PAS untuk menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah berdasarkan jantinanya tetapi berdasarkan keupayaannya sebagai seorang pemimpin.


Menurut Hadi, Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana Wan Azizah tidak mempunyai keupayaan untuk memperbahaskan persoalan-persoalan di Parlimen mahupun di DUN Selangor, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

Azura kemudiannya menuduh Hadi Awang bersikap chauvinist kerana menyatakan kebenaran tentang Presiden PKR yang tidak layak sebagai Menteri Besar Selangor.

"Siapa dia untuk mengatakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah tidak berkeupayaan?" tanya Azura dalam satu kenyataan media, semalam.

"Hadi tidak sahaja mengkhianati kepercayaan sekutu Pakatan Rakyatnya, tetapi dia juga cuba memberikan alasan untuk membenarkan tindakan menamakan tiga orang ADUN dari PAS berbanding apa yang telah dipersetujui sewaktu mesyuarat Pakatan Rakyat. Pendirian tidak tetap PAS ini tidak boleh diterima lagi. Ini tidak selari dengan semangat rakan perkongsian."

Menurut Azura lagi, PAS seharusnya mengisytiharkan diri keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan PAS sudah tidak dapat bersama-sama dengan keputusan-keputusan Pakatan Rakyat.

Pada Jumaat lalu, Hadi Awang menegaskan, PAS masih merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan menambah sesiapa yang mahu mewujudkan parti baru, dipersilakan.

Suara Politik
Belantan