Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwarinas Kamaruddin Jaafar takut kalah atau PAS beri walkover?

Posted: 10 Sep 2014 08:58 PM PDT


Berita sinopsis Utara News melaporkan:

Faktor kekalahan selama tiga penggal kepada calon Umno di Dun Pengkalan Kubor membuatkan PKR bersedia untuk memberi semula kerusi Dun berkenaan kepada PAS. PKR juga tidak sanggup lagi dimalukan oleh Umno khususnya ketika kemelut Menteri Besar Selangor yang kini semakin menjatuhkan imej mereka. Jika PAS tewas di Pengkalan Kubor, PKR akan bertepuk tangan dan mengatakan PAS bukanlah kuat seperti yang didakwa didalam Pakatan.

Difahamkan PAS akan mengumumkan calun mereka malam ini pada lebih kurang di Masjid Geting malam ini dalam pukul 9 malam. Khabar mengatakan Dato Seri Haji Awang akan umumkan Wan Rosdi bin Wan Ibrahim, iaitu Penyelia DUN Pengkalan Kubor sebagai calun PAS.

Sudahlah PKR takut, nampaknya Anwarinas pun takut nak tanding. Pencalunan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, khabar angin memberitahu AP Tumpat, Dato Kamaruddin Jaafar akan tanding dan rampas kerusi ini dari UMNO.

Adakah sebab pergelutan kausa antara PAS Ma aka Anwarians dan puak pro Ulamak maka Dato KJ enggan atau tidak dicalunkan?

Atau Dato KJ takut kalah atau takut dirinya tercemar dengan imej sebagai Anwarinas yang boleh menjejaskan peluangnya untuk kekal sebagai AP Tumpat di PRU14 akan datang? Mungkin juga Dato Kj tak mahu lihat dirinya diboikot oleh kumpulan pro ulamak yang banyak berada di akarumbi?

Pastinya PAS tidak meletakkan Wan Rosdi untuk kalah kerana PAS atau sekurang-kurangnya kumpulan pro Ulamak masih malu dilihat kuat walaupun berhadapan dengan ancaman kuasa dari dalam dari Anwarinas.

Di kalangan orang PAS ada yang mnganggap Wan Rosdi tidak mampu menandingi keupayaan calon BN yang telah diumumkan semalam dan pencalunan Wan Rosdi memberi 40% kemenangan kepada calun orang ugama UMNO. Tambah lagi, Wan Rosdi tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi dan kurang mantap sumber kewangan.

Tak mungkin PAS beri walkover buat UMNO. Percalun Wan Rosdi mungkin untuk memastikan PAS tidak diboikot jentera. Siapa pemimpin-pemimpin pembangkang yang hadhir dan tidak hadhir di hari penamaan pada hari Sabtu kelak ye???

Molek calun kito

Posted: 10 Sep 2014 06:30 PM PDT


Profil Ustaz/Cikgu Mat Razi:

Nama. MAT RAZI B.MAT AIL 651119035219
PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.

- isteri Khairos bt husin guru sk. simpangan tmpat.

- Kelulusan BA(Hons)Sejarah& persuratn melayu UKM (1999) maktb perguruan sultan abdl halim kedah(1988)


- Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)Ank 1zamir(uitam kos Art& Design) 2.nur izati(uia bhsa arab)3.aizat(maahad tmpat)4.nur zahirah(maahad tahfiz tanah merah)5.nur maisarah dan zulfahmi(sk smpgn).

-bergiat politik semenjak 1990 sbgai su cawangan smpangan.AJK PEMUDA bermula 2005.AJK BAHAGIAN brmula 2009.






- mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg.simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.pelajar semasa 20 org di bantu guru quran en daud ismail(bekas guru quran zi sndiri).Pondok di sumbg dato noor zahidi 50ribu 2013.Pengajian pelajar percuma makan percuma.


- Mula brkhdmat di 1988 sk bunohan(8 thn)1999(smk sri kurau perak)2002(smk ayer lanas jeli)2003-2008(smk geting)guru pemeriksa sejarah.

- Di maktb pernah johan Tilawah Al-quran taranum.

- mula mengaji di pondok tuan guru haji wan mat jal besar(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994. pergi haji pertama 1994.haji ke 2-2008.Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.



Siapo calun dema?



Hok ni??????^&(&*)+)*_^&%^%#



Anwar dan Azmin rancang saman Istana (secara tak langsung)

Posted: 10 Sep 2014 06:31 AM PDT


Kenyataan maaf KETUM bukan kenyataan maaf tapi dia tetap berdegil kata dia betul dan istana salah. Sambil itu, dia kata istana tak faham undang-undang tubuh negeri seperti mana yang dia faham.

Hmmm ... lebih-lebih pulak orang Pulau Pinang yang duduk di Segambut tapi pakai alamat pak mertua di Country Heights. Rasa nak penampakq pulak bila dengaq orang dari negeri tak beraja nak ngajaq raja.

KETUM sedar dia sudah salah langkah dan rakyat sedang berbuku dan menyampah padanya dan PKR. Jika ada PRN, PKR akan hancuq di Selangor dan yang untung hanya DAP.

Dia sedang memikir cara untuk dapatkan baik sokongan dan simpati rakyat.

Oleh kerana TSKI bakal bawa gelanggang ke mahkamah, maka tiada cara lain melainkan main juga game di mahkamah. Rancangannya adalah untuk saman dan buktikan dia betul. Dah sah orang degil dan ego.

Pilihannya adalah untuk saman TSKI berdasarkan hujah TSKI gagal memberi nasihat kepada Sultan sebagai MB. Jadi dengan satu batu, secar atak langsung dia harap dapat baling kepala Sultan, baling kepala Khalid dan dapatkan asas untuk tunjukkan tak salah dia cadangkan si Jijah KIPAS.

Semantara itu, lanjutan dari kelahi Azmin dengan KETUM dan Jijah KIPAS malam tadi, Azmin sudah merajuk fed-up macam orang lari rumah.

Terang-terang kata dia sepatutnya jadi MB. Tanpa peduli apa yang dibuat dan dirancang KETUM, dia sendiri mahu saman Khalid atas alasan hampir serupa iaitu Khalid gagal sebagai MB.

Azmin masih geram dengan Khalid yang bersungguh-sungguh menghalangkan hajatnya untuk jadi MB.

Namun begitu, yang buat Azmin lebih geram adalah pemecatannya dari PKNS. Dipercayai Azmin banyak sepatutnya mendapat komisyen macam-macam tapi Khalid sudah halang projek tersebut dan potong jalannya.

Dengan Khalid kekal berkuasa, susah Azmin untuk dapat kerjasama dari staf PKNS. Azmin memang popular dan staf PKNS berharap Azmin yang akan jadi MB. Nampak jelas sekali bagaimana Pengurus Besar PKNS lama, Dato Osman Omar dan Azmin berjalan seoring dan sejalan di enquiry DUN.

Jika dulu PKNS ada OO sebagai bos, sekarang punya bos pula Ah Ah ... angguk saja kepada Khalid. Mana tak Azmin bengkak!!!

Nampaknya Anwar KETUM dan Azmin akan saman pihak Istana dan kerajaan secara tak langsung. Ada pihak lihat saman Azmin itu mungkin dituju juga kepada Istana kerana masa Azmin baru lahir ke dunia di Singapura, pihak Istana sangat mengambil berat akan PKNS.

ISU LUBANG KUNYIT!!! Azmin - Anwar gaduh besar pasal Rafizi

Posted: 10 Sep 2014 02:30 AM PDT


Difahamkan, satu pergaduhan besar antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali telah tercetus apabila Azmin Ali dituduh sebagai sengaja enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah dalam usahanya untuk merampas jawatan tersebut.

Anwar Ibrahim betul-betul berang apabila Azmin Ali menyalahkan Rafizi Ramli sepenuhnya kerana semuanya bermula daripada langkah Rafizi Ramli yang mahu mengambil hati Anwar Ibrahim.

Pendedahan dokumen KAJANG MOVE telah membuatkan segala-galanya menjadi kacau. Lebih menarik lagi, semua yang sedang berlaku sekarang ini hampir mengikut semua yang terkandung di dalam dokumen tersebut.

Rafizi Ramli mengambil masa selama hampir seminggu sebelum menafikan kewujudan dokumen KAJANG MOVE. Bagaimanapun, seseorang yang cukup gemar dengan laporan polis dan saman, tidak mengambil sebarang tindakan bagi pendedahan dokumen berkenaan. Bahkan Rafizi Ramli sekadar pura-pura pekak dan buta mata.



Azmin Ali menyalahkan Anwar Ibrahim kerana terlalu memberikan ruang yang sangat besar kepada Rafizi Ramli. Berlainan daripada apa yang difikirkan oleh Azmin Ali, rupa-rupanya kasih sayang Anwar Ibrahim kepada Rafizi Ramli jauh lebih besar berbanding Azmin Ali.

Lebih menarik lagi ialah apabila Wan Azizah turut menyebelahi Rafizi Ramli, menyebabkan Azmin Ali bertambah marah dan mengancam untuk melakukan sesuatu yang membolehkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tepuk dahi.

Kerana kemarahan Azmin Ali itulah, Anwar Ibrahim cuba membuktikan yang dia adalah seorang genius yang boleh melakukan segala-galanya tanpa Azmin Ali. Dengan Saifuddin Nasution dan Rahim Ghause yang masih bersama-samanya, Anwar Ibrahim menukar taktik kepada yang lebih lembut ....

Sedutan dari Selangor Chronicle SINI

DAP dan PKR minta maaf... ingat rakyat pekak dan tak tahu?

Posted: 09 Sep 2014 11:30 PM PDT


Respon DAP dan PKR kepada surat Tuanku yang secara terbuka menyuarakan murka terhadap sikap degil kedua badigol ini adalah meminta maaf.

BUkankah begitu jelas kehendak Tuanku meminta dua nama dari parti masing-masing? Apa yang tidak jelas?

Parti masing-masing bermakna DAP tak boleh calunkan si KIPAS! Parti masing-masing maknanya PKR patut calunkan dua bukan si KIPAS lembab itu seorang!!!

Malahan PAS pun tak patut calunkan dua dari PKR dan hanya satu dari PAS. Oleh kerana ada nama yang diletakkan itu menyenangkan hati Tuanku, tak dimurkai Tuanku.

Permintaan itu jelas dan tiada eri baru nak minta maaf. Janganlah ingat pihak istana tak ikuti berita-berita akhbar perdana dan alternatif. Blog dan sosial media pun diikuti istana.

Baca si KETUM punya jawatran yang Unspinners ambil dari MiM SINI, berikut:

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau. seterusnya
Betul-betul macam budak terencat akal.

Dah minta maaf, tapi kata tak bersalah. Siap beritahu Tuanku bahawa mereka tak bersalah. Hantar surat pada Tuanku ke nak berkempen untuk cover mata rakyat dan redakan kemarahan rakyat?

BUkan tak tahu PKR undur dari Pengkalan Kubor kerana takut nak hadapi kekalahan teruk!!!

Lagi pun, maaf PKR dan DAP berisi ...ada sesuatu. Bagi yang tak sempat baca, pergi ke pautan SINI dan SINI untuk tahu agenda mereka.

Ini hanya tactical retreat untuk konon redakan serangan.

Ini cara DAP yang tak akan go all out sekali gus hingga sampai masanya. Agenda akan tetap diteruskan dan ianya akan berterusan sambil "Melayu mudah lupa".

DAP memang mahukan dana MB Inc untuk diguna untuk Sarawak tapi duit di Penang pun cukup banyak.

Dalam Anwar berpura-pura minta maaf, khabarnya macam-macam pihak dalam puak Anwar mahu buat serangan melalui mahkamah. Tak hairan istana kena serang, kerajaan kena serang dan macam-macam lagi mereka mahu serang saman. 

Jeng jeng jeng .... ingat rakyat pekak dan tak tahu ke. Macam mana tak bila masih lagi kata Istana salah. Tunjuk mana dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Istana salah????

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Mahathir Perhalusi Cara untuk Memimpin Malaysia Menjelang Tahun 2020

Posted: 10 Sep 2014 01:16 AM PDT

Buku hasil syarahan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad berjudul "Cabaran Kepimpinan Masa Hadapan" sangat menarik untuk dibaca dan diteliti kupasannya. Menceritakan nasib para pemimpin dunia yang mengakhiri usia mereka dengan penuh tragis dan kekecewaan - Mahathir bijak mencipta analogi serta kiasan tentang persoalan bagaimana kepimpinan harus disulam dengan kebijaksanaan. Malaysia, menurut Mahathir adalah sebuah negara yang sangat unik - yang mana setiap kaum dibenarkan untuk mengekalkan cara hidup masing-masing bersama budaya, nilai dan pegangan agama. Namun demikian, ia tidak akan selama-lamanya berpanjangan dengan aman - jika pemimpin utama negara, khususnya Perdana Menteri tidak bertindak secara bijak dalam menangani isu-isu sensitif.

Buku ini menceritakan tentang "kepimpinan yang bijak" - tentang untung nasib pemimpin yang dibenci oleh rakyatnya sendiri - tentang masa hadapan kepimpinan negara dan yang lebih penting, tentang nasib Malaysia jika kita salah mengundi pemimpin yang lemah lagi tidak bijaksana. Kepada mereka yang gemar menyimpan koleksi tulisan dan ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat ini - maka buku di atas sudah semestinya harus dimiliki. Dapatkan naskah anda hari ini, bagi membuka minda dan mencerah pilihan! Kepada sesiapa yang berminat, sila tinggalkan email anda di dalam blog ini. Harga senaskah RM35 (termasuk bayaran pos). 

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Sultan murka : Nik Aziz menggigil?

Posted: 10 Sep 2014 10:51 AM PDT


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berasa bimbang, gusar dan takut apabila membaca laporan akhbar tempatan mengenai Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah yang murka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana ingkar titah baginda dalam isu Menteri Besar Selangor.

Katanya, perkara tersebut menyebabkan beliau tidak sanggup untuk membaca laporan hadapan akhbar yang menggambarkan kebiadaban kedua-dua parti itu.

Malah beliau turut menyifatkan titah baginda itu sebagai satu amaran keras kepada pihak terbabit.

"Saya baca muka depan sebuah akhbar hari ini (semalam), perkataan derhaka itu, saya rasa geligut (mengigil ketakutan) tidak terbaca saya yang di bawah itu kerana itu baharu sahaja raja sumpah, apa kata kalau Allah sumpah.

"Alhamdulillah (DAP memohon maaf) dia ada hati perutlah tu, dia reti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Semalam, Sultan Sharafudin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda pada 27 Ogos lalu supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada ins­titusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah ba­ginda.

Sultan Sharafudin Idris Shah menerima senarai calon Menteri Besar daripada ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang namun hanya Pas yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri esok, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.

"Siapa sahaja calon kita tidak gentar," katanya.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kes Teoh Beng Hock Dibuka Semula, Sudahkah Kes Rasuah Berkaitan Selesai?

Posted: 10 Sep 2014 09:03 PM PDT

Mahkamah Rayaun menolak keputusan terbuka yang dibuat oleh koroner dalam Inkues Kematian Mendiang Teoh Beng Hock.

Persoalannya, adakah kes rasuah yang berkaitan sudah selesai?















Pembaca boleh meneliti dokumen-dokumen lain dalam blog Truth for Teoh Beng Hock: http://t4tbh.blogspot.com/

Keadilan bagi Teoh Beng Hock bukan sahaja untuk mencari punca kematian, tetapi juga menyiasat dokumen-dokumen rasuah berkaitan kematian mendiang.

Peliknya, DAP hanya minta siasat punca kematian, bukan kes rasuah yang berkaitan dengan mereka.

Kalau mereka benar-benar bersih, kenapa perlu takut?

*Lagi satu benda pelik, kenapa otai DAP macam Ronnie Liu tak bertanding semula dalam PRU 13 kalau dia bersih dan 'bebas rasuah'?

#PRK PENGKALAN KUBOR: CALON BN BUKAN SEBARANGAN ORANG WEI...

Posted: 10 Sep 2014 03:26 PM PDT



UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Haji Mat Razi Mat Ail sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Muda dan Profesional

Haji Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat di Bahagian Pengurusan Sekolah. 

Isterinya Hajah Khairos bt Husin juga merupakan seorang guru di SK Simpangan, Tumpat. Mereka dikurniakan enam orang anak 3 lelaki dan 3 perempuan yang berjaya antaranya di UiTM, UIA, Maahad Tumpat, Maahad Tanah Merah dan SK Simpangan.

Mula berkhidmat pada tahun 1988 di SK Bunohan selama 8 tahun sebelum bertukar ke SMK Sri Kurau Perak pada tahun 1999, SMK Ayer Lanas, Jeli (2002), SMK Geting (2003-2008) selain menjadi guru pakar dan pemeriksa subjek Sejarah.

Cikgu Razi menerima ijazah BA (Hons) Sejarah dan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1999 dan lulusan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988).

Beliau bergiat dalam politik semenjak 1990 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan SimpanganAJK Pemuda UMNO (2005) dan AJK UMNO Bahagian Tumpat sejak tahun 2009.

Beriman

Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan, Tumpat pada 9.11.2012 dengan pengambilan pelajar setiap hujung tahun seramai 50 orang dan pelajar semasa  seramai 20 orang dibantu oleh bekas guru Al Qurannya sendiri; Ustaz Daud Ismail.

Demi perjuangan menegakkan syiar Islam beliau telah berjaya mendapatkan sumbangan dan bantuan dari Allahyarham Dato' Noor Zahidi serta UMNO Kelantan bagi membolehkan pelajar-pelajar pondok agama berkenaan mendapat makanan percuma setiap hari. Inilah contoh kebajikan tanda keprihatinan UMNO dalam membantu menegakkan syiar Islam di bumi Tumpat.

Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu. Semasa di maktab dan universiti dahulu beliau amat dikenali kerana kelunakan suaranya ketika membaca Al-Quran. 

Cikgu Razi merupakan anak murid kepada Guru Pondok Tuan Guru Haji Wan Mat Jal Besar (1982- 1994).

Beliau telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 1994 dan haji buat kali kedua pada tahun 2008. 

Kebolehan dan pengetahuan yang luas dalam bab-bab agama Islam telah membolehkan beliau menjalankan amanah membawa jemaah umrah dari kawasan sekitar Tumpat dan lain-lain kawasan sekitar Kelantan setiap tahun bermula 2011.  

Pengumuman beliau sebagai calon BN dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN semalam.

Ayuh kita berjuang sampai UMNO dan BN menang.

Kepada rakyat dan pengundi Pengkalan Kubor, yakinlah pada perjuangan dan undilah UMNO-BN demi memartabatkan agama, membangunkan masyarakat dan mensejahterakan negeri.

Dengan kemampuan, pengetahuan dan kebolehan Cikgu Mat Razi diharapkan semoga Allah s.w.t memberkati perjuangan kita dan membantu kemenangan BN lagi...Insya Allah, Amin





HARAKAH - ORANG ANWAR vs NIK ABDUH

Posted: 10 Sep 2014 06:37 AM PDT

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) mempersoalkan kenapa lidah rasmi PAS, Harakah online tidak melaporkan kenyataan anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mendedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dikhianati.
"Dengan Harakah online tidak menyiarkan suara penting dari seorang anggota jawatankuasa pusatnya yang juga anggota Parlimen nyatalah suara parti ini dkuasai oleh Anwarinas.
"Mereka kena tunggu dulu kelulusan (Datuk) Kamaruddin Jaafar, anasir Anwar dalam PAS," kata Zam di blognya hari ini.
Menurut Zam, tidak seperti Harakah online, The Star online pula menyiarkan kenyataan itu yang dianggap sebagai berita yang mempunyai nilainya yang tersendiri.
Dalam laporan yang dibuat akhbar The Star, Nik Abduh yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS dan angota Jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan pemimpin kedua parti kompenan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP sebagai pengkhianat kepada PAS.
Zam berkata, Nik Abduh telah membuat satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya yang mengatakan Presiden PAS telah memutuskan untuk tidak perlu lagi berunding dengan PKR dan DAP.
Abdul Hadi juga turut memberikan amaran bahawa partinya akan mengambil tindakan keras terhadap PKR dan DAP jika mereka terus tidak mempedulikan kesabaran yang ditunjukkan PAS.
"Beliau mengajak seluruh ahli PAS Mari kita lancarkan 'Gerakan Kubor'…. jumpa disana…"kata Zam.
Nik Abduh dalam akaun Facebooknya berkata PKR memulakan pengkhianatan apabila bertindak 'mencuri' Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) untuk menandatangani surat berkanun menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
"Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.
"Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri. Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.
"Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri. Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya," kata Nik Abduh.
Tulisan lengkap Nik Abduh :
Siapa Pengkhianat?
Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.
Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;
1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.
Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;
1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri. Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.
2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri. Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.
Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;
1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.
2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.
Presiden telah memilih pilihan kedua.
Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).
Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.
Malang tak berbau!
Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam!
Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.
Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.
Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;
1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.
Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.
2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.
Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.
Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?
Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.
Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.
13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.
Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!
Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.
Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.
Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!
PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.
Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.
Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.
Sekarang, mari kita lihat;
1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?
2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?
3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?
4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?
5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?
Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?
Mari melihat kesimpulan saya..
Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi.
Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..
Saksikan..
Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more
Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more
Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.
Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..
Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana.

#PRK PENGKALAN KUBOR: GILIRAN NIK ABDUH TUTOH ANWAR SAMPAI ROBEK...

Posted: 10 Sep 2014 01:30 AM PDT


Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.

Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;

1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR. 

Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua. 

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam! 

Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.

Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.

13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn! 

PAS mula dipermainkan rakan-rakannha sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..

Saksikan..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan...

Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana.

Petikan dari FB Nik Abduh: