Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


PKR, DAP sepakat, Pas berpecah?

Posted: 09 Sep 2014 08:47 PM PDT


Selain kejutan oleh Pas dengan menyenaraikan salah seorang wakil rakyatnya untuk jawatan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dilaporkan terpaksa menggugurkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon mutlak.

Sebaliknya laporan menyatakan PKR menyenaraikan tiga nama baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, ADUN Ijok, Idris Ahmad dan ADUN Sri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad. Tidak kiralah siapa pun yang parti itu calonkan ia pasti akan mendapat sokongan kawan karibnya, DAP.

Biarpun semakin jelas kini harapan Anwar Ibrahim untuk melihat isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju kehancuran, namun diharapkan kalaulah kalangan wakil rakyat PKR yang dipilih, jangan pula ia menjadi MB kawalan jauh.

Apa pun siapapun wakil rakyat PKR itu, beliau pasti akan disokong penuh DAP tetapi bagaimana dengan Pas? Pemimpin dan ahli Pas perlu mengakui kemelut MB Selangor telah menyebabkan parti itu berantakan. Ketika PKR dan DAP bersepakat, Pas pula berpecah sesama mereka.


Perbalahan dan pertelingkahan antara golongan ulama dan bukan ulama atau lebih terkenal dengan gelaran 'Anwarinas' semakin ketara. Berikut penulis paparkan beberapa faktor yang mendorong berlakunya pertembungan tersebut;

* Terlalu mengutamakan kerjasama dengan PKR-DAP

Di dalam Pas wujudnya satu sentimen yang cukup kuat iaitu Pas harus bersama-sama dalam pakatan pembangkang. Bagi kelompok ini, mereka sudah tidak ada lagi keyakinan kepada kekuatan Pas. Biarpun 'track record' politik Pas jauh lebih baik daripada PKR dan DAP tetapi itu sudah tidak menjadi pertimbangan.

Sebaliknya mereka terlalu 'taksub' dengan pendapat, kalau Pas keluar daripada pakatan pembangkang maka hancurlah masa depan politik parti itu. Tidak kira sama ada Pas dilayan sebagai 'pak turut' kepada PKR atau 'kuda tunggangan' kepada DAP yang pasti mereka mahu Pas terus kekal bekerjasama dengan kedua-dua parti itu.

* Mengagumi kewibawaan Anwar lebih daripada Presiden sendiri

'Penyakit' ini sudah lama wujud iaitu sejak Pas berkawan dengan PKR dan Pas dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ada kelompok dalam Pas terlalu 'berkiblatkan' Anwar dan PKR. Bagi mereka, hanya Anwar sahaja mampu membawa Pas mencapai kejayaan melalui kesepakatan dalam pakatan pembangkang.


Akibat ketaksuban inilah yang menyebabkan sesetengah mereka seolah-olah sudah hilang rasa hormat kepada Abdul Hadi sehingga sebarang pendirian atau keputusan beliau sudah tidak dikira mewakili parti sebaliknya bersifat peribadi.

Mereka bukan lagi mengkritik kepimpinan sendiri di dalam mesyuarat tertutup malah di forum-forum terbuka dan sekali gus menampakkan pendirian politik mereka kadangkala dilihat lebih PKR daripada PKR.

Keadaan ini menggembirakan pemimpin PKR dan DAP kerana mereka tahu di dalam Pas ada kelompok yang boleh digunakan untuk mengurangkan ketegasan Pas apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

* Semakin hilangnya rasa hormat kepada golongan ulama.

Cengkaman politik golongan ulama yang semakin longgar dalam Pas memungkinkan, kelompok tertentu semakin menunjukkan taring mereka. Biarpun Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan tetapi ia sekadar satu keputusan sahaja bukannya dipatuhi.

Pelbagai hujah mereka tampilkan untuk memastikan keputusan itu tidak menjadi satu keputusan muktamad Pas. Begitulah yang berlaku dalam perebutan kerusi MB Selangor, apabila kelompok ini bersuara lantang tetap mahukan Wan Azizah, biar pun Pas mempunyai pendirian sendiri dalam soal itu.

* Sentimen bencikan UMNO

Dalam usaha mencari sokongan dalam kalangan ahli dan penyokong Pas, kelompok ini berusaha untuk mengaitkan UMNO. Bagi mereka, langkah itu adalah 'senjata' yang paling ampuh bagi memperkecilkan kewibawaan pemimpin sendiri.

Mereka akan menuduh pemimpin kanan Pas khususnya daripada golongan ulama terlibat bersekongkol dengan UMNO dalam sesuatu perkara termasuklah dalam isu MB Selangor.

Sebenarnya, nama UMNO sengaja dikaitkan bagi menimbulkan kebencian dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas.


Mana-mana pemimpin Pas yang dilihat cuba bekerjasama dengan UMNO waima untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam sekali pun akan dianggap musuh kepada Pas.

Bagi kelompok ini, tidak mengapa kalau terus `dibuli' oleh PKR dan DAP, tidak mengapa kalau terus dipaksa mengikut agenda politik kedua-dua parti tetapi jangan sesekali bekerjasama dengan UMNO. Keadaan itu menampakkan seolah-olah menjalin kesepakatan dengan parti induk orang Melayu tersebut 'satu dosa' yang tidak boleh diampunkan.

Dalam soal ini seorang pemimpin Pas dikatakan mencoretkan pandangan berikut:

"Kini ada usaha bersungguh-sungguh untuk menukar corak kepimpinan Pas yang berkonsepkan kepimpinan ulama dengan dokongan profesional yang mencintai perjuangan kepada konsep kepimpinan yang lebih liberal, lebih mesra sekular serta lebih bersifat realistik dengan keadaan semasa tanpa terikat dengan dasar-dasar Islam.

"Untuk tujuan itu maka diuar-uarkan bahawa Pas di bawah pimpinan Abdul Hadi dan dokongan ulama serta profesional yang cintakan ulama bercita-cita bergabung dengan UMNO dan berusaha menyeret Pas keluar daripada pakatan. "Tujuannya ialah supaya nanti jika dilihat mereka menghentam Abdul Hadi dan ulama, maka itu adalah tindakan yang rasional dan munasabah kerana mereka cintakan Pas dan mahu kekal Pas bersama pakatan pembangkang.''


Itulah antara perkara yang memungkinkan Pas kini bukan lagi berada di ambang perpecahan sesama mereka tetapi sudah berpecah dari segi dalamannya.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak dalam Pas cuba menafikan hakikat ini. Sudah jelas tahaluf siyasi yang dibanggakan oleh parti itu selama ini tidak memberikan apa-apa keuntungan besar kepada parti tersebut.

Sebaliknya ia menyebabkan perpecahan sesama mereka akibat ketaksuban sesetengah pemimpin parti tersebut kepada kerjasama berkenaan.

Usahlah lagi bercakap soal adat berjamaah atau setia kepada pemimpin kerana bagi sesetengah pemimpin Pas semua itu sudah tidak penting.

Apa yang lebih utama kepada mereka ialah memastikan Pas tidak meninggalkan pakatan pembangkang dan segala arahan serta kehendak PKR-DAP dipenuhi.

Kesimpulannya, Pas kini bagaikan 'jong' yang berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat perpecahan dalaman, jika ia tidak dapat diatasi percayalah Pas akan menjadi ibarat 'Jong pecah Yu kenyang'. Siapakah 'Yu' itu? Semua pemimpin Pas mengetahuinya!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Ronnie Liu sifatkan Mat Sabu lebih bijak?

Posted: 09 Sep 2014 07:00 AM PDT


Demi mempertahankan amalan nepotisme Anwar Ibrahim, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan kenyataan Presiden Pas itu yang bertegas Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Paling biadab apabila bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor dari DAP, Ronnie Liu , bertindak membandingkan kebijaksanaan Abdul Hadi dengan Mohamad Sabu selain menyifatkan pihak yang menyokong Presiden Pas itu adalah sebahagian daripada elemen tidak masuk akal.


Malah tanpa segan silu, Ronnie Liu yang sebelum ini terkenal sebagai tokoh DAP Selangor yang paling lantang menentang beberapa usaha kerajaan Selangor memerangi kemungkaran menganggap Mohamad atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' sebagai tokoh Pas yang jauh lebih bijak dan jujur, tidak seperti Abdul Hadi.

"Sebelum mengucapkan selamat malam, saya percaya ramai antara kita kecewa dengan tindak-tanduk yang dilakukan oleh pihak konservatif dalam Pas. Jutaan rakyat di luar sana juga marah dengan Abdul Hadi serta pengikutnya dan wajar untuk mereka berasa begitu tetapi kena ingat, kita tidak hilang semuanya," katanya..!!!

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


HIMPUNAN AMAN HENTIKAN DISKRIMINASI TERHADAP PENEROKA FELDA ESOK JAM 9.30 PAGI

Posted: 09 Sep 2014 09:15 PM PDT



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Apakah kiblat Dato KJ mengarah ke Jerman?

Posted: 09 Sep 2014 09:00 PM PDT


Peter Schier, wakil KAF Malaysia (kiri), Kamaruddin Jaafar (tengah) dan Khalid Jaafar (kanan).


BUkan niat untuk persenda orang Kelantan sebagai orang Jerman tapi satu soalan yang valid.

Kita hanya perlu ingat balik akan Konrad Adreneur Foundation (Atau bahasa jermannya Siftung)(KAF)

KAF menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM).

Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang.


Lina Joy (kiri) dan peguam pemerhati Bar Council, Malik Imtiaz Sarwar. Malik juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) di Malaysia.


Badan pemikir Anwar sangat terlibat dalam KAF, HAKAM, IFC, Malaysia Interfaith Network, Christian Federation Malaysia, MCBHHS dll. Ini semua adalah badan-badan yang terlibat cuba megurangkan status ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia.

Baca sepnuh di AIDC Blog SINI

Kamaruddin Jaafar membawa imej PAS dan bersongkok haji ke sana kemari tapi adakah dia menentang kumpulan Islam liberal? Adakah dia nyatakan penentangan kepada mereka?



Adakah Dato KJ yang diketahui sebahagian dari kumpulan Anwarinas berfikiran mengikut aliran Islam yang sedia ada dalam PAS atau PAS hanya apa yang dikatakan sebagai political convenience?

Orang PAS perlu tahu samada kiblat sembahyang Dato KJ sebenarnya menghala ke Mekkah atau ke Jerman di Bonn dan Berlin?

PKR undur pun, calun tetap PKR di Pengkalan Kubor?

Posted: 09 Sep 2014 06:23 PM PDT


Bunyi macam besar hati sangat si KIPAS untuk PKR undurkan diri dari bertanding dari kerusi Pengkalan Kubur yang ditandingi PKR pada PRU 13.

Kejujuran si KIPAS tu kelingking berkait. Ada lihat ianya suatu usaha untuk ambil hati PAS buat sementara masa hingga kumpulan ulamak dapat digugurkan dari PAS. Selangor Chronicles di SINI melihat jika PKR ikhlas, serahkan Pengkalan Kubor dan jawatan MB Selangor sekali.

Sg Rapat Online SINI lihat ini usaha untuk dapatkan rizab RM3.2 billion TSKI telah kumpulkan atas kesusahan rakyat.

Dalma hal ini, PKR tak juga ikhlas kerana, FLying Kick SINi menulis AMK Kelantan akan boikot Pengkalan Kubor. Sedia diketahui bahawa dio PRU13 lepas, undi PKR meningkat hingga berjaya mengurangkan jurang majoriti BN.  

Dari khabar yang didengar, walaupun PKR undur dari Pengkalan Kubor, yang bertanding pun tetap PKR. Dalam lain kata, calun yang diura-urakan akan bertanding adalah ahli Parlimen Tumpat dari kumpulan Anwarinas atau PasMa.

Strategi ini kononnya ini untuk ambil hati PAS dan juga PKR.

Sebenarnya PKR takut untuk tanding kerana mereka tiada jentera lagi lepas PKR bergaduh sesama sendiri disebabkan pemilihan yang kotor. Mereka menjangka jentera PAS akan slow atau boikot. PKR tak mahu diboikot tapi mereka pula yang mahu boikot?

Pasti pertandingan yang menarik .....

Guan Eng ... Chief Minister with terorist and gangster mentality

Posted: 09 Sep 2014 05:28 AM PDT


The Chief Minister with a Gangster Mentality

Gangster mentality can be seen in people whose lives are ruled by criminal beliefs and actions. Just as there are different types of gangsters, the same applies to political leaders and politicians. Some have true diplomacy, elegance, and class while some are deficient in leadership quality, style, and character.

When a chief minister demonstrates a gangster mentality by consistently challenging authorities, police and anyone who does not conform to his ideals, expectations and plans, citizens are then ushered into a new era of rebellion and anarchy.

When a political leader lacks a bedrock of principles and values such as mutual respect, vision, social etiquette, and class, he can never be a leader in a class above others. Through time, people will gradually lose respect for him upon realization of his gross deficiency in eloquence, wisdom, self-control, and finesse.

To exacerbate matters, if such a Chief Minister loves riding on popular sentiments for political mileage via a cocky and arrogant attitude, is he capable of binding citizens together to develop consensus for unity? Can such a leader be a noteworthy role model for young people? Is he indirectly stirring a new generation of Gen Y rebels in the making, ever ready to go against the status quo at any opportunity for applause, fame via arrests and other brainless antics?

A Chief Minister's political decisions and statements must be sensitive to public sentiments to uphold unity and harmony. He must assess the wind direction to frame a positive message that is guided by a strong moral compass.

However, Penang has a hotheaded Chief Minister who loses his cool easily by his confrontational attitude with media and police, which often results in full-blown conflict. As head of the state administration, he should seek solutions instead of creating more dissention.

Instead, his megalomaniacal habit is to flame the situation for political mileage to turn the citizens against the government. Perhaps he views Penang as his little kingdom where he is immune to police and legal action. 

Read on here





It is only fair that police should take action also against him. He is a threat to national peace and harmony.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Jangan kerana isu MB, Pas pula berpecah

Posted: 09 Sep 2014 09:30 PM PDT

SHAH ALAM - Pucuk pimpinan Pas perlu duduk berbincang bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti itu sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mad Jali berkata, isu Menteri Besar Selangor sepatutnya tidak mengheret Pas untuk turut sama bergolak seperti PKR.

"Pas sepatutnya lebih terbuka dalam isu ini dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh presiden," katanya.

Menurutnya, keadaan ketika ini agak merisaukan apabila sudah ada tanda-tanda perpecahan apabila dua kumpulan berbeza dalam Pas semakin lantang bersuara.

"Perselisihan antara kumpulan ulama dan profesional nampak jelas, jika tidak dikawal dikhuatiri akan memberi impak kepada keseluruhan parti dan akhirnya menggugat sokongan rakyat," katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, politik berpuak wujud dalam semua parti, namun apa yang merisaukan apabila masalah itu tidak dikawal dengan baik.

Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas ke-60 yang akan berlangsung bulan ini adalah jalan terbaik untuk memulihkan keadaan dalam parti.

"Pasti akan ada timbul banyak persoalan daripada perwakilan, namun itulah jalan terbaik untuk beliau jelaskan kenapa keputusan (berkaitan isu Menteri Besar Selangor) diambil.

"Selain itu, inilah masalah untuk ulama dan profesional berwacana bersama bagi mencari jalan penyelesaian di atas kemelut yang berlaku," katanya.

Rompak, Paksa Lakukan Seks Oral

Posted: 09 Sep 2014 07:12 PM PDT


KOTA BHARU: Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi. Gambar: Sinar HarianKOTA BHARU: Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi. Gambar: Sinar HarianKOTA BHARU: Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi.


Tertuduh, Amran Yunus, 36, dari Kampung Chica, di sini, dihukum selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan merompak wanita yang berusia 29 itu dengan mengambil wang tunai RM50, seutas gelang emas; lokat emas dan kunci kereta jenis Suzuki Swift di ladang kelapa sawit di Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 dan 9 pagi, 4 Mei 2014.


Sebelum itu, mangsa behenti di sebuah stesen minyak menyedari salah satu daripada tayar keretanya pancit.

Tertuduh kemudian mendekati mangsa dan menawarkan bantuan untuk menunjukkan kedai tayar, namun kedai yang ditunjukkan tutup.

Tertuduh kemudian menawarkan bantuan untuk membaikinya, namun tiba-tiba mangsa ditarik dan diikat pada kerusi belakang kereta.

Dia kemudiannya memaksa mangsa melakukan oral seks. Enggan melakukannya, tertuduh bertindak mencurahkan gam ke dalam telinga dan memukul mangsa di mata serta perut.

Mangsa ditinggalkan di kawasan itu selepas barangan berharga diambil.

Pada prosiding itu, peguam bela, Mohd Faizal Abdul Rahman merayu hukuman tertuduh diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang mempunyai lima anak serta isteri, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat.

"Jenayah yang dilakukan tertuduh sangat serius. Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Mohon juga supaya mahkamah mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa seperti mana laporan perubatan daripada pihak hospital," katanya.
- Sinar Harian

iPhone 6 dan iWatch, antara pengumuman menarik oleh Apple

Posted: 09 Sep 2014 06:27 AM PDT


iPhone 6 dan iWatch, antara pengumuman menarik oleh Apple
Berdasarkan laporan, iPhone 6 mungkin datang dalam dua versi iaitu skrin berukuran 4.7 inci atau 5.5 inci yang diperbuat dari kaca sapphire


Apple bakal mengadakan acara khas mengenai telefon pintar terbaharunya, iPhone 6 lewat malam ini yang akan turut menyaksikan pengenalan teknologi terkini produk syarikat itu termasuk iWatch dan iPad Air.


Menurut The Economic Times, terdapat sekurang-kurangnya enam ciri penambahbaikan pada model terbaharu itu termasuk ciri sesentuh TouchID, paparan skrin yang lebih besar, kamera sehingga 13 megapiksel, reka bentuk baharu, teknologi tanpa wayar yang lebih canggih, serta perkakasan yang lebih baik iaitu kapasiti penyimpanan sehingga 128GB dan jangka hayat bateri yang lebih lama.



Berdasarkan laporan, iPhone 6 mungkin didatangkan dalam dua versi iaitu skrin berukuran 4.7 inci juga 5.5 inci diperbuat daripada kaca Sapphire yang akan membuatkan ia tahan calar serta hampir mustahil untuk pecah.



Selain itu, ia juga dikatakan akan dilengkapi dengan teknologi Near Field Communication (NFC) yang membolehkan dua alat peranti berhubung antara satu sama lain.



Edisi terbaru iPhone ini juga akan menggunakan sistem operasi iOS8 yang dijangka meningkatkan lagi kebolehan aplikasi telefon pintar tersebut.



Antara ciri-ciri lain pada iPhone 6 ialah:



1. Aplikasi QuickType yang mampu meramal apa yang akan ditulis sebelum anda menulisnya, serta Swype di mana anda hanya perlu meleretkan jari anda untuk mengeja.



2. Fungsi serta kepintaran tambahan pada aplikasi Spotlight.



3. Aplikasi Health yang baharu, yang membolehkan anda mengumpul maklumat peribadi mengenai tahap kesihatan, pemakanan, tidur, ubat dan banyak lagi.



4. Penambahbaikan pada aplikasi Siri yang membolehkan anda bercakap terus dengannya tanpa menekan sebarang butang, selain fasih dalam 22 bahasa.



5. Anda boleh membalas teks tanpa membuka aplikasi Message. Malah, dengan adanya Notification Centre, anda boleh `retweet', 'favourite' atau 'like' sesuatu di Twitter atau Facebook tanpa membukanya.



6. Anda kini boleh menyunting gambar di aplikasi Photo seperti di Instagram.



7. Anda boleh membuat panggilan menggunakan Wi-Fi.



8. Family Sharing, membolehkan anda dan keluarga (sehingga enam orang) berkongsi aplikasi, lagu dan buku yang dibeli melalui kad kredit yang sama dengan kebenaran pemilik tersebut.



Evolusi iPhone dari iPhone pertama hingga iPhone 5c

Evolusi iPhone dari iPhone pertama hingga iPhone 5c



iWatch



Bagi iWatch pula, menurut AFP, ia dijangka menggabungkan gaya dan inovasi bersama sensor dan kuasa perkomputeran pada peranti dipakai di pergelangan tangan yang dipautkan kepada iPhone atau iPad secara wayarles.



Selain itu, sistem operasi baharunya membolehkan pembayaran melalui peranti mudah alih termasuk sebuah platform kesihatan yang sepadan dengan kemampuan iWatch daripada segi aktiviti penjejakan, tidur, nadi dan banyak lagi.



iPad Air



Menurut Time, model iPad yang terbaharu ini dipercayai sama dalam reka bentuk model sebelumnya, dengan tambahan sistem pemproses yang lebih cepat, sensor cap jari iPhone 5S serta didatangi dengan warna emas.



Selain produk-produk yang disebutkan tadi, produk-produk seperti penambahbaikan Apple Tv, OS X Yosemite, Mac terbaharu, iPod terbaharu serta headphone Beats.



Dengan pengumuman berita baik dari syarikat gergasi Amerika tersebut, apa yang pasti, penggemar Iphone semestinya tidak sabar untuk menunggu keluarannya.



Produk-produk terkini Apple itu yang dikatakan bakal membawa ciri-ciri baru yang sesuai dengan cita rasa pengguna generasi masa kini.

MH17: Pesawat Terkena 'Objek Berkuasa Tinggi' - Laporan Belanda

Posted: 09 Sep 2014 03:34 AM PDT


Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 4:54 PM

THE HAGUE: Laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengenai nahas pesawat MH17 yang terhempas di kawasan pemberontak di timur Ukraine menunjukkan pesawat tersebut berkecai di udara selepas terkena objek berkuasa tinggi.
"Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia berkecai di udara berkemungkinan akibat kerosakan struktural yang berpunca daripada objek berkuasa tinggi dari luar yang menusuk ke dalam pesawat," menurut laporan awal tragedi yang meragut 298 nyawa, sebahagian besarnya warga Belanda.
Laporan oleh penyiasat Belanda itu juga menyatakan bahawa tidak ada bukti berlakunya masalah teknikal, kecemasan atau kesilapan juruterbang yang ditemui.
DSB mendapati 'tiada bukti atau tanda-tanda manipulasi daripada perakam'.

Laporan itu turut menyatakan bahawa tidak ada tanda-tanda sebarang isyarat yang boleh didengar atau sebarang kerosakan atau kebimbangan yang disampaikan antara anak-anak kapal pada perakam data penerbangan.

Hina Nabi di Facebook - Penyelia tapak pembinaan ke penjara

Posted: 09 Sep 2014 01:27 AM PDT



Oleh Sarah Zulkifli
Kuala Lumpur : Seorang penyelia tapak pembinaan dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.
Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama 'Chow Jack' membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha. 
Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik di https://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan orang lain.
Foto
CHOW mengaku bersalah dan dihukum penjara setahun. FOTO Yazit Razali

Chow didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

KEADILAN beri laluan pada PAS untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubur

Posted: 08 Sep 2014 11:36 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
KEADILAN MEMBERI LALUAN KEPADA PAS DEMI KESEPAKATAN MENENTANG UMNO DI PRK PENGKALAN KUBUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi
Saya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat. Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno/Barisan Nasional.
Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain dari adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.
Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
9 September 2014

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SURAT TERBUKA, SAIFUDDIN ABDULLAH vs A. RAHMAN DAHLAN

Posted: 09 Sep 2014 10:26 PM PDT

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

BERKENAAN komentar YB Datuk A. Rahman Dahlan ke atas Datuk Saifuddin Abdulah, saya melihat ianya berpunca daripada awal lagi apabila Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang diberi amanah menerima cadangan-cadangan berkenaan penggantian Akta Hasutan 1948 kepada Akta Keharmonian Nasional telah tersalah urus dalam tindakan mereka.

MKPN dikhabarkan menerima cadangan malah bantuan daripada Majlis Peguam semasa menyiapkan Draf Undang-Undang Akta Keharmonian Nasional untuk diserahkan kepada pihak Kerajaan sebagai Majikan utama. 

Persoalannya kenapa ada pihak mengaku ianya sebagai Draf muktamad? Kenapa ada pihak mengaku ianya sahaja yang diterima untuk dipersembahkan kepada pihak Kerajaan? Menteri yang menjaga Undang-Undang dan Kehakiman pun tidak jelas percakapannya? Perbuatan itu sangat-sangat mengelirukan rakyat. Kita lebih jelas dengan penjelasan Tun A. Hamid Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara tempohari.

Persoalan lainnya, adakah MPKN hanya menerima cadangan daripada Majlis Peguam sahaja? Bagaimana dengan badan-badan peguam yang lain seperti Majlis Peguam Muslim Malaysia, NGO-NGO berlatarbelakangkan undang-undang dan pakar-pakar sejarah negara? Adakah pensyarah-pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Majlis Profesor Negara diberi peluang memberikan pandangan mereka?

Kepada Datuk Saifudin Abdullah, adakah Datuk sengaja tidak tahu bahawa negara ini ada backround sejarah yang tersendiri dan mempunyai nilai kenegaraan yang unik? Adakah Datuk pura-pura tidak mengetahui bahawa Islam dan Melayu adalah entiti utama dalam kenegaraan Malaysia ini? Adakah Datuk pura-pura buta sejarah bahawa teras negara Malaysia ini adalah Islam dan Melayu? 

Saya tidak faham seseorang yang cuba menunjukkan sikap liberalistiknya rupa-rupanya seorang yang benar-benar kelihatan buta sejarah perihal asas, teras, latarbelakang malah tidak mempunyai pandangan jelas akan masa hadapan negara ini ke mana hendak dibawa?

Saya tidak melihat Datuk A. Rahman Dahlan cuba untuk menutup suara Datuk daripada berbicara, isunya ialah bicara Datuk songsang dan tidak cocok dengan masa hadapan negara ini. Saya sendiri melihat, jika Kerajaan mengambil kira pandangan Datuk, saya yakin negara kita akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan status-quo keamanan dan kedamaian hidup bernegara di Malaysia. 

Beritahu kepada saya dan rakyat Malaysia, apa metodologi Datuk untuk memansuhkan Akta Hasutan? Adakah Datuk ada membuat kajian berapa jumlah kes-kes hasutan yang berlaku sejak ISA dimansuhkan? 

Saya menemui beberapa orang Cina yang terpelajar dan mereka memberitahu kepada saya, kita silap kerana menghapuskan ISA. Baginya, langkah-langkah pencegahan lebih penting daripada langkah-langkah pembaharuan. Jika pembaharuan itu membawa lebih banyak keburukan lebih baik kekal dengan cara lama.

Datuk berada di luar sistem kerajaan, Datuk bukan lagi Ahli Parlimen, bukan juga Senator dan Timbalan Menteri. Berbeza dengan Datuk A. Rahman Dahlan seorang Menteri Penuh yang boleh direct bertemu YAB Perdana Menteri untuk membincangkan kemashlahatan rakyat dan negara. Daripada segi itu, Datuk sebenarnya sudah tidak relevan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan walaupun Datuk diberi saguhati untuk berada dalam yayasan yang ada kaitannya.

Seseorang Menteri yang bertanggungjawab seperti Datuk A. Rahman Dahlan, berhak untuk bercakap mempertahankan Kabinet dan Kerajaan yang dia menjadi ahli utama, terutama apabila mengetahui kesilapan telah dilakukan oleh orang luar seperti Datuk.

Kesimpulannya, saya berharap Datuk lebih jelas bahawa MPKN bukan tugas utamanya membuat Rang Undang-Undang, melainkan menerima cadangan-cadangan daripada semua pihak (every single person kata YAB Perdana Menteri). MPKN apatah lagi Majlis Peguam tidak boleh membuat kata putus atau menutup ruang kepada orang lain untuk memberi pula cadangan mereka.

Soalnya, selain cadangan daripada Majlis Peguam, boleh Datuk bentangkan berapa jumlah cadangan yang diterima oleh MPKN daripada mana-mana agensi dan orang awam? Sila senaraikan kerana rakyat mahu tahu, Datuk sering bercakap soal transparancemaka dedahkanlah, baharulah rakyat melihat cadangan itu datangnya daripada pelbagai pihak, bukannya daripada satu sumber sahaja.

Bagi saya, kalaulah Datuk tidak boleh memainkan peranan yang jitu di dalam MPKN, adalah lebih baik Datuk berundur sahaja dan berikan tempat itu kepada orang lain yang lebih berani, vokal dan berintegriti. 

Sebagai mantan Ahli Parlimen, Datuk patut tahu membezakan di antara kepentingan negara berbanding kepentingan politik. 

MPKN dalam watikah pelantikan (25/11/2013) dinyatakan supaya tidak cenderung kepada mana-mana aliran pemikiran pihak tertentu. Nampaknya perkara ini telah diabaikan.

HAJI HADI PUNCA KRISIS MB SELANGOR KATA PEGUAM PKR

Posted: 09 Sep 2014 09:26 PM PDT

Wartawan Mstar, Ariffuddin Ishak melihat forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur pada Isnin menjadi medan untuk mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Tanpa berselindung, salah seorang ahli panel forum itu, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menempelak beberapa tindakan dan keputusan Abdul Hadi berhubung krisis politik Selangor.
"Menurut Aziz yang mengakui bercakap atas kapasiti ahli akademik dan bukannya mewakili mana-mana parti politik Pakatan Rakyat, Abdul Hadi boleh dianggap punca berlakunya krisis politik yang berpanjangan di Selangor.
"Katanya kenyataan bertentangan antara Hadi dan Jawatankuasa PAS Pusat berhubung pencalonan bagi jawatan Menteri Besar Selangor adalah punca segala masalah yang berlaku.
"Bukan sahaja Aziz, malah rata-rata penyokong dan pendengar forum berkenaan mengambil pendirian untuk menyalahkan Abdul Hadi kerana tidak merestui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat sebagai menteri besar.
"Malah timbul persoalan di kalangan pendengar yang ingin mengetahui sama ada PAS berani mengambil tindakan terhadap Hadi termasuk mempertimbangkan agar beliau dipecat daripada PAS," lapornya.
Mstar turut memetik kenyataan Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang berkata sikap dan pendirian PAS yang tidak jelas ketika berhadapan krisis berpanjangan membabitkan isu penggantian Menteri Besar Selangor menjadi punca penubuhan NGO itu.
Mengakui kesal dengan sikap PAS, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu dipelopori pemimpin dan ahli PAS itu bagaimanapun menegaskan tidak berhasrat untuk mengubah haluan PasMa untuk menjadi sebuah parti politik.
"Setakat ini, tak terfikir untuk wujud sebuah parti politik baharu. Pada peringkat ini kita mahu kukuhkan lagi Pakatan Rakyat.
"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini khususnya membabitkan isu politik di Selangor…tindakan PAS ternyata tidak jelas (berhubung kerjasama dalam Pakatan Rakyat)," katanya.
Sejak awal penubuhannya dalam tempoh kurang sebulan, PasMa mencetuskan fenomena baharu di kalangan pakatan pembangkang apabila disebut-sebut bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.
PasMa juga didakwa dianggotai golongan 'Anwarinas' iaitu kumpulan dalam PAS yang menyokong kepemimpinan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pangkalan Kundur berkata, PasMa bimbang wujudnya usaha pihak tertentu dalam PAS untuk bekerjasama dengan Umno ketika Pakatan Rakyat berhadapan krisis membabitkan isu menteri besar.
"Sudah ada bayangan, ada percaturan dalam PAS di Selangor malah sudah ada pemikiran dan perbincangan jika Pakatan Rakyat jatuh di Selangor, akan berlaku PAS campur Umno campur Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bentuk kerajaan.
"Kalau tidak ada dua Adun PAS tampil menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), saya fikir kerajaan campuran seumpama itu sudah jadi…ini sesuatu yang membahayakan," katanya.
Selain itu, Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah menggesa PAS supaya kembali kepada konsep 'tahaluf siayi' atau kerjasama politik bersama PKR dan DAP bagi menyelesaikan segera kemelut penggantian Menteri Besar Selangor.
"Kembali kepada 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang dibuat di Shah Alam pada 2009. Kita akui sukar, tapi pastinya ada jalan keluar tentang perkara ini. Ini adalah kebimbangan utama PasMa terhadap masa depan PAS dalam Pakatan," katanya.
Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pula menempelak PasMa sebagai talam dua muka, mengaku setia kepada parti tetapi mengkritik presiden parti.
"Daripada terus menerus menghentam jadikan gelanggang untuk menghentam Presiden sedangkan dia ahli parti, mana boleh. Ahli parti yang masih mengaku taat setia kepada parti, tiba-tiba hentam parti sendiri.
"Jadi bagi saya lebih baik dia mufaraqah, meninggalkan parti. Cari lah pemimpin yang boleh mengikut kehendak mereka.
"Kalau kita dalam sembahyang, kalau kita dah tak percaya kepada imam kita, misalnya kalau bacaan tidak betul, maka kita kena mufaraqah (berpisah)," katanya kepada Antarapos.
Tambah Mahfodz, sebagai seorang Islam yang berada di dalam jemaah sesebuah parti, adalah menjadi satu kewajipan untuk mentaati pemimpin, selagi mana beliau tidak melakukan maksiat atau menyeru ahlinya melakukan maksiat.
Malah kata beliau, apa yang dilakukan Hadi berhubung kemelut menteri besar adalah tindakan yang tepat sebagai seorang pemimpin yang mengambilkira semua aspek sebelum melakukan tindakan susulan.
"Walaupun mesyuarat memutuskan pada 17 haribulan hantar dua orang pimpinan PKR, tapi oleh kerana keadaan gawat lagi dan pihak istana tak terima, sebab itulah Presiden dengan kuasa yang ada, setelah bincang dengan rakan-rakannyanya, maka beliau hantar nama dua campur satu itu (2 PKR 1 PAS).
"Takkanlah semua Presiden nak bertindak berdasarkan mesyuarat..mesyaurat memang perlu tapi dalam keadaan urgent (terpaksa). Macam juga panglima perang, takkanlah semua nak tunggu mesyuarat. Perkara itu urgent," katanya sambil mengulangi bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus seperti mana yang termaktub di dalam Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS.
Fasal itu menyebut bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.
Bekas Pesuruhjaya PAS Johor itu dalam masa yang sama melahirkan kekecewaan berhubung perkembangan yang berlaku di dalam parti berkenaan pada masa kini, yang mana ianya hanya berpunca daripada kemelut yang dicetuskan pihak lain.
"Itulah.. pasal masalah ini bukan masalah PAS, (ia) masalah PKR. Tapi kerana mungkin ada yang lebih sayang kepada PKR, dia sanggup hentam Presiden sendiri. Sebab itu kita tak boleh ada dua imam, kalau rasa imam sana lebih baik, maka silakanlah (keluar)," katanya lagi.
Kebangkitan PasMa, turut menyemarakkan kemunculan tokoh-tokoh PAS yang tidak sehaluan dengan Presiden PAS.
Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus pula bangkit mendakwa Abdul Hadi telah melanggar perlembagaan parti itu apabila membuat keputusan sendiri memilih calon Menteri Besar Selangor melangkaui Kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Abang Ahmad Kardee yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak mendakwa tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan Presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".
"Adalah aneh apabila Presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya.
"Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai pencalonan Menteri Besar di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.
"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan itu adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor therakyatpost.
Tambah beliau, jawatan Presiden PAS berkonsepkan Perlembagaan iaitu kuasa dan peranannya dihadkan dalam Perlembagaan, maka sebarang tafsiran yang keluar dari konsep atau doktrin tersebut amat asing dan tidak boleh dipertahankan.
Mengulas mengenai kenyataan Majlis Syura Ulama (MSU) yang menyokong tindakan Hadi pada 7 September lepas, Kardee berkata mesyuarat Luham semalam juga memutuskan MSU bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan Menteri Besar Selangor.
Katanya, kenyataan MSU itu membawa makna Presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat AJK PAS Pusat, sekaligus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menyelar tindakan Abdul Hadi yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor.
Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.
"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya.
Beliau merujuk kepada penglibatan Abdul Hadi menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.
Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.
"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.
"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar," katanya lagi.

MAJLIS PEGUAM & SAIFUDIN ABDULLAH UMPAMA BEROK MENDAPAT BUNGA

Posted: 09 Sep 2014 07:19 AM PDT

SIAPAKAH BEROK MENDAPAT BUNGA?
Komentar YB Datuk A. Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen dari Kota Belud, Sabah ke atas bekas Ahli Parlimen Temerloh yang tewas, Datuk Saifuddin Abdullah sangat menyentuh minda patriotik saya. Kami sama-sama dari Sabah dan terserlah bahawa Datuk Rahman Dahlan memiliki semangat patriotik dan kasih kepada negara yang lebih tinggi berbanding Datuk Saifudin Abdullah.

Kalaulah orang Sabah lebih hebat jati dirinya kepada Malaysia, berbanding mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, anda boleh bayangkan betapa malu malah bencinya kami kepada orang seperti ini. Menyeru orang berpatriotik diri sendiri tidak nampak, kerana bagi saya jika kamu tidak boleh berfikiran sebagai seorang negarawan(bertatanegara), tidak jelas nilai 'national interest' malah seperti kebudak-budakan yang baharu memanjat tangga simpati politik, orang Sabah kata kamu jenis orang 'tiada skul' (tiada sekolah).

Sejak kebelakangan ini, semua orang tahu bahawa Majlis Peguam sering menyokong apa yang kita lihat seperti perjuangan kebebasan mutlak, kebebasan human right, kebebasan menukar agama, kebebasan amalan lgbt dan sebagainya. Mereka seperti Berok mendapat Bunga bilamana mendahului Kerajaan kononnya merekalah yang diamanahkan menyiapkan draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan dan mengaku pula telah diserahkan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Nancy Shukri. Si Saifudin Abdullah pula tumpang semangkok hidung tak muncung pipi tersorong-sorong!

Majlis Peguam bagaikan si Kudung mendapat Cincin kerana tidak tahu malu. Mereka berbangga-bangga dengan draf mereka itu, lalu menghebahkannya di laman web mereka kononnya draf Undang-Undang Keharmonian Nasional yang mereka drafkan adalah yang terakhir dan kononnya akan menjadi Rang Undang-Undang yang akan digunapakai oleh pihak Kerajaan. Persoalannya, sejak bila kerajaan memberi mereka elaun dan tugasan untuk menyediakan Rang Undang-Undang? Apa perbezaan Draf dengan Rang? 

KERAJAAN NAFI
Dalam hal ini, YAB TPM TS Muhyiddin berkata beliau belum pun membaca Draf undang-undang yang dikemukakan Majlis Peguam. 

Lihatlah Majlis Peguam betul-betul tidak ada rasa malu malah menghebahkan kepada rakyat kononnya mereka diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan walhal TPM sendiri menafikannya.

Malah, YAB TS Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan Draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan. 

"Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak".  

"Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," kata TS Muhyidin Yassin.

Tetapi bagi kita, tiada yang menghairankan kepada Majlis Peguam ini kerana mereka telah sekian lama menunjukkan jati diri mereka pro kepada pembangkang. Sudahkah kamu membaca tulisan Tun Abdul Hamid Mohamad di sini, mantan Ketua Hakim Negara betapa jelek dan buruknya sikap Majlis Peguam yang mempergunakannya untuk mengiakan tindakan mereka suatu masa dahulu.

Ada orang berkata kepada saya, Majlis Peguam ini kelihatannya semua terpelajar tapi mereka sebenarnya sangat bodoh kerana tidak memiliki pemikiran national interest. Samalah juga seperti Datuk Saifudin Abdullah kelihatan sangat bodoh dengan pandangan-pandangan kontranya kepada kerajaan.
AKTA HASUTAN DI SINGAPURA
PEGUAM-PEGUAM SINGAPURA
Peguam-peguam di Singapura nampaknya lebih bijak kerana mempertahankan kerajaan mereka supaya mengekalkan Akta Hasutan dan ISA untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara Singapura. Mereka lebih bersifat negarawan, faham hidup bertatanegara dan faham konsep keutamaan kepada negara. Kebodohan sesetengah peguam dalam Majlis Peguam Malaysia ialah mereka tidak dapat membezakan antara kepentingan negara dengan kemahuan politik.

Kesimpulannyamudah, Kerajaan tidak patut mengambil pandangan mereka yang tidak ada national interest, buta sejarah dan lebih memenuhi kepentingan parti pembangkang. Sebaliknya, kerajaan  lebih baik mendengar pandangan-pandangan daripada pakar-pakar perundangan dan sejarah negara yang lebih berkaliber, patriotik dan dan memiliki jati diri yang jelas kepada negara.

Sebagai orang Sabah, saya sangat malu mempunyai seseorang seperti Datuk Saifudin Abdullah di dalam Malaysia. Saya sarankan Datuk Saifudin Abdullah dihantar ke Kursus Perdana anjuran mana-mana agensi/NGO untuk mendalami world view yang betul mengenai kepentingan Akta Hasutan kepada negara. Kursus-kursus mengenai konsep mengutamakan kepentingan negara juga boleh diikuti di pusat kenegaraan China, Jepun dan Korea.

Kebodohan sesetengah pihak di dalam Majlis Peguam, juga Datuk Saifudin Abdullah kerana dia seolah-olah tidak mengetahui bahawa Akta Hasutan bukannya mengenai institusi diraja dan kedudukan istimewa Melayu atau mempertahankan mana-mana kerajaan. 

Akta Hasutan ini sangat jelas untuk mencegah dan mengawal rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya supaya tidak berlaku lagi tragedi seperti rusuhan 13 Mei 1969. Akta Hasutan tidak juga digunakan kepada mana-mana agama dan kepercayaan mereka. Sesiapa sahaja yang didapati memulakan niat untuk merosakkan keamanan negara dan keselamatan rakyat Malaysia, maka Akta Hasutan adalah jawapan yang paling tepat selepas ketiadaan ISA. Ianya jelas adalah langkah-langkah pencegahan.
MAJLIS PEGUAM ATAU SAIFUDDIN?
TIDAK TAHU MALU
Benar kata Datuk A. Rahman Dahlan bahawa perbuatan Datuk Saifuddin Abdullah yang berkata bahawa Draf Undang-Undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (NUCC) dengan bantuan Majlis Peguam kononnya bakal menggantikan Akta Hasutan sebagai perbuatan tidak masuk akal. 

Datuk Saifudin Abdullah dan Majlis Peguam bukan sahaja mendedahkan sesuatu yang belum pun dibincangkan di peringkat kerajaan malahan telah mendahului suara rasmi kerajaan. Barangkali kerana Saifudin tidak pernah menjadi Menteri Penuh yang tidak perlu menghadiri mesyuarat Kabinet maka dia menunjukkan kebodohannya yang sebenar.

Betul kata Datuk A. Rahman Dahlan, siapa dia Saifuddin Abdullah dan Majlis Peguam dan NUCC untuk mengumumkan kandungan draf itu kepada umum?

Mereka hanya diberi mandat untuk menerima, mendengar dan membincangkan cadangan-cadangan dan buah fikiran pihak-pihak yang berkepentingan dalam perbincangan tertutup dan selepas itu, mereka dikehendaki untuk menyerahkan rumusan mereka kepada pihak kerajaan untuk diteliti, diperhalusi dan dibincang. 

Sungguh Nampak kebodohan Datuk Saifudin Abdulllah apabila mengatakan bahawa Draf Undang-Undang yang ditulis oleh NUCC dan Majis Peguam itu adalah dokumen Draf Undang-Undang yang akan diangkat ke parlimen. Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi.

Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menDraf Rang Undang-Undang itu untuk diangkat ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi. Jika Rang Undang-Undang Harmoni Nasional belum lagi dibentang dalam mesyuarat kabinet, mengapa Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC pandai-pandai membicarakan isi kandungan deraf rang undang-undang mereka itu di dalam media. Inilah yang dikatakan seperti Berok mendapat Bunga, tidak tahu malu.

Saya bersetuju bahawa tindakan Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak adil dan salah dari segi prosedur. Ianya akan mengelirukan rakyat dan boleh dianggap tidak beretika kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk meluahkan isi kandungan cadangan mereka itu kepada umum melalui media massa. 

Oleh itu, kepada Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam berhentilah merujuk kononnya cadangan mereka itu sebagai dokumen terakhir yang akan diangkat ke parlimen. Yang akan menentukan bentuk terakhir dokumen rang undang-undang itu ialah Jemaah Menteri. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak boleh mendahului kabinet Malaysia.

Datuk Saifudin, sedar dirilah kamu, bahawa kamu bukan Menteri juga bukan siapa-siapa pun? Kamu patut bersimpati dengan tragedi yang sedang menimpa isteri DS Anwar Ibrahim di Selangor, berilah cadangan kamu dalam isu itu? Kamu sedarilah kamu tewas kerana rakyat sudah tidak mahukan kamu lagi, kamu sudah outdated, janganlah kamu anggap diri kamu sebagai pemimpin transformasi yang lebih sudu daripada kuah!

Kepada Majllis Peguam, kamu kembalilah kepada tugas asal kamu, silalah tadbir dan urus peguam-peguam supaya mereka mematuhi etika guaman. Sedarlah bahawa kamu sebagai Majlis Peguam tidak ada pun dalam mana-mana peruntukan penubuhan kamu bertanggungjawab untuk membuat undang-undang negara.Janganlah kamu menjadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

ABU AS-SYIFA'
KOTA KINABALU, SABAH.

GEMPAR! Satu Lagi Mesej WhatsApp Dalaman PAS Terbongkar?

Posted: 09 Sep 2014 06:30 AM PDT

Makin kucar kacir PAS dek kerana walaknya pemimpin PAS kepada Anwar Ibrahim. Lihatlah mesej WhatsApp ini....



Sampai pengarang lidah rasmi PAS, Harakah pun serang Presiden sendiri, apa dah jadi dengan PAS?

Pemuda Cina Hina Islam Telah Dihukum. Adakah Akta Hasutan Tak Releven?

Posted: 09 Sep 2014 04:56 AM PDT


Seorang pemuda yang menghina Islam telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah hari ini. Pada mulanya dia dituduh di bawah Akta Hasutan tetapi kerana mengaku bersalah, dia telah didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

KUALA LUMPUR, Sept 9 ― A 27-year-old Facebook user was sentenced to one year's jail after he pleaded guilty to making remarks disparaging Islam and the Prophet Muhammad.

Chow Mun Fai was earlier charged with using his "Chow Jack" Facebook account on June 12 to post a Hari Raya Aidilfitri greeting that included the words "devil" and "bak kut teh", a dish containing pork that is forbidden to Muslims.

The charge was proffered under Section 233 (1)(a) of the Communications and Multimedia Act 1998, for posting an offensive comment with intention to hurt the feelings of others.

After hearing arguments from both sides, Sessions Court judge Azman Mustapha ordered Chow to be jailed for one year ― the maximum imprisonment term allowed under Section 233 (3) of the same law.

The penalty under Section 233 (3) is a fine of up to RM50,000 or one year jail or both.
According to Azman, the sentence should serve as both a lesson for Chow and also a reminder to the public to not hide behind the Internet to write comments that could cause anger and disrupt harmony.

Chow's lawyer Ahmad Ridza Mohd Noh had earlier asked for a lighter sentence, pointing out that his client was providing for his parents, both aged 60, with his RM2,000 monthly wage as a site supervisor.

Ahmad Ridza also said that his client suffered from severe gastric problems and tuberculosis.

Chow also regretted his error and his act would "haunt" him for life, the lawyer said.
DPP Suhaimi Ibrahim had argued that "public policy demands a severe sentence to be imposed" in Chow's case.

Suhaimi cited the Federal Constitution's Article 3, which states that Islam is the religion of the federation while other religions may be practiced in peace and harmony.
"The accused's action in disputing or raising sensitive issues about Islam would surely invite response from others," he said, adding that this would destroy the foundation of a peaceful and respectful society based on Article 3.

Suhaimi also said there is a limit to the constitutional right to freedom of expression, and that the court must give a clear message to all social media users that they must be responsible for the consequences of their remarks.

Earlier today, Chow pleaded not guilty to the principal charge under Section 4(1)(c) of the Sedition Act, which prescribes a maximum penalty of RM5,000 fine or three years' jail or both.

Since Chow pleaded guilty to the alternative charge under the CMA, the sedition charge against him no longer applies.

The charges against him were brought following a June 12 police report by Mohamed Fairuz Mohamed Ariff, a supervisor at the Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) — where Chow was said to have posted the offensive remark.
Sumber: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/facebook-user-jailed-a-year-for-offensive-hari-raya-greeting#sthash.lRduhgo7.dpuf


Lihatlah betapa kukuhnya Akta Hasutan yang mampu membuatkan penghasut mengaku bersalah. Walaupun hukuman penalti RM5,000 tetapi hukuman penjara bagi kesalahan ini sehingga 3 tahun mampu membuatkan penghasut berfikir 2 kali apabila dituduh di mahkamah. Lainlah kalau kerjanya memang menghasut pengikutnya atas pentas ceramah.

Jadi, di mana relevennya draf Akta Keharmonia Nasional yang dicadangkan oleh Saifuddin Abdullah dan rakan-rakannya dalam MKPN dan Majlis Peguam sedangkan tugas mereka hanya mengambil input dari masyarakat. Itu pun jika mereka benar-benar 'ikhlas' dalam memilih rakyat mana yang mereka mahu jumpa. Jika benar mereka telah jumpa semua peringkat dan kumpulan rakyat, kenapa draf yang mereka cadangkan kini mendapat tentangan hebat rakyat?

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

*MyMassa sokong Datuk Rahman Dahlan.