Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SULTAN SELANGOR SEMAKIN MURKA ATAS SIKAP KURANG AJAR & KEBIADAPAN ANWAR

Posted: 07 Sep 2014 09:31 PM PDT




TEE CHUAN SENG DESAK PAS SINGKIR PEMBELOT KERANA MEREKA BUKAN AHLI SEBENAR

Posted: 07 Sep 2014 07:30 PM PDT

Sekian lama saya mengenali dan mengkaji  PAS, parti ini hanya percaya kepada sistem Islam bagi mewujudkan negara Islam. Demokrasi selalu dilabelkan sebagai sistem kafir atau thaghut (melampaui batas/ menyesatkan).

Dalam sistem, PAS sentiasa meletakkan Majlis Syura (ulama) pada hiraki yang tertinggi seperti mana tuntutan Islam itu sendiri. Tiba-tiba dalam kes MB Selangor, Syura PAS mula diketepikan.

Keputusan Syura PAS tidak lagi mengikat. Mereka lebih percaya kepada pendapat majoriti, termasuk Muslimat PAS yang menyokong ultra kiasu menjadi MB Selangor. Walaupun ianya dinafikan, tetapi ultra kiasu lebih cekap dengan mengeluarkan kenyataan terlebih dahulu. Muslimat PAS terperangkap.

Apa sudah jadi dengan PAS? Sejak bila PAS 'beriman' kepada sistem demokrasi? Bukankah sejak dahulu PAS mengatakan ia sistem kufur? Mereka yang menerima sistem demokrasi adalah kafir. Penyertaan PAS dalam pilihan raya adalah sebagai wasilah, bukan matlamat atau merelakan demokrasi.

Kedudukan Presiden semakin tergugat dengan demokrasi yang dipuja oleh segelintir pimpinan PAS. Undian demokrasi telah menutupi keputusan ulamak. Menunjukkan seolah-olah ulamak PAS tidak faham tahaluf siyasi.

Ya, benar, ciri-ciri demokrasi ada dalam Islam, tetapi dalam soal membuat keputusan, keputusan syura perlu mengatasi demokrasi. Barulah kita berjaya mengIslamkan demokrasi. Islam berada di atas, demokrasi di bawah. PAS berada di atas PR, bukannya PR atau ultra kiasu menguasai PAS.

Nasihat saya kepada PAS, pertama, kembalilah kepada perjuangan asal supaya PAS tidak dilihat sebagai sebagai parti U-Turn. PAS tidak akan rugi banyak jika tidak bersama thaghut, iaitu kalangan mereka yang melampau dan mahu menyesatkan.

Kedua, PAS setakat ini masih dihormati dalam kes kelemut MB Selangor, meskipun di kalangan ultra kiasu, PAS seolah-olah sudah tidak bermakna. Saya tidak pernah risau apa ultra kiasu akan kata kepada PAS, kerana ultra kiasu itu penentang Islam. Paling saya takut, apa yang PAS akan jawab nanti di hadapan Rabbul Jalil nanti kerana mengenepikan syura ulama.

Ketiga, PAS mesti mempertahankan maruahnya. Lihatlah betapa lancangnya ultra kiasu dalam isu PRK Pengkalan Kubur. Meskipun, PAS baharu sahaja mencadangkan untuk bertanding di sana, ditentang habis-habisan oleh ultra kiasu. Pada ultra kiasu, itu kerusi mereka, sedangkan kekuatan tidak ada.

Saya amat yakin ultra kiasu akan kalah dalam PRK Pengkalan Kubur, sebab mereka tidak kuat. Jika PAS tidak mengundi, pasti mereka akan kehilangan wang deposit. Namun, jika PAS bertanding, ditakdirkan kalah, selisih undinya pasti tidak banyak.

Keempat, ahli PAS yang tidak setia dan belot mesti disingkirkan, terutama dua ADUN Selangor yang mendahului keputusan PAS (Ulama). Mereka ini bernafsu besar. Mereka yang belot itu, bukan ahli PAS yang sebenar. Mereka dahulunya adalah kumpulan IRC (Islamic Representative Council) di luar negara. Kumpulan ini juga yang memporak-perandakan parti PAS suatu ketika dahulu. Ulat-ulat ini cukup aktif dalam PAS bagi meluaskan pengaruh mereka.

Kelima, rakyat hari ini amat mengharapkan PAS berperanan besar dalam PR, bukan ultra kiasu. Ultra kiasu amat licik perancangannya untuk menghancurkan Islam. Mereka sangat bongkak dan takabbur. Niat mereka hanya untuk menguasai Putrajaya.

Mereka menggunakan isu UMNO, korupsi dan kroni, bagi memancing hati rakyat. Isu MB Selangor sangat jelas membuktikan. Benar, Khalid ada kelemahan. Tetapi sudah tentu lebih banyak kebaikan. Selangor jauh berubah berbanding dahulu.

Sebagai rakyat Selangor, saya tidak nampak Khalid perlu disingkirkan, seperti keputusan ulama PAS. Tetapi itulah yang terjadi. Kenapa? Jawapannya, mudah. Langkah Kajang telah gagal.

Ultra kiasu begitu bernafsu besar melihat duit Selangor yang banyak dikumpulkan Khalid dan banyak projek tidak jatuh ke tangan mereka. Mereka perlukan duit untuk jadi kuat.

Saya akui, PAS mendapat kejayaan terbesar dalam sejarah PRU yang lalu kerana bersama PR. Persoalannya, adakah kejayaan PAS hanya diukur dengan kejayaan mendapat banyak kerusi atau menafikan majoriti dua pertiga BN atau marahkan UMNO?

Itu politik dendam namanya. Adakah PAS berdendam dengan UMNO, sedangkan Islam mengajar kita memaafkan?

Ingatlah wahai PAS, kejayaan sesebuah gerakan Islam bukan hanya menang pilihan raya. Kejayaan lebih besar, adalah mempertahankan hak dan maruah Islam. Hebatnya Hamas hari ini, bukan kerana pilihan raya yang disertainya, tetapi kejayaan mempertahankan bumi Palestin dan maruah Islam.

Apa guna dapat kerusi banyak dan menafikan dua pertiga BN jika Islam tidak didaulat dan dijunjung. Berdiam diri melihat Islam dipijak dan dienjak. Biar kalah tidak mengapa, asalnya Islam terpelihara.


Saya amat takut jika PAS berubah prinsip. Politik mengatasi segala-galanya. Jika itu yang berlaku, rasa hormat saya dan ramai lagi terhadap PAS akan hilang. PAS pasti akan menerima akibat dalam PRU akan datang. (PROF DR. MRTA)

ANWAR SINDIR HADI, KAU KATA ISTERI SAYA TAK MAMPU, TAPI KAMU GAGAL DI TERENGGANU

Posted: 07 Sep 2014 04:30 PM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah menyindir PAS apabila mendakwa pencalonan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya sekadar memilih Menteri Besar Selangor dan bukannya Khalifah umat Islam sedunia.
Anwar turut bertanyakan PAS adakah menolak Wan Azizah sebagai MB Selangor disebabkan faktor wanita.
"Tetapi saya tidak setuju kalau ini dianggap sikap rasmi PAS. Sikap PAS secara rasmi masih bertahan mahu dalam Pakatan Rakyat (keputusan yang dibuat pada 17 Ogos). Walaupun apa-apa kenyataan (kemudiannya) bercanggah dengan keputusan awal.
"Sebab itu, saya tegur, apa betul kata alasan, ini sebab wanita (tidak boleh jadi MB Selangor)..
"Tetapi, kalau betul bagitahu, kita boleh jawab kerana saya juga ada rujuk..saya kata ini, Al Maududi sebut begini, Qardhawi sebut begini, badan ulamak Indonesia sebut begini…Dan bukan bererti (untuk pilih) amarul mukminin.. bukan.. bukan (pilih) khalifah umat Islam sedunia, tidak… (hanya untuk pilih) Menteri Besar Selangor,"katanya dalam program Centre For Reform Democracy dan Social Initiative, Puchong, Selangor, 30 Ogos.
Sindiran Anwar itu seolah-olah ditujukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Harakahdaily melaporkan Presiden PAS itu dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia pada 23 Ogos lalu.
Perlantikan Abdul Hadi dibuat pengerusi kesatuan itu, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.
Dalam masa sama, Anwar turut mengkritik tindakan mencalonan tiga nama untuk calon MB Selangor.
"Tapi kalau kita bimbang kerana mungkin Tuanku tak setuju, kena sebut tiga nama. Saya jawab, ini soal prinsip.
"Kalau-kalau kita buat sebagai pendahuluan (precedent), election akan datang, Perdana Menteri (mesti calon) tiga nama, Menteri Besar Kelantan tiga nama, Menteri Besar Kedah keenam…" katanya lagi

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Nik Aziz restu TSKI heret PKR ke mahkamah

Posted: 07 Sep 2014 10:30 PM PDT


Selepas Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat turut mengesahkan bahawa PAS telah mengetahui pun 'rahsia' yang bukan lagi rahsia. Malah Nik Aziz turut mendedahkan bagaimana PKR bertindak secara bersendirian tanpa berbincang.

Namun yang paling menarik ialah apabila Nik Aziz berkata, kalaulah dia Menteri Besar Selangor, dia akan menyeret PKR ke mahkamah kerana menjatuhkan maruahnya.

PKR adalah budak manja yang segala kehendaknya perlu dituruti. Menurut Mursyidul Am PAS itu lagi, seseorang perlu menegur PKR yang semakin hari semakin manja. Malah Nik Aziz juga melahirkan kegembiraan kerana Presiden PAS memilih untuk berkeras dan mendedahkan kebenaran.

Pengakuan Nik Aziz tentang penjelasan yang diberikan oleh Hadi Awang, sekaligus mendedahkan bahawa PKR dan DAP adalah berbohong. Perbincangan dan perdebatan dengan Khalid Ibrahim telah dilakukan sebelum LANGKAH KAJANG yang sekarang ini bertukar menjadi LANGKANG KENGKANG dimulakan.

Sebelum ini, PKR terutama menerusi Rafizi Ramli kerap berkata dan memberitahu masyarakat yang Khalid Ibrahim enggan bersemuka dengan panelis Pakatan Rakyat untuk menjawab setiap persoalannya. Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Hadi Awang ketika dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh PAS Terengganu telah mengesahkan bahawa selain PAS yang menghantar tiga orang wakil, PKR dan DAP juga turut menghantar tiga orang wakil setiap satu untuk bersoal jawab dengan Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim telah menjawab semua persoalan dan jawapannya dikatakan telah memuaskan hati kesemua yang menyoalnya. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim yang kemaruk untuk menyebat wang rakyat Selangor telah mengumumkan mahu menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pemaksaan perletakan jawatan oleh ADUN Kajang. PRK Kajang kemudiannya berlangsung dan Anwar Ibrahim yang tidak layak, telah digantikan oleh Wan Azizah.

Apabila Wan Azizah menang DUN Kajang, Anwar Ibrahim memaksa agar Khalid Ibrahim meletakkan jawatan Menteri Besar untuk digantikan oleh isterinya itu.- Selangor Chronicle

Pindaan Akta Hasutan bukan guna deraf Bar Council

Posted: 07 Sep 2014 07:30 PM PDT



KUALA LUMPUR, 7 Sept – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam bukannya draf kerajaan.

Menegaskan perkara itu hari ini, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.

"Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

"Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," katanya.


Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Batu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perkara itu menjadi isu selepas Majlis Peguam kononnya telah menyiapkan draf rang undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan dan telah diserahkan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nancy Shukri.

Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata beliau belum membaca draf undang-undang yang dikemukakan Majlis Peguam, namun menyifatkan kerajaan terbuka menerima cadangan daripada semua pihak.

"Kerajaan terbuka dan akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan lainnya, tetapi yang penting ialah untuk memastikan undang-undang yang dimuktamadkan nanti mestilah lebih berkesan daripada yang sedia ada.

"Sekarang ini rakyat mungkin terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam itu sehingga menolak cadangan untuk menghapuskan akta ini. Tapi nasihat saya, tunggu dulu sehingga draf kerajaan siap…," katanya. - UMNO Online

Chegu Bard serah borang masuk UMNO ke Mat Maslan?

Posted: 07 Sep 2014 04:32 PM PDT


Yang ni bagi borang masuk umno ke, atau bagi memorandum? Tambah-tambah lagi dengan kehadiran Rahimi di sebelah itu. Dia datang macam nak serah diri saja.

Sebelum ini kita pernah dengar luahan kekecewaan Cikgu Bard terhadap parti 'nepotisme' PKR.

Apapun, kelihatannya mereka tetap mesra dan senyum-senyum saja. Mesti ada sesuatu kan.. Betul tak?



Sarawakian Marks

Rara pun ada ...dalam perjumpaan ke pejabat Kementeriaan Kewangan.

PAS nak berpecah kerana Trojan Horse, Adakah UMNO pun?

Posted: 07 Sep 2014 07:47 AM PDT


PAS nak hancur dikerjakan dek budak budak suruhan Nuar Berahim.. 

Dalam UMNO pun ada ramai budak suruhan dia. Ada bekas PKR yg berasal dari UMNO. Kembali meteka berupa pulang ke pangkal jalan.

Ada tidak ada pucuk pangkal dari UMNO tapi.kita terima dia.

Rata-rata mereka yg berasal dari ABIM pun tak boleh buang baiah dan keidolaan pada Anwar hingga makan puluhan tahun nak sedar salah lakunya.

Banyak pengikut dari pensyarah dan pegawai tertinggi kerajaan yg diam macam trojan horse. Kini ramai menunjukkan taring mereka.

 Hmmmm.. are we that gullible..untuk biarkan teojan horse ini dalam kerajaan, parti dan biznes berkeliaran untuk tunggu mereka pecahbelahkan UMNO pula?


Undi cina Gerakan tak tarik, tapi mahu Melayu tak undi UMNO?

Posted: 07 Sep 2014 02:04 AM PDT


Dahlah Gerakan belum tahu boleh dapat tambahkan undi kaum cina tapi kini menolak undi untuk BN.

Ni bodoh ke atau sombong. Atau sabotaj?

Mana tidak, Perkasa dianggotai oleh orang Melayu yang merupakan tiang sokongan UMNO. Bukankah ini satu sabotaj terhadap UMNO demi untuk agenda liberal gerakan yang belum pasti membantu tambah undi BN.

Kata-kata Dato Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa tu satu hal.

Faham benar Ibrahim ali kerana ia mungkin wayang dan satu cara dia memberi tekanan ke atas Dato Najib untuk isu yang mana 189 Bahagian UMNO kini mahu dikekalkan Akta Hasutan dan dikembalikan SIA kerana SOSMA dilihat sebagai lemah.




Pastinya Ibrahim Ali tidak mahu undi PKR dan DAP. Bagi Ibrahim ali yang pernah bertanding atas tiket PAS dan pusing tinggalkan PAS, agak susah dan merendahkan maruahnya untuk kembali sokong PAS.

Entahlah tapi kalau Ibrahim Ali mahu mulakan parti baru, itu dah lain cerita ....

Hadi hampir nak kafirkan PKR

Posted: 07 Sep 2014 12:00 AM PDT


AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Apabila Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia Dibelasah - Di Mana Para Mujahiddinnya?

Posted: 07 Sep 2014 05:59 PM PDT

Pada saat Anwar melancarkan "Langkah Kajang" tiada sesiapa pun yang bertempik dan melalak menyalahkan Anwar bertindak secara bersendirian. Padahalnya, segala yang telah berlaku di Selangor pada hari ini adalah berpunca daripada Anwar. PAS tidak bersalah dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia juga tidak bersalah. Yang bersalah ialah Anwar Ibrahim - KETUM PKR.

KUALA LUMPUR 7 Sept. - DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah. 

Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi. Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasio-nal (BN) berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri. Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang mengarahkan Pre-siden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.

Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan Pas selain daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden Pas tersebut yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan Abdul Hadi keseo-rangan. Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal. "Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini. Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak mempersoal kewibawaan Wan Azizah. 

"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan beliau," katanya sinis. Sementara itu, seperti juga Nik Nazmi, Ketua Penerangan Wani-ta PKR, Azura Aziz juga tampil mengecam Abdul Hadi tetapi beliau bertindak lebih jauh apabila menyifatkan Presiden Pas tersebut sebagai mengkhianati pakatan pembangkang. "Siapa dia untuk mengatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu? Dia cuba meletakkan tiga nama daripada Pas dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat pakatan rakyat. Jika dia tidak berpuas hati dengan gabung-an pakatan, dia harus meninggalkan parti," katanya.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara Jika Lewat Daftar Nikah

Posted: 07 Sep 2014 10:49 PM PDT


..
 Pengarah muzik  Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.
Menurut Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.
"Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.
"Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh pada Selasa lalu hadir ke Jais bagi menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri selain buku pernikahan mereka.
Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.
Kedua-dua pasangan tersebut telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.
Dalam pada itu, Shahrom berkata, pihak penguatkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pasangan itu memandangkan mereka tidak mendaftarkan perkahwinan yang sudah menjangkau usia setahun lima bulan.
"Jika jelas peraturan itu dilanggar maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35.
"Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara-perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan," jelasnya.

Puja mayat anak agar hidup semula

Posted: 07 Sep 2014 01:36 AM PDT

Oleh Abd Rahman Adam
Miri: Akibat taasub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk 'menghidupkan' semula bayi berkenaan.
Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.
Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.


Sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis, kelmarin.
Foto
LELAKI terbabit memangku mayat bayinya.

Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.

"Mungkin atas sebab itu, lelaki terbabit menghubungi pemilik rumah memaklumkan kematian anaknya, selain dipercayai sudah mendapat kebenaran isteri serta ibu masing-masing.

Sesuatu meragukan bila pemimpin pembangkang dapat tempat di waktu perdana TV3

Posted: 07 Sep 2014 12:41 AM PDT

Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.
Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.
Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.
Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.
Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.
Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?
Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.
Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.
Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.
Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.
Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.
Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.
Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.
Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam  politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).
Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. – TMI 7 September, 2014.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nampaknya Anwar dan kroni bakal melepaslah lagi...?

Posted: 07 Sep 2014 10:21 PM PDT


Laluan untuk isteri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor semakin sukar. Laluan permaidani merah untuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dirancang begitu rapi oleh PKR dan disokong DAP sejak awal tahun itu bahkan hampir-hampir tertutup.

Mungkin sudah ditakdirkan Wan Azizah yang bukan anak jati Selangor itu tidak menjadi menteri besar negeri terkaya ini. Nasibnya barangkali sama dengan si suami yang asyik maksyuk untuk menjadi Perdana Menteri tetapi bayang pun belum nampak.

Walaupun laluan itu dirancang secara teliti oleh orang paling cerdik dalam PKR tetapi nampaknya ia tidak menjadi. Wan Azizah tetap Wan Azizah, isteri kepada Anwar. Tidak lebih daripada itu.

Inilah akibatnya jika terlalu memaksa-maksa agar sesuatu itu berlaku. Bukan PKR dan DAP tidak sedar bahawa Pas dari awal-awal lagi tidak setuju dengan rancangan untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar.


Sejak dari Langkah Kajang, Pas sudah menegaskan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang bukan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Itu yang disepakati sehingga Pas pun turut menyingsing lengan untuk PRK itu.

Tetapi PKR dan DAP langgar juga Pas yang mereka julang sebagai rakan itu. Yang paling memedihkan Pas ialah apabila dua ADUN parti yang dikenal begitu teguh memegang sumpah taat setia itu 'dicuri' oleh PKR. Pas menganggap tindakan itu sebagai satu pengkhianatan.

Mencuri

Jika PKR sanggup mencuri ADUN Pas hanya kerana memperjuangkan kedudukan seorang isteri pemimpin PKR, apa lagi kejujuran yang tinggal untuk sebuah kesepakatan?

Wajarlah kalau UMNO yang melakukannya kerana sifatnya sebagai parti lawan tetapi ini dilakukan oleh rakan sebantal yang dipeluk setiap kali bertemu.

Seperkara lagi yang lebih utama adalah tentang kelayakan Wan Azizah. Secara jujur, selama Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang bolehkah disenaraikan apa pencapaian beliau?

Beliau dipilih sebagai Ketua Pembangkang kerana Anwar, untuk memberi muka kepada PKR. Lagipun peranan jawatan itu tidak penting, lebih dilihat sebagai simbol.


Begitu juga dalam PKR. Wan Azizah tidak mungkin akan diangkat sebagai Presiden jika beliau bukan isteri Anwar. Kalau hendak dikira latar belakang pendidikan dan karisma, lebih banyak pemimpin wanita PKR yang lebih menonjol.

Dari dulu, Wan Azizah dilihat tidak lebih sebagai bayangan, simbol mahupun boneka Anwar. Peranannya sebagai penarik simpati. Jika benar beliau pemimpin berwibawa yang ada karakter sebagai menteri besar, apakah perkara yang boleh dikagumi yang Wan Azizah lakukan selepas PRK Kajang?

Tidak ada. Selain imej berkipas yang kurang pasti apa maksudnya, tiada peranan signifikan yang ditunjukkan oleh Wan Azizah. Sebagai orang yang digembar-gemburkan calon pengganti Abdul Khalid, beliau seharusnya dilihat dan kelihatan layak mengemudi sebuah kerajaan negeri sebaik-baik diumumkan sebagai pemenang pilihan raya itu.

Yang menonjol ialah kepincangan pemilihan PKR. Apakah perkara songsang yang tidak berlaku semasa pemilihan PKR? Sehingga sekarang, selepas hasil pemilihan diumumkan masih banyak pihak yang tidak berpuas hati.


Sebagai calon menteri besar, apatah lagi bagi menggantikan Abdul Khalid yang dijulang sebagai pemimpin berintegriti dan bersih, Wan Azizah sepatutnya berdiri di tengah-tengah gelanggang permainan mengatasi setiap masalah parti. Ini tidak, orang lain pula yang banyak muncul membayangi peranan Presiden.

Beliau lebih banyak diam, membiarkan masalah terus berlarutan. Beginikah ciri-ciri seorang pemimpin berwibawa yang mahu menjadi menteri besar? Jika parti kecil yang dipimpinnya sendiri berantakan bagaimana mungkin mahu mentadbir Selangor yang lebih kompleks sifatnya?

Wan Azizah sebenarnya telah diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan dan kewibawaannya sebagai pemimpin tetapi rasanya tiada siapa berani memberikan markah lulus kepada beliau.

Rasanya Wan Azizah sendiri maklum tentang kemampuan beliau untuk menjadi menteri besar. Rasanya beliau tahu mengapa Pas khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura membatalkan pencalonannya.

Beliau lebih baik dan lebih berwibawa untuk melakukan tugas lain. Yang jelas tugas itu bukan sebagai menteri besar. Tak perlulah dipaksa-paksa lagi.

Suara Politik
Belantan

Adakah Pasma bakal gugat Pas?

Posted: 07 Sep 2014 08:53 AM PDT


Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak akan menggugat kredibiliti dan kepercayaan ahli serta rakyat terhadap Pas kerana kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jauh lebih gah dan bermaruah.

Menurut pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Dr. Ismail Sualman, penubuhan parti baharu itu lebih memperlihatkan sikap terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraih sokongan ahli Pas apabila menyedari parti yang memperjuangkan Islam itu kini secara terang menolak kepimpinannya.

Beliau berkata. penubuhan Pasma juga disifatkan sebagai parti nyamuk yang wujud apabila keadaan terdesak dan hanya akan berfungsi untuk memanipulasi pemikiran ahli Pas supaya tunduk kepada arahan Anwar.


"Pasma dilihat sebagai alternatif kepada Pas kerana Anwar menyedari parti yang diketuai oleh Abdul Hadi akan berpecah meninggalkan dua lagi komponen pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Anwar hanya bergantung harapan kepada parti yang baru ditubuhkan itu agar sanggup berkiblatkan dirinya yang sekali gus memudahkan beliau mengawal gerak-geri ahlinya supaya sentiasa setia kepada kepimpinan dan arahannya," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar menubuhkan Pasma yang didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Ogos lalu, dipercayai bakal bertindak sebagai 'Pas baharu' sebagai tindak balas terhadap penentangan Abdul Hadi berhubung cadangan Anwar untuk melantik isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Suara Politik
Belantan

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Parti cerdik kepale taik..........?

Posted: 07 Sep 2014 09:00 PM PDT

SUNDAY, SEPTEMBER 7, 2014

MUKTAMAT....WALAU DIPILIH ISTANA PAS AKAN MENOLAK

MAT SABU: PAS AKAN TOLAK JIKA DITAWAR MB S'GOR


PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.


Pade posting Tok yang lalu, Tok dah tersalah jangkaan kerane tersilap puji2 pemimpin2 PAS ni. Tapi sekarang Tok terpakse tarik balik se gale puji2 an dari Tok tu. Kali ni Tok terpakse pule kutuk kaw2 pemimpin2 PAS ni.

Tok terpakse kutuk bukan nye kerane ape pun cume care pemimpin2 PAS memper bodah2 kan ahli2 dan penyokong2 nye yang dah sememang nye bodoh -tapi bukan nye semue, masih ade juge sebilangan kecil yang dah pun nampak cerdek sedikit.

Sekarang Tok nak huraikan sedikit tentang kebodohan nye tu. "Pertame, name dari pemimpin PAS dikemuke kan kepade Baginda Sultan Selangor untuk di perkenan kan sebagai Menteri Besar. Tindakan ni dah kire betul le, sebab mematuhi titah Baginda Sultan.

Yang Tok katekan bodoh tu, pemimpin PAS ni akan TOLAK pekenan Baginda Sultan tu jikesekire nye calon dari PAS ni di persetujui oleh Baginda Sultan. Kalau dah tak mau calon dari PAS di lantik, tak perlu lah nama calon tu di kemuke kan kepade Banginda Sultan!

Cube tuan2/puan2 fikirkan, ditakdirkan Baginda memilih calon MB tu dari PAS dan PAS pule menolak nye pule, kan ke perbuatan ni se olah2 mempersendekan Duli Baginda Sultan!

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Sultan Selangor Dukacita Dengan PKR & DAP

Posted: 07 Sep 2014 08:04 PM PDT

Gelak Besar Nampak Guan Eng Bila Tahu PAS Berpecah

Posted: 07 Sep 2014 09:25 AM PDT


Macam mana Guan Eng boleh pasti bahawa PAS sedang berpecah? Kenapa gelak besar bila tahu parti PAS yang majoritinya Melayu itu sedang berpecah? Apakah selepas ini Guan Eng akan ajak Melayu yang keluar PAS itu masuk DAP? Atau Guan Eng sedang rancang seseorang untuk ambil alih PAS dari Hadi Awang. 

Guan Eng terlibat sekali dalam merancang perpecahan PAS? 

Penyokong Anwarinas Telah Mula Serang Nasrudin Tantawi Di Facebook

Posted: 07 Sep 2014 07:59 AM PDT


Nik Abduh Akui Bapanya Tidak Bersama Lagi Dengan Puak Anwarinas

Posted: 07 Sep 2014 02:40 AM PDT

Azmin Ali Pula Kritik Wan Azizah Secara Terbuka #MBCrisis

Posted: 07 Sep 2014 01:00 AM PDT


Politik Murahan AMK, Membela Isteri Bos Bila Diserang

Posted: 06 Sep 2014 11:00 PM PDT


Baru dapat jawatan sebagai Ketua AMK dan beliau pun memulakan tugasnya untuk membela isteri kepada bosnya. Siapa AMK untuk mempertikai apa yang hendak disebut oleh Hadi Awang? Patutlah Anwar hendak sangat Nik Nazmi jadi Ketua AMK, senang disuruhnya bila isterinya kena serang. Inilah cara politik nepotisme diamalkan. Mengambil kroni untuk pertahankan nepotisme.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


"Ada benda tak boleh beritahu" - Tuan Ibrahim

Posted: 07 Sep 2014 09:14 PM PDT


1. Tiada kekuatan individu sahaja dalam PAS. Dalam sejarah PAS yang buat buku usrahlah yang keluar PAS.

2. Kekuatan kita hanya satu, ikhlas dalam perjuangan.

3. Perjuangan kita panjang, dengan umur kita tak cukup. Mesti diwarisi kepada anak-anak muda yang nak teruskan perjuangan kita.

4. Ini gelombang biasa dalam politik, kita parti besar mesti bersedia dengan krisis lebih besar. Kalau jaga 14 negeri lebih besar. Kita mesti jiwa besar dan berfikiran besar.

5. Gerak kerja PAS banyak. Musuh PAS tahu PAS tak boleh pecah dengan isu-isu luaran. Mereka berusaha pecah melalui isu dalaman.

6. Musuh usaha masukkan elemen musuh dalam PAS untuk pecahkan PAS. Jangan bawa suara musuh dalam jamaah hingga timbul keraguan sesama kita dan jangan sebarkan benda tak baik sekalipun betul. Zaman fitnah. "Baadiru bil A'maal.. hingga akhir (Hadith)"

7. Umar dengar hadith ini dan panggil Ubai bin Kaab dan tanya: Apa yang kau faham berkenaan hadith ini? Ubai bin Kaab jawab: Kematian kamu, akan disusuli dengan fitnah yang berterusan.

8. Cabaran kita media baru yang tidak boleh kawal. Fitnah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada yang mengejutkan fitnah. Allah melaknat.

9. Kita bukan sahaja parti yang paling awal sertai pilihan raya, kita juga paling awal untuk terjemahkan Islam rahmat untuk semua di tengah-tengah Umno kuasai ketuanan Melayu. Kita tampilkan dengan Rahmat Untuk Semua, bukan Melayu, muslimin dan lain-lain sahaja.

10. Rahmat Untuk Semua sebabkan PAS jadi parti sangat penting. Parti lain terpaksa buat anjakan persepsi terhadap PAS.

11. Pakatan Rakyat ada borang masuk sahaja. Borang keluar tak ada.Read More / Baca Lagi >>

Akta Hasutan: Aktivis ABU mengaku tak salah hina sultan

Posted: 07 Sep 2014 09:11 PM PDT

Seorang aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengaku tidak bersalah berhubung satu tulisan di laman media sosial Facebook yang didakwa menghina sultan.

Aktivis Ali Abd Jalil dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang berhubung status di laman Facebook bernama 'Regimen Anarki' yang didakwa dimiliki oleh Ali.

Siswa institut pengajian tinggi swasta itu didakwa kerana melakukan kesalahan menerbitkan penerbitan yang menghasut bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Jika disabitkan kesalahan, beliau didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kemudian, beliau boleh dipenjara tidak lebih daripada lima tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Fairuz Mohd Fuzi membenarkan Ali dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober depan bagi sebutan semula kes tersebut.

Dewan Ulamak: Hormati tindakan Presiden PAS dalam isu MB Selangor

Posted: 07 Sep 2014 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati ahli-ahli PAS menghormati tindakan Presiden dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor dan memberikan ketaatan serta thiqah (kepercayaan) atas tindakan beliau.

Demikian dinyatakan pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat Sabtu lalu di Pejabat Agung PAS Pusat sebulat suara menegaskan bahawa tindakan dan arahan Presiden PAS dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor merupakan kuasa prerogatif Presiden yang diperuntukkan oleh Fasal 26 (1)  Perlembagaan PAS, Pindaan (2011).

Tambahnya, Majlis Syura Ulamak sebagai badan yang diberi kuasa untuk menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS sebagaimana termaktub dalam fasal 8 (1a), dalam mesyuaratnya semalam turut mengesahkan hak Presiden tersebut.

PKR ‘budak manja’ – Nik Aziz

Posted: 07 Sep 2014 09:00 PM PDT

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SkiFwFcn1KI/AAAAAAAAGnk/FuvJ20uNhLo/s1600/tok+guru+nik+aziz.jpg
(Utusan lidah rasmi Umno) – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh keputusan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor daripada Pas tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat parti.
Dalam masa yang sama, bekas Menteri Besar itu menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) umpama budak manja yang tidak sepatutnya diikuti kehendaknya setiap masa.
Beliau berkata, semua masalah yang disebut oleh Abdul Hadi membabitkan sikap PKR dalam pakatan pembangkang dalam dialog kelmarin telah dibincangkan beberapa kali dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang turut dihadirinya sebelum ini.
"Benda ini yang disebut rahsia dalam surat khabar, ini sebenarnya telah didedah kepada kami dalam mesyuarat-mesyuarat tetapi kami ini jenis pejuang Islam yang tak suka dedah benda begitu kepada orang lain kecuali orang berkenaan.
"Tok Guru Hadi adalah Presiden kami. Kami anggap parti PKR ini macam budak manja yang kadang-kadang kena turut dia tetapi kadang-kadang nak turut budak manja sampai bila tak boleh, akan menjadi masalah.
"Jadi saya berterima kasih syukur kepada Allah, terima kasih kepada presiden sebut benda lagu ini, supaya masyarakat faham PKR ini 'budak manja'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kelmarin dalam sesi dialog dan penjelasan isu terkini di Marang, Abdul Hadi telah meluahkan apa yang tersimpan sejak sekian lama oleh parti itu dalam menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau dengan lantang mempersoalkan kepincangan yang berlaku khususnya dalam perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Malah dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Masjid Jamek Tok Jiring di Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam, Ahli Parlimen Marang itu sekali lagi mengulangi pendiriannya mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sambil menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak untuk menggantikan Abdul Khalid.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz turut menyatakan sokongannya kepada Abdul Hadi kerana memberikan penjelasan tersebut dan kenyataan mengenai calon Menteri Besar Selangor.
Tambahnya, kenyataan Abdul Hadi itu bukan rahsia kerana diketahui oleh ahli Majlis Syura Ulama Pas.
"Betul (keputusan Abdul Hadi mendedahkan perkara tersebut), kami dalam Majlis Syura telah lama, telah disebut kepada kami.
"Serah kepada presiden (untuk ulas lanjut), saya tak nak cakap banyak tetapi benda yang dia sebut rahsia itu sebenarnya bukan rahsia, telah pun didedah kepada kami dan dipersetujui Majlis Syura Ulama," katanya.

Sultan Selangor murka PKR dan DAP hantar satu nama

Posted: 07 Sep 2014 08:59 PM PDT

Munir berkata hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB Selangor.
palace 1.2
PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah merasa amat dukacita diatas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah Baginda supaya mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar daripada parti masing-masing yang bertarikh 27 Ogos yang lalu.
Perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani kepada pihak FMT.
palace 2
Menurut Munir, parti DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama iaitu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan mereka kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan.
Munir juga memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon MB dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) sepertimana titah Baginda sebelum ini.
Namun menurut Munir hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB Selangor.
Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dua nama orang calon MB Selangor dan ia adalah satu amalan atau konvensi yang dilaksanakan oleh Baginda.
"Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal MB dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: PKR dan DAP biadap, kata Istana

Posted: 07 Sep 2014 08:58 PM PDT

Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu.

"Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulhazmi Shariff At-Takanan Desak Supaya Presiden PAS Diambil Tindakan

Posted: 07 Sep 2014 04:48 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2014 telah memutuskan seperti berikut :

a) Sebagaimana yang dipertegaskan sebelum ini, PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

b) Empat (4) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

c) PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor. Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua (2) nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah

(1) YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), dan
(2) YB Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR).

Keputusan tersebut telah ditandatangani oleh Dato' Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan dibaca di dalam sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Keputusan ini tidak pernah dibatalkan atau dipinda pada bila-bila masa walaupun JKPP telah bermesyuarat sekali lagi pada 25 OGOS 2014 yang mana dalam mesyuarat telah diputuskan bahawa keputusan 17 Ogos 2014 adalah kekal dan seterusnya menyerahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku Sultan untuk memilih siapa pengganti Menteri Besar Selangor.

Pada 4 September 2014 Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali memberitahu media bahawa PAS telah menghantar tiga (3) calon Menteri Besar di mana dua (2) daripada PKR dan satu (1) daripada PAS bagi menjunjung titah Tuanku Sultan meminta lebih dari dua (2) nama. Setiausaha Agung juga memaklumkan bahawa surat ditandatangani oleh Presiden dan menjadi amalan biasa diuruskan oleh Pejabat Presiden.

Pada 5 September 2014, Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataanbahawa AJK PAS Pusat termasuk beliau tidak mengetahui perkara tersebut.

Persoalannya ialah :

a) Bila keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014 dibatalkan;
b) Siapa membatalkan keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014;
c) Siapa yang memutuskan menghantar tiga (3) nama calon;
d) Siapa yang memutuskan dua (2) calon PKR dan seorang calon daripada PAS.
e) Siapa memberikan mandat kepada Presiden untuk menghantar tiga (3) nama?

JAWAPAN DAN ULASAN.

Sehingga hari ini 5 September 2014 dan selaras dengan kenyataan media Timbalan Presiden PAS pada 5 September 2014, jelas bahawa keputusan mesyuarat JKPP pada 17 Ogos 2014 tidak pernah dibatalkan, justeru keputusan tersebut terus mengikat seluruh ahli PAS samada ahli tersebut Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Ahli Majlis Syura Ulamak, Presiden sehingga ahli biasa. Keputusan tersebut kekal sehingga ada keputusan lain yang membatalkannya.

Apabila Timbalan Presiden menafikan sebarang pengetahuan berkiatan tindakan Presiden menghantar tiga (3) nama kepada Istana maka JELAS bahawa tindakan tersebut adalah dilakukan oleh Presiden samada secara bersendiri atau bersama kumpulan penasihat beliau termasuk Timbalan Mursyidul Am.

Perlembagaan memperuntukkan tugasan bagi setiap jawatan di dalam PAS samada ianya Mursyidul Am taua Presiden atau siapa saja pemegang jawatan di dalam PAS. Semua tertakluk kepada Perlembagaan dan kuasa tertinggi iaitu Muktamar.

Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS memperuntukkan tugas-tugas Presiden.

(a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

PASMA Bukan Mudarat Besar

Posted: 07 Sep 2014 04:45 PM PDT

Sejarah panjang PAS sebelum merdeka hingga ke hari ini mencatatkan pelbagai jatuh bangun dan sepak terajang dalam politik dan medan dakwah. Antaranya ialah isu perpecahan dalam PAS sehingga terpecah kepada parti baru.

Seperti isu MB Selangor hari ini, penubuhan Berjasa dan Hamim juga adalah bertitik tolak dari isu MB di Kelantan. Dato Nasir (bekas MB Kelantan) yang tidak puashati dengan langkah PAS menukar MB bertindak keluar PAS dan menubuhkan Berjasa tahun 1977. Dato Asri (bekas Presiden PAS) juga bertindak menubuhkan Hamim sejurus keluar PAS akibat kegagalan PAS mengambil kembali Kelantan tahun 1983.


Diakui PAS ada terkesan dengan langkah tersebut, tapi ia hanyalah dalam jangkamasa yang pendek. Tidak berapa lama, bahtera PAS kembali gah meluncur di lautan politik tanahair. Malangnya dua parti serpihan PAS itu telah menjadi seperti hidup segan mati tak mahu.

Kesan itu hanya ibarat ombak besar yang membadai sementara. Goncangan itu ada terasa, tetapi hanya sebagai peringatan supaya semua anak kapal mengambil langkah perlu untuk berani menongkahnya. Goncangan itu akan kembali reda dengan kebijaksanaan nakhoda membelah badai tersebut.

Mungkin kita yang baru ke lautan politik ini merasakan kuatnya gelombang yang sedang memukul. Ada yang mabuk, ada yang pitam sampai ada yang mahu terjun. Tapi bagi orang lama yang telah bersama PAS dan merasai sendiri gelombang-gelombang sebelum ini, gelombang kali ini adalah sangat kecil, sekadar nyamuk-nyamuk yang cuba hinggap di tubuh kita.

Inilah antara pesanan Tuan Guru Ayah Chik pada kami. Penjelasan yang meredakan kembali gundah di hati.

Mustafa: Mereka hanyalah NGO!

Posted: 07 Sep 2014 04:43 PM PDT

 Mustafa Ali - Foto Sinar Harian 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Usaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan tindakan Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang mencalonkan beberapa pemimpin Pas dalam organisasi mereka tidak akan dapat menimbulkan kepincangan terhadap kubu pemerintahan parti tersebut.

Ditebak andaian bahawa tindakan Pasma seolah-olah memasang strategi menggulingkan parti tersebut dengan memenuhkan carta organisasi mereka dengan nama sesetengah pimpinan Pas, Mustafa sebaliknya menjawab, Pasma hanyalah sebuah NGO yang tidak berdaftar dan penubuhannya tidak akan mampu menjejaskan bahtera Pas yang sudah berkubu di hati pengundi dan Pakatan Rakyat.

"Berdasarkan maklumat yang kami terima, ia tidak begitu, mereka hanya NGO, tiada unsur politik dilibatkan.

"Ramai ahli Pas yang menubuhkan NGO, ia sebenarnya bukan menjadi satu masalah kepada Pas," tegasnya.

Penubuhan Pasma yang dipimpin oleh bekas Exco Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dikatakan bertujuan sebagai menjadi penggerak dan penyokong utama kepada Pakatan Rakyat.

Menurut sumber terdekat yang mempunyai kaitan dengan penubuhan badan itu, Pasma dianggotai pemimpin dan aktivis yang mempunyai peranan sebagai pengukuh dan pengantara kepada Pas, DAP dan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Pasma bukan parti politik baharu

Posted: 07 Sep 2014 04:42 PM PDT

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi 
ALOR SETAR - Desas-desus mengatakan Pas berpecah dua apabila wujud parti serpihan dianggotai ahli yang dikatakan kecewa terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) terjawab, apabila disahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pro-PR.

Pasma yang kebelakangan ini disebut-sebut bakal menggantikan Pas dalam PR, dan didakwa dianggotai golongan Anwarinas didaftarkan 10 Ogos lalu, di Kedah sebagai NGO yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.
Presidennya, yang juga Adun Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma berperanan sebagai platform kepada pemimpin PR untuk membincangkan isu-isu politik.

"Pasma ditubuhkan bukan untuk gantikan Pas, itu sekadar andaian pihak luar. Namun jika perbincangan antara pemimpin PR pada masa akan datang menjurus kepada itu, terpulang. Bukan bidang kuasa Pasma untuk bincang aspek itu kerana ia bawah kuasa pemimpin utama PR.

"Jika dalam parti, perbincangan agak terbatas, sebab tertakluk pada peraturan. Pasma memberi ruang untuk bincang isu politik untuk manfaat PR agar terus relevan dalam masyarakat dan jadi parti alternatif terbaik," katanya.

Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah menegaskan, Pasma tidak akan bertukar menjadi parti politik kerana ia didaftar di bawah NGO, dan sekiranya mahu diubah status, ia perlu didaftar bawah entiti berbeza.

"Kita hanya bergerak atas isu-isu politik kerana itu keutamaan kami. Namun objektif bukan untuk bertanding dalam pilihan raya. Objektif kami untuk wujudkan politik sihat dan demokrasi," katanya.

Beliau juga bersedia berdepan pelbagai tohmahan dan kritikan ekoran menubuhkan NGO itu di saat PR berdepan saat getir gara-gara isu pemilihan Menteri Besar Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu...

Posted: 07 Sep 2014 03:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Plaza Dataran Merdeka sebenarnya bukan destinasi baru pelancongan di ibukota.

Ia dilahirkan dengan nama Plaza Putra sebelum peristiwa banjir di Dataran Merdeka lebih 10 tahun lalu yang menenggelamkan keseluruhan kawasan tersebut.

Kelahiran semula kawasan itu sejak 2012 sebenarnya masih tidak diketahui umum.

Walau kawasannya sudah diperbaharui dengan susunan kedai-kedai yang menarik, sesuai dengan nafas baru lokasinya yang sangat strategik di pusat pelancongan ibu negara, ia disifatkan masih hambar dan tidak diketahui umum.



Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu...

Seolah-olah ada badi yang masih menghantui bawah Dataran Merdeka, pelancong asing atau warga kota sendiri masih tidak mengetahui kewujudan Plaza Dataran Merdeka yang sudah lebih dua tahun beroperasi.




Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu...

Tinjauan Astro AWANI pada petang Sabtu mendapati kurang 10 pengunjung berada di plaza berkenaan selain hanya beberapa premis dibuka.

Keadaan sekeliling lengang walaupun lokasinya terletak di bawah Dataran Merdeka.

Beberapa pengunjung di Dataran Merdeka turut mengakui tidak tahu lokasi di bawah Dataran merdeka itu sudah dibuka kepada pengunjung.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Pengganti Khalid?

Posted: 07 Sep 2014 03:50 PM PDT

Shah Alam – Gerakan menyingkir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berlarutan selama kira-kira 11 bulan masih belum menemui titik noktahnya ketika rakyat ternanti-nanti kesudahan episod itu.
Sebelum ini gerakan terancang yang bermula Oktober tahun lepas dilihat sebagai khabar angin apabila kepimpinan Pakatan Rakyat menafikan perkara itu namun akhirnya ia bakal menjadi realiti.
Ketika pentadbiran Abdul Khalid mula diterima rakyat, Pakatan Rakyat mula menunjukkan taringnya mengubah teraju kepimpinan negeri kaya itu termasuk tindakan memecat beliau daripada parti itu pada 9 Ogos lepas.
Ibarat sukan lari berganti-ganti, satu demi satu daripada tiga nama besar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicanang untuk menggantikan kerusi yang disandang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu sejak 2008.

TIGA PEMIMPIN DICANANG
Sebelumnya, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali disebut akan dipilih mengganti Abdul Khalid namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikannya.
Malah Anwar turut menyifatkan pentadbiran Abdul Khalid yang juga Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Selangor adalah antara yang baik di negara ini, selain Pulau Pinang.
Selepas tenggelam episod pertukaran Menteri Besar, secara mengejut rakyat Selangor disajikan dengan babak perletakkan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding Pilihan Raya Kecil kawasan itu pada Mac lepas.
Bagaimanapun projek 'Langkah Kajang' adalah langkah malang bagi Anwar apabila beliau gagal menjadi calon kerusi itu akibat kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Sebagai pengganti, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk bertanding kerusi itu dan menang dalam majoriti undi merosot dan wanita itu dikatakan menjadi pemegang baton terakhir untuk dicalonkan bagi kerusi Menteri Besar Selangor.

TIGA CALON SEBAGAI MENTERI BESAR
Pada Rabu lepas menyaksikan hari terakhir untuk ketiga-tiga parti pakatan PAS, PKR dan DAP menghantar cadangan nama ADUN untuk diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, sebagaimana yang dititahkan oleh Baginda.
PKR dan DAP bagaimanapun masih 'keras kepala' dan mengekalkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar sebagaimana yang diputuskan bersama sebelum ini.
Jumlah calon yang dihantar PAS kepada Istana pada Rabu juga pula menimbulkan teka-teki dalam kalangan rakyat Selangor sama ada parti itu akan akur kepada titah Sultan Selangor supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti atau 'longlai' kepada kehendak PKR yang hanya mahukan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
Bagaimanapun, pada Khamis semuanya terjawab apabila Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilapor sebagai berkata bahawa parti itu telah menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar termasuk seorang ADUN PAS.
Jika PAS masih mencalonkan Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin sebagai pengganti Abdul Khalid dan ditambah dengan ADUN PAS, ini menjadikan jumlah calon untuk dipertimbangkan Sultan Sharafuddin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru adalah tiga orang.
Manakala Abdul Khalid dalam sidang media pada Rabu dilapor berkata beliau percaya pihak Istana akan memberi maklum balas secepat mungkin terhadap cadangan nama-nama calon Menteri Besar baru daripada tiga parti itu.

HARI-HARI AKHIR ABDUL KHALID
Read More / Baca Lagi >>

Pas nafi percanggahan pendapat ulama, profesional

Posted: 07 Sep 2014 03:38 PM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menafikan wujud percanggahan pendapat antara golongan ulama dan profesional dalam Pas mengenai isu calon Menteri Besar Selangor.

Beliau menjelaskan, parti itu telah menetapkan keputusan bersama bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR dan Pas tidak berhasrat menuntutnya dari rakan mereka itu.

"Kita tidak pernah bercanggah. (Dalam) mesyuarat tiga jam tadi (hari ini), kita bincangkan semua aspek dan kita bahaskan dengan cukup harmoni dan kita bebas melahirkan pandangan dan akhirnya kita simpulkan dengan satu keputusan," katanya.

Salahuddin ditemui pemberita selepas menghadiri Ijtima Pas Selangor di Seri Kembangan, di sini, hari ini, dan diminta mengulas isu pencanggahan pendapat itu.

Sementara itu, dalam satu sidang media di ibu negara hari ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberikan jawapan yang agak berbeza berhubung calon menteri besar itu.

Mohamad berkata, Pas akan tetap menolak walaupun istana memilih Adun mereka sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, sementara Mustafa pula menyatakan bahawa Pas akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan berbeza oleh dua pemimpin tertinggi Pas itu, Salahuddin tidak memberikan jawapan yang jelas sebaliknya mengulangi pendirian parti tidak akan menerima kerusi menteri besar itu.Read More / Baca Lagi >>

Mahathir akan asak hingga Najib tumbang

Posted: 07 Sep 2014 03:36 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menggandakan asakan terhadap pentadbiran Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seandainya penyusunan semula kabinet Malaysia dalam pertengahan September ini tidak meletakkan pemimpin yang benar-benar layak menerajui kementerian tertentu.
Mahathir sebenarnya semakin meragui pentadbiran Najib yang lebih banyak menumpukan kepada persoalan membina imej berbanding untuk memfokuskan kepada mentadbir dan memulihkan ekonomi negara.

Seperti kata bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Mahathir akan menggasak pentadbiran Najib yang kebanyakannya menyerahkan kepada orang lain dalam menjalankan tugas pentadbiran. Sebaliknya Najib lebih banyak ke luar negara menghabiskan masa bersama orang di sampingnya untuk bersiar-siar dan ada juga yang menyatakan bahawa Najib tunduk kepada kehendak isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan cukup suka membeli-belah di luar negara. "Dia suka (sambil menunjukkan signal tangan ada cincin-merujuk kepada isu kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke negara ini suatu masa lalu membabitkan Rosmah), ini yang menyebabkan Tun (Mahathir) marah dan tidak lagi me nyokong pentadbiran Najib," kata Muhammad Taib semasa satu sesi wawancara khas di Harakah baru-baru ini.
Muhammad Taib yang menerajui Selangor lebih 10 tahun sangat kenal dengan corak pentadbiran Mahathir yang baginya sangat particular (teliti) dalam menjalankan urusan pentadbiran, berbanding Najib yang tidak keruan.
"Saya ingat pada satu ketika saya menjadi MB Selangor, Tun (Mahathir) ini dia suka memandu ke sana ke mari untuk melihat keadaan rakyat dan melihat fasiliti. Andai ada bus stop (hentian bas) yang rosak, dia akan segera hubungi saya dan berkata, Mat hang tengok ada yang tak kena dengan bus stop ini, hang baikilah (dalam loghat kedah).
"Ini cara Mahathir mentadbir, dia sangat particular, dan sangat cerewet hingga kami dahulu komi ted untuk bekerja dan mentadbir dengan baik. Masa Tun dulu tiada rungutan di kala ngan komponen BN atau sebagainya," kata Muhammad Taib yang pernah menerajui Kementerian Luar Bandar satu ketika.
Read More / Baca Lagi >>

ONLY IN MALAYSIA...

Posted: 07 Sep 2014 03:35 PM PDT






PAS to decline MB position - Tuan Ibrahim

Posted: 07 Sep 2014 03:16 PM PDT

No PAS members allowed in PasMa - Tuan Ibrahim

Posted: 07 Sep 2014 03:15 PM PDT

Sembang Santai bersama Ustaz Abdullah Khairi - Malaysiaku Merdeka Selamatkan Gaza

Posted: 07 Sep 2014 03:14 PM PDT

Shi'ite protesters clash with security forces in Yemen

Posted: 07 Sep 2014 03:13 PM PDT

Yemeni Houthi protesters clash with police

Posted: 07 Sep 2014 03:12 PM PDT

Is Yemen headed for a conflict?

Posted: 07 Sep 2014 03:12 PM PDT

Clashes in East Jerusalem over the death of a Palestinian teenager

Posted: 07 Sep 2014 03:11 PM PDT

Abbas warns he may end unity deal with Hamas

Posted: 07 Sep 2014 03:10 PM PDT

Formula bodoh untuk PKR dan Pas

Posted: 07 Sep 2014 08:59 AM PDT

MSO

Sebelum melelapkan mata, saya ingin mengemukakan formula bodoh saya untuk mengatasi kemelut MB Selangor yang belum ada kesudahan itu. Formula ini mungkin tidak mudah untuk dilaksanakan, namun sekurang-kurangnya ia sebagai mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan keadaan Pakatan Rakyat, terutamanya Pas dan PKR daripada merana dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Formula ini juga dicadangkan memandangkan kepada keluhan dan keresahan rakyat yang menjadi pengundi di Selangor yang kesal atas apa yang berlaku. Tidak dapat siapa nafikan bahawa rakyat Selangor khasnya pendokong Pakatan Rakyat sedih, kesal dan geram dengan apa yang berlaku. Mereka hadir dari berbagai lapisan masyarakat dan etnik.

Setiap individu yang berjumpa dengan saya, yang menghubungi saya, baik kakitangan kerajaan, pensyarah, profesor, pekerja boroh, maupun ahli politik semuanya menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Semuanya bertanya apakah tidak ada jalan penyelesaian dan sudah habiskan ikhtiar bagi menyelamatkan keadaan.

Perkembangan dari detik ke detik yang mereka mengikut tidak memberi kelegaan kepada mereka. Tdak ada tanda-tanda ia akan selesai dengan baik. Serbaliknya semua melihat ia semakin meruncing dan seakan Pakatan Rakyat sudah mahu tenggelam. Siang tadi saya menghadiri beberapa majlis, kenduri, majlis pertemua mata anak Kelantan dengan pemimpin dan lain. Setiap individu yang kenal saya menghampiri saya dan bertanyakan hal Selangor.

Masing-masing mengeluh dan melahirkan rasa kesal. Manakala pagi-pagi seorang pemanggil menangis di hujung telefon kerana kesal dan marah ke atas apa yang berlaku. Paling merujakan saya, pemanggil itu memaki hamun dan menyumpah-nyumpah seorang pemimpin. Katanya, saya tidak tengok telivisyen dua tiga malam ini kerana benci melihat wajah seorang pemipin. "Entah sebut dan tulislah nama dia dalam blog enta," katanya.

Begitulah gambaran histerianya rakyat mengenang apa yang berlaku di Selangor kini. Tidak terlupa sebelum itu dua hari lepas ada seorang Adun melefon saya menyatakan hal yang sama. Beliau sedih kerana sayang kepada Pakatan Rakyat yang berpotensi untuk menjadi kerajaan Malaysia jadi berkecamukan kini. Katanya nasib rakyat di Selangor hari ini tidak ubah seperti burung imigran yang berterbangan di angkaraya untuk mencari tempat perteduhan dan perlindungan.

Dengan apa yang berlaku di Selangor kini menyebabkan mereka (rakyat) hilang punca dan tidak tahu ke mana untuk berlindung lagi. Maka itulah mereka jadi seperti burung imigran yang berterbangan ke hulur ke hilir untuk mencari tempat persinggahan. Kalau dahulu mereka melarikan diri dari Umno kerana serit dan perit dengan parti itu, kemudian singgah di dahan Pakatan Rakyat, kini Pakatan Rakyat pula sedang menuju ke hancuran. Mereka menjadi keliru dan bingung.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Hantar Nama Hanya Suka-Suka Saja..?

Posted: 07 Sep 2014 08:50 AM PDT

Jika ada parti politik yang paling pelik dan memeningkan kepala orangramai ketika ini, jawapannya pastilah tidak lain selain Pas atau nama penuhnya Parti Islam Semalaysia. Hanya dengan satu isu iaitu pertukaran Menteri Besar Selangor, Pas terus jadi kalut, keliru, banyak buat U turn dan masuk beberapa simpang tetapi akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan seolah-olah membiarkan kena langgar atau maki hamun dengan orang lain.

Bukan saja orang yang berada di dalam kenderaan Pas jadi pening kepala, bahkan mereka yang mengekor di belakang dan berada di sekeliling turut menepuk dahi dengan karenahnya.

Selain beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten sebelum ini sudah dianggap cukup menghairankan bagi sebuah parti yang membawa label Islam, tindakan Pas melalui Presidennya Haji Hadi Awang mengemukakan tiga nama calon iaitu dua daripada PKR dan satu daripada Pas bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekurang-kurangnya tentulah memperlihatkan Pas memasang angan-angan dan impian bagi jawatan tersebut.

Lebih-lebih lagi, sebelum itu melalui keputusan Haji Hadi juga yang mendakwa beliau mempunyai kuasa berbuat demikian, beliau telah bertindak menghantar tiga nama yang kesemuanya daripada Adun Pas untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Tambah terserlah keghairahan impian dan angan-angan Pas terhadap jawatan tertinggi di negeri Selangor itu apabila Haji Hadi juga secara terbuka memperlekeh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkelayakan dan kurang berkemampuan mengisi jawatan tersebut.

Ketidaklayakan Dr Wan Azizah itu kemudian disahkan pula oleh Dr Harun Din melalui hebahan secara meluas ti TV3 dan akhbar-akhbar arus perdana yang mewakili Majlis Syura yang merupakan badan kedua tertinggi dalam Pas selepas muktamarnya.

Secara logiknya, apabila seseorang itu mengatakan pihak lain tidak layak, maksud tersiratnya tentulah pihaknya saja yang layak. Dengan itu, sesiapa saja yang normal dan waras fikirannya tentulah beranggapan Pas dan Haji Hadi berasakan Adun-Adun daripada parti itu lebih layak untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Namun, dalam mesyuarat jawatankuasa Pas hari ini, parti itu membuat keputusan sekali lagi bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar itu kerana ia adalah milik PKR. Kalau sudah tahu, sedar dan insaf kerusi itu milik PKR, buat apa pula dicalonkan Adun Pas untuknya?
Read More / Baca Lagi >>