Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Jangan ajar Pas buat keputusan?

Posted: 06 Sep 2014 09:44 PM PDT


Pas mengingatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP agar jangan mencampuri urusan dalaman parti itu khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti itu sepatutnya bersikap lebih menghormati perbezaan pendapat dengan Pas.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas memberitahu, terdapat kenyataan-kenyataan seolah-olah mengkritik dan cuba mengajar Pas membuat keputusan dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam pakatan pembangkang agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.


"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya seperti dilaporkan portal berita rasmi Pas, Harakahdaily hari ini.

Pas menerima kritikan hebat daripada sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang berikutan keengganan pucuk pimpinan parti itu menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

PKR juga melahirkan kekecewaan terhadap Pas kerana tidak menghormati keputusan yang disepakati pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dalam mesyuarat khas 17 Ogos lalu.

Wasabi Oyabun..

Mengapa ramai yang persoal sambutan negara kepada mangsa tragedi MH17?

Posted: 06 Sep 2014 08:11 AM PDT


Ramai mempersoal kewajaran jenazah-jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 disambut dengan istiadat sebegitu gah. Persoalan mereka, SIAPA JENAZAH-JENAZAH INI? Apa istimewanya mereka? Apa sumbangannya kepada negara sampaikan jenazah ini mendapat penghormatan sebegitu tinggi. Membuatkan YDPA dan Permaisurinya turut bangun memberikan penghormatan... Membuatkan rakyat 'pegun' di seluruh pelosok negara membacakan Al-Fatihah dan bertafakur..

Jawapannya, MAS adalah Malaysia!

Sebuah pesawat bernilai kira-kira RM1billion yang ditembak jatuh ini adalah front embassador kepada negara. Membawa imej Malaysia.. Membawa kebanggaan dan sentimen kenegaraan Malaysia kepada dunia. Di dalamnya terdapat 280 penumpang yang kesemuanya bernaung di bawah 'nama' Malaysia ketika itu. Negara Malaysia sedang bertanggungjawab ke atas kesemua penumpang dan anak kapal tersebut.

Jatuhnya MH17 umpama jatuhnya maruah negara. MAS dipersoal, dikeji, dikutuk dan dihina. Malaysia menjadi sasaran.. Pilu mengenangkan pesawat ini yang umpama 'anak' kepada rakyat Malaysia hancur ditembak di kala ia terbang menuju ke tanah air... Sedih mengenangkan ketika itu Malaysia umpama gagal melindungi penumpang-penumpang yang bernaung di dalam pesawatnya... Maruah MAS dan negara tercalar...


Mungkin ramai yang mengatakan MAS cuma sebuah entiti pengangkutan. Sebagaimana PROTON sebagai sebuah entiti pembangunan dan penghasilan kenderaan. Ramai tidak menyedari jauh sekali menghayati nama MAS pada jantung negara... Hati negara... Dan jiwa rakyatnya...

Ramai memandang MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang sedang jatuh... Tapi mereka lupa.. MAS lah yang selalu melakukan penerbangan-penerbangan ehsan demi rakyat dan negara. Di kala syarikat tambang murah yang dibangga-bangga meninggalkan satu keluarga di Ho Chi Minh kerana anaknya yang menghidapi down syndrome, MAS lah yang menghulurkan bantuan membawa baliK keluarga itu... Di kala Mesir bergolak, MAS lah yang menawarkan penerbangan ehsan untuk pelajar-pelajar Malaysia bagi urusan pemindahan.

Sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod servis antara yang terbaik di dunia ini melakukan semua ini atas dasar tanggungjawab dan nama negara.. Kalau bukan MAS, siapa lagi? MAS milik Malaysia.. Bantuan-bantuan mereka demi rakyat dan negara. Namun kita lupa, sebuah penerbangan bukan berkos RM0.. Bahan bakar, servis dan sebagainya tidak pernah difikir oleh kita. Berapa banyak penerbangan ehsan yang MAS lakukan dan berapa banyak kos yang ditanggung MAS sendiri? MAS tidak pernah mengungkit ini...


Jadi apabila sebuah pesawatnya ditembak jatuh, yang jatuh itu adalah nama negara, sebuah pesawat yang berjasa, sebuah pesawat yang berkhidmat demi negara dan rakyatnya.. Sebuah pesawat yang melakukan penerbangan-penerbangan jauh merentasi dunia... Sebuah pesawat yang kita jaga... Sebuah pesawat sebagai simbol kebanggaan negara. Tidakkah kita membayangkan bagaimana perasaan mereka yang jatuh dari ketinggian 40,000 kaki di udara...? Tidakkah kita membayangkan bagaimana lenyapnya kemesraan ciuman sepasang suami dan isteri sebelum penerbangan? Dan tidakkan kita membayangkan bagaimana leburnya jiwa keluarga mereka menerima berita sedih tiba-tiba?

Istiadat dilakukan bukan sekadar sebagai penghormatan.... Tetapi sebagai permohonan maaf... Permohonan maaf Malaysia dan MAS kepada rakyatnya yang tidak berjaya dihantar pulang dengan selamat... Jenazah-jenazah ini bukan seorang perajurit... Tetapi mereka duduk di dalam peswat ini dengan harapan yang 'gagal' disempurnakan... Harapan untuk selamat sepanjang berada di dalam perut pesawat itu... Harapan melihat dan menghadiahkan senyuman kepada ibu, bapa, anak-anak dan isteri tercinta.. Harapan untuk meluangkan masa bersama mereka....



Apalah salahnya jenazah mereka diusung pulang dengan jalur gemilang meliputinya.. Mereka ini rakyat kita.. Mereka ini pulang ke tanah airnya sendiri... Sebelumnya mereka berangan-angan untuk memijak kembali bumi Malaysia... Mereka ini pastinya merindui atmosfera negara.. Walaupun tiada lagi nyawa pada dada mereka... Kitalah yang memberikan 'nyawa' kepada mereka dan keluarga mereka... Abang, kakak, adik, ibu, ayah, anak, suami dan isteri.... Dan hilangnya MH17 adalah kehilangan 1 'anak' yang disayang-sayang oleh Malaysia dan rakyatnya...

Penghormatan ini bukan hanya diberi oleh rakyat Malaysia... Tetapi semua laluan penerbangan di seluruh dunia turut memberikan laluan kepada mereka.... Dunia pilu meratapi 'cinta' negara ini..... Hanya satu mesej yang ingin disampaikan MAS; "Maafkan kami..."..... MH17.. Captains and all Malaysians onboard, welcome home... Al-Fatihah~

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


'Kalau layak dari awal Majlis Syura sokong Azizah'

Posted: 06 Sep 2014 11:05 PM PDT


  •  Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron DinTimbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din
 1 / 1 
BANGI - Majlis Syura Ulama Pas tidak mempunyai halangan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggalas jawatan Menteri Besar Selangor jika beliau mempunyai kelayakan dan berpengalaman yang cukup bagi memikul amanah itu.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din bagaimanapun berkata, Presiden PKR itu tidak memiliki kriteria tersebut sekaligus beliau tidak layak bagi jawatan penting itu di Selangor.

"Itulah penilaian atau pandangan, kalau dia cukup kelayakan, sudah tentulah Majlis Syura Ulama Pas dari awal menyokongnya, dengan tiada sebarang masalah.

"Memang kita hendakkan yang lebih mampu dan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana bertajuk: Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat yang mengkritik prestasi Wan Azizah di Parlimen dan Dun Selangor kerana beliau gagal menjawab soalan dan tidak berupaya berdebat dengan wakil rakyat BN.

Dalam pada itu, katanya lagi, Majlis Syura Ulama Pas juga membuat penilaian itu tanpa cenderung kepada faktor gender.

"Dalam Islam juga bukan jantina menjadi halangan, tetapi kemampuan untuk memikul amanah.

"Jadi Islam lihat pada amanah...amanah ini secara fizikalnya lebih mampu, pengalaman lebih dan latar belakangnya.

"Maka apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan dipikul oleh sebahagian besar daripada pimpinan parti melihatkan ada orang lain yang lebih baik daripada Wan Azizah," ujarnya.

Beliau berkata disebabkan faktor itulah sehingga sekarang Abdul Hadi menyerahkan isu pemilihan Menteri Besar itu kepada Sultan Selangor untuk dimuktamadkan.

"Jika sultan masih melihat Wan Azizah boleh dan sesuai menteri besar, saya rasa tuanku akan lantik beliau.

"Kalau tuanku pun tidak nampak demikian (kelayakan), tuanku akan memilih orang lain," katanya lagi.

Buku pengkaji Perancis dedah kaitan Pekida dengan Umno

Posted: 06 Sep 2014 09:53 PM PDT

Buku terbaru yang ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan berasaskan kaum seperti Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah SeMalaysia (Pekida) wujud untuk memberi bantuan kepada parti pemerintah Umno supaya terus berkuasa.
Dalam buku berjudul "Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People", pengkaji politik Sophie Lemiere menulis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pekida khususnya adalah 'militan sukarela' di mana tindakan dan arah tuju mereka demi kepentingan parti pemerintah.
Lemiere menjelaskan militan sukarela ini ialah percaturan rahsia politik di mana watak politik - sama ada parti politik, kerajaan atau ahli politik - menugaskan individu atau kumpulan mengambil sesuatu tindakan demi kepentingan mereka sendiri.
Tindakan tersebut boleh jadi sah atau tidak sah, berbentuk sokongan, atau demonstrasi atau mungkin juga menggunakan kekerasan.
Buku tersebut, kompilasi karangan pelbagai penulis dan Lemiere berperanan sebagai penyuntingnya, mengandungi satu bab yang ditulisnya sendiri iaitu bertajuk "Gangsta and Politics in Malaysia".
Dia menulis yang Umno mempunyai hubungan lebih kuat dengan kumpulan berasaskan kaum ini berbanding parti lain. Hal ini disebabkan parti pemerintah sudah mencipta keperluannya dan mengekalkan suasana yang sesuai menyokong pertumbuhannya.
Dalam konteks Malaysia, katanya, militan sukarela ini adalah seperti "nadi" dan "angka" yang diperlukan watak politik rasmi untuk berdepan pihak lawan, sama ada semasa pilihan raya, aktiviti berkempen, demonstrasi atau kontroversi.
Lemiere memiliki PhD dan Sarjana dalam Perbandingan Politik daripada Institut Pengajian Politik Paris (atau dikenali juga sebagai Sciences-Po) di Perancis.
Beliau berkata kumpulan NGO tersebut mula berkembang ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009.
Katanya, kumpulan ini menggunakan retorik berasaskan agama dan identiti yang sebelum ini tidak diketahui atau tidak pernah wujud.
"Menurut seorang pemimpin Pekida di Subang Jaya, 'era pemerintahan Abdullah adalah zaman keemasan Pekida, dia seperti ayah angkat kami'.
"Semasa awal pentadbirannya, Abdullah memerlukan sokongan yang kuat dan untuk memastikan pengaruh partinya, Abdullah menggunakan rangkaian pertubuhan tersebut di mana beliau diangkat sebagai penaung," tulis Lemiere.
Lemiere berkata, semasa krisis di Perak pada 2009 apabila tiga ahli Pakatan Rakyat (PR) keluar dan menyertai Barisan Nasional (BN), terjadi beberapa insiden keganasan dan demonstrasi menentang pemimpin PR yang menyokong pembubaran dewan selepas itu.
"Pada ketika itulah ahli Pekida muncul, mengibarkan secara terbuka bendera tiga warna pertubuhan mereka (kuning, merah, hijau) dan memakai lilitan kuning di kepala bertulis Daulat Tuanku.
"Walaupun mereka lakukan keganasan, tiada ahli militan Pekida yang ditangkap," tulisnya.
Sebaik selepas kejadian itu, beberapa pemimpin dan ahli Pekida yang ditemubual di Perak, kubu kuat kumpulan itu, bercakap tentang rampasan kuasa BN di Perak itu dengan nada bangga dan mengakui 'orang mereka' terlibat dalam keganasan itu, malah sedia membantu Umno jika mereka memerlukan lebih pertolongan.
Lemiere berkata, percaturan ini yang menyebabkan Pekida mudah bergiat aktif secara sah dan berdaftar sebagai NGO yang sah disisi undang-undang.
Katanya, dia tidak dapat mengganggarkan jumlah sebenar ahli Pekida seluruh negara kerana rangkaiannya yang agak terselindung.
Kajian beliau mendapati ahli Pekida wujud merata Semenanjung Malaysia, dalam segenap lapisan masyarakat, di kota dan di desa, dan di setiap institusi sama ada negeri, politik, sosial atau ekonomi.
"Beberapa invididu terkenal didakwa atau terbukti ahli Pekida. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti politik, tetapi lebih banyak mengguna rangkaian mereka untuk menjalankan perniagaan serta sebagai perlindungan: anak ahli politik, penyanyi hip hop dan pop, ahli politik, ahli perniagaan, penjawat awam atau askar.
"Jadi, ahli Pekida terdiri daripada penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah hinggalah ke masyarakat elit bandar. Dan rangkaiannya, walaupun kebanyakannya Melayu, ia sebenarnya inklusif. Pekida mungkin salah satu contoh konsep 1Malaysia yang disukai Najib," tulis Lemiere.
Selain itu, katanya, kebanyakan ahli Pekida percaya aktiviti politik dan 'kabel' mereka membolehkan mereka lepas daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, mereka juga tidak takut dengan pihak berkuasa polis.
Salah satu saluran yang digunakan untuk merekrut ahli Pekida adalah menerusi kumpulan persilatan dan banyak kumpulan silat adalah rangkaian Pekida. Lemiere melihat perkara ini sebagai "langkah semulajadi" kepada militan politik.
Ahli Pekida juga mengaku bertanggungjawab dalam beberapa aktiviti keganasan melibatkan pertelingkahan agama dan kaum, tulis Lemiere.
Lemiere juga mendedahkan Pekida sering dikenali sebagai Tiga Line, merujuk kepada simbol tiga warna bendera rasmi kumpulan tersebut - kuning, merah, hijau.
Pada Ogos tahun lepas, kumpulan Tiga Line termasuk antara senarai pertubuhan haram yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha membanteras kegiatan kongsi gelap.
Presiden Pekida, Jamaludin Yusof pada Oktober lepas menafikan sebarang kaitan pertubuhan tersebut dengan Tiga Line.
Buku tersebut diterbitkan Strategic Information and Research Development Centre Malaysia. – 7 September, 2014 TMI

Isteri sebak Safwan dipenjara

Posted: 06 Sep 2014 09:39 PM PDT


Isteri bekas pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang sebak namun tabah menerima hukuman penjara 10 bulan terhadap suaminya yang didapati bersalah menghasut pada 13 Mei tahun lalu.

Masturah Abu Bakar, 25, tidak dapat menahan dirinya menangis sewaktu mengulas hukuman itu di luar Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi ini.

"Saya sokong apa yang suami saya buat, namun buat masa sekarang saya dan anak sangat-sangat perlukan dia. Anak kami baru 8 bulan," katanya seraya mengalirkan air mata.



Mastura hadir di mahkamah dengan mengendong anak perempuan mereka yang berusia lapan bulan dan berpakaian serba hitam.

Beliau kemudiannya tidak dapat meneruskan ucapannya akibat sebak dan beredar daripada kumpulan wartawan selepas kenyataan ringkas itu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sepuluh bulan ke atas Safwan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) atas tuduhan menghasut dalam satu ucapan pada 13 Mei tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang yang menjatuhkan hukuman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 membenarkan hukuman ditangguhkan bagi tujuan rayuan.

Namun, jumlah ikat jamin sebanyak RM5,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM15,000.

Angkatan Muda PKR desak Hadi tarik balik kenyataan pasal Wan Azizah

Posted: 06 Sep 2014 08:22 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) telah tampil menegur kesal dengan tindak tanduk Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang yang mendakwa bahawa, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Ketua baru sayap PKR Nik Nazmi Ahmad sebaliknya mempertahankan Presiden PKR itu cukup layak untuk memegang jawatan itu.
Dalam satu kenyataan Ahad, Presiden PAS agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan dan menarik balik kenyataan beliau.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH NIK NAZMI AHMAD
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) kesal dengan kenyataan Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang yang mendakwa bahawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Setelah PAS bermesyuarat secara berasingan, dan kemudian bersama dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di mana nama Dr. Wan Azizah dikemukakan dalam kedua-dua proses ini, kenyataan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang mendakwa Presiden KEADILAN sebagai tidak berkebolehan sangat tidak wajar.
AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan.
Dr. Wan Azizah telah memimpin KEADILAN sejak 1999, dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2008 yang turut diiktiraf Presiden PAS. Beliau telah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang telah memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.
Saya menggesa Presiden PAS agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan dan menarik balik kenyataan beliau yang telah mendakwa Presiden KEADILAN sebagai tidak berkebolehan. Kenyataan itu amat tidak kena dalam semangat setiakawan Pakatan apatah lagi dikeluarkan daripada Presiden sebuah parti komponen kepada Presiden parti komponen yang lain.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
-7/9/2014

Apakah hikmah wujudnya parti serpihan PAS?

Posted: 06 Sep 2014 07:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS akan tetap teguh kerana berkali-kali telah terbukti sebagai parti yang tidak mudah untuk dihapuskan, tulis Aspan Alias.

Malah, menurutnya setelah beberapa kali kejadian wujudnya parti serpihan berlaku PAS telah menunjukkan yang ia adalah parti yang tetap di hati sebahagian besar rakyat yang beragama Islam dan Melayu.

Menurutnya lagi, malahan serpihan kepada PAS nyata telah kehilangan sokongan ramai dan parti-parti serpihan itu kini hanya tinggal pada nama sahaja.  

"Tidak kita ketahui sama ada parti-parti serpihan itu telah menghantar laporan tahunan kepada pendaftar pertubuhan dengan sempurna.

"Apakah hikmah dari kejadian seperti ini?" tulis beliau di dalam blognya, semalam. 


Hikmahnya, bagi beliau ialah semua mereka yang tergulung kepada pemimpin dan ahli-ahli yang tidak setia kepada parti akan keluar dari parti itu.

Ini, ujarnya merupakan pembersihan kepada PAS dan ia adalah biasa dalam mana-mana parti di negara ini. 

"Seperti tubuh manusia, tubuh kita akan menjadi lemah dan tidak sihat jika dalam tubuh kita di penuhi dengan 'toxic' yang akan membuatkan tubuh kita tidak sihat dan menghadapi berbagai-bagai penyakit pada masa yang akan datang," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 

Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun

Posted: 06 Sep 2014 07:02 PM PDT



 Sabtu, 7 September 2014 1:26 PM

Molekul air zam-zam.

KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.


Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.

Dr Masaru Emoto.
Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.
Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.
"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya.
Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.
Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'.
Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.

Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.

Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.

Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

Telaga air zam-zam.

Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. 
Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. 
Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.
Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. 
Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

PKR dan DAP yang minta PAS pujuk Ku Li, kata Hadi

Posted: 06 Sep 2014 08:30 AM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.
"Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.
Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.
Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.
"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.
Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. – 6 September, 2014.

Tranungkite : Anwar Ibrahim 'akitek' hancurkan Pakatan Rakyat

Posted: 06 Sep 2014 06:35 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabel laman PAS, Tranungkite sebagai 'arkitek' penghancur Pakatan Rakyat khususnya berkaitan isu Menteri Besar Selangor.
Ini dibuktikan melalui sikap keras kepala Anwar menamakan satu nama iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berlawanan dengan titah Sultan Selangor yang mahu lebih dua nama dicalonkan sebagai Menteri Besar baharu.
"PKR dan Anwar Ibrahim makin meroyan dalam menamakan dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor. Titah Sultan tidak diendahkan malah diabaikan oleh Penasihat umum PKR. Akhir ego dan bodoh sombong PKR termasuk pengerusinya makan diri sendiri.
"Keras kepala PKR dan disokong rakannya DAP menamakan satu nama sahaja untuk calon Menteri Besar Selangor dimurka atau ditolak oleh pihak istana.
"PKR dan Anwar Ibrahim disarankan oleh Istana menghantar lebih dari satu nama. Memang nampak bodoh sombong dan ego puak puak PKR khasnya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah," dakwa Tranungkite.
Berbeza dengan Anwar, Tranungkite berkata PAS akur dengan titah Sultan selangor, iaitu menamakan tiga calon untuk jawatan tersebut.
"Krisis menteri besar Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat hancur, pecah dan rakyat benci permainan yang direka oleh Anwar Ibrahim sendiri . Mungkin Anwar Ibrahim ada agenda sendiri bagi kepentingan diri Anwar Ibrahim.
"Anwar Ibrahim boleh dianggap "akitek" yang hancurkan PKR atau Pakatan Rakyat dan membuatkan rakyat benci pada PKR atau PAS atau DAP. Anwar Ibrahim dengan gahnya mempertahankan hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor, Wan Azizah, isterinya.
"Akhirnya senjata makan tuan dan Anwar Ibrahim terpaksa akur kehendak Sultan. Atau mungkin Anwar Ibrahim mahu Pakatan Rakyat bergolak dan terus ditolak oleh rakyat Malaysia. ?..," soal laman itu.
Tranungkite turut menyiarkan pendapat blogger Mazwandi Mustaffa yang mempertikaikan hujah bahawa Pakatan Rakyat merupakan nadi untuk mencapai kemenangan PAS.
"Maka, apabila ada manusia yang mengatakan bahawa PAS akan kiamat jika keluar Pakatan Rakyat, saya menjadi agak kekok dan tercuit kelakar dalam minda saya melihat akan percakapan manusia berkenaan. Ianya seolah-olah, PR adalah penyebab utama untuk PAS menang pilihanraya. Tetapi dari segi matematik, apabila PAS bersama PR, PAS telah hilang Kedah, Kalah di Perak dan jumlah kerusi PAS berkurang 1 kerusi parlimen.



Hadi dedahkan kenapa beliau tidak terima Wan Azizah jadi MB Selangor

Posted: 06 Sep 2014 04:48 AM PDT

Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

"Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.



"Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor.

"Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan," kata Abdul Hadi lagi.

Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube.

"Nak Tubuh Parti Baru...Silakan" - Hadi

Posted: 06 Sep 2014 03:07 AM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 5:17 PM

PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan parti itu dicabar supaya meninggalkannya dan menubuh parti baharu.
Cabaran keras itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada sebilangan ahli partinya yang diumpamakan seperti 'nyamuk' hingga boleh mengganggu tidur.
"Mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti...sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam (PAS).
"Jadi duduk di dalam ni, kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti...sila," katanya pada sesi penjelasan isu semasa di Marang, Terengganu pada Jumaat.
Difahamkan kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada kemunculan sebuah organisasi baharu oleh pemimpin PAS yang dikenali sebagai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu.
PasMa dikatakan bakal menjadi parti alternatif kepada PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan konflik yang timbul antara parti itu dengan sekutunya daripada PKR dan DAP berikutan pemilihan menteri besar Selangor yang baharu.
Mengulas lanjut Abdul Hadi dilihat tidak tergugat dengan kewujudan mana-mana parti politik baharu termasuk PasMa selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh," katanya.

PRK Pengkalan Kubor: Nik Aziz Mahu PAS Bertanding

Posted: 05 Sep 2014 11:53 PM PDT



Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 8:19 PM

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan calon dari partinya bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September ini.

"Saya orang PAS, saya nak PAS lah (bertanding), katanya ketika ditanya calon dari parti manakah dalam kalangan Pakatan Rakyat yang beliau mahukan bertanding pada PRK itu," katanya.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata bagaimanapun keputusan mengenai calon yang bertanding akan ditentukan oleh jawatankuasa parti peringkat negeri tidak lama lagi.

"Kalau tanya, hati saya nak PAS lah tetapi PKR macam mana, tak tahulah semua terserah, saya serahkan kepada jawatankuasa parti peringkat negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Jumaat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hadi pula tampor Rafizi; Dedah PKR dulu jumpa Ku Li

Posted: 06 Sep 2014 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 6 Sept - PAS hari ini mengakui terdapat usaha memujuk Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan keputusan tersebut merupakan permintaan dari PKR dan DAP.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaubagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang itu menolak pelawaan tersebut.

"Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita (PAS). PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR.

"Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Kenyataan Hadi merupakan respon kepada soalan sidang hadirin sesi dialog di Terengganu baru-baru ini yang menyoal dakwaan Rafizi Ramli mengatakan PAS menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Ku Li sekiranya menyertai PR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu..

Jelas Hadi, PKR dan DAP gagal memujuk Ku Li dan kemudian dua parti komponen itu bersemuka dengan pemimpin PAS bagi mendapatkan bantuan untuk menyerap masuk pemimpin UMNO itu.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional.

"Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," ujarnya lagi.

Rakyat News

Angin PAS Piss Pus sudah naik ke kepala Hadi

Posted: 06 Sep 2014 05:25 PM PDT


Berhubung dengan kuasa pilih calon Menteri Besar,Haji Hadi menjelaskan sejak zaman dulu lagi nama-nama itu dipilih oleh Presiden PAS sendiri tanpa perlu lalui Jawankuasa Pusat PAS.

Malah,katanya Datuk Nik Aziz Nik Mat dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan guna kuasa Presiden PAS sahaja.

Mengenai cakap-cakap ada puak ( dikatakan golongan Anwarinas PAS ) yang tidak puas hati pendirian PAS khianati Pakatan Rakyat pada isu Menteri Besar Selangor dan nak tubuh parti baru ,Presiden PAS itu nampak relaks saja.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir dari kalangan sekiutar 1,000 orang yang hadir di majlis itu.

Petik dari GAP

Dalam satu ucapan terteutup PAS, Hadi mengkritik Anwar Ibrahim habis-habisan:

Majlis itu diadakan secara tertutup namun mendengarnya melalui youtube,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Lim Kit Siang dan geng yang tetap mahu Wan Azizah dilantik ke jawatan itu boleh garu kepala dan tak dapat lelap tidur.

Haji Hadi nampak macam sudah set nak ' cerita semua'.Beliau antara lain mendedahkan sebab sebenar PAS tetap tidak mahu Wan Azizah.

Katanya ia bukan sebab Wan Azizah seorang wanita tetap KERANA DARI AWAL-AWAL LAGI PAS MELIHAT BELIAU TIDAK MAMPU MENTABIR.

"Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia.

"Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.

"Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.

"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

"Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan, katanya.

Presiden PAS itu juga nampak jelas terus menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sekalipun PAS melalui mesyuarat jawatankuasa Pusat pada 17 Ogos lalu menarik balik sokongan kerana beliau sudah dipecat dari PKR.

Sepenuh di House PK

 Mat Syabu Syabu tak setuju ....

Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

+++++

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Ogos), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmi Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Tuan Haji Mat Sabu
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS
5 September 2014 bersamaan 10 Zulkaedah 1435H.

-------------------------

Reaksi Hadi kepada PasMa, sapa tak suka boleh belah!!!! Baca laporan The Star di SINI. Laporan FMT SINI mendakwa hadi sudah sedia untuk hadapi Anwarinas.

Muktamar PAS bakal berlangsung di Batu Pahat tak lama lagi.

-------------------------

Dah jelas begitu, boleh si Khalid gereja tuduh SB pulak pecahkan PAS....

2014

Bekas pengasas Parti Negara Islam yang kini merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad cuba menyalahkan pelbagai pihak, termasuklah golongan pro-ulama dalam PAS ekoran golongan yang digelarkannya sebagai profesional walaupun sebenarnya mereka adalah PARASIT, sedang dikecam dan cuba disisihkan daripada menguasai kedudukan-kedudukan serta jawatan-jawatan penting dalam PAS.

Baca Flying Kick SINI

Parti negara dulu? Dah sesat dah Khalid....

UP-DATE 10:00 AM







PasMa bakal lembu baru DAP dan PKR dalam PR

Posted: 06 Sep 2014 08:30 AM PDT


The Malaysian Insider melaporkan, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) telah ditubuhkan selepas kira-kira 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru pada hari Ahad, kata sumber, dengan tujuan untuk menangani kemungkinan yang semakin meningkat PAS meninggalkan pakatan itu memihak kepada perkongsian kuasa dengan Umno.

"Dalam pertemuan pada Hari Merdeka, kami berkumpul lebih daripada 100 orang dari seluruh negara untuk satu tujuan: untuk membuat pertempuran memastikan PAS berada di landasan yang betul," kata salah seorang pengasas pergerakan itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan dikenali sebagai pihak konservatif tidak apa-apa perbezaan pendapat Brook kepada kepimpinan.

Pergerakan itu telah dimulakan selepas Hadi memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat pada 25 Ogos bahawa beliau mahu bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan negeri Selangor.

Ia masih belum diketahui bagaimana kepimpinan PAS atas bertindak balas kepada pergerakan yang baru.

The Malaysian Insider minggu lalu melaporkan mengenai cadangan Hadi bahawa PAS, Umno dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama, dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru.

Setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa tidak ada apa-apa perbincangan antara Azmin dan Hadi telah berlaku. The Malaysian Insider berdiri dengan laporan asalnya.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa PasMa akan menjalankan taklimat di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa PAS mesti kekal dengan PR dan menolak Umno.

Taklimat pertama akan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 8 September, dan akan dijalankan oleh tiga ahli panel: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, ahli jawatankuasa pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas ahli majlis Shura Ahmad Awang.

---------------------------------


Kini dah terang lagi nyata, PAS telah berpecah dua setelah sebuah entiti serpihan baru bernama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ditubuhkan.
Penubuhan Pasma dilakukan oleh sekelompok ahli-ahli PAS yang kononnya akan mempertahankan PAS dari meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika barisan kepimpinan atasan PAS bertindak keluar dari Pakatan berhubung kemelut jawatan Menteri Besar di Selangor.
Strrukturenya boleh di lihat di MyMassa SINI
------------------------

PasMa, parti politik baru yang bakal muncul untuk ambil alih tempat PAS dalam PR. Mereka akan dianggotai oleh pimpinan dan ahli PAS yang mahu kekal dalam PR, selepas PAS ditendang dari PR. 
Selamat bermuzakar!


Hakim pro PAS pesungkan pertemuan Suruhanjata Teoh Beng Hock?

Posted: 06 Sep 2014 05:22 AM PDT


Mahkamah rayuan membuat keputusan bercanggah dengan pertemuan coroner dalam rayuan keluar Teoh Beng Hock mempersoalkan keputusan coroner yang merupakan open verdict.

Coroner di Sruhuhanjaya agak tidak berani membuat keputusan berdasarkan 3 pakar yang mengatakan tidak dibunuh apabila akur kepada kenyataan Dr Porntip dari Thailand yang begitu jelas dipersoalkan.

Menurut Mahkamah Rayuan, Teoh Beng Hock dibunuh oleh seorang yang tidak dapat dikenali termasuk juga pegawai menyiasat. Agak pelik keputusan tersebut. Bukankah perlu ada bukti dan tuduhan kes terhadap mereka yang dinamakan untuk mahkamah buat kesimpulan demikian?


Rupanya kes Teoh Beng Hock dihakimi oleh Hakim Mahakmah Rayuan YA Datuk Mohamad Ariff. Hakim tersebut adalah bekas JK Pusat PAS dan kredibilitinya boleh dipersoalkan dalam kes RBf lwn Hussam Musa dan Tv3 lawan Nizar.

Semua memihak kepada pihak sana. Baca MyKMU SINI

Ketua Menteri usah termakan kata-kata Pakar IT lebih sudu dari kuah!!!

Posted: 05 Sep 2014 11:07 PM PDT


Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) adalah untuk melindung data peribadi disalahgunakan. Ia hanya menunjukkan satu kesalahan untuk menyalahguna data sebarangan. Terutama sekali jika data itu bukan hal milik seseorang.

Selepas makan malam dengan rakan-rakan yang berpejabat di belakang bangunan MIC, khabarya ada seorang Dato yang gelaran keluarga serupa pahlawan Mongolia Genghiz dan cucunya Kublai dikesan mengetuk lubang pada perahu yang telah diberi upah dan kepercayaan untuk dikayuh ke satu destinasi.

Sebab ianya dibocorkan adalah supaya muatan magic yang dibawa boleh salurkan sedikit untuk cari upah dari orang lain. Muatan magic akan sampai tapi dalam perjalanan dia dapat juga upah yang lain. Oleh sebab muatan itu magic, tuan punya tak tahu muatan itu berkurangan.

Kalau ikut goyangan pokok dari tiupan angin, akan ada pilihanraya negeri tidak lama lagi. Sebagai persediaan, Pak Ketua Menteri berusaha mencari mana-mana kepakaran. Dia telah ambil khidmat seorang atau mungkin sekumpulan yang difikirkan adalah Pakar Penyelidik Pilihanraya untuk beri nasihat.

Pakar ini juga akan menyalurkan beberapa maklumat penting untuk setiap DUN yang akan ditandingi calun BN. Kononnya ia menggunakan kaedah modern dalam mengumpul data tapi sebearnya ia muatan yang bukan hak kepunyaannya dan dijual pula untuk orang lain. Ianya satu kesalahan dan boleh menimbulkan risiko kebocoran maklumat.


Khabar dipejabat belakang bangunan MIC memberitahu mereka cuba menjual data yang bukan hak mereka kepada orang lain. Orang itu tahu dari mana data itu datang lalu enggan melayan.

Oleh sebab ada seorang anak negeri dalam kumpulan itu, maka Pak Ketua Menteri terasa bangga dan mahu beri peluang itu kepadanya. Lalu dilantik kumpulan itu secara rasmi untuk merangka berbagai strategi yang kononnya untuk mempertahankan kerusi BN yg ada malah menawan kerusi yg jatuh ke tangan Pembangkang.

Bukan niat kami mahu potong rezeki orang dan tidak minat pun kami mahu buat kerja itu tapi ianya tidak boleh dilakukan secara salah.

Data-data itu boleh diperolehi dengan percuma dari pejabat belakang bangunan MIC tanpa perlu dibeli dari bukan tuan punya. Malah barang curi yang free itu perkhidmatan serupa kereta Perodua mahu dijual pada harga kereta BMW.

Ini hanya menunjukkan betapa serius BN negeri itu dalam persediaan Pilihanraya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Namun begitu, jangan pula tersilap langkah.

Mereka yang kononnya Pakar Penasihat Pilihanraya adalah kumpulan yang sama digunakan oleh BN dalam Pilihanraya Parlimen ke13 yg lepas. Mereka begitu yakin dengan strategi mereka hingga sanggup menberi jaminan yang BN akan menang besar dalam PRU13 yg lepas. Kita sedia makluam ramalan mereka tersasar jauh dari ramalam dua pertiga untuk BN yang diperolehi.

Malah khabar memberitahu sistem IT yang mereka gunakan langsung tidak boleh dipakai disaat genting keputusan piliharaya PRU13 diumumkan. Seluruh bangunan besar dibelakang bangunan MIC tahu kisah kumpulan yang lebih sudu dari kuah. Mereka ni pakar tak semana pun.

Ketika itu Unspinners dapat senarai sasaran menang mereka dan terbahak ketawa apabila meneydari mereka ini tidak berjalan di atas bumi, langit pun tidak. 

Bukan IT jadi penentu utama pilihanraya tapi calun dan penerimaan rakyat.
Bagi negeri tersebut, jangan abai cara tradisi untuk mendapat kemenangan pilihanraya. Turun padang sekerap yg boleh. Berjiwa Rakyat. Jangan mungkir janji. Stick to basics.Teknoloji tidak boleh buat silap mata tapi hanya sebagai sokongan.

Kini seluruh pelusuk negeri suka penampilan dan ketegasan Ketua Menteri baru. Sentimen di kalangan rakyat termasuk kaum Cina mula yakin dan percaya kepada kewibawaan Ketua Menteri baru. Jangan sebab percaya pada sistem yang dibina oleh pakar palsu maka kecundang pula.


Dalam Malaysia, hanya empat negeri saja ada Ketua Menteri. Pastinya bukan Pulau Pinang dan Selangor.