Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar orang luar biadap; Sultan harus tolak semua calun PKR

Posted: 01 Sep 2014 10:35 PM PDT





Setepek tu, sementara itu, setakat ini, PKR dan DAP teruskan biadap enggan berikan 2 nama seperti yang dikehendaki oleh Sultan untuk berdegil letakkan nama Datin Seri Wan Azizah al bengong.

PAS pula kata tak mahu nama Wan Azizah tapi akan beri nama tiga orang dari PKR. DIjangka nama Wan Azizanh dan Azmin serta satu lagi nama. Khabarnya adalah antara Dr Idris DUN Ijok atau Yaacob Sapari.

Harap Sultan tolak kesemua cadangan-cadangan di atas. Kekalkan lagi Khalid. Selagi mereka mahu berdegil usah ikuti kehendak mereka kerana ianya hak Sultan!

Masaalahnya, ADUN-ADUN Melayu PKR tiada yang layak ...


  • Wan Azizah hanya anak angkat Melayu, lahir bukan Melayu. Sultan tidak boleh langgar undang-undang tubuh negeri Selangor. Tidak berkeupayaan dan hanya boneka. Tidak boleh buat keputusan sendiri.
  • Azmin ada laporan kes rasuah yang sedang disiasat. Dia juga punya latarbelakang moral dan luas diperkatakan ahli-ahli PKR sendiri sebagai terlibat dalam politik wang membeli undi dalam pemilihan PKR.
  • Dr Idris pun hanya pandai tengok xxx perempuan sebagai gynaecologist. terlalu mentah dalam politik dan pentadbiran awam. Baru tahun kedua sebagai ADUN.
  • Dr Yaacob Sapari berasal dari Pontian Johor. 
  • Nik Nazmi berasal dari kelantan, bukan orang Selangor.
  • Suhaimi Shafiei orang Bagan Serai, Perak. pernah mengeluarkan kata-kata derhaka terhadap Sultan. Menunggu di dakwa ... pasti!
  • Amiruddin Shari orang Johor dan jangan lupa kes pasir yang merupakan antara kes-kes rasuah permulaan pentadbiran PKR.
  • Ketiga-tiga perempuan PKR - Dr Dorayah, Rodziah dan Haniza tak ada omph untuk jadi MB. Langsung tak mencerminkan perempuan yang lebih berjaya dari lelaki dalam pelajaran dan pekerjaan. Paling pun Rodziah tapi lemah dalam hadapai isu kuil.

Pendik kata, tak payah PAS kasi nama ADUN PKR. Semua tak boleh pakai. harap Sultan tolak semua.


Din Pudu kebas duit muktamar beli shoplot Puduraya!!!???

Posted: 01 Sep 2014 07:26 PM PDT


Muktamar PAS yang sepatut berlangsung di Johor pada September 7 terpaksa dibatalkan tapi Salahuddin Ayub menyalahkan kerajaan Johor pimpinan UMNO di atas pembatalan tersebut.

Padahal ianya disebabkan mereka tak bayar baki RM50,000 duit untuk menggunakan tapak tanah Taman Sutera Mall di Johor Baru. Bayaran itu sepatutnya dijelaskan selewat-lewatnya Ogos 15hb tapi masih tak dijelaskan hingga pihak tuan punya terpaksa batalkan booking tersebut.

AHli PAS patut tanya apa jadi duit dari PAS Pusat. Selain dari siasat duit Kohilal dan Tabung Memali, Auditer PAS patut siasat samada Salahuddin Ayub atau Din Puduraya ada guna duit itu untuk beli shoplot di bangunan Puduraya baru. Kalau tak dipuduraya, cuba check di terminal Bas Selatan di Tasek Selatan.

Lahabat punya Din Pudurataya yang punya kekasih janda jual tiket bas, dia sudah salahkan UMNO ....


Salam kepada semua AJK PAS PUSAT, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Ketua-ketua Dewan.

Setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam tadi 30 ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS ke 60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. 


Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun UMNO bermain wayang. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali serta Tn. Asmuni Awi dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.



1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan utama.

2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua kemudahan khemah telah siap sedia.

3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga. Johor memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba dihalang oleh UMNO/BN akan membawa kemusnahan kepada mereka

5. Dewan Muslimat harap segera hubungi ana untuk final lokasi ini.

Hanya untuk dalaman saja. Pengumuman rasmi perpindahan akan dimaklumkan oleh SUA selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.
 

JAWAPAN YB PJ JOHOR

Punya lah pembohong si Din Puduraya gila janda ....inilah PAS cakap macam Munafiq. Hadi kononnya kata ...

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.

Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.

"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.

Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014


Tapi belakang-belakang sedang merancang sesuatu dengan Lim Kit Siang untuk buat 916 tapi bukan Anwar sebagai PM tapi perlukan 12 ahli Parlimen BN untuk lompat.

Hehehehe ... berapa dah dapat dari Sabah? Ada 18????? Sarawak ada 5???? Upfront RM3 juta, jika berjaya RM3 juta? Kalau mahu jadi menteri, tiada lagi extra RM3 juta, tapi boleh menyamun!!!!

Ketika PPS provok Polis, Kit Siang ke Sabah persoal kuasa Pusat untuk pecahkan M'sia

Posted: 01 Sep 2014 05:25 PM PDT


Ketika Pulau Pinang sedang kecuh tentang isu tangkapan 154 ahli PPS oleh Polis, Lim Kit Siang menyelinap masuk ke Sabah bersama Dyana untuk satu majlis di Keningau. Sesuatu yang diperkatakan Unspinners mengenai mempersoal kuasa kerajaan Pusat dan kuasa kerajaan negeri semalam terserlah dalam sidang akhbar DAP semalam.

Satu sidang akhbar diadakah semalam di Hotel Shang Ri La, Kota Kinabalu yang dihadiri oleh LIM KIT Siang - Penasihat Parti DAP, DIANA SOFYA - Setiausaha Sulit Penasihat DAP / Bekas calon DAP Parlimen TELUK INTAN, JIMMY WONG - Pengerusi DAP SABAH, EDWIN BOSI - Setiausaha DAP SABAH dan WONG THIEN Fat - Tim DAP SABAH

Ketika itu, Dyaba menyatakan lawatan pertamanya ke sabah adalah kempen pergerakan impian MALAYSIA untuk rekrut generasi baru menyertai perjuangan ke atas hak pribumi sabah.

Dia menuduh kerajaan pusat sudah lari dari janji Batu Bersumpah di Keningau. Kononnya Tunku Abdul Rahman telah menggariskan hak hak rakyat Sabah dalam Batu Bersumpah di Keningau tetapi tiada keadilan yang diperoleh seperti timbul isu kalimah Allah, rampasan bible.



DAP yang jelas menentang hak keistimewaaan Melayu Pribumi tapi lain pula dikatakan Dyana yang mahu menarik generasi muda. Dia mengajak mereka berjuang untuk hak orang asal Sabah dan juga seluruh Malaysia untuk menentang kerajaan rasuah.

Tapi tak disebut langsung bahwa rasuah kerajaan DAP Pulau Piang bawah Lim Guan Eng lagi teruk dan mereka berlaku zalim pada rakyat kaum Melayu dan India!!!!

Jimmy Wong turut menyentuh mengenai Program Impian Sabah untuk merekrut dan mendaftar golongan muda sebagai sukarelawan yang kini mencecah ratusan ahli di seluruh MALAYSIA. Mereka telah bergerak ke pedalaman di Pitas, Pulau Banggi, dan Tenom untuk menyalurkan kemudahan asas.

Menjelaskan mengenai batu Bersumpah, katanya ia adalah 3 perkara asas hak pribumi Sabah iaitu kebebasan berugama, hak ke atas tanah dan menghormati budaya asal. Namun tuduhnya, kerajaan seperti ingin melupakannya.

Ke KK berkotak-kotak dibawa

Balik ke KL kosong

Mereka menggunakan gambar Batu Bersumpah pada baju T Shirt yang dibawa dari Kuala Lumpur sebagai membuka mata rakyat Sabah. Tapi mereka lupa mahkamah sivil keningau berada di hadapan mahkamah syairiah keningau.

Lim Kit Siang mempertikaikan tindakan Ketua Polis Negara atas insiden penahanan 154 org PPS pada pagi 31 Ogos di Pulau Pinang.

Tindakan ini katanya bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri yang ingin mengujudkan keharmonian, perpaduan di Malaysia. Turut dipersoalkan adalah Perdana Menteri berdiam diatas insiden tangkapan yang berlaku.

Padahal ianya perlu kerana PPS sudah mula menunjukkan ianya kumpulan subversif politik dan sudah berlaku kasar pada kaum cina.

Dia memberitahu DAP telah melancarkan 3 kempen iaitu Impian Sabah untuk tarik undi pendalamana, Batu Sumpah melibatkan isu otonomi, dan Kempen mengesa keputusan RCI dikemukakan.

Kit Siang mengikut gerak rentak Jeffrey Kitingan apabila menuntut dijawab kenapa Laporan Cobbold Commission 1962 untuk pembentukan MALAYSIA hanya mengambil masa 7 bulan untuk dikemukakan namun keputusan RCI dicapai tempoh 2 tahun setengah dari kelulusan parlimen belum ada keputusan dikemukakan.

Nampaknya DAP sedang berusaha untuk memecahkan Sabah dan sarawak dari Malaysia untuk memudahkan DAP menguasai Semenanjung Tanah Melayu untuk mungkin nak digabungkan dengan Singapura.

Kerja IGP bukan debat tapi tangkap; Antara tertangkap penjenayah dan penagih

Posted: 01 Sep 2014 07:28 AM PDT


Kenyataan Tan Sri Khalid di atas merupakan jawapan baik kepada Lim Guan Eng yang telah mencabarnya untuk satu debat. Baca SINI

Bukan kerja IGP nak berdebat tapi kerja IGP adalah menjalankan undang-undang.



Dah tentu PPS bukan sebuah pertubuhan yang sah, bukan kerja IGP nak debat lagi. Guan ENg boleh menjawab di mahkamah untuk jelaskan kenapa PPS ini tidak di bentangkan di sidang DUN.


Selain itu, IGP tak perlu lagi nak debat apabila ada penjenayah dan penagih dadah yang dijumpai dari kalangan ahli PPS yang ditahan.



Suara.TV: Polis berkata ada ahli PPS yg ditahan  positif dadah & berada dalam senarai individu dikehendaki kerana rekod jenayah http://goo.gl/EaOSJo

Mungkin Guan ENg boleh jelaskan muka budak-nbudak berikut ini budak baik ke atau penjenayah?




Adakah ini anggota PPS??? Bertatu, berambut panjang???? Kongsi gelap atau penjenayah???

Ada antara ahli-ahli PPS yang ditahan adalah dalam "wanted list" untuk kesalahan percubaan membunuh, rompakan, pengedar dadah. Ketua polis Pulau Pinang mengesahkan sebanyak 11 anggota PPS daripada 156 yang ditahan polis semalam didapati mempunyai rekod jenayah lampau.


Inikah yang Guan Eng kata wira Pulau Pinang?

Baca Pisau SINI

Secessionist warned for "seditous or treasonous" activities

Posted: 01 Sep 2014 03:29 AM PDT


August 30, 2014

SIPITANG: Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said that voices urging that Sabah be taken out from Malaysia will adversely affect the spirit of cooperation, security and unity of the people.

The government did not want to hear voices raised by a small group stridently claiming there was no development in Sabah and urging efforts be made to take Sabah out of Malaysia.

"The effort is opposed to the national and state constitutions.

"It is seditious in nature and if allowed to go on will affect the prevailing spirit of cooperation, security and unity in Sabah," he said when officiating the Sipitang International GATA Festival here today.

Also present was Sabah Chief Minister Musa Aman and Sipitang MP Sapawi Ahmad.

In this regard, Muhyiddin said the voices should not be tolerated and stringent action would be taken against them for trying to create such a situation.

He said this was to ensure Sabah continued to stay as an important state in Malaysia and continued to enjoy progress and development in the future.

Extract from Bernama

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Saya sedia pertahan Unit Amal - Salahuddin Ayub

Posted: 01 Sep 2014 10:26 PM PDT

alt

KUALA LUMPUR 2 Sept -  Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sanggup berkorban dengan nyawa demi mempertahankan Unit Amal PAS.

Beliau berkata, Unit Amal PAS merupakan sebuah badan yang berjaya mengharumkan nama parti dan negara menerusi misi kemanusiaan yang dijalankan sejak sekian lama.

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegasnya memetik laporan portal rasmi PAS. Harakahdaily hari ini.

Beliau menjelaskan, Unit Amal PAS telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila mengerahkan anggotanya membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan Tsunami di Aceh.

Katanya, ketika dalam pemuda, beliau antara yang awal terlibat dalam pemerkasaan Unit Amal sejak ia ditubuhkan 30 tahun dahulu.

"Matlamat asal penubuhan katanya adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum.

"Sehingga sekarang kita yakin mereka masih di atas landasan yang betul," tegasnya.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, beliau turut bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi memberi penjelasan berhubung tugas dan operasi Unit Amal.

"Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi membidas Zahid semalam yang melahirkan keyakinan bahawa anggota Unit Amal PAS turut akan ditahan seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang.

Zahid berkata, penahanan anggota PPS dibuat kerana beliau turut menerima laporan bahawa mereka turut memukul orang dan melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan termasuk mengambil tugas polis.

Zahid, tangkap saya dahulu - Ketua Pemuda PAS

Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan
Suhaizan KaiatPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkapnya jika ingin mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal.
Menurut Suhaizan, Jabatan Amal adalah tanggungjawabnya selaku Ketua Pemuda PAS.
"Jika nak ambil tindakan pada Jabatan Amal, tangkap saya dahulu," gesa Suhaizan kepada Zahid Hamidi.
Suhaizan, melalui status Facebooknya, mengulas mengenai kenyataan Zahid sebelum ini yang menyatakan bahawa Jabatan Amal Pemuda PAS juga akan dikenakan tindakan oleh pihak polis seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.
"Saya tegaskan Jabatan Amal adalah badan kebajikan di bawah pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan.
"Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan. Jabatan Amal telah menjalankan tugas selama lebih 20 tahun dan adakalanya kita bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba sekarang mahu dipersalahkan pula," jelasnya yang tidak faham dengan tindakan Zahid.
Tambahnya, beliau meminta Zahid agar memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya terhadap Jabatan Amal Pemuda PAS Malaysia
Sementara itu kata Suhaizan, para peguam dalam Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) telah bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan jika tindakan undang-undang diambil terhadap Jabatan Amal.
"Kes-kes mahkamah sebelum ini jelas memihak kepada para petugas Amal apabila mereka dibebaskan dari sebarang tuduhan kerana Jabatan Amal dibawah urusan parti yang sah disisi undang-undang," ujarnya.

Janda 48 ditangkap khalwat di Sg Petani

Posted: 01 Sep 2014 08:21 PM PDT


  • Pasangan kekasih yang ditemui berkelakuan tidak sopan di atas motosikal.Pasangan kekasih yang ditemui berkelakuan tidak sopan di atas motosikal.
 1 / 1 
SUNGAI PETANI – Semak dan menjijikkan. Itulah keadaan rumah tumpangan tidak bertanda yang dijadikan lokasi melampiaskan nafsu di Bandar Puteri Jaya, dekat sini, yang  menjadi tumpuan golongan tidak bermoral sempena ambang kemerdekaan semalam.

Keadaan semak-samun dalam rumah terbabit cukup menggerunkan malah tingkap di ruang tamu serta bahagian kiri dan bilik tidur yang pecah hanya ditampal menggunakan kertas putih sahaja.

Hasil maklumat penduduk tempatan, rumah yang sering dijadikan lokasi persinggahan pasangan bercinta tidak kira tua atau muda, musim cuti atau hari biasa, malah saling bertukar pengunjung selang beberapa jam sahaja.


Serbuan yang dijalankan anggota penguat kuasa dari enam agensi terlibat lebih kurang jam 4 pagi mendapati, sepasang kekasih berusia lewat 40-an keluar daripada satu dari empat bilik setelah kira-kira 20 minit rumah itu dikepung.

Janda berusia 48 tahun itu mengakui datang dari Kampung Pokok Tai, Pendang, dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah serta bersekedudukan dalam sebuah bilik dipercayai suami orang berusia 41 tahun dari Kampung Huma, Sungai Layar.

Pasangan itu mengakui baru berkenalan dalam tempoh dua bulan sebelum keluar makan malam bersama.

Turut ditemui dalam rumah berkenaan, sebuah motosikal dipercayai milik lelaki berkenaan dan sebuah kereta yang diparkir di halaman rumah dipercayai milik wanita terbabit.

Cubaan pasangan larikan diri gagal

Sebelum itu, anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan di sebuah hotel bajet di Padang Temusu lebih kurang jam 2.30 pagi terkejut apabila terdengar dentuman kuat kira-kira 20 minit selepas mengetuk pintu sebuah bilik.

Hasil pemeriksaan mendapati bunyi dentuman kuat berpunca daripada tindakan seorang wanita yang nekad melarikan diri dari tingkap hotel bajet bersama teman lelaki, tetapi tersangkut pada atap bumbung sebelum terjatuh ke dalam sebuah kedai bersebelahan.

Tindakan itu bagaimanapun mendatangkan padah setelah wanita itu cedera di kaki sebelum kedua-duanya dicekup anggota penguat kuasa.

Mesra atas motosikal

Terdahulu, sepasang kekasih dilihat melakukan adegan mesra atas motosikal yang diparkir di lokasi tempat letak kenderaan dekat pusat perniagaan Lagenda Heights kira-kira jam 12 tengah malam.

Kedua-duanya yang masih menuntut dilihat berkelakuan tidak sopan boleh dikenakan denda dan diminta hadir ke Pejabat Agama Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

Serbuan kemudian diteruskan di sebuah hotel di lokasi sama melibatkan pasangan berusia 29 dan 22 tahun dari bandar ini manakala pasangan wanita dari Kota Bharu, Kelantan.

Apabila dicekup, lelaki terbabit hanya berseluar pendek manakala teman wanitanya hanya memakai baju-T lengan pendek dan berseluar pendek.

Turut dicekup seorang penjawat awam dari Bedong bersama kekasihnya iaitu seorang janda juga berasal dari Bedong.

Lebih mengejutkan, janda yang berusia 24 tahun itu sebenarnya orang kurang upaya (OKU) bisu.

21 lokasi panas diserbu

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Othman berkata, hasil pemeriksaan terhadap 21 lokasi panas dalam Operasi Merdeka Bersepadu itu mendapati lima kes bersekedudukan, dua kes bernikah di negara jiran dan dua kes berkelakuan tidak sopan.

Kesemua 56 anggota terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Yan, Sik, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Katanya, empat kes didapati positif dadah apabila ujian air kencing dilakukan ke atas individu yang diperiksa.

"Kes disiasat bawah Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kedah 1988 iaitu melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang atau malam yang boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.

"Lima pasangan turut disiasat di bawah Seksyen 9 EKJS Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama wanita bukan isteri atau mahram. Bagi kesalahan itu, denda RM2,000 atau penjara setahun atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan," katanya.

Operasi yang bermula jam 12 tengah malam itu dibahagikan kepada tiga pasukan dan diteruskan sehingga subuh semalam.

Katanya, pemantauan kerap akan terus dilakukan dan pihaknya kini sedang memantau kegiatan di pusat hiburan serta karaoke.

Rakyat Pulau Pinang bantah bagi elaun 'lokap' pada ahli PPS

Posted: 01 Sep 2014 07:30 PM PDT

Kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk memberikan elaun RM200 sehari kepada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan lokap oleh pihak polis sejak semalam adalah tidak masuk akal dan keterlaluan.
Ia terang-terang penyalahgunaan wang awam untuk membiayai aktivis parti yang ditahan polis.
Sebagai penduduk dan pembayar cukai di Pulau Pinang saya melihat tindakan Guan Eng itu satu 'jenayah' kepada kami.
Saya berpendapat ia merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan slogan CAT yang dilaung-laungkan oleh kerajaan DAP.
Jika benar Guan Eng mahu memberikan elaun lokap kepada ahli PPS ia harus dari wang parti DAP, bukan wang kerajaan, bukan wang rakyat Pulau Pinang.
Sebagai rakyat Pulau Pinang saya menuntut Guan Eng membentangkan laporan penuh berapakah jumlah wang kerajaan yang dibelanjakan untuk PSS sejak ia ditubuhkan.
Melihat kepada jumlah ahli yang besar, uniform dan peralatan seperti cota, walkie-talkie, juga logistik, rakyat pulau Pinang curiga kerana ia memerlukan dana besar, apatah lagi ia melibatkan 30 DUN di negeri ini.
Manakala semua 30 ADUN yang menyokong tindakan ini juga telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang yang memberikan mandat mengundi mereka supaya menguruskan kewangan negeri secara berhemah.
Kenapa hanya membela kumpulan yang melanggar undang-undang yang terbukti dengan pengesahan dari pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Hari ini rakyat pulau Pinang kejutkan dengan fakta bahawa 11 dari lebih seratus yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk tiga dari mereka positif dadah.
Akhirnya, sebagai anak jati yang lahir, membesar dan bekerja di Tanjong, Pulau Pinang, saya amat kesal dengan propaganda murahan serta berat sebelah yang telah  diamalkan oleh  kerajaan DAP negeri ini.
Mereka melupakan janji kepada 1.5 juta rakyat Pulau Pinang selepas diberikan mandat kali kedua dalam PRU13 lalu dan kini menumpukan perhatian kepada aktivis parti DAP yang bergabung dengan PPS.
Ismail Musstaffa
-Nelayan tak bersubsidi-
1/9/2014

Pelacur sorok jam dalam kemaluan

Posted: 01 Sep 2014 06:36 AM PDT


Jangan terkejut sebab ia bukan kali pertama kes hilang jam lepas 'main' pelacur. Cuma kali ini yang hilang jam Rolex bukan Omega.
Tiga wanita ditahan di Las Vegas selepas mereka mencuri dua jam Rolex dan menyorokkannya di dalam kemaluan mereka.
Polis berkata, ketiga-tiga wanita itu mulanya memasuki bilik dua tetamu sebuah hotel di Las Vegas, memberi arak dan melakukan aksi seks dengan mangsa sebelum cuba melarikan diri bersama-sama jam mahal itu.
Bagaimanapun, Bryanna Warren, 23, Trinity Kennard, 23 dan Charmella Triggs ditangkap selepas CCTV dalam lif di hotel kasino Encore merakam dua wanita itu menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluan masing-masing.
Menurut laporan polis, kejadian bermula dengan Bryanna dan Charmella berfoya-foya bersama-sama seorang pelancong warga India di bar hotel berkenaan.
Mereka kemudian minum di biliknya apabila disertai seorang lagi rakan lelaki terbabit.
Wanita itu kemudian mempelawa rakan mereka, Trinit ke bilik itu.
Polis berkata, seorang wanita itu menanggalkan pakaian seorang lelaki berkenaan dan melakukan aksi seks padanya di bilik berasingan menyebabkan lelaki berkenaan menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £7,500 (RM39,240).
Pada masa sama, seorang lagi wanita melayan tetamu lain, menyebabkan dia juga menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £2,500 (RM13,000).
Menurut polis, seorang mangsa itu menyedari jamnya diambil dan ketiga-tiga wanita itu melarikan diri ke arah lif dengan lelaki berkenaan mengejar mereka.
Seorang wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam menembaknya.
Ketika berada di dalam lif, dua wanita itu dirakam menyelak baju mereka, mencangkung dan memasukkan jam ke dalam kemaluan masing-masing.
Polis menahan wanita itu di luar lif selepas pengawal keselamatan dimaklumkan oleh mangsa.
Jam itu ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas mereka.-1/9/2014

Pensyarah UM Azmi Sharom Dijangka Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Posted: 01 Sep 2014 04:52 AM PDT


Azmi Sharom.


PETALING JAYA: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom dijangka didakwa atas Akta Hasutan pada Selasa berhubung komennya yang dibuat di sebuah portal mengenai krisis Perak 2009.
Beliau dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan 4(1)(b) di bawah Akta Hasutan 1948.
Di bawah seksyen itu, mereka yang mengeluarkan sebarang perkataan berbaur hasutan akan berhadapan dengan denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah.
Azmi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan beliau akan didakwa kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Unit Amal PAS badan kebajikan, Zahid perlu minta maaf - Ketua pemuda PAS

Posted: 01 Sep 2014 03:25 AM PDT

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.
Menurut Suhaizan (gambar), Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir dan kebakaran.
"Kalau buat demonstrasi, itu maknanya adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan, jadi kita jaga kebajikan orang yang nak buat demonstrasi.
"Begitu juga semasa ceramah PAS, apabila kita menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider.‎
Katanya, Zahid perlu meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya terhadap Jabatan Amal yang beroperasi sejak 20 tahun lalu.
"Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan. Selama tempoh Jabatan Amal bertugas lebih 20 tahun dan adakalanya bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba hari ini mahu dipersalahkan," katanya.
Ekoran penahanan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang semalam, Zahid hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan serupa ke atas Unit Amal PAS.
Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS.
"Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid. – 1 September, 2014.

Bayi miliki dua muka

Posted: 01 Sep 2014 02:25 AM PDT


BAYI yang dilahirkan pada 22 Ogos lalu mempunyai dua muka, dua hidung dan empat mata pada satu kepala di Hospital Awam Khatav, India. - AGENSI

NEW DELHI 31 Ogos - Sekumpulan doktor pakar kanak-kanak di India bergelut untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi 'ajaib' yang dilahirkan dengan mempunyai dua muka, kes yang hanya berlaku sekali dalam 100,000 kelahiran baharu.

Menurut laporan portal berita Metro, bayi yang tidak dinamakan itu dilahirkan pada 22 Ogos lalu di Hospital Awam Khatav, mengalami tahap kecacatan pelik yang dikenali sebagai 'craniofacial duplication' atau pertindihan muka.

Tambah laporan tersebut, tahap kesihatan bayi berkenaan sangat serius dan memerlukan rawatan lanjut bagi menyelamatkan nyawanya.

Rakaman video yang merakamkan kecacatan bayi itu menunjukkan, kanak-kanak terbabit mempunyai dua mulut, dua hidung dan empat mata pada satu kepala.

Pakar bedah di hospital itu, Dr. Suresh Sirsat berkata, unit pediatrik yang diketuai beliau berdepan kes yang sangat serius dan peluang untuk bayi berkenaan terus hidup sangat rendah.

Jelasnya, sebanyak 36 kes yang sama dilaporkan di seluruh dunia sebelum ini, tetapi tiada seorang bayi pun terselamat apabila dilahirkan dalam keadaan cacat sedemikian.

"Kami juga masih belum menemukan cara rawatan yang paling sesuai untuk menangani kes yang jarang berlaku ini, namun kami akan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa bayi malang ini," katanya.

MH17: Pengalaman di Amsterdam Sukar Dilupakan - Pegawai Jakim

Posted: 01 Sep 2014 01:01 AM PDT


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha bersama petugas JAKIM yang bertanggungjawab dalam pengurusan jenazah mangsa beragama Islam nahas pesawat MH17 mengaminkan doa yang dibaca oleh ketua pasukan petugas itu, Manaf Mat (dua, kanan) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Amsterdam, Belanda di Sepang pada Isnin. Turut sama Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Mohamad Nordin Ibrahim (dua, kiri).




SEPANG: Petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pulang ke tanah air pada Isnin menyifatkan pengalaman 44 hari menguruskan jenazah mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines di Belanda adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Abdul Manaf Mat berkata dalam tempoh waktu itu petugas berhadapan dengan peralihan cuaca panas ke sejuk serta berpuasa selama 19 sehingga 20 jam.
"Semasa menguruskan jenazah apa yang saya fikirkan hanya untuk menyempurnakan kewajipan fardu kifayah," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Amsterdam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pagi Isnin.
Ketibaan Abdul Manaf yang juga Ketua Petugas Jakim bersama tiga yang lain disambut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.
Beliau yang berada di sana sejak 18 Julai lepas bersama sembilan petugas lain, berkata tiada perbezaan bagi menyelesaikan ibadah tersebut namun sedikit janggal kerana lokasi pengurusan jenazah jauh beribu batu di negara orang.
"Di sana bila ada kematian urusan jenazah dilakukan di satu tempat yang di khaskan tidak seperti di Malaysia kita uruskan di masjid berhampiran," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata syarikat pengurusan jenazah di Belanda juga tertarik dengan cara petugas melaksanakan pengurusan jenazah dari langkah pertama iaitu proses memandikan, kafan, sembahyang jenazah dan akhir dikebumikan.
Semasa proses pengurusan jenazah, petugas Jakim juga dibantu oleh Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan komuniti Islam di sana.
Seorang petugas wanita, Sitaton Mohd Osman, 56 berkata proses menguruskan jenazah wanita muslim warga tempatan dimudahkan atas doa rakyat Malaysia.
"Setiap jenazah dapat dimandikan dan dikafankan dalam masa antara setengah jam sehingga 45 minit," katanya yang juga Pembantu Hal Ehwal Islam di Bukit Aman.
Sementara itu Othman berkata seramai empat petugas Jakim termasuk dua wanita yang diketuai Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Hazarudin Baharudin telah berada di Belanda bagi menyambung tanggungjawab menguruskan jenazah.
"Empat petugas ini mungkin akan berada di sana sehingga urusan pengurusan jenazah semua rakyat Malaysia selesai,"katanya.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. 

Hadi dan 'pasukan presiden' berkumpul di Taman Melewar Isnin

Posted: 31 Aug 2014 11:37 PM PDT

Kumpulan pro Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi Isnin berkumpul di pusat gerakan pembentukan pemikiran PAS, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar merasmikan satu wacana penting tiga minggu menjelang muktamar parti tersebut.
Wacana Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) itu dianjurkan kumpulan Hadi dipercayai sebagai usaha untuk memperkasa semula displin dikalangan ahli parti tersebut.
PAS sebelum ini menerima tamparan hebat selepas kenyataan beberapa pemimpin utamanya bercanggah antara satu sama lain terumanya berkaitan penukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Wacana yang dirasmikan oleh Abdul Hadi Awang itu dipercayai salah satu dari strategi 'pasukan presiden' berdepan dengan kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS di muktamar nanti.
"Pasukan Presiden' ini dianggotai oleh ahli strategi macam COO Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, 'tukang pukul presiden' MP Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan Dewan Ulamak dan MP Kuala Nerus Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri.
PAS akan mengadakan Muktamar ke 60 parti itu di Skudai Johor pada 18 hingga 20 September ini.
Sementara itu, Abdul Hadi dalam ucapan merasmikan wacana tersebut mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.
Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.
"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya lapor Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.
Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.-1/9/2014

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


UNIT AMAL AKAN DI HARAMKAN ???

Posted: 01 Sep 2014 10:43 AM PDT

HARAKAHDAILY | 01 September 2014.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Unit Amal PAS.
Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain. 

 " Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.
"Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan," kata beliau kepada Harakahdaily.


 Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.
Zahid juga mendakwa beliau turut menerima laporan bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.



















"Kita sedia lawan di mahkamah," katanya.
- HARAKAHDAILY 1/9/2014