Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Jutawan Astro dan Maxis Didakwa di India

Posted: 30 Aug 2014 06:30 AM PDT

MUMBAI, Aug 30 — Polis Persekutuan India telah memfailkan tuduhan rasuah (corruption) dan konspirasi jenayah (criminal conspiration) ke atas tokoh perniagaan Malaysia yang terkenal sebagai mogul Media dan Telekomunikasi, T. Ananda Krishan.

ananda-krishnan-
Ananda yang menguasai Astro dan Maxis di Malaysia bakal dibicarakan bersama bekas Menteri Telekomunikasi India (2004-2007) Dayanidhi Maran dituduh berkompolot dan memberi suapan bagi membantu syarikat telekomunikasi Maxis mengambil alih ke atas penyedia rangkaian telefon bimbit India, lapan tahun lalu.


Turut didakwa ialah jutawan India yang juga merupakan adik kepada Dayanidhi, Kalanithi Maran dan pembantu kepada Ananda Krishna, Augustus Ralph Marshall. Nama kesemua mereka dan ramai lagi berada dalam kertas pertuduhan yang difailkan di Mahkamah New Delhi hari ini.
The case is separate from a massive scandal that a state auditor said had lost the government about US$29 billion (RM91.4 billion) during a 2008 telecoms permits sale process. Another former telecoms minister and several company executives are among the accused in an ongoing trial over that case.
The Central Bureau of Investigation (CBI), India's top crime-fighting agency, started investigating the Maran brothers and Krishnan in 2011 after allegations that the telecoms minister had forced the sale of mobile carrier Aircel, allowing Krishnan's Maxis to acquire a controlling stake in 2006.
"The investigation revealed that the then (telecoms minister) had allegedly abused (his) official position and constricted the business environment of Chennai-based private firm on frivolous grounds with an intent to force its exit from telecom business and its sale to Malaysia-based company," the CBI said in a statement yesterday.
Companies controlled by billionaire Kalanithi Maran's Sun Group, which runs a media business including television channels and satellite TV services, had received "illegal gratification" totalling about 7.42 billion rupees, the CBI said. About 5.49 billion rupees of it was "in the garb of" the premium paid for the purchase of a stake in a Sun Group company, the agency said.
The charges against the Marans, Krishnan and his aide include criminal conspiracy, the CBI said. Astro All Asia Networks Plc, Maxis Communications Bhd, South Asia Entertainment Holdings Ltd — all part of Ananda Krishnan's business empire — and Sun Group's Sun Direct TV Pvt Ltd have also been named in the police charge sheet.
A spokeswoman for Maxis said she could not immediately comment. A Sun Group spokesman also declined comment. Dayanidhi Maran and Kalanithi Maran could not be immediately reached for a comment.
Dayanidhi Maran has previously denied any wrongdoing. Maxis had said in October 2011 that it was co-operating with the probe and was confident that the allegations against it would prove to be "unfounded and without basis." — Reuters

Peruntukan selamatkan MAS sepatutnya diguna manfaatkan rakyat - Kadir Jasin

Posted: 30 Aug 2014 05:12 AM PDT

KOMENTAR

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan wang sebanyak RM6 bilion untuk tujuan menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) lebih baik disalurkan kepada rakyat.
Walaupun media arus perdana memuji pelan tersebut yang diumumkan pengurusan aset negara Khazanah Nasional Berhad semalam, Kadir dalam blognya berkata langkah tersebut bukanlah rancangan berkelas dunia.
"Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.
"Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia," kata Kadir, yang juga bekas ketua pengarang News Straits Times tersebut.
Bagi Kadir, wang sebanyak RM6 bilion tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.
"Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang," katanya.
Kadir menyifatkan usaha menyelamatkan MAS berulang kali masih akan gagal sekiranya punca utama tidak ditangani dengan baik.
"Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," katanya.
Mengenai cadangan penamatan 6,000 staf MAS, Kadir berkata langkah tersebut pernah dicadangkan semasa MAS diswastakan dahulu, tetapi kerajaan sendiri menolaknya.
"Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002), ia mencadangkan mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang, tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.
"Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah) dan secara teorinya sudah 'muflis' ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan," katanya.
Khazanah mengumumkan MAS akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000, di samping memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu.
Sebagai pemegang saham terbesar MAS, Khazanah mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran itu selepas ia kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.
Kerugian semakin bertambah selepas ia dilanda dua tragedi besar, kehilangan pesawat MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.
Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan lembaga pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan lebih cekap.
MAS yang menggantung dagangan pada Khamis lalu berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Saham itu terakhir diniagakan pada 25 sen Khamis lalu. – 30 Ogos, 2014.

Budak2 sekolah sekarang dah bijak ... hahaha

Posted: 30 Aug 2014 01:59 AM PDT

MH17: 9 jenazah lagi dijangka tiba 2 Sept

Posted: 30 Aug 2014 12:06 AM PDT

SHAH ALAM 30 OGOS: Istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata setakat ini, sembilan jenazah yang berkemungkinan besar akan tiba pada 2 September dan ia tertakluk kepada beberapa faktor.
jenazah mh17 1 a
"Kami percaya pada 1 Sept, kita dapat pastikan berapa," katanya dipetik Astro Awani.

Beliau berkata persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumikan dan disemadikan.
Satu daripada sembilan jenazah itu ialah kanak-kanak, katanya.
Zulkifeli berkata dua warga asing itu merupakan suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.
Pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka, katanya.
Zulkifeli berkata tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa empat jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala empat lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.
Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada Ahad lepas.
Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
EZY

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pembentukan Malaysia

Posted: 30 Aug 2014 09:30 PM PDT





Azan dan Doa iringi hari pengisytiharan kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2014 07:35 PM PDT



Lihat di hujung recording video




Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،
اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،
اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،
اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. 

Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. 

Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Web Rasmi Mufti Negeri Sembilan

Titik-titik kemerdekaan: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Posted: 30 Aug 2014 05:30 PM PDT



Titik-titik kemerdekaan: Pengumuman Kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2014 08:59 AM PDT


Titik-titik kemerdekaan: Perjanjian Kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2014 08:00 AM PDT


Titik-titik kemerdekaan: Rombongan Merdeka

Posted: 30 Aug 2014 07:00 AM PDT


Titik-titik kemerdekaan: UMNO menentang Malayan Union

Posted: 30 Aug 2014 05:32 AM PDT


Mahu sumbang tapi fed-up politik S'ngor? Jadi sukarelawan dan dapatkan dana!!!

Posted: 29 Aug 2014 11:32 PM PDT

Jadilah sukarelawan DRe1M ....




DRE1M FUND

Apakah yang dimaksudkan dengan Dre1m Fund? Dre1m Fund atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan.

Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial.

Langkah-langkah untuk memohon Dre1m Fund:

Baca sepenuhnya di Flying Kick SINI 

Atau ke laman DRe1M Fund  SINI

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Himpunan 11 Sept Bantah Felda Diskriminasi Peneroka

Posted: 30 Aug 2014 04:55 AM PDT

Menurut Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, penyerahan memorandum itu berkaitan krisis harga komoditi sawit yang semakin merudum serta isu diskriminasi terhadap peneroka.

"Kejatuhan harga komiditi sawit ini semakin membimbangkan. Kelmarin di Jengka, saya dimaklumkan kadar perahan gred (KPG) pada kadar 19-20 peratus, harga RM 400 per matrik tan, malah ada yang dapat RM 380 sebulan," kata beliau pada satu sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Katanya, kerajaan tidak mengambil sebarang langkah proaktif bagi menyelesaikan krisis berkenaan walaupun ia menyebabkan kehidupan para peneroka terjejas.

Selain itu, tambah Mazlan soal diskriminasi yang dikenakan ke atas beberapa peneroka yang bertindak menyaman Felda juga akan diketengahkan memandangkan ia jelas melanggar hak asasi para peneroka berkenaan.

Sejurus itu, kata Mazlan, memorandum sama akan turut diserahkan ke Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya pada jam 3 petang, hari yang sama.

Sehubungan itu, beliau menggesa para peneroka agar terus bersama-sama menyertai himpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap isu-isu berkaitan hak asasi peneroka.

Turut serta pada sidang media tersebut Penasihat Anak, Dr. Rosli Yaakop, AJK Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Muhammad Said Jonit dan wakil peneroka, Abdul Rahman Jamhari. - HARAKAHDAILY 29/8/2014

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GAMBAR LAMA MENARIK DI SABAH TURUT SAMBUT MERDEKA 31 OGOS 1963

Posted: 30 Aug 2014 10:31 PM PDT

SABAH TURUT SERTA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN PADA 31/8/1963
AMANAT YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 31/8/2014:-

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menggariskan tiga amanat penting merdeka demi kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, amanat merdeka pertama iaitu mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.

Amanat merdeka kedua ialah memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.

Amanat merdeka ketiga pula ialah mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Kredit kepada jentayu

PPS: LIM GUAN ENG AJAK POLIS GADUH, NAK TUBUH REPUBLIK SOSIALIS !

Posted: 30 Aug 2014 07:34 AM PDT


Sah anak Lim Kit Siang telah mencabar pihak polis bergaduh dan ambil tindakan ke atasnya.

Inilah cara gerila komunis dan puak pemisah mengugut pihak berkuasa untuk berperang.

Mungkin ini adalah isyarat gendang perang yang dipalu oleh Lim Guan Eng seorang Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Mungkin ada asas Lim Guan Eng begitu berani mencabar pihak keselamatan negara. Sudah pasti mereka ada persediaan rapi jika berlaku sesuatu yang di luar jangka ke atas mereka?


Bayangkan sebuah pertubuhan haram dianggotai oleh lebih 10,000 ahli yang kebanyakanya adalah samseng-samseng, gengster, tokey-tokey dadah, judi, pusat pelacuran dan segala serba-serbinya bisnes haram?

Kita selalu dengar di Pulau Pinang, pihak polis kerap melakukan serbuan ke atas makmal-makmal dadah dan nilai rampasannya sering mencecah jutaan ringgit.

Di negeri ini juga sering dijadikan transit bagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan barang-barang tiruan, pusat money laundering dan sebagainya. 

Siapakah yang akan menjaga aktiviti-aktiviti haram ini jika bukan para tonto, samseng dan gengster?

Antara tugasan terselindung PPS adalah untuk melindungi bisnes haram pelacuran DAP. Hasil duit lendir digunakan untuk mendanai kempen politik DAP. Jika duit haram digunakan dalam kempen DAP maka hasilnya pun akan jadi haramjadah.  
Ya...gengster dan samseng yang berubah menjadi Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Mereka diupah oleh tokey-tokeynya untuk melakukan kerja-kerja mengawal dan meronda bagi memastikan kegiatan haram mereka dikawal rapi dari serbuan pihak Polis, Imigresen, Kastam, KPDNKK, RELA, Majlis Agama Islam, JAKIM dan sebagainya.

PPS yang seumpama sekumpulan iblis yang menukar imej jahatnya menjadi nampak macam baik semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat kononnya melindungi rakyat.

Nampaknya sikap Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ini cuba mencemarkan suasana hari kemerdekaan kita. 

Sudahlah mempunyai tema hari kemerdekaan yang berbeza dengan kerajaan persekutuan, LGE cuba mencabar Ketua Polis Negara pula.

Ketua Polis Negara telah dicabar Komunis LGE untuk berlawan! 

Apa yang DAP cuba hasut rakyat terutamanya kaum cina? 

Di Sabah dan Sarawak mereka cuba menghasut rakyatnya keluar dari Persekutuan Malaysia. Mungkinkah suatu hari nanti DAP akan hasut rakyat di Pulau Pinang untuk keluar dari Malaysia

Gerakan tersusun telah mereka lakukan secara sistematik...

Alihkan pengundi mereka beramai-ramai ke Pulau Pinang termasuk mengubah pengundi ke kawasan-kawasan melayu dan UMNO...

Halau orang-orang Melayu keluar dari Pulau dengan merampas, menghalau dan membina banyak rumah-rumah mewah...

Halang kerajaan pusat bina lebih banyak perumahan rakyat yang memberi manfaat penduduk miskin yang majoritinya Melayu... 

Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 kita boleh bertanya berapa banyak kaum DAP  menunjukkan sikap nasionalisme mereka kepada negara?

Berapa banyak premis dan perumahan kaum mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang?

Kalau nak bernegara dan bermasyarakat pun tak pandai dan tiada nilai kesetiaan, apa ertinya lagi mereka duduk di negara ini? Tiada cinta yang lahir dalam jiwa mereka!

Mungkin itu tanda-tanda awal yang mahu dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP ke arah pemisahan dan menjadi sebuah negeri berautonomi dan republik sosialis. 

Di Selangor DAP dan PKR sedang giat melaksanakannya...

Sukakah kalau ada pihak yang melabelkan semua kaum cina adalah komunis, komunis adalah cina disebabkan oleh sikap tidak patriotik, mementingkan diri, kiasu dan rasis yang disemai oleh DAP?


Mungkin tiba masanya sejarah Kedah Tua dibuka semula untuk kita mengetahui sejarah asal usul Pulau Pinang...

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57. Disini Lahirnya Sebuah Cinta.

TANTAWI GASAK ANWAR DAN ANWAR TAK MAMPU JAWAB

Posted: 30 Aug 2014 02:41 AM PDT

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi terus mengasak Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu nepotisme apabila Ketua Umum PKR itu dilihat bertegas mahu mencalonkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Dalam tulisan di facebook semalam, Nasrudin membandingkan krisis politik di Selangor hari ini dengan isu nepotisme dalam Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2009.
"Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau.
"Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas 5 tahun, Nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini ? Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu TGNA, tidak kepada yang lain ?," soalnya.
Menulis lanjut, Nasrudin secara sinis mempersoalkan kenapa sekarang nepotisme bukan merupakan satu isu lagi.
"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang ? Sepatutnya ia sudah diterima pada 5 tahun yang lalu. Barangkali 5 tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini,"katanya.
Dalam tulisan itu, Nasrudin turut melampirkan rakaman video bertajuk "Azmin Ali Pertikai Keputusan Presiden PKR"
Dalam rakaman video itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali telah mengkritik Presiden PKR, Wan Azizah kerana menghantar pencalonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor tanpa berunding dengan pimpinan PKR Selangor.
"Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengkritik kepimpinan parti kerana didakwa mengamalkan nepotisme atau pilih kasih dengan mengetepikan pandangan kepimpinan Selangor dalam menentukan calon menteri besar negeri itu.
"Beliau berkata, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail bertindak menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar tanpa persetujuan PKR negeri," lapor Malaysiakini pada 10 Mei 2013.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Siapakah 'Zhou Yu' PKR?

Posted: 30 Aug 2014 08:43 AM PDT


Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 26 Ogos 2014 menyiarkan artikel mengenai kenyataan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengibaratkan kemelut yang berlaku dalam parti itu sekarang seperti kisah The Three Kingdoms dalam sejarah China.

Artikel yang ditulis wartawan akhbar berkenaan, Koh Kok Wei bertajuk 'Siapa panglima Zhou Yu dalam PKR?' disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman W3.

Ketika Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyentuh mengenai sejarah China yang berlaku pada zaman Dinasti Han Timur.

Tidak kira sama ada pernah membaca atau tidak sejarah The Three Kingdoms, kedua-dua mereka terlalu berani untuk menceritakannya kepada para perwakilan.

Memang banyak peristiwa yang berlaku ketika era pemerintahan dinasti berkenaan dan salah satunya adalah mengenai peperangan yang terjadi dan kesetiaan para pahlawan.

Azmin mahu para perwakilan mencontohi kesetiaan pahlawan kepada ketua mereka, Sun Liu sehingga dapat mengalahkan tentera lawan yang diketuai Chao Chao. Menurut Timbalan Presiden PKR itu, ahli-ahli perlu bersatu bagi memastikan parti itu terus kuat.

Walaupun Azmin tidak menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku ketika pemerintahan dinasti berkenaan, yang pasti ia hanya berkaitan apa yang terjadi sebelum dan ketika pertempuran di Lembah Chi Bi yang disertai pahlawan berkenaan.

Beliau tidak menceritakan apa yang terjadi selepas kemenangan tentera Sun Liu apabila semangat setiakawan di kalangan pahlawan telah hancur dan mereka membawa haluan masing-masing.

Kisah itu tidak diceritakan kerana ia tidak relevan dengan nasihat supaya ahli-ahli bersatu dan gabungan pihak pembangkang dikekalkan.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar dalam ucapannya pula menyebut isu pelantikan Menteri Besar Selangor baharu yang boleh diibarat serupa dengan kisah hulubalang Zhou Yu.

Walaupun Zhou Yu setia kepada Shun Quan, beliau tidak memberi maklumat yang benar kepada ketuanya sehingga timbul ancaman perpecahan di kalangan pahlawan.

Tindakan Zhou Yu itu bukan kerana beliau berniat untuk mengkhianati ketuanya sebaliknya kerana sikapnya yang agak kurang terbuka.

Beliau ialah orang muda yang bijak dan hebat tetapi kelemahannya kerana suka ikut pandangannya sendiri dan tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih bijak daripada dirinya.

Jika begitulah huraian Shamsul Iskandar, pembaca sudah tentu mahu tahu siapakah individu seperti Zhou Yu yang dikatakan berada dalam PKR?

Berdasarkan perbandingan yang Shamsul Iskandar sebut, Zhou Yu PKR pastinya orang dalam yang menerajui dan berkuasa dalam parti itu.

Beliau juga ialah orang muda yang bertindak sebagai pemimpin yang berilmu dan bijak dalam parti.

Ketika isu untuk menukar Menteri Besar hangat diperkatakan, orang itu sudah pasti memainkan peranan penting untuk mempertahankan kepentingan parti dan lantang menentang mereka yang tidak sehaluan dengan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Boleh dipastikan bahawa orang itu bukan Azmin dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


PPS Sudah Kena Tahan Dengan Polis

Posted: 30 Aug 2014 09:24 PM PDT

Ratu Rock Ella Turut Sama Kempen Bantah Nepotisme Anwar Di Selangor

Posted: 30 Aug 2014 08:16 AM PDT


Gambar ini membuktikan segalanya. Selain Herman Tino yang turun berkempen, Ratu Rock

http://www.tv14.my/?p=6950



Sambutan Merdeka PAS Hambar, Kerusi Lebih Banyak

Posted: 30 Aug 2014 07:35 AM PDT

Polis Sendiri, Tema Merdeka Sendiri, Apa Agenda DAP Buat Begini? #Merdeka57

Posted: 30 Aug 2014 01:04 AM PDT



tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Kedudukan PAS akan lebih mantap jike bersama BN

Posted: 30 Aug 2014 08:45 PM PDT

"PAS Selangor berkemungkinan kalah 10 kerusi jika p/raya diadakan semula tanpa bersama PR..!!

PAS jangan syok sendiri, 10 kerusi DUN hilang jika tinggalkan Pakatan, kata Mat Taib


Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor..........."

Tok yakin PAS akan lebih mantap jike bersame BN jike di bandingkan dengan bersame PR. Bukan saje parti itu boleh menarik lebih ramai kaum melayu/Islam tetapi ianye juge boleh menarik kaum bukan melayu/Islam.

Keadaan politik yang tidak menentu dan kucar-kacir di Selangor telah membayangkan kite bahawe PR memang tidak mampu mentadbir negare. Sedangkan di Selangor hanye sebuah negeri sahaje pun dah kecuh-mecuh di buat nye.

Senario di Kelantan dan P Pinang tidak boleh di same kan kerane di Kelantan ianye ditadbirkan oleh PAS 100% tanpa campur tangan PKR atau DAP. Begitu juge dengan P Pinang ianye sebenar nye dibawah pentadbiran DAP, walau pun ade juge PKR dalam EXCO negeri nye tetapi EXCO2 PKR ni telah di kongkong dan tidak boleh menentukan ape2 dasar pun.

Tok percaye kaum melayu sudah sedar betape buruk nye Pakatan Rakyat ni, PAS, PKR dan DAP memang tidak boleh mendapat kate sepakat di dalam ape hal pentadbiran bersame. PAS kate lain, PKR kate lain dan DAP lagi lain2 kate nye.

Keadaan yang tidak pernak sepakat dalam PR ni sangat merugikan kaum melayu/Islam, kite bukan saje nampak berpecah-belah tapi pade hakikat sebenar nye kite sudah pun berpecah belah.

Marilah kite kembali bersatu padu mengukuh kan kedudukan bangse melayu dan agama Islam di negare ini.



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


APA KATA QARDAWI KEPADA ANWAR

Posted: 30 Aug 2014 03:51 PM PDT

Antara ulama yg menjadi sahabat baik serta mendukung perjuangan DSAI adalah Sheikh Yussof Al-Qaradwi. Setiap kali Qaradawi berkunjung ke Malaysia pasti Qaradawi akan bermalam di rumah Dsai di bukit segambut KL.

Dalam isu Dr. Wan Azizah menjadi MB ini, telah dirujuk lantas Qaradawi meletakkan hukumnya adalah HARUS jika Dr. Wan Azizah dilantik menjadi MB Selangor kerana atas Kapasitinya sebagai golongan yang berilmu, juga kerana selain dari Ibu org yg paling dipercayai oleh seorang lelaki dalam hidupnya adalah isteri...

Hukumnya akan jatuh Haram jika dibelakang Dr. Wan Azizah adalah lelaki Bukan Muhrim dan ianya menjadi HARUS kerana di belakang Dr. Azizah Wan adalah suaminya sendiri yg akan membimbing beliau sepanjang masa sebagai MB Selangor..

Note :

ADMIN nak tanya apakah hukumnya MUSLIMAH PAS menjadi Exco, Addun dan Ahli Parlimen?
Jika Dr. Wan Azizah menjadi MB Selangor yg akan membantu serta berada di belakang adalah suaminya Dato` Seri Anwar Ibrahim.

Yang membantu serta berada di belakang Nurul Izzah juga Muhrimnya Datok Seri Anwar Ibrahim..
PERSOALANNYA ::

Siapa pula yg membantu serta berada di belakang EXCO, ADUN dan Ahli Parliment dari kalangan Muslimah PAS sepanjang masa?

Sila senaraikan nama ke semua Exco, Adun dan Ahli Parlimen dari Muslimah PAS yang dibantu oleh suami atau Muhrim masing-masing sepanjang masa..

Apa lagi Hujah serta alasan kamu wahai Haji UG...??

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

WAJAH AWAL PROGRAM HJ HADI SUDAH DI PULAU

Posted: 30 Aug 2014 07:00 AM PDT

Semalam exco Hjh Halimah dengan YB BN buat program di Unisel. Hari ni Presiden plak buat program di Unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan Unisel ni.

Semalam exco hjh halimah dgn yb bn buat program di unisel hari ni presiden plak buat program di unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan unisel ni.

KOMEN AKU .......Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib,demikian jelas Tan Sri Mat Taib.Beliau yang dikenali sebagai Mike Tyson  merupakan antara MB paling lama berkuasa. Beliau arif dengan corak pengundi dan pengundian di Selangor.

 Pendedahan dan amaran kepada  PAS ini sebagai memperingati keangkuhan parti itu sejak akhir akhir ini dan keinginan besar bergabung dengan UMNO. Ianya bukan sahaja menghampakan ahli peringkat bawahan, malahan juga akan menjadikan parti itu kembali ke era 80an.

Aku suka sahaja biar PAS mengambil sikap dengan keluar Pakatan kerana ini akan menjadikan sama ada PAS benar benar teruji kekuatan mereka di bandar dan kekuatan mereka di kampung. Bagi aku untuk masa kini PAS sudah mula disangsi oleh kaum cina di bandar , malahan sudah ramai yang bercakap bahawa PAS sudah tidak lagi releven kalau keluar PR.


PAS....sama ada tukar Presiden dan Setiausaha Agong ...atau ahli sendiri akan menghumban anda.

Pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat sedang berlaku dan akan berjaya.

Perlantikan MB Selangor bakal memecah belahkan Pakatan Rakyat.Tidak disangka-sangka pengkhianat terdapat di kedua-dua parti PKR dan PAS.Mereka sanggup melacurkan diri demi sedikit habuan dunia dan tidak ada langsung ketakutan dengan pembalasan Allah SWT di atas pengkhianatan mereka.Yang lebih menyedihkan di sebelah kita seperti sudah mengaku kalah mengangkat tangan menyerah diri. Tidak mahu melakukan walau satu apa pun.

Malahan Tulang Besi seorang aktivis PAS memberi Peringatan melalui mesej di FB beliau berbunyi begini:

Hanya doa saudara saudari sahaja yang dapat menyelematkan Pakatan Rakyat.Segala usaha dan kederat telah pun dibuat oleh kami ini.Sudah tidak larat dan tidak berdaya lagi.

Pengkhianatan ini akan sempurna selepas 3 hb September tahun ini.Tolonglha Saudara Saudari sekalian.Semua jalan sudah buntu.Mereka yang sedar semuanya telah menjadi bachul dan penakut.Tidak berani memperjuangkan kebenaran walaupun jelas pengkhianatan berlaku depan mata.Hanya doa saudara saudari diharapkan sepenuhnya.Tolong doakan semoga Allah SWT menggagalkan pengkhianatan 3hb September seperti Allah SWT menggagalkan Firaun dalam percubaan untuk membunuh Nabi Musa AS.Tolong Tolong Saudara Saudari Sekelian.

Wala' Kepada Hadi = Wala' Kepada Najib Tun Razak? 

Setelah keluar dari mulut Tuan Guru Haji Hadi Presiden sendiri di hadapan kesemua AJK PAS Pusat perkara tersebut.

Yakni sokongan dan hasrat beliau mahu menjalinkan hubungan rasmi dalam kerajaan antara PAS dengan UMNO di atas nama menjaga kepentingan Melayu.

Adakah ada lagi ahli atau penyokong PAS di luar sana terus memandang orang seperti Tulang Besi@Malaysiawaves ini pengkhianat parti? tidak wala'? Munafiq haraki? pembelot pada parti dsbnya?

Siapakah sebenarnya yang membelot kepada parti?

Siapa sebenarnya menipu ahli dan penyokong?

Siapa sebenarnya mengkhianati sahabat dan rakan demi UMNO?

Sekarang ini, wala' kepada Presiden PAS adalah sama dengan wala' kepada kerajaan perpaduang UMNO-PAS.


Penghujung sekali wala' kepada Presiden PAS membawa kepada wala' kepada Najib Tun Razak.
Sebenarnya tak boleh salahkan Cikgu Mustafa Ali dalam kemelut MB Selangor ni. Dia sudah sememangnya jahat sejak dari mula.Yang Tulang Besi Malaysiawaves salahkan adalah Mat Sabu.Kenapa dia tidak mahu mengangkat suara dan melawan hasrat Cikgu Pa untuk sabotaj proses pencalonan MB Selangor ini?Sedangkan telah jelas Pakatan Rakyat mencalonkan hanya seorang calon.Kenapa Abang MAt tiba-tiba kecut dan tidak berani melawan?

Apabila Timbalan prsiden kecut maka orang-orang lain pun akan jadi kecut juga.Percayalah,Apabila Mustafa Ali mencalonkan dua nama kepada Istana, yakni Wan Azizah dan Azmin, maka Istana akan memilih Azmin sebagai MB,Maklumat Tulang Besi dapat geng Khalid Ibrahim ada sebeban fail terhadap Azmin dan PKNS.Tak tau fail tu betul ke tidak tapi kes ini akan didengar di mahkamah dan akhirnya persepsi buruk adalah PR parti yang korup.

Nasihat Tulang Besi@Malaysiawaves pada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya terus berjalan ke arah menguburkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pedulikan Cikgu Mustafa Ali. Pedulikan Ustaz Harun Din.Pedulikan Haji Hadi Awang. Pedulikan Tantawi Vellfire. Pedulikan Khalid Ibrahim. Pedulikan Ustaz Ahmad Yaakob. Pedulikan Nik Amar lebai malang. Pedulikan Nik Abduh laknatullah. Pedulikan si bajingan Samsuri Mokhtar. Pedulkan Khazani dan geng Ilmuannya, pedulikan Ustaz Wan Ismail KelKon, pedulikan si Din Ayam, pedulikan si mulut Joyah sanusi Mat Nor
Mereka lebih sayangkan UMNO dari Pakatan Rakyat.


Mereka tidak mengerti erti persahabatan.
Mereka tidak mengerti erti kesetiaan.
Gengam bara api biar sampai jadi arang.
Biar berdentum guruh di langit, bumi tidak akan hancur sebelum kiamat


ADAKAH PAS LEBIH ARIF DARI MAT TAIB DI SELANGOR?

Posted: 30 Aug 2014 05:36 AM PDT



Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014. 
 Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.


 Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.


"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
  PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.

Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.

"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.

"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.

"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.

Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.

Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama.

"Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.

"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.

"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. – 30 Ogos, 2014.