Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Penonton Tegur 'Majalah 3' Siar Gambar Sharifah Aini Tidak Berhijab

Posted: 28 Aug 2014 08:44 PM PDT


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Edisi khas program Majalah 3 berjudul Perginya Seri Dewi Malam Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang disiarkan pada malam Isnin lalu ditegur penonton gara-gara tidak memenuhi permintaan terakhir biduanita itu agar tidak menyiarkan semula gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat.

Rata-rata penonton menyelar program terbitan TV3 itu kerana dianggap tidak sensitif selain melanggar permintaan Allahyarham selepas pemergiannya.

Program berdurasi selama sejam itu memaparkan kehidupan dan perjalanan kerjaya Allahyarham sepanjang bergelar anak seni yang turut memaparkan telah   kembali gambar-gambar lama sebelum Allahyarham bertudung.

Kebanyakan penonton meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka melalui laman sosial Facebook TV3 yang mempunyai 1,601,011 pengikut itu selepas mereka memuat naik posting bagi mempromosikan program tersebut pada 25 Ogos lalu.




Posting tersebut menerima lebih daripada 200 likes dan 50 komen  sehingga petang Khamis.

Salah seorang pengunjung Facebook, Faareast Mk berkata, "TV3 tidak menghormati arwah Sharifah Aini yang meminta video dia tidak menutup aurat supaya tidak disiarkan lagi."

Manakala Puteri Norathirah Megatabubakar menulis: "Memohon agar TV3 menghormati permintaan Allahyarham untuk tidak lagi menayangkan gambar beliau tidak menutup aurat. Permintaan beliau boleh dilihat semula pada rancangan Prof Muhaya di TV9 dahulu."

Fadzree Fadzree berkata: "Kasihanilah permintaan Allah, permintaan terakhir beliau jangan mendedahkan aib semasa muda".

Sementara itu, wakil stesen televisyen itu yang dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut berikutan kerana merupakan pandangan peribadi masing-masing.

Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai lalu kira-kira pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru   selain virus Influenza A H1N1.

Pakar Bedah Ketagih Seks Dihantar Pulang Ke Malaysia

Posted: 28 Aug 2014 02:56 PM PDT



Dr Suresh Nair di luar mahkamah, tahun lalu. -foto The Daily Telegraph

PETALING JAYA: Dr Suresh Nair, pakar bedah saraf yang mengalami ketagihan seks dan bertanggungjawab terhadap kematian dua orang pelacur, telah dihantar pulang ke Malaysia.

The Daily Telegraph mendedahkan bahawa Menteri Imigresen Australia Scott Morrison telah mengarahkan penghantaran pulang Dr Nair yang telah menjalani hukuman penjara empat tahun kerana membunuh dan membekalkan kokain selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai.

Menurut laporan itu, dia meninggalkan Australia pada Selasa.

Doktor kelahiran Malaysia, yang mempunyai taraf penduduk tetap Australia, telah dibenarkan untuk terus bekerja di sebuah hospital swasta di Sydney walaupun ketagihan kokain dan seks.

Ini menyebabkan beberapa pembedahan mengganggu tugasnya, yang mengakibatkan keadaan beberapa pesakitnya menjadi bertambah teruk.

Nair dipenjara pada tahun 2011 kerana  membunuh pelacur berusia 22 tahun, Domingues Zaupa, yang mengambil kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah pakar bedah itu di Sydney pada tahun 2009.

Dia juga mengaku bersalah membekalkan kokain, yang mengorbankan pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya.

Abby Abadi buat laporan polis terhadap bekas suami?

Posted: 28 Aug 2014 12:10 AM PDT


27 Ogos – Selebriti yang kini tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian peminat dan media apabila memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, seringkali menjadi tumpuan pengikut laman sosialnya semenjak dirinya berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sehinggalah mereka berdua disahkan bercerai.
Menurut laporan portal OhBulan!, foto yang menunjukkan laporan polis itu diyakinkan lagi dengan kapsyen Abby yang seakan-akan ditujukan khas buat bekas suaminya itu.
"Buat yang berkenaan, laporan polis telah dibuat. Saya terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dari dot dot dot... Siapa? Biarlah saya rahsiakan dulu buat masa ini ya," ujar Abby di laman sosial berkenaan.
Dalam pada itu, Abby turut menyatakan dirinya sudah pun memberi peluang dan ruang kepada individu terbabit, namun panggilan yang dibuat dan mesej yang dihantar tidak berbalas.
Mungkin benar ia ditujukan buat Farhan atau sebaliknya? Pastinya masalah terbabit serius dan besar sehingga laporan polis telah difailkan oleh bekas pelakon drama "Gerak Khas" ini.
Walaubagaimanapun, semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan diharapkan Abby bersabar dengan dugaan yang datang terhadap dirinya yang kini berstatus ibu tunggal.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR WARNING HAJI HADI JANGAN KURANG AJAR

Posted: 28 Aug 2014 07:58 PM PDT

Ketua Pengarang portal berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar sekejap tadi menghantar twitter berbunyi,"Perang PAS-PKR terus berlangsung. Ikuti perkembangan di Malaysiakini.."
Ia merujuk artikel portal itu bertajuk "Respect Aug 17 decision, Anwar tells PAS."
Dalam artikel itu, Malaysiakini melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada PAS supaya mematuhi keputusan majlis kepimpinan Pakatan Rakyat 17 Ogos di mana setiap pihak bersetuju untuk hanya menghantar satu nama bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Anwar berkata ini akan menjadi duluan yang betul, di mana setiap parti hanya menghantar hanya satu nama ke istana Selangor.
"Kami akan merayu kepada mereka, bagaimana kita bergerak di dalam Pakatan Rakyat. Kita bergerak berdasarkan keputusan kolektif majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu dan membuat keputusan pada 17 Ogos," katanya.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS untuk mengemukakan tiga nama calon PKR untuk jawatan Menteri Besar kepada istana Selangor.
Beliau berkata tidak ada sebarang permintaan dibuat oleh PAS untuk mengadakan mesyuarat berikutnya mengenai perkara itu, oleh itu, keputusan 17 Ogos masih dipegang di mana setiap parti akan mengemukakan satu nama, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 2008 dan 2013.
Ketika ditanya apa yang akan berlaku jika PAS tetap akan mengemukakan lebih daripada satu nama, ketua pembangkang itu berkata beliau tidak mahu meramalkan senario seperti itu tetapi merayu kepada PAS untuk mematuhi keputusan 17 Ogos.
Anwar menambah keputusan muktamad telah dicapai oleh Majlis kepimpinan Pakatan pada 17 Ogos dan pasukan peguam Pakatan menasihatkan mereka untuk mengikuti segala keputusan yang telah diputuskan.
Tambahan pula, katanya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menulis untuk memohon menghadap Sultan Selangor dan juga telah mengemukakan 30 akuan berkanun menyokong beliau untuk jawatan tersebut.
Anwar mengulangi bahawa rakan-rakan Pakatan perlu mematuhi konvensyen yang ditetapkan iaitu menghantar satu nama.
"Saya berpandukan kepada keputusan majlis kepimpinan. Mesyuarat itu dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin parti dan saya menganggap keputusan itu sebagai muktamad, "katanya.
Pakatan, kata Anwar mesti kekal kuat dan tidak berpecah akibat daripada isu ini.
"Jika ini berlaku, maka ini adalah buat kali pertama dalam sejarah Pakatan Rakyat, tidak ada konsensus dicapai untuk mengemukakan satu nama, seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh ketiga-tiga pihak sebelum ini," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan Anwar hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
"Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini.
Bahasa mudahnya, Anwar Warning Haji Hadi, "Jangan Kurang Ajar, Jangan Bikin Panas hati saya!!!"

SANTAI JUMAAT: JOM MAKAN PUTU MAYAM...BEST!

Posted: 28 Aug 2014 07:00 PM PDT


Bagi penggemar putu mayam, mereka tentu tahu kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisional India ini. 

Biasanya putu mayam hanya dijual di kedai mamak tertentu dan ane yang menjaja menggunakan motosikal di petang hari.

Justeru gambar yang kami siarkan ini tentu mengecewakan peminat putu mayam. Sudahlah makanan ini susah diperoleh, kini tersebar pula proses dan lokasi pembuatan putu mayam yang kotor dan menjijikkan.


Dalam satu gambar kelihatan pekerja bertenggek depan besen berisi tepung siap sedia untuk menguli dengan hanya bercawat pelekat tanpa memakai baju.


Di atas meja sama terdapat putu mayam yang sudah siap terletak betul-betul di sebelah kakinya. Amalan tak memakai baju dan hanya memakai kain pelekat ala cawat ini nampaknya turut dilakukan pekerja lain sepanjang proses pembuatan putu mayam di sini. 

Tong gas jadi bukti lokasinya di Malaysia. Manakala dalam satu gambar lain, kelihatan sampah sarap dibiarkan di atas lantai tempat putu mayam dibuat. 


Sayang sekali kami belum mengetahui lokasi putu mayam yang dibuat secara jijik ini dan ke mana ia dipasarkan.

Sumber: 

EDISI MALAM JUMAAT: MAK OOI...MAMPUIH, AZWAN JADI MB SELANGOR?

Posted: 28 Aug 2014 06:16 AM PDT


Jawatan Menteri Selangor yang baharu mungkin di kalangan bukan ahli mana-mana parti. Berkemungkinan ia akan diambil dari kalangan orang biasa.

Kini dah timbul desas desus yang sudah menjadi viral kononnya kombinasi dua nama Azmin Ali dan Wan Azizah menjadi Azwan Ali bakal dilantik menjadi Menteri Besar yang disebut-sebut itu.


Jadi tidak timbul soal gender di sini kononnya wanita tidak layak menjadi Menteri Besar kerana Azwan Ali memiliki kedua-dua sifat tersebut.

Beliau boleh reform penampilan gendernya berubah dengan sekelip mata...  

Juga tidak perlu dipersoalkan siapa Azwan Ali meskipun ia adalah adik kepada Azmin Ali.

Bahkan Azmin Ali mempunyai ikatan atau talian silang persaudaraan dengan keluarga Anwar melalui sebelah isteri Azmin; Shamsidar.


Yakinlah ini bukanlah satu bentuk korupsi, kronisme dan nepotisme (KKN) tetapi ia lebih kepada memberikan keadilan kepada yang hak. 

Iaitu hak yang berada di tangan seorang pemimpin Anugerah Tuhan dan suami kepada seorang isterinya yang tak boleh dipersoalkan kerana mungkin akan masuk neraka siapa yang mempertikaikannya.

Mungkin ini langkah awal Azwan Ali bakal menjadi Perdana Menteri sepertimana yang diidam-idamkannya selama ini.


Mana tau ratu oopps jejaka selfie ini bakal jadi PM kita?

Tuah ayam nampak di kaki...tuah Azwan Ali mungkin pada cermin mata besaunya...hehehe 



PANAS! @KhalidSamad DEDAH tawaran RASUAH Pakatan Rakyat kepada TS @Khalid_Ibrahim jika akur arahan KETUM!

Posted: 28 Aug 2014 01:43 AM PDT



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencabar mana-mana ahli atau pemimpin PAS untuk keluar dari parti itu sekiranya mereka berpandangan bahawa PAS lebih baik untuk berpisah dari Pakatan Rakyat.

AJK PAS Pusat yang sering dikritik akar umbi parti itu berkata, setelah ahli atau pemimpin itu keluar dari parti itu, barulah PAS mampu memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam gabungannya dengan DAP dan PKR.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain," kata Khalid yang dipetik dari Malaysian Insider, semalam.

Khalid turut mengaku bahawa terdapat di kalangan ahli atau pemimpin parti itu yang tidak setuju untuk PAS terus bersama Pakatan Rakyat dan mereka inilah yang wajar "dihalau" keluar dari parti tersebut.

Sejak PAS bergabung dengan DAP dan PKR sejak 2008, ahli dan para pemimpinnya sudah berkali-kali berdebat di antara sesama mereka ekoran peranan serta kedudukan parti itu yang dilihat seolah-olah diperkotak-katik oleh dua parti sekutu mereka.

Kemuncaknya dilihat makin meruncing berhubung isu krisis Menteri Besar Selangor menyaksikan dua ADUN PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin lebih memilih untuk "derhaka" pada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama.

ADUN Hulu Klang dan Morib itu secara terbuka memberi sokongan terhadap pemilihan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang digulingkan melalui gerakan yang dicetus PKR sendiri.

Sebelum ini, ramai ahli di peringkat akar umbi secara terbuka meminta para pemimpin PAS supaya mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan PKR dan DAP, selain mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi seterusnya merugikan kepentingan PAS.

Selain itu, ada pula ahli yang mengkritik pemimpin PAS Selangor yang dilihat bagaikan "lembik" sedangkan pemimpin dari parti itu lebih layak untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar di Selangor berdasarkan kelebihan majoriti yang dimiliki PAS.

Bagaimanapun, Khalid dilihat enggan bersetuju dengan kritikan itu dan dia mendakwa kononnya PAS mampu menjadi parti berkesan dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid lagi.

Mengejutkan, Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa Khalid Ibrahim akan menerima "habuan" setimpal dari suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya bersetuju menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Presiden PKR itu secara "baik".

"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." dakwa Khalid. -KedahNews.com




*** Belum pun sampai 24 jam diludah dan ditampar kerana mengkhianati bangsa/agamanya sendiri, Khalid Samad mulai celupar lagi. Hari ini beliau bertindak "menghalau" mana-mana ahli atau penyokong PAS yang mahukan parti tersebut meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Kononnya bertujuan agar PAS dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR...

Adakah maksud beliau sebagai ANGGOTA yang EFEKTIF itu seperti yang berikut:

1) Menyediakan MACAI yang cukup ramai untuk menjalankan kempen akar umbi kempen pilihanraya untuk PKR dan DAP

2) Menyediakan MACAI yang mencukupi bagi meramaikan demonstrasi anjuran PKR dan DAP

3) Menyokong apa sahaja keputusan PKR dan DAP walaupun merugikan Islam dan orang Melayu

4) Memenangi kerusi yang cukup banyak daripada UMNO, memastikan orang Melayu terus berpecah belah bagi membolehkan PKR/DAP mengetuai Kerajaan

5) Menjadi benteng hadapan bagi menghadapi orang Melayu dan Raja-raja Melayu jika timbul isu berkaitan Islam dan orang Melayu.

Seperti mana yang kita semua tahu, semenjak 2008, PAS dan PKR telah menjalankan kempen genosid terhadap para pemimpin mereka yang mempunyai walau sedikit jiwa Melayu dan Islam, menaikkan para pemimpin yang mudah dikawal oleh Anwar dan DAP di samping mengekalkan secukupnya 'ulamak' lama bagi tujuan FACIAL semata-mata. 

Kalau tidak percaya, tanyalah sahaja kepada para pengasas PKR, Dr. Hasan Ali serta Us Nasha sendiri. Pakatan rakyat tidak mampu berkuasa dengan penyokong atau pemimpin yang berkongsi nilai dengan UMNO.

Namun, apa yang menarik di sini adalah, Khalid Samad sendiri telah MENDEDAHKAN tanpa sengaja, bahawa Pakatan Rakyat bukan setakat mengamalkan NEPOTISME demi kuasa mutlak, bahkan KORUPSI apabila menawarkan ganjaran untuk TS Khalid meletakkan jawatannya dengan serta merta!

Sudahlah mamat ini bercakap 100% lain dari pendirian partinya sendiri, lebih pelik, tawaran dalaman KETUM (KEtua UMUM) PKR kepada TS Khalid itu beliau pula yang boleh umumkan. Inilah baru contoh MACAI KETUM yang SETIA!!!


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Azmin cadang siar secara langsung kes liwat Anwar?

Posted: 28 Aug 2014 09:37 AM PDT



Cadangan menyiarkan secara langsung rayuan terakhir kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan yang akan didengar pada Oktober ini bukan suatu tuntutan relevan untuk dilaksanakan.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, tindakan itu dalam konteks lainnya dianggap mencabar kedudukan tinggi mahkamah sebagai badan kehakiman yang mengamalkan prinsip undang-undang.

Katanya, perkara itu bukan sahaja sukar dilakukan malah tiada satu negara pun di dunia ini yang mengesyorkan atau membenarkan liputan secara langsung dibuat di dalam mahkamah kerana selain menunjukkan ketidakpercayaan terhadap institusi kehakiman, langkah itu dilihat bakal mengundang lebih banyak kemudaratan.



"Saya fikir kita tidak perlu memberi cadangan yang bukan-bukan atau di luar kebiasaan kerana orang ramai yang menonton tidak semua dapat memahami apakah sebenarnya berlaku, mungkin hanya dilihat secara umum sahaja. Tidak mustahil ada pihak tertentu menggunakan siaran langsung tersebut untuk menzahirkan sesuatu yang di luar konteks mahkamah dan mengambil kesempatan.

"Banyak perkara di dalam mahkamah dianggap sulit sehingga ada ketika hakim boleh mengarahkan dewan mahkamah dikosongkan termasuk para wartawan disebabkan menjaga perkara yang mengaibkan atau terdapat perincian perlakuan serta aksi sesuatu perbuatan yang tidak sesuai untuk tontonan umum tetapi itu semua hanya hujahan, bukan suatu yang sudah terbukti benar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika berucap dalam Kongres PKR ke-10 yang menuntut prosiding kes liwat Anwar dijalankan secara langsung supaya rakyat dapat menjadi hakim.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Selain MB Inc, Anwar kejarkan duit air RM2.25 billion

Posted: 28 Aug 2014 10:30 PM PDT


Tak gerun ugutan LGE, NEGERI TIADA KUASA hal keselamatan... TANGKAP PPS!!!

Posted: 28 Aug 2014 07:30 PM PDT


Lim Guan Eng mengugut polis dari mengambil sebarang tindakan. Konon PPS yg ditubuh sebagai badan sukarela bawah kerajaan negeri ada kuasa seperti JKKK di kampung.


Langsung tidak benar. Guan Eng bercakap ikut lojik bodoh tanps asas undang-undang. Dato Wan Junaidi menjelasksn....


Negeri Tidak Dibenar Tubuh Pasukan Keselamatan Sendiri - Wan Junaidi

GEORGE TOWN, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri.

"Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Wan Junaidi merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum Peringkat Zon Utara Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Wan Junaidi berkata setiap pasukan untuk menjaga keselamatan yang ingin ditubuhkan mesti mendapat pengiktirafan kerajaan persekutuan dan setiap persatuan mesti berdaftar sebelum bergerak.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula meminta semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan berhubung PPS Pulau Pinang itu.

"PPS sebuah pertubuhan yang haram dan kami sedang siasat mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Kalau ada kesalahan polis akan buka kertas siasatan dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Biar polis jalankan kerja kami dulu iaitu buat siasatan dahulu, pihak lain bertenang dan tunggu laporan siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasa Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2014, di sini hari ini.

Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam Wong Hon Wai pada sidang akhbar di sini, berkata PPS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam akan bertugas seperti biasa.

Beliau berkata seramai 100 anggota PPS melibatkan kawasan DUN itu iaitu di Desa Mawar, Kek Lok Si, Jalan Thean Teik dan Kampung Melayu komited meneruskan rutin harian mereka bagi membantu pihak berkuasa menjaga kebajikan komuniti setempat.

"PPS memainkan peranan penting di sini. Lagipun trafik kawasan Air Itam agak sesak dan mereka banyak membantu mengawal keadaan," katanya.

Beliau berkata tugas rondaan trafik PPS di kawasan berkenaan mempunyai koordinasi dengan polis di Balai Air Itam dan buku log bertugas mereka dicop dan ditandatangani oleh Ketua Balai Polis Air Itam sendiri.

"Mereka hanya penduduk setempat yang hanya mahu berbakti. Apa-apa kejadian seperti kebakaran, kenderaan hilang, orang kemalangan mereka lebih cepat sampai bagi bantuan kerana mereka lebih dekat," katanya.

--- Bernama 

--------------------

Sebenarnya PPS adalah kumpulan militan DAP dan disyaki ada menyimpan senjata secara haram ...



Pengkalan Kubor: Mat Yaacob ikut bohong stail Husam

Posted: 28 Aug 2014 05:30 PM PDT






Baca MyMassa

http://mymassa.blogspot.com/2014/08/adakah-pas-boleh-dipercayai-sedangkan.html?m=1

Tak bermaruah denda ringan, KIKI pertahan maruah dianiaya Pendakwa

Posted: 28 Aug 2014 08:09 AM PDT




Kiki dikenakan RM5,000 dan sebulan kerja sosial. Yg paling menyedihkan, Kiki dihukum kerana menjaga maruahnya.

Sebaik saja berlaku kemalangan, Kiki keluar untuk berhadapan apek yg melanggarnya.

Apek itu enggan keluar dari kereta malah menurunkan tingkap keretanya hanya untuk mengeluarkan kata nesta.


Kiki pergi ke keretanya untuk mendapatkan lock. Ketika iyi juga seorang puda cina menyedari dan srgera merekodkan video Kiki menluahkan kemarahan.

Pada mulanya orang Melayu terikut viral RBA utuntuk mempersendakan Kiki. Kemudian baru ada uang usaha untuk tahu perkata sebenar. Ketika itu Kiki yang dipercaysi ahli Puteri UMNO bagsi ditinggalkan.

Perkasa dan sekumpulan pimpin UMNO kumpul wang bantunya. DAP yg sedar akan hal sebenar baru nak beri bantuan guaman.jika Kiki buat rayuan. Mereka tahu Kiki dianiayai.

Sudahlah dianiayai tapi rupanya ada baruah Melayu dari pejabat pendakwaraya yang takut-takutkan Kiki dan suruh ngaku salah untuk hukuman yang ringan.

Demi.mudah untuk tutup fail dan tedakan tekanan dari kaum cina, Kiki yang pertahan maruah dan haknya tidak dipertahankan.

Apa punya undang hanya beri hukumsn ringan kepada mereka yg tak bemaruah tapi menghukum orang yg pertahan maruah.

Jagalah maruah jawatan Menteri tu ..., KJ

Posted: 28 Aug 2014 05:30 AM PDT


Orang yang dipercayai Menteri Belia dan Sukan diacah dengan senjata api oleh seorang kacukan Inggeris-Cina. Apakah maknanya?

Tidak wajar seorang Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO taraf Naib Presiden menyanyah sampai cak gini.Jagalah maruah kedudukan awak.

Akhir2 ini KJ kelihatan suka menyanyah.....



Hinggakan ada sanggup jadi pencacai cuci najis. 


Agak-agak kalau ada penuntut elok tapi sokong BN, sediakah DAP, PKR dan PAS benarkan mereka dalam program intern atau jadi pekerja?

Terus terang, adakah KJ boleh tukar intern atau pekerja tersebut untuk jadi penyokong BN?


Semua pasal regina Lee, parti kemana, perjuangan untuk alif ba ta ke mana?

PPS ditubuh untuk hadapi polis bila Mei 13 berulang

Posted: 28 Aug 2014 02:30 AM PDT



Lim Guan Eng mempersoalkan kenyataan IGP yang mengatakan PPS telah menyalahkan undang-undang negara kerana tidak didaftarkan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.


Lim Guan Eng dan DAP dianggap cuba untuk menubuhkan pasukan keselamatan persendirian yang mampu menggugat keselamatan awam. DAP juga seolah-olah mahu mencabar pihak berkuasa negara apabila menubuhkan pasukan keselamatan tanpa berdaftar ini.




Dari kejadian-kejadian kasar dan ganas yang ditunjukkan oleh PPS, tujuannya jelas bukan untuk menjaga keamanan mahu pun bekerjasama dengan polis. Banyak insiden di mana PPS mengejek dan cabar pihak polis.

Baru-baru ini PPS dilihat mengawal penunjuk perasaan yang berkumpul tanpa permit polis dan bersama kumpulan motor untuk berarak tidak memakai topi keleder. Mereka bukan nak jaga keamanan tapi ada tujuan lain.

Pihak polis perlu lebih terperinci mengkaji dan siasat untuk mengambil tindakna yang wajar. PPS ada kumpulan vigilante yang dibiayai kerajaan DAP untuk tujuan jahat.

Ketika rusuhan kaum Mei 13 1969, kerajaan dapat mengawal keadaan kerana adanya polis dan askar. PPS ini dirasai mempunyai tujuan jahat untuk meneurtralisasi pihak polis bagi membolehkan mereka lebih bermaharajalela dan juga menentang polis jika Mei 13 berulang lagi.


Kalau tidak, kasi saja sama Kiki.

NOH OMAR tak dengar teguran dan tak peka perasaan Melayu

Posted: 28 Aug 2014 12:34 AM PDT



Alasan yang diberi Dato Noh Omar untuk adakan majlis raya di sekolah cina menggunakan ayat kemudahan. Kononnya untuk menjimatkan belanja dan sebagainya.

Adakah beliau tidak boleh fikir dan rasai perasaan dan juga tanggapan khususnya pengundi2 Melayu yang atas pagar diseluruh Sselangor dan diseluruh malaysia.

Disatu pihak orang Melayu dipaksa toleran tapi mereka tidak terima kewujudan SRJKC di bumi Melayu tapi Nog Omar boleh berdegil dan juga terhegeh hegeh ke SRJKC kerana nak guna kemudahan yg konon nya disediakan olh kerajaan BN/UMNO di sekolah tersebut.

Ketika rakyat Selangor mula hilang keyakinan terhadap Pakatan, Noh Omar guna peluang ini untuk tunjukkkan sikap ketidak perihatinan dan kedegilan yang membuat pengundi Melayu muak dengan kepimpinan UMNO Selangor yang ada.

Belum lagi cerita kebuasan kuasa tapi malas bekerja sesetengah kepimpian UMNO Selanggor.

Baca juga Selangor Chronicles SINI

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Iskandar Kata Kenyataan Mustafa Kenyataan Peribadi? Baik sebut Pas Selangor nak jadi MB....

Posted: 28 Aug 2014 09:32 PM PDT

SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.

"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan Pas Pusat sendiri.

"Namun demikian, pihak saya (Pas Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)...kita serahkan saja pada Pas Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya sama ada nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang Pas Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Semalam, Mustafa berkata, Pas akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Adun daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurutnya, ia berikutan Pas Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut. - Bernama

ULASAN GB

Dah pun bersilang seketa sesama sendiri.

Semasa ramai AJK Pas Pusat menyatakan Tuan Presiden membuat kenyataan bahawa TS Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai MB itu sebagai kenyataan peribadinya, ada juga yang menyelar kenyataan-kenyataan AJK PAS Pusat tersebut sehingga ada yang mencadangkan supaya Mat Sabu, Hanipa Maidin, Dzulkefly Ahmad dan lain-lain dikenakan tindakan disiplin. Marah sangat bila kata itu kenyataan peribadi presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Kata kat Najib, anak sendiri lagi lebih

Posted: 28 Aug 2014 09:21 PM PDT

Bukan berniat dan bertujuan nak pertahankan Najib tetapi sekadar nak dedahkan sifat kuman seberang lautan nampak .. ikan paus tersangkut di kelopak mata langsung buta buat-buat tak nampak.

Kalau nak bersuara dan memberikan pandangan atas kapisiti bekas negarawan untuk beri nasihat amat-amat dialukan ... malahan apa yang diperkatakan ini memang benar, tepat lagi sahih, tetapi kena nasihat anak kandung sendiri dulu agar boleh dijadikan contoh teladan untuk diikuti dan barulah rakyat percayai apa yang terhambur dari mulut itu gred ikhlas bukannya sekadar mengkritik.

Kritik pedas Najib boros, yang anak sendiri sebagai MB Kedah buat ubah suai rumah dan tanam pokok kurma sebagai bahan lanskap sampai RM4.3 juta apa ceritanya????

Mahathir tidak akan berdiam diri - Muhammad Taib

Posted: 28 Aug 2014 09:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau menginginkan seorang Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya selalu melancong.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang bekerja di bawah Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang yang tegas dalam pentadbiran.

"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Bila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya melancong," katanya ketika ditemui di pejabat Harakah di sini.

Menurut beliau lagi, sewaktu pentabiran Mahathir tidak timbul isu perkauman, malah tidak pernah ada kumpulan pendesak seperti sekarang.

"Ada kita lihat waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan tolak calon MB 'kawalan jauh'..?

Posted: 28 Aug 2014 09:19 PM PDT

Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui "kawalan jauh".

Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.

"Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi," kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.

"Ini adalah masalah dalaman parti," katanya.

Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tun Musa pun sama, pernah dijadikan alas kaki Dr Mahathir

Posted: 28 Aug 2014 09:13 PM PDT

Aspan Alias
 
Hebat juga perbahasan tentang isu Dr Mahathir menarik balik sokongan beliau terhadap Mohd Najib. Ada yang mengatakan Najib akan tersungkur dengan tindakan Dr Mahathir ini dan ada yang berpendapat yang Najib akan bertahan dan Dr Mahathir yang tersungkur. Apa pun dan siapa yang tersungkur dalam isu ini jelas telah terbukti apa yang blog ini tulis sejak beberapa tahun dahulu sudah sampai kebenarannya. Semasa saya menulis tentang isu ini dahulu, saya dikritik begitu hebat oleh pihak yang sedang merasakan kebenaran kata-kata blog ini dan pandangan-pandangan pihak lain.
Perbezaan atau pergaduhan diantara pemimpin UMNO sesama sendiri ini tidak sepatutnya menjadi kehairanan sesiapa, kerana bagi siapa yang memahami keadaan, sememangnya UMNO itu diwujudkan untuk membawa perpecahan.
Kadangkala perpecahan yang bakal tiba itu sememangnya diketahui oleh pemimpin utama parti itu, kerana perpecahan yang akan datang itu merupakan 'survival' politik bagi sesetengah pemimpin. Perpecahan itu sangat diperlukan oleh setengah pemimpin yang mempunyai pengaruh besar dalam politik itu. Mereka-mereka ini bukannya mengutamakan negara dan rakyat pimpinan mereka, tetapi kepentingan peribadi dan keluarga serta kroni dan nepotisma mereka.
Dr Mahathir tidak akan menjadi pemimpin besar tanpa perpecahan dalam UMNO dahulu. Perpecahan dan kelemahan Najib sekarang ini dianggap oleh Dr Mahathir boleh menjadikan beliau terus relevan dalam UMNO itu. Kata-kata Tun Musa Hitam yang Dr Mahathir akan hanya berpuas hati jika Dr Mahathir mempunya klon nya di Putrajaya memerintah negara yang berpecah ini.
Tun Musa Hitam dari awal lagi mengetahui tektik dan strategi politik Dr Mahathir ini, tetapi beliau sendiri merupakan pemimpin yang merelakan dirinya untuk dijadikan alas kaki oleh Dr Mahathir untuk merasakan nikmat duduk diatas kuasa itu. Akhirnya beliau kecundang juga. Tun Musa diperguna untuk menyekat seorang pemimpin lain untuk mara kerana Dr Mahathir sendiri adalah pemimpin yang sendiri mempunyai kekurangan kepimpinan semasa itu.
Dr Mahathir mempunyai forbia besar terhadap pemimpin dibawah beliau yang mempunyai kelebihan dan sentiasa menjadikan beliau tidak selamat kerana dari awal beliau mahu menguasai kerajaan sepanjang masa. Mahathir menggunakan Tun Musa untuk mengenepikan Tengku Razaleigh secara sistematik dan 'step-by-step' dan itu pun sebabnya berlaku pertandingan peringkat Timbalan Presiden UMNO itu pada tahun 1981 dahulu.
Akhirnya UMNO secara beransur-ansur menjadi lemah dan setelah hampir tiga puluh tahun hasil dari pecah perintah Dr Mahathir itu, parti pemerintah ini menjadi lemah dengan warisan kepimpinan yang lemah. Akhirnya UMNO itu dibunuh kerana undang-undang dan kepimpinan beretika bukannya nilai yang sesuai dengan Dr Mahathir. Dr Mahathir mempunyai sistem demokrasi acuan beliau sendiri dan beliau selalu berbangga dengan acuan demokrasi beliau itu.
Read More / Baca Lagi >>

ADUN-ADUN KEADILAN SELANGOR WAJAR BERI SOKONGAN PENUH KEPADA DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL DAN MENARIK DIRI DARI PENCALONAN

Posted: 28 Aug 2014 09:07 PM PDT

Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor yang menyatakan secara terbuka sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Saudara Nik Nazmi juga dengan itu menarik diri dari sebarang pencalonan bagi jawatan itu seperti yang disyorkan oleh Saudara Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS.

KEADILAN dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Saudara Nik Nazmi.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya ADUN-ADUN KEADILAN Selangor yang lain juga membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara KEADILAN yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN KEADILAN di Selangor yang menyokong pencalonan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno/Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Anwar hilang sokongan majoriti Melayu bila PAS enggan tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Isma

Posted: 28 Aug 2014 09:01 PM PDT

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan sokongan majoriti Melayu di Selangor apabila PAS enggan menandatangani surat Akuan Berkanun (SD) agar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar. Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kehilangan sokongan itu jelas dapat dibuktikan menerusi pendirian 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang enggan menandatangani SD meskipun dipinta Anwar. "Ini apabila Dr Wan Azizah gagal mendapat mandat dari adun PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Abdullah Zaik berkata Dr Wan Azizah tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya menerima sokongan bukan Melayu dan tidak mendapat mandat daripada majoriti Melayu di Selangor. Setakat ini hanya 2 daripada 15 Adun PAS Selangor menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar iaitu Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin. Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa lalu meminta parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih dari 2 nama bagi calon menteri besar Selangor akan tetapi PKR dan DAP tetap bertegas hanya akan kekal dengan 1 nama iaitu Dr Wan Azizah. Bagaimanapun, Setiasaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider Khamis lalu mengesahkan akan tetap menghantar lebih 2 nama calon menteri besar Selangor seperti mana dititahkan istana. Manakala Anwar dalam reaksinya semalam meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR untuk menamakan isterinya, Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita. "Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya.

MB Selangor: Mampukah Pas konsisten dengan keputusannya?

Posted: 28 Aug 2014 08:54 PM PDT

Isu MB Selangor
KUALA LUMPUR - Ketika rakyat Selangor tertanya-tanya siapa yang bakal menjadi Menteri Besar baharu, perhatian umum turut tertumpu kepada Pas sama ada mampu konsisten dengan keputusan mencalonkan tiga nama bagi jawatan nombor satu kerajaan negeri.

Sebelum ini, Pas, yang menyokong pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid, membuat 'pusingan-u' apabila bersetuju mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar.

Pendirian Pas, yang pada awalnya beria-ia menolak pencalonan Dr Wan Azizah, berubah lagi apabila bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP untuk hanya mencalonkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang sebagai calon tunggal. 

PKR DAN DAP TETAP CALON KAK WAN

PKR dan DAP sebelum ini sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, menggantikan Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR pada 9 Ogos.

Kedua-dua parti itu sehingga kini masih konsisten dengan keputusan mereka untuk mencalonkan Dr Wan Azizah manakala Pas yang bermesyuarat semalam menyatakan akan menghantar tiga nama untuk diperkenan Sultan Selangor.

Pada Rabu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dilapor sebagai berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Adun daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak meletakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini," kata Mustafa.

INGKAR TITAH SULTAN

Ramai pihak melihat 'kedegilan' PKR dan DAP yang berterusan mahu mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai suatu penderhakaan dan cubaan untuk mewujudkan 'tekanan' kepada pihak istana dalam soal pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sultan Sharafuddin pada Selasa menangguh untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid, yang juga Adun Pelabuhan Klang, sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Pada Selasa, semasa Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan pandangan baginda berhubung kedudukannya, Sultan Sharafuddin menitahkan pemimpin gabungan parti - Pas, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Ini bagi memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.   

Namun, titah baginda gagal dipatuhi oleh PKR dan DAP yang masih dengan keputusan asal mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk diperkenan sebagai Menteri Besar.

Pada Rabu, Sultan Selangor menitahkan Pas, PKR dan DAP mengemukakan cadangan nama calon Menteri Besar kepada baginda sebelum Rabu depan (3 September).   
Read More / Baca Lagi >>

Krisis MB: Hassan Karim disiasat polis

Posted: 28 Aug 2014 08:49 PM PDT

"Hassan dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor"

hassan karimPETALING JAYA: Naib Ketua PKR Johor, Hassan Karim telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam pagi ini, untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Hassan yang dihubungi FMT sebentar tadi mengesahkan perkara tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini namun mengatakan bahawa siasatan adalah berkenaan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
"Ia berkaitan pandangan saya berhubung constitution (perlembagaan), tentang isu Menteri Besar Selangor, dalam Twitter dan Facebook baru-baru ini," katanya.
Hassan merupakan seorang peguam dan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Krisis MB: Serah pada istana atau bubar DUN...!!

Posted: 28 Aug 2014 08:48 PM PDT

dewan-rakyatSHAH ALAM, 29 OGOS: Rakyat menaruh harapan tinggi ke atas kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu jawatan menteri besar.
Perkara itu diperoleh dalam satu tinjauan awam yang dilakukan Selangor Kini ke atas masyarakat sekitar Bandaraya Shah Alam.
Daripada 30 orang awam yang ditemui, 22 daripadanya berpandangan krisis menteri besar wajar dirujuk kepada asas dengan menyerahkannya kepada pihak istana.
"Ini mungkin silap Pakatan Rakyat (PR), berpolitik sepanjang masa sehingga menteri besar yang mempunyai rekod cemerlang mahu diturunkan dan kini rakyat diheret dalam kemelut siapa pimpinan baru dan bagaimana pula untuk nasib rakyat selepas ini.
Ariffin Badar, 44, Seangor"Seharusnya, bila sudah pegang Selangor untuk penggal kedua, mereka perlu fokus dan yakinkan rakyat untuk capai kejayaan yang besar dalam mentadbir Selangor supaya ia boleh digunakan sebagai modal untuk peluanglebih besar pada pilihan raya akan datang," jelas Zalmi Hazriy, 39.
Bagi pekerja swasta, Zushdi Arifin, 44, pula berpandangan calon menteri besar wajar hadir di kalangan ahli politik yang diperkenan Sultan Selangor bagi memudahkan urus tadbir negeri kelak.
"Sebagai rakyat, kami bimbang dengan situasi krisis menteri besar seperti ini. Di mana silapnya sehingga negeri yang dipimpin oleh Abdul Khalid Ibrahim dengan pelbagai kecemerlangan pada penggal lalu dilumpuhkan.
"Dalam hal ini, sudah tentu Tuanku Sultan mempunyai buah fikiran yang bernas dan terbaik untuk selesaikan perkara ini demi negeri dan rakyatnya," jelas anak jati Selangor itu.
Read More / Baca Lagi >>

'Terima kasih PAS, tapi saya sokong Wan Azizah jadi MB' - Nik Nazmi

Posted: 28 Aug 2014 08:33 PM PDT

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana mahu mencalonkannya sebagai menteri Besar Selangor, tetapi beliau mengulangi pendiriannya menyokong penuh calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang meletakkan nama saya untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.

"Namun, saya ingin ulangi pendirian saya dari awal bahawa saya menyokong penuh calon yang dicadangkan PKR, Presiden kami sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya meletak jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti di kalangan wakil rakyat di negeri itu, namun krisis menteri besar Selangor masih belum menampakkan jalan penyelesaiannya.
 

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan sia-siakan peluang jika gagal tangani krisis MB, kata Musa

Posted: 28 Aug 2014 08:32 PM PDT

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kecewa dengan krisis dalaman PKR melibatkan jawatan menteri besar Selangor dan menganggapnya sebagai faktor menghancurkan kepercayaan rakyat.
Musa berkata, pembangkang sepatutnya menjadi kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar Barisan Nasional (BN).
"Saya mahu melihat pembangkang di mana mereka kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar kepada Barisan Naisonal," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.

"PKR mentadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan paling sukar untuk ditadbir di Malaysia, ia ujian kepada pembangkang. "Saya secara peribadinya kecewa dengan apa yang berlaku," katanya.
Kemelut antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKR masih lagi tergantung sehingga kini walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada parti.
Musa yang juga bekas menteri dalam negeri menjangkakan PR bakal berdepan laluan sukar dalam pilihan raya umum akan datang walaupun berjaya menawan Selangor semula.
"Keseluruhan episod tidak berjalan dengan baik kepada pembangkang, khususnya PKR. Ia akan menjadi cabaran sukar kepada Pakatan untuk bekerjasama sekarang.
"PAS, DAP dan PKR bukan saja perlu merapatkan kerjasama, dengan apa yang berlaku mereka perlu bersiap sedia hadapi pilihan raya," katanya.
Namun, Musa mengakui meskipun keadaan ketika ini tidak memihak kepada PR, masih mustahil bagi Umno dan BN menawan negeri yang paling kaya tersebut jika pilihan raya negeri diadakan semula.
"Wujud sentimen ABU (Asalkan Bukan Umno) yang kuat di Selangor yang membantu PR menang walaupun pelbagai usaha dibuat," katanya.
Musa berkata, beliau yakin kemelut di Selangor tidak akan memecahbelahkan PR walaupun isyarat menunjukkan PAS mempunyai banyak perbezaan dengan DAP dan PKR dalam isu menteri besar Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

PRK N01 PENGKALAN KUBOR : Penamaan Calon 13 SEPT, Pengundian Awal 21 SEPT & Pengundian Biasa 25 SEPT

Posted: 28 Aug 2014 08:09 PM PDT

PRK N01 PENGKALAN KUBOR

Penamaan Calon 13 SEPT (Sabtu)
Pengundian Awal 21 SEPT (Ahad)
Pengundian Biasa 25 SEPT (Khamis)


Surat untuk saudara Lim Kit Siang

Posted: 28 Aug 2014 07:29 PM PDT

Saudara Lim Kit Siang yang dihormati. Pertama saya memohon maaf kerana tidak tahu apakah yang patut saya panggil saudara. Kalau mengikut budaya dan adab Melayu, saya sepatutnya memanggil saudara ayahanda atau sekurang-kurangnya pakcik kerana umur sudah hampir sama dengan arwah bapa saya.
Tetapi menghormati panggilan yang digemari dalam parti saudara, DAP, saya membahasakan diri tuan saudara.
Saya mula bekerjasama rapat dengan parti saudara, iaitu DAP pada 2000 lagi. Ketika itu, akhbar tempat saya bekerja Harakah dihadkan pengeluarannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada 2 kali seminggu ke 2 kali sebulan.

Sedangkan dalam masa yang sama DAP mempunyai  empat permit iaitu Roket Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Melayu. Ini bermakna, Roket berhak diterbitkan 4 kali sebulan berbanding dengan Harakah hanya 2 kali sebulan. Dalam pilihan raya umum pada 1999, DAP mendapat pukulan besar apabila ditolak pengundi ketika orang Melayu berpindah sepenuhnya kepada PAS ekoran tragedi mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS berjaya mendapat Kelantan dan Terengganu sedangkan saudara sendiri hilang kerusi Parlimen bersama mendiang Karpal Singh walaupun DAP dan PAS sama-sama dalam Barisan Alternatif atau BA.
Orang DAP datang berjumpa dengan kami di Harakah, berbincang bagaimana kita boleh bekerjasama untuk mengeluarkan media bersama kerana kami mempunyai waktu lapang yang banyak kerana Harakah, manakala DAP pula mempunyai permit yang tidak dimanafaatkan.
Hasil perbincangan, kita bersetuju untuk Harakah mengurus terbitkan Roket berbahasa Melayu dan Inggeris. Saya masih ingat lagi, Ronnie Liu dilantik sebagai ketua pengarangnya manakala Elizabeth Wong pengarang Bahasa Inggeris manakala Rahmat Haron pengarang Bahasa Melayu untuk Roket.
Ketika itu majikan saya Datuk Mustafa Ali berkata kepada saya:"Zul, jika awak berjaya mempertahankan kerjasama ini, PAS dan DAP tidak akan berpecah."
Betul sebagaimana dikatakan beliau. Belum sempat DAP pergi meninggalkan PAS dan BA, kerjasama antara Harakah dan Roket bertahan setahun lebih saja. Bukan kerana kami di pihak editorial bergaduh tetapi kerana pemasaran yang tidak berapa baik dan tidak menjadi projek yang menguntungkan sebagaimana Harakah.
Saya ingat lagi, semasa mesyuarat bersama terakhir PAS dan DAP di sebuah hotel, saya diberikan kebenaran membawa jurugambar Harakah mengambil gambar mesyuarat itu di mana saudara dan mendiang Karpal juga ada dalam mesyuarat itu. Mesyuarat itu kemudiannya menjadi mesyuarat terakhir apabila DAP mengumumkan meninggalkan BA menjelang pilihan raya negeri Sarawak 2003.
Ekoran itu, pada pilihan raya umum 2004, PAS kalah teruk. BN menang besar. PAS hilang  Terengganu. Kerajaan Kelantan hanya bertahan dengan lebihan tiga kerusi dan selepas pilihan raya kecil bertahan dengan kelebihan satu kerusi saja hingga 2008.
Bagi mencari puncanya, PAS menubuhkan Jawatankuasa Postmortem dan selepas itu mengenal pasti 2 sebab utama - dokumen negara Islam yang tidak sempat diterangkan dan nama buruk Islam ekoran Islamofobia Barat akibat tragedi September Eleven di Amerika. Pilihan raya pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi puncanya.
Saudara Lim,
PAS dan DAP tidak pernah bekerjasama secara rasmi selepas itu. Namun, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008, PAS, DAP dan PKR menang besar. Kita berjaya menguasai 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Bagi membentuk kerajaan di Selangor, PAS dan DAP di samping PKR dipaksa bekerjasama oleh rakyat. Lalu terbentuklah Pakatan Rakyat selepas itu. Bukan atas kehendak pemimpin ketiga-tiga parti tetapi dipaksa rakyat agar bekerjasama.
Rakyat sangat berpuas hati dengan kita. Hasilnya kita menang lebih besar di seluruh negara dalam PRU13. Kita berjaya mendapat undi popular lebih besar dari BN iaitu 53%. Namun dalam masa yang sama kita kalah dan hilang Kedah. Bukan kerana rakyat tolak Pakatan tetapi rakyat benci dan meluat kerana bergaduh sesama sendiri.
Saudara Lim,
Read More / Baca Lagi >>

Islamic State group executes Syrian soldiers

Posted: 28 Aug 2014 07:18 PM PDT

Erdogan angkat sumpah Presiden Turki

Posted: 28 Aug 2014 07:17 PM PDT

Khaled Mashaal desak antarabangsa bantu Gaza

Posted: 28 Aug 2014 07:16 PM PDT

Hukum Sambut HARI MERDEKA! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 28 Aug 2014 07:09 PM PDT

PRK Pengkalan Kubor: Nama calon mula disebut

Posted: 28 Aug 2014 07:04 PM PDT

PRK Pengkalan Kubor: Nama calon mula disebut
KOTA BHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor kini menjadi fokus dan tumpuan utama selepas Adunnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

Siapa yang bakal dicalonkan untuk mengisi kekosongan tersebut? Itulah yang menjadi tanda tanya dan perbualan hangat ketika ini. Malah, belum pun PRK bermula, Pas dan PKR dilihat sudah saling 'berebut' untuk meletakkan calon masing-masing bertanding di Dun berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah antara individu yang diwar-warkan untuk diangkat sebagai calon yang bakal membarisi pencalonan PKR Pengkalan Kubor.

Menurut sumber dalaman PKR Pusat, Saifuddin antara nama yang digembar-gemburkan, selain Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tumpat, Mohd Khairul Amin Ab Rahman kerana kedua-duanya dilihat mampu menggalas tugas berat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi.

Menurutnya lagi, Pas mungkin akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk bertanding jika PKR menaikkan nama Saifuddin kerana beliau disegani oleh Pas, malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mungkin akan menyokong.

Sebelum ini, timbul viral di laman-laman sosial yang menggunakan ikon bekas Menteri Besar Kelantan itu, seolah-olah Pas hanya mahukan calonnya bertanding di situ tanpa penglibatan rakan komponen PR tersebut.

Walaupun Saifuddin bukan orang kawasan Dun Pengkalan Kubor, itu tidak menjadi isu kerana kemampuan dan kaliber yang dimilikinya boleh mengatasi pemimpin lain telah terbukti, malah tidak mustahil ia tiada soalan balas daripada Pas sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

APAKAH PAS SENGAJA MENCARI HELAH UNTUK KELUAR PAKATAN?

Posted: 28 Aug 2014 06:58 PM PDT

Sejak dari mula lagi aku sudah merasakan bahawa tindakan TG Haji Hadi membuat kenyataan akhbar secara terbuka menyokong kepimpinan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah dirasakan 'tidak berapa kena'. Aku tidak pula mempersoalkan kebebasan TG Hadi Awang untuk mengemukakan pandangannya. Bukan begitu. Sebagai Presiden PAS, beliau memang sepatutnya membuat keputusan jelas. Beliau bebas untuk menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak.Tetapi yang aku agak 'terkilan' ialah cara keputusan itu disampaikan.
Pada pandangan aku, sepatutnya apa yang ingin disuarakan oleh TG Haji Hadi mengenai sokongannya kepada TS Khalid Ibrahim (yang sekali gus menentang keputusan PKR ) dibincangkan dahulu dalam majlis tertutup antara PAS,DAP dan PKR. Dalam mesyuarat sedemikianlah forum yang paling sesuai untuk percambahan fikiran dan dinyatakan baik buruknya. 'Penghazaman' sesuatu isu elok dilakukan dalam bilik mesyuarat tertutup yang dihadiri oleh kaum 'keluarga' terdekat dan tidak diketahui langsung oleh sesiapa pun yang tidak berkaitan.
Apabila TG Haji Hadi telah membuat keputusan dan telah menjadi berita besar dan 'hangat' maka tentulah terlalu sukar untuk berpatah balik kebelakang sekiranya ada perubahan fikiran di pihak PAS selepas ini. Peribahasa Melayu mengatakan,' terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
Aku terfikir juga dan aku mempersoalkan. Apakah dalam politik tidak langsung mengambil kira hati dan perasaan kawan dan rakan? Aku bukan mempersoalkan pandangan atau keputusan yang dibuat. Aku lebih mementingkan 'adab berkawan' dan 'menjaga hati kawan'. Mungkin cara berfikir yang aku amalkan sudah tidak secocok dengan pemikiran manusia zaman kurun ke 21. Mungkin…
Sebelum kenyataan yang dibuat oleh TG Haji Hadi ini, sudah berapa pengumuman yang telah dibuat oleh pihak kepimpinan PAS Selangor yang menyatakan sokongan terhadap TS Khalid Ibrahim.Sekali lagi aku nyatakan bahawa hakikat itu bukan persoalannya. Yang aku agak hairan ialah mengapa perlu dinyatakan secara terbuka melalui media massa. Bukankah elok dibincangkan dalam suatu majlis tertutp supaya tidak diketahui oleh masyarakat tentang 'apa yang ada dalam kain kita'. Ataupun mungkin agaknya sengaja dilakukan begitu oleh pemimpin sedemikian yang mahu menunjukkan bahawa mereka sememangnya hebat dan supaya diketahui oleh orang ramai bahawa mereka sebagai pemimpin berwibawa. Ataupun mungkin sudah ada terhasrat dalam hati setengah pemimpin yang 'hubungan ' PAS dalam Pakatan Rakyat ini tidak akan bertahan lama.
Telah tersebar juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa PAS akan bekerjasama dengan UMNO untuk menerajui semula Selangor. Mungkin cadangan yang sedemikian datangnya dari golongan muda yang tidak tahu dan tidak pernah tahu bagaimana PAS telah dikecewakan oleh UMNO dalam kemelut Kelantan pada akhir tahun 1970an. Hanya TG Nik Aziz yang dapat memberikan penjelasan dalam hal ini. Mungkin pemimpin muda dari PAS tidak tahu tentang 'sepak terajang' dalam politik UMNO. Mungkin golongan muda dalam PAS mudah lupa tentang bagaimana UMNO 'menghina dan mengherdik' kepimpinan PAS. Mungkin juga golongan muda ini hanya memikirkan tentang 'habuan' yang akan diperolehi sekiranya mereka menyertai UMNO. Mungkin….
Mungkin pengalaman yang dilalui oleh Kelantan itulah agaknya yang menyebabkan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah segera untuk menggantikan Menteri Besar Selangor dengan yang baru. Mungkin dari satu sudut kelihatan TS Khalid tidak banyak cacat celanya, namun dari sudut lain boleh membawa kepada terjatuhnya negeri Selangor ke tangan BN semula seperti yang berlaku di Terengganu dan Kedah. Ini tidak mungkin tidak akan berlaku.
Nampaknya kemelut politik di Selangor tidak akan selesai dalam masa terdekat. Keadaan berlaku sedemikian disebabkan semacam tidak ada keikhlasan di setengah pihak yang bertelagah untuk menyelsaikan isu ini dengan jayanya. Tambah merumitkan keadaan,terdapat pula pihak luar yang septutnya tdak mencampuri urusan politik dalaman Pakatan Rakyat telah cuba pula 'menangguk di air keruh'. Walaupun sememangnya keadaan 'keruh' sedemikian yang diharapkan oleh pihak berkenaan. Ibarat kata orang tua-tua, 'pucuk dicita ulam mendatang'.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Hasutan: Najib atasi rekod 22 tahun ‘zaman gelap’ Dr Mahathir

Posted: 28 Aug 2014 06:48 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 OGOS: Tindakan sewenang-wenangnya dan pendakwaan terpilih oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pemimpin Pakatan Rakyat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada 31 Ogos depan adalah tanda permulaan sebuah pemerintahan kuku besi di Malaysia, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
"Apa yang berlaku adalah ironi berbanding pengumuman Najib Razak pada Julai 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi Nasional, bertujuan menjadikan Malaysia 'negara demokrasi terbaik dunia'.
"Hakikat yang sebenarnya berlaku ialah Najib mencipta rekod menggunakan Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat, mengatasi 'zaman gelap' 22 tahun pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir," ujar Kit Siang.
Menurutnya lagi, berbanding enam tahun pentadbiran Najib, sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang ahli parlimen yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan kerana akta berkenaan, iaitu Lim Guan Eng.
"Sudah tentu Dr Mahathir 'dibantu' Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terkenal dengan tahanan tanpa bicara, tetapi ini bukan alasan pentadbiran Najib untuk memulakan zaman kuku besi baru.
"Kebebasan demokratik akan terjejas jika Akta Hasutan dan undang-undang lain yang tidak demokratik dan menindas digunakan sebagai senjata," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Hari ini sahaja dua wakil rakyat diseret ke mahkamah menggunakan Akta Hasutan.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (MP Pandan) menghadapi pertuduhan di mahkamah atas dakwaan 'fitnah dan provokasi' terhadap ahli Umno di bawah Seksyen 504 Kanun Acara Jenayah.
Manakala N Surendran (MP Padang Serai) menghadapi tuduhan kedua di bawah Akta Hasutan dalam tenpoh 10 hari berhubung kenyataannya yang dibuat April lalu mengenai penghakiman bertulis sabitan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan.
Dalam tempoh sepuluh hari terakhir ini juga kita diperlihatkan dengan kes Akta Hasutan melibatkan Ahli Parlimen ADUN Pakatan Rakyat iaitu Khalid Samad (MP Shah Alam), RSN Rayer (ADUN Seri Delima, Pulau Pinang) dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin (ADUN Changkat, Jering Perak) atas dakwaan kononnya memfitnah Perdana Menteri.
Dakwa pembangkang guna Akta Hasutan jadi duluan?

Read More / Baca Lagi >>

UMNO tidak gentar hadapi calon PKR atau PAS di Pengkalan Kubor

Posted: 28 Aug 2014 06:44 PM PDT

UMNO tidak gentar hadapi calon PKR atau PAS di Pengkalan Kubor
TUMPAT: UMNO sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan siapa sahaja calon sama ada daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor nanti.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, apa yang penting Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus berjuang bagi memastikan kerusi DUN itu terus kekal di tangan BN pada PRK itu.

"Legasi perjuangan bekas wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar selama tiga penggal di situ perlu kita teruskan dan kita yakin sokongan pengundi terhadap BN tidak akan berbelah bahagi.

"Calon yang akan kita tampilkan nanti Insya-Allah akan menepati kehendak pengundi seperti mana karakter Allahyarham yang disenangi pengundi di situ selama ini," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan, turut melawat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN itu dan juga Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini.

Ahmad berkata, antara kriteria calon adalah mereka yang dekat di hati pengundi, rajin, berdedikasi dan mengamalkan cara hidup yang sederhana.

"Soal calon muda atau tua biarlah ia diputuskan oleh Presiden Parti dan apa sahaja yang diputuskan sudah tentu ia adalah calon terbaik," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Khalid tidak relevan - PAS Perak

Posted: 28 Aug 2014 06:39 PM PDT

Razman Zakaria 
IPOH – Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mencabar anggota parti yang tidak setuju dengan PR keluar disifatkan sebagai tidak relevan.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kenyataan itu bukan keputusan parti dan anggota parti di negeri itu tidak perlu terkesan dengan kenyataan Khalid itu.

"Kedudukan bersama PR diputuskan dalam muktamar, persidangan agung Majlis Tertinggi dalam hierarki pembuat keputusan dalam Pas dan dipersetujui Majlis Syura Ulama.

"Kita bersama dalam PR atas konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) berteraskan kepada konsep bersetuju di atas perkara yang tidak dipersetujui," katanya, semalam.

Sementara itu, di SHAH ALAM, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Arshad berkata, kenyataan tidak munasabah kerana anggota parti yang menolak tahaluf siyasi boleh mengusulkan cadangan penambahbaikan dalam muktamar parti.

"Selepas mendapat keputusan dalam perbincangan di muktamar, Pas Pusat boleh saja membatalkan tahaluf siyasi jika ia tidak relevan dan membebankan parti," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: 'Kenyataan Mustafa bukan keputusan muktamad' - PAS Selangor

Posted: 28 Aug 2014 06:34 PM PDT


PAS Selangor menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam  berhubung calon menteri besar Selangor yang baru bukan satu keputusan muktamad.
  
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.
  
"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan PAS pusat sendiri.
  
"Namun demikian, pihak saya (PAS Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baru)... kita serahkan saja pada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Krisis MB: PKR, DAP tegas Pakatan kukuh walaupun PAS tidak sehaluan

Posted: 28 Aug 2014 06:32 PM PDT

PAS terus mengambil keputusan bertentangan dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung kes menteri besar Selangor, tetapi PKR dan DAP meremehkan perkara itu dengan menggunakan 'proses demokrasi' sebagai alasan, mengecewakan penganalisis politik. Hasrat parti Islam itu menamakan sekurang-kurangnya 2 calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangkitkan persoalan tentang kemampuan PR kerana PKR dan DAP tetap bertegas mahukan hanya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisi jawatan tertinggi negeri itu. "Inilah demokrasi. Apa yang nak dihairankan?" kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada The Malaysian Insider ketika ditanya mengenai perbezaan jelas pandangan ketiga-tiga parti.  "Inilah yang dinamakan proses perundingan. Perbezaan memang dijangkakan, tetapi kemudiannya kita kena capai satu titik persamaan," katanya. PAS mengulang pendiriannya pada Rabu yang ia akan menghantar 2 nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor, bertentangan dengan keputusan majlis presiden PR menamakan hanya Dr Wan Azizah seorang. Alasannya, mereka hanya menurut titah Sultan yang mahukan setiap parti dalam PR memberi tiga nama kepada istana. Tetapi, PKR dan DAP menerangkan keputusan yang mereka ambil berdasarkan amalan tahun lepas, di mana hanya satu nama dihantar, walaupun Sultan meminta lebih, dan tindakan itu tidak menimbulkan sebarang masalah.