Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Lawak jenaka' di kongres PKR?

Posted: 27 Aug 2014 11:25 PM PDT

Lengang... banyak kerusi tidak dipenuhi semasa Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-10 di Shah Alam yang berakhir kelmarin memaparkan pelbagai kenyataan melucukan oleh pemimpin-pemimpin parti itu.

Selain ia usaha mempromosikan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kononnya sebagai calon Menteri Besar (MB) Selangor yang paling sesuai dan layak, kongres itu juga menjadi medan untuk mempertahankan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adalah sesuatu yang aneh apabila masalah dalaman PKR khususnya pemilihan parti yang berlangsung penuh kontroversi termasuk adegan tumbuk-menumbuk, membaling kerusi dan dakwaan berlakunya penipuan undi tidak diberi perhatian serius oleh pemimpin dan ahli PKR.

Ucapan pemimpin-pemimpin parti itu lebih dikategorikan sesi membodek, mempertahankan perkara yang tidak sewajarnya dan tidak memaparkan realiti sebenar.

Berikut penulis paparkan antara hujah-hujah pemimpin PKR yang boleh dianggap hanya menjadi bahan jenaka kepada rakyat berbanding apa yang sebenarnya berlaku;


* Wan Azizah yang sudah tidak sabar- sabar lagi untuk menjadi MB Selangor dengan lantang mengkritik kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah beliau seratus kali lebih baik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu jika menjadi pemimpin nombor satu negeri tersebut.

Presiden yang dianggap hanya sekadar menjadi 'penghias organisasi' dan muncul setahun sekali untuk berucap, mengecam Abdul Khalid kerana tidak menggunakan dana kerajaan negeri sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Wan Azizah menggambarkan seolah-olah rakyat Selangor berada dalam keadaan cukup teruk dengan dibelenggu pelbagai masalah di bawah kepimpinan Abdul Khalid.

Kalaulah soal mengabaikan kebajikan rakyat menjadi perhitungan utama Wan Azizah kenapakah beliau tidak bertanya secara jujur siapakah sebenar yang menyebabkan rakyat Selangor kini berada dalam keadaan terabai?

Bukankah suaminya yang bertanggungjawab mengatur 'Langkah Kajang' sehingga memungkinkan perebutan kerusi MB Selangor tercetus. Jika benar beliau seorang Presiden parti yang berkuasa kenapa tidak menghalang suaminya daripada berbuat demikian?

Kenapakah Wan Azizah tidak menolak cadangan Anwar supaya beliau bertanding di Kajang dan seterusnya mengelakkan amalan nepotisme berlaku?


* Rafizi Ramli tidak boleh marah kalau beliau dilihat 'pengampu' nombor satu kepada Anwar. Tindakan beliau mencabar mana-mana pemimpin dan ahli PKR yang menentang nepotisme meninggalkan parti itu membuktikan betapa mentahnya pemikiran politik individu yang kononnya diiktiraf pakar strategi PKR itu.

Sepatutnya Rafizi membentangkan fakta kenapa tindakan Anwar membenarkan isterinya menjadi Presiden parti dan calon MB Selangor serta anak mereka Nurul Izzah menjadi Naib Presiden tidak boleh dianggap nepotisme memandangkan kalau amalan itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), Rafizi antara orang yang paling lantang mengkritik. Tetapi apabila perkara itu berlaku dalam PKR, Rafizi berhujah seperti kanak-kanak sekolah.

Malah Rafizi juga seolah-olah lupa siapa dirinya apabila memberi amaran kepada Abdul Khalid supaya tidak membubarkan DUN.

Rafizi sepatutnya tidak takut kalau DUN dibubarkan kerana bukankah PKR boleh menggunakan 'kebijaksanaan' beliau untuk mengatur strategi bagi memastikan Selangor terus berada di tangan pakatan pembangkang?

Rafizi sebenarnya tidak berkemampuan berbuat demikian kerana 'otak strategi' beliau selama ini sememangnya dipertikaikan oleh ahli-ahli PKR.

Namun memandangkan beliau rapat dengan Anwar dan bersedia mempertahankan pemimpin PKR tersebut sehingga sanggup mencabar keluar parti jika mana-mana ahli tidak bersetuju dengan kepimpinan parti, Rafizi terselamat.

Bagaimanapun dalam kalangan rakyat, Rafizi tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sehebat Abdul Khalid.



* Hujah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin lebih melucukan apabila beliau dilaporkan berkata, UMNO akan kalah 56-0 jika pilihan raya diadakan di Selangor.

Kenyataan itu boleh dianggap hanya satu khayalan, tidak berpijak di bumi nyata dan untuk menyedapkan hati sahaja.

Ini memandangkan jika pilihan raya di negeri itu diadakan, PKR bukan sahaja tidak akan mampu mempertahankan kerusi sedia ada malah pakatan pembangkang juga berkemungkinan akan kehilangan kuasa.

Ini memandangkan pakatan pembangkang bertahan di Selangor kerana kredibiliti Abdul Khalid, sekarang beliau sudah dipecat daripada parti itu secara tidak terhormat dan PKR mahu meletakkan Wan Azizah yang rakyat negeri itu amat memahami sejauhmanakah kemampuan beliau untuk memimpin.

Oleh itu tidak perlulah Zuraida bermimpi di siang hari sebaliknya menerima hakikat bahawa rakyat negeri tersebut tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya .

Tambahan pula PKR kini mempunyai hubungan cukup dingin dengan Pas yang merupakan penggerak utama kepada kempen pilihan raya pakatan pembangkang.

Ahli-ahli Pas pasti tidak akan melupakan kenyataan-kenyataan pemimpin PKR yang memperlekehkan pemimpin Pas dalam isu perebutan kerusi MB Selangor.

Begitulah serba sedikit catatan mengenai kongres PKR yang jelas membuktikan perjuangan untuk rakyat hanyalah sekadar retorik politik bagi memuaskan nafsu politik pemimpin parti tersebut.

Pemimpin PKR berhujah seolah-olah parti merekalah yang paling sempurna, tindakan politik mereka yang paling bijak dan merekalah paling sesuai untuk memerintah Selangor dan negara ini.

Hakikatnya, PKR hanyalah sebuah parti yang sedang dilumuri pelbagai masalah sama ada luaran mahupun dalaman tetapi kebijaksanaan pemimpinnya bersandiwara memungkinkan segala keburukan mampu ditutupi dan segala kepalsuan mampu dilindungi.

Tetapi percayalah sikap hipokrit pemimpin PKR tidak akan bertahan lama kerana rakyat semakin memahami wajah sebenar parti yang ditubuhkan melalui demonstrasi jalanan tersebut.-UMO

Suara Politik
Belantan

KETUM kata kerusi MB Selangor milik PKR?

Posted: 27 Aug 2014 09:03 AM PDT


KETUM (Ketua Umum) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu dan ini harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat.

"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat,'' katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang Pas akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Anwar berkata, Pas turut serta dalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon Pas untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos,'' katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ADAKAH PAS BOLEH DIPERCAYAI SEDANGKAN NAK BINA LEBUHRAYA PUN SUSAH?

Posted: 27 Aug 2014 10:41 PM PDT


Untuk sekian kalinya, PAS merasmikan sekali lagi Lebuhraya Rakyat sejak dilancarkan pertama kali pada Mei 2012 lalu.

Ketika itu bergema gempitalah seluruh dunia tentang kehebatan projek tersebut yang dilakukan oleh PAS

Entah banyak mana wang rakyat dikutip dan masuk ke kantong, karung, supik-supik, kepiah dan tin milo setiap kali majlis anjuran PAS tersebut yang tidak pernah diumum atau diaudit.


Jika kita dari selatan hendak ke Kelantan untuk ke Kota Bharu, kita pasti menempuhi perjalanan yang begitu panjang selain terdedah dengan mara bahaya lori balak, jalan kecil, gelap, sesak dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kemalangan. 

Memang wajar ada sistem jalanraya yang baik dan selesa. Namun pembinaan lebuhraya tersebut sering menjadi bahan kempen politik puak PAS untuk memburuk-burukkan kerajaan Pusat.

Kini projek lebuhraya tersebut dirasmikan kembali oleh Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yaakub dengan kos RM854 juta dan dijangka siap penghujung tahun 2017 sejauh 30.5km menghubungkan Bukit Tiu ke Dusun Damar, Kuala Krai. 

Projek ini bakal disambung dengan projek Lebuhraya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 7 km yang rancak dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

Sinar Harian 10 Mei 2012: Bicara Tuan Penasihat begitu menyakinkan hingga rakyat dan kerajaan negeri
turut tertipu...

Adakah ini mungkin sebagai strategi PAS dan Menteri Besar untuk memancing undi dalam PRK Pengkalan Kubor yang akan berlangsung tak lama lagi. 

Umumnya tahu Datuk Ahmad Yaakob adalah ADUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat yang juga jiran kepada DUN Pengkalan Kubor. Hehehe sambil tenggelam sambil minum boleh mempromosi parti.

Hakikatnya bukan panjang mana lebuhraya itu dibuat, berapa banyak kos dikeluarkan atau siapa yang buat tetapi sebenarnya UMNO dan PAS boleh bekerjasama untuk kebaikan ummah. 

Tapi kerana Anwar Ibrahim laki bini habis umat Melayu-Islam berpecah belah dan semuanya menguntungkan DAP. 

 

TUU DIAAA PONGAH....SULTAN MELAKA BUAT HAL LAGI!!!

Posted: 27 Aug 2014 08:02 PM PDT


Adapun patik bukannya rakyat jelata bagi kerajaan di bawah naungan Duli Tuanku Al Sultan Melaka Darul Pura-Pura Di Kayangan, namun patik yang hina dina ini menjunjung perintah di atas batu jemala patik untuk bersetuju buat sekian kalinya menerima permasyuran Datin Wan Azizah Sri Kipas sebagai Datuk Menteri Yang Besar di negeri naungan Tuanku Melaka Darul Pura-Pura Di Kayangan.

Patik juga menerima perlantikan Datin Seri Anwar Ibrahim Al Juburi sebagai Pengerusi Persatuan Wanita di istana Tuanku dan anakanda puterinya Nurul Izzah sebagai Permaisuri Negeri Melaka Darul Pura-Pura Di Kayangan @ Darul Islam.

Patik sakalian hamba rakyat jelata menanti tarikh yang sesuai bagi permasyuran dan majlis akad nikah tersebut. 

Patik sakalian hamba rakyat tak sabar-sabar menanti hari bahagia Tuanku bersanding di singgahsana pelaminan dan menikmati majlis kenduri diraja bersama rakyat jelata.   


Adapun patik sekalian hamba rakyat berharap Tuanku akan berbahagia bersama Permaisuri baharu Tuanku Nurrul Izzah nanti di samping urusan negeri Melaka itu akan berjalan baik hendaknya di bawah pentadbiran Datin Wan Azizah sebagai memanda bendahara dan suaminya sebagai pengerusi wanita-wanita negeri merangkap penasihat ekonomi di negeri tuanku. 


Apa pula titah Sultan Empayar Nusantara Langkasuka? Harap tuanku boleh bersabar hendaknya dan tak murka dengan penderhakaan Datuk Seri Anwar laki bini anak beranak itu. 

Bawak bersabar tuanku Nusantara... minum ketum banyak-banyak.
 

CAKAP ANWAR SEMAKIN MEMENINGKAN, TIADA SIAPA FAHAM APA DIA CAKAP

Posted: 27 Aug 2014 06:20 PM PDT

BICARANYA SEMAKIN KALUT
Dalam mempertahankan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bercanggah antara satu sama lain.
Anwar dilaporkan The Malaysian Insider hari ini mendakwa mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) semalam yang dihadiri wakil PKR dan DAP memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah sahaja dipersetujui PR untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar yang baharu
Tentang PAS, yang tidak menghantarkan wakil dalam mesyuarat PR semalam, Anwar masih berpegang perjanjian PR, 17 Ogos yang dipengerusinya sendiri.
"Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos," katanya.
Anwar turut mengesahkan surat mencalonkan isterinya Wan Azizah untuk jawatan MB telah diserahkan kepada istana dan ditandatanganinya sendiri bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Menurut Anwar, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta empat nama namun hanya satu nama sahaja yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan Mstar hari ini mendakwa pihaknya masih menunggu surat dari Istana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat kenyataan berhubung calon menteri besar Selangor yang baharu.
Guan Eng berkata pendirian parti telah diumum sebelum ini tetapi dengan perkembangan terbaru berhubung krisis menteri besar Selangor itu, beliau akan menunggu surat dari Istana sebelum parti membuat perancangan seterusnya.
"Saya belum terima surat…oleh itu saya tidak mahu buat komen kerana tidak elok saya buat komen tanpa surat tuanku," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menteri Besar Selangor hari ini menyanggah fakta Anwar yang mendakwa hanya satu nama diusulkan kepada Sultan Selangor untuk perlantikan Menteri Besar pada 2008 dan 2013.
"Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan," katanya, dilaporkan Mstar.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas tindakan mengemukakan satu nama tunggal Wan Azizah kepada Sultan Selangor adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Menurut Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
"Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013," katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Menurut Presiden PAS, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah dan bukannya beliau tidak mahu jawatan tersebut.
Kenyataan Abdul Hadi hampir sama dengan kenyataan Azmin ketika ditanya wartawan di Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor, 17 Ogos lalu.
Wartawan : Saya maksudkan, awak tidak mahu menjadi Menteri Besar (Selangor)
Azmin Ali : Saya tidak pernah sebut fakta itu.
Tambah Azmin lagi, beliau cuma menegaskan semula komitmennya terhadap Akuan Berkanun yang ditandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Rakyat Selangor semakin pening. 

REGIM DAP KEPANASAN: MULA MEMPERTAHANKAN PERONDA PALING SIAL (PPS)NYA...!!!

Posted: 27 Aug 2014 08:51 AM PDT


Sama macam kes CEC DAP yang berstatus haram kerana pengaturan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. ROS kata tak sah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kata, sah dan ROS salah. Ahli-ahli DAP sendiri kata Lim Guan Eng tak panggil perwakilan-perwakilan yang telah dikenalpasti menentangnya, Lim Guan Eng pula kata perwakilan-perwakilan tersebut yang salah dan menfitnah DAP.

Begitulah juga dalam kes Pasukan Peronda Sukarela yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng dan diketuai oleh Phee Boon Poh.

Menurut Lim Guan Eng, PPS adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan ianya adalah sah. PPS katanya lagi, tidak perlu berdaftar dengan ROS kerana ia di bawah Kerajaan Negeri. Manakala Phee Boon Poh yang berlagak samseng dan mengetuai PPS, menolak kenyataan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bahawa ia adalah sebuah pertubuhan haram.


Phee dengan tujuan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia yang sudah nampak belang sebenar penubuhan PPS berkata, PPS sama seperti agensi-agensi kerajaan lain seperti JKKK. Justeru, tiada salahnya.

Difahamkan, Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai unit peronda peribadinya sendiri yang kebanyakan orang melihat PPS sebagai kumpulan samseng ekoran kegilaan PPS melanggar undang-undang dan berlagak penuh berkuasa di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan bajet berjumlah RM1.5 juta setahun untuk membiayai 10,000 orang anggota PPS yang beroperasi di seluruh negeri itu.

Beberapa kejadian menyerang orang awam dengan kes terbaru melibatkan seorang ahli perniagaan dan penentang tegar Lim Guan Eng, menimbulkan desakan agar PPS dibubarkan. Pada Januari lepas, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina turut diserang oleh anggota PPS menyebabkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan di pipi, bibir, dada, badan dan perutnya.

Phee Boon Poh berkata, insiden menyerang orang awam itu dilakukan oleh 'kambing hitam' dalam unit berkenaan. Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri mengutuk tindakan-tindakan ganas. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tiada seorang pun anggota PPS yang diserahkan kepada polis untuk dikenakan tindakan selepas melakukan serangan. Sebaliknya Phee Boon Poh dan Lim Guan Eng bertegas, mereka hanya menjalankan tugas menjaga keamanan.

Selain melakukan rondaan, PPS yang dibiayai wang rakyat Pulau Pinang juga digunakan sebagai tentera-tentera peribadi Lim Guan Eng, menggunakan pangkat tentera dan polis serta menjalankan tugas-tugas mempublisitikan DAP. Namun tugas utama PPS adalah menakut-nakutkan serta mengugut dan mengancam sesiapa sahaja yang dirasakan boleh mendedahkan tembelang Lim Guan Eng dan penyelewengan DAP di Pulau Pinang.


Mula-mula cakap kononnya PPS jaga keamanan tetapi sebenarnya mereka jadi bonser jaga bisnes-bisnes haram yang jadi lubuk duit DAP. Sekarang ni pun PPS dah jadi Gestapo, Kempeitai, Mukhabarat dan Shin Bet yang kejam mempertahankan regim masing-masing...

Artikel berkaitan;

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dari U turn, PAS buat S turn

Posted: 27 Aug 2014 10:05 PM PDT


PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.


"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.


"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.


Komen: Anwar Ibrahim ada menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR dan ia harus diperakui dan dihormati oleh semua parti didalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya Hadi macam dah termakan rasuah jawatan tinggi dalam Ulamak Sedunia yang mana disuspek Anwar guna pengaruh dengan yusof Qardawi untuk letakkan Hadi.

Hadi dipercayai sedia engkar arahan sultan yang telah memberitahu meminta setiap parti serahkan nama calon MB daripada parti masing-masing.

Perjumpaan melibatkan Iskandar Samad, Mustapha Ali dan Khalid Samad. ISkandar yang merupakan orang Hadi pun turut sama bersekongkol engkar Sultan.

Baca juga Bulletin Sengal SINI


Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man mahu DAP serta PKR menghormati keputusan PAS yang menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru. Mereka diingatkan  supaya menyedari sumbangan PAS terhadap Pakatan dan mengakui kekuatan PAS sebagai pembangkang didalam negara.



ENtahlah mungkin kata-kata Khalid Samad el sesat menggerunkan Hadi.

Dia menyatakan mahu ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati segera meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Mereeka yang tidak bersetuju dengan Pakatan tidak diperlukan dan wajar dihalau keluar dari parti.

KIPAS k Pop bukan Ronaldo atau Messi untuk dipilih terus

Posted: 27 Aug 2014 06:43 PM PDT


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA MENGULAS KENYATAAN OLIH SUA KEADILAN DAN SU PUBLISITI  DAP: 

Kenyataan yg di sifatkan resmi mewakili PKR DAN DAP telah membangkitkan bagaimana DYMM Sultan Selangor melantik MB Selangor selepas PRU13.

DYMM Sultan Selangor menitahkan Parti Keadilan, Pas dan Dap mencalunkan nama bakal2 MB. Tapi Pakatan Rakyat hanya mencalunkan seorang sahaja, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Baginda Sultan perkenan dengan cadangan satu nama iaitu TS Khalid Ibrahim. Inilah konvensi yg di katakan oleh kenyataan pemimpin dari PKR dan DAP.


J
awapan nya mudah saja, kalau ada akal dan jujur. 


Baginda Sultan terima cadangan satu calun pada waktu itu, adalah kerana Baginda dapati TS Khalid Ibrahim calun yg sesuai dan boleh di perkenan oleh Baginda Sultan.

Kalaulah Baginda Sultan dapati TS Khalid Ibrshim tidak sesuai, tentu Baginda akan terus menitahkan PKR, DAP DAN PAS hantar nama nama lain untuk di pertimbangkan.

Isu jawatan MB Sgor setelah PKR singkir TS Khalid Ibrahim, atas nama Pakatan hanya mencalunkan satu nama isitu Datin Sri Wan Azizah,.yang juga merupakan kroni DSAI (amalan nepotism).

Mungkin  Baginda Sultan ada sebab2 tertentu dan hak Baginda Sultan mengunakan budi bicara nya, memerlukan lebih calun kerana Datin Seri Wan Azizah mungkin tidak menepati kritiria spt Tan Sri Khalid Ibrahim.

Samalah memileh pemain bolasepak.Kalau pemain nya spt Ronaldo atau Messi, Pengurus bukan saja otomatik pileh, tapi dgn bayaran yg besar.

Tapi kalau pemain2 yg belum teruji dan di ragui pula, maka saringan perlu dibuat untuk memileh yg terbaik.

Mungkin pasukan Sgor tidak minat pemain impot dan ramai lagi pemain2 tempatan.Ini analogi memileh pemain pasukan bola.

Jawatan MB utk Selangor, memerlukan pemimpin yg cukup syarat.Tidakkah boleh faham kenapa Baginda Sultan minta calun2 tambahan untuk di pertimbangkan.

Ini pun tak boleh fikir atau dah buntu fikiran, seolah olah nak memaksa Baginda Sultan menerima sahaja sesiapa saja.

Baginda Sultan pun ada kuasa dan peranan mengikut Enakmen Undang2 Tubuh Krajaan N.Selangor. 

Inilah uniknya perlembagaan negeri2 dan Negara Malaysia. Amalan Demokrasi dan fungsi check and balance. Tidak ada mana2 pihak ada hak mutlak 100%. Panjang kalau nak berhujah.

Kita yakin Baginda Sultan mahu yg terbaik untuk Selangor Negeri Jajahan Takluknya demi kepentingan rakyat seluruhnya,bukan kepentingan mana2 keluarga sahaja. 

DAULAT TUANKU..

Pesanan orang tua2 dan paksi budaya melayu dan Raja,Kerja Raja di Junjung, Pantang Melayu Derhaka pada Raja.

Ada juga pepatah mengatakan Raja Adil Raja Disembah, Raja zalim, Raja di sanggah. 

Dalam hal isu jawatan memileh MB Sgor, Baginda Sultan bertindak dgn adil, saksama dan ikut undang2 tubuh negeri sgor demi kepentingan rakyat.Menjadi tanggongjawsb dan kewajipan rakyat mentaatinya.

DAULAT TUANKU!

Dato Ibrahim Ali,
Presiden Perkasa.
PRIBUMI PERKASA NEGARA.

Laporan polis tiada tapi kena siasat polis pula ....

Posted: 27 Aug 2014 08:03 AM PDT


Itulah dia.

Mulut macam lancau. Dah kena siasat atas laporan polis kerana kenyataan yg bersifat hasutan

Rafizi beri keterangan polis berhubung kenyataan perkauman - 

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-beri-keterangan-polis-berhubung-kenyataan-perkauman

Bertindaklah Melayu

Posted: 27 Aug 2014 05:30 AM PDT


Rakyat resah diancam Langkah Kubor PKR?

Posted: 27 Aug 2014 03:30 AM PDT




Pisau.net dedah bukti Hadi selalu diliwat Anwar

Posted: 27 Aug 2014 01:30 AM PDT







Baca ulasan Pisau SINI

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mati 2 jam saja

Posted: 27 Aug 2014 11:02 PM PDT

Hidup Semula Selepas Dua Jam 'Mati
Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 10:42 AM

Goncalves hidup semula selepas dua jam disahkan meninggal dunia.

SALVADOR (BRAZIL): Selepas dua jam disahkan meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan kegagalan organ berfungsi, 'mayat' lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak.

Insiden itu berlaku ketika adik lelaki berkenaan memasuki bilik mayat sebuah hospital di sini untuk membuat persiapan upacara pengebumian abangnya, Valdelucio Goncalves.

Adik Goncalves, Walterio terkejut ketika mendekati beg mayat abangnya dan ia didapati bergerak, seolah-olah abangnya bernafas.

"Saya terus memanggil jururawat yang kemudian membuka beg itu dan mendapati abang saya masih hidup," katanya.

Terdahulu, keluarganya dimaklumkan mengenai kematian lelaki berusia 54 tahun itu sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat hospital di Salvador, timur laut Brazil. 

Datuk Ramli MS - Alyah dah kahwin setahun lalu

Posted: 27 Aug 2014 09:54 PM PDT

Situasi suspen kunjungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah komposer terkenal Datuk Ramli MS bertukar jadi gelak ketawa kerana 'kantoi' sudah berkahwin sejak setahun lalu.
Ramli MS sebelum ini digosipkan dengan penyanyi Alyah tapi tidak pernah memberitahu kepada umum mengenai status mereka.
BH melaporkan awal pagi Rabu, berdasarkan maklumat awam, pegawai JAIS mengunjungi kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, Ramli dan Alyah akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.-28/8/2014

Program Tafakur Kerajaan Pusat "tidak boleh dilaksanakan"??

Posted: 27 Aug 2014 08:49 PM PDT

"Tidak boleh dilaksanakan" maksudnya jangan buat lah maksudnya haram lah. 


Yang berikut ini bukan saya cakap ok. Mengikut "Memo Jabatan Mufti Negeri Perlis" yang berikut, Mufti Perlis yang cakap.

 

"Program tafakur yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat tidak boleh dilaksanakan di Negeri ini kerana bertentangan dengan Fatwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis Tahun 1974."

Sultan Selangor Titah Nama Calon MB Dikemuka Rabu Depan

Posted: 27 Aug 2014 07:39 AM PDT

alt
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan PKR, PAS dan DAP mengemukakan nama calon untuk jawatan Menteri Besar pada atau sebelum Rabu depan.
Titah baginda itu terkandung dalam surat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohammad Munir Bani, yang dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, petang tadi.
"Nama calon hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 3 September 2014," menurut surat itu.
Dalam surat itu, Mohammad Munir menegaskan Sultan Selangor telah menitahkan mereka mengemukakan lebih daripada dua nama daripada parti masing-masing sebagai calon Menteri Besar untuk pertimbangan dan perkenan baginda.
"Ini adalah sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini," katanya.
Menurut Mohammad Munir, Sultan Selangor juga menitahkan calon-calon yang dicadangkan itu perlulah mematuhi Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, iaitu berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Semalam, Sultan Selangor menangguh menerima peletakan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga penggantinya ditentukan dan menitahkan parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon untuk perkenan baginda.
Bagaimanapun, PKR dan DAP tetap mahu mengemukakan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan itu.

Khalid mungkin bubar DUN jika nama MB Selangor tidak dikemuka - penganalisis

Posted: 27 Aug 2014 06:17 AM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Dewan Negeri Selangor (DUN) dibubarkan jika ruang yang diberikan Sultan Selangor tidak digunakan sepenuhnya.
Dalam sidang medianya semalam, Khalid ditanya mengenai perbincangan mengenai pembubaran DUN ketika mengadap Sultan, Khalid berkata:"Tidak perlu buat masa ini, Tuanku (Sultan Selangor) memberi ruang kepada parti kemukakan nama calon."

Sehubungan itu, penganalisis membuat andaian, pembubaran DUN mungkin berlaku jika ruang yang diberikan Sultan tidak diambil.
"Apakah tidak mungkin kenyataan Khalid ditafsirkan sebagai memberi makna pembubaran DUN boleh menjadi perlu pada masa akan datang," kata penganalisis politik, Dr Kamarul Yusof.
Sementara itu, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan setiap parti mencadangkan lebih dua nama hendaklah dipatuhi.
"Kita kena faham Sultan ada kuasa mutlak dalam memilih menteri besar dan sepatutnya dari dulu lagi Pakatan Rakyat (PR) memberi lebih daripada satu nama untuk memudahkan Sultan memberi perkenan. 
"Jika PR ingin menyelesaikan krisis menteri besar ini dengan cepat dan tidak mahu memberi kesan yang buruk kepada rakyat Selangor, mereka perlu segera mengemukakan nama Adun mereka untuk dipilih sebagai menteri besar," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, PKR seharusnya tidak memuktamadkan dan hanya menetapkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
"Sekiranya PKR masih berdegil dan hanya mahukan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal parti itu untuk dipilih sebagai menteri besar, ini menunjukkan mereka hanya mahu krisis ini berlanjutan tanpa noktah penamat," katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, PAS wajib akur titah Sultan yang mahukan setiap parti berkenaan mengemukakan calon mereka sebagai menteri besar.
"PAS sepatutnya tidak tunduk kepada tekanan PKR atau DAP. Ini soal menjunjung titah Tuanku Sultan dan oleh itu mahu tidak mahu mereka perlu mengemukakan nama Adun kepada Sultan.
"Jika tidak, mereka boleh dianggap derhaka. Sultan bertindak begini pada pandangan saya sebab PR tidak bersatu di mana PAS dalam kenyataan terbaharu menerima sesiapa saja yang diperkenan Sultan Selangor sebagai menteri besar, manakala PKR pula hanya mahukan Dr Wan Azizah. Ini yang menimbulkan kecelaruan," katanya kepada Bernama. – TMI 27 Ogos, 2014.

Farhan AF4 akhiri zaman bujang

Posted: 27 Aug 2014 04:56 AM PDT

Oleh Norhadiani Baharom
Kuala Lumpur: Perkenalan selama lapan tahun dan bergelar tunangan selama dua tahun setengah sepanjang tempoh itu, bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Nur Farhan Azizan, 30, akhirnya bersedia mengakhiri zaman solonya pada 10 Oktober nanti.
Memilih jejaka seusianya Ahmad Rashadan Mohd Suhaimi, 31, juga seorang graduan jurusan kewangan dari Universiti Conventry, United Kingdom, pasangan sepadan ini bakal melangsungkan pernikahan di salah sebuah masjid sekitar Putrajaya dan pada sebelah malam upacara resepsi akan diadakan di Dewan Sri Endon, Putrajaya. 
Sidang media pengumuman perkahwinan mereka dilangsungkan di Kafe Anggun Fusion, Plaza Damas di Sri Hartamas jam 3petang tadi. 

Foto
FARHAN dan bakal suaminya.

Halim Saad gagal dalam rayuan saman RM1.8 bilion terhadap Khazanah dan dua yang lain

Posted: 27 Aug 2014 02:51 AM PDT

PUTRAJAYA 27 Ogos - Hartawan Tan Sri Halim Saad hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman RM1.8 bilion yang difailkan terhadap Khazanah Nasional Berhad dan dua yang lain berhubung penyelesaian untuk melepaskan pegangan dalam Renong Berhad.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Halim yang difailkan dalam usaha untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap tiga responden.

``Kami dapati kesimpulan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi bahawa dakwaan plaintif (Halim) jelas tidak mapan atas alasan tempoh had masa telah ditetapkan dan persetujuan dan penyelesaian, adalah betul,'' katanya.

Hakim Zaharah yang bersidang dengan Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Varghese George Varughese, memerintahkan Halim untuk membayar kos perundangan RM25,000 kepada Khazanah dan RM25,000 lagi kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan.

Pada 31 Okt, 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan yang dibawa oleh Khazanah, Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan untuk membatalkan saman Halim memandangkan ia (saman itu) difailkan selepas tempoh had masa enam bulan berakhir seperti yang ditetapkan mengikut Akta Had Masa 1953. - BERNAMA

Orang2 yang cuba membentuk kekuasaan melalui Azizah dalam PKR harus sedar bahana ini

Posted: 27 Aug 2014 01:36 AM PDT


Azizah: Redalah...
Para pemimpin Pakatan Rakyat amnya dan pemimpin PKR khasnya harus bijak menelah keadaan dan membuat keputusan bagi menyelesaikan kerumitan yang ada hari ini berhubung pengganti Abdul Khalid Ibrahim yang sudah mengaku untuk berundur.

Tanpa kebijaksanaan dan tangkas membaca apa yang akan berlaku di muka, ia akan meletakkan Pakatan Rakyat dan PKR dalam keterjempitan menyeksakan. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus arif membaca pergolakan angin dan laut untuk mengelakkan ditimba taufan dan bah besar.

Saya bimbang dengan cara anak-anak muda atau pun pegawai tinggi PKR berpolitik, mengeluarkan kenyataan balas untuk mempertahankan keinginan nafsu mereka. Misalnya mereka dilihat berwiba dengan ketegasan pendirian untuk tetap mempertahankan calon MB ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail secara tunggal. Kenapa?



Bukankah Sultan Selangor sudah menggunakan budi bicara dan hemahnya meminta parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurang dua nama calon masing-masing untuk dinobatkan sebagai MB. Permintaan Sultan itu bukan menepati kehendak perlembagaan, tetapi adalah budibicaranya. Ia mungkin satu keadilan dan keperluan penting masa kini memandangkan Pakatan Rakyat gagal sepakat dalam soal calon MB. Tidak timbul kegagalan itu kerana apa, atau pun kerana ia satu permainan Mustapa Ali dan Abdul Hadi Awang, yang nyata tidak ada persepakatan.

Tetapi sultan telah meminta berbuat demikian. Bagi saya permintaan Sultan itu satu kemurahan daripada baginda. Bukankah dengan tidak memenuhi kehendak Sultan itu ia boleh menyebabkan perbuatan itu ditafsirkan sebagai mengingkarkan kehendak istana? Dalam dunia orang Melayu, mengingkarkan kehendak sultan itu satu perbuatan yang keji kalaupun tidak sampai biadap.


Sekali lagi tidak timbul dan relevan untuk dikaitkan dengan pepatah berbunyi;  Sultan adil sultan disembah dan sultan zalim sultan disanggah." Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang angkara seulas nangka tetap relevan dan menjadi iktibar cukup penting, tetapi ada kalanya ia sukar dipraktikan. Sultan dari juring mana sekalipun ia tetap sultan dan sebagai orang Melayu yang berpegang kepada feudalisme sangat menjujung adat istiadat dan tradisinya. Pepatah kerja raja dijunjung kerja rakyat dikilek masih lekat tebal dalam kepala orang Melayu.


Jadi selagi orang Melayu belum dapat melupai tradisi dan budaya atau tabiat, mislanya menggaru kurap dipunggung semasa berak, maka orang Melayu khasnya pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR harus melayani tradisi dan budibicara itu yang dianggap usang dan tidak perlu dipatuhi lagi.


Apa "rohok" sangatkah untuk sesetengah pemimpin PKR untuk melayan dan memenuhi kehendak sultan itu sebagai menandakan penghormatan dan wujudnya saling memberi dan menerima berdasarkan amalan tradisi itu. Apa hendak disusahkan sangat apabila Sultan hendak dua nama atau lebih, hantarkan kepada baginda.


Dalam PKR hari ini bukan sahaja ada Dr Wan Azizah, tetapi masih ada 12 nama lain lagi dan dengan adanya sokongan dua Adun Pas menjadi 15 orang dipihak PKR. Dan kalau PKR berkehendakkan kepada MB wanita bukan sahaja Azizah yang ada, tetapi PKR masih ada Rodziah Ismail yang boleh juga dihantar kepada sulatan sebagai memenuhi permintaan itu.


Benarlah dari segi hierarkinya Dr Wan Azizah paling layak kerana beliau adalah presiden parti. Kesesuaian itu sangat jelas kalau juga diikutkan protokol orang Melayu. Masakan untuk menjadi ketua kepada sebuah kerajaan ia diserahkan kepada ahli yang berkedudukan ahli biasa dalam parti. Dan rasanya mengenai protokol dan prioriti calon ini sultan juga memahaminya, kerana sultan lagilah mematuhi soal protokol dan adat istiadat. Kita jamin untuk menjadi MB orang yang berkedudukan penting begitu sultan tidak akan memilih teberau dari beberapa kalangan tebu yang dihantar kepadanya.


Tetapi apabila sultan berkehdak demikian, laksanakankan sebab ia bukan susah sangat. Kalau PKR menghantar dua atau tiga nama ia menyenangkan sultan untuk membuat pilihan. Dalam soal ini budibicara sultan berkedudukan di atas peraturan perlembagaan. Perkataan raja mendengar nasihat hendak difahami raja boleh bertindak sesuka hati atas rasa perkenan dirinya. Raja tetap raja. Mereka yang bermati-matian bepegang kepada undang-undang (Perlembagaan) adalah mereka yang tidak bijaksana dan bersifat "diktator" serta tidak hadam politik negara "tigatujuhkosong" ini.


Kena dipercaya sesekali baginda tidak akan bertindak sehingga sesuatu itu sampai menjolok mata kerana ia akhirnya akan mendatang kemudaratan dan kekotoran kepada dirinya dan institusi yang disanjung itu. PKR sepatutnya berterima kasih kepada sultan yang sedia membuka ruang bagi mengelakkan DUN Selangor dibubar seperti mana yang difikirkan sebelum ini. Bahawa Sultan Selangor masih ada budi bicara dalam soal ini dan semua pihak seharusnya memberi penhormatan demi kebaikan bersama.


Jadi saya hendak nasihat kepada PKR, terutama individu yang sedang memperdagangkan kuasa politik, usahlah bertegas dengan hanya mahu mengirimkan nama Wan Azizah secara tunggal. Yang penting semua pihak kena faham bahawa kedudukan PKR dan Pakatan Rakyat dalam suasana kritikal. Yang perlu diselamat kini bukan individu tetapi institusi. Bukan Abdul Hadi Awang tetapi Pas dan bukan Anwar Ibrahim tetapi PKR dan Pakatan Rakyat yang perlu diselamatkan.

PKR, Pas dan Pakatan Rakyat harus hidup seribu tahun lagi kalau rakyat ada cita-cita untuk menumbangkan UBN dan ia tidak perlu mati apabila orang-orang seperti Anwar atau Abdul Hadi sudah tiada. Sebab perjuang sengoti ialah orang memperjuangkan prinsip dan dasar hidup bukannya memperjuangkan batang tubuh si pejuang.  Yang perlu dihormati Pas, bukan Abdul Hadi, yang perlu dihormati PKR bukan Anwar atau pun Azizah.


Dari firasat saya sekiranya kerumitan dan kedegilan disebelah PKR ini berterusan ia bakal memberi natijah buruk. Hari ini selepas Khalid dengan suci hati memaklumkan yang beliau hendak letak jawatan selepas langit politik hendak runtuh, Khalid seperti sudah terbersih daripada segala dosa. Khalid dilihat sebagai Khalid Ibnu Walid yang digugurkan sebagai panglima perang tetapi redha dengan atas apa yang berlaku.


Namun sebaliknya juga bagi Pas, kalau Pas secara diam-diam menghantar nama kepada sultan dan melakukan lobi agar Adunnya diangkat sebagai MB, maka Pas mengesahkan yang diri parti agama itu adalah munafik dan tindakan itu merupakan satu pembunuhan diri sendiri oleh Pas.

Yang sedang diperhati hari ini ialah sikap atau individu yang tetap mahukan kepada Azizah menjadi MB Selangor yang kini bertindak bagaikana ingin mencabar budibicara Sultan dalam menilai kemelut yang ada hari ini. Harapnya orang-orang yang cuba membentuk kekuasaan menerusi Dr Wan Azizah dalam PKR menyedari akan bahana dan bahaya keadaan ini.


Kehancuran kerajaan Pakatan di Selangor, sejarah tidak sahaja menulis nama Khalid dengan huruf besar, tetapi ada beberapa nama lain termasuklah juga Anwar, Abdul Hadi Awnag, Mustafa Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan berapa nama lain juga akan ditulis dengan huruf besar. Yang pastinya nama Mahathir Mohamad tercicir dalam senarai "belengas" ini. [wm.kl.9:23 am 27/08/14] 

MB Selangor: PAS akur titah Istana...

Posted: 27 Aug 2014 12:34 AM PDT

Di sebalik keengganan PKR dan DAP berganjak daripada hanya menyerahkan nama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, rakan mereka dalam Pakatan, PAS akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali parti itu akan menghantar tidak kurang dari dua nama kepada Istana sebagai calon menteri besar yang baru.
Jelas Mustapa, ianya sebagai menghormati dan menjunjung titah baginda melalui kenyataan yang dibacakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama," kata beliau.
Bagaimanapun menurut Mustafa, PAS masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada Istana.
Sebarang keputusan berhubung nama calon tersebut ujarnya, akan dimuktamadkan selepas menerima surat rasmi tersebut.
"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline. Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.
"Saya tak fikir perlu mesyuarat (PAS Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.
"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya lagi.
Sementara itu, penganalisis membuat andaian, pembubaran DUN mungkin berlaku jika ruang yang diberikan Sultan tidak diambil.
"Apakah tidak mungkin kenyataan Khalid ditafsirkan sebagai memberi makna pembubaran DUN boleh menjadi perlu pada masa akan datang," kata penganalisis politik, Dr Kamarul Yusof.
Sementara itu, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan setiap parti mencadangkan lebih dua nama hendaklah dipatuhi.
"Kita kena faham Sultan ada kuasa mutlak dalam memilih menteri besar dan sepatutnya dari dulu lagi Pakatan Rakyat (PR) memberi lebih daripada satu nama untuk memudahkan Sultan memberi perkenan.
"Jika PR ingin menyelesaikan krisis menteri besar ini dengan cepat dan tidak mahu memberi kesan yang buruk kepada rakyat Selangor, mereka perlu segera mengemukakan nama Adun mereka untuk dipilih sebagai menteri besar," katanya.
Bernama melaporkan beliau berkata, PKR seharusnya tidak memuktamadkan dan hanya menetapkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
"Sekiranya PKR masih berdegil dan hanya mahukan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal parti itu untuk dipilih sebagai menteri besar, ini menunjukkan mereka hanya mahu krisis ini berlanjutan tanpa noktah penamat," katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, PAS wajib akur titah Sultan yang mahukan setiap parti berkenaan mengemukakan calon mereka sebagai menteri besar.
"PAS sepatutnya tidak tunduk kepada tekanan PKR atau DAP. Ini soal menjunjung titah Tuanku Sultan dan oleh itu mahu tidak mahu mereka perlu mengemukakan nama Adun kepada Sultan.
"Jika tidak, mereka boleh dianggap derhaka. Sultan bertindak begini pada pandangan saya sebab PR tidak bersatu di mana PAS dalam kenyataan terbaharu menerima sesiapa saja yang diperkenan Sultan Selangor sebagai menteri besar, manakala PKR pula hanya mahukan Dr Wan Azizah. Ini yang menimbulkan kecelaruan," katanya.-27/8/2014

Khalid Dakwa PKR, DAP Keluarkan Kenyataan Tidak Tepat

Posted: 26 Aug 2014 11:38 PM PDT



SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengeluarkan kenyataan media tidak tepat bahawa kedua-dua perti itu telah mengusulkan satu nama sebagai calon menteri besar negeri itu kepada Sultan Selangor pada 2008 dan 2013.
"Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan," katanya.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas kenyataan bersama PKR dan DAP yang menyifatkan tindakan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Hal ini kerana jelas Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
"Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013," katanya.
Terdahulu, PKR dan DAP tetap bertegas akan mengemukakan nama Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan Selangor walaupun Tuanku  menitahkan setiap parti dalam Pakatan Rakyat untuk mencadangkan tidak lebih dua nama calon menteri besar. - mStar 27/8/14

MS : Kenapa PKR & DAP perlu berbohong?  Korang fikir la  sendiri ....
Berita selanjutnya menyusul.