Followers

Nuffnang

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Alhamdulillah!!!! calon MB dipilih dari ketiga-tiga parti adalah orang yang sama - Updated

Posted: 26 Aug 2014 08:30 AM PDT


Buat apa pening2, bukannya wajib calon MB dari kalangan ahli parti.....tp kalau tiga2 dah berdegil syok juga jadinya politik Selangor ni...haha

jangan dok pasang angan2 la...ingat naga nk tengok je habuan lalu celah bedah !!!!

Ini raja bukan sebarang raja,ini bukan Raja Babi...


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas Selangor sokong keputusan Sultan Sharafuddin!

Posted: 26 Aug 2014 08:40 AM PDT


PAS Selangor menyambut baik keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini yang menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman dalam satu kenyataan yakin rakyat negeri itu juga menyambut baik keputusan baginda.

"Pas Selangor yakin cadangan calon Menteri Besar yang akan diserah kelak akan dapat diterima oleh istana dan sehingga selesainya pelantikan baharu itu, kesemua empat Exco kita akan terus kekal dan berkhidmat untuk rakyat negeri ini," katanya.



Abdul Khalid hari ini menghadap Sultan Sharafuddin bagi menyembah hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar di Istana Bukit Kayangan di sini, susulan kemelut politik negeri itu.

Susulan itu, baginda turut menitahkan agar setiap pemimpin parti dalam pakatan rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baharu bagi memudahkan baginda membuat pilihan calon yang layak untuk jawatan itu.

Suara Politik
Belantan

Khalid Samad kena ludah?

Posted: 26 Aug 2014 01:03 AM PDT



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian.

Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PR Derhaka Kepada Titah Sultan Jika Calon Wan Azizah Sahaja – Penganalisa

Posted: 26 Aug 2014 10:25 PM PDT

Wan Azizah/Pic:fileWan Azizah/Pic:fileKUALA LUMPUR: Tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap bertegas mencalonkan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  sebagai menteri besar yang baharu disifatkan sebagai menderhaka kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory, berkata kedegilan PR (DAP dan PKR) yang berkeras untuk mencalonkan satu nama sahaja (Wan Azizah) sebagai calon tunggal PR menunjukkan sikap degil dan mencabar kedudukan Sultan Selangor dalam isu menteri besar.
"Bagi pendapat saya, tindakan PKR itu seperti menderhaka kepada titah sultan, seolah-olah mereka memaksa sultan menerima calon mereka," ujarnya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam ketika ditemui pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, Sultan bertitah agar parti PAS, DAP dan PKR mencalonkan lebih dua nama bagi perlantikkan menteri besar baharu.
Hal ini demikian katanya, ia bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar.
Mengulas mengenai perkara itu, Atory menambah, parti PAS tidak perlu tunduk kepada desakan daripada rakan sekutunya – PKR atau DAP (jika mereka tetap ingin mencalonkan satu nama sahaja).
"Ini soal menjunjung titah Tuanku Sultan dan oleh itu, mahu tidak mahu mereka perlu mengemukakan nama Adun kepada Sultan.
"Apabila Tuanku Sultan bertitah, minta PAS serah nama, langkah tuanku betul mengikut perlembagaan kerana mengikut undang - undang, PR tidak berada dalam satu parti. Siapa-siapa yang Tuanku pilih (sebagai menteri besar baharu) dalam PR samada PAS, DAP atau PKR mereka kena akur," jelasnya hari ini yang berpendapat PAS akan mencalonkan Iskandar Samad (Pesuruhjaya PAS Selangor).
Memetik kenyataan sebuah portal berita dalam satu kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua lewat malam tadi sebagai berkata, PKR dan DAP tetap hanya akan mencalonkan satu nama sebagai menteri besar Selangor (Wan Azizah) walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menghendaki PR menghantar lebih daripada dua nama.
Terdahulu, Sultan Selangor telah menangguh untuk menerima perletakan jawatan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor sehingga pelantikan menteri besar yang baharu.
Abdul Khalid sebelum ini telah telah dipecat daripada PKR oleh Lembaga Disiplin PKR ekoran keengganan beliau untuk memberi laluan kepada Wan Azizah bagi memegang jawatan menteri besar.  Walaubagaimanapun, sehingga pertemuan Abdul Khalid dengan Sultan semalam, beliau masih lagi diperkenan untuk mentadbir Selangor sehingga Pakatan Rakyat mencalon lebih dua nama bagi melihat sokongan majoriti rakyat dan memudahkan baginda membuat pilihan.

Wanita Malaysia sertai ‘jihad seks’ di Timur Tengah, dedah laporan risikan

Posted: 26 Aug 2014 09:22 PM PDT

Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.
Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.
Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.
Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.
"Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.
"Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.
Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.
"Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.
"Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber.
Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.
"Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis," katanya.
Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan dekri atau edik pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.
"Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks," dedah pegawai risikan.
"Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu," kata pegawai berkenaan.
Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.
"Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.
"Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di smaping Isis," kata pegawai risikan itu.
Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.
"Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.
Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.
Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.
Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.
Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.
Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.
Video bertajuk 'Pesanan kepada Amerika' itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.
Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya. – 27 Ogos, 2014  TMI

Mahkamah batal tuduhan khalwat ke atas Halimah

Posted: 26 Aug 2014 06:55 AM PDT

Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang, hari ini, membatalkan tuduhan berkhalwat dan sabitan bersalah yang dikenakan terhadap seorang wanita Indonesia beragama Kristian, Halimah, dua tahun lalu.
Pendakwa Syarie Mohamad Fahmi Mohamad Idris memberitahu mahkamah pihaknya menarik semula pendakwaan terhadap Halimah.
Arahan tersebut dilakukan ketua pegawai pendakwa raya syariah mengikut Seksyen 103 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang yang membenarkan ketua pegawai pendakwaraya untuk menarik kembali pendakwaan di mana-mana peringkat kes.
Hakim Zaini Abd Rahim membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan mengarahkan Halimah dibebaskan secara serta merta.
Halimah, 42, ibu kepada 4 anak, seorang penganut Katolik yang bekerja di pusat refleksologi  dibebaskan selepas pendakwaan ke atasnya digugurkan.
Beliau sepatutnya dijadualkan untuk perbicaraan semula di Mahkamah Rendah Syariah.
"Saya akhirnya bebas. Saya sangat gembira," katanya dengan nada sebak kepada wartawan selepas keluar dari kamar mahkamah.
"Saya menangis kerana saya gembira. Saya berterima kasih kepada tuan-tuan (merujuk kepada peguamnya, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff dan pegawai dari Kedutaan Indonesia di Pulau Pinang) kerana membantu saya.
"Terima kasih adik-adik (kepada media kerana memberi keutamaan kepada kesnya)," katanya.
Pada 15 Mei 2012, Halimah didakwa berkhalwat mengikut Seksyen 27(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) di Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang.
Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000. Bagaimanapun, dia masih belum menjalani hukuman kerana menanti rayuan.
Pada 3 Disember tahun yang sama, kes Halimah disemak semula oleh Mahkamah Syariah dengan prosoding mengekalkan rayuannya.
Pada 9 September 2013, Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan peguam Halimah membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan Syariah.
Peguamnya membuat rayuan di hadapan hakim, di bawah Seksyen 74 enakmen tersebut, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa kerana dia beragama Kristian.
Peguambela turut membekalkan beberapa dokumen lain sebagai bukti termasuk sijil pembaptisan yang membuktikan Halimah beragama Kristian ketika di Medan pada 19 Jun 1982, dan keluarganya juga beragama Kristian, serta surat konsulat Indonesia di Pulau Pinang mengesahkan dia beragama Kristian.
Wan Faridulhadi memberitahu mahkamah tiada bukti pendakwaan menunjukkan Halimah memeluk Islam.
Halimah tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya dan mahu menyampaikan berita tersebut kepada keluarganya di kampung.
"Sekarang ia sudah berakhir, saya mahu pulang ke rumah dan beritahu mereka tentang berita tersebut," katanya.
Majikannya Datin Josephine Ong, yang membayar upah guamannya dan turut serta berada bersamanya sepanjang perbicaraan, juga meluahkan rasa gembiranya.
"Saya juga gembira untuk Halimah, beliau kini wanita bebas," katanya.
Sementara itu, wakil pemerhati Majlis Peguam Cecil Rajendra dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), berkata mereka masih membincangkan langkah seterusnya.
Kemungkinan tindakan saman akan diambil ke atas pihak berkuasa kerana mengheret Halimah dan majikannya berdepan keadaan sukar selama 2 tahun.
Kes Halimah menjadi tumpuan kerana menjadi wanita bukan Islam pertama yang didakwa dan didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di negara ini. – 26 Ogos, 2014.

Kalut dalam Pakatan selepas berita Hadi tawar Azmin sertai PAS

Posted: 26 Aug 2014 03:55 AM PDT

Berikutan laporan berita yang disiarkan oleh portal pro pembangkang The Malaysian Insider (TMI) hari ini yang mendakwa ada usaha untuk menarik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyertai PAS.
Keadaan dalam rumah Pakatan rakyat berceramuk sana-sini.
Pejabat Azmin menafikan laporakn tersebut, manakala Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menyifatkan laporan itu bertujuan jahat.
Menurut beliau, berita yang dipaparkan oleh TMI pada, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama UMNO, dakwa AJK Pas Pusat" bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.
Katanya, beliau yang juga turut hadir semasa Azmin mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Beliau ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada Hadi yang mencalonkan nama beliau (Azmin) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa.
"Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka," tegasnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Malaysiakini yang melaporkan pegawai di Pejabat Azmin mendakwa berita yang disiarkan TMI itu tidak betul.
"Kami boleh sahkan berita itu tidak benar..."kata pegawai Azmin tersebut.
Dalam pada itu, AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen PAS Temerloh, dalam satu posting di facebooknya mencadangkan Mesyuarat Bulanan PAS Pusat selepas ini diadakan di tengah - tengah Padang Dataran Merdeka.
Ini dipercayai reaksi sinis selepas beberapa kebocoran maklumat dalam mesyuarat PAS kepada media akhir-akhir ini.
"Jemput semua media cetak, elektronik dan media baru ( jangan hanya TMI ) buat liputan secara langsung mesyuarat tersebut kerana selepas ini tiada lagi privasi.
"Justeru itu tidak perlu mana - mana individu bersusah payah untuk feed maklumat keluar dan tidaklah kita tertanya - tanya siapa yang membawa keluar maklumat," ujar beliau.
TMI dalam laporannya mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan Abdul Hadi yang beliau menawarkan Azmin menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Laporan memetik sumber AJK PAS Pusat itu memberitahu, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, "Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?"
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan UMNO.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," katanya
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.-26/8/2014

TERKINI Kenyataan Akhbar DYMM Sultan Selangor

Posted: 26 Aug 2014 01:40 AM PDT


Berapa lama lagi Najib akan bertahan?

Posted: 26 Aug 2014 01:05 AM PDT

Yang pasti Dr M bukan calang-calang orangnya. Dr M banyak membaca dan berfikir. Dr M pakar strategi. Percaturannya sentiasa mengena.

drm_300
Oleh: Yunus Tasim

Dia buat lagi. Dr M ulang lagi.
Dulu Pak Lah. Sekarang Najib. Rentaknya serupa. Tarinya saja yang berbeza. Dulu dia kritik, dia hentam. Kemuncaknya dia isytihar keluar UMNO. Maka bertempiklah hulubalang dan dato bendahara UMNO, memujuk dan merayu. Tidak berganjak dia selagi Pak Lah masih bertakhta.
Akhirnya Pak Lah tunduk. Kerana Pak Lah sayangkan UMNO. Pak Lah dari keturunan orang baik-baik, tidak punya cita-cita tinggi melangit, begitu juga isteri tercinta. Pak Lah turun takhta dan anakanda tersisih beberapa ketika.
Dulu perancangan Dr M cepat terlaksana. Ada tangan yang sambut. Ada suara yang menyokong. Kritik bertukar gesaan pindah kuasa. Perbahasan hangat di bahagian, di kedai kopi dan di media massa. Ada orang yang sedia mengganti. Semua ahli sayang UMNO, sayang Dr M. Orang UMNO tak mahu Dr M terus merajuk, takut Dr M dilamar PAS seperti dulu-dulu. Itu yang Pak Lah kena 'check-mate' dan terpaksa akur dengan kehendak Dr M dibantu oleh seluruh UMNO.
Tapi kali ini percaturannya berbeza. Tiada ugutan keluar parti. Tiada suara sokongan sana sini. Yang ada cuma suara kecil dari seorang bekas menteri. Akhbar media perdana senyap dan sunyi. Menteri Dalam Negeri bersuara, Menteri Pertahanan mempertahankannya, dan ramailah menteri , Melayu dan Cina nyatakan taat setia kepada Najib. Zaman berbeza, cabaran berbeza, itu kata mereka. Paling akhir Timbalannya bersuara, kali ini tidak menyokong Dr M seperti waktu Pak lah, tapi memberikan sokongan padu kepada bosnya.
Apakah ini tanda sengat Dr M sudah tidak berbisa? Apakah umpan menarik balik sokongannya terhadap Najib tidak berjamah? Apakah orang UMNO dah muak dengan karenahnya? Yang pasti Dr M bukan calang-calang orangnya. Dr M banyak membaca dan berfikir. Dr M pakar strategi. Percaturannya sentiasa mengena. Kalau tak masakan tiga timbalannya kecundang di tengah jalan.
Ramai orang yang bertanya, UMNO dan di luar UMNO, berapa lama lagi Najib dapat bertahan? Apakah Najib akan mengikut jejak Pak lah atau Dr M yang akan mengalah? Masa dan keadaan yang akan menentukan, juga mengikut ketentuan Tuhan.
Banyak faktor yang tidak menyokong dan membantu strategi Dr M kali ini. Biarpun data dan fakta dikemukakan atas kepincangan Najib, tapi tidak didengarnya. Dari prestasi Barisan Nasional (BN) yang lebih buruk di PRU 13, hingga kepada polisi dan cara Najib menangani isu semasa, semua terlondeh dalam chedet.
Yang pasti, UMNO ketandusan pemimpin pelapis yang berkaliber. Buat masa sekarang, tiada siapa yang dapat menggantikan Najib. Walaupun ada orang kata, kalau Najib boleh jadi Perdana Menteri (PM), orang lain pun sebenarnya boleh menggantikannya, malah boleh jadi PM yang lebih baik dari Najib. Tapi hakikatnya tidak demikian pada UMNO Baru hari ini. Inilah mungkin legasi Dr M yang gagal menyediakan pelapis yang berkarisma dan berkaliber. Semua yang bagus dicantasnya. Tinggallah kerak-kerak yang tidak dapat memperbaiki atau membawa UMNO ke mercu yang lebih tinggi.
Timbalannya tidak menunjukkan tanda-tanda inginkan takhta. Mungkin dia menunggu sehingga Dr M tiada, baru rasanya aman untuk berkuasa. Yang nampak riak-riak rasa hanyalah sepupunya dan Menteri Dalam Negeri.
Media arus perdana juga pandai memainkan peranannya. Mungkin ada arahan dari Putrajaya. Dulu kritik Dr M jadi isu perdana, tapi kini bayangnya pun tiada. Mujur ada blog chedet. Dapatlah rakyat mengikuti dan menilai kesahihannya. Sebenarnya apa yang dikata ada benarnya, hanya keikhlasan dan kesungguhan Najib untuk memperbetulkan kepincangan diri dan pemerintahannya. Bukan Dr M nak menjatuhkannya, tetapi untuk menyelamatkan Najib dari terus dibuai cerita dongeng dari pengampu-pengampunya.
Keadaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi saingan BN juga penyebab betapa kukuhnya Najib. Walaupun Najib telah dimalukan dengan kegagalannya merampas Selangor biarpun berjuta-juta ringgit telah ditaburkan. Namun krisis Menteri Besar (MB) Selangor menjadikan seluruh orang UMNO melupakan kegagalan Najib. Seluruh perhatian difokuskan untuk merampas Selangor dari PR. Kritikan Dr M dilupakan buat sementara waktu, kalaupun tidak selamanya.
Mereka berharap PR tumbang. Kalau tidak pun, berdasarkan laporan di alam maya, UMNO mempunyai Presiden PAS sebagai kuda tunggangan. Presiden yang begitu beriya-iya untuk menubuhkan 'Unity Government' dengan UMNO dan beberapa ADUN PR yang ditawarkan untuk berpaling tadah. Setiakawan dilupakan, janji dimungkiri dan amanah rakyat yang memilih dipinggirkan. Hebat permainan politik Presiden dari Parti Islam ini.
Selagi taufan PR belum reda, selagi itu kedudukan Najib tetap kukuh. Dan perancangan Dr M tidak pasti jayanya. Kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. FMT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Appointing naturalised Singapore born k-Pop as MB is constitutionally wrong

Posted: 26 Aug 2014 10:30 PM PDT


(The Star) - PKR president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail and her deputy Azmin Ali are both Singapore-born.

There is a provision in the Selangor Constitution disqualifying those who became citizens by naturalisation or registration from becoming a mentri besar.

PKR president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail and her deputy Azmin Ali are both Singapore-born.

Constitutional expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi said Article 53(3) of the State Constitution affirmed that a mentri besar should not be a citizen by naturalisation or registration.

"However, the Sultan could use his discretion to waive any disqualification," he said.

Section 53(4) states: "In appointing a mentri besar, His Highness may in his discretion dispense with any provision in this Constitution restricting his choice of a mentri besar, if in his opinion it is necessary to do so in order to comply with the provisions of this Article."

Legal adviser to several non-governmental organisations Hamidzun Khairuddin said PKR should abide by the state laws and convention, as all the previous mentris besar were Selangor-born.

"Apart from the existing laws, political parties must also respect conventions and customs in respective states.

"This is democracy according to the Malaysian mould to ensure political stability in every state.

"Abiding by convention should continue because it does not blemish state and national federalism in this country," he said.

Read on here

An important point The Star kept out of the public eyes is that discretion for his royal highness under 53(4) does not include Art 53(3) since it is mentioned "Notwithstanding anything in this Article" (i.e. inclusive 53(4)), naturalised citizens by registrstion could never be MB.

COnsequently, Wan Azizah also do not qualify on the following basis:





She is not Malay


Dare PKR and DAP to take this matter to court!!!

PKR, DAP persoal kuasa dan paksa Sultan ...

Posted: 26 Aug 2014 07:27 PM PDT


Ketika Langkah Kajang lagi, Pakatan Rakyat sudah diperingatkan akan kehendak Sultan menurut perlembagaan dan undang undang tubuh negeri.

Namun begitu, apabila sampai masa PKR dan DAP.berdalih mencari alasan.


Surat menunjukkan PKR dan DAP engkar perintah Sultan dan persoal kuasa Sultan.

Undang2 Tubuh Negeri Selangor dalam Section 53 (4) states that, "In appointing a Menteri Besar, His Highness may in his discretion dispense with any provision in this Constitution restricting his choice of a Mentri Besar, if in his opinion it is necessary to do so in order to comply with the provisions of this Article."

Bukan hak mereka untuk memaksa Sultan waive condition berhubung jumlah nama nama yg dicadangkan.


Baru diludah, esuk satu timba lagi nak dicurah

Posted: 26 Aug 2014 08:30 AM PDT



Itu baru satu. Jhn hairan itu hsnya orang senditi lakukan terhadapnya untuk mersih simpati dari orang ramsi. Macamlah si biadap ini dizalimi.

Esok ada satu lagi laporsn polis terhadap Khalid Samad di atas pandangannya terhadap DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Yang biadap ini kata Tuanku tak patut di beri kuasa mutlak melantik MB. Tapi itu adalah kuasa mutlak Tuanku. 

Khalid mempersosl kuasa Sultsn di bawah perlembagaan dan UUTN. Ini ialah hasutan.

There's one part dia kata "There's an opinion that the Sultan is a constitutional ruler and we must not give him the power to select the MB."

"Heclaim that PR do not need to provide 3 name. Sngor constitution allow for at least one. He went on to say sultan should not be dictating but DUN."

Tuanku tak boleh pilih tapi hsnya lsnyik orang fipilih majoriti.

In actual fact, Tuanku shall appoint.a DUN who in HIS OPINION will hv the support of the majority of the DUN. There is an element of subjective selection here.

Esuk dang wangi satu lagi coming. Case ni senang untuk AG. Malu kalsu tak boleh dakwa.

 albeit fraught with the pothe DUN wd be a big blow to totally to accused as other law that i

GEMPAR!!!! KETUM diperbodohkan Sultan?

Posted: 26 Aug 2014 05:30 AM PDT


Sultan Selangor telah tangguhkan perletakan jawatan TSKI hingga selesai pemilehan nama MB baru.

Tuanku Sultan Selangor titah ketiga tiga parti Pakatan menghantar 2 nama calon dari setiap parti untuk diperkenan Baginda bagi menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Petang tadi PAS, PKR & DAP bermesyuarat dan memutuskan 6 orang calon pilihan mereka untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

6 calon Pakatan setelah dikenal pasti

1. Dr Wan azizah
2. Wan azizah
3. Azizah
4. Jijah
5. Ijah
6. Jah

Kau orang tak rasa ke KETUM dan Pakatan Rakyat ni BODOH? Ha Ha Ha

Nampak gaya tak hairan TSKI kekal hingga PRU14. Kah kah kah ...

Kini pendedahan dokumen Langkah PARASIT 1990 pula!!!

Posted: 26 Aug 2014 02:34 AM PDT

Jika sebelum ini didedahkan dokumen Langkah Kajang, kini dokumen perancangan Parasit dalam UMNO, PAS dan PKR didedahkan oleh Selangor Chronicle


JIM dan MISG masuk UMNO


Program infiltrasi masuk UMNO



Baca ulasan pandang lebar Selangor Chronicle SINI

PAs dah U Turn balik, Bang Non nak kelentong apa?

Posted: 26 Aug 2014 12:29 AM PDT



Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


. #Merdeka57 Disini lahirnya sebuah Cinta .. Disini juga janji terlaksana ... Negaraku Tiada Ganti..

Posted: 26 Aug 2014 08:24 AM PDT

4 Perkara asas apabila kita memberikan Kerakyatan kepada rakan-rakan kita ... 

1. Agama Islam Agama Persekutuan
2. Raja Raja Melayu.
3. Bahasa Melayu Bahasa Rasmi
4. Keistimewaan Melayu/Bumiputera

Kita Sudah menunaikan janji kita pada 57 Tahun yang lalu .. semaikan didalam diri agar janji ini tidak menjadi virus perpecahan di antara rakyat Malaysia.

Disini lahirnya sebuah Cinta .. Disini juga janji terlaksana ... Negaraku Tiada Ganti..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


FGV Untung...Fuckatan Meraung...Mazlan Aliman Termenung

Posted: 26 Aug 2014 08:17 PM PDT


Memang tak dinafikan isu Felda adalah isu terpencil dan jarang-jarang sekali diberi perhatian oleh media sosial pro BN. 

Sebaliknya puak-puak langau hijo begitu galak menggunakan apa saja isu berkaitan Felda untuk memperlekehkan segala usaha murni kerajaan membantu majoriti orang-orang melayu-Islam dan bumiputera yang terdiri dari peladang, pesawit, penoreh dan petani. 

Akibat kurangnya perhatian media sosial membela mana-mana agensi dan NGO' Felda menyebabkan segala usaha murni kerajaan dan YAB PM selaku Menteri yang menjaga isu Felda telah diambil alih dengan penghinaan dan kutukan oleh puak-puak pembangkang.

Peneroka dan generasi Felda yang dahagakan maklumat setiap hari terdedah dengan fitnah, auta dan dusta pembangkang akhirnya sedikit sebanyak menelan segala penipuan yang dianggap sebagai satu kebenaran. 

Hujung-hujungnya mereka yang telah dicuci otak dan jiwanya dengan segala dusta puak-puak pembangkang sekonyong-konyong mendermakan duit-duit hasil titik peluh mereka untuk sebuah perjuangan yang penuh kepalsuan demi mendapatkan janji-janji sebuah syurga.

Tanpa soal, segelintir mereka akan berduyun-duyun diangkut dengan bas dan lori turun berdemonstrasi di jalanan...entah kadang kala mereka sendiri tak faham isu yang sebenarnya...hanya terikut-ikut apabila di sogok sedikit wang saku. Murah sungguh maruah mereka! 

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang untuk merosakkan sebanyak mungkin pemikiran anak-anak Melayu di Felda.

Hakikatnya banyak yang dilakukan oleh Felda untuk anak-anak Melayu-Islam. Tak perlulah disenaraikan satu per satu. Semua dah maklum.


Hari ni kita lihat lagi kejayaan syarikat berkaitan Felda; FGV yang terus mencatatkan keuntungan pendapatan sebanyak RM4.08 bilion meningkat 36.5%. 

FGV juga berada pada kedudukan 20 terbaik daripada 862 syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham yang mengamalkan tadbir urus korporat secara keseluruhannya.

Bila FGV untung, warga peneroka dan pekerja Felda turut untung. Lebih banyak dividen, bonus dan durian runtuh mereka akan dapat.


Kalau dok percaya dan ikut hasutan pembangkang hidup peneroka tak akan ke mana-mana, memanjang jadi jumud kerana diperbodoh-bodohkan oleh puak-puak yang memang buta ekonomi. 

Mazlan Aliman dan juak-juaknya mungkin termenung memikirkan apa lagi yang boleh dilakukannya untuk memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu di Felda dan luar bandar? 

PDRM...SEGERAKAN TINDAKAN TEGAS TERHADAP PASUKAN SEPARA-MILITAN DAP !!!

Posted: 26 Aug 2014 07:00 AM PDT


Kita mengucapkan syabas kepada respon segera PDRM dan KDN untuk mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan haram semi militan DAP yang berselindung di bawah nama Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.

Kita khuatir jika PPS terus dibenarkan kewujudannya, maka sudah pasti akan timbul satu pergerakan bawah tanah yang akan mengancam keselamatan negara.


Bayangkan terdapat lebih 10,000 orang sukarelawan pertubuhan haram ini yang berselindung menjalankan kegiatan kesukarelawan menjaga keselamatan negeri, tetapi sebenarnya mampu bertindak seperti Kempeitai (polis rahsia Nippon) atau Gestapo (polis rahsia Nazi) yang teramat kejam seperti di era Perang Dunia Kedua semata-mata kerana taksub kepada regim DAP yang memerintah Pulau Pinang.

Anggota mereka pula didominasi oleh satu kaum saja yang jelas bersifat rasis, chauvinist dan anti kepada perpaduan nasional selain pertubuhan ini memang menyalahi Akta Pertubuhan 1966.


Pasukan separa militan ini amat berbahaya kepada keselamatan negara sekiranya ada di kalangan mereka mula menyusup masuk ke dalam pasukan RELA atau mana-mana pasukan bersenjata lain semata-mata untuk mempelajari latihan menembak dengan pelbagai senjata api dan tempur. 

Bahkan kini mereka juga telah dibekalkan dengan peralatan senjata seperti kayu, rotan dan latihan seni bela diri...Untuk apa semua ini jika mereka banyak bertindak secara kasar dan kurang ajar terhadap sesiapa saja tanpa mengira bangsa yang cuba menentang mereka.

Kuasa PPS ini begitu besar sehingga fungsi dan peranan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) hampir dilarang berfungsi di negeri yang diperintah oleh regim DAP tersebut. 

Hakikatnya, ini adalah bibit-bibit yang disemai oleh regim DAP untuk bertindak lebih jauh lagi iaitu menuntut kuasa autonomi dari kerajaan Persekutuan. 

Sebelum ini regim DAP telah memohon supaya diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan namun ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Keganasan PPS di Pulau Pinang seperti didedahkan oleh rakyat Pulau Pinang sendiri!
Malah regim DAP juga tidak pernah mempercayai pasukan PDRM yang sering ditohmahkan sebagai agen Barisan Nasional, agen Melayu, perisik UMNO dan kuat rasuah. Maka tak heran regim DAP menubuhkan pasukan para militari PPS untuk menjaga kelangsungan regim tersebut di Pulau Pinang.

Inilah bibit-bibit awal gerakan anti Persekutuan yang cuba dihidupkan oleh regim DAP.

Mungkin sekarang mereka tiada senjata, tapi apa akan jadi jika mereka memperolehi senjata? 

Di satu pihak lain kini sedang berusaha menghapuskan Akta Hasutan setelah berjaya menghapuskan ISA dan Ordinan Darurat. Tak mustahil bila semua akta-akta pencegahan ini terhapus maka akan bermaharajalelalah mereka. 

Apa mereka nak takut bukan ada Sultan atau Raja Melayu yang memerintah Pulau Pinang. Kuasa Gabenor sedia ada pun mereka nak hapuskan... 

Kita tak boleh lupa bagaimana MPAJA ditubuhkan oleh nenek moyang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan bantuan penjajah Inggeris untuk menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang seterusnya menjadi detik awal penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM).

Kita tidak boleh lupa bagaimana sejarah MPAJA dan PKM ditubuhkan...Dari pertubuhan sukarelawan membantu masyarakat dan kaum-kaum tertentu akhirnya berkembang menjadi gerakan ekstreme dan
 melawan pemerintah sah.
 
 
Dari berjuang tanpa senjata, Inggeris bantu membekalkan mereka senjata. Dari pertubuhan sukarelawan mereka berubah menjadi ekstremis dan terroris. Bila mereka kuat mereka menentang pula Inggeris dan orang-orang Melayu.

Jadi kita memohon agar pihak berkuasa segera mengharamkan pergerakan PPS ini sebelum ia merebak menjadi sebuah pasukan militan yang akan memporak perandakan negara ini. 



ANWAR FENING LAGI...ISTANA JELAS TAK MAU BININYA JADI MB

Posted: 26 Aug 2014 04:12 AM PDT


Sudah terang lagi bersuluh...DYMM Tuanku Sultan Selangor menitahkan agar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan dan tidak meletakkan jawatan serta meneruskan khidmat kepada negeri Selangor.

Dalam masa yang sama DYMM Sultan memerintahkan agar parti-parti Pakatan memberikan lebih dari dua nama dari parti-parti mereka untuk dipertimbangkan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. 

Isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan DYMM Tuanku Sultan.


Maknanya PAS ada harapan meletakkan nama calon ADUN-ADUN mereka yang layak dipertimbangkan menjadi MB Baru...selamat mencuba mana tau kot-kot sangkut.

DAP pula jangan harap boleh jadi MB yer....syoh...syoh pergi main jauh-jauh.