Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Jasa @KhalidSamad kepada orang Melayu Shah Alam selama DUA PENGGAL

Posted: 25 Aug 2014 09:54 PM PDT

Hari ini, kami ingin mengajak seluruh pembaca kami, terutamanya orang Islam yang majoritinya menjadi pengundi di Shah Alam untuk menilai kembali apakah undi yang anda berikan sehingga membawa kepada kemenangan Khalid Samad selama dua penggal berturut-turut ini berbaloi untuk agama, bangsa dan negara serta masa depan anak-anak anda:



1) Tanpa perlu dikerah, ahli parlimen Shah Alam ini menjadi orang yang PERTAMA, mendahului evangelist Kristian seperti Guan Eng, Ronnie Liu atau Teresa Kok untuk MENYERANG JAIS semata-mata kerana menyiasat premis yang dijadikan GEREJA segera bagi memurtadkan beratus orang Islam. Lebih sadis kejadian ini berlaku pada 3 Ramadhan tahun 2011.

http://mymassa.blogspot.com/2011/08/selangorleaks-kisah-sebenar-tragedi.html

http://mymassa.blogspot.com/2011/08/satu-lagi-kes-murtad-kembali-ke-pangkal.html

http://mymassa.blogspot.com/2011/08/gempar-peserta-di-dumc-bertudung.html


Alasan Khalid mudah, berada di gereja atau majlis orang kristian, tidak bermakna anda MURTAD! Bukankah sebagai seorang Islam yang telah dipilih untuk menjadi pemimpin, adalah menjadi keutamaannya untuk menjaga akidah ummah?!! Bukti bagaimanakah lagi yang Khalid perlukan untuk sekurang-kurangnya MENYIASAT apa sebenarnya yang sedang berlaku di Gereja tersebut ketika orang Islam sepatutnya berbuka bersama keluarga mereka?!!

Dengan menaikkan Khalid Samad sebagai pemimpin mereka untuk penggal yang kedua berturut-turut, adakah para pengundi Islam di Shah Alam kini telah 'bersedia' untuk anak-anak mereka pula dimurtadkan secara sembunyi-sembunyi kerana tidak dapat dibuktikan?!!



2) Siapa yang masih ingat dengan kes kepala lembu di Shah Alam satu ketika dahulu? Ketika mana ekstremis Hindraf telah membina/membesarkan sebuah kuil secara HARAM di tanah milik PKNS (dalam kawasan majoriti Melayu) sebaik sahaja Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor?!!

Adakah Khalid Samad bersama-sama orang Islam Shah Alam ketika itu untuk menegakkan hak mereka?!! Di bawah ini buktinya...

http://mymassa.blogspot.com/2011/10/khalid-ak-samad-memang-celaka.html 




3) Ingat lagi janji PAS Selangor sekiranya diberikan peluang untuk memerintah di negeri tersebut selama bertahun-tahun dahulu?!! Ya, mereka berjanji untuk MENUTUP kilang arak Carlsberg terutamanya di Shah Alam. Namun, mengapakah sehingga kini tiada seorang pun pengundi Shah Alam mempersoalkan apa sudah jadi dengan janji tersebut?!!

http://mymassa.blogspot.com/2010/08/khalid-samad-masuk-kilang-arak.html




4) Dan yang paling terkini berhubung isu Kalimah Allah, sekali lagi pertentangannya dengan JAIS dan MAIS dilakukan secara terbuka. Dahulu ada juga Dr. Hasan Ali untuk dimakinya, kini perbuatan keji ditujukan terus kepada DYMM Sultan. Tahniah kepada pengundi Islam Shah Alam! Anda bukan sahaja berjaya menaikkan seorang pemimpin yang mempertahankan murtad dan agama selain Islam, bahkan kini seorang Melayu yang berani menentang Ulul Amri nya sendiri. DUA penggal pula itu...



Jadi, janganlah marah atau kecewa jika DYMM Sultan murka dengan ahli parlimen anda. Dengan memberi SATU UNDI kepadanya, anda bukan sahaja memberikan persetujuan untuk melawan Raja-raja Melayu, bahkan sokongan untuk melumpuhkan Islam itu sendiri!!!

"Telah nampak  fasad (kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" [TMQ ar-Rum (30):41].

HASIL TARBIYAH ANWAR: CINABENG BUAT PERANGAI LAGI...

Posted: 25 Aug 2014 06:14 PM PDT



Kegemaran berbogel, pakai menjolok mata, membuat aksi lucah di khalyak umum adalah antara penyakit-penyakit jiwa dan kecelaruan mental yang dihadapi oleh segelintir puak-puak cinabeng.

Mungkin kerana tidak beragama, banyak sangat makan babi, tak bercampur dengan kaum-kaum lain hasil didikan tertutup di sekolah-sekolah vernakular menyebabkan mereka jadi begini.

Bukan saja buta sejarah dan perlembagaan negara, mereka juga buta adat resam, budaya dan agama penduduk majoriti di negara tempat mereka berteduh.


Tapi puak-puak ini juga yang banyak melakukan onar cuba menghapuskan teras-teras negara sehingga mengancam perpaduan dan keselamatan negara.

Free thinkers dan liberal sangatlah konon. Mungkin ini adalah hasil didikan Anwar yang mengagungkan budaya liberal dan pluralisme. 

Mereka ini kalau dibilangi bodoh marah pulak...tapi hakikatnya mereka memang bodoh kerana buat kerja-kerja bodoh yang akhirnya diperbodoh-bodohkan oleh masyarakat.


IPOH: Masyarakat setempat hari ini dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang hanya berseluar panjang hitam dan seorang wanita berbikini putih dan mengenakan kain layah, dipercayai pasangan model sedang berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussuf di Ipoh hari ini.

Kehadiran pasangan itu yang berpakaian tidak senonoh mengundang perhatian pengguna jalan raya sekitar kawasan itu malah difahamkan ada yang memperlahankan kenderaan untuk melihat.

Beberapa laman sosial juga mula menyiarkan gambar dan kejadian yang dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi tadi.

Pasangan model berkenaan bersama beberapa krew dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan di lokasi itu.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata penggambaran itu berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu antara lima hingga 10 minit.

Katanya ketika pasangan itu melalui lintasan penjalan kaki di persimpangan lampu isyarat, Jalan Sultan Yussuf, beberapa buah kenderaan berhenti untuk melihat kejadian tersebut.

"Kehadiran pasangan itu tidak lama tetapi semua orang yang ada melihat mereka kerana berpakaian tidak senonoh," katanya.


Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq pula berkata beberapa anggota polis diarahkan ke lokasi itu apabila pihaknya menerima kiriman gambar yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp tetapi sebaik sahaja anggota polis tiba, pasangan itu tiada.

"Arahan dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka perlu menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu, katanya.

Katanya kejadian itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib lapor. Bernama

Apa...???? macai-macai fuckatan kata ini berlaku di negeri diperintah UMNO/BN...hahahah yang bogel tu kan pengagung LGBT...sapa yang sokong LGBT???


Di Penang yang berbogel sakan tu di tepian pantai Teluk Kampi tu puak-puak mata sepet ni jugak...

Orang asli Amazon pun tahu malu dan tutup anu...
Orang Asli Papua pun tutup anunya walaupun sedikit

KAMU KATA ANWAR LEBIH BIJAK DARI HADI, AKHIRNYA HADI TUNJUK SKIL BAGAIMANA PAS BOLEH MENJADI MB SELANGOR

Posted: 25 Aug 2014 08:00 AM PDT

Keputusan mesyuarat PAS Pusat hari ini yang memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan jawatan Menteri Besar bermaksud parti itu telah menarik balik resolusi mesyuarat PAS 17 Ogos, kata Mohd Sayuti Omar (MSO).
"Mesyuarat jawatankuasa PAS yang diadakan hari ini telah membuat pendirian itu mengubah pendirian sebelum ini yang mahu dua nama dihantarkan kepada Sultan sebagai pengganti Khalid. Dua nama itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.
"Bagaimana pun PAS menarik balik keputusannya itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Selangor untuk memilih atau menunjukan sesiapa sahaja dari kalangan 54 Adun di Selangor.
"PAS menarik balik dua nama itu apabila PKR memutuskan hanya menghantar satu nama sahaja, Dr Wan Azizah Wan Ismail,"kata penulis pro reformasi, MSO dalam tulisan terbaharunya, bertajuk "Apakah PKR, DAP terima kalau Adun Pas ditunjukki sebagai MB?."
Menurut MSO, dengan keputusan PAS hari ini, bermakna parti itu juga bersedia jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih calon menteri besar dari partinya sendiri.
"Mengenai pengisian jawatan MB Selangor yang bakal dikosongkan Abdul Khalid Ibrahim esok, PAS tampaknya ikut sama berangan-angan agar kerusi keramat dan penting itu diberikan kepadanya.
"Apabila PAS dalam mesyuarat jawatankuasa kerja hari ini memutuskan agar Sultan menentukan siapa calon penggantinya, ertinya PAS membuka balik pintu jawatan itu yang sudah ditutup tanpa kunci sebelum ini.
"Keengganan 13 Adun PAS menanda tangan SD sokongan kepada Dr Wan Azizan menyerlahkan niat buruk parti agama itu dan memberi gambaran semangat setiakawan tidak dipatuhi."
Menurutnya lagi, jika Sultan Selangor memilih calon PAS sebagai calon MB Selangor yang baharu, ia pasti akan ditentang oleh PKR dan DAP.
Jika, situasi itu berlaku, maka kecelakaan akan berlaku iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Apabila PKR dan DAP menentang kalau Adun PAS ditunjuk sebagai MB, ibarat kata akan berlaku KECELAKAAN besarlah di mana ia membawa kepada pembubaran DUN Selangor yang tidak diingini oleh sesiapa itu.
"Pembubaran DUN Selangor selepas kesediaan Khalid untuk berundur secara paksa ia akan diletakkan atas bahu PAS kerana tidak sedia menunjukkan sokongan kepada PKR sehingga merumitkan pengganti Khalid sebagai MB.
"Di samping itu "musibah" itu juga akan dipangkukan ke atas bahu PKR terutamanya Anwar Ibrahim kerana tidak bijaksana menyelesaikan dengan mengambil Azmin sebagai pengganti Azizah seperti mana dikehendaki PAS.
"Kerumitan ini akan dapat diselesaikan kalau PAS dan Anwar menemui jalan penyelesaian."

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kehendak DAP dilayani, kehendak PAS diketepi

Posted: 25 Aug 2014 10:33 PM PDT


Calunkan Nurul demi semangat "Family For All"

Posted: 25 Aug 2014 08:30 PM PDT


Padan Anwar diam blogger pro UMNO dedah dia ke Israel

Posted: 25 Aug 2014 06:30 PM PDT



Kami pun ada tulis semalam-semalam


Pengkalan Kubor: Nak ajar Rafizi, usah fikir macam kaldai

Posted: 25 Aug 2014 08:00 AM PDT



Khabar angin bertiup dari negeri Cik Siti Wan Kembang kencang memberitahu bahawa PAS ingin tanding di Pengkalan Kucor dan jadikan pertandingan menjadi tiga penjuru. Kalau demikian, eloklah ....

Namun begitu, ianya tidak bijak buat PAS. Amat tidak bijak untuk PAS.

Santau Berapi menulis berikut:

PAS tidak perlu kacau PRK DUN Pengkalan Kubur. Serahkan sahaja kepada PKR untuk bertanding di situ. Lagipun, sebarang keputusan kalau PAS bertanding di DUN Pengkalan Kubur tidak akan memberikan sebarang perubahan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Begitu juga kalau hari ini, keputusan di Selangor ialah, DUN Selangor dibubarkan. PAS perlu meletakkan calon di semua tempat yang mempunyai pengundi campuran yang ditandingi oleh PKR sebelum ini. Dan yang lebih penting, PAS jangan sesekali menghulurkan bantuan kepada PKR termasuklah undi walau satu pun kepada mana-mana calon PKR.

Kalau perlu, boikot sahaja mana-mana calon PKR tanpa perlu kita mengundi calon UBN.


Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang masih gagal menjawab atau membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen Langkah Kajang walaupun dia cuba menafikannya serta menyatakan dokumen tersebut adalah palsu, benar-benar telah mencabar dan meremehkan bantuan serta pertolongan PAS kepada PKR selama ini.

Dengan mengajar PKR, bermakna kita juga akan mengajar DAP sekaligus memandangkan DAP sebenarnya yang berada di belakang PKR dan DAP jugalah yang menggunakan PKR untuk memperdayakan PAS dengan fantasi Pakatan Rakyat.

Sepenuh di SINI

Itulah pemikiran strategik. Layan sangat perasaan marah.

Tanpa jentera PAS dan Unit Amal, PKR is nothing. Gunakan Pengkalan Kubor untuk ajar PKR dan DAP!!!



Azmin buat permintaan merepek kerana kempunan "ice cream"

Posted: 25 Aug 2014 05:34 AM PDT


Unspinners faham Azmin perlu menyatakan sesuatu yang provokatif dan sensasi ketika berucap di majlis penutup Konvensyen PKR. Perlulah dia justifikasikan kemenangan sebagai Timbalan walaupun cara menipu.

Tapi apalah ucapan sebegini?


Azmin menuntut Najib gugur Tan Sri Shafee abdullah. Gugurkan pendakwaan terhadap Anwar dan termasuk sekali Surendran. Dia juga tuntut ....


Nampak sangat kepala otak dia sewel akibat kekurangan jilatan ice cream.

Bagi sebuah parti yang kononnya memperjuangkan keadilan, kata-kata Azmin bercanggih dengan apa yang dikatakannya.

"No one is above the law and to be treated differently in the law courts."

Satu tuntutan yang bodoh.

Ketika Al Gore menentang Bush di Supreme Court, atau Mahkamah Tertinggi Amerika, penyokong Bush menuntut Mahkamah benarkan kamera supaya ianya boleh disiarkan.

Jawapan US Chief Justice ruled, "Over my dead body". Hakim tidak benarkan kerana ianya akan menjadikan proses mahkamah yang berasaskan undang-undang menjadi sarkas politik yang berdasarkan pandangan dan lojik populis tapi tiada asas perundangan.

Berkenaan Shafee Abdullah, alahai ... tak ada isu lain ke? Asyik isu recycle ajer ..... Isu ini sudah didebat dan dihakimi di Mahkamah Rayuan dan jemaah hakim-hakim tidak ada masaalah.

Hujah ini diulang kerana Anwar tiada "point of law" baru untuk dihujah di Mahkamah Persekutuan.

Bagi Azmin membuat tuntutan kepada Najib, ia hanya menunjukkan kebodohan Azmin dan ternyata dia tak layak menerajui kerajaan. Mana boleh Najib arah apa-apa Mahkamah Persekutuan atau mana-mana Mahkamah?

Najib tak bodoh. Kalau dilayan, PKR akan kata Mahkamah ikut cakap eksekutif atau pemimpin kerajaan.

Sabotaj ekonomi ala krisis 2000 dalam Langkah Kajang

Posted: 25 Aug 2014 12:30 AM PDT


Apa sekali dikatakan Rafizi, kita tak boleh percaya. Rafizi tidak pernah cakap benar. Semua dia spin atau putarbelit. Dia berhadapan dengan banyak saman kerana kesediaan dia membuat fitnah terbuka.

Apabila dia nafikan Langkah Kajang, kita kena tolak penafian tersebut.

Lagi pun tak mungkin UMNO reka benda begini. Orang UMNO bukan tahu pun. Mereka tak bijak dalam hal begini. Pemuda dan Puteri UMNO leka syok sendiri. Mesyuarat pun tak cukup korum.

Untuk buat dokumen seperti Langkah Kajang tak mungkin UMNO. Malah mungkin betul.

Dalam dokumen tersebut ada bab di mana Rafizi rancang sabotaj ekonomi. Bab ni tiadalah cyber UMNO boleh buat. Baik UMB atau MyKMU, baik sesiapa ... cybertrooper UMNO main kerja baik-baik saja, mesti PKR punya kerja.

Dalam fasa 1:


Disebut persediaan disemua parlimen 24 bulan sebelum PRU.

Dalam fasa 2:


12 bulan sebelum PRU, Jatuhkan ekonomi dan pasaran saham supaya rakyat tidak boleh dapat BR1M.

Dalam fasa 3:


Sabotaj dengan konglomoret yang penuh dengan orang pro Pakatan untuk naikan barang, pemberhentian kerja, inflasi naik, dan main matawang ringgit.

Dalam fasa 4:


Jatuhkan pasaran saham ketika dekat pilihanraya dan MNC yang naikkan ringgit kini jatuhkan ringgit.

Ini bukan game biasa tapi game terancang. Setakat tulisan silap ini dan itu takde isu. Ini perancangan bukan main-main.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mampukah imej dan maruah Pas dipulihkan?

Posted: 25 Aug 2014 10:23 AM PDT


Hari ini jika diizinkan Allah SWT, segala teka-teki tentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor akan diketahui.

Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin teruja kerana merasakan Presiden mereka, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini dilihat sekadar 'penghias organisasi' bakal menggantikan Abdul Khalid.

Walaupun dalam hati kecil, mereka memahami Wan Azizah tidak layak untuk menduduki jawatan yang cukup penting di Selangor itu, namun disebabkan atas kehendak Anwar Ibrahim, mereka terpaksa akur.

Tambahan pula, mereka melihat tiada apa-apa lagi halangan untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor memandangkan beliau mendakwa disokong oleh 30 ADUN melalui satu akuan bersumpah.

Tetapi mereka tidak harus lupa, pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas dan DAP hanya berhak mencalonkan nama sahaja, kata putus terletak di bawah budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda mempunyai kuasa mengikut undang-undang tubuh negeri sama ada hendak memperkenan atau tidak pencalonan yang dibuat oleh parti-parti yang terlibat.

Namun, walau siapa pun yang menjadi MB Selangor ia tetap tidak mampu memadam maruah Pas yang tercalar sepanjang kemelut itu berlaku.

Walaupun Pas cuba menunjukkan mereka mempunyai sedikit kebebasan dengan turut mencalonkan Azmin Ali tetapi kepimpinan parti itu mempunyai tanggungjawab berat bagi memulihkan parti itu yang kini cukup popular dengan gelaran 'PPU' -Parti Pusingan U.


Sekali lagi perlu ditegaskan ia bukanlah salah kelompok ulama yang berada dalam parti tersebut tetapi ia akibat keghairahan segelintir kelompok bukan ulama yang terlalu 'berkiblatkan' kepada Anwar, PKR dan DAP.

Kelompok ini semakin menampakkan wajah sebenar mereka dan ia seolah-olah 'menjelma' sepanjang krisis di Selangor berlaku.

Menyedari bahaya inilah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan secara terbuka menegur segelintir pemimpin yang hanya berselindung di sebalik perjuangan Pas namun sebenarnya tidak setia dan menyokong kumpulan lain.

Tegas Nasrudin, perjuangan sebenar memerlukan istiqamah, iaitu aktif dan komited berdasarkan kasih sayang kepada jemaah bukannya secara bermuka-muka atau melibatkan diri dalam jemaah tetapi hati bersama kumpulan lain.

Persoalannya mampukah kepimpinan Pas menyingkirkan kelompok seperti itu yang dianggap hanya memakai kopiah dan menyarung baju Pas tetapi hati lebih PKR daripada PKR dan lebih DAP daripada DAP?

Perlu diingat kelompok ini sudah lama bertapak dalam Pas dan mereka hanya menunggu masa sahaja untuk menguasai Pas seterusnya memastikan Pas benar-benar berada di bawah telunjuk PKR dan DAP.

Seorang penulis blog pro-Pas secara terus-terang mencoretkan bahaya yang sedang menanti Pas jika gelombang pemimpin seumpama itu tidak disekat.

"...(mereka) sudah mula merangka untuk merampas kedudukan yang lebih penting iaitu Presiden. Manakala peranan Mursyidul Am Pas pula akan dikecil dan dikurangkan. Malah sudah ada perancangan untuk menjadikan Mursyidul Am hanyalah sebagai simbol semata-mata tanpa sebarang peranan mahupun kuasa berbanding sekarang."


Berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis melalui rakan-rakan dalam Pas, mereka mengakui perancangan itu sememangnya boleh berlaku jika ahli-ahli Pas terus leka dan tidak menyedari ancaman tersebut.

"Masalahnya, kepimpinan dan ahli Pas terlalu ingin berpegang kepada tahaluf siyasi. Pegangan inilah yang mewujudkan keberanian kepada segelintir pemimpin Pas yang 'berkiblatkan' kepada PKR dan DAP untuk menjayakan agenda mereka.

"Kalaupun hendak berkawan dengan kedua-dua parti itu, janganlah sampai maruah Pas tergadai dan inilah yang terjadi sekarang apabila Pas tidak konsisten dalam menolak Wan Azizah sebagai MB Selangor secara total," kata seorang pemimpin Pas ketika dihubungi.

Di peringkat akar umbi Pas, mereka tertanya-tanya kenapa kepimpinan Pas seolah-olah terlalu tunduk kepada kehendak PKR dan DAP melalui bantuan segelintir pemimpin Pas sendiri.

Hujah kononnya pendirian Pas dalam isu MB Selangor menunjukkan parti tersebut tidak mahu mengkhianati sekutunya hanyalah alasan dangkal kerana menegakkan pendirian dan prinsip sendiri, bukanlah satu pengkhianatan sebaliknya demi mempertahankan maruah sendiri.

Sudah ada andaian Pas kini hanya dilihat pelayan yang memberi khidmat kepada PKR dan DAP. Mereka berada di bawah telunjuk kedua-dua parti itu dan dalam jangka panjang akan berada dalam pelukan kekuasaan PKR dan DAP.

"Ada yang berkata, kita tidak boleh terlalu prejudis dengan PKR dan DAP, bahkan kita mesti menerima mereka dengan sepenuh hati kerana mereka telah membantu Pas.

"Itu mimpi yang seringkali dimomok-momokkan oleh para pemimpin PKR dan DAP memandangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.


"Tidak ada cara bagi kita jikalau mahu menguatkan jemaah ini, melainkan menghapuskan terus golongan pengkhianat dan bermuka-muka. Kita sudah biasa kalah dan tidak mengapa untuk kita kalah lagi. Sebaliknya kita sudah biasa menang mempertahankan pendirian dan maruah kita. Justeru, mengapa kita harus biarkan pencabulan maruah dilakukan oleh golongan pengkhianat tersebut.

"Mereka tidak seharusnya dibiarkan berada di dalam jemaah ini. Walaupun mereka mungkin memegang beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kewujudan dan kemenangan mereka sebenarnya tidak mendatangkan sebarang erti kepada Pas. Apa guna kita menang angka dan jumlah kalau kita sebenarnya ditarik hidung dan dipaksa menyembah pihak lain."

Kenyataan itu sememangnya tepat kerana berbanding PKR dan DAP, Pas jauh lebih berwibawa mempunyai ramai ahli dan mencatatkan rekod cemerlang dalam arena politik tanah air.

Tetapi jumlah yang ramai itu sekarang sekadar menjadi 'hamba politik' kepada PKR dan DAP manakala rekod cemerlang pula semakin tercalar akibat politik 'pak turut' yang diamalkan oleh Pas.

Kepimpinan Pas mempunyai tanggungjawab berat untuk memulihkan maruah parti tersebut yang tercalar namun janganlah menaruh harapan tinggi kerana sudah terbukti sebelum ini, ketegasan dan keberanian Pas akan tersimpan rapi di dalam jubah dan kopiah apabila berhadapan dengan PKR dan DAP.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Dua ADUN Pas Selangor patut dipecat?

Posted: 25 Aug 2014 10:31 AM PDT


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang mendahului keputusan kepimpinan apabila memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor perlu dipecat daripada parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedua-dua ADUN berkenaan iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin melanggar disiplin jemaah parti dan mendahului arahan pemimpin Pas.


"Perbuatan dua ADUN ini walau atas apa alasan sekalipun telah melanggar disiplin jemaah, disiplin organisasi dan tiada seorang pun patut mendahului parti. Bukan setakat Pas, tetapi mana-mana organisasi.

"Pada pandangan peribadi saya, hukuman sesuai adalah pecat tetapi saya tiada kuasa, saya hanya bagi pandangan saya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Macam si kudung dapat cincin lagak deme ni

Posted: 25 Aug 2014 10:58 PM PDT

Oleh Aspan Alias

"Kalau kita tidak berikan kepada PR memerintah Selangor dulu, keadaan seperti ini tidak akan berlaku. Seburuk-buruk BN tidak pernah mereka bergaduh di khalayak ramai diantara pemimpin-pemimpin mereka. Tak pernah nampak parti-parti dalam BN itu bergaduh sesama sendiri seperti parti-parti dalam Pakatan Rakyat" kata seorang yang saya baru kenali malam tadi

Nyata peniaga yang baru keluar dari masjid di Kelana Jaya ini amat terkilan dengan apa yang berlaku dalam PKR yang membuatkan beliau pening memikirkan apa yang berlaku di Selangor yang dimulakan oleh PKR itu. Saya hanya menganggukkan kepala untuk mendengar keluhannya dan ingin mengetahui siapa gerangan yang meminta kebenaran untuk duduk bersama saya kerana kekurangan kerusi dan meja di warung minuman itu.

"Kalau nak bergaduh dan berebut pun, tak usahlah didepan orang ramai. Tak boleh lagi bagi PR undi dalam pilihanraya akan datang ni. Macam si kudung dapat cincin lagak deme ni" sambungnya selamba kepada saya dan rakan saya yang ada bersama. "Kalau keluarga bergaduh sampai kedengaran oleh jiran ni, menunjukan ketua keluarga tidak betul!.....betul tak bro?" tanyanya selamba lagi.

Nyata orang yang saya baru temui ini merupakan orang yang begitu kuat menyokong PR dalam dua pilihanraya yang lalu dan seorang pengundi di Kelana Jaya. Suara-suara seperti ini sememangnya selalu saya dengar akhir-akhir ini. Seperti yang saya selalu sebut akhir-akhir ini mengumpulkan 30 orang ADUN untuk menandatangani sokongan kepada seseorang untuk jadi MB itu tidak bermakna menunjukkan sokongan ramai yang mengundi dahulu.

Saya bertanya secara jujur kepada kawan baru saya ini, "you pernah sokong BN dulu tak bro? Dia menjawab, "last sekali saya mengundi BN ialah semasa Tan Sri Megat Najmudin menjadi calon di sini. Lepas tu saya undi pembangkang. Nampaknya kena undi BN baliklah. Dulu saya pernah menjadi AJK UMNO Bahagian di sini" jawabnya tangkas dan baru saya ingat Megat Najmudin pernah menjadi ADUN di Kelana Jaya.

"Pakatan ni tak boleh pakai…jantan betina sama aje…sibuk berebut jawatan. Kita tak mahu singa lapar macam ni....lama-lama nanti kita pulak dibahamnya" sambil ketawa kecil.

Saya dapat memahami apa yang ada di dalam pemikiran rakan baru saya ini. Yang nyata sekali beliau memberikan sokongan kepada PKR dengan harapan baru tetapi beliau merasakan kekecewaan dengan tingkah laku pimpinan parti itu. Saya selalu dikritik kerana berpandangan sebegini tetapi dari hari ke hari pandangan saya yang dikritik ramai itu sudah mula menampakkan kebenarannya.

Justeru jika dulunya rakyat memilih Pakatan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan BN, kali ini jika BN dan UMNO kembali disokong ramai, ia juga adalah kerana dan sebab yang sama. Jika UMNO memakan masa berdekad untuk menjadi lemah, Pakatan Rakyat akan mengambil masa yang sangat singkat untuk berhadapan masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh UMNO dahulu.


Hari ini hari penentu bagi Selangor dan kita hanya mengharapkan sesuatu yang boleh diterima ramai akan terjadi. 

Wanita Australia dicabul pramugara MAS diselar di media sosial selepas temuramah TV

Posted: 25 Aug 2014 08:02 PM PDT

Pengguna media sosial hari ini mengecam Laura Bushney, seorang wanita warga Australia yang mendakwa diraba ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS) ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lalu.
Menerusi ruangan komen di laman Facebook Sunday Night, program terbitan Channel 7 televisyen Australia, ramai melahirkan keraguan berhubung pengakuan Bushney kerana dia mendakwa dia sempat merakam perbuatan itu melalui telefon bimbitnya.
"Betul-betul merepek. Dia lakukannya kerana satu perkara saja. Wang. Selain merosakkan reputasi orang yang tidak bersalah," kata Jessica Greenhill diikuti lebih 300 komen lain.
Bushney, 26, dalam wawancara bersama Sunday Night berkata, ketua pramugara MAS itu merayu kepadanya supaya tidak melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa kerana bimbang diketahui isteri dan anak-anak.
Katanya, anak kapal MAS itu cuba mengambil kesempatan atas perasaan takutnya ketika terbang dengan MAS berikutan insiden pesawat MH370 dan MH17, lalu dia duduk di sebelahnya sambil mengurut kakinya dengan alasan cuba menenangkannya.
Bushney memberitahu, lelaki itu kemudian memasukkan tangannya ke dalam seluarnya sambil meraba kemaluannya.
Katanya dia terkejut waktu itu dan terfikir-fikir kemudiannya: "Mengapa saya tidak jerit, mengapa saya tidak berteriak?
"Saya seorang yang tabah. Saya boleh lakukannya. Saya tahu saya boleh. Tetapi waktu itu saya terlalu takut untuk berbuat apa-apa."
Seorang lagi pengguna media sosial, Tanya Pearce memberi komen dia percaya Bushney sengaja membiarkan perkara itu berlaku kerana mahu mendapat pampasan dari MAS.
"Saya percaya dia membiarkan perkara itu berlaku. Dia tidak benar-benar menangis. Saya tak tahu bagaimana dia dalam ketakutan tetapi tidak menjerit.
"Apa yang dia (ketua pramugara) boleh lakukan dalam pesawat yang penuh dengan penumpang? Saya fikir dia (Bushney) hanya hendakkan pampasan," katanya di laman Facebook itu.
Alexandra Shand pula berkata apa yang dikatakan Bushney sangat kelihatan seperti dakwaan palsu dan membuatkannya menukar siaran dari terus menyaksikan program Sunday Night. 
"Saya gembira bukan saya seorang sahaja yang ingat ada sesuatu yang pelik dengan berita ini," katanya. 
Seorang pengguna Facebook menggunakan nama CJ Booth berkata Sunday Night sengaja mensensasikan dakwaan Bushney ekoran kejadian dua pesawat malang MH370 dan MH17 yang menimpa MAS.
"Jika ia bukan MAS, cerita ini tidak akan disiarkan. Jadi, jangan katakan kamu lakukan untuk dia (Bushney) apabila tujuan sebenar untuk mendapatkan penonton," katanya.
Kebanyakan pengguna media sosial yang melemparkan kritikan melihat tindakan Bushney merakam insiden itu sebagai di luar kewarasan fikiran apabila berdepan dengan keadaan kritikal seperti itu.
Mereka berkata daripada merakam insiden berkenaan, sewajarnya Bushney mengambil tindakan mengelak membiarkan perkara itu terus berlaku. 
"Dia boleh ambil telefon dan rakam tetapi tidak menjerit atau memukul. Saya lihat dia tidak jujur," kata Michelle Durban yang turut disokong beberapa pengguna Facebook lain. – 

Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor

Posted: 25 Aug 2014 07:31 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.
Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.
"Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin," satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.
PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.
PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.
Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.
Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.
Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.
Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.
"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor."
Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar 'tafsir (kenyataan) itu sendiri'.
"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS," kata sumber itu.
"Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor."
Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.
"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.
13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.
Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.
Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.
Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – 26 Ogos, 2014.

Khalid Samad akan didakwa menghasut esok

Posted: 25 Aug 2014 08:49 AM PDT



Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad dijangka didakwa menghasut di mahkamah esok.

Ini ekoran kenyataannya berkaitan sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebelum ini.

Khalid memberitahu pemberita, beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Wakil rakyat PAS itu dimaklumkan perkara itu oleh pihak polis melalui SMS hari ini.

Sebelum ini, telah ramai ahli politik pembangkang didakwa bawah akta hasutan.

Cerita lawak malam ni hahaha .... Firemen cut ring stuck around penis

Posted: 25 Aug 2014 06:12 AM PDT

KOTA BARU: A 22-year-old labourer suffered intense indignity on Sunday when Fire and Rescue Services personnel had to be called to remove a metal ring stuck around his penis in Kampung Dewan Beta here.
He said three firemen took about two hours to safely cut the ring after they were sought by Raja Perempuan Zainab II Hospital (HRPZ II), where he first sought treatment at about dawn.
"I was only experimenting with the ring by sliding it around my genitals between 3am and 5am. Then, I realised I could not pull the ring out and it got stuck at the base of my penis," he said when met at the hospital yesterday.
The man, who wished to remain anonymous, said he suffered a lot of pain when the ring tightened around his penis while he was trying to remove it.
He said he had to ask his father to send him to HRPZ II to get the ring removed as the pain became more unbearable.
"Luckily, the process of cutting the ring was not painful as I had been given anaesthetic by the medical staff," he said.
Meanwhile, district zone chief Senior Superintendent II Jamil Abdullah said the department was alerted about the incident at 7.25am and immediately went to the hospital.
"The firemen took very delicate steps when cutting the ring to avoid from injuring the victim," he said when visiting the labourer at the hospital.

Puisi “If”- Rudyard Kipling gambarkan perjalanan karier politik Khalid Ibrahim

Posted: 25 Aug 2014 05:27 AM PDT

Oleh : AFEEQA AFEERA

"If you can keep your head when all about you   
    Are losing theirs and blaming it on you,   
If you can trust yourself when all men doubt you,
    But make allowance for their doubting too;   
If you can wait and not be tired by waiting,
    Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated, don't give way to hating,
    And yet don't look too good, nor talk too wise:
If you can talk with crowds and keep your virtue,   
    Or walk with Kings—nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
    If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
    With sixty seconds' worth of distance run,   
Yours is the Earth and everything that's in it,   
    And—which is more—you'll be a Man, my son!"
SHAH ALAM, 25 OGOS: Demikian antara bait-bait puisi "If" karya penyair terkemuka dari British, Rudyard Kipling pada tahun 1895 sebagai satu bentuk nasihat seorang bapa kepada anaknya.
Puisi yang mempunyai maksud mendalam tentang norma kehidupan ini dibacakan dengan penuh penghayatan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah menggambarkan situasi yang dialaminya kini sebagai seorang ahli politik.
Pemimpin tertinggi negeri itu bagaikan mahu memberitahu hadirin secara tersirat tentang kemelut melanda karier serta peribadinya, namun beliau masih mampu tenang meskipun isu kerusi panas Menteri Besar Selangor kian memuncak.
Perhimpunan bulanan Kerajaan ogos 2014 MB (9) (1)Di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri, Abdul Khalid dengan tenang menyatakan puisi itu menggambarkan satu keadaan apabila perjuangan adalah demi prinsip dan penting bagi suatu kepimpinan.
"Sajak itu menyatakan satu keadaan yang mana perjuangan untuk prinsip adalah penting bagi suatu kepimpinan, oleh itu saya berharap kita dapat berkongsi pengalaman dan terus usaha mempertingkatkan negeri yang kita cintai," katanya di Dewan Jubli Perak hari ini.
Suasana hening diselangi gelak tawa turut kedengaran ketika puisi itu didendangkan Abdul Khalid  seakan-akan hadirin memahami maksud yang cuba disampaikan, malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka senada dan sependapat dengan bekas tokoh korporat itu.
Satu demi satu bait puisi dibaca sambil maksudnya diterangkan kepada hadirin antaranya "jika kita boleh masih lagi tegas dan berdiri tegak ketika yang lain-lain sudah menyalahkan kita, sabar ketika dimarahi dan tetap tersenyum walaupun tidak lagi disukai, maka kita adalah manusia sejati."
ifPuisi itu juga memberi gambaran bahawa Abdul Khalid adalah seorang yang pemaaf dan tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak yang pernah 'menyakitinya'.
Abdul Khalid yang kini menjadi satu-satunya Adun Bebas didakwa hilang sokongan majoriti daripada Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang mahu dirinya berundur dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baru.
Meskipun ditekan ramai pihak, namun Abdul Khalid masih setia berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan dibantu empat orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari PAS.
EZY

Gempar 'pengantin' separuh bogel di Ipoh

Posted: 25 Aug 2014 02:28 AM PDT



Orang awam mengambil gambar pasangan pengantin separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf. Foto ini diambil daripada pengguna Facebook, Huang Xiao Lung.


IPOH: Gambar separuh bogel pasangan pengantin yang dikatakan bergambar di hadapan sebuah bank Jalan Sultan Yussuf kini mula tersebar dan menjadi tarikan di laman sosial.

Gambar tersebut menunjukkan pengantin wanita itu hanya memakai pakaian dalam dan vel pengantin, manakala pasangan lelaki tidak berbaju dan  hanya memakai 'bow tie' serta seluar panjang bewarna hitam.

Tidak dijelaskan bila penggambaran itu dibuat, namun gambar tersebut berada di laman sosial sejak Isnin.


Pasangan pengantin itu kelihatan tidak segan walaupun ada pengguna jalan itu mengambil gambar mereka.

Bagaimana pun, pengurus besar galeri perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Koo berkata, pasangan tersebut merupakan model dan hanya menjalankan penggambaran, bukan untuk berkahwin.

Koo yang menguruskan penggambaran itu berkata, jurugambar biasanya lebih 'kreatif' dan amat terkejut dengan maklum balas di laman sosial.

Katanya, dia sudah mengambil kira dari segi aspek undang-undang dan yakin ia bukan satu kesalahan.

"Orang ramai terlalu 'berlebih-lebih' kerana mereka tidak pernah melihat wanita yang memakai bikini berjalan di tengah jalan sebelum ini.

"Mereka ada hak untuk mengadu," jelas Koo sambil memberitahu sudah menjadi jurugambar profesional lebih 20 tahun.

"Saya memilih lokasi ini kerana amat bersesuaian dengan tema dan konsep," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak,  Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak belum menerima sebarang laporan, namun akan menyiasat perkara tersebut.

ARTIS : Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000

Posted: 25 Aug 2014 01:13 AM PDT

Rita Rudaini
PELAKON terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 38, memohon tuntutan RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, dekat sini.

Peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Hari ini kes disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail," katanya.

Menurutnya, Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.


"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal.

"Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan,"katanya.

Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.

Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga Kapten Harimau Malaya bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Sebelum ini, pada 8 November 2012, pelakon tersebut memfailkan tuntutan RM5,392 sebulan untuk nafkah anak mereka yang merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Anak seni kelahiran Pulau Mutiara itu turut menuntut RM100,000 sebagai nafkah tertunggak daripada bekas suaminya membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

Tuntutan nafkah tertunggak tersebut difailkan pada awal Januari lalu. SH 25/8/14