Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas Selangor cuba mengelak lagi, nafi kenyataan Khalid Samad cabar kuasa Sultan lantik MB Selangor?

Posted: 24 Aug 2014 10:38 PM PDT



PAS Selangor dan PAS Pusat hari ini sepakat menjauhi kenyataan Khalid Samad kelmarin yang berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar.

"Ia bukan menggambarkan pendirian PAS," kata mereka, sebaliknya berkata ia adalah pandangan peribadi ahli Parlimen Shah Alam itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Zaidy Abdul Talib berkata kenyataan Khalid tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Pendirian PAS seperti yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam pelantikan menteri besar,"kata Mustafa sebagaimana dilaporkan Haramkahdaily hari ini.

Khalid sebelum ini dilihat cuba meletakkan kritikan jahat itu dibahu pengguna media sosial. Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan.

Khalid Samad juga cuba mengaitkan nama Tun Mahathir dalam isu ini. "Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kata seperti ini," dakwa Khalid pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Pakatan memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sedangkan sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Pakatan kemudiannya sepakat menghantar hanya nama Dr Wan Azizah selepas Azmin memutuskan menarik diri demi memberi keutamaan kepada keputusan parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, meskipun mereka menghantar lebih daripada satu nama kepada sultan, pemerintah itu tetap hanya akan memilih satu nama.

Apakah rakyat Shah Alam dan Selangor menyokong desakan Khalid Samad ini! Sampai bila Khalid mahu bersikap biadap dengan Tuanku Sultan Selangor. Jika sebelum ini beliau mempertikaikan kuasa Sultan terhadap Majlis Agama Islam Selangor sehingga membuatkan baginda Sultan murka, kini mempertikaikan kuasa Sultan melantik MB pula!

Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Hadi nafi istana campur tangan?

Posted: 24 Aug 2014 09:21 AM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan sebarang campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga mendorong parti itu turut menamakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Sultan Sharafuddin tidak mengeluarkan sebarang titah kepada Abdul Hadi berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor ketika baginda menerima menghadap Presiden Pas itu.

Menurut Ahmad Samsuri, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat sebelum ini adalah tidak tepat dan mengelirukan sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan.

"Pihak Pejabat Presiden Pas ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat seolah-olah wujud titah arahan tertentu Tuanku Sultan mengenai isu Menteri Besar kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan sebelum ini dilaporkan berkata, Pas menamakan Azmin sebagai salah satu calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor selain Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail selepas Abdul Hadi menghadap Sultan Selangor.

Ketua Pemuda Pas itu berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar bagi mempertahankan langkah partinya yang membuat pusingan U dalam isu Menteri Besar Selangor.

Menurut Ahmad Samsuri, Abdul Hadi telah memohon menghadap pada hari raya keempat sempena Aidilfitri dan tidak ada sebarang titah arahan daripada baginda mengenai isu berkenaan.

Suara Politik
Belantan

Hadi akui ahli Pas ada masalah 'mental'?

Posted: 24 Aug 2014 01:45 AM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam 'berjemaah'.

Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan.

Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini.

"Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata 'amin' tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.

"Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku.


"Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,'' katanya.

Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan menteri besar.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Langkah yang mereka ambil dengan kesediaan untuk dipecat daripada parti dibuat sebelum Jawatankuasa Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan pendirian rasmi pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Pas akhirnya turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama Azizah sebagai calon dan pakatan pembangkang kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk 'menapis' barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada 'akhlak berjemaah' tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada 'Harakah Islamiyah' pada masa akan datang.

Suara Politik
Belantan

#MH17 : 3 jenazah selamat tiba.

Posted: 23 Aug 2014 11:30 PM PDT


Pesawat komersial MH19 yang membawa tiga jenazah mangsa nahas MH17 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dari Schiphol, Amsterdam, jam 6.53 pagi tadi.

Kumpulan kedua jenazah itu adalah terdiri daripada penyelia penerbangan kabin MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing manakala identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan ahli keluarga.

Difahamkan ketiga-tiga jenazah diletakkan di dalam keranda dan dua kandi yang berisi abu mayat.

Upacara Istiadat Penghormatan Jenazah bermula pada jam 8.30 pagi tadi, dengan tempoh bertafakur selama seminit diumumkan serentak di seluruh negara tepat jam 8.41 pagi

Difahamkan, jenazah Allahyarham Mohd Ghafar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, Selangor manakala abu mayat mendiang Ng akan dibawa ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd, di Cheras, Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman hadir menyambut ketibaan jenazah berkenaan. Turut hadir beberapa menteri Kabinet dan dif-dif kehormat serta keluarga mangsa.-BH

Suara Politik
Belantan

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


Western media’s biased coverage of the war on Gaza irrational, academics says.

Posted: 24 Aug 2014 07:19 AM PDT

 TEHRAN TIMES - By Kourosh Ziabari
As Israel continues its massive military aggression against the Gaza Strip, which has already cost the lives of more than 2,000 Palestinians, the international condemnation of the atrocities committed by the Tel Aviv regime and its cruel massacre of the unarmed citizens of the besieged Gaza grows steadily. 
 
Just recently, a group of Jewish scholars, most of whom were born in the Occupied Territories and teaching at the Israeli universities, have signed a petition, calling on the government of Benjamin Netanyahu to stop its deadly incursion into the coastal territory. 
 
A prominent anti-Zionist Israeli historian and intellectual, who is best known for his outspoken criticism of the Israeli government and his opposition to the occupation of Palestinian territories, believes that the Western mainstream media are giving a lopsided and unfair coverage to the war on Gaza, which has many different reasons, including the influence of the Israeli lobby and the fear of these media outlets of being branded anti-Semitist. 
 

In an exclusive interview with Tehran Times, Prof. Ilan Pappé said that Zionism has reduced Judaism "into a narrow minded ethno-nationalism that depended on the success of a colonialist project."
 
Ilan Pappé is a political activist, historian and professor at the College of Social Sciences and International Studies at the University of Exeter, Britain. He is also the director of the university's European Centre for Palestine Studies, and co-director of the Exeter Centre for Ethno-Political Studies. From 1984 to 2007, he was a senior lecturer in political science at the University of Haifa. A former member of Israel's Hadash Party, he was the party's candidate for the parliament (Knesset) elections in 1996 and 1999. In 2012, he published the book "The Bureaucracy of Evil: The History of the Israeli Occupation" that was released by the Oneworld Publications.
 
Prof. Pappé responded to our questions on the recent Israeli onslaught on the Gaza Strip and the historical, legal aspects of the Israeli-Palestinian conflict. The following is the text of the interview. 
 
Q: It was reported that Israel launched its military incursion into the Gaza Strip after Hamas allegedly kidnapped and killed three young Israeli settlers. So far, more than 2,000 Palestinians have been slaughtered in the month-long conflict. Do you consider this mass killing in such a broad extent, and the obliteration of the civilian infrastructure of the Gaza Strip a logical, proportionate and justifiable response to the kidnapping of three Israeli citizens, while there isn't still reliable evidence showing that the abduction was done by Hamas?
 
A: No, of course not and the destruction of Gaza is not really a retaliation to the abduction and killing of the three settlers. The incident was a pretext for implementing a policy that was formulated long time ago towards the Gaza Strip; a geopolitical area of Palestine for which Israel has no clear policy. It manages, at least in its own eyes, quite successfully, the rest - 98 percent - of Palestine. It imposes harsh restrictions on the Palestinian minority inside Israel and colonial rule in the West Bank. These policies were also tried in the Gaza Strip but it was a risk to have settlers there and it was too full of refugees for to be seriously considered part of Israel. So it was 'ghettoized' with the hope that it would be domiciled in such a way. But Gaza resists and the only way Israel deems possible to react to this, is to use all its military might to crash that rebellion.
 
Q: Can we interpret the Israeli offensive into the Gaza Strip as an effort to ruin the newly-formed unity government in Palestine? Is Israel trying to delegitimize Hamas in the eyes of the people of Gaza Strip who voted unanimously in the 2006 legislative election to bring it to power, and to pretend that Hamas is not capable of providing security and welfare for them?
 
A: Indeed, there is also a more immediate reason for the particular timing of this assault. The Fatah-Hamas unity government and the Palestinian Authority decision to replace the 'peace process' with an appeal to international organizations endangers, in the eyes of the Israelis, their control over the West Bank. So the wish was for destroying Hamas politically in the West Bank and militarily in the Gaza Strip. 
 
Q: It seems that a growing number of Israeli academicians, intellectuals, journalists and ordinary citizens on the streets are turning frustrated at the policies of Israel and its brutalization of the Palestinian citizens. I just read that a large group of Israeli university professors have signed a petition, calling on Tel Aviv to cease its military operations against the civilian population in Gaza. So, we see an emerging trend in opposition to the Israeli policies. What's your take on that?
 
A: I would not exaggerate the number of dissenting voices inside Israel. There are of course such voices, but the society at large, 87 percent according to one poll, is not only behind the government's policy in Gaza, but even demand a more brutal action over there. So I think we cannot rest our hopes for an end to the violence in Palestine on a change from within Israel. Only strong pressure from the outside can produce such a result. 
 
Q: Do you think it's possible to stop Israel from intensifying its assault on the Gaza Strip and violating the international law? Israel has hasn't paid any attention to the UN bodies' condemnations and calls for the cessation of hostilities. So, it sounds like international law doesn't have any mechanism for obligating Israel to abide by its commitments as an occupying power under the international law. What do you make of it?
 
A: The only way of stopping Israel is adopting towards it the same attitude adopted against South Africa at the time of Apartheid.  For this to be effective, one would have hoped to see a change in the American position. This is not likely to take place soon. But also in the case of South Africa, the American position was an obstacle for an effective action against South Africa. The fall of the Soviet Union convinced the Americans that South Africa was not needed any more in the cold war. So something similar has to occur to change American positions. But in the meantime it is important to build the solidarity movement with the Palestinians on the basis of human and civil rights' agenda. 
 
Q: All of those Israeli politicians, diplomats, intellectuals and academicians who break the wall of silence and level some criticisms against the discriminatory practices and policies of the Israeli government with regards to the Palestinian people are immediately defamed as anti-Semites and self-hating Jews. Have you ever faced such charges? What's your perspective on those who want to officially sanction any criticism of Israel under this pretext and obstruct the way to a meaningful dialog on what's happening in that sensitive region of the world?
 
A: Yes a lot. Self-hating Jew is a common reference to me. But I have no problem with my Jewish identity. My conflict is with Zionism. I think Zionism reduced Judaism into a narrow minded ethno-nationalism that depended on the success of a colonialist project. This brought more misery to Jews around the world, rather than helping them to defeat anti-Semitism. I think now that the Jews are already a third generation in Palestine, they can be recognized as a separate ethnic group provided they are willing to share the land with the indigenous people and not strive to dispossess them. 
 
Q: The United States government has offered its unconditional and unrestrained support to the Israeli government in its deadly operations in Gaza, the West Bank and East Jerusalem. Washington is the largest financial and military benefactor to Israel. Israel will never be held accountable if this approach continues. Does it mean that Israel, with its criminal record of murdering the Palestinians would always remain immune to accountability before the international community?
 
A: I think one should not take a deterministic view on this. First of all, the United States was not always pro-Israeli and the American public is not the same as its political elites. In fact, there is a far more significant change in the attitude towards Israel among young American, including many Jews, than in Israel. Secondly, America's ability to impact world politics has seriously diminished. States such as Brazil, India, Russia, South Africa and China (the BRICS countries) have more influence than ever before. If they are recruited to the campaign to change the reality on the ground in Palestine, then there is a good chance for change and peace.
 
Q: In a September 2006 article, you referred to the Israeli policies in the Gaza Strip as an incremental genocide, and reiterated that its ongoing military assault on the caged people of Gaza represents the continuation of that lethal policy. Do you believe that Israel is carrying out a project of ethnic cleansing and is trying to kill as many Palestinians as possible so as to alter and distort the demographics of the region and realize its plan for establishing the Greater Israel?
 
A: I think it is a bit more nuanced. The Zionist project from its very beginning was having as much of Palestine as possible with as few Palestinians in it possible. The means for achieving it have changed with time. In 1948, the major effort to achieve it was attempted when half of the country's indigenous people were expelled. More sophisticated means were used afterwards; military rule, discriminatory legislation and small scale ethnic cleansing operations. In Gaza all these means proved useless and therefore the idea was to ghettoize Gaza and hope that this would separate its people from Palestine. But when they resisted the reaction became genocidal. 
 
Q: It's understandable why the Israeli media are giving a lopsided and biased coverage to the war that Netanyahu and his entourage have inflicted on the empty-handed Palestinians. But why do the Western mainstream media, most of the times proudly boasting of their adherence to the codes of ethics and professionalism, follow the same path and don't talk the truth and present the realities of this unjust carnage that is playing out in the beleaguered Gaza Strip?
 
A: An excellent question. There is no good reason for this biased Western coverage. I think it differs in explanation for different parts of the West. In the United State, there is a strong pro-Zionist, Jewish and Christian presence in the media which reflect both AIPAC and the Christian Zionist Churches' point of view on Israel. The more liberal press, especially the New York Times, slowly become more critical on Israel but still has not walked the extra mile, maybe because of timidity. In Europe, I think the fear of being accused of anti-Semitism is still very strong, as well as financial consideration connected to pro-Zionist corporations. So they adopted the paradigm of balance and parity which continues to provide Israel with immunity.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PAS macam sengaja nak kekalkan Khalid?

Posted: 24 Aug 2014 08:58 PM PDT


Pertemuan TSKI dengan DYMM Sultan ditangguh ke hari Selasa esuk. Susahlah Wan Azizah nak masuk cari masa. .... hehehe.

Sementara itu, Saari Sungip dah macam U Turn. Dia kata dia tak sokong Wan Azizah dan hanya tolak Khalid. Dia pun berpeluh kerana akarumbi tuntut kedua-dua mereka dipecat!!!

Kalau Saari dan hasnul U Turn sokongan terhadap Wan Azizah, maknanya tergantung balik DUN antara yang mahu Wan Azizah dan tak mahu Wan Azizah.

Macam mana Sultan nak arahkan Khalid turun kalaui tiada calun yang boleh diterima semua pihak. Tuanku pun baca Internet yob. Tuanku baca suratkhabar. Tuanku tahu apa yang sedang berlaku dan lebih dari itu.

PAS pun nyatakan tak sokong tak kasi lebih dari satu calun.

Mungkin pertemuan Khalid dan Sultan ditangguh sebab kononnya PAS ada mesyuarat. PAS sedar akarumbi marah bila PAS U turn. Erdogan pun takut nak bulldoze. Orang macam Salahuddin Ayub kan lallang yang tiada pegangan tapi ikut mana angin tiup.

Menurut ABITW SINI, Anwar pening dengan kes saman RM100 jutanya. Ini dilihat bakal menjadi masaalah kelak. Anwar pun susah nak beri tumpuan kepada Selangor.

Khalid pun dah kata tiada yang salah dalam penyelesaiannya dengan Bank Islam. Dia hanya kata urusan bank adalah rahsia dan tak boleh didedahkan. Jika sesiapa salah tuduh tentang urusan Bank Islamnya, dia akan saman. Baca SINI

Kalau PAS betul tak mahu Khalid, letaklah cadangan calun dari PAS. Terus settle.

Tapi PAS tak mahu .... takut dengan si juboq. Kalau gitu, nampaknya macam PAS mahu kekalkan Khalid. Jeng jeng jeng ....  

Nurul dipintas Faekah, "ibu-ibu lain pula lebih baik dari ibu Nurul"

Posted: 24 Aug 2014 07:32 PM PDT






Selepas terpaksa minta maaf kepada Raja Nong Chik dan bera muka apabila ramai yang menyelar tindakannya enggan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dimenangi menerusi jalan fitnah, Nurul Izzah terpaksa melindungi malunya dengan cuba menaikkan nama ibunya, Wan Azizah.

Kata Nurul Izzah lagi, ibunya lebih baik berbanding Khalid Ibrahim. Dan seperti Anwar Ibrahim, Nurul Izzah juga tidak mampu memberikan hujah atau menyandarkan hujahnya kepada sebarang bukti yang menunjukkan Wan Azizah lebih baik dari Khalid Ibrahim.

Cuma ramai yang bertanya, apakah kerana membela suaminya yang memancut air mani sedalam 4 cm dalam lubang jubur bekas pembantu peribadinya, maka Wan Azizah sudah layak menjadi orang yang lebih baik daripada Khalid Ibrahim?

Apakah kerana gagal membuktikan kewujudan jam tangan berjenama Omega ketika Anwar Ibrahim main congek canggung atas perut pelacur dari China yang terakam dalam klip video yang amat popular itu, maka Wan Azizah terlebih baik daripada Khalid Ibrahim?

Adakah Wan Azizah yang tergagap-gagap ketika berucap, tak tahu apa-apa tetapi cuba menggunakan air mata, kipas Cina dan sarung tangan putih, maka itu lebih baik berbanding Khalid Ibrahim?

The Flying Kick SINI

Nurul tak layak bicara mengenai demokrasi jika tak amalkan

Posted: 24 Aug 2014 05:30 PM PDT


Nurul Izzah menyeru ahli-ahli PKR supaya bersatu agar demokrasi dalam PKR boleh kembali dan menjadi pemangkin restorasi demokrasi di Malaysia.

Nampaknya sekali lagi Nurul mahu menyapu masaalak ke bawah tikar.

Sebelum ini, Nurul telah meminta maaf kepada Raja Nong Chik di atas fitnah yang dilakukan terhadapnya ketika berkempen ketika PRU.

Mudah saja Nurul, amalan demokrasi apa yg dia amalksn untuk menang dari fitnah dan hanya minta maaf setelah menipu pengundi.

Kali ini, begitu juga sikap Nurul. Puas ayah Nurul tipu dan rasuah ahli2 untuk mengundi orang tertentu dan jatuhkan orang tertentu. Bila ahli komplen, JK pemilehan hanya buat tsk tahu.

Sekarang Nurul kata ayuh usah pedulikan penipuan ini. Bukan Nurul tak tahu, ini pemilehan PKR kedua dimana Azmin terlibat menipu dan beli undi.

Usahlah sebut nak kembalikan demokradi jika parti keadilan sendiri tidak adil kepada ahlinya untuk menafikan amalan demokrasi sebenar yang bersih, adil dan  telus.





Anwar ke Israel minta nyawa?

Posted: 24 Aug 2014 05:33 AM PDT



Desas desus yang bertiup kencang dalam media sosial mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menaiki jet peribadi ke Israel di saat negara meratapi ketibaan jenazah MH17.

Menurut sumber dalaman PKR pula, Anwar hanya berada di Israel pada 20 Ogos sahaja. Selepas itu beliau telah melangkah ke Israel. Berita ini cukup panas untuk rakyat Malaysia memandangkan Israel sedang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Malahan mereka juga menuduh Malaysia menjadi "base" untuk melatih militan untuk memerangi Israel.

Tambahan pula insiden tembakan MH17 ada juga sedikit dikaitkan dengan Israel. Walau apa pun berita ini sememangnya mengundang kemarahan rakyat terhadap Anwar yang dilihat sebagai amat mengagungkan Israel. Beliau seolah-olah bertindak mewakili Israel ataupun proxy Israel di Malaysia pula.

Menurut Masterdedah :




"PADA TAHUN 2012, ANWAR PERNAH PERGI KE TURKI. KEMUDIAN ANWAR DIPERCAYAI LESAP SELAMA 6 JAM ANTARA JAM 3.05 PETANG HINGGA 9.50 MINIT MALAM PADA 5 FEBRUARI 2012.

APA DIA BUAT MASUK ISRAEL? DALAM ATURCARA YANG DIKELUARKAN ANWAR KATA DIA PI UMRAH DENGAN WAN AZIZAH PADA MASA TERSEBUT IAITU PADA JAM 2.00 PETANG, 5 FEBRUARI .

BILA DISEMAK TIDAK ADA SATU PESAWAT PUN YANG BERLEPAS DARI TURKI PADA JAM 8.00 MALAM (4 FEB 2012) KE MEKAH DAN SAMPAI PADA JAM 2.00 PETANG DI SANA. SO ANWAR HILANG KE MANA?

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR DIKATAKAN PERGI KE ISRAEL MENERUSI TEL AVIV MENGGUNAKAN TIGA PESAWAT BERIKUT:

1) ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
IST – TLV by Private Flight.

2) ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05

3) IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305

and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with

4) TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.

5) IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Daripada data pesawat ini, dipercayai ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim telah menghabiskan selama 6 jam di Tel Aviv, Israel antara jam 3.00 petang hingga jam 9.50 malam.

KEMUDIAN ANWAR BALIK SEMULA UNTUK BERPIDATO DI TURKI DALAM KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA.

SO PERJALANAN YANG SAMA DIPERCAYAI DIAMBIL OLEH ANWAR KETIKA KE TURKI PADA 20 OGOS 2014 LEPAS. "

Sumber Whats App


Bila masuk PKR, Laksanama yang pertama jadi bodoh macam mangkok tepen

Posted: 24 Aug 2014 02:30 AM PDT


Dulu Imran kata Lahad Datu sandiwara, kini dia pula membela mangsa Lahad Datu. Demikian kata-katanya ketika berbahas di Konvensyen PKR yang lengang semalam.

Baca cucu Tok Selampit SINI.

PKR juga memberi one minute of silence untuk mangsa MH17. Bukankah Anwar kata dia boleh selesaikan MH370? Baiklah dimana MH370 sekarang berada???

Itulah PKR .... cakap tak konsisten.

16 exco AMK protes tindakan KETUM?

Posted: 24 Aug 2014 12:30 AM PDT


Kalau dah Anwar redhai penipuan pemilehan AMK untuk letak Nik Nazmi, ini bermakna 16 exco AMK menentang tindak tanduk dan keputusan Anwar.

Tindakan 16 exco yg meninggalkan ucaptama Nik Nazmi sebagai Ketua AMK adalah protes terhadap.Anwar.

Apa lagi .... kenapa masih nak terlibat dengan Penipu Kuat Rakyat?

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pramugara MAS rayu perlakuan cabulnya tidak dilapor, dakwa wanita Australia

Posted: 24 Aug 2014 08:05 PM PDT

Penumpang Australia yang mendakwa dirinya dicabul seorang anak kapal Malaysia Airlines ketika dalam penerbangan ke Paris awal bulan ini berkata lelaki tersebut merayu kepadanya supaya tidak melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa kerana bimbang diketahui isteri dan anak-anak.
Laura Bushney memberitahu demikian ketika ditemubual saluran Channel 7 berhubung dakwaannya terhadap ketua pramugara penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris, Mohd Rosli Ab Karim, 4 Ogos lalu.
MAS mengesahkan kejadian tersebut dan berjanji menyiasat perkara tersebut. Rosli ditahan polis Perancis sebaik sahaja mendarat di Paris.
Bushney, 26, juga merakamkan kejadian tersebut dalam telefon bimbitnya. Rakaman itu diudarakan program Sunday Night terbitan Channel 7 semalam.
Wanita yang bertugas sebagai kakitangan sokongan orang kurang upaya itu memberitahu temubual eksklusif tersebut dia bimbang menaiki penerbangan MAS ekoran insiden MH370 dan MH17, yang meragut hampir 600 nyawa penumpang dan anak kapal.
Bushney mendakwa Rosli, 54, cuba mengambil kesempatan dengan keresahannya, lalu duduk di sebelahnya di salah sebuah kerusi di barisan 81, sambil meraba kakinya dengan alasan cuba menenangkannya.
Dia memberitahu, Rosli kemudian memasukkan tangan ke dalam seluarnya sambil meraba kemaluannya.
"Saya masih bertanya, mengapa tidak saya jerit, mengapa tidak saya jerit? Mengapa tidak saya hentikannya? Saya seorang yang tabah dan boleh lakukannya, saya tahu saya boleh," kata Bushney, sambil menambah beliau terlalu takut untuk berbuat apa-apa ketika kejadian itu berlaku.
Seorang lagi penumpang, warga Canada bernama Sophie Lachance, menasihati beliau melaporkan perkara tersebut, namun Bushney mendakwa anak kapal tidak menghiraukan permintaan supaya Rosli dijauhkan daripadanya.
Katanya lagi, Rosli selepas itu meminta maaf atas perlakuannya, dalam perbualan yang dirakamkan Bushney.
Bushney kemudian dipindahkan ke ruang kelas pertama, di mana menurutnya Rosli sekali lagi merayu kepadanya tidak melaporkan perkara tersebut kerana dirinya sudah punya anak isteri.
"Jika kamu ada isteri di rumah, mengapa berbuat begitu? Ia adalah rogol," Bushney memberitahunya, seperti diceritakannya dalam temubual tersebut. – 24 Ogos, 2014.  

Rakyat Selangor nak tak Wan Azizah menjadi MB

Posted: 24 Aug 2014 06:29 PM PDT


  • kemelut politik
 1 / 1 
ANTARA pilihan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, calon Pas, calon Umno, lain-lain dan "tidak pasti", Merdeka Centre mendapati 75 peratus (%) daripada jumlah 808 pengundi Selangor tidak memilih Wan Azizah sebagai pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikut ialah keputusan kajian Merdeka Centre:

Wan Azizah – 25%

Azmin Ali – 6%

Calon Pas – 12%


Calon Umno – 15%

Lain-lain – 5%

Tidak pasti – 32%

Tidak mahu menjawab – 5%

Meskipun Wan Azizah mendapat angka tertinggi antara pilihan yang diberikan iaitu 25%, hakikatnya lebih ramai rakyat Selangor mahukan orang lain yang menggantikan Abdul Khalid, dan bukannya Wan Azizah.


Statistik yang paling menggerunkan ialah 32% yang menjawab "tidak pasti" melebihi angka yang diperolehi Wan Azizah. Barangkali mereka yang tergolong dalam kategori ini ingin menyebut bahawa mereka lebih suka Abdul Khalid dikekalkan, akan tetapi, nama Abdul Khalid tidak ada sebagai satu pilihan di dalam kajian ini.

Selain daripada 32% peratus yang "tidak pasti", Wan Azizah juga berdepan dengan 38% rakyat Selangor yang lain yang inginkan orang lain menggantikan Abdul Khalid.

Di dalam 38% tersebut, yang mengejutkan Pakatan Rakyat ialah 15% memilih calon Umno, 12% memilih calon Pas, 6% memilih Azmin dan 5% lain-lain. Sehingga hari ini, PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas bahawa calon pengganti Abdul Khalid hanya seorang iaitu isteri beliau Wan Azizah. Melihat pada keputusan kajian Merdeka Centre, rakyat perlu bertanya apakah itu satu tindakan yang adil?

Kajian Merdeka Centre diambil berat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat selama ini. Jadi, tidak mudah untuk mereka menidakkan kesimpulan bahawa majoriti rakyat Selangor (75%) sekata menyatakan mereka lebih suka orang lain yang menggantikan Abdul Khalid berbanding Wan Azizah.

Yang mereka tidak sekata ialah siapa penggantinya sahaja. Nak dikatakan Wan Azizah ialah calon yang paling diterima untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berbanding calon lain juga tidak tepat, kerana ada 32% yang "tidak pasti" dan 5% yang enggan menjawab.

Wan Azizah cuma berada di tempat kedua, kalah kepada kategori "tidak pasti."

Yang memihak kepada Wan Azizah sekarang ialah keputusan parti PKR, dan 30 Adun Pakatan Rakyat yang bersamanya. Bagi mereka, 30 Adun adalah mewakili suara majoriti rakyat Selangor, meskipun berlawanan dengan kajian Merdeka Centre.

Barangkali di bawah sistem demokrasi Malaysia, itulah sahaja takat harga undi rakyat Malaysia.

Undi rakyat hanya diperlukan untuk para ahli politik mencapai kemenangan.

Sebelum pilihanraya, mereka disajikan dengan pelbagai maklumat benar dan palsu menjelang hari pengundian untuk menpengaruhi keputusan mereka.

Lepas menang, ahli politik yang mencapai kemenangan bolehlah membuat permohonan maaf di mahkamah kerana menfitnah lawannya yang tewas.

Mereka menggunakan kepercayaan rakyat kepada mereka untuk mendapat kemenangan. Selepas itu, perasaan rakyat tidak perlu dipedulikan lagi sehinggalah PRU yang akan datang. Lihatlah berapa banyak permohonan maaf dan penarikan kembali yang dibuat sehingga kini. Apakah mereka tahu apa perasaan rakyat yang rasa tertipu dengan permohonan maaf mereka?

Perkara itu juga terserlah di dalam kontroversi isu Menteri Besar Selangor. Pandangan rakyat juga tidak perlu diendahkan kerana yang menjadi kata putus segala-galanya selepas itu ialah keputusan parti yang memegang kerusi tersebut.

Kajian Merdeka Centre telah secara tidak langsung memberikan jawapan kepada kewajaran Pas dalam membuat keputusan ini.

Pas telah membuat keputusan untuk menyokong sama ada Wan Azizah atau Azmin sebagai pengganti Abdul Khalid. Pas juga telah membuat keputusan tidak menuntut kerusi Menteri Besar Selangor.

Data menunjukkan bahawa keputusan Pas (meletak Azmin dan Wan Azizah) mewakili 43% pandangan rakyat Selangor (dengan menganggap mereka yang menyokong calon Pas juga akan menyokong calon yang disokong Pas) berbanding 20% yang hendakkan calon Umno dan lain-lain. Jumlah itu lebih tinggi daripada 37% daripada mereka yang "tidak pasti" 32% dan juga enggan menjawab 5%.

Peratusan 43% ini jauh lebih tinggi daripada sokongan 25% yang menyokong Wan Azizah sahaja, yang juga menjadi keputusan Pakatan Rakyat Ahad lalu.

Namun semua hipotesis ini tidak betul sekiranya mereka merasakan kajian Merdeka Centre itu tidak tepat.

Sekarang tiba giliran Sultan Selangor membuat keputusan. Antara kehendak Adun, peruntukan perlembagaan, memilih yang terbaik untuk rakyat Selangor dan kestabilan kerajaan negeri, bagaimana Sultan Selangor akan membuat keputusan?

Apakah baginda akan meminta lebih daripada satu nama meskipun Wan Azizah sudah mendapat sokongan 30 Adun?

Apakah ada kemungkinan wujud calon lain yang boleh mendapat lebih daripada sokongan 30 Adun kerana pada dasarnya, satu-satu Adun tidak semestinya hanya boleh perkenan satu dan menolak yang lain?

Ini kerana bagi sesetengah Adun, calon A atau calon B pun OK. Ada pula yang bertegas calon A sahaja. Ada pula yang bertegas calon B. Ada pula yang kedua-duanya tak mahu. Ada yang mahu calon C. Bezanya, mereka hanya berani mengaku di dalam kerahsiaan.

Asalkan siapa yang dapat perkenan keempat-empat pihak – iaitu PKR, DAP, Pas dan istana serta undi tertinggi, maka beliaulah akan menjadi Menteri Besar Selangor yang seterusnya. Kurang sokongan daripada mana-mana komponen pun akan menggagalkan misi lantikan menteri besar ini.

Jika formula matematik ini juga gagal mencapai jawapan, bersedia untuk bubar Dunlah jawabnya. Pada masa itu, mereka yang mencipta kemelut ini diharap tidak menjerit hak mereka dirompak atau ada orang sengaja menyusahkan rakyat.

Ini kerana merekalah yang menyusahkan rakyat dahulu dengan satu pilihan raya kecil yang disengajakan. Dan mereka jugalah yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka bersedia untuk kehilangan negeri Selangor hanya semata-mata untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Mereka mungkin mudah lupa, tapi rakyat tidak.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan MS

Khairy tak setuju paksa penjawat awam sokong BN

Posted: 24 Aug 2014 08:04 AM PDT


Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong "parti kita", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.

"Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.



"Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner(kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?" katanya.

Beliau menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut.

Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Bagaimanapun, katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan di Kuala Lumpur, satu-satunya perkara dirisaukan berkaitan isu maklumat sulit.

Dinilai melalui teladan

Sementara itu, Khairy di Facebook turut menjelaskan, hubungan mesra dengan profesional yang memberi kerjasama baik dan menyokong dasar kerajaan semasa serta tidak membawa unsur politik dalam tugasan perlu dikekalkan.

"Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total.

"Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang," katanya.

Menurut Khairy lagi, tindakan hanya boleh diambil terhadap pembocor maklumat kerajaan dan membawa pegangan politik ke pejabat.

"Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka," katanya.

Beliau juga menjelaskan "hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita".

Dikritik Selfie Di Hari Perkabungan : Azwan Ali Gelar #MelayuLaknatullahMsia

Posted: 24 Aug 2014 06:05 AM PDT








alt

Gara-gara gambar 'Selfie' ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mahas nahas MH17, pengacara Azwan Ali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang dilihat ingin mencari publisiti murahan.

Hasil tinjauan SuaraTV mendapati,  mereka merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih.

"Post (gambar) ini sangat (tidak) sensitif, bayangkan mereka adalah keluarga awak dan apa awak rasa kalau org selfie tempat pengebumian keluarga awak?… gambar ni sangat melampau dan sensitif!…nak block saya silakan..itu saja yang awak mampu buat…lari dari bayang2 diri sendiri…," ujarnya.


Manakala salah seorang rakan kepada mangsa yang terlibat dengan nahas tersebut berkata beliau marah dan sedih dengan tindakan tersebut.

"Kawan saya salah seorang mangsa terhempas di situ, saya tidak dpt menghadiri ke pengebumian beliau… Lagi saya sedih nampak kamu selfie diri sendiri di tempat penghormatan orang, sampai bila nak dicaci dimaki dibenci dek ramai?…tak malu ke?..mana maruah lelaki anda?," katanya.

Azwan di dalam caption gambar yang 'selfie' yang dimuatnaik melalui akaun media sosialnya berkata, beliau bersama rakyat Malaysia sedang bertafakur

"Semua kaum bersama ' AA bertafakur di Dataran Merdeka 22 Ogos 2014 untuk mangsa tradegi MH17.Al-Fatihah," ujarnya menerusi laman Instagram dan Twitter.

Ekoran kritikan dan cemuhan yang diterima itu, Azwan telah menyekat akses mereka dari laman sosialnya.
"Yeayyy...my PA (personal assistant) gaji RM3,000 seminggu 'blocked'(sekat) lambakan #MELAYULAKNATULLAHMSIA! Well Done.

"Dah tahu diri ti sejijik-jijik ahli neraka ada hati nak cross? kan da kena 'blocked'.#MELAYULAKNATULLAHMSIA," ujar Azwan pula.


Rogol anak kerana nak kaya

Posted: 24 Aug 2014 04:36 AM PDT



HARARE: Seorang lelaki mengejutkan mahkamah apabila mengaku merogol anaknya sebagai satu cara untuk menjadi kaya.

Lelaki dari Gowe itu berkata, seorang bomoh menasihatinya supaya mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya yang berusia 16 tahun supaya 'rezeki' mereka menjadi lebih murah.

Ketika dihadapkan di mahkamah, tertuduh mengaku tidak berasalah kerana menganggap perbuatannya tidak salah, malah dia mengaku tidak memaksa anaknya supaya mengadakan hubungan seks.

Pegawai mahkamah berkata, tertuduh mengaku hubungan itu dilakukan secara sukarela.

Berdasarkan dokumen mahkamah, sejak Oktober 2013, lelaki terbabit membawa anak perempuannya ke kawasan semak sebelum merogol remaja terbabit.

Bagaimanapun perbuatan itu tidak berlaku hanya sekali.

Perbuatannya itu hanya terdedah selepas remaja terbabit hamil dan dia mula memberitahu saudara-mara mengenai apa yang berlaku ke atasnya.