Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PAS tuntut Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebab PKR tak pernah menang disitu..

Posted: 23 Aug 2014 10:51 PM PDT



Dewan Muslimat Pas meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor, Tumpat pada PRK nanti diserahkan kembali kepada Pas setelah diwakili PKR sejak dua penggal lalu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

Menurut Siti Zailah, pihaknya yakin kebijaksanaan kepimpinan yang ada boleh mempertimbangkan dengan menilai sejarah lalu untuk memberi laluan kepada Pas biarpun calon mana-mana parti belum ditentukan lagi.

"Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

"Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan," katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Muktamar Dewan Muslimat Pas Kelantan Ke-41 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama, Timbalan Ketua Muslimat Pas Kelantan, Wan Ubaidah Omar.

Mengulas mengenai calon yang sesuai daripada Muslimat, beliau yang juga Ketua Muslimat Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

"Kita belum lagi menentukan siapa calonnya. Masih awal untuk ulas, tidak kira daripada Muslimat atau Muslimin saya yakin Pas mempunyai ramai individu yang berkelayakan," katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu. Siti Zailah juga mengakui PRK Dun Pengkalan Kubor kali ini adalah satu cabaran yang baharu memandangkan ia berada dalam kawasan menteri besar.

Pengkalan Kubor terletak di bawah Parlimen Tumpat yang mempunyai lima Dun di bawahnya. Empat daripada Dun berkenaan dimenangi oleh Pas pada PRU13.

Pas dan PKR jangan sampai orang benci dengan anda

Posted: 23 Aug 2014 10:14 PM PDT


http://3.bp.blogspot.com/-_B_Mo4NVtxg/UWgd-o39ZTI/AAAAAAAAE7Q/tijhp-EMYgQ/s400/pas-vs-pkr.png

Kata putus mengenai siapa calon MB Selangor bagi mengganti Abdul Khalid Ibrahim masih belum dimuktamadkan. Putusan itu bukan dipihak Sultan Selangor yang ada kuasa penentu secara tradisi (budibicara) terhadapnya tetapi daripada PKR dan Pas.

Sultan Selangor masih belum mengeluar apa-apa titah berhubung siapa pengganti Khalid. Mungkin banginda pun tidak lagi dipersembahkan nama sesiapa. Cuma di pihak Pakatan Rakyat seperti mana yang diputus sebelum ini sudah menetapkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

Walaupun Pas menamakan dua nama, Azizah dan Mohamed Azmin Ali tetapi Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan hanya nama Wan Azizah saja. Azmin sendiri tidak ada masalah dan memberi sookongan penuh kepada presiden partinya itu. Jadi soal Azmin sepatutnya tidak berbangkit lagi bagi Pas kerana ia atas kehendak dan sukarela Azmin sendiri berpegang kepada prinsip partinya.


Tetapi sejam dua ini ada bunyi lain pula, ibarat rumah siap tetapi pahat tidak puas hati. Katanya 13 Adun Pas enggan menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan Azizah sebagai pengganti Khalid. Sebab apa pula? Dan apakah perlu dan pentingnya surat sumpah berkenaan.
Perkembangan terbaru ini membingungkan. Kalau keputusan sudah dibuat dalam majlis pimpinan presiden kenapa pula harus ada SD. Apabila ada SD bermakna konsesus majlis pimpinan presiden tidak kuat dan tidak laku. Bukankah situasi itu menyebabkan orang ramai akan gelak sinis kepada majlis presiden dan mempertikaikan akan autoriti yang ada kepadanya.

Kalau parti Pakatan Rakyat sendiri tidak dapat berpegang kepada keputusan yang mereka buat, apa lah diharap kepada orang luar? Umno jauh sekali lah hendak menghormatinya Pakatan Rakyat.

Malam ini saya hendak ingatkan sekali lagi kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas dan PKR janganlah berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada integriti anda. Dengan apa yang berlaku kini orang ramai sudah jadi pusing dan meluat. Ada pun yang dah muntah kuning.

Jangan ingat rakyat boleh dibujuk dan jiwa mereka ditenangkan. Kalau mereka sudah "celika" mereka sukar untuk dijinakkan lagi. Terutamnya generasi muda yang berfikiran terbuka dan tidak menekan kepada soal ideologi lagi. Mereka mementingkan soal integriti dan wibawa parti. Kalau mereka hilang kepercayaan susah untuk dipujuk.

Jangan salahkan mereka termasuk anak-anak muda Melayu akan berarak memasuki DAP. Orang muda tidak sangat melihat kepentingan soal bangsa dan agama. Mereka lebih mementingkan rasional dan menggunakan akal sendiri untuk membuat keputusan. Dalam aspek ini DAP jelas lebih konsisten dan tidak banyak dakwa dan takwil. Parti chauvenis itu benar-benar profesional.

Pas dan PKR buatlah sesuatu jangan sampai nanti orang ramai membenci anda dan kerana kebencian itu mereka akan berpaling kepada Umno semula, melihat parti itu sebagai terbaik berbanding Pas dan DAP berdasarkan fiil-fiil yang ada hari ini. [wm.kl.9:36 pm 23/08/14]
Mohd Sayuti Omar, 

Mampukah Mahathir menumbangkan Najib?

Posted: 23 Aug 2014 07:04 PM PDT

Mampukah Dr M menumbangkan Najib?
Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun sudah berusia masih lagi kuat kerana semangat perlawanannya yang tinggi. Sejak awal penglibatannya dalam politik, bekas perdana menteri itu tidak pernah sunyi daripada krisis dan kontroversi.
Lebih 10 tahun selepas bersara daripada politik, suaranya masih lagi berpengaruh dan didengari, mungkin kerana beliau terlalu lama memerintah satu ketika dahulu, mungkin juga kerana pendiriannya yang konsisten dalam pelbagai isu.
Dr Mahathir tidak perlu menunggu mimpi sebelum membuat keputusan. Keputusannya jelas, disokong dengan fakta dan boleh menghujahkannya kembali untuk memberikan penjelasan.
Walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan pandangan atau tindakan politiknya, tetapi kita harus akui beliau konsisten dengan pandangan dan kepercayaannya dan tidak akan berhenti daripada terus melawan musuhnya.
Musuh nombor satu beliau adalah bekas anak didiknya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selagi Anwar bebas bergerak ke sana sini, Dr Mahathir tidak akan senang duduk.
Anwar merupakan satu-satunya lawan Dr Mahathir yang masih belum terkubur selepas dipecat dari Kabinet dan Umno pada tahun 1998.
Sehingga hari ini Dr Mahathir masih melawan Anwar, walaupun tidak secara langsung.
Menumbangkan Tunku dan Abdullah
Sebelum ini lawan Dr Mahathir juga bukan calang-calang orang. Pada awal penglibatan politiknya dan sebelum berkuasa, perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman tersungkur kerananya.
Gerakan pemimpin muda seperti Dr Mahathir dan Tun Musa Hitam berjaya memaksa bapa kemerdekaan negara itu memberikan laluan kepada Tun Abdul Razak untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Selepas meletakkan jawatan, tanpa menguasai media dan kerajaan Dr Mahathir berjaya menumbangkan seorang lagi perdana menteri dan presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada ketika itu, Dr Mahathir dibantu oleh penulis-penulis blog yang menyebabkan Abdullah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 walaupun Barisan Nasional (BN) masih lagi berkuasa.
Setahun selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga dan 5 negeri ke tangan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Anwar, Abdullah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.
Sokongan terhadap Najib ditarik balik
Menulis di blognya www.chedet.cc, Dr Mahathir mengumumkan beliau menarik kembali sokongannya terhadap Najib untuk menyedarkan perdana menteri di atas kelemahan polisi dan pentadbirannya.
Dr Mahathir mengatakan beliau tidak menyangka prestasi Najib lebih buruk dalam PRU13 berbanding Abdullah pada 2008.
Pemimpin Umno dalam menjawab kritikan Dr Mahathir terhadap Najib mengambil sikap berhati-hati.
Walaupun mempertahankan Najib, kebanyakan daripada mereka mengatakan menghormati pandangan bekas perdana menteri dan presiden Umno itu.
Terbaru Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semalam yang mahu Dr Mahathir tidak lagi mengkritik pentadbiran Najib secara terbuka kerana dikatakan akan memberikan peluru kepada pembangkang.
Ahmad Maslan, sama seperti Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya masih lagi tidak menjawab kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib.
Mereka hanya mengelak seperti Hishammuddin yang menjadikan contoh krisis Penerbangan Malaysia Airlines MH17 sebagai contoh kejayaan pentadbiran Najib.
Zahid pula mahu Dr Mahathir turut menghormati Najib kerana beliau kini memimpin pada zaman yang berbeza.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum menyatakan pendiriannya.
Dikhabarkan timbalan presiden Umno itu tidak akan mengadakan sidang akhbar dalam jangka masa terdekat untuk mengelak ditanya pemberita berhubung kritikan Dr Mahathir.
Media arus perdana "boikot" Dr Mahathir
Kritikan Dr Mahathir kali ini juga tidak "dilayan" media-media arus perdana. Hanya portal-portal atas talian dan media sosial yang menyambutnya.
Akhbar penyokong kuat Dr Mahathir Utusan Malaysia juga mengambil pendirian mempertahankan Najib.
"Kini Najib menerajui negara dalam landskap politik yang jauh lebih mencabar berbanding era-era sebelum ini.
"Maka beliau perlu disokong atas banyak faktor. Antaranya prestasi pentadbiran beliau setakat ini tidak mengecewakan termasuk mengurus krisis seperti MH17," tulis Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini mengulas kritikan Dr Mahathir terhadap Najib.
Nampaknya Dr Mahathir mungkin terpaksa menarik balik cadangannya agar kerajaan menyekat Internet. Jika tidak suaranya juga tidak didengari.
Masalah utama Dr Mahathir kali ini adalah masih belum ada pemimpin kanan Umno bersamanya untuk menurunkan Najib. Apakah situasi ini akan terus kekal? –TMI

Selepas dihalau keluarga, kini Sa menjual diri

Posted: 23 Aug 2014 05:23 AM PDT


  • Sa nekad untuk berubah demi masa depannya walaupun disahkan penghidap HIV positif. Sa nekad untuk berubah demi masa depannya walaupun disahkan penghidap HIV positif.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada 'bapa ayam' oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

"Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.


"Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga," katanya.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai 'kupu-kupu malam' yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.

"Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

"Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.

"Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan  kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan," katanya.

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.

"Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.

"Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV," katanya.

Lagi pesawat MAS : Isu keselamatan: Pesawat MAS ke Tokyo patah balik

Posted: 23 Aug 2014 12:59 AM PDT


Satu pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH70 yang dalam perjalanan ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur pagi ini disebabkan satu masalah keselamatan yang ditemui semasa dalam penerbangan.

Perkara itu diumumkan oleh juruterbang kira-kira 50 minit selepas perlepasan, kata seorang penumpang pesawat tersebut ketika dihubungi Malaysiakini.

Pesawat itu yang menuju ke lapangan terbang Narita, Tokyo itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.50.



Selepas mendarat, penumpang diberitahu bahawa mereka akan berlepas ke Tokyo pada jam 1.15 petang dengan menggunakan pesawat lain.

"Skrin radar (paparan laluan penerbangan di tempat duduk penumpang) menunjukkan pesawat itu membelok ke kiri, lama sebelum pengumuman tersebut.

"Saya pada mulanya keliru, tetapi ia semakin jelas apabila mereka membuat pengumuman," kata penumpang tersebut, Victor Tan.

Laman web MAS menunjukkan bahawa penerbangan MH70 "dijadualkan semula" dan dijangka tiba di Tokyo pada jam 9.25 malam.

Laman menjejak pesawat Flightradar24 menunjukkan MH70 hanya membuat pusingan di kawasan perlepasan sebelum berpatah balik.

Malaysiakini masih menunggu maklum balas syarikat penerbangan tersebut.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bontot la Rafizi!!! Kecek besa ... rupanyai takut dibogelkan???

Posted: 23 Aug 2014 10:30 PM PDT



Bontotlah Rafizi.

Cakap punya gah tapi naib presiden PKR ni takut nak hadapi PRN. Baca berikut:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-gesa-khalid-tidak-susahkan-rakyat-selangor-dengan-pembubaran-dun

UMNO yg tak kuat pun dia tak berani hadapi.

Takut ditelanjangkan kaaa mung Rafizi bengung????

JIjah boleh bawa KIPAS ke forum "test" kebolehannya nak jadi MB

Posted: 23 Aug 2014 08:33 PM PDT


SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring percaya berita palsu yang disebarkan mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor dilakukan oleh ahli PKR sendiri.

"Saya yakin yang membuat kenyataan ini adalah daripada PKR. Saya bukan menuduh tetapi melihat kepada krisis yang berlaku; tidak mustahil daripada PKR.

 "Sejak pemilihan PKR pelbagai fitnah dibuat bukan sahaja yang dilaporkan media,"  ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Beliau membuat laporan polis kerana bimbang fitnah yang dibuat seolah-olah cuba melaga-lagakan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan Selangor.

"Menteri besar dilantik dan mendapat perkenan sultan. Kalau nak tukar menteri besar pun tunggulah habis penggal, jangan sekarang, sekerat jalan dah nak tukar.

"Rakyat sekarang merasai apa yang lebih baik daripada pemerintahan BN terdahulu. Saya selaku anak Selangor menyeru pihak terbabit berhenti menyebarkan berita tidak betul ini demi keharmonian bersama," katanya.

--------------------------

Sambil itu, PASMEB juga cabar Datin Wan Azizah untuk terima cabaran dan hadhir ke satu forum terbuka untuk bentangkan rancangan pentadbiran beliau dan cara beliau akan selesaikan masaalah-masaalah Selangor yang disebut.

Kata mereka, Wan Azizah mahu di "test". Mereka tak sebut tapi dijangka Wan Azizah dibenarkan bawa kipas untuk bantu sejukkan beliau bila kepanasan.

Rasanya Wan Azizah tak akan terima sebab dia bukan tahu cara tadbir dan selesaikan masaalah Selangor. Dia hanya retorik dan tak faham pun masaalah rakyat.

Tanya rakyat permatang Pauh apa dibuat di sana? Tanya rakyat Kajang berapa kali dia ke sana selesaikan masaalaah?

Dia hanya sibuk nak berpolitik dan ikut si jubur

Rafizi takut lapor ke polis dokumen Langkah Kajang

Posted: 23 Aug 2014 06:26 PM PDT


Kalaulah betul.palsu, buatlah laporan polis. Kenapa tak buat? Takut??*



Biasalah Rafizi, suruh dedah tak ada bukti. Cuma teori2 bodohnya dan putarbelit. Tapi bukti tak kluo.


PPS "Polis DAP" tak perlu undang-undang

Posted: 23 Aug 2014 09:19 AM PDT




PPS raja jalan di penang hingga tak perlu pakai helmet ?

Hadi dirasuah KETUM dengan jawatan dalam Ulamak Sedunia?

Posted: 23 Aug 2014 02:28 AM PDT


Selama beberapa minggu kita difahamkan Haji Hadi menolak KIPAS dari menjadi MB Selangor atas sokongan kepada TSKI.

Rupanya ada cerita ...





Tak dapat sogok wang, sogok pink form, kontrak, PLC dll. Ada kala sogok perempuan. Ada pula jawatan dalam parti atau kerajaan.

Pertama kali dengar sogok guna jawaran dalam persatuan ulama. Memang pakar Anwsr Ibrahim dalam bab rasuah dan sogok.

Dulu UMNO dotosakkan dengan rasuah, kini PAS pun dibeli hingga Ulamak hilang kuasa dengsn rasush dalam PAS.

Akhurnya ulamsk pun.dapat dirasuahnya.

Harap ada yg dalam PAS bertanya, jika Anwar hormat ulama, kenapa tak ikut cakap ulamak dan berhenti lakukan zina bisexual????

Unit Amal PAS tak bantu penuhkan Kongres PKR?

Posted: 22 Aug 2014 11:36 PM PDT


Selalunya PKR akan ajak Pak Lebai pak turut PAS untuk datang ke Kongres PKR untuk bantu memenuhi hadhirin.

Turut bantu penuhkan kerusi adalah Unit Amal PAS.

Nampaknya kali ini.tidak ada orang PAS yg datang melainkan Khalid Samad, kata Cucu Tok Selampit berikut:

http://khairulryezal.blogspot.com/2014/08/apa-ni-takkan-hanya-yb-khalidsamad.html?m=1



Dari gambar, nampaknya Presiden dan Timbalan PAS pun tak datang.

PAS nampaknya seolah2 tak setuju kasi satu nama. Mereka dah jangka PKR dan DAP mahu lawan Sultan.

Sebab kedegilan tak mahu kasi 3 cadangan, Sultsn boleh masuk campur dan bubarkan DUN.

Saari Sungop tgh konar kata tak sokong KIPAS tapi hanya tolak TSKI.

Berlakunlah apa sekali pun... PAS adalah parti u turn dan parti anwar semalaysia.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Inilah politik murahan Pakatan Rakyat yang HARAM...!!! 'Warga tentera macam hamba abdi, penumpang MH17 istimewa pula' - PKR?

Posted: 23 Aug 2014 09:32 AM PDT


Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.

Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

"Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.

"Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.

'Beri penjelasan'

Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu.

"Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya?

Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.

Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan.

Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka.

Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TOK NAJIB...TENGOKLAH 50 RIBU AHLI PKR DATANG KONGRES PKR!!!

Posted: 23 Aug 2014 06:21 PM PDT


Tu dia rakyat dianggarkan 50 ribu ahli PKR seluruh negara tidak termasuk delegasi PKR dari Turki, Israel, Ostolia, Amerika, United Kingdom, Bangladesh, India dan paling ramai dari Singapore, Taiwan, Hong Kong, Macau, Republik China dan Mongolia hadir beramai-ramai ke Kongres Nasional PKR ke 10 Sabtu semalam.

Kehadiran yang penuh sesak ini sudah pasti mengemparkan penduduk seantero dunia tentang kehebatan seorang anugerah Tuhan. Macam ni BN kena kerja lebih kuat lagi! 

SHAH ALAM 23 Ogos - Sambutan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-10 di Stadium Melawati hambar apabila tidak sampai setengah dewan itu dipenuhi dengan perwakilan parti dari seluruh negara.

Malah sewaktu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasarnya, terdapat banyak kerusi kosong di bahagian tengah dan depan dewan manakala ruang tempat duduk belakang kelihatan lengang.

Suasana lengang semakin terasa apabila perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan stadium lebih awal selepas konvensyen ditangguhkan pada pukul 1 petang.

Jumlah perwakilan dan pemerhati juga semakin berkurangan pada sesi kedua yang diadakan selepas rehat tengah hari.


Perbahasan pula dipenuhi dengan 'bodekan' dan kata pujian kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah seawal perbahasan pertama wakil dari Kuala Lumpur sehingga pembentangan wakil terakhir.

Beberapa pemimpin tertinggi parti pakatan pembangkang turut hadir termasuk Anwar; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Presiden Pas, Muhammad Sabu; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.

Selepas tengahari ramai delegasi cabut kerana pergi open house raya...apa kelas dengar ko membebel Nuar dan Jijah laki bini oi
Ketika membacakan teks ucapan dasar Presiden awal pagi tadi, Wan Azizah turut menyelar pentadbiran Khalid yang menyimpan dana negeri sehingga mengabaikan rakyat selain memberi saranan kepada Abdul Khalid untuk mentadbir negeri termasuk masalah denggi.

Wan Azizah yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang kini juga berdepan isu pelupusan sisa pepejal dan sampah tidak selesai sejak dilantik pada April lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140824/po_03/Kongres-Nasional-PKR-ke-10-hambar#ixzz3BGc3q5iY
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Dikala rakyat bersedih serta berkabung dengan pemulangan dan pengembumian mangsa-mangsa tragedi MH17, Wan Jijah tak habis-habis mengutuk kerajaan dan melobi sang suami serta mengangkat dirinya...poyo kan?

Nampaknya kalau beribu-ribu yang datang kongres PKR macam ni, ada harapan kot Wan Jijah jadi Menteri Besau Selangor tu?

Kerusi yang banyak-banyak kat dewan tu sebenarnya diisi oleh makhluk-makhluk halus yang suka pada lambang mata dajjal dan hanya Anwar saja nampak kelibat makhluk-makhluk halus tersebut.


MH17, WAHAI DS NAJIB, KETAHUILAH BERTAFAKUR CARA DI BAWAH INI HARAM & BERDOSA BESAR

Posted: 23 Aug 2014 04:37 PM PDT

YANG MANA SATU: SEKEJAP IKUT KRISTIAN, KEMUDIAN IKUT HINDU, AKHIR TUNJUK MUSLIM
Isu Tafakur dan Berkabung MH17 oleh kerajaan telah dimanipulasi oleh pembangkang Malaysia kononnya DS Najib telah mengajak rakyat Malaysia melakukan perkara yg menyalahi hukum syarak. 

Bagaimana dengan 3 imej di bawah. Kenapa PAS dan Ularmak-Ularmak PKR tidak berani mengatakan ianya perbuatan HARAM yang dilakukan oleh pemimpin mereka?!! Sesungguhnya mereka sudah bercampur-aduk antara najis dan tahi, sehingga tidak tahu membezakannya.

ANWAR DIASAP BADANNYA, DICAP DAHINYA SEDANG MENGAMALKAN AJARAN BUKAN ISLAM
BERTAFAKUR DENGAN PENUH TAWADDUK DAN FATANAH
BERTAFAKUR TAFAKUR PENUH SYAHDU




Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ADAP MENZIARAHI JENAZAH DALAM ISLAM

Posted: 23 Aug 2014 04:09 PM PDT

Gambar Hiasan
Adap menziarahi jenazah dalam Islam

[1] Diam sejenak, membaca al-Fatihah, memakai pakaian warna gelap, memakai songkok, mengibarkan bendera separuh tiang bukanlah ajaran Islam.

Apa yang Islam ajar ialah:

- Mengucapkan "Inna lillah wa inna ilaihi rajiun" yang bermaksud "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." [Surah al-Baqarah 2:155-157]

- Mendoakan kebaikan kepada jenazah dan ahli warisnya.

- Membantu warisnya, seperti bantuan kewangan.

- Bagi seorang muslimat, masa berkabungnya adalah seperti berikut:

-- Jika kematian suami, wajib berkabung 4 bulan 10 hari.

-- Jika kematian selain suami, boleh berkabung tidak lebih 3 hari.

Sabda Nabi s.a.w.: "Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat berkabung lebih dari 3 hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu 4 bulan dan sepuluh hari." [Sahih al-Bukhari, no: 1202/1281, lihat juga surah al-Baqarah 2:234]

[2] Berdiri apabila jenazah atau kereta jenazah berlalu, maka ia adalah sunnah dan dibolehkan, meskipun jenazah itu seorang yang bukan Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika seorang dari kalian melihat jenazah dan dia tidak sedang berjalan bersamanya maka hendaklah dia berdiri hingga dia meninggalkan jenazah tersebut, atau jenazah sudah berlalu atau diletakkan sebelum dibawa pergi". [Sahih al-Bukhari, no: 1225/1308]

Dalam bab ini terdapat sebuah hadis daripada Ali bin Abi Thalib: "Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri (apabila jenazah melintas) kemudian duduk (apabila jenazah melintas)." [Sahih Muslim, no: 1598/962]

Berdasarkan hadis kedua ini, ada yang berkata hukum berdiri apabila jenazah melintas sudah dibatalkan. Namun pendapat yang lebih kuat adalah, hadis kedua tidak membatalkan hadis pertama, tetapi menunjukkan bahawa hukum berdiri yang dimaksudkan oleh hadis pertama apabila jenazah melintas adalah satu anjuran (sunat) dan bukan kewajipan.

[3] Apabila sudah dikenal pasti identiti jenazah, sebaiknya disegerakan pengurusan jenazah oleh penduduk Islam setempat dan dikebumikan di kawasan perkuburan Islam yang terdekat.

Amalan membawa balik jenazah ke Malaysia dan dikebumikan di kampung halaman tidaklah digalakkan.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersegeralah dalam menguruskan jenazah kerana jika dia orang yang soleh, maka hal itu ialah kebaikan yang kalian segerakan untuknya. Namun jika dia bukan orang soleh, maka hal tersebut adalah keburukan yang kalian lepaskan dari bahu-bahu kalian." [Sahih al-Bukhari, no: 1231/1315]

Dalam sebuah hadis yang lain: Jika jenazah diletakkan lalu dibawa oleh para laki-laki di atas bahu mereka, maka jika jenazah tersebut termasuk orang soleh maka dia (jenazah tersebut) berkata; "Bersegeralah kalian (membawa aku).

Dan jika bukan dari orang shalih, maka dia akan berkata; "Celakalah, ke mana mereka akan membawa (aku)?"

Suara jenazah itu akan didengar oleh setiap makhluk kecuali manusia dan seandainya manusia mendengarnya, tentu dia jatuh pengsan. [Sahih al-Bukhari, no: 1230/1314]

Hafiz Firdaus Abdullah

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kesal memfitnah, Nurul Izzah mohon maaf kepada Raja Nong Chik?

Posted: 23 Aug 2014 08:50 AM PDT

Nurul Izzah menangis sewaktu membuat kenyataan memohon maaf kepada Raja Nong Chik

Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain, selesai selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

"Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," katanya ketika membacakan kenyataan maaf itu.

Nurul Izzah berkata, terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat olehnya pada petang 4 Mei tahun lalu, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, serta ahli keluarganya.

Terdahulu, peguam M. Reza Hassan yang mewakili Raja Nong Chik berkata, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan berdasarkan terma penyelesaian yang dipersetujui, dan defendan pertama (Nurul Izzah) akan membacakan kenyataan maaf beliau di mahkamah terbuka. - BERNAMA

Peguam Edmund Bon mewakili Nurul Izzah dan peguam A. Lourdes Abishegam yang mewakili Mkini Dotcom Sdn. Bhd., pemilik portal berita Malaysiakini serta wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoong juga mengesahkan penyelesaian kes itu.


M. Reza turut memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya akan menarik balik saman terhadap wartawan Malaysiakini berikutan defendan kedua (Mkini Dotcom) akan menyiarkan kenyataan Nurul Izzah itu di laman sesawang Malaysiakini dalam tempoh tujuh hari.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed merekodkan penghakiman persetujuan tanpa sebarang perintah kos dan memerintahkan defendan kedua menyiarkan kenyataan maaf itu.

Sebelum prosiding itu berakhir, Hakim Nik Hasmat mengucapkan tahniah kepada pihak berkenaan yang menyelesaikan kes berkenaan secara baik.

Pada 17 Julai tahun lalu, Raja Nong Chik memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail di sini, iaitu sehari sebelum PRU-13.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah diterbitkan dalam laman sesawang Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lalu.

Beliau mendakwa, penerbitan kenyataan itu menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.

Sementara itu, di luar mahkamah, Raja Nong Chik memaklumkan pemberita bahawa beliau bersyukur kerana akhirnya kes berkenaan dapat diselesaikan.

"Alhamdulillah, setelah hampir setahun kes ini dapat diselesaikan dan sempena bulan yang baik ini (bulan Syawal), saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes dan meminta pampasan.

"Saya juga berpendapat kita harus bersatu kerana negara kita kini dalam suasana berkabung sempena memperingati tragedi MH17," katanya.

Suara Politik
Belantan

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Memang Betul Kan, Makin Lama Makin Ramai Orang Dah Tak Kisah Pasal Agama

Posted: 22 Aug 2014 11:11 PM PDT

1. Hari Berkabung Malaysia semalam; pada surfacenya nampak baik untuk diikuti.

2. Tapi kalau kau selidik betul2, segala apa yang cuba dianjurkan oleh kerajaan kita semalam...

3. Sebenarnya statusnya "bertentangan/tak betul/jangan diamalkan" dalam Islam.

4. Masalahnya, kalau kau cakap pasal benda ni, majoriti orang akan jawab "apa salahnya? Jangan kolot sangat? Jangan la jadi macam extremist!"

5. Logik akal memang nampak benda tu tak salah. Ada seorang penulis keyboard warrior terkenal "membolehkan" Hari Berkabung ni sebab dia kata "kalau kita pakai common sense, apa yang salahnya pasal memperingati mereka ni?"

6. Aku sendiri tak pasti. Kau nampak gambar bendera separuh tiang kat atas tu? Kenapa aku letak benda tu kat situ?

7. Aku sendiri tak tahu sebenarnya. Cuba kau bagitau aku ikut logik akal kau, kenapa bendera separuh tiang melambangkan penghormatan pada si mati?

8. Nak pakai logik akal dan common sense sangat, cuba bagitau aku kenapa..

9. Kalau kau cuba aje carik hujah2 yang dikeluarkan oleh Ustaz2 kita, kebanyakannya....menyatakan yang Hari Berkabung Malaysia ni tak sepatutnya diadakan.

10. Sharbery Cheek umum hari tu, "ini semua keputusan Jemaah Menteri."

11. Jadi persoalannya, adakah Jemaah Menteri minta pandangan ahli agama sebelum bertindak melancarkan atau meluluskan Hari Berkabung Malaysia tiap2 22 Ogos nanti?

12. Kita akan raikan hari tu tiap2 tahun...dan masalahnya, kalau kau tengok apa ustaz2 kita kata, apa yang kita akan buat tiap2 tahun tu haram.

13. Sebab itu semua amalan orang Nasrani.

14. Tapi oleh kerana masyarakat kita ramai yang kepandaian dia dah jauh melebihi agama sendiri dan dia boleh bend agama ikut apa yang dia kehendaki...akan adalah yang kata "apa salahnya semua ni?"

15. Kalau kau tengok masyarakat kita sekarang, kita selalu create benda yang tak ada...

16. Kemudian ramai yang pakat menyokong supaya benda tu diadakan.

17. Dan siapa2 yang membantah benda tu diadakan..akan dilabel sebagai "kolot, kuno, hidup zaman jahiliyah, fikiran tak progresif dan masih ditakuk lama."

18. Sampai satu masa bila agama Islam sendiri dah jadi batu penghalang kepada masyarakat kita mengadakan sesuatu benda.....

19. Jangan terkejut jika Islam tu sendiri dilepaskan untuk pastikan kita tak ketinggalan.

20. Zaman ini, siapa2 yang ikut agamanya 100% akan dianggap kuno. Mula2 sekali yang akan dicop 'manusia zaman lampau' ni adalah ahli agama. "Ahli agama tak cool kerana mereka tak seiring zaman dan membantutkan perkembangan tamadun manusia.."

21. Kau boleh cari sendiri banyak hujah yang menyatakan, apa yang negara kita sambut semalam, salah.

22. Ya, aku kuno. Suck my ass.

23. Tahniah Mufti Perlis kerana berani melawan arus yang akan makin lama makin deras.