Followers

Nuffnang

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


PEMUTUAN PADI - DATO' OTHMAN AZIZ, PENGERUSI MADA

Posted: 22 Aug 2014 09:16 PM PDT


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


KIPAS mengipas diri sendiri ... ngaku wibawa

Posted: 22 Aug 2014 09:31 PM PDT


Wan Azizah membidas pihak yang mengkritik beliau sebagai tak layak jadi MB Selangor.

Malah dalam mempertahanksn keupayaannya, beliau berkata secara tidak langdung bahawa beliau berkelayakan, berwibawa dan bersungguh2.

Yang orang persoal betul adalah kebolehsnnya menjadi pemimpin negeri Selangor. Seorang pemimpin tak kata dirinya sanggup jadi boneka.

Seorang pemimpin tak boleh serang orang kerana nepotisma tapi dirimya kini yg begitu jelas amalkan nepotisma dengan terbuka.

Seorang pemimpin tak boleh hilang konsentrasi dalsm masa sejam sesuatu mesyuarat.

Seorang pemimpin tak boleh kata dirinya bersungguh2 tapi masyarakst dan pengikut yg katakan.

Ini kena tanya orang ksjang akan berapa kerap beliau ambil pot tentang rakyat trmpatsn.

Setakat sumbangsn sebagai ketua pembangkang di psrlimen, itu bukan ktiteria penying untuk jadi MB. Sebab kerja MB perlu kebolehan mentadbir

Nak kata dirinya berwibawa, cuba tanya diti sendiri adakah beliau hayati sifat kepimpinan nabi muhammad untuk bersifat siddeq amanah tabligh dan fatanah.

Baca seterusnya di

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wan-azizah-bidas-kritikan-beliau-tak-layak-jadi-mb-selangor

Exco balun Ketua AMK, Naib balun Naib ... Parti Kecuh Riot

Posted: 22 Aug 2014 08:09 PM PDT


Padan ada bekas Duta sibuk suruh orang balun Tun M

Posted: 22 Aug 2014 06:28 PM PDT

Bekas Duta US ke Malaysia yang merupakan penyokong Anwar Ibrahim


Ada seorang bekas duta dok talipon orang dan pemimpin sana sini untuk balun Tun M. Tapi dia sendiri tak mahu balun.

Akhirnya ada Menteri balun dia. Kau nyamun kiri kanan tapi bila defend boss ko suruh orang lain.  Dahlah dia nyamun duit PRU13. Memang haramjadah punya opportunis.

Kebanyakkan hanya kata sokong PM tapi masih hormat Tun M. Memang duta ini nak ampu boss hingga sanggup pecah belah parti. Kesian ada si juling seorang yang termakan cakap untuk balun anak dia pulak. Blog dia ni dah lari fokus akhir-akhir ini. Dah tak cun info dia sekarang ...

ENtahlah adakah Duta ini berperanan untuk menyempurnakan dendam Amerika Syarikat, Britain dan Israel?

Berikut tulisan The Flying Kick ...


Ramai yang tidak tahu "Dendam Amerika dan Britain" pada Tun Mahathir sepanjang usaha beliau meletakkan Malaysia di persada dunia. Kita bersyukur beliau masih selamat dan sihat untuk boleh berbicara dan hidup bersama dengan kita seadanya hingga ke saat ini.

Bukan kita tidak tahu licik dan tegarnya Amerika dan Sekutu Barat dalam menyempurnakan dendam kesumat mereka terhadap seseorang. Mereka sanggup membunuh secara sulit maupun terang terangan.

Ingatkah lagi bagaimana King Faisal yang telah dibunuh CIA pada 1975 kerana mempertahankan Palestine dan mengugut barat secara terbuka? Masih ingatkah peristiwa September 11 yang mereka taja untuk robohkan Sadam dan Iraq? Dan hari ini konspirasi MH370 dan MH17 yang kita semua boleh agak angakara siapa?

Pada tahun 1981 dahulu Tun dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membeli Gutrie 'secara percuma' yang dengan strategi 'Dawn Raid 81' hanya selepas 2 bulan beliau jadi Perdana menteri. Mereka telah melalui pelbagai cabaran dari negara bekas penjajah yang telah 160 tahun menguasai tanah-tanah di negara ini dan memerangkap Raja-raja serta Umat Melayu dengan pelbagai tipu muslihat.

Selepas kejayaan 'merampas Gutrie' itu Tun Mahathir terpaksa 'mengajar Britain' dengan polisi 'Buy British Last'. Beliau alihkan pula kiblat teknologi dan ekonomi kepada 'Look East Policy'. Bagi kami inilah kejayaan nasional dari jasa mereka yang tidak ternilai harganya. TSKI hanyalah 'kenderaan' negara untuk misi ini. Semua saham atas nama beliau telah pun dijual semula. Mungkin kerana itu RM 70 juta bakinya dihapus kira… wallahuaklam.

http://prihatin.net.my/v3/2014/08/17/lagenda-dawn-raid-1981-menggegarkan-negara/

Teruskan SINI

Harap Duta ini tidak terlibat tapi kalau nak pecah belahkan UMNO, bukankah dia membantu? Malah kalau ambil rasuah untuk kayakan diri pun membantu Israel merssakkan negara Islam yang paling progressif ini.

Fikirkan ...

Orang kata Melayu mudah lupa. Duta ini betul lupa jasa Tun M yang pernah beri dia peluang naik untuk jadi Menteri dengan portfolio utama dan diketepikan hingga digugurkan ketika zaman Pak Lah. Unspinners ingat ketika itu dia mengekor juga Tun M ke sana kemari ...

16 exco AMK boikot Nik Nazmi? Kire bersatulah tu...

Posted: 22 Aug 2014 07:27 AM PDT


Exco baru AMK boikot ucapan sulung Nik Nazmi


Seramai 16 exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru dipilih bertindak meninggalkan dewan persidangan sebelum ketua baru mereka, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan sulungnya dalam Kongres AMK lewat petang ini.

Timbalan Ketua AMK yang baru dipilih Dr Afif Bahardin berkata kesemua exco dari kem AMK Baru itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua AMK di cabang Pensiangan yang sebelum ini memihak kepada regunya Amirudin Shari.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata keputusan terbaru pemilihan di kawasan itu yang menyebabkan calon ketua mereka Amiruddin tewas sedangkan permilihan pertama kemenangan memihak kepada ADUN Batu Caves itu.

"Ia sebab situasi di mana keputusan pemilihan dah jadi banyak kumpulan. Ada beberapa perkara (yang tidak puas hati) termasuk (keputusan) ketua AMK," katanya sambil menegaskan sokongan terhadap Nik Nazmi.

"Bukan mudah untuk bekerja dan nak rapatkan saf semua pihak menjadi satu AMK. Keputusan (Nik Nazmi menang) diumum semalam, jadi ada banyak perkara yang belum selesai," katanya.

Baca seopenuh di SINI


Wanita PKR sedia hadapi PRN S'ngor?

Posted: 22 Aug 2014 05:51 AM PDT




Hebat ... dah bersatu padu. Satu hati. Sokongan padu.

Akarumbi malu PAS jadi Parti U Turn SeMalaysia

Posted: 22 Aug 2014 04:17 AM PDT




Ahli PAS membantah di hadapan Masjid Melayu Lebuh Acheh Pulau Pinang lepas sembahyang

Isunya kenapa PAS U Turn.

Tiada bendera separuh tiang untuk wira Lahad Datu?

Posted: 22 Aug 2014 12:26 AM PDT


Keluhan dari BALU Pewira Lahad Datu.

Kenapa begitu hebatnya kerajaan menyanjung ketibaan Mangsa Pesawat MH17.  

Kenapa tidak kepada suami kami yang terkorban semasa Pertempuran di Lahad Datu dulu.  

Adakah mangsa pesawat MH17 lebih PERWIRA dari suami kami? ohhh Negara.....adilkah ini.

Malaysia Tanah Airku...

Copy paste dri.group wassap komando malaysia. Utk renungan bersama

-------------




Nukilan hati seorang perajurit..!! 

Istiadat Penghormatn Negara terhadap mangsa trajedi MH17..khdirn DYM Agong, PM & Menteri Kebinet..dan siap berkabung sluruh rakyt malaysia..

Siapa dn apakah smua pnumpng rakyt mlysia yg terlibt dlm nahas tersebut seorg wira dn pahlawan negara yg terkorban sama sperti psukn keselamatn yg gugur dalam misi luar negara yang terkorban di Bosnia  & Herzegovina..???

Adakah istiadat penghormatan negara diadakan sama seperti wira- wira pahlawan yg gugur dalam tragedi pencerobohan yg di Lahad Datu demi mempertahankan kedaulatan Negara..!!!sama2 kite fikir-fikirkan dn renung- renungkan...!!!!🇲🇾🇲🇾🇲

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Sama-sama berdoa, mengenang mangsa #MH17.

Posted: 22 Aug 2014 09:38 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu dalam menghadapi suasana sedih pada Hari Perkabungan Negara bagi memperingati tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Perdana Menteri turut meminta rakyat supaya sama-sama mendoakan dan mengenang mangsa-mangsa tragedi tersebut.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi saat-saat memilukan ini dan sama-sama berdoa.

"Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang dirasai ketika melihat jenazah dibawa pulang, doa dan harapan saya mengiringi mangsa dan keluarga MH17," katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, Najib dalam laman Facebooknya berkata, seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dan sama-sama berdoa dengan waris serta kenalan mangsa-mangsa tragedi pesawat MH17.

Menurut beliau, seluruh negara berkabung di atas pemergian mereka dan jenazah mangsa tragedi itu mula dibawa pulang ke tanah air hari ini.

"Bulan lalu, sebanyak 43 rakyat Malaysia terkorban di timur Ukraine. Hari ini, kita berkabung di atas pemergian mereka. Hari ini, kita membawa mereka pulang.

"Simpati dan doa kita kepada para waris dan kenalan semua mangsa. Hari ini, kami semua bersama anda," katanya.

Najib menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pesawat khas yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi sebelum dihantar ke lokasi yang ditetapkan keluarga masing-masing untuk dikebumikan atau disemadikan.

Suara politik
Belantan

Jenazah mangsa MH17 disambut dengan istiadat penuh ketenteraan, seluruh negara berkabung!

Posted: 22 Aug 2014 07:51 AM PDT

Ketibaan pesawat yang membawa jenazah 20 warga Malaysia selamat mendarat di KLIA

Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa jenazah 20 warga Malaysia mangsa nahas pesawat Penerbangan MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi tadi.


Keranda jenazah mangsa tragedi sedang diturunkan dari pesawat khas dan diusung oleh pasukan tentera

Kesemua jenazah itu telah disambut dengan satu istiadat penuh ketenteraan sebagai tanda penghormatan.

Yang Di Pertua Agong bersama-sama Perdana Menteri dan menteri Kabinet turut sama bertafakur bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi pesawat #MH17.



Datuk Seri Hishammuddin Hussein memeluk ahli keluarga mangsa tragedi

Kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) termasuk kru teknikal, pramugari dan pramugara berkumpul di hadapan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini untuk menzahirkan rasa simpati pada majlis penghormatan jenazah



Detik rakyat bertafakur seketika diseluruh negara



Konvoi kenderaan jenazah yang membawa mangsa tragedi MH17 dibawa keluar selepas upacara penghormatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini.

Di bawah adalah maklumat pergerakan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17:

1. Mastura binti Mustafa:
Laluan: KLIA-LRUS-Tol Senawang-Jln Seremban-Kuala Pilah-Masjid Taqwa, Paroi-Tanah Perkuburan Paroi.

2. Ahmad Hakimi Hanapi:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-Lebuh Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin-Lebuh Precint 20

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin:
Laluan: KLIA- L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Wangsa Maju (Rumah Jenazah)-Tanah Perkuburan Gombak

4. Nur Shazana Mohamed Salleh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-L/raya Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin - Lebuh Precint 20

5. Dora Shahila Kassim:
(akan diberitahu kemudian oleh PDRM)-Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara

6. Foo Ming Lee:
Laluan: KLIA- L/rata Elite-L/raya Max- Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

7. Karamjit Singh Karnail Singh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya KESAS-Susur Seksyen 20-Nirvana Shah Alam

8. Ng Qing Zheng:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

9. Mabel Anthony Samy:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

10. Paul Rajasingam Sivagnanam:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

11. Elisabeth Ng Lye Ti:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Bulatan Kuari-Xiao En Bereavement

12. Lee Hui Pin:
Laluan:KLIA- L/raya Elite- L/raya Kesas-Susur USJ-Rumah Mangsa

13. Angeline Premila Rajandaran:
Laluan:KLIA- L/raya Elite-L/raya Kesas-Susur Banting/Klang-Jln Ampuan Rahimah -Rumah mangsa

14. Ariza Binti Ghazalee:
Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)

15. Muhammad Afif Bin Tambi:
Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)

16. Rahimmah Noor:
Laluan: KLIA-LTAS Ipoh (Charlie C130) LTAS-Jalan Persiaran Azlan Shah-Jalan Azlan Shah-Jejantas Jalan Gopeng-Jejantas Pantai Puteri-Jalan Tambun-Jalan Tambun Ampang-Tanah Perkuburan Kg Masjid Lama Tambun, Ipoh.

17. Chong Yee Pheng:
KLIA-LTAS Ipoh -Jalan Persiaran Azlan Shah-Rumah

18. Azrina Binti Yakob:
Laluan: KLIA -LTAS Ipoh (c)-LTAS-LP Tekah, Taiping, Jalan Tekah-Masjid Al Hidayah Assam Kumbang-Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, Taiping.

19. Mohd Ali Md Salim:
Laluan: KLIA-IKBN Pagoh (LP-Helikopter)-IKBN-Jalan Pagoh-Pekan Pagoh-Jalan Sengkang-Jalan Kg Raja (Tanah Perkuburan)

20. Hasni Hardi Bin Parlan:
Laluan: KLIA-LP Padangan B Sek.Tinggi Segamat (Helikopter)-Masjid Jamek Segamat-KM185-198 Jalan Johor Bahru-Seremban-Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kg paya Luas, 85100 Batu Anam, Segamat Johor.

10 lagi jenazah warga negara Malaysia yang sudah dikenal pasti tetapi masih berada di Amsterdam kerana perlu melalui proses tertentu dan akan diusahakan untuk dibawa pulang secara berperingkat-peringkat bermula hari Ahad ini.

Lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah bagi dua anak kapal MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi serta Allahyarhamah Nur Shazana Mohamed Salleh di Masjid Putra di Putrajaya, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham Hasni Hardi Parlan selamat tiba di Padang B berhampiran Sekolah Tinggi Segamat, hari ini.

Jenazah Ariza Ghazalee & anak lelaki, Muhammad Afif Tambi dlm perjalanan pulang ke Sarawak


Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied kelihatan bersama - sama anakanda beliau. Semoga beliau tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.

Isteri kepada pembantu juruterbang, Allahyarham Ahmad Hakimi menyiram air ke atas pusara suami tercinta sambil mendukung satu-satunya putera mereka, Abderrahman.


Jenazah Mohd. Ali Mohd Salim diusung ke dalam masjid IKBN Pagoh, Johor untuk disembahyangkan

Adik ni merayu kepada semua yang ada dia nak tengok muka mama dia walaupun sedikit, nak peluk dan nak minta maaf sempena Hari Raya, tapi keranda tak boleh dibuka. Sungguh sebak hati ini mendengarnya. Ya Allah, Kau berilah ketabahan kepada anak ini dan Kau ampunilah segala dosa ibunya serta tempatkan lah dia di dalam jannah-Mu.



#MH17 dalam ingatan...Salam takziah dan Al-Fatihah...

Suara Politik
Belantan


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:53 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya. Takziah #MH17

Posted: 22 Aug 2014 07:02 PM PDT

MB Kelantan Pun Sudah Tunduk Dengan Kit Siang?

Posted: 22 Aug 2014 05:48 PM PDT

Al Fatihah : Jenazah Dato Noor Zahidi Omar Tiba Di Malaysia

Posted: 22 Aug 2014 08:30 AM PDT

Doa Dato Seri @Najibrazak Untuk #MH17

Posted: 22 Aug 2014 07:00 AM PDT


Ketika Rakyat Malaysia Berkabung, Ada Juga CyberTrooper Pembangkang Yang Masih Buat Kerja Bodoh

Posted: 22 Aug 2014 05:30 AM PDT


Tidak habis habis hendak menyalahkan orang dan buat propaganda. Insaflah !!!

Gambar Sedih : Ratapan Sayu & Sedih Anak Mangsa #MH17

Posted: 22 Aug 2014 04:00 AM PDT





SAYU... Abderrahman Ahmad Hakimi Hanapi, 9 bulan, anak lelaki kepada pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, didukung oleh rakan sekerja dari MAS ketika solat jenazahnya di Masjid Putra, Putrajaya, sebentar tadi. - Foto NSTP


 Anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa menangis di sisi jenazah ibunya


  ALIF Hazim, 2, anak mangsa kru penerbangan pesawat MH17, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, memeluk keranda arwah ibunya sebelum disembahyangkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim

Wajah Empat Orang Pilot Yang Membawa Pulang Pesawat Jenazah #MH17

Posted: 22 Aug 2014 03:00 AM PDT






Tahniah. Barisan pilot kita yang membawa pulang jenazah mangsa #mh17 ke Malaysia dengan selamat

Malaysia Berkabung, Takziah Untuk Keluarga Mangsa #MH17

Posted: 22 Aug 2014 02:00 AM PDT










22 Ogos 2014, Malaysia Berkabung, Al Fatihah #MH17

Posted: 22 Aug 2014 01:00 AM PDT







Saat Malaysia Berkabung, PKR Sedang Sibuk Mencari "Syaitan" Di Shah Alam

Posted: 21 Aug 2014 11:32 PM PDT



Siapakah "syaitan" yang dimaksudkan oleh Shamsul Iskandar? Beranikah beliau berterus terang dedahkan nama tersebut? Jika orang itu digelar "syaitan" apakah yang ada dalam PKR sekarang semua "ulama dan para solehin"?