Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Najib harus terajang pengampu dan batu api yang hujah cetek

Posted: 21 Aug 2014 05:22 PM PDT


Ekoran teguran Tun Dr Mahathir, berkeliaran pengampu dan batu api yang mahu ampu Dato Najib untuk konon pertahankannya. Ada berhujah dengan menyerang anaknya Mukhriz. Adakah seorang ayah harus diugut dengan anak?

Ada pula bekas Semangat 46 yang masih dengan hujah basi yang mana setiap hujah itu boleh didedabtkan tapi disenarai seolah-olah semuanya salah Tun Mahathir. Mereka ni kenapa tak masuk saja DAP?

Antaranya ada pula seekor berjanggut yang sampai menalipon seorang Menteri suruh belasah Tun. Reaksi Menteri tersebut adalah memaki si pengampu ini. Kau sapu kiri kanan depan belakang tapi bila suruh orang lain balun Tun Mahathir.

Teringat sijanggut berpura-pura mengkagumi Tun ketika diberi peluang menjadi Menteri dan mahu ampu Tun untuk diberi peluang dipilih balik jadi Menteri. Harap dia tidak akan jadi Menteri lagi malah tidak lagi dicalun bertanding di pilihanraya.

Tolonglah Dato Najib nyahkan kaki ampu sedemikian yang hanya merosakkan perpaduan parti. Nyah juga mereka yang pertahankan Dato Najib dengan hujah yang tidak lebih matang dan bijak dari kanak-kanak sekolah rendah. Baca jebat Must Die SINI

Harap Dato Najib ambil kira apa yang ditulis Jentayu Abaka di SINI semalam. Kami petik sedikit berikut:

-----------------------

Tahun 2018 semakin menghampiri, DS Najib perlu memberi perhatian yang lebih kepada politik, bukannya ekonomi sahaja.

Kecacamerbaan gabungan pembangkang mentadbir negeri Selangor memberi gambaran kepada pengundi di Selangor bahawa pada masa hadapan, kesilapan tidak sepatutnya diulangi.

Persoalannya, tatkala mereka cacamerba adakah UMNO Selangor sudah bersedia? Adakah perpaduan dalam UMNO sudah diperkukuhkan? Apakah komponen BN Selangor sudah bersedia?

Inilah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh DS Najib dan TS Muhyidin dengan kadar segera.

Memandangkan minat yang mendalam Tun Dr. Mahathir dalam politik masih sehat, saya ingin mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baharu. Kejayaan memenangi Kedah juga kerana sentuhan Tun Dr. Mahathir di Kedah semasa PRU13, dan saya sangat yakin sentuhan Tun Dr. Mahathir di Selangor boleh menutup lompang kepimpinan UMNO/BN Selangor yang masih belum diperbaiki sepenuhnya.

Tengku Razaliegh Hamzah semasa memimpin Semangat 46 pernah membawa allahyarham Tunku Abd. Rahman untuk membantunya,TG Nik Aziz yang seusia dengan Tun Dr. Mahathir masih menjadi rujukan parti PAS, manakala DAP masih tidak boleh membuang Lim Kit Siang, begitu juga PKR walau DS Anwar sudah dua kali menyuarakan hasrat untuk bersara tetapi kepimpinan PKR tahu parti itu akan hancur tanpa DS Anwar, maka mengapa kita tidak mengambil kesempatan di atas kehendak Tun Dr. Mahathir yang masih bersemangat memperjuangkan masa depan bangsanya.

Alang-alang melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Proton di Shah Alam, apakah sangat bezanya melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat kepada UMNO/BN Selangor di Shah Alam juga.

Lagipun DS Najib masih tetap juga sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Saya yakin jika Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat UMNO/BN di Selangor, ada orang di dalam pakatan rakyat tidak akan boleh tidur lena.

DAP mahu duit MB Inc Selangor untuk Impian Sarawak

Posted: 21 Aug 2014 08:25 AM PDT


Kelantangan PAS Sarawak dalam menyokong Khalid Ibrahim sangat terserlah apabila mereka mendapat tahu penglibatan DAP dalam isu MB Selangor sebenarnya adalah untuk menguasai GLC di Selangor.




Apabila dapat menguasai, maka sebahagian pendapatan GLC di Selangor dapat disalurkan untuk membantu kempen pilihanraya Negeri Sarawak yang diramal akan diadakan paling lewat tahun 2016.

Apa yang membimbangkan PAS ialah peruntukan tersebut tidak satu sen pun membantu PAS; malah DAP dan PKR berkomplot tidak mahu berkompromi dengan kerusi PAS di Sarawak. 



Memang patut PAS sedaya upaya menolak penglibatan DAP dalam urusan kerajaan Selangor.



Kami tidak hairan isu merebut jawatan MB Selangor ini berkait rapat dengan usaha DAP mengukuhkan kewangan bantuan kempen di Sarawak. Dan ini mungkin jawapan kenapa isu Kristian dan perkauman sudah mula disebarkan di Sarawak. 

Sesungguhnya DAP memerlukan peruntukan yang lebih untuk bergerak ke setiap kawasan pedalaman meracuni pemikiran penduduk di Sarawak.


Buat cerita tak ubah persepsi LEMBAB dan KARAT Suhaizan Kaiat

Posted: 21 Aug 2014 05:30 AM PDT


Bukan orang UMNO yang kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sebagai lembab dan lebih teruk dari mantan KP Nasaruddin Hassan Tantawi yg dikatakan lebai konservatif.

Entah apa perlunya dia nak buat cerita Haji Hadi sebut nama Azmin pada Sultan dan langsung memberi asas palsu bahawa PAS juga mahu Azmin.

Bodoh ...



... kerana cerita tak betul pasti dinafikan Dato Haji Hadi Awang. Malah Sallehim Mukhyi pun nafikan.

Oleh itu, apa Suhaizan nak kelentong lagi. Banyak sangat kelentong tak jadi....

Jauh steady KJ dari Suhaizan. Lembab berkarat ...


Bila Rafizi nafi, memungkinkan "Dokumen Rahsia" BUKAN PALSU

Posted: 21 Aug 2014 03:24 AM PDT


Setiap yang Rafizi kata atau tuduh, selalunya bohong. Oleh kerana Rafizi sudah nafi dokumen rahsia berikut dan hujahnya berasaskan hal-hal kecil, macam apa lain yang terkeluar dari mulutnya, sama saja bohong. 










PAS PISS PUS ... Pusing ingatan Saari Sungip

Posted: 21 Aug 2014 01:30 AM PDT



PAS Piss Pus makna omputihnya PAS yang kencing keluar nanah.

Nama baru pula PAS Parti Anwar Semalaysia.
PISS pula bermaksud Pusingan Ingatan Saari Sungip


PUS Parti Uturn Semalaysia.

Ciri2 baru PAS ....







Cina tolak Parti U-Turn atau Cina yang U- turn?

Posted: 20 Aug 2014 11:30 PM PDT


Berikut suara cina tentang Parti U turn Semalaysia....





Manakala surat khabar cina menulis berikut ...










Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Abdul Hadi perlu tegas hapus parasit dalam Pas?

Posted: 21 Aug 2014 09:41 PM PDT


Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta bertegas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki beliau sebagai Presiden Pas untuk menghapuskan golongan parasit dalaman daripada terus menghancurkan parti itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tanpa ketegasan itu, suara dan perjuangan ulama di dalam Pas akan tenggelam kerana 80 peratus daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat telah dikuasai oleh golongan berkenaan.

Beliau berkata, krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membuktikan bagaimana pengaruh kumpulan parasit itu yang terdiri daripada golongan profesional berjaya menenggelamkan suara ulama sehingga Pas terpaksa patuh kepada keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya rasa selama ini Presiden Pas terlalu berlembut. Beliau sepatutnya menjadi pemimpin yang lebih tegas dan tahu bagaimana caranya menjinakkan pemimpin bawahannya untuk memastikan dasar parti tidak lagi tersasar.

"Abdul Hadi perlu menggunakan kuasanya sebagai Presiden dan itu bukanlah satu masalah kerana jika tidak, para pemimpin yang tidak menyokongnya akan mengambil kesempatan sehingga berlaku seperti sekarang," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz seperti dilaporkan Utusan Malaysia baru-baru ini yang menyifatkan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai kemuncak toleransi dan setiakawan Pas dalam pakatan pembangkang.


Sabtu lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Keputusan berkenaan sekali gus menolak pendirian Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Hasan berkata, pandangan Nik Abduh itu menggambarkan ketidakselesaan Pas di dalam pakatan pembangkang namun realitinya, parti itu terpaksa mematuhi apa sahaja keputusan yang telah diatur oleh sesetengah pemimpin yang menyokong PKR dan DAP.

"Kenyataan Nik Abduh dan (bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat) Nasrudin Hassan sentiasa seiring dengan parti setiap kali memberi pendapat tetapi kalau sekadar memberi pandangan apa gunanya kerana keputusan parti akhirnya dipengaruhi oleh parasit ini.

"Kumpulan parasit ini semakin kukuh bertapak malah di media sosial atau pun forum-forum pembangkang merekalah yang hadir mewakili parti. Jadi sokongan itu semakin bertambah terutama daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Kemelut MB Selangor - Adakah RM3.2b bakal digunakan untuk biayai demonstrasi?

Posted: 21 Aug 2014 09:51 AM PDT



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta menjelaskan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor yang dianggarkan berjumlah RM3.2 bilion akan digunakan untuk membiayai demonstrasi jalanan secara besar-besaran jika isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip (gambar bawah) berkata, Anwar perlu memberi penjelasan sama ada persoalan yang ditimbulkan oleh sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benar atau sebaliknya.

Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan demonstrasi besar-besaran tersebut dirancang pada skala yang menyerupai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok, Thailand pada awal Jun lalu.

"Apakah benar dana sebanyak RM3.2 bilion itu akan digunakan untuk penganjuran demonstrasi yang bertujuan menghuru-harakan negara dan memberi tekanan terhadap mahkamah sebelum rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini?.


"Saya meminta Anwar menjawab persoalan yang timbul ini secara jujur agar rakyat tahu kisah yang sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Zahid menambah, sekiranya Anwar mempunyai niat sebegitu, beliau mesti melupakan rancangan itu kerana wang rizab kerajaan negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukannya milik keluarganya.

Sekiranya dakwaan sumber dalaman PKR itu benar, beliau menggesa Anwar membatalkan penganjuran demonstrasi jalanan yang boleh menjejaskan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat.

"Saya amat mengenali Anwar, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadinya," jelasnya.

Muhammad Zahid turut mempersoalkan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor itu akan digunakan oleh pengganti Abdul Khalid untuk tujuan lain yang tidak memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AL-FATIHAH DAN TAKZIAH BUAT MH17

Posted: 21 Aug 2014 04:56 PM PDT


Hari ini 22 Ogos 2014, negara kita akan berkabung dan bertafakur selama 1 minit serentak seluruh Malaysia.

Orang ramai boleh menonton secara langsung di TV dan mendengar siaran di semua stesen radio bermula jam 10 pagi.

1. Bendera akan dikibarkan separuh tiang.
2. Orang ramai digalakkan memakai baju berwarna gelap.
3. Orang ramai diminta berdiri sebentar bertafakur dan membaca Al-Fatihah.
4. Pemandu kereta diminta memberhentikan kenderaan di tempat selamat dan berdiri sebagai tanda horma (pergerakan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang akan dihentikan sementara).
5. Sebarang aktiviti ketika waktu bertafakur diminta diberhentikan sementara.
6. Sistem perkhidmatan LRT juga akan diberhentikan sementara selama waktu yang ditetapkan, seminit.
7. Semua stesen tv dan radio tidak akan menyiarkan rancangan berbentuk hiburan.

Bertafakur sebagai tanda penghormatan kita kepada mangsa MH17 dan mari kita membacakan Al-Fatihah untuk arwah-arwah yang telah mendahului kita.


DI SEBALIK KRITIK TUN DR MAHATHIR DAN TUDUHAN KE ATAS NAJIB DI JERMAN

Posted: 21 Aug 2014 08:56 AM PDT

DS NAJIB BERSAMA TUN DR. MAHATHIR
Tun Dr Mahathir Tidak Bermaksud Begitu
Kritikan terbuka Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah diperjelaskan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir bahawa bukannya bermaksud beliau mahu DS Najib meletak jawatan.

Kebimbangan Tun Dr. Mahathir perlu diberi perhatian yang serius, namun begitu kita semua harus sedar bahawa DS Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Namun, prestasi DS Najib dalam PRU13 amatlah cantik dengan penambahan kerusi UMNO di dalam parlimen serta pengambilalihan semula Kedah.

Anda selalu berkata, wang RM1.00 pada tahun 1980an boleh membeli sebungkus nasi lemak, air sirap dan gula-gula. Tetapi hari ini, wang RM1.00 hanya boleh apa?

Maka, bererti negara kita berputar dengan pantas. Apabila Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatannya pada tahun 2003, Pak Lah mewarisi sebuah kerajaan yang kuat. Malah, ianya bertambah kuat apabila Pak Lah menang besar dalam PRU11 pada tahun 2004.

Namun begitu, pembebasan DS Anwar pada tahun 2004 telah digunakan sebaik-baiknya oleh pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Pak Lah pada tahun 2008. Dan lebih buruk lagi, NGO-NGO luar negara beraksi dengan sangat agresif untuk membantu Anwar dan pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan semasa PRU12. Namun, rakyat masih memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN sehinggalah kepada PRU13.

Dengan kemenangan besar pakatan pembangkang pada tahun 2008 dan 2013, ianya tidak membolehkan DS Najib untuk bertindak agresif di dalam kerajaan, sebagaimana kehendak rakyat sekarang. DS Najib mewarisi sebuah kerajaan yang sudah tidak ada lagi ISA, malah Akta Hasutan turut dicadang hendak dimansuhkan oleh sesetengah pihak.

Seorang rakan sekolahan Cina saya berkata, "kerajaan perlu mengembalikan ISA dan mempertahakan Akta Hasutan". Dia berkata lagi, "ISA dan Akta Hasutan sangat penting sebagai langkah awal pencegahan kepada musibah persengketaan yang lebih besar". Kalau begitu, semasa PRU14 undilah kerajaan, kerana kerajaan memerlukan sokongan 2/3 dalam Parlimen untuk meminda undang-undang.

Jasa Tun Razak
Tun Razak, adalah Presiden UMNO yang membawa semula Tun Dr. Mahathir menyertai semula UMNO pada awal tahun 1970an. Semua orang gembira atas kepulangan Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO selepas persengketaan beliau dengan Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj berjaya diselesaikan.

Tun Razak melantik Tun Dr. Mahathir di dalam kerajaan dari satu tingkat menteri ke tingkat menteri yang lebih kanan. Tun Dr. Mahathir dilantik ke jawatan Menteri Perdagangan, Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri setelah Tun Hussien Onn melepaskan jawatan atas sebab kesihatan.

Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya membuat perkara yang sama kepada DS Anwar dengan melantik DS Anwar ke banyak kementerian sehinggalah kepada Pemangku Perdana Menteri. Beza Tun Dr. Mahathir dengan DS Anwar, ialah Tun Dr. Mahathir seorang yang sabar, setia dan tidak menikam dari belakang. Manakala Anwar jelas seorang yang tidak sabar, tidak setia dan menikam dari belakang (lihat kes allahyarham Tun Ghafar Baba).

Manakala, DS Najib juga mewakili sifat sabar, setia dan tidak menikam dari belakang. Siapakah pula yang mewarisi sifat DS Anwar di dalam UMNO sekarang? Adakah?

Tuduhan DS Najib Sakit & Dirawat Di Jerman
DS Najib berada dalam sistem yang terbuka di mana pada zaman Tun Dr Mahathir tidak ada tweeter dan FB misalannya, manakala di zaman DS Najib maklumat sama ada benar atau palsu merebak sepantas kilat. Malah, maklumat sulit dalam kerajaan tersebar dengan begitu pantas.

Beberapa hari yang lalu, di kalangan pemimpin pembangkang disebar berita kononnya DS Najib sakit dan dirawat di Jerman. Walhal, DS Najib sudah pun berada di Kuala Lumpur.

Hari ini, anda boleh berkata tukar semua kepimpinan tertinggi UMNO dan sekaligus tukar semua kepimpinan tertinggi kerajaan. Saya berkata tidak mungkin, DS Najib dan TS Muhyidin Yassin masih merupakan gandingan penting kepada UMNO dan kerajaan. Adakah anda berfikir anak muda itu bertanding Timbalan Presiden tahun hadapan?

Maka, kita tidak akan berjaya sekiranya kita masih diulit fantasi lama, kejayaan yang lama tidak boleh menjadi satu lagi kejayaan yang sama pada hari ini. Suasana, kekuatan dan kemampuan tidak pernah sama. Anda boleh katakan Pak Lah seorang Perdana Menteri yang lemah, tetapi di zaman Pak Lah jua Malaysia sampai di bulan. Anda boleh katakan di zaman DS Najib sangat lemah, namun DS Najib berjaya memenangi semula Kedah dan Perak selain menambah kekuatan UMNO di dalam parlimen.

PRU14- DS Najib Perlu Lebih Perhatian Kepada Politik
Tahun 2018 semakin menghampiri, DS Najib perlu memberi perhatian yang lebih kepada politik, bukannya ekonomi sahaja.

Kecacamerbaan gabungan pembangkang mentadbir negeri Selangor memberi gambaran kepada pengundi di Selangor bahawa pada masa hadapan, kesilapan tidak sepatutnya diulangi. Persoalannya, tatkala mereka cacamerba adakah UMNO Selangor sudah bersedia? Adakah perpaduan dalam UMNO sudah diperkukuhkan? Apakah komponen BN Selangor sudah bersedia? Inilah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh DS Najib dan TS Muhyidin dengan kadar segera.

Memandangkan minat yang mendalam Tun Dr. Mahathir dalam politik masih sehat, saya ingin mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baharu. Kejayaan memenangi Kedah juga kerana sentuhan Tun Dr. Mahathir di Kedah semasa PRU13, dan saya sangat yakin sentuhan Tun Dr. Mahathir di Selangor boleh menutup lompang kepimpinan UMNO/BN Selangor yang masih belum diperbaiki sepenuhnya.

Tengku Razaliegh Hamzah semasa memimpin Semangat 46 pernah membawa allahyarham Tunku Abd. Rahman untuk membantunya,TG Nik Aziz yang seusia dengan Tun Dr. Mahathir masih menjadi rujukan parti PAS, manakala DAP masih tidak boleh membuang Lim Kit Siang, begitu juga PKR walau DS Anwar sudah dua kali menyuarakan hasrat untuk bersara tetapi kepimpinan PKR tahu parti itu akan hancur tanpa DS Anwar, maka mengapa kita tidak mengambil kesempatan di atas kehendak Tun Dr. Mahathir yang masih bersemangat memperjuangkan masa depan bangsanya.

Alang-alang melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Proton di Shah Alam, apakah sangat bezanya melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat kepada UMNO/BN Selangor di Shah Alam juga. Lagipun DS Najib masih tetap juga sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Saya yakin jika Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat UMNO/BN di Selangor, ada orang di dalam pakatan rakyat tidak akan boleh tidur lena.

Bacaan Ulangan anda di SINI


AKHIRNYA NURUL IZZAH MENGAKU AKAN DOSANYA

Posted: 21 Aug 2014 05:10 AM PDT


Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini
mengeluarkan kenyataan maaf berhubung kenyataannya mengenai Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Berikut kenyataan Nurul Izzah:

KENYATAAN MAAF DEFENDAN PERTAMA

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk "Dato' Raja Nong Chik Zainal Abidin's Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million".

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Laluan Konvoi Membawa Jenazah #MH17

Posted: 21 Aug 2014 07:53 PM PDT



Konvoi diiringi oleh unit bermotorsikal dan MPV Trafik PDRM. Sila berikan laluan dengan memperlahankan memberhentikan kenderaan dengan menghimpit ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi.
___________________________

1.MASTURA MUSTAFA

KLIA - Lebuh Raya Utara Selatan - Tol Senawang - Jalan Seremban - Kuala Pilah - Masjid Al-Taqwa Paroi - Tanah Perkuburan Paroi.
___________________________

2. AHMAD HAKIMI HANAPI

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20
___________________________

3. HAMFAZLIN SHAM MOHAMED ARIFIN

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Wangsa Maju (Rumah) - Tanah Perkuburan Gombak.
___________________________

4. NUR SHAZANA MOHAMED SALLEH

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20.
___________________________

5. DORA SHAHILA KASSIM

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Jalan Kuchai Lama - Jalan Istana Baru - Jalan Duta - Jalan Semantan - Jalan Damansara - Masjid Al-Taqwa - Jalan Tun Muhd. Fuad - Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
___________________________

6. FOO MING LEE

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

7. KARAMJIT SINGH KARNAIL SINGH

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Seksyen 20 - Nirvana Shah Alam.
___________________________

8. NG QING ZHENG

KLIA - Lebu Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

9. MABEL ANTHONY SAMY

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

10. PAUL RAJASINGAM SIVAGNANAM

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

11. ELISABETH NG LYE TI

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Bulatan Kuari - Xiao En Bereavement.
___________________________

12. LEE HUI PIN

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur USJ - Rumah Mangsa - Nilai Memorial Park.
___________________________

13. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Banting/Klang - Jalan Ampuan Rahimah - Rumah Mangsa.
___________________________

14. ARIZA GAZALEE

(Helikopter) KLIA - TUDM Kucing
(Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan).
___________________________

15. MUHAMMAD AFIF TAMBI

(Helikopter)KLIA - TUDM Kucing.
(Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan).
___________________________

16. AZRINA YAKOB

(Helikopter) KLIA - LT Tekah
(Van Jenazah) Taiping - Jalan Tekah - Masjid Al-Hidayahassam Kumbang - Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah - Jalan Muzaffar Shah - Assam Kumbang.
___________________________

17. HASNI HARDI PARLAN

(Helikopter) KLIA - LP Padang B Sekolah Tinggi Segamat.
(Van jenazah) Masjid Jamek Segamat - Jalan Johor Bahru (KM185 - KM198) - Seremban - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas.
___________________________

18. MOHD. ALI MD. SALIM

(Helikopter) KLIA - IKBN Pagoh.
(Van Jenazah) Jalan Pagoh - Pekan Pagoh - Jalan Sengkang - Jalan Kampung Raja (Tanah Perkuburan).
___________________________

19. RAHIMMAH NOOR

(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh.
(Van Jenazah) Jalan Persiaran Azlan Shah - Jalan Azlan Shah - Jejantas Jalan Gopeng - Jejantas Pantai Puteri - Jalan Tambun - Jalan Tambun Ampang - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama.
___________________________

20. CHONG YEE PHENG

(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh LTAS
(Van Mayat) Jalan Persiaran Azlan Shah - Rumah.

Al Fatihah dan sekalung takziah kepada keluarga penumpang-penumpang MH17.

Pesawat Bawa Pulang Jenazah #MH17 Tiba Di Tanahair

Posted: 21 Aug 2014 07:37 PM PDT









Khalid Samad Akan Dipecat Dari PAS Kerana Buat Kenyataan Kontroversi?

Posted: 21 Aug 2014 07:00 PM PDT



Halimah Ali Akan Kena Pecat Sebagai Exco Sebab Gelar Khalid Ibrahim Kedekut?

Posted: 21 Aug 2014 07:30 AM PDT



Exco PAS ini puji Khalid Ibrahim melangit, apakah  nasib Halimah Ali selepas ini bila sudah ada Menteri Besar yang baru?

Bukti Khalid Samad Biadap Pada Sultan, Peguam Negara Hendak Tunggu Apa Lagi?

Posted: 21 Aug 2014 06:03 AM PDT

Mahasiswa Ini Kata Ada Unsur Nepotisme Bila Wan Azizah Dicadang Jadi MB Selangor #MBCrisis

Posted: 21 Aug 2014 05:30 AM PDT


Dato' Sri @NajibRazak Alu Alukan Idea Rakyat Untuk #Bajet2015

Posted: 21 Aug 2014 03:30 AM PDT


Senarai Penuh Identiti 20 Jenazah #MH17 Yang Akan Dibawa Pulang Esok

Posted: 21 Aug 2014 01:43 AM PDT



1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam
2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam
4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam
5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam
6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha
7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh
8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha
9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian
10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian
11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha
12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha
13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian
14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam
15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam
17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian
18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam
19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam
20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam


PUTRAJAYA:
---------
1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2
2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20

KUALA LUMPUR:
------------
1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.
2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.
3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).
4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).

SELANGOR:
---------
1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam.
2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.

NEGERI SEMBILAN:
---------------
1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan.
2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai.
JOHOR:
-----
1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar.
2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar.
3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat.

PERAK:
------
1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.
2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor.
3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping

SARAWAK:
--------
1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.
2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

-- BERNAMA

Video Raja Komando Mengamuk Sakan Dengan Anwar Ibrahim

Posted: 20 Aug 2014 11:12 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Waktu tafakur seluruh negara 10.30 pagi

Posted: 21 Aug 2014 05:47 PM PDT

mh17
SEPANG - Waktu bertafakur seluruh negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada 20 jenazah MH17 hari ini, dijangka pada jam 10.30 pagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, waktu tersebut adalah sebagai panduan sekiranya proses ketibaan pesawat khas membawa kesemua jenazah tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat seperti dijadualkan.

"Pesawat kita akan berlepas dari Amsterdam, Belanda pada jam 3.15 petang hari ini (semalam) dan dijangka tiba jam 9.55 pagi esok (hari ini).

"Proses menurunkan kesemua jenazah melalui istiadat khas dijangka mengambil masa antara 30 ke 40 minit," katanya dalam sidang akhbar selepas raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, di sini, semalam.

Beliau berkata, jika semua proses berjalan lancar, pihaknya menjangkakan waktu bertafakur akan kekal pada 10.30 pagi.

"Bagaimanapun jika terdapat perubahan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa menerusi siaran radio dan televisyen.

"Kita mohon seluruh rakyat Malaysia mengikuti perkembangan menerusi saluran-saluran tersebut dan dapat bertafakur selama seminit mengikut agama masing-masing," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Selamat pulang... semoga tenanglah jenazah mangsa nahas MH17

Posted: 21 Aug 2014 05:45 PM PDT

Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS) membuat proses pemeriksaan akhir, 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya diterbangkan pulang ke tanah air pada 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia).
  
Mereka sepatutnya pulang pada 17 Julai lepas dan tiba pada 18 Julai ke Malaysia, namun tiada siapa menyangka pesawat MH17 itu akan ditembak jatuh.
  
Penerbangan membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
  
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, petugas media Malaysia dan tempatan tiba di sebuah bangunan untuk dibawa menaiki sebuah bas ke terminal kargo yang menempatkan pesawat khas membawa balik 20 jenazah.
  
Petugas media tiba kira-kira pukul 2 petang dan dibawa menghampiri pesawat khas MAS Boeing 747 itu sebelum pintu pesawat dibuka.
  
Kelihatan beberapa keranda telah disusun dan difahamkan kesemua 20 jenazah dalam 17 keranda dan tiga bekas abu itu telah mula diangkut satu per satu sejak awal pagi Khamis.
    

Read More / Baca Lagi >>

M'sia kenal pasti dakwaan 3 rakyatnya militan di Syria

Posted: 21 Aug 2014 05:43 PM PDT

Malaysia sedang mengenal pasti dakwaan terhadap tiga rakyatnya, yang disyaki terbabit dalam aktiviti militan di Syria.
  
Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya sedang mengesahkan maklumat tersebut dengan pihak berkuasa Syria.
  
"Seperti mana yang dilaporkan di dalam media, di mana seorang daripadanya didakwa telah terbunuh dan dua orang lagi tercedera, menurut kenyataan itu.
  
Media semalam melaporkan tiga rakyat Malaysia yang didakwa berjuang di Syria, dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad, mengakibatkan seorang daripadanya terkorban manakala dua lagi cedera, awal pagi Selasa.
  
Dalam kejadian terbaru di wilayah Hama, mangsa yang terbunuh semalam dikenali sebagai Mat Soh atau nama panggilannya, Abu Turab manakala rakannya yang tercedera ialah Mohd Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.
    

Read More / Baca Lagi >>

Isu MB: Sultan mungkin minta beberapa nama lagi

Posted: 21 Aug 2014 05:31 PM PDT

Isu MB: Sultan mungkin minta beberapa nama lagi
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mungkin akan meminta PR mengemukakan beberapa nama bagi calon menteri besar yang baharu dan bukannya menerima terus calon tunggal PR, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu, Sultan Sharafuddin memerlukan beberapa nama untuk membolehkan baginda membuat pilihan siapa yang paling layak.

"Walaupun undang-undang negeri tidak mengatakan hanya lelaki yang mesti dilantik sebagai menteri besar (kerana wanita pun boleh dilantik) asalkan beragama Islam, namun luar biasalah jika wanita dilantik untuk jadi Menteri Besar Selangor," katanya.

"Biarlah PR mahu letak nama Dr Wan Azizah saja (sebagai calon menteri besar), tetapi baginda mungkin akan minta beberapa nama calon lain. Saya tak yakin Sultan Sharafuddin akan mudah terima Dr Wan Azizah," katanya.
Bagaimanapun katanya, Sultan Selangor berhak membuat sebarang keputusan dan tidak akan mudah memberikan tampuk kepimpinan negeri kepada individu yang bukan anak kelahiran Selangor.

Ahad lalu, PR sepakat mahu memberikan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun Pas mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua namun, PR sepakat kemukakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Khalid Samad nafi cadang Sultan tiada kuasa untuk melantik MB

Posted: 21 Aug 2014 05:30 PM PDT

Terdapat juga portal berita tertentu yang menggambarkan saya berkata demikian dan mungkin saya akan pertimbangkan untuk membetulkan tajuk berita mereka
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan bahawa beliau pernah mencadangkan jawatan Menteri Besar Selangor tidak boleh diputuskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, pengguna Internet yang telah memberikan pandangan supaya Sultan tidak sepatutnya diberikan hak untuk melantik MB kerana negara kita menjalankan sistem raja berperlembagaan.
khalid samad"Pengguna internet, ahli akademik, dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan seperti itu.
"Terdapat juga portal berita tertentu yang menggambarkan saya berkata demikian dan mungkin saya akan pertimbangkan untuk membetulkan tajuk berita mereka," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.
Cadangan oleh para pengguna internet tersebut timbul apabila berlakunya krisis MB di Selangor selepas PAS mencalonkan dua nama bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
"Apabila pergi mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR), PAS mengemukakan dua nama, tetapi Azmin telah memberi laluan kepada presiden partinya.
"Buat masa ini PAS telah buat keputusan jawatan MB untuk Selangor kekal dalam tangan PKR," jelasnya.
Katanya lagi, walaupun PAS  menamakan orang dalam PKR, mereka akan tetap menarik diri dan beri laluan kepada keputusan presiden parti mereka.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor harus lelaki dan anak jati negeri kata Perkasa

Posted: 21 Aug 2014 05:28 PM PDT

Jangan pertikai kuasa Sultan, tidak ada sesiapapun termasuk PR boleh menyatakan individu yang dipilih mereka itu secara automatik layak menjadi menteri besar hatta Wan Azizah sekalipun.

Abu Bakar YahyaSHAH ALAM : Yang DiPertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menegaskan bahawa Menteri Besar Selangor semolek-moleknya dari kalangan lelaki, beragama Islam dan berbangsa Melayu selain asal-usulnya adalah anak dari bumi Selangor ini.
Dalam satu kenyataan kepada FMT malam tadi beliau berkata, "Dalam Islam sendiri, adalah ditegaskan bahawa pemilihan pemimpin atau khalifah itu haruslah didahului oleh lelaki. Namun, Perkasa Selangor tetap akur dan menjunjung setiap keputusan Sultan Selangor sekiranya Baginda memilih menteri besar baharu jika Baginda merasakan perlu ada peralihan."
Beliau juga meminta semua pihak untuk tidak pertikaikan kuasa Sultan Selangor untuk melantik seorang menteri besar dan Baginda mempunyai hak untuk memperkenankan sesiapa sahaja yang dirasakan adalah layak.
"Justeru itu, tidak ada sesiapapun termasuk Pakatan Rakyat (PR) boleh menyatakan individu yang dipilih mereka itu secara automatik layak menjadi menteri besar hatta Wan Azizah sekalipun," katanya.
Beliau juga berharap kepada semua untuk menghormati kedudukan serta bidang kuasa Sultan Selangor sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
"Jangan bersikap 'lebih sudu dari kuah' sehingga biadap dan derhaka."
Read More / Baca Lagi >>

Pas terpaksa terima MB wanita

Posted: 21 Aug 2014 05:24 PM PDT

Nik Zawawi Nik Salleh
KUALA TERENGGANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit.

Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira.

"Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti.

"Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi," katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam.

Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah 'ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).
Read More / Baca Lagi >>

Tiada cadangan calon exco Pas jadi MB

Posted: 21 Aug 2014 04:38 PM PDT

Iskandar Abdul Samad 
SHAH ALAM - Pas Selangor tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya buat masa ini Pas masih lagi berpegang kepada prinsip bahawa jawatan menteri besar itu adalah milik PKR.
 
"Kita tidak bincang isu (Pas jadi menteri besar) itu, cuma (ikut keputusan) mesyuarat Pas Pusat pada 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR, jadi sebab itu kita tak bincang lagi hal ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dalam sebuah akhbar hari ini yang mencadangkan supaya Pas mencalonkan beliau (Iskandar) sebagai menteri besar sekiranya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah menolak calon daripada PKR.
 
Mengulas lanjut, Iskandar berkata anggota Exco Pas akan terus bekerjasama di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  sehingga diberitahu bagi memastikan perkhidmatan kerajaan negeri dapat diteruskan.
    
Read More / Baca Lagi >>

BN sedar ‘rampasan kuasa Perak’ tidak akan berulang di Selangor, kata Noh

Posted: 21 Aug 2014 04:13 PM PDT

Ketika Pakatan Rakyat (PR) berisiko untuk berpecah disebabkan krisis menteri besar Selangor, Barisan Nasional (BN) di negeri itu tiada pilihan selain hanya memerhati ekoran kedudukan bilangan kerusi yang begitu kecil untuk mengambil alih negeri berkenaan. Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kepada The Malaysian Insider, 'langkah Perak' bukanlah pilihan, merujuk insiden pada 2009 apabila kerajaan PR tumbang setelah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka - dua daripada PKR, satu DAP - melompat parti dan menjadi Adun Bebas mesra BN. "Tidak kira apa kita mungkin boleh buat, kita tetap akan kekal sebagai pembangkang. Kita sedar jumlah kerusi kita. Kami hanya mempunyai 12 daripada 56 kerusi DUN dalam kerajaan negeri," katanya, dalam satu temubual eksklusif. "Isu bekerjasama dengan PAS tidak timbul," katanya, dan menambah, sebarang komen untuk 'kerajaan perpaduan' datang daripada anggota parti Islam itu. Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, sia-sia saja jika BN cuba memikat PAS membentuk kerjasama memandangkan jumlah kerusi DUN kedua-duanya masih gagal membentuk majoriti dua pertiga. "Ini bukan seperti di Perak pada 2009, ketika perbezaan antara PR dan BN sangat kecil, dan BN berupaya mengambil alih kerajaan Perak melalui tiga Adun yang melompat parti," katanya. Noh berkata, BN sedar "drama" panjang yang dipaparkan tiga parti berkenaan tidak akan memecahkan mereka walaupun kepimpinan PR memberi amaran PAS mungkin akan keluar daripada gabungan berkenan. "Kita sedar ini permainan mereka. Kenapa kita perlu masuk campur medan tempur mereka? Kalau PAS atau DAP jadi menteri besar sekalipun, kami tetap pembangkang," katanya. Katanya, daripada gagal mengambil kesempatan memecahkan gabungan berkenaan, BN fokus kepada menjadi "pembangkang yang baik." "Kita hanya boleh memerhatikan saja mereka, fokus kepada menjadi pembangkang yang baik dan memastikan kerajaan kekal stabil," katanya. Ada yang mungkin beranggapan BN berputus asa, namun, Noh menafikannya dan berkata strategi terbaik yang boleh parti itu gunakan dalam kedudukannya sekarang adalah menjauhkan diri daripada situasi berkenaan. Beliau berkata, BN kini fokus untuk kembali berkuasa dalam kerajaan negeri Selangor melalui peti undi, sama ada dalam pilihan raya umum mahupun pilihan raya negeri. Noh berkata, meskipun mereka menyuarakan sokongan tanpa syarat kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar, tindakan berkenaan bukanlah strategi mendapatkan kuasa lebih di Selangor. "Kami menyokong Khalid untuk menstabilkan kerajaan,
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir perlu keluar Umno sekali lagi...

Posted: 21 Aug 2014 03:50 PM PDT

Selain berpendapat polisi dan dasar Najib Razak banyak merosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara, teguran Mahathir Mohamad juga berkisar mengenai rasa rimasnya dengan terlalu banyak pengampu dan pembodek yang berada di sekeliling Perdana Menteri sekarang ini.

Dalam dua kisah dongeng zaman silam yang disebutkan Mahathir dalam tulisannya, jelas memperingatkan mengenai budaya ampu dan bodek yang disedari oleh banyak pihak berada di tahap melampau sekarang ini. Pembodek dan pengampu ini bukan saja dalam bentuk mengharapkan balasan seperti projek dan sebagainya tetapi ramai juga yang dibayar gaji semata-mata untuk berbuat demikian.

Apa yang disebutkan Mahathir itu bagaimanapun terbukti nyata akhirnya kerana bukan intipati teguran beliau yang mahu diambil-berat oleh pemimpin dan menteri UMNO, sebaliknya mereka berebut-rebut memuji dan menyanjung kehebatan Perdana Menteri dalam menguruskan negara sehingga diumpamakan lebih hebat daripada Barack Obama dan Vladimir Putin.

Meskipun budaya membodek pemimpin pada umumnya adalah amalan biasa, tetapi ramai yang merasakan budaya itu begitu berlebih-lebihan dan melampau ketika ini sehingga seolah-olah Najib tidak pernah melakukan kesalahan sama-sekali dalam menguruskan negara.

Lebih buruk lagi, isteri seorang Perdana Menteri yang tidak pernah begitu menonjol sebelum ini dan didapati melakukan beberapa pembaziran yang tidak sepatutnya, turut tiada yang berani memberikan teguran dan kritikan. Malah ramai yang memuji, menyanjung dan mencium tangannya apabila bersalam.

Dalam masa yang sama, Najib pula terus dengan sikap biasanya apabila menghadapi masalah. Beliau hanya diam, senyap dan tiada respon.

Sudah masuk hari kelima sejak Mahathir melontarkan taguran dan mengumumkan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, sehingga ini Najib masih diam dan tiada respon. Tiada ulasan dan reaksi daripada seorang nakhoda apabila kapal yang dikemudinya sedang ditembak dan dalam keadaan terumbang-ambing.
Read More / Baca Lagi >>

3 komander HAMAS terbunuh

Posted: 21 Aug 2014 03:49 PM PDT

Netanyahu says "assassination" of Hamas leaders will bring peace to Israel

Posted: 21 Aug 2014 03:48 PM PDT

Reporting in Gaza: CNN's Jensen reflects

Posted: 21 Aug 2014 03:47 PM PDT

Kemelut MB Selangor: Keputusan dibuat secara kolektif

Posted: 21 Aug 2014 03:45 PM PDT

TAHALUF SIASI SENTIASA DIPANTAU DAN DINILAI

Posted: 21 Aug 2014 03:37 PM PDT

PAS Terengganu Minta PAS Pusat Pecat Dua ADUN Yang Bersedia ‘Dibuang Parti’

Posted: 21 Aug 2014 09:54 AM PDT

Hukum Berkabung Pakai Songkok Lilit Kain Putih - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 21 Aug 2014 09:53 AM PDT

Three Hamas commanders killed by Israeli air strike

Posted: 21 Aug 2014 09:52 AM PDT

Syria's lethal danger for journalists

Posted: 21 Aug 2014 09:51 AM PDT

Syria's Chemical Weapons: Mass destruction 1 year after Ghouta

Posted: 21 Aug 2014 06:11 AM PDT

Grief After Deadly Airstrikes in Gaza

Posted: 21 Aug 2014 06:09 AM PDT

Hamas beri amaran kepada syarikat penerbangan

Posted: 21 Aug 2014 06:08 AM PDT

Gambar, video kematian Mat Soh dikongsi ramai di media sosial

Posted: 21 Aug 2014 06:07 AM PDT

Islamic Front: Meet 'Awlaki' a British jihadist in Syria - BBC News

Posted: 21 Aug 2014 06:06 AM PDT

Bersedialah untuk cabaran PRU akan datang – Johari

Posted: 21 Aug 2014 05:38 AM PDT

johari_abdulPETALING JAYA 21 OGOS: Pimpinan KEADILAN sesi 2014-2017 diminta bersatu dan bersiap sedia awal bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, pimpinan baharu yang menang dalam pemilihan kali ini mempunyai masa depan yang cerah dalam mengharungi segala cabaran dunia politik tanah air.
"Saya harap mereka (pimpinan) yang menang supaya bertaut kembali dalam satu jemaah bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
"Saya yakin bahawa pengalaman pahit dan getir yang dilalui bersama akan membantu proses dalam mempersiapkan diri pada masa depan," kata Johari.
Beliau berkata demikian selepas mengumumkan senarai penuh keputusan rasmi pemilihan parti untuk tempoh tiga tahun dengan beberapa muka baru diangkat sebagai pemimpin.
Menurut Johari, penglibatan anak muda kian terserlah seolah-olah memberikan kekuatan kepada parti untuk terus bergerak maju bagi membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Dalam pada itu, Johari mengucapkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa JPP, Ketua Koordinator Negeri (KKN), pengawas, pembantu, anggota-anggota parti yang menjalankan tugas penuh dedikasi sepanjang proses pemilihan.
"Inilah parti yang bertunjangkan reformasi dan mempunyai pemimpin yang dapat memimpin untuk masa depan," kata Johari.