Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tidak dapat dinafikan Pas bernafsu tapi tak mampu lawan PKR, DAP?

Posted: 20 Aug 2014 09:29 PM PDT


Pemimpin, penyokong dan ahli Pas yang pro golongan ulama perlu mengakui bahawa penguasaan mereka dalam parti itu sudah berakhir, bersedialah untuk transformasi melalui laungan reformasi yang bakal menyaksikan golongan itu sekadar 'penghias organisasi.'

Kegagalan golongan itu menahan arus kuat dalam menentukan pencalonan Menteri Besar (MB) Selangor pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, kelmarin sudah menjadi isyarat awal bahawa Pas kini bukan lagi 'milik ahli Pas'.

Sebaliknya Pas ibarat sekadar sebuah parti yang segala keputusan harus mendapat restu dan kelulusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Tanpa izin kedua-dua parti itu segala kehendak, kemahuan dan keputusan Pas hanyalah ibarat buih di tengah lautan, banyak tetapi tidak membawa apa-apa manfaat.

Bayangkanlah, maruah Pas bagaikan diinjak-injak apabila keputusan parti itu mencalonkan dua nama iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP. Sebaliknya Pas dipaksa untuk akur dengan kehendak kedua-dua parti tersebut yang hanya mahu Wan Azizah sahaja dicalonkan.

Perasaan hormat terhadap Pas seolah-olah tidak wujud memandangkan cadangan Pas diketepikan tidak sampai enam jam selepas mereka membuat keputusan dalam satu mesyuarat yang menjadi tumpuan seluruh negara.

Ketika pemimpin-pemimpin Pas daripada golongan bukan ulama mahu penyokong serta ahli mereka menghormati keputusan parti yang dibuat melalui mesyuarat itu, mereka sendiri seolah-olah 'mengkhianati' arahan dibuat demi memenuhi nafsu dan kehendak politik PKR dan DAP.


Hebat betul pemimpin-pemimpin Pas tersebut menunjukkan teladan bagaimana hendak menghormati pendirian dan keputusan parti.

Sebenarnya, pusingan 'U' yang dibuat oleh Pas bukanlah satu kejutan sebaliknya sudah dijangka oleh banyak pihak. Sebab itulah ramai yang sinis apabila sebelum ini pemimpin-pemimpin Pas kononnya akan mengikuti keputusan Majlis Syura Ulama mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB.

Memang benar, Abdul Khalid sukar dipertahankan oleh Pas memandangkan beliau bukan lagi ahli PKR tetapi bagaimana dengan Wan Azizah? Presiden PKR itu bermati-matian ditolak oleh Pas sehingga pada saat-saat akhir pun pemimpin Pas dilihat bertegas dengan pendirian itu.

Tetapi ketegasan itu sebenarnya hanya membuatkan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP mengukir senyuman. Mereka tahu kelemahan Pas dan memahami sejauh manakah keberanian pemimpin parti itu.

Sebab itulah, mereka tidak berasa takut untuk memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya membuat keputusan segera berhubung kedudukan MB Selangor.

Dan ternyata tekanan itu berjaya, pemimpin-pemimpin Pas yang sebelum ini begitu lantang tidak mahu Wan Azizah, akhirnya kehilangan suara dan keberanian untuk menyanggah arahan PKR dan DAP.

Keadaan itu memungkinkan Pas dilihat sekadar bernafsu untuk melakukan itu dan ini tetapi hakikatnya sama sekali tidak berkemampuan bagi mencapai kepuasan yang mereka inginkan dalam agenda politiknya.

Jangan disalahkan golongan ulama dan bukan juga kegagalan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden sebaliknya salahkan seluruh pemimpin, penyokong dan ahli Pas kerana gagal menyedari bahaya menanti apabila mereka menempatkan pemimpin yang dilihat lebih cenderung memenuhi agenda PKR dan DAP.

Abdul Hadi sudah menunjukkan ketegasannya apabila semalam menegaskan, Pas tetap mencalonkan dua nama dan bukan satu nama seperti mana dikehendaki oleh sekutunya.

Akibat peranan segelintir pemimpin kumpulan bukan ulama, Pas dalam pakatan pembangkang bukanlah 'tuan' apatah lagi pencatur perjalanan politik gabungan itu, sebaliknya Pas hanyalah 'hamba politik' yang perlu akur dengan apa juga kehendak dan kemahuan politik PKR dan DAP.


Kesanggupan dan kesediaan Pas untuk setia bersama pakatan pembangkang berikutan tekanan segelintir pemimpin bukan ulama membuktikan parti itu sudah tiada lagi jati diri, Pas tidak lagi memiliki apa-apa kekuatan dan Pas juga hilang segala prinsip perjuangan.

Jati diri Pas sudah dirosakkan dengan agenda politik PKR dan DAP, kekuatan Pas sudah dineutralkan oleh nafsu politik PKR dan DAP manakala prinsip perjuangan sudah digadaikan kepada kedua-dua parti itu demi matlamat mengejar kekuasaan.

Jangan mengharapkan apa-apa lagi daripada Pas, usah berbicara soal untuk mengajak Pas mempertahankan hak Melayu dan usaha dipelawa Pas memartabatkan Islam kerana Pas tidak mempunyai kemampuan untuk itu semua, Pas hanya ada nafsu politik, nafsu mahu berkongsi kuasa bersama-sama PKR dan DAP serta nafsu mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Mungkin seperti biasa hujah-hujah seumpama ini akan dianggap sebagai usaha untuk memecah belahkan pakatan pembangkang, tidak mengapa kalau itulah yang hendak ditafsirkan oleh pemimpin dan ahli Pas yang masih belum lagi membuka mata, hati dan fikiran mereka bahawa parti itu hanya sekadar `pak turut' dan `lebai malang' dalam pakatan pembangkang.

Kepada ahli-ahli Pas terus beristiqamah dalam perjuangan parti itu kerana ia amat penting bagi memenuhi segala kehendak PKR dan DAP. Janganlah membuat tindakan dan janganlah membuat desakan mahupun bantahan terhadap kedua-dua parti berkenaan kerana ia ibarat menghabiskan air liur sahaja.

Lebih baik jika selepas ini apa pun mereka hendak cakap, apapun mereka hendak lakukan, tanyalah dahulu 'tuan sebenar' politik mereka iaitu PKR dan DAP. Pemimpin-pemimpin Pas khususnya daripada golongan ulama sudah tiada apa-apa lagi kekuatan, Majlis Syura Ulama bagaikan 'pelengkap organisasi'.


Ini memandangkan bukan Pas yang menentukan nasib mereka, bukan majlis syura yang berhak memastikan Pas tidak tergelincir daripada landasan perjuangan tetapi segala-gala ada di tangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Buatlah apa pun keputusan, nyatakan apa pun pendirian, akhirnya majlis tersebut akan mempunyai kuasa veto untuk memastikan Pas akur dengan apa yang diatur oleh PKR dan DAP.

Dan selepas ini teruslah bersedia untuk membantu kedua-dua parti habis-habisan dalam pilihan raya kerana kemenangan mereka amat penting bagi membuktikan betapa setianya Pas dalam pakatan pembangkang.

Malang sekali bagi Pas, sebuah parti yang cukup hebat dari segi perjalanan politik, begitu 'gah' kerana sejarah penubuhannya dicetuskan oleh sekumpulan ulama kini sekadar 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Tahniah kepada Pas khususnya segelintir pemimpin daripada golongan bukan ulama dalam parti itu kerana berjaya melaksanakan misi 'Pas untuk semua' dengan begitu hebat sekali. Ini memandang sudah terbukti Pas mampu melaksanakan misi 'untuk semua' kemahuan politik PKR dan DAP. Hebat!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Pas 'persenda' ulama, Majlis Syura?

Posted: 20 Aug 2014 07:19 AM PDT


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan keputusan pimpinan Pas membuat pusingan U dengan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'mempersenda' kumpulan ulama dan Majlis Syura parti itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Pas menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar seolah-olah 'meludah' ke muka sendiri.

Katanya, keputusan tersebut juga telah memalukan kepemimpinan ulama parti yang sebelum ini memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid termasuklah Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi, apabila keputusan terbaru ini dibuat, Perkasa berpendapat Pas seolah-olah 'membuat' undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdul Hadi, selain menolak keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura.


"Secara moralnya, kalau parti sudah tidak 'percaya' dengan Abdul Hadi, beliau perlu berundur dan letak jawatan. Pas sebelum ini mendakwa UMNO sebagai tidak islamik, tetapi adakah tidak menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura yang diterajui kumpulan ulama sesuatu yang islamik?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Perkasa Parlimen Batu Gajah, Ipoh Barat dan Ipoh Timur serta jamuan Hari Raya Perkasa Perak yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di sini semalam.

Ibrahim mengulas mengenai keputusan Pas membuat pusingan U berhubung kemelut Menteri Besar Selangor yang menyaksikan parti itu menarik semula sokongan terhadap Abdul Khalid dan mengemukakan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin bagi mengisi jawatan itu.


Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, meskipun Wan Azizah dan Azmin telah dicalonkan, belum tentu lagi kedua-duanya mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggantikan Abdul Khalid.

Lebih-lebih lagi, kata Ibrahim, Wan Azizah paling tidak menepati undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor yang menetapkan Menteri Besar harus lelaki.

"Dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri, jawatan Menteri Besar dirujuk sebagai he yang membawa maksud lelaki. Wan Azizah seorang wanita, jadi beliau tidak memenuhi syarat itu," jelas beliau.

Suara Politik
Belantan

Misi ke GAZA : Pasukan misi kemanusiaan Malaysia ditahan tentera Mesir?

Posted: 20 Aug 2014 01:57 AM PDT




Ratapan Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha selepas tentera Mesir tetap berkeras tidak membenarkan pasukan misi kemanusiaan Malaysia memasuki Gaza cukup meruntun sanubari. Hanya beliau yang bersama-sama misi tersebut serta Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari serta Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibenarkan melintasi sempadan Mesir-Palestin. Seramai 72 sukarelawan Malaysia, sebahagian daripadanya doktor pakar, terkandas.




Kita dapat bayangkan betapa rahmatnya jika doktor-doktor pakar itu dapat ke Gaza kerana di sana lebih 10,000 rakyat Palestin yang cedera menunggu bantuan. Sudah pasti dalam keadaan sedemikian kehadiran doktor amat ditunggu-tunggu. Setidak-tidaknya, sukarelawan Malaysia tersebut dapat meringankan kesengsaraan dan penderitaan serta kesakitan yang ditanggung oleh rakyat Palestin, sebahagian besarnya kanak-kanak dan wanita, yang dizalimi Zionis itu.

Yang pasti, kekejaman dan serangan ganas Israel ke atas Gaza sejak awal Ramadan lalu telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin. Selain harta benda, lebih 1,900 orang dilaporkan maut. Kecederaan tidak lagi terperi. Keperitan bertambah apabila bantuan antarabangsa sukar menembusi halangan-halangan di sempadan selain ancaman serangan tentera Israel.

Apa pun, usaha berterusan perlu dilakukan untuk membantu mereka yang sedang dizalimi. Sokongan masyarakat antarabangsa amat perlu.








Ketika UMNO dan Kelab Putera 1 Malaysia sibuk membantu rakyat Palestin di Gaza, Pakatan Rakyat yang HARAM pula sibuk dengan perebutan kuasa Menteri Besar di Selangor yang tak berkesudahan? Inilah perbezaannya kerajaan BN dan PR..!!!

Selanjutnya sila baca di sini dan sini?

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MUKTAMAD:WARGANEGARA NATURALISASI TAK BOLEH JADI MB SELANGOR PAS KENA STANDBY CALON

Posted: 20 Aug 2014 08:08 PM PDT

Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik.Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.Menurut pendapat pengamal undang undang iaitu tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor.Ianya merupakan satu "convention" yang difahami oleh semua orang.
Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar.
Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya"anak kelahiran Selangor" sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar.Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor.Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.
Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara "naturalisasi" dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.Terma "naturalisasi" mempunyai banyak penterjemahan.Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di "naturalisasi" kan.Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan.
Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin.Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di"neutralisasi".
Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia.Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.
Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka.Bukan kerana diskriminasi,tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan.No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.
Berbalik kepada isu diatas,kedua-dua "calon Menteri Besar" ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara.Kita sudah mengetahui bahawa perlantikan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor.Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda ???

DARI WASHINGTON, AMERIKA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ANWAR

Posted: 20 Aug 2014 04:31 PM PDT

SKANDAL SEKS & NEPOTISME DI ANTARA DSAI DAN BN

Nampaknya negara angkat Anwar Ibrahim, Amerika Syarikat, semakin bosan dengan telatah beliau di Malaysia. Dahulu, pada mulanya Amerika Syarikat adalah menyokong pemimpin pembangkang Malaysia kerana Amerika berfikir Anwar adalah sekutu yang lebih baik berbanding kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Obama baru-baru ini telah menjauhkan diri mereka dari Anwar Ibrahim (WP)

Abraham Lincoln pernah berkata bahawa jika anda mahu menguji perwatakan seseorang, berikan kepadanya kuasa. Dalam hal ini, Anwar telah diberi kuasa tetapi beliau gagal dengan ujian dengan begitu teruk sekali. Malahan usahanya untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah pilihan yang lebih baik berbanding kerajaan sekarang, hasilnya beliau membuktikan kepada semua orang bahawa dia bukan sahaja tidak cekap, tetapi juga munafik dan penuh dengan rasuah.

Kini semua orang sudah dapat berfikir dan mengakui, bahawa Anwar dibuang daripada kerajaan adalah kerana kesalahan dirinya sendiri. Anwar mendakwa bahawa parti pemerintah kononnya haram, tamak dan mengamalkan nepotisme. Namun, dalam parti politik PKR sendiri, isterinya adalah Presiden dan anak perempuannya adalah Naib Presiden, dan dia sebagai (Ketum) adalah 'puppet' di sebalik kedua-dua mereka. Dia berkata justifikasi beliau bahawa mereka adalah satu pasukan. Malangnya, apabila orang lain melakukan seperti itu dia menuduh orang itu nepotisme, tetapi apabila Anwar Ibrahim melakukannya ia dipanggil satu pasukan.

Zaid Ibrahim bekas rakan dan penyokongnya, seorang peguam dihormati Malaysia, telah berkata pemilihan PKR penuh dengan penipuan dalaman. Maka ingatlah Anwar, bahawa apabila anda menunjukkan satu jari pada orang lain ada empat menunjuk kembali pada anda. Anda tidak ada jawapan kepada persoalan itu, malah kerusi-kerusi yang bertebangan saban tahun dan kira-mengira kertas undi di dalam bilik hotel, dan pemilihan cabang-cabang yang berbulan-bulan lamanya, kamu tiada jawapan yang konkrit.

Anda lihat sendiri di Amerika, apabila ahli politik Amerika mempunyai masalah peribadi atau dengan keluarganya sama ada skandal seks atau perceraian. Keluarga itu akan keluar dengan membawa kebenaran, meminta maaf, dan berdiri antara satu sama lain. Keluarga Anwar Ibrahim adalah penuh dengan skandal, seperti skandal liwat Anwar juga dakwaan hubungan sulit anak perempuan beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin. Sehingga ke hari ini isteri Anwar enggan mengulas atau mengakui skandal suaminya. Anak perempuannya, yang merupakan Naib Presiden parti politiknya, juga enggan mengulas mengenai perceraian akan berlaku dengan suami yang dikahwininya selama 10 tahun. Menurut anak perempuan Anwar, kehidupan adalah politik perniagaan, untung dan rugi. Mereka bersendiri-sendirian mengurus skandal diri sendiri, jauh sekali untuk mencapai tahap politik Amerika.

Mari kita melihat kembali bahawa, anak perempuan Anwar adalah Naib Presiden PKR, dia mahu menjadikan dirinya seorang tokoh politik, sekaligus menjadi orang ternama, suatu persediaan untuk menggantikan ayahnya kalau-kalau akan dimasukkan awal di penjara kerana kesalahannya sendiri. Saya tidak pasti bagaimana ia dilakukan di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, kehidupan tokoh masyarakat, ahli politik adalah bersifat terbuka. Rakyat berhak mengetahui butiran terperinci kehidupan pemimpin yang mereka undi. Di Amerika, dengan tidak jujur ​​dengan masyarakatnya tentang kehidupannya, dia dicap sebagai berbohong kepada mereka. Berikut adalah mesej untuk anda Nurul Izzah, semua ini adalah perniagaan rakyat, ia adalah perniagaan semua orang, itulah harga sebuah kuasa yang kamu kejar, dan jika anda tidak boleh mengendalikannya, maka anda tidak sepatutnya menerima kedudukan kamu sekarang. Ianya perbuatan jijik.

Satu lagi sebab kita bosan dengan Anwar Ibrahim, adalah bahawa dia bukan sahaja merosakkan dirinya tetapi juga orang lain. Ketamakan dan cita-cita mereka sekeluarga menyebabkan parti politiknya hanya mengutamakan dirinya dan keluarganya sahaja. Lihatlah krisis Selangor, Anwar sanggup melawan Raja, membodohkan Presiden parti Islam dan menipu sesiapa sahaja asalkan isterinya menjadi Menteri Besar.

Apabila ditanya kenapa dan mengapa, dia hanya mampu menjawab semuanya itu sebagai kempen memburuk-burukkan dirinya. Tetapi, apabila ditanya mengapa dia tidak mahu memberikan mahkamah sampel DNA untuk membuktikan dia tidak bersalah? Jawapannya - ia adalah satu kempen memburuk-burukkan. Jawapannya mudah sahaja, sebenarnya dia takut bahawa kebenaran akan muncul. Barangkali kerana cara skandal Anwar Ibrahim adalah bersifat keturunan dan genetik. Rupa-rupanya sebagaimana didedahkan dan dakwaan dalam beberapa artikel lain yang tidak diberi perhatian, bahawa Anwar Ibrahim lahir dari skandal antara bapa beliau Ibrahim dengan seorang jururawat. Benarlah kata peribahasa orang  Amerika, bahawa iri-ciri sebuah epal yang sama tidak akan jatuh begitu jauh dari sesebuah pohon.

Apabila Zaid Ibrahim lantang bersuara menentang beliau, dia menyatakan ianya kempen memburuk-burukkan dirinya. Apabila terdapat suatu petisyen kepada Pentadbiran Obama dihantar oleh B'nai B'rith International meminta kerajaan Amerika supaya memotong semua hubungan dengan Anwar Ibrahim, sekarang anda fikirkanlah adakah ianya juga kempen memburuk-burukkan. Adakah Amerika boleh diperbodoh-bodohkan selama-lamanya oleh Anwar Ibrahim. Sesungguhnya Anwar mengatakan kepada dunia bahawa dia adalah mangsa kekejaman, itu beliau war-warkan kepada dunia, walaupun kini Amerika sudah semakin sangsi. Tetapi sampai bila kamu mahu mempermainkan orang lain dengan isu-isu peribadi kamu yang jelek itu.

Jadi kepada keluarga Anwar Ibrahim itu, gila seks ayah mereka mesti disembunyikan selama mungkin untuk menjalankan pentadbiran negeri dan parti politik. Dakwaan-dakwaan yang mereka diamkan, bahawa anak perempuannya juga terbabit dalam zina, yang menurut undang-undang Hudud, yang merupakan versi ekstrim undang-undang Islam yang bapanya mahu perlaksanaannya ditangguhkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS), kerana Undang-Undang Hudud itu bermakna dia juga harus direjam hingga mati.

Persoalan yang orang lain lupa bertanya, di manakah letaknya peranan Wan Azizah dalam semua ini? Sebagai Presiden parti politik sudah tentu dia mempunyai banyak perkara yang dipendam-pendamkannya untuk bercakap mengenai keadaan keluarga dan perbuatan bodoh suaminya. Sesungguhnya dia terpaksa dan dipaksa berkata bahawa dia berdiri kerana lelaki itu dan menafikan bahawa dia bukannya lelaki yang buruk sebaliknya mengakui bahawa dia mengasihinya dalam terpaksa.

Rupa-rupanya ibu tersayang ini sudah tidak peduli untuk menonton pita seks suaminya sendiri. Apabila ditanya mengenai skandal suami dengan pelacur China Doll misalnya, dia selamba sahaja memberitahu media bahawa dia berkahwin dengan Anwar kerana beliau mempunyai impian wajahnya akan berada di poster pilihan raya. Apa? Dia langsung tidak menjawab soalan!!! Adakah dia hilang ingatan semasa diinterview? Orang di luar sana bertanya kepadanya tentang skandal seks suaminya dan dia selamba berimaginasi masa silamnya! Apa sudah jadi dengan keluarga ini???

Wahai rakyat Malaysia, adakah anda benar-benar mahu keluarga pertama anda untuk menjadi keluarga seperti ini. Maksud saya anda mempunyai begitu banyak keluarga untuk dipilih! Neraka ?, Walaupun Adams Family dan Kardashians akan menjadikan keluarga pertama yang lebih baik. Anda semua, saya berusaha menarik kepala anda keluar dari pasir, dan kami menyedari bahawa pemimpin pembangkang anda, kerjanya hanya merosakkan anda dan negara anda sahaja.

Artikel di atas adalah terjemahan daripada artikel asal yang bertajuk The Unites States has begun distancing themselves from Anwar Ibrahim.

DAP tells the Sultan to fuck off

Posted: 20 Aug 2014 06:05 AM PDT

Hanya yang 'ini' sahaja diiktiraf Keluarga Lim.
Tidak sopan dan biadap, as the Malays would say. I think the opposition and opposition NGOs and lawyers are getting too big for their shoes. They think that just because they won the state in 2008 and 2013 they no longer need to be civil towards the Palace.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Lim Kit Siang and Lim Guan Eng are both firing away until today with both guns blazing to demand that Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim resign from his post. This is in spite of His Royal Highness the Sultan of Selangor's very clear and very precise titah (royal command) for Khalid to not do anything or say anything until HRH is back in Malaysia on 27th August 2014.

What is wrong with these people? Why do they insist that Khalid resign today itself and leave Selangor without a Menteri Besar for the next 11 days or so? Are they saying that Selangor can function for the next 11 days without the need of a chief executive? Who will be running the state then? The Selangor Religious Department?

Or do they think that if Khalid resigns today then Dr Wan Azizah Wan Ismail can just walk into Khalid's vacated office this Monday and start work as the new Menteri Besar of Selangor without the Sultan's blessing and without having to be sworn in?

What if Khalid does resign today and Selangor is left without a Menteri Besar for the next 11 days and when HRH returns on the 27th he does not consent to Dr Wan Azizah taking over as the new Menteri Besar?

HRH might reject Dr Wan Azizah (you never know) and send Pakatan Rakyat home and ask them to come back later with two or three alternative names. Pakatan Rakyat will then have to call for a meeting and PKR, DAP and PAS will have to discuss the matter of the two or three other names and come to a consensus on the matter.

What if Pakatan Rakyat cannot reach a consensus and this disagreement drags on for another few weeks or even months? Who will be running Selangor in the meantime?

And even if Pakatan Rakyat does come to a consensus and agree on two or three alternative names but when these names are handed to HRH there is still the possibility that HRH would reject these names and ask Pakatan Rakyat to go home and come back, yet again, with alternative names.

Demanding that Khalid resign immediately without resolving the next step — that is, who will take over when he does resign — does not appear to be the type of thinking of sensible politicians.

Or do they think that once Khalid resigns and Selangor is left without a Menteri Besar for the next 11 days HRH can be pressured into just accepting Dr Wan Azizah without further ado because a gun would now be at HRH's head.

I doubt HRH can be blackmailed in that manner. HRH might just dissolve the Selangor state assembly seeing that the state no longer has a Menteri Besar for almost two weeks. What makes you think HRH can be blackmailed into accepting Dr Wan Azizah?

And all this talk by opposition leaders, NGOs, lawyers, etc., that Khalid lied to HRH and Khalid deceived HRH, and so on, is an insult to HRH. Are you suggesting that HRH is stupid and gullible? Are you saying that HRH does not have a brain in his head and Khalid can just pull the wool over HRH's eyes and be taken for a ride and treated like a sucker?

This allegation actually hurts HRH more than it hurts Khalid. The opposition leaders, NGOs, lawyers, etc., are insinuating that Selangor has a stupid bumpkin for a Sultan.

I would be very careful about this continuous insult against HRH lest HRH decides to refuse all requests for an audience until and unless all these people prostrate with their heads to the ground and beg forgiveness for their uncouth and arrogant comments.

And stop telling the Sultan to fuck off by demanding Khalid's resignation. It is HRH who told Khalid to stay.

Tidak sopan dan biadap, as the Malays would say. I think the opposition and opposition NGOs and lawyers are getting too big for their shoes. They think that just because they won the state in 2008 and 2013 they no longer need to be civil towards the Palace.

Well, in that case, think again.

Sumber : http://www.malaysia-today.net/dap-tells-the-sultan-to-fuck-off/
 

*Bila dah tiada ISA, Akta Hasutan pun nak dimansuh, makin melampau pulak puak kiasu ni.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kalau SPRM kata Khalid takde kes, teloq sapa kecut?

Posted: 20 Aug 2014 09:30 PM PDT


TSKI pasti mahu namamya diberdihkan dan ajsr pihak yang tak berptinsip tapi.sanggup lsnggar perlembagaan parti untuk memecatnya dan menuduhnya dengsn macam-macam tuduhan palsu.

Yg buat tuduhan palsu adalah saifuddin, rafizi dan disambut oleh mereka2 seperti khalid samad.

Turut menuduh adalah Pengerusi JK Disipilin, Dr Tan. Terlibat membiarkan salahlaku adalah Wan Azizah sebagai President parti.

Khalid sudah buat laporan kepada ROS tentang pelanggaran perlembagaan parti.

Ramai ahli sudah buat laporan tentang salahlaku kepimpinan menipu pemulihan dan tutup salahlaku oleh orang tertentu.

Cadangan MB kompromi Azwan Ali

Posted: 20 Aug 2014 07:22 PM PDT


BNBBC laporkan ramai pihak menolak Wan Azizah. Baca berikut:

http://www.bnbbc.my/?p=22264

Dalam kepimpinan PKR, kumpulan Khalid dan Wan Azizah pun tolak Azmin. Kalau tak pasal Azmin main duit dan Saifuddin tahan tindakan terhadap Azmin, dia boleh kalah pada Khalid.

Sampai Saifuddin tanding nak pecahkan undi Khalid. Itu pun dia boleh kejar.

Jika Wan Azizah dan Azmin tsk seduai, ada pula cadangkan ....


Pasti Anwar kata ....


"Tonggeng pun sodap."

Wabak penyakit lagi BAHAYA dari kencing tikus!!!

Posted: 20 Aug 2014 05:27 PM PDT


Anak Karpal biar pemandu sendiri, Peronda "samseng" lebih utama

Posted: 20 Aug 2014 06:05 AM PDT


Jawab PKR jawab ... Salah jawab PKR terbatal!!!

Posted: 20 Aug 2014 05:31 AM PDT


Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan PKR membuat penjelasan berhubung tindakan lembaga disiplin parti itu, dipercayai berhubung penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti.
 
Pengerusi lembaga disiplin PKR Datuk Tan Kee Kwong mengesahkan beliau menerima surat dari ROS yang meminta beliau hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk memberi penjelasan. 
Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan secara khusus mengenai pemecatan Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos lalu. 
"ROS memanggil parti itu berhubung dakwaan salahlaku lembaga disiplin dan pimpinan pusat," katanya. 
Tambahnya, mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 10 pagi esok di Putrajaya. 
Khalid dalam aduannya kepada ROS selepas pemecatan dari parti mendakwa tindakan itu melanggar perlembagaan parti.
Dipetik dari MIM SINI

Jawab PKR jawab ... Jangan tak jawab! Jangan main wayang!

Ada peruntukan dalam akta pertubuhan di mana parti politik yang sengaja melanggar perlembagaan boleh digantung parti politik tersebut.

Takpe PKR tanding bawah bendera DAP!!!



Sebelum ini MiM tela

2 PRK, 1 PRN?

Posted: 20 Aug 2014 02:30 AM PDT


Khabar tersebar bahwa TSKI akan meletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam masa terdekat. Notis pengosongan kerusi parlimen akan diserahkan kepada SPR secepat mungkin bagi memberi laluan supaya satu pilihanraya kecil dapat diadakan.

Dijangka Wan Azizah akan ditolak. Jika PR serahkan juga Azmin, Sultan akan ditolak. Dari berlaku peristiwa Sultan menolak cadangan PR, elok di bubar saja DUN. 

Jangan tolak kemungkinan ada 2 prk di Bandar Tun Razak dan Pengkalan Kubor. Dan, 1 pilihanraya negeri untuk Selangor.

Jenazah blum kebumi, PAS berebut kerusi ... Dikasi S'ngor, tolak?

Posted: 19 Aug 2014 11:35 PM PDT


Tengoklah orang PAS Piss Pus ni ....

Benda fardhu belum settle. Jenazah belum kebumikan. .. dah kempen calon.

Berebut kerusi untuk PAS. 

Di Selangor, PASAda prluang untik isi exco dan kuasai kerajaan tapi tolak.

Sanggup diatur PKR dan tunduk ke arshsn DAP.

Kalau gitu, bagi lslusn pada DAP dan pengundi PAS ikut arahan AJK Pusat untuk undi DAP.

Tak mahu DAP, kasi PKR. PAS kan makna baru Parti Anwar Semalaysia. Samalah PKR dan PAS.

Piss tu tabiat biasa dan kini ulamak, pemimpin dsn akarumbi pun dikencing Anwarinas dalsm PAS. 

PUS tu sebab Parti U turn Semalaysia...kah kah kah ...

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PEMBURU SYAHID ABU TUROB DI SYRIA SYAHID

Posted: 20 Aug 2014 11:32 AM PDT

Peprangan Syria terkini yang dibantu mujahiddin Malaysia mencatat kematian kedua, sebelum ini seorang darinya telah syahid

Salah seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini.

Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar'aya selepas bertempur selama satu jam.
Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.


diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Jabir, dia berkata,

"Sesungguhnya Rasulullah SAW mengumpulkan dua orang lelaki diantara orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu kain. Lalu baginda bersabda, 'Siapakah diantara mereka yang paling banyak menghafal al-Quran?' Apabila baginda ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, lalubaginda mendahulukannya ke dalam lahad. Baginda bersabda, "Aku adalah saksi bagi mereka" dan baginda memerintahkan pengkebumian mereka dengan darah mereka. Mereka tidak disolatkan dan tidak dimandikan".


An-Nasa'i meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda tentang orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud,

"Selimutilah mereka dengan darah mereka dan janganlah kalian memandikan mereka kerana tidak ada seorang pun yang terluka di jalan Allah kecuali dia akan datang padahari kiamat dalam keadaan darahnya mengalir berwarna darah sedangkan baunya adalah bau kasturi". Diriwayatkan dari Anas, "Bahawa Nabi SAW tidak mensolatkan orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud dan tidak memandikan mereka" [HR Asy-Syafi dalam Musnadnya].



"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (QS. Ali Imran: 169-170)



....


....

....


....

LAGI LAPORAN POLIS OLEH PENEROKA JENGKA

Posted: 20 Aug 2014 10:07 AM PDT

20.8.2014( Rabu ) jam 10.00 pagi satu lapuran Polis Beramai2 Di Balai Polis Bandar Pusat Jengka oleh Peneroka yg dinafikan hak Duit Raya & Duit Saham FGV bagi kesinambungan lapuran yg telah dibuat Di IPD Kuantan tempuhari.





Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


Check out Abu's photos on Facebook.

Posted: 20 Aug 2014 04:38 PM PDT

facebook
Check out Abu's photos on Facebook.
If you sign up for Facebook, you'll be able to stay connected with friends by seeing their photos and videos, staying up to date with their latest status updates, exchanging messages and more.
Join Abu on Facebook
This message was sent to razlan74.rafii@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please unsubscribe.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pilihanraya Kecil Di Bandar Tun Razak?

Posted: 20 Aug 2014 07:37 PM PDT



Pengundi Cina Kajang Marah Pada Wan Aziziah

Posted: 20 Aug 2014 08:37 AM PDT

Apa sudah jadi? Belum pun jadi MB sudah kena marah dengan pengundi sendiri.

Bukan main manis lagi janjinya, namun selepas baru 5 bulan sahaja. Janji manis itu hanya ibarat menanam tebu di bibir sahaja.

Wakil rakyat entah ke mana, Pengarah Strategi yang berjanji pun entah ingat ker tidak dengan janjinya.

Itulah nasib yang rakyat Kajang terima. Banjir kilat masih berlaku macam biasa. Masalah rakyat tidak selesai, yang selesai adalah masalah Wan Azizah dan Anwar sahaja.

http://www.tv14.my/?p=5845

RM7.5 Juta Duit Rakyat Dibelanjakan Untuk Kempen Politik Siber Langkah Kajang?

Posted: 19 Aug 2014 09:43 PM PDT


Apakah itu sebenarnya jumlah yang telah dibelanjakan? Benarkah ini sebenarnya Langkah Kajang yang dicanang oleh Rafizi Ramli. Baca lanjut