Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


CARA CURI DUIT ATM

Posted: 18 Aug 2014 03:26 AM PDT

Gambar tertera adalah menunjukkan kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini.
'Skimming device' dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal. Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.

Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank. Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas Selangor 'langgar perintah Pas Pusat', tidak iktiraf Azizah?

Posted: 18 Aug 2014 10:27 PM PDT


Meskipun pakatan pembangkang membuat keputusan menamakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pas Selangor tetap tidak mengiktiraf Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, meskipun Jawatankuasa Pas Pusat akur dengan majlis pimpinan pakatan pembangkang menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai satu keputusan sah.

Ini kerana, jelasnya, pencalonan Wan Azizah dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pas Selangor sebelum ini menolak Wan Azizah bukan sebab beliau wanita tetapi kita dimaklumkan pencalonan beliau tidak diperkenan Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah).

"Bagaimanapun, kita akur dengan keputusan pakatan pembangkang semalam untuk tetap mencalonkan beliau (Wan Azizah). Mungkin ini percubaan (untuk mendapat perkenan Sultan Selangor). Kita tengok bagaimana nanti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dari Pas, Abdul Rani Osman sebelum ini memberitahu, penolakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar bukan disebabkan faktor gender sebaliknya ada faktor lain.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan faktor tersebut.

Sementara itu, Sallehen yang juga ADUN Sabak menjelaskan, dalam tempoh peralihan ini, beliau bersama tiga lagi ADUN Pas akan tetap meneruskan tugas sebagai Exco bagi memastikan pentadbiran negeri yang diterajui Abdul Khalid tetap berjalan lancar.

"Pentadbiran berjalan seperti biasa termasuk mesyuarat Exco mingguan pada Rabu ini. Kita tunggu sehingga Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) pulang dari luar negara pada 27 Ogos ini," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam.

"Semalam kita dah buat satu keputusan yang menetapkan empat perkara dan kita akan ikut keputusan itu. Apa pun yang diarahkan oleh Pas Pusat, kita akan patuhi," katanya.

Suara Politik
Belantan

Rakyat Selangor menanti 'peluru' terakhir MB Khalid?

Posted: 18 Aug 2014 09:32 AM PDT


PAS sudah membuat pendirian mencalonkan dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala PKR dan DAP pula hanya mahukan Wan Azizah sahaja.

Langkah Pas itu bermakna berakhirnya sokongan mereka kepada Abdul Khalid biarpun mereka akan terus berada dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pulang pada 27 Ogos nanti.

Tetapi apa lebih dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak, apakah langkah yang akan diambil Abdul Khalid? Jika berdasarkan kepada pendirian PKR, Pas dan DAP sudah jelas, beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah kalaupun Pas semalam membuat keputusan menyokong beliau, ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana jumlah kerusi masih belum mencukupi untuk mempertahankan beliau.

Tambahan pula daripada 15 kerusi yang dimiliki oleh Pas ia boleh dikatakan berkurangan kepada 13 kerusi berikutan tindakan dua ADUN parti itu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong Wan Azizah.

Malah sokongan daripada UMNO sebanyak 12 kerusi pun tidak mampu menolong Abdul Khalid kerana keseluruhannya baru 26 kerusi (termasuk kerusi beliau).


Oleh itu mahu tidak mahu Abdul Khalid terpaksa akur dengan keputusan Pas dan perlu menghadap Sultan Selangor untuk langkah seterusnya.

Apa yang perlu diketahui `peluru akhir' masih ada di tangan Abdul Khalid iaitu membubarkan DUN, itupun jika beliau boleh meyakinkan baginda untuk berbuat demikian atas alasan pemilihan Wan Azizah atau Azmin tetap akan mencetuskan konflik politik di Selangor.

Bukanlah rahsia lagi, Wan Azizah kini sudah menjadi musuh politik Abdul Khalid kerana terlalu mendengar perancangan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala pemilihan Azmin oleh Pas, ibarat gunung berapi yang memuntahkah laharnya setelah sekian lama ia membuak-buak sejak Abdul Khalid menjadi Menteri Besar pada 2008. Konflik yang tercetus kini juga dikatakan bermula daripada konflik antara kedua-dua mereka.

Sudah tentulah Abdul Khalid tidak sanggup melihat musuh-musuh politiknya itu menggantikan beliau, tetapi dalam masa sama, Abdul Khalid akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian jika salah satu calon itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sebab itulah, biarpun 'peluru akhir' masih di tangan Abdul Khalid, namun ia belum tentu berkesan kecuali beliau mempunyai alasan kukuh untuk memastikan 'peluru' tersebut walaupun akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar tetapi juga turut 'mendatangkan kecederaan parah' khususnya kepada PKR dan DAP.

Namun apa yang pasti, langkah politik Abdul Khalid sepanjang isu Menteri Besar Selangor telah banyak membantu rakyat untuk mengenali hati budi pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Pas.

Paling penting, beliau membuktikan kepada rakyat betapa hipokritnya politik pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya sanggup melakukan apa sahaja demi merebut kuasa waima mempermainkan demokrasi sekalipun!

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Padan muka TMI (dan Edge serta KETUM) kena saman!!!

Posted: 18 Aug 2014 10:30 PM PDT


Cekap Tan Sri Shafee Abdullah. Boleh ganti AG.

Projek belum dapat tapi dia dah saman dulu. Sampai ahli Majlis2 Penasihat Ekonomi sedia bantu.

Di MOF ada dua committee utk luluskan projek2. Satu bawah RM150 juta dan satu lagi yg lebih RM150 juta. Majlis Penasihat Ekonomi dikatakan berkuasa untuk luluskan mana2 projek.

Mereka dah sedia bantu disegerakan kad subsidi minyak supaya rakyat tak buang subsidi minyak. Masaalah seludup diesel dikatakan akan diselesaikan dengan lebih bersungguh2. Dengan subsidi minyak untuk rakyat dipotong, Kerajaan boleh jimatkan lagi banyak wang untuk projek2 pembangunan.

Nampaknya boleh bungkus MI dan Edge disaman RM100 juta.

Syabas Shafee.

PAS tak silap, Doc ... Malah bijak sebab sedia jadi keldai

Posted: 18 Aug 2014 08:45 PM PDT


Pandangan mungkin tak sangat dipersetujui oleh pihak lain kerana mereka kata PAS yg kini jelas adalah Parti Anwar SeMalaysia telah bertindak dengan bijak.

http://www.theantdaily.com/Main/PAS-political-maturity-starts-to-shine-in-Selangor-MB-impasse

Tulisan ini perakui bahawa tanpa PAS yang lebih berpengalaman dalam hadapi UMNO, PR boleh kalah.

PAS dikatakan bijak dapat pertahankan Pakatan Rakyat atau khususnya PKR dan DAP.

Kalau kuat, patut PAS jadi ketua.

 Hmmm .... mereka sebenarnya kata PAS bijak kerana sedia jadi kaldai.

Bila DAP PKR gagal, kaldai2 PAS sedia bantu

Posted: 18 Aug 2014 07:44 PM PDT




Semacam kaldai tunggangan, PAS yg bantu tolong kempen penerangan isu gugurkan TSKI untuk PKR yg tak dihaditi orang ramsi dsn DAP yg demo tak dapat menarik sokongan orang ramai.

Azmin tak layak MB sebab masaalah keluarga, Keluarga Zizah tiada masaalah?

Posted: 18 Aug 2014 07:48 AM PDT


AZMIN ALI ADA MASALAH, BAGAIMANA PULA WAN AZIZAH TAK ADA MASALAH?

Mesyuarat Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014 membuat keputusan yang telah mencadangkan hanya Datin Seri Wan Azizah saja dicadang kepasa DYMM Sultan Selangor untuk jawatan MB

KETUM mengarahkan Azmin Ali umtuk.menarik diri dari calon MB Selangor kerana Azmin Ali mempunyai keluarga yang boleh menimbulkan masaalah seperti Umi Halfilda dan Azwan Ali.

Azmun Ali dikatakan juga sebagai tiada ketokohan dan ketegasan.

Namun begitu, jika Sultan tidak menerima Wan Azizah, pimpinan MPP telsh mendesak KETUM untuk mencadanhkan Azmin Ali sebagai MB.

Surendran kena!!!!

Posted: 18 Aug 2014 05:10 AM PDT



Makluman Media: 

Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap YB N Surendran, peguam DS Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Fitnah 2. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah Jln Duta esok, Selasa 19hb Ogos jam 9pg di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yg melibatkan DS Najib Razak.

---

Press Alert: Police have issued a warrant of arrest against N Surendran, Anwar Ibrahim's lawyer in Fitnah 2 Appeal. Surendran will be charged tomorrow, Tues 19/8, 9am for Sedition at Jalan Duta court for stating that Anwar's sodomy 2 charge is a political conspiracy involving Najib Razak.

Zuhdi dulu sokong Anwarinas, Kini baru nak kritik Mat Sabu

Posted: 18 Aug 2014 01:27 AM PDT


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali.

Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS."

"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini.

"PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya þ DSWA. Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.

Sumber Whats App

Dulu zuhdìv sokomg Anwarinas dan kini buat2 hairan pulak .

Kalau nak tahu sapa orang2 Anwarinas, baca berikut:ì

Jom tengok sapa.yang nak sangat si KIPAS!!!!

Posted: 17 Aug 2014 11:30 PM PDT


Baca juga

http://www.rockybru.com.my/2014/08/sultan-wants-khalid-anwar-wants-1azizah.html?m=1

Terpusing-pusing Hadi berpusing dan dipusingkan ...

Posted: 17 Aug 2014 07:29 PM PDT


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Isu Menteri Besar...PAS sudah boleh bersiul depan Anwar

Posted: 18 Aug 2014 10:48 PM PDT


Pelik...itulah komentar yang banyak kedengaran tentang lenggang lenggok PAS dalam isu Menteri Besar Selangor.
Satu dunia tahu bagaimana parti itu asalnya tunjuk seolah ia begitu berprinsip sekali nak pertahan habis-habisan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bukan saja Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang malah Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga mengaum bagai singa garang.
Ini diperkuatkan lagi dengan keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama,yang merupakan badan tertinggi pengubal dasar parti itu.
Tiba-tiba mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS Ahad lalu membuat U-Turn campak Khalid macam sampah dari bangunan Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.
Ini setelah dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Selangor,Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin belot sokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail dua hari sebelum itu.
Soalnya betulkah PAS sudah korner baring atau ini cuma satu babak wayang pacak parti itu?
Kalau kita putar balik ikut babak ke babak perangai Haji Hadi nampak agak lain macam sejak memuncaknya krisis Menteri Besar.
Beliau seperti menyepikan diri setelah sebelumnya buat sidang akhbar sokong Khalid.
Malah pertemuannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kelamkabut setelah adakan mesyuarat Exco pertamanya,berlangsung secara sulit di sebuah hotel di Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu.
Kalangan wartawan yang selalu membuat liputan acara Haji Hadi dan faham karektornya sendiri hairan mengapa begitu jadinya.
Lebih membingunkan bila beliau sendiri tidak beri sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS di ibupejabat PAS sekalipun beliau sendiri yang mempengerusikan mesyuarat itu.
Keputusan mesyuarat itu mengenai pendiriann rasmi parti memang ditunggu-tunggu oleh semua orang kerana ia dikira babak sangat penting dalam jalan cerita.
Sebaliknya yang tampil beri sidang akhbar ialah Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS membacakan kenyataan yang ditandatangani Haji hadi.
Melalui kenyataan itu beliau mengumumkan PAS tarik balik sokongan pada Khalid dan sokong dua nama untuk gantinya,Wan Azizah dan Azmin Ali.
Haji Hadi menyepi dan ghaib.
Pada petang itu pula Haji Hadi tidak hadir mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Subang Jaya.Sekali lagi Mat Sabu mewakilnya.
Di pihak PKR Anwar sendiri hadir dan begitu juga DAP Lim Guan Eng.
Ada yang kata Haji Hadi mungkin kurang sihat.
Sebaliknya esoknya Isnin beliau tampil segar bugar semasa memberi penjelasan mengenai keputusan Jawatankuasa PAS Pusat kepada Nik Aziz di Kota Bharu.
Andaian yang berlegar ialah Haji Hadi mempunyai 'sebab tersendiri' mengapa tidak beri sidang akhbar dan juga tidak hadir pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat yang memutuskan cuma nama Wan Azizah saja calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor.
Sebabnya mungkin ada kaitan dengan rasa amat malu terpaksa tendang Khalid.
Ada cakap-cakap yang berlegar kata Haji Hadi ' kena kepung' dengan puak Anwarinas PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan terpaksa tunduk kepada desakan mereka tolak Khalid dan berdiri belakang Anwar.
Kalau melihat pada rentetan babak dua kemungkinan itu memang tidak dapat ditolak.
Namun disebalik ini ada juga pemerhati yang menilai apa yang berlaku bagai satu skrip drama yang sudah tersusun rapi.
Mereka lebih kuat merasakan PAS menang hendak ' lepas tengkok' atau lebih tepat cuci tangan dalam isu Menteri Besar Selangor.
PAS dikatakan cukup bimbang kepada kemungkinan ia terbelit hingga terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Rakyat.
Sekalipun ada kalangan pemimpin PAS mengaum konon mereka tidak takut sendirian tetapi kalau buat congak diatas kertas PAS akan rugi banyak jika berpecah dari PKR dan DAP.
Sebab itu Anwar dikatakan tidak rasa gerun dengan PAS dan berani terus mendesak mahu Wan Azizah jadi calon Menteri Besar.
Lihat bagaimana Saari Sungib berani mengugut nak keluar parti itu jika PAS terus sokong Khalid.
Itu baru Saari...belum lagi Hasnul dan sebilangan lagi ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang diketahui berkiblatkan kepada Anwar.
Tolak bahagi campur...PAS akan kehilangan banyak ADUN dan Ahli Parlimen jika nak terus konon pegang prinsip pertahankan Khalid.
Yang untungnya tentu PKR.Jangkaannya sudah tentu ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang protes keluar parti akan lompat masuk PKR.
Lagipun PKR tidak bimbang kerana ia banyak bergantung pada tempias sokongan bukan Melayu yang sokong DAP.
PAS tahu ia secara otomatik akan kehilangan sokongan bukan melayu jika nak main-main dengan PKR dan DAP.
Jawapnya PAS akan kembali sebagai 'parti kampong' seperti zaman dulu.
Melalui keputusan Jawatankuasa Pusat PAS yang mendokong nama Wan Azizah dan tambah nama Azmin, PAS nampak sudah mengubat luka dihati PKR dan DAP.
Kini PAS cuci tangan lepas bola kepada kaki Anwar....macam bunyi cakap ' engkau hendak sangat Wan Azizah sekarang kami sudah sokong'.
Sekarang menjadi tanggongjawab Anwar  ' bersilat' sendiri dengan Istana Selangor untuk teruskan impiannya nak jadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
Seperti kata Haji Hadi kepada wartawan selepas jumpa Nik Aziz di Kota Bharu Isnin keputusan muktamad terima atau tidak Wan Azizah sebagai Menteri Besar terletak pada Sultan Selangor.
Katanya PAS akan akur dengan apa jua keputusan baginda.
Anwar sendiri tentu tahu itu adalah cabaran terbesar yang beliau kena laluinya.
PAS kini boleh mengepak dada dan dengan mudah boleh cakap...'jangan kata kami tak sokong Wan Azizah...kami sudah sokong'.
Nampak macam apa jadi pun PAS sudah tidak rugi.
Jalan cerita PAS yang keras macam batu sebelum ini...nampak berlalu dengan mudah sekali.
Memang agak menghairankan kalau Nik Aziz sendiri boleh dengan mudah terima dengan mudah dan telan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS tolak Khalid selepas Haji Hadi beri penjelasan.
Alasan Khalid kini bukan lagi ahli PKR dan bukan jadi tanggongjawab PAS perjuangkan beliau...adalah alasan yang cukup lemah untuk lepaskan diri.
Ini kerana PAS awal-awal semasa 'Langkah Kajang' sudah menentang sebarang pertukaran Menteri Besar.

Malah kemudian ia secara terbuka menentang hajat PKR menamakan Wan Azizah sebagai calon penganti Menteri Besar.Itu prinsipnya.
Sebagai parti yang kononnya berteraskan Islam..U-Turn PAS ini memang sangat memalukan.
Namun politik tetap politik.Khalid juga terpaksa telan pil pahit kena main dengan politik PAS.
Game isu Menteri Besar Selangor sudah masuk babak baru dimana PAS sudah boleh bersiul depan Anwar.
Pada 27 Ogos Sultan Selangor akan berangkat pulang.Itulah bermula detik kemuncak.
Siapa agaknya yang akan terbelit?-19/8/2014 - OLEH ROSLI ISMAIL

Nasib MB baharu di tangan rakyat

Posted: 18 Aug 2014 08:30 PM PDT

WALAUPUN krisis kemelut jawatan menteri besar dilihat hampir ke penghujungnya, namun masalah ini belum tentu dapat diselesaikan dengan mudah.

Jika benar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu ditukar dan PR termasuk Pas setuju berhubung pertukaran ini, masih ada perkara yang akan menjadi penghalang.

Pertama, PR perlu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan sokongan majoriti dan memohon perkenan Sultan melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

PR perlu mendapat persetujuan sultan terlebih dahulu sebelum melantik Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid.

Jika sultan tidak perkenan nama tersebut, PR perlu mencari pengganti yang dipersetujui sultan untuk menjadi menteri besar sama ada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ataupun pemimpin PR yang lain.

Bagaimanapun,  jika sokongan majoriti Adun Selangor lebih kepada Wan Azizah, adalah sukar untuk sultan menolak, tambahan pula tiada nama kedua dikemukakan oleh PR.

Jika Wan Azizah berjaya menggantikan Abdul Khalid, ini bermakna PR telah membuka satu episod baru dalam pentadbiran negeri di Malaysia, di mana, seorang menteri besar wanita pertama telah dilantik.

Lantik Wan Azizah selesaikah masalah? Belum tentu tidak, kerana PR perlu berdepan dengan persepsi rakyat yang menaruh harapan tinggi dalam pentadbiran baru ini. Rakyat akan meletakkan standard yang tinggi kepada Wan Azizah untuk terus memajukan Negeri Selangor dan mengekalkan kemakmuran ini dalam tempoh lebih lama.

Lebih-lebih lagi dalam meneruskan beberapa projek penting yang melibatkan kepentingan rakyat seperti perjanjian air dengan kerajaan pusat.


Tekanan untuk Wan Azizah

Disebabkan Selangor maju pada zaman pentadbiran Abdul Khalid sehingga mampu memperoleh wang rizab lebih RM3 bilion, pastinya menerusi pentadbiran Wan Azizah rakyat mahukan kemajuan seperti ini.

Wan Azizah akan menghadapi masalah jika gagal memenuhi pencapaian cemerlang Abdul Khalid dalam pengurusan kewangan.

Walaupun Wan Azizah mempunyai beberapa pemimpin PKR yang mampu menolongnya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ini belum tentu dapat mencapai prestasi cemerlang Abdul Khalid yang lebih bijak dalam menyimpan wang hasil negeri.

Malah, peralihan jawatan menteri besar yang dibuat semasa kerajaan negeri tidak stabil juga akan menjadi kesan utama kepada keberkesanan pentadbiran Wan Azizah dalam tempoh 100 hari pentadbiran Wan Azizah dan mungkin berlanjutan sehingga awal tahun 2015.

Jika Wan Azizah gagal untuk mentadbir dengan baik, tidak mustahil rakyat akan mendesak beliau untuk berundur dan digantikan dengan calon yang baru.

Rakyat Selangor juga akan terus mendesak beliau melakukan sesuatu bagi terus mengekalkan kemajuan negeri termasuk mengurangkan penggunaan wang negeri dalam urusan parti.

Ini kerana, semua sedia maklum, antara sebab utama Abdul Khalid ditukarkan adalah kerana keengganannya untuk menyalurkan wang rakyat ke dalam parti dan PR. Abdul Khalid juga tidak mudah memberikan wang rakyat untuk digunakan wakil rakyat walaupun bagi tujuan program di kawasan Dun masing-masing.

Namun, apa yang kita jangka semua ini akan berubah dalam pentadbiran Wan Azizah kelak.


Siapa selain Wan Azizah?

Jika rakyat tidak mahu Wan Azizah, siapa lagi lebih layak dan dipersetujui PR? Adakah Azmin lebih layak? ataupun lebih wajar Selangor diperintah oleh Pas?

Azmin seperti semua tahu sememangnya merupakan pemimpin senior di Selangor yang berkebolehan berhujah dan berpengalaman luas dalam arena politik negara.

Walaupun pada peringkat awal Azmin dilihat orang yang disebut-sebut akan menggantikan Abdul Khalid namun, namanya ditukar dengan Wan Azizah menerusi 'Kajang Move'.

Kelmarin, Azmin menjelaskan bahawa beliau tidak akan menjadi menteri besar dan akan menyokong keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya, Wan Azizah sebagai pemimpin nombor satu Selangor.

Bagaimana pula jika Pas mencalonkan pemimpin mereka sebagai menteri besar? Siapa yang dilihat wajar ditonjolkan? Antara nama yang sering disebut-sebut adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad, seorang Exco Kerajaan Negeri yang berpengalaman luas dalam mengurus hal-hal pentadbiran negeri.

Beliau antara empat Exco di bawah pentadbiran Abdul Khalid yang senior dan berkebolehan memimpin.

Walaupun Iskandar tidak lantang namun beliau seorang pemimpin yang dipercayai rakyat Selangor. Selain Iskandar, Exco Selangor, Ahmad Yunus Hairi juga dilihat berpotensi.

Namun, PR masih terikat dengan perjanjian bahawa pentadbiran Selangor adalah hak PKR dan bukannya Pas dan DAP. Perjanjian inilah yang akan menghalang Pas dari mengemukakan sebarang nama untuk menjadi menteri besar kerana Pas telah mentadbir Kelantan dan DAP mentadbir Pulau Pinang, walaupun Pas mempunyai 15 kerusi dalam Dun.


Nasib di tangan rakyat

Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian Sinar Harian, rakyat Selangor yang tidak memihak mana-mana parti politik masih mahukan Abdul Khalid menjadi menteri besar.

Hujah mereka sangat mudah, mengapa perlu Abdul Khalid ditukar kalau beliau cemerlang dalam mentadbir Selangor? Pandangan ini juga dipersetujui oleh penyokong Pas dan BN yang rata-rata masih hairan dengan pertukaran menteri besar ini.

Namun, bagi penyokong PKR dan DAP, pertukaran ini penting demi survival PR di masa akan datang terutama dalam melawan asakkan BN yang masih berazam merampas kembali Selangor dari PR.

Persoalannya, jika Abdul Khalid digantikan dengan Wan Azizah, adakah PR pasti akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti?

Mampukah Wan Azizah meyakinkan rakyat Selangor bahawa beliau mampu membawa perubahan kepada Negeri Selangor dalam pentadbirannya dan mampukah beliau mendahulukan kepentingan rakyat dari perkara-perkara lain termasuk kepentingan parti sendiri?



Jika pertukaran ini berjaya dilakukan PR, kini bermulalah episod penilaian rakyat terhadap menteri besar mereka yang baharu.

Isu MB selangor : PAS cadangkan Azmin jika Istana tolak Wan Azizah

Posted: 18 Aug 2014 07:12 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tujuan Pas mengangkat nama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu adalah bagi memberikan pilihan kepada Sultan Selangor jika baginda tidak memberi perkenan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abd. Samad berkata, keputusan berani itu diambil kerana beberapa maklumat yang diterima parti itu mengatakan Wan Azizah tidak diterima oleh pihak istana sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita buat tindakan betul. Kita lihat dari sudut berbeza. Saya akan lakukan apa yang perlu dilakukan.
"Sebenarnya, Pas mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah, maka atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.

"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli Pas kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan Pas yang tolak, tapi sultan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, Pas menghormati keputusan Azmin yang akan mendahulukan Wan Azizah bagi jawatan berkenaan justeru mereka terpaksa menerimanya.

Semalam, mesyuarat jawatankuasa itu mengambil ketetapan mengangkat nama Wan Azizah dan Azmin untuk jawatan itu walaupun PKR sebelum ini hanya menamakan Wan Azizah.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang membuat ketetapan hanya akan menghantar nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk dipertimbangkan. - UM

Lelaki terkejut isteri punyai 6 suami

Posted: 18 Aug 2014 05:23 AM PDT

Kuala Lumpur: Lelaki yang memilih untuk bernikah di negara jiran terutama menggunakan khidmat sindiket perlu bersedia berdepan pelbagai risiko termasuk wanita pilihannya itu mungkin berstatus isteri kepada lebih daripada seorang lelaki. Pengerusi Pertubuhan SukaGuam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya yang mengendalikan kes berkaitan dengan undang-undang syariah menerima banyak aduan berkaitan masalah dihadapi lelaki yang bernikah di negara jiran. 

Ada satu kes, lelaki berumur 38 tahun terkejut apabila mendapati isteri yang baru dua hari dinikahinya berada bersama lelaki lain di dalam sebuah bilik ketika dia cuba membuat kunjungan mengejut. Apabila disiasat, lelaki itu rupa-rupanya suami wanita berusia 21 tahun yang dikahwininya itu.
Malah, wanita itu mempunyai enam lagi suami dan mengakui dia berkahwin semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah daripada semua 'suami-suaminya' itu, " katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan muka depan Harian Metro Jumaat lalu mengenai semakin ramai lelaki Malaysia yang kemaruk untuk mendapat bini rahsia sanggup ke Pulau Batam, Indonesia bagi melakukan urusan pernikahan yang mengenakan mahar semurah Rp1,000 (27 sen) hingga Rp10,000 atau RM2.70 saja mata wang Malaysia.
Lebih menarik apabila status pernikahan dilakukan jurunikah tanpa tauliah daripada pemerintah Indonesia itu adalah sah walaupun tidak mengikut prosedur dan upacara ini dikenali oleh rakyat tempatan sebagai 'nikah siri'.
Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, pernikahan dengan gadis dari negara jiran yang tidak diketahui latar belakang keluarga dan keturunan oleh lelaki Malaysia kebanyakannya hanyalah indah khabar dari rupa.
Ada kes yang diterima SukaGuam, kegembiraan suami hanya bertahan selama empat atau lima bulan sebelum tembelang isteri mulai terbongkar sedikit demi sedikit menyebabkan suami terpaksa berdepan tekanan emosi sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.
Tidak salah jika mahu memperisterikan gadis asing, tetapi seelok-eloknya kenalilah bakal isteri sedalam-dalamnya terutamanya latar belakang keluarga dan menuruti perkahwinan yang mematuhi rukun serta mengikut saluran undang-undang di negara ini," katanya.

PAS kini sudah jadi ayam daging Anwar dan Guan Eng

Posted: 18 Aug 2014 03:15 AM PDT

 | August 18, 2014
Keputusan sebulat suara Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.
LGE anwarPETALING JAYA: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mengkritik keputusan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
Beliau memanggil Timbalan Presiden PAS itu dengan gelaran "ayam sabung PAS' yang hilang tajinya.
"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.
Bahkan beliau juga dilihat membidas kegagalan bagi mempertahankan keputusan sebulat suara yang telah diputuskan oleh PAS sebelum ini.
"PAS Pusat telah sebulat suara mencalonkan dua pemimpin PKR. Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.
"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah. Tak akan perkara itupun tak boleh buat?," tulisnya lagi.
Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk tetap dengan keputusan mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, PR akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Keputusan ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan saya sendiri," katanya pada sidang media di Empire Hotel, Subang semalam.

Anak Jati Selangor tolak Wan Azizah

Posted: 18 Aug 2014 12:57 AM PDT

SHAH ALAM: Sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Anak Jati Selangor memberi amaran akan berpaling tadah sekiranya Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.
Wakil kumpulan berkenaan, Mohd Kamal Hasbi, berkata Pakatan Rakyat (PR) harus sedar bahawa golongan muda adalah golongan pengundi terbesar pada Pilihan Raya Umum.
Katanya, mereka akan menerima siapa juga calon Menteri Besar asalkan calon berkenaan adalah warga Selangor.
"Kami membantah sekeras-kerasnya sekiranya Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar kerana beliau bukan anak jati negeri ini.
"Kami mahukan anak Selangor yang mentadbir negeri ini. Sekiranya suara anak muda seperti kami tidak diendahkan, gerakan anak muda Selangor akan bertindak dan jangan menyesal dengan tindakan mereka ini," katanya ketika ditemui di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Sultan tolak permohonan Khalid menghadap di luar negara

Posted: 17 Aug 2014 11:59 PM PDT



Istana Selangor menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir
Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

"Saya telah menerima permohonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap DYMM Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan perkembangan semasa politik di Negeri Selangor dan juga kedudukan beliau sebagai Datuk Menteri Besar Selangor.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Walau bagaimana pun Baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga Baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Munir dalam satu kenyataan hari ini.

Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.

Satu mesej teks ringkas (SMS) disebarkan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan hal ini.

SMS tersebut turut menyatakan Khalid menghadap Sultan untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Negeri, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

"Dapat maklumat semalam Khalid akan meminta Sultan membubarkan DUN (Dewan Negeri Selangor).

"Mungkin Khalid akan ke Budapest bertemu DYMM (Sultan)," kata mesej yang dilihat Malaysiakini itu.

Bagaimanapun Setiausaha Akhbar Khalid Arfa'eza Abdul Aziz menafikan spekulasi tersebut.

Beliau menyatakan Khalid akan meneruskan kerja seperti biasa sehingga Sultan kembali dari luar negara 27 Ogos depan.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Sultan Selangor minta Khalid Ibrahim menghadap selepas baginda tiba di tanah air!

Posted: 18 Aug 2014 10:12 AM PDT


SHAH ALAM: Istana Selangor mengesahkan menerima surat permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadap Sultan bagi menjelaskan situasi politik dan kedudukannya kini.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Bagaimanapun baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.

Dalam masa yang sama Datuk Munir tidak pula memberitahu status surat permohonan yang dihantar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadap Baginda Sultan.

Azizah baru-baru ini memberitahu beliau menghantar surat memohon mengadap Sultan Selangor kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Terdahulu Sultan Selangor menolak permohonan menghadap Wan Azizah. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Ahad sebulat suara bersetuju untuk hanya nama Wan Azizah dicalonkan sebagai pengganti Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas PAS bermesyuarat dan menarik balik sokongan kepada Khalid. Khalid sebelum ini enggan meletakkan jawatan beliau kerana mendakwa mendapat sokongan majoriti daripada ADUN, serta telah menghadap Sultan minggu lalu bagi menjelaskan perkembangan tersebut.

Wasabi Oyabun..