Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Khalid Pecat Exco daripada PKR dan DAP?

Posted: 12 Aug 2014 09:43 AM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor," katanya.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin


Sementara itu, Anwar desak Exco PAS boikot mesyuarat esok!

PKR dan DAP menuntut Exco PAS agar memulaukan mesyuarat esok ekoran pemecatan enam Exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim petang tadi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media tergempar yang diadakan malam tadi mengesa agar semua Exco PAS tidak menghadirkan diri sebagai bantahan terhadap tindakan Abdul Khalid itu.

Manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesa PAS untuk bersama-sama menunjukkan solidariti sekiranya masih menghormati konsep kerajaan pakatan yang diperjuangan sebelum ini.

Selain Anwar Turut hadir dalam sidang akhbar tergempar itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Terdahulu, Abdul Khalid menyatakan semua Exco PKR dan DAP dipecat melalui surat yang dihantar iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR berkuatkuasa serta.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Dalam perkembangan yang sama, semua Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden Pas, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di sini.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif.

Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Khalid tak benar PKR guna stadium Melawati untuk Konvensyen!!!!

Posted: 12 Aug 2014 11:06 PM PDT


16 Syawal 1435H
Rabu 1.30p.m. 

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membatalkan tempahan Stadium Melawati Shah Alam dan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi kegunaan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka diadakan pada 22-24 Ogos 2014

Zam tulis PAS memang tolak si gay KETUM

Posted: 12 Aug 2014 10:09 PM PDT


Khalid Move musnahkan Kajang Move

SUATU persefahaman tersirat selama ini antara Pas dan UMNO ialah; kedua-duanya tidak dapat menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM). Penolakan UMNO kerana dia seorang homoseksual telah lama diketahui umum tetapi penolakan Pas hanya baru diketahui sekarang.

Krisis dalam Pakatan Rakyat yang berpunca daripada Khalid Move membantah penyingkirannya sebagai Menteri Besar (MB) telah membuka pandora box yang mendedahkan pekung dan paling menggemparkan sekali ialah Pas tidak bersetuju Anwar menjadi PM malah sedia menerima bekas pemimpin besar UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini adalah antara lain rahsia dalaman yang didedahkan oleh Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam interviu dengan wartawan The Sunday Star, Shahanaaz Habib yang perlu dibaca oleh semua peminat politik tanah air. Di antara yang didedahkan ialah:

Sebulan sebelum Pilihan Raya Umum 2013, Pas menemui pemimpin-pemimpin PKR dan memberitahu mereka tidak setuju Anwar sebagai PM kerajaan Pakatan Rakyat, walhal sejak enam tahun sebelumnya telah bersama dengan PKR dalam majlis-majlis ceramah di atas pentas yang sama.

Kegagalan mendapat persetujuan ini menyebabkan Pakatan Rakyat hanya dapat mengumumkan pembahagian kerusi dan tidak bakal PM.

Dalam masa sama, Pas juga menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk bertanding sebagai calon Pas untuk menjadi PM. Ini adalah gelombang yang tidak diketahui rakyat dalam masa Pilihan Raya Umum 2013.

Sekarang barulah saya tersedar rupa-rupanya poster gergasi Pakatan Rakyat gambar besar Anwar sebagai PM dalam Pilihan Raya 2013 sebenarnya tidak direstui Pas (saya melihatnya di Tikam Batu, Kedah).

Bagaimanapun sekiranya PR menang, maka PKR boleh mendakwa poster gergasi itu membantu kemenangannya, kerana Anwar dijanjikan sebagai PM. Dengan itu DAP dan PKR boleh memaksa Pas menerima Anwar sebagai PM.

Dalam masa sama, suara Pas Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah memperkecilkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mempromosikan bahawa beliau hanya mahu menjadi nelayan.

Anwar memang memandang rendah Abdul Hadi kerana tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sewajarnya sekarang, rakyat terutama orang Pas insaf dan sedar bahawa kasih sayang yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Anwar hanyalah kasih palsu semata iaitu "di depan cakap lain, di belakang cakap lain," kata Saifuddin. Kasih sayang itu hanya atas persefahaman antara Nik Abdul Aziz dan Anwar untuk membalas dendam pada UMNO.

Tetapi Allah maha kuasa, Khalid Move telah mendedahkan nilai yang sama antara Pas dan UMNO, iaitu tidak dapat menerima Anwar dari segi moral untuk menjadi PM, menolak homoseksual sebagai pemimpin tertinggi negara. Jika bukan kerana ini, apalagi sehingga sanggup menerima Tengku Razaleigh dari UMNO untuk jadi PM.

Maka itu Kajang Move atau "Langkah Kajang" diperlukan sebagai strategi Anwar untuk menjadi PM kerana sekiranya boleh menjadi Menteri Besar maka tidak ada alasan lagi atau tidak logik bagi Pas untuk menolaknya sebagai PM.

Maka itu jugalah Kajang Move tidak dirundingkan lebih dahulu dengan Pas kerana seperti kata Saifuddin kepada The Sunday Star - "So when people ask why we didn't seek consensus,tell me how we can do that because you can't even agree on Anwar as the choice for PM".

Semoga Khalid Move yang mendedahkan persetujuan dan persamaan nilai dalam perkara moral antara Pas dan UMNO ini, akan membuka laluan yang lebih besar bagi kerjasama kedua parti itu di masa akan datang yang tidak seharusnya dititik beratkan atas soal Melayu dan Islam tetapi atas kepentingan moral dan integriti rakyat Malaysia berbagai kaum dan agama.

Dalam pada itu, saya mengangkat topi pada saudara Saifuddin kerana bercakap secara terus terang mendedahkan masalah dalaman PR khususnya mengenai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim demi untuk mengawal kemusnahan (Damage Control) lebih besar, kerana percaya jika Abdul Khalid terus menjadi MB maka Pakatan Rakyat pasti akan kalah.

Pada peringkat ini Khalid Move telah pun memusnahkan Kajang Move dan membawa malapetaka yang besar kepada PR.

Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas Menteri

Penerangan.

Oleh Zainuddin Maidin

Meeting tak ajak tapi arah PAS boikot ...Tak dapat terus masuk!!!!

Posted: 12 Aug 2014 08:29 PM PDT


... KETUM dan orang2nya dihalau.

Biarkan! Biarkan! ...

Kah kah kah ...



Nangis takde gaji...

BAIYI yang kata pecat Exco tak sah tu dah main bontot Anwar ke?

Posted: 12 Aug 2014 06:52 PM PDT


Seorang pensyarah yang pro- Anwar (Liberal) berkata pemecatan 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal.


Pensyarah tersebut berkhidmat di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bersih bersama S. Ambiga membuat kenyataan bahawa pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.

Menurutnya hanya Sultan sahaja yang boleh memecat anggota Exco.

 
Baca sepenuh di SG Rapat Online SINI

Khalid dah ikut prosedur dan tiada susahlah hal ini. Kan Khalid dah kata sudah memberitahu Sultan. Mestilah dia dah minta pendapat Penasihat Undang-Undang Negeri dan diikuti prosedur yang ajar.

Profesor Baiyi ini tahu apa? Dia hanya tahu pegang marker pen dan tulis di white board!


Professor ini golongan kiri yang sokong LGBT. Jangan-jangan baiyi ni dah main bontot Anwar macam Munawar Anees.

Lagi pun Sultan dah lama memendam kesabaran setelah dihina dna diperlecehkan oleh ADUN-ADUN PKR dan DAP ini. Mereka ini berlaku biadap dan buat kenyataan menghina dan perlecehkan institusi Sultan tanpa fikir panjang. 

Ingat kuasa dia sebagai ADUN berkekalan selama-lamanya. Cepat sangat besar kepala!!!
Sultan pun manusia dan bila dihina, baginda pun ada perasaan. Tindak tanduk dna keputusan dia mesti secara semulajadi ada didorong perasaanya. 

Tak puas hati bawa lah ke mahkamah.

Benda alah dah kering yang KETUM Jan 50 letak duduk kerusi MB

Posted: 12 Aug 2014 04:29 PM PDT


Jika UMNO menyertai Kerajaan Selangor baru, penyokong PKR mahu gelar kerajaan campuran PAS-UMNO-Khalid Ibrahim dengan pendikan kerajaan PUKI Selangor.

Teruklah PKR ni mencarut-mencarut. Padahal salah KETUM yang beriya-iya nak letakkan PUKI untuk duduk atas kerusi MB. 

Dahlah tu, puki yang diletakkan KETUM Jan 50 adalah puki yang kering dan memerlukan KY Jelly.

Puki ni hanya boneka dan sedia jadi boneka yang hanya duduk saja ... blur yang belum tahu boleh kerja.

SAIFUDDIN NASUTION DISAMAN!!!! Lepas ni Rafizi hihihi

Posted: 12 Aug 2014 07:31 AM PDT





Sepenuhnya di ...

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/08/12/the-chief-strikes-back-pt-v/

Dah hilang kuasa, jangan nak 'act'... dah takde gaji bulan depan

Posted: 12 Aug 2014 07:08 AM PDT


Dikala TSKI dah ada 'upperhand', jgn pula nak cari pasal .....


KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)

Kami ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dalam suasana sekarang.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti seperti berikut:

1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;

2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan

3. Kami, ahli EXCO dari KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing

Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.

Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat.


DATO' TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar 

PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi 

SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin 

12 Ogos 2014

---------------------------

Ikut strategi perang Sun Tzu, mana boleh kasi chance.....


Padan muka ..... gaji besar tu exco2. Nangislah .... kesian sekali punahsihat hilang gaji RM1 you.



Pulang balik Camry tu ye ....Jgn ikut prtangai Nizsr tak tau malu ...

Akibat berkipas macam Mamasan, Sultan tak mahu jumpa Jijah

Posted: 12 Aug 2014 04:13 AM PDT


RM0 BH 12/08: Sultan Selangor tidak berkenan terima menghadap Presiden PKR untuk beri penjelasan kerana MB sudah pun menghadap - Setiausaha Sulit Sultan

Istana tolak Wan Azizah mengadap, PKR bincang nama lain malam ini - Sumber | Astro Awani - http://www.astroawani.com/news/show/istana-tolak-wan-azizah-mengadap-pkr-bincang-nama-lain-malam-ini-sumber-41759


Takkanlah Jijah yg nak jadi MB pergi.sendiri jumpa Sultan. Kalau Ketua Umum atau wakil Pakatan Rakyat lojik juga....

Tak malu ke nak sangat jadi MB boneka. Mestilah Sultan tak mahu. Dahlah bukan anak jati Selangor ...

Asasnya Sultan dah terima TKI, maka Jijah tidak ada sebab lagi untuk jumpa Sultan.

His majesty has decided and it is His Majesty's prerogative. Apa pasal dulu ahli politik PKR biadap dengan Sultan? Padan muka ... 

Khalid masuk PAS? Apa parasit nak bising?

Posted: 12 Aug 2014 12:38 AM PDT


Laporan berikut tersebar di media sosial:

SHAH ALAM-Khabar angin bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar borang permohonan menyertai PAS terjawab dengan pengesahan dari pejabat Menteri Besar Selangor.

Ketika ditanya mengapa beliau menyertai PAS, Abdul Khalid menyatakan, "Saya menyertai PAS bukan kerana berdendam dengan PKR sebaliknya mahu meneruskan kesinambungan berbakti kepada rakyat melalui jawatan Menteri Besar".

Beliau juga menjelaskan bahawa perkenan DYMM  Sultan Selangor serta sokongan padu sahabat-sahabat seperjuangan dalam PAS mampu memberi motivasi untuk beliau mentadbir Selangor dengan jayanya.

Sewaktu pertemuan dengan Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali, beliau dimaklumkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim telah pun mengadakan perbincangan dengan Tuan Guru Presiden PAS untuk mengeluarkan surat arahan kepada 15 Adun PAS di Selangor supaya menandatangi Akuan Bersumpah menyatakan sokongan dan taat setia kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. -HARAKAH

Apa lagi yang parasit macam Hanipa Maidin, loyar mamak dari Johor yg membela babi utk DAP.di Sepang mahu?

Baca blog pembangkang ....

http://santauberapi.blogspot.com/2014/08/kini-giliran-parasit-pas-pula-yang.html?m=1

Dr Rani pun mula merepek:

Pada pagi tadi di luar lobi utama Pej Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Seksyen 5 Shah Alam, Dr Rani ADUN Meru telah memberikan satu kenyataan akhbar.

Antara kenyataan yg disampaikan adalah seperti berikut:

a) Mempertikaikan mengapa Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor sedangkan PAS sendiri melantik pemimpin dikalangan perempuan diantara mereka sebagai contoh pelantikan Halimah Ali sbg exco

B) Menyatakan PAS tidak akan keluar daripada PR

C) Secara peribadi beliau menyatakan Selangor akan kekal dibawah PR dgn gabungan PKR, DAP dan PAS kerana BN dijatuhkan oleh gabungan parti tersebut

D) PAS akan membuat keputusan/ketetapan selepas mesyuarat pada 17 Ogos 2014.

Sama macam Hanipa penternak babi ... mahujan DAP yg jadi MB. Terus teranglah kata tak mahu Anwar.....

KETUM kelahi besar dgn Haji Hadi?

Posted: 11 Aug 2014 05:30 PM PDT


Puak Anwarinas yang berjumpa dengan Presiden PAS tersentak dengan ketegasan Ustaz Hadi untuk tidak berganjak membawa ke depan tarikh mesyuarat yang dijadualkan pada 17hb Ogos nanti. 

Maka KETUM terpaksa melakukan sesuatu yang mendesak … berjumpa sendiri dengan Ustaz Hadi.

Berlepas ke Kuala Terengganu dengan penuh keyakinan untuk merubah pendirian Presiden PAS supaya sokong usaha KETUM meletakkan isterinya menjadi MB Selangor.

Namun, usaha memujuk tidak menjadi dan sebaliknya bertukar tegang akhirnya menjadi pergaduhan yang besar. Tengking menengking akhirnya. 

Pemerhati dalam perjumpaan penuh kerahsiaan tersebut sendiri terkejut kerana belum pernah beliau lihat ketegangan melampau dan rasa tidak hormat KETUM kepada seorang yang sedang uzur.

Dalam pada itu, apabila selesai perjumpaan, kekecewaannya tidak dizahirkan. Tetapi membohongi media yang cuba mendapat respons kononnya perjumpaan tersebut berjalan baik. 

Petikan dari http://akarimomar.wordpress.com/2014/08/12/pertemuan-memujuk-akhirnya-bertikam-lidah/

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi . . .

Posted: 12 Aug 2014 09:57 PM PDT


Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi.
Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang.
Tok Guru,
30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan.
PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak. Sebagai pekerja muda yang baru berusia 20 tahun, saya tinggal di bangunan PAS Kelantan di Jalan Tok Pati. Setiap pagi Jumaat saya akan bersama-sama dengan allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub mempersiapkan Dewan Zulkifli Muhamad untuk Tok Guru mengajar.
Di situlah tempat bekerja dan di situlah juga tempat saya tidur. Saya masih ingat lagi bagaimana saya terpaksa makan mi segera selama dua hari ketika Kota Baru dilanda banjir pada tahun itu. Tanyalah Hashim Omar tentang cerita ini.
Kuliah Tok Guru ketika itu tidak ramai orang yang mendengarnya berbanding sekarang, tetapi cukup untuk memenuhi Dewan Zulkifli. Kuliah Tok Guru semakin ramai dari hari ke hari tetapi PAS hanyalah parti pembangkang yang mempunyai Adun tidak seberapa orang ketika itu kerana PAS bersendirian selepas ditendang keluar Barisan Nasional (BN). Tok Guru tentu lebih faham bagaimana ia berlaku.
Husam Musa (kini datuk) adalah bos saya ketika itu. Dia yang baru tamat pengajian dari Universiti Malaya (UM) bertekad tidak mahu bekerja dengan kerajaan kerana mahu berkhidmat sepenuh masa dengan jemaah. Husam pelajar yang cerdik masa di UM. Dia juga adalah pemimpin pelajar. Husam adalah setiausaha Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).
Bagi memastikan beliau tidak dipaksa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberikannya biasiswa agar bekerja dengan kerajaan, Husam tidak pergi ke peperiksaan akhir di UM Tok Guru. Akhirnya beliau hanya lulus dengan gred yang rendah dan dibiarkan begitu saja oleh JPA tanpa menawarkan tempat di mana-mana jabatan kerajaan.
Untuk membolehkan PAS mempunyai media, kami terbitkan Gema Pemuda. Mula-mula kami edarkan di Kelantan saja. Tanpa modal yang cukup tetapi dengan semangat tinggi, kami usahakan projek ini untuk jemaah. Kami terbitkan seminggu sekali dan edarkan di tempat kuliah Tok Guru. Apabila masuk keluaran ketiga, kami mula edarkan di negeri lain iaitu Kedah dan Terengganu pula.
Begitulah susahnya PAS ketika itu. Tetapi kami sangat senang bekerja. Tidak ada fitnah memfitnah dan serangan yang bukan-bukan kepada kami di kalangan petugas PAS.
Pada 1990, menerusi kerjasama dengan Semangat 46, kita berjaya merampas Kelantan. Semua kerusi DUN di Kelantan berjaya kita menangi bersama dengan Semangat 46 pimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Tok Guru dilantik sebagai menteri besar. Alhamdulillah melalui kerjasama itu, kerajaan kita di Kelantan kekal sehingga kini.
Kita berjaya menang besar lagi pada 1999 apabila kita bekerjasama dengan Barisan Alternatif (BA) iaitu bersama dengan DAP dan PKR. Bukan saja berjaya mengekalkan Kelantan, kita juga berjaya merampas Terengganu. Kita berjaya menang atas sentimen masyarakat Melayu terhadap penganiayaan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor menubuhkan Gerak ketika itu dan membawa pelbagai pihak bersama dengan PAS melawan BN.
Namun apabila datang isu Dokumen Negara Islam, kita kalah teruk dalam pilihan raya 2004 kerana, DAP mengambil sikap keluar BA selepas tidak senang dengan kita.
Kita kehilangan Terengganu dan hampir kehilangan Kelantan. Beza kita dengan BN hanya tiga kerusi saja di Kelantan. Apabila pilihan raya kecil Pengkalan Pasir diadakan, kita kalah dan menjadikan beza kita dengan BN hanya satu kerusi.
Di era inilah Tok Guru banyak diuji. Pelbagai ujian datang Tok Guru. Yang paling besar dan saya masih ingat adalah Tok Guru diuji dengan menantu Tok Guru yang ketika itu menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pelbagai fitnah yang Tok Guru hadapi.
Ingat tak lagi bagaimana Husam pergi menangis di depan Tok Guru memohon agar menantu Tok Guru itu ditamatkan perkhidmatannya? Akhirnya Tok Guru bersetuju dengan pandangan Husam dan selamatlah Tok Guru daripada fitnah itu.
Dengan pelbagai projek yang dibuat olehnya, kerajaan Kelantan berjaya mengharungi zaman cemas apabila bermajoritikan satu kerusi saja di Kelantan. Akhirnya pada pilihan raya umum 2008, kita menang besar di Kelantan dan juga Malaysia. Kita juga berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Selepas itulah terbentuknya Pakatan Rakyat (PR).
Melalui PR juga kita menang besar dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu walaupun kita kehilangan Kedah kerana perpecahan dalaman yang berlaku di dalam parti kita.
Tok Guru yang dikasihi,
Kini, buat pertama kalinya PR berada dalam suasana paling runcing sekali. Ini ekoran krisis yang berlaku di Selangor apabila PKR tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka memutuskan untuk menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Namun, sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang akan memutuskan sikap kita, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid. Tok Guru juga kemudiannya menyokong pendirian presiden itu. Majlis Syura Ulama yang diketuai Tok Guru juga membuat keputusan yang sama, menyokong Khalid kekal sebagai MB.
Namun sehari selepas mesyuarat itu, Tok Guru dalam sidang media di Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Kota Baru berkata kepada media, Tok Guru hanya mempengerusikan mesyuarat itu setengah jam saja kerana tidak sihat. Tok Guru juga kata, tidak berminat untuk campur urusan MB Selangor itu dan biarlah orang Selangor menguruskannya.
Daripada kenyataan itu, saya terasa Tok Guru cuba untuk menjarakkan diri Tok Guru dengan keputusan Majlis Syura itu. Apa sebabnya semua orang tidak tahu. Mereka hanya boleh meneka-neka saja.
Saya beranggapan Tok Guru cuba menjadi orang tengah dengan tidak memihak ke mana-mana pihak yang sedang berbeza pendapat ini.
Tok Guru yang disayangi,
Sejak 10 tahun lalu, saya mula merasai kehadiran suasana yang tidak sihat dalam parti dan jemaah kita. Ramai orang muda di kalangan kita yang mudah sangat membuat tuduhan dan fitnah sesama kita, seolah-olah nilai ukhuwah yang ditanam dalam setiap usrah dan tamrin yang kita lalui dulu sudah tidak ada.
Sejak kebelakangan ini Tok Guru, perkara ini semakin menjadi-jadi. Ada-ada saja tuduhan yang dilemparkan sesama kita. Mereka yang paling banyak menjadi mangsa adalah pihak yang mahu mempastikan PR yang kita dapat manafaat maksima daripadanya terus kekal dan utuh.
Saya antara sasaran mereka kerana tugas saya adalah menulis dan premis utama tulisan saya adalah mempertahankan kerjasama yang kita bina melalui PR. Turut diserang adalah beberapa pemimpin PAS. Mereka dituduh lebih wala' kepada pemimpin lain daripada pemimpin parti kita sendiri. Padahal jika itu benar, baik mereka menyertai parti lain bukan menyertai parti Islam PAS ini.
Ada antara kita yang mengeluarkan fatwa golongan yang mempertahankan PR ini sebagai Munafik Haraki.
Ada juga antara kita yang melancarkan Gerak 2 selepas Gerak yang pertama dilancarkan allahyarham Fadzil dulu. Yang peliknya Tok Guru, Ustaz Fadzil menarik seramai mungkin orang perseorangan dan pertubuhan untuk bersama dengan kita dalam membela Anwar yang teraniaya, tetapi Gerak 2 mempunyai tujuan yang lain.
Gerak 2 dilancarkan untuk membela seorang individu yang kononnya teraniaya walaupun terpaksa menghalau sekurang-kurang dua parti yang mempunyai pengikut puluhan ribu yang selama ini berjuang bersama dengan kita.
Kita sekarang dalam dilema Tok Guru. Antara membela seorang individu dengan membela dua parti yang selama ini menjadi rakan kita berkempen untuk mendapatkan mandat dari rakyat.
Tok Guru yang dikasihi,
Saya penuh keyakinan, PAS mendapat manafaat maksima apabila kita bekerjasama dengan pihak lain berbanding dengan kita bersendirian.
Lihatlah apa berlaku kepada kita di tahun 1980-an apabila kita bersendirian dan pada 2004 apabila pihak lain meninggalkan kita.
Bandingkan dengan apa yang kita dapat apabila kita bersama dengan Semangat 46 pada 1990 dan apabila bersama Pakatan Rakyat pada 2008 dan 2013.
Kini Tok Guru, ada semacam satu kecenderungan kita hendak diajak agar bersendirian semula. Semua keputusan, ucapan, tulisan melalui media sosial dan sebagainya menjurus ke arah kita bersendirian.
Saya dengan rendah hati memohon Tok Guru agar campur tangan segera. Jangan dibiarkan jemaah kita ini terpaksa berundur ke belakang iaitu zaman 30 tahun lalu. Jika itu berlaku saya yakin, kita akan memerlukan 30 tahun lagi untuk membina semula jemaah kita ini untuk mencapai tahap yang ada sekarang.
Sekian Tok Guru. Terima kasih kerana sudi membaca coretan panjang saya ini. Saya sanggup bersengkang mata untuk menulisnya kerana hanya Tok Guru harapan saya untuk menyelesaikan kemelut ini. – TMI

Kanak-kanak 12 tahun mengandung 9 bulan dirogol bapa saudara

Posted: 12 Aug 2014 06:30 PM PDT

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

"Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan," katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

"Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya," katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.

Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

"Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan," katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

"Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

"Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat," katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.- SH

Exco dipecat tetap mahu masuk pejabat esok [hari ini]

Posted: 12 Aug 2014 03:01 PM PDT



Kesemua exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim berkata surat tersebut bukan rasmi kerana menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar dan tidak disertakan arahan dari Istana.

Beliau juga mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum lagi menghadap Sultan untuk mendapat perkenan baginda mengenai pemecatan itu.

"Mengikut Artikel 53 (7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri pelantikan Exco dibuat Sultan Selangor atas nasihat menteri besar oleh itu hanya Sultan Selangor sahaja berkuasa tamatkan khidmat ahli Exco.

"Hari ini menurut surat menyatakan sultan Selangor telah 'bersetuju' tamatkan perkhidmatan kami.

"Beliau (Khalid) guna perkataan bersetuju, bukan perkataan 'diperkenankan'," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR tadi.

Khalid hari ini menghantar surat pemecatan kepada lima Exconya, tiga dari DAP dan dua dari PKR kerana mendakwa kesemua tidak bekerjasama dengan partinya.

Seorang lagi Exco - Rodziah Ismail masih belum mendapat surat kerana masih berada di luar negara.

Semalam Khalid berkata beliau akan menemui semua Exco untuk mengetahui kesanggupan mereka untuk bekerjasama dengan "pasukan menteri besar."

Bagaimanapun keenam Exco PKR dan DAP membuat kenyataan hari ini untuk mengekalkan jawatan mereka tetapi tidan mahu menemui Khalid kecuali dalam mesyuarat mingguan Exco.

Menurut Teng bagaimanapun beliau tidak akan menghadiri mesyuarat Exco esok kerana dimaklumkan demikian oleh Khalid.

"Kami diminta tidak menghadiri mesyuarat Exco.

"Kami akan tetap datang dan membuat kerja di pejabat kami," kata beliau.

Sementara itu Elizabeth Wong dan V. Ganabatirau yang turut bersama dalam sidang media mendakwa terkejut tidak diberitahu langsung oleh Khalid untuk menemuinya sepanjang hari ini.

"Tiada notis, tiada panggilan telefon atau SMS memaklumkan (untuk bertemu kami," kata Wong.
 

PAKATAN RAKYAT kehilangan Selangor

Posted: 12 Aug 2014 05:32 AM PDT

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bermasalah selama ini memecat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP.
Lima daripada exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.
Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri Selango
Tidak diketahui sama ada kepimpinan PAS sedar mengenai pemecatan ini serta pendapat mereka tentang isu ini.
PAS menegaskan keputusannya tentang menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan dibuat pada 17 Ogos.
Kepimpinan PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat.
Selain Rodziah, lima yang menerima surat pemecatan adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah dari DAP dan Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dari PKR.
Khalid berkata, keputusan memecat 6 exco terbabit dibuat kerana mereka membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan kecekapan kerja.
"Oleh itu saya minta dan tulis surat kepada Sultan Selangor supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya sebagai exco kerajaan.
"Bagaimanapun saya belum menulis kepada Rodziah kerana berasa beliau berada di luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam hari ini.
Empat exco yang dikekalkan daripada PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi. – 12 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-kehilangan-selangor-khalid-pecat-exco-pkr-dan-dap?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.c8sD84Re.dpuf


Sultan tidak perkenan Wan Azizah menghadap

Posted: 12 Aug 2014 03:51 AM PDT

  • Wan Azizah Wan IsmailWan Azizah Wan Ismail
 1 / 1 
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima surat yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu yang memohon agar Wan Azizah menghadap baginda.

""Surat itu bagi memohon Presiden PKR menghadap Sultan Selangor bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR. Surat permohonan itu telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin.

"Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap banginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, baginda tidak mahu campur tangan dalam soal pemecatan Abdul Khalid dari PKR.

"Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Abdul Khalid dari PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Adun Menteri Besar Selangor.

"Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Dalam pada itu, Sultan Selangor turut memaklumkan bahawa baginda telah berkenan Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar, bukannya keputusan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebagaimana yang dilaporkan media.

"Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan pada 11 Ogos adalah mesyuarat berjadual yang telah diperkenan Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan Abdul Khalid.

"Abdul Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau telah dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan menteri besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan Diraja," katanya