Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


ARTIS : Erma Fatima Failkan Cerai?

Posted: 10 Aug 2014 08:47 PM PDT


Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 12:31 AM
Erma nafi bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Bade Azmi.

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima menyelar laporan kononnya dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Bade.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 46, berkata, gosip berkenaan tidak benar sama sekali selain menyifatkannya sebagai karut.

"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?

"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.

Bade berkahwin dengan isteri keduanya pada Mac lalu.
Tindakan Erma itu dikatakan berpunca daripada tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu selain wanita berkenaan kini hamil.

Dalam pada itu, Erma menjelaskan, perkahwinannya bersama Bade tidak mempunyai sebarang masalah dan pelik bagaimana cerita berkenaan timbul.

Jelas Erma, dia juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut yang dikatakan teman rapatnya namun enggan melayan gosip seperti itu.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.

Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.

Saya harap Khalid Ibrahim merayu - Khalid Samad

Posted: 10 Aug 2014 05:43 AM PDT

Khalid Samad bercakap kepada media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau masih terkejut dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan menganggap keputusan itu sebagai mendadak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.
Khalid Samad bercakap kepada media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau masih terkejut dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan menganggap keputusan itu sebagai mendadak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menunjukkan simpati terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menasihatinya membuat rayuan kepada PKR supaya keahlian dalam parti dikekalkan.
Menyifatkan keputusan PKR itu sebagai mendadak, beliau berkata Khalid masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta semalam.‎
"Saya pun masih terkejut dengan pemecatan Khalid daripada parti. Keputusan tersebut mendadak.
"Saya harap beliau merayu kepada PKR dalam tempoh 14 hari ini," kata ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di Taman Melewar, Gombak, hari ini.
Khalid  berkata, ‎pihaknya bagaimanapun tidak akan masuk campur isu dalaman PKR dan akan menunggu keputusan rasmi mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
"Kita tunggu sampai 17 Ogos ini, tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah dipecat daripada parti sebab sebelum ini Majlis Syura tidak mendapat keputusan atau laporan penuh berhubung isu ini," katanya.
Khalid Samad sebelum ini secara terbuka sering mengeluarkan kenyataan mengkritik Khalid ekoran kelemahan pentadbirannya menangani isu di Selangor.
Antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kenaikan cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melampau, selain mempertikaikan peranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sehingga mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
PKR semalam memecat Khalid kerana enggan patuh arahan parti supaya memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan kerusinya sebagai ketua eksekutif negeri Selangor.‎
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sepakat bersetuju pada 21 Julai lalu melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru.
"Beliau buat kenyataan pada 22 Julai tidak akan meletakkan jawatan dan hingga hari ini beliau masih belum meletak jawatan.
"Atas alasan ini, Lembaga Disiplin berpandangan beliau mesti dipecat," katanya.
Namun, Tan berkata Khalid ‎diberi peluang 14 hari mengemukakan rayuan sebelum membentuk satu jawatankuasa khas meneliti rayuan terbabit.
"Khalid mempunyai tempoh rayuan 14 hari daripada pengumuman dan jawatankuasa khas dibentuk bagi rayuan itu," katanya.
Majlis Dewan Diraja Selangor akan bermesyuarat esok bagi menentukan kedudukan Khalid sama ada perlu dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau mengiktiraf tugas Khalid sehingga ‎akhir penggal.
Khalid dalam kenyataannya berkata, beliau menerima keputusan itu walaupun berpendapat tindakan PKR salah dan tidak mengikut perlembagaan parti.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR kerana memecatnya tanpa diberi peluang untuk mengemukakan penjelasan kepada Lembaga Disiplin parti.
"Saya juga dinasihatkan peguam supaya tidak membuat apa-apa kenyataan agar tidak mengganggu proses undang-undang yang mungkin diambil pada masa akan datang," katanya. – 10 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-harap-khalid-ibrahim-merayu-kata-khalid-samad#sthash.lmE2HxlH.dpuf

Pas tidak kisah jika terpaksa keluar PR

Posted: 10 Aug 2014 04:14 AM PDT


  • Ahmad YakobAhmad Yakob
 1 / 1 
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

"Seandainya kita (Pas) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan Pas ini bukan mudah. 

"Keputusan Majlis Syura Ulama Pas telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia  merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada  pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di sini.

Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama Pas telah menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Pas bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang. 

"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik. 

"Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.   

Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai Pas berikutan beliau kini merupakan anggota Dun Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan. 

"Itu terpulang dan perkara itu kita tak boleh komen kerana itu adalah hak dia," katanya. - Bernama

Pecat MB, Lembaga Disiplin PKR laksana ‘penghakiman kangaroo’

Posted: 10 Aug 2014 12:58 AM PDT


Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 10 OGOS: Pemecatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai 'penghakiman kangaroo' ekoran keputusan terburu-buru Parti Keadial Rakyat (PKR).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan menyifatkan pemecatan itu tidak sah atau 'penghakiman kangaroo' kerana tertuduh harus diberi hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan dilakukan.
arutchelvan-psm"Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah prooses pemecatan tidak sah atau pnghakiman kangkaroo," katanya melalui laman Facebook.
Arul berkata, seharusnya semua pihak menunggu keputusan gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan jika salah baru PKR mengeluarkan Abdul Khalid daripada parti itu.
"Sekarang Abdul Khalid seperti mangsa perebutan kuasa dalaman PKR. Cara terburu-buru ini menjadikannya mangsa dan hero, bahkan yang penting bukan orang dalaman tahu tetapi perspektif rakyat luar," katanya.
Beliau berkat, parti yang baik akan dapat menyelesaikan masalah kecil dalam perbincangan dan masalah besar dalam kongres serta memberikan amaran dahulu.
Katanya, PKR juga seharusnya memandang serius sentimen rakyat yang menyokong Abdul Khalid dan ahli PKR yang memilih beliau sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.
faekah husin 2Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated, Faekah Husin turut membangkitkan bahawa usaha untuk memecat Abdul Khalid itu diatur 'gerakan' tertentu.
"Bagi saya ini tak mengejutkan apabila melihat daripada momentum dan gerakan yang mereka aturkan. Keputusan ini dah dijangka dan dah masukkan dalam salah satu situasi gerak kerja kita," katanya.
Semalam, PKR bertindak memecat Abdul Khalid sebagai ahli parti ekoran beberapa isu yang timbul selepas mesyuarat pimpinan pusat selama dua jam.
PKR juga memanggil Abdul Khalid untuk memberi penjelasan, namun Abdul Khalid tidak dapat menghadirkan diri ekoran mempunyai mesyuarat lain dan memohon sesi pendengarannya ditangguhkan, pada 15 Ogos ini.
Peguam mewakili Abdul Khalid turut menghantar surat peringatan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR supaya tidak membincangkan kedudukan Menteri Besar, semalam.
-NFN-

Pondan Direman Liwat Kenalan

Posted: 09 Aug 2014 11:49 PM PDT

KANGAR - Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan meliwat seorang lelaki awal pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad pondan tersebut dipercayai meliwat mangsa yang berumur 23 tahun di butik pengantin miliknya di Arau.
Katanya mangsa mendakwa dia telah diliwat suspek sebanyak dua kali di premis perniagaan suspek.
"Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali.
"Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam," katanya ketika dihubungi.
Ku Yaacob berkata suspek juga mengugut akan mencederakan keluarganya selain akan menyebarkan rakaman kelakuan luar tabii itu termasuk memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial Facebook.
Jelasnya ugutan itu diterima mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas beberapa jam kejadian.
"Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya," kata beliau.
Ujar beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Perjalanan seorang MB lawan munafik -- Siapakah munafik yang dimaksudkan itu?

Posted: 10 Aug 2014 04:18 PM PDT


Suasana pada malam Khamis lalu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor agak berbeza. Beberapa anggota Unit Amal kelihatan hilir mudik di kawasan rumah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Seksyen 7 Shah Alam itu. Lantunan takbir yang biasa dilihat dalam setiap acara Pas begitu mendominasi. Tiada langsung sorakan reformasi.

Pemimpin PKR yang hadir pada majlis Solat Hajat Perdana - Mempertahankan Kerajaan Selangor itu boleh dibilang dengan jari. Kalau hadir pun yang ada kaitan dengan jawatan dalam kerajaan negeri. Acara itu lebih kepada majlis anjuran Pas untuk menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor. Yang berucap selain Abdul Khalid ialah tokoh-tokoh Pas negeri.

Sungguh ironi, Abdul Khalid terpaksa melawan kemunafikan partinya sendiri yang sebelum ini begitu memuja-muja malah mengagung-agungkan beliau sebagai menteri besar contoh. Sungguh ironi, Pas pula yang terpaksa membela Abdul Khalid yang kini tidak lagi mempunyai parti untuk bernaung setelah dipecat berkuat kuasa serta-merta semalam.

Mungkin sudah begitu resam perjuangan Pas. Parti ini bermatian-matian membela Penasihat PKR, Anwar Ibrahim daripada apa yang mereka sebut sebagai ketidakadilan dan kezaliman. Sekarang, Pas membela pula Abdul Khalid yang mahu disingkirkan oleh Anwar secara tidak adil dan zalim.


Benar kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihatkan Abdul Khalid tentang kumpulan hipokrit atau munafik politik yang kini sedang melingkari perjalanan beliau sebagai seorang menteri besar. Itulah juga yang ditekankan oleh Abdul Khalid dalam ucapannya pada malam itu.

Bijak politik Abdul Khalid. Selain dilihat dekat dengan Sultan Selangor, beliau sentiasa berdampingan dengan pemimpin kanan Pas terutama golongan ulama.

Semasa Ramadan lalu, Abdul Khalid turut mengadakan pertemuan penuh mesej dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau pula sentiasa mempotretkan dirinya sebagai menteri besar prorakyat bukan proparti.

Intipati pertemuan

Kali ini, ADUN Pelabuhan Klang ini mendedahkan intipati pertemuannya dengan Nik Abdul Aziz pada hari ketiga Aidilfitri itu, dalam satu majlis bernuansa agama di kediaman rasmi beliau. Abdul Khalid mahu khalayak mengetahui bahawa beliau sedang diperangi oleh kumpulan munafik.

"Saya ingat nak membawa senjata untuk habiskan munafik," kata Abdul Khalid sambil menambah, tindakan itu tidak diteruskan selepas mendapat nasihat daripada Nik Abdul Aziz agar bersabar dan tidak memalukan mereka yang sedang memeranginya sekarang.



Dalam menghadapi serangan PKR dan sebahagian pemimpin Pas dan DAP, Abdul Khalid menggunakan strategi korporat. Beliau tidak menyerang atau mengugut balik, walaupun sebagai seorang menteri besar dan pimpinan kanan PKR, Abdul Khalid tentu tahu rahsia, aib dan noda parti itu.

Tetapi beliau tidak dedahkan segala keburukan mahupun aib parti dan pemimpin. Beliau patuhi nasihat Nik Aziz, mentor Pas yang masih berpengaruh itu.

Abdul Khalid melawan dengan cara orang korporat menyelesaikan krisis atau masalah - berdasarkan peruntukan undang-undang parti mahupun undang-undang tubuh kerajaan negeri. Jika mengikut undang-undang, jalan yang bakal ditempuh Anwar dan PKR memang tidak mudah.

Setelah menyifatkan surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin PKR sebagai cacat, Abdul Khalid menghantar surat peguam bagi mengingatkan bahawa lembaga itu yang memecat beliau semalam tidak boleh membincangkan kedudukannya.


Abdul Khalid mahu menghantar isyarat beliau tidak mudah diperkotak-katikkan dan akan menggunakan saluran undang-undang untuk mempertahankan kedudukannya. Persis seperti yang Anwar pernah lakukan semasa dipecat daripada UMNO dahulu. Tetapi bezanya, ini jawatan yang melibatkan kuasa Dewan Undangan Negeri dan Sultan, bukan sekadar parti.

Dari segi parti, Abdul Khalid dianggap bukan lagi menteri besar. Tetapi dari segi undang-undang beliau masih seorang menteri besar yang sah. Menteri besar hanya boleh dipecat oleh Sultan Selangor atau melalui undi tidak percaya DUN.

Dalam keadaan begini, Abdul Khalid masih dalam kedudukan menang tetapi perjalanannya semakin pendek. Ternyata melawan munafik politik dengan senjata sabar bukanlah kerja mudah. Bertambah berat kerana gerombolan munafik ini sudah terlalu taksub sehingga sanggup menghalalkan apa sahaja.

Yang jelas rugi dan menjadi mangsa ialah rakyat Selangor. Kontroversi kerusi Menteri Besar Selangor ini bakal menjadi bertambah rumit setelah Abdul Khalid dipecat daripada parti. Tiada penyelesaian mudah.

Dan, kita akan terus melalui fasa pertengkaran politik yang panjang kecuali kita sepakat untuk memadamkan riwayat politik seorang pemimpin itu. Beliaulah punca segala kemunafikan politik ini.

Suara Politik
Belantan

Nik Aziz Nasihat Khalid Ibrahim, ‘Sabar Tangani Munafik Politik’?

Posted: 10 Aug 2014 08:37 AM PDT


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan beliau sempat pergi ke Kota Bharu, Kelantan bersama isterinya Puan Sri Salbiah Tunut dan bertemu Mursyidul Am Pas; Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menerima nasihat berguna.

Menurut beliau, Nik Abdul Aziz berkata di dalam politik ada golongan munafik yang disifatkan sebagai golongan hipokrit.

Beliau berkata, pada mulanya beliau menyangka bekas Menteri Besar Kelantan itu ingin menasihati beliau supaya menghapuskan golongan munafik seperti itu di dalam politik tetapi nasihat dari Tuan Guru adalah sebaliknya.

"Saya bersama dengan isteri saya pergi ke Kota Bharu, dapat berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan saya dapat satu nasihat yang sangat penting diberikan kepada saya.



"Nasihat itu dilihat terlalu susah untuk saya lakukan iaitu, dia mengingatkan saya dalam politik banyak hipokrit, dia cakap ada munafik.

"Bila saya memahaminya, saya ingat dia (Nik Aziz) nak suruh saya hapuskan munafik rupanya dia tidak, dia kata kita mesti jangan malukan munafik, kita sabar, kita sama-sama betulkan dia," katanya.

Selain itu, Nik Abdul Aziz turut menasihati beliau bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah dapat menjalankan tugas dengan meningkatkan syiar Islam dengan cara tidak menjatuhkan maruah orang lain biarpun mereka jahat sepertimanapun tetapi dengan membetulkan mereka.

"Saya tidak tahu sama ada saya boleh jalankan tugas ini tetapi saya mencubalah ini, supaya saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab," katanya ketika berucap pada majlis Solat Hajat Perdana untuk mempertahankan kerajaan negeri di kediaman rasmi beliau di Shah Alam malam semalam.

Suara Politik
Belantan

Amaran buat Pakatan Haram : Pas sedia berjuang bersendirian?

Posted: 10 Aug 2014 05:56 AM PDT


Keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah muktamad meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berpendapat sebaliknya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, PKR bebas membuat apa sahaja keputusan berhubung masa depan Abdul Khalid, namun pendirian Majlis Syura Ulama Pas tidak akan sekali-sekali berganjak.

Malah katanya, parti itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ekoran percanggahan pendapat dengan rakan-rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Beliau turut memberi gambaran Pas sedia berjuang bersendirian kerana sejarah membuktikan parti itu tetap berdiri teguh meskipun diuji dengan pelbagai masalah dan konflik dengan pihak luar.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura) itu dia punya pasal. Begini saya nak sebut, Pas telah mengalami macam-macam masalah dengan parti lain, mula-mula dengan Barisan Nasional (BN), kita masuk tetapi entah macam mana dia tendang kita keluar, namun kita tetap tegak duduk.

"Kemudian kita bersama Semangat 46 (S46) namun musnah akhirnya. Bahkan Datuk Asri (Muda) dulu pernah buat parti lain iaitu Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia). Walau apa pun berlaku, Pas tetap utuh sampai hari ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr. Haron Din kelmarin, Majlis Syura Ulama Pas menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Sementara itu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya semalam menegaskan, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama Pas tidak akan mempengaruhi pendirian parti itu untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan menasihatkan semua ahli Pas supaya akur dengan pendirian tegas Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi berhubung kemelut politik di Selangor di samping menjaga 'lidah' masing-masing.

"Saya nasihat orang Pas khasnya serta semua rakyat Malaysia jaga lidah. Nabi ada sebut, manusia tersungkur dalam neraka kerana lidah, sikit-sikit bercakap akhir sekali timbul macam-macam.

"Jangan celupar mulut dan sebar benda tak tentu betulnya kerana akhirat kelak kamu akan disoal, kenapa bercakap macam ini sedangkan kamu sendiri tak yakin," katanya.

Kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz itu sekaligus menepis laporan portal berita propembangkang kononnya beliau tidak terlibat dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu.

Suara Politik
Belantan

Anwar perlu perjelas dakwaan miliki 20 akaun?

Posted: 10 Aug 2014 01:41 AM PDT



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim digesa tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan beliau memiliki banyak akaun bank di luar negara yang kini tersebar di media sosial.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Anwar perlu berbuat demikian kerana dakwaan hasil pendedahan oleh Wikileaks itu berlaku semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.

"Sebagai Menteri Kewangan ketika itu, adalah sesuatu yang amat menghairankan. Transaksi (yang berlaku juga) luar biasa dengan jumlah wang yang begitu banyak. Jadi kami tuntut penjelasan Anwar.

"Apatah lagi dakwaan yang tersebar di media sosial itu turut melibatkan akaun Bank of Israel, kalau tidak benar beliau perlu nafikan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sejak beberapa hari lalu, tersebar 20 akaun bank di laman sosial yang didakwa atas nama Anwar membabitkan amaun melebihi AS$100 juta semasa beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Azwanddin berkata, Anwar tidak boleh berdiam diri dalam hal berkenaan kerana turut disertakan adalah nama penuh, nombor pasport, nombor akaun, jenis akaun serta nama bank.

"Isu ini diperkatakan oleh rakyat dan JMM sekali lagi meminta penjelasan Anwar tentang dakwaan ini dengan mengemukakan jawapan bagi membuktikan dakwaan yang tersebar tidak benar," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


3 ADUN PKR TOLAK ANWAR, NEGERI SELANGOR SEMAKIN PARAH

Posted: 10 Aug 2014 10:38 PM PDT


Krisis Selangor semakin meruncing. Tiga ADUN PKR negeri itu, Roziah, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah dilaporkan hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan PKR khasnya Anwar Ibrahim dan akan umumkan keluar parti untuk menjadi ADUN BEBAS sebagai sokongan kepada TSKI dan mengekalkan beliau sebagai MB.

Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melantik bini sendiri sebagai MB Selangor tetapi masih tidak berani utk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan mereka dalam PKR.

KRISIS SELANGOR MAKIN RUNCING, KHALID SAMAN PKR

Posted: 10 Aug 2014 10:29 PM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghantar notis peringatan agar isu berhubung masa depannya sebagai Menteri Besar tidak dibincang dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Notis kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong itu menggariskan agar MPP tidak membincangkan masa depan wakil rakyat Pelabuhan Klang itu sebelum sesi pendengaran terhadapnya dijalankan. 

Notis peringatan dihantar melalui peguamnya, Edmond Bon, kepada Kee Kwong.

Ia menyatakan perkara itu tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid, termasuk selepas mendengar penjelasan daripadanya pada 15 Ogos ini.


Sementara itu, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin, berkata Lembaga Disiplin juga tidak boleh membincangkan nasib Abdul Khalid dengan kepemimpinan tertinggi PKR kerana ada di antara mereka mempunyai kepentingan dalam usaha menggantikan beliau daripada jawatannya.

SEMUA MATA TERTUMPU DI KACA TV, BUBAR ATAU TIDAK SEBENTAR LAGI

Posted: 10 Aug 2014 08:54 PM PDT


LANGSUNG dari Shah Alam. Mesyuarat Dewan DiRaja Selangor hari ini dijangka memutuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor boleh diputuskan bila-bila masa memandangkan rakyat negeri Selangor semakin tertekan dengan politik cacamerba sekarang.

Suasana ekonomi yang muram di Selangor dan kegiatan jenayah yang berlaku menjadi antara agenda perbincangan untuk memutuskan status DUN Selangor. Kesombongan Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu menjadi bual bicara dalam kerabat DiRaja.

Di luar pintu Istana, bisik-bisik di kalangan wartawan mendapat berita dari dalam bahawa MB Khalid dan Sultan memainkan peranan utama untuk membuat keputusan terbaik untuk rakyat Selangor.

Pilihan membubar Kerajaan Selangor menjadi opsyen penting selepas PAS tidak bersetuju dengan Azizah. 

Kita tunggu berita lanjut...


BILA BLOGGERS PAS MULA SERANG PKR ...LANTAK HANGPA LA...

Posted: 10 Aug 2014 05:44 AM PDT



SELAMAT HARI LAHIR NUAR BERAHIM. SEMOGA LEBIH HEBAT DARI BELEBAB. acara ceramah penerangan akan berterusan malam ni, selepas seharian membantai dan membelasah dikiri kanan atas bawah kolid berahim. satu benda tak ada yang elok mengenai kolid berahim, waktu ini sudah dilalui oleh nuar berahim dan keluarganya tapi nampaknya ia juga membawa perangai yang sama dengan umno. bini ketua umum mula mempamerkan kehebatan berpidato maklumlah bini ketua umum. Nuar berahim sepatutnya tidak menghalalkan cara untuk memastikan bini dia menjadi MB selangor. nuar berahim sepatut menunjukkan contoh tauladan yang baik bukan menjadi maloan dalam kes seperti ini.

kemana hilang pencacai pencacai pkr seperti tulangbesi yang didapati menipu mengeditkan video tok guru nik aziz." kasar je ucapan tok guru nik aziz, ITU DIA PUNYA PASAL KALAU TAK NAK TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS" SAYA HANYA BERCAKAP SEKALI. apakah tulangbesi sedang sibuk mengeditkan video terbaru atau sedang merangka serangan baru dan fitnah terbaru. pencacai pencacai yang tinggal tak ramai kemana sepi je alam maya sejak kolid kena sack. kolid samad duk baca tasbih gamaknya atau sedang berfikir nama party baru yang diwar warkan oleh wartawan reformasi. kononnya professional dalam pas sedang mencipta party baru untuk meninggalkan pas. hanipa mydin sedang membuat perlembagaan baru party baru yang lebih wala' kepada ketua umum pkr lebih dari sesiapa di malaysia. atau dirangka oleh zulhasmi peguam yang sama tolol dengan hanipa mydin.

saksikanlah malam ni akan lebih hebat menyerang peribadi kolid berahim. segalanya akan dilondehkan oleh PEMIMPIN UTAMA PKR, cuma yang tak pasti mengapa NUAR BERAHIM TIDAK BERPIDATO DAN BERSIFAT LEMBU KENYANG SAJA. apakah kerna BIRTHDAY BOY, BIRTHDAY BOY TIDAK AKAN BERUCAP TAPI MALAM INI, BIRTHDAY BOY AKAN BERUCAP DAN MEMBELA SEGALA TINDAK TANDUK BANGANGNYA. mungkin nuar berahim masih berharap kolid meletakkan jawatan hari ini semperna harilahirnya. hadiah yang dinantikan oleh nuar berahim tidak menjadi kenyataan jugak. kolid berahim tetap tidak memberikan laluan kepada jijah. nampaknya hadiah yang ditunggu oleh nuar berahim tidak menjadi kenyataan.

pencacai pencacai barua terus nganga malam ini mendengar auta dan fitnah yang sedang menggila di selangor. fitnah dari pemimpin pkr kepada kolid berahim akan berterusan sampai kolid mengaku kalah. mungkin malam ini peguam pas, ajk pas pusat akan bersama sama memaki hamum kolid berahim atau menaburkan fitnah yang sama. menongkok tambah apa yang disediakan oleh pkr. 91 muka surat salah laku kolid berahim akan dijadikan hikayat 1001 malam oleh pemimpin pkr yang sedang menggila mengfitnah. tanpa disedari PKR DAN UMNO ADALAH JENIS YANG SAMA. gunakan fitnah untuk menjatuhkan sesiapa yang melawan mereka. jahanamlah

See more at: http://freezoneterengganu.blogspot.com/2014/08/terkini-diselangor-ceramah-mengaibkan.html#sthash.n9iqgBRH.dpuf

Bab-bab londeh melondeh antara PAS dan PKR kini semakin kronik bila PAS menunjukkan sokongan pada Tan Sri Khalid dan mempelawa beliau menyertai PAS...

Ini bakal menjadikan PAS mempunyai kedudukan 15 +1 = 16
PKR = 13
DAP = 15
UMNO =12

PKR berterusan hentam PAS.

DAP pun galak hentam PAS.

PKR dah saman PAS.

DAP pun turut sama menyaman PAS.

Mana perginya para pejuang dan Unit Amal PAS?

Apa ni PAS...diam sajakah...bacul la korang!

PAS KATA KEPADA PKR, "ADA AKU KESAH"

Posted: 10 Aug 2014 03:50 AM PDT


ADA PAS KESAH ? PAS TAK KESAH PUN ADA KER TIDAK DALAM PAKATAN!!!




The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


3 ADUN PKR hilang tidak diketahui?

Posted: 10 Aug 2014 09:51 PM PDT


TERKINI. Krisis Selangor semakin meruncing. Tiga ADUN PKR negeri itu hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan PKR khasnya Anwar Ibrahim dan akan umumkan keluar parti untuk menjadi ADUN BEBAS sebagai sokongan kepada TSKI dan mengekalkan beliau sebagai MB. Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dgn tindakan Anwar Ibrahim yg melantik bini sendiri sbg MB Selangor tetapi masih tidak berani utk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan mereka dlm PKR. #grp

Unspinners difahamkan ada tiga ADUN PKR yang hilang dna tidak dapat dihubungi.Sejak pagi tadi, Anwar sudah arahkan Sam Ketot dan Jonah untuk cari dan ekori semua ADUN-ADUN PKR.

SEMENTARA ITU ....


Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.
Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Baca di Melanau Blogger SINI

Penyelesaian mudah untuk Khalid kekal MB?

Posted: 10 Aug 2014 05:30 PM PDT


Ada orang kata ...



Maklumlah ...


Ini sebenarnya alasan ...


Macam mana bakal MB Selangor begini ...



Kit Siang kecewa dan marah pada Anwar dan Guan Eng?

Posted: 10 Aug 2014 08:14 AM PDT


Blog LKS SINI bunyi kecewa dengan kedudukan PR yang terpaksa bermain permainan nombr dari mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Kalau nak baca seterunya tulisan blog LKS teruskan tapi jelas sekali LKS kecewa dengan Anwar dan anaknya Guan Eng. Siapa yang telah sibuk mengutamakan permainan nombor dari menyelesaikan kemelut politik ini tanpa mempedulikan keyakinan rakyat pada PR?

Anwar lebih sibuk untuk memecat Tan Sri Khalid dengan segera dan tak sabar untuk mendapatkan ADUN2 PKR memberi taat setia dengan menandatangani surat akuan bersumpah seperti cara Pak Lah lakukan ketika 916.


Lim Guan Eng pun sama sibuk hari ini untuk mendapatkan kesetiaan ADUN-ADUN DAP untuk menyokong PKR.  


Namun begitu, kalau LGE dan DAP menolak MB Khalid, kenapa pula LGE  mahu exco DAP kekal dalam jemaah exco Khalid? Baca Selangor Chrnicles SINI

DAP sepatutnya memprotes dan letak jawatan!!! MANA PRINSIP LIM GUAN ENG? TAK TAHU MALU KA?????

Masaalah ini pun bertali arus dari masaalah dalaman PKR dimana pemilehan PKR telah menjadi bBiila kedua-dua mereka ini melakukan gerak kerja sedemikian, maka sudah tentu Khalid begitu tegang hingga ada usaha sabotak untuk MB kalah di cabangnya sendiri.

Tambah lagi, masaalah melibatkan Azmin dan Khalid.

Baik DAP atau PAS hanya ditarikke dalam kemelut ini disebabkan PKR. Mungin ini yang terlintas dalam pemikiran LKS. Dia pasti tertanya kenapa anaknya Guan Eng atau pun Anwar langsung tidak ada usaha membaca keadaan dan bertindak dalam gerak kerja yang tidak cermat dan boleh dibaca untuk bertindak keras ke atas Khalid.


Kalau PSM boleh sedar akan kepincangan gerak kerja PKR, takkan Kit Siang tidak terfikir?

Kit Siang pasti sedar kedudakan DAP-PKR terlalu tipis dan tidak tahu mana satu yang sedia lompat atay tak hadhir DUn nanti. Dia pasti terfikir Khalid mempunyai trump card tersendiri dan dia punya kekuatan untuk memecah belah jadi dua undi DUN Selangor hingga PR berada dalam keadaan terjerat.


Melayankan cara diktator Anwar untuk keluarganya mungin telah menjeratkan PR dan dia mungkkin rasai ini tak menguntungkan Pakatan Rakyat. Menurut Bulletin Sengal SINI, Majlis Syura sudah buat keputusan untuk sedia keluar dari PR dan susah untuk DAP mendapat mengharap sokongan Melayu dari PKR yang mana separuh adalah India pariah.

Kedudukan Khalid nampak macam tidak memihak padanya tapi kedudakan PKR-DAP tidak semudah itu untuk mengakhirkan riwayat politik Khalid. Dia mempunyai banyak maklumat dan dokumen yang boleh membunuh baik PKR dan DAP.

PKR tiada klausa dalam perlembagaan parti yang tidak membenarkan masaalah parti di bawa ke mahkamah seperti UMNO. Maka Khalid ada hak untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah.

Proses pemecatan Khalid pun ada kecacatan.

 Di hadapan di mata ramai, Lim Kit Siang ada bersama meraikan Anwar potong kek hari jadi seolah-olah menyetujui rentah Guan ENg mengikut rentak Anwar tapi apa sebenarnya dalam fikirannya hingga terkeluar kata-kata sedemikian?

Anwar ke Khalid yang kena checkmate?

Posted: 10 Aug 2014 05:00 AM PDT


Kalau nak diikutkan perkiraan pada hari ini, pemecatan Khalid akan memberikan kesan besar terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.

Kalau nak diikutkan daripada percaturan kiraan undi dalam sidang DUN, jika PAS tidak menyokong DAP dan PKR, maka kedua dua parti tersebut hanya mempunyai 28 kerusi sebelum di tolak seorang ADUN yang menjadi speaker.

Jika speaker di kecualikan maka DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi dimana DAP mempunyai 14 kerusi dan PKR mempunyai 13 kerusi.

Dan kini, PAS mempunyai 15 kerusi, Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi dan satu kerusi bebas iaitu Khalid.

Memang ada yang mengatakan bahawa undi Speaker adalah undi penentu tetapi itu hanya akan berlaku sekiranya kedua dua pihak memiliki kerusi yang sama banyak atau undi yang sama banyak.

Tapi dalam keadaan sekarang, DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi berbanding dengan PAS, BN dan Bebas mempunyai 28 kerusi dan ini bermakna jika 28 ADUN ini menyokong Khalid maka satu kerajaan campuran akan wujud di Selangor dan ini sebenarnya kesilapan dalam congak kira kira Anwar. Itu belum kira kalau ada geng Khalid dari PKR yang akan menyertainya, atau ada geng PAS yang tak menyokong Khalid dikekalkan.

Jadi sekarang Anwar sendiri dah checkmate dengan matematik yang dicipta oleh beliau sendiri, selamat jalan Anwar Ibrahim.

P/S Khalid pula sudah tidak ada locus standi untuk menimbulkan isu tentang PKR kerana bukan lagi ahli. Selalunya keputusan mahkamah begitu.

Jika mahkamah merasakan PKR telah salah memecat Khalid tanpa prosedur yang betul, Khalid boleh kembali sebagai ahli dan PAS tidak akan sokong PKR. DAP pun tak boleh sokong sepatutnya.

PAS hanya mesyuarat 17hb jeng jeng jeng ...

Siasat segera tuduhan Rafizi, Saifuddin; Khalid harus dedahkan SALAHLAKU dalam kerajaan!!!

Posted: 10 Aug 2014 02:00 AM PDT


PERKASA SELANGOR MAHU SPRM SIASAT DAKWAAN PKR TERHADAP ABDUL KHALID, AMBIL TINDAKAN TERHADAP SAIFUDDIN JIKA TIDAK BENAR.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci serta mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam aktiviti yang meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri ini.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertapak di Selangor yang mana memastikan hak rakyat negeri ini dilindungi, kita merasakan dakwaan PKR terhadap Menteri Besar itu adalah satu perkara yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menerusi laporan media sebel imi yang  mendakwa Abdul Khalid terlibat urusan penjualan tanah  yang dikatakan seluas 308.7 ekar melibatkan Tropicana Corp Berhad kepada Ecoworld Berhad sejurus tempoh sebulan Abdul Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutangnya dengan Bank Islam melibatkan jumlah RM60 juta.

Meskipun dakwaan Saifuddin itu dikatakan mempunyai kaitan dengan krisis serta kemelut Menteri Besar Selangor ketika ini, Perkasa Selangor bagaimanapun merasakan perlu ada tindakan susulan termasuk siasatan diadakan bagi memastikan ianya benar atau sebaliknya.

Ini kerana, kita merasakan perlu ada pengesahan mengenai dakwaan tersebut bagi memastikan ianya bukan satu fitnah politik yang akhirnya dikhuatiri boleh menyebabkan rakyat Selangor menjadi mangsa.

Perkasa Selangor tidak berminat untuk melayani percaturan politik Pakatan Rakyat khususnya melibatkan PKR, sebaliknya kita mahu memastikan negeri ini  terus kekal aman, makmur selain mahu kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana yang dipilih serta diamanahkan oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

Pada masa sama, Perkasa Selangor turut menegaskan sekiranya siasatan mendapati dakwaan melibatkan Abdul Khalid tersebut tidak benar, kita mahu pihak yang berwajib mengambil tindakan berlandaskan undang-undang kepada mana-mana yang terlibat termasuklah para pemimpin PKR sendiri kerana menyebarkan fitnah.

Pada masa sama, Perkasa Selangor bersetuju dengan pendirian yang dinyatakan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos 2014 yang memutuskan bahawa Abdul Khalid tidak perlu digugurkan daripada jawatannya selagi Menteri Besar itu tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat terhadap beliau.

Justeru, bagi memastikan sama tuduhan PKR terhadap Abdul Khalid itu, maka wajarlah SPRM menentukannya sama ada ianya benar atau sekadar fitnah politik terhadap Menteri Besar itu.

Ini juga selaras dengan pendirian Perkasa Selangor yang menolak budaya fitnah serta politik tidak bertanggungjawab khususnya di negeri ini.

p/S Khalid