Followers

Nuffnang

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


The Ebola Virus Pandemic: “A Weapon of Mass Destruction”?

Posted: 08 Aug 2014 08:13 PM PDT

Back in 2009 Tulane University Ebola researchers received more than a $7 million dollar grant from NIH to fund the detection kits allegedly used in Sierra Leone. A 2007 Tulane University release entitled "New Test Moves Forward to Detect Bioterrorism Threats" boasts of an earlier $3.8 million NIH grant that led to early test trial success of "diagnostic test kits that will aid in bioterrorism defense against a deadly viral disease." This document indicates that the Ebola biowarfare research team has been experimenting with its kits on Sierra Leone's people for at least seven years before they were ultimately banished recently. Read more

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Panggil orang pelacur ... cuba kamu tengok cermin, nampaklah muka pelacur

Posted: 08 Aug 2014 10:00 PM PDT


Ada lagi Melayu melacurkan diri pada taukeh ayam cina ...



Rampas kuasa? PAS - DAP jumpa sorok? Lagi saman? Macam-macam ...

Posted: 08 Aug 2014 05:59 PM PDT


Maklumat diterima ahawa hari ini pukul 12 tengahhari akan ada Mesyuarat MPP PKR di pejabat Tropicana bagi membuat keputusan untuk memecat keahlian Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selepas itu, akan diadakan pula perjumpaan dengan semua Ketua Cabang seluruh negara pada jam 3 petang di Hotel Melia, Tropicana. Perjumpaan ini bagi mengumumkan keputusan hasil daripada Mesyuarat MPP.


Oleh kerana Khalid sudah nyatakan tiada prima facie kes terhadapnya dan tiad atuduhan khusus dan penjelasan di mana dia melanggar tatatertib parti, PKR boleh disaman dan mahkamah boleh kenakan injuction terhadap PKR.

Khalid pasti dah rancang untuk saman Saifuddin dan Rafizi. Rashid Mapap mesti saman Rafizi ... kalau tak, dia akan dilihat bersalah

Ada maklumat memberitahu bahawa akan ada rampasan kuasa oleh ahli PKR untuk masuk merempuh bangunana SUK pada hari Isnin ini.

Anwar sudah kata Pakatan Rakyat sudah ada persetujuan dan tak perlu dapatkan persetujuan Dewan Ulamak atau Dewan Syura yang sokong Khalid.

Khalid Samad pun dah bantu konarkan Majlis Syura untuk burukkan Khalid. Kalau Khalid dan Rashid Manao tak bersalah, loklah Khalid Samad biadap pada Sultan ni disaman kaw kaw...

Sementara itu, ada khabar angiin tersebar bahawa ada mesyuarat rahsia DAP dan PAS pada malam tadi di sebuah hotel mewah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Siapa dari PAS yang jumpa? Apa agaknya rancangan mereka?

Nak kenakan Anwar atau nak kenakan Khalid? Sebabnya ada pemimpin PAS percaya kata-kata Tony Puah bahawa PAS akan kalah dan undi cina tak dapat jika ada PRN.

Tapi PAS sokong Khalid, takkan Khalid bubar jika ia merosakkan PAS? Adakah PAS ada persefahaman dengan UMNO?

Macam-macam boleh berlaku.

Idris Ahmad calun MB pakar "tengok kemaluan wanita"?

Posted: 08 Aug 2014 06:00 AM PDT


Nama ADUN Ijok Idris Ahmad muncul sebbagai salah satu nama yang akan dicadangkan sebagai MB kepada Sultan.

Berikut berikut diterima:

Adun Ijok, Idris Ahmad mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lemah dan tidak yakin terhadap Islam berikutan rampasan bible dalam bahasa melayu yang dibuat oleh Jabatan berkenaan sebelum ini.

Idris menyifatkan JAIS tidak memainkan peranan terhadap penyebaran Islam sehingga menyebabkan orang melayu kurang yakin terhadap agama sendiri.

Adun terbabit juga mahu JAIS menyalahkan diri sendiri jika orang melayu tidak yakin terhadap Islam, dan bukannya menyalahkan Bible dalam bahasa melayu yang dihasilkan oleh pihak gereja.

Demikian berita dari Utara News

Nampaknya calun yang mahu di cadangkan bersama Wan Azizah ke Sultan hanya pak turut yang akan sembah kaki evangelis dan Islam Liberal yang sesat dalam PKR

Yang bab pakar dalam hal tengok kemaluan wanita, kena baca latarbelakang dan komen mengenainya oleh blog bekas PKR faction Wan Azizah/Zaid/Khalid di SINI


Baik-baik doc ... bila naik kamu dipuja, jatuh kelak kamu dihina PKR ni 

Kerana babi, Hanipa sanggup Khalid turun ganti DAP

Posted: 08 Aug 2014 04:00 AM PDT


Punca Khalid Ibrahim ditukar MB kerana batalkan projek DAP ternakan babi terbesar di asia RM100 juta di Sepang -akui Tony Pua DAP pada MalaysiaKini

1.Tony Pua MP Dap hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi telah memberi sebab punca utama Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008.

2.Projek ternakan babi mega terbesar di asia ini pada asalnya telah diluluskan oleh Teresa Kok selaku Exco Selangor 2008 yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan.

3.Teresa Kok MP DAP kini hasil pilihan Melayu Seputeh dulu telah menempatkan lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia ini di tempat penduduk majoriti Melayu iaitu di Sepang. Akan tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu melindungi Islam sensitiviti orang Melayu telah membatalkan projek mega RM100 juta ini.

4.Kini Hanipa Maidin MP PAS hasil pilihan Melayu Sepang antara individu yang paling lantang mengkritik tindakan Tuan Guru Hadi Awang kerana mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Kita semua sedia maklum bahawa parlimen Sepang adalah bekas lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia. Dan Hanipa Maidin MP PAS selaku peguam bela bagi kes kes syiah telah tekad mencadangkan lebih rela DAP menjadi MB Selangor.


5.Adakah Hanipa Maidin yang bersungguh sungguh mahu MB Khalid Ibrahim ditukar punya hubungkait projek ternakan babi mega terbesar Sepang dengan DAP? Kita sedia maklum Tony Pua MP DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi mengkritik secara lantang memberitahu bahawa sebab utama MB Khalid Ibrahim perlu ditukar adalah kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008.

Ya Allah, Jom semua kawan kawan kita CLICK SHARE dan KONGSI untuk kita sebarkan pada semua orang Melayu Selangor. Kita pertahankan MB Khalid Ibrahim habis habisan sebab dia telah bantu membela Melayu Islam dalam senyap.

Bukti Tony Pua DAP mengaku punca utama Khalid Ibrahim ditukar kerana batalkan projek ternakan babi mega terbesar:

http://www.malaysiakini.com/news/270743

Roh Karpal tundakan mahkamah, mesyuarat PAS dan hearing Khalid

Posted: 08 Aug 2014 02:07 AM PDT


Roh Karpal Singh mungkin kembali kerana mahkamah persekutuanmemberi nyawa kebebasan buat Anwar dari keputusan hari ini ke tarikh Sept 8-9 untuk Anwar rayu untuk kesnya dirayu di mahkamah persekutuan.

Difahamkan Anwar ada beri MC kerana sakit. Hmmm ... sakit apa dia?



Sementara itu Rizab Melayu laporkan:

Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.
"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir,"

Menurutnya, mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos ditunda kepada 13 Ogos.
"Semua pihak insya Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda kepada 13 Ogos," jelasnya.

TERKINI

FMT melaporkan:

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa disebabkan masa yang sangat suntuk, beliau tidak akan dapat hadir pada jam 3 petang  ini ke Ibu Pejabat PKR.

Menurutnya, beliau akan memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 15 Ogos ini.

Ini berikutan beliau yang juga merupakan ADUN Pelabuhan Klang mempunyai temujanji bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang datang ke negeri Selangor untuk berbincang tentang pembangunan Malaysia yang ke 11.

Apabila diajukan soalan oleh pemberita mengenai sama ada beliau berbincang dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tentang isu politik dinegeri itu, beliau hanya menjawab beliau tidak berbincang dengan Sultan.

"Tak, Saya tidak berbincang dengan Sultan," ujarnya ringkas.

Dalam  masa yang sama, Khalid juga menjelaskan mengenai penyebaran surat palsu yang meminta untuk diadakan undi tidak percaya terhadapnya.

"Itu adalah perkara biasa, kerana kini terlalu banyak surat palsu," ujarnya.

Kalau Khalid terima duit Eco World, ANWAR DAN LGE terima duit Tropicana ke, Rafizi?

Posted: 07 Aug 2014 11:53 PM PDT



Rafizi hanya andaikan Khalid dapat duit dari Ecoworld. Baca kenyataan Rafizi:

1. Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas Kajang Move diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah

2. Pada 26 Februari 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba mengumumkan bahawa satu MOU penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan

3. Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindahmilik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf

4. Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad

5. Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai


Semua orang tahu Tropicana dapat tanah murah-murah dari kerajaan negeri tapi Rafizi hanya sebut Ecoworld yang beli tanah mahal dari Tropicana.

Habis tu .... Tropicana yang dapat tanah RM1.5 biillion pada harga RM800 juta sahaja dan untung banyak dari jual tanah lebih mahal kepada Ecoworld dengan bayaran kepada kerajaan negeri hanya RM50 juta.

Mana Tropicana kasi untung banyak tu? 


Oleh kerana Khalid dituduh ambil duit dari Ecoworld maka Tropicana kasi pada siapa pula? ANwar ke?

Atau Lim Guan Eng yang mana Danny Tan dan Tropicana banyak projek di Pulau Pinang yang dikuasai oleh Developers' Association of Penang atau singkatan DAP?


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KRISIS SELANGOR MEMUNCAK : PKR SAMAN HAJI HADI

Posted: 08 Aug 2014 11:02 AM PDT


PAS terutamanya Haji Hadi dan Nik Aziz barangkali sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim mempunyai pelbagai cara untuk menekan mereka mengikuti kemahuan politik mereka. Mereka ingat keputusan Majlis Syura PAS menyokong TS Khalid Ibrahim boleh mematikan akal politik Anwar, sebenarnya tidak. Yang terkini, Anwar menyuruh lagi orang suruhannya supaya memberi tekanan kepada PAS dan Haji Hadi supaya jangan kurang ajar kepada Anwar.

Terbaru, PAS melalui CheguBard menyaman Hj Hadi di tengah-tengah krisis besar Selangor. Sebagai balasan, Anwar akan menarik balik penggantungan CheguBard dalam PKR. 

Malahan, satu lagi saman ke atas Haji Hadi Awang akan diteruskan berkenaan Calon Pil Kuda.

Kenapa Peguam Anwar Minta Tunda Kes Liwat Tapi Percepat Kes Tan Sri Khalid?

Posted: 08 Aug 2014 02:44 AM PDT

Hebatnya barisan peguam Anwar kerana berjaya sekali lagi tunda kes.


Tapi dalam masa yang sama, PKR nak percepatkan kes Tan Sri Khalid.


Mungkin ini perjuangan Parti Keadilan Anwar Rakyat kot. Hanya semata-mata Anwar tapi boleh zalimi pemimpin lain.

* #JUSTICE4TSKHALID


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Reformasi demi enam juta rakyat Selangor?

Posted: 08 Aug 2014 08:59 PM PDT


Dia masih ingat suasana di ibu negara sekitar lewat 1990-an dahulu yang pernah dicemari banyak demonstrasi jalanan bertujuan menjatuhkan kerajaan ketika itu.

Mana mungkin Ramlan Abu Bakar, 51, boleh lupa kerana dialah salah seorang perancang utama aktiviti tersebut bersama bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor.

Masih terngiang-ngiang di telinganya pesanan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya dia mengatur rancangan untuk menghuru-harakan negara demi menebus maruah suaminya, Anwar Ibrahim yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana didakwa meliwat bekas pemandu peribadinya, Azizan Abu Bakar.

Merosakkan kemudahan awam, membakar kenderaan, merusuh, mencabar anggota polis secara kekerasan, semuanya itu sanggup dilakukannya atas nama keadilan kononnya.

Keluar masuk lokap sudah lali baginya umpama peribahasa, alah bisa tegal biasa.

Ketika itu, dia yang merupakan Bendahari PKR Cabang Bukit Bintang (kini masih lagi ahli parti) turut aktif merekrut kader-kader baharu bagi mencetuskan suasana kacau-bilau di jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur dengan pelbagai perbuatan ala samseng.




"Bukan susah nak merekrut orang ketika itu kerana emosi rakyat begitu tinggi. Rakyat dalam keadaan teruja untuk menukar kerajaan.

"Tugas saya lebih kepada mencetuskan suasana huru-hara. Itu kepandaian saya. Itu sumbangan tidak berbelah-bahagi saya kepada parti," katanya kepada wartawan.

Bagaimanapun, selepas Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara kerana meliwat, pejuang-pejuang sepertinya mula diketepikan.

"Kak Wan (Wan Azizah) memang manusia hipokrit. Waktu susah kami yang dicari tapi apabila senang, kami dipinggirkan begitu sahaja.

"Kami sanggup berpanas, berhujan, kena ketuk kepala tapi orang Khalid (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang naik (diberi kedudukan baik dalam parti)," jelasnya kecewa.


Merasakan dirinya telah diperdaya semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi individu tertentu, Ramlan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang mana dirinya adalah Presiden bagi memastikan kebajikan rakyat di bawah pentadbiran kerajaan PKR Selangor terbela.

Mana-mana pemimpin khususnya daripada PKR yang dilihat menzalimi atau menindas rakyat maka akan diperbetulkan oleh Reformis.

Abdul Khalid tidak terkecuali daripada menjadi 'mangsa' Reformis, antaranya apabila kerajaan negeri menaikkan kadar sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) semasa mula-mula mentadbir dahulu.

Bukan setakat berdemontrasi bagi mendesak sewa PPR tidak dinaikkan, malah Reformis lebih agresif dengan menubuhkan skuad berani bogel untuk 'menyerang' majlis-majlis yang dihadiri Abdul Khalid.


Tindakan Reformis itu ternyata memberi kesan positif apabila kerajaan negeri memutuskan penghuni PPR yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan boleh membayar sewa pada kadar lama.

Kini kemelut politik di Selangor kembali meruncing gara-gara kegilaan Anwar mahu memberikan jawatan Menteri Besar kepada isterinya.

"Anwar sekarang dilihat cukup terdesak. Langkah Kajang adalah perancangannya. Dia nak jadikan Wan Azizah sebagai boneka.

"Dia sedang bersiap sedia jika rayuannya terhadap hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008 ditolak, dia nak elak. Dia akan gunakan platform Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

"Dia juga akan cuba menggagalkan projek-projek mega di Selangor seperti pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, sistem Transit Aliran Massa (MRT) supaya Kerajaan Pusat tunduk kepada desakannya. Itu senjata dia supaya tuduhan meliwat boleh ditarik balik. Ini yang kita nampak," katanya.


Menurutnya, isu-isu di Selangor sebenarnya membabitkan masalah peribadi Anwar dan rakyat dijadikan kambing hitam sehingga terpaksa menanggung kesan buruk.

Dia menambah, Anwar tidak akan peduli sekiranya rakyat menderita asalkan matlamatnya tercapai. Itu yang merisaukan Ramlan sekarang.

Sehubungan itu, Reformis sekarang tiada pilihan melainkan melawan hasrat Anwar tersebut habis-habisan meskipun suatu ketika dahulu mereka pernah bergadai nyawa demi Ketua Umum PKR berkenaan.

Jika dahulu mereka berdemonstrasi di jalan-jalan bagi menjatuhkan kerajaan, selepas ini Reformis mungkin akan membuat perkara yang sama tetapi terhadap Anwar pula.

"Saya merayu semua rakyat tanpa mengira ideologi politik supaya bangkit membantah segala niat jahat Anwar itu.

"Ini soal faedah bersama, rakyat berbilang kaum dan agama. Ini bukan isu menteri besar semata-mata tapi nasib kira-kira enam juta rakyat Selangor dan imej negara," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Mustafa bidas Rafizi buat kenyataan bodoh?

Posted: 08 Aug 2014 12:08 AM PDT


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan parti itu mahu menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurut Mustafa, kenyataan seumpama itu tidak seharusnya dibuat oleh Rafizi yang memegang jawatan sebagai pakar strategi dalam PKR.

"Jika dia menganggap dia adalah Pengarah Strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh,'' katanya seperti disiarkan portal The Malaysian Insider hari ini.

Beliau dilaporkan mengulas kenyataan Razifi yang mendedahkan cadangan Pas itu dalam satu forum berhubung krisis Menteri Besar Selangor di sini malam tadi.

Rafizi Serang Balik Musthapa Dengan Isu Spender

Portal itu memetik Rafizi sebagai berkata: ''Sebulan sebelum PRU-13, pemimpin Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr. Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri kalau kita menang Putrajaya," katanya.

Mustafa bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu dengan menyifatkan jawapan yang diberikannya memadai buat masa sekarang.

''Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu sahaja dulu," katanya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


DAP bidas Nasruddin tiru skrip Umno, persoal setiakawan PAS dalam Pakatan

Posted: 08 Aug 2014 10:49 PM PDT

Lip Eng juga mendesak Nasrudin supaya jangan masuk campur urusan negeri lain, sebaliknya memfokuskan di negeri Pahang, kawasan Parlimen yang diwakilinya.
"Kenapa Tantawi pula begitu gigih menyerang dan mempersoal rakan politik sendiri?
"Susah sangatkah untuk memeriksa fakta daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat terutamanya rakan-rakan PAS di Pulau Pinang? Adakah Umno dan BN di Pahang sudah begitu suci dan cemerlang hingga Tantawi harus memilih untuk menghalakan serangan ke Pulau Pinang?" soalnya.
Lip Eng juga mempersoalkan tindakan Nasrudin ketika Pakatan sedang berdepan saat getir waktu ini, khususnya krisis yang melanda di negeri Selangor menggugat persefahaman antara satu sama lain.
"Saya terkejut dengan tindakan Nasrudin yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur, di saat fitnah-fitnah lain sedang mengancam silaturrahim Pakatan Rakyat," kata ahli DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Membangkitkan soal setiakawan Nasrudin dan PAS dalam Pakatan, Lip Eng berkata mereka sepatutnya menjaga hubungan dan bukannya mengeruhkan keadaan lagi.
"Seharusnya kita saling menjaga hubungan setiakawan, bukannya membangkitkan fitnah-fitnah yang sudah lena," kata beliau.
Dia juga menyeru PAS membantah kenyataan Nasrudin tersebut, kegagalan melakukannya akan mengikis komitmen terhadap persaudaraan dalam Pakatan.
"Saya menyeru rakan-rakan di dalam PAS supaya tidak berdiam diri, dan menyuarakan bantahan masing-masing terhadap fitnah yang ditimbulkan oleh Tantawi.
"Berdiam dan redha terhadap fitnah ini pasti akan dilihat mengikis komitmen PAS terhadap persaudaraan Pakatan dan menambah syak wasangka orang ramai terhadap keikhlasan tahalluf siyasi mereka," katanya.
Nasrudin mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Nasrudin berkata, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. – 9 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-bidas-nasruddin-tiru-skrip-umno-persoal-setiakawan-pas-dalam-pakatan#sthash.KDbGpD2E.dpuf

Tengku Adnan buat U Turn - Tiada lagi larangan, dapur jalanan dapat lampu hijau, kata menteri

Posted: 08 Aug 2014 09:54 PM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka, mereka akan dipantau dari segi kebersihan. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka, mereka akan dipantau dari segi kebersihan. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014. 
Dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka memberi makanan kepada gelandangan selepas Putrajaya membuat keputusan membatalkan larangan yang sepatutnya berkuatkuasa 16 Ogos itu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun mereka dibenarkan terus beroperasi, mereka akan dipantau dari segi kebersihan.
"Kita mengenalpasti beberapa lokasi sesuai untuk badan bukan kerajaan (NGO) itu beroperasi berdasarkan pemerhatian kita. Mereka yang tidak mahu berpindah boleh teruskan, tetapi kami akan pantau aspek kebersihan mereka," katanya pada satu majlis sambutan Hari Raya di Kuala Lumpur.
Tengku Adnan sebelum ini meletakkan tarikh 16 Ogos bagi dapur jalanan berpindah operasi mereka ke luar lingkungan 2 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, kerana khidmat mereka menggalakkan gelandangan dan memberi imej buruk terhadap imej ibu negara. – 9 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-lagi-larangan-dapur-jalanan-dapat-lampu-hijau-kata-menteri#sthash.c33G9aVZ.dpuf

Putrajaya nak tutup Facebook

Posted: 08 Aug 2014 08:24 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras.

Turut hadir Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Hajah Zurainah Musa.

Namun, Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.

"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik", katanya.

Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.

PKR Selangor pula buat hal mereka mahukan Azmin sebagai MB

Posted: 08 Aug 2014 03:19 AM PDT

Aspan Alias
PKR pun terbelah sekarang ini. Sekarang PKR Selangor mahukan Azmin sebagai Menteri Besar jika Khalid diketepikan. PKR sesungguhnya sudah sampai keperingkat cacar-marba dan jika PAS tidak bersetuju untuk meletakkan Wan Azizah. PKR Selangor sendiri mempunyai pendirian yang tidak selari dengan PKR Pusat pimpinan Wan Azizah dan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim kerana kenyataan bersama setiausaha PKR Selangor dan ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei telah membuat kenyataan bersama hari ini mahukan Azmin Ali sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR Selangor mahukan Khalid diketepikan, mereka mahukan Azmin, Ketuanya di Selangor sendiri menjadi pengganti kepada Khalid itu. Saya telah pun menyebut dalam posting yang lepas yang Azmin mempunyai 'moral standing' untuk menuntut jawatan Memnteri Besar itu kerana selain dari beliau adalah Timbalan Presiden PKR Kebangsaan, beliau juga adalah pengerusi PKR Selangor dan anak jati Selangor sendiri.

Itu sebabnya buat sementara ini untuk mempastikan PKR tidak berpecah maka cadangan PAS untuk mengekalkan Khalid itu merupakan pilihan yang tepat dan PAS tetap dengan pendirian itu seperti yang di zahirkan oleh Jawatankuasa Ulama nya semalam. PAS berpendapat yang Khalid hanya boleh diganti jika terbukti dengan keputusan mahkamah yang Khalid telah mengkhianati mandat rakyat Selangor.

Itu sebabnya telah saya katakan beberapa kali dalam blog kecil saya ini, jika hanya bermain politik dengan 'intrigue' politik Anwar semata-mata, PKR akan berhadapan dengan keadaan kerumitan yang tidak akan dapat di selesaikan dengan mudah. Jika bermain politik peribadi yang keterlaluan, PKR khususnya Anwar sendiri akan melalui zaman muramnya, kerana 'Anwar can't be lucky all the time'.

Perbezaan pendapat PKR Selangor dengan pemimpin pusatnya akan menambahkan perpecahan diperingkat 'intra-parti' nya. Anwar tidak boleh berbangga yang beliau mempunyai penguasaan yang penuh dari pemimpin bawahannya serta ahli-ahli PKR itu keseluruhannya.

Dengan sikap PKR Selangor ini, Anwar tidak memerlukan musuh yang lebih besar lagi, kerana musuh beliau dalam parti beliau sendiri sudah cukup untuk menyekat kemaraan Anwar ke destinasi idamannya, iaitu Putrajaya yang tidak jauh dari tempat ia bermula iaitu di Kajang pada bulan Mac yang lepas.

Sesungguhnya parti seperti DAP akan menghadapi masalah besar dalam perjalanan politik mereka jika mereka terpaksa tersangkut dengan isu dalaman PKR, parti peneraju Pakatan Rakyat itu. PAS telah pun membuat keputusan yang tepat dengan tidak bersama dengan Anwar dan PKR dalam isu Khalid Ibrahim ini dan kita tidak tahu samada DAP tetap mahu terjun dengan PKR bersama dengan labu-labu PKR sekali.

Hasil dari pergolakan PKR ini, ia juga akan membawa parti-parti rakannya khususnya DAP ketepian dan jatuh bersama PKR yang di junjungnya sekarang ini. tetapi itu hak DAP untuk menentukan sikapnya termasuk untuk bersama dengan Anwar, tetapi DAP tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak jika tindakan itu menjadi 'baggage' kepada DAP dalam usahanya untuk memanjat tangga Putrajaya.

Saya nampak hanya satu jalan sahaja untuk mengekalkan ke 'releven'an Anwar, iaitu jangan bermesyuarat terlalu lama pada 10hb nanti. Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan menarik balik cadangan menukar Menteri Besar Selangor sehingga pilihanraya yang akan datang dan bermaaf-maafan bersama Khalid dan pimpinan diperingkat tertinggi PKR dan PR sesuai dengan semangat Hari Raya Puasa ini. Lakukan perkara yang baik sempena Syawal yang Mubarak ini.

PAS pula pada hakikatnya tidak perlu menghadiri mesyuarat penting pada 10 hb nanti kerana keputusan parti itu dalam isu berbangkit ini adalah 'predictable'. DAP pula boleh hadir tetapi bukan untuk menyembelahi mana-mana pihak dalam perkelahian keluarga PKR ini. DAP jangan memanaskan lagi situasi dengan memberi nasihat kepada kepimpinan PKR khususnya Anwar untuk mempertingkatkan 'wisdom' beliau dalam politik tanahair kita ini.

Cendol tempurung, Laksa tempurung di Bayan Lepas Pulau Pinang

Posted: 08 Aug 2014 02:16 AM PDT




BETUL ke?
Takkan kot.
Persoalan itu yang bermain di fikiran Abang Fen sambil memandu kereta ke Teluk Kumbar dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Mana tidaknya, Abang Fen dalam perjalanan ke sebuah gerai yang menghidangkan laksa dan cendol pulut dalam tempurung.
Bagaimana pengusahanya meletak tempurung itu di atas meja dan macam mana pula laksa dihidang...tak tumpah ke?
Setibanya di gerai itu, Abang Fen tengok dah ramai pelanggan menunggu giliran.
Memang tak sabar lagi Abang Fen nak beratur sama, tak sabar nak makan laksa bersulamkan cendol...fuh..sedap you all.
Semasa Abang Fen berdiri menunggu lebih kurang 10 minit, sepasang sepasang suami isteri yang baik hati mempelawa Abang Fen duduk di sebelah mereka yang kebetulan pula ada seorang pelanggan lain baru bangun.
Kemudian Abang Fen pesan laksa tempurung dan cendol pulut tempurung untuk merasai sendiri, adakah rasanya selazat dan seunik namanya.
Di hadapan Abang Fen ada lebih kurang sepuluh biji keratan batang buluh yang siap dipotong lebih kurang satu inci setengah setiap satu sebagai acuan pelapik tempurung.
"Boleh tahan juga kreatifnya tuan gerai ini," kata hati kecil Abang Fen.
Potongan buluh itu juga menjawab teka-teki yang bermain difikiran Abang Fen tadi.
Sekejap saja Laksa dan cendol pulut yang diisi didalam tempurung dihidangkan seorang gadis untuk Abang Fen.
 
Wow!!! aroma kuah laksanya menyucuk hidung hingga ke urat perut Abang Fen.
Pertama sekali Abang Fen menghirup cendol pulut dan rasanya benar-benar sedap malah lembut pulutnya tidak mengecewakan.
Setelah menghirup cendol hampir setengah tempurung baru teringat di depan Abang Fen terhidang laksa.
Terasa malu pulak ketika itu dengan pelanggan di sebelah, manalah tahu kalau-kalau ada yang nampak macam Abang Fen kebulur sangat.
Apabila kuah laksa tempurung singgah ke lidah Abang Fen, memang sedapnya sukar hendak digambarkan dan tak dapat untuk Abang Fen ceritakan atau untuk samakan rasanya dengan laksa dari tempat lain.
Kuah laksa tempurung ini memang mempunyai rasa yang  unik sepertimana unik hidangannya maka tidak hairanlah ramai pengunjung dan pelanggan sanggup berdiri dan menunggu giliran untuk mendapatkan tempat kosong.
Ada juga pelanggan yang meminta laksa dan cendol untuk dimakan di dalam kereta dan ada juga yang makan sambil berdiri di tepi motosikal gara-gara tidak sanggup menunggu lama.
Abang Fen seperti yang you all tahu, apabila makanan atau minum yang dijamah itu menarik, unik, murah dan sedap...tangan mula keluarkan pen dan buku nota kecil untuk dikongsikan dengan pembaca yang disayangi.
Pertama sekali Abang Fen dapatkan maklumat daripada pelanggan yang berikan tempat duduk untuk Abang Fen iaitu Mohd Ridzwan, 34, dan isterinya Azura Ismail, 29 (gambar bawah).
"Saya selalu mai sini pada hujung minggu untuk makan laksa dan cendol pulut tempurung sebab rasanya memang sedap selain keunikan yang belum pernah saya jumpa" kata Ridzwan dari Sungai Burung, Balik Pulau.
Sebaik sahaja dapatkan pandangan pelanggan, kini tiba giliran tuan punya gerai untuk diajukan pelbagai soalan bagi mendapatkan maklumat secara lebih terperinci untuk dikongsikan bersama you all.
Pengusahanya ialah Yaakob Abdul Hamid, 44, (gambar) dan dibantu oleh isterinya, Normala Kassim, 40. Pasangan terbabit menjalankan perniagaan unik itu sejak Jun 2013.
"Saya cuba membuat kelainan dalam penyediaan makanan dan minuman agar ianya menjadi satu daya tarikan kepada pelanggan.
"Sebelum ini ada kawan-kawan kata idea saya ini gila. Tetapi saya yakin jika ia sedap dan unik, pasti akan dapat menarik ramai pelanggan," kata Yaakob.
Menerusi keunikkan itu, Yaakob dan isteri mampu menjual lebih 20 kilogram laksa sehari apabila mereka memulakan operasi dari pukul 11 pagi hingga 7 petang.
Gerai tersebut ditutup pada setiap Isnin.
Abang Fen juga dimaklumkan bahawa kuah laksa tempurung merupakan resepi khas dengan gabungan resepi dari tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
"Saya gabungkan resepi dan bahan-bahan yang digunakan dari tiga buah negeri ini agar rasanya juga ada kelainan selain lebih sedap," ujar Yaakob.
Jadi, Abang Fen cadangkan pada you all semua agar mencuba sendiri kelazatan laksa dan cendol tempurung ini.
Kepada you all yang ingin ke Pulau Pinang serta mencuba sendiri suasana makan dan minum menggunakan tempurung bolehlah menghubungi Yaakob ditalian 017-4555441.

Boikot McDonalds : McD Shah Alam lengang

Posted: 07 Aug 2014 11:55 PM PDT

  • Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANISalah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kempen boikot McDonald's yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi.

Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.

Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.

Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.


"Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam.

Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak 'semeriah' sebelum ini.

Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.

Kelihatan seorang kakitangan McDonald's berehat di luar premis kerana kekurangan pelanggan tanpa mengendahkan kehadiran kami.

Walau bagaimanapun ketika kami menghampirinya, dia memberi isyarat enggan ditemubual.

Kempen boikot McDonald's mula menjadi viral Selasa lalu dengan pesanan "Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin".