Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Khalid tak datang 'hearing", PKR tak mudah pecatnya sebelum 10hb

Posted: 07 Aug 2014 10:58 PM PDT




Tan Sri Khalid tak akan datang ke hearing Jawatankuasa Disiplinatas sebab tiada tuduhan yang khusus untuk dia jawab dan bbersedia.

Malah dilaporkan Malay Mail Online bahwa Khalid beritahu urusan kerajaan negeri bukan urusan parti. Baca SINI

Anwar tak muncul di mahkamah? Nak lari ke?

Posted: 07 Aug 2014 10:00 PM PDT


Pagi ini Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan samada untuk menerima kes rayuan Anwar atau ianya tidak releven untuk dibicarakan di mahkamah persekutuan. Sekiranya itolak, Anwar akan masuk penjara sehera.

Dari maklumat yang diterima hanya Latheefa Koya, Sivarasa dan Surendran kelihatan di mahkamah pagi ini. Anwar tidak kelihatan.

Mana dia? Dah tahu akan ditolak kerana tiada hujah baru yang kuat dan releven melainkan teori konspirasu Shafee Abdullah saja maka dia tahu akan kalah?

Semantara itu terbaca FB Faisal ang bertanya kenapa Dewan Syura PAS kata akan tolak Khalid jika di adidapati bersalah tapi selama ini Dewan Syura tidak tolak Anwar yang sudah dijelaskan mahkamah sebagai sudah lakukan liwat yang haram disisi Allah!!!

Takkan Rashid Manap dan Eco World takut saman Rafizi?

Posted: 07 Aug 2014 08:40 PM PDT



Dedah Terma Penyelesaian Bank Islam, Jawab Urusniaga Dengan Ecoworld Atau Saman

Posted on August 7, 2014

Saya sedia maklum tindakan pegawai-pegawai YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) satu laporan oleh KEADILAN yang menyenaraikan urusniaga-urusniaga yang menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau.

Urusniaga-urusniaga ini bersabit penyelesaian di luar mahkamah yang dicapai di antara Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hutang RM70 juta yang perlu dibayar oleh beliau.

Saya senaraikan garis masa urusniaga-urusniaga penting yang menjadi asas kepada penyiasatan KEADILAN terhadap integriti beliau iaitu:

1. Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas Kajang Move diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah

2. Pada 26 Februari 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba mengumumkan bahawa satu MOU penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan

3. Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindahmilik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf

4. Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad

5. Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai

6. Pada 23 April 2014, Bank Islam memfailkan circular resolution kepada pemegang saham sebagai sebahagian dari peraturan Bursa Malaysia. Ia turut menyenaraikan perjalanan kes tuntutan baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Circular resolution itu turut mengesahkan bahawa Bank Islam telah bersetuju menggugurkan tuntutan saman baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun "peguam Bank Islam berpendapat Bank Islam mempunyai kes yang kuat terhadap lawan"
Setiausaha Politik YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa Menteri Besar berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf beberapa kali untuk merundingkan penyelesaian kes hutang beliau. 
Tan Sri Rashid Manaf adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan seorang tokoh korporat yang menguasai Ecoworld dan diketahu rapat dengan Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab KEADILAN untuk mengarahkan YAB Tan Sri Khalid menjelaskan:

1. Kenapa hutang beliau berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba?

2. Kenapa beliau merundingkan penyelesaian ini dengan Tan Sri Rashid Manaf?

3. Kenapa Tan Sri Rashid Manaf melalui syarikatnya mendapat manfaat beratus juta ringgit melalui urusniaga tanah dan kontrak pembinaan dari Kerajaan Selangor?

Sehingga kini, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengelak dari memberi penjelasan secara telus kepada pimpinan parti lalu meningkatkan lagi keraguan terhadap integriti beliau.

Oleh sebab itulah, saya tidak hairan beliau menghantar laporan KEADILAN kepada SPRM kerana beliau sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadap beliau. Rakyat juga tidak akan lupa bahawa dalam kes penyelewengan dana NFC pun, SPRM dari awal-awal lagi mengumumkan bahawa ia bukan rasuah dan Dato' Seri Shahrizat Jalil tidak bersalah.

Tindakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menggunakan SPRM untuk membersihkan namanya samalah seperti SPRM mengumumkan tiada sebarang penyelewengan berlaku di dalam kes NFC. 

Apabila fakta mula difahami rakyat, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya pun dengan kenyataan SPRM bahawa tiada unsur penyelewengan di dalam kes NFC.

Sebab itu, bagi saya cara terbaik untuk YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membersihkan nama beliau dan mematikan sebarang keraguan terhadap integriti beliau adalah dengan cara berikut:

1. Dedahkan secara terbuka terma-terma perjanjian beliau dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang sebanyak RM70 juta secara tiba-tiba

2. Menjelaskan kenapa syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf mendapat manfaat beratus juta ringgit dari Kerajaan Negeri dalam tempoh sebulan selepas hutang beliau diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui Tan Sri Rashid ManafJika pun beliau tidak bersedia untuk mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya beliau failkan saman fitnah terhadap saya di dalam mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM.

Sehingga kini, beliau tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap saya atau Dato' Saifuddin Nasution Ismail. Saya percaya ini kerana beliau tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia beliau dengan Bank Islam.

Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Strategi
7 Ogos 2014

"Sultan" Anwar Al Juburi panggil semua ADUN ngadap segera

Posted: 07 Aug 2014 07:23 PM PDT


Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan dipanggil untuk 'report duty' di Pejabat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tropicana pada pukul 10 pagi Jumaat.

Difahamkan, kesemua ADUN dipanggil untuk menandatangani Borang Akuan Bersumpah dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menariknya kali ini, dikatakan terdapat satu lagi Borang Akuan Bersumpah untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Menurut sumber dalaman PKR, perkara ini terbongkar apabila seorang Ahli Parlimen PKR Selangor secara 'tidak sengaja' telah memanjangkan emel seorang kakitangan pejabat Anwar yang menyatakan hal berkenaan.

Pada masa yang sama, terdapat satu mesej melalui SMS daripada Setiausaha Kerja MPN Selangor yang meminta semua ADUN supaya mengabaikan emel yang tersebar itu dan meminta semua untuk menunggu emel yang 'sebenar dan tulen'.

Bagaimanapun, pesanan yang ditulis dalam emel pegawai Anwar? yang dipanjangkan tersebut menyatakan bahawa ia adalah lampiran yang 'sah dan final' sementara surat bagi Dr. Idris akan menyusul.

Pada petang Khamis, Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata sidang media MPN Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Rabu disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.

Bagaimanapun jelasnya, nama ADUN Bukit Antarabansa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Wan Azizah.

Kata Shuhaimi, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN.

Tambah sumber itu, pendedahan itu membuktikan ada calon alternatif bagi jawatan menteri besar selain Wan Azizah. Ini sekali gus menafikan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa PKR telah memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah. Kenyataan Anwar sebelum ini juga dipertahankan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bahawa hanya satu nama dan tidak ada nama lain bagi calon alternatif yang dibincangkan.

Sebelum ini ada desas-desus kesediaan Dr Idris untuk menjadi menteri besar jika mendapat persetujuan Anwar. Dr Idris yang dicadangkan PAS sebagai calon kompromi berkata, selaku ADUN Selangor, segala kemungkinan boleh berlaku dan persediaan untuk menggalas tugas itu perlu sebagai tanda perjuangan untuk rakyat.

S'ngor bahaya dari siapa? Laporan SPRM ke atas Azmin?

Posted: 07 Aug 2014 05:45 PM PDT


Anwar dan Wan Azizah? Itu cerita selalu. Azizah jadi boneka dan Anwar buat kerja gila bersama pakar strategi hidung meleleh Rafizi.

Atau Azmin?

Semalam Zuraidah membuat kenyataan memberi sokongan pada Wan Azizah tapi upanya ada lagi dalam kenyataan itu yang tidak dilaporkan media pembangkang.

Zuraidah turut mahukan Azmin dikira sebagai MB. Parti memerintah harus cadang tiga nama kepada DYMM Sultan dan Zuraidah mahu nama Azmin dicadangkan.

Dalam TV3 semalam nampak Xavier tak setuju dengan kenyataan Zuraidah dan mahu media tidak laporkan untuk diganti kenyataan lain.

Kalau begitu Selangor dalam bahaya juga dari Azmin.

Pagi ini, NGO PASSMEB yang kuat menyokong Khalid akan menghantar satu laporan kes penyelewengan PKNS & SMUE yang ada kaitan dengan ADUN Bukit Antarabangsa - YB Azmin Ali di pejabat SPRM Selangor, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam
pada pukul 11 pagi.

Selama ini ingatkan Khalid saja yang menyamun, rupanya Azmin. Hmmm ... bukan ke Othman Omar baik dengan Azmin?

Untuk pecat MB, mesti undi tak percaya di DUN

Posted: 07 Aug 2014 05:32 PM PDT



SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau digugurkan sebagai ahli PKR.

Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar.

"Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Adun.

"Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan," katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.


Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat undi tidak percaya.

"Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu.

"Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR," katanya.


Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini.

"Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu undang-undang," katanya.


Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan.


Wak Jengkol

Khalid kata umat Islam dicabar dimana perpecahan berlaku

Posted: 07 Aug 2014 08:19 AM PDT


Kata-kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam majlis "Solat Hajat Perdana 'Mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor' di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Sek.7, Shah Alam mungkin merupakan sebab menyebab utama Khalid mahu pertahankan jawatan Menteri Besar.

Khalid berkata umat Islam telah dicabar di mana perpecahan yang berlaku dan kena belajar sesuatu apa yang terjadi di sana. Dia berkata demikian ketika mengumumkan menghantar RM1 juta peruntukan ke Gaza.


Turut disebut jangan menghina umat islam dan menghina Islam. Adakah ini sebab yang membuatnya mengatakan kalau dia turun perkara buruk akan berlaku ke Selangor? Atau itu hanya kata-kata di hadapan ramai kehadhiran penyokong PAS faction pro ulamak.

Majlis anjuran Geng Ustaz Cintakan Ulamak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. dihadhiri oleh lebih kurang 350 orang termasuk Sallehen Mukhyi -Exco dan ADUN Sabak, Ustaz Zuhdi dan Mazlu Musa President Geng Ustaz..

Sekiranya hari sebelum ini Dewan Ulamak dan Nik Aziz memberi sokongan pada Khalid, Dewan Syura turut serta dan ini memungkinkan AJK Pusat PAS pun terpaksa ikut memberi sokongan pada Khalid dalam mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 10hb tapi telah ditunda.

Langkah Kajang banyak ditegur dalam sesi ucaan malam tadi.

Khalid diminta hadhir kesesi pendengaran pada hari esuk 3 petang di Pejabat keadilan. Jika masa tidak sesuai, Khalid diminta hadhir pada hari Sabtu 12 tengahhari 9hb.

PKR akan bermesyuarat pada Ahad 10hb dan pad ahari sama Presiden Pakatan Rakyat juga akan bermesyuarat.

Dijangka Jawatankausa Disiplin PKR dah pasti akan singkir Khalid esuk atau 10hb walaupun Khalid kata Jawatankausa Disiplin tidak jelas dengan pertuduhan yang mahu dijawab dan mahu dia jelaskan   kenyataan media yang dibuat Tan Sri Khalid pada 22hb Julai 2014 dan perkara-perkara berikut:

1. Penstrukturan Air Selangor
2. Elaun Baru Menteri Besar Selangor
3. Kenaikan Cukai bagi Lesen Perniagaan
4. Pinjaman YAB Tan Sri Khalid dengan Bank Islam
5. Cadangan Lebuhraya Baru KIDEX

Sekiranya Khalid dipecat, PAS pastinya terpaksa ikut kehendak PKR. Namun begitu PAS mengatakan Khalid mesti disahkan bersalah dahulu oleh SPRM atau mana-mana badan penyiasat dan bukan setakat Jawatankausa PKR.

PAS tak percaya PKR. Jika PAS tak setuju, mesyuarat Pakatan Rakyat tidak dijangka akan mempunyai sebarang pakatan bersama.          

Sementara itu, DYMM Tuanku Sultan Selangor dijangka akan berangkat ke luar negara dari 12hb ke 24hb. Jeng jeng jeng ....

Esuk 8hb Anwar menunggu keputusan samada Mahkamah Persekutuan mahu layan permintaannya untuk merayu. Jika ditolak, Anwar sepatutnya tak sempat ke mesyuarat 10hb dan melihat Nurul bujang dan kahwin lagi seperti masa Nurul kahwin kali pertama.

Sementara itu adakah Khalid akan sedia hadapai undi tak percaya? ATau dia bubar saja DUN????

Mohon Ketua Ugama SULTAN JOHOR tutup akaun HSBC seperti Ismail Sabri

Posted: 07 Aug 2014 06:30 AM PDT



Semalam tersebar Dato Ismail Sabri potong kad HSBC sebagai protes di atas tindakan HSBC menutup akaun yang ada hubungan dengan Gaza.


Yang diketahui Sultan Johor punya akaun dengan HSBC. Malah HSBC membuka cawangan di Johor Baru lebih seratus tahun dahulu untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada Kesultanan Johor.


Oleh kerana HSBC ikut serta menindas dan bersifat kejam terhadap orang Palestin Gaza maka Sultan Johor sebagai Ketua Ugama ISlam negeri harus bersama rakyat Johor yang memprotes Israel dan Yahudi yang menindas  ummah.

Harap Tuanku tutup akaun dengan HSBC. Biar dia balik Hong Kong atau London sebenarnya.

Giliran Najib nyanyikan Anwar

Posted: 07 Aug 2014 04:30 AM PDT


Bodoh Hairie Osman ...


Dahlah kena tipu dengan PAS. Berlakun dah tak laku ... Jual roti canai tepi jalan sajalah

PAS sedang pening sekarang ...






Budak hingus saja boleh warning PAS. Mana mahu dapat undi cina???

Pandangan orang Penang terhadap Anwar

Posted: 07 Aug 2014 02:26 AM PDT


1. HJ. IBRAHIM B YAAKOB - MANTAN ADUN SG.ACHEH, N/TEBAL - MENYIFATKAN DSAI SEORANG PEMIMPIN YANG GILA KUASA DAN MENGKHIANATI RAKYAT SELANGOR.  

MB SELANGOR TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM SEORANG PEMIMPIN YANG CEKAP DAN CEMERLANG  SERTA MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN BERBANDING WAN AZIZAH YANG AKAN MENGIKUT TELUNJUK DSAI DALAM MENTADBIR SELANGOR KERANA DSAI AKAN MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN PARTI.


2. ROSLI B HASHIM- AJK UMNO BHG.N/TEBAL MENYATAKAN PEMIMPIN PKR SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA TERHADAP RAKAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA WALAUPUN TINDAKAN ITU SEPERTI MEMBERIKAN IMEJ YANG BURUK KEPADA PKR.

TAMBAH BELIAU DALAM MENYELESAIKAN MASALAH  INI MEREKA DI DAPATI  SUDAH TIDAK SEFAHAMAN DALAM MENYELESAIKAN ISU MB SELANGOR KERANA BERCANGGAH PENDAPAT SESAMA PEMIMPIN KANAN MEREKA.

LGE-Tantawi kelahi proksi WA-Khalid .... Akhirnya LGE akan terbogel

Posted: 06 Aug 2014 11:30 PM PDT


Itu pandangan Flying Kick SINI

Unspinners pula lihat Nasruddin Tantawi PAS balun LGE DAP berhubung isu Kidex dan Terowong tapi sebenarnya ini hanya perlawanan proksi Tantawi yang mahu kekalkan Khalid dan LGE mahu DAP bonekakan Wan Azizah.

Ikuti laporan berikut:

 Rabu, 6 Ogos 2014

LGE dakwa MP PAS fitnahnya 'ala-Umno'

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan rasa terkejut terhadap kenyataan anggota Parlimen PAS Nasruddin Hassan yang membangkitkan isu projek terowong RM4.63 bilion yang dikatakan diberi secara rundingan terus.

Dalam kenyataannya hari ini, pejabat Lim Guan Eng itu menyifatkan serangan itu "menggunakan taktik kotor Umno untuk membuat fitnah-fitnah jahat" padanya.

Kenyataan yang dihantar oleh pegawai khas ketua menteri itu, Nor Diana Mohd Zabidi itu bagaimanapun tidak menjawab secara langsung perkara dibangkitkan wakil rakyat Temerloh itu.

"YAB Lim Guan Eng akan menjawab tuduhan tanpa asas tersebut dalam satu sidang akhbar yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 12 tengah hari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang," menurut kenyataan itu.

Nasruddin membangkitkan bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim "dibantai teruk" dalam isu Lebuh Raya Kidex sedangkan projek terowong bawah dasar laut itu tidak pula disentuh.

Bekas ketua Pemuda PAS itu mempersoal di mana suara pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini menentang amalan rundingan terus dalam projek kerajaan. Nasrudin juga berkata, projek itu dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk di Pulau Pinang serta membangkitkan kemampuan Pulau Pinang membiayainya ketika bajet defisit terus dicatat untuk tahun keenam.

Isu Kidex antara hujah digunakan PKR untuk menggantikan Khalid dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. -

----------------------

Ini memang staiil LGE bila tak boleh jawab:

Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?

Oleh : Nasrudin bin Hassan at Tantawi


1. Membaca tuduhan dan alasan keatas Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan. Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a)  KIDEX yang panjangnya 14.9 KM bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.

b) Konsesi KIDEX akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain.

c) Projek dianugerahkan kepada kroni UMNO secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka.

d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan lalulintas yang tidak ketara.


2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan Kidex ini. Antaranya

a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.

b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses serta kepada siapa projek ini diberikan.

c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.


3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November 2014. Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat.

4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE).

a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM 4.63 Billion sepanjang 6.5 KM.

b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus?

d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke 2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau.

d) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius.

e) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau.

5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan.

6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri.

a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta.

b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini?

c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu..

---------------------


Sementara itu, PAS pun kesal dengan isu sukan bogel di Penang:


Kalau LGE manyak syok, wa rasa lu akan terbogel




 seab isu

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Kit Siang diselar kerana tuduh Utusan Malaysia bersikap rasis?

Posted: 07 Aug 2014 01:31 AM PDT


Penasihat DAP, Lim Kit Siang diselar kerana menuduh Utusan Malaysia bersikap rasis kerana sengaja menyiarkan artikel berbentuk provokatif dan menghasut sehingga menyebabkan kebencian kaum dan agama.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Kit Siang sebenarnya dengan sengaja cuba menyemarakkan kebencian kaum bukan Melayu terhadap akhbar berkenaan apabila membuat tuduhan sedemikian.

"Lim Kit Siang secara halus cuba membangkitkan kegelisahan bukan Melayu dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Utusan Malaysia," katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang melalui portal berita DAP, www.roketkini.com semalam yang menuduh Utusan Malaysia menyebarkan laporan yang menimbulkan kebencian antara kaum dan bermuka-muka ekoran satu artikel tulisan Pengarang Berita akhbar itu, Zulkifli Jalil sebelum ini yang mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki, Kelvin Yip yang membuat kenyataan menghina umat Islam di Facebook.


Syed Ali berkata, tuduhan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu disifatkan bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada keberanian Utusan Malaysia membela dan mendedahkan beberapa kes membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini sebelum ini.

"Mengapa Kit Siang melenting apabila Utusan Malaysia berani mempersoalkan mengapa pihak berkuasa lambat bertindak ke atas bukan Melayu yang didapati sengaja mencerca dan menghina orang Melayu dan penganut Islam.

"Saya ingatkan Kit Siang, jangan cuba bertopeng disebalik api perkauman, tengok dulu sejauh mana peranan akhbar berbahasa Cina dalam memulihara perpaduan kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata, adalah tidak wajar Kit Siang melatah dengan artikel berkenaan kerana pendedahan tersebut sememangnya berlaku dan kini menjadi isu yang diperkatakan rakyat.

"Ini bukan berita rekaan atau fantasi, kita lihat betapa anak muda Cina termasuk Ahli Parlimen DAP sendiri secara terbuka berani menghina agama Islam dan institusi raja-raja Melayu, tetapi apa hasilnya walaupun beratus laporan polis telah dibuat.

Katanya, beliau hairan mengapa Kit Siang begitu sakit hati kepada Utusan Malaysia sedangkan hakikatknya artikel yang ditulis ada asasnya kerana banyak kes yang berlaku tetapi pihak berkuasa seperti hanya memilih kes tertentu.

Syed Ali berkata, Kit Siang perlu sedar bahawa tidak semua isu boleh dipolitikkan bagi menunjukkan kononnya DAP prihatin terhadap kepentingan awam.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Esok, 8 Ogos tarikh pengurusan kes rayuan sabitan kesalahan liwat Anwar...!!!

Posted: 07 Aug 2014 08:13 AM PDT


Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.

Pada 3 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.

Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.

Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa.

Suara Politik
Belantan

Hadi Awang Sudah Tidak Mahu Lagi Ikut Telunjuk Anwar?

Posted: 07 Aug 2014 01:16 AM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui pendekatan politiknya sudah semakin berubah berasaskan faktor pengalaman, ilmu pengetahuan dan peralihan suasana politik di negara ini dan antarabangsa.

Katanya, hal demikian perlu untuk terus disesuaikan dalam persekitaran baharu dan pada masa yang sama memperjuangkan Islam yang memberi kesan kepada seluruh manusia.

"Kita tak boleh baca peta politik 20 tahun dulu. Hari ini suasana langit terbuka, bukan sahaja di peringkat nasional tapi antarabangsa kerana masyarakat sudah bercampur-campur.

"Oleh itu, kita kena ambil kira peranan kita sebagai sebuah parti yang membawa perjuangan Islam kepada seluruh manusia," ujarnya dalam pertemuan dengan wakil media tempatan di kediamannya di sini hari ini.

Ini merupakan kali pertama beliau menemui pihak media di sini setelah mengalami masalah kesihatan pada penghujung Mei lalu semasa mengunjungi Turki.

Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul dan kembali ke tanah air pada 18 Jun lalu dan masih menerima rawatan susulan.

Menurut Abdul Hadi, beliau masih di bawah pengawasan doktor dan dinasihatkan berehat selama tiga bulan.

"Namun saya ikuti (perkembangan politik dan keadaan semasa) sekadar kemampuan...ada kemampuan saya ikuti. Saya baca berita, baca internet, tengok televisyen, baca surat khabar...apa yang perlu saya komen, saya komen termasuk pada hari ni," katanya.

Ditanya tahap keupayaan kesihatannya untuk menangani persoalan politik yang semakin mencabar dan rumit, beliau menyifatkannya sebagai salah satu latihan kecergasan untuknya.

"Saya anggap ini sebagai satu exercise kepada saya. Isu-isu politik ini. Selagi nyawa ada, kita teruskan berkhidmat untuk rakyat dan untuk agama kita," ujarnya ketika ditanya sama ada kesihatannya akan membataskan tempoh kepimpinannya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Surat Rahsia PKR Untuk Guling Khalid Tersebar?

Posted: 07 Aug 2014 09:11 PM PDT

Adakah ini surat akuan yang dilaporkan oleh media pagi tadi?


Laporan dari Malaysian Insider...

PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar pada hari ini, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti.

Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin hari ini untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.

The Malaysian Insider ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor.

Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.

Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya jam 10 pagi hari ini.

Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad ini.

"Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor," kata sumber dalaman parti.

Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing pada Ahad dan rabu jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan.

Hanya pimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura secara umum menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya dikekalkan sebagai menteri besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu. Tetapi, pendirian mereka boleh menyebabkan risiko perpecahan gabungan itu.

Khalid, seorang bekas tokoh korporat, kini dalam penggal kedua sebagai menteri besar yang selama ini mendapat sokongan parti walaupun wujud rasa tidak puas hati daripada PKR Selangor yang diketuai Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Keputusannya bersetuju dengan pelan penstrukturan semula air bersama Putrajaya dan menswastakan lebuh raya bertol walaupun dibantah gabungan partinya menekan hubungannya dengan parti dan sekutu – mendorong kepada tekanan supaya beliau meletakkan jawatan.

Majlis itu juga memutuskan untuk mempertimbang Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata beliau lebih suka jika Khalid dikekalkan bagi jawatan itu.

Wujud juga cakap-cakap mengenai calon alternatif, termasuk Adun Ijok Dr Idris Ahmad atau Azmin, tetapi Dr Wan Azizah menafikan semua cadangan itu malam tadi.

"Parti memilih saya, terima kasih," katanya ringkas ketika ditemui wartawan di program majlis makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor.

Beliau mengulas laporan yang menyatakan Setiausaha PKR Selangor Amirudn Shari dan Ketua Penerangan negeri Suhaimi Shafei yang bertegas mahu Azmin dicalonkan bersama Dr Wan Azizah, berdasarkan kepada pengalaman cemerlangnya dalam parti.

Krisis yang berterusan mengenai jawatan Khalid itu juga menunjukkan sokongan yang tidak disangka daripada Umno Selangor, yang mempunyai 12 Adun dalam Dewan. Wujud spekulasi menyatakan kebuntuan terhadap penyelesaian kemelut itu boleh mengakibatkan pilihan raya kilat.

Sumber dalaman PR berkata pakatan itu kini bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya baharu yang boleh menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi tetapi masih kekal memegang pemerintahan negeri yang kali pertama dimenangi pada 2008 selepas berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional yang hingga kini masih belum lagi memperolehi sokongan popular. – 8 Ogos, 2014.

Screen shot arahan Adun Pakatan Rakyat di Selangor perlu mengisi borang dan diserahkan hari ini berhubung sokongan terhadap calon menteri besar baharu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Majlis kepimpinan PR memutuskan pada 23 Julai, menteri besar Selangor itu akan terus dipilih daripada kalangan Adun PKR walaupun parti itu mempunyai kerusi paling sedikit di negeri itu berbanding DAP dan PAS masing-masing ada 15 kerusi.
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-pkr-selangor-diminta-bersumpah-sokong-wan-azizah#sthash.jBgjIIY5.dpuf

*Nampaknya projek GULING MB dah masuk ke fasa seterusnya.

Siapa Dalam Pakatan Yang Tuan Guru Nik Aziz Maksudkan Sebagai Munafik?

Posted: 07 Aug 2014 08:21 PM PDT

Tan Sri Khalid dinasihatkan oleh tok guru supaya tidak memalukan munafik.

Jangan malukan 'munafik', sabar betulkan mereka, kata Nik Aziz kepada Khalid

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan beliau bahawa jangan memalukan golongan "munafik" sebaliknya bersabar membetulkan mereka.

Menteri besar Selangor itu berkata Nik Aziz memberi nasihat itu semasa kunjungannya ke kediaman bekas menteri besar Kelantan itu semasa sambutan Hari Raya minggu lalu.

"Saya jumpa Nik Aziz dan beliau berikan nasihat yang terlalu susah untuk saya lakukan.

"Beliau ingatkan dalam politik banyak yang munafik. Saya ingatkan beliau suruh hapuskan munafik tetapi jangan malukan mereka, sebaliknya sabar membetulkan mereka," katanya ketika berucap di hadapan 300 hadirin di kediamannya di Shah Alam.

Nik Aziz baru-baru ini tetap bertegas mahu Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor kerana tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat semalam juga memutuskan Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor kerana beranggapan pelantikannya adalah hak bersama parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani Nik Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, mereka berkata: "Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor.

"Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau," kata kenyataan itu.

Khalid berkata Nik Aziz juga mengingatkan syiar Islam dapat ditingkatkan pada zaman Rasulullah melalui tidak menjatuhkan maruah orang lain.

"Beliau ingatkan Rasulullah meningkatkan syiar Islam dengan cara pemimpin Islam itu tidak menjatuhkan maruah orang lain walau mereka jahat tetapi dengan cara membetulkan mereka.

"Saya tak tahu saya boleh jalankan tugas ini tetapi saya cuba lakukan dengan baik dan bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata walaupun Selangor sedang mengalami pergolakan politik namun DAP masih memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas.

"Walaupun DAP kata kita tidak betul tetapi tidak seorang daripada mereka kata kerajaan yang dipimpin Islam tidak amanah, menipu rakyat sebaliknya menjalankan tugas dengan baik.

"Walaupun tak suka dengan kita tetapi orang dia lebih suka orang kita daripada orang dia," katanya yang disahut takbir hadirin yang hadir. – 7 Ogos, 2014.

SUMBER

Tetapi tidak seperti Tan Sri Khalid, lawannya pula membuat roadshow semata-mata mahu mengaibkan beliau.







Sumber : http://khairulryezal.blogspot.com/2014/08/ada-2-majlis-besar-semalam-untuk-mb.html

Adakah golongan yang mengaibkan beliau ini MUNAFIK yang dimaksudkan?

REFORMASI 2.0 : KEADILAN UNTUK KHALID.

Posted: 07 Aug 2014 06:06 PM PDT

Bila Parti KEADILAN menjadi ZALIM kepada pemimpinnya sendiri, maka.....



* #JUSTICE4KHALID

Guan Eng Kantoi Bohong & Bakal Saman Bekas Ketua Pemuda PAS

Posted: 07 Aug 2014 01:31 AM PDT

Guan Eng ugut YB Nasruddin Tantawi dengan tuduhan bekas ketua pemuda PAS tersebut berbohong.


Itu versi dalam Bahasa Melayu. Cuba tengok versi English.

GEORGE TOWN: A PAS leader has been given 24 hours to apologise for defamatory comments made against Penang Chief Minister Lim Guan Eng or face legal action.

Lim said he was shocked by the unprovoked attack launched by PAS Syura Council member Nasrudin Hassan Tantawi with regard Penang state government finances and the award of the Penang Tunnel project.

"Nasrudin questioned why I was not criticised within Pakatan Rakyat like Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim over Kidex (Kinrara-Damansara Expressway) when I had also used direct negotiations to award the RM4.63bil under-seabed tunnel project to Construction Zenith BUCG Bhd.

"Let me state here that I had never made any public comments over Kidex or its direct negotiation award.

"I have no interest in playing along with Nasrudin's political games of supporting Kidex but am making this rebuttal because of the lies by a fellow Pakatan MP that have severely tarnished my reputation and my state government's standing," Lim told a press conference at his office in Komtar on Thursday.

Lim claimed that Nasrudin was lying as the under-seabed tunnel project was awarded via open tender and cost RM3.6bil, not through direct negotiation costing RM4.63bil.

He added that the Penang state government under Pakatan Rakyat had never recorded a single year of budget deficit.


Nasrudin had said that the tunnel project was given the green light despite Penang's RM255.4mil budget deficit.
Sumber : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/08/07/Apologise--or-face-legal-action-Guan-Eng-says/

Betul ke Penang tak pernah rekodkan Belanjawan defisit? Habis tu yang ini apa ek.....



Dah 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2011 rekodkan bajet defisit, macam mana Guan Eng boleh kata Kerajaan Pulau Pinang bawah Pakatan tak pernah rekodkan bajet defisit?

*Bila pembohong tuduh orang lain bohong, siap sampai saman menyaman walaupun kawan sendiri.

PROTES DAN BOIKOT ISRAEL: GILIRAN BANK HSBC TELAH DIMULAKAN...

Posted: 07 Aug 2014 01:00 AM PDT


Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub hari ini membatalkan penggunaan kad kredit HSBC miliknya sebagai simbolik memprotes kekejaman Israel terhadap Palestine. 

Gambar surat pembatalan dan detik semasa beliau sedang menggunting kad kreditnya telah dimuat naik di halaman Instagram miliknya @ismailsabri60 semalam.

Ismail telah menulis kapsyen seperti berikut di halaman instagramnya; 

"(Ini) Protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin...saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel,".

Tindakan Ismail itu mendapat banyak komen positif daripada pengikutnya yang rata-rata memuji tindakannya selain status berkenaan juga telah dikongsi ke beberapa laman sosial lain antaranya Twitter dan Facebook. -


http://rt.com/uk/176652-gaza-hsbc-charity-scandal/



Jika restoran McD kita boleh buat, Bank HSBC ni kita ada berani buat???

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Peserta sukan bogel Pulau Pinang pernah berbogel di Singapura

Posted: 07 Aug 2014 09:28 PM PDT

Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.
Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider. - 
Nampaknya bukan Pulau Pinang saja menjadi tempat 'aktivis' sukan bogel Albert Yam Kam Hoong menayangkan 'pakaian ketika lahirnya'.
The Straits Times melaporkan rakyat Malaysia berusia 50-an itu juga pernah membikin filem mengenai dirinya dalam keadaan bogel di tempat awam lain termasuk di Singapura iaitu di MacRitchie Reservoir, Changi dan East Coast Park.
Akhbar harian Singapura itu melaporkan, mereka menemui empat video, berdurasi antara 4-10 minit, yang diberikan oleh Yam.
Di Singapura, berbogel di tempat awam adalah satu kesalahan jenayah. Jika Yam dituduh dan didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Polis Pulau Pinang sedang memburu Yam dan 17 yang lain kerana menganjurkan "Sukan Bogel Malaysia 2014" pada Mei.
Video yang merebak dengan pantas di laman web perkongsian Vimeo itu mengejutkan banyak pihak termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Ia juga membawa kepada penemuan Yam, seorang yang tidak bekerja, sudah berkahwin dan mempunyai 3 anak perempuan, untuk mengeluarkan video itu atau menjadikannya video peribadi selepas kisahnya menjadi tajuk utama media.
The Malaysian Insider melaporkan semalam Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi berkata 15 daripada mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti itu dikenal pasti. Tujuh adalah rakyat Malaysia, dan yang lain adalah dari Singapura, Myanmar, India dan Filipina.
Beliau berkata, tiada seorang pun tampil dan jika mereka gagal berbuat demikian, butir dan gambar mereka akan didedahkan kepada umum.
Katanya, Interpol membantu mengesan mereka di luar negara.
The Malaysian Insider juga melaporkan salah seorang peserta adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata wanita itu, yang merupakan ketua sayap wanita dalam era 1980-an, bukan lagi ahli Gerakan.
Katanya, keahlian wanita berkenaan tamat tempoh selepas dia berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun. – 8 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peserta-sukan-bogel-pulau-pinang-pernah-berbogel-di-singapura#sthash.ihB4nwSD.dpuf

Isu MB Selangor: PKR Niat Jahat - SPRM

Posted: 07 Aug 2014 08:34 PM PDT

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 2:33 AM

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mengheret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam konflik dalaman parti itu berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Malah parti itu dianggap berniat jahat apabila mendakwa SPRM melakukan siasatan secara selektif berhubung dakwaan salah laku dan pecah amanah terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull bagaimanapun menegaskan bahawa badan itu tidak pernah mengamalkan siasatan  yang memihak kepada mana-mana pihak.

"Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM.

"SPRM ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan jangan cuba mengaitkan SPRM dalam isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang menyiarkan kenyataan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR bahawa SPRM akan melakukan siasatan secara berat sebelah terhadap Abdul Khalid.

Tambah Mohd Shukri, SPRM akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus setiap kes yang mengandungi unsur rasuah mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.

"Jadi kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"SPRM ingin menegaskan bahawa mana-mana aduan atau maklumat yang diterima dan mempunyai asas akan disiasat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama, pangkat, jawatan dan sebagainya," katanya.

Pada Rabu, Ketua Setiausaha Sulit kepada Abdul Khalid, Mohamad Yasid Bidin membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan PKR yang mengaitkan Menteri Besar itu terlibat dengan rasuah.

Turut sama membuat aduan itu ialah kedua-dua setiausaha politik Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin.

Hishamuddin Rais [Tukar Tiub] Gelar Faekah ‘Anak Dara Tua Kurang Seks'

Posted: 07 Aug 2014 06:54 AM PDT

alt

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Aktivis Pembangkang, Hishamuddin Rais telah mengundang kontroversi apabila menggelar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai 'anak dara tua yang kurang seks'.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjadi panel dalam forum berjudul 'Krisis Selangor: Pakatan berpecah?' di Dewan Perhumpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) kelmarin.

Beliau yang turut mengecam kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi gelaran tersebut setelah menganggap Faekah sebagai penyokong tegar Khalid yang terlalu beremosi apabila beberapa pihak mengkritik bosnya itu.

"Bila cakap pasal tak kahwin semua tahu kan? Faekah tak kahwin lagi.

"Inilah masalahnya. Orang yang bernama Faekah ini adalah penyokong tegar Khalid.

"Kalau petang semalam tak bersetuju untuk bertemu dan berbincang, malam esok Faekah kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.

"Ini saya bagi satu analisis apabila 'orang itu' kurang seks," katanya dengan nada sinis.

Hishamuddin berkata demikian dengan memberi contoh menyamakan Faekah dengan watak seorang jururawat dalam filem Milos Forman berjudul "One Flew Over the Cuckoo's Nest".

Ianya turut dirakamkan menerusi laman Youtube 'KiniTV' bertajuk 'Forum 'Krisis Selangor hangat pula dengan isu hina wanita'.

Kenyataan beliau itu dilaporkan telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa peserta yang hadir pada forum berkenaan.

Sebelum ini, Faekah mengeluarkan kenyataan menyelar beberapa pihak di dalam pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang menjauhkan karier politik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah beliau pernah menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya menerusi laman twitternya terhadap keputusan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggugurkan bosnya dari jawatan Menteri Besar Selangor dan menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti bagi jawatan tersebut

Faekah dengan nada sinis menganggap keputusan mesyuarat yang dipimpin Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan 'Ikut Suka Aku' tanpa merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melantik atau menggantikan jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Nasrudin Tantawi diberi tempoh 24 jam minta maaf pada Guan Eng

Posted: 07 Aug 2014 03:14 AM PDT




lge

GEORGE TOWN, 7 OGOS: Ahli Parlimen PAS Temerloh Dr Nasrudin Hassan Tantawi diberikan tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf kerana telah memfitnah kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


"Saya terkejut dengan serangan Nasrudin yang melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kepimpinan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan penganugerahan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
"Nasrudin mempunyai 24 jam untuk dengan jelas dan tanpa syarat meminta maaf kepada saya. Sekiranya gagal berbuat demikian, (bererti) dia berkelakuan tidak amanah dan tiada bezanya dengan UMNO,"
"Jika tidak, saya tiada pilihan lain melainkan melayan beliau seperti BN, dengan mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan fitnah secara terang-terangan," katanya dalam sidang media di Komtar, hari ini.
Tantawi semalam dalam kenyataannya telah menuduh kononnya Terowong Dasar Laut adalah bernilai RM4.63 bilion dan kerajaan negeri telah menganugerahkan projek itu secara rundingan terus kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd.
Beliau mempersoalkan mengapa projek terowong itu tidak dikritik sepertimana projek KIDEX di Selangor.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu juga mendakwa tahun ini adalah tahun keenam Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan defisit belanjawan, terakhir sebanyak RM255.44 juta.
Menyelar dakwaan itu, Guan Eng menyatakan beliau tidak pernah membuat sebarang ulasan terbuka mengenai projek KIDEX atau penganugerahan rundingan langsung.
"Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk terjebak dengan permainan politik Nasrudin menyokong KIDEX.
"Nasrudin berbohong kerana projek terowong bawah dasar laut telah dianugerahkan melalui tender terbuka, bukan rundingan terus, dengan kos RM3.6 bilion, bukannya RM4.63 bilion seperti didakwa.
"Beliau juga berbohong kerana kerajaan negeri tidak pernah mengalami defisit belanjawan untuk sebarang tahun, tetapi sebaliknya mencatatkan lebihan belanjawan dan ia disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara," tegasnya.
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, lebihan belanjawan Pulau Pinang meningkat dari tahun 2010 ke 2012 dan dijangka akan terus mencatat lebihan untuk akhir 2013.
Pada tahun 2010, lebihan belanjawan Pulau Pinang adalah sebanyak RM33 juta; 2011, RM138 juta dan 2012 sebanyak RM114 juta.
Mengulas mengenai projek terowong, Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan satu maklum balas dan perundingan awam telah dijalankan sebelum Pilihanraya Umum 2013.
"Tiga mesyuarat majlis kerajaan tempatan dengan orang awam telah diadakan, dua di pulau dan satu di tanah besar.
Jelas pembohongan dibuat Nasrudin adalah sama seperti media sosial pro-BN dan pro-Umno," katanya. -Roketkini.com