Followers

Nuffnang

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Siapa Dalang Tembak MH017 Telah Diketahui

Posted: 05 Aug 2014 07:54 PM PDT

Akhirnya...Amerika mesti dihakimi...terbongkar sudah siapakah dalang yang menembak MH017 jom baca analisis di sini..

Klik


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Guan Eng: Kasino pun haram di P Pinang, inikan pula pesta bogel

Posted: 05 Aug 2014 10:34 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 OGOS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tuduhan bahawa kerajaan negeri yang ditadbir DAP mempunyai kaitan dengan kegiatan sukaneka bogel di Teluk Bahang yang menjadi perhatian di laman sosial.
Menurut Guan Eng, pihaknya tidak mengetahui berkenaan aktiviti tidak bermoral itu walaupun jelas berlangsung di Pulau Pinang.
Katanya, apa yang pasti sebarang aktiviti menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan seperti kes pembinaan kasino yang dilarang keras di negeri itu.
"Satu perkara yang pasti, Pulau Pinang tidak membenarkan kasino, jadi bagaimana kita boleh membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang diadakan?
"Jika didapati bahawa individu beragama Islam terbabit, pihak berkuasa agama negeri akan melihat perkara ini, tetapi jika bukan Islam, maka perkara itu perlu disiasat polis," kata Guan Eng pada sidang media semalam, seperti dilapor The Rakyat Post.
bogelBeberapa blog Umno menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk 'Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang' sebagai modal untuk menuduh Kerajaan Pulau Pinang terbabit dengan aktiviti keji.
Salah satu blog terbabit turut menuduh Guan Eng menggalakkan kegiatan tidak bermoral itu dengan mengaitkan hubungan rapat antara beliau dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Video kontroversi yang tersebar di internet itu pula menunjukkan kegiatan nudis yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari serta sukaneka dalam keadaan bogel.
Video berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan peserta berasal dari mana, namun majoriti mereka kelihatan seperti warga Asia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62310

Pesta bogel: Chalet diwarta hanya untuk pegawai awam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.

"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.

Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.

Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.

"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.

Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk 'Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang' sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

Isu MB: Tindakan Saifuddin tidak bijak... - Khalid Samad

Posted: 05 Aug 2014 09:05 PM PDT

Umum tahu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad antara pemimpin PAS yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tapi AJK PAS Pusat yang lantang itu nampaknya tidak senang dengan tindak-tanduk 'lebih sudu dari kuah' beberapa pegawai Anwar di ibu pejabat PKR berkaitan isu penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid yang diminta mengulas tindakan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution yang menyerang isu intergriti Abdul Khalid sebagai tindakan kurang bijak.
Hal itu berikutan, serangan terbabit akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa parti itu hanya bersedia mendedahkan penyelewengan seseorang pemimpin apabila mahu melaksana proses penyingkiran.
"Ini seakan memberi gambaran jika betul ada penyelewengan dan kalau pemimpin itu masih dikehendaki, kita akan sorokkan penyelewengannya daripada pengetahuan rakyat.
"Rakyat akan melihat keadaan ini, yang mana kita serupa dengan Umno," katanya dalam sidang medianya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, Selasa.
Beliau berkata, PKR harus mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP terlebih dahulu bagi menentukan langkah seterusnya.
Seharusnya, perkara ini dibentangkan dahulu kepada PAS dan DAP untuk tindakan selanjutnya, sebelum memanggil Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan beliau.
"Mungkin dalam perbincangan itu juga boleh mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan isu kerusi Menteri Besar," katanya.
Sementara itu, tidak seperti yang dijanjikan lebih 50 muka surat semalam... PKR pada Isnin hanya menyenaraikan enam sebab mengapa Abdul Khalid harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik? diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu.
Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang.-

Pesta Bogel di Teluk Bahang - Guan Eng akui tidak tahu penganjuran Pesta Sukan Bogel [video inside]

Posted: 04 Aug 2014 11:06 PM PDT



GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mengakui  tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi Youtube sejak semalam.

Guan Eng, berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan. 


Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.


"Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

 Dalam Youtube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang, di sini.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Adakah Akta Hasutan hanya untuk Melayu dan Muslim?

Posted: 05 Aug 2014 08:05 PM PDT


Apakah akta hasutan 1948 digunakan hanya untuk menghukum pesalah kaum melayu sahaja? 

Mutakhir jni amat jelas interpritasi keatas Akta berkenaan lebih menakutkan Bangsa Melayu sedangkan kaum melayu dan umat islam sedang hebat diperlekehkan oleh golongan yang anti Melayu dan Islam dimana golongan berkenaan adalah juga rakyat Malaysia dan diantara mereka adalah yang berkedudukan disisi masyarakat. 

Persoalannya sekarang apakah wujud senario pendakwaan terpilih yang diamalkan oleh Peguam Negara? 

Contohnya lihatlah kepada kes YB Rayer yang semenangnya sudah cukup lengkap untuk direkodkan pendakwaan dibawah Akta Hasutan 1948 tetapi tanpa alasan yang kukuh dan munasabah pertuduhan kes berkenaan ditangguhkan hingga hari ini.
 
"Dua hari sebelum rayer sepatutnya didakwa Peguam Negara telah mengesahkan menerusi satu kenyataan bahawa terdapat kes dan bukti kukuh untuk mendakwa bukan sahaja rayer malah beberapa individu lain termasuk Presiden ISMA dan sekumpulan ahli UMNO yang merempuh Dewan Undangan Negeri tapi yang direkodkan pendakwaan adalah OKT (orang yang kena teduh) dari kalangan kaum Melayu sahaja sedang Rayer masih bebas sehingga sekarang". 

Kita melahirkan perasaan dukacita atas sifat peguam negara yang tidak konsisten dan beliau perlu memberikan penjelasan kepada rakyat tentang kedudukan sebenar kes YB Rayer berkenaan. 
 
"Kes Rayer tiada kaitan dengan soal imuniti dan tidak sepatutnya digugurkan malah harus dipercepatkan pendakwaannya. 
 
"Peguam negara kena ingat yang menjadi mangsa dalam isu ini adalah parti umno yang telah di maki hamun sebagai celaka oleh Rayer secara berulangkali"
 
Kalau kes induk seperti ini yang terang terangan menghina melayu dan islam boleh terlepas dari tindakan undang-undang, ianya dilihat seperti membuka pintu yang luas kepada pihak tertentu untuk berterusan mengkritik serta menghina agama islam pada masa hadapan.   
 
"Atas nama masyrakat majmuk dan keharmonian kaum di negara ini peguam negara didesak memberikan penjelasan yang rasional supaya masyarakat tidak memandang serong kewibawaan badan pendakwaan negara ini. 
Terima kaseh.

Sumber WHats App

Mahathir perjuang Palestin, tapi Anwar diamkan kekejaman Israel ... Siapa Mahazalim?

Posted: 05 Aug 2014 08:30 AM PDT


PAS patut jawab dan akui bersalah memanggal Dr Mahathir Mahazalim!!!

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenar?

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad?

Yang pasti... Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel.




Tun Dr Mahathir Mohamad....


1.Dialah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu.


"Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita," - Tun Mahathir.

3. Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.


4. Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.


5. Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.



7. Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.



8. Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.


9. Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..


TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

British beri negara orang ke Yahudi ... Patut Buy British Last lagi!!!

Posted: 05 Aug 2014 05:30 AM PDT



#PALESTIN: Segalanya bermula di sini!

#Balfour Declaration 1917

Peristiharan Balfour 1917  (bertarikh 2 November 1917) merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin dengan syarat tidak merugikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin atau hak-hak dan status yang dinikmati oleh bangsa Yahudi di negara lain.


Deklarasi ini dibuat melalui surat daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis iaitu sebuah organisasi zionis persendirian. Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat "simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi."



Deklarasi Balfour kemudian dimasukkan ke dalam Perjanjian Damai Sèvres dengan Turki dan Mandat British Palestin. Dokumen asal kini disimpan di Perpustakaan British.

"His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."



#sekarang Amerika Syarikat pun bawah telunjuk mereka.



#pray4Gaza

Polis ke nasihat mansuh ISA, batal Jambatan Bengkok dan Batu Putih hilang? UNDURLAH ...

Posted: 05 Aug 2014 01:35 AM PDT


Gani juga yang selalu perlecehkan keupayaan polis dan bersikap tak mahu bekerjasama serta anggap diri lebih hebat dari polis hingga polis kena menyembah ke AG!!!

 Gani Patail perlu berundur

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, perlu berundur secara terhormat kerana beliau disifatkan sudah tidak kompeten untuk bersikap adil dan tegas kepada rakyat Malaysia terutama membabitkan isu yang menyentuh soal perpaduan.

Beliau juga dianggap lemah serta tidak responsif terhadap kegelisahan rakyat terbanyak, selain dilabel gemar melakukan pendakwaan terpilih terutama jika kesalahan itu dilakukan orang Melayu yang mana tindakan segera pantas diambil.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pandangannya secara peribadi, Abdul Gani boleh dianggap sebagai peguam negara yang tamat tempoh dan perlu diganti segera dengan tokoh undang-undang yang lebih cekap, berani dan tegas.

Dakwanya, contoh paling ketara ialah bagaimana Abdul Gani mengenakan pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer atas kesalahan mengeluarkan perkataan celaka yang dibuat semasa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Semua orang tahu wakil rakyat mempunyai imuniti di DUN mahupun Dewan Rakyat tetapi dalam kes Rayer, pemimpin DAP ini mengulangi perkataan celaka dalam ceramah di luar DUN. Mengapa Peguam Negara lakukan kesilapan ini sehingga kes terpaksa digugurkan?

"Kenapa tiada pendakwaan baharu ke atas Rayer dengan mengambil kenyataan yang dibuatnya semasa dalam ceramah? Sebab itu, bagi saya Abdul Gani tidak kompeten dan sudah tamat tempoh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rasa tidak puas hati banyak pihak terhadap Abdul Gani yang sehingga kini masih gagal mendakwa Kelvin Yap selepas lelaki itu secara terang-terangan menghina orang Melayu dan Islam menerusi Facebook baru-baru ini.

Berlainan pula dengan kes penceramah bebas, Shahul Hamid yang segera diambil tindakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan begitu juga dengan kes Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, Abdul Gani perlu berhenti bersikap mahu cuci tangan dalam isu-isu berkenaan apabila membiarkan kerajaan menjadi mangsa kemarahan rakyat, sedangkan beliau dilantik sebagai peguam negara bagi mengurus hal sedemikian.

"Beliau kena jelaskan kenapa Jabatan Peguam Negara lambat bertindak? Apakah kerana tidak cukup bukti atau tidak mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atau polis sendiri? Jangan membisu dan mahu cuci tangan.

"Kalau beliau tidak mampu memberi penjelasan, Abdul Gani perlu berundur secara terhormat kerana siri kegagalan yang sudah menjadi koleksi beliau sepanjang perkhidmatannyamenyebabkan kegelisahan rakyat terbanyak semakin sukar dibendung," katanya.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah Chegubard malu bersemuka SPR?

Posted: 05 Aug 2014 09:18 AM PDT


Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin mengakui berasa malu untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada sebarang tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah pemilihan PKR.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berkata, ini kerana semua aduan yang dikemukakan beliau sejak tahun 2010 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih belum mendapat sebarang balasan atau tindakan.

Katanya, antara aduan berkenaan pemilihan PKR yang sering dikemukakan ialah berkaitan kertas undi berlebihan, pengundi yang mengundi atas nama orang lain serta pihak JPP yang dipercayai terlibat dengan masalah penyelewengan pemilihan.

"Bagi saya masalah penipuan ini khususnya pemilihan dalam parti perlu ditangani segera. Jika tidak saya bersama rakan-rakan lain yang berjuang atas nama bersih dan demokrasi berasa malu untuk berjumpa dengan pihak SPR disebabkan parti ini juga akan dianggap sama menipu dalam demokrasi.


"Jadi, kenapa apabila kita lawan dengan SPR, kita perlu raikan, tetapi ketika lawan di tempat tertentu kita tidak raikan. Oleh itu, saya akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi di semua tempat," katanya kepada pemberita di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan atau penyelewengan terhadap sistem demokrasi termasuk dalam parti sendiri.

"Prinsip saya semua perkara berkenaan penyelewengan dalam sistem demokrasi, saya akan lawan dan tentang dengan berani.

"Saya sudah nyatakan pelbagai bukti dan saya rasa masalah ini (pemilihan PKR) perlu diselesaikan segera disebabkan semua aduan yang dibuat masih belum mendapat balasan sehingga hari ini," jelasnya.


Dalam pada itu, mengulas mengenai jawatan Menteri Besar Selangor, Badrul Hisham berkata, beliau menggesa satu referendum rakyat diadakan bagi mengambil kira pandangan rakyat mengenai perubahan pucuk kepimpinan di Selangor.

Katanya, ini kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor juga adalah disebabkan oleh pengaruh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jadi, saya rasa sebarang perubahan dalam jawatan Menteri Besar perlu mengambil kira pandangan rakyat kerana sebarang pertukaran bukan berdasarkan arahan dari pucuk pimpinan parti sahaja," jelasnya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Wajah sebenar sahabat 'sekatil' Pas?

Posted: 05 Aug 2014 12:24 AM PDT


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersama-sama sekutunya yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerang Pas habis-habisan. Pelbagai tuduhan mereka lemparkan terhadap parti itu termasuklah pengkhianat, pembelot dan perkauman.

Segalanya hanya kerana dalam Pas sendiri ada 'pengkhianat' dan 'pembelot' yang sanggup melanggar prinsip kerahsiaan dalam berjemaah apabila membocorkan perbincangan dalam aplikasi WhatsApp kepada umum.

Walaupun ia sekadar satu perbincangan dan bukan keputusan namun pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki seolah-olah diterima sebagai satu pendirian rasmi parti tersebut.

Justeru bagaikan 'kera kena belacan' maka muncullah 'wira-wira' termasuk dalam kalangan NGO yang menyerang Pas. Mereka cuba memberi tekanan kepada Pas supaya mengambil tindakan ke atas Dr. Mohd. Zuhdi. Ini kerana pada tafsiran mereka, beliau seolah-oleh sudah melakukan satu dosa besar kepada pakatan pembangkang dan mengaitkan pandangan beliau dengan isu perkauman.

Puak-puak ini adalah antara golongan yang terpekik terlolong di jalanan bagi menuntut keadilan dan mahu pelaksanaan demokrasi yang lebih telus tetapi apakah kedua-dua perkara ini terpakai dalam isu melibatkan Dr. Mohd. Zuhdi?

Sudah pasti tidak! Puak-puak itu termasuklah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin Abdullah dan Setiausaha Agung Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menunjukkan wajah sebenar mereka terhadap Pas.

Tanpa mengambil kira segala pengorbanan Pas dalam menjayakan perjuangan pakatan pembangkang termasuk turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketiga-tiga pihak itu mengecam Pas semahu-mahunya. Malah mereka juga tergamak menuduh Pas parti perkauman hanya kerana Dr. Mohd. Zuhdi bercakap soal kedudukan kuasa orang Melayu dan Islam dalam WhatsApp tersebut.

Sudah terbuktilah kini, PKR, DAP dan Bersih seolah-olah melihat Pas hanyalah alat dan 'pak turut' kepada segala kehendak dan perancangan mereka. Mereka tidak mahu Pas bercakap, merancang atau membuat matlamat apa-apa khususnya berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam.

Mereka mahu Pas mengikut rentak politik yang disusun oleh PKR melalui perancangan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipersetujui oleh DAP. Bagi PKR, DAP dan NGO yang bersekongkol dengan mereka, Pas perlu dilayan ibarat 'suruh duduk, duduk... suruh berdiri, berdiri.' Oleh itu di manakah maruah Pas sebagai sebuah parti paling kanan dalam pakatan pembangkang dan mempunyai sejarah cukup hebat dalam politik negara serta dipimpin oleh golongan ulama?

Dr. Mohd. Zuhdi yang terkenal dengan sikap lantangnya mengkritik pendekatan politik Anwar memberi pandangan secara ikhlas berhubung kedudukan Pas. Malah pandangan beliau itu merupakan sentimen yang turut bertebaran di peringkat akar umbi, oleh itu kenapakah ia begitu dipandang negatif oleh PKR, DAP dan Bersih?


Kenapakah mereka takut sangat apabila ada pemimpin-pemimpin Pas mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO demi kuasa politik orang Melayu dan Islam? Kalau baru sekadar perbincangan dalam WhatsApp pun pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sudah 'meroyan tidak tentu hala', bagaimana pula jika ia benar-benar berlaku?

Apa yang melucukan dalam keghairahan mengkritik Pas, Marina Chin Abdullah berkata, "Pas mengkhianati idea mereka sendiri apabila menyentuh isu perkauman. Parti itu nampaknya lupa kepentingan rakyat yang telah mengundi mereka."

Marina Chin ternyata membuat kenyataan tanpa mengkaji dahulu apa isu sebenar yang memungkinkan berlakunya perbincangan dalam WhatsApp melibatkan Dr. Mohd. Zuhdi.

Yang melupakan kepentingan rakyat bukannya Pas tetapi pemimpin-pemimpin PKR yang siang, malam, pagi, petang seolah-olah tiada agenda lain, selain mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Dan kalau mahu bercakap soal kepentingan rakyat, kenapakah Marina Chin tidak bertanya kepada Anwar dan PKR, layakkah isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid? Kenapakah Marina Chin tidak mempersoalkan layakkah PKR menentukan siapa Menteri Besar Selangor sedangkan kerusi parti itu di Dewan Undangan Negeri kurang berbanding Pas? Sebagai orang yang kononnya memperjuangkan hak rakyat melalui pilhan raya, kenapakah Marina Chin tidak mencadangkan supaya kerusi Menteri Besar Selangor diserahkan kepada Pas memandangkan rakyat memberi mandat lebih banyak kepada parti itu berbanding PKR?

Tumpang semangkuk

Lebih melucukan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pula 'tumpang semangkuk' apabila menggesa Dr. Mohd. Zuhdi memohon maaf secara terbuka kepada penyokong pakatan pembangkang kerana dianggap mengeluarkan pandangan bersifat rasis dan ekstrem.

Kenyataan Tony Pua itu bertaraf 'Maharaja Lawak Mega' - penulis tidak mahu menghuraikan apa-apa biarlah kita memikir dan menilai sendiri layakkah orang seperti Tony Pua bercakap sedemikian kepada Pas.

Namun begitu apa pun kecaman pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Bersih terhadap Pas tidak penting. Apa yang lebih utama ialah pendirian kepimpinan Pas yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini. Isu Dr. Mohd. Zuhdi sudah mendedahkan wajah sebenar sahabat-sahabat Pas.


Ternyata berdasarkan kenyataan yang dibuat, mereka langsung tidak pernah mahu menghormati pendirian Pas, jauh sekali menerima perjuangan Islam Pas. Mereka hanya mahu memastikan Pas berada dalam pakatan pembangkang demi kepentingan politik mereka dan apabila cita-cita itu tercapai, belum tentu Pas akan dilayan dengan sewajarnya.

Sememangnya, tiada siapa berhak untuk memaksa Pas keluar pakatan, malah Pas boleh sahaja terus berada dalam kerjasama tersebut kalau merasakan ia akan membawa keuntungan politik kepada mereka tetapi janganlah membiarkan parti yang melaungkan perjuangan Islam itu dihina. Jangan merelakan parti yang diasaskan oleh golongan ulama dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang' dan jangan benarkan mana-mana pihak melayan Pas seperti 'pak turut'.

Kepimpinan Pas perlu bertegas dalam soal ini, jangan tunduk kepada desakan supaya tindakan diambil ke atas Dr. Mohd. Zuhdi tetapi ambillah tindakan tegas kepada 'pengkhianat' dan 'pembelot' yang membocorkan perbincangan melalui WhatsApp kepada umum.

Pemimpin yang bertindak demikian seribu kali lebih bahaya daripada Dr. Mohd. Zuhdi. Sekurang-kurangnya beliau bercakap dari segi kepentingan politik Pas, tetapi orang yang menyebarkan perbincangan melalui WhatsApp tersebut ibarat 'musuh dalam selimut' dan 'gunting dalam lipatan' bagi Pas.

Oleh itu kepimpinan Pas perlu benar-benar berhati-hati dalam soal ini, apa pun tindakan atau keputusan yang hendak mereka lakukan maka ia harus berpaksikan kepada mempertahankan maruah Pas sebagai parti yang berteraskan kepada perjuangan Islam.

Dan kepimpinan Pas tidak boleh membiarkan orang luar terutamanya mereka yang sudah terang-terang menentang perjuangan Islam Pas mengajar mereka bagaimana hendak mendisiplinkan pemimpin-pemimpin parti itu.

Untuk sekelian kalinya, buktikanlah Pas ialah parti bermaruah, Pas - parti bermartabat dan Pas - parti paling berakhlak serta paling ampuh berbanding PKR dan DAP. Berikut pandangan penganalisis politik Prof.Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang harus difikirkan oleh Pas.

''Malang buat Pas yang hanya melukut di tepi gantang. Hanya berputih mata melihat pengorbanan mereka ke atas parti dan agenda Islam hanya untuk memuaskan selera politik Anwar, PKR dan DAP. Pas hanya menelan air liur tetapi rakan-rakannya yang lain sedang rakus menjamu selera politik. Mahu tunggu apa lagi Pas?"

Bagi penulis, jawapannya ada dalam sanubari pemimpin dan ahli Pas yang benar-benar berjuang untuk memartabatkan orang Melayu dan menegakkan Islam.

Oleh : Zulkifly Bakar

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ANTARA SADDAM HUSSEIN DAN BASHAR AL ASSAD SECARA RINGKAS

Posted: 05 Aug 2014 08:57 PM PDT

 Rejim Assad Syria pernah memerangi Israel dalam perang Arab Israel menyertai pakatan tentera Arab Mesir, Jordan, Iraq.
Syria sendiri hilang Bukit Golan sbgmana Mesir kehilangan Sinai,
Jordan kehilangan BaitulMuqaddis dirampas Israel slps kalah perang Arab Israel.
Selain itu, Syria menyertai Mesir dlm operasi perang Yom-Kippur menggempur Israel. 
Pada  1980-1990an, ketika rata2 dunia Arab jd pasif dn berdamai dgn Israel, tentera Syria (ada Sunnah dan Syiah) masih bermandi darah dibantai Israel dari masa ke semasa.
Syria membekalkan senjata dan latihan pd unit Amal dan Iran mempersenjatai Hezbollat di Lubnan, malahan tentera Syria sendiri bertapak di Lubnan bagi mengekang kemaraan Israel.

Brp ramai tentera Syria yg bertugas di Lubnan mati syahid dibom Israel
bila Hezbollat cari pasal dgn Israel?
Beratus beribu mati anak2 watan Syria berjuang perang Arab Israel, perang Yom Kippur, perang saudara di Lubnan serta semasa bertugas sbg pengaman di Syria.
Sosio politik Syria kini berbeza dgn dulu.
 Berkenaan Syria, rejim Assad mmg mmerintah scara kukubesi ataupun secara diktator yg mirip kps rejim Mubarak di Mesir, tetapi mgkn lbh keras. Rejim Assad bertindak jauh lbh kejam terhadap gelombang rakyat yg terpengaruh dgn Arab Spring. Selain itu Assad menggunakan sentimen mazhab dlm tindakannya ke atas revolusi rakyat. Maka sbb itu rakyat memberontak dn jd konflik Shiah vs Sunnah di sana.- Ibn Shah
Selanjutnya siapa Assad di SINI



 Saddam berfahaman nasionalis sosialis (Nazi + komunis) parti Ba'ath.
Saddam Hussein bertggjwb ke atas penyembelihan etnik Kurdish, sehinggakan etnik Kurdis di Iraq yg berfahaman ASWJ menyimpan dendam kesumat dan berpatah arang dgn bangsa Arab ASWJ. 
 Saddam serang Iran bukan sbb nak kekang fahaman Syiah, dia serang Iran krn ingin menawan wilayah barat Iran (bermajoriti etnik Arab) yang mempunyai simpanan minyak.
Bila perang Iran Iraq  berakhir, Iraq jadi muflis dan hampir bankrap krn negara2 Barat yg membekalkan peralatan senjata pd Iraq menuntut kembali hutang mereka. 
Saddam dlm keadaan terdesak menakluk Kuwait krn ingin menguasai telaga minyak Kuwait.

Jika Saddam Hussein masih hidup, jika Iraq tak dijajah USA, nasib Saddam akan sama seperti Muammar Gaddafi, atau Mubarak, paling tidak seperti Bashar al Assad.- Ibn Shah

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Kes Hina Agama: Tidak Timbul Isu Peguam Negara Tidak Kompeten Seperti Dilapor Akhbar - Abdul Gani?

Posted: 05 Aug 2014 12:56 PM PDT


Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dari semasa ke semasa ke atas setiap perbuatan berhubung isu menghina agama Islam, kata Peguam Negara.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata sejak Mac lepas, jabatan itu telah melaporkan setiap minggu semua kes-kes yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada perdana menteri, menteri dan ketua-ketua jabatan semua perkara berkaitan kes kepentingan awam.

Ini termasuklah kes-kes dalam siasatan dan siasatan lanjut, kes dalam prosiding mahkamah, kes digugurkan dan kes selesai, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Oleh itu, beliau menegaskan tidak timbul isu "ada laporan tetapi tiada tindakan", "Peguam Negara tidak kompeten untuk bersikap adil", atau "membuat pendakwaan terpilih" terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti yang dibangkitkan di media massa.

Beliau mengulas desakan yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun serta beberapa pihak lain seperti disiarkan akhbar arus perdana yang mahu jabatan itu mengambil tindakan segera dan tidak berlembut ke atas seorang pengguna laman sosial Facebook, Kelvin Yip dan beberapa individu lain kerana menghina agama Islam dan kaum.

Abdul Gani berkata dalam hal ini, agensi penguatkuasa seperti PDRM dan SKMM akan menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat apabila ada laporan polis dibuat terhadap mana-mana pihak.

Beliau berkata kertas siasatan yang telah lengkap akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, di mana jabatan itu sentiasa bekerjasama baik dengan pihak PDRM.

"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti yang kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan, beliau akan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang bersesuaian tanpa mengira status dan latar belakang individu berkenaan.

"Walaubagaimanapun, pihak PDRM sering menghadapi kesukaran apabila pihak yang disiasat tidak mempunyai alamat 'protokol internet', identiti dan akaun e-mel palsu hingga menyukarkan mereka untuk membuat pengesahan," katanya.

Menurut Abdul Gani pihak polis juga sering menghadapi kesukaran dalam mendapatkan kerjasama pihak negara luar dalam membantu siasatan ke atas kes-kes hasutan.

Beliau bagaimanapun menegaskan jabatan itu akan meneliti segala keterangan yang dikemukakan dalam siasatan tersebut, manakala keputusan sama ada pertuduhan dibuat atau sebaliknya akan dibuat selepas keterangan atau bukti dikemukakan diteliti dan dipertimbangkan.

Berhubung status melibatkan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee, penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer dan penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee Wee atau Namewee, Abdul Gani berkata kesemua kes telah dirujuk kepada pihaknya dan tindakan susulan telah diambil.

Bagi kes Tan dan Lee, jabatan itu telah mengemukakan tiga pertuduhan dan memutuskan mengenakan pendakwaan terhadap pasangan itu, di mana waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Tan selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala dalam kes melibatkan Shahul Hamid jabatan telah mengarahkan PDRM untuk melengkapkan kertas siasatan mengenainya, katanya.

Beliau berkata jabatan itu juga sedang mengkaji pertuduhan yang akan dikenakan terhadap RSN Rayer berhubung ucapannya yang menghina Umno pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei lepas, manakala tindakan Namewee mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah dirujuk pada 22 Julai lepas dan jabatan mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwanya di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Lain-lain kertas siasatan melibatkan Mohd Razlan Muhammad Rafii, Sim Kwang Yung, Smallfield Benjamin dan Kelvin Yip masih dalam siasatan PDRM dan belum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.- BERNAMA

Wasabi Oyabun...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JIHAD PERTAHAN TS KHALID, KATA USTAZ NASRUDIN TANTAWI

Posted: 05 Aug 2014 09:18 PM PDT




Oleh : Nasrudin bin Hassan at Tantawi


1. Membaca tuduhan dan alasan keatas Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan. Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a) KIDEX yang panjangnya 14.9 KM bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.

b) Konsesi KIDEX akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain.

c) Projek dianugerahkan kepada kroni UMNO secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka.

d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan lalulintas yang tidak ketara.

2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan Kidex ini. Antaranya

a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.

b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses serta kepada siapa projek ini diberikan.

c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November 2014. Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat.

4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE).

a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM 4.63 Billion sepanjang 6.5 KM.

b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus?

d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke 2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau.

d) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius.

e) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau.

5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan.

6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri.

a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta.

b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini?

c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu..

WIKILEAKS DEDAH KENAPA ANWAR NAK TUKAR MB SELANGOR

Posted: 05 Aug 2014 05:30 PM PDT


SEBAGAI MENTERI BESAR BELAKANG PINTU, ANWAR DIJANGKA BOLEH MENGUMPUL KOMISYEN PROJEK-PROJEK BESAR DI NEGERI KAYA SELANGOR, WIKILEAKS MENDEDAHKAN BUTIR-BUTIRNYA DI BAWAH
1. Name : Mr Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : DD-2141-7922-549-F
Amount : USD $ 10,000,000.00
Date of opening account : 21/04/97
Date of Maturity : 21/04/99

2. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : United Overseas Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : M-3914-7179-212-D
Amount : S $ 5,500,000.00
Date of opening account : 28/05/97
Date of Maturity : 28/05/99

3. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : B 1712-341-619-C
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 29/06/97
Date of Maturity : 29/06/99

4. Name: Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : D 319-2218-512-J
Amount : USD 3,500,000.00
Date of opening account : 28/02/98
Date of Maturity : 28/02/01

5. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 374-6593-88 D
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99

6. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : BD 5211-7925-8716-51 MA
Amount : USD 6,500,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99

7. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E- 6654-662-719-M
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 09/07/96
Date of Maturity : 09/07/99

8. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : J-5152-6161-311-D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 24/01/97
Date of Maturity : 24/01/00

9. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : FG 3469-4462-9172 (DE)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 21/09/96
Date of Maturity : 21/09/99

10. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : H 7639-1722-5243 (MG)
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 09/06/97
Date of Maturity : 09/06/99

11. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
1 years
Account No : DC 7943-7716-2713 33 NB
Amount : S $ 7,500,000.00
Date of opening account : 10/12/97
Date of Maturity : 10/12/98

12. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : GH 1299-4166-339 A
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 11/06/97
Date of Maturity : 11/06/99

13. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : D 1471-3134-22 F
Amount : S $ 3,000,000.00
Date of opening account : 03/04/97
Date of Maturity : 03/04/99

14. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : AB 7193-4111-331 (A)
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 20/12/96
Date of Maturity : 20/12/98


15. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency
3 years
Account No : FA 9132-3156-212 E
Amount : USD 7,000,000.00
Date of opening account : 11/04/96
Date of Maturity : 11/04/99


16. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 6,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99

17. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99

18. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : GM 5210-6125-8862-49 DG
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 10/04/96
Date of Maturity : 10/04/99

19. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : HD 4179-2416-3829-31AD
Amount : USD 5,500,000.00
Date of opening account : 21/12/96
Date of Maturity : 21/12/98

20. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : SD 3912-4942-6918-72 DA
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/98

* SAIPUDIN NASUTIONG MENDEDAHKAN 40 MUKASURAT PENYELEWENGAN KONONNYA OLEH TS KHALID IBRAHIM, BAGAIMANA DI ATAS? 

#PRAYFORGAZA: YAHUDI MULA GELABAH BILA 64 TENTERANYA KOJOL !

Posted: 05 Aug 2014 03:30 PM PDT


Perkembangan terkini menyaksikan tentera Yahudi Israel Defence Force (IDF) memperhebatkan lagi serangan di Gaza dalam Operation Protective Edge yang hari ini sudah masuk hari ke 30 sejak dilancarkan pada 8 Julai lalu.

Pihak Yahudi telah melancarkan lebih 4,000 serangan udara, darat dan lautan yang membunuh lebih 1,900 nyawa rakyat Palestine kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. 

Berbanding hanya 3,200 serangan roket yang dihalakan ke Israel, banyak yang dipintas oleh sistem anti peluru berpandu Iron Dome namun banyak juga kemusnahan di Israel. Tetapi berita mengenainya disekat penyiarannya oleh Tel Aviv. 

Menurut sumber Yahudi lagi kononnya seramai 900 orang pejuang mujahiddin Hamas telah terkorban. Manakala sebanyak 32 buah terowong rahsia Hamas telah berjaya dimusnahkan.

Sebarang cerita mengenai kematian atau kecederaan di pihak IDF akan ditapis terlebih dahulu dan cuba disembunyikan sebaik mungkin oleh pihak tentera Zionis.
Di pihak tentera Yahudi seramai 64 tenteranya terkorban, 103 cedera, 9 daripadanya parah. Sumber

Namun begitu tidak nampak tanda-tanda Israel akan menghentikan serangannya ke atas bumi Gaza. Gencatan sengaja sering dicabuli Yahudi untuk merancang lebih banyak strategi menyerang Gaza.

Dalam masa gencatan senjata, Israel berjaya mendapatkan bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat berjumlah US$225 juta berbentuk sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome untuk memintas roket-roket Hamas.

Sebelum itu Sepanyol menjadi antara negara terbesar penyumbang peralatan tentera ke Israel pada tahun 2013 berjumlah EURO 4.9 bilion selain United Kingdom.

Israel juga telah menghantar 16,000 tentera tambahan menceroboh Gaza semasa gencatan senjata diumumkan.

Beratus buah kereta kebal dan artileri dihantar ke sempadan Gaza, dalam masa yang sama tentera Yahudi terus mengempur dan meletupkan banyak rumah dan masjid yang disyaki menjadi sarang kepada pejuang. 

Selepas tempoh gencatan senjata tamat, Israel dengan kekuatan-kekuatan tambahan ini terus mengempur Gaza dengan lebih hebat lagi.

Sebab itulah para pejuang Hamas tidak pernah mempercayai perangai Yahudi yang selalu berdalih dan menipu. (sebijik perangai macam satu 'puak' tu di Malaysia)

Namun pejuang Palestine tidak pernah gentar dengan tentera-tentera Yahudi ini. Mereka terus berjihad hingga ke titisan darah terakhir.

Sebaliknya semakin ramai tentera Yahudi terutamanya tentera-tentera muda yang tertekan dan engkar berperang di Gaza kerana takut mati.

Ini berlaku selepas media-media Israel berterusan menyiarkan rakaman peristiwa pengebumian askar-askar Israel yang terbunuh hingga menyebabkan sebarang berita mengenai kemalangan di pihak Israel terpaksa di tapis IDF terlebih dahulu.

Kereta kebal jenis Merkava milik IDF yang musnah dibedil peluru buatan sendiri pihak pejuang Hamas. Bayangkan jika Hamas memiliki lebih banyak senjata pemusnah sudah tentu hancur Israel.
Pejuang Hamas berjaya meletupkan sebuah APC M-113 milik IDF yang membunuh 13 tentera IDF sekaligus semasa pertempuran di Shejaiya. Insiden ini menggerunkan IDF hingga ada tenteranya dihukum kerana engkar berperang di Gaza.
Kepada rakyat Malaysia yang bersimpati, teruskan berdoa sambil menghulur derma kepada perjuangan rakyat Palestine di Gaza.

Zionis menangis konon....ceh
Apapun usaha yang dilakukan ia tetap menunjukkan kesungguhan kita membela insan-insan Palestine yang teraniaya.

Apa pula aksi Anwar dan DAP bila semakin ramai mengutuk kekejaman Israel?

Anwar tak menangis ke bila semakin ramai tentera Yahudi mampos?




FUYOOO: INI YANG DAP BANGGAKAN...@TELUK BAHANG

Posted: 05 Aug 2014 02:36 AM PDT


Inilah bahananya jika memberi kuasa kepada kaum-kaum DAP memerintah Pulau Pinang.

Insiden pesta bogel ini hanya berlaku di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Meskipun kawasan tersebut didiami majoritinya umat Islam-Melayu, tapi ia tidak dapat menghalang pemakan-pemakan babi ini dari terus melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang menjijikkan ini.

Mungkinkah ini tanda-tanda telah berkembang suburnya aktiviti LGBT di Malaysia yang amat-amat dibanggakan oleh Ambiga, Marina Mahathir, Majlis Peguam, puak Bersih, Suaram, Negaraku...paling tak lupa Anwar Ibrahim???

Sudah lupakah kita jika bala Allah berbentuk Tsunami terjadi sudah pasti akan meranapkan terlebih dahulu Teluk Bahang?

Adakah ini program dan produk pelancongan terbaru Pulau Pinang?

Apa kata PAS bila menyaksikan program sebegini yang subur di negeri khalifah Abdul Aziz Lim Guan Eng kebanggaaan korang?

Watch "Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang" on YouTube - Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang:http://youtu.be/hQf2FpjTF5c Pesta Bogel di Teluk Bahang

Sebelum ia dipadam oleh RBA atas arahan Lim Guan Eng, maka elok diprintscreenkan sebagai bukti.

Nauzubillah...aktiviti jahiliyah tak bermoral ini berlaku di Malaysia... 

Kami tak berniat nak mempromosikan alat sulit manusia yang tidak bersunat ini. Tapi lihatlah inilah bahananya jika kita membiarkan DAP memerintah negara ini. 

Apa...langgar privasi dan hak kebebasan berbogel? ...kapla hotak hangpa la!