Akhbar New Zealand Herald pada Ahad mempersoalkan bila kerajaan Malaysia akan menyerahkan Muhammad Rizalman Ismail kepada negara itu untuk diadili selepas menghadapi dakwaan cubaan merogol seorang warganya.
Melalui ruangan pendapat editor, akhbar itu berkata, New Zaland menuntut penjelasan mengapa proses menghantar kembali pegawai waran II itu masih tiada sebarang perkembangan.
"Awal bulan lalu, Malaysia memberikan komitmen untuk mengembalikan Rizalman ke New Zealand dan berkata keadilan perlu ditegakkan.
"Namun, diplomat itu kemudiannya dimasukkan ke hospital tentera bagi menerima rawatan psikiatris dan dibebaskan lebih seminggu lalu. Namun dalam masa terdekat tiada tanda dia akan kembali ke New Zealand," kata akhbar berkenaan.
Kes itu menjadi topik utama media Malaysia dan New Zealand apabila Rizalman pulang ke Malaysia atas imuniti diplomatik walaupun dia ditahan pada 9 Mei atas cubaan merompak dan merogol.
Dia didakwa di mahkamah keesokan harinya.
Pada Ahad 6 Julai, hari Rizalman sepatutnya dihantar pulang, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata tarikhnya masih belum diputuskan kerana keadaan kesihatan mental dan emosinya masih dalam pemerhatian.
Penghantaran pulang Rizalman terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas doktor mengarahkan satu lagi ujian psikologi ke atasnya kerana dia kelihatan mengalami masalah mental dan kemurungan.
Akhbar berkenaan berkata, Menteri Luar New Zealand Murray McCully dan pegawainya juga masih tidak memberikan sebarang kenyataan jelas tarikh sebenar Rizalman akan dihantar untuk dibicarakan di Welington.
"Adakah Rizalman kini cuba mendapat ekstradisi?" soal akhbar berkenaan.
Rizalman didakwa menyerang Tania Billingsley, 21, di kediamannya.
Mangsa mendakwa, suspek meninggalkan negara itu di luar kehendaknya dan dia merasakan pihak berkuasa New Zealand tidak bersungguh-sungguh dalam mengendalikan kesnya. – 4 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-malaysia-akan-serah-rizalman-kepada-new-zealand-soal-akhbar#sthash.438WzrxG.dpuf
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mengikut laman sesawang rasmi Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail merupakan antara Peguam Negara yang lama berkhidmat. Bermula dari tahun 2002 sehingga 2014, sudah 12 tahun beliau memegang jawatan tersebut.
Sepatutnya tiada masalah untuk beliau menguruskan situasi seperti ini berdasarkan pengalaman beliau. Jika tidak mampu, mungkin sudah tiba masanya untuk digantikan dengan yang lebih aggresif.
Tidak tahu apa yang dikatakan UStaz Shahul tentang ugama Hindu tetapi perspektif sesuatu ugama tentang ugama lain sedemikian.
Suatu biasa untuk dengar orang Islam, Yahudi dan Kristian kata ugama Hindu menyembah berhala. Atau Islam dan Yahudi kata Kristian sembah patong dan menyelutukan tuhan jadi tiga.
Biasa didengar ugama lain mengatakan Nabi Muhammad tentang amala poligami. Islam dituduh sebagai teroris.
Tak hairan orang Hindu ngata pasal ugama lain juga.
Apa yang dikatakan oleh suatu ugama tentang ugama lain kepada pengikutnya perkara biasa dan pastinya biasa diingatkan pengikut tentang kekurangan ugama lain.
Yang salah adalah menhasut supaya membuat orang membenci. Penganut ugama hanya mendengar untuk diberi amaran supaya hindar ugama lain tapi tidak disuruh membenci.
Nampaknya yang menghasut untuk jadikan kenyataan Ustazz PAS Shahrul adalah MIC.
Mereka yang membesar-besarkan dan membuat orang India membenci orang Islam. Terus terang cakap, penghasut adalah MIC dan MIC patut di siasat dan dakwa.
Huh! Sekarang mahu dengar MIC buat report sama semua ini???? Beranikah kata
Parti Pas terus dilihat bersendirian dalam mempertahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas DAP hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak mempunyai halangan untuk menyaksikan Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid apatah lagi tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut seorang wanita tidak boleh memegang jawatan Menteri Besar.
Malah, menurut beliau, pemimpin pembangkang juga akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini yang antara lain menyentuh mengenai persoalan sama ada seorang wanita boleh menjadi Menteri Besar atau sebaliknya.
Tambahnya, isu itu wajar diatasi terlebih dahulu yang mana semua pemimpin pembangkang daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas perlu bersetuju seorang wanita boleh menyandang jawatan tersebut.
"Kita perlu membuat pendirian itu untuk membuktikan pembangkang bersifat inklusif dan menyokong kepelbagaian," katanya kepada pemberita di sini.
Sebelum ini, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan menyingkirkan Abdul Khalid dan mencalonkan Presiden PKR yang juga isterinya, Wan Azizah sebagai pengganti.
Walau bagaimanapun, hasrat Anwar itu ditentang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahan Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan tersebut memandangkan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Isu penggantian Menteri Besar Selangor itu meletakkan pembangkang dalam krisis terburuk selepas beberapa pemimpin Pas terutama di Selangor menyuarakan hasrat keluar daripada pembangkang kerana rasa tidak puas hati.
Suara politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sekumpulan penyiasat antarabangsa melihat dari dekat serpihan bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di timur Ukraine, baru-baru ini.
Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi dan pakaian antara elemen penting dalam membantu melicinkan dan mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17.
Amidon Anan, pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jika elemen tersebut disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama mencecah tiga minggu atau lebih.
"Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama khasnya jika jasad tidak terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu.
"Yang akan membantu penyiasat adalah mencari pakaian asal mayat walaupun telah berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi hilang atau berubah seperti jenis jam, tatu, gigi emas, cincin kahwin dan sebagainya.
"Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut," katanya.
Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang meliputi 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Amidon yang kini merupakan pensyarah pelawat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebaik sahaja selesai proses pengecaman mangsa bencana itu, penyiasat akan ke fasa pengisian DNA untuk tujuan pengesahan.
"Di sini, sampel darah keluarga terdekat akan diambil untuk dipadankan dengan mangsa. Kebiasaannya, proses ini cuma tidak sampai tujuh hari. Namun dalam kes MH17 ini, ia mengambil masa kerana terdapat banyak mayat dan keadaan mayat itu sendiri.
"Untuk kenal pasti mayat warganegara kita sendiri ambil masa kerana kebanyakan mayat adalah warganegara Belanda," jelasnya.
Beliau yang pernah mengendalikan pelbagai kes besar termasuk kes runtuhan kondominium Highland Tower pada 1993 berkata, mayat tertimbus di dalam tragedi itu masih tidak terjejas dan proses pengecaman tidak mengambil masa lama berbanding tragedi MH17.
"Dalam kes Highland Tower, tiada yang meletup berbanding tragedi MH17 yang perlu mengumpul kesemua anggota badan untuk tujuan identifikasi dan pengecaman.
Amidon menarik perhatian, tragedi MH17 ini juga bakal menjadi kayu pengukur dan membuka dimensi baharu dalam pengurusan krisis dunia penerbangan dan forensik penyiasat tempatan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencabar kebolehan mereka.
Dilaporkan semalam, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.
Media melaporkan sebelum ini, proses tersebut terpaksa mengambil masa agak lama disebabkan bukti siasatan jenayah turut dikumpulkan daripada mayat dan jasad mangsa nahas di samping proses pengecaman itu sendiri.
Bukti siasatan jenayah itu penting berikutan terdapat dakwaan pesawat tersebut ditembak jatuh.- BERNAMA
Fuiyo,,, bertalu-bertalu komen masuk marah wooo,,, marahlah sekehendak hati hangpa,,, kan kita ni berbeza pendapat,, Aku ingat nak jawab semua tu,, tapi bila aku terbaca satu artikel ni,,, aku rasa lebih kurang macam aku nak jawab, tetapi artikel ni lebih baik daripada aku yang jawab,,, jadi aku copy paste balik.. Baca dengan tenang, kemudian pakat-pakat fikiaq,, kita ada akai....
Kemelut MB Selangor & PKR, PAS Pula jadi Kambing Hitam
Aduh! mengapakah masih ada AJK PAS Pusat yang begitu bodoh menyebarkan perbincangan Whatsapp AJK PAS pusat ini hingga Dr. Zuhdi dan PAS dihentam teruk oleh pemimpin PKR dan DAP bersama penyokong2 mereka. Dan sangat bodoh pemimpin2 dan penyokong Pakatan yg menghamburkan makian kepada Dr. Zuhdi kerana Whatsapp ini...org yg ada otak akan bertanya dahulu kenapa pandangan itu dikemukakan.....dan apa Senario Analisis Kedua...ketiga dan seterusnya dari Dr. Zuhdi....bukankah yg diprint Screen hanya Senario Analisis Pertama? Biasalah klu penganalisis, mereka akan bagi beberapa analisa kajian dan selalunya dimulakan dengan analisis yang paling teruk sekali dan diikuti dengan pandangan analisa lain yang lebih konstruktif.....Memaki hamun dan salahkan Dr. Zuhdi tidak menyelesaikan kemelut masalah MB Selangor. Dan PKR begitu bijak mengambil peluang utk divert isu perlantikan Azizah sebagai MB dengan Isu ini.
Terus terang saya katakan...Masalah yang berlaku dlm Pakatan sekarang adalah berpunca dari PKR dan masalah dalaman PKR..saya kira begini rentetan senarionya:
1. Azmin gaduh Dengan Khalid Ibrahim
2. Adun Kajang Letak Jawatan dengan alasan bodoh! untuk bagi laluan pada Anwar bertanding dengan harapan boleh selesaikan masalah PKR Selangor jika Anwar jd MB. (Nampak kan, Anwar tidak mempercayai Azmin walaupun dia blh tukar Azmin jadi MB tanpa perlu Pilihanraya kecil)
3. Kajang Move gagal meletakan Anwar sebagai calon kerana kes Liwat di Mahkamah....maka terpaksalah Azizah yang pernah letak Jawatan jadi MP jadi penganti (Ya! PKR mmg suka main politik letak jawatan dan ganti dengan org yg Anwar suka).
4. Azizah menang...Rafizi pakar strategi PKR diperbodohkan, sedangkan dia org yg lebih layak bertanding dikerusi itu jika Anwar tdk blh jd calon. Tapi biasalah. Kene Yes bos!!!
5. Ketika baru nak belajar2 masuk DUN selangor sebagai wakil rakyat..Speaker Selangor, Hannah Yeoh menolak semua 10 soalan Azizah dengan alasan tdk ikut prosedur. Fuh! gini calon MB Selangor...prosedur hantar soalan kat Sidang Dun pun belum habis belajar lagi.
6. Akhir bulan Mac, Anwar bikin kecoh lagi apabila mengumumkan bertanding untuk lawan Isterinya Azizah bagi jawatan Presiden parti...ini pertama kali dalam Malaysia suami isteri berebut jawatan Presiden dalam parti Politik....dan tahun ini adalah musim pemilihan PKR yang paling panjang bagi sesebuah parti politik di negara ini. Sampai hari ini pun belum selesai walaupun dah banyak kerusi rosak kene baling. 7. Awal bulan Julai, ke semua Komponen Pakatan sudah menyatakan pendirian dan bersetuju jika MB Selangor ditukar. PAS boleh terima Azmin dan tolak wanita sebagai MB..DAP juga setuju dan semua pemimpin utama Pakatan bersetuju utk bincang dan buat keputusan selepas Hari Raya.
8. Pada 25 Julai, tanpa mengambil pandangan dari rakan Pakatan, Anwar terus panggil media dan Umum, Azizah sebagai MB Selangor. Ini sangat mengejutkan kerana Pakatan belum bermesyuarat dan keputusan hanya dibuat di peringkat PKR dimana Azmin dikatakan membantah melalui tweetnya yg berbunyi "orang gila kuasa sanggup lakukan apa sahaja, isteri sendiri pun dipergunakan untuk capai matlamat"...walaubagaimana pun tweet itu dipadamkan selepas itu akibat tekanan dalaman.
9. 23 Julai Anwar memanggil mesyuarat pimpinan Pakatan secara tergesa2 tanpa kehadiran Presiden PAS. Walaubagaimana pun, secara dasarnya wakil2 PAS dan DAP yg hadir bersetuju utk tukar MB, tetapi belum bersetuju Azizah dilantik jadi MB sehinggalah mesyuarat terperinci diadakan selepas Hari Raya seperti yang dipersetujui sebelumnya.
10. 25 Julai Presiden PAS buat kenyataan sokong TSKI kekal jadi MB dan tolak Azizah sbg MB. Walaupun Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS cuba katakan pandangan itu adalah pandangan peribadi Presiden, Namun Tok Guru Nik Aziz tampil membuat sokongan terbuka kepada Presiden dan diikuti oleh ramai pimpinan PAS yg lain.
11. AJK PAS Pusat mula membincangkan hal ini secara serius hingga meminta Dr. Zuhdi, utk membuat penyelidikan dan simulasi senario yang bersifat pro & kontra.
12. Whatsapp Dr. Zuhdi berkaitan Senario Analisis Pertama telah disebarkan oleh pemimpin jahanam dalam PAS dan mjadi viral dan fitnah besar kepada PAS hingga menyebabkan isu Azizah jadi MB senyap.....Rafizi dan Antony Loke yg dikatakan org bijak pandai dan pakar dlm analisis Politik skali lagi mjadi org bodoh dengan turut membuat kecaman tanpa btanya dan meminta penjelasan terlebih dahulu dr pihak PAS.
13. Semua media mula memberikan gambaran Pakatan akan berpecah walaupun Dr. Zuhdi telah membuat penjelasan.
So...takyah pening2, kita tunggu keputusan mesyuarat Pimpinan Pusat PAKATAN. PAS tidak gila kuasa...kerana TSKI dan Azmin tahu siapa sebenarnya yg gila kuasa!
Personaly...saya merasakan sudah sampai masanya Anwar bersara dari dunia Politik kerana terlalu banyak keputusan peribadi beliau yang merosakan hubungan pimpinan dan PKR dan dalam Pakatan serta memberikan ruang kepada Umno-BN menyerang Pakatan dari luar. Anwar kini adalah Liabiliti kepada Pakatan Aku copy Dari Sini
You are subscribed to email updates from Manjung Mari To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Israel berkata akan menghentikan serangan pada kebanyakan tempat di Semenanjung Gaza hari ini bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan membenarkan ratusan rakyat Palestin yang menghadapi perang empat minggu itu kembali ke rumah masing-masing.
Pengumuman yang dibuat pertama kali kepada media Palestin itu disambut meragukan oleh Hamas kerana dibuat selepas bantahan keras Washington terhadap serangan Israel di tempat perlindungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang mengorbankan 10 nyawa.
"Jika gencatan senjata ini dicabul, tentera akan membalas tembakan semasa tempoh gencatan senjata ini," kata seorang pegawainya, seperti dilaporkan Reuters.
Menurutnya lagi, timur Rafah kini satu-satunya kawasan bandar yang masih kekal dengan kehadiran tentera dan kereta kebal, yang ditarik balik atau dipindahkan ke sempadan Gaza pada hujung minggu.
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, mereka tidak percaya dengan pengisytiharan sebelah pihak itu dan mendakwa ia hanya bertujuan mengalihkan pandangan daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan.
Israel melancarkan serangan bermula 8 Julai. Ia disasarkan daripada udara, laut dan serangan darat hingga ke bandar-bandar yang padat penduduk.
Pihak berkuasa Gaza berkata, sehingga kini, 1,788 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awan, terbunuh dan kira-kira 3,000 rumah mereka hancur.
TEL AVIV - ISRAEL. Sebahagian pasukan tentera darat Israel termasuk kereta kebal mula berundur dari beberapa kawasan di Genting Gaza sehari selepas rejim Zionis melancarkan gelombang kedua keganasan yang telah meragut lebih seratus nyawa di wilayah itu.
Menteri Pertahanan Israel, memaklumkan mereka hanya akan meneruskan operasi untuk memusnahkan baki lebih 30 terowong rahsia milik Hamas.
Saksi di utara Gaza mengesahkan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilihat meninggalkan kawasan terbabit secara serentak.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu kononnya mereka bersedia untuk melancarkan semula operasi tersebut jika ia mengancam keselamatan Tel Aviv.
Netanyahu dengan angkuh berkata operasi ketenteraan ke atas Genting Gaza akan diteruskan walaupun ia mungkin mengambil masa lama dan terpaksa menggunakan kekuatan tentera lebih besar.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan Netanyahu sebenarnya keliru dengan krisis yang dicipta sendiri olehnya. Pengunduran Israel itu membuktikan dakwaan beberapa pihak bahawa rejim Zionis kini kehabisan aset ketenteraan dan tindakan tersebut sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan mereka, laporan dipetik dari AFP.
Kan sekarang ramai orang tengah boikot barang-barangan dari israel. Apa2 perkhidmatan atau product yang dikaitkan dengan israel sedang dikempenkan untuk diboikot. Antara yang sering menjadi bahan kempen boikot di Malaysia ialah MCDONALD'S. Tapi sekarang kempen boikot diperluaskan kepada barang-barangan NESTLE dan juga pasaraya TESCO. Susu. Milo. Product biskut Nestle antara yang terkesan dalam kempen boikot. Begitu juga dengan pasaraya TESCO. Apabila kempen2 BOIKOT dilakukan ke atas pasaraya TESCO, maka orang akan memilih untuk pergi ke PASARAYA lain sebagai ALTERNATIF. MCDONALD's jangan cakap la. Sampai jatuh saham dorang dibuatnya. Meskipun penafian demi penafian dibuat namun nampaknya penjelasan2 itu tidak dapat menyakinkan rakyat Malaysia secara amnya. Dan berikut adalah apa yang dikatakan oleh menteri.
Kenyataan disampaikan oleh menteri MITI iaitu DS Mustafa.
Malaysia perlu merujuk kepada jemaah menteri sebelum membuat sebarang kenyataan atau keputusan untuk menolak serta memboikot penggunaan produk atau barangan yang dikeluarkan Israel.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata perkara itu memerlukan penelitian serta perbincangan secara terperinci dan kerajaan kini sedang memperhalusi setiap aspek sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan. -BH-
Yang menjadi tanda tanya ; 1. Boikot adalah hak peribadi masing2 kerana ia melibatkan wang dan usaha sendiri. 2. Kenapa pula sebelum boikot kita perlu rujuk kepada jemaah menteri? 3. Sejak bila urusan peribadi kita ialah sesuatu yang berhak ditentukan oleh mana2 menteri? Tak pelik ka? Kalau pun orang boikot, so? Kenapa menteri perlu sibuk?
Saya ditanya oleh seorang sahabat dari UK ketika bersembang politik di Facebook, "Is there such a thing as Malaysian spirit?" Adakah wujud sesuatu yang boleh disebut sebagai Semangat Malaysia? Beliau masih menunggu jawapan saya. Keghairahan untuk memperkuatkan muafakat di antara semua warga Malaysia yang dijalinkan melalui kefahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian yang dinikmati kita; serta meraikan persamaan yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan perbezaan di antara kita; solidariti dan perpaduan tanpa mengira kaum dan agama – semua ini adalah asas yang boleh mempastikan penyempurnaan pembinaan tamadun bangsa Malaysia. Bagi saya, walapun ringkas, inilah Semangat Malaysia. Yang penting juga, inilah semangat panduan perjuangan Pakatan Rakyat. Baru-baru ini, seluruh Malaysia telah menyaksikan suatu pembongkaran yang menimbulkan persoalan sama ada PAS ikhlas, komited malah bersetuju dengan tafsiran Semangat Malaysia yang saya huraikan. Walaupun pada awalnya selepas saya menerima screenshot Whatsapp, pada 1 syawal tadi, saya amat beremosi dan geram, tetapi selepas pemikiran yang lebih mendalam saya berpendapat pembongkaran itu amat bagus untuk PAS dan juga Pakatan Rakyat. Ini tidak bermakna saya tidak berani mengutuk PAS dan hendak membela parti itu sekadar untuk memelihara kepentingan politik parti mereka, parti saya dan diri saya sendiri. Ia tidak bermakna saya tidak mengecam dan membantah pemikiran di sebalik senario itu. Tambahan lagi, DAP di kesemua peringkat telah membuat pendirian yang jelas bahawa analisa senario yang dihuraikan oleh Dr Zuhdi itu suatu yang bercanggah dengan semangat Malaysia serta melanggar prinsip seperjuangan Pakatan Rakyat. Pengakuan harus juga dibuat bahawa ada di antara penyokong dan anggota DAP yang mungkin masih mementingkan pegangan etnik (ethnocentric) dan kurang Semangat Malaysia; tetapi bezanya adalah golongan ini tiada dalam pucuk pimpinan tertinggi DAP. Pemikiran sebegitu dan juara-juaranya, melalui proses evolusi dan demokrasi dalaman parti, telah pun lama disingkirkan. Jikalau sesiapa sebelum ini tidak menyangkakan kewujudan golongan ini, individu atau kumpulan itu haruslah diberi pengiktirafan sebagai pihak yang tidak begitu memahami lumrah dan fitrah politik tanah air kita. Isu yang memerlukan tumpuan bukan wujudnya golongan ini tetapi wujud atau tidak hasrat untuk mengurangkan pengaruh dan perwakilan mereka dalam mekanisme pembuatan keputusan. Read More / Baca Lagi >>
DESAKAN banyak pihak sejak akhir-akhir ini supaya Malaysia menghentikan hubungan dagangan dengan Israel ada asasnya.
Hakikatnya, bagi 2013, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel.
Tetapi, tidak mudah untuk mengelakkan perdagangan dengan Israel, terutama dalam dunia hari ini, memandangkan semua negara saling berkait antara satu sama lain.
Perkara ini diakui Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, yang juga pakar ekonomi Islam, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
"Kita (Malaysia) tidak ada hubungan langsung dengan Israel, tetapi syarikat multinasional yang beroperasi di sini mungkin ada, contohnya syarikat barangan elektronik yang membuat pemasangan di sini.
"Kita tidak ada kuasa untuk halang mereka berhubung dengan Israel," katanya.
Rangkaian perdagangan global juga semakin rumit kerana syarikat dari Israel, yang menyedari kedudukan negara itu tidak diiktiraf banyak negara lain, sudah lama 'mempelajari' cara untuk menembusi pasaran luar termasuk negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan mereka.
Antara pendedahan terbesar berhubung perkara ini dibuat dalam laporan agensi berita Bloomberg pada akhir 2011.
Siasatan Bloomberg itu melaporkan syarikat Israel, Allot Communications menghantar alatan pemantauan internet ke pengedar di Denmark, RanTek.
Setibanya di sana, pekerja RanTek membungkus semula dan membuang label pada produk itu untuk menyembunyikan negara asal produk itu.
Mereka kemudian menghantarnya ke Iran, negara yang sering mengecam rejim Zionis tanpa diketahui pihak berkuasa di Israel dan Iran.
Dan di bawah undang-undang Denmark, penjualan itu adalah sah. Menurut laporan akhbar Israel, Haaretz pada 2012, realitinya, banyak syarikat negara itu yang mula mencari pasaran dunia ketiga, termasuk negara yang tidak mesra Zionis selepas dunia Barat berdepan pelbagai krisis ekonomi.
"Negara-negara ini dikatakan mempunyai ramai peminat terhadap teknologi dan produk Israel tetapi disebabkan sensitiviti politik, pelekat 'Buatan Israel' perlu dibuang dan dokumen penghantaran perlu dikeluarkan dari negara ketiga, sama ada Turki atau Eropah," menurut laporan Haaretz.
Malaysia pasaran berpotensi bagi Israel
Dalam dunia perniagaan, perdagangan antara Israel dengan negara Islam bukan rahsia. Banyak syarikat Israel mengeksport produk ke Arab Saudi, selalunya dilakukan melalui anak syarikat Israel yang berdaftar di AS, untuk mengambil manfaat daripada hubungan kuat antara AS dan Arab Saudi.
Negara Teluk yang kaya juga menjadi lokasi tarikan untuk perniagaan Israel, seperti Dubai, Abu Dhabi dan Qatar.
Namun, hubungan perdagangan Israel menjangkaui rantau Timur Tengah.
Ketua Pembangkang Johor Boo Cheng Hau mempersoalkan sama ada kenaikan tol di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) menghala ke Singapura sah.
Beliau membangkitkan sama ada ia diluluskan oleh kabinet dan diwarta berdasarkan undang-undang, bawah Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.
Tarif tol CIQ berkuat kuasa pada 1 Ogos selepas notis kurang seminggu dikeluarkan, mengakibatkan bantahan besar pemandu bas mengakibatkan kesesakan lalulintas teruk di Tambak Johor.
Menurut Zaobao Singapura, bas kilang yang membawa pekerja ke Singapura setiap hari, mengadakan "mogok" pada pukul 5 pagi apabila diminta membayar kadar baru tol yang naik 470 peratus.
Keengganan mereka untuk berganjak, mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di laluan ke pusat pemeriksaan Singapura.
Sementara itu, Boo turut menolak cadangan anggota Parlimen Johor Bahru Shahrir Samad bahawa pengecualian tol untuk bas dan teksi boleh mengurangkan kesesakan di kompleks CIQ.
Katanya, kesesakan jalan raya tidak boleh dikurangkan dengan kenaikan tol sebelum pengangkutan awam berfungsi dengan baik, terutamanya keret aapi MRT dan LRT yang menghubungkan Johor Bahru Central dan Jambatan Kedua dengan Woodlands dan Tuas.
Peningkatan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor terlalu membebankan pengusaha teksi Johor Baru ke Singapura apabila hanya memperoleh pendapatan sekitar RM6 untuk sekali perjalanan. Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Tuan-tuan Punya Teksi Kereta Sewa Johor Baru ke Singapura A Wahab Hashim berkata, jumlah berkenaan adalah pendapatan bersih yang diperoleh kira-kira 174 pengusaha teksi di bandaraya itu sekiranya pulang ke Johor tanpa penumpang dari Singapura. "Saya tidak boleh nak kata apa-apa, kenaikan itu terlalu mendadak," katanya kepada The Malaysian Insider di Johor Baru. Wahab berkata, bagi perjalanan Johor Baru ke Singapura, setiap penumpang akan dikenakan bayaran RM15, manakala kadar rata untuk sebuah teksi kereta sewa adalah RM60 sekali perjalanan ke Singapura. Kos perjalanan perkhidmatan teksi termasuk bahan api, tol di CIQ dan bayaran trip di Singapura adalah RM33.65 untuk perjalanan ke Singapura. Penumpang dari Singapura pula perlu membayar tambang $SD40 (RM102.40) sehala untuk perjalanan ke Johor Baru. "Kami tidak mendapat sebarang pendapatan sekiranya tidak pulang membawa penumpang dari Singapura," katanya dan menambah, mereka terpaksa menunggu hingga 10 jam untuk mendapatkan penumpang di Singapura. "Kami juga terpaksa meredah kesesakan lalu lintas kira-kira tiga jam sebelum dapat menyeberangi Tambak Johor," katanya. Seorang pengusaha teksi kereta sewa yang ditemui The Malaysian Insider mengakui perkara itu, dan berkata pendapatan mereka turut terjejas dengan kenaikan kadar tol di samping kesukaran mendapatkan penumpang. "Paling banyak trip kami dari Johor Baru ke Singapura hanya dua kali perjalanan. "Bayangkan jika kami hanya mendapat satu trip, apa yang kami dapat," katanya yang enggan dikenali. Katanya, peningkatan kadar tol baru sehingga 400% itu juga begitu mendadak, malah ada antara pemandu teksi kereta sewa yang tidak mengetahui perkara itu kerana masih lagi bercuti sempena Aidilfitri. "Ini pun ramai lagi yang tidak tahu, saya sendiri terkejut kerana notis yang diberikan terlalu singkat," katanya. Read More / Baca Lagi >>
Tidak ada masalah melantik wanita jadi menteri besar di sesebuah negeri, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail The Malaysian Insider.Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak menjadi masalah untuk melantik wanita sebagai menteri besar di sesebuah negeri, bagaimanapun kredibiliti dan kebolehan individu tersebut menggalas tugas perlu dipertimbangkan. Bekas mufti Perlis itu berkata, dalam konteks Islam bidang kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah terdahulu yang menguruskan secara langsung ketenteraan, peperangan dan sebagainya. "Pandangan ini tidak bererti saya bersetuju jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor, tetapi apabila kita katakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar, kita kena beri alasan kenapa agama tidak membenarkan," katanya kepada Sinar Harian Online. "Secara umumnya ada perbahasan serius di dalam kitab fiqah berhubung perkara ini dan majoriti para sarjana Islam tidak bersetuju wanita jadi khalifah dan mereka syaratkan lelaki. Tetapi kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah," katanya. Beliau berkata, wanita dilantik sebagai pemimpin kini sudah menjadi perkara biasa asalkan mempunyai keupayaan mentadbir kumpulan, organisasi mahupun negeri. Asri berkata, kebiasaan lelaki sebagai ketua atau pemimpin adalah tabiat manusia yang mahukan ia berlaku. "Seperti contoh, calon presiden Amerika Syarikat melantik lelaki walaupun mereka membincangkan hak wanita tetapi mereka tidak pernah melantik wanita pun jadi presiden, menunjukkan memang untuk jadi pemimpin mesti lelaki. "Tabiat wanita sendiri pun meletakkan lelaki sebagai pemimpin mereka dalam rumah tangga dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >>
EMPAT jenazah kanakpanak disimpan di dalam peti sejuk ais krim di sebuah rumah mayat di Rafah, Semenanjung Gaza semalam.
BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas kelmarin berikrar untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dan sehingga matlamat mereka tercapai walaupun peperangan tersebut menyebabkan lebih 1,760 penduduk Palestin terkorban. "Kami akan meneruskan perjuangan sehingga matlamat kami tercapai," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum. Beliau berkata demikian tidak lama selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa berjaya melemahkan Hamas sejak konflik berkenaan tercetus pada 8 Julai lalu.
BEBERAPA orang lelaki memeriksa mangsa-mangsa serangan tentera udara Israel di luar sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rafah, Semenanjung Gaza semalam.
"Netanyahu keliru dan itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya berdepan dengan krisis," tambahnya. Dalam pada itu, satu delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir semalam bagi mengadakan perbincangan dengan para pegawai Mesir bagi mencari satu gencatan senjata di Gaza. Kata sumber, delegasi itu diketuai pegawai kanan Hamas, Ezzat al-Rishq tetapi Israel tidak menghantar sebarang wakil dalam perbincangan tersebut. - Agensi
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menghentikan segera hubungan dagang dengan negara haram Israel.
"Kerajaan tidak perlu melakukan sebarang kajian lagi, apa yang perlu dilakukan adalah hentikan segera hubungan dagang.
"Ini satu langkah untuk kita memberi tekanan kepada negara yang zalim itu, selagi kita memberi sumbangan melalui ekonomi Israel akan terus kuat untuk membunuh rakyat Palestin," ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, sikap berlengah-lengah kerajaan dalam membuat keputusan akan mengakibatkan lebih ramai rakyat yang tidak berdosa akan terkorban.
"Kita tidak perlu menjadi penyumbang kepada kematian penduduk Gaza, walaupun kita akui kita tidak terlibat tetapi dengan hubungan dagang ini secara tidak langsung penyumbang kepada keperluan ketenteraan mereka.
"Semakin lama masa diambil, semakin banyak nyawa yang terkorban. Kita gesa hentikan segera dan tiada lagi masa untuk kita duduk berbincang," sambung beliau lagi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara zionis itu dan akan memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.
TIPU BERTERUSAN
-
DAH
MULA
LU TAK CAYA
GUA CAKAP
TIPU AKAN
DITERUSKAN
INI BELUM RABU
BILA RABU
SAMPAI
LAGI MANYAK TIPU
'JKR gali jalan tak rosak untuk sabotaj...
Ibu saya meninggal dunia
-
*PEMAKLUMAN*
Ibu tercinta saya Hajjah Mek Thom Haji Salleh telah kembali ke Rahmatullah
pagi ini di hospital Machang dalam usia 76 tahun kerana sakit tua.
...
Cock-up over a yacht
-
*Basically*, the judge in this case, *Justice Ratmoho* has ruled the
*Equanimity* seizure in Indonesian waters last Feb "invalid" and "without
legal bas...
HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK?
-
KENYATAAN MEDIA 10 APRIL 2018 HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK? Di
mana bukti hitam putih pentadbiran negara sebelum ini tentang milikan tanah
kem ...
Peristiwa Yang Akan Mengubah Sejarah
-
A Kadir Jasin
*سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*
*BEBERAPA* perkembangan penting telah berlaku dalam masa beberapa hari lalu
yang berkemungkinan mengu...
Pabila artis jahil tahap murakab
-
*https://www.ismaweb.net/2018/04/02/pabila-artis-jahil-tahap-murakab/*
*KEBELAKANGAN ini, saya semakin muak dengan telatah dan tingkah laku artis
yang ber...
Belated congratulations to the newlywed!
-
A belated congratulation to the newlywed couples of the year! The couples
have tied the knot in mid February, 2018. At last, nurturing this special
rela...
Happy & Prosperous Chinese New Year
-
RKRS enhanced living standard of 3,000 participants
Moonson transition phase starts, public to be cautious of impact
Malaysia at risk of being ...
-
Media statement by M.Kula Segaran MP Ipoh Barat in the High Court of Ipoh
on 14th February 2018No remedy for wife whose husband was blatantly shot
dead by ...
-
*18 December 2017Press statement by MCA Publicity Spokesman (English/Bahasa
Malaysia) cum Religious Harmony Bureau Chairman Dato’ Sri Ti Lian Ker*
*DA...
Akhavan Supermarche Flyer
-
Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations –
one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet
filled...
PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia
-
Rental Mobil pontianakSewa Mobil pontianakPenyewaan Mobil pontianak Pada
Januari 2017, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia mencatat perolehan
angka ek...
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME
-
*Bahagian A: Pengenalan*
1. Saya bercakap hari ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim sejati,
tetapi juga sebagai rakyat Malaysia dan mewakili umat Isl...
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL
-
Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara
Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah
Celcius, ma...
ADENAN SATEM GAGAL MENGANGKAT SUARA WANITA
-
Kenyataan Media oleh YB Haniza Talha, Pengarah Pilihan Raya untuk Wanita
Keadilan bertarikh 20 April 2016 BN Sarawak baru sahaja mengumumkan calon
mereka d...
Peladang
-
Ahli-ahli peladang diseru berani bersaing untuk maju. Mereka juga digesa
mendalami ilmu dan kemahiran untuk pergi lebih jauh. Demikian ditegaskan
pengerusi...
"Paciaru" atau breakfast.
-
Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur
keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru
...
Anwar Ibrahim's Health.
-
MEDIA STATEMENT BY SIVARASA RASIAH, MEMBER OF PARLIAMENT FOR SUBANG ( PARTI
KEADILAN RAKYAT ) AND LAWYER FOR ANWAR IBRAHIM – 16th November 2015
HEALTH MI...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
-
SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara
terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .
Dato’ Ment...
'No moles, just morons in police force'
-
Source: http://www.malaysiakini.com/news/279461
A DAP lawmaker today launched a sarcastic jibe against the police for the
way they carried out "Operasi Dad...
Hijrah : Wanita, Isteri, Ibu Pencetus Perubahan
-
Assalammualaikum w.b.t
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menyambut ulangtahun
Hijrahtur-Rasul 1436Hijrah kepada semua khususnya umat ...
Kunjung Hormat
-
14 Ogos 2014, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid bin Omar
bersempena de...
Pemindahan Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
-
*Assalamualaikum. Pemberitahuan, Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit
Payong telah berpindah ke blog seperti link di bawah. Harap maklum*
http://dunbuk...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Confidential Document
-
Hello,Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in
with your email to view. I thought it would be a good read as it's about
wealth...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Zahid:Chinese Not Doing Anything to Fight Crime
-
I am amazed that the Chinese had repeatedly been used as a punching bag
since the BN win by a lesser majority in the 13th general election.
The latest to j...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebelu...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
DEMI RAKYAT, UNDILAH BN
-
Assalamualaikum.
Saya bersyukur kerana sekali lagi diberikan peluang untuk mewakili Barisan
Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus...
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Ucapan Maulidur Rasul
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pihak sama ada orang perseorangan atau Masj...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan
-
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di
negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada
sasaran 201...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Bendera Jalur gemilang Tetap Kita Kibarkan
-
*06hb Ogos 2012.* YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (tiga dari kanan) KK Kasdi
kurdi (satu dari kanan) En Ben Pengerusi Majlis Belia Labuan (dua dari
kanan) ...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
Aik, Lembu Felcra pulak.
-
MP Padang Terap dah tanya Menteri tadi, tapi Pengerusi Felcra panas
punggung tadi nak bangun jawab, tapi Speaker kata tunggu Menteri akan jawab.
Notification
-
ALERT !!!
I and my staffs ARE NOT connected in any way to the Facebook and Twitter
accounts created with a BLACK & WHITE profile picture of mine !
R.S.N.Ray...
Masalah penduduk Batu 11
-
Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu
perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras
saliran ...
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri (4)
-
Pembangunan BeliaPembangunan belia merupakan suatu aspek yang amat penting.
Malangnya, pembangunan belia kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri,
di m...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
MALAYSIAN ARM RACE – REDUCE SPENDING ON THIS!
-
While we are concern about corruption, transparency and abuse of power, we
have over the years lost sight that arming the Nation policy by the BN can
lead ...
Kerajaan Negeri – UUM rangka pelan basmi kemiskinan
-
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
SINTOK: Sinergi antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kedah
Sustainable Development Centre Universiti Utara Malay...