Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SEBELUM PAS KELUAR PAKATAN, KITA KENCING DIA PUAS-PUAS, KATA MEREKA

Posted: 02 Aug 2014 06:47 AM PDT

SEBELUM PAS KELUAR PAKATAN KITA KENCING DIA PUAS-PUAS
DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi;

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini..."

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

1. AIR KENCING DAP PERTAMA KEPADA PAS:-

"Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

2. AIR KENCING DAP KEDUA KEPADA PAS:-
Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi  PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP. 

3. AIR KENCING DAP KETIGA KEPADA PAS:-Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!

4. AIR KENCING DAP KEEMPAT KEPADA PAS:-
Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan "PAS for ALL"?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP.


5. AIR KENCING DAP KELIMA KEPADA PAS:-Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.

Setiausaha Agung Organisasi
DAP Kebangsaan
LOKE SIEW FOOK

(Mewakili suara Lim Guan Eng & Lim Kit Siang, kerana LGE & LKS tidak membantah pun, buat make do no saja)

TIGA GAMBAR, PERTEMUAN SULIT ANWAR - SUSAN RICE - ISRAEL

Posted: 02 Aug 2014 12:37 AM PDT

SUSAN RICE SOLIDARITY ISRAEL
PERTEMUAN SULIT ANWAR - SUSAN RICE SOLIDARITY ISRAEL

ISRAEL SOLIDARITY FOR ANWAR


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar berniat nak ugut rakyat guna air macam Israel

Posted: 02 Aug 2014 08:41 PM PDT




Adakah Kelvin Yapp lebih utama dari Kiki dan Ustaz PAS Shahul?

Posted: 02 Aug 2014 06:23 AM PDT


KENYATAAN MEDIA
2 Ogos 2014

Apa Istimewanya Kelvin Yip Berbanding Kiki & Ustaz Shahul?

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.

Lebih mengejutkan juga adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan 'selective prosecution' apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai 'samseng jalanan' terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki.

Tanpa ada laporan Polis, beliau disiasat dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan dikehendaki melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Siasatan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan sangat pantas.

Sama juga kes yang melibatkan Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman & menghina masyarakat India. Begitu cepat beliau dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan.

Tetapi lebih menarik setelah 7 hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan Polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial seperti popularnya Kiki.

Persoalannya mengapakah perkara ini terjadi?

PPUWP menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memulakan siasatan dan mendakwa Kelvin Yip kerana telah menghina agama Islam dan mengganggu emosi umat Islam ketika sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kadang-kadang kita pun keliru bagaimana pihak PDRM dan juga Jabatan Peguam Negara memantau isu-isu yang berlaku dalam negara. Ada di antara isu di ambil tindakan amat cepat dan pantas, ada yang tidak di ambil peduli walaupun ianya jelas melibatkan Penghinaan kepada Agama ataupun Bangsa.

Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu FOBIA berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.

Ramai yang beranggapan, kemungkinan kaum Cina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tetapi kalau ianya berlaku kepada orang Melayu, kaum ini akan ambil mudah dari sudut undang-undang.

Pihak berkuasa seharusnya menjaga kepentingan undang-undang dan yang paling penting, menjaga keselamatan semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun pangkat.

Saya menggesa agar Peguam Negara memberikan penjelasan kepada kes-kes yang tertangguh melibatkan sensitiviti Bangsa dan Agama.

Sekiranya Peguam Negara gagal melaksanakan perkara ini, sudah masanya YAB Perdana Menteri mencari pengganti yang boleh menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negara dengan lebih baik.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Stopa dah sign surat tapi sembunyi keputusan PAS keluar PR?

Posted: 02 Aug 2014 02:30 AM PDT


Mesej ini tersebar luas dan segera Dato Mustafa ALi menafikan.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan yang disebarkan di laman sosial kononnya Mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat telah memutuskan keluar daripada pakatan pembangkang.

Mustafa berkata, berita yang tersebar di laman Facebook itu adalah palsu dan tidak perlu dilayani oleh semua pihak.

"Mana ada Pas adakan mesyuarat malam ini, malah kenyataan itu langsung tidak masuk akal, tiada...tiada berita tentang golongan ulama itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita itu tersebar selepas pemilik akaun Facebook, Wan Indra Putra Ahmad menaikkan status terkini yang kononnya Pas mahu keluar dari pakatan pembangkang sejam yang berlalu.

"Terkini, mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat yang berlangsung sebentar tadi telah buat ketetapan bahawa Pas (Parti SeIslam Malaysia) umum keluar Pakatan Rakyat.

"Rujukan Presiden Parti, takbir takbir takbir, Nuar mengelupur beb," katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad turut memberitahu tiada perbincangan langsung berhubung tindakan mahu keluar pakatan pembangkang.

"Kami tidak ada langsung berbincang perkara itu walaupun dalam mesyuarat sebelum ini, malah malam ini pun mana ada mesyuarat Pas. Semua yang tersebar itu tidak ada sebenarnya," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_01/Pas-nafi-berita-keluar-pakatan-pembangkang#ixzz39BoHdmbF

© Utusan Melayu (M) Bhd

Kemudian itu satu surat yang bertandatangan Mustafa di mana PAS dipercayai sudah mahu keluar Pakatan juga tersebar.


Kenapa Stopa Ali cuba sembunyikan?

Stopa hanya main dengan perempuan simpanan tapi belum lagi main bontot jambu. Hmmm ... 8hb Ogos jumaat depan nasib anwar di tangan mahkamah persekutuan.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pakar fitnah PKR, Rafizi tuduh pemimpin Pas khianat?

Posted: 02 Aug 2014 09:07 PM PDT


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa mesej kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat tentang senario yang dijangka berlaku sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang menggambarkan kewujudan unsur-unsur khianat dalam kalangan pimpinan tertinggi parti tersebut.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pendapat dan sentimen yang dinyatakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dalam mesej yang dipercayai dibocorkan oleh seorang pemimpin Pas itu bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Malah, menurut beliau, kenyataan perkauman songsang yang dibawa oleh Mohd. Zuhdi telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa oleh Pas sendiri.

"Oleh yang demikian, saya memohon supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan tindakan disiplin ke atas Mohd. Zuhdi yang akan diambil oleh Pas apabila beliau mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang Pas meterai dengan pakatan pembangkang dan rakyat yang mengundi Pas serta pakatan pembangkang.

"Berapa ramai lagi daripada kalangan pimpinan pusat Pas yang berpandangan perkauman dan antidemokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada pakatan pembangkang dalam perbincangan tertutup seperti Mohd. Zuhdi ini?," katanya menerusi kenyataan dalam laman blog beliau di http://rafiziramli.com hari ini.

Mesej WhatsApp yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan Pas sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak kelmarin.

Berdasarkan kepada cetakan skrin yang dipaparkan portal Hornbill Unleashed di http://hornbillunleashed.wordpress.com/2014/07/29/61691/ hari ini, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa Pas mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR.

Sementara itu, dalam kenyataan melalui laman Facebooknya semalam, Mohd. Zuhdi menjelaskan, maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia tersebut dipercayai telah dibocorkan oleh salah seorang pemimpin kanan parti di dalam kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat.

Beliau memberitahu, tindakan tersebut membangkitkan 'fitnah yang sedang tidur' pada hari terakhir Ramadan sekali gus menunjukkan sikap sangat buruk pada individu terbabit.

"Ini dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar pakatan pembangkang itu," katanya.

Jelas Mohd. Zuhdi, beliau membuat analisis tentang senario yang bakal berlaku jika Pas keluar daripada pakatan pembangkang khususnya dari segi kedudukannya di Selangor setelah dipersetujui oleh ahli kumpulan WhatsApp terbabit.

Suara Politik
Belantan

Tony Pua hanya syok sendiri - Pas?

Posted: 02 Aug 2014 08:02 AM PDT


Kenyataan kononnya Pas akan lenyap di Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan ekoran krisis dalam kalangan pakatan pembangkang berhubung kedudukan pucuk pimpinan negeri Selangor gagal diselesaikan merupakan kenyataan 'syok sendiri.'

Sambil menempelak kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah terus memperlihatkan Pas tetap bertahan, akan tetap kuat dan bangkit dengan jenteranya yang semakin meluas di semua peringkat.

Katanya, rakyat menilai setiap orang bertanding berdasarkan parti, peribadi, bakti mereka dan persoalan Pas akan lenyap merupakan suatu yang amat mustahil kerana Pas terbukti bertahan di negara ini sejak 51 tahun lalu.

"Pas tak mungkin lenyap dan sentiasa boleh bertahan. Di Terengganu, kita jatuh pada 2004, tapi kita bangkit sekarang, tinggal dua kerusi lagi untuk kita kuasai.

"Kita ada jentera di mana-mana sahaja. Yang tak ada jentera ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR). DAP hanya ada jentera di peringkat elit sedangkan rangkaian Pas di peringkat akar umbi, di semua tempat.

"Itu terpulang kepada Tony Pua untuk memberi amaran namun istilahnya adalah 'syok sendiri'," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor dilaporkan mendakwa pakatan pembangkang berisiko kalah, manakala Pas pula mungkin lenyap kerana kehilangan banyak sokongan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Seri Abdul Khalid.

Amaran itu dibuat berikutan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada minggu lalu yang menyokong Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar yang boleh menimbulkan perpecahan ketara pakatan pembangkang.

Dr. Mohd Khairudin berkata, sekiranya pakatan pembangkang tewas, PKR seharus dipersalahkan sebagai punca dan bukannya Pas kerana mencetuskan konflik ini.

"Pas hanya berpegang kepada pendirian asal, kita bersetuju dengan Menteri Besar Selangor sedia ada, tetapi yang timbulkan masalah adalah PKR," katanya.

"Kalau jatuh sekali pun, sebabnya adalah kerana PKR. Pas hanya mempertahankan Abdul Khalid supaya rakyat boleh melihat pakatan pembangkang sebagai sebuah parti yang telus dan memang berkhidmat untuk rakyat kerana setakat hari ini tak ada satu hujah yang kuat untuk menurunkan dia," ujarnya.

Katanya, selagi tidak ada bukti-bukti penyelewengan dikemukakan terhadap Abdul Khalid, maka adalah menjadi tanggungjawab Pas sebagai pemimpin ummah untuk terus mempertahankan Abdul Khalid.

Suara Politik
Belantan

Hadiah PKR kepada rakyat PALESTINE?

Posted: 02 Aug 2014 03:19 AM PDT


Isu Krisis Menteri Besar Selangor sengaja di muat naikkan secara berterusan adalah bertujuan untuk menghilangkan isu serangan di Palestine yang mana pemimpin PKR iaitu Anuar Ibrahim mempunyai kaitan dalam isu sokongan terhadap Israel..!!!



Amat mengejutkan apabila sebuah akhbar dari Israel menamakan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Apakah kaitan Israel dengan Anwar Ibrahim? Kenapa Israel inginkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Fikir dan renongkan lah....!!!

Suara politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pakatan harapan rakyat, namun sedang memusnahkan diri

Posted: 02 Aug 2014 08:12 PM PDT

Oleh Dzulkefly Ahmad

Apapun punca rentetan "keberentakan dalaman" sehingga Pakatan Rakyat sedang mengalami fenomena self destruct mode yang berpotensi membawa kepada "berakhirnya koalisi-muafakat politik" ini, Pimpinan Tertinggi mestilah segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini.

Sangat malang sekiranya Pakatan Rakyat berakhir di sini, kerana umum mengetahui bahawa inilah sahaja wadah yang menjadi harapan rakyat untuk menimbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam tadbir-urus negara serta PRU14 akan datang.

Tidak mustahil juga Pakatan mampu mengambil pentadbiran negara di Putrajaya.

Justeru itu, berpada-padalah bahkan sebaiknya segera hentikan dalam menyerang serta menembak sesama sendiri kerana kita sedang ditertawakan oleh seteru politik kita. 

Mereka bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat mutakhir ini.

Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara...ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi kerana saudara menembak sesama sendiri... amat malang!

Rakyat mengharapkan saudara sementara saudara asyik bercakaran dan dianggap memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara!

Itulah persepsi rakyat kini, mungkin saudara tidak setuju dan saudara punya hujah yang kukuh. Ya.. semua kita merasakan punya hujah yang kukuh,tetapi itu persepsi rakyat.

Ayuh saudara-saudaraku bangun dari keasyikan dimamah perangkap kitaran ganas yang memusnahkan ini dengan setiap orang kita berteriak "Cukuplah kehancuran Pakatan Rakyat ini."(Enuf is Enuf of Destroying Pakatan Rakyat!).

Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang atau mengeluarkan Communique untuk hentikan kemusnahan ini (Arrest the Self-Destruction) tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi mengurus tuntutan krisis yang sangat ganas ini.

10 hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini!

Dikatakan hanya divine intervention mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat, namun saudara juga tahu..."Allah tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mahu mengubahnya" (Mafhum Al-Ayah).

Maka wajar bagi Pimpinan Tertinggi sendiri pertama-tamanya sebahagian dari bantuan Allah yang bertindak menjadi anasir penyelamat dalam kemelut ujian getir ini. Kalau benar-benar saudara masih ingat, tuntutan kepimpinan adalah pertamanya menyatukan hati-hati pejuang (Taalluf Al-Quluub), dan bukan sebaliknya, mengizinkan keutuhan kesepaduan organisasi dirobek begini rupa.

Jika tidak, sejarah akan menghukum saudara dengan pimpinan yang mengizinkan Pakatan Rakyat berpecah dan juga sekaligus ditanggapi, pimpinan yang mencetuskan kemelut dan Krisis kali ini! Sekali lagi ini adalah Persepsi Rakyat, mungkin boleh saja kita nafikan.

Semoga-moga rintihan dan syakawa (pengaduan) yang dititipkan pada dinihari ini mendapat empati dan respons positif saff Pimpinan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan semua Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat di seluruh negara.

Ya Allah, ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi muafakat politik ini, yang masih ku tanggapi "Tahaaluf Siyasi" yang punya kemuliaannya di sisiMu.

Bagi menegakkan keadilan dan membenteras segala kezaliman" hanya Allah tempat memohon aduan atau bantuan.

Allahu Musta'an. - DetikDaily

50,000 berhimpun bawah terik matahari bantah kekejaman Israel di Dataran Merdeka

Posted: 02 Aug 2014 01:58 AM PDT


Kira-kira 50,000 hadirin membanjiri Dataran Merdeka pada petang ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis di bawah bahang terik matahari.
Pengerusi Viva Palestina Malaysia Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang membuat ucapan pembukaan pada perhimpunan itu mengutuk kekejaman Zionis yang menyerang tanpa peri kemanusiaan.
"Sejak 66 tahun lalu warga Palestin berjuang mendapatkan semula apa yang dicuri ‎daripada mereka. Tanah, rumah, kampung dan apa yang penting kebebasan dan maruah diri mereka.
"Palestin dilabel oleh Nelson Mandela sebagai krisis moden terburuk dunia dan beliau menambah dunia tidak akan bebas selagi Palestin tidak dibebaskan‎," katanya berucap di majlis itu.
Semalam, Raja Abdullah dari Arab Saudi mengkritik tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa ekoran serangan agresif Israel, lapor Reuters.
Beliau turut menyelar tentera yang dikatakan membunuh orang awam tidak berdosa. – 2 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/50000-berhimpun-bawah-terik-matahari-bantah-kekejaman-israel-di-dataran-mer#sthash.Q2q3TZdO.dpuf

PAKATAN CARI CALON ALTERNATIF MB SELANGOR GANTI KHALID, DEDAH SUMBER

Posted: 01 Aug 2014 11:37 PM PDT

pakatanleaders-tmi_540_361_100
Pakatan Rakyat (PR) sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor, dedah seorang pemimpin tertinggi, satu langkah dilihat untuk memuaskan hati semua pihak.
Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.
"Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira.
Mata tertumpu kepada Adun Melayu-Islam PKR Selangor yang dilihat rapat dengan Anwar.
Bagaimanapun sumber mendedahkan, Anwar yang juga ketua umum PKR tidak dapat menerima calon alternatif untuk jawatan menteri besar Selangor kerana masih memegang keputusan majlis pimpinan tertinggi parti untuk menggantikan Khalid dengan isterinya, Dr Wan Azizah.
"Namun, ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu dia haruslah daripada PKR, diterima Khalid dan juga Pakatan," kata sumber itu lagi.
Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan jika Khalid digantikan, ia mestilah daripada PKR dan bukan PAS.
Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.
Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.
Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.
PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya.
Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta semua parti politik menyatakan pendirian mereka sama ada wanita boleh dilantik sebagai menteri besar sebelum bercakap tentang menggantikan ketua eksekutif Selangor. - TMI

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Hadi tetap pertahan Khalid?

Posted: 02 Aug 2014 10:38 PM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi Pas bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas mahupun pihak luar, didapati majoriti rakyat Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.


Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama pakatan dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu menunjukkan Pas seolah-olah cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk rakyat.

Ditanya adakah Pas berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai parti itu, beliau berkata, pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (Pas) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini Pas mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).

Wasabi Oyabun..

Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


@najibrazak digesa Tukar Peguam Negara!

Posted: 02 Aug 2014 04:27 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

2 Ogos 2014


Apa Istimewanya Kelvin Yip Berbanding Kiki & Ustaz Shahul?


Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.


Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.


Lebih mengejutkan juga adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan 'selective prosecution' apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai 'samseng jalanan' terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki.


Tanpa ada laporan Polis, beliau disiasat dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan dikehendaki melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Siasatan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan sangat pantas. 


Sama juga kes yang melibatkan Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman & menghina masyarakat India. Begitu cepat beliau dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan.


Tetapi lebih menarik setelah 7 hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan Polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial seperti popularnya Kiki.


Persoalannya mengapakah perkara ini terjadi?


PPUWP menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memulakan siasatan dan mendakwa Kelvin Yip kerana telah menghina agama Islam dan mengganggu emosi umat Islam ketika sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.


Kadang-kadang kita pun keliru bagaimana pihak PDRM dan juga Jabatan Peguam Negara memantau isu-isu yang berlaku dalam negara. Ada di antara isu di ambil tindakan amat cepat dan pantas, ada yang tidak di ambil peduli walaupun ianya jelas melibatkan Penghinaan kepada Agama ataupun Bangsa.


Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu FOBIA berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.


Ramai yang beranggapan, kemungkinan kaum Cina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tetapi kalau ianya berlaku kepada orang Melayu, kaum ini akan ambil mudah dari sudut undang-undang.


Pihak berkuasa seharusnya menjaga kepentingan undang-undang dan yang paling penting, menjaga keselamatan semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun pangkat. 


Saya menggesa agar Peguam Negara memberikan penjelasan kepada kes-kes yang tertangguh melibatkan sensitiviti Bangsa dan Agama. 


Sekiranya Peguam Negara gagal melaksanakan perkara ini, sudah masanya YAB Perdana Menteri mencari pengganti yang boleh menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negara dengan lebih baik.



MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:28 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


" Memang Dasar Munafik UMNO. Sebelum Ini Tidak Mahu Mengaku. Sekarang Orang Sendiri Yang Buka Pekung "

Posted: 02 Aug 2014 08:08 PM PDT

Sebelum ini ramai malaun-malaun yang menafikan wujudnya usaha dagang bersama Israel. Ironinya yang mengeluarkan bukti dari pihak pembangkang, yang dok nafi nih semua kaki ampu kerajaan.

Sekarang ambik sebiji tempek kat muka masing-masing, Tok Pa sendiri yang mengesahkan adanya usaha dagang dengan Israel laknatullah. Memang dasar munafik.

Orang tak marahlah kalau mengaku jalin kerjasama, ini nafi nafi nafi. Hujung-hujung betul, bila pembangkang keluar bukti Malaysia-Israel ada kerjasama adalah malaun-malaun yang kata ini semua fitnah dari pembangkang terhadap usaha murni kerajaan. Hak tuiiiii. Dasar parti penipu.

KOTA BHARU: Kerajaan sedang memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, segala maklum balas dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan tertentu.
"Ia termasuk terdapat barangan kompenen penting yang di buat di Israel yang mana kompenen tersebut dianggap kritikal.
"Kita tetap berpendirian tidak menyokong kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, namun dalam soal perdagangan ianya memerlukan kajian dan perbincangan lanjut dengan syarikat berkepentingan," katanya semasa sidang media selepas Seminar Pembangunan Islam Kelantan dan majlis hari raya di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Israel sasar Malaysia agenda perangi musuhnya

Posted: 02 Aug 2014 08:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan bahawa media Israel secara sengaja mahu mengheret keganasan yang dilancar ke atas Gaza dengan menuduh pejuang Hamas dilatih di Malaysia.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan penafian pihak Hamas atas tuduhan ini menunjukkan Hamas bersikap bertanggungjawab supaya Malaysia tidak terperangkap dengan propaganda Israel.

"Sesungguhnya strategi kelompok Zionis Yahudi yang menguasai politik dan ketenteraan Israel adalah untuk melabelkan mana-mana negara yang menentang Israel sebagai musuhnya yang perlu dikambinghitamkan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dengan itu ia mudah mempengaruhi pendukung kuatnya Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan permusuhan ke atas mana-mana negara yang ia mahu.

Tambahnya, adalah sangat jelas badan perisik Israel iaitu Mosad dan CIA sebagai badan perisik Amerika Syarikat sering bekerjasama untuk memporakperandakan dunia dengan konspirasi besar mereka menguasai dunia seluruhnya.

"Kedua badan perisik ini boleh melakukan konspirasi yang paling ekstrem untuk mencapai matlamat mereka  termasuk propaganda media, malah operasi menculik, menyiksa, membunuh dan berperang," ujarnya lagi.

Oleh kerana itu, kata beliau menghasilkan cerita dan fakta palsu sudah menjadi kepakaran mereka agar cita-cita mereka menundukkan semua negara tercapai.

Menurutnya, untuk menutup segala konspirasi dan kini operasi  keganasan mereka yang sangat tidak bertamadun keatas Gaza dan rakyat Palestin keseluruhannya, Israel dengan sewenang-wenangnya mencari pihak luar yang boleh dijadikan sasarannya.
Read More / Baca Lagi >>

Rejim Zionis umum anggota tenteranya yang didakwa diculik Hamas telah terbunuh

Posted: 02 Aug 2014 07:04 PM PDT

Rejim umum anggota tenteranya yang didakwa diculik Hamas telah terbunuhBAITUL-MAQDIS: Tentera Israel pada Ahad mengumumkan seorang anggotanya yang hilang sejak dua hari lalu dalam operasi ketenteraan di Gaza, telah terbunuh, lapor AFP.

"Satu jawatankuasa khas IDF (tentera Israel) mengumumkan kematian pegawai infantri Hadar Goldin, yang terbunuh dalam pertempuran di Semenanjung Gaza pada Jumaat," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan tentera rejim.

Bagaimanapun jurucakap tentera enggan mengesahkan sama ada mayat tentera terbabit telah ditemui ataupun tidak.

Anggota keluarga Goldin telah dimaklumkan mengenai perkara itu, tambah menyataan itu lagi.

Rejim sebelum ini mendakwa Goldin, 23, telah diculik pejuang Hamas dari briged al-Qassam selepas pergerakan itu memaklumkan ia telah berjaya membunuh tentera Israel dalam satu serangan hendap. Namun ia menafikan telah berjaya menahan Goldin.

"Kami telah terputus hubungan dengan unit pejuang yang melakukan serangan hendap itu dimana kami percaya kesemua mereka telah terkorban dalam serangan tentera rejim termasuk anggota tentera yang dikatakan telah ditawan pihak kami," kata kenyataan pergerakan itu yang dikeluarkan pada Sabtu.

Dengan perkembangan terbaru ini,  angka kematian di pihak tentera Israel kini adalah 64 orang manakala lebih 1,700 lagi terkorban di pihak Palestin sejak rejim melancarkan serangan kejam ke bumi Gaza pada 8 Julai lalu.

Saifuddin: 'Diam diri lebih baik'

Posted: 02 Aug 2014 06:56 PM PDT

Datuk Saifuddin Nasution Ismail SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor Rabu lalu yang menyebut beberapa nama termasuk namanya.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu dijawab untuk isu tersebut.

"Saya sudah mengambil ketetapan, berdiam diri lebih banyak kebaikannya daripada saya menjawab," katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya berkemungkinan akan ada sidang media khas berhubung perkara itu, Saifuddin menafikannya.
"Tidak.. pendirian saya jelas, tidak mahu menjawab apa-apa walaupun di mana sahaja, tiada sidang media atau sebagainya," katanya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya berkata, kenyataan Saifuddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali
tidak wajar serta berlainan sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan dakwa Langkah Kajang PKR hancurkan Pakatan

Posted: 02 Aug 2014 06:44 PM PDT

Langkah Kajang yang diilhamkan PKR bagi membolehkan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akhirnya mengundang perpecahan dalam parti komponen pembangkang itu, dakwa Utusan Malaysia. Pengarang beritanya, Zulkifli Jalil berkata objektif Langkah Kajang kini jelas terserlah apabila matlamat utamanya bukan sahaja untuk memandu PR ke Putrajaya, tetapi apa yang lebih penting untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Konon pada awalnya dimomokkan untuk menjana perubahan dan mengangkat keupayaan negeri Selangor lebih dari apa yang ada sekarang, tetapi akhirnya 'tembelang pecah' untuk menggulingkan Khalid.  "Akhirnya setelah tidak mampu menanggungnya, keluarlah kepala kura-kura yang sebenarnya cukup berkobar mahu meletakkan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) di kerusi menteri besar. "Tanpa mengira soal anak jati Selangor, suka atau tidak rakyat negeri itu serta perkara lebih besar – perkenan Sultan – impian tetap menggunung," katanya seperti dilapor akhbar milik Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongannya agar Khalid dikekalkan berkata, semua hujah dan pandangan majoriti akar umbi PAS sudah didengar dan kebanyakannya bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya. Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mempertahankan Khalid kerana tidak melihat apa kesalahan yang dilakukan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk digugurkan daripada kerusi menteri besar. Menurut Nik Aziz, tidak ada sebab Khalid perlu digugurkan selepas sepenggal memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas PRU13 lalu. Zulkifli berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berserabut mengenangkan Langkah Kajang yang tidak menjadi selain mendapat tentangan daripada presiden PAS. Katanya, Khalid perlu membaiki kelemahan kepimpinannya secara drastik supaya kesilapan yang berlaku dalam PR sebelum ini tidak berulang. "Kerana 'Langkah Kajang', imej Anwar tercalar teruk. Dimalukan oleh sekutu sendiri, PAS yang menyokong Khalid. DAP sendiri tidak terkata apa. "Anwar sendiri selaku ketua pembangkang mengakui 'Langkah Kajang' yang dicetuskannya mempunyai kelemahan sehingga menjerumuskan PKR ke dalam pelbagai isu,"
Read More / Baca Lagi >>

Israeli army seals off Rafah in southern Gaza

Posted: 02 Aug 2014 06:13 PM PDT

Umat Islam harus pandai beza antara kritikan dan penghinaan, kata bekas mufti Perlis

Posted: 02 Aug 2014 06:08 PM PDT

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan umat Islam harus bijak membezakan antara kritikan dan penghinaan kerana walaupun terhadap agama lain dibenarkan, ia mesti berada dalam kerangka ilmiah. Bekas mufti Perlis itu berkata, umat Islam tidak boleh menghina agama lain kerana Al-Quran dengan jelas melarang cercaan terhadap sembahan agama lain kerana ia akan mengundang permusuhan kembali kepada agama Islam. "Kita boleh memberikan pandangan kritis Islam terhadap agama lain dengan mengkritik secara akademik tetapi mencerca atau mempersendakan adalah dilarang.  "Ia disebut dalam Al-Quran menerusi surah Al-Anam, 'Jangan kamu mencerca apa yang mereka sembah selain daripada Allah. Nanti mereka akan mencerca Allah secara permusuhan'," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Naib Juara program realiti Pencetus Ummah Shahul Hamid MPH Seeni MD ditahan di rumahnya di Teluk Kumbar pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina agama Hindu. Shahul, 39, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan dibebaskan semula selepas empat jam memberi keterangan kepada pihak polis. Dalam ceramahnya yang dimuat naik di laman YouTube, Shahul menggesa umat Islam agar tidak membeli produk serbuk kari daripada syarikat Hindu seperti Alagappas dan Babas. "Kalau anda pergi ke kilang Alagappas di Permatang Pauh, anda akan dapat melihat patung tuhan mereka di pintu gerbang dengan lidah yang terjelir keluar. "Kenapa lidahnya terjelir? Sebab Dewa itu mesti merasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," kata Shahul dalam ceramahnya di sebuah surau di Shah Alam lima tahun lalu. Asri berkata umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan perlu bijak membezakan antara kritikan dan cercaan. Beliau berkata, kritikan perlu memberi kesedaran kepada manusia agar berfikir secara matang dan tidak boleh berlandaskan penghinaan. "Jika dia kata Islam tidak menyembah berhala kerana Allah tidak mempunyai imej sedemikian, itu OK. Tidak perlulah menyentuh isu rempah ratus kerana perkara itu bukan satu pendekatan ilmiah. "Semua orang perlu berhati-hati. Islam membenarkan kita mengkritik dengan tujuan menimbulkan kesedaran pihak lain. "Tetapi tujuan kritikan dalam Islam untuk menimbulkan kesedaran manusia berfikir secara matang. Bukan sehingga ada yang merasa terhina dengan penghinaan itu," katanya. Bagaimanapun, Asri
Read More / Baca Lagi >>

Isu MB: Anwar Akui Punca Pakatan Berbalah

Posted: 02 Aug 2014 06:01 PM PDT



PETALING JAYA: Keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diakui menjadi punca perbalahan antara tiga sekutu Pakatan Rakyat (PR).

Mengakui perkembangan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, ketiga-tiga komponen PR iaitu PKR-PAS-DAP tetap berikrar untuk mengukuhkan kerjasama politik antara mereka.

"Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

"Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Read More / Baca Lagi >>

Berpecahkah Pakatan selepas 10 Ogos?

Posted: 02 Aug 2014 05:58 PM PDT

Amin Iskandar

Peminat politik negara ternanti-nanti apa yang akan diputuskan dalam mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini kerana ianya akan mendefinasikan hala tuju politik negara. Apakah PAS akan menyokong keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor? Atau PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor merupakan hak PKR dan akur Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menggantikan Khalid?  Jika PAS mengambil pendirian untuk menyokong keputusan presiden mereka, ini bermakna parti Islam itu sudah bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), kerana PKR yang mendapat sokongan kuat DAP tidak akan berganjak dengan keputusan untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah. Seperti yang dikatakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat. Dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata isu terbesar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan PR berpecah disebabkan kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji kepada keputusan yang dicapai secara bersama. Kenyataan Lim itu membayangkan DAP setia bersama PKR dalam isu untuk menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar dan tidak senang dengan tindakan Hadi yang mengambil pendirian berbeza. "Keputusan terakhir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR sudah menetapkan Dr Wan Azizah sebagai calon PKR untuk menggantikan Khalid, dan tiada keputusan lain selepas itu," kata seorang pemimpin tertinggi parti itu kepada penulis. PKR dilihat komited dengan "Langkah Kajang" sejak beberapa bulan lalu dan Dr Wan Azizah tidak diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Najib Boleh Jinakkan Ketua Pemberontak Ukraine, Malulah Anwar Tak Boleh Lembutkan Hati Hadi Awang....

Posted: 02 Aug 2014 04:15 PM PDT

Dalam perkembangan terbaru untuk memuaskan hati semua pihak berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, PKR dikhabarkan sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah Wan Azizah yang sebelumnya sudah diputuskan untuk mengambil alih tempat Khalid Ibrahim itu.

Menurut berita yang disiarkan dalam Malaysian Insider, seorang ADUN PKR telah dikenalpasti sebagai calon alternatif itu, namun ia hanya akan didedahkan setelah konsensus antara Pas, PKR dan DAP dicapai.

Sebagaimana yang didedahkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi PKR, calon tersebut bukanlah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana Pas memang sudah menolak pencalonan beliau sebagai pengganti Khalid sejak awal lagi.

Dalam usaha menggantikan Khalid Ibrahim sebagai meneruskan Langkah Kajang dan memburu cita-cita menawan Putrajaya menjadi kenyataan, Anwar Ibrahim pada minggu lalu telah memutuskan bahawa PKR bersetuju mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Bagaimanapun, belum pun persetujuan dicapai antara Pas, PKR dan DAP berhubung pertukaran itu, Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan mahu Khalid Ibrahim terus dikekalkan atas alasan tiada pengkhianatan kepada rakyat yang telah dilakukannya sepanjang enam tahun memimpin negeri Selangor.

Tindakan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan berbentuk peribadi itu lantas mencetuskan polemik dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR kerana Pas sepatutnya memutuskan sama ada bersetuju atau tidak dengan penggantian Khalid Ibrahim dalam mesyuaratnya pada 10 Ogos depan.

Walaupun PKR dan DAP konsisten bersetuju dengan pertukaran Khalid, Pas nampaknya berbelah-bagi mengenainya.

Read More / Baca Lagi >>

Jalan ke Putrajaya semakin sempit

Posted: 02 Aug 2014 04:13 PM PDT

Sangat jelas kecelaruan sedang di hadapi oleh Pakatan Rakyat sekarang ini.. Setengah dari pimpinan dan ahli-ahli PAS mahukan Menteri besar sekarang kekal dan menyanggah kehendak PKR untuk menggantikan Khalid dengan isteri Anwar Ibrahim. Ada juga yang bersetuju untuk Khalid di gantikan, tetapi bukan Wan Azizah.
Ada yang mahukan PAS keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan berangan untuk bersama UMNO dan membentuk kerajaan dengan parti yang berkuasa di Persekutuan itu. Setengah bahagian di Selangor telah mengambil sikap mempertahankan Khalid Ibrahim dan meminta Khalid di kekalkan sahaja sebagai MB sehingga tamat penggal pilihanraya ini.
Diperingkat terrtinggi Pakatan Rakyat pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti pun tidak sehaluan kerana TGHA meminta agar Khalid di kekalkan dan di sokong pula oleh TGNA. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PKR pusat mengungkit-ngungkit yang PAS menjadi parti yang besar di Selangor kerana sokongan PKR dan DAP.Tidak pula mereka sedar yang PKR dan DAP pun berjaya kerana sokongan PAS juga.
Sesungguhnya PAS mendapat kemenangan yang agak lebih kecil walaupun parti itu menyokong DAP dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana PAS mendapat kekurangan kerusi dari 22 semasa PRU 2008 kepada 21 dalam pilhanraya yang lalu. Apa yang dikatakan PAS mendapat sokongan DAP itu tidak dapat dikenali kerana DAP telah memainkan isu ALLAH yang telah membuatkan rakan kongsinya PAS menjadi defensif dan kehilangan jumlah kerusi di Parlimen dengan satu kerusi.
Jika berlaku perpecahan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat ia tidak mengejutkan dan keadaan ini tidak perlu menjadi isu yang menakutkan. Keadaan ini sememangnya satu keadaan yang 'predictable' sejak dahulu kerana masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, dan untuk mengelirukan rakyat mereka mempunyai persefahaman yang hanya boleh diterima oleh semua parti dalam PR. Tetapi isu-isu seperti memperjuangkan kerajaan islam di kutuk dan di persoal oleh DAP misalnya.
Bukan ada segan silunya pimpinan DAP membidas PAS dan memberikan amaran yang DAP tidak akan bersama dalam Pakatan jika PAS masih memperjuangkan untuk membentuk kerajaan islam. Pendekmnya perjuangan yang asas bagi PAS tidak termasuk dalam manifesto pilihanraya umum. PAS sebenarnya telah berkorban begitu banyak kepada DAP sehinggakan perjuangan 'ultimate' nya ia itu untuk membentuk kerajaan yang berteraskan islam sentiasa di jadikan alat untuk memberikan amaran kepada PAS walaupun mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa penduduk Gaza padat dengan orang muda?

Posted: 02 Aug 2014 04:10 PM PDT

KEPADATAN penduduk di Semenanjung Gaza telah dipertikaikan, tetapi dalam perbandingan dengan bandar-bandar lain, Bandar Gaza, dengan jumlah penduduk kira-kira 750,000 sudah pasti kawasan bandar yang padat penduduknya.

Menjadi sebab utama kenapa jumlah mangsa yang terlibat dalam serangan Israel adalah penduduk yang padat. Seramai 63 tentera Israel dan kira-kira 1460 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik semasa bermula sebulan yang lalu. Seramai 245 kematian di kalangan kanak-kanak. Tetapi mengapa begitu ramai kanak-kanak? Ia ternyata bahawa terdapat ciri-ciri yang luar biasa mengenai struktur penduduk di Gaza yang menjadikannya satu keluarbiasaan dalam dunia moden.

Pertama, penduduk Gaza ini secara kasar 1.8 juta mempunyai kadar populasi yang luar biasa besar di kalangan kanak-kanak. Angka tahun 2013 daripada Indeks Mundi, sumber internet data nasional, menunjukkan bahawa 43.5 peratus daripada penduduk Gaza berumur 14 atau di bawah, berbanding dengan 32 peratus di Mesir dan 27 peratus di Israel.

Umur median di Gaza adalah 18 tahun, berbanding dengan purata dunia 28 tahun di kebanyakan negara-negara Eropah iaitu kira-kira 40, manakala 30 di Israel. Negara benua Afrika seperti Uganda pula mempunyai median umur 15 tahun.

Jadi mengapa terdapat ramai kanak-kanak di Gaza? Demografi menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa akibat pelbagai faktor. Salah satu darinya adalah wanita Palestin yang bekerja dan memegang jawatan sosial adalah rendah.

"Ia adalah tempat di dunia di mana kurangnya wanita bekerja di luar rumah," kata Jon Pedersen dari Institut Fafo, pusat penyelidikan demografi dan sosial di Oslo, Norway.

Angka terkini dari Biro Pusat Statistik Palestin menunjukkan bahawa hanya 14.7 peratus daripada wanita bekerja.
Read More / Baca Lagi >>

Heret Israel ke ICC

Posted: 02 Aug 2014 03:59 PM PDT

Dr Hafidzi Mohd Noor  
KUALA LUMPUR – Aqsa Syarif menggesa agar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diperkasakan supaya dapat menghentikan pembunuhan berterusan di Palestin.
Pengerusnya, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, dengan kuasa dalam PBB sepatutnya mampu memberi arahan kepada Amerika Syarikat dan rejim zionis Israel.
"Kita mahu seluruh dunia memperkasakan PBB. Supaya PBB ini boleh memberikan arahan kepada Amerika Syarikat (AS). Hentikan sokongan kamu (AS) kepada Israel dan mengarahkan Israel menghentikan segala serangan ini
"Termasuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau turut berharap himpunan gergasi 'Selamatkan Anak-anak Gaza' anjuran Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia (VPM) di Dataran Merdeka yang berjaya mengumpulkan lebih 50,000 peserta itu mampu memberi mesej jelas kepada dunia terhadap penentangan rakyat negara ini terhadap kekejaman Israel.
 "Jadi kita harap kita telah menghantar mesej yang jelas kepada dunia. Orang Palestin tidak akan ditinggalkan sendiri.  Seluruh dunia di belakang mereka.
"Kami akan pastikan, mereka mampu bertahan dan diberikan kemenangan sebaliknya yang akan kalah dan hancur adalah Israel," katanya.
Himpunan yang bermula sekitar jam 2 petang itu disertai rakyat pelbagai kaum dan agama termasuk rakyat dari luar negara.
Meskipun terpaksa berjemur lebih tiga jam di Dataran Merdeka, semua peserta tetap kelihatan bersemangat.
Read More / Baca Lagi >>

Berhenti bunuh rakyat Palestin

Posted: 02 Aug 2014 03:57 PM PDT

DATARAN Merdeka hari ini dilimpahi puluhan ribu rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa yang bersatu hati melaungkan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.
 
Laungan Free free Palastine, Gaza Gaza Dont You Cry, We Shall Never Let You Die, We dont Want Your Bloody War Israel! berkumandang di sana sini sekali gus mengangkat suara rakyat negara ini dalam menyatakan penentangan terhadap Israel yang melakukan jenayah pembunuhan di Semenanjung Gaza.
 
Dengan penuh semangat, orang ramai membawa sepanduk dan pelbagai kain rentang membawa mesej bebaskan Palestin dari cengkaman kuasa Yahudi itu. Mereka juga melakukan pelbagai aksi dan demonstrasi aman antaranya membawa replika kanak-kanak dikafankan sebagai tanda protes. 
 
Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata  perhimpunan aman bersama Viva Palestina Malaysia (VPM) bertunjuan menunjukkan kepada seluruh dunia termasuk Israel dan Amerika Syarikat bahawa rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tdak berdosa terutamanya kanak-kanak, kaum wanita dan warga tua.
 
 
"Selain Malaysia perhimpunan aman seperti ini juga berlangsung serentak di seluruh dunia antaranya di London, Amsterdam dan Mumbai sebagai amaran kepada Israel supaya menghentikan pembunuhan berdarah itu.
 
"Kami memberi amaran kepada Israel supaya hentikan kekejaman bebaskan Palastin segera. Lebih menyedihkan mereka tidak hormat langsung sambutan Aidilfitri di bumi Palastin apabila membedil tanah Palestin sehingga mencetuskan kebencian dunia," tegasnya disambut teriakan orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka sejak pukul 3 petang lagi.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pengantin pijak dan bakar bendera Israel sebelum ke pelamin

Posted: 02 Aug 2014 03:57 PM PDT

Pengantin pijak dan bakar bendera Israel sebelum ke pelamin
MELAKA: Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Mohd hilmi berkata, sebagai umat islam secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

"Alhamdulillah saya rasa amat bersyukur majlis berjalan lancar dan bagi melahirkan kekesalan dan kesedihan serangan Israel ke atas Gaza dan sememangnya kita sebagai umat Islam kami sangat membantah dan mengeji tindakan Israel itu," ujar pengantin lelaki Mohd Hilmi Muslim.

Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes dengan memijak bendera Israel namun, selayaknya negara pengganas itu mendapat penghinaan sewajarnya.

"Memang selayaknya diperlukan begitu dan selayaknya mereka dihina. Tidak sepatutnya sebagai sebuah negara yang besar sanggup menzalimi mereka yang ternyata tidak bersalah dan kami bersama mereka walaupun sekadar memijak bendera," tambah pengantin perempuan Norfadhilah Badroldin.
Read More / Baca Lagi >>

Israel Bombards Gaza, Searches for Soldier

Posted: 02 Aug 2014 03:54 PM PDT

GRAPHIC: Bodies piled in Gaza flower shop as morgue evacuated from Rafah

Posted: 02 Aug 2014 03:51 PM PDT

Universiti Islam Gaza dibom

Posted: 02 Aug 2014 03:50 PM PDT

Thousands of pro-Palestinian supporters rally in DC

Posted: 02 Aug 2014 03:49 PM PDT

Netanyahu to World Leaders: "Stand With Israel"

Posted: 02 Aug 2014 03:49 PM PDT

Netanyahu: Hamas will pay "intolerable" price

Posted: 02 Aug 2014 03:48 PM PDT

Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel

Posted: 02 Aug 2014 07:06 AM PDT

Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel KUALA LUMPUR - Kekejaman rejim Zionis bukan hanya dikritik hebat oleh golongan belia dan dewasa, malah kanak-kanak turut menyuarakan bantahan melalui perhimpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka.

Padang dataran hari ini dibanjiri ratusan kanak-kanak di samping ibu bapa masing-masing sambil memegang poster dan sepanduk.

Tanpa mempedulikan terik matahari dan dahaga, mereka setia berhimpun sehingga ke upacara penutup.

Bagi Solehin al Muhammadi, 9, dia hanya mampu berdoa agar kesemua rakyat Palestin dilindungi dari serangan tentera Israel

Dia yang merupakan kelahiran Palestin turut mengutuk keras serangan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza.

"Apa yang dilakukan oleh mereka (Israel) tidak baik, ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa terbunuh," katanya.

Mohd Amri Nasir, 9, sanggup mengikut bapanya hanya untuk berhimpun menyokong penentangan terhadap Israel.

Menurutnya, apa yang telah dilakukan oleh rejim Zionis disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Read More / Baca Lagi >>

Bebaskan Palestin, boikot zionis!

Posted: 02 Aug 2014 07:05 AM PDT

Ammam Shahwan
KUALA LUMPUR - Perhimpunan aman Selamatkan Anak-anak Gaza anjuran Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif di Dataran Merdeka hari ini disemarakkan dengan laungan sokongan dan pembelaan terhadap rakyat Palestin.
Rata-rata peserta himpunan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga warga asing berkumpul seawal jam 2 petang bagi menunjukkan sokongan moral terhadap penduduk di Palestin dan membantah serangan Israel ke atas penduduk Gaza.
Seorang warga Palestin, Ammam Shahwan, turut menyertai himpunan aman Gaza hari ini melahirkan rasa syukur terhadap masyarakat Malaysia dan Eropah sering membantu rakyat Palestin dan lantang mengkritik kekejaman Israel.

"Alhamdulillah, kesemua rakyat Palestin tidak kira sama ada golongan muda dan tua amat berterima kasih terhadap sokongan dan bantuan yang dihulur kepada rakyat kami di Palestin.

"Orang Malaysia sanggup tolong Palestin lebih daripada masyarakat Arab sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menurut pelancong asing, Emanuela Botti, kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin merupakan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Gaza adalah sesuatu yang sangat dahsyat, tidak ada sesiapa pun sepatutnya melakukan serangan seperti itu. Kita semua harus lakukan sesuatu untuk hentikan serangan tersebut," katanya.

Walau berbeza agama, dia tetap mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk Gaza di Palestin.

Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia Perlu Boikot Barangan Israel Berterusan

Posted: 02 Aug 2014 06:58 AM PDT

Gaza in Ruins: Israel strikes university, flattens buildings

Posted: 02 Aug 2014 05:40 AM PDT