Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Amaran Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP kepada Pas?

Posted: 01 Aug 2014 10:01 PM PDT


Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi;

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini..."

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

"Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP. Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!

Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan "PAS for ALL"?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP. Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.

Setiausaha Agung Organisasi
DAP Kebangsaan
LOKE SIEW FOOK

Suara Politik
Belantan

Panas....!!! 13 fakta kekuatan Pas tersebar dalam laman sosial?

Posted: 01 Aug 2014 12:55 PM PDT


Kenyataan 13 fakta kekuatan Pas dalam pakatan pembangkang kini tersebar luas dalam laman media sosial dan juga kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Difahamkan, penyebaran fakta-fakta berkenaan adalah ekoran hubungan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin meruncing berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Fakta-fakta itu juga merupakan mesej bahawa Pas paling layak mengetuai pakatan pembangkang dan bukannya PKR atau DAP.


Berikut adalah kenyataan yang tersebar;

FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pas.

FAKTA - Sejarah penubuhan pakatan pembangkang tidak akan berjaya jika Pas tidak terlibat. Ahli dan penyokong Pas yang membuatkan pakatan nampak ramai dan kuat.

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong di awal penubuhan pakatan. Tanpa Pas, parti Lim Kit Siang anak beranak tidak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan Pas, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa Pas sudah pasti DAP tumbang kepada MCA dan Gerakan.

FAKTA - Pas merupakan tunjang kekuatan pakatan pembangkang kerana ahli dan penyokongnya adalah hardcore dalam memastikan pakatan terus relevan.

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling lemah di dalam pakatan pembangkang kerana mempunyai ahli yang sedikit.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara Pas vs PKR, kemenangan akan memihak kepada Pas di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli dan penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang daripada UMNO, MIC, MCA, Gerakan kerana pelbagai masalah.

FAKTA - PKR mengetuai setiap demonstrasi yang diadakan pakatan pembangkang namun tanpa penyertaan ahli Pas, demonstrasi PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng (bukan Islam) tidak layak. Datuk Seri Anwar Ibrahim masalah moral (kes liwat) tidak layak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling layak ketuai pakatan pembangkang. Suara Pas lebih ramai dalam pakatan.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli dan penyokong Pas, tanpa kamu pakatan pembangkang tidak punya apa-apa. Apatah lagi nak harapkan PKR.

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan Pas. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong Pas terajui pakatan pembangkang kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli dan penyokong serta kepimpinan Pas, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP dan PKR atau ketuai pakatan.

Suara Politik
Belantan

PKR, DAP tidak adil - Pas Selangor?

Posted: 01 Aug 2014 12:12 AM PDT

Sallehen Mukhyi

Pas Selangor membidas sikap beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang terlalu 'ghairah' mahu parti itu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mencadangkan senario yang dijangka berlaku sekiranya Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, desakan PKR dan DAP tidak sepatutnya timbul apatah lagi diperbesar-besarkan sehingga menjadi polemik dalam pakatan kerana mesej terkandung dalam WhatsApp itu merupakan satu perbincangan berkumpulan tertutup yang mana masing-masing berhak memberikan pandangan mengenai sesuatu perkara.

Ini kerana katanya, memberikan pandangan dalam sesuatu isu merupakan amalan biasa berlaku dalam mana-mana perbincangan dan tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan, termasuklah dakwaan terhadap Mohd. Zuhdi yang dikatakan membayangkan senario Pas jika keluar daripada pakatan pembangkang.

"Justeru, adalah tidak adil mana-mana pihak (sama ada PKR dan DAP) menyalahkan Mohd. Zuhdi tentang pandangan beliau mengenai senario jika Pas keluar daripada pakatan.

"Selain itu, perbincangan dalam mesej dalam WhatsApp yang dikatakan melibatkan Mohd. Zuhdi itu hanyalah satu perbincangan kumpulan semata-mata dan bukannya ketetapan rasmi yang menjadi pendirian Pas Pusat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan tindakan disiplin yang akan diambil oleh parti itu ke atas Mohd. Zuhdi kerana didakwa mengutarakan cadangan senario yang akan berlaku sekiranya Pas keluar daripada pakatan pembangkang menerusi mesej kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat.

Tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut, Rafizi turut menyifatkan tindakan Mohd. Zuhdi itu adalah bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai di antara Pas, PKR dan DAP.

Selain Rafizi, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan turut menggesa Pas mengambil pendirian tegas terhadap Mohd. Zuhdi selain menyifatkan cadangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas itu sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.

Dalam pada itu, Sallehen turut menyatakan Pas Selangor menyerahkan kepada kepimpinannya di peringkat pusat untuk memutuskan sama ada untuk mengadakan siasatan terhadap Mohd. Zuhdi atau sebaliknya.

"Jika Pas Pusat mengadakan siasatan, perkara itu haruslah turut melibatkan juga pihak yang bertanggungjawab menyebarkan mesej kumpulan WhatApps tersebut dan PKR serta DAP harus bersabar.

"Sekiranya ada tindakan diambil, pihak yang menyebarkan mesej itu harus dikenakan tindakan tegas kerana mengeruhkan hubungan antara parti dalam pakatan," tegasnya.

Pada masa sama, Sallehen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri mahu semua parti dalam pakatan memberikan perhatian kepada pembangunan di negeri ini sebagaimana diamanahkan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SULIT : HARI INI AZIZAH JADI MB, HARI TU JUGA PAS KELUAR PAKATAN

Posted: 01 Aug 2014 07:56 PM PDT









SAIFUDIN & RAFIZI MAKAN TAHI SENDIRI

Posted: 01 Aug 2014 06:38 AM PDT

SAIFUDIN DAN RAFIZI TAK TERJAWAB, TELOR TERMASUK KE DALAM
Saya tak berhasrat utk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat!

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2 membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan PR supaya jangan tumbang di tengah jalan. ADUN2 PKR Kedah ketika itu amat keji dgn cubaan melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu si Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak bersuara!

Sorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI telah arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan Exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap utk membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) diakhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu utk berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam2. Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan si Rafizi atau
Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya..mereka ni peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco drp PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima ADUN PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah lagi PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan jawatan Senator sampai seorang Ketua Cabang PKR sanggup keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri sendiri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah si Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah si Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali..!
SAIFUDIN DAN RAFIZI TERPAKSA MAKAN TAHI SENDIRI, TAK MAMPU MENJAWAB
Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kontinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malu pun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS yg ada 16 kerusi, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat Ahli Majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan sendiri atas kapasiti mereka di PBT. Tak diberi muka maka pelbagai ugutan yg mereka keluarkan. Siapakah mereka kalau bukan pimpinan PKR?

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR dihadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang kononnya bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct tanpa ada perasaan bersalah dan malu..Siapa mereka ini kalau bukan pemimpin-pemimpin Cabang PKR??

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah disebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! Sungguh memual dan memalukan perangainya para pemimpin PKR ini!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS seperti menjadi hamba. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang ADUN PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB
Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah ADUN dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas ADUN yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi Melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan Melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalan pun mulalah mendongak! Sedar dirilah wahai PKR dan DAP!

Sanusi
Mantan Setiausaha Politik
Almarhum Ust Azizan

Menjelang 16 September. Tak Dapat Jadi PM, Isteri Jadi MB Pun Jadilah!

Posted: 01 Aug 2014 02:48 AM PDT

Mamat ni memang bercita-cita besar.


Dari dulu nak jadi PM. Dah bertahun-tahun menunggu, pada tahun 2008 Anwar umum akan jadi Perdana Menteri pada 16 September. Katanya, dia dah cukup kerusi untuk jadi Perdana Menteri.


Bukan pengikutnya di Malaysia percaya, malah satu dunia Anwar dok sembang yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah. Tak percaya? Jom tengok bukti pembohongan Anwar bukan sahaja di Malaysia tapi turut melibatkan pembohongan peringkat antarabangsa.



Kali ini, menjelang sekali lagi 16 September, Anwar tidak lagi menjanjikan bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri tetapi sedang berusaha menjadikan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Tak habis-habis agenda Anwar nak rampas kuasa. Dulu pernah cuba rampas jawatan Perdana Menteri dari parti lawan iaitu Pak Lah tapi projek 16 September gagal. Lepas tu cuba rampas kuasa Menteri Besar Perak dari parti sesama pakatan iaitu DS Nizar, pun tak berjaya.


Kali ini dia cuba sesama parti sendiri. Cuba rampas jawatan Menteri Besar Selangor dari TS Khalid Ibrahim. Adakah Anwar akan berjaya kali ini?


*Kau ingat Negeri Selangor ni kau yang punya?

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MH 17 DITEMBAH OLEH PESAWAT PEJUANG ???

Posted: 01 Aug 2014 08:47 AM PDT

GAMBAR: kesan tembakan yang dipercayai menembusi kokpit pesawat
Analisis pakar penerbangan Jerman:MH17 bukan ditembak oleh BUK, tetapi dengan 'shells' dari pesawat pejuang

Adakah ini ada kaitan dengan dua jet Ukraine mengekori MH17 seperti kata Russia?

Haritu USA tuduh macam-macam, kali ni depa dan Ukraine kena jawab

Jawab betul-betul, jangan sekadar nafi itu ini pula


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Polis patut tangkap penghalang causeway dan rampas bas mereka!!!

Posted: 01 Aug 2014 10:32 PM PDT


Berita di atas melaporkan dua pemandu bas kilang yang sekap causeway JB hingga terkandas ribuan pekerja dan terpaksa jalan melintas causeway dilepaskan mudah oleh pihak polis.

Mana boleh terlalu lembut? Kalau SIngapore dah tentu kena tahan masuk lokap dan didakwa mengacau ketenteraman awam!!!!

Ini menjejaskan puluhan ribu orang awam tapi polis patut gunakan undang-undang supaya jadi amaran kepada semua pihak yang cuba menghuru harakan negara.

Jika mudah sangat lepas pihak begin, merekai tidak akan taubat dari melakukan stunt begini dan akan terus gunakan trick bengini.

Hal ini dirancang kerana mereka bergembira meraikan berjaya jamkan causeway semalam.



Harami diatas adalah Dr Boo Cheng Hau DAP dan Steven Choong PKR. Selain itu ramai pemimpin DAP membuat komen. Baca di Tenggara is SE SINI.

Piha polis harus bawa semua pihak dalam gambar dan pemimpin yang bbuat komen untuk disiasat dan ditemuramah dengan cukup mendalam.

Lawak yang disuarakan pencacai Jijah Blur

Posted: 01 Aug 2014 07:04 PM PDT



Jika Anwar berjaya letak Azizah sebagaii MB Selangor, kedudukan BN kan menjadi lebih terancam didalam PRU akan datang.

In kerana Anuar akan jadikan Selangor sebagai negeri contoh yang liberal dan  tiada pengagihan berdasarkan kuota. Konsep sama rata akan dipraktikkan dan agihan ekonomi akan diberikan mengikut kemampuan bukan lagi berdasarkan kuota Bumiputra dan Non bumiputra.

Semua undi Cina dan India akan berpihak kepada Pakatan.

Ini akan memberi kesan terhadap BN di Negeri Sembilan, Perak, Pahang. Anwar akan tercapai hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri walaupun berada dalam penjara dan pelbagai strategi sebelum ini gagal.

Itulah lawak yang dijaja pencacai Jijah Blur

Hmmm ... boleh ke penasihat Jijah Blur beri nasihat dari dalam penjara???

Kalau mahkamah persekutuan tolak permohonan untuk raju ke mahkamah perskutuan, Ogos 8hb patutnya dah ke Bamboo River Resort.

Tak mungkinkah Jijah juga lakukan perkara sama seperti berikut:

Skandal RM200juta : Jawapan Kepada Kenapa DAP Bersungguh Nak Kuburkan Khalid?!!!

Pendedahan yang ringkas tetapi mudah difahami.

Why is DAP siding with PKR to replace MB Khalid?To recap: In April 2013, a vast swathe of land, covering 1,172 acres – that lies close to Kota Kemuning, Putra Heights and Bandar Rimbayu with accessibility to four major highways - was sold to Tropicana for RM1.297 billion, payable over a period of 20 years.

Less than ten months later, in Jan 2014, Tropicana sold just 25% of this land (308.72 acres) to Eco World for RM470.67 million cash. Up to that point, the only payment it had made to Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) was a deposit of RM50 million.

On hearing this, on March 29, Khalid was fuming mad and requested accelerated payment from Tropicana for the sum of RM844.2 million instead of RM1.3 billion over 20 years. The sum is yet to be paid.

They were able to make this outrageous sale because under the agreement, some smart fool in PNSB decided to transfer the full power of attorney to all the land to the buyer despite only receiving RM50 million out of RM1.3 billion.

Word on the market is that MB Khalid is making it hard for this sale to Eco World toproceed unless Selangor receives full payment.Tropicana is still negotiating with MB Khalid for this but Khalid is insistent on the full amount to be paid first before allowing the transfer :

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1581685BTW,

Tropicana is owned by Danny Tan.Danny Tan and brother Vincent Tan are now doing big-time property development in Penang including the RM10 billion GDV Bayan Mutiara Penang World City project (where they bought the land at a very cheap RM240 psf payable over 5 years from the Penang State Govt) and also the IKEA Batu Kawan deal thru Ivory Properties Group. Vincent Tan is also involved in the multi-billion redeveloping of the Penang Turf Club

So, other than a common big-time property developer,friends, why else is DAP concerned with removing Khalid as Selangor MB?Perhaps this article from more than one year ago before GE13 by RPK regarding this land sale can shed some light. Look for two senior DAP leaders (and one senior PKR leader) that RPK had implicated in his story here:

The names are in the same paragraph as the RM200 million "donation".By the way, coincidence of coincidence. Both of these two very senior DAP leaders have since been dropped as Selangor EXCO with one not even getting a seat to contest in GE13. I wonder why?

MUST READ: http://www.malaysia-today.net/abu-abu-abu/

LOL this deal is not gonna be easy to explain for them..

1) why the extra generous 20 years payment terms?
2) who transferred full ownership of the land to them even though they only paid RM50 million out of RM1.3 billion deposit and hence allowing them to make RM420million cash profit within 10 months.
3) Why did MB Khalid get angry and demanded full payment immediately instead of 20 years - just less than a year after the contract was signed?

Sumber: https://m.facebook.com/lim.siansee/posts/1533428540209268

Pasti Khalid akan bogelkan hal sebenar ....gaduh gaduh gaduh!!!

Azli Taliban sound DAP, PKR jangan sibuk hal PAS tapi ...

Posted: 01 Aug 2014 05:30 AM PDT


.... dalam PAS banyak penyokong Ketua Umum. Putuskan hubunganlah baru boleh cakap!

KUALA LUMPUR 31 Julai - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan berhenti mendesak Pas mengambil tindakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.

Menur
ut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.

"Tahaluf siyasi yang kita jalankan dalam pakatan pembangkang adalah untuk kerjasama politik sahaja.

"Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP dan PKR, jadi jangan campuri urusan dalaman Pas," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Anthony dan Rafizi dalam kenyataan masing-masing menggesa pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Mohd. Zuhdi berikutan analisis yang dihasilkannya itu.

Norazli menambah, DAP dan PKR dilihat mengamalkan dwistandard semasa membidas Mohd. Zuhdi kerana kedua-dua parti itu tidak pernah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang mengkritik dasar-dasar Pas termasuk hudud.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa pucuk pimpinan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang membocorkan analisis di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

"Perbincangan dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu adalah sulit dan sesiapa yang membocorkan rahsia parti boleh dianggap sebagai pengkhianat," katanya.

Norazli memberitahu, sebagai pemimpin yang dilantik oleh akar umbi Pas, individu terbabit sepatutnya bersikap amanah dalam menjaga rahsia parti

Zuhdi taubat dan kembali sembah DAP?

Posted: 01 Aug 2014 02:29 AM PDT


JAWAPAN KEPADA RAFIZI RAMLI, ANTHONY LOKE DAN TONY PHUA

Hampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang 'Pertembungan Peradaban' (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam adalah sebuah agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut. Pada ketika itu, saya mendukung usaha yang dilakukan oleh guru saya Profesor Osman Bakar untuk menolak teori Huntington, sebaliknya memperkenalkan Agenda Dialog, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan menghargai nilai kemanusiaan. Agenda Dialog ialah satu usaha untuk mencari titik-titik persamaan antara peradaban khususnya yang berkaitan dengan nilai sejagat dan menghormati titik-titik perbezaan yang biasanya berkaitan dengan kepercayaan beragama. Saya menggunakan umur muda saya untuk mengusahakan perkara itu, walaupun biasanya umur muda seseorang dicorakkan oleh pemikiran radikal dan ekstrim.

Saya terlibat membantu penganjuran siri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban yang diterajui oleh Profesor Osman Bakar, termasuklah satu persidangan yang bertemakan 'Islam and Confucianism'. Di samping itu, saya juga menghadiri beberapa siri wacana yang turut disertai oleh tokoh-tokoh kontroversi seperti Dr Nurcholis Majid dan Profesor John Esposito, sebagai usaha melangsungkan Agenda Dialog tersebut. Berikutan dengan siri-siri persidangan dan wacana itu, Kementerian Pendidikan kemudiannya memperkenalkan satu kurikulum wajib di universiti-universiti tempatan dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kurikulum TITAS ini bertujuan untuk membawa generasi muda Malaysia yang terpelajar menghargai empat peradaban besar dunia yang mereka warisi, di samping menjadikan mereka generasi yang menghargai keharmonian hidup dan menolak unsur-unsur melampau.

Ketika TITAS mula diperkenalkan, saya terlibat menyumbangkan fikiran dalam membina kurikulum tersebut. Saya bersama-sama dengan Profesor Chandra Muzaffar, Profesor Hashim Musa dan beberapa rakan yang lain menulis Bab Pertama Buku Teks TITAS berkaitan dengan 'Pengenalan kepada Peradaban' dan Bab Terakhir berkaitan dengan 'Cabaran-cabaran Peradaban Masa Kini'. Ketika TITAS diperkenalkan, harapan yang tinggi diletakkan agar kurikulum ini akan melahirkan generasi muda Malaysia yang berusaha ke arah memupuk keharmonian kaum dan menghindarkan ekstrimisme. Apabila Anthony Loke beberapa bulan yang lalu melahirkan pandangan prejudis terhadap kurikulum TITAS ini seterusnya menyarankan TITAS tidak lagi menjadi kursus wajib di universiti, saya adalah antara mereka yang tertanya-tanya adakah beliau mendapat gambaran yang betul tentang latar belakang kursus TITAS ini?

Apabila Profesor Chandra Muzaffar ditamatkan kontrak perkhimatan, saya telah menggantikannya mengajar satu kursus dalam program Sarjana Dialog Peradaban. Sekali lagi saya meneruskan peranan mempromosikan Agenda Dialog terutama kepada bakal pemegang ijazah sarjana yang bakal menjayakan kurikulum TITAS di seluruh negara. Saya juga terlibat menyelia pelajar-pelajar ijazah tinggi dan ijazah dasar termasuk mereka yang mengkhusus dalam Sarjana Dialog Peradaban. Kesempatan mengajar TITAS dan Sarjana Dialog Peradaban memberi peluang kepada saya memperolehi ramai anak murid dari pelbagai kaum yang bilangannya mungkin menjangkau ribuan. Mereka yang pernah menjadi murid saya, boleh melihat sendiri sikap saya yang konsisten terhadap hubungan harmoni antara kaum dan saling faham-memahami antara peradaban.

Saya bukanlah seorang ahli politik, dan jauh sekali untuk menjadi selibriti politik. Saya hanya seorang akademis yang menyumbang fikiran kepada orang politik, supaya politik negara ini akan lebih menghargai keharmonian kaum dan mengelakkan ekstrimisme. Menjelang PRU 2004, saya pernah dijemput membentangkan satu kertaskerja tentang peranan Masyarakat Madani, sebagai salah satu langkah menyediakan Manifesto Barisan Alternatif. Dalam pembentangan itu, saya menekankan sekali lagi Agenda Dialog, dan peranan Masyarakat Madani sebagai elemen penting mencapai peradaban Malaysia. Meskipun demikian, peranan Masyarakat Madani ini tidak boleh lari dari garis panduan agama sesuai dengan perkataan 'Madani' itu sendiri berkaitan rapat dengan peranan agama sebagai asas pembinaan sesebuah peradaban
[01/08 11:01] Rafi Awang Kecik: Saya juga beberapa kali membela DAP yang dituduh sebagai punca Tragedi 13 Mei dan juga dicop sebagai small brother PAP Singapura. Dalam satu forum yang dianjurkan oleh mahasiswa UIA menjelang PRU 13 yang lalu, saya dijemput menjadi ahli panel bersama rakan saya Dr Mazlee malik (UIA), Dr Yusri Mohamad (PEMBELA) dan Tun Faisal Ismail (UMNO), dan soalan-soalan yang sedemikian turut ditanya. Saya menjawab bagi pihak DAP dengan memberikan hujah-hujah membersihkan nama parti itu sebagai punca Tragedi 13 Mei dan small brother kepada PAP. Klip video yang memuatkan jawapan saya tentang tuduhan terhadap DAP ini telah lama dimuatnaik oleh pihak pengajur dalam laman Youtube. Jelasnya, saya yakin mereka yang mengenali saya, anak-anak murid saya dan yang pernah duduk sepentas dengan saya mengetahui pendirian saya tentang isu kalimah Allah dan sikap saya terhadap DAP.

Malang sekali, apabila bocornya Printscreen Whatsapp AJK PAS Pusat, sebahagian rakan kenalan saya, segelintir anak-anak murid saya dan mereka yang pernah duduk sepentas dengan saya seperti Rafizi Ramli dan Anthony Loke dengan pantas menghukum saya sebagai racist atau ekstrimist. Saya bukan ahli politik dan jauh sekali sebagai selibriti politik yang memilih kenyataan media untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu, malah saya tidak berminatpun nama say a dipopularkan di akhbar sepertimana diidamkan oleh kebanyakan ahli-ahli politik yang lain. Saya juga tidak boleh mendedahkan keseluruhan perbincangan dalam Whatsapp itu yang telahpun disimpan oleh sahabat saya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, sehingga menurut beliau jika dicetak atas kertas A4 dengan font bersaiz 12, perbincangan itu memakan 115 mukasurat. Kalaulah saya boleh mendedahkan kesemua 115 mukasurat itu, saya yakin kesemua mereka dapat memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam printscreen yang dibocorkan itu.

Saya telah menjelaskan beberapa kali bahawa perenggan-perenggan yang dibocorkan itu tidak mewakili pendirian dan sikap saya. Ketika saya mengemukakan analisis senario tersebut ada ahli-ahli perbincangan menegur saya tentang pemilihan bahasa yang kasar, lalu saya jelaskan bahawa bahasa yang saya pilih itu bukan mewakili pendirian dan sikap saya sebaliknya perkataan-perkataan yang akan dihamburkan oleh pihak-pihak dalam PAS yang selama ini tidak berpuashati terhadap DAP dan lain-lain isu yang mereka merasakan sepertu dikunci mulut untuk bersuara, sedangkan sebelum ini mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan sedemikian. Kalaulah saya boleh bocorkan printscreen yang berkaitan dengan jawapan saya itu, saya yakin ramai akan memahami apa yang saya ingin sampaikan. Malangnya, akhlak mengikat kita untuk membocorkan perbincangan sulit sesama ahli kumpulan Whatsapp, meskipun ada segelintir yang sewenang-wenangnya melakukan pembocoran tersebut.

Sewaktu perbincangan tentang usul keluar PR di dalam kumpulan Whatsapp itu, unsurnya bercampur-campur, sekejap humor, sekejap provok, sekejap sindir dan kadangkala tegang. Sewaktu perbincangan ada ahli perbincangan yang menyebut, memang segelintir ahli PAS akan lega bila PAS keluar dari PR sebab selama ini mereka begitu marah dengan DAP dan lain-lain, terutama dalam isu nama Allah dan serbuan gereja. Seperti yang dimaklumi PAS telah ambil tindakan disiplin kepada beberapa orang seperti ini, tetapi masih ada ahli PAS yang masih bersikap marah kepada DAP dan lain-lain pihak berkaitan. Bila saya buat analisis senario apa berlaku kalau PAS keluar PR, maka saya sebut tentang kemungkinan yang boleh berlaku di Selangor. Pada perenggan kedua saya sebut secara imaginatif dan berbentuk sarcasm (sindiran) perkataan yang akan dihamburkan oleh ahli-ahli PAS yang selama ini memendam kemarahan kepada DAP dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan isu nama Allah, isu murtad dan seumpamanya.
[01/08 11:02] Rafi Awang Kecik: Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya, sebab saya tidak berada dalam senarai yang ahli-ahli perbincangan yang menyokong keluar PR. Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu. Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur-unsur imaginatif dan sarcasm tersebut, melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor. Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat 'Kajang Move' yang dicita-citakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu.

Saya ingin menegaskan, bahawa saya tiada cita-cita politik yang tinggi sepertimana ahli-ahli politik, melainkan hanya sekadar menyumbang fikiran supaya politik Malaysia membawa kepada keharmonian kaum dan persaingan demokrasi yang sihat. Saya melihat 'Kajang Move' sebagai langkah yang tidak memenuhi kehendak rakyat Selangor yang mahukan orang-orang politik yang diberi mandat berkuasa memberi khidmat kepada rakyat bukannya meletakkan jawatan sesuka hati dan boleh menurun-naikkan kepimpinan Kerajaan Negeri seperti mudahnya menukar pakaian. Ahli-ahli politik perlu menyedari bahawa jawatan MB itu bukan sekadar hak parti, tetapi ada hubungannya dengan hak Istana yang telah memperkenankan perlantikan seseorang dan hak rakyat Selangor yang telah memberi mandat bukan hanya berdasarkan kepartian. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak dapat mengerti pendirian dan sikap saya tentang isu perkauman dan memahami apakah 'game' sebenar pihak pembocor printscreen tersebut.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Klang, Selangor

1 Ogos 2014
5 Syawal 1435

Teliti kenyataan Dr Zuhdi ... macam nak selamatkan dirinya dan tunduk kepada cina DAP????

DAP mahu PAS tapi guna cara ugut dan perkecilkan PAS

Posted: 31 Jul 2014 11:30 PM PDT






PRN MENGEJUT: PAS BOLEH LENYAP DARI SELANGOR KATA DAP......

Setelah mendiamkan diri dalam kemelut Menteri Besar Selangor, DAP negeri itu mengingatkan PAS bahawa ia berisiko "lenyap" sama sekali jika Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut diadakan di Selangor.

Pengerusinya, Tony Pua berkata Barisan Nasional (BN) berkemungkinan memenangi semula negeri itu namun kekalahan paling teruk akan ditanggung PAS jika parti itu berdegil mahu Tan Sri Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.

"Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar atau pun kalah semua kerusi yang dimenanginya.  Sebuah PRN kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Survival Pakatan Rakyat menjadi tanda tanya selepas PAS menolak hasrat PKR mahukan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengganti Khalid sebagai MB.
PAS enggan akur kepada hak PKR menukar MB Selangor sungguhpun PKR menerajui kerajaan negeri itu sejak 2008.
Pua memberi amaran bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini berpecah dalam dua blok aitu BN-PAS yang menyokong Khalid dan PKR-DAP yang menentang beliau.
PKR mempunyai 14 kerusi DUN, DAP 15 manakala PAS mempunyai 15 dan BN 12 kerusi DUN.
"Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut," kata Pua.
Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang tiga peratus undi Melayu dan 10 peratus undi bukan Melayu di tujuh daripada 30 kerusi DUN.
Menurut Pua, PKR akan kehilangan di Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek.
Keputsan itu akan menyaksikan PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi, mengikut ramalan Pua.
Namun di kawasan kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu, menurut Pua parti itu juga akan hilang tujuh daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.
Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25 peratus sekaligus akan menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga kerusi sahaja.
Bagaimanapun tiga kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih dianggap tidak selamat kerana undi Melayu merosot 5 peratus manakala bukan Melayu 30 peratus.
"Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa mereka di Selangor.
"Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN," katanya.
"Kami harap rakan seperjuangan PAS akan berdiri teguh bersama Pakatan dan melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat serta mengelakkan impian rakyat dikecewakan sebelum sempat ditunaikan," katanya.
Pua memberikan scenario itu selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Khalid dikekalkan meskipun beliau ditolak oleh PKR sebagai lemah dalam beberapa aspek untuk menguruskan Selangor. .
Keadaan lebih gentar apabila catatan WhatsApp AJK PAS Pusat membincangkan kemungkinan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan bersekongkol dengan Umno-BN.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki menafikan beliau mengambil pendirian sebegitu menerusi WhatsApp.

Sumber: ANTARAPOS.


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Isu MB: Anwar Akui Punca Pakatan Berbalah

Posted: 01 Aug 2014 10:03 PM PDT

Anwar Ibrahim.
)
PETALING JAYA: Keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diakui menjadi punca perbalahan antara tiga sekutu Pakatan Rakyat (PR).

Mengakui perkembangan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, ketiga-tiga komponen PR iaitu PKR-PAS-DAP tetap berikrar untuk mengukuhkan kerjasama politik antara mereka.

"Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

"Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sejak akhir-akhir ini isu kepimpinan di Selangor membabitkan komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar mencetuskan perbalahan terbuka antara sekutu PR.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Abdul Hadi secara terbuka menolak cadangan untuk melantik Dr Wan Azizah bagi menggantikan Abdul Khalid.

Kenyataan Abdul Hadi itu disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila turut mempersoalkan motif utama PKR melakukan perubahan kepimpinan di Selangor.

Zuhdi perjelas mesej WhatsApp Dr Zuhdi

Posted: 01 Aug 2014 08:11 AM PDT

Dr Mohd Zuhdi Marzuki yakin alasan bagi pembocor maklumat yang mendedahkan cetakan skrin WhatsApp adalah untuk memaksa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadapnya kerana menentang 'Langkah Kajang'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki yakin alasan bagi pembocor maklumat yang mendedahkan cetakan skrin WhatsApp adalah untuk memaksa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadapnya kerana menentang 'Langkah Kajang'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini menjelaskan tentang cetakan skrin mesej kontroversi dalam WhatsApp beliau yang membincangkan senario yang mungkin dihadapi parti jika meninggalkan pakatan pembangkang.
Beliau berkata mesej itu sekadar membayangkan senario itu berdasarkan perkataan diungkapkan oleh beberapa anggota PAS yang tidak berpuas hati dengan DAP berhubung isu penggunaan kalimah Allah, dan serbuan ke atas pertubuhan gereja.
Oleh itu, katanya mesej beliau itu hanya mewakili pandangan beberapa anggota PAS yang mahu keluar daripada Pakatan Rakyat, dan bukannya keputusan atau pendapatnya sendiri.
"Jika saya dapat dedahkan keseluruhan mesej itu, saya pasti ramai yang akan faham apa yang saya maksudkan.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh bercakap tentang apa-apa yang dibincangkan dalam kumpulan WhatsApp itu walaupun ada orang yang mendedahkan cetakan skrin itu kepada umum," katanya dalam kenyataan di Shah Alam hari ini.
Zuhdi, dalam perbualan yang dibocorkan itu dikatakan membincangkan dalam rangkaian WhatsApp pemimpin Jawatankuasa PAS Pusat tentang kemungkinan parti bekerjasama dengan Umno di Selangor dan pada masa sama mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai menteri besar.
Beliau menegaskan mesej beliau itu mungkin disalah tafsir oleh pihak tertentu untuk agensi peribadi mereka.
"Alasan bagi pembocor maklumat (yang mendedahkan cetakan skrin itu) adalah untuk memaksa (presiden) PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya kerana saya menentang "Langkah Kajang'," katanya.
Pelbagai pendapat diutarakan oleh pemimpin PKR, PAS dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat, berikutan keputusan PKR untuk menggantikan Khalid dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Dalam respons segera, Naib Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam satu kenyataan berkata, Gerakan dan Barisan Nasional menentang sebarang kemungkinan kerjasama antara PAS dan Umno kerana kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk kepentingan politik dan monopoli kuasa.
"Tiada peluang bagi kerjasama di bawah keadaan seumpama itu, dan kami menentang langkah itu kerana ia membelakangkan kepentingan awam,' kata Lau dan menurutnya kepimpinan Pakatan Rakyat wajar menyelesaikan krisis jawatan menteri besar Selangor secara baik. – Bernama, 1 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zuhdi-perjelas-mesej-whatsapp#sthash.HLfmZqre.dpuf

Anwar Punca Krisis MB Selangor - Zaid

Posted: 01 Aug 2014 04:52 AM PDT


Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 3:55 PM


Zaid Ibrahim.

PETALING JAYA: Krisis yang sedang menyelubungi Pakatan Rakyat berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didakwa merancang dengan baik, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid yang juga bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, jika keputusan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor dibuat sebulan yang lalu, Anwar harus mengambil kira pandangan semua pihak.
"Beliau berpendapat apa sahaja yang diinginkan, orang lain akan turuti. Sebagai seorang ketua pembangkang beliau menunjukkan contoh tidak baik bagaimana cara untuk menunjukkan pasukan yang bersatu-padu," katanya kepada The Star Online.
Krisis semakin meruncing dalam Pakatan Rakyat berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan Khalid untuk digantikan sebagai Menteri Besar Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan terbuka kepada Khalid.
Kemelut itu semakin meruncing apabila satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat untuk bergabung dengan Umno dibocorkan dan menjadi viral di laman sosial.
Paparan skrin itu mendedahkan pendapat Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat.
Beberapa pemimpin Pakatan memberi amaran bahawa isu ini boleh memecahkan Pakatan Rakyat.
Zaid bagaimanapun, tidak percaya Pakatan Rakyat akan berpecah sebaliknya menjadi lemah.
"Jika mereka tidak berpecah, Barisan Nasional akan memusnahkan mereka. Mereka akan hilang sokongan dan perlu bermula semula. Namun, ia tidak akan sama seperti sebelum ini," kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu.
Ketika ditanya jika PKR mempunyai alasan kukuh untuk menggantikan Khalid, Zahid berkata, tiada tetapi sebagai anggota parti, Khalid perlu mematuhi pendirian PKR.
"Beliau perlu mematuhi keputusan parti melainkan beliau sendiri berhasrat meninggalkan parti," kata Zaid.

Berhenti musnahkan diri sendiri, Pakatan perlu mesyuarat segera, kata AJK PAS Pusat

Posted: 01 Aug 2014 01:44 AM PDT




Seorang lagi pemimpin PAS meminta agar persidangan dibuat segera oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan bagi menghentikan 'kemusnahan sendiri' yang dilakukan ahli dan penyokong mereka sekarang.
"Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk 'Menghentikan Kemusnahan' ini (Arrest the Self-Destruction)... tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi menguruskan tuntutan krisis yang ganas ini.
"10 hari terlalu lama dalam politik, dan media Barisan Nasional (BN) saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendesak pimpinan PAS mempercepatkan mesyuarat mereka tanpa perlu menunggu 10 Ogos depan untuk bermesyuarat seperti ditetapkan sebelum ini.
AJK PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat 10 Ogos ini bagi membincangkan cadangan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Cadangan itu dikemukakan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden PR pada 23 Julai lalu.
Ekoran cadangan itu, PAS dan DAP dalam satu kenyataan bersama berkata mereka akan membawa balik cadangan ini kepada parti masing-masing.
Menurut Dzulkefly yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PR sekarang sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" atau 'mod memusnahkan diri sendiri' ekoran pertelingkahan dalaman sesama mereka.
"Pimpinan tertinggi harus segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini," kata beliau dalam satu surat terbuka kepada pucuk pimpinan dan pendokong PR.
Beliau berkata, sangat malang jika PR berakhir di sini, kerana umum mengetahui hanya inilah wadah yang menjadi harapan rakyat untuk mampu memberi 'check and balance' serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan Barisan Nasional (BN) dalam urus tadbir negara serta Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
"Berpada-padalah saudaraku bahkan sebaiknya 'segera hentikan' dalam 'menyerang serta menembak sesama sendiri' kerana saudara sedang ditertawakan oleh seteru politik kita yang bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat kini.
"Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara... Ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi justeru kerana saudara menembak sesama sendiri... malang!" kata Dzulkefly.
Menurutnya, rakyat mengharapkan PR sedangkan mereka asyik bercakaran dan ditanggapi sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara. – TMI