Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


BIAR PAS SENDIRIAN DARIPADA BERSAMA UMNO

Posted: 31 Jul 2014 05:43 AM PDT


Pendapat peribadi Kalau PAS nak keluar dari PR ...
Keluarlah.. tapi janganlah bersekongkol dengan umno BN .. biarlah duk sorang ..
Umno tidak iklas percayalah..
Masuklah menjadi ahli PAS disebabkan ingin menegakkan kalimah Allah dengan iklas..
Bukan kerana pengaruh kekawan atau rasa kecewa dengan parti lain...
Ingatlah perang badar tentera yang seramai 313 orang(82 Muhajirin dan 231 ansar) boleh mengalahkan beribu tentera kafir..
Biarlah PAS kesaorangan ... Kita perbaiki akidah ,aklak dan ibadah ahli-ahli kita
Agar Allah sayang kita ..
Agar Masyarakat akan hormat kita ...
Dengan cara ini nanti dalam pilihanraya pengundi akan ingat ,kasih dan sokong kita ...
Buatlah apa yang Allah suruh ...
Bukanya buat kerja Allah..
Ingatlah kesah nabi Ibrahim dibakar .. seekor burung membawa air dengan paruhnya..
Sekurang-kurangnya ia bekerja ..berusaha..
Kalau 313 tentera boleh tewaskan beribu tentera kafir..
Tidak mustahil 100 ribu ahli PAS boleh menawan/memerintah Malaysia..
Adakah Allah kasih dan sayang kita ??
Adakah Allah dekat dengan kita bagaikan mata hitam dengan mata putih ?
Jaga AKIDAH
jaga AHLAK
jaga IBADAH
InsaAllah Masyarakat akan sokong kita.
ALLAH - MATLAMAT KITA
QURAN - PERUNDANGAN KITA
RASUL - PEMIMPIN KITA
DAKWAH - JALAN KITA
SYAHID - CITA-CITA KITA

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Laporan Media Israel itu betul ke atau diversion untuk Anwar?

Posted: 31 Jul 2014 09:00 PM PDT


Betulkah laporan media Israel yang mengatakan Hamas berlatih di Israel?

Yahudi Zionis disuspek terlibat menembak MH17 dan segera perhatian media beralih dari kezaliman Israel terhadap Palestine.

Propaganda Israel tergamak membuat pembohongan buta-buta.

Namun begitu Israel tidak akan tergamak berbohong melainkan ada bahan untuk membolehkan mereka spin.

Satu yang boleh dijangka adalah untuk bantu Anwar alihkan andangan dari isu politik Selangor. Nampak sangat SUARAM cuba bantu PKR dengan menimbulkan skandal yang dituntut pelbagai tindakan sedangkan tuduhan tiada bukti atau substance.

Namun FB Gegar Rakyat lihat ada sebab yang membuat Israel suspek Hamas berlatih di Malaysia. SIla ke link SINI

Hehehe PAS Piss Pus

EDL bermula, VEP patut mula ... DAP, PKR pertahan SIngapura

Posted: 31 Jul 2014 05:57 PM PDT


Baca sokongan The Patriot SINI untuk VEP.

Singapura boleh buat apa saja sukahati dia tapi kita tak boleh. Apa ke bala?????????

Menariknya sekali bila DAP yang sokong PAP polisi pula berpura-pura nan membela rakyat Malaysia.


Sibuk saja Nga Kor Ming. Jaga hal Perak ko tu....

HIghway dibuat untuk selesaikan masaalah kesesakan yang disebabkan kenderaaan keluar masuk SIngapura. DIguna oleh 80% kenderaaan SIngapura.

Apa pula orang tempatan JB perlu bayar toll. Ada highwat seperti di Ipoh orang tempatan boleh guna tanpa perlu bayar tol. Ada sebahagian elevated highway AKLEH boleh diguna tanpa perlu bayar.

HUjah orang lain guna EDL tak perlu bayar tak jadi hal kerana mereka rakyat tempatan yang bayar cukai. Yang kerja di SIngapura dan kenderaan singapura tak ada bayar cukai tapi kerajaan pulla perlu belanja wang selesaikan masaaalh yang dibawa mereka ke JB.  

Dalam hal EDL, baca hujah-hujah perlu caj toll berikut:
ABITW SINI dan SINI
Jebat Must Die SINI
Rocky Bru SINI
Apanama SINI and SINI
Annie SINI

Bila ahli PAS didakwa, baru Mujahid bersuara

Posted: 31 Jul 2014 09:40 AM PDT




Selama ini PAS hanya berdiam sahaja bila orang Melayu Islam dikenakan dakwaan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan kaum cina yang hina bangsa Melayu dan umat Islam terlepas mudah. 

Ingatkan PAS dah jadi liberal dan akan biarkan saja untuk politik, rupanya Mujahid yang terliat sebagai pengerusi dalam MPKN untuk bubarkan akta hasutan juga yang pertahankan Ustaz Shahul Hamid yang akan didakwa oleh Peguam Negara. 

Sebabnya dia ahli PAS dan ini menunjukkan PAS puak Anwarinas tidak berpegang pada prinsip tapi kejumudan kepartian egitu menyerlah.

Dalam sidang akhbar, Mujahid menyatakan ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Shahul Hamid adalah ucapan beberapa tahun yang lalu dalam siri kuliah beliau. Video klip yang diambil adalah sebahagian daripada ceramah yang disampaikan dan disebarkan di dalam internet   

 Beliau mengaku Shahul adalah ahli PAS dan ambil tanggungjawab. Namun Mujahid masih memberi alasan politik yang cetek dengan menyatakkan Shahul tidak mewakili pas dan telah menyampaikan dakwah berdsarkan ilmu yang ada pada diri beliau  

Ekoran itu beliau beretorik mengatakan isu agama amat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan kaum serta agama lalu -menyeru semua pihak agar menghentikan isu ini untuk mengelakkan berlakunya salah faham antara kaum 

Mat liberal berbulu badan macam gorilla ini menyatakan agama islam menyeru supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa atau agama

Beliau meminta  semua pihak tidak terus memanipulasikan isu ini kerana ia akan merugikan semua pihak tapi apabila Kiki diviralkan kenapa Mujahid berdiam diri.

Gani Patail berat sebelah lagi!!!

Posted: 31 Jul 2014 06:00 AM PDT






Keling mogok saja ... cepat Gani 4 Tahil dakwa




Unspinners takk mahu gaduh dengan kaum India yang mangsa exploitasi dan mudah tersinggung tapi persoalannya tindakan AG begini hanya membuat orang Melayu tersinggung.

Berlaku adillah pada semua supaya undang-undang dihormati. Yang orang India hina Melayu dan Islam Gani diam ...

Undang-undang tak perlu dilihat dari kacamata kaum.

Realiti buat DAP yang harapkan undi Melayu dari PKR

Posted: 31 Jul 2014 12:00 AM PDT



Mula-mula PKR baru hadapai pemilihan parti yang begitu memecah belahkan parti. DAP pun juga tapi kesannya tidak seteruk PKR. Namun DAP sediakah ketepikan PAS untuk harapkan PKR memberi undi Melayu?

Lihat realiti berikut yang diterima dari Sir Azri:

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Menteri Pun Dah Bersuara, Apa Tunggu Lagi?

Posted: 31 Jul 2014 08:09 PM PDT

YB KJ pun dah bersuara bila tengok 'ketidak seimbangan' pendakwaan dalam isu ini.


Harap Jabatan Peguam Negara dan PDRM boleh buktikan persepsi wujudnya 'ketidak seimbangan' pendakwaan dalam isu seperti ini adalah salah.

*Bukti-buktikan.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


DAP, PKR Jangan Campur Urusan Pas - Norazli

Posted: 31 Jul 2014 10:25 PM PDT

alt

KUALA LUMPUR 1 Ogos - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan berhenti mendesak Pas mengambil tindakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.

Menurut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.

"Tahaluf siyasi yang kita jalankan dalam pakatan pembangkang adalah untuk kerjasama politik sahaja.

"Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP dan PKR, jadi jangan campuri urusan dalaman Pas," katanya yang dipetik dari utusan malaysia, semalam.

Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Anthony dan Rafizi dalam kenyataan masing-masing menggesa pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Mohd. Zuhdi berikutan analisis yang dihasilkannya itu.

Norazli menambah, DAP dan PKR dilihat mengamalkan dwistandard semasa membidas Mohd. Zuhdi kerana kedua-dua parti itu tidak pernah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang mengkritik dasar-dasar Pas termasuk hudud.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa pucuk pimpinan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang membocorkan analisis di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

"Perbincangan dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu adalah sulit dan sesiapa yang membocorkan rahsia parti boleh dianggap sebagai pengkhianat," katanya.

Norazli memberitahu, sebagai pemimpin yang dilantik oleh akar umbi Pas, individu terbabit sepatutnya bersikap amanah dalam menjaga rahsia parti.

Isu MB Selangor - PR boleh hilang Selangor - Dr Jeniri Amir.

Posted: 31 Jul 2014 07:41 AM PDT

  • Dr Jeniri AmirDr Jeniri Amir
 1 / 1 
SHAH ALAM –  Kemelut terkini dihadapi PR dalam isu kerusi Menteri Besar Selangor perlu diselesaikan segera, kata Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir.

Katanya, jika dibiarkan berlarutan terlalu lama, PR bakal berdepan risiko kehilangan Selangor seperti mana krisis yang melanda negeri ditadbir mereka, Kedah, satu masa lalu.

Beliau berkata, PR sepatutnya menjadikan isu itu pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan sama, sehingga menggambarkan pimpinan tertinggi parti tiada kesepakatan dan tidak mampu menangani krisis dalaman mereka.

"Ini beri gambaran yang amat buruk kepada rakyat, bukan sahaja di Selangor, malah seluruh negara terhadap keupayaan PR yang dikatakan menjadi pengganti BN di masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, lebih membimbangkan jika lewat ditangani secara bijaksana dalam waktu terdekat akan menimbulkan keretakan yang amat besar dan mungkin kesudahannya berlaku perpecahan komponen PR.

"Saya fikir mereka tidak harus membiarkan isu ini terlalu lama. Mereka perlu belajar dengan  kegagalan urus tadbir di Kedah yang akhirnya terlepas kerana rakyat kecewa.

"Jangan hairan hal ini juga berlaku di Selangor dan pentadbiran negeri bakal kembali semula akan kepada BN," katanya.

Bagaimanapun, katanya itu terpulang kepada kepimpinan parti menyelesaikan segera konflik tersebut.

PR Ada Potensi Berpecah

SHAH ALAM - Tindakan PKR mahu meletakkan Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor boleh menyebabkan perpecahan dalam PR.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perpecahan boleh diandaikan berlaku kerana pimpinan dalam PR selesa dan berpuas hati dengan corak pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.
"Saya hanya meramal dan mungkin ini (perpecahan) akan berlaku memandangkan Abdul Khalid dilihat mampu mengurus tadbir negeri dengan cemerlang dan tiada alasan untuk menukarkan Menteri Besar Selangor.
"Jika meneliti rekod, Wan Azizah tiada pengalaman mengurus tadbir negeri kerana tidak pernah dilantik menjadi menteri. Jadi timbul persoalan adakah Wan Azizah berjaya mentadbir Selangor atau hanya dibayangi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya, semalam.
Jelas Ahmad Atory, Wan Azizah juga tidak mempunyai pengalaman seperti Abdul Khalid yang merupakan tokoh korporat serta mahir dalam selok-belok pentadbiran dan ekonomi demi memastikan Selangor maju membangun.
"Wan Azizah juga tiada pengalaman ekonomi. Jadi kita tak pasti sama ada Wan Azizah lebih berkesan untuk mentadbir Selangor atau lebih teruk daripada Abdul Khalid.
"Apa yang kita lihat Ketua Umum PKR, Anwar hendak meletakkan isterinya sebagai menteri besar semata-mata untuk meneruskan legasinya sahaja," katanya.
Beliau berpendapat itu antara sebab Pas sepakat memberi sokongan supaya Abdul Khalid dikekalkan.
Malah katanya, kebanyakan pengamal politik mempertikai tindakan Anwar yang enggan mendedahkan beberapa polisi yang dibawakan Abdul Khalid yang dikatakan tidak sesuai atau tidak berkesan.
"Apakah Wan Azizah boleh melancarkan polisi yang didakwa tidak berkesan dilaksanakan oleh Abdul Khalid? Mungkin rakyat juga tidak yakin pentadbiran Wan Azizah lebih lancar daripada pemerintahan Abdul Khalid," katanya.

Husam mahu Zuhdi bertanggungjawab atas analisis WhatsApp terbocor

Posted: 31 Jul 2014 03:11 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.












Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuk bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.
Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.
"Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider.
fBagi Husam, penyataan senario itu merupakan satu hal, tetapi yang terlalu besar untuk dipikul PAS adalah istilah rasis yang digunakan dalam tulisan itu.
"Dengan perkembangan yang berlaku kebelakangan ini termasuk yang (kenyataan) ini, hancur segala yang dibina oleh PAS selama ini," katanya.
Husam mengulas kebocoran tulisan analisis senario Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp yang kini tersebar luas.
Menurut Husam, beliau bukan sebahagian daripada perbincangan WhatsApp itu.
Perbincangan WhatsApp yang tersebar itu mendedahkan Zuhdi menulis:
"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.
"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," tulis Zuhdi yang pada masa sama mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku melalui akaun Facebook.
Menurut Husam, analisis senario ini bertembung dengan sikap parti itu dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di samping merosakkan jambatan yang dibina dengan pihak luar.
"Dalam kes di Terengganu ketika krisis Datuk Seri Ahmad Said dengan BN, kita ambil pendirian tidak akan memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno untuk melompat menyertai PAS. Jadi analisis ini sudah bertentangan dengan pendirian PAS selama ini," kata Husam mengulas cadangan dalam analisis itu yang sedia menerima pihak Umno untuk bekerjasama dengan PAS.
Menurut Husam, paling teruk adalah istilah digunakan untuk menyerang pihak luar yang selama ini bekerjasama dengan PAS.
"Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh dan tidak mengaitkan PAS dalam hal ini," kata Husam.
Sementara itu, AJK PAS Pusat Nasruddin Hassan yang turut serta dalam perbincangan WhatsApp ini mempertahankan analisis Zuhdi dengan berkata ia hanya sebahagian kecil dari analisisnya dan bukan pandangan beliau.
"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu per satu baris keseluruhan perbincangan group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potret A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat.
"Perbahasan non-stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba-tiba hanya disebarkan secebis sahaja yang mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Zuhdi," kata ahli Parlimen Temerloh itu.
Beliau berkata, ramai menganggap itu adalah kenyataan Zuhdi, sedangkan beliau tidak mempunyai pendirian sedemikian.
"Apa yang tertera melalui perca perbincangan yang didedahkan adalah satu daripada banyak senario analisis yang dibentang Zuhdi apabila ahli group sedang berbincang mengenai satu topik yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor, iaitu 'bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat'," kata beliau dalam satu kenyataannya.
Sehubungan itu, beliau menyelar individu yang membocorkan sebahagian kecil perbincangan AJK PAS Pusat itu dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan 'conversation' ahli kumpulan mengenai isu menteri besar Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani.
"Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati 'warlord'nya yang berada di luar parti ," katanya. – 31 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/husam-mahu-zuhdi-bertanggungjawab-atas-analisis-whatsapp-terbocor#sthash.bOs6pU0d.dpuf

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Berhenti musnahkan diri sendiri, Pakatan perlu mesyuarat segera.....

Posted: 31 Jul 2014 08:37 PM PDT

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. 

Seorang lagi pemimpin PAS meminta agar persidangan dibuat segera oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan  bagi menghentikan 'kemusnahan sendiri' yang dilakukan ahli dan penyokong mereka sekarang.
"Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk 'Menghentikan Kemusnahan' ini (Arrest the Self-Destruction)... tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi menguruskan tuntutan krisis yang ganas ini.
"10 hari terlalu lama dalam politik, dan media Barisan Nasional (BN) saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendesak pimpinan PAS mempercepatkan mesyuarat mereka tanpa perlu menunggu 10 Ogos depan untuk bermesyuarat seperti ditetapkan sebelum ini. AJK PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat 10 Ogos ini bagi membincangkan cadangan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Cadangan itu dikemukakan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden PR pada 23 Julai lalu.
Ekoran cadangan itu, PAS dan DAP dalam satu kenyataan bersama berkata mereka akan membawa balik cadangan ini kepada parti masing-masing.
Menurut Dzulkefly yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PR sekarang sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" atau 'mod memusnahkan diri sendiri' ekoran pertelingkahan dalaman sesama mereka.
"Pimpinan tertinggi harus segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini," kata beliau dalam satu surat terbuka kepada pucuk pimpinan dan pendokong PR.
Read More / Baca Lagi >>

Ang Pow Raya UMNO@BN: Kenaikan tol 570% akibatkan kesesakan teruk di Tambak Johor

Posted: 31 Jul 2014 08:34 PM PDT

Keengganan pemandu bas kilang membayar kadar tol baru di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pagi ini mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di Tambak Johor pagi ini.

Menurut Zaobao Singapura, bas kilang yang membawa pekerja ke Singapura setiap hari, mengadakan "mogok" pada pukul 5 pagi apabila diminta membayar kadar baru tol yang naik 570 peratus.

Keengganan mereka untuk berganjak, mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di laluan ke pusat pemeriksaan Singapura.

Ketua cabang PKR Tebrau menulis di facebook yang beliau berada di luar CIQ di mana pemandu bas kilang enggan membayar tol baru, menyebabkankesesakan teruk sejak jam 5 pagi.

Menurutnya, pihak kastam dan polis meminta pemandu bas kilang itu sama ada masuk atau beredar dari situ, tetapi berjanji untuk mengumumkan keputusan mengenai tol baru dalam masa seminggu.

Pemandu bas kilang itu, katanya, menjanjikan protes besar sekiranya keputusan dan pengumuman itu nanti tidak boleh diterima.

Keadaan lalulintas dilaporkan semakin baik pada kira-kira pukul 8 pagi.

Kadar tol naik, Pemandu bas mogok, Tambak Johor sesak teruk

Posted: 31 Jul 2014 08:31 PM PDT

Pemandu bas mogok, Tambak Johor sesak teruk
KUALA LUMPUR: Pemandu bas Malaysia yang membawa pekerja kilang serta kanak-kanak sekolah dari Johor Bahru ke Singapura telah melancarkan mogok pagi ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di Tambak Johor.

Dalam laporan Channel News Asia, mogok tersebut dilancarkan disebabkan kenaikan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) berkuatkuasa hari ini, 1 Ogos yang akan memberi kesan ke atas kemasukan kenderaan dari kedua-dua arah.

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada 8 pagi memaklumkan bahawa perkhidmatan bas 160, 170, 170X dan 950 ke Johor Bahru telah dihentikan.

Kata penasihat LTA, penggantungan tersebut adalah disebabkan protes yang diadakan terhadap kenaikan kadar tol oleh pengusaha bas Malaysia yang menghalang aliran trafik bas melalui Tambak Johor.

Namun begitu, pada jam 9:40 pagi, LTA melaporkan bahawa bas 160, 170, 170X telah memulakan separuh perjalanan manakala bas 950 telah mula beroperasi sepenuhnya.

Agensi media di Singapura, MediaCorp Hotline dilaporkan telah menerima sekurang-kurangnya lima panggilan mengenai perkara tersebut pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sanusi: Kalau tak tahu, lebih baik diam..!!

Posted: 31 Jul 2014 08:14 PM PDT

Muhammad Sanusi Md Nor
ALOR SETAR - Pemimpin PKR di negeri ini diingatkan tidak mengkritik pemimpin komponen PR yang lain sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar semasa pemerintahan kerajaan PR yang diterajui Pas suatu ketika dahulu.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pendedahannya yang dikeluarkan di media sosial itu adalah benar dan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

Menurutnya, hanya individu yang mempunyai pengalaman dan merasai keperitan 'menjaga' PKR semasa zaman pemerintahan Pas di Kedah mampu menceritakan kebenaran situasi pada ketika itu.

"Ini bukan fiksyen, saya lalui sendiri. Saya tahu segalanya siapa yang lompat parti, sebab apa, dan satu dunia tahu cerita ini.

"Kalau depa (mereka) tak tahu baik duduk diam, jangan cakap kita fiksyen, jangan dok perlekeh kita pula terutama terhadap Presiden Pas.

"Ini baru sedikit saya cerita, ada banyak lagi perkara dalaman yang terjadi melibatkan parti itu (PKR), tapi tidak mengapalah saya tak mahu dedahkan lagi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, PKR di negeri ini perlu memperkemaskan parti mereka sebelum membuat teguran atau mengkritik komponen PR yang lain terutama Pas.

"Kalau depa (mereka) matang, pi (pergi) bagi elok dulu parti depa, perkemaskan dulu jentera mereka, bagi ada kredibiliti calon-calon, kemudian baru boleh bertengkar (kritik) dengan parti kita (Pas).

"Depa dahulu (semasa pemerintahan Pas) tak mampu pun nak angkat satu jari telunjuk, nak tunjuk siapa calon menteri besar, tapi bila jadi begini depa nak kritik kita pula tak matang dan sebagainya.

Read More / Baca Lagi >>

Apa salahnya Mohamad Nasir di Kelantan pada 1977?

Posted: 31 Jul 2014 07:58 PM PDT


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanya soalan yang begitu relevan sekali berkenaan krisis menteri besar Selangor: "Apa salah Khalid Ibrahim?"
Soalan beliau ini relevan kerana orang ramai juga tertanya-tanya dan ia gagal dijawab dengan berkesan oleh PKR yang ingin Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur.
Kalau ditanya secara lebih abstrak, soalan itu boleh berbunyi, "Dalam keadaan apakah seorang ketua kerajaan itu boleh dan harus dipecat?" Jawapan sebenarnya bergantung kepada sistem politik.

Sistem kerajaan berpresiden (Presidentialism) Mengikut sistem kerajaan berpresiden – yang hanya boleh wujud dalam republik – ketua kerajaan (sama ada presiden atau gabenor) dipilih berasingan daripada badan perundangan, kongres.
Ketua kerajaan dan kongres mempunyai tempoh jawatan tetap dan tidak terikat kepada pihak lain.
Oleh itu, ketua kerajaan hanya boleh dipecat dalam keadaan sangat luar biasa seperti melakukan jenayah atau terlibat dalam skandal besar.
Pemecatan ini dilakukan oleh kongres dan proses itu dinamakan "impeachment".
Satu contoh tidak asing adalah "impeachment" Presiden Gus Dur oleh Majlis Perwakilan Rakyat (gabungan kedua-dua dewan bawah dan atas Kongres Indonesia) pada 2001 dalam beberapa jam selepas beliau mengeluarkan perintah presiden untuk mengisytiharkan darurat, pembubaran Dewan Perwakilan Rakyat (dewan bawah) dan pilihan raya baru dalam masa setahun.
Presiden/gabenor tidak boleh dipecat atau digulingkan oleh jemaah menterinya kerana mereka ini dilantik olehnya dan tidak mendapat mandat daripada rakyat. Dalam kata lain, semua menteri dalam sistem kerajaan berpresiden adalah kakitangan presiden/gabenor dan bukan rakan sejawat atau setarafnya.
Sistem kerajaan berparlimen (Parliamentarianism)
Sistem kerajaan berparlimen – yang menjadi pilihan tunggal sistem kerajaan yang boleh digunapakai untuk monarki berperlembagaan – beroperasi atas logik yang sangat berbeza sekali.
Ia tidak mempunyai dua pilihan raya berasingan untuk kuasa eksekutif dan kuasa perundangan.
Pilihan raya diadakan untuk memilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Undangan. Negeri (DUN) dan mereka ini pula akan memilih sesama sendiri yang menjadi ketua kerajaan (perdana menteri/menteri besar/ketua menteri).
Ketua kerajaan kemudian memilih ahli-ahli jemaah di kalangan rakan-rakan sejawatnya di Parlimen/DUN. Dalam erti ini, Parlimen (badan perundangan) seolah-olah menjadi "badan pemilih" (electoral college) kepada kerajaan (badan eksekutif).
Mengikut logik ini, Parlimen boleh menjatuhkan kerajaan itu bila-bila masa sahaja dengan undi tidak percaya dalam Dewan. Apabila ini berlaku, ketua kerajaan ada dua pilihan. Pertama, letak jawatan dan beri laluan untuk pemimpin yang lain – sama ada daripada parti yang sama atau lain – untuk membentuk kerajaan lain. Kedua, mohon restu ketua negara (raja atau presiden) untuk membubarkan Dewan supaya rakyat boleh mengemaskinikan mandat mereka.
Mekanisme pembubaran dewan sebelum tamat penggalnya ini penting untuk melindungi kerajaan daripada peras ugut segelintir wakil rakyat. Oleh kerana badan perundangan  menjadi penobat badan eksekutif, maka pengundi juga akan memikirkan senario pembentukan kerajaan dalam memilih wakil-wakil rakyat. Ini menjadi satu asas untuk politik kepartian (party politics) dalam kerajaan berparlimen, di mana kerajaan bertanggungjawab melalui disiplin parti.
Pengundi memilih sesebuah parti atas dasar dan programnya, kemudian dengan fleksibiliti munasabah, parti mengambil bahagian dalam Parlimen dan mungkin kerajaan berasaskan dasar dan programnya.
Oleh kerana kerajaan berparlimen ini sebenarnya berasaskan parti, maka perubahan ketua kerajaan itu boleh berlaku dalam parti, dan tidak semestinya menjadi perihal antara parti yang perlu diputuskan dalam Dewan.
Dalam kata lain, penggunaan undi tidak percaya oleh rakan-rakan separti adalah sesuatu tidak normal. Mengikut semangat sistem Parlimen Westminster yang menjadi asas sistem politik kebanyakan negara komanwel, pertukaran ketua kerajaan itu malah boleh dimulakan di kabinet.
Ini kerana perdana menteri/menteri besar/ketua menteri bukanlah bos kepada menteri-menterinya, tetapi adalah rakan setaraf (peer) kepada mereka sungguhpun diunggulkan. Beliau dikatakan "yang terutama antara yang setaraf" (first among equals atau dalam bahasa latin, "primus inter pares").
Dalam rekaan sistem ini, semua menteri Kabinet bukan sahaja rakan sekerja kepada ketua kerajaan tetapi juga bakal pengganti dan pesaing potensinya. Pertukaran ketua kerajaan maka bukanlah pengkhianatan dalam era feudal dahulu, malah salah satu mekanisme metabolisme untuk parti pemerintah.
Kerajaan berparlimen macam bola sepak
Daripada segi praktis, ketua kerajaan di bawah sistem kerajaan berparlimen sememangnya boleh dipecat tanpa melakukan apa-apa kesalahan, kerana pemecatan itu bukanlah "impeachment" dalam sistem presiden yang bermaksud berlakunya jenayah, skandal atau salah laku yang besar.
Di United Kingdom, Margaret Thatcher dicabar sebagai pemimpin Parti Konservatif dan perdana menteri United Kingdom pada 1991 oleh seorang bekas menteri Michael Heseltine.
Read More / Baca Lagi >>

Awas dengan politik kepalsuan – Ismail Hashim Yahaya

Posted: 31 Jul 2014 07:52 PM PDT

Dalam merenungi isu penggantian Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hati nurani seakan berkata bahawa di sebalik pelbagai kenyataan dan pernyataan sama ada yang tersirat dan tersurat, sesungguhnya bergeraknya apa yang dinamakan mesin-mesin kepalsuan di sebalik politik kepalsuan ini.
Jika diteliti dan mempunyai kefahaman yang mendalam, realiti sosial politik kini diambil alih oleh model realiti atau simulasi realiti yang diciptakan untuk menyembunyikan realiti yang sebenarnya.
Media menjadi pentas penciptaan realiti ini, bahkan realiti sosial seakan-akan dikuasai oleh mesin-mesin simulasi: mesin media yang menghasilkan pelbagai bentuk politik kepalsuan: kepuraan-puraan, manipulasi, putar belit, topeng-topeng dan mainan belakang tabir.

Contohnya kalau dahulu semasa Khalid memerintah ramai kalangan mereka yang membenci, mengutuk dan mengkritik beliau. Dan kadang-kadang kritikan dan kutukan tersebut dirasakan tidak berasas sekalipun. Tetapi sekarang kalangan yang mengutuk dan mengkritik inilah yang memuji dan membodek Khalid bagai nak rak. Mereka ibarat telunjuk lurus kelinking berkait.
Mereka ini mendendangkan irama politik kepalsuan dengan penuh kepuraan, putar belit, menggunakan topeng-topeng dan seperti dijelaskan di atas mainan belakang tabir.
Seorang tokoh pasca modernis dari Peranchis, Jean Baudrillard dalam bukunya Simulations (1981) mendefininasikan istilah simulasi ini sebagai "….penciptaan model-model kenyataan yang tanpa asal-usul dan realiti: realiti hiper.
Apa yang diungkapkan itu sebagai suatu model realiti sepintas lalu yang kelihatan nyata tetapi sesungguhnya tidak mengambarkan kenyataan sebenar.
Sebaliknya ia menyembunyikan kenyataan yang hakiki seperti ingin memporak-perandakan penyatuan Pakatan umpamanya dengan mengambil kesempatan di air yang keruh.
Di dalam wacana politik kepalsuan ini, apa yang dimaksudkan dengan simulasi ialah penciptaan realiti melampaui yang harus dilihat dalam konteks putar belit kenyataan, penggelabuan atau pemalsuan realiti.
Sedapat dan sebolehnya realiti atau hakikat itu cuba dikelabui atau dibunuh sehingga mencetuskan situasi chaos atau kacau bilau atau simulasi kacau bilau.
Ini dapat diertikan kewujudan suatu realiti yang melampau yang tidak lain adalah realiti palsu kerana manusia yang wujud bertindak dengan penuh kepura-puraan atau seolah-olah berjuang dengan sepenuh hati dan ikhlas (munafik tulen).
Contohnya seolah-olah wujudnya permusuhan antara parti-parti dalam Pakatan atau Pakatan bergolak; seolah-olah wujud pertikaian antara ahli-ahli parti (melalui kenyataan melalui media sosial); seolah-olah ada kebencian antara ahli parti dalam Pakatan.
Apa yang menjadi nyata atau kenyataan itu ditutup oleh tanda kenyataan (signs of real) sehingga antara model dan kenyataan tidak dapat dibezakan lagi.
Ini kerana simulasi tidak lagi menggambarkan realiti sebagaimana adanya, realiti yang dihasilkan oleh simulasi adalah realiti yang melampaui atau disebutkan realiti hiper (melampaui + realiti).
Ini bermakna realiti tersebut tidak dapat dinilai berdasarkan ukuran-ukuran rasional atau moral sekalipun kerana nilai realiti itu sudah tiada.
Dalam hal ini politik kepalsuan yang dikuasai simulasi sangat bergantung kepada politik pertandaan dan politik citra.
Read More / Baca Lagi >>

Menjawab Rafizi Ramli, Anthony Loke dan Tony Pua – Mohd Zuhdi Marzuki

Posted: 31 Jul 2014 07:49 PM PDT

Hampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang 'Pertembungan Peradaban' (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut.
Pada ketika itu, saya mendukung usaha yang dilakukan oleh guru saya Profesor Osman Bakar untuk menolak teori Huntington, sebaliknya memperkenalkan Agenda Dialog, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan menghargai nilai kemanusiaan.
Agenda Dialog ialah satu usaha untuk mencari titik-titik persamaan antara peradaban khususnya yang berkaitan dengan nilai sejagat dan menghormati titik-titik perbezaan yang biasanya berkaitan dengan kepercayaan beragama.

Saya menggunakan umur muda saya untuk mengusahakan perkara itu, walaupun biasanya umur muda seseorang dicorakkan oleh pemikiran radikal dan ekstrim. Saya terlibat membantu penganjuran siri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban yang diterajui oleh Profesor Osman Bakar, termasuklah satu persidangan yang bertemakan 'Islam and Confucianism'.
Di samping itu, saya juga menghadiri beberapa siri wacana yang turut disertai oleh tokoh kontroversi seperti Dr Nurcholis Majid dan Profesor John Esposito, sebagai usaha melangsungkan Agenda Dialog tersebut.
Berikutan siri-siri persidangan dan wacana itu, Kementerian Pendidikan kemudiannya memperkenalkan satu kurikulum wajib di universiti-universiti tempatan dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas).
Kurikulum Titas ini bertujuan untuk membawa generasi muda Malaysia yang terpelajar menghargai empat peradaban besar dunia yang mereka warisi, di samping menjadikan mereka generasi yang menghargai keharmonian hidup dan menolak unsur-unsur melampau.
Ketika Titas mula diperkenalkan, saya terlibat menyumbangkan fikiran dalam membina kurikulum tersebut. Saya bersama-sama dengan Profesor Chandra Muzaffar, Profesor Hashim Musa dan beberapa rakan yang lain menulis Bab Pertama Buku Teks Titas berkaitan dengan 'Pengenalan kepada Peradaban' dan Bab Terakhir berkaitan dengan 'Cabaran-cabaran Peradaban Masa Kini'.
Harapan yang tinggi diletakkan agar kurikulum ini akan melahirkan generasi muda Malaysia yang berusaha ke arah memupuk keharmonian kaum dan menghindarkan ekstrimisme.
Apabila Anthony Loke beberapa bulan yang lalu melahirkan pandangan prejudis terhadap kurikulum Titas ini seterusnya menyarankan Titas tidak lagi menjadi kursus wajib di universiti, saya adalah antara mereka yang tertanya-tanya adakah beliau mendapat gambaran yang betul tentang latar belakang kursus Titas ini?
Apabila Profesor Chandra Muzaffar ditamatkan kontrak perkhimatan, saya menggantikannya mengajar satu kursus dalam program Sarjana Dialog Peradaban. Sekali lagi saya meneruskan peranan mempromosikan Agenda Dialog terutama kepada bakal pemegang ijazah sarjana yang bakal menjayakan kurikulum Titas di seluruh negara.
Saya juga terlibat menyelia pelajar-pelajar ijazah tinggi dan ijazah dasar termasuk mereka yang mengkhusus dalam Sarjana Dialog Peradaban. Kesempatan mengajar Titas dan Sarjana Dialog Peradaban memberi peluang kepada saya memperolehi ramai anak murid dari pelbagai kaum yang bilangannya mungkin menjangkau ribuan.
Mereka yang pernah menjadi murid saya, boleh melihat sendiri sikap saya yang konsisten terhadap hubungan harmoni antara kaum dan saling faham-memahami antara peradaban.
Saya bukanlah seorang ahli politik, dan jauh sekali untuk menjadi selebriti politik. Saya hanya seorang akademik yang menyumbang fikiran kepada orang politik, supaya politik negara ini akan lebih menghargai keharmonian kaum dan mengelakkan ekstrimisme.
Menjelang PRU 2004, saya pernah dijemput membentangkan satu kertas kerja tentang peranan Masyarakat Madani, sebagai salah satu langkah menyediakan Manifesto Barisan Alternatif.
Dalam pembentangan itu, saya menekankan sekali lagi Agenda Dialog, dan peranan Masyarakat Madani sebagai elemen penting mencapai peradaban Malaysia. Meskipun demikian, peranan Masyarakat Madani ini tidak boleh lari dari garis panduan agama sesuai dengan perkataan 'Madani' itu sendiri berkaitan rapat dengan peranan agama sebagai asas pembinaan sesebuah peradaban.
Semenjak saya berperanan sebagai penyumbang fikiran kepada orang politik, saya pernah beberapa kali duduk sepentas dengan Rafizi Ramli. Saya pernah duduk sepentas dengan beliau dalam wacana sumbang saran penyediaan budget kerajaan negeri Selangor beberapa tahun lalu.
Kami diminta membincangkan tajuk bagaimana memperkasakan demokrasi di Selangor. Dalam wacana itu, saya sekali lagi menyebut tentang kepentingan peranan Masyarakat Madani sebagai rakan kongsi kepada kerajaan negeri ke arah mencapai sebuah pemerintahan yang bertatakelola baik (good governance).
Read More / Baca Lagi >>

Pendedahan Sanusi 'fiksyen' pengalaman semata-mata

Posted: 31 Jul 2014 07:19 PM PDT

Pendedahan Sanusi 'fiksyen' pengalaman semata-mata ALOR SETAR - Tindakan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan kemelut yang melanda pakatan pembangkang di negeri itu dalam Facebook disifatkan sebagai 'fiksyen' berdasarkan pengalaman sendiri.

Ketua Penerangan PKR Kedah, Dr Azman Ismail berkata, setiap pemimpin di dalam PR mempunyai persepsi sendiri terhadap parti masing-masing namun ia perlu menggunakan cara yang betul untuk menyuarakannya.

Menurutnya, semasa pemerintahan Pas di Kedah, parti-parti lain di dalam PR juga mempunyai pandangan dan pengalaman tersendiri namun tidak perlu didedahkan kepada umum sebaliknya  menggunakan saluran yang betul seperti perbincangan.

"Itu hanya perspektif dia sendiri. Dia bercakap berdasarkan pengalaman dia. Kita juga ada pandangan kita tapi tak perlu didedahkan kepada semua.

"Itu semua fiksyen semata-mata. Kenyataan seperti itu tidak membantu semua pihak malah ia hanya merosakkan imej PR. Kalau pemimpin matang tak akan bagi komen seperti itu seperti pemimpin tertinggi Pas yang lain (Datuk Mahfuz Omar) sebelum membuat kajian.

"Kita bukan lagi parti amatur tapi sudah profesional dan mentadbir beberapa negeri. Kita kena matang dan tidak mengikut emosi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Justeru, Azman berkata, tindakan membalas kenyataan yang dilakukan beberapa pemimpin PR itu tidak wajar dilakukan di media sosial kerana rakyat akan menilai tindakan tersebut sekaligus memberi impak kepada diri sendiri.

"Saya tak salahkan sesiapa atau sebelah pihak sahaja. Kita sebagai pemimpin kena matang dan tidak beremosi serta perlu menggunakan perkataan yang sopan.
Read More / Baca Lagi >>

17 dari 22 Cabang PKR Selangor sokong Khalid kekal sebagai MB Selangor?

Posted: 31 Jul 2014 07:14 PM PDT

Dalam PKR Selangor terdapat 22 Cabang keseluruhannya.. oleh itu apabila hanya 5 Cabang yang mahukan Tan Sri Khalid dikenakan tindakan disiplin ini bermakna lagi 17 Cabang yang ada menyokong Khalid Ibrahim..

Kalau setakat 5 Cabang tu saja.. nak jadi apa?.. Anwar pasti akan bertanya nanti dari kesemua 5 Cabang itu berapa yang benar-benar aktif?

Kalau mesyuaratpun tak tentu hala.. ahli pun langsung tak bertambah, tak payah buang masalah!

Nak buat kerja tu biarlah semuanya sepakat.. ini tidak nak mendesak tapi mendesak sebagai suara minoriti, nak jadi apa?

Punca sebenar apa agaknya yang menjadikan isu MB Selangor ini bertukar dari isu tempatan menjadi isu nasional?

Rasanya isu ini tak akan meleret-leret jika tindakan yang sewajarnya diambil dan dilaksanakan oleh Presiden PKR dan Ketua Umum dua tahun selepas PRU12 ketika pentadbiran Tan Sri Khalid mula dipertikaikan ramai pemimpin PKR Selangor..

Ianya juga mungkin tidak akan menjadi isu sebegini haru biru jika Tan Sri Khalid tidak dilantik semula sebagai MB Selangor sebagaimana yang telah dijanjikan bila ianya diusulkan oleh kebanyakkan pemimpin PKR Selangor kepada Presiden dan Ketua Umum..

Entah siapalah yang nasihatkan Ketua Umum dan Presiden PKR itu untuk kekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal yang kedua..

Sekarang.. dari dua pilihan PKR hanya ada satu lagi pilihan.. pilihan apa?.. bila ada masa aku tulis..

Laporan berkaitan..

Cabang PKR Selangor menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR).
Read More / Baca Lagi >>

APAKAH ADA ‘TANGAN’ YAHUDI YANG MELAGAKAN KITA DI MALAYSIA

Posted: 31 Jul 2014 07:06 PM PDT

Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir bahawa di negara kita Malaysia pun ada 'tangan-tangan Yahudi' yang merancang dan melaga-lagakan bangsa kita supaya berpecah supaya senang ditakluki oleh kuasa asing yang berminat untuk menguasai negara kita. Mungkin kita tidak terfikir kerana kita amat selesa kini dengan keadaan negara kita yang kononnya dalam keadaan aman dan damai. Namun dalam suasana 'aman dan damai' itu sedarkan kita bahawa seolah-olah ada 'tangan-tangan ghaib' yang cuba melaksanakan dasar 'pecah dan perintah' ke atas rakyat negara ini, supaya matlamat akhirnya ialah kehancuran kepada negara.
Seingat aku, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah Malaysia wujudnya 'batu api' yang sentiasa cuba 'memanaskan' isu hubungan kaum antara Melayu dan bukan Melayu dan antara Islam dengan bukan Islam seperti yang berlaku kini. Tidak pernah. Akhir-akhir ini ternampak dengan jelas elemen yang cuba mengadu domba, mengapikan perbalahan antara Melayu dan bukan Melayu ini. Seolah-olah usaha sedemikian nampaknya berterusan, lepas satu, satu.
Walaupun ada wujud perasaan ketidakpuasan antara satu kaum dengan kaum lain itu, namun tidak dinyatakan dengan jelas berbanding dengan sekarang. Sentiasa tersimpan demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum lain yang mungkin terguris dengan kenyataan yang sensitif. Beberapa tahun kebelakangan ini, hal untuk menjaga hati dan perasaan orang lain (kaum lain) semacam tidak dipedulikan. Masing-masing mementingkan diri sendiri.
Ada terdapat dua tiga kerat golongan NGO yang sentiasa mendabik dada, seolah-olah merekalah jaguh yang mewakili kaum Melayu, yang akan sentiasa mempertahankan orang Melayu dan beragama Islam sehingga ke titisan darah terakhir (konon!!). Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka langsung tidak menggambarkan rasa hormat mereka kepada kaum-kaum lain yang ada di negara ini yang juga merupakan rakyat Malaysia sejati mengikut perlembagaan Malaysia.
Sememangnya ditegaskan oleh Perlembagaan Malaysia mengenai hak keistemewaan orang Melayu kerana syarat demikian menjadi tukaran dengan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang ingin bermastautin di Tanah Melayu. Itu merupakan perjanjian kemerdekaan. Dan dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Dan diterima dengan senang hati oleh golongan bukan Melayu ( yang tahu tentang sejarah Malaysia).
Selepas 50 tahun merdeka, senarionya tentulah berubah dan keadaan bangsa Malaysia juga berubah. Peristiwa 13 Mei 1969, walaupun pahit untuk dikenangkan, tetapi telah memberikan berbagai pengajaran dan ingatan kepada rakyat Malaysia. Peristiwa itu telah menjadi 'sempadan' bagi bangsa Malaysia untuk terus maju berlandaskan perpaduan yang kukuh dan utuh. Sepatutnya Peristiwa 13 Mei 1969 diwar-warkan sebagai peristiwa yang telah mengubah 'landskap' hubungan antara kaum di Malaysia. Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang kukuh. Sepatutnya begitu.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak diancam krisis bekalan air...BN pandai urus bab air ni.....!!!! Selangor tak pandai....

Posted: 31 Jul 2014 06:58 PM PDT

Jika tiada hujan dalam tempoh seminggu ini, Kuching diramal berdepan masalah kekurangan air sama seperti yang berlaku di beberapa daerah dan bahagian lain di Sarawak.

IMG_4119KUCHING: Sarawak dijangka akan berdepan dengan krisis bekalan air yang serius apabila Kuching diramal menghadapi masalah kekurangan air dalam tempoh seminggu akan datang.
Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo berkata kemarau panjang akibat fenomen El Nino menyebabkan paras air di kawasan tadahan Batu Kitang di Sungai Sarawak Kiri berada pada tahap kritikal.
"Jika tiada hujan dalam tempoh seminggu ini, Kuching diramal berdepan masalah kekurangan air sama seperti yang berlaku di beberapa daerah dan bahagian lain di Sarawak.
"Keadaan ini menyebabkan tindakan pencatuan bekalan air terpaksa dilakukan sebagai cara untuk meningkatkan paras air di kawasan tadahan," katanya di sini, semalam.
Loji rawatan air bersih Batu Kitang milik Lembaga Air Kuching (LAK) kini berada pada tahap 1.7 meter di bawah paras kritikal.
Catuan air juga terpaksa dikuatkuasakan di beberapa kawasan termasuk di Samarahan dan Bau mulai jam 5 petang hingga 8 malam, manakala bekalan air dihantar menggunakan lori ke kampung-kampung di daerah Simunjan, Sebuyau dan Asajaya sejak beberapa minggu lalu.
Penduduk bergaduh kerana air
Proses penghantaran bekalan air ke Semera di Asajaya semalam terganggu apabila berlaku sedikit kekecohan antara penduduk yang berebut untuk mendapatkan bantuan air.
Read More / Baca Lagi >>

PKR perlukan Pas untuk terus bertahan?

Posted: 31 Jul 2014 06:49 PM PDT

KUALA LUMPUR - Tekanan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Pas dalam isu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, menunjukkan keangkuhan kedua-dua parti itu yang tidak mempedulikan pengaruh besar politik Pas di negara ini.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Pas seolah-olah berada dalam keadaan 'lembu dicucuk hidung' dan akan terus diperlakukan sebegitu walaupun pelbagai sumbangan serta pengorbanan dilakukan parti itu kepada pakatan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
PKR perlukan Pas untuk terus bertahan?"DAP hendak tunjuk kepada masyarakat Cina yang mereka tidak takut kepada Pas dan mereka lebih berkuasa, apa yang mereka kata Pas kena tunduk sehingga mereka boleh mendesak orang Pas sendiri berundur daripada parti.
"Sebab itu Pas paling lemah dalam pakatan. DAP dan PKR tidak pernah mengambil Pas secara serius, mereka hanya tahu memperalatkan Pas untuk mendapatkan sokongan orang Melayu pada musim pilihan raya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pas menerima tekanan hebat daripada DAP dan PKR berikutan mesej daripada Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat mengenai kajian senario Pas keluar daripada pakatan dan bekerjasama dengan UMNO di Selangor, tersebar secara meluas sejak Isnin lalu.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menuntut Pas mengenakan tindakan terhadap Mohd. Zuhdi kerana menyifatkan kajian senario itu mempunyai unsur-unsur pengkhianatan terhadap pakatan pembangkang.
Menurut Tunku Abdul Aziz, PKR mungkin mendabik dada mempunyai sokongan masyarakat Melayu namun realiti sebenarnya parti itu mengharapkan sokongan akar umbi Pas di setiap kawasan untuk bertahan.
"Pakatan pembangkang hanya menanti masa untuk berpecah, sudah terlalu banyak retak, kalau dahulu mereka berhasrat untuk pergi ke Putrajaya bersama-sama tetapi ideologi mereka terlalu berbeza sehingga terlalu sukar untuk bersama," katanya. -UTUSAN

Jangan campur urusan Pas - Norazli Musa

Posted: 31 Jul 2014 06:48 PM PDT

KUALA LUMPUR  - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan berhenti mendesak Pas mengambil tindakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.
Jangan campur urusan Pas - Norazli
Menurut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.
"Tahaluf siyasi yang kita jalankan dalam pakatan pembangkang adalah untuk kerjasama politik sahaja.
"Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP dan PKR, jadi jangan campuri urusan dalaman Pas," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.
Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Anthony dan Rafizi dalam kenyataan masing-masing menggesa pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Mohd. Zuhdi berikutan analisis yang dihasilkannya itu.
Norazli menambah, DAP dan PKR dilihat mengamalkan dwistandard semasa membidas Mohd. Zuhdi kerana kedua-dua parti itu tidak pernah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang mengkritik dasar-dasar Pas termasuk hudud.
Dalam perkembangan sama, beliau menggesa pucuk pimpinan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang membocorkan analisis di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.
"Perbincangan dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu adalah sulit dan sesiapa yang membocorkan rahsia parti boleh dianggap sebagai pengkhianat," katanya.
Norazli memberitahu, sebagai pemimpin yang dilantik oleh akar umbi Pas, individu terbabit sepatutnya bersikap amanah dalam menjaga rahsia parti. -UTUSAN

PKR, DAP tidak adil - Pas Selangor

Posted: 31 Jul 2014 06:46 PM PDT

SHAH ALAM  - Pas Selangor membidas sikap beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang terlalu 'ghairah' mahu parti itu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mencadangkan senario yang dijangka berlaku sekiranya Pas keluar daripada pakatan pembangkang.
PKR, DAP tidak adil - Pas SelangorTimbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, desakan PKR dan DAP tidak sepatutnya timbul apatah lagi diperbesar-besarkan sehingga menjadi polemik dalam pakatan kerana mesej terkandung dalam WhatsApp itu merupakan satu perbincangan berkumpulan tertutup yang mana masing-masing berhak memberikan pandangan mengenai sesuatu perkara.
Ini kerana katanya, memberikan pandangan dalam sesuatu isu merupakan amalan biasa berlaku dalam mana-mana perbincangan dan tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan, termasuklah dakwaan terhadap Mohd. Zuhdi yang dikatakan membayangkan senario Pas jika keluar daripada pakatan pembangkang.
"Justeru, adalah tidak adil mana-mana pihak (sama ada PKR dan DAP) menyalahkan Mohd. Zuhdi tentang pandangan beliau mengenai senario jika Pas keluar daripada pakatan.
"Selain itu, perbincangan dalam mesej dalam WhatsApp yang dikatakan melibatkan Mohd. Zuhdi itu hanyalah satu perbincangan kumpulan semata-mata dan bukannya ketetapan rasmi yang menjadi pendirian Pas Pusat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan tindakan disiplin yang akan diambil oleh parti itu ke atas Mohd. Zuhdi kerana didakwa mengutarakan cadangan senario yang akan berlaku sekiranya Pas keluar daripada pakatan pembangkang menerusi mesej kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat.
Tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut, Rafizi turut menyifatkan tindakan Mohd. Zuhdi itu adalah bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai di antara Pas, PKR dan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Bertindak terhadap pemimpin bocor rahsia - Dr. Mohd. Khairudin

Posted: 31 Jul 2014 06:44 PM PDT

KUALA TERENGGANU  - Dewan Ulama Pas menyifatkan pembocoran rahsia perbincangan dalaman parti oleh kalangan pemimpin parti sendiri suatu yang sangat serius dan memerlukan tindakan segera supaya menjadi pengajaran.
Ketua Penerangannya, Dr. Mohd. Khairudin Aman Razali menegaskan, perilaku bertentangan dengan etika Islam itu dengan mengetepikan amanah dan adab sehingga cukup besar kesannya kepada parti serta rakyat tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.
"Membocorkan rahsia perbincangan adalah salah daripada sudut etika Islam, cuma adakah dia dengan sengaja atau mungkin dia tersilap itu perkara nombor dua. Jadi kita letak dia mungkin tersilap.
"Cuma konsep kita, oleh kerana ia etika yang besar melibatkan rahsia perbincangan yang kesannya besar pada orang ramai di luar yang menilai, kita ingin menyatakan mesti diambil tindakan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain pada masa akan datang,'' ujarnya.
Ketika ditemui di sini hari ini, beliau memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tidak harus dijadikan sasaran untuk menuding segala kecaman kerana beliau hanya membincangkan pelbagai cadangan yang kemungkinan berbangkit.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas desakan kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tindakan diambil terhadap Mohd. Zuhdi yang didakwa mengemukakan cadangan yang mengkhianati perjanjian Pas bersama pakatan pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Gaza Officials: 1,432 People Killed

Posted: 31 Jul 2014 06:22 PM PDT

'Berhentilah segera menembak sesama sendiri' - Dr Zulkefly Ahmad.

Posted: 31 Jul 2014 05:23 PM PDT

Pemimpin tertinggi dan pendukung Pakatan Rakyat hendaklah "segera berhenti menyerang serta menembak sesama sendiri", kata Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Zulkefly Ahmad.

Katanya, ini kerana mereka sedang ditertawakan oleh seteru politik mereka yang bertepuk sorak serta mempergiat mengadu-domba bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat.

"Wajah-wajah saudara di dada-dada akhbar mereka di muka depan! Anih mengapa mereka memberi ruang kepada saudara... ya... segera sedar dan insaflah.... ruang diberi justeru kerana saudara menembak sesama sendiri...malang!" tulis Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Zulkefly Ahmad dalam facebook beliau awal pagi ini.

Dalam surat terbukanya kepada pemimpin tertinggi dan pendukung Pakatan itu, beliau menegaskan bahawa sangat malang sekiranya gabungan itu berakhir di sini.

"...kerana umum mengetahui bahawa inilah hanyasanya wadah yang menjadi harapan rakyat untuk mampu menyemak-imbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam tadbir-urus negara serta PRU ke-14 akan datang.

"Rakyat mengharapkan saudara, sementara saudara bercakaran dan ditanggapi sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara!

"Itulah persepsi rakyat kini... mungkin saudara tidak setuju....dan saudara punya hujah yang kukuh....Ya... semua kita merasakan punya hujah yang kukuh...," tulisnya sambil menegaskan bahawa ia adalah pandangan peribadinya dan mungkin ada yang mengecamnya kerana tidak mengikut saluran komunikasi sebagai seorang AJK PAS pusat dan ahli Sekretariat Pakatan Rakyat.

Dr Dzulkefly menggesa mereka supaya bangun daripada keasyikan dan "perangkap kitaran ganas" yang memusnahkan itu "dengan setiap orang kita berteriak "cukuplah kehancuran Pakatan Rakyat ini".

Read More / Baca Lagi >>

Selangor, the acid test for Pakatan

Posted: 31 Jul 2014 05:16 PM PDT

With the crisis in Selangor coming to a head, can the Pakatan leadership survive?

selangor_pakatan_300
By Joe Chandler
It's refreshing to see a real political problem hit the opposition coalition.
If nothing else, it provides us the opportunity to observe how the coalition will address it and show the world that common sense and political reality can co-exist in promoting the good values this nation badly needs.
It is also interesting to analyse this problem from different perspectives as it allows us to see if the opposition has what it takes to drive reform in the direction we all want.
It is my hope that the issue is addressed in a sane manner and as a united front, more so because the people are already disillusioned with the manner in which PKR polls are administered. This alone has created a permanent dent in the opposition's shiny armour.
I can only speculate as to why there is a need to remove Khalid Ibrahim as the Menteri Besar (MB). Perhaps it is more to do with political reality in terms of preparing for future general elections and the ability to have sufficient funding to mount an effective campaign.
I am not privy to all the information but looking at the drastic measures taken and the timing of these measures, it is most likely related to back door negotiations with the water concession holders.
It is admittedly a tricky deal that may just provide the opposition particularly PKR, with much needed resources to continue its struggle. Sadly the issue of Khalid being right or wrong may not matter as the long-term political struggle of the opposition may take precedence.
In all honesty, I am unable to find fault with Khalid's administration except his policy of disengagement with political party members and the slow  disbursement of state funds for the development of Selangor.
Khalid is also known to be clean when it comes to using state money. Therefore in all fairness, his removal may be due to his inability to see the political necessity of PKR's long-term struggle.
Is this right or wrong, only you can decide by either accepting the bigger picture or placing ethical values on 'ubah' (change) at whatever cost.
I am particularly interested to see Anwar Ibrahim's reactions to Tok Guru Nik Aziz and PAS president Hadi Awang's backing of Khalid.
Read More / Baca Lagi >>

PLO Rep.: Palestinians need way out Gaza

Posted: 31 Jul 2014 05:04 PM PDT

Seluruh Gaza dihujani peluru

Posted: 31 Jul 2014 04:58 PM PDT



PENDUDUK Palestin memindahkan seorang mangsa serangan tentera Israel di pasar Sheja'eya di Gaza semalam.



BAITULMUQADDIS - Seramai 86,000 anggota simpanan tentera Israel dikerah untuk menyertai kempen ketenteraan rejim Zionis ke atas Gaza yang telah menyebabkan lebih 1,360 penduduk Palestin terbunuh sejak 8 Julai lalu.
Jumlah itu melibatkan tambahan seramai 16,000 anggota tentera Israel yang dikerah semalam menjadikan jumlah keseluruhan askar simpanan yang terlibat dalam kempen tersebut adalah 86,000 orang.
Ia dilihat rejim Zionis seperti mahu melenyapkan terus Gaza daripada peta dunia.
"Pihak tentera Yahudi telah mengeluarkan arahan untuk menggerakkan 16,000 askar tambahan supaya askar-askar tentera darat dapat berehat," kata seorang jurucakap tentera Israel.
Langkah tersebut juga dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk membekalkan peluru kepada tentera Israel yang semakin berkurangan ekoran serangan ke atas Gaza.
Pertambahan itu juga menunjukkan kempen ketenteraan di Gaza yang ditadbir pergerakan Hamas itu akan diperluaskan lagi selepas lebih 56 askar dan tiga penduduk awam Israel terbunuh.

Lima Ketua Cabang PKR Selangor Sokong Wan Azizah Jadi MB

Posted: 31 Jul 2014 04:48 PM PDT




SHAH ALAM: Lima Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor pada Khamis menyatakan sokongan terhadap pencalonan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Sokongan itu dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, Abu Talip Bujang (Sabak Bernam), Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang) dan Azizi Ayob (Kapar).
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata Wan Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, adalah calon paling kanan dan layak untuk mengisi jawatan berkenaan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dilapor telah menerima cadangan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah mengisi jawatan Menteri Besar.

Khalid Masih Perlukan Mandat PKR Untuk Terajui Selangor

Posted: 31 Jul 2014 04:46 PM PDT

KLANG: Dengan percaturan yang dikenali sebagai 'Langkah Kajang' kini dilihat semakin meruncing, rundingan sedang giat dilakukan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin berkata, usaha sedang dimulakan untuk membawa Khalid dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke meja rundingan.

Rundingan untuk mempertemukan mereka diatur sebelum Hari Raya tetapi ditangguhkan kerana cuti perayaan.

"Saya harap perbincangan ini akan diteruskan semula dalam masa terdekat," kata Azman.

Azman berkata, beliau merupakan perantara yang mengaturkan perbincangan selain menyampaikan komunikasi antara Khalid dan Anwar.

"Saya berusaha keras agar perbincangan itu dapat diadakan supaya Tan Sri (Khalid) akan diberi peluang untuk mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar," kata Azman.

Beliau berkata, walaupun Khalid menerima sokongan luar supaya mengekalkan jawatannya, beliau memerlukan persetujuan PKR untuk terus menerajui Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

WhatsApp Bocor, PKR Alih Isu MB Selangor - Dr Riduan Mohamad Nor

Posted: 31 Jul 2014 04:45 PM PDT

PETALING JAYA: Serangan bertubi-tubi sekutu pakatan pembangkang terhadap PAS berhubung mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat disifatkan sebagai modal untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu Menteri Besar Selangor. 

AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor yang kesal dengan perkembangan itu berkata, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki kini menjadi 'kambing hitam' pihak berkepentingan. Lebih mengecewakan apabila isu berkenaan turut hangat dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

"Hari ini beliau menjadi 'kambing hitam' media siber dan media perdana kerana 'pengkhianatan tangan' insan yang khianat.
"(Mohd Zuhdi) juga (menjadi mangsa) ketololan figura PKR untuk mengalih isu Menteri Besar selangor," katanya pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menggesa supaya PAS mengambil tindakan sewajarnya Mohd Zuhdi.

Malah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua turut memberi kata dua kepada Mohd Zuhdi supaya memohon maaf atau meninggalkan Pakatan Rakyat. Sejak Isnin lalu, nama Mohd Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.
Read More / Baca Lagi >>

Kedudukan Mohd Najib Makin Kukuh .......

Posted: 31 Jul 2014 04:39 PM PDT

A Kadir Jasin

DUA peristiwa mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.




Pertama apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada hari raya kedua.




Kedua hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Mohd Najib Abdul Razak.
Mohd Najib lebih kuat daripada Abdullah di segi politik
Dalam peristiwa pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram dan murung duduk berseorangan.




Saya bertanya adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan, tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepemimpinan serta berkemungkinan meledak.




Saya katakan, Malaysia mungkin sudah "implode" - meledak dari dalam.




Di kedai kek berhampiran pula, taukenya - seorang wanita Cina - menunjukkan ke arah peti televisyen yang sedang menyiarkan berita. "All bad news (Semua berita buruk)," katanya.




Saya menasihati bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya sehingga merana memakan diri.




Saya katakan kepada beliau: "Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!"




Kepemimpinan Bentuk Baru




Sama ada benar atau tidak tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership breakdown), realiti (dan ironinya) cukup menarik iaitu Mohd Najib, sebagai orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, telah berjaya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.

Read More / Baca Lagi >>

Amerika dan Israel paksi kejahatan global

Posted: 31 Jul 2014 04:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut tentera rejim Israel yang membedil sekolah perlindungan pelarian PBB di Gaza  ketika kanak-kanak sedang tidur di dalam kem tersebut.

"Dengan kenyataan yang sama kami mengecam keras Amerika Syarikat yang mengumumkan akan  membekal senjata baru untuk rejim Israel untuk meneruskan serangan membunuh warga awam di Gaza termasuk kanak-kanak dan wanita sedangkan dalam masa yang sama Presiden Obama mengesa supaya segera diadakan gencatan senjata," ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut tentera rejim Israel yang membedil sekolah perlindungan pelarian PBB di Gaza  ketika kanak-kanak sedang tidur di dalam kem tersebut.

Dengan kenyataan yang sama kami mengecam keras Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan  membekal senjata baru untuk rejim Israel untuk meneruskan serangan membunuh warga awam di Gaza termasuk kanak-kanak dan wanita sedangkan dalam masa yang sama Presiden Obama mengesa supaya segera diadakan gencatan senjata.

Digabungkan kedua negara ini, dunia tidak perlu ragu-ragu merumuskan bahawa AS dan Israel adalah paksi kejahatan global yang sebenar.

Laporan rejim Israel membedil untuk kali kedua sekolah PBB sama sekali tidak boleh dimaafkan. Ia menunjukkan keganasan paling barbarik membunuh secara massa orang awam  yang dilancar oleh tentera Israel ke atas Gaza atas nama Operation Protective Edge.
Read More / Baca Lagi >>