Bedilan roket ragut dua nyawa di Gaza
GAZA CITY - PALESTIN. Bedilan roket Israel awal pagi tadi menyebabkan dua kanak-kanak Palestin terkorban ketika konflik Gaza memasuki hari ke-23 hari ini.
 
Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, serangan di utara Gaza itu menyebabkan seorang kanak-kanak kurang upaya berusia 11 tahun terkorban.
 
Manakala bedilan berikutnya berlaku di kawasan pantai mengakibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun maut, lapor AFP.
 
Ekoran serangan itu, angka korban rakyat Palestin kini mencapai kira-kira 1,232 orang.
 
Sementara itu, setakat ini, 53 askar rejim dan tiga orang awam Israel dilaporkan mati dalam serangan balas termasukan roket dari pejuang Islam.