Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Salam Raya: Boikot Barangan Cina DAP, Usah ajak Open House!!!

Posted: 27 Jul 2014 07:27 AM PDT


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sesama pembaca, keluarga, sahabat handai dan ummah.


Bagi Cinabeng yang tak bayar cukai dan terlibat dengan judi haram, biznes underground, edar dadah, seludup diesel dan barang keperluan, dan kerja-kerja jenayah tiada maaf bagi mu.


Tengok SINI ... melayu jugalah yang banyak bayar cukai. CIna korporat YTL pun mahu tipu cukai.



Kita pula jangan bbiarkan mereka terus besar kepala dan tambah biadap hingga menghina Islam dan Melayu dengan memboikot barangan cina DAP. Jika hampir semua cina sokong DAP, terpaksalah kita cuba sedaya upaya BBCD kan sebanyak mungkin.


Masa Raya lah mereka guna peluang untuk naikkan harga barang dan menjual kepada orang Melayu dari belanja perayaan yang banyak.




Kalau boleh kita jimat cermat dan berkabung untuk MH17 dengan ikut PM tak buat open house. Jemput cina pelahap tak guna kerana tamadun beribu tahun tak mencerminkan mereka sebbagai bangsa yang beradab dan sopan santun.


Dari mereka lah Khalid Samad belajar biadap untuk perjuangkan Kristian sebar ugama.


Cina DAP ni pun tak tahu malu datang open house makan berebut dan bawa tupperware untuk tapau bawa balik. Orang Melayu tak buat kerja gitu. Memalukan kepada budaya kita ....bila Raya Cina,  Cina DAP kasi kita minum air kotak dan biskut kering beli supermarket saja.

Tak payah jemput cina DAP tak bertamadun  ke OPEN HOUSE RAYA. Ajak kawan yang siuman.


Boikot barangan cina DAP hingga stok barangan cina tak laku dan tak lama lagi terpaksa jual murah. Itu pun jangan dibeli. Biar sampai kasi FREE!!!!

Orang PAS nak syurga tak? Nik Aziz kata jangan ...

Posted: 27 Jul 2014 03:30 AM PDT


Nik Aziz buat kenyataan menyokong pendirian Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan ahli PAS yang percaya Nik Aziz boleh kasi syurag di tapak tangan kanannya sepatutnya ikut.

PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 28 Ramadhan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M

--------------------------

Khabarnya ahli dan pemimpin PAS Anwarinas akur kepada caturan Anwar meletakkan isterinay sebagai MB untuk menggantikan Khalid.


Walaupun Mat Sabu memandai setuju dalam satu pakataran Pakatan Rakyat, ramai ADUN Selangor setelah Iskandar sudah bersaura mahu terus sokong Khalid. Maknanya Mat Sabu hanya ikut arahan tukang bayar gajinya Lim Guan Eng


Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersabit cadangan PKR mahu menggugurkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor :-


"Saya menyokong kenyataan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya jawatan Menteri Besar diteruskan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Di mana Iskandar adalah wakil Pusat yang dilantik oleh Pusat mengikut Perlembangaan untuk mengendalikan urusan Pas Negeri Selangor. Kenyataan beliau adalah kenyataan sebagai wakil kita di Selangor.

Berdasarkan kepada itu, perlu diambil kira tentang Selangor ini ialah rakyat Selangor sendiri dan Duli Yang Maha Mulia Sultan (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) sendiri. Saya sendiri juga sudah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas atau di luar Pas yang membuat kaji selidik di mana majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid (untuk) menjadi Menteri Besar.

Yang kedua, Yang Mulia Sultan, kita tidak boleh membelakangi Yang Mulia Sultan, itu terserah kepada Baginda untuk menentukan, kita tidak boleh membelakangi Baginda dalam isu ini, ini terpulang kepada Baginda.

Yang ketiga, alasan-alasan beberapa pihak yang mahu menukar menteri besar (Selangor) ini tidak kukuh, di mana saya melihat (yang) tidak setuju dengan Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Kalau beliau terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya, kita boleh tukar. Tetapi, jika (ada) alasan-alasan lain, kita boleh urus dan bukan tukar Menteri Besar.Kerana kita anggap dia dalam perjalanan kita tidak boleh pintas dalam perjalanan kena tunggu tempoh habis penggal.

Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat daripada Persuruhjaya PAS Negeri Selangor dan rakan-rakan exco Selangor daripada PAS serta wakil-wakil rakyat Dun Selangor daripada PAS.

Insya Allah itu sikap saya. Dan saya harap seluruh pimpinan PAS yang bersama dengan kita akan mempunyai pandangan sama dengan keputusan bersama ini.

Walaupun di sana ada pandangan berbeza, hujah berbeza, dan saya dengar semua hujah-hujan ini yang akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar di atas konsep amanah.

Ketika ditanya tindakan PAS menyokong Tan Sri Khalid terus menjadi menteri besar akan melebarkan pepecahan berlaku dalam Pakatan Rakyat katanya, itu adalah perkara yang akan datang dan Pakatan Rakyat boleh berbincang dan berunding. PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat, pendapat berbeza biasa sejak dahulu lagi.  Malah perjuangan kita bukan perjuangan pribadi, perjuangan kita adalah untuk menyelamatkan negara, perjuangan kita bukan untuk saya atau untuk Anwar Ibrahim.

Berbeza pendapat bukan hanya berlaku dalam Pakatan Rakyat, dalam Barisan Nasional pun berlaku (termasuk di Terengganu) Umno pun ada masalah. Isunya adalah amanah, menunaikan amanah pemimpin, dan kita dapati Tan Sri Khalid tidak khianat, tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu (adalah) salah kita menurunkan beliau jika tiada sebab (yang) mencalarkan amanah itu.

Beliau juga menegaskan Khalid tidak akan melompat parti dari PKR kepada PAS kerana itu bukan cara Pas walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi) bagi mengekalkan jawatan itu kepada Khalid." 

--------------------


Sebab Khalid Ibrahim mahu digugurkan adalah sebab PKR akur pada kehendak Evangelis Kristian DAP yang merungut tentang isu JAIS dan MAIS dan berkait rapat dengan penderhakaan dan kebiadapan Khalid Samad. 

Iskandar anak Samad yang lain boleh cakap pasal dia ADUN Selangor. Anak Iskandar yang berikut tak perlu:


Kau AP Melaka lah Ketot.....

Yahudi bantu PKR beri tekanan kepada Sultan untuk lantik WA blur

Posted: 26 Jul 2014 11:20 PM PDT


Beberapa hari ini, laman sosial sibuk menyebarkan berita palsu bahawa Raja Muda Selangor telah murtad.



Hal ini timbul ekoran satu berita dari laman web asing World News Daily Report di SINI

Berita ini tersear bersama gambar-gambar Raja Muda Selangor sedang bersosial dengan teman wanita berkulit putih.


a href="http://4.bp.blogspot.com/-XJMG-Zy6Z0U/U9SL9wc4I5I/AAAAAAABIN8/tQ0VwqBeF1w/s1600/IMG-20140725-WA0057.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">


Pihak seperti Perkasa membuat kenyataan membantah tingkah laku media yang tidak bertanggungjawab ini. Mungkin ini digunakan untuk memalukan institusi Raja.



Kemudian itu tersebar bahwa laman itu hanya laman satire:


Namun suatu perkara yang perlu disedari adalah dari nama copyright di atas menggelarkan diri mereka New World Order Media.

Di akhir zaman dunia menjadi kucar kacir kerana banyaknya fitnah. Pakar dalam membuat fitnah adalah Yahudi. Laman ini berpengkalan di Tel Aviv sejak tahun 1988 dan media satira yahudi ini bertujuan demikian.

Tak salah kenyataan keras Perkasa. Patut sebut ini ada persekongkolan dengan Anwar Ibrahim yang nak sangat bini dia jadi MB.


Ini ada kaitan dengan usaha agen Zionis PKR untuk mengenakan tekanan terhadap DYMM SUltan Selangor untuk perkenan Wan Azizah yang blurrr .... untuk dilantik Menteri Besar.


Dia bukan nak jadi MB tapi ada orang lain. Makaa MB itu lain maksudnya

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dejavu, PAS lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan pada PAS dulu

Posted: 27 Jul 2014 06:34 PM PDT

Begini kisahnya: Menteri besar sebuah negeri yang ditadbir satu kerajaan pakatan telah hilang keyakinan partinya sendiri yang mahu beliau ditukar.
Beliau tidak mahu letak jawatan dan partinya, yang menguasai Dewan Undangan Uegeri (DUN), mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya. Dua puluh wakil rakyat dari partinya mengundinya keluar, tetapi 14 wakil dari partinya bertindak keluar dewan kerana tidak setuju dengan penyingkirannya.
Namun, menteri besar masih enggan menyerahkan takhta, sebaliknya mahu DUN dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya negeri diadakan. Kekecohan tercetus dan darurat diisytiharkan.
Tidak. Ini bukan tentang Selangor pada 2014, tetapi Kelantan pada 1977.
Menteri besar itu bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, tetapi Mohamad Nasir dari PAS.
Tetapi situasinya seakan hampir sama.
Seperti Khalid hari ini, Nasir hilang kepercayaan partinya – PAS. Dan seperti Khalid hari ini, Nasir tidak disokong oleh ahli partinya, tapi ahli parti rakannya – Umno dan MCA.
PAS menjadi mangsa pada 1977 kerana rakannya (Umno dan MCA) enggan mematuhi prinsip pakatan di mana parti yang layak mendapat jawatan menteri besar akan dapat hak penuh untuk menamakan calon pilihannya.
Pada 2014, PKR ialah mangsanya apabila presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan kepada partinya sendiri pada 1977.
Di sinilah ironinya, kerana pemimpin PAS selalu katakan mereka tidak akan lupakan atau maafkan Umno atas apa yang ia lakukan di Kelantan 37 tahun lalu.
Hilang ingatan di sini nampaknya menjadi satu kemudahan politik ("political convenience").
Tapi, bagaimanapun, mungkin Hadi bukan hilang ingatan, tetapi memutuskan untuk mengikut skrip 1977 Kelantan pada 2014 untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor dari parti rakan.
Sesetengah ahli PAS menganjurkan 15 wakil rakyatnya di Selangor boleh bergabung dengan Khalid, seorang lagi wakil rakyat PKR mungkin, dan 12 wakil rakyat Umno, bagi membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di negeri terkaya di Malaysia ini.
Tetapi, adakah semua dalam PAS Selangor akan setuju? Mahukah mereka bekerjasama dengan Umno? Dan mahukah PAS ikut jejak langkah Umno dan menegaskannya kepada PKR seperti apa yang Umno lakukan kepada PAS pada 1977? – 28 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dejavu-pas-lakukan-kepada-pkr-apa-yang-umno-lakukan-pada-pas-dulu#sthash.Wi54lqzb.dpuf

Isu MB: Khalid Beri Bayangan Bubar DUN

Posted: 27 Jul 2014 04:13 PM PDT


Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 2:30 PM

PETALING: Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.


Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya.

"Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya.

"Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum," katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad.

Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.

"Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang," katanya.

Kisah keberanian Muslim pertama di Inggeris

Posted: 27 Jul 2014 08:28 AM PDT

abdullah quilliam
Jahangir Mohammed mengatakan Qulliam mendirikan media Muslim pertama.
Seorang pakar hukum Inggris, putra seorang pendeta gereja Metodis, William Henry Quilliam, yang membuka Insititut Muslim Liverpool pada 1889, disebutkan sebagai orang Inggris pertama yang masuk Islam.
Dua tahun sebelum membentuk lembaga itu -yang kemudian dijadikan masjid- William Henry masuk Islam dan mengubah nama menjadi Abdullah.

Jahangir Mohammed dari Masyarakat Abdullah Quilliam mengatakan Quilliam menunjukkan keberaniannya untuk pindah agama setelah ia bertolak ke Moroko.Institut Muslim Liverpool di Merseyside itu baru-baru ini dibuka lagi setelah dipugar dan Klikdijadikan masjid yang dapat menampung 20.000 orang.
"Dalam perjalananya, ia meliat jemaah haji yang baru kembali beribadah dan ia melihat bagaimana damainya mereka saat sembayang," kata Mohammed.
"Seorang kolega Muslim kemudian menerangkan bahwa Islam adalah kelanjutan agama sebelumnya, Yudaisme, Kristiani. Semua penjelasan dianggap logis dan ia menjadi seorang Muslim saat itu."
"Saat ia kembali, ia memutuskan untuk mempromosikan Islam yang saat itu dianggap sebagai agama setan, jadi langkah dia sangat berani."

Bermula di Moroko

Humayun Ansari, profesor tentang sejarah Islam dari Universitas Royal Holloway, London, mengatakan kehidupan yang disaksikan Quilliam di Moroko sangat menarik baginya.
"Ia merasa bahwa orang di sana hidup sederhana, dengan mengangkat moral dan ada suasana solidaritas, baik kaya maupun miskin," kata Ansari.
abdullah quilliam
Quilliam mengajak sekitar 600 orang untuk masuk Islam.
"Hal itu merupakan sesuatu yang sangat penting baginya."
Namun Ansari mengatakan keputusan untuk pindah ke Islam bukan pilihan sederhana bagi Quilliam.
"Islam pada abad ke-19 dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima," tambah Ansari.
"Jadi sangat tidak wajar bagi seseorang dari latar belakang seperti itu untuk pindah agama."

Media Muslim pertama

Karya Quilliam ditanggapi dengan kemarahan dan juga kebencian.
Jahangir Mohammed mengatakan kebencian dan kemarahan orang terhadap Quilliam semakin meningkat setelah ia mendirikan masjid dan upayanya untuk pindah agama berhasil.
"Ia berhasil mengajak 200 warga lokal dan 600 orang di seluruh Inggris untuk pindah agama dan ia menghabiskan banyak waktu melakukan syiar tentang Islam dan bahwa Islam bukan agama setan," kata Mohammed.
abdullah quilliam
Plakat mengenang kehidupan Quilliam dipasang di masjid di Liverpool.
"Karena ia berhasil dan warga Kristen pindah ke Islam, banyak yang memusuhinya."
"Orang datang dan menyerangnya. Mereka melempar kepala babi, silet, batu. Sejumlah di antara mereka dipicu oleh para pendeta, dan sebagian lain oleh media, namun ia tetap menghadapinya."
Serangan ini dihadapi Quilliam dengan mendirikan "media Muslim pertama".
"Ia menanggapi serangan itu di media dan memproduksi karya jurnalisme Muslim pertama," tambah Mohammed.
"Ia mendorong warga Muslim untuk menulis dan angkat bicara. Ia mengajukan petisi ke Ratu Victoria agar pandangannya didengar."
Tulisannya menjadi bacaan penting dan salah satu bukunya Faith of Islam memiliki tiga edisi yang diterjemahkan dalam 13 bahasa.
Buku itu sangat populer dan bahkan Ratu Victoria juga memesan buku itu untuk dirinya dan juga untuk cucu-cucunya.
Profesor agama dari Universitas Hope Liverpool, Ron Geaves, mengatakan bukan hanya tulisannya yang membantu mengubah pandangan publik tentang Islam.

Pemimpin Muslim Inggris

Ia mengatakan Quilliam mencari tahu mengapa Islam tidak populer di antara publik Inggris dan menangkatnya dalam khotbah di masjid untuk mengatasi masalah itu.
"Ia mempresentasikan Islam dalam cara yang sangat rasional dan menarik bagi warga pada zaman Victoria yang saat itu sangat memperhatikan sisi ilmiah."
Karya Quilliam menjadikannya diangkat sebagai Sheikh ul-Islam untuk Kepulauan Inggris oleh penguasa Ottoman Sultan Abdul Hamid II pada 1894 dan diakui oleh Shah Persia serta Emir Afghanistan sebagai pemimpin Musim Inggris.
quilliam
Institut Muslim di Liverpool ini sempat lama dalam keadaan tak terawat dan akhirnya dipugar.
Namun tingginya intoleransi agama menyebabkan Quilliam dan para pengikutnya akhirnya pindah dari Inggris ke Istambul pada 1908.
Ia kembali lagi ke Inggris dengan nama Haroun Mustapha Leon dan menetap di Woking, sampai ia meninggal pada 1932.
Pada tahun 1999, kelompok Muslim dari Merseyside mendirikan Masyarakat Abdullah Quilliam untuk mempertahankan peninggalannya.
abdullah quilliam
Institut ini juga menjadi perpustakaan dan juga madrasah.
Jahangir Mohammed mengatakan Quilliam adalah panutan bagi Muslim di Inggris.
abdullah quilliam
Masjid setelah dipugar dapat menampung sekitar 2.000 umat Islam beribadah.
"Masjid ini sangat penting karena merupakan masjid pertama di Inggris. Pusat aktivitas Islam pada zaman Ratu Victoria dan lahirnya Islam di Inggris."

"(Quilliam) menunjukkan bahwa merupakan sesuatu yang mungkin untuk menjadi Muslim di negara ini. Ia adalah panutan," kata Mohammed. - BBC Indonesia

Anwar pertahan keputusan tukar Khalid...Guan Eng bimbang Pakatan Rakyat retak

Posted: 27 Jul 2014 07:20 AM PDT

Sejak Jumaat bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bersuara menentang keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail ganti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,semua orang menunggu nak dengar apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cakap.

Tunggu punya tunggu twitternya sepi..begitu juga blog rasminya.

Yang bersuara mempertikaikan kenyataan Haji Hadi cuma dua orang kepercayaan Anwar yakni Rafizi Ramli dan kemudian Saifuddin Nasution.

Kemudian awal pagi Ahad....mereka mendapat kejutan selanjutnya bila Datuk Nik Aziz Nik Mat pula bersuara mendokong penuh kenyataan Haji Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar.

Senarionya nampak cukup berserabut dalam Pakatan Rakyat menghadapi suasana yang cacamarba ini hinggakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat boleh retak.


Lewat petang Ahad baru Anwar muncul dari kesepiannya.

Sumber-sumber PKR kata dia dengar cerita Ketua Umum PKR itu sendiri terkejut dan tidak menduga beliau berdepan dengan penentangan terbuka dari dua pimpinan utama PAS.

Kalau tengok di atas kertas setakat ini,tanpa sokongan PAS yang mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Selangor,Anwar tidak mungkin dapat penuhi hajatnya tolak masuk isterinya jadi Menteri Besar.

Sekalipun DAP sokongan langkah Anwar itu namun jika beliau cuba bulldoze juga kemungkinan Pakatan Rakyat yang selama ini nampak macam utuh pasti akan berkecai.

Namun Anwar tetap Anwar.Beliau cuba menampilkan diri seolah relaks saja dalam menghadapi saat getir ini.

Kenyataan yang dibuatnya tidak panjang.Cuma tiga peranggan sahaja.

Cukup anih Anwar tidak berani sentuh langsung isu penentangan Nik Aziz dan Haji Hadi terhadap usaha PKR hendak ganti Khalid.

Sebaliknya beliau cuba untuk mempertahankan keputusan untuk tukar Khalid sebagai Menteri Besar.

Katanya Khalid sudahpun diberitahu beliau akan diganti sejak bulan Mac lalu.

"Khalid Ibrahim telah diberitahu sejak Mac 2014 dan (penganti) Wan Azizah secara rasmi telah dikemukakan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu ( mesyuarat di bangunan Parlimen 23 Julai).

Anwar juga seolah hendak menolak andaian isu ini akan pecah belah Pakatan Rakyat.

Katanya beliau percaya Pakatan Rakyat akan kekal sebagai satu gabungan.

Menurutnyta perubahan itu selaras dengan Langkah Kajang yang diputuskan oleh pimpinan PKR pada 15 Januari lalu.

Betulkah Pakatan Rakyat tidak tergugat dengan isu ini?

Guan Eng dalam perutusan sempena Hari RayaÂÂÂ  macam sudah terasa bahang panasnya.

Beliau bimbang pada bibit-bibit itu bila mana salah sebuah komponen Pakatan Rakyat (yakni PAS) tidak mahu terima pandangan yang dipersetujui bersama.

"Jika keputusan yang kita capai bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat boleh diketepikan begitu sahaja oleh sebuah parti maka survival dan kredibiliti Pakatan Rakyat akan terus terjejas,"katanya.-27/7/2014

Astro Tanya Kenapa Melayu Jadi Arab?

Posted: 27 Jul 2014 06:11 AM PDT

Sama ada secara kebetulan atau disengajakan, berikutan banyak kritikan terhadap Astro yang memberi kontrak kepada syarikat Israel, Astro Awani menerbitkan artikel di bawah.
SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai "iftar"? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata "buka puasa"? Kenapa "iftar"?
Kalau segan sebut "buka puasa", kenapa tidak kata "sungkai"? "Sungkai" dalam ejaan baku atau "sung-kei" dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud "buka puasa". Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.
Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk "buka puasa"? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?
Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang "iftar" berbanding mereka yang "buka puasa"? Wallahu'alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu — bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu — kenapa "buka puasa" jadi Arab dan tidak jadi Melayu?
Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan "Eid Mubarak", bukan lagi "Selamat Hari Raya". Apa dosanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"? "Aidilfitri" pun ditukar jadi "Eidul Fitr".
Ini bukan masalah "iftar" dan "eid mubarak" sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.
Kata Melayu yang hendak jadi Arab: "Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq."
"Okay, bro. Tapi kenapa telekung jadi busana solat?" tanya Melayu yang bertahan cuba jadi Melayu.
Dari mana asal-usulnya semua ini sehingga Melayu hendak jadi Arab? Kenapa Melayu gila hendak jadi Arab? Kenapa NGO Melayu tak beri perhatian soal Melayu tak mahu jadi Melayu ini? Bukankah kalau Melayu jadi Arab maknanya nanti Melayu akan hilang di dunia?
Adakah ini kesan panjang sejak Ayatollah Ruhollah Khomenei pulang ke Tehran pada 1 Februari 1979 dan memulakan revolusi agung terakhir, sekaligus membuka imaginasi seluruh dunia tentang Islam dan negara Islam. Sejak itu, Tanah Melayu ini diislamkan semula selepas pengislaman pertama oleh para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa zaman kesultanan Melayu lama.
Atau apakah mungkin sebab lidah orang Melayu sekarang lebih mengenal nasi Arab berbanding nasi minyak dan nasi tomato atau setidak-tidaknya nasi ulam?
Di satu sudut Kampung Baru, kawasan petempatan tradisional orang Melayu tidak jauh dari KLCC yang dipertahankan bermati-matian biarpun terus diasak pembangunan dan pemodenan, sekurang-kurangnya ada empat buah restoran nasi Arab berderet di sebatang jalan.
Adakah itu sebabnya? Wallahu'alam.
Kepada Melayu-Arab, eid mubarak. Kepada Melayu yang lain-lainnya, selamat hari raya.
p/s: Orang Arab Islam menyambut Aidilfitri hanya sehari. Orang Melayu yang Arab atau yang lain-lain, Aidilfitrinya tidak usahlah terhentak sampai ke Hari Raya Haji.
Untuk menonton banyak lagi program
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/melayu-kenapa-kau-nak-jadi-arab-40752?cp

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#MH17 : Tamparan buat Eropah?

Posted: 27 Jul 2014 10:27 AM PDT


Kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berunding dengan puak pemisah Ukraine menjadi tumpuan antarabangsa sehingga menjadi artikel yang paling banyak dibaca dalam laman berita antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

Berita bertajuk 'Malaysia's Risky Talks With Rebels in Ukraine Paid Off' berada pada kedudukan pertama dalam senarai berita di laman web http://online.wsj.com kelmarin sekali gus mencetus imej positif terhadap usaha Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Artikel berkenaan mengupas mengenai risiko berani yang diambil oleh Najib untuk berunding dengan puak pemberontak memandangkan tiada negara Eropah lain yang sanggup melakukannya.

"Najib yang telah memelihara pendirian tradisi Malaysia tidak menyebelahi mana-mana pihak termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia dan China dengan dia telah bergerak menelefon pemimpin-pemimpin dunia.

"Tetapi, Najib yang dikenali sebagai seorang yang tenang dan perunding pragmatik secara senyap mencari saluran untuk bercakap dengan puak pemberontak dan berjaya berhubung dengan Alexander Borodai," katanya.

Najib yang bercakap dengan Borodai sekurang-kurangnya dua kali melalui telefon secara jelas menyatakan matlamat Malaysia iaitu mendapatkan mayat, kotak hitam pesawat serta akses ke tapak kejadian untuk siasatan.

Artikel berkenaan mengupas mengenai pendirian negara-negara Eropah tidak berunding dengan puak pemisah itu kerana tidak mahu mengiktiraf pergerakan Republik Donetsk, namun Malaysia mengenepikan segala birokrasi bagi memberi pembelaan kepada mangsa tragedi itu sekali gus mencari kebenaran.

Sementara itu, dalam ruangan komen pada artikel tersebut, seorang pembaca, Domingo Trassens menyatakan, kejayaan mendapatkan mayat dan kotak hitam daripada puak pemberontak itu telah mengubah imej negatif yang terpaksa diterima Malaysia akibat nahas pesawat itu.

"Kejayaan Malaysia telah menutup mulut banyak pemimpin-pemimpin Barat yang hanya banyak bercakap tetapi hasilnya tiada," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pembaca, Don Brazier menyatakan kejayaan tidak boleh dicapai tanpa risiko dan negara-negara Eropah wajar mencontohi Malaysia yang sanggup mengenepikan protokol diplomatik dan ancaman keselamatan bagi menangani tragedi udara itu.-UMO

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Abdul Hadi sokong Khalid kekal sebagai MB Selangor?

Posted: 27 Jul 2014 11:35 AM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat. - BERNAMA

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRAYFORGAZA: 43 TENTERA YAHUDI DAH MAMPOS...TAHNIAH HAMAS!

Posted: 27 Jul 2014 01:00 AM PDT


Pertempuran di Gaza ternyata telah mengerunkan askar-askar Yahudi (Israel Defence Force - IDF) yang kini menerima padah apabila seramai 43 tenteranya terkorban dalam peperangan hampir 20 hari dengan para mujahiddin Palestine.

Angka korban yang ramai ini amat memalukan Israel yang selama ini begitu ego dengan kekuatan tenteranya.


Sebelum ini sejumlah 121 tentera IDF terkorban dalam peperangan menentang pejuang Hezbollah di selatan Lubnan dalam peperangan tahun 2006.

Malah angka tentera Yahudi yang terkorban semasa Intifada tahun 2008 dan 2009 sebelumnya pun tidak seramai peperangan 2014 ini. 

Meskipun dengan hanya bersenjata ringan, ternyata kelibat pejuang Briged Ezzudin Al Qassam dan Briged Saraya Al Quds tidak mudah dikalahkan.


Pejuang-pejuang mujahiddin Palestine ini ternyata memang mengimpikan mati syahid berbanding tentera-tentera Yahudi yang takut mati, muda dan terpaksa bertugas.

Akibat tidak tahan dikritik media sendiri pihak berkuasa Israel menyekat laporan yang mendedahkan kelemahan tentera mereka.

Ternyata pihak pejuang Palestine mempraktikkan gaya peperangan baru dalam menentang tentera zionis kali ini.

Penggunaan terowong rahsia, penembak tepat, jerangkap samar, senjata yang semakin canggih serta penyamaran telah berjaya mengugat keupayaan tentera-tentera zionis.

Baru mereka rasa erti kehilangan. Bagaimana apabila lebih 1,000 kematian di pihak Palestine?

Mungkin selama ini kita jarang mendengar kemalangan yang dialami pihak Yahudi kerana media-media Barat sentiasa cuba menutup apa jua perkara negatif yang mengaibkan Israel. Namun bangkai Yahudi tetap akan berbau busuk.

Semakin ramai tentera Yahudi IDF terkorban dan tercedera. 
Antara tentera muda Yahudi yang terbunuh Sabtu semalam (26 Julai 2014).  Lt Roy Peles, 21 ,Staff Sgt Avraham Grintzvaig, 21 dan Staff  Sgt. Gal Bason, 21 tahun
IDF Staff Sgt Guy Levy, 21 terbunuh pada 25 Julai lalu
IDF Staff Sgt Guy Boyland, 21 mampos ditembak pada 25 Julai lalu
IDF Master Sgt Yair Ashkenazy, 36 turut ditembak pada 25 Julai lalu.
IDF Staff Sgt Amit Yeori 20, terkorban pada pertempuran 25 Julai lalu.

Teruskan berdoa dan menyumbang agar para pejuang Gaza ini berjaya menjahanamkan Yahudi. Insya Allah doa dan sumbangan kita tidak pernah disia-siakan.

Meskipun Syawal ini mungkin tidak ada ertinya kepada umat Islam di Gaza.  

Namun sebenarnya para syuhada yang terkorban tentu tersenyum berhari raya di syurga yang penuh indah melihat ada saudara-saudaranya di Malaysia yang terus memberikan pelbagai sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine.

Askar Yahudi IDF...ceh menangis konon!
Kita mungkin boleh bertanya "Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan ganjaran yang diterima oleh para syuhada Gaza".

Al Fatihah buat Gaza...kami di Malaysia sentiasa bersamamu

Briged Al Qassam amat digeruni Israel kerana berdisiplin dan berperang secara gerila.
Al Qassam tentera yang rela syahid.
Apa pula kata Anwar dan DAP melihat bangkai-bangkai Yahudi bergelimpangan?