Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan. 
KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.

Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.

Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.

Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap

Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.

Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh.

Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.

"Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.

"Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, " kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.

Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.

Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.

Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila  senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.

Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.

"Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, " kata jurucakap kumpulan itu.

Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.

Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.

Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.