Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Adegan-adegan lawak Kajang Move si Rafizi ...

Posted: 24 Jul 2014 10:33 PM PDT


Katanya Khalid akan jumpa untuk bubar DUN. Sempat ka Anwar nak ngadap? Kikiki ....

Masa kes Perak, Anwar juga kata nak pecat kena buat undi tak percaya?

Awat Tengku razaleigh diam saja kali ni????

Sim Kwang Yung hina pilot Aljeria yang puasa?

Posted: 24 Jul 2014 08:27 PM PDT


Ini kejadian terbaru kapalterbang terhempas. Kenapa tiada pula SIm Kwang Yung berdiam dalam FB bila melibatkan pilot Aljeria?


Adakah Sim Kwang Yung berdiam kerana pilot itu bukan Melayu tapi arab? Tapi dia begitu menghina orang Islam dan pilot itu mungkin orang Islam?


Atau kononnya dia tak bersalah dan buat laporan polis. Laporan FB ini hanya palsu.


Dato Jeffrey Rosman adalah penipu profesyenal yang membantu Sim kerana mungkin untuk mendapat habuan wang dari bapak taukeh judi Sim. Baca SINI.


Kini tersebar khabar angin bahawa bapaknya Sim Hua Seng Loo, Dato penipu Jeffrey Rosman dan tak tahu siapa telah atur SIm konon di tahan reman untuk tutu mata orang ramai tapi dia tidor nyenyak di rumah.

Harap IGP siasat supaya ini tidak memburukkan PDRM. Baca SINI

Oh ya ... sebelum semalam, ada kapalterbang Taiwan pun terhempas dengan lepbih 40 orang mati. Ah! Takkan dia maki kalau cina.

Ng Wei Aik yang sedang diam menyorok dikejutkan oleh laporan polis

Posted: 24 Jul 2014 06:30 PM PDT


Orang lain teruk kena bantai kerana dilihat tidak bersimpati dan patriotik kepada negara. Lalu Ng Wei Aik yang tak tahu ajar isteri cuba diam bersembunyi.

Tapi tak lama dia boleh buat demikian.

Satu laporan polis telah dibuat pada oleh  LAPORAN POLIS BERKAITAN STATUS FACEBOOK MILIK ISTERI ADUN TANJUNG PULAU PINANG YANG DIANGGAP MENGHINA NEGARA.

Pada 21 JUL 2014 jam 1113, satu laporan polis telah dibuat pada hari Isnin, Julai 21hb baru-baru ini.

Naib Ketua Gerakan Pemuda Wilayah, Simon Sim Kai Siong mmebuat laporan di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurut Simon, mereka menyedari kenyataan isteri Ng Wei Aik ketika melayari laman sosial facebook dan mendapati satu artikel milik Yuki Tan menyatakan  "Malaysia begitu menggerunkan.(apakah jenis negara yang tidak berguna ini)" dalam tulisan Cina.

Pengadu memelaporkan bahawa artikel di laman tersebut menyalahkan kerajaan Malaysia terhadap isu MH17 dan memohon pihak polis menyiasat individu tersebut kerana tidak bertanggungjawab memalukan nama baik negara.

Tuduhan itu melampau kerana menuduh kerajaan padahal kerajaan terang-terang tidak terlibat dan tiada pihak dunia menyalahkan Malaysia.

SAH! Mahfuz Omar dan Azrul Samad tak lulus SRP!!!!

Posted: 24 Jul 2014 10:33 AM PDT


Baca SINI untuk tahu kenapa ...






Orang ramai tanya kenapa Kiki kena, IGP give-up cari si kaki babi?

Posted: 24 Jul 2014 05:30 AM PDT


IGP membuat kenyataan berikut:




Amaran itu dihargai tapi sekarang tersebar risalah seperti berikut apabila Kiki didenda dalam seminggu peristiwa tapi cina 1 tahun kes tak selesai.


Kini pula kes peragut Melayu yang disepak kepala. Jawapan IGP pula:


Tak berapa hari keluar dan kata polis sedang cari, IGP terkata di atas dan kini orang ramai tidak puashati. Orang Melayu rasa satu diskriminasi terhadap kaum mereka.

Malah salah seorang YDP negeri Perkasa sudah buat laporan polis meluahkan rasa tak puashati di atas kes ini dilihat polis macam lepas tangan.


Mohon penjelasan

Persoalan buat IGP: Kenapa polis yang tegur pesalah FB pula kena tindakan?

Posted: 24 Jul 2014 01:36 AM PDT



Kenyataan IGP untuk banteraspenyebaran maklumat berbentuk perkauman dialu-alukan:




Yang menajdi persoalan orang ramai dan pembaca media sosial adalah kenapa seorang polis yang hanya menegur kenyataan seorang FB wanita India yang menghina Islam boleh dikenakan tindakna dengan dipindahkan serta merta tapi wanita India itu hanya dikatakan akan disisat?

Ada pihak mengatakan wanita India mungkin adalah seorang anggota polis juga.

Berikut kenyataan wanita India ini yang ditegur pegawai polis itu.


Apakah langsung menggelar wanita itu pariah salah?

Dari perangai memaki dan mengutuk ugama orang lain memang perangai layaklah kerana itu perangai pariah yang tak tahu asal usul dan dimana kaki mereka berpijak.

Sudahlah pembangkang nak kerjakan IGP dengan mengungkit cerita lama Teoh Beng Hck yang mana DAP yang sebenarnya membunuh Beng Hck untuk tutup kegiatan rasuah mereka.


Nanti apa pula orang kata pasal polis. Dahlah polis balai dituduh bersekongkol dengan operator judi haram. Tak mahu pula Tan Sri Khalid dituduh dengan lain-lain tuduhan yang kurang sedap di dengar dan merosakkan kredibiliti polis.

Lim Guan Eng hanya cari chance supaya dia boleh punya polis sendiri macam Igor Kolinoisky ada tentera sendiri di Ukraine!!!

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PENEROKA BUAT LAPOR POLIS FELDA ENGGAN BERI DUIT RAYA

Posted: 24 Jul 2014 02:31 AM PDT

KUANTAN: Seramai 20 orang peneroka Felda seluruh Pahang hari ini tampil membuat laporan polis di ibu pejabat polis (IPD) di sini terhadap Felda berikutan keengganan agensi tersebut memberikan duit raya dan dividen Felda Global Ventures (FGV).
Dijangka ramai lagi peneroka akan membuat laporan polis di tempat masing-masing bermula hari ini dan seterusnya.

Difahamkan peneroka felda chini akan membuat laporan polis esok disebabkan hari ini mereka  ada perbicaraan di mahkamah tinggi Kuantan dalam isu perahan

Mereka adalah sebahagian daripada peneroka yang menyaman Felda beramai-ramai dalam isu kadar perahan gred (KPG) dan lain-lain kepincangan kepada komuniti tersebut yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Bagaimanapun pada 6 Julai lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman berhubung dengan pemberian duit raya dan dividen FGV kepada semua peneroka tanpa menyebut siapa yang tidak layak.

Bagi mereka, penafian wang raya kepada mereka itu seolah-olah Felda sudah menjatuhkan hukum mereka bersalah dalam hal menyaman Felda, walhal kes tersebut masih berjalan sehingga boleh mengganggu proses mahkamah.
Seorang peneroka Mohd Shahrul Mohamed dari Felda Gugusan Bera berkata, selepas daripada pengumuman itu beliau berjumpa dengan pengurusan rancangan dan diberi tahu peneroka-peneroka yang mengambil tindakan saman ke atas Felda tidak layak menerima pemberian duit raya dan dividen FGV.

Katanya, nama beliau dan yang terlibat menyaman Felda juga dipamerkan di papan kenyataan pejabat rancangan seolah-olah merupakan satu ugutan ke atas yang terlibat.
"Selain mengganggu proses mahkamah yang sedang berlangsung sekarang, keadaan ini juga telah memberi gambaran negatif masyarakat kepada peneroka-peneroka yang menyertai saman.
"Sedangkan proses saman yang kami buat adalah satu proses menuntut hak dan keadilan yang gagal dilaksanakan oleh Felda dan proses mahkamah ini tidak menyalahi mana-mana undang-undang dan perjanjian.

"Akibat daripada itu kami disindir dan dipersenda masyarakat seolah-olah saya telah melakukan satu jenayah dan menyebabkan saya rasa malu dan tertekan," tegasnya.
Shahrul berkata, tindakan Felda melabelkan peneroka yang mengambil tindakan saman sebagai berhaluan kiri dan tidak mengenang budi adalah tidak bertanggung jawab dan tidak berintigriti.
Tambahnya, keadaan ini telah menimbulkan prasangka buruk dan persepsi negatif sesama peneroka.
Dalam pada itu Shahrul berkata, tindakan laporan polis tersebut akan diambil tindakan segera oleh peguam supaya Felda menjelaskan pembayaran wang tersebut secepat mungkin.

Peneroka diwakili oleh peguam Harris Abdullah. 
Putera Semantan





KENYATAAN MEDIA NGO ANAK

Pagi ini hampir 50 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan kerana dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.

Ia sebahagian dari lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sepertimana sepatutnya, meskipun YAB Perdana Menteri dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahwa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Tindakan Felda atas alasan peneroka menyaman Felda atas isu Kadar Perahan(KPG) dan lain2 adalah tidak berasas dan zalim. Ia bertentangan dengan hak asasi dan Perlembagaan Negara yang membenarkan setiap warganegara mendapatkan haknya mengikut saluran undang-undang.

Maka, usaha para peneroka felda membuat laporan polis adalah wajar setelah pihak Felda bertegas enggan membayar Saguhati Hariraya dan dividen FGV seperti mana sepatutnya. Bukan sahaja enggan berunding, peneroka dihamburkan kata kata yang amat mengguris perasaan.

Saya telah membuat perbincangan dengan team lawyer ANAK dan setelah meneliti kes ini, ada asas yang kuat untuk mengambil tindakan terhadap pengurusan Felda.

Bagi tujuan membantu peneroka mendapatkan wang berkenaan, ANAK menubuhkan satu taskforce diketuai Ust Yohanis Ahmad, Pengerusi Ngo ANAK Pahang, untuk mengumpul semua maklumat peneroka seperti yang dikehendaki peguam.
Beliau boleh di hubungi seperti di talian hp 0133039913.

Sikap berdendam Felda nampaknya tidak reda walaupun dalam bulan ramadhan. Justeru, langkah membuat laporan polis dan tindakan undang2 terpaksa dilakukan kerana itulah pilihan yang ada.

MAZLAN ALIMAN
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)

' MENERAJUI PERUBAHAN'

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mayat dililit ular sawa

Posted: 24 Jul 2014 10:46 PM PDT

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 1:00 AM

Astro Oasis Sahkan Gambar Mayat Dililit Ular Rakaman 'Tanah Kubur



PETALING JAYA: Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan.
Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai.
"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa keping gambar jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa yang tersebar di internet.

Gambar yang didakwa kejadian benar yang berlaku di utara tanah air itu telah menimbulkan kebimbangkan masyarakat.

Menurut Namanzee, dia pada awalnya turut terkejut apabila menerima kiriman gambar-gambar tersebut daripada rakan-rakannya yang bertanyakan hal itu.
"Beberapa hari lalu ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran.

"Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12.

Drama tersebut merupakan inspirasi daripada kisah yang diambil pada zaman Khalifah Abu Bakar R.A berkenaan pengebumian seorang lelaki yang telah mengutuk laungan Azan dan mayatnya dibelit oleh seekor ular.

Kesatuan mahu kru MAS dibenar bertudung

Posted: 24 Jul 2014 08:08 PM PDT


Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.

Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka.



Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga "tidak betul dan tidak adil" kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

"Kini tiba masanya isu pakaian seragam hijiab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan," kenyataan itu dipetik.

Ia mengulas kenyatan MP PAS semalam yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat.

Dalam kenyataannya, Nufam turut menyelar pengguna Internet yang melabelkan anggota krunya sebagai "murahan".

Ia merujuk kepada satu imej yang disebar oleh pengguna Internet yang mendakwa anggota kru tersebut menawarkan khidmat seks.

"Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat mengenai kru wanita kami.

"Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan," kenyataan itu dipetik.

PM Ukraine letak jawatan

Posted: 24 Jul 2014 02:05 PM PDT

Foto



                        ARSENIY Yatsenyuk, meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ukraine. FOTO EPA

Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.
Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17. 
Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.


Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.



Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.
Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. - AFPMengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'. 

Khalid cabar Adun Selangor kemuka undi tidak percaya

Posted: 24 Jul 2014 07:49 AM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas sebarang usaha menggantikan beliau perlu dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2014. 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) jika mahu beliau berundur.
Menteri besar Selangor itu ketika ini berdepan kemungkinan disingkir, bagaimanapun bertegas ia mesti dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri.
"Memang boleh, saya rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau Adun secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan," kata Khalid semas ditemui di Kajang hari ini.
Khalid sudah menyatakan secara terbuka tidak akan berundur, malah memberi amaran Pakatan Rakyat (PR) akan hilang negeri terkaya tersebut.
Untuk menyingkirkannya, Khalid berkata beberapa proses perlu dilalui serta mengingatkan pemimpin PR negeri bahawa lantikkan beliau dibuat oleh Sultan Selangor.
"Saya dah kata, saya akan mengikut lunas enakmen-enakmen yang perlu diikuti kerajaan negeri Selangor sebab ada beberapa tatacara yang perlu dilakukan.
"Kedua apabila saya dilantik, saya juga diminta untuk angkat sembah dan sumpah sebagai menteri besar negeri Selangor," beliau berkata.
Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh PAS dan DAP.
Untuk rekod, PAS dan DAP memiliki kerusi lebih banyak berbanding PKR.
Sejak itu, satu persatu isu dan pertelingkahan dibincangkan secara terbuka di media oleh pemimpin PR sendiri termasuk dalam isu rampasan Bible Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia, serbuan perkahwinan Hindu yang pengantin wanitanya bernama Melayu dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kidex.
Turut menjadi isu adalah penstrukturan air di Selangor yang belum selesai dan terkini adalah apabila PKR secara rasmi melalui Langkah Kajang mahu menukar Khalid sebagai menteri besar sedangkan beliau tidak bersedia untuk berundur dan mahu menghabiskan penggalnya hingga PRU14.
Turut merosakkan imej PR adalah kekecohan dalam pemilihan PKR yang selalu digunakan oleh media BN untuk memburuk-burukkan parti itu di mata umum.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah mengumumkan PKR memutuskan memilih presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.
Ia kemudian dimaklumkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden PR di Bangunan Parlimen petang semalam.
Walaupun menerima kenyataan PKR berhak menamakan Dr Wan Azizah sebagai bakal MB baru, PAS dan DAP akan berbincang di kalangan pimpinan mereka untuk menentukan  pendirian.
PAS akan bermesyuarat selepas Aidiltitri yang dijangka minggu depan manakala DAP belum memaklumkan tarikhnya. – 24 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-cabar-adun-selangor-kemuka-undi-tidak-percaya#sthash.hKxiXee3.dpuf

Pesawat Air Algerie AH5017 sah terhempas

Posted: 24 Jul 2014 03:52 AM PDT


Satu penerbangan Air Algerie yang dalam penerbangan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers disahkan terhempas hari ini.

Laporan Reuters memetik kenyataan pihak berkuasa Algeria menyebut, pesawat membawa 110 orang penumpang itu disahkan terhempas.

"Saya boleh sahkan ia terhempas," kata pihak berkuasa itu.

Terdahulu agensi itu yang memetik laporan agensi tempatan APS menyebut pihak berkuasa terputus hubungan dengan pesawat AH 5017 selepas ia berlepas dari Burkina Faso.


Syarikat penerbangan persendirian Sepanyol, Swiftair mengesahkan ia terputus hubungan dengan pesawat MD-83 yang dikendalikan Air Algerie, yang menurutnya membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.

Syarikat tersebut dalam satu notis di laman webnya menyebut, pesawat tersebut berlepas dari Burkina Faso pada jam 0117 GMT (9.17pagi waktu Malaysia) dan sepatutnya mendarat di Algiers pada jam 0510 GMT (1.10petang waktu Malaysia) tetapi tidak kunjung tiba.

Seorang pegawai penerbangan Algeria berkata komunikasi terakhir antara pihaknya dengan pesawat Air Algerie membawa 116 orang dari Burkina Faso ke Algiers itu adalah pada jam 0155 GMT (9.55pagi waktu Malaysia) ketika ia terbang merentasi Gao, Mali.

Pihak berkuasa penerbangan di Burkina berkata mereka menyerahkan kawalan penerbangan itu kepada menara kawalan di Niamey, Niger, pada jam 1.38 pagi (9.38 pagi waktu Malaysia). Menurut mereka, komunikasi terakhir dengan pesawat itu sejurus selepas 4:30 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia).

Pihak berkuasa Burkinabe menubuhkan unit krisis di lapangan terbang Ouagadougou untuk menyediakan maklumat kepada keluarga penumpang tersebut.

Seorang diplomat di Bamako, Mali berkata kawasan utara negara itu – dalam kawasan yang mungkin dilaluui pesawat tersebut – dilanda ribut pasir pada malam sebelumnya.

Issa Saly Maiga, ketua Agensi Penerbangan Awam Mali berkata pencarian sedang dijalankan untuk mengesan pesawat tersebut.

"Kita tidak tahu jika pesawat itu berada dalam wilayah Malu," katanya kepada Reuters. "Pihak berkuasa penerbangan dikerahkan ke semua negara terlibat – Burkina Faso, Mali, Niger, Algeria dan juga Sepanyol."

Tidak akan ambil tindakan terhadap kenderaan cermin gelap - Timb Menteri

Posted: 24 Jul 2014 02:34 AM PDT

 | July 24, 2014
Jika ada sekatan jalan raya, pemeriksaan membabitkan perkara lain, bukan cermin gelap.
Tinted-650x482PETALING JAYA: Tiada tindakan akan diambil terhadap pengguna kenderaan bercermin gelap selagi pihak Kementerian Pengangkutan belum membuat keputusan rasmi mengenai perubahan peraturan itu.
Menurut  Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, keputusan mengenai peraturan baru penggunaan cermin gelap masih dalam pemerhatian Menteri Pengangkutan sendiri iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Ia akan diumumkan pada satu tarikh dan masa yang belum dapat dipastikan.
"Oleh yang demikian, semua sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri minggu hadapan tidak akan memfokuskan kepada kesalahan cermin gelap," katanya.
Abdul Aziz turut menjelaskan, selepas bengkel kajian semula mengenai peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan pada 3 Jun lalu, satu cadangan perubahan terhadap peraturan itu telah dikemukakan kepada menteri namun ianya masih diperhalusi.
"Ia perlu mengambil kira keputusan yang sudah diputuskan bersama oleh semua pihak. Sebarang penguatkuasaan terhadap penggunaan cermin gelap ditangguhkan sementara menunggu pengumuman menteri.
"Jika ada sekatan jalan raya, pemeriksaan membabitkan perkara lain, bukan cermin gelap," jelasnya.

Kiki #CDM25 dihukum kerana dia Melayu

Posted: 24 Jul 2014 01:33 AM PDT

Zainuddin mempersoalkan bagaimana reaksi akhbar-akhbar Cina, media sosial Cina, parti-parti perkauman Cina dan NGO Cina jika yang terhukum itu seorang Cina.
Kiki-Kamaruddin-ApologyPETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tentang kejadian seorang wanita pembuli jalan raya, Siti Fairah Asyikin Kammaruddin yang dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan.
Asyikin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kiki juga dihukum melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan kerana mengetuk sebuah kereta yang menggesel dengan keretanya dengan menggunakan pengunci stereng.
"Kebetulan hal ini berlaku antara Melayu dan bukan Melayu dan mangsa ialah warga emas Sim Siak Heong.
"Kemalangan kecil ini menjadi hangat apabila video kebengisan wanita ini tersebar luas di media sosial dan semua kaum marah kepada Kiki dan simpati kepada Sim," katanya di dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com.
Menurut Zainuddin, beliau mengucapkan tahniah di atas kepantasan pihak berkenaan membawa kes ini ke mahkamah dan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh.
"Namun saya terfikir bagaimanakah reaksi akhbar-akhbar Cina, media sosial Cina, parti-parti perkauman Cina dan NGO Cina jika yang terhukum itu seorang Cina.
"Tidakkah mereka akan menganggap hukuman itu sebagai bersifat perkauman kerana melihatnya sebagai suatu kes yang kecil sahaja," jelasnya.
Tambah beliau, hal ini tidak mustahil berbangkit kerana sekiranya kita menimbangkan kes Beng Hock yang merupakan Setiausaha Politik kepada seorang Exco DAP yang telah disahkan oleh pihak perubatan sebagai membunuh diri masih dipersoalkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang yang melabelnya sebagai pembunuhan.
"Lim Kit Siang telah bertanya kenapa tidak menangkap pembunuh Teoh dan dia telah mengecam Ketua Polis Negara yang mahu menyiasat beliau kerana memberikan gambaran Teoh dibunuh.
"Jika sekiranya tindakan terhadap kes kecil Kiki begitu cepat maka berapa tahunkah lagi tindakan akan diambil terhadap kes besar Lim Kit Siang setelah siasatan dijalankan terhadapnya di bawah Akta Hasutan," ujarnya.
Zainuddin mempersoalkan adakah Ketua Polis Negara akan membiarkan siasatan ini dijadikan isu politik yang berpanjangan sehingga menimbulkan ketakutan Peguam Negara untuk mengambil tindakan atau melewat-lewatkannya sehingga ia akan dilupakan umum.
"Ini adalah imej popular peguam negara," katanya.

80% pilih Abdul Khalid kekal jawatan MB

Posted: 24 Jul 2014 12:30 AM PDT

Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu berkenaan jawatan Menteri Besar.
Melalui satu 'polling' yang mula dilakukan sejak semalam di poll.pollcode.com, Abdul Khalid terus mendahului dengan peratusan yang tinggi.
polltskiSetakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Dengan 'caption' Suara Rakyat Selangor, undian itu turut meletakkan tiga pilihan lain iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali dan pilihan terakhir iaitu semua DUN dibubarkan.
Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11%), Azmin 75 (2%) sementara 241 lagi (7%) memilih untuk DUN Selangor dibubarkan.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR memutuskan memilih Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk melengkapkan 'Langkah Kajang' bagi menggantikan Abdul Khalid, pada 21 Julai lalu.
Khalid-Ibrahim-SELANGORPengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun menerima reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.
Tinjauan Selangor Kini semalam mendapati kebanyakan rakyat menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau mempunyai 'track record' cemerlang dan bersih sehingga kini.
-NFN-

Pemuda PAS pilih Khalid

Syarhan Humaizi Abdul HalimPemuda Pas Selangor hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan mengingatkan sebarang usaha mengganti dan melantik menteri besar baharu mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, PR tidak boleh menafikan kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada PRU13 lepas.
"Kami menyokong penuh kenyataan Persuruhjaya Pas Selangor Ir Iskandar Samad yang menegaskan bahawa Abdul Khalid perlu dikekalkan sebagai MB Selangor.
"Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada PR di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Syarhan turut mengingatkan kepada pihak yang terlibat dalam isu percaturan menteri besar ini agar tidak bertindak semberono.
"Pemuda Pas Selangor mengingatkan pihak yang bersungguh dalam 'movement' ini agar tidak gopoh hanya kerana ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang.
"Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini," katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

Kumpulan pertama mayat mangsa MH17 disambut penuh istiadat di Belanda

Posted: 23 Jul 2014 11:40 PM PDT

Kumpulan pertama mayat nahas MH17 tiba di Belanda dengan sambutan istiadat dan deretan orang ramai. Gambar fail Reuters. 
Kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Belanda malam tadi, kira-kira seminggu selepas pesawat malang itu ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika konflik meletus semula di kawasan terhempasnya pesawat itu.
Tentera Belanda yang beruniform lengkap menerima 40 keranda kayu berisi mayat mangsa yang ditempatkan satu persatu di lapangan terbang Eindhoven di selatan negara itu dalam majlis penuh istiadat sebagai penghormatan terakhir dengan orang ramai berbaris di kiri dan kanan jalan.
Majlis dua jam itu disiarkan ke seluruh negara dan dunia dalam suasana amat berbeza di kawasan kejadian yang penuh dengan suasana kelam kabut selepas kejadian itu.
Loceng gereja dibunyikan di seluruh Belanda ketika pesawat yang membawa kumpulan pertama mayat yang belum dikenal pasti itu mencecah bumi negara itu di mana kebanyakan mereka adalah rakyat Belanda.
Dalam perkembangan terkini yang penuh dramatik, Kiev mendakwa peluru berpandu itu ditembak Rusia - dakwaan yang dibuat Barat untuk melakukan provokasi terhadap kemusnahan MH17 - juga menembak jatuh dua kapal terbang mereka di kawasan kejadian yang dikawal kumpulan pemberontak pro Rusia.
Rakyat Belanda bersatu dalam kesedihan dan kemarahan mereka semakin memuncak kerana tertangguhnya usaha mendapatkan kembali mayat mangsa dan cara pemberontak pro Rusia mengawal kawasan kecelakaan itu, mayat mangsa dan barangan milik peribadi mereka.
Pesawat itu meninggalkan Kharkiv di Ukraine, di mana mayat itu dibawa oleh tentera.
Kira-kira 1,000 keluarga 193 mangsa rakyat Belanda berkumpul di lapangan terbang termasuk Raja Willem-Alexander dan Queen Maxima, Perdana Menteri Mark Rutte dan wakil negara yang terlibat menyambut ketibaan pesawat itu.
Mayat itu kemudiannya dibawa ke makmal tentera di Hilversum, selatan Amsterdam, di mana pakar forensik akan mengenalpasti mereka.
Bendera 17 negara yang kehilangan rakyat mereka dikibarkan separuh tiang di lapangan terbang itu.
MAS memaklumkan 11 kewarganegaraan dalam senarai penumpang tetapi sebahagian mereka mempunyai dua kewarganegaraan.
Jalan sepanjang 100 km dari Eindhoven ke Hilversum ditutup bagi membolehkan konvoi panjang itu melaluinya, dengan orang ramai berkumpul di atas jejantas dan melemparkan bunga ke atas kenderaan limosin yang membawa mereka.
Masa bertafakur seminit juga dibuat di seluruh negara di mana tiada kapal terbang dibenarkan berlepas atau mendarat di lapangan terbang Schiphol, di mana pesawat malang MH17 berlepas enam hari sebelum itu menuju Kuala Lumpur.
Kumpulan kedua mayat dijangka tiba di Belanda pada Khamis, iaitu sebahagian lagi daripada 200 mayat yang diterima, kata pegawai Belanda di Ukraine.
Rutte sudah memberikan amaran, mungkin tempoh sebulan diperlukan sebelum semua mayat dikenal pasti.
Polis Belanda beberala kali datang untuk mendapatkan sampel DNA seperti sikat, butiran tatu dan cap jari, di samping rekod perubatan dan pergigian, untuk membantu proses kenal pasti mayat.
Kotak hitam pesawat itu sudah dihantar kepada pakar analisis di Britain, dan penganalisis Belanda berkata semalam, mereka Berjaya memuat turun data daripada perakam suara kokpit dan tiada bukti menunjukkan peralatan itu diganggu.
Perakam data penerbangan itu akan dianalisis hari ini, kata penyiasat.
Kiev berkata, Belanda dan negara lain yang kehilangan rakyat dalam kejadian itu bercadang untuk menghantar polis untuk mengawal keselamatan di kawasan itu, kerana bimbang bukti tercemar.
Presiden Rusia Vladimir Putin berjanji "melakukan segalanya" untuk mempengaruhi puak pemisah dan memastikan siasatan menyeluruh.
Pegawai risikan AS berkata mereka percaya pemberontak tersilap tembak pesawat malang yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan peluru berpandu.
Kegasanan meletus lagi semalam di zon nahas di timur Ukraine, dan Kiev berkata dua jet pejuangnya ditembak dengan peluru berpandu dari Rusia.
"Menurut maklumat awal, senjata itu dilancarkan dari wilayah Rusia," kata Majlis Keselamatan Negara dan Pertahanan Ukraine.
Jurucakap yang mendakwa sebagai Republik Rakyat Donetsk memberitahu AFP jet pejuangnya menembak jatuh dua pesawat.
Kedua-dua juruterbang berjaya keluar daripada pesawat Su-25 menggunakan payung terjun kira-kira 45 kilometer di lokasi MH17 terhempas ke sempadan Rusia.
Insiden itu berlaku ketika Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata ia menganggap Ukraine berada dalam keadaan perang saudara, dan memberi amaran kepada kedua-dua pihak supaya mematuhi Konvensyen Geneva.
Putin berdepan hukuman baru Eropah seminggu selepas pendedahan mengenai pembabitannya dalam krisis di Ukraine, yang mendinginkan ketegangan di Timur-Barat pada tahap paling bawah bagi tempoh lama.
Wakil Kesatuan Eropah dijangka mengadakan pertemuan di Brussel hari ini untuk berbincang menambah senarai individu yang perlu menerima hukuman.
Askar kerajaan Ukraine bertahan dalam pergelutan kuasa untuk mengawal kawasan perindustrian di timur Ukraine daripada kumpulan pemisah pro-Moscow. – AFP, 24 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-pertama-mayat-mangsa-mh17-tiba-di-belanda-disambut-penuh-istiadat#sthash.vuaLOYnm.dpuf