Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#MH17: Kad ucapan Hari Raya di lokasi nahas?

Posted: 23 Jul 2014 04:10 AM PDT


Tak dapat dipastikan daripada siapa dan untuk siapa, tetapi kad ucapan Hari Raya yang ditemui di lokasi nahas MH17, boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa sebak.

Kad ucapan yang masih dalam keadaan baik ini ditemui oleh anggota puak pemberontak. Ketika wartawan The Star membuat liputan di lokasi nahas, dia ditemui anggota pemberontak berkenaan. Sebaik mengetahui wartawan tersebut dari Malaysia, dia menyerahkan kad yang beralamat Malaysia itu kepada wartawan terbabit dan meminta agar kad itu diserahkan kepada penerimanya.

Kad ucapan pengganti diri walau diri tak dapat bersama di Hari Raya. Pastinya kad ini akan menjadi kenangan terakhir yang memilukan buat si penerima. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Suara Politik
Belantan

Malaysia Kutuk Insiden Tembak Jatuh Pesawat MH17!

Posted: 23 Jul 2014 01:49 AM PDT


Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine, minggu lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kecewa dan marah apabila kawasan tragedi itu tidak dihormati sebagai kawasan larangan, selain kelewatan mengendalikan mayat mangsa kejadian itu.

"Namun demikian, buat masa ini kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti benar-benar sahih diperoleh," katanya ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Najib berkata Malaysia juga menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia supaya mengeluarkan resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat dalam kes-kes seumpama itu sebelum ini.

"Tambahan pula, menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas," tegasnya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk pada Khamis lepas.

Najib berkata selain mengalu-alukan siasatan oleh badan bebas antarabangsa, Malaysia juga mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan mengenai punca tragedi yang menimpa pesawat MH17 dapat diselesaikan.

"Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Perdana Menteri menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah menerima secara sebulat suara resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke kawasan kejadian, selain menghentikan serta-merta semua kegiatan ketenteraan di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji tragedi itu dengan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan Malaysia ambil kelak adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Beliau bagaimanapun turut menarik perhatian bahawa persetujuan yang dicapai dengan Alexander Borodai, ketua wilayah lokasi MH17 terhempas, mengenai akses pasukan penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan nahas dan jaminan keselamatan mereka, masih belum tercapai sepenuhnya.

Dalam pada itu, Najib turut menggariskan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera mengenai insiden itu termasuk sama ada ia benar-benar ditembak dengan peluru berpandu, dalang di sebaliknya dan motif yang sebenarnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa tragedi itu dan keluarga mereka.

"Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di media sosial menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih," katanya.

Najib mengulangi pendiriannya bahawa pergolakan geopolitik tidak menguntungkan sesiapa, malah hanya menyebabkan manusia semakin menderita kerana kehilangan orang tersayang.

Perdana Menteri memberi jaminan kepada keluarga mangsa tragedi MH17 bahawa kerajaan akan terus menuntut keadilan dan tidak akan berhenti mencari kebenaran walaupun berdepan kesukaran dan kepayahan.

"Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan.

"Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung," katanya.

Najib menyifatkan tragedi MH17 seumpama pembunuhan beramai-ramai dan menuntut pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang serta ketua-ketua parti yang lain, kerana turut mengutuk insiden itu.- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Edisi Seram : Bila 'Jin' Gila Bersuara.

Posted: 23 Jul 2014 10:17 PM PDT



*Suka hati bapak dia je nak pas kat laki bini.

Apa Kata Macai : Kotak Hitam Ke Kotak Oren?

Posted: 23 Jul 2014 07:54 PM PDT

Apa pendapat pembaca?


*Ada jugak pak pandir di zaman wikipedia ni ek.

#PRAYFORGAZA: 29 TENTERA YAHUDI DAH MAMPOS, 150 LAGI CEDERA PARAH.

Posted: 23 Jul 2014 02:26 AM PDT


Takbir...sehingga berita ini ditulis sudah 29 tentera Yahudi Zionis Israel (IDF) telah terbunuh, seorang hilang dikhuatiri terbunuh dan lebih 150 lagi cedera parah dalam operasi pencerobohan tentera Yahudi di Semenanjung Gaza (Operation Protective Edge).

Foto-foto diatas adalah sebahagian dari tentera yahudi IDF yang terbunuh di tangan para pejuang Palestine.

Akibat tidak mampu bertahan dalam peperangan di daratan, pihak IDF telah menambah lagi 2,000 askar tambahan kebanyakkannya askar-askar muda yang tidak terlatih dan takut mati.

Kebanyakkan kadet-kadet muda tersebut memegang dwi-kewarganegaraan iaitu ramai dari Amerika Syarikat, Perancis dan Russia. 

Tentera-tentera Yahudi dari negara-negara lain termasuk dari Singapura (SDF) juga dikhabarkan akan dihantar ke Israel dalam masa terdekat membantu IDF selain mempelajari perang taktikal memerangi pejuang Palestine. (Eemmmm selain itu untuk apa yer???)

SDF dilatih oleh IDF...takkan takde wakil yang tak pergi Gaza kot? 

Heran juga mengapa IDF memerlukan tentera tambahan sedangkan mereka lengkap bersenjata moden?

Ternyata tentera Yahudi hanya berani jika menyerang dari jarak jauh menggunakan kereta kebal dan pelbagai artileri serta serangan udara atau laut. Tapi mereka amat takut jika berhadapan dengan tentera muslimin Briged Al Qassam dan Briged Saraya Al Quds yang menjadi pahlawan-pahlawan syahid di Gaza.  

Jabatan Negara Amerika dan Pihak Berkuasa Penerbangan Antarabangsa (FAA) telah mengeluarkan amaran larangan terbang kepada semua kapal terbang ke Ben Gurion Airport di Tel Aviv, Israel. 

Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Lufthansa, Germanwing, Austrian Airlines, Swiss Air, KLM dan Air France telah membatalkan penerbangan ke Israel dan sebaliknya.

Pihak Israel juga menghadapi masalah kekurangan darah di hospital-hospital bagi merawat rakyatnya yang tercedera. Ramai terpaksa berlindung di kubu-kubu bawah tanah akibat serangan bertubi tentera Al Qassam dan Saraya Al Quds.

Berikut adalah di antara 30 tentera Yahudi laknatullah yang terkorban sepanjang operasi mereka mengempur Gaza di bulan Ramadhan ini;
  • 1st Lt. Natan Cohen, 23
  • Staff Sgt Eitan Barak, 20
  • 1st Staff Sgt. Jordan Bensemhoun, 22
  • Major Amotz Greenberg, 45
  • Sgt Adev Barsano, 21
  • Lt. Bar Ranav, 21
  • Sgt. Nissim Sean Carmeli, 21
  • Sgt. Max Steinberg, 24
  • Capt. Dmitri Levitas, 26
  • Sgt. First Class (FC) Oded Ben Siva, 22
  • Staff Sgt. Jordan Ben Simon, 22
  • 1st Lt.Yuval Heiman,21
  • Sgt Major Beinisian Kasahun, 39
  • Cadet Naval Goldmacher, 23
  • Staff Sgt. Tal Yifrach, 21
  • Lt Col. Dolev Kidar, 38
  • Staff Sgt Yuval Dagon, 22
  • Sgt FC Sean Mondscein, 19
  • Sgt FC Oren Simch Noach, 22
  • Sgt Ben Itzhak Oanounou, 19
  • Sgt Daniel Pomerontz, 19
  • Sgt. Shachar Tase, 20
  • Sgt Major Omed Shemesh, 27
  • Staff Sgt. Aviter Monshe Torjamin, 20
  • Staff Sgt Eviyatar Turgeman, 20

Kematian Lt Col Dolev Kidar, 38 tahun amat mengejutkan IDF. Beliau adalah antara tentera terbaik dan senior dalam IDF
1st Sgt Daniel Pomerontz, 19 tahun terkorban meninggalkan aweknya yang seksi
Sgt Ben Itzhak Oanounou, 19 tahun; anak keluarga berada yang manja dipaksa jadi tentera IDF
Sgt Oron Shoul, 21 tahun tentera IDF yang masih hilang dan merungsingkan Israel

Sengaja kami dedahkan senarai nama bangkai-bangkai ini supaya kita mengambil ikhtibar bahawa perjuangan suci umat Palestine tidak sia-sia dan sentiasa dibantu oleh Allah swt. Israel tak kuat mana pun.

Sesungguhnya doa-doa kita di setiap malam di Ramadhan ini sentiasa mengiringi perjuangan suci rakyat Palestine.

Justeru teruskan sumbangan kita pada Tabung-Tabung Kemanusiaan Gaza. 

Rakyat Palestine kini mengharapkan doa-doa kita semua.

Mereka juga mengharapkan agar ada negara-negara Islam yang dapat membantu persenjataan mereka kerana pada mereka hanya senjata dan darah sahaja yang dapat mengembalikan maruah mereka. 

Bagi mereka hidup mulia mati syahid.

Apa komen Anwar dan DAP melihat askar-askar yahudi ini mati bergelimpangan???

Panas! Imam Besar Baca Doa Bersama-sama Sami dan Paderi Di Pulau Pinang?

Posted: 23 Jul 2014 12:29 AM PDT


Pendedahan yang dibuat oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdu Hamid Mohamad dalam blog beliau (http://www.tunabdulhamid.my).
Rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukann agama Islam sebagai agama Perekutuan. Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, do'a dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?

Sumber : http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/726-mempertahankan-prlembagaan-sebagai-asas-perpaduan-negara

Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Besar Pulau Pinang.

Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy (kanan) mengesahkan bahawa ia telah berlaku pada bulan Februari semasa majlis pecah tanah Persatuan India Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan bahawa majlis itu adalah upacara membabitkan pelbagai agama kerana masyarakat India yang menjadi ahli persatuan itu datangnya dari pelbagai latar belakang agama - ada yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Sikh - yang menghadiri majlis pecah tanah itu.

Pihak persatuan itu, kata Ramasamy, mahu  memastikan majlis itu membabitkan semua orang dari pelbagai agama, termasuk ahli persatuan itu yang beragama Islam.

"Bagi saya, majlis seperti itu seharusnya dipuji kerana ia mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya kerana ia adalah salah satu perkara yang terbaik yang telah berlaku," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/269616

Persoalannya, adakah agama Islam telah disama taraf dengan agama lain di Pulau Pinang? Tidakkah kedudukan agama Islam telah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan?
Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Apa kata Parti Islam Se-Malaysia sebagai sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam hal ini?


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


IGP siasat!!! Sim Kwang Yung anak taukeh judi tak tidor lokap ketika reman?

Posted: 23 Jul 2014 10:00 PM PDT


IGP Tan Sri Khalid baru membuat kenyataan memberi amaran bahwa sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman dan menghasut di sosial media boleh di siasat dan dakwa.




Hari itu, tersebar seorang wanita bernama Sim Kwang Yung di Tawau mengeluarkan kata-kata rasis yang mana menghina pilot MAS MH 17 berbangsa Melayu. Dia juga turut menghina Islam dan orang Melayu di tempat setempatnya.

Pribumi Sabah ngaku diri Melayu?

Kononnya dia tak ngaku FB itu kepunyaannya lalu membuat laporan polis. Seorang Datok yang terkenal sebagai conman peniipu konon nak cover line.


Lalu Unspinners dedahkan Dato ini dan bapak Sim Kwang Yung yang merupakan sebagai taukeh judi haram di tawau. Baca SINI

Kini tersebar di Tawau bahwa Sim hanya datang ke balai untuk siasatan tapi tidak ditahan reman seperti tertera dalam laporan akhbar. Dia datang ke balai untuk disiasat tapi tidak ditahan reman 7 hari seperti dilaporkan akhbar.

Ada saksi memberi tahu Unspinners dan ianya sudah jadi bualan satu Tawau bahawa Sim kelihatan pulang ke rumah dan dipercayai tidor di rumah malam sebelum laporan akhbar itu keluar.

Hal ini serius. Samada polis beri kenyataan palsu atau akbar laporan palsu untuk menutup mata orang ramai.

Oleh sebab hal ini besar dan penting selari dengan amaran IGP, pihak Bukit Aman perlu buat siasatan. Sementang bapak SIm itu taukeh judi, nanti timbul salah persepsi IPD Tawau melindungi judi haram dan ikut arahan taukeh judi haram.

Oh ya ... siasat sekali Dato Sulu penipu Jeffrey Rosman kerana bersekongkol nak cover line dengan menipu.





FB Asrul Samad buat spin bebal tahap budak fail SRP

Posted: 23 Jul 2014 08:43 PM PDT


Cuba google SINI. Warna apa tu black box flight recorder?

Ada pula FB penyokong pembangkang kata rakyat kena tipu?


Rakyat kena tipu atau penulis FB tak baca buku? SRP dulu pass tak?

Baik pencenlah dari nak jadi pejuang siber. Siber buangan boleh lah ... kah kah kah ki ki ki ha ha ha hi hi hi ....

Pemuda UMNO, Perkasa tersilap perkataan lalu diputarbelit media Britain

Posted: 23 Jul 2014 07:00 PM PDT


Pendirian kerajaan adalah untuk tidak menuduh sesiapa sehingga melalui proses siasatan, perundingan dan mahkamah antarabangsa. Mengapa Pemuda tuduh dahulu?

Malah Perkasa pun tersikap bahasa ...


Ukraine dituduh bertanggungjawab dan Rusia dituduh diam kerana bersalah. Padahal pendirian kerajaan adalah tidak menuduh mana-mana pihak.

Pemisah Ukraine yang dipercayai disokong Rusia begitu berkerajsama dan sedia menyerahkan blackbox dan mayat serta terbuka keapda penyiasat antarabangsa.

Rusia juga sudah memberi kenyataan dan bukti-bukti. Baca Anak Sungai Derhaka SINI

Belah Ukraine turut dituntut bukti kerana tape yang diguna untuk tuduh hanya seminit dua. Mana lagi satu dua jam yang lain???

Harap paham dan tahu implikasi setiap perkataan dan ayat yang diguna dalam undang-undang antarabangsa.


Sementara itu, CNN sudah tidak lagi beri liputan kepada MH17 dan amerika sudah mula senyap dari membuat tuduhan melulu. ...

Kenapa ye?

Kenapa Mat Sabu, gajian DAP yang persetujui untuk PAS?

Posted: 23 Jul 2014 10:22 AM PDT


Menurut perkelilingan Utara News, Anwar Ibrahim terbukti berbohong apabila membuat kenyataan bahawa PAS dan DAP telah memberikan persetujuan bagi melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Salehen Mukhyi, PAS masih mengiktiraf
Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar negeri itu dan tidak pernah menyatakan persetujuan untuk Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar.

Ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sedang gila kuasa dan mahu menjadi diktator didalam Pakatan Rakyat.

Adakah kenyataan berikut akan meredekan spekulasi?

--------------------------------

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT SETUJU ISTERI ANWAR IBRAHIM MB SELANGOR

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail isteri Dato Seri Anwar Ibrahim

Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN dan hak milik eksklusif Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

 --------------------------------


Menurut sumber dari PKR, terdapat khabar yang mengatakan Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim akan membubarkan DUN Selangor jika beliau dipaksa meletakkan jawatan Menteri Besar selepas hari raya puasa ini.

Sumber berkenaan turut menjelaskan bahawa Khalid tidak akan teragak-agak berbuat demikian seandainya Anwar Ibrahim terus berkeras untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru di negeri Selangor.

Hmmm ....

Satu dunia kagum tapi Rafizi juga tak terfikir ....siapa lagi sama bebal?

Posted: 23 Jul 2014 02:00 AM PDT


Satu dunia kagum dengan Dato Najib dan New York Times yang dikuasai Yahudi boleh nyatakan kekaguman terhadap Malaysia, tapi ada seorang rakyat Malaysia masih bebal cuba menafikan.


Dia ingat ini macam projek ambil sampah yang kerajaan Selangor kasi pada kroni-kroni politik.


Pasti ada ramai rakyat malaysia yang tidak membaca bagaimana CNN sudah konar dan Amerika yang sebelum iini bising boleh tersengap.

Malaysia tak perlu nak suap untuk dapatkan kumpulan pemisah bekerjasama. Ini baru permulaan dan banyak lagi kejutan dan kehebatan Dato Najib dalam mengurus hal ini dan Malaysia akan lagi terserlah hingga timbul rasa bangga terhadap Malaysia.

Tunggu lah ....

Tapi banyak dari orang Malaysia hati diselubungi hasad dengki, syak dan waham sentiasa. Otak tak boleh fikir dengan sempurna. Benda jelas pun tak boleh nampak?

Pemisah itu nak terus berjuang untuk bahagian negeri dia dan tuduhan melulu dari semua pihak hanya akan memberi tekanan terhadapnya. Kalau dia tak buat, mestilah dia sedia kerjasama.

Ha ... ada faham kenapa CNN konar termalu dan amerika terdiam sengap????

Satu lagi ....


Apa pasal bebal sangat? Pasal boss bebal????????

Baca Pena Minang SINI

Yang masih tak boleh nampak dan perangai macam lembu India tu elok contohi ostrich untuk gali lubang dan masukkan kepala dalam lubang tu!!!!

Hehehe ... Anwar rupanya yang sama bebal.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Surat BIADAP Khalid Samad, Sultan Enggan Terima Mengadap?

Posted: 23 Jul 2014 01:17 AM PDT


KERANA SURAT BIADAP.. SULTAN SELANGOR ENGGAN TERIMA KHALID SAMAD MENGADAP.

Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun.

Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid.

"Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

"Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku," katanya kepada media hari ini.


Khalid berbuat demikian bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menimbulkan kegelisahan orang ramai dan dianggap menentang kuasa raja baru-baru ini.

Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.

Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.

Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab dalam satu majlis di Sepang 15 Julai lalu.

AGENDAILY 21/7/2014.

Wasabi Oyabun..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Sepatutnya UMNO gembira bila dikatakan WAN AZIZAH lemah, mudah sikit nak tawan PRU14..

Posted: 23 Jul 2014 09:19 AM PDT

Sepatutnya UMNO gembira bila dikatakan WAN AZIZAH lemah, mudah sikit nak tawan PRU14..


Sejak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khalid Ibrahim mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, bermacam-macam ulasan yang cuba menafikan kelayakannya menyandang jawatan tersebut mula kedengaran daripada kumpulan pro UMNO dan BN.

Antaranya, beliau dikatakan tidak layak sebab wanita, tiada pengalaman mentadbir, hanya boneka kepada Anwar Ibrahim, beza bagaikan bumi dan langit dengan Khalid Ibrahim, bakal mengundang penolakan rakyat dan bermacam-macam lagi.

Hampir semua ulasan itu kelihatan memperlekeh kemampuan Dr Wan Azizah, manakala yang lain pula melihat ianya hanyalah keputusan peribadi Anwar yang semata-mata berdasarkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja.

Memang diakui sebelum ini Khalid adalah pemimpin yang baik dan jika dibandingkan dengan semua Menteri Besar Selangor daripada BN sebelumnya, beliaulah yang paling berhemah, berjimat, tidak boros serta dapat memenuhkan rizab kewangan negeri sehingga mencecah RM3 billion.

Masalah yang timbul ialah kerana jajaran kepimpinan Khalid sejak kebelakangan ini tidak lagi seperti dulu terutama dalam isu air, Bible dan lebuhraya Kidex sehingga beliau semakin kehilangan sokongan daripada rakan-rakan pimpinan PR sendiri.

Khalid ditakrif bukan saja mengamalkan kepimpinan ala korporat dan tidak lagi mementingkan muafakat sesama rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah seperti berwajah pro UMNO, BN dan kerajaan Pusat dalam beberapa keputusannya.

Sepertimana yang disebut oleh Anwar, penggantian Khalid dengan Dr Wan Azizah ialah untuk memastikan kestabilan dan membolehkan PR melangkah dengan lebih baik menghadapi cabaran akan datang.

Tetapi jika UMNO dan BN melihat Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang lemah, tidak berwibawa, tiada keupayaan, boneka Anwar dan bakal mengundang penolakan rakyat Selangor, kenapakah mereka membantahnya?

Bukankah sepatutnya mereka gembira kerana dengan adanya Menteri Besar yang lemah dan tidak berwibawa itu akan membolehkan UMNO dan BN merampas kembali negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang?

Jika Dr Wan Azizah tidak lebih baik daripada Khalid, tidakkah ia berita baik bagi UMNO dan BN?

Jika kedudukan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang tidak dapat mengiringi dan duduk bersebelahan dengan Sultan Selangor ketika melawat masjid dan surau bakal menjadi masalah, bukankah lama-kelamaan orang Melayu dan Islam akan menolak PR dan ini memberi kelebihan kepada UMNO dan BN?

Jika Dr Wan Azizah adalah boneka Anwar dan calon nepotisme, bukankah ia menguntungkan dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana dalam pilihanraya akan datang pastilah pengundi Selangor akan membakul-sampahkan Menteri Besar itu?

Tetapi anehnya mengapakah para pemimpin UMNO dan BN bersunggguh-sungguh menolak Dr Wan Azizah yang lemah, tidak berwibawa dan hanya boneka itu? Bukankah sepatutnya mereka menerima berita pertukaran itu sebagai khabar gembira kerana membuka peluang untuk manawan semula negeri itu?

Atau adakah UMNO dan BN menolak tuah dan tidak mahu menang dalam pilihanraya akan datang?

Macai-macai UMNO yang bijak-pandai tolonglah jawab. ~shahbudin

Isu MB: PAS, DAP beri keputusan selepas Aidilfitri

Posted: 23 Jul 2014 08:49 AM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Can Israel and Hamas co-exist?

Posted: 23 Jul 2014 09:27 PM PDT

MH17: Belanda beri penghormatan negara

Posted: 23 Jul 2014 09:06 PM PDT

MH17: Proses menyaring, melabel mayat dijangka selesai menjelang esok

Posted: 23 Jul 2014 09:01 PM PDT

MH17: Proses menyaring, melabel mayat dijangka selesai menjelang esokKHARKIV: Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang Jumaat.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku pada Rabu.

Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada Rabu.

Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari lalu.

Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat.

Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada Rabu untuk pengecaman.
Read More / Baca Lagi >>

Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh penerbangan MH17

Posted: 23 Jul 2014 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam."

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

"Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit." ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

"Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Read More / Baca Lagi >>

Ketua pemberontak Ukraine akui puak pemisah pro-Rusia miliki peluru berpandu BUK

Posted: 23 Jul 2014 08:57 PM PDT

Ketua pemberontak Ukranie mengesahkan puak pemisah pro-Rusia memiliki peluru berpandu anti pesawat seperti yang dimaklumkan Washington telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 dan ia kemungkinan besar berasal dari Rusia.
Bercakap kepada Reuters, Alexander Khodakovsky, komander Batalion Vostok, perkara itu diketahui buat kali pertama ketika pesawat malang itu ditembak di timur Ukraine memandangkan puak-puak pemberontak tidak memiliki sistem peluru berpandu BUK dan tidak menolak telah menghantarnya semula bagi menghapuskan bukti.
Sebelum nahas berkenaan, para pemberontak memang mahu mendapatkan peluru berpandu BUK, yang boleh menembak jatuh pesawat yang berada pada kedudukan tinggi.
Bagaimanapun, sejak nahas MH17, kumpulan utama puak pemisah di Republik Donetsk telah berulang kali menafikan memiliki senjata tersebut.
Sejak pesawat berkenaan ditembak jatuh dengan mengorbankan 298 nyawa, isu yang paling utama dibincangkan ialah siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu di kawasan pertempuran antara tentera kerajaan dengan puak pemisah pro-Rusia.
"Saya tahu BUK tiba dari Luhansk. Semasa saya diberitahu BUK dari Luhansk di bawah bendera LNR," katanya yang merujuk kepada Republik Rakyak Luhansk, operasi kumpulan pemberontak utama di Luhansk, satu daripada dua wilayah sepanjang Donetsk, lokasi berlakunya nahas MH17.
"Saya tahu mengenai BUK. Saya dengar mengenainya. I rasa mereka sudah menghantarnya balik untuk menghapuskan bukti.
Read More / Baca Lagi >>

Abdul Khalid: “Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB

Posted: 23 Jul 2014 08:44 PM PDT

mbKUALA SELANGOR, 24 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada beliau supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri Besar Selangor.
"Saya jawab pada Tuanku Sultan, akan terus bekerja sehingga tidak menjadi Menteri Besar," katanya.
Abdul Khalid berkata demikian selepas selesai Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa, di sini, semalam.
Ketika ditanya isu desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan beliau meletak jawatan, Abdul Khalid memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama dalam masa terdekat.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberitahu PAS dan DAP akan membawa cadangan PKR bagi menggantikan Abdul Khalid kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

Gaza: Angka korban meningkat ke 715 orang

Posted: 23 Jul 2014 08:42 PM PDT


GAZA: Jumlah korban di Gaza terus meningkat mendadak ekoran serangan bertubi-tubi pasukan tentera rejim Zionis Israel yang masuk hari ke 18 hari ini.

Dalam serangan awal pagi ini, 20 lagi rakyat Palestin termasuk empat kanak-kanak gugur syahid dibedil askar rejim menjadikan jumlah korban sehingga kini meningkat kepada 715 orang.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan awal pagi ini yang turut menyebut 31 lagi cedera dalam serangan pagi tadi.

"Sekurang-kurangnya 715 orang terbunuh dan 4550 cedera dalam serangan berterusan Israel setakat ini," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qodra

Beliau berkata, sebahagian besar daripada kematian di Gaza berlaku di bandar Khan Yunis timur Khuza'a.

Al-Qodra berkata, dalam serangan pada Rabu semalam, 81 penduduk Gaza terbunuh dan lebih 526 yang lain cedera.

Menurut beliau lagi, rekod kematian menunjukkan sekurang-kurangnya 170 adalah kanak-kanak, 79 wanita dan 37 orang tua menjadi mangsa korban tentera rejim Zionis sejak serangan 7 Julai lalu.

MENUNGGU LAILATUL QADAR

Posted: 23 Jul 2014 08:32 PM PDT

Biar aku berterus terang supaya apa yang yang akan aku tulis dan ceritakan nanti dapat diketahui oleh anak-anak zaman ini. Mungkin anak-anak zaman ini ada diberitahu atau dikisahkan oleh ibu bapa mereka tentang kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh ibu mereka. Mungkin ada ibu bapa yang suka menceritakan kisah-kisah lama kepada anak-anak terutama pada waktu makan malam. Tetapi ada juga ibu  bapa kini ( yang tinggal di bandar) yang terlalu sibuk dengan tugas mencari rezeki sehinggakan tidak ada masa untuk berbual dan berbicara dengan anak-anak.
Aku yakin bahawa apa yang aku alami ( dalam soal kemiskinan dan penderitaan) adalah juga pengalaman yang dialami oleh kebanyakan 'anak-anak kampung' yang hidup dalam tahun-tahun 1950an dan 1960an. Pada kali ini tentulah penumpuan aku tentunya kisah suka dan derita yang dialami oleh 'anak-anak kampung' pada bulan Ramadan.
Hampir seluruh 'anak-anak kampung' di kampung aku akan bersetuju sekiranya aku katakan bahawa peluang kami untuk menikmati lauk ayam adalah pada waktu-waktu tertentu dalam kehidupan seharian kami. Ibu ku ada memelihara ayam dan itik, namun ayam yang dipelihara oleh ibu bukan untuk dimakan oleh keluarga tetapi untuk dijual. Ayam yang dipelihara oleh ibuku selalu juga bertelur. Tetapi telurnya bukan untuk kami makan tetapi untuk dijual sebagai tukaran untuk membeli ikan bilis di kedai Pak Alang Ibrahim.Begitu jugalah dengan peliharaan itik. Bukan untuk dimakan dagingnya tetapi untuk dijual telurnya. Dengan hasil jualan itulah dapat menampung pendapatan keluarga disamping dapat menambah pendapatan bapa yang kerja hariannya sebagai penoreh getah.
Seingat aku ada 'beberapa peristiwa' sahaja yang memberikan peluang aku menikmati lauk dari daging ayam. Antaranya ialah  di majlis khenduri ataupun apabila dikunjung oleh keluarga dari jauh  ( dari Kuala Lumpur misalnya) ataupun pada Hari Raya Aidilfitri. Oleh kerana Hari Raya Aidiladha dianggap 'tidak begitu penting' maka tidak perlulah disembelih ayam dan memadai dengan lauk udang atau kerang sahaja. (Pada ketika itu harga makanan laut masih lagi murah berbanding dengan harga daging dan ayam).
Read More / Baca Lagi >>

Orang Islam di Penang happy saja,yang tak happy tu gang mangkok hayun UMNO dan kroni2nya...

Posted: 23 Jul 2014 08:07 PM PDT

Bekas ketua hakim 'penipu, rasis dan ekstremis'...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam bekas Tun Abdul Hamid Mohamed sebagai seorang "penipu, rasis dan estremis" kerana menuduh agama Islam terancam di negeri tersebut.

Lim berkata, kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Bekas ketua hakim hanya mendedahkan dirinya sebagai seorang rasis, ekstremis dan penipu. Dia kata kami abaikan Islam tapi buta untuk melihat yang kami sudah meningkatkan peruntukan kepada mereka.

"Malah, kami beri lebih banyak peruntukan kepada orang Islam berbanding BN buat hingga Gerakan serang kami. Itu Umno kata kami abaikan Islam?" katanya kepada The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.

Lim berkata kenyataan sedemikian bermotif politik, malah Gerakan dan Umno yang bersama dalam BN juga tidak konsisten dengan pendirian mereka.

"Mengapa ada perbezaan? Gerakan kata kami beri terlalu banyak dan Umno kata lain pula," katanya.

Abdul Hamid dalam ucapan yang dimuat naik menerusi laman sesawangnya berkata, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kini terancam di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Rebels down two Ukrainian jets near MH17 crash site

Posted: 23 Jul 2014 07:59 PM PDT

The pilots from both jets managed to parachute out, there are no further details about their condition. 

pro-russia-rebels-shoot-down-ukrainian-military-plane-killing-all-49-aboardKIEV: Pro-Russian rebels on Wednesday shot down two Ukrainian fighter jets in the insurgent-held area where Malaysia Airlines flight MH17 was downed, the Ukrainian military said.
"Terrorists have shot down two Ukrainian SU-25 jets," the press office for Kiev's military campaign against the insurgents said in a statement.
The planes were hit by missiles fired by rebels close to the village of Dmytrivka, some 45 kilometres (25 miles) south-east of the MH17 crash site towards the Russian border, as they were providing air support for government infantry, the statement said.
The pilots from both jets managed to parachute out, it said, giving no further details about their condition.
A spokesman for the self-proclaimed Donetsk People's Republic told AFP its fighters had shot down the two aircraft.
An AFP crew trying to reach the scene were turned back by rebels who fired shots near their car some 10 kilometres from Dmytrivka.
Read More / Baca Lagi >>

Rebel commander says fighters had BUK missile system

Posted: 23 Jul 2014 07:58 PM PDT

A rebel leader acknowledged for the first time that the rebels did possess the BUK missile system and said it could have been sent back subsequently to remove proof of its presence.

Rebel commander Alexander Khodakovsky of the so-called Vostok battalion - or eastern battalion - speaks during an interview in DonetskDONETSK: A powerful Ukrainian rebel leader has confirmed that pro-Russian separatists had an anti-aircraft missile of the type Washington says was used to shoot down Malaysia Airlines flight MH17 and it could have originated in Russia.
In an interview with Reuters, Alexander Khodakovsky, commander of the Vostok Battalion, acknowledged for the first time since the airliner was brought down in eastern Ukraine on Thursday that the rebels did possess the BUK missile system and said it could have been sent back subsequently to remove proof of its presence.
Before the Malaysian plane was shot down, rebels had boasted of obtaining the BUK missiles, which can shoot down airliners at cruising height. But since the disaster the separatists' main group, the self-proclaimed People's Republic of Donetsk, has repeatedly denied ever having possessed such weapons.
Since the airliner crashed with the loss of all 298 on board, the most contentious issue has been who fired the missile that brought the jet down in an area where government forces are fighting pro-Russian rebels.
Khodakovsky accused the Kiev authorities for provoking what may have been the missile strike that destroyed the doomed airliner, saying Kiev had deliberately launched air strikes in the area, knowing the missiles were in place.
"I knew that a BUK came from Luhansk. At the time I was told that a BUK from Luhansk was coming under the flag of the LNR," he said, referring to the Luhansk People's Republic, the main rebel group operating in Luhansk, one of two rebel provinces along with Donetsk, the province where the crash took place.
"That BUK I know about. I heard about it. I think they sent it back. Because I found out about it at exactly the moment that I found out that this tragedy had taken place. They probably sent it back in order to remove proof of its presence," Khodakovsky told Reuters on Tuesday.
"The question is this: Ukraine received timely evidence that the volunteers have this technology, through the fault of Russia. It not only did nothing to protect security, but provoked the use of this type of weapon against a plane that was flying with peaceful civilians," he said.
"They knew that this BUK existed; that the BUK was heading  for Snezhnoye," he said, referring to a village 10 km (six miles) west of the crash site. "They knew that it would be deployed there, and provoked the use of this BUK by starting an air strike on a target they didn't need, that their planes hadn't touched for a week."
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Hebat: Bina jalan penduduk miskin guna dana sendiri

Posted: 23 Jul 2014 07:43 PM PDT

Projek menaiktaraf jalan ke kampung-kampung telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh pada tahun 1999 namun projek itu telah terbengkalai.

pitasKOTA KINABALU: Setelah menunggu lebih daripada 10 tahun untuk jalan berturap yang dijanjikan dan akhirnya sia-sia, penduduk tujuh komuniti terpencil luar bandar di sini akhirnya memutuskan untuk membina jalan dengan dana yang dikumpul  mereka sendiri.
Maklin Masiu yang bercakap bagi pihak penduduk kampung berkata bahawa projek menaiktaraf jalan ke kampung-kampung yang terjejas telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh pada tahun 1999 tetapi projek itu telah ditinggalkan selepas hanya beberapa kilometer dibina.
Namun demikian, usaha penduduk meneruskan pembinaan jalan tersebut mengalami kesukaran setelah dua minggu ia bermula, kekurangan tenaga kerja dan masalah kekangan wang mulai terasa.
"Kemajuan kerja adalah lebih perlahan daripada apa yang direncanakan kerana kekangan kewangan. Ini kerana kita bergantung sepenuhnya kepada hasil kutipan dari pintu ke pintu untuk wang diesel," katanya.
Beliau merayu kepada rakyat yang prihatin untuk menyumbang ke arah membantu penduduk di tujuh buah kampung ini bagi mendapatkan 'jalan impian' mereka.
Menurut beliau, penduduk kampung daripada Kampung Mandamai, Kampung Konon, Kampung Perupok, Kampung Dowokon, Kampung Pinapak, Kampung Maliau Pusat dan Kampung Maliau Layung telah menubuhkan jawatankuasa dan memulakan kutipan dana dari pintu ke pintu untuk pembinaan jalan itu.
Penduduk kampung dari tujuh komuniti luar bandar yang kebanyakannya petani, telah menyumbangkan apa mereka miliki kepada dana untuk pembinaan jalan raya berkenaan. Mereka juga bernasib baik kerana menerima bantuan daripada penyumbang-penyumbang yang menyediakan mesin dan peralatan untuk membantu pembinaan jalan raya.
Berjalan kaki atau guna pengangkutan sungai
Read More / Baca Lagi >>

LAGI MALAPETAKA BESAR TIMPA MALAYSIA

Posted: 23 Jul 2014 07:37 PM PDT

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid bercakap pada sidang akhbar mengenai Indeks Keadaan Perniagaan, Indeks Sentimen Pengguna, Indeks Ekonomi Malaysia dan indeks terkemuka lain di pejabat MIER, hari ini. 

Kewangan lemah, hutang kerajaan melebihi tahap siling, kata MIER


Prestasi kewangan bagi kerajaan persekutuan masih lagi lemah dengan pendapatan rendah bagi tempoh suku tahun pertama tahun ini dan hutang meningkat melebihi tahap siling, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Pengarah Eksekutif MIER, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, berdasarkan prospek ekonomi Malaysia, hutang bagi kerajaan persekutuan meningkat melebihi tahap siling iaitu 55%.

Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun ini ialah pada RM560.6 bilion.

"Kerajaan mesti berhati-hati dalam perkara ini dengan mengambil pendekatan lebih serius, iaitu mengawal perbelanjaan dengan bijaksana.

"Dan bagi pendapatan negara pula, ia bergantung kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sekiranya KDNK kita meningkat, maka lebih banyak pendapatan diraih kerajaan," katanya pada sidang media di Bangunan MIER, Bukit Petaling Jaya, Kuala Lumpur hari ini.

Akta Pinjaman Tempatan 1959 mengehadkan hutang negara pada had siling 55% kerana sekiranya hutang negara melebihi had siling, ia akan menyebabkan negara mufllis.

Bagaimanapun, Zakariah berkata, situasi itu tidak harus dipandang negatif kerana ia melibatkan banyak faktor terutama pembangunan dalam dan luar negara selain pertumbuhan KDNK.
Read More / Baca Lagi >>

Ketika Semua Memuji Najib, Jangan Sampai Terlupa Hakikat Ini...!!

Posted: 23 Jul 2014 07:32 PM PDT

Ketika ini ramai yang memuji usaha Perdana Menteri, Najib Razak yang secara senyap menghubungi dan mengadakan rundingan dengan ketua militan pro Russia di Ukraine, Aleksander Borodai berkaitan tiga perkara iaitu penyerahan kotak hitam, jasad yang terkorban dipulangkan dan akses penuh ke kawasan nahas bagi memudahkan penyiasatan.

Selain pujian dari dalam negara, media luar negara juga turut memuji langkah berani dan luar biasa Najib itu yang disifatkan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin dunia pun sebelum ini. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya yang lain juga turut memuji tindakan Perdana Menteri itu.

Atas rasa terharu sokongan yang diterimanya, sebaik berakhirnya sessi Parlimen khas yang mengutuk tragedi MH17 semalam, Najib dengan diiringi Muhyiddin sekali lagi mengambil langkah luar biasa dengan pergi ke tempat duduk barisan pembangkang untuk bersalam dengan Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen pembangkang.

Sejak tragedi MH17 berlaku, memang diakui ini merupakan langkah terbaik yang telah dilakukan oleh Najib, khususnya terhadap keluarga mangsa dan juga dalam usaha menuntut keadilan atas apa yang berlaku itu.

Najib kini hampir menunaikan janjinya kepada rakyat dan keluarga mangsa untuk memastikan keadilan ditegakkan sebaik mungkin dan jasad mereka yang terkorban dapat dibawa balik serta disemadikan di negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

MH17: PAS gesa buat sambutan negara terhadap jenazah

Posted: 23 Jul 2014 07:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan kepada pihak kerajaan Malaysia untuk membuat sambutan negara terhadap jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dengan insiden pesawat malang MH17 yang akan tiba ke negara ini.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sambutan rasmi negara itu bagi menzahirkan rasa penghormatan negara terhadap mangsa yang terlibat.

"Kita perlu menyambut mereka sebagai wira negara kita, kerana pemergian mereka satu kehilangan besar bagi negara dan kita semua.

"Mereka telah dibunuh secara kejam yang sama sekali tidak boleh diterima oleh kita semua.

"Sambutan ini juga sebagai tanda kita mengutuk serangan tidak bertamadun ke atas pesawat awam tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam kumpulan pertama mayat nahas MH17 tiba di Belanda dengan sambutan istiadat dan deretan orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Perakam suara MH17 dalam keadaan baik, kata ICAO

Posted: 23 Jul 2014 07:24 PM PDT


Perakam suara kokpit pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di Ukraine adalah dalam keadaan yang baik, kata badan penerbangan awam PBB semalam.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu di timur Ukraine minggu lepas, membunuh hampir 300 orang.

Pegawai dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang berpejabat di Montreal, membantu pihak berkuasa Ukraine dan Belanda menyiasat nahas itu. Majoriti mangsa adalah rakyat Belanda yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Perakam suara kokpit dalam keadaan baik... perakam digital data penerbangan itu masih dalam kajian," kata ICAO dalam satu kenyataan.

Lembaga Keselamatan Belanda, yang mengetuai siasatan
antarabangsa terhadap nahas itu, sebelum ini berkata tidak ada bukti perakam suara itu telah diusik.

Semalam, Britain berkata ia telah menerima kedua-dua perakam tersebut, sehari selepas pemimpin pemberontak kanan di Ukraine menyerahkannya kepada pakar Malaysia.

ICAO, yang merupakan kumpulan 191 negara, tidak mempunyai peranan operasi dan tidak mengeluarkan nasihat mengenai bahaya konflik bersenjata.

Malah, tidak ada badan global mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk menjamin ruang udara selamat untuk penerbangan awam.

Read More / Baca Lagi >>

Sukan Komanwel memperingati mangsa nahas MH17

Posted: 23 Jul 2014 07:22 PM PDT

Majlis pembukaan rasmi Sukan Komanwel edisi ke-20 diadakan dengan penuh gemilang di Taman Celtic, pada Rabu yang turut dihadiri 40,000 penonton.
  
Para penonton mula membanjiri Stadium Celtic seawal pukul 5 petang waktu tempatan (12 tengah malam Waktu Malaysia).
  
Ratu Elizabeth II merasmikan majlis pembukaan sukan itu dan membaca mesej yang tersimpan di dalam baton Queen yang telah diarakan di 70 negara Komanwel, sejak sembilan bulan lepas.
  
Ratu Elizabeth II dalam ucapan baginda menggesa mereka yang hadir untuk "bersatu" dalam waktu yang sukar dan bertafakur selama seminit bagi memperingati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Untuk rekod, 82 daripada 298 penumpang dan kru yang terkorban dalam insiden itu adalah dari negara Komanwel.
  
Pembawa bendera kontinjen Malaysia, Fatehah Mustafa, menaikkan Jalur Gemilang separuh tiang manakala anggota kontinjen memakai lilitan lengan hitam di tangan kiri.

Read More / Baca Lagi >>

Gaza death toll hits 687; three more Israeli soldiers die

Posted: 23 Jul 2014 07:18 PM PDT

Jawatan MB: Khalid bincang dengan Sultan

Posted: 23 Jul 2014 04:28 PM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan.
  
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.
  
"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat Kuala Selangor malam tadi.
  
Kelmarin Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
  
Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

-Bernama

FB berbaur hasutan, pegawai polis dikena tindakan

Posted: 23 Jul 2014 04:26 PM PDT

Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook telahpun dikenakan tindakan.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun twitter beliau, berkata pegawai itu ditukar serta-merta ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai.
  
Baru-baru ini, pegawai itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dikatakan memuat naik status berbaur hasutan terhadap penganut agama Hindu di negara ini.
  
- Bernama

MH17: Penyiasat Malaysia jumpa cebisan daging manusia

Posted: 23 Jul 2014 04:23 PM PDT

Pakar penerbangan menemubual penduduk Kampung Petropavlovka, kira-kira 150 kilometer dari Donetsk
Pakar penerbangan menemubual penduduk Kampung Petropavlovka, kira-kira 150 kilometer dari Donetsk
Cebisan daging manusia dijumpai pakar penerbangan yang menjalankan siasatan kemalangan MH17 pada hari ini.
 
Maka tidak hairan masih lagi terdapat lalat menghurungi serpihan serta barangan penumpang pesawat malang itu dan di sesetengah kawasan masih lagi berbau hanyir.
 
Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, pakar penerbangan yang menjalankan siasatan hari ini menjumpai cebisan daging manusia.
 
"Selain it, pasukan Malaysia melihat aktiviti mencuri. Pasukan pakar akan terus berada di kawasan kemalangan untuk mencari bukti seperti cebisan daging manusia," katanya pada sidang media.
 
Tinjauan di salah satu kawasan kemalangan menjumpai objek seperti kulit daging manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Demura Ksenia ingin pulangkan album mangsa MH17

Posted: 23 Jul 2014 04:21 PM PDT

KETIKA pasukan pakar penerbangan meneliti serpihan pesawat di Kampung Petropavlovka, iaitu lokasi kedua nahas pesawat MH17, seorang anak gadis dilihat berlari ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ. 
 
Tidak lama selepas itu, Demura Ksenia kembali dengan sebuah album di tangannya dipercayai milik salah seorang penumpang MH17. Anak gadis berusia 13 tahun itu kemudian menunjukkan album tersebut kepada wartawan yang sedang memerhatikan dari jauh kerja-kerja siasatan dilakukan.
 
Tanpa berkomunikasi kerana tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, kanak-kanak itu menyelak album tersebut sehelai demi sehelai. Paparan gambar menunjukkan saat-saat bahagia sebuah keluarga yang sedang dalam percutian.
 
Tiba pada helaian terakhir terpampang gambar seorang lelaki mengangkat tangan umpama sedang melambai berlatarbelakangkan sebuah pulau beserta catatan dalam bahasa Melayu Indonesia.
 
Catatan tersebut antara lain berbunyi ; "Sayang Bagia, Marini, Dian dan Dewi, terima kasih banyak atas cinta dan peduli pada ku dan untuk keramahan anda, banyak cinta dari ibu ferial, anda merasa seperti keluarga bagi saya."
 
Sebaik sahaja menutup album itu, Ksenia menghulurkannya kepada salah seorang wartawan dengan harapan ia dibawa pulang ke Malaysia dan diserahkan kepada keluarga mangsa.
 
Namun wartawan tersebut enggan menerimanya kerana berpendapat ia adalah bahan bukti.
 
Kanak-kanak itu kemudian berlari pulang ke rumahnya bersama-sama dengan album tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Dua pesawat bawa mayat mangsa tiba di Netherlands

Posted: 23 Jul 2014 04:19 PM PDT

EINDHOVEN: Dua pesawat yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia pesawat MH17 tiba di Netherlands pada Rabu, lapor koresponden AFP.

Dua pesawat milik Netherlands dan Australia yang membawa 40 mayat tiba di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu.

Menunggu di lapangan terbang adalah Raja Willem-Alexander, Perdana Menteri Mark Rutte dan keluarga mangsa.

Militan pro-Rusia mengaku tembak jatuh MH17, lapor akhbar Itali

Posted: 23 Jul 2014 04:17 PM PDT

Sejak MH17 terhempas pada Khamis lalu, permainan saling menyalahkan berlaku antara Ukraine dan Rusia berkenaan siapa bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang dalam pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – Gambar Reuters, 23 Julai, 2014.
Sejak MH17 terhempas pada Khamis lalu, permainan saling menyalahkan berlaku antara Ukraine dan Rusia berkenaan siapa bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang dalam pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 
Sebuah akhbar harian Itali melaporkan pengakuan mengejutkan oleh militan pro-Rusia yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Khamis lepas.
Corriere della Sera hari ini melaporkan temubual dengan militan yang tanpa berselindung berkata mereka tersalah anggap pesawat komersial itu adalah pesawat tentera Ukraine.
Laporan itu diteruskan dengan militanberkata beliau dan rakan-rakan unit ‎diberitahu agar bersedia untuk berdepan tentera Ukraine, yang terselamat daripada pesawat tentera disyaki, sebaik sahaja mendarat.
"Pada petang Khamis, komander memerintahkan kami masuk ke dalam lori dengan senjata dan peluru. Mungkin 10 minit lebih awal, terdengar satu letupan kuat di udara.
"Kami baru sahaja menembak jatuh salah satu kapal terbang Kiev Fascist, mereka memberitahu kami, memberi kami amaran ‎berjaga-jaga kerana sekurang-kurangnya beberapa orang anak kapal dilaporkan terselamat," militan itu memberitahu akhbar Itali dalam satu temubual di stesen kereta api Torez di mana kereta api mengandungi mayat mangsa MH17 yang bertolak ke Kharkiv.
"Kami mencari payung terjun di atas tanah dan pokok. Tiba-tiba, saya melihat serpihan.
"Di bawahnya, saya dapati mayat seorang gadis kecil, yang berusia tidak lebih lima tahun. Dia telungkup ke bawah. Ia sangat dahsyat. Ketika itulah saya menyedari ia kapal terbang awam. Bukan milik tentera," kata beliau dalam temu bual itu.
Walaupun enggan memberikan nama dan pangkatnya, militan berusia 31 tahun itu berkata beliau adalah seorang ahli unit separa tentera Oplot, yang menurut Corriere della Sera ditugaskan menjaga lokasi kemalangan sejak pesawat itu terhempas pada Khamis lepas.
Pendedahan ini mengejutkan selepas lima hari pemimpin pemisah Igor Girkin menyiarkan di media sosial pemberontak bertanggungjawab terhadap insiden MH17, mendakwa mereka menembak jatuh pesawat yang disangka milik tentera Ukraine.
Read More / Baca Lagi >>

First MH17 bodies arrive home, Netherlands takes lead in plane crash investigation

Posted: 23 Jul 2014 03:58 PM PDT