Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#MH17: Kotak hitam kedua ditemui?

Posted: 19 Jul 2014 02:17 PM PDT




Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai.

Menurut seorang jurugambar Reuters, kotak tersebut ditemui pekerja penyelamat.

Ia merupakan kotak yang kedua selepas kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menjumpai salah satu kotak hitam pesawat itu, yang dikatakan dibawa ke Moscow untuk pemeriksaan.

Daily Mirror melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk berkata: "Tentunya kami akan menyerahkan kepada Interstate Aviation Committee, kepada Moscow.


Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mendakwa pemberontak di wilayah itu telah berjanji untuk menyediakan bantuan dalam siasatan tragedi penerbangan MH17 dan berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan pakar antarabangsa yang melawat kawasan nahas.

Bagaimanapun, Kiev menafikan dakwaan yang mengatakan puak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine daripada sampai ke lokasi kemalangan.

Petugas keselamatan bekerja melalui serpihan pesawat yang jatuh dan tersebar dalam beberapa kilometer di kawasan yang dikatakan terhempas.

Suara Politik
Belantan

Wartawan bersara kerana MH17?

Posted: 19 Jul 2014 09:42 AM PDT


Seorang wartawan Russia Today bersara hari ini sebagai tanda membantah cara mereka laporkan berita mengenai pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas.

Sara Firth, seorang wartawan untuk syarikat milik Kremlin semenjak 2009 umumkan keputusan beliau untuk meninggalkan syarikat tersebut melalui laman Twitter beliau dengan kenyataan, "I resigned from RT today. I have huge respect for many in the team, but I am for the truth." (Saya telah bersara dari RT (Russia Today) hari ini. Saya hormati ramai di situ, namun saya ingin sokong kebenaran).

Menurut laporan The Rakyat Post, Sara sudah lali dengan teori konspirasi yang menyalahkan Ukraine di sebalik kejadian malang MH17.

Menurut laporan The Guardian, Sara juga tidak bersetuju dengan tindakan Russia menyalahkan Ukraine. Sara juga pernah mengakui dalam sebuah wawancara pada tahun 2012 sekiranya beliau terpaksa menutup kebenaran dalam sesuatu cerita beliau lebih rela berhenti kerja.

Suara Politik
Belantan

#MH17: Penumpang Malaysia luah ‘gentar’ sebelum penerbangan!

Posted: 19 Jul 2014 09:17 AM PDT


Seorang mangsa MH17, Md Ali Md Salim, sempat merakamkan detik-detik sebelum pesawat malang berkenaan berlepas.

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan beberapa penumpang sedang menguruskan bagasi masing-masing, di samping suara kapten yang membuat pengumuman tentang status kapal terbang yang akan berlepas.



Md Ali turut memuat naik statusnya bersama video tersebut dan menyatakan:

"Bismillah... #hatiadasikitgentar".

Md Ali merupakan pelajar PhD Universiti Erasmus Rotterdam dan mahu pulang ke tanah air untuk menyambut hari raya di kampung halamannya di Muar, Johor.

Md Ali merupakan antara 43 rakyat Malaysia yang disahkan berada dalam penerbangan berkenaan yang terhempas di Ukraine.

Suara Politik
Belantan

Kenyataan Obama berkaitan MH17!

Posted: 19 Jul 2014 08:06 AM PDT


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama turut mengeluarkan kenyataan media berkait kejadian malang pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.

Dalam video ucapan beliau, Obama sahkan bahawa seorang warga negara Amerika maut akibat kemalangan MH17. Beliau juga sahkan berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Australia serta Belanda.

Kenyataan yang menarik perhatian dalam video merupakan kenyataan Obama yang mengesahkan bahawa bukti menunjukkan pesawat ditembak missile milik puak pemisah Russia. Obama juga menyatakan bahawa ini bukan kali pertama pesawat ditembak di kawasan Timur Ukraine.



Obama juga berkata bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat akan bantu apa yang termampu untuk mendapatkan keadilan bagi pesawat MH17.

Suara Politik
Belantan

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Gaza yang terkepung

Posted: 19 Jul 2014 12:45 AM PDT


Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis.

Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak ?".

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


MH17 : Sekadar untuk pegetahuan ... secara kebetulan ianya terjadi ... angka 17

Posted: 19 Jul 2014 04:53 PM PDT


Kuala Lumpur: "Apa yang berlaku dengan MH17 tiada kaitan dengan nombor itu tetapi ia hanya kebetulan.
"Umat Islam kena jaga, ia kepercayaan bidaah dan khurafat, bukan ajaran Islam," kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas tindakan segelintir masyarakat yang suka mengaitkan angka 17 dengan kejadian insiden pesawat MH17.
Angka 17 menjadi viral dalam laman sosial kononnya mempunyai nilai tersendiri.

Catatan itu menunjukkan: MH17 kali pertama diterbangkan pada 17/7/1997, terhempas pada tarikh 17/7/2014 iaitu genap ulang tahun ke-17 penerbangan itu.

Nooh berkata, kepercayaan seperti itu menyalahi ajaran Islam dan tidak harus berlaku.
"Kepercayaan ini harus dihentikan segera kerana boleh merosakkan iman dan akidah kita sebagai Islam.

"Sesiapa yang percaya dengan perkara ini harus bertaubat dengan segera, mudah-mudahan Allah mengampuni dosanya," katanya.

MH17 : Puak pemisah pro-Rusia, penduduk tempatan turut memindahkan mayat dan serpihan pesawat

Posted: 19 Jul 2014 03:21 PM PDT


Media antarabangsa terus memusatkan tumpuan ke atas puak pemisah pro-Rusia yang didakwa memusnahkan bahan bukti penting di kawasan bencana pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dikuasai mereka di timur Ukraine.

Laporan rangkaian CNN mendakwa kumpulan pemberontak Republik Rakyat Donetsk itu turut mencuri bahan kemas, kad kredit dan wang dari kawasan bencana.

Selain itu, kawasan bencana itu juga telah dimasuki penduduk tempatan yang turut memindahkan mayat dan serpihan dari pesawat berkenaan, lapor Reuters.



Sekat pemerhati, penyiasat

Perkembangan ini menimbulkan kemarahan di Malaysia, dan juga Netherlands – negara dengan jumlah warga paling ramai dalam penerbangan malang itu.

Kumpulan pemisah yang mengawal wilayah juga dilaporkan menghalang pasukan pemerhati Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah dari memasuki kawasan bencana.

Kumpulan berkenaan disambut dengan bedilan senjata api ke udara apabila cuba memasuki kawasan itu hari ini, sehari selepas MH17 yang membawa 298 nyawa terhempas di zon konflik tersebut.

Pasukan itu hanya dapat melaporkan keadaan mayat yang menyedihkan di kawasan bencana yang tidak diurus sebaiknya.

Keadaan sukar tersebut mencetus kebimbangan utama Malaysia, memandangkan pasukan penyiasat Malaysia yang tiba di Ukraine hari ini masih belum berjaya memasuki kawasan tersebut.

Tumpuan utama siasatan adalah kotak hitam pesawat Boeing 777 tersebut, yang didakwa telahpun jatuh ke atas pemisah pro-Rusia.

Di sebalik latar ini, kuasa besar dunia Amerika Syarikat terus meningkatkan tekanan ke atas Rusia agar meredakan ketegangan di kawasan nahas.

AS vs Rusia

AS juga berulang kali mengingatkan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa pesawat Malaysia itu ditembak oleh pemisah yang disokong oleh Rusia.

Moscow bagaimanapun menangkis tuduhan AS dan Kiev bahawa Rusia menjadi dalang serangan berkenaan.

Jemaah menterinya sebaliknya menyalahkan Kiev atas keganasan yang berlaku di wilayah tersebut, dan juga AS kerana "membangkitkan ketidakstabilan politik", provokasi dan menyokong ahli politik anti-Rusia.

Laporan The Guardian menyebut, media dikawal kerajaan Rusia juga mendakwa pesawat MH17 ditembak oleh Ukraine, selain teori liar bahawa serangan itu dilakukan tentera Ukraine dengan tidak sengaja kerana mendakwa ia "membawa presiden Rusia (Vladimir Putin)".

Perang saraf di Wikipedia

Sementara itu, perang saraf di dalam talian turut berlangsung di medan maya.

Satu laman khas di portal ensiklopedia bebas Wikipedia berhubung tragedi MH17 didapati turut disunting oleh pihak yang dikaitkan dengan Moscow untuk menghapuskan tuduhan ke atas negara itu.

Tulisan asal yang menyebut bahawa pesawat itu ditembak jatuh "oleh pengganas-pengganas Republik Rakyat Donetsk yang mengiktiraf diri mereka sendiri dengan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima oleh pengganas tersebut daripada Persekutuan Rusia".

Suntingan balas yang dibuat sejam kemudian menyebut: "Pesawat itu ditembak oleh tentera Ukraine."

Penerbangan Singapura guna laluan MH17 75 kali minggu lalu, lapor media Jerman

Posted: 19 Jul 2014 08:14 AM PDT


Laluan yang dikatakan kawasan larangan dilalui oleh beberapa penerbangan yang lain selain penerbangan Malaysia Airlines (MAS), dengan kekerapan lebih besar. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Julai 2014
Ketika pelbagai pihak menyalahkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana mengambil laluan di atas kawasan pergolakan di timur Ukraine, media Jerman melaporkan penerbangan Singapura (SIA) melalui kawasan itu lebih banyak kali berbanding MAS.
SIA melalui kawasan Donetsk yang dikuasai pemberontak Ukraine itu sebanyak 75 kali berbanding MAS yang hanya melaluinya sebanyak 48 kali, lapor Der Spiegel.
Majalah berita itu melaporkan penerbangan Rusia Aeroflot melaluinya sebanyak 86 kali sepanjang tujuh hari lalu, Ukraine International Airlines 62 kali manakala syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa, 56 kali.
"Penerbangan itu direkodkan dalam masa tujuh hari lalu dalam radius 150 batu dari bandar industri Ukraine.
"Dari segi ranking syarikat penerbangan, MAS berada di tempat kelima iaitu 48 penerbangan... data menunjukkan Donetsk mempunyai trafik udara yang sibuk," kata Spiegel Online.
"Sama ada serangan (terhadap MH17) adalah satu perbuatan rawak atau kesilapan, ia boleh juga berlaku kepada pesawat pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa yang lain."
MH17 terbang di paras 10,060m – 300m di atas ruang udara larangan – di timur Ukraine apabila ia ditembak jatuh dan membunuh semua 298 orang di atas kapal.
UK Daily Mail melaporkan, walaupun MH17 terbang di ruang udara yang tidak ada larangan, namun syarikat penerbangan diberi amaran tentang potensi bahaya di kawasan itu.
Putrajaya, bagaimanapun, mempertahankan laluan penerbangan yang diambil oleh MH17, berkata Malaysia tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak bahawa ia tidak selamat.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata syarikat penerbangan komersil dari 15 negara Asia Pasifik juga menggunakan laluan penerbangan yang sama.
MAS dalam satu kenyataan semalam berkata, MH17 meminta untuk terbang di 10,600m lebih dari ruang udara Ukraine, tetapi sebaliknya diarahkan pusat kawalan trafik udara di negara itu untuk terbang di 10,060m.
"Sebelum kemalangan itu, pihak berkuasa Ukraine hanya mengehadkan ruang udara sehingga 9,700m, mengikut Eurocontrol," tulis Spiegel Online.
"Pada ketinggian yang lebih tinggi, bagaimanapun, tidak ada sekatan ke atas trafik  udara awam.
"Hanya selepas tragedi berlaku ke atas MH17,   ruang udara itu disekat sepenuhnya."
Jurucakap dari Lufthansa, Thomas Jachnow, memberitahu Spiegel Online syarikat penerbangan itu kerap terbang di timur Ukraine sehingga Khamis.
Pada hari Khamis, selepas MH17 ditembak jatuh, empat penerbangan Lufthansa ditukar laluannya, kata Jachnow.
Semasa sidang akhbar semalam, media asing dan tempatan menekan Liow mengapa MH17 mengambil laluan penerbangan di zon konflik itu, dan adakah Malaysia sedia untuk memikul tanggungjawab untuk MH17 ketika mengambil laluan itu.
"Malaysia Airlines menggunakan laluan itu banyak kali, bertahun-tahun dan inilah sebab mengapa MH17 mengambil laluan penerbangan itu," kata Liow.
Liow menolak tanggapan bahawa MAS cuba menjimatkan kos bahan api dengan mengambil laluan itu dengan berkata 15 daripada 16 syarikat penerbangan Asia Pasifik masih menggunakan laluan tersebut. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penerbangan-singapura-guna-laluan-mh17-75-kali-minggu-lalu-lapor-media-jerm#sthash.nAWQ28Vu.dpuf

Janda anak 3, penjawat awam dan pelajar IPT antara dicekup khalwat di Alor Setar dibulan Ramadan

Posted: 19 Jul 2014 06:04 AM PDT


  • Penjawat awam bersama pasangannya ketika diserbu.Penjawat awam bersama pasangannya ketika diserbu.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Seorang janda anak tiga antara dicekup berkhalwat bersama pasangannya, lelaki mualaf di sebuah hotel di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, semalam.

Ketika diserbu, dia bersama pasangannya, duda anak tiga berusia 36 tahun memaklumkan mereka memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga nanti.

Malah, pengasuh kanak-kanak berusia 33 tahun berasal dari Mergong, memberikan alasan berehat kononnya berasa sedikit letih pada bulan Ramadan ini.

Turut dicekup dalam operasi, seorang penjawat awam, 25, berasal dari Melaka dan wanita berusia 26 tahun dari Klang dalam sebuah bilik di hotel bajet sama.

Pasangan tidak memiliki hubungan sah berkenaan memaklumkan, mereka kebetulannya baru dua minit mendaftarkan diri dalam hotel berkenaan sementara menunggu waktu siang.


Pasangan kekasih terbabit memberikan alasan menziarahi seorang kenalan mereka di Changloon, sementara menunggu waktu pulang ke tempat mereka keesokan harinya.

Namun, alasan sedemikian tidak diterima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana pasangan berkenaan berada dalam bilik hotel berdua-dua tanpa ikatan muhrim.

Lebih mencurigakan, meskipun lelaki terbabit memberikan alasan hanya datang melihat keadaan pasangannya, namun ketika dicekup wanita berkenaan hanya memakai seluar dalam.

Manakala, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun dicekup pula bersama wanita warga Thailand di bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini.

Sewaktu disoal, pelajar terbabit memaklumkan dia baru berkenalan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah bar, sebelum keluar bersama ke hotel berkenaan.

Itulah sebahagian gelagat tiga pasangan dicekup hampir 40 penguatkuasa JAIK dalam Ops Ramadan selama lima jam di empat hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mendapati segelintir individu mengambil kesempatan melakukan maksiat dalam bulan puasa ini.

"Sedangkan, mereka sepatutnya menjalankan ibadat. Malangnya, ada yang mengambil jalan mudah mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghormati kesucian bulan Ramadan," katanya. - SH

MH17 : Allahyarham Ghafar [Ketua Pramugara] bantah hidang arak dalam MAS

Posted: 19 Jul 2014 04:13 AM PDT






SOFI WAHAB | .


MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau.

Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini," ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajikan keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah, Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Menurut rakan-rakannya dari kariah Masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak daripada sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas. - HARAKAHDAILY 19/7/2014 

Status Singapore Airlines Di Laman Facebook Dikecam

Posted: 19 Jul 2014 02:41 AM PDT



Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 11:24 AM


Status yang dimuat naik oleh Singapore Airlines.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Satu status kemas kini yang dibuat oleh Singapore Airlines (SIA) di laman Facebook milik  syarikat penerbangan itu yang mengatakan mereka tidak melalui ruang udara Ukraine dikecam oleh ramai pengguna yang menganggap ianya sesuatu yang tidak baik.

Dakwaan itu juga turut dipersoalkan bersama laporan yang menyatakan bahawa Penerbangan SQ351 berada kira-kira 25 kilometer dari MH17 yang malang.

Pengguna Facebook merasakan kenyataan yang dimuat naik awal Jumaat oleh SIA itu sebagai " bertujuan mengambil kesempatan daripada tragedi."

Posting: 'Pelanggan mungkin berharap bahawa penerbangan Singapore Airlines tidak menggunakan ruang udara Ukraine'  telah menarik lebih daripada 500 komen selepas ia dimuat naik di Facebook rasmi syarikat penerbangan itu. (https://www.facebook.com/singaporeair).

"Betul, Singapore Airlines, itu sahaja? Classy update, " tulis seorang pengguna yang menggunakan nama Michael Reit.


"Bagaimana pula jika sekurang-kurangnya mengambil tahu mengenai peristiwa dahsyat itu menghantar ucapan takziah kepada keluarga serta rakan-rakan yang terlibat dan bukannya status dingin,yang tiada 'kelas' ini," tambah Reit.

"Ucapan takziah terlebih dahulu sebelum memberitahu dunia yang anda tidak terbang di jalan yang sama .... ini adalah satu kenyataan yang paling teruk omg," tulis Vivian Wong Siu Ming.

Singapore Straits Times pada Jumaat terpaksa merujuk flightradar24.com dan melaporkan bahawa Singapore Airlines SQ351, Boeing 777, dan Air India A113, Boeing 787, berada dalam jarak 15 batu (25km) dari MH17 apabila ia hilang dan terhempas selepas ditembak.

Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan posting itu dengan berkata, ia tidak dilakukan dengan niat jahat.

"Saya tidak melihat bagaimana status ini adalah tidak sensitif. Saya nampak ia lebih kepada keyakinan bukannya beberapa helah perniagaan, " tulis Eng Su Yee Aeth.

"Saya pasti terdapat ramai penumpang yang sedang menunggu kemas kini status seperti ini supaya mereka boleh menenangkan fikiran. Mengapa tidak berdoa untuk mangsa terlebih dahulu daripada membuat kecoh seperti ini? " tambah pengguna.

SIA kemudian mengemaskini status baharu  di laman Facebook mereka dengan  menyatakan takziah ke atas tragedi itu.

"Fikiran kami bersama penumpang-penumpang, anak kapal MH17, dan keluarga mereka," jelas status baharu di laman Facebook itu.

Laporan maklumat pengesanan penerbangan flightradar24.com.(http://www.straitstimes.com/news/asia/south-east-asia/story/malaysia-airlines-mh17-crash-singapore-airlines-plane-sq351-was-abou).

Singapore Airlines masih belum memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan oleh The Star mengenai posting itu - mStar

Kiki #CDM25 dibebaskan dengan jaminan polis

Posted: 19 Jul 2014 12:05 AM PDT

alt
KUANTAN 18 Julai - Polis mengesahkan telah membebaskan wanita yang ditahan selepas menjadi perhatian umum berikutan rakaman menunjukkan dia mengamuk dan memukul kenderaan seorang warga emas yang terlanggar keretanya Isnin lalu, tersebar di media sosial.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30, dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam tadi selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang semalam.
"Wanita terbabit telah dibebaskan selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan olehnya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Siti Fairrah Asyikin hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada pukul 4 petang semalam bagi memberi kenyataan berhubung insiden tersebut.
Dia yang juga dikenali sebagai Kiki dalam media sosial mencetuskan kontroversi selepas perlakuan ganasnya terhadap seorang pesara di sini, dirakamkan dan dimuat naik ke dalam internet.
Wanita itu naik angin selepas kereta jenis Peugeot 208 miliknya tercalar setelah dilanggar seorang pesara yang memandu sebuah kereta Toyota Corolla.
Selain memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat, Kiki turut merampas pengunci stereng milik pesara tersebut lalu memukul bahagian hadapan, bumbung dan tingkap Toyota Corolla berkenaan.
Menurut Abdul Aziz, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi lagi termasuk orang awam dan anggota polis.
"Siasatan lanjut masih dijalankan tetapi buat masa ini kita bebaskan dahulu wanita tersebut selepas berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan," katanya.
Katanya, pada masa ini wanita terbabit masih lagi disiasat mengikut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Namun, kita akan merujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk sebarang perubahan seksyen berikutan tindakan wanita itu membuang pengunci stereng terbabit," katanya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERANGAI PUAKA: BERSELFIE BERSAMA MAYAT = TREND TERBARU KETUA PEMUDA PAS

Posted: 19 Jul 2014 04:14 PM PDT


Demi mencipta glamour ada manusia yang sanggup berselfie bersama mayat. Kononnya itu akan membuatkan orang yang gersang jiwanya lantas memuji-muji dirinya.

Kononnya akan ada penyokongnya begitu teruja melihat "ehhh... ketua pemuda aku buat kerja yang parti lain tak buat. Ohhh ...inilah yang dinamakan perjuangan".

Nak glamour pun agak-agaklah...takkan depan mayat pun nak bergambar...desperate sangat ke cari populariti? 

Kesian kat keluarga arwah, foto arwah telah disensasikan si Kaiat ni.

Err...berselfie depan mayat sebenarnya tak boleh tutup pekung fikiran cetek kamu menghina mangsa-mangsa tragedi MH 17 dan MAS sebelum ini.



Sebelum ni beria-ria kamu nak langkah mayat Karpal Singh yee. tapi apa jadik?


Adakah kamu terlebih bijak...?

Bekas Ketua Pemuda PAS sebelum ini nampaknya lebih kredible dari kamu rupanya...kesian kenapa kamu yang dipilih menjadi Ketua Pemuda yer?

Gamaknya apa pula jenis selfie yang akan dibuat oleh orang-orang bawahan dan para pengikutnya nanti?

Mungkin lepas ni kena panggil mereka Parti Antu Selfie (PAS)?

PUISI DATO' SERI NAJIB, USAH BERSEDIH KAMI RAKYAT DI BELAKANGMU

Posted: 19 Jul 2014 08:46 AM PDT

Dato Seri, Usah Bersedih, Kami Rakyat Di Belakangmu
Dato' Seri Najib,
Ujian yang maha berat ini
Ketika tragedi MH17 dan MH370
Kita sugul dan bersedih,
Bagaikan Gunung Kinabalu runtuh menyembah bumi
menimbus hati jiwa dan raga,

Namun Dato' Seri,

Usah dikau bergundah,
Jangan dikau patah hati,
Airmatamu Airmata rakyat,
Kerana di saat sukar ini,
Rakyat mendamba semangatmu,
Rakyat menjadi kuat kerana ketenanganmu,
Rakyat hidup di tengah keabdianmu,

Percayalah Dato' Seri,

Musuh-musuh yang berkeliaran
Yang bercita-cita meranapkan negara kita
Tidak akan punya hati perut
Walau dua pesawat sudah hilang
Walau Sabah diserang siang dan malam
Walau parasit-parasit bermaharajalela
Mereka hanya akan berhenti
Apabila Malaysia sudah hilang,

Dato' Seri

Selagi hayat di kandung badan
Jangan berhenti melangkah
Jangan mengalah di tengah medan
Jangan rebah jangan berundur,
Kerana rakyat rela berkorban
Harta nan nyawa
Demi negara yang tercinta.

Mari kita melangkah Dato' Seri,
Mari menjadi Pahlawan Malaysia
Mari menjadi Penggawa Negara
Kuatkan semangatmu
Teguhkan pendirianmu
Negara tidak akan punah
Negara tidak akan hancur
Negara akan terus merdeka
Bersama ketenangan dan iltizam mu.

Bangun Dato' Seri kami bersamamu

Bangun Dato' Seri kami di belakangmu
Bangun Dato' Seri kami berjanji
Selagi hayat di kandung badan
Biar putih tulang nan putih mata
Padang jarak nan padang tekukur
Kita akan bersama-sama
Mengharungi onak dan duri
Demi Malaysia yang tercinta...

Al-Azharri Siddiq,

KLIA.

Sumber : jentayuabaka

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sim Kwang Yung, anak taukeh judi dibantu "conman" berdatok Sulu

Posted: 19 Jul 2014 10:34 PM PDT



Unspinners diberitahu bahawa FB kepunyaan Sim Kuan Yun Sim adalah palsu kerana tuan punya nama Sim itu telah buat laporan polis bersama seorang bernama Dato Mohd Jeffrey Rosman.

Dalam FB, dia beriya-iya pertahankan Sim Kuan.


Kononnya FB asal adalah palsu dan profil sebenar lain.



Mungkin berlaku tapi betulkah ia berlaku? Kenapa pula keluar kata-kata berikut:


Profil palsu tak sebbut pun nama sekolah.

Ini sebenarnya taktik biasa dilakukan baik blogger atau FB jahat untuk menafikan dengan buat laporan polis bila FB jahat mereka terlalu panas.

Tak menolak juga Sim mungkin ada dua FB berlainan dan FB baik untuk diguna sebagai alasan kemudian hari. FB palsu beroperasi beberapa tahun kemudian dan mungkin RBA DAP telah ajar supaya buat FB palsu untuk selamatkan diri kemudian hari kelak.


Berta MyMetro tertulis:

TAWAU: Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman mewakili kelab terbabit dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan terhadap satu akuan Facebook (FB) yang bernama Sim Kwang Yung dikatakan menghina juruterbang MH17 dan rakyat beragama Islam mengenai isu nahas terbabit.‎

Bagaimanapun Mohd Jeffry dalam kenyataannya turut meminta supaya orang ramai tidak bertindak melulu menuduh wanita berkenaan dan biar pihak berkaitan menjalankan siasatan mereka.


"Ketika laporan dibuat pagi tadi di IPD Tawau, kebetulan saya terserempak dengan pemilik penama Sim Kwang Yung yang tampil membuat laporan polis menafikan bahawa beliau membuat kenyataan berbaur menghina agama Islam dan juruterbang berkaitan nahas MH17 yang kini tersebar meluas di laman sosial," katanya.

Beliau berkata, akaun FB aslinya adalah Kwang ‎Yung Sim manakala yang palsu Sim Kwang Yung Sim dan perkara itu sudah dilaporkan kepada polis pada 2012 mengenai akaun palsu berkenaan," katanya dalam kenyataan di Facebooknya miliknya.

Sepenuh di SINI


Setelah di google baru kami tahu Ini adalah Dato Jeffrey palsu dan conman yang pernah ngaku dirinya bertitle  Datuk Seri Utama Pangeran Dr Mohd Jefry Bin Rosman
yang membeli title Dato dari kesultanan sulu. Baca Sabahkini SINI


Jeffrey ini pernah di tuduh kerana menipu sebanyak RM90,000. Baca SINI

Dia menubuhkan Kelab Penyokong BN Sabah sebagai platform untuk pungut duit. Sebelum itu dia telah di PECAT dari jawatan sebagai YDP Perkasa Sabah dan lain-lain NGO. BUat malu BN saja ....

Betullah tuntutan Pemuda UMNO untuk siasat ...




Oleh itu jangan tertipu kerana Jeffrey bbudak dari Sandakan ini mungkin ambil duit dari bapa Sim yang merupakan jutawan Sim Hua Seng Loo yang merupakan bookie Piala Dunia di Tawau. 

Maka Jeffrey pasti dibeli dan harap OCPD jangan buang kes kerana hubungan Sim dan Jeffrey sudah dijelaskan sini. 

Tak percaya boleh check sama Sim 0128170001 dan Jeffrey conman 0198823056. Harap polis dan OCPD Tawau siasat. Mereka biasa dengan bapak Sim dan Jeffrey.




Tak hairan kata-kata begini keluar dari mulut orang berlatarbelakang sedemikian

Kiki didakwa segera kerana Melayu, tapi Cina India tak siasat dakwa

Posted: 19 Jul 2014 06:00 PM PDT


Berita yang kita dengar pasal kisah awek yang mengamuk dekat tempat parking depan bangunan UTC Kuantan tu akan didakwa di mahkamah Temerloh Isnin ini.

Katanya kes awek tu masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

Video awek tu mengamuk sambil mengetuk - ngetuk bonet kereta seorang lelaki Cina sebelum ini menjadi viral dan hangat diperkatakan dilaman media sosial.

Sebelum ini, Kiki atau nama sebenarnya Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin telah ditahan oleh pihak Polis untuk diambil keterangan pada hari Khamis.
"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad.
Nah!!! Sekarang orang mula mempersoalkan, kenapa tindakan Biadap Si ADUN Celaka di Pulau Pinang tu sampai hari ni masih tidak diambil tindakan yang sewajarnya?

Kenapa pada hari dia perlu didakwa dimahkamah, ada pulak 'Arahan' dari pejabat Penasihat Undang  -Undang Negeri supaya membatalkan pendakwaan tersebut?

Sehingga hari ini, Peguam Negara sendiri pun tidak tampil untuk menjelaskan perkara tersebut kepada rakyat yang ternyata terguris dengan tindakan tersebut.

Baca seterusnya di Semut Hitam SINI



Nampaknya dalam negara ini, Cina RBA, India dan DAP boleh hasut dan hina sesiapa mereka mahu sebab ada 'permit khas' dari pejabat Perdana Menteri, Peguam Negara, SKMM dan mungkin Ketua Polis.



Lihatlah bagaimana segera Peguam Negara dakwa President ISMA manakala pemimpin DAP dan PKR yang menghina dan menhasut untuk membenci kerajaan DYMM Seri Padukan Baginda Yang DIpertuan Agong hingga memfitnah dan menghalang perjalanan kerajaan pun satu helai rambut tak dicuit..



Khalid Samad yang mempersoalkan kuasa Sultan dalam mendapatkan nasihat dari MAIS menurut undang-undang tubuh negeri pun tak boleh buat apa=apa.


Orang yang tuntut nak pecahkan negara ini yang merupakan pengkhianatan terhadap Yang Dipertuan Agong pun tidak ada tindakan.

Orang yag belot terhadap negara dengan bersekongkol dengan Suluk pun tidak kena tali gantung.

Perasuah dan pencuri diesel langsung tak diambil peduli malah ada kontrak RM250-300 juta mahu diberi pada kroni bersabit kad petrol.


Korporat CIna yang tidak bayar cukai disanjung dan tidak putus-putus di beri kontrak macam anak emas padahal sumbangan mereka kepada negara seperti nila setitik.

Peguam India pembangkang dan penyokong kerajaan diberi kerja oleh GLC-GLC, jawatan tinggi dalam kerajaan dan boleh kuasai Astro Awani.


Banyak lagi kisah dan hal orang asal negara ini didiskriminasi oleh kerajaan yang mereka sendiri pilih dan dokong. 

Akibat sindrom nasi lemak tidak bertelor

Airline lain ucap takziah tetapi ada rakyat sendiri perangai macam bangkai

Posted: 19 Jul 2014 08:11 AM PDT


Airline lain ucapkan takziah kepada MAS MH 17 tapi tak kedengaran Air Asia dan Malindo ucapkan MAS. Begitu juga airline Asia yang lain. Mungkin Unpsinners tak terbaca lagi.


Laluan itu banyak di lalui pelbagai airline tapi masih ada usaha nak spin




Namun kenapa ada lagi rakyat Malaysia yang perangai macam bangkai setelah kerajaan jelaskan dan pelbagai bukti tunjukkan ia bukan suatu kecuaian dan ramai Airline lain pun guna laluan yang sama.






Usahlah


Sim Kwang Yung itu adalah anak jutawan Sim Hua Seng Loo yang merupakan bookie Piala DUnia. Harap polis dan OCPD Tawau siasat.



Apa hal pun mereka ini semua memalukan. Orang Belanda heran dengan sikap orang Malaysia yang lebih percaya pembohingan untuk kritik negara sendiri yang jadi mangsa.


Malu ....

Negara perlu BERSATU HATI hadapi ancaman ... bukan main komen langgar macam LEMBU INDIA!!!

Posted: 19 Jul 2014 01:28 AM PDT


 
Ketika negara sedang hadapai ancaman besar, masa inilah puak-puak seperti FB pembangkang dua ini nak buat onar untuk kepentingan politik.

Dah tahu kepanasan dan ada pihak pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Pemuda DAP dan dipercayai Lim Kit Siang dah mula mengecam tindakan dan kata ini masa kita perlu bersatu, masa ini juga buat laporan polis kata FB kedua-dua mereka ini fake account.

Masa gini juga Mkini yang dibiayai George Soros nak tebar fitnah pula.





Apa benda ko cerita Mkini ....





Baca SINI  dan SINI juga

Malah macam mana FMT boleh siarkan laporan AFP beragenda asing "Why were commercial planes still flying over Ukraine?" unuk terus mahu mainkan isu salahguna laluan bila sudah dijelaskan oleh Dato Liow?





AMbiillah sumber yang lebih bereputasi seperti The Washington Post SINI




Yang paling heran sekali ada yang tak nampak langsung perlunya diadakan sesi Parlimen tergepar untuk usul kecam tindakan terhadap MH17.


Ada mereka kata PM tak diadvise dengan betul????

Bila nak bawa usul di Parlimen, mesti ada bahas. Bila pula tak ada bahas? MAsa MH370 pun ada bahas dengan Anwar bberbahas dan sokong.

Ingatkan dah tulis buku, selalu keluar TV, tulis ke suratkhabar dan nak atas pentas berucap tu cerdik. Benda asas pun tak tahu ke? Nampak sangat nak main hentam PM sampai tak kena tempat.

Alahai Unspinners pun sekali kala menegur PM tapi takdelah sampai komen bodoh macam lembu India!!!

Baca ni ...


 Fahamkah ancaman ini lebih besarnya dari nak hentam penasihat dan nak panggil PM dunggu???? Rasanya sama dungu dengan Ahli Fikir dan Sim Kuang Yung tu!!!

Ambil kira tak kejadian di Sabah, Vietnam dan mungkin Gaza?